Rabu, 19 April 2017

SALAHUDIN AYOB: NAJIB MEMERINTAH RAKYAT MAKIN SENGSARA

Hadi mutakhir ini tidak lagi kritik Najib, Pas bukan ‘berperang 24 jam’ dengan Umno

KUALA LUMPUR: Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin bersimpati dengan nasib ahli Pas di peringkat akar umbi yang berterusan diperalat pemimpin mereka sendiri.
Menurutnya, kehidupan pemimpin Pas pada masa ini berbeza dengan ahli parti itu yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi memperjuangkan Islam acuan Pas, lapor Malaysia Dateline.
“Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yang terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. Ketika mereka berjaga malam untuk teruskan ‘perjuangan Islam’ versi Pas, pemimpin mereka bersenang-lenang dengan ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno.
“Ketika mereka nak ‘lawan Umno’, pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno,” ujarnya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara Mingguan Malaysia keluaran 16 April lalu.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laporan akhbar pro-Umno itu mendakwa kuasa politik orang Melayu terletak pada Pas dan Umno bahkan Pas bukan ‘berperang 24 jam’ dengan Umno sebaliknya bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat.
Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain menyifatkan Hadi secara jelas berkempen untuk Umno pada ketika Pakatan Harapan berusaha mengajak rakyat memerangi Umno.
“Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi sama rata dari sudut layak untuk diundi oleh rakyat. Ketika PH (Pakatan Harapan) bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno, Hadi merestui Umno untuk dipilih.
“Nampaknya, pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti. Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan untuk membalas jasa Umno dan Najib kepada pemimpin Pas?” soal pendakwah dari Perlis itu.
Beliau berkata, rakyat semakin jelas melihat Abdul Hadi mutakhir ini tidak lagi mengkritik Najib dan Umno.
“Apabila dia (Abdul Hadi) mengajak rakyat untuk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang.
“Ini juga bermakna, Pas masuk pilihan raya bukan untuk menang, tetapi untuk mengganggu Pakatan Harapan. Pas cuma pengacau kemaraan Pakatan Harapan,” tegasnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.
Ustaz Zolkharnain turut berpendapat tindakan Abdul Hadi mengajak orang Melayu memilih Umno bercanggah dengan prinsip Pas selama ini yang menolak perkauman.

Enggan semak aliran duit 1MDB dalam Pas, Idris berhelah parti itupun ‘sengkek’

Seorang bekas Ahli Parlimen Pas berkata terdapat pemimpin Pas bermewah-mewah dengan kereta mahal sedangkan ahli akar umbi tidak mempunyai dana cukup untuk menguruskan cawangan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.
Enggan semak aliran duit 1MDB dalam Pas, Idris berhelah parti itupun ‘sengkek’“Tetapi keadaan orang atasan tidak seperti itu. Mereka ada wang. Bila Pas berhimpun, tengok sahaja barisan kereta mewah dan pacuan 4 roda. Kereta import dipamerkan seolah pameran kereta.
“Pas hari ini bukan seperti Pas dulu,” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin, kepada FMT.
Raja Bahrin yang kini sebahagian AMANAH, mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menolak saranan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini yang mahu pimpinan parti Islam itu menyiasat sama ada ia menerima dana 1MDB.
Rafizi pada 13 April mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa, pernah menerima sebahagian wang berkait 1MDB yang sebelum ini didakwa mengalir masuk ke dalam akaun perbadi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
“Pas perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan Pas,” kata Rafizi.
Nasharudin menafikan tuduhan itu dan menganggapnya fitnah.
Susulan itu, Idris berkata Pas tidak pernah menerima wang 1MDB, menyifatkan parti itu pun kesempitan wang.
“Kita pun ‘sengkek’ (tiada wang) hingga bil elektrik hampir dipotong, kalau ada duit kita tak jadi begitu,” beliau memberitahu FMT.
Raja Bahrin berkata sekiranya benar Pas sukar menjelaskan bil elektrik, pemimpin parti itu boleh membuat pengorbanan dengan menjual salah sebuah kereta mewah mereka.
“Pemimpin juga perlulah menyumbang sama. Mereka menunjuk-nunjuk kemewahan secara terbuka. Itu bukan lagi rahsia.”

