Isnin, 24 April 2017

TERENGGANU: Ariff Sabri - Beg Tangan Bini Najib Razak Lagi Mahal Dari Rumah Mangsa Banjir

TASIK GELUGOR: Husam Musa - Kesetian MCA,GERAKAN,MIC Hanya Pada Najib Razak Bukan Negara

TASIK GELUGOR: Nurul Izzah Anwar - Aset Tak Ada Najib Razak Hanya Tambah Hutang Negara

Penyelesaian 1MDB-IPIC dedah salah laku jenayah baru Najib

1MDB-IPIC
Penyelesaian awal kerajaan sebanyak USD1.2 bilion (RM5.3 bilion) terhadap tuntutan Abu Dhabi Petroleum Investment Co (IPIC) mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada salah laku jenayah yang baru, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Faiz FadzilFaiz FadzilMenurutnya, langkah bagi melangsaikan pinjaman dan faedah terkumpul ke atas jaminan bon USD3.5 bilion (RM15 bilion) yang diberi IPIC ke atas pinjaman 1MDB seperti dilapor The Straits Times Singapura itu dibimbangi akan menjejaskan saman Civil Forfeiture kerana tiada lagi kesalahan predikat (predicate offence).
"Pengakuan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian tersebut tetapi ia diuruskan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan Perdana Menteri terlibat secara langsung dengan rundingan penyelesaian tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, saman Civil Forfeiture oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset-aset yang diklasifikasikan haram mencecah USD1 bilion (RM4.3 bilion) tahun lalu mendedahkan bahawa jumlah RM3.5 bilion tersebut telah diseleweng dan menjadi subjek kepada siasatan di bawah undang-undang pengubahan wang haram.
"Jumlah tersebut tidak dibayar kepada anak syarikat IPIC yang tulen iaitu Aabar Investment PJS, tetapi dibayar kepada syarikat samaran palsu di British Virgin Islands iaitu Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI).
"Jumlah itu dilapor telah dinikmati bersama antaranya oleh Jho Low, Riza Aziz dan 'derma' RM2.6 bilion Perdana Menteri," bidas peguam berkenaan.
Faiz berkata, tiada sebarang tindakan jenayah diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara seolah-olah perlakuan jenayah itu dilindungi 'Malaysian Official 1' walaupun pelbagai dakwaan salah laku jenayah oleh Jho Low telah didedahkan sehingga beberapa pegawai bank di Singapura terbabit telah dijatuhkan hukuman.
"Kerajaan juga sehingga kini masih berdiam diri tentang bentuk tindakan yang akan diambil untuk mendapatkan kembali kehilangan AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar BVI.
"Kekebalan istimewa yang diberikan kepada Jho Low ini menimbulkan pelbagai kemusykilan di kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa kerana mereka mempunyai hubungan yang begitu akrab," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat rundingan penyelesaian melibatkan Pejabat Perdana Menteri yang dianggap bagi melindungi kes jenayah yang didakwa dilakukannya, Riza Aziz dan Jho Low ini boleh dianggap wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan campur tangan terus (direct interference).

Tipu Helah PRU14.....!!!

Selain menjadi terkenal ke serata dunia gara-gara Skandal Kewangan Terbesar Dunia 1MDB.. beliau juga berkebolehan handal dalam mengecat dinding rumah kayu bila hampirnya detik2 cemas #PRU14..

Bila wajah2 seperti ini mengatakan Umno TAK AMALKAN RASUAH...

Sejak bila Umno tak pernah menipu..??

RIZAB negara (BNM) susut lagi ??!

FAKTA rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yg terus susut setiap tahun cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat.. kenapa ??!

KENAPA Najib tak berani nak dedahkan SETIAP KALI RIZAB negara (BNM) susut ??!

Saya terlalu tua untuk jadi PM, kata Dr M

TASEK GELUGOR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya sudah terlalu berusia untuk kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Katanya, masih ramai golongan muda yang layak untuk jawatan tertinggi itu.
"Tak apalah, saya lagi dua bulan 92 tahun, bagi pada orang muda lah," katanya.
Saya terlalu tua untuk jadi PM, kata Dr M Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaannya untuk menjawat jawatan Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kerajaan.
Pada masa  sama, Mahathir  menyifatkan rakyat semakin berminat dengan situasi politik masa kini.
"Kita boleh tengok kehadiran malam ini ramai hadir, ini bermakna rakyat tidak bosan dengan politik
"Mereka juga berminat dengan politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Terdahulu, Mahathir hadir program Bicara Tun M yang diadakan di Pokok Machang, Tasek Gelugor malam semalam.
Hadir sama, Naib Presiden  Amanah, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Mengulas mengenai beberapa kumpulan ahli parti itu mengumumkan keluar parti ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang  didakwa mengamalkan kronisme dan tiada hala tuju, katanya, tiada  paksaan kepada mana-mana individu untuk keluar parti dan tindakan itu dilakukan mereka sendiri.
Katanya, parti tidak menyekat ahli yang mahu keluar parti.
"Dia mahu keluar, keluarlah. Tak ada paksaan tapi yang anehnya orang inilah yang pertama marah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dulu.

Jangan bazir masa, kata Mapan kepada PAS

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, para pemimpin PAS tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu perkara yang hampir pasti tidak akan berlaku.
"Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengganggu kerusi PAS.
"Gesaan ini juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan DAP dan Amanah serta mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam," katanya dalam kenyataan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, telah menegaskan hal ini dalam beberapa kenyataan bahawa betapa parti Islam itu akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh majlis syura ulama PAS.
"Presiden PAS juga telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai Barisan Nasional (BN) laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'," kata beliau.
Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi itu, tidak wajar bagi mana-mana pemimpin PAS melontarkan apa-apa cadangan yang membayangkan kesediaan PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN, jelasnya.
"Para pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi," ujar Kamarul Zaman lagi.

1MDB, IPIC setuju dengan penyelesaian timbang tara..??

