Khamis, 20 April 2017

BERSIH terkejut dengan ugutan Zahid Hamidi

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menzahirkan rasa terkejut dengan mesej ugutan dan dendam oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Amaran (Ahmad) Zahid bahawa sekiranya ‘kontrak sosial’ terhancur, rakyat Malaysia akan menghadapi bukan sahaja 'gangguan sosial tetapi - lebih buruk daripada itu - jalan-jalan akan berlumuran darah dan bersepahan dengan mayat orang'," kata jawatankuasa induk BERSIH 2.0.
Jawatankuasa itu merujuk laporan sebuah portal berita yang melaporkan Ahmad Zahid sebagai berkata demikian di Persidangan Antarabangsa Ekologi Manusia di Putrajaya pada 18 April yang lalu.
Selain itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membatalkan projek-projek infrastruktur berskala kecil di kawasan pilihan raya persekutuan yang tidak diwakili oleh parti pemerintah.
"Kenyataan Zahid dan tindakan Noh amat buruk, lebih-lebih lagi kerana ia datang daripada pemimpin politik yang sepatutnya menetapkan suasana yang memungkinkan pilihan raya umum yang bebas dan adil.
"Sebaliknya, kenyataan Zahid membangkitkan kemungkinan keganasan dan secara tersirat mengungkit tempoh paling gelap dalam sejarah negara kita, iaitu pilihan raya umum tahun 1969.
Walaupun ancaman sebegini pernah dibuat, melihat kepada trend sejarah, ia masih tidak disenangi dan mesti dikutuk dengan sekuat-kuatnya oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, jelasnya.

‘MASALAH BERSATU BIAR BERSATU SELESAIKAN’


Parti Amanah Negara (AMANAH) menyerahkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Harapan akan terus bergerak ke hadapan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
“Kita harus bergerak ke hadapan sebab kita percaya pilihan raya semakin hampir.
“Apa yang cikgu Kamarul (Azman Habibur Rahman) lakukan tiada kaitan dengan Pakatan Harapan.
“Jadi kita biarkan BERSATU selesaikan masalah dalaman mereka,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.
Beliau mengulas soalan sama ada tindakan salah seorang pengasas BERSATU, Kamarulazman Habibur Rahman keluar parti semalam menjejaskan HARAPAN.
Semalam Malaysiakini melaporkan, Kamarulazman umum keluar parti dan meletakkan semua jawatan yang disandangnya.
Keputusan itu diambil kerana Kamarulazman mendakwa beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong serta masalah dalaman yang melanda.
Selain itu, Salahuddin memberitahu, pihaknya mempunyai pelbagai agenda lain untuk dibincangkan berbanding isu dalaman BERSATU, seperti Buku Jingga 2.0.
Katanya, Buku Jingga 2.0 akan diperbaharui antaranya dengan mengambil serba sedikit manifesto daripada Buku Jingga pilihan raya umum ke-13 memandangkan terdapat manifesto yang masih relevan.
“Tawaran itu masih relevan sebagai contoh nak beri pendidikan pecuma, semak semula tol dan beri insentif pada wanita tak bekerja.
“Saya sebagai pemimpin AMANAH dan anggota Majlis Presiden Pakatan yakin, inilah yang sangat ditunggu rakyat,” katanya lagi.

Batal projek BP1: Kerajaan perlu isytihar henti kutip cukai rakyat di bawah PBT



Kerajaan sewajarnya tidak mengutip sebarang cukai dari rakyat dalam kawasan Parlimen pakatan pembangkang bagi mengimbangi tindakan Tan Sri Noh Omar membatalkan projek BP 1 di bawah tanggungjawab kementeriannya baru-baru ini.
Projek BP1 ialah berkaitan infratruktur berskala kecil melibatkan kemudahan asas projek-projek naik taraf jalan, parit dan longkang,lampu jalan,dalam kawasan parlimen pembangkang.
"Saya mengharapkan kerajaan Umno-BN sewajar mengistiharkan tiada apa-apa kutipan cukai dari rakyat dalam kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang.
"Ini bagi mengimbangi tindakan kerajaan membatalkan projek BP1 di Parlimen yang BN tewas.
"Adalah adil bagi rakyat jika kerajaan boleh membatalkan projek infrastruktur bersekala kecil dan tentunya juga kerajaan boleh membatalkan kutipan cukai dari rakyat," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas keputusan Tan Sri Noh Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengeluarkan arahan membatalkan semua projek jenis BP 1 d kawasan Parlimen yang mana BN tewas dalam PRU 13 lalu.
Keputusan itu telah dicapai didalam mesyuarat kementerian pada 9 Mac 2017 yang dihadiri Noh bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara dan pekeliling arahan pembatalan tersebut telah dikeluarkan bertarikh 17 mac 2017 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT.
"Jika PBT pula menggunapakai sikap buruk Tan Sri Noh ini dan kutipan sampah serta pembersihan kawasan hanya dilakukan mengikut kecenderungan politik sesuatu kawasan, maka rakyat akan hadapi satu malapetaka yang dasyat ciptaan Umno-BN.
"Mentaliti menteri seperti Tan Sri Noh ini menunjukkan beliau tidak matang dan tidak tahu membezakan di antara politik, pentadbiran dan tanggungjawab," ujarnya.

LOGIK ATAU TIDAK PENJELASAN ZAHID INI?

Selepas menyindir tentang peranan penasihat yang boleh meruntukan sesebuah kerajaan dan mendedahkan status penduduk tetap atau PR yang dimiliki oleh Dr. Zakir Naik sambil membersihkan dirinya tidak terlibat dengan pemberian tersebut, semalam Zahid Hamidi  segera tampil meredakan perbalahan "cinta tiga penjuru" perebutan kuasa dalam negara dengan berkata, perlantikan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri bukan bertujuan mengambil alih jawatan Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya, ujar beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, perlantikan Hishammuddin adalah bertujuan melengkapi usaha serius kerajaan menangani pelbagai isu dalaman dan antarabangsa.
"Cadangan itu dibuat oleh saya kepada Perdana Menteri kira-kira toga bulan lalu dan ketika itu, Hishammuddin tidak ada dalam mesyuarat.
"Ini adalah satu pancaran keikhlasan saya secara peribadi dan rasmi kepada Hishammuddin kerana kami bertiga (termasuk Perdana Menteri) pernah menjadi Menteri Pertahanan dan tahu banyak tugas lain yang perlu dilakukan," katanya.
Hmmmmm.....
Logik dan boleh diterima akal atau tidak apa yang diperkatakan Zahid itu?
Menurut beliau, perlantikan Hishammuddin bertujuan melengkapi usaha serius kerajaan menangani pelbagai isu dalaman dan antarabangsa.

"NAJIB TAK MAMPU BUAT TRANSFORMASI, MELAINKAN HANYA "TRANSFER MONEY"

Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berikrar untuk memakmurkan negara sehingga dapat berada di kedudukan 20 negara termaju di dunia membuatkan saya tersenyum seketika.

Sedangkan Wawasan 2020 tidak tercapai, bagaimana negara boleh menjadi 20 negara termaju di dunia?

Adakah ini hanya sekadar 'angan-angan Mat Jenin' atau impian Najib yang tidak tercapai dek akal? Jika negara maju tetapi rakyatnya mundur, tiada gunanya.

Negara kita sememangnya mempunyai infrastruktur yang kian maju setanding dengan negara-negara maju yang lain namun mentaliti Menteri-Menteri Umno BN masih di tahap negara ketiga.

Sudah terlalu banyak ungkapan 'manis' ditaburkan untuk mengaburi rakyat dengan cara mengambil harta rakyat secara sedar. Yang menambahkan lagi terencatnya, skandal negara dalam pelbagai isu seperti 1MDB, Menteri dan pegawai rasuah jutaan dan bilion ringgit yang menelan duit rakyat.

Kerajaan Umno BN juga ada berikrar akan terus berjuang membela nasib orang Melayu dan Bumiputera sama ada bumiputera Islam atau bukan Islam. Adakah ikrar ini hanya untuk sedapkan hati rakyat sedangkan berbilion ringgit hilang entah ke mana. Malah ada bukti wang 1MDB di'transfer' ke akaun individu secara berjemaah. 

Rakyat hari ini semakin sengsara dan menderita dengan kerajaan kleptokrasi di bawah pimpinan Najib Razak. Adakah cukup dengan kemajuan yang dicanang tetapi kehidupan rakyat marhaen semakin terhimpit dengan harga barangan yang melambung tinggi dan bebanan GST?