RON95 naik 3 sen, RON97 naik 2 sen, diesel naik 5 sen

Harga minyak terus mencatatkan peningkatan.
diesel-petrol-1Harga petrol terus naik pada minggu ketiga, apabila RON95 kini RM2.27 seliter daripada RM2.24 dan RON97 kini RM2.54 daripada RM2.52.
Harga diesel juga naik kepada RM2.21 seliter daripada RM2.16 minggu lepas.
Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan twit harga terbaharu itu, yang akan berkuatkuasa tengah malam ini.
Harga mingguan petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan diumumkan setiap Rabu. Harga baharu berkuatkuasa selepas tengah malam.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga secara bulanan melalui sistem apungan terurus menggunakan kaedah mekanisme harga automatik (APM), yang digunakan sejak 1983.

SELURUH NEGARA KINI MENANTI SIAPA 17 PENERIMA BERTUAH DANA PENCEN SRC DARIPADA NAJIB


Rafizi Ramli dijangka membuat satu lagi pendedahan yang akan membuatkan semua orang terus membuka mata terhadap skandal 1MDB sebelum tarikh pilihanraya umum akan datang menjelang tiba.
Kali ini Naib Presiden PKR itu akan mendedahkan 17 penerima bertuah yang dipercayai menerima dana daripada Najib Razak yang mana wangnya adalah berasal daripada SRC International, anak syarikat 1MDB.
SRC International memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP dan RM42 juta kemudiannya dimasukkan ke akaun peribadi Najib, tetapi Perdana Menteri mengatakan beliau tidak mengetahui wang tersebut datangnya daripada syarikat tersebut.
Najib dalam pengakuannya kepada SPRM berkata, beliau menyangkakan wang itu adalah sebahagian daripada RM2,600 juta yang diterimanya daripada penderma Timur Tengah.
Bagaimanapun, dua pengarah SRC International, Nik Faisal dan Suboh Md Yassin masih lagi misteri ke mana perginya sehingga sekarang ini.
Berdasarkan carta aliran wang yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Apandi Ali ketika membersihkan nama Perdana Menteri, Rafizi mendapati wang sebanyak RM23,520,010 telah diagihkan melalui akuan Najib kepada 17 penerima yang belum diketahui identitinya.
Minggu lalu, Rafizi membuat akuan bersumpah yang meletakkan nama Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas sebagai penerima langsung dana SRC International melalui akaun bank Najib.
Dalam dakwaan terbaru ini, Rafizi berjanji dalam minggu-minggu mendatang beliau akan berusaha untuk mendapatkan jawapan daripada Najib dan pihak berkuasa lain berkaitan pemindahan wang yang merupakan dana SRC International kepada 17 penerima itu.
Siapakah mereka yang bertuah yang turut dapat berkongsi dana orang pencen itu?
Setelah memperolehi maklumat tersebut, Rafizi dijangka akan membuat pendedahan bersiri dan diakhiri dengan satu laporan polis yang baru terhadap Najib dengan harapan penyiasatan akan dibuka kembali.

Najib cakap tak serupa bikin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran merujuk kejayaan dasar pendidikan dilaksanakan di negeri pimpinan PAKATAN dalam menawarkan askes pendidikan terbaik kepada rakyat.
izzahNaib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Najib tidak sewajarnya membuat kenyataan dangkal dengan mempolitikkan isu pendidikan demi kepentingan tertentu.
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak mempunyai kesungguhan tinggi memartabatkan aspek pendidikan negara ekoran pemotongan peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2017 lalu.
“Dakwaan ini jelas berniat jahat dan dibuat tanpa merujuk kejayaan kami di negeri pimpinan PAKATAN terhadap usaha memaju dan meluaskan akses pendidikan kepada semua rakyat terutamanya anak Bumiputera daripada keluarga memerlukan.
“Hakikatnya, Najib semasa membentangkan Belanjawan 2017 lalu mengumumkan pemotongan peruntukan untuk universiti awam berjumlah RM1.5 bilion tetapi kemudian mendabik dada sebagai pejuang pendidikan Bumiputera.
“Jika benar Najib ikhlas memperjuangkan pendidikan Bumiputera, beliau selaku Menteri Kewangan tidak akan memotong sesen pun peruntukan universiti awam,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika merasmikan program pendidikan pada satu majlis baru-baru ini mendakwa PAKATAN akan menghentikan semua program biasiswa seperti ini jika mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan.
Membidas kenyataan itu, Nurul Izzah mempersoal peranan sebenar Kerajaan Persekutuan dalam membantu meningkatkan imej pendidikan negara apabila Putrajaya mengehadkan peruntukan biasiswa Mara dan JPA yang menyukarkan pelajar berkelayakan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Jangan anggap remeh ahli keluar, naib presiden PPBM beritahu Muhyiddin