1MDB juga mengesahkan usaha pengewangan pertama sebanyak AS$50 juta dalam tunai sudah diterima
1mdb-ipic
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC) mencapai persetujuan bagi penyelesaian membabitkan prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
“Penyelesaian itu antara lainnya adalah 1MDB akan membuat pembayaran tertentu kepada IPIC dan akan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran faedah akan datang dan pembayaran prinsipal bagi 2 bon terbitan syarikat-syarikat Kumpulan 1MDB Group yang berakhir pada 2022,” kata syarikat itu dalam kenyataan, hari ini.
Tanggungjawab ini akan dipenuhi oleh 1MDB, terutamanya menerusi usaha pengewangan unit dana pelaburan yang dimilikinya.
“1MDB juga ingin mengesahkan bahawa usaha pengewangan pertama sebanyak kira-kira AS$50 juta dalam tunai, telah pun diterima.
“Penyelesaian timbang tara ini dan (usaha) pengewangan unit-unit dana pelaburan itu memaparkan resolusi 1 cabaran besar dan menjadi bahagian penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang kini di peringkat akhir untuk disempurnakan,” katanya.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata kerajaan berasa gembira kerana IPIC dan 1MDB dapat menyelesaikan pertikaian itu secara baik.
“Kita juga mendapati bahawa usaha pengewangan itu membabitkan semua unit-unit dana pelaburan dimiliki 1MDB.
“Perkembangan penting ini menunjukkan kemajuan positif berterusan dicatatkan oleh 1MDB yang kini hampir menyelesaikan program rasionalisasinya,” katanya.

Kerajaan Kelantan dituntut mohon maaf kepada Orang Asli



Kerajaan negeri dituntut memohon maaf kepada Orang Asli apabila mahkamah tinggi Kota Bharu semalam memihak mereka berkaitan tutntutan melibatkan tanah seluas 9,361.5 hektar di Pos Belatim, Ulu Nenggiri, Gua Musang.
Image result for orang asli menangKetua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata keputusan ini menunjukkan tuduhan dan tohmahan dari pimpinan Pas Kelantan sebelum ini hanya bersifat jahat dan liar, apabila mereka tergamak menyatakan Orang Asli ini sekadar termakan hasutan pihak tertentu dalam mencetuskan sesuatu isu kelemahan dan salah laku pentadbiran kerajaan negeri.
"Oleh itu, pemuda Amanah Kelantan mencadangkan agar kerajaan Kelantan memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kelemahan yang serius ini.
"Tindakan segera perlu untuk membuat ukuran semula garis sempadan tanah yang telah dicerobohi, seterusnya menyerahkan semula kawasan Ladang Rakyat yang telah diisytihar sebagai hak 'tanah adat' itu kepada Orang Asli," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Di Mahkamah tinggi Kota Bharu semalam, keputusan semakan kehakiman dibuat hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz yang sekali gus turut membatalkan pembangunan Ladang Rakyat seluas 1,000 hektar oleh Kerajaan Kelantan di kawasan terbabit.
Keputusan mahkamah itu kata Hazmi, memberi indikator bahawa kerajaan Pas Kelantan telah melakukan suatu pelanggaran dan pencerobohan serius terhadap hak dan kehidupan Orang Asli di Kelantan ini.
"Sesuatu yang jelas dilarang keras dalam ajaran agama Islam," katanya.
Lebih menghairankan katanya, apabila pimpinan Pas Kelantan masih membisu tanpa sebarang respon berhubung keputusan mahkamah itu.
"Sedangkan sebelum ini terdapat pimpinan Pas Kelantan yang dengan angkuhnya menyatakan bahawa isu ini tidak berasas dan Orang Asli sekadar mahu memburukkan kerajaan Pas sahaja," katanya.
Bagi beliau, ini adalah suatu lagi siri kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam membela nasib rakyat.
"Bahkan telah menzalimi rakyat dalam isu pencerobohan tanah Orang Asli ini," katanya.
Beliau khuatir, tragedi pencerobohan ini bukanlah kes yang terakhir, memandangkan pelbagai isu berkaitan hak milik tanah dan isu kebajikan rakyat, serta salah laku urustadbir yang masih diperkata rakyat sejak kebelakangan ini.
"Bangkai gajah manakan boleh ditutup dengan nyiru, dan kefasihan berceramah bukanlah merit jaminan tatakelola urustadbir yang baik, walaupun imejnya ditampil sebagai watak agamawan, malangnya terselit cakar disebalik helaian serban," katanya.

Jangan ganggu Kelantan jika tak nak 3 penjuru, kata Tuan Ibrahim

PAS, yang sebelum ini dirakamkan mahu menawan Selangor, menyarankan pakatan pembangkang supaya menumpukan serangan terhadap negeri yang dimenangi Umno.
ibrahim
HULU LANGAT: PAS hari ini mahu PKR dan Pakatan Harapan supaya jangan mengganggu Kelantan dan “kerusi tradisi” PAS yang lain.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian di himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
“Jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu, kita bebas bertanding mana-mana termasuk kerusi PKR, Amanah dan mana-mana parti dalam PH,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya tengok banyak gangguan misalnya nak serang Kelantan, dan Amanah nak tanding di Shah Alam. Kita akan pertahankan kerusi di Shah Alam sebab mereka menang atas tiket PAS.”
Beliau memberi peringatan itu beberapa hari sebelum PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar 27 April nanti.
Sementara itu, semua perbincangan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum dilaporkan membawa hasil. Pakatan pembangkang mahu PAS bersama rancangan memastikan pertandingan 1 lawan 1 melawan BN pada pilihan raya akan datang.
Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu video tular Mac lepas dirakamkan mahu PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor, manakala selebihnya terserah kepada Umno.
Sambil meminta Kelantan dan “kerusi tradisi” tidak diganggu, PAS hari ini mencadangkan pakatan pembangkang supaya menumpukan negeri lain.
“Kita harap rakan-rakan dalam PH ingatkan mereka dan akur dengan kerusi tradisi PAS. Kita kena tumpu negeri yang dimenangi oleh Umno,” kata Tuan Ibrahim.
“PAS Selangor dah sedia hadapi PRU akan datang yang akan diadakan bila-bila masa. PAS akan kerahkan seluruh tenaga untuk kerusi yang potensi dimenangi.”
Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kuat diperkatakan menuju pilihan raya umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan.
Semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan meminta pakatan pembangkang supaya jangan bertanding di 80 kerusi yang PAS mahukan pada PRU nanti.
Ini bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru ketika PAS menentang Umno, katanya.
PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan PAS pusat.