Apakah definisi sebenar 'negara moden' jika Umno BN hanya merujuk kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebagai petunjuk, ianya adalah suatu masalah besar.

Sememangnya kemajuan dan keamanan negara perlu dipelihara dan dibendung daripada awal jika ingin menuju negara maju. Negara maju bukan sekadar pembangunan ekonomi sahaja tetapi pemikiran juga perlu dipupuk bagi menyeimbangkan dengan gerakan kemajuan negara kita.

Dato' Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat
20 April 2017


Barangkali apa yang disebut oleh Saifuddin Nasution Ismail ini lebih memudahkan lagi untuk kita membuat keputusan dalam PRU 14 akan datang.

Di sebalik pelbagai transformasi yang diumumkan Najib, yang utama harus rakyat ingat sebenarnya ialah pelbagai "transfer money"  juga berlaku dengan berleluasa dan dalam jumlah yang mega banyaknya.

Sanggupkah Pas putus tahaluf siyasi dengan PKR?

Pas PKR
Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, dilaporkan bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.
Persoalannya sanggupkah Pas berbuat demikian? Jika benar tahaluf siyasi Pas-PKR berakhir, ia dilihat boleh memberi kesan besar kepada kerjasama politik dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yang diterajui PKR, berbanding dengan negeri-negeri lain.
Ini bakal meletakkan Pas dalam keadaan sangat canggung untuk terus berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika ia memutuskan hubungan dengan PKR.
Ada tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar); Zaidy Abdul Talib (Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri AsasTani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi).
Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Amanah, parti serpihan Pas.
Keadaan semakin meruncing apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR,  menyindir Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, yang kalah dalam pemilihan Pas Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, 18 Mac lalu.
Kritikan Mohamed Azmin itu susulan kenyataan Nik Mohamad Abduh bahawa parti itu akan menawan Selangor pada PRU akan datang.
Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali daripada Universiti Teknologi MARA Kampus Raub, Pahang menggambarkan hubungan Pas dan PKR di Selangor sebagai 'hubungan cinta-benci'  disebabkan yang mengikat kedua-duanya adalah kuasa, atau lebih tepat lagi sebuah kerajaan negeri.
"Maka ada kalanya antara pemimpin mereka akan tersasar atau terlanjur memberi komen sama ada dalam bentuk sindiran atau kritikan kerana sememangnya itu adalah perasaan yang terpendam selama ini. Namun, mereka saling memerlukan dalam meneruskan penguasaan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor," katanya kepada Bernama.

Muktamar ke-63 tentukan kerjasama, status PAS di Selangor

Penganalisis politik berpendapat PAS akan ‘menjadi rebutan' semasa PRU nanti sama ada mahu bekerjasama dengan BN, Pakatan Harapan atau bergerak sendiri
nik-muhammad-zawawi_pas_600
SHAH ALAM: Muktamar PAS ke-63 penghujung bulan ini dilaporkan bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan PAS di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Dr Nik Muhammad Zawawi berkata isu tahaluf siyasi PAS-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.
Persoalannya sanggupkah PAS berbuat demikian? Jika benar tahaluf siyasi PAS-PKR berakhir, ia dilihat memberi kesan besar kepada kerjasama politik dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yang diterajui PKR, berbanding dengan negeri lain.
Ini bakal meletakkan PAS dalam keadaan sangat canggung untuk terus berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika ia memutuskan hubungan dengan PKR.
Ada 3 anggota exco kerajaan Selangor daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar); Zaidy Abdul Talib (infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (hal ehwal agama Islam, adat melayu dan warisan, pembangunan desa dan kampung tradisi).
Sekarang, PAS Selangor berpendirian mengekalkan status quo dan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
Hubungan PAS dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Amanah, parti serpihan PAS.
Keadaan semakin meruncing apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR menyindir Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, yang kalah dalam pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, 18 Mac lalu.
Kritikan Azmin itu susulan kenyataan Nik Abduh, parti itu akan menawan Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali daripada Universiti Teknologi MARA kampus Raub, Pahang menggambarkan hubungan PAS dan PKR di Selangor sebagai ‘hubungan cinta-benci’ disebabkan yang mengikat kedua-duanya adalah kuasa, atau lebih tepat lagi sebuah kerajaan negeri.
“Maka ada kalanya antara pemimpin mereka akan tersasar atau terlanjur memberi komen sama ada dalam bentuk sindiran atau kritikan kerana sememangnya itu adalah perasaan yang terpendam selama ini.
“Namun, mereka saling memerlukan dalam meneruskan penguasaan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor,” katanya kepada Bernama.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi itu berpendapat walaupun ada usul pada muktamar bagi mendesak pucuk pimpinan parti memutuskan kerjasama politik dengan PKR, perkara itu tidak akan direalisasikan sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan.

Exco Johor letak jawatan atas dakwaan rasuah

Menteri besar Johor berkata, Abd Latif Bandi melepaskan semua jawatan rasmi dalam kerajaan negeri.
Khaled-Nordin-latif-bandiJOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Abd Latif Bandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini.
Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu memaklumkan Latif melepaskan semua jawatan rasmi dalam kerajaan negeri.
“Saya bagi pihak kerajaan negeri Johor menghormati keputusan yang diambil beliau. Keputusan itu sudah pastinya berdasarkan penilaian terbaik untuk semua pihak. Saya berharap proses keadilan dapat berlangsung mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khaled turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Latif di atas jasa dan khidmat baktinya sepanjang bertugas dengan kerajaan negeri.
Selain itu, kerajaan negeri berharap dan mendoakan segala urusan Latif selepas ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Petang tadi, Latif menerusi syarikat guamannya, Adzly & Co mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri susulan pendakwaan kes rasuah ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Rasuah hartanah: SPRM digesa siasat MB Johor, Exco Negeri


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk turut membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata siasatan terhadap Khaled dan exco perlu dilakukan memandangkan beliau adalah individu yang mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.
"Mana mungkin kelulusan itu dapat diperoleh hanya sekiranya melalui kuasa yang ada kepada Datuk Abdul Latif Bandi ia mesti mendapat keputusan kolektif mesyuarat exco kerajaan negeri yang mana Pengerusinya Datuk Khaled Nordin dan barisan exco kerajaan negeri.
"Amat ganjil dan pelik sekiranya siasatan ini hanya terhenti terhadap Abdul Latif seorang sahaja.
"Adakah telah ada satu kertas siasatan juga terhadap MB Johor dan exco yang lain," soal beliau dalam sidang media yang diadakan di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.
Salahuddin mengulas mengenai exco kerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam bersama seorang perunding hartanah Amir Shariffudin atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah hartanah bernilai RM30.3 juta.
Kata Salahuddin lagi, SPRM wajar memberikan jawaban kepada rakyat sebagaimana beliau melihat sikap yang begitu positif dan proaktif ditunjukkan SPRM dala usaha membanteras rasuah.

Rafizi timbulkan lagi soalan kaitan Tabung Haji-SRC

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini sekali lagi menimbulkan soalan sama ada dana Lembaga Urusan Tabung Haji turut terlibat dalam skandal 1MDB, melalui pelaburan dalam firma yang dikaitkan dengan SRC International.
Syarikat berkenaan adalah Putrajaya Perdana Bhd yang dibeli Tabung Haji dengan kepentingan 30 peratus pada bulan November 2014.
Anak syarikat Putrajaya Perdana, Putra Perdana Development menerima RM140 juta daripada SRC International, mengikut carta yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang akhbar ketika beliau membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes SRC.

Menurut carta itu, pemindahan dilakukan secara kelompok pada bulan Julai dan Ogos 2014, tiga bulan sebelum Tabung Haji membeli 30 peratuskepentingan dalam Putrajaya Perdana.
“Semasa Tabung Haji membeli 30 peratus pegangan di dalam Putra Perdana pada harga RM193.5 juta, Tan Sri Ismee Ismail mesti menjawab sama ada beliau ada pengetahuan mengenai RM140 juta yang dipindahkan dari akaun SRC International Sdn Bhd,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Ismee Ismail adalah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan pengarah 1MDB sehingga 2016, apabila semua ahli lembaga itu meletak jawatan serentak berikutan laporan penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berhubung penyelewengan dalam 1MDB. Ismee juga adalah pengarah SRC International.
Kaitan Tabung Haji pada mulanya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mempersoalkan jika dana tabung haji telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat Putrajaya Perdana yang dikaitkan dengan Jho Low.

Bersatu terima keputusan Kamarulazman keluar parti patuhi perlembagaan


Datuk Dr Sharuddin Md Salleh Datuk Dr Sharuddin Md Salleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini secara rasi menerima keputusan bekas Ahli Majlis tertingginya Kamarulazman Habibur Rahman untuk meninggalkan parti itu.
Dalam kenyataan rasmi Bersatu itu  peletakan jawatan Kamarul mematuhi Fasal 10.2.2 Perlembagaan parti, seorang ahli yang mengisytiharkan keluar parti terlucut keahliannya secara serta-merta.
Namun begitu dakwaan Kamarulazman bahawa wujud amalan pilih kasih (kronismes) dalam pimpinan di peringkat pusat dinafikan pengurusan pusat parti itu.
"Berhubung dakwaan Saudara Kamarulazman bahawa wujud amalan pilih kasih dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian PPBM yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan parti, PPBM menafikan dakwaan ini.
"Pelantikan dibuat secara rundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam menggerakkan parti di peringkat akar umbi berlandaskan prinsip musyawarah.
" Ini memandangkan terdapat ramai pihak yang berminat dan bersedia untuk menerajui pimpinan di peringkat bahagian PPBM di seluruh negara dan kata sepakat perlu dicapai sebelum pelantikan dibuat," ujar Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam kenyataannya petang ini.
Kenyataan itu juga menyebut pucuk pimpinan parti itu telah sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambilkira faktor sumbangan seseorang calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat kepimpinan dan penerimaan oleh masyarakat setempat.
"Setakat ini sebahagian besar Ketua Penaja Bahagian PPBM telah dilantik dan hanya beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan lanjut dengan beberapa pihak di akar umbi.
"Saudara Kamarulazman sendiri telah dilantik sebagai Ketua Penaja PPBM Bahagian Teluk Kemang setelah rundingan lanjut dibuat dengan pelbagai pihak di akar umbi.
"Pelantikan tersebut dibuat setelah pucuk pimpinan mengambilkira faktor sumbangan beliau kepada parti dan penerimaan oleh ahli-ahli parti.
"PPBM masih di peringkat penajaan dan pastinya memerlukan sedikit masa untuk mantap. Walaupun masih di peringkat awal, saya bersyukur kerana sambutan rakyat terhadap PPBM amat memberangsangkan dan telah banyak kejayaan yang ditempa oleh parti." ujarnya.
Sebagai sebuah parti baharu, ujarnya lagi, Bersatu tentunya amat mengharapkan sokongan dan dokongan rakyat, terutamanya para ahli dan penggerak parti untuk bersama-sama memperkukuhkan parti dan memberikan fokus kepada gerakerja untuk memenangi PRU14.
"Saya bagi pihak pimpinan tertinggi PPBM mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli dan penggerak parti yang terus setia kepada parti dan bersedia untuk mengharungi segala cabaran demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.
"Kepada Saudara Kamarulazman, saya bagi pihak pimpinan tertinggi PPBM merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan beliau selama ini serta mendoakan yang terbaik untuk beliau bagi masa hadapan," ujarnya.
Semalam Kamarulazman yang juga Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mengumumkan beliau keluar parti  dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur setelah menjadi antara salah seorang daripada 7 pengasas parti Bersatu ketika ditubuhkan pada Sepmtember tahun lalu.
Pada 2 April lalu GKCM seluruh negeri menetapkan pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat Bersatu.

Ariff dedah jumpa Najib sebelum masuk DAP

Dr M tak endah pemimpin BERSATU keluar parti

MB Johor juga patut disiasat SPRM, kata AMANAH

Najib 'berkira' 3 sen dengan rakyat, kata Rafizi

Tun Mahathir: Kuasa DEDAK Najib Razak,Beza Antara MCA & DAP

Salahuddin Ayub: Najib Razak Guna Sepupu(Hishamuddin) Untuk Selamatkan Diri Lepas PRU14

Rafizi Ramli: Banyak Duit Dirompak Biar Najib Razak Menjerit "LAWAN TETAP LAWAN" Dalam Penjara