Jangan terus menganggap perkara ini kecil dan mengatakan tidak mengapa dan menuduh orang itu ini tinggalkan parti sebab dia kecewa, kata Hamidah Osman.
hamidah-osmanPETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyeru presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius tindakan salah seorang pengasas parti itu, Kamarulzaman Habibur Rahman keluar parti.
Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata pemimpin PPBM dan Muhyiddin tidak boleh berdiam diri atau menganggap tindakan keluar parti perkara yang remeh.
“Saya sedih dengan tindakan yang dibuat sebab saya tahu Kamarulzaman ini adalah orang yang awal dan pengasas parti dan saya tahu beliau banyak berkorban.
“Saya rasa perkara ini satu perkara serius dan tidak boleh dipandang remah, Muhyiddin selaku presiden kena melihat perkara ini dan tidak boleh terus berdiam diri.
“Jangan terus menganggap perkara ini kecil dan mengatakan tidak mengapa dan menuduh orang itu ini tinggalkan parti sebab dia kecewa, sebab akhirnya parti menerima akibat,” katanya kepada FMT.
Hari ini, Kamarulzaman mengumumkan keluar PPBM dan meletak semua jawatan parti, dengan berkata pemimpin parti hanya mengutamakan jawatan dan bukannya berjuang untuk rakyat.
“Ramai di kalangan mereka yang menghabiskan masa untuk berada bersama pemimpin dan lebih suka memburukkan penggerak yang membuat kerja. Saya juga dapati PPBM mempergunakan para penggerak awal dalam mendapatkan sokongan terhadap parti.
“Saya mula sedar bahawa dalam PPBM seperti ada perbezaan darjat dan kasta, seorang ahli itu akan lebih tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan kepada presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong,” kata Kamarulzaman.
Hamidah berkata isu keluar parti bukan perkara baru tetapi pernah berlaku melibatkan tindakan keluar beramai-ramai di beberapa kawasan.
“Benda ini bukan pertama kali, kita lihat berlaku di Baling, kita juga lihat berlaku di Rembau dan ini pula melibatkan majlis pimpinan tertinggi, Saya rasa Muhyiddin kena teliti apa yang diperkatakan Kamarulzaman supaya perkara ini tidak menjadi satu barah,” katanya.
Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin terkejut dengan keputusan Kamarulzman, menyifatkannta satu kehilangan besar buat parti.

Skandal MARA: Shafie sedia disiasat SPRM

Datuk Seri Mohd Shafie ApdalDatuk Seri Mohd Shafie ApdalPresiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penglibatan Majlis Amanah Rakyat dalam isu pembelian apartment di Australia.
 Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau terpanggil untuk memberikan respon terhadap beberapa kenyataan yang menjadi tular di laman sosial dan media massa kebelakangan ini.
"Saya terpanggil untuk memberi respon terhadap beberapa kenyataan yang sedang tular di media massa dan media sosial baru-baru ini yang mengaitkan nama saya, di mana pada ketika itu saya memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kes yang melibatkan Mara iaitu agensi di bawah kementerian saya itu.
"Saya difahamkan kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak SPRM dan saya sedia memberi kerjasama pada bila-bila masa sekiranya pihak berkuasa memerlukan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kes itu," ujarnya dalam kenyataannya malam ini.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna turut berkata SPRM perlu memaklumkan kepada beliau lebih awal sekiranya perlu dijalankan siasatan ke atasnya.
"Saya juga menghargai sekiranya dapat dimaklumkan lebih awal supaya penyelarasan masa dapat dilakukan." ujarnya.
Keterlibatan Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara dengan isu membabitkan bangunan lima tingkat dengan nama Dudley House Apartment tersebut dijadikan untuk penempatan pelajar tajaan Mara yang belajar di Universiti Monash.

Beli Pangsapuri di Australia: SPRM akan panggil 24 individu bantu siasatan



Sebanyak 24 individu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah.
Beliau berkata siasatan kali ini berdasarkan maklumat baharu dan mempunyai kaitan dengan pembelian hartanah di Australia yang mana SPRM telah membuka kertas siasatan pada tahun 2015.
"Jadi banyak perkara lagi kita kena buat untuk melihat punca wangnya dan ke mana wang itu dibelanjakan dan siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam menerima wang ini. Siasatan kes ini kita buka di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Azam menghadiri satu mesyuarat operasi di sini, yang turut dihadiri Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias.
Ketika ditanya bila siasatan mengenai kes ini dijangka selesai, Azam berkata siasatan akan mengambil masa.
"Kes terbaru ini akan melibatkan permohonan bantuan guaman daripada pihak Australia. Oleh itu, saya jangka sehingga penghujung tahun ini belum tentu selesai kerana apabila melibatkan pihak di luar negara, pastinya akan mengambil masa," kata Azam.