PAS kacau kerusi HARAPAN kalau...

Jangan ganggu PAS atau PAS akan mengganggu parti lain - itu peringatan diberi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Kata timbalan presiden PAS itu, jika calon berkenaan - yang dirancang diletakkan di 80 kerusi parlimen - diganggu, partinya akan turut diletakkan di kerusi ditandingi HARAPAN.
"Kita beritahu, jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu maka kita bebas bertanding di mana-mana, termasuk PKR, Amanah dan mana-mana pihak di dalam HARAPAN," kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
PAS secara terbuka sudah menyatakan beberapa kali rancangan mereka untuk meletakkan calon di 80 kerusi parlimen pada PRU akan datang.
Keadaan itu berlaku ketika pembangkang cuma menamatkan penguasaan BN dalam semua pilihan raya setakat ini. Bagaimanapun setakat ini diyakini ia hanya dapat dicapai jika pertandingan dua penjuru berlaku.
Kedudukan PAS yang tidak bersama HARAPAN membuka kemungkinan BN akan dicabar oleh lebih daripada satu parti pembangkang pada PRU ke-14.
Penegasan sama turut dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Hari ini, bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, turut menegur pimpinan partinya sebagai bongkak dalam percaturan mereka menghadapi pilihan raya.
Katanya kenyataan seumpama itu akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi.
Macam mana nak ikat
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kenyataan itu adalah tanda komitmen PAS mempertahankan kerusi mereka daripada diganggu parti lain khususnya HARAPAN.
"Ini bukan arahan. Kita akui PAS tak boleh arahkan parti-parti lain. (Apa) yang kita sebut bukan arahan, tetapi komitmen sekiranya kerusi PAS tak diganggu maka kita pun tak ganggu kerusi lain.
"Namun apabila AMANAH isytihar hendak bertanding kerusi PAS - termasuk di Shah Alam yang dimenangi atas tiket PAS - kita akan pertahan kerusi tersebut," tegas Tuan Ibrahim.
HARAPAN, katanya, perlu faham kerusi yang akan ditandingi PAS adalah milik tradisi mereka selama ini dan keadaan itu ingin dikekalkan.
"Mereka faham kerusi itu kerusi tradisi PAS yang akan dikekalkan. Jika mereka ganggu kita harap HARAPAN akan ingat, demi perubahan besar dalam konteks negara, maka kena akur.

Rafizi cadang Adam Rosly bercuti, lalui proses disiplin


Adam Rosly didakwa kerana memberikan maklumat palsu.Adam Rosly didakwa kerana memberikan maklumat palsu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Adam Rosly bercuti dari semua jawatan parti serta mengisytiharkan harta sementara menunggu nama beliau dibersihkan.
Beliau juga bersetuju agar proses tindakan disiplin dibuat ke atas Adam yang kini berhadapan tindakan undang-undang.
"Pendirian saya itu tidak berubah. Saya masih berpendapat Saudara Adam Rosly boleh menjernihkan keadaan supaya tidak mengheret KEADILAN ke dalam kemelut peribadi beliau dengan mengisytiharkan harta secepat mungkin," kata Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan dalam satu kenyataannya hari ini.
Oleh sebab itu, katanya, beliau dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil yang boleh menjarakkan kemelut peribadi beliau dari mengheret PKR dan Pakatan Harapan.
Rafizi RamliRafizi Ramli"Sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan Keadilan untuk membolehkan beliau (Saudara Adam Rosly) “bercuti” dari jawatan parti sehingga kes beliau selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang disuarakan oleh Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden," kata Rafizi dalam kenytaaannya.
Skrin TV, telefon dan dada akhbar hebat membincangkan kes yang melibatkan Adam Rosly yang didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan.

Media yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional dan penyokong parti-parti yang tidak sehaluan dengan PKR/Pakatan Harapan hebat mengkritik PKR dan menggunakan pertuduhan terhadap Adam ini sebagai bukti bagaimana PKR pun terpalit dengan rasuah dan penyelewengan seperti mana sering didedahkan berlaku di dalam Umno/Barisan Nasional.

"Sebenarnya Keadilan amat tegas mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan tata kelola dan keamanahan," kata Rafizi.

Jawatan PPBM tidak dijual beli, kata Syed Saddiq

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman berkata pelantikan beliau membuktikan tuntutan seperti itu tidak berlaku.
syed-saddiq-ppbm2PETALING JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa orang ramai tidak mempercayai dakwaan kononnya jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPM) untuk dijual kepada ahli.
Beliau menjawab laporan Sinar Harian memetik seorang ahli PPBM yang tidak dinamakan sebagai berkata seseorang menawarkan jawatan ketua bahagian di Johor melalui WhatsApp.
Mereka yang berminat cuma perlu membayar RM250,000, menyediakan sebuah ruang pejabat tetap, mengekalkan semua ahli jawatankuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut pangkat, membayar gaji setiausaha dan meneruskan – serta menambah – program di peringkat bahagian.
Ketua pemuda PPBM mengatakan pelantikan dirinya membuktikan tuntutan seperti itu tidak berlaku.
“Saya pengasas bersama, ketua pemuda, dan naib presiden parti. Simpanan hidup saya tidak mampu cecah RM250,000, tetapi saya diamanahkan jawatan-jawatan itu,” katanya kepada FMT.
Beliau menepis dakwaan itu sebagai “mengarut dan tidak berasas” dan mendakwa sumber cerita itu mempunyai motif lain.
“Ini tanda-tanda langkah terdesak melemahkan momentum PPBM.
“Tidak ada tuntutan seperti itu di mesyuarat majlis presiden dan majlis tertinggi yang saya hadiri.”
Minggu lalu seorang pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman, meletakkan keahlian dan mendakwa parti itu “dirampas bekas ahli Umno yang mahu mendapatkan kuasa dan kedudukan”.

PAS sedia tanding 45 DUN, 15 parlimen di S'gor

PAS bersedia bertanding di 45 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 daripada 22 kerusi di Selangor, jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata keputusan itu akan dibuat berdasarkan perkembangan semasa, jika mereka tidak lagi terikat dengan perjanjian pada 2013 semasa bersama Pakatan Harapan.
“...ia akan jadi free for all (jika tiada persetujuan) dan kita telah hantar calon-calon kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” katanya.
Bercakap dalam dalam sidang media Ijtimak PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini, Isjkandar berkata telah memutuskan nama calon di lebih 20 kerusi DUN dan lapan parlimen di Selangor.
PAS masih bergabung bersama PKR dan DAP dalam kerajaan negeri walaupun kerjasama bersama Pakatan Rakyat sebelum ini telah berakhir.
Beberapa pemimpin PKR dan BERSATU bagaimanapun masih mahu PAS dilibatkan dalam rundingan kerusi bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang dilihat bakal menguntungkan BN.
Langkah PAS Selangor itu seiring dengan tindakan pasukan mereka di Perak dan Pahang.
PAS Pahang dilaporkan sudah merangka pelan tersendiri dengan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN dan 10 kerusi parlimen.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pula berkata PAS negeri itu akan meletakkan calon di 30 daripada 59 kerusi DUN Perak dan berdoa supaya Umno tidak meletakkan calon mereka di situ.

DAP: Kami bukan dalang, BN punca harga makanan naik

Charles Santiago berkata, sebagai orang kanan perdana menteri, Tengku Adnan sepatutnya turun padang berinteraksi dengan rakyat, bukannya menuduh pembangkang sebagai dalang kenaikan harga makanan.
charles-tengku-nanPETALING JAYA: Wakil rakyat DAP hari ini menafikan pakatan pembangkang ialah dalang di sebalik kenaikan melampau harga makanan dan menasihatkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor belajar cara pengurusan ekonomi daripada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.
Charles Santiago berkata, kenaikan harga makanan itu sebenarnya berpunca daripada kos sara hidup tinggi dan potongan pelbagai jenis subdisi oleh kerajaan pusat yang membebankan rakyat.
“Kekurangan gaji rakyat Malaysia tidak dapat menampung kos kehidupan tinggi. Keduanya, kita ada subsidi yang diberikan kepada rakyat beberapa tahun lalu dah dipotong. Subsidi untuk hospital, makanan dan sebagainya kena potong kerana pendapatan untuk kerajaan sudah jatuh.
“Seterusnya berkait dengan penurunan harga minyak, jelas pengurusan terhadap ekonomi Malaysia tidak boleh pakai dan tidak bagus,” katanya kepada FMT hari ini.
Ahli Parlimen Klang itu mengulas dakwaan menteri Wilayah Persekutuan itu semalam yang harga melampau dikenakan peniaga dan pengusaha restoran didalangi pakatan pembangkang kerana institusi pengusaha makanan sedia ada dianggotai pemimpin pembangkang.
Setiausaha agung Umno itu dilaporkan berkata, persetujuan penetapan harga makanan akan ditentukan institusi pengusaha makanan itu.
Santiago berkata, sebagai orang kanan perdana menteri, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan perlu turun padang dan berinteraksi dengan rakyat, bukannya menuduh pembangkang sebagai dalang kenaikan harga makanan.
“Ku Nan sebenarnya sekolah mana dan pergi belajar ekonomi mana, saya tidak faham. Dia sebagai menteri kanan dan setiausaha untuk Barisan Nasional (BN), tetapi bila dia cakap macam budak kecil, tidak faham apa berlaku dalam negara.
“Dia harus cakap dengan orang ramai, mungkin terlalu banyak duduk dalam aircond, cakap dengan orang bawah.

Transkrip penuh titah Sultan Muhammad V

Sultan Muhammad V
KUALA LUMPUR - Berikut adalah titah Sultan Muhammad V pada Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, di sini hari ini:
Assalamualaikum Warahmatullaahi  Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmannir Rahim.
Alhamdulillah Rabbil 'Alamin, Wabihi Nasta'in.
Alhamdulillah, sesungguhnya Beta menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah izin-Nya jua, Beta dapat berangkat ke istiadat pertabalan Beta pada hari ini.
Pada saat yang berbahagia, ketika yang bermakna dan detik yang bersejarah ini, Beta berasa sungguh terharu dan amat menghargai kesudian perkenan keberangkatan Yang Maha Mulia Raja-Raja, Wakil-Wakil Raja, Permaisuri-Permaisuri serta Yang Terutama Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri dan Toh Puan-Toh Puan meraikan istiadat pertabalan pada hari ini.
Beta dengan perasaan yang tulus ikhlas menzahirkan ucapan junjung kasih kepada Paduka Nenda, Paduka Ayahanda dan Paduka Kekanda Raja-Raja yang telah memberi kepercayaan kepada Beta untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Kali Yang Ke Lima Belas.
Beta yakin, dengan semangat muafakat dan persefahaman yang padu antara kita, Beta akan dapat menunaikan tanggungjawab Beta dengan lebih berkesan, insya-Allah.
Beta juga berharap agar Paduka Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dapat memberi titah pandangan dan nasihat dalam memastikan Malaysia terus menjunjung kedaulatan Raja Berpelembagaan di tanah bertuah ini.
Beta juga merasa terharu dan berbesar hati atas ikrar taat setia dan tanda kasih kepada Beta yang telah dilafazkan sebentar tadi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mewakili pihak kerajaan, anggota perkhidmatan awam, anggota keselamatan dan seluruh rakyat jelata, Beta ucapkan ribuan terima kasih.
Para hadirin sekalian,
Tahun 2017 ini membawa makna yang amat besar kepada Beta dan juga seluruh rakyat Malaysia. Selain daripada istiadat pertabalan Beta, kita juga menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-60.
Beta berharap agar sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan suasana meriah dan harmoni, tambahan pula sambutan ini hampir dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah terbukti, bahawa rakyat pelbagai kaum yang menganuti pegangan agama yang berbeza, serta mengamalkan budaya dan gaya hidup yang bervariasi, mampu hidup bersama dalam keadaan aman harmoni dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Beta berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur, bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat, kerana ini merupakan keunikan dan sumber kekuatan kita selama ini.
Sungguhpun negara kita sedang dilanda kelembapan ekonomi, langkah-langkah khusus yang diambil oleh kerajaan telah berjaya mengatasi tekanan-tekanan dari luar terhadap ekonomi negara terutamanya dalam menangani penyusutan nilai ringgit.
Di samping itu, rakyat pula telah menunjukkan sokongan penuh kepada strategi yang dirangka oleh kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara.
Kita tidak akan mampu untuk melangkah lebih jauh sekiranya kita tidak bersama-sama dalam usaha-usaha meningkatkan ekonomi kita hari ini.
Usaha pembangunan negara seterusnya perlu ditunjang oleh modal insan yang berkualiti. Hanya dengan inilah, kita dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan segala kelebihan dan sumber yang kita miliki.
Hakikatnya, kualiti modal insan negara adalah penentu utama kejayaan Malaysia pada masa hadapan. Setiap dari rakyat Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dan rakyat tidak boleh cuai dan alpa dalam melaksanakannya kepada negara.
Kepada generasi muda, pelapis negara, lengkapkanlah diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.
Beta percaya bahawa tidak ada noktah dalam menuntut dan mencari ilmu. Justeru, Beta menyeru kepada setiap rakyat Malaysia, khususnya generasi muda untuk terus mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan negara.
Sesungguhnya Malaysia adalah satu-satunya negara kita. Demi negara tercinta ini, sama-samalah kita menjaga maruah dan kehormatannya.

BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual'

Semua jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan untuk dijual, kata seorang pemimpin kanan parti itu.
Datuk Dr Rais Hussin berkata dakwaan yang mengaitkan kedudukan pimpinan BERSATU dengan bayaran tertentu sebagai mengarut.
"Wang tidak diperlukan untuk membolehkan seseorang memegang mana-mana jawatan dalam parti, atau pun mereka dibayar selepas dilantik," katanya kepada Malaysiakini.
Menganggap tuduhan berkenaan sebagai "sangat mengarut" Rais berkata, kebanyakan - jika tidak semua pun - ketua bahagian menggunakan wang sendiri untuk menubuh dan menguruskan bahagian masing-masing.
"Ini adalah cubaan yang sia-sia oleh mereka yang berniat jahat mahu merosakkan reputasi BERSATU," katanya.
Terdahulu, Sinar Online melaporkan ada seseorang ditawarkan menjadi ketua bahagian BERSATU di Johor tetapi perlu membayar RM250,000 terlebih dulu.
Ada niat jahat
Memetik sumber tidak didedahkan, portal itu melaporkan, sesiapa yang ingin menjadi ketua bahagian juga terikat dengan beberapa syarat lain.
Antaranya menyediakan pejabat, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut kedudukan dan membayar gaji kepada setiausaha.
Menurut Rais, dengan kedudukannya sendiri sebagai salah seorang ketua bahagian BERSATU, dia tahu apa yang didakwa itu adalah tidak benar.
"Saya tahu tuduhan itu berniat jahat, fitnah dan bertujuan memberikan gambaran salah pada BERSATU," katanya.
Bagaimanapun Rais yang dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mengakui, sebagai sebuah parti yang baru, ada banyak kelemahan yang boleh diperbaiki, namun amalan politik wang bukanlah satu daripadanya.

Hapus GST jika PAKATAN tawan Putrajaya


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan dihapuskan jika Pakatan Harapan (PAKATAN) mentadbir Putrajaya, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Manifesto itu seiring hasrat kebajikan pentadbiran PAKATAN dalam meastikan rakyat di negara ini tidak ditekan dengan pelaksanaan cukai membebankan.
“Kami sedar berkenaan kesengsaraan dihadapi rakyat ekoran pelaksanaan cukai rakus itu di peringkat Putrajaya.
“Justeru, adalah tidak munasabah cukai itu diteruskan kerana ia benar-benar menekan kebajikan rakyat kebiasaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cawangan Pulau Pinang, baru-baru ini.
Pelaksanaan GST berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6% menyebabkan kenaikan harga barangan di pasaran.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang GST di Dewan Rakyat dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli parlimen BN menyokong, manakala 81 ahli Parlimen PAKATAN menolak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan pelaksanaan GST adalah salah satu kaedah.

Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib?


Nurul Izzah turut berucap di Tasek Gelugor bersama Tun Mahathir dan Husam.Nurul Izzah turut berucap di Tasek Gelugor bersama Tun Mahathir dan Husam.
Fakta bahawa pemimpin MCA dan Gerakan tidak berani menegur kleptokrasi yang diamalkan perdana menteri Datuk Sri Najib Razak membolehkan calon mereka tidak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum nanti.
Demikian kata Datuk Husam Musa ketika memberikan ceramah di Tasek Gelurgor semalam.
Orang ramai yang penuh dalam khemah ketika ceramah di Tasik Gelugor semalam.Orang ramai yang penuh dalam khemah ketika ceramah di Tasik Gelugor semalam.Husam yang memberikan ceramah bersama Tun Dr Mahathir dan Nurul Izzah Anwar bertanya, kenapa sehingga kini tiada seorang pun dari pimpinan MCA maupun Gerakan yang berani bersuara untuk menegur kleptokrasi yang diamalkan Najib.
Sejak sekian lama isu ini dibangkitkan sehigga ke Parlimen, tetapi pimpinan MCA dan Gerakan semakin membisu seribu bahasa.
Apakah mereka tidak faham apa yang sedang dipersoalkan oleh rakyat atau terpaksa membisu seribu bahasa.
Tanya beliau lagi, apakah MCA dan Gerakan yang telah pun sedar bahawa Najib tidak layak untuk memimpin negara dan komponen parti mereka tidak mempunyai pendirian.

"Mana pendirian MCA dalam isu 1MDB yang begitu banyak diperkatakan sehingga ke hari ini oleh rakyat maupun pimpinan pembangkang.
"Apakah Parti Gerakan juga goyang dan tidak mempunyai pendirian setelah tahu bahawa skandal yang melibatkan Najib dalam isu kewangan negara begitu terserlah.
"Kenapa kedua-dua parti komponen BN tersebut tidak langsung bersuara setelah begitu banyak kleptokasi dan penyelewengan membabitkan Perdana Menteri dibongkar," kata Adun Salor Kelantan itu.
Tegasnya lagi, sekiranya kedua-dua parti tersebut tidak berani untuk mengeluarkan bantahan terhadap kejelekan yang dilakukan oleh Najib dalam isu 1MDB, secara jelas membuktikan bahawa MCA dan Gerakan tidak layak untuk menerima mandat rakyat lagi.
"Sepatutnya MCA dan Gerakan berjuang untuk kepentingan negara dan bukannya untuk mempertahankan kedudukan Najib.
"Penyelewengan, kerugian dana negara dan wang rakyat harus ditentang tidak kira siapa yang melakukannya.
"Kalau sudah tahu Najib terlibat, kenapa MCA dan Gerakan tidak berani menentang kleptokrasi dan skandal tersebut, tidak beranikah mereka, " jelas naib presiden Amanah itu lagi yang mendapat tepukan ribuan hadirin yang membanjiri program ceramah tersebut.

Ikrar Sultan Muhammad V sebagai agong

Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
"Bismillahirrahmanirrahim,
“Beta Sultan Muhammad Kelima bersyukur ke hadrat Allah subahanahu wata'ala kerana dengan izinnya beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong .
“Dengan ini, beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara."
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membacakan Surat Perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.
"Bismillahirrahmanirrahim,
“Bahawa inilah dimasyhurkan kepada sekalian orang serta penduduk Malaysia iaitu Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja telah memilih kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dan pada hari, waktu dan saat yang gilang gemilang ini, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ditabalkan naik takhta kerajaan menjadi turus negara bagi Malaysia dengan bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kelima Belas."

Modal Insan penentu kejayaan negara, titah YDP Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara, hari ini.-Foto Bernama.Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara, hari ini.-Foto Bernama.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah kualiti modal insan negara adalah penentu utama kejayaan Malaysia pada masa hadapan.
Baginda bertitah hanya dengan modal insan yang berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan sumber yang dimiliki.
"Setiap dari rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dan rakyat tidak boleh cuai dan alpa dalam melaksanakannya kepada negara," titah Seri Paduka pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, di sini hari ini.
Sultan Muhammad V turut mengingatkan generasi muda sebagai pelapis negara untuk sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.
Seri Paduka bertitah bahawa tidak ada noktah dalam menuntut dan mencari ilmu serta kemahiran yang amat diperlukan negara.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, apa jua yang dilakukan kerajaan hari ini akan diwarisi oleh generasi muda sebagai penerus perjuangannya.
Oleh demikian, Seri Paduka mahu semua generasi muda untuk merebut dan memanfaatkan segala peluang yang disediakan kerajaan demi kelangsungan negara.
"Beta berharap rakyat Malaysia terus berpegang teguh kepada nilai akhlak, moral dan etika yang baik.
"Jadilah insan yang mulia, insan yang berilmu dan berpekerti tinggi serta menyedari akan tanggungjawabnya kepada negara," titah Seri Paduka.
Sultan Muhammad V bertitah walaupun negara sedang dilanda kelembapan ekonomi, namun pelbagai langkah khusus yang diambil kerajaan telah berjaya mengatasi tekanan dari luar terhadap ekonomi negara terutamanya dalam menangani penyusutan nilai ringgit.
Titah baginda, pada masa sama rakyat juga perlu menunjukkan sokongan penuh kepada strategi yang dirangka kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara.
"Kita tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita tidak bersama-sama dalam usaha-usaha meningkatkan ekonomi kita hari ini," titah baginda.
Sultan Muhammad V juga bertitah tahun 2017 membawa makna yang besar kepada baginda kerana selain ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, negara juga akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60.
Justeru, Seri Paduka berharap sambutan kemerdekaan negara akan disambut dengan suasana meriah dan harmoni, selain sambutan itu berdekatan dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam.
"Sebagaimana yang telah terbukti, bahawa rakyat pelbagai kaum yang menganuti pegangan agama yang berbeza serta mengamalkan budaya dan gaya hidup bervariasi mampu hidup dalam keadaan aman harmoni dan saling hormat-menghormati.
"Beta berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur, bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat kerana ini merupakan keunikan dan sumber kekuatan kita selama ini," titah baginda.
Mengakhiri titah baginda, Sultan Muhammad V menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan anggota Kabinet atas sokongan berterusan kepada Seri Paduka untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Beta yakin dengan semangat muafakat dan persefahaman yang padu antara kita, Beta akan dapat menunaikan tanggungjawab Beta dengan lebih berkesan, InsyaAllah.

'Daulat Tuanku!'

"Daulat Tuanku!". Sultan Muhammad V hari ini  ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.
Istiadat Pertabalan  di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu  berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.
Sultan Muhammad V Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Dis lepas, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.
Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.
Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D'Raja Kelantan yang memainkan lagu 'Raja Bertabal' berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
Ia disusuli dengan laungan "Daulat Tuanku!" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej. Jen. (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri  yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.
Sejurus  laungan itu, lagu 'Negaraku'  dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das.
Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D'Raja Kelantan yang mengalunkan lagu 'Raja Berangkat'.
Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.
Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.

Sempena Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai YDP Agong ke-15 hari ini

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V secara rasminya akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini.
Upacara pertabalan itu akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 9.30 pagi bagi membolehkan seluruh rakyat bersama-sama menyaksikan istiadat pertabalan ketua negara baharu yang bakal memegang tampuk pemerintahan bagi tempoh lima tahun bermula 13 Dis lepas.
Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 13 Dis lepas, Seri Paduka telah menyempurnakan Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara.
Sultan Muhammad V menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada 12 Dis lepas.
Upacara bermula dengan istiadat penuh ketenteraan yang berlangsung di Dataran Istana Negara membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai lambang taat setia pasukan pertahanan negara itu kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.
Acara bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Anjung Tamu, Istana Negara sebelum diiringi ke Peterana Diraja oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta isteri Datin Seri Raya Erom.
Sebaik tiba di Peterana Diraja, Seri Paduka diberi Hormat Diraja oleh Barisan Kawalan Kehormatan Utama daripada seramai 108 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Serentak itu lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dan istiadat Pecah Bendera dijalankan yang menyaksikan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.
Seri Paduka kemudiannya berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain pangkat yang diketuai Mejar Mohd Riduan Mohd Basheer, dalam perbarisan itu yang diadakan di Dataran Istana Negara.
Selesai pemeriksaan kawalan kehormat, Seri Paduka yang lengkap berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai 'Muskat' sekali lagi menerima persembahan Hormat Diraja dan lagu Negaraku dimainkan.
Baginda kemudiannya diiringi dif-dif kehormat berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Seri Maharaja bagi meneruskan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Balairung Seri, Istana Negara.
Profil Sultan Muhammad V
Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Istana Negara telah mengeluarkan profil Seri Paduka Baginda seperti berikut :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.
Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
Pendidikan tinggi di UK
Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.
Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.
Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan.
Pada 13 September 2010 baginda telah menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.
Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja telah melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.
Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurnakan pada 13 Disember 2016.
Bidang pendidikan merupakan bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka. Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat bercemar duli ke setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan.

Bidang ketenteraan, persatuan
Dalam bidang ketenteraan pula, sifat kepimpinan baginda senantiasa dikagumi. Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga kini. Dengan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Sistem raja berpelembagaan jamin kestabilan

Sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kestabilan dan sekaligus membawa keyakinan kepada negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Dalam catatan menerusi blognya sskeruak.blogspot.my, beliau berkata pelabur asing telah menyenaraikan negara ini sebagai yang paling stabil dari segi politik di Asia Tenggara.
"Kita perlu mengekalkan imej dan reputasi ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memilih kerajaan melalui peti undi dan bukan melalui keganasan jalanan seperti di sesetengah negara yang mencetuskan huru-hara selepas berlaku perubahan," kata beliau.
Merujuk kepada istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 hari ini, beliau berkata kedudukan Yang di-Pertuan Agong adalah lebih daripada sekadar simbolik dan tidak harus dianggap sebagai ketua negara yang hanya menurut kata.
Beliau berkata sistem yang diamalkan di Malaysia adalah unik dan tidak terdapat di negara lain di dunia, kata Salleh sambil menambah "Agong mempunyai fungsi untuk dilaksanakan bagi mengekalkan sistem semak dan imbang dan baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja dan berkhidmat secara bergilir.
"Jadi, Yang di-Pertuan Agong sendiri mengamalkan satu bentuk demokrasi walaupun raja di negeri-negeri memerintah dengan diwarisi secara turun-temurun."
Sultan Muhammad V mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember tahun lepas.
Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara adalah satu upacara yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga perwakilan asing yang berpangkalan di Malaysia.
Istiadat pertabalan itu yang kaya dengan sejarah dan penuh tradisi, diadakan hanya sekali setiap lima tahun, pastinya akan menjadi tumpuan ketua-ketua perwakilan asing yang dijemput menghadiri istiadat itu.
Duta Ukraine, Olexander Nechytaylo yang akan menyaksikan istiadat pertabalan itu buat pertama kali, berbangga kerana diberi penghormatan menjadi sebahagian daripada peristiwa unik bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan negara.
"Ketika saya menyerahkan watikah pelantikan saya kepada Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Julai tahun lepas, saya benar-benar terkejut apabila mengetahui hakikat bahawa saya belum lahir lagi ketika baginda mula berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong buat pertama kali pada 1970.
"Saya juga mendapati ia sangat simbolik apabila raja yang paling muda dalam kalangan Raja-Raja Malaysia mengambil alih tampuk pemerintahan daripada yang lebih senior," katanya kepada Bernama.
Pada usia 47 tahun, Sultan Muhammad V merupakan raja yang paling muda di sembilan negeri.
Ditanya apa yang mengagumkan beliau mengenai Agong baharu, duta itu berkata ia adalah titah Sultan Muhammad V yang dibuat ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 bulan lepas.
Baginya, Sultan Muhammad V "semestinya simbol kepada Malaysia yang moden, dinamik dan membawa aspirasi wawasan baharu pada abad ke-21".
Sementara itu, Duta Argentina Manuel Balaguer Salas yang memulakan tugasnya di sini tahun lepas, menyifatkan pertabalan Agong itu sebagai 'istiadat yang bermakna, simbolik dan penting' kepada negara dan semua rakyat Malaysia.
Pernah ke Istana Negara untuk menyerahkan watikahnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, beliau teruja kerana buat pertama kalinya berpeluang menyertai istiadat pertabalan Sultan Muhammad V.
Bagi Pesuruhjaya Tinggi New Zealand Dr John Subritzky yang akan turut hadir ke istiadat esok buat pertama kali berkata, ia pasti menjadi menjadi peristiwa yang sangat istimewa bagi Malaysia yang kaya dengan budaya dan sejarah.
"Ia akan mencerminkan kepentingan Perlembagaan terhadap kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Saya belum lagi bertemu baginda tetapi berharap mempunyai peluang untuk berbuat demikian sebelum tugas saya tamat di Malaysia," katanya.
Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa pula berkata hubungan baik antara kerabat diraja Malaysia dan keluarga Maharaja Jepun adalah khazanah hubungan erat buat Malaysia dan Jepun.

'Berundinglah PAS...'

Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegur pimpinan partinya yang dianggap bongkak dalam percaturan mereka menghadapi pilihan raya.
Kata Mahfuz, kenyataan supaya parti pembangkang lain memberi laluan PAS bertanding berdepan dengan Umno tidak wajar dibuat oleh mereka ketika ini.
Pada masa sama, kata beliau, kenyataan seumpama itu akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi.
"Ahli tegar PAS mungkin akan rasa seronok. Tetapi PAS kena ingat yang kemenangan PAS dulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli PAS semata-mata," katanya dipetik Sinar Online hari ini.
Kelmarin seorang daripada pimpinan utama PAS menyatakan, parti lain tidak boleh meletakkan calon masing-masing di kerusi yang ditandingi PAS bagi berdepan dengan Umno.
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
Dan ketua penerangan Dewan Ulama PAS itut sekali lagi menegaskan kesungguhan PAS bertanding di 80 kerusi parlimen.
"PAS bertanding di 80 kerusi Melayu berhadapan dengan Umno. Pakatan Harapan jangan masuk. Parti Amanah Negara (AMANAH) jangan masuk. PBBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia -- BERSATU) pun jangan masuk. PKR bertanding di kerusi mereka PRU ke-13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya melalui kemas kini status di Facebook.
Tak pernah menang
Tetapi, kata Khairuddin, tidak dapat dipastikan sama ada AMANAH sanggup untuk tidak bertanding dalam pilihan raya.
"Atau mahukah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada AMANAH di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU ke-13?" katanya.
Seorang lagi pimpinan utama PAS sebelum ini menyatakan 'sifir' 80 kerusi itu adalah jalan untuk parti berkenaan menawan Putrajaya.

Kenyataan Pas gambarkan parti bongkak: Mahfuz

Mahfuz OmarKenyataan Pas yang mengarahkan pembangkang berundur dan memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding sendirian menentang Umno di menggambarkan parti itu sombong dan bongkak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan daripada pengundi.
"Kenyataan sebegitu tidak membantu untuk bina keyakinan masyarakat terhadap Pas. Sebaliknya ia semakin menjarakkan hubungan Pas dengan masyarakat dan pengundi yang bukan terdiri daripada ahli Pas.
"Ahli tegar Pas mungkin akan rasa seronok. Tetapi Pas kena ingat yang kemenangan Pas terdahulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli Pas semata-mata," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Pas dilaporkan 'mengarah' parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.
Menurut Mahfuz lagi, kenyataan yang dibuat Mohd Khairuddin juga seolah-olah​ menggambarkan rasa cemas Pas untuk mendepani PRU akan datang.
"Pas patut berundinglah (dengan Pakatan Harapan). Bertanding tak sampai 80 kerusi dahulu pun Pas tak pernah menang," katanya lagi

LAGI BANYAK PAS NAK BERTANDING, TIDAKKAH LAGI MENYERLAHKAN PERANAN SEBAGAI SEKUTU UMNO?

Selain mahu parti-parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam pilihanraya akan datang, Pas juga mula menunjukkan keghairahan untuk berkuasa di beberapa negeri.

Semalam, Pas turut mengumumkan kesediaan untuk memerintah Pahang dengan mengumumkan akan bertanding 10 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN di negeri itu.

Pahang mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 42 kerusi DUN keseluruhannya.

Sebelum itu, Pas Perak juga menzahirkan hasrat yang sama dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria menyatakan, pihaknya akan bertanding di 30 daripada keseluruhan 59 kerusi DUN di negeri tersebut.

Dengan berdoa agar orang UMNO dan Pas mengundi calon parti mereka, Razman yakin Pas akhirnya dapat membentuk kerajaan baru di Perak.

Dalam masa yang sama, Pas sudah tentu ingin mengekalkan kuasanya di Kelantan dan berusaha merampas kembali Terengganu yang pernah dikuasainya selama sepenggal pada pilihanraya 1999 dahulu.

Tidak lama sebelum ini, sebagaimana klip video yang tersebar luas di media sosial, Hadi Awang turut menyebut keinginan Pas untuk mentadbir lima negeri melalui kerjasama dengan UMNO.

Lima negeri yang disebutkan oleh Presiden Pas itu ialah Kelantan, Terengganu,  Kedah, Perak dan Selangor.

Kesimpulannya, walaupun pada PRU 13 lalu, Pas hanya menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan saja, tetapi dalam pilihanraya akan datang, ternampak mereka amat ghairah dan bernafsu tinggi  dengan awal-awal lagi sudah meletakkan "cap jari"  mahu bertanding  80 kerusi Parlimen serta mentadbir di lima negeri.

Mampukah Pas secara sendirian mencapai cita-citanya itu?

Adakah semua itu memperlihatkan Pas sebagai parti yang sombong dan bongkak sebagaimana didakwa oleh Mahfuz Omar?

Skandal mata wang: Tun M sedia dihadapkan di mahkamah

Tasik Gelugor: Tun Mahathir - -Hanya Yg Bodoh Dalam UMNO Supaya Najib Razak Senang Curi Duit

TERENGGANU: Mahfuz Omar - HEBAT,Najib Razak Kata Kos Sara Hidup Di Malaysia Paling Rendah

Tanpa PAS Pun, PH Mampu Bawa Perubahan Untuk Rakyat