Sabtu, 22 April 2017

Pakatan mula turun ke kawasan, Kemaman kawasan parlimen pertama


Nain presiden Bersatu, Datuk Hamidah bercakap dalam majlis pelancaran PH Kemaman malam tadi.
Pakatan Harapan (PH) mula melancarkan sayapnya ke kawasan-kawasan di seluruh negara dan Kemaman menjadi parlimen pertama dilancarkan malam tadi selepas empat parti bergabung di dalamnya.
Pelancarannya disempurnakan oleh naib presiden PKR, Rafizi Ramli dengan disertai oleh semua pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Lebih 300 yang sebahagian besarnya pengundi muda menyertai majlis itu bersama pemimpin PH termasuk Datuk Hamidah Othman (Naib Presiden Bersatu) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Pengerusi Amanah Terengganu) Azan Ismail (Pengerusi Keadilan Terengganu) Sdr Eng Chai Heng (Pengerusi DAP Terengganu).
Turut serta Datuk Seri Wan Marzuki Wam Sembok (Ketua Bahagian Bersatu Kemaman) Muzahar Hitam (Pengerusi Amanah Kemaman) Mastura Othman (Ketua Bahagian Bersatu Dungun) Datuk Zulkifli (Ketua Bahagian Bersatu Kuala Terengganu) Aminuddin Harun (Pengerusi Keadilan N.Sembilan) Abdullah Sani Abd Hamid (Ahli Parlimen Kuala Langat) Datin Faizah Ariffin (Exco Wanita Keadilan Pusat) dan Roslan Ismail (Bekas Adun PAS Bukit Besi).
Rafizi bercakap semacam majlis pelancaran PH di Kemaman malam tadi.Rafizi bercakap semacam majlis pelancaran PH di Kemaman malam tadi.Dalam ucapannya, Rafizi berkata, Kemaman sekali lagi mencipta sejarah dan bakal menang pada pilihan raya umum ke 14 nanti.
Mereka sepakat untuk menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru, katanya.
"Kesepakat ini menunjukkan iltizam kuat pembangkang dan benar-benar serius untuk memastikan Malaysia bebas dari Najib dan Rosmah," kata Rafizi.
Beliau yakin dengan sokongan rakyat terutamanya anak muda, BN dan sekutunya tidak mampu untuk bertahan lagi kerana rakyat sudah tidak mampu menahan sabar dengan kos sara hidup dan sikap boros para perompak wang negara.
"Rakyat juga sudah muak dan jelek dengan sikap pemerintah yang mempergunakan wang rakyat dengan cara merompak wang mereka mengunakan syarikat antarabangsa yang didaftarkan mengunakan bank pesisir pantai," katanya lagi.
Yb Rafizi juga menyatakan kini masa kita berkerja dan menyelesaikan perbezaan pendapat dalam pakatan dalam memastikan jentera pilihanraya PH benar-benar mantap serta tersusun bagi menghadapi regim zalim dan korup dengan dokongan pemakan dedak pada pru nanti.

Wayang "Kontot" Menjelang PRU...!!!

Bila nak dekatnya pilihanraya..

PRU14: Parti mana akan kuasai Kelantan?

Kelantan
1. SEKIRANYA diadakan pilihan raya sekarang, Pas yakin mereka akan kekal memerintah Kelantan. Umno juga yakin sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, mereka yang akan menang.
2. Amanah dan Bersatu juga mendakwa mereka boleh mencabar kekuatan Pas dan Umno, hatta jika Umno dan Pas berkerjasama sekali pun dalam PRU akan datang.
3. Begitulah politik, semua parti yakin akan menang.
4. Saya harus akui Pas mempunyai sokongan akar umbi yang teguh. Penyokong tegarnya kekal dengan Pas atas alasan Pas adalah parti agama.
5. Begitupun, saya dapati ceramah Pas sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan.
6. Amanah dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), tetapi kepimpinannya tidak padu. Ceramahnya banyak, tetapi penceramahnya orang yang sama dan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
7. Umno masih sepi dengan kegiatan ceramah, tetapi mempunyai banyak program berfokus. Seperti Pas, Umno juga mempunyai penyokong tegar dan jentera akar umbi yang kuat.
8. Bagi anak Kelantan yang tinggal di Lembah Klang pula, mereka pengundi rasional yang memerhati kepada calon dan isu. Penyokong tegar setiap parti sekitar 20 peratus sahaja menjadikan 40 peratus pengundi luar Kelantan ini adalah pengundi atas pagar.
9. Dengan senarionya begitu, parti mana yang akan menang?
10. Dengan mengambil kira perpecahan Umno dan Pas sehingga lahirnya Bersatu dan Amanah, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, data yang ada menunjukkan Umno lebih mempunyai kelebihan.
11. Betul, rakyat kecewa dan marah berat dengan beberapa isu Umno, khususnya berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup serta rasuah yang sering dilaporkan di dada akhbar.
12. Tetapi dalam konteks Kelantan, terdapat tiga faktor utama yang tetap memberi kelebihan kepada Umno untuk menang.
(i) kegagalan kerajaan Pas mengatasi masalah rakyat dan membangunkan Kelantan menyebabkan rakyat mahukan perubahan kerajaan.
(ii) pemimpin tempatan Umno lebih peka dengan masalah dan isu rakyat.
(iii) parti dan kewangan Umno lebih kukuh untuk memujuk rakyat dalam kempen pilihan raya.

UMNO berjaya heret PAS ke dalam politik perkauman, abai masalah ekonomi rakyat

KUALA LUMPUR, 21 APR: Sentimen perkauman dan ekstrimis serta penyebaran berita palsu adalah mainan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam kempen berskala besar bagi menutup kepincangan tadbir urus sosio-ekonomi negara.
Dalam usaha terancang itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, UMNO-BN telah berjaya menarik PAS untuk ikut sama memainkan sentimen anti bukan Melayu dan anti bukan Islam yang sejak sekian lama dipelopori parti berasaskan kaum itu.
“Mereka harap semua ini cukup untuk menutup skandal rasuah terbesar di dunia – skandal RM52 bilion 1MDB dan skandal derma AS$1 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, media kawalan UMNO-BN pula lebih gemar menyiarkan laporan palsu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan pelbagai tuduhan terhadap DAP.
Bagaimanapun, kata Guan Eng, media kawalan UMNO-BN tidak pula berani untuk melaporkan kisah benar mengenai masalah penagih dadah yang kian meningkat jumlahnya saban hari mahupun mengenai kesusahan kewangan yang dihadapi rakyat.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan, rakyat tambah terbeban dengan peningkatan kadar inflasi yang pada bulan lalu mencecah 5.1 peratus iaitu terburuk sejak mencecah 5.7 peratus pada November 2008.
Inflasi tinggi bebankan rakyat
“Peningkatan kadar inflasi ke 5.1 peratus akan lebih menjejaskan golongan berpendapatan rendah berbanding mereka yang berpendapatan tinggi.
“Ini kerana golongan berpendapatan rendah membelanjakan sebahagian besar peratus pendapatan mereka untuk barangan keperluan yang terkesan dengan kadar inflasi,” ujarnya.
Apa yang lebih membimbangkan, kata Guan Eng, Malaysia mengalami peningkatan inflasi ketika dunia tidak mengalami krisis besar ekonomi seperti yang terjadi pada 1998 dan 2008.
“Bayangkan bagaimana teruknya situasi jika adanya krisis ekonomi global ekoran dasar tidak konsisten Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump,” ujarnya.
Malah, katanya, kerajaan UMNO-BN tidak boleh beralasan bahawa peningkatan kadar inflasi itu terjadi ekoran peningkatan harga minyak.

Kos sara hidup Malaysia terendah di Asean, sembang Najib

Kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.
Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.
"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai, " katanya menerusi catatan blog najibrazak.com bertajuk Ucapan Perdana Menteri Mengenai Taraf Hidup Rakyat.
Beliau berkata isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.
"Banyak usaha yang telah kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup. Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), usaha perangi orang tengah dan sebagainya," katanya.

Malaysia langsung tiada dalam senarai 100 negara paling korup sembang Salleh

Salleh Said Keruak mempersoalkan Dr Mahathir dari mana beliau mendapat faktanya dan adakah seseorang membekalkan berita palsu kepadanya.
sallehkeruak-mahathir2KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung posting dalam blog beliau yang menyatakan Malaysia dilabelkan sebagai antara 10 negara paling korup di dunia.
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, pada 24 Januari lalu, CNBC menyiarkan laporan menyebut 10 negara paling korup di dunia ialah Somalia, Sudan Selatan, Korea Utara, Syria, Yaman, Sudan, Libya, Afghanistan, Guinea-Bissau dan Venezuela.
“The New York Times juga menyiarkan laporan pada 9 Disember 2016 dengan menyatakan perkara sama, dan begitu juga dengan akhbar The Independent di UK (United Kingdom) pada 25 Januari 2017 dan Fortune.com pada hari sama.
“Bulan lepas, pada 14 Mac 2017, CheatSheet menyenaraikan 15 negara paling korup di dunia dan Malaysia masih tidak berada dalam senarai itu,” kata Salleh menerusi catatan blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Beliau berkata, ranker.com juga menyiarkan senarai negara paling korup berdasarkan laporan Transparency International dan Malaysia langsung tidak berada dalam senarai 100 teratas.
“Jadi, dari mana Mahathir mendapat faktanya? Adakah seseorang membekalkannya dengan berita palsu?” soal Salleh.
Semalam, Dr Mahathir membuat beberapa dakwaan terhadap Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi blog beliau.

Pemimpin kata negara bawa keuntungan tapi rakyat masih susah

Razali Hussain Razali Hussain
Pelakon dan penyanyi Razali Hussain tidak gentar dengan sebarang cemuhan rakan artis atau peminatnya apabila beliau secara terbuka hadir dalam siri ceramah di pentas pakatan pembangkang.
 Bahkan kesibukannya beberapa tahun kebelakangan menguruskan perniagaannya, menyebabkan beliau mengurangkan sedikit aktiviti seni dan lebih menumpukan bidang keusahawanan yang diceburinya sejak 6 tahun lalu.
Walaupun pelakon utama teater 'Uda dan Dara' (2015) dan 'Pasrah' (2013) ini, agak sedikit gementar untuk menjawab soalan politik semasa diajukan kepadanya, kerana di luar kebiasaan soalan gosip dunia hiburan, pelakon filem 'Santau' ini, sedia memberikan kerjasama.
"Kita ini bergantung pada media yang ada sekarang. Kalau diterbitkan pandangan-pandangan politik ini kononnya artis itu cakap macam ini - mana yang didapati sokong pembangkang nanti tidak ada bisnis pula," ujarnya membuka bual bicara.
Beliau hadir dalam siri Ceramah Umum 'Undur Najib Selamatkan Malaysia' yang dihadiri barisan pemimpin Pakatan Harapan di Kampung Pandan Dalam pada malam Rabu lalu.
Tapi saudara pakai baju parti  hadir di sini, walaupun saudara dikenali tidak bimbang kah? duga penulis lagi.
"Ini pilihan peribadi. Kalau saya pakai baju ini (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak semestinya saya akan pilih wakil rakyat Bersatu.
"Tidak semestinya ahli Umno akan pangkah BN...kalau dia ahli Umno tapi calon di kawasan itu ahli MIC atau MCA?
"Atau jika kita tidak jadi ahli Pas... adakah kita kafir?
"Sebenarnya rakyat yang nak ubah kerajaan. Itu perjuangan masing-masing dan parti mana yang mereka nak pilih itu pilihan mereka," ujarnya memberikan pandangan.
Ditanya mengenai jenis perniagaan yang diceburinya, beliau enggan mendedahkan kepada Malaysia Dateline tetapi secara berterus terang beliau akui agak sukar untuk berniaga sejak dua tahun lalu.
"Saya sudah hampir 6 tahun tidak berlakon filem dan drama kerana memberi tumpuan lebih dalam perniagaan, jadi bidang seni sudah menjadi `secondary' kepada saya.
"Jika pemimpin kita kata, negara bawa masuk'keuntungan' tetapi mengapa pula rakyat terasa susah untuk berniaga sejak dua tahun kebelakangan ini- tiada keuntungan," ujarnya.

Rafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melahirkan kebimbangan bahawa rakyat bakal menanggung bayaran penyelesaian AS$1.2 bilion berikutan laporan bahawa 1MDB dan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company Abu Dhabi (IPIC) sedang berunding.
The Straits Times, Singapura melaporkan bahawa sebahagian besar daripada AS$S1.2 bilion itu akan diperolehi melalui penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Limited kepada sebuah syarikat yang tidak dinamakan.
Rafizi menegaskan bahawa Brazen Sky adalah syarikat yang menimbulkan kontroversi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa syarikat itu memiliki AS$1.01 bilion dalam bentuk wang tunai di Singapura tetapi kemudiannya menjelaskan ia dipegang dalam bentuk "unit pelaburan".
Adalah tidak jelas jika “unit pelaburan” berkenaan wujud atau bernilai apa yang didakwa kerana akaun 1MDB tidak pernah diaudit sejak 2015 manakala Deloitte menarik semula laporan audit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014.
“Syarikat mana yang akan membeli unit-unit pelaburan yang tidak dapat disahkan nilainya ini dari Brazen Sky Limited/1MDB?
“Adakah syarikat yang akan menyuntik dana sebanyak ASS1.2 bilion (RM5.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk membayar tuntutan IPIC ini adalah sebuah anak syarikat milik kerajaan?
“Dari mana (jika seperti yang dijangka ia anak syarikat milik kerajaan) syarikat itu akan mendapatkan dana untuk membayar 1MDB?” soalnya dalam satu kenytaan media hari ini.
Rafizi kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani, yang menyelia penyelesaian skandal 1MDB, perlu menangani soalan-soalan ini.
Beliau juga memberi amaran kepada Johari supaya jangan bersekongkol dengan Najib jika ada apa-apa tindakan yang melibatkan penggunaan wang rakyat untuk membayar jumlah tuntutan IPIC itu.
The Straits Times melaporkan bahawa penyelesaian AS$1.2 bilion antara 1MDB dan IPIC akan ditandatangani seawal hari ini.

Penyelesaian 1MDB-IPIC mungkin jejaskan kes DOJ?

Tindakan undang-undang Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan 1MDB dilaporkan kini terumbang-ambing.
Ini berikutan perbincangan firma pelaburan negara itu yang mungkin mencapai penyelesaian dengan firma pelaburan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Akhbar The Straits Times, Singapura yang melaporkan penyelesaian berkenaan memetik pakar sebagai berkata, jika berlaku, ini boleh melemahkan tindakan undang-undang diambil DOJ dan menyebabkan berlaku "no predicate offence"
Istilah undang-undang itu merujuk kepada satu kesalahan yang adalah sebahagian daripada jenayah lebih besar, dan sering digunakan di Amerika Syarikat untuk tindakan yang melibatkan pengubahan wang haram.
Perjanjian itu adalah bagi Malaysia membayar IPIC sebanyak AS$1.2 bilion bagi menyelamatkan 1MDB, termasuk faedah, dan untuk meneruskan rundingan mengenai cara penyelesaian hutang AS$3.5 bilion yang terhutang kepada IPIC.
Jumlah hutang berkenaan termasuk bayaran yang sepatutnya dibuat oleh 1MDB kepada IPIC tetapi sebaliknya disalurkan kepada syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC ini.
1MDB dan IPIC dilaporkan mempunyai hingga 2020 untuk menyelesaikan pertikaian itu.
Saman sivil pelucuthakan itu difailkan DOJ berikutan dakwaan lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB telah diselewengkan.
Dana itu didakwa disalurkan kepada beberapa individu termasuk anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan seorang individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official 1".
Setakat ini, ini DOJ telah memfailkan 16 saman untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion, yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan.
Berdasarkan pemfailan DOJ, enam daripada 16 saman itu adalah berkaitan dengan aset yang dibeli dengan dana didakwa diselewengkan daripada dua bon berjumlah AS$3.5 bilion. IPIC merupakan penjamin bagi dua bon tersebut.
Walau bagaimanapun, tiga daripada aset berkenaan - Hillcrest 1 di Beverly Hills; Kondominium Park Laurel di New York dan aset berkaitan filem Wolf of Wall Street - juga dikaitkan dengan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan dari usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI).
Dua daripada aset berkenaan, kali pertama didakwa dibeli oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang menggunakan sebahagian daripada dana AS$1.03 bilion yang diselewengkan dari projek usaha PSI dengan syarikatnya Good Star Ltd pada tahun 2010.

Ceramah Pelancaran Pakatan Harapan Kemaman