WANG PENCEN DARI SRC INTERNATIONAL DAN WANG TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR JHO LOW

Pendedahan saya berkenaan dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya mahu menumpukan perhatian rakyat kepada isu yang lebih besar iaitu bagaimana wang dari tabung pencen rakyat dan wang dari Tabung Haji akhirnya diselewengkan kepada Jho Low.
Foto Rafizi Ramli. Hari ini, saya akan buktikan bagaimana Jho Low menjadi penerima terbesar aliran wang dari tabung rakyat melalui SRC International Sdn Bhd yang mendapat dana dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebanyak RM4 bilion.
Tumpukan perhatian anda kepada aliran dana dari SRC International Sdn Bhd kepada syarikat-syarikat berikut (seperti paparan carta aliran dana yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Peguam Negara, Tan Sri Affandi Ali tahun lalu):

1. Sebanyak RM170 juta disalurkan terus dari SRC International Sdn Bhd ke Putra Perdana Construction Sdn Bhd, iaitu RM35 juta pada 8 Julai 2014, RM105 juta pada 14 Julai 2014 dan RM30 juta pada 8 Ogos 2014.
2. Pada hari yang sama iaitu 8 Julai 2014, sebanyak RM34.99 juta dipindahkan dari Putra Perdana Construction Sdn Bhd kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebanyak RM27 juta) melalui sebuah lagi syarikat bernama Permai Binaraya Sdn Bhd.
3. Seminggu kemudian pada 14 Julai 2014, RM140 juta dipindahkan ke sebuah syarikat lain iaitu Putra Perdana Development Sdn Bhd iaitu RM105 juta yang dipindahkan terus dari SRC International Sdn Bhd melalui syarikat pengantara Putra Perdana Construction Sdn Bhd pada hari yang sama; dan RM5 juta dari Permai Binaraya Sdn Bhd iaitu penerima sejumlah RM34.99 juta dari SRC International Sdn Bhd seminggu sebelum itu (rujuk pemindahan wang dalam 2).
4. Sebulan kemudian pada 11 Ogos 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd menerima RM30 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.
5. Jumlah RM140 juta yang diterima oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014 kemudian dibayar kembali oleh Putra Development Sdn Bhd pada 12 Disember 2014 kepada SRC International Sdn Bhd melalui Putra Perdana Construction Sdn Bhd.
Semakan ke laman web dan carian syarikat Putrajaya Perdana Berhad (http://www.p-perdana.com/index.php) mengesahkan perkara-perkara berikut:

i. Putra Perdana Development Sdn Bhd (juga dikenali sebagai PPD) adalah anak syarikat kepada Putrajaya Perdana Berhad (rujuk carian SSM PPD dan paparan skrin dari laman web Putrajaya Perdana Berhad di bawah):
ii. Permai Binaraya Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang tidak aktif (“dormant”) yang mempunyai pengarah-pengarah yang sama dengan Putra Perdana Development Sdn Bhd iaitu Dato’ Shukri Dahlan dan Dato’ Rosman Abdullah;
iii. Putra Perdana Construction Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Putrajaya Perdana Berhad.

Semakan di laman web Putrajaya Perdana Berhad menunjukkan dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd (syarikat yang menerima RM140 juta dari SRC International Sdn Bhd dalam bulan Julai dan Ogos 2014) telah memeterai satu urusniaga besar yang disenaraikan di bahagian “milestone” (peristiwa besar).
Dalam bulan Mac 2014, Putra Perdana Development Sdn Bhd telah membeli 37.5% pegangan di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited dari Unity Capital Partners (Cayman) Limited. Kedua-dua syarikat tersebut iaitu Iskandar (Holdings) dan Unity Capital Partners adalah syarikat pesisir luar pantai yang dibuka di Kepulauan Cayman yang menyebabkan senarai pemegang saham dan pengarahnya dirahsiakan.
Walau bagaimana pun, saya berjaya menjejaki kedua-dua syarikat ini kepada Jho Low melalui satu rencana yang disiarkan oleh akhbar perniagaan The Edge bertarikh 3 April 2015 (capaiannya di http://www.theedgemarkets.com/…/jho-low-made-rm400-million-…).

