Ahad, 23 April 2017

Amanah perlu tabah bila digelar 'Pan'

KUALA TERENGGANU - Ahli-ahli Amanah perlu berjiwa besar berhadapan tekanan daripada Pas termasuklah apabila parti tersebut menggelarkan Amanah dengan panggilan 'Pan'.
Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, walaupun panggilan tersebut tidak digemari ahli-ahli Amanah, beliau berharap mereka berlapang dada dan menerimanya dengan terbuka serta menganggapnya satu ‘latihan’ dalam berhadapan cabaran politik.
Husam Musa Dalam pada itu, Husam turut mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak membalas tindakan tersebut dengan memberikan gelaran buruk kepada Pas.
“Walaupun orang ‘Pan’ tak suka dipanggil ‘Pan’ tetapi saya sengaja gunakan istilah yang dipakai oleh Pas supaya saudara tidak rasa kecil hati dan sempit fikiran bila orang sebut saudara, panggil saudara dengan nama yang saudara tidak sukai.
“Anggaplah ini sebagai satu latihan hendak mengukur berapa besarnya jiwa inklusiviti kita. Kalau dengan perkataan ‘Pan’ pun kita tidak boleh toleransi, kompromi, bagaimana nanti kalau kita mentadbir Malaysia, mentadbir negara, mentadbir negeri dengan kesempitan dada, kesempitan fikiran, minda kita menghadapi karenah yang akan berlaku? Jadi Pas kata ‘Pan’, kita boleh terima dengan hati terbuka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU14 anjuran Pemuda Amanah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan; Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohd Hasbie Muda; Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail; Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, beliau menuntut ahli-ahli Amanah terus bergerak ke hadapan bagi mencipta kebangkitan sokongan rakyat terhadap ‘oren’, tema warna parti Amanah, tanpa terlalu sensitif dengan isu gelaran tersebut.
“Jadi kalau kita hendak ‘go for orange’, kita kena betul-betul terbuka dan keterbukaan ini boleh diukur apabila kita berhadapan dengan garis keras Rusila, dihadapi dengan garis lembut Raja Bahrin,” katanya.

Sesama sendiri ‘ditembak’, Pas hilang tumpuan dalam menyerang Umno-BN

Menghampiri musim pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), Pas dilihat cenderung menjatuhkan antara satu sama lain tidak terkecuali di Selangor yang menyaksikan parti itu masih berkongsi kuasa dengan Pakatan Harapan.
Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim berkata, hal tersebut diakui sendiri pemimpin kanan negeri tersebut sekaligus bukti Pas sudah hilang tumpuan dalam menyerang Umno-BN.
Menurutnya, pendirian politik Pas yang jauh berbeza berbanding sebelum ini bukan sahaja terhad kepada kepimpinan tinggi dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah jauh melangkaui ke akar umbi.
“Pas ini (rosak) bukan soal Ustaz Hadi tetapi pemikiran. Kalau kita rasa Ustaz Hadi seorang kita boleh tunggu lagi tapi pemikiran itu sudah meresap sampai ke cawangan.
“Bila timbul satu-satu isu, yang ini tembak, yang itu tembak. Bukan tembak Umno tapi tembak rakan sendiri. PKR, DAP, AMANAH.
“Bahkan sama-sama mereka pun, ditembak. Saya masih ada lagi hubungan dengan beberapa orang Pas Selangor. Mereka beritahu hal ini.
“Saya cakap, ‘Dulu waktu kami (kini di AMANAH) kena macam-macam (fitnah) walaupun tak betul, kau orang diam. Sekarang mereka serang kau orang pula’.
“Manusia jenis perangai tak elok akan berterusan jadi tak elok tidak kira bergelar ustaz atau tidak. Dalaman Pas sudah teruk. Datuk Iskandar Abdul Samad (Pesuruhjaya Pas Selangor) dituduh macam-macam – Khalid Samad (Pengarah Komunikasi AMANAH) nombor dua, perigi butalah,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan konflik perebutan kuasa dalam Pas semakin sengit sehingga perpecahan kali kedua tidak dapat ditolak ekoran kemahuan mendapat tempat sebagai calon bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya cakap terus-terang makin dekat pilihan raya, letupan dalaman Pas makin kuat. Masing-masing mahu posisi dalam parti, ada agenda mahu jadi calon.
“Ini lebih membawa kepada lebih banyak lagi perpecahan dalaman Pas dan sedang menuju perpecahan apa yang dipanggil perpecahan kali kedua,” jelasnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Izham berkata, Pas tidak akan kembali kepada prinsip perjuangannya yang rasional dan berhemah walaupun Abdul Hadi tidak lagi menjadi Presiden parti sekaligus menyaksikan pentingnya penubuhan parti baharu Islam seperti Amanah.
“Sebab itu bila saya ditanya kalau Hadi bukan lagi Presiden Pas, ada dua sebab kenapa kita tidak boleh lagi berfikiran Pas ini seperti dulu. Ya. Pas memang terus wujud tetapi pengaruhnya akan semakin berkurang.
“Pertama sebabnya reputasi Pas sudah rosak. Padahal, keyakinan itu dibina puluhan tahun tetapi mereka rosakkan keyakinan itu dalam masa hanya satu hari. Mahu bina semula reputasi bukan mudah. Baik buat parti baru (AMANAH).

Tiga tahun berlalu, mangsa banjir Kelantan putus harapan

Tiga tahun berlalu, mangsa banjir Kelantan putus harapan
Seorang kanak-kanak berjalan di depan sebuah rumah yang dibina kerajaan persekutuan untuk mangsa banjir di Felda Aring, Gua Musang.
SENYUMAN Faridah Ya tidak lekang dari bibirnya walaupun beliau sekeluarga menjangkakan akan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi di rumah kayu buatan sendiri untuk tahun ketiga.
Faridah 45, ialah antara mangsa banjir di Kelantan pada 2014 dan keluarganya antara 73 rumah di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang yang masih tidak berjaya mendapat penempatan baharu.
Faridah Ya, antara mangsa banjir 2014 di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang yang masih belum menerima rumah baharu walaupun namanya tersenarai sebagai penerima. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 April, 2017.
Faridah Ya, antara mangsa banjir 2014 di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang yang masih belum 
menerima rumah baharu walaupun namanya tersenarai sebagai penerima.
Rumah satu bilik yang kelihatan seperti pondok usang itu sangat daif, namun mereka sekeluarga tiada pilihan selain membina rumah sendiri di atas tapak rumah sebelum ini, iaitu di atas tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Saya dan suami tiada pilihan. Sudah biasa tinggal di sini bersama enam anak berusia 18 tahun hingga lima bulan. Kami terpaksa kutip lebihan kayu rumah kami yang hanyut ketika banjir 2014, dan bina rumah sendiri sementara menunggu rumah baharu.
"Nama kami sudah ada dalam senarai, tetapi sampai sekarang rumah belum ada lagi," katanya kepada The Malaysian Insight.
Situasi sama dihadapi keluarga Mohd Shaffien Mahmod yang juga mangsa banjir apabila mereka masih menunggu rumah baharu tanpa mengetahui tarikh sebenar dapat berpindah ke rumah lebih selesa.
Namanya tersenarai sebagai penerima penempatan baharu tetapi sehingga kini terpaksa tinggal di rumah kayu buatan sendiri bersama isteri dan lima anaknya yang semua masih bersekolah.
"Saya tak tahu bila siap (rumah baharu), mereka (kerajaan negeri) tidak beritahu bila. Kami nak sewa rumah tak mampu jadi binalah rumah sendiri walaupun tiada bilik dan satu keluarga tidur di ruang tamu.
"Kami sudah biasa duduk dalam keadaan sebegini tetapi kami inginkan rumah baharu," kata Shaffien kepada The Malaysian Insight yang merupakan seorang tukang rumah.
Di Kampung Aring 2 pula, Syuhaifeza Mohd Zin, 30, ibu tunggal dua anak antara 10 daripada 23 rumah yang gagal mendapatkan penempatan baharu sehingga kini sejak banjir 2014.
Katanya, sebagai prosedur untuk mendapatkan rumah, mangsa banjir yang rumahnya dihanyutkan banjir sepenuhnya akan diberi keutamaan.
Tetapi, Syuhaifeza masih tidak tahu kenapa beliau masih tidak mendapat penempatan baharu yang dijanjikan itu walaupun namanya sudah berada dalam senarai.
"Saya ada laporan mengatakan rumah saya sudah hanyut dan dalam senarai menunggu. Penduduk di kawasan kampung lain semua sudah dapat rumah, ada yang rumah hanya terjejas sedikit tetapi dapat juga rumah tetapi saya tidak.
"Saya dan lebihan mangsa di Kampung Aring 2 yang masih tiada tempat tinggal terpaksa menumpang di serumah saudara-mara di sekitar sini," kata Syuhaifeza.
Syuhaifeza yang kini menetap bersama keluarga kakaknya di kawasan itu terpaksa berhimmpit di dalam Rumah Kekal Baharu (RKB) tiga bilik yang dibina kerajaan persekutuan bersama 14 ahli keluarganya yang lain.
Seorang kanak-kanak duduk di depan rumahnya di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, di mana kebanyakan mangsa banjir 2014 terpaksa duduk dalam keadaan daif selepas rumah hanyut dan rumah baharu dijanjikan masih belum diterima. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 April, 2017.
Seorang kanak-kanak duduk di depan rumahnya di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, 
di mana kebanyakan mangsa banjir 2014 terpaksa duduk dalam keadaan daif selepas rumah hanyut 
dan rumah baharu dijanjikan masih belum diterima.
Banjir 2014 yang dikenali sebagai bah kuning paling teruk dalam sejarah selepas banjir bah besar 1967 sehingga menyebabkan lebih 100,000 orang di Kelantan terjejas.
Dalam tragedi pada penghujung Disember 2014 itu, semua kawasan di Kelantan dinaiki air, kecuali Bachok dan Pasir Puteh saja yang hanya terjejas sedikit akibat banjir.
Kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Mas mengalami banjir teruk akibat bencana itu dengan mengalami kerosakan yang besar.
Kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir PAS dan kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk bertanggungjawab dengan mengagihkan kawasan yang terjejas sesama mereka bagi menyediakan penempatan baharu untuk mangsa banjir.
Kerajaan negeri bersetuju menyediakan penempatan baharu bagi mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, sementara Kampung Aring di bawah tanggungjawab kerajaan pembangkang negeri, Barisan Nasional (BN).
Pihak ambil kesempatan
Adun BN di kawasan itu, Adun Paloh Datuk Norzula Md Piah berkata isu di Kampung Aring 2 berlaku kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mendapatkan rumah baharu.
"Tidak semua di antara mereka layak, ada yang rumahnya masih boleh dibaiki tetapi mahukan rumah baharu. Ada yang rumah tidak ditenggelami air pun hendak rumah juga.
"Ada satu keluarga layak menerima tiga rumah kerana keluarga mereka sangat besar, tinggal bersama anak-beranak, menantu dan cucu," katanya kepada The Malaysian Insight.
Nozula berkata isu timbul apabila ada campur tangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PAS di kawasan yang sepatutnya berada di bawah tanggungjawab BN.

Mahkamah iktiraf hak tanah Orang Asli Temiar di Kelantan

Mahkamah iktiraf hak tanah Orang Asli Temiar di Kelantan
Orang Asli suku Temiar dari Pos Belatim meraikan kemenangan permohonan mereka di luar Mahkamah Kota Baru hari ini. 
Mahkamah Tinggi Kota Baru hari ini memutuskan tanah seluas 9,300 hektar di Pos Belatim, Gua Musang, kekal sebagai tanah adat Orang Asli suku Temiar di tujuh kampung di situ.
Hakim Datuk Zainal Azman Abdul Aziz dalam penghakimannya turut memerintahkan kerajaan negeri kelantan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri membayar kos RM50,000 kepada Angah Along dan Hassan Alang yang mewakili tujuh kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.
Tujuh kampung itu ialah Kampung Belatim, Kampung Chachuk, Kampung Cegrok, Kampung Cermal, Kampung Sempadek, Kampung Belanga dan Kampung Kenben.
Hakim juga memerintahkan kerajaan negeri dan PTG membuat pemetaan secara halus kawasan terbabit dalam tempoh sebulan bermula hari ini.
Orang Asli suku Temiar itu pada 2011 memfailkan permohonan bagi perintah certiorari untuk membatalkan keputusan kerajaan negeri yang memberi milik tanah sebahagian yang diduduki Orang Asli di Mukim Ulu Nenggiri, Gua Musang, bagi pembangunan Ladang Rakyat.
M. Rajkumar, peguam yang mewakili kaum Temiar itu berkata mahkamah dalam keputusannya berkata mengambil hak milik tanah Orang Asli adalah salah satu kesalahan mencerobohi hak kaum peribumi itu.
"Kontrak itu terbatal (kerajaan negeri dan pemaju) dan mahkamah memutuskan Orang Asli memang ada hak terhadap tanah adat dan kawasan mereka.
"Mahkamah memerintahkan kerajaan negeri membuat pengesahan kawasan Orang Asli tersebut dan melindungi kawasan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

PAS INGAT DIA SIAPA?

Dalam perkembangan terbaru, Pas melalui Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Dr. Khairuddin Aman Razali mahu semua parti-parti pembangkang tidak meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu.

Kata beliau, ia bagi memberi laluan Pas berdepan satu lawan satu dengan UMNO dan BN di semua kerusi tersebut.

Amboiii.... bukan main besar hajat dan permintaan Pas kali ini?

Tetapi, siapa dan apa kedudukan mereka dalam gabungan parti-parti pembangkang?
Bukankah Pas sekarang ini tidak terikat lagi dengan Pakatan Harapan, sebaliknya sudah berada dalam blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera bersama Ikatan?

Melalui blok ketiga itu, tidakkah Pas bebas bertanding di mana-mana saja kerusi yang disukainya, bahkan dulu pernah berkata, sedia berdepan dengan sesiapa saja dan yakin menang di sebahagian besar daripadanya?

Kenapa sekarang sudah mula mengendur nada dengan meminta parti-parti pembangkang lain agar jangan meletakkan calon di kerusi yang Pas bertanding?

Dalam pada itu, bagaimana Pas boleh sesuka hati meminta Pakatan Harapan agar jangan meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang ingin ditandinginya?

Adakah Pas merasakan mereka adalah "abang besar" dalam pembangkang?

Apakah Pas saja yang ada kouta atau jumlah kerusi ingin ditandingi, manakala parti-parti lain mesti tunduk begitu saja kepada mereka?

Tidak mungkinkah, jika diberi laluan nanti, Pas akhirnya akan berpakat dan lebih cenderung untuk memberi laluan mudah kepada  UMNO dan BN sebagai membalas budi kerana memberi laluan membentangkan usul Akta 355 dah kemudian membentuk sebuah kerajaan campuran dengan tujuan mengekalkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri?

PKR: ‘Parti lama jangan kedekut, parti baru jangan tamak’

Perbalahan terbuka dan kegagalan mencapai kata putus dalam rundingan pembahagian kerusi boleh menghakis keyakinan rakyat, kata Saifuddin Nasution.
saifuddin-nasution
KUALA LUMPUR: Selain manifesto dan dasar yang baik, Pakatan Harapan perlu menambat keyakinan rakyat dengan tidak berbalah sesama parti komponen, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, ia amat penting terutama ketika pembahagian kerusi menuju Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Rakyat boleh yakin jika kita boleh menguruskan perbezaan pendapat, terutama ketika musim pembahagian kerusi,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau menggariskan formula untuk mencapai matlamat itu, iaitu “parti lama jangan kedekut, parti baharu jangan tamak”, disambut sorakan 268 perwakilan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan yang hadir.
Dalam Pakatan Harapan, parti yang dianggap baharu adalah Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) manakala PKR dan DAP sebagai komponen yang lebih “senior”.
“Jangan bila bab kerusi kata ‘kami paling lama, paling berpengalaman dan pemimpin kami paling lama kena tangkap, maka kami mesti dapat lebih kerusi’.
“Parti baharu pula tidak boleh tamak, kata ‘(kerusi) ini kami punya, (kerusi) itu kami punya’. Tidak bolehlah,” katanya.
Katanya lagi, cabaran besar menanti pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bagi mencapai pembahagian kerusi yang adil dan seimbang.
PRU-14 perlu dipanggil selewat-lewatnya 2018 iaitu tempoh berakhirnya penggal 5 tahun pentadbiran, dan spekulasi mengatakan pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi.
Setakat ini, usaha perundingan antara Pakatan Harapan – terutama PKR dan PPBM – dengan PAS dalam soal kerjasama pilihan raya juga dilihat sudah tidak serancak dulu.
Setiausaha Sekretatriat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdulah kemudian menjelaskan, rundingan antara 4 parti komponen akan memberikan peluang kepada semua parti untuk bertanding secara saksama, berdasarkan potensi boleh menang.

Kenyataan kos sara hidup rendah Najib tiada makna

Pengiktirafan yang membandingkan harga barangan dan perkhidmatan dengan 133 bandar raya di seluruh dunia langsung tidak mengambarkan realiti kehidupan dan hakikat penderitaan rakyat berpendapatan rendah, kata PKR
Syed-Ibrahim-Syed-Noh_malaysia_rakyat_600
PETALING JAYA: PKR mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib Razak dua hari lalu mengenai kos sara hidup di Malaysia paling rendah di ASEAN tidak membawa sebarang erti kerana rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga mendadak apatah lagi akibat pemansuhan pelbagai subsidi kerajaan.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, segenap lapisan rakyat tahu membezakan antara keperitan menanggung kos sara hidup masa kini berbanding era sebelum ini sekalipun ia “digula-gulakan dengan pengiktirafan kaji selidik antarabangsa.”
“Pengiktirafan yang membandingkan harga barangan dan perkhidmatan dengan 133 bandar raya di seluruh dunia itu, langsung tidak mengambarkan realiti kehidupan dan hakikat penderitaan rakyat berpendapatan rendah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dua hari lalu, perdana menteri berkata, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.
Beliau yang juga Menteri Kewangan I berkata, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.
Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.
Bagaimanapun kata Najib, beliau ingin menegaskan, pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai.
Kata Syed Ibrahim, kenyataan Najib susulan keputusan kaji selidik itu, kononnya untuk merangka pelbagai program untuk memacu pendapatan dan mengurangkan harga barangan, hanya retorik yang diulang-ulang.

PRU14 bukan 3 penjuru sebab PAS ‘sekutu’ BN

Kata Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, PAS bukan parti pembangkang tulen kerana parti itu sekarang bersekutu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tan-Kok-wai
Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok wai meminta semua pihak dalam Pakatan Harapan menganggap PAS sebagai sekutu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Kok Wai berkata demikian ketika perwakilan komponen di Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan 2017 di Cheras hari ini rancak membincangkan mengenai kelancaran rundingan pembahagian kerusi.
“PAS bukan parti pembangkang tulen kerana parti itu sekarang bersekutu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Ahli Parlimen Cheras ini dalam ucapannya.
“Kalau ada calon PAS, calon Umno dan calon Pakatan Harapan, sebenarnya pertandingan masih 1 lawan 1, bukan 3 penjuru.”
PAS, seperti Umno, menyasarkan DAP dalam serangan mereka kebelakangan ini. PAS itu secara konsisten menegaskan tidak mahu ada sebarang hubungan dengan DAP, sebagaimana diputuskan dalam muktamar 2 tahun yang lalu.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

PAS sedia perintah Pahang..??

Selepas Perak, PAS Pahang pula membayangkan keazaman mereka menawan negeri berkenaan daripada BN melalui pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Untuk Pahang, PAS negeri itu dilaporkan sudah merangka pelan tersendiri dengan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 10 kerusi parlimen.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata pertambahan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan semasa.
"Setelah putus hubungan dengan DAP, PAS bebas bertanding mana-mana kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini," katanya berucap sempena Konvensyen PAS Pahang di Kuantan dan dipetik BH Online hari ini.
Parti itu juga, kata Rosli, memutuskan untuk tetap meletakkan calon pada mana-mana kerusi yang ditandingi calon Parti Amanah Negara (AMANAH).
DUN Pahang mempunyai 42 kerusi manakala parlimen 14. Untuk membolehkan kerajaan dibentuk, sesebuah parti atau gabungan perlu mendapat majoriti di DUN. Bermakna PAS perlu memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi pada PRU ke-14 nanti.
Pahang perlu diselamatkan
Sebelum ini seorang pimpinan PAS juga menyatakan keyakinan mereka membentuk kerajaan di Perak.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pada 13 April lalu menyatakan parti itu akan eletakkan calon di 30 daripada 59 kerusi DUN.
Formula itu dipercayai akan menjadi mudah dengan menganggap Umno tidak meletakkan calon mereka di kerusi yang ditandingi PAS.

Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan

Pas 'mengarahkan' seluruh parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.
"Pakatan Harapan jangan masuk. Amanah jangan masuk. Bersatu pun jangan masuk.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali "PKR bertanding di kerusi mereka PRU13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pas meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.
Bagaimanapun Khairuddin dalam posting Facebooknya semalam sempat menyatakan kerisauan berhubung pendirian Pakatan Harapan terhadap kerusi yang dipertandingkan.
"Tapi bersediakah Amanah untuk tidak bertanding pilihanraya?
"Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada Amanah di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi Pas pada PRU ke 13?" soalnya.

Pas patut tinggal di planet Marikh, kata Amanah

Khalid SamadPas mungkin lebih sesuai tinggal dan memerintah planet Marikh atau bulan, kata Amanah.
Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, Pas mempunyai sikap luar biasa yang sukar diterima oleh masyarakat.
"Tak masuk berbincang tapi nak tetapkan org lain tanding mana. Sikap luar biasa ini. Mungkin sesuai di planet Marikh atau orang atas bulan. Kecuali ia wahyu dari ALLAH!
"Tu sebab dari dulu kita jemput bersama berbincang. Tak nak bersama. Tak nak berbincang. Maka tiga penjuru adalah atas keenganan berbincang Pas itu sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pas hari ini mengarahkan Pakatan Harapan supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.

PKR Wilayah: Pakatan jangan buang masa pikat hati ‘bekas kawan’

Kata Pengerusi PKR Wilayah, Pakatan Harapan perlu ada maruah dan jika cuba menangi hati bekas kawan, orang akan fikir Pakatan Harapan tidak ada pendirian.
idris
KUALA LUMPUR: Sementara tumpuan arena politik bertumpu kepada pendirian Muktamar PAS akhir bulan ini, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad meminta Pakatan Harapan “jangan buang masa” memenangi hati bekas sekutu mereka.
“Kita perlu ada maruah. Kalau kita cuba menangi hati bekas kawan kita, orang akan fikir kita tidak ada pendirian,” kata beliau tanpa menamakan mana-mana parti secara khusus.
Pun begitu beliau dilihat seccara langsung merujuk kepada PAS. Kini, Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat tidak dianggotai oleh PAS. Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Melayu Bersatu.
“Banyak dilaporkan bekas kawan kita tidak lagi mahu bersama dengan DAP atau PKR. Jadi apa lagi yang kita tunggu? Kita perlu tegas dan bergerak ke depan.”
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan 2017 di Cheras hari ini.
Menuju PRU-14, spekulasi kuat mengatakan PAS akan bekerjasama dengan BN, terutamanya melihat kepada kesediaan Umno bekerjasama dengan PAS dalam usul presidenya yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Kedua-dua parti Melayu utama itu juga berkongsi pentas dalam beberapa isu melibatkan orang Islam, seperti penindasan etnik Rohingya di Myanmar.
Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng pada 22 Mac lalu menjangkakan PAS akan bersama rancangan “BN + 1” pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Hadi pada 25 Mac mengatakan PAS tidak akan bersama BN atau Pakatan Harapan kerana percanggahan prinsip, memberi petanda ia akan menyertai Pilihan Raya Umum kr-14 (PRU-14) secara bersendirian.
Sejak beberapa bulan lalu, sebilangan bahagian PAS di serata negara meluluskan usul menggesa kepimpinan parti memutuskan hubungan dengan PKR.

'Kos hidup paling rendah di Asean tak beri sebarang erti'

Syed Ibrahim Syed NohSyed Ibrahim Syed Noh
Kenyataan mengenai kos sara hidup paling rendah di Asean tidak membawa sebarang erti selagi rakyat terbeban dengan kenaikan harga mendadak pelbagai barangan dan perkhidmatan, kata ketua penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.
Ketua penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, apatah lagi kenyataan itu muncul selepas pemansuhan pelbagai subsidi kerajaan.
Beliau berkata, segenap lapisan rakyat tahu membezakan antara keperitan menanggung kos sara hidup masa kini dengan zaman-zaman sebelum ini sekalipun ia digula-gulakan dengan pengiktirafan kaji selidik antarabangsa.
Menurutnya, pengiktirafan yang membandingkan harga barangan dan perkhidmatan dengan 133 bandar raya di seluruh dunia itu langsung tidak mengambarkan realiti kehidupan dan hakikat penderitaan rakyat berpendapatan rendah.
“Kenyataan Datuk Seri Najib Razak susulan keputusan kaji selidik itu, kononnya untuk merangka pelbagai program untuk memacu pendapatan dan mengurangkan harga barangan, pula hanya retorik yang diulang-ulang.
“Apakah yang kerajaan Umno BN pimpinan Najib telah lakukan sepanjang pentadbirannya kerana pendapatan rakyat tidak meningkat; apakah pula usaha kerajaan Najib untuk mengurangkan harga barangan? Ketika BR1M yang diilhamkan oleh Najib terus gagal menyelesaikan bebanan kehidupan rakyat, skandal kewangan terutama 1MDB membangkitkan kemarahan ramai manakala lambakan rasuah terus berleluasa dalam kalangan golongan yang dekat dengan rejim penguasa,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit berikutan hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.
Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata kata-kata Najib untuk menjadikan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi, nyata tidak berpijak di bumi nyata, malah ia sangat bertentangan dengan realiti kehidupan semasa ekonomi rakyat.
Tambahnya, apatah lagi, pengiktirafan itu bertentangan dengan dapatan Jabatan Statistik yang dikeluarkan pada 19 April 2017 dan menyaksikan pelbagai indeks komponen mengalami paras kenaikan harga hampir 30 peratus.

Batal projek, Noh jujur mengaku kerajaan tak ada duit - Hatta


 Dr Hatta Ramli Dr Hatta Ramli
Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli membidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengarahkan pembatalan projek kemudahan asas di kawasan-kawasan dikuasai pembangkang.
Beliau berkata, tindakan itu satu arahan yang amat tidak adil dan cubaan menunjukkan kuasanya sebagai menteri.
“Tidak gilakah (arahan seumpama itu)? Tetapi memang kita tahu BN sudah gila, jika tidak (ahli) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan keluar daripada BN.
“Dengan sikap menteri yang ingin menunjuk kuasa seperti ini, rakyat memerhati kezaliman BN. Akhirnya memudahkan mereka membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang,” katanya seperti dpetik Free Malaysia Today.
Difahamkan, arahan itu dikeluarkan kementerian itu menerusi surat bertarikh 17 Mac, membatalkan semua projek BP1 bagi 2017.
Projek prasarana BP1 merujuk projek infrastruktur berskala kecil seperti membina parit dan longkang, menaik taraf jalan serta memasang lampu jalan.
Noh Omar bagaimanapun menafikan kerajaan membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan parlimen yang tidak dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya, beliau berkata, kementeriannya hanya mengutamakan kawasan parlimen serta DUN yang dikuasai BN terlebih dahulu.

Konvensyen PH Wilayah Persekutuan kemuka 6 usul kepada Menteri WP, DBKL

Konvensyen PH Wilayah Persekutuan yang diakakan hari ini telah mengemukakan enam usul untuk diberikan perhatian kerajaan BN.Konvensyen PH Wilayah Persekutuan yang diakakan hari ini telah mengemukakan enam usul untuk diberikan perhatian kerajaan BN.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dengan sengaja tidak mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 sehingga ke hari ini.
Malahan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur baharu yang akan berakhir pada 2050 di bawah wawasan Transformasi Nasional 50 (TN50).
Pertukaran dasar ini dilihat oleh Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan akan menjejaskan dasar asal kerajaan yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Kelas Dunia pada tahun 2020.
Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan turut mendapati pentadbiran Kerajaan yang korup, kemelesetan ekonomi, pengangguran di kalangan orang muda yang semakin meningkat, kadar jenayah yang melambung naik dan pelbagai masalah yang dihadapi negara telah menyuburkan peluang bagi Pakatan Harapan untuk menggantikan tampuk pemerintahan negara Barisan Nasional (BN).
Hari ini telah berlansung Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan yang dihadiri pimpinan kanan Pakatan Harapan.
Konvensyen telah dihadiri Setiauaha Sekretariat Pakatan Haarapan Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden Bersatu, Datuk Rashid Asari, Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Dr Hatta Ramli Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Oleh itu, adalah penting bagi keempat-empat parti di dalam gabungan Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah dan Bersatu) untuk berganding bahu mencapai objektif murni ini demi menyelamatkan Malaysia.
Justeru Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutan 2017 telah memutuskan enam perkara berikut:
1. Konvensyen mendapati pembangunan tanpa kawalan dan tidak mengikut Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah menyumbang kepada kesesakan trafik dan kekecohan dari segi pembangunan dan menimbulkan bantahan daripada penduduk di Kuala Lumpur.
Konvensyen mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan agar mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dengan serta-merta, dan DBKL digesa untuk hanya meluluskan pembangunan projek mengikut kegunaan tanah yang ditetapkan dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.
2. Konvensyen mendapati banjir kilat kerap berlaku di banyak tempat di Kuala Lumpur kerana keadaan perparitan yang cetek dan lama, ditambah lagi pembangunan yang pesat tanpa kawalan dari segi densiti.
Konvensyen mendesak DBKL untuk menaik-taraf sistem perparitan di tempat-tempat yang kerap berlakunya banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur.
3. Konvensyen mendapati DBKL telah banyak meluluskan banyak projek pembangunan yang berdensiti tinggi kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang ditadbir oleh pemimpin Umno-BN dan juga penjawat tinggi DBKL. Keadaan ini merupakan konflik kepentingan di antara pihak yang memberi kelulusan projek dengan pemohon projek.
Konvensyen ingin memberi amaran kepada pemimpin Umno-BN supaya tidak menggunakan nama Yayasan Wilayah Persekutuan untuk membangunkan projek yang bertujuan untuk menjaga kepentingan kroni U,mo-BN.
Konvensyen mendesak pemimpin Umno-/BN dan penjawat tinggi DBKL untuk meletak jawatan di Yayasan Wilayah Persekutuan dan menjadikan Yayasan Wilayah Persekutuan sebagai organisasi yang neutral.

Parti lama jangan kedekut, parti baru jangan tamak - Saifuddin Nasution

TERENGGANU:Husam Musa - Anak Muda Patut Contohi Keberanian Rafizi Ramli

TERENGGANU:Nurul Izzah Anwar PKR-Gabungan 4 Parti Pembangkan Mampu Kalahkan Najib Razak & BN

Dato Husam Musa - "Ramuan PH Terengganu akan dapat mengambil Terengganu"

TUMBANG NAJIB PRU14, TAK PERLU TUNGGU 2050


Pakatan Harapan mendesak kerajaan agar segera menyelesaikan isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh rakyat pada masa ini dan bukannya bermain dengan pelbagai slogan demi kepentingan tertentu.
Menerusi satu kenyataan bersama, Pakatan Harapan mendakwa pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) misalnya, adalah satu lagi kaedah untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan Umno/BN.
“Pakatan Harapan ingin menegaskan kepada kerajaan bahawa masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini adalah kritikal dan rakyat tidak perlu tunggu hingga 2050 tetapi rakyat boleh membuat pilihan pada PRU14 dengan menumbangkan Umno BN agar Malaysia bebas dikuasai daripada tangan-tangan perasuah,” ujar kenyataan bersama itu.
Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Krai (Amanah), Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Selayang (PKR), William Leong dan Ahli Parlimen Klang (DAP), Charles Santiago.
Justeru ujar mereka, beberapa isu besar perlu dipandang serius dan diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.
“Iaitu antaranya isu pentadbiran bebas rasuah, isu penganguran, gaji rendah, kos sara hidup yang tinggi dan pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
Pelaksanaan TN50, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

Umno-BN gunakan KEMAS untuk tujuan politik kepartian

OLEH AHMAD NIZAM
Saya meneliti video ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 20 April 2017 di satu program di Bera, Pahang bersama-sama dengan pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Ucapannya yang tanpa berselindung menggesa pegawai-pegawai KEMAS untuk menjadi jentera kerajaan Umno BN paling hadapan untuk menenatng pembangkang di seluruh negara.
Malah, Ismail Sabri memaklumkan bahawa program-program berbentuk politik seperti ceramah boleh dianjurkan secara bersama dengan Umno Bahagian dengan peruntukan daripada KEMAS.
Ini secara jelas menunjukkan Umno BN sudah terdesak menggunakan kuasanya dan ‘machinery’ kerajaan bagi tujuan politik kepartian. Taktik kotor berulang ini berlaku apabila menjelangnya musim Pilihan Raya Umum (PRU).
Sepatutnya peranan KEMAS di setiap daerah adalah sebagai jentera Pembangunan Luar Bandar yang memfokuskan untuk meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar dan meningkatkan taraf hidup daripada segi pendidikan, sosial dan ekonomi. Ini kerana gaji kakitangan KEMAS dibayar daripada wang rakyat.
Malah Ismail Sabri dengan lantang bercakap, sekiranya beliau kena ‘bantai’ dengan pembangkang sekalipun, beliau akan lawan pembangkang dalam Parlimen untuk kepentingan Umno semata-mata.
Pada Mac 2016, Ismail Sabri telah menasihatkan kementerian yang dinaunginya supaya mengutamakan soal integriti tidak kira sama ada kakitangan bawahan, pegawai kanan, Menteri ataupun Ketua Menteri.
Kini , kata yang pernah diungkapkannya hanya sekadar kata seperti Menteri-Menteri Umno BN yang lain. Taktik kotor BN yang ditunjangi Umno mula terserlah. Pemikiran sedemikian yang kurang terbuka menjadikan Umno BN berada di takuk lama dan terus dibuai oleh janji manis sendiri yang akhirnya sekadar mimpi.

Noh Omar tunjuk kuasa batal projek, kata Amanah Wilayah

Dr Hatta Ramli memberitahu, dengan sikap menteri ingin menunjuk kuasa, rakyat memerhati kezaliman BN dan akhirnya akan memudahkan mereka membuat keputusan dalam PRU akan datang.
hatta-ramli_Noh-Omar_600
KUALA LUMPUR: Dr Hatta Ramli mengambil peluang Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini untuk membidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengarahkan pembatalan projek kemudahan asas di kawasan-kawasan dikuasai pembangkang.
Beliau yang juga Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan berkata, tindakan itu satu arahan yang amat tidak adil dan cubaan menunjukkan kuasanya sebagai menteri.
“Tidak gilakah (arahan seumpama itu)? Tetapi memang kita tahu BN sudah gila, jika tidak (ahli) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan keluar daripada BN.
“Dengan sikap menteri yang ingin menunjuk kuasa seperti ini, rakyat memerhati kezaliman BN. Akhirnya memudahkan mereka membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau.
Arahan itu didedahkan dikeluarkan menerusi surat bertarikh 17 Mac, dikeluarkan kementerian itu yang mengarahkan pembatalan semua projek BP1 bagi 2017. Projek prasarana BP1 merujuk projek infrastruktur berskala kecil seperti membina parit dan longkang, menaik taraf jalan serta memasang lampu jalan.
Pada 20 April lalu, Oriental Daily memetik Noh sebagai berkata, pihaknya hanya boleh memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan Parlimen BN disebabkan peruntukan dan sumber terhad dalam kementeriannya.
Hatta berkata, ia merupakan pengakuan jujur Noh bahawa kerajaan memang tidak dapat lagi memberikan peruntukan kerana wang yang terhad.
“Maknanya pembentangan belanjawan yang menyatakan negara ada pendapatan yang banyak dengan Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi, semua ini mengarut.
“Ia pengakuan jujur kerajaan tiada duit dan tidak dapat meneruskan program,” katanya.
Dipetik Bernama pada 20 April lalu, Noh bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan projek di kawasan pembangkang tetap dijalankan, tetapi wakil rakyat pembangkang yang tidak memohon projek BP1 bagi kawasan masing-masing.

Pakatan semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, kata Prof Agus

Amanah dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), kata pengkaji politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
Bagaimanapun, katanya, kepimpinan kedua-dua parti itu kurang padu manakala ceramahnya banyak, tetapi penceramahnya orang yang sama dan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
Bersatu dan Amanah perlu menumpukan aktivitinya ke Kelantan selatan pula.Bersatu dan Amanah perlu menumpukan aktivitinya ke Kelantan selatan pula."Bersatu dan Amanah perlu melakukan banyak lagi kerja untuk mendekati rakyat Kelantan secara lebih menyeluruh kerana setakat ini aktivitinya hanya tertumpu di Kelantan Utara sahaja," kata Agus.
Sehubungan dengan itu, Agus, saintis politik yang berasal dari Kelantan itu berkata, Umno lebih berpeluang untuk merampas kembali negeri Kelantan itu dari Pas.
"Pertanyaan saya cuma satu, setelah menang di Kelantan, siapakah Menteri Besar Umno tersebut?" kata Agus dalam satu tulisan di akaun Facebooknya.
Menurut beliau, sekiranya diadakan pilihan raya sekarang, Pas yakin mereka akan kekal memerintah Kelantan.
Umno juga yakin sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, mereka yang akan menang.
"Amanah dan Bersatu juga mendakwa mereka boleh mencabar kekuatan Pas dan Umno, hatta jika Umno dan Pas berkerjasama sekali pun dalam PRU akan datang.
"Begitulah politik, semua parti yakin akan menang," katanya.

Agus akui Pas mempunyai sokongan akar umbi yang teguh.
"Penyokong tegarnya kekal dengan Pas atas alasan Pas adalah parti agama.
"Begitupun, saya dapati ceramah Pas sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan," katanya.
Katanya, Umno masih sepi dengan kegiatan ceramah, tetapi mempunyai banyak program berfokus.
"Seperti Pas, Umno juga mempunyai penyokong tegar dan jentera akar umbi yang kuat," katanya.
Menurut beliau, bagi anak Kelantan yang tinggal di Lembah Kelang pula, mereka pengundi rasional yang memerhati kepada calon dan isu.
"Penyokong tegar setiap parti sekitar 20% sahaja menjadikan 40% pengundi luar Kelantan ini adalah pengundi atas pagar," katanya.
Persoalannya, parti manakah yang akan menang dalam pilihan raya umum nanti?
"Dengan mengambil kira perpecahan Umno dan Pas sehingga lahirnya Bersatu dan Amanah, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, data yang ada menunjukkan Umno lebih mempunyai kelebihan.
"Betul, rakyat kecewa dan marah berat dengan beberapa isu Umno, khususnya berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup serta rasuah yang sering dilaporkan di dada akhbar," katanya.
Tetapi dalam konteks Kelantan, Agus memberikan tiga faktor utama yang tetap memberi kelebihan kepada Umno untuk menang.

Tiada parti dominan dalam HARAPAN

Tiada mana-mana parti yang menjadi dominan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) kata seorang daripada pemimpin kanan gabungan pembangkang itu hari ini.
Menurut Datuk Saifuddin Abdullah, tidak mungkin ada sesebuah parti dibenarkan menjadi terlalu berkuasa dalam HARAPAN kerana ia adalah model pada BN yang kini mentadbir negara.
Katanya PAKATAN dan BN adalah pertubuhan yang menggabungkan beberapa parti namun perbezaan antara keduanya perlulah ada.
"BN adalah gabungan berkonsepkan perkongsian kaum tetapi setiap kaum menguruskan kaum masing-masing, tetapi kita (HARAPAN) adalah gabungan parti pelbagai kaum yang setiap komponennya bekerjasama.
"Kita menangani semua orang setiap hari di mana-mana saja. Itulah Malaysia sebenar," katanya semasa berucap di Konvensyen HARAPAN di Taman Maluri, Kuala Lumpur hari ini.
Kira-kira 250 orang perwakilan dari PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menghadirinya.
Untuk rekod, Saifuddin - bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan timbalan menteri - adalah Ketua Setiausaha Sekretariat HARAPAN.
Menurut beliau, langkah yang ditetapkan itu adalah antara strategi HARAPAN mendapatkan sokongan semua pihak bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang diramal diadakan tidak lama lagi.
Dengan penyertaan BBERSATU juga, Saifuddin berkata, HARAPAN menjangkakan manifesto bersama dapat dimuktamadkan tidak lama lagi.
Katanya, matlamat HARAPAN ketika ini bukan sekadar mengetepikan BN dan memenangi PRU ke-14 semata-mata.
Sebaliknya, kata Saifuddin, gabungan itu ingin membawa perubahan kepada sistem politik yang baru.
"Kita tidak boleh abaikan gambaran sebenar (politik negara).
"Kita mesti sentiasa ingat kepada agenda besar reformasi, menegakkan keadilan dan sebagainya," katanya

Rakyat jadi mangsa taktik kotor BN untuk menang pilihan raya

JOHOR BHARU, 21 APR: Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor untuk menang pilihanraya meski pun tindakan itu memangsakan rakyat biasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi.
Shu Qi membuat kenyataan itu sebagai menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap membisu pemimpin BN terhadap tindakan menteri UMNO, Tan Sri Noh Omar yang menghentikan projek kemudahan infrastruktur di kawasan pembangkang.
“Dalam sistem demokratik yang diamalkan hari ini, pihak yang menang perlu sentiasa ambil beratterhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang politik. Tambahan pula, mereka juga bayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan.
“Jika kerajaan yang memerintah menghukum kerana tidak mengundi mereka dalam pilihan raya, patutkah pengundi juga menghukum parti pemerintah dengan tidak bayar cukai?” soal Setiausaha Publisiti DAP Johor itu.
Menurut Shu Qi, keputusan yang dibuat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diterajui Noh Omar itu adalah tidak cerdik, tidak demokratik dan tidak boleh diterima.
“Saya sangat terkejut tidak seorang pun pemimpin BN mengkritik tindakan Noh Omar yang juga Pengerusi UMNO Selangor itu berhubung tindakannya yang tidak demokratik.
“Adakah mereka sudah hilang akal dan takut? Atau mereka setuju dengan Noh Omar untuk menghukum lebih 20 juta rakyat dalam negara ini?” soalnya lagi.

PKR tak melatah Pas mahu putus kerjasama


Johari AbdulJohari Abdul
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul meramalkan Pas tidak akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) secara bersendirian.
Sebaliknya kata beliau, Pas mempunyai dua pilihan sama ada menyertai Barisan Nasional (BN) atau bersama Pakatan Harapan.

"Pas ada dua pilihan, sama ada bersama Umno Barisan Nasional atau Pakatan Harapan. Tak mungkin Pas akan bersendirian dalam harung pilihan raya yang akan datang," katanya seperti di petik portal Antarapos.
Ditanya mengenai usul beberapa Pas kawasan yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR, ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, partinya tidak melatah dengan keputusan itu kerana ia bukan keputusan rasmi Pas Pusat.
"Yang nak putuskan hubungan dengan PKR itu bukan Pas (setakat ini), tetapi Pemuda (Pas). Jadi kita tunggulah Pas nak kata apa. Kalau Pas induk tolak, tentulah kita ada rancangan kita," katanya.
Setakat ini, lebih 40 pemuda Pas kawasan meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Usul itu juga akan dibawa ke muktamar Pas yang akan berlangsung minggu hadapan di Kedah.
Johari berkata PKR memberikan ruang cukup luas kepada Pas untuk menilai sama ada tahaluf siyasi antara dua parti itu yang dijalin sejak 2008, patut diteruskan.

"Kita tak pernah buat satu komen pun, walaupun berkali-kali Pemuda Pas, saya rasa dalam 44 Pas kawasan buat keputusan putus hubungan dengan PKR.

"Tapi tidak ada seorang pun pemimpin PKR yang respon," katanya.

Sekretariat mesyuarat Rabu putuskan pendaftaran Pakatan Harapan

Tun Mahathir bersama pemimpin Pakatan Harapan dalam sidang media di Kuang, Selangor malam tadi.Tun Mahathir bersama pemimpin Pakatan Harapan dalam sidang media di Kuang, Selangor malam tadi.
Majlis Sekretariat Pakatan Harapan akan bermesyuarat Rabu ini bagi membuat persiapan terakhir tentang struktur, perlembagaan dan logo baru gabungan politik itu sebelum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Siti Hasmah melakukan upacara membelah mulut bayi yang diberikan nama sempena suaminya, Mahathir Mohamad bin Mohamad Faizal dalam majlis malam tadi.Siti Hasmah melakukan upacara membelah mulut bayi yang diberikan nama sempena suaminya, Mahathir Mohamad bin Mohamad Faizal dalam majlis malam tadi.Selepas diperhalusi, kesemua akan diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diluluskan dan seterusnya didaftarkan kepada RoS.
"Mesyuarat majlis sekretariat akan perhalusi cadangan struktur, perlembagaan dan logo Pakatan Harapan.
"Saya jangka seminggu selepas majlis sekretariat, Majlis Presiden akan bermesyuarat untuk meluluskannya," kata anggota majlis itu Izham Hashim.
Izham yang juga Pengerusi Amanah Selangor berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahahthir Mohamad di Kuang, Selangor malam tadi.
Dalam sidang media itu, Mahathir berkata, majlis presiden Pakatan Harapan akan berjumpa untuk menyelesaikan perdaftaran gabungan politik baru itu.
Sidang media itu diadakan selepas Mahathir berucap di majlis "Himpunan Pakatan Bersatu" anjuran NGO Persatuan Pengundi Selangor atau Voices disebuah cafe dekat Kuang.
Lebih 2,000 termasuk pemimpin Pakatan Harapan menyertai majlis makan malam dan ucapan itu.

PRU14: PAS letak syarat bincang dengan pembangkang di Sabah

Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya bersedia membuka pintu rundingan untuk menjalin kerjasama dengan pembangkang di Sabah, selain bersedia mendengar serta bertolak ansur dalam perkara tertentu.
hashim-jasin_pakatan_pas_600
PETALING JAYA: PAS meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang di negeri itu, namun parti terbabit perlu menerima syarat yang ditetapkan PAS.
“Kita bersedia (bekerjasama), tapi ada syarat. Kita boleh (bekerjasama) dan memang pun dasar kita sendiri yang dikenali sebagai ‘taawun’ atau kerjasama menjadi amalan.
“Dalam agama pun tidak dilarang, tapi ada syaratnya.
“Jika parti lain bersedia menerima syarat kita, PAS boleh bekerjasama dan kita pernah buat, malah dengan Barisan Nasional (BN) tetapi oleh kerana syarat utama mereka tolak, DAP pun tolak, jadi kita tidak boleh terima, kita tak mahu mungkir janji,” katanya dipetik BH Online.
Beliau merasmikan Konvensyen PAS Sabah Kali Kelima di Tawau hari ini.
Sebelum ini kepimpinan PAS menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi PRU14.
Spekulasi PRU14 akan diadakan dalam waktu terdekat semakin kuat. Malah, ada laporan media yang menyebut pilihan raya umum negeri akan diadakan lebih awal.
Hashim berkata, PAS bersedia membuka pintu rundingan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang berpangkalan di negeri ini, selain bersedia mendengar serta bertolak ansur dalam perkara tertentu.

Skandal 1MDB: Saya tak terlibat dalam penyelesaian 1MDB, kata menteri Umno

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian antara 1MDB dan Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).
Beliau diminta mengulas kebimbangan mengenai wang pembayar cukai digunakan dalam penyelesaian awal sebanyak AS$ 1.2 bilion, seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Saya tidak terlibat dalam rundingan. Ia dilakukan oleh pengurusan dan lembaga 1MDB dengan pegawai PMO (Pejabat Perdana Menteri).
"Saya masih belum diberi taklimat (mengenai) keputusan akhir penyelesaian," kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini.
Johari kini berada di Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri mesyuarat Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
Semalam The Straits Times Singapura melaporkan perjanjian berkenaan akan menyaksikan 1MDB membayar IPIC sejumlah AS$ 1.2 bilion (RM5.3 bilion) menjelang akhir tahun.
Ia bagi melangsaikan pinjaman dan faedah terkumpul daripada bantuan diberikan kepada syarikat kerajaan Malaysia itu pada Julai 2015.
Kebanyakan sumber berkenaan akan diperoleh daripada penjualan "unit-unit dana" anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Ltd.
Bagaimanapun, Rafizi menimbulkan kebimbangan bahawa rundingan itu bakal melibatkan wang rakyat.
Brazen Sky menimbulkan kontroversi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa syarikat itu memiliki AS$1.01 bilion dalam bentuk wang tunai di Singapura tetapi kemudiannya menjelaskan ia dipegang dalam bentuk "unit pelaburan"
Adalah tidak jelas jika “unit pelaburan” berkenaan wujud atau bernilai apa yang didakwa kerana akaun 1MDB tidak pernah diaudit sejak 2015 manakala Deloitte menarik semula laporan audit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014.

Sikap Pas tidak bersama gabungan pembangkang pelik, kata Bersatu


Dr. Aminuddin Yaacob, bekas orang kanan Tok Pa yang kini ketua Bersatu Jeli.Dr. Aminuddin Yaacob, bekas orang kanan Tok Pa yang kini ketua Bersatu Jeli.Sikap Pas yang membuat keputusan tidak mahu bersama gabungan parti pembangkang dan mesra Umno diangap pelik dan berlawanan dengan prinsip asal parti itu.
Ketua bahagian Jeli, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Aminuddin Yaakob berkata sejak dahulu parti itu begitu bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan BN.
"Namun sekarang, mereka tidak mahu bersama ketika hampir semua parti-parti pembangkang kini bergabung," kata bekas orang kanan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Umno Kelantan itu.
Tindakan Pas ini katanya akan dilihat oleh rakyat seperti mereka akan bersama pihak sana (BN).
"Sejak dahulu ketika kita masih bersama Umno, parti ini sentiasa berusaha menentang.
"Kini kita sendiri pun sudah tidak tahan dengan Umno yang semakin teruk, tiba-tiba pihak mereka pula yang mengambil pendirian berbeza," katanya yang sebelum ini tinggal di Kuala Lumpur tetapi pulang ke Jeli untuk membantu Mustapha.
Beliau mengakui PPBM memang amat berharap untuk mengajak Pas bersama-sama bergabung menentang BN.
"Kita memang berharap dan telah banyak berusaha supaya gabungan ini disertai semua termasuk Pas.
"Harapan kita bagaimanapun seperti disia-siakan begitu saja," katanya yang sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi Bersatu.
Dr Aminuddin berucap di majlis ceramah umum keluar Umno masuk Bersatu di kampung Bendang Besar Jeli malam tadi.
Turut berucap ialah ketua Armada Bersatu Kelantan Asran Alias, timbalan pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Sazmi Miah dan naib presiden Amanah Datuk Husam Musa.

Mat Sabu: Nak Menang PRU 14,Semua Kaum Kena Marahkan Najib Razak Dan BN

KEMAMAN:Rafizi Ramli-Mudarat Sebenar Adalah Najib Razak,Jangan Tunggu PAS

KEMAMAN:Hamidah Othman BERSATU-Lagi Lama Najib Razak Perintah Rakyat Boleh Mati Tak Makan

KEMAMAN:Abdullah Sani PKR-Duit EPF,SOCSO,KWAP,Tabung Haji Habis Najib Razak Tibai

KEMAMAN:Raja Kamarul Bahrin AMANAH-Melayu Yang Bagi Jahanam Melayu Bukannya CINA DAP

KEMAMAN:Azan Ismail PKR-Isu Perkauman Dan Agama Satu Satunya Cara Najib Razak & BN Nak Selamat

Invoke Pantai Timur: Rafizi Ramli & Wan Azizah- Dialog Bersama Rakyat Terengganu

Invoke Pantai Timur: Rafizi Ramli,Nurul Izzah Anwar-Lanskap Politik Terengganu & Nasional.