Jumaat, 21 April 2017

APABILA RM250J DANA NFC TIDAK DIKIRA DUIT RAKYAT

Banyak masa saya dihabiskan di mahkamah bermula minggu ini untuk melalui perbicaraan bagi 3 kes berturut-turut: kes NFC (minggu ini dan depan), kes menghina Umno (minggu depan), kes kedudukan kewangan Tabung Haji (minggu satu lagi).
Ada orang tanya apa perasaan saya turun naik mahkamah bagi kes-kes yang bertahun-tahun lamanya seperti NFC. Ada orang kata tindakan saya menumpukan usaha saya mendedahkan penyelewengan wang seperti ini adalah sia-sia kerana akhirnya yang ambil wang dilepaskan, saya pula didakwa dan rakyat pun sudah lupa.
Orang-orang PAS yang dulu ghairah menggunakan saya untuk menarik orang ke ceramah mereka semasa skandal NFC memuncak kini sudah berkata penyelewengan dana rakyat RM250 juta itu satu fitnah, kata sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya.
Saya tidak pedulikan itu semua.
Apabila saya "terjumpa" skandal wang rakyat diselewengkan (bermula dengan NFC), saya anggap itu ujian Allah kepada saya.
Pilihan saya ialah sama ada saya memalingkan muka dan tidak ambil kisah kerana hidup saya senang dan langsung tidak terkesan bila wang rakyat sebegitu hilang (gaji besar, kereta besar).
Tetapi saya rasa Allah akan murka jika pada masa Allah kurniakan saya peluang pendidikan yang lebih baik, saya lebih petah, saya lebih selesa dengan hal ehwal kewangan tetapi saya memilih untuk berdiam diri.
Maka saya bersuara kerana saya bimbang saya kufur nikmat dan saya tidak "berkongsi" kebolehan yang Allah kurniakan itu demi kebaikan orang lain.
Ada orang sedih tengok saya saban minggu duduk di dalam kandang tertuduh. Ada orang bisikkan semuanya sia-sia kerana semasa isu tengah panas ramai yang mahu saya naik pentas dan tumpang sekaki, tetapi bila duduk di kandang setiap minggu ramai yang tidak endah.
Saya langsung tidak terkesan kerana saya lega saya telah lulus ujian yang saya anggap Allah kenakan terhadap saya.
Sama juga dengan hakim-hakim (ada yang berbudi baik dengan saya, ada yang kasar dengan saya) dan pendakwaraya dan peguam (ada yang berbudi, banyak yang kasar dengan saya kerana saya orang kena tuduh).
Ada yang tanya sekiranya PH menang, adakah saya akan cari kembali semua watak-watak yang setiap minggu turun naik mahkamah mahu memastikan saya dipenjara?

Kontraktor fail saman terhadap MB Terengganu

Kontraktor fail saman terhadap MB Terengganu
Pengarah Urusan Flo Construction Sdn Bhd, Fatima Lailati Omar berbincang dengan peguamnya, Fozi Addhwa Mohamad Fozi di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat yang dibenarkan melaksanakan projek membina dan menyiapkan sistem saliran di Padang Negara, Batu Burok, di sini, lima tahun lalu memfailkan saman lebih RM5 juta terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar Terengganu kerana mendakwa mungkir janji.
Syarikat Flo Constructions Sdn Bhd, selaku plaintif menamakan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu (JPSNT) defendan pertama diikuti Menteri Besar Terengganu defendan kedua dan Kerajaan Terengganu defendan ketiga dalam pernyataan tuntutannya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, surat permohonan kepada defendan kedua bagi mendapatkan projek tersebut telah dipersetujui sebagaimana diminitkan pada 19 Jun 2012, sebelum menerima surat daripada Upen memaklumkan defendan kedua bersetuju supaya plaintif melaksanakan projek tersebut secara rundingan terus pada 17 Julai 2012.
Plaintif mendakwa, disebabkan pihak JPSNT tidak dapat menyediakan pelan projek dalam masa singkat, jadi surat permohonan kedua kepada defendan kedua dibuat pada 27 September 2012 bagi memohon supaya projek itu dilaksanakan olehnya secara reka dan bina dan permohonan itu juga diluluskan defendan kedua.
Selepas membalas Surat Niat dari Perbendaharaan Negeri dan JPSNT, plaintif mendakwa melantik syarikat Jurukur Bahan CMC Sdn Bhd (CMC), Mymy Consult (Mymy) dan Jurukur Roshdi selaku konsultannya.
Dalam masa sama, plaintif mendakwa  menghadiri beberapa siri mesyuarat teknikal di Pejabat JPSNT, malah turut menghadiri kesemua mesyuarat yang telah diwajibkan  sehingga plaintif menghantar anggaran kos pembangunan berjumlah RM10,677,382.49.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa  sehingga  semalam, JPSNT gagal  dan  enggan  mengadakan  mesyuarat muktamad rundingan harga,  selain  mendakwa dimaklumkan projek diluluskan sebelum ini, akan diberikan kepada pihak lain.

Khuatir Zakir Naik jadi bahan eksploitasi Umno


Dr Zakir NaikDr Zakir Naik
Pendakwah dari India, Dr Zakir Naik tidak mustahil dieksploitasi Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dakwa seorang ahli akademik.
Dr A Zachary S berkata, hal tersebut dapat dilihat pada kenyataan Zakir yang menyentuh isu perpaduan ummah Umno-Pas.
"Jelas menunjukkan 'permainan' Umno yang melihat Dr Zakir sebagai satu aset baru yang boleh dipergunakan. Dr Zakir terhutang budi dengan jasa kerajaan Malaysia yang memberi pelbagai penghargaan kepadanya.
"Seolah-olah dia juga diberi perlindungan oleh pemerintah di sini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau yakin desakan banyak pihak ke atas pendakwah kontroversi itu tidak akan dipedulikan kerajaan.
"Saya percaya kerajaan Malaysia akan terus melengahkan permintaan antarabangsa dan bantahan bukan Islam di negara ini dengan memastikan Dr Zakir akan terus dalam perlindungan Malaysia.
"Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai 'wira' kerana  membela seorang tokoh pendakwah Islam yang dikagumi sedunia," tegasnya.
Zakir diakui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh status penduduk tetap sejak 2012 iaitu sebelum beliau memegang portfolio tersebut.
Walau bagaimanapun, Hindustan Times di India pada November tahun lalu mendedahkan Zakir yang dikenali sebagai pemidato dengan memetik rujukan demi rujukan nas-nas al-Quran dan kitab-kitab agama lain itu telah diberi kerakyatan Malaysia.
Mengulas lanjut, Dr A Zachary berpendapat pada masa sama pihak BN akan melemparkan tuduhan buruk terhadap pihak yang menentang penceramah dari Mumbai itu.
"Ini termasuk DAP atau mana-mana pemimpin PH (Pakatan Harapan) yang dilihat bersama dengan bukan Islam akan diperlihatkan oleh propagandis pro BN sebagai 'musuh Islam' yang perlu ditolak," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya pemimpin Pakatan Harapan berhati-hati dengan isu status penduduk tetap dimiliki Zakir.

Adam Rosly didakwa atas tuduhan beri keterangan palsu

Pemimpin muda PKR itu berdepan denda sehingga RM3 juta dan penjara 5 tahun bagi setiap kesalahan.
Adam-Rosly3KUALA LUMPUR: Selepas rumah banglonya disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Ketua PKR Ampang Datuk Adam Rosly hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang berkait kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan pada Februari lepas.
Kedua-dua kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM3 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
Adam, 28, tiba di mahkamah hari ini dengan berbaju lokap berwarna jingga, dan diwakili peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal. Turut hadir menyatakan sokongan untuk beliau ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Hakim Allaudeen Ismail meletakkan wang jaminan RM300,000, dan mengarahkan pasport Adam dirampas. Sebutan kes ditetapkan pada 29 Mei.
Adam ditahan sejak 13 April bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk sebuah banglo mewah.
November tahun lalu, beliau menjadi sasaran Datuk Seri Jamal Yunos yang mempersoalkan kekayaan “luar biasa” Adam.

Semangat 'tolak Ahok' membugar di Malaysia sembang Ketua Penerangan PAS

Kemenangan bekas menteri Indonesia dan pasangannya dalam pilihan raya gabenor Jakarta kelmarin membuktikan isyarat kebangkitan Islam di Indonesia.
Ia juga ditafsir Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, sebagai bukti bahawa umat Islam akan bertindak dan menolak seseorang pemimpin yang menghina Islam.
"Pilihan raya gabenor Jakarta telah membuktikannya," kata beliau hari ini.
Anggota parlimen Temerloh itu berkata, kini semangat sama sedang "meniti umat Islam di Malaysia" ekoran isu cadangan meminda Akta 355 dan Akta 164.
Katanya, perkembangan isu berkenaan membuka mata rakyat di negara ini terhadap siapa yang menjadi lawan dan kawan yang benar-benar memperjuangkan Islam.
"Justeru, kebangkitan yang sama sedang membugar (untuk diterjemahkan) pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Pilihan raya Jakarta menyaksikan bekas menteri pendidikan Indonesia, Anies Baswedan, dan regunya, Sandiaga Uno, terpilih masing-masing sebagai gabenor dan timbalan gabenor kota raya berkenaan.
Mereka mengetepikan penyandang, Ahok yang berpasangan dengan Djarot Saiful Hidayah. Anies - Sandiaga memperoleh 58 peratus sokonngan pengundi berbanding lawannya yang hanya mendapat 42 peratus.
Isyarat kebangkitan Islam
Ahok - atau nama rasminya Basuki Tjahaja Purnama - adalah tokoh popular yang pernah menjadi timbalan kepada Joko Widodo ketika presiden Indonesia itu masih lagi bertugas sebagai gabenor Jakarta.
Bagaimanapun, Ahok yang menjadi tokoh bukan Islam dan pertama menjadi gabenor Jakarta terpalit dengan tuduhan menghina Islam ekoran ucapannya semasa berkempen dulu.
Kes berkenaan masih dibicarakan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah memetik nama Ahok ketika memperingatkan anggota Dewan Rakyat di negara ini dalam isu rang undang-undang persendiriannya bagi meminda Akta 355.
“Terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang saya percaya mereka tidak mewakili masyarakat bukan Islam sepenuhnya, (ia) lebih untuk mendapat keuntungan politik daripada kepentingan awam.
“Saya beri peringatan pada mereka jangan berlagak seperti Ahok di Jakarta,” tegasnya seperti dilapor Malaysiakini pada 24 November 2016.
Kata Nasrudin pertembungan kedua-dua calon pilihan raya gabenor Jakarta itu dianggap seperti buku bertemu ruas.

3 KALI NAIK !!!... Terima kasih & bersyukur kepada KERAjaan Umno-BN kerana rakyat didahulukan..

Harap selepas ni biarlah minyak naik tiap2 minggu demi kesejahteraan rakyat serta kukuhkan ekonomi..

Satu undi untuk BN, satu undi untuk tindakan tidak demokratik

GEORGE TOWN, 21 APR: UMNO-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa sehingga sanggup mengutarakan cadangan dan melakukan tindakan yang membelakangi prinsip demokrasi negara.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, ia bermula dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
Ia dilihat sebagai taktik UMNO-BN untuk merampas negeri itu tanpa melalui proses pilihan raya.
Sebulan selepas cadangan mengarut itu, kata Steven, kerajaan UMNO-BN semakin bertindak di luar batasan dengan mengambil langkah membatalkan kelulusan semua projek kerajaan tempatan di kawasan yang tidak dikuasai parti pemerintah itu.
“Dengan tindakan terbaru (Tan Sri) Noh Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) itu, terbuktilah bahawa UMNO-BN di peringkat Persekutuan bersungguh-sungguh menggunakan cara tidak demokratik untuk merampas kuasa,” kata Steven dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, taktik yang digunakan Noh Omar dan gerombolannya itu bukanlah perkara baru.
Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan, katanya, telah lama menjadi mangsa kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO-BN.
Meskipun Pulau Pinang secara konsistennya menyumbang 30 peratus imbangan perdagangan negara setiap tahun dari 2008 hingga 2015, katanya, kerajaan negeri hanya menerima 0.07 peratus daripada keseluruhan bajet tahunan Persekutuan.
Malah, katanya, mengikut statistik 2013, Pulau Pinang dan Selangor menjadi pembayar cukai per kapita tertinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini, namun peruntukan yang diterima kedua-dua negeri tersebut amat rendah.

Pengangkutan terbaik dunia: PM dinasihat jangan 'syok sendiri'

Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Walaupun kajian yang dijalankan World Economic Forum (WEF) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta, namun tinjauan dibuat  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati 48% pengguna tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.
Malah kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menyedari bahawa kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam juga telah merudum sebanyak 13.95% berbanding tahun sebelumnya.
"Ini kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kos pengangkutan adalah mahal dan tidak menepati masa mengikut jadual yang dipaparkan," kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan Dr Dzulkefly menambah, kekhuatiran berlakunya penyelewengan dalam pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini semakin terasa dan beliau mendesak agar KTMB dan Kementerian Pengangkutan mendedahkan segera Laporan Tahunan KTMB bagi tiga tahun yang lalu.
"Ke mana perginya RM11.69 bilion wang rakyat dibelanjakan?" ujar beliau menyentuh peruntukan diberikan kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur keretapi negara.
Sehubungan itu, beliau menasihati kerajaan Najib agar tidak 'syok sendiri' dan kembali kepada realiti kesusahan yang dihadapi rakyat pada hari ini.
Menurut beliau, komponen pengangkutan adalah penting dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) yang terkini melonjak ke paras 5.1% pada bulan Mac lalu -- tertinggi sejak 2008 yang mencatat CPI ke tahap 5.8%.
Dr Dzulkefly turut menyarankan kerajaan mengenakan kos pengangkutan yang berpatutan mengikut tahap bebanan ekonomi rakyat.
"Seperkara lagi segera dedahkan laporan tahunan KTMB dan jangan berdolak-daleh lagi," tegas beliau.

'Sumpahan' minyak jana ledakan inflasi M'sia


Oleh Amran Ahmad
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaporkan sebagai berkata, bagi harga bahan api, kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana amat bergantung kepada pergerakan harga minyak global. 
Pada masa yang sama, beliau mengakui kadar inflasi bulan Mac 2017 meledak kepada 5.1 peratus, tertinggi dalam tempoh lapan tahun disebabkan kesan daripada harga bahan api. Ia secara jelas memaparkan cubaan lepas tangan oleh kerajaan dalam membendung peningkatan kadar inflasi atau dalam bahasa lebih mudah, kenaikan harga barang ekoran lonjakan harga minyak di peringkat global.
"Ia amat bergantung kepada pergerakan harga minyak global dan tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan. Apa-apa peningkatan yang ketara boleh menyebabkan inflasi teras meningkat," katanya.
Apapun, kerajaan akan terus memantau harga barang-barang komponen inflasi yang lain di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, tambah Johari yang juga ahli Parlimen Titiwangsa.
Lonjakan harga minyak global
Pada tengahari hari ini, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berlegar-legar di paras AS$51.01 setong manakala minyak mentah Brent juga meningkat kepada AS$53.15 setong, menurut laman oilprice.com.
Beberapa laporan sebelum ini pernah menyebut bahawa harga minyak mentah global akan meningkat tidak lama lagi sehingga kembali ke paras sekitar $AS60 setong sebelum zaman 'kegawatan' produk petroleum itu sebelum ini.

Memetik Pakar Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto yang pernah berkata, harga minyak mentah global akan mengalami pemulihan dengan menjana trend meningkat dalam masa terdekat.
"Harga minyak dijangka pulih dan meningkat sehingga US$65 (US$1 = RM4.43) setong tahun ini, disokong oleh pengurangan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC," katanya pada taklimat mengenai Prospek Ekonomi 2017, pada bulan Februari yang lalu.
Jangkaan Wiranto itu turut disokong oleh Pakar Strategi FX Asia Standard Chartered Global Research Divya Devesh yang turut mengunjurkan harga minyak minyak mentah naik kepada US$70 setong.
Devesh berkata, bank yakin terhadap kenaikan harga minyak dan ini akan menyokong ringgit.
Dengan mengambil kira pandangan-pandangan pakar itu, maka harga minyak mentah global akan meningkat yang bakal disusuli dengan kenaikan harga minyak mingguan di peringkat tempatan.
Minyak peringkat tempatan

Umno-Pas dolak dalik rakyat bertelagah

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Kebelakangan ini banyak kenyataan yang aneh dan tidak bertanggung jawap di keluarkan oleh pihak kerajaan. Yang terbaru adalah dari Dato Jamil Khir Baharom yang meminta para "agamawan termasuk guru kelas Al-Quran dan Kafa serta imam perlu memberi penerangan tepat kepada masyarakat mengenai penangguhan perbahasan RUU 355.

Jangan bertanya kenapa RUU 355 dibentang oleh Datuk Hj Hadi Awang dan bukan kerajaan! Ini semua adalah isu dan persoalan yang hanya Kerajaan sahaja yang tahu sebab sebenarnya dan hanya merekalah boleh menjawapnya. Kenapa tanggung jawab ini di tolak pula kepada pihak lain serta agamawan memikulnya dan akan menerima cemuhan tidak puas hati dari rakyat. Berani buat berani tanggung berhadapan rakyat dalam isu ini. Kalau rakyat keliru hanya Umno atau PAS yang boleh memberi jawapannya kerana mereka berdualah pengerak utama dalam isu ini.
Kenapa kedua dua pihak mengelak menjawap soalan ini ?
Banyak persoalan timbul dari tindakan cadangan Datuk Jamil Khir diatas. Pertamanya mengapa Kerajaan tidak mahu manjawab sendiri kerana jelas dari kenyataan akhbar Presiden MIC YB Subramaniam, seminggu sebelum pembentangan Majlis Tertinggi BN telah memutuskan RUU 355 hanya akan di bentang tetapi tidak akan dibenarkan di bahas dan di undi.
Jadi Speaker Parlimen mengikut sepenuhnya keputusan itu dan tidak bertindak bebas. Ini adalah sandiwara perancangan rapi.
Persoalan kedua para agamawan yang di tugaskan menjawab untuk kerajaan, mesti tahu sebelum berhadapan dengan orang ramai adalah kenapakah ahli Parlimen Pas tidak membantah tindakan Speaker menangguh perbahasan yang akan membolehkan pengundian untuk kelulusan RUU 355 yang diminta olehnya?
Malahan yang anihnya ahli Parlimen Pas YB Nik Abduh secara terbuka memuji tindakan Speaker menangguh perbahasan. Adakah beliau telah sedia maklum apa yang dikatakan oleh Presiden MIC yang BN telah membuat keputusan lebih awal tidak benar bahas dan undi?
Anehnya juga, selepas Parlimen di tangguh Ahli Parlimen PAS menyepi tidak membantah dah hanya berdiam diri. Lebih aneh lagi apabila ahli Pakatan Harapan memanggil sidang akhbar membantah penanguhan perbahasan dan pengundian yang boleh meluluskan RUU 355, kami di tuduh Penentang RUU 355 pula !

Potong gaji Noh Omar batal projek kemudahan asas

Zuraida Kamaruddin berkata, Noh Omar tidak berhak membatalkan projek prasarana untuk semua rakyat Malaysia kerana gajinya juga datang daripada pembayar cukai tidak menyokong BN.
Zuraida-pan-nohjPKR menggesa kerajaan memotong gaji Tan Sri Noh Omar kerana membatalkan kelulusan projek kemudahan asas berskala kecil di peringkat majlis tempatan (BP1), di kawasan Parlimen pembangkang.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, gaji Noh juga datang daripada pembayar cukai tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan beliau tiada hak membatalkan projek untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik mereka.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu sebagai penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.
“Sebagai menteri untuk rakyat Malaysia, dia baru sahaja mengakui secara terbuka dia hanya seorang menteri untuk penyokong BN.
“Jika demikian, kami menuntut Tan Sri Noh Omar menerima pengurangan gaji sebanyak 52% kerana hanya 48% daripada rakyat Malaysia mengundi BN pada pilihan raya lalu,” kata ahli Parlimen Ampang itu menerusi kenyataan hari ini.
Projek prasarana BP1 merujuk projek infrastruktur berskala kecil seperti membina parit dan longkang, menaik taraf jalan serta memasang lampu jalan.
Hari ini, Oriental Daily memetik Noh ketika menghadiri program beliau menemui rakyat di Putrajaya berkata, pihaknya hanya boleh memberi keutamaan kepada kawasan Parlimen BN disebabkan peruntukan dan sumber terhad.
Katanya, sejak tahun lalu, sumber yang diperolehi kementeriannya amat terhad dan langsung tidak mampu diagihkan ke semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Zakir Naik dapat PR, saya tunggu 27 tahun, kata wanita tempatan

Sandra Monteiro yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak mempunyai kerakyatan berkata, permohonannya untuk mendapat kewarganegaraan ditolak kerajaan hanya kerana isu teknikal.
Sandra-Monteiro2PETALING JAYA: Seorang wanita tanpa kerakyatan yang dilahirkan di Malaysia terkilan apabila warga asing seperti Dr Zakir Naik boleh mendapat status penduduk tetap (PR) dengan mudah, sedangkan beliau dinafikan haknya selepas mencuba nasib selama 27 tahun.
Sandra Monteiro, 39, menyifatkan tidak adil kerana Zakir dan warga asing lain dari Bangladesh serta Indonesia mendapat status PR dengan mudah, manakala permohonan beliau untuk mendapat kewarganegaraan ditolak kerajaan.
“Ia sangat tidak adil buat saya dan orang tiada kerakyatan yang tinggal di Malaysia, yang sudah cuba bertahun-tahun untuk diakui dan mendapat status PR,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian susulan pengesahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa lalu yang Zakir diberikan status PR di Malaysia kira-kira 5 tahun lalu.
Zakir, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 2013, kini berdepan siasatan pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan mempromosikan propaganda pengganas.
Monteiro yang tinggal di Petaling Jaya berkata, permohonannya untuk mendapat kewarganegaraan ditolak kerana kekurangan dokumentasi ketika beliau diambil sebagai anak angkat.
“Mereka menolak permohonan saya kerana mendakwa prosedur pengambilan saya sebagai anak angkat tidak betul. Saya tidak dijadikan anak angkat sebelum berusia 21 tahun,” katanya sambil menjelaskan beliau dijadikan anak angkat sejurus selepas dilahirkan.
Beliau berkata, ia sekadar isu teknikal kerana bapanya, seorang Serani dan ibunya yang berbangsa Cina, tidak tahu prosedur pengambilan anak angkat secara sah ketika itu.
“Mereka hanya mendapatkan sijil kelahiran untuk saya. Mereka tidak sedar semua prosedur yang diperlukan untuk menunjukkan saya sudah dijadikan anak angkat,” katanya sambil menambah dalam sijil kelahirannya tidak dinyatakan beliau diambil sebagai anak angkat.
Monteiro sudah mencuba semua cara dan saluran untuk mendapatkan taraf kerakyatan, tetapi masih gagal. Bagaimanapun, beliau bersyukur masih mendapat sokongan keluarga angkat dan rakannya.
“Saya cukup bernasib baik mempunyai rakan dan keluarga yang menyokong saya dan kini saya bekerja dengan kakak angkat saya.”

Krisis Ekonomi: Keluh penjual nasi campur: 'Budak pejabat pun bukan makan sangat'


Harga bahan mentah yang semakin melambung turut memberi kesan kepada pemakanan golongan pekerja pejabat seperti diakui penjual nasi campur.Harga bahan mentah yang semakin melambung turut memberi kesan kepada pemakanan golongan pekerja pejabat seperti diakui penjual nasi campur.
Beban kenaikan kos sara hidup pada masa ini menyaksikan bukan sedikit golongan muda terpaksa mengikat perut ketika di tempat kerja.
Situasi ini diakui peniaga nasi campur di ibu negara apabila sebahagian pembelinya mengambil juadah tengah hari dengan kuantiti dan pilihan menu yang amat terhad.
Faridah AbdullahFaridah AbdullahFaridah Abdullah, 52, berkata, timbul keadaan serba-salah baginya antara menaikkan harga jualan atau kehilangan pelanggan ketika kos bahan mentah semakin melambung.
"Zaman Najib sekarang, (harga) barang makin mahal. Bahan mentah yang kita beli pun sudah mahal. Sotong, udang jangan cakaplah (mahal). Jadi, kita terpaksa naikkan harga.
"Tapi, mereka (pelanggan) 'bising' pula bila harga lauk sudah jadi macam mampu tengok. Bila kita naikkan 50 sen, esok lusa mereka tak datanglah.
"Orang yang hendak membeli pun kurang. Budak pejabat pun bukan makan sangat. Hanya ambil nasi, ikan atau ayam goreng dan sikit sayur. Agaknya mahu berjimat," ujarnya yang berniaga di Keramat Permai.
Beliau ketika ditemui di Pasar Chow Kit baru-baru ini memberitahu trend itu ketara pada dua fasa iaitu selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan sekali lagi pada tahun lalu ekoran kenaikan harga petrol.
Sehubungan itu, jelasnya, golongan peniaga kecil sepertinya memang merasai tempias lonjakan kadar inflasi yang mencecah 4.5 peratus seperti yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
"Saya tidaklah tahu sangat tentang inflasi. Apa yang saya lihat nilai duit kita sudah tidak macam dulu lagi. Dengarnya peniaga di sempadan tanah air lagilah tertekan bila ringgit kita jatuh teruk berbanding Bath," katanya.
Jelas Faridah, harga makanan yang dikenakannya buat masa ini sudah tidak dapat dikurangkan lagi lantaran perlu mengambil kira kos.
"Biasa saya letak harga RM5.50 kalau (pelanggan) letak nasi, ikan goreng dan sayur. Campur air jadi RM6.50. Kalau naikkan (harga) sikit, orang tak datang. Macam ayam goreng seketul, dulu RM3.50, sekarang jadi RM4," katanya lagi.
Rakyat sengsara

Zaid takut kebangkitan Islam di Kelantan, kata PAS

Kelantan bukan mundur seperti didakwa bekas menteri itu, kata PAS.
Che-Abdullah-Mat-Nawi-zaidKeputusan Datuk Zaid Ibrahim memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan bagi mencabar peraturan mewajibkan peniaga berehat pada waktu Maghrib adalah kerana beliau “takut dengan kebangkitan Islam”, kata seorang exco Kelantan.
Datuk Che Abdullah Mat Nawi, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, berkata Zaid tidak dapat menilai Kelantan dari kaca mata Islam.
“Zaid tidak melihat Kelantan dari sudut Islam sebab itu beliau mendakwa Kelantan tidak membuat sebarang pembangunan,” katanya dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily.
Zaid yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu sebelum ini berkata peraturan mewajibkan semua peniaga pasar malam untuk berhenti berniaga ketika masuk waktu Maghrib adalah tidak sah di bawah undang-undang, sebaliknya hanya menyusahkan rakyat Kelantan yang mencari rezeki.
“Pemimpin yang makan dedak tak payah cari makan di pasar malam. Orang biasa nak cari makan bikin susah,” katanya dalam kiriman Twitter.
Zaid, yang juga bekas menteri undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri, berkata akan memfailkan saman ke atas kerajaan Kelantan minggu ini, sambil menyifatkan peraturan itu cuba mengambil peluang ke atas umat Islam yang takut dilabel “jahil”.
Menurutnya peraturan melarang peniaga membuka kedai sebelum 3 petang sepanjang bulan Ramadan juga adalah tidak sah di bawah undang-undang.
Che Abdullah yang juga setiausaha PAS Kelantan berkata mereka yang tidak melihat Kelantan dari sudut Islam akan terpengaruh dengan dakwaan negeri itu mundur.

Najib hanya pandai 'transfer' duit, bukan transformasi, bidas Saifuddin


Saifuddin Nasution IsmailSaifuddin Nasution Ismail
Ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan transformasi negara hanya taktik untuk mengabui rakyat tentang kepincangan dan ketirisan yang berlaku, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Hakikatnya, menurut Saifuddin, wawasan 2020 yang sepatutnya membawa negara kepada kemajuan, telah dikhianati Najib dan pengikutnya menerusi pelbagai siri skandal termasuk melibatkan syarikat pelaburan bermasalah milik negara, 1MDB.
"Kerajaan Umno-BN juga ada berikrar akan terus berjuang membela nasib orang Melayu dan Bumiputera sama ada bumiputera Islam atau bukan Islam.
"Adakah ikrar ini hanya untuk sedapkan hati rakyat sedangkan berbilion ringgit hilang entah ke mana. Malah ada bukti wang 1MDB di’transfer’ ke akaun individu secara berjemaah," katanya dalam kenyataan yang dipetik Roketkini.
Saifuddin mengulas ucapan Najib yang berikrar menjadikan Malaysia antara 20 negara termaju di dunia selaras dengan matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Adakah ini hanya sekadar ‘angan-angan Mat Jenin’ atau impian Najib yang tidak tercapai dek akal? Jika negara maju tetapi rakyatnya mundur, tiada gunanya,” ujar Saifuddin.
Beliau menambah, negara sememangnya mempunyai infrastruktur setanding dengan negara-negara maju, namun ia dimusnahkan oleh mentaliti pemimpin UMNO-BN yang masih di tahap negara ketiga.
“Sudah terlalu banyak ungkapan ‘manis’ ditaburkan untuk mengaburi rakyat dengan cara mengambil harta rakyat secara sedar.
“Yang menambahkan lagi terencatnya, skandal negara dalam pelbagai isu seperti 1MDB, Menteri dan pegawai rasuah jutaan dan bilion ringgit yang menelan duit rakyat,” katanya.

Ariff Sabri: DAP-Mengapa Melayu Tak Perlu Takut Kepada DAP?