Rencana itu mengesahkan:
i. Jho Low mempunyai kepentingan saham di dalam Iskandar (Holdings) Company Limited
ii. Jho Low mempunyai kepentingan saham di dalam Unity Capital Partners (Cayman) Limited yang turut dimiliki oleh keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Taib Mahmud

Rafizi Ramli: Sumber Wang SRC(Dana Rakyat) Yang Dimasukkan Ke Akaun Najib Razak

Hartanah Johor: Ada individu bakal didakwa - SPRM

Himpunan Mei 1 Menuntut Pelaksanaan Tabung Pemberhentian Pekerja

Bersatu didakwa amal kronisme, kasta: Kamarul Azman

PRU14: Kepala Batas, Tasek Gelugor, Balik Pulau sasaran kerusi Bersatu


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengintai tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.
Menurut Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahaya, parti itu sedia untuk berdepan dengan Umno, di ketiga-tiga kerusi berkenaan yang disifatkan sebagai "nyawa-nyawa ikan" di negeri itu.
"Terpulang kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan jika kita boleh bertanding di sana. Kita mempunyai peluang yang cerah kerana landskap politik semasa tidak memihak Umno," dakwa Marzuki seperti dilapor Malaysiakini.
"Kita bersedia di kerusi itu kerana sambutan baik yang kita terima apabila melawat kawasan tersebut baru-baru ini."
Beliau mendakwa terdapat 31 kerusi parlimen, termasuk di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, di mana kedudukan Umno berada dalam ancaman kerana parti itu menang dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican memenangi kerusi Kepala Batas dengan memperoleh 54.53 peratus undi, manakala Datuk Shabudin Yahaya memenangi kerusi Tasek Gelugor dengan 53.33 peratus undi.
"Umno juga bimbang dengan satu lagi kerusi, Balik Pulau, yang kini dipegang oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, kerana parti kita mula menembusi kawasan itu," katanya.
Marzuki, seorang bekas pemimpin Umno berkata Bersatu dan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan khusus kepada kerusi marginal.
"Adalah jelas Umno kini berada pada kedudukan paling lemah dan sekiranya pilihan raya diadakan sekarang, mereka akan menghadapi masalah," katanya.

ELOKLAH 'HAMLAU-HAMLAU' INI KELUAR TINGGALKAN BERSATU..!!

Episod pemimpin keluar atau meninggalkan Bersatu berterusan lagi, kali ini Setiausaha Kerja merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Kamarulazman Habibur Rahman pula mengumumkan keluar parti dalam sidang akhbar di sebuah hotel lima bintang di ibukota.

Sebelum ini, sudah beberapa kali episod yang sama menimpa Bersatu di beberapa negeri tatkala rakyat sedang menggelegak hati dan perasaan ingin menolak Najib Razak, UMNO dan BN yang menimbulkan banyak masalah, keserabutan dan beban kepada rakyat serta negara.

Rata-ratanya yang mengumumkan keluar parti itu hanyalah bersandarkan satu sebab saja iaitu tidak memperolehi jawatan atau kedudukan yang diidamkan sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun pusat.

Namun, untuk melindungi kepentingan diri serta bagi menampakkan mereka kononnya suci bersih dalam perjuangan, lalu diciptalah alasan kronisme, pilih kasih, mengamalkan kasta, hilang hala tuju dan sebagainya untuk menghalalkan tindakan keluar parti itu.

Difahamkan, selepas ini ada beberapa pemimpin Bersatu lagi akan turut keluar parti. Ada di peringkat pusat dan ada juga di negeri dan bahagian. Alasannya sama juga, tidak dapat jawatan atau kedudukan yang dihajati.

Siapa mereka ini?

Rata-rata yang sudah dan akan keluar Bersatu ini adalah bekas ahli UMNO, namun mereka bukanlah kelompok yang berjaya atau berwibawa selama bersama dalam parti itu. Yang terbaru ini hanyalah bekas Ketua UMNO cawangan saja.

Lalu, apabila menyertai Bersatu, dengan hanya bermodalkan pengalaman memimpin cawangan, jawatan apa yang mereka harapkan?

Ternampak jelas bahawa mereka menyertai Bersatu dengan harapan mendapat jawatan yang lebih tinggi, ada peluang bertanding pilihanraya, bergelar YB dan mungkin berpeluang mengumpul kekayaan atau menyamun di sana sini, sama seperti perangai kebanyakan pemimpin UMNO yang ada hari ini.

Apabila tidak mendapat apa yang dihajati, itulah sebabnya mereka keluar parti. Ceramah dan hujah berdegar-degar mereka selama ini kononnya untuk sama-sama menyelamatkan negara, menolak Najib yang membawa kerosakan dan memberi harapan baru kepada rakyat, ternyata hanyalah palsu belaka.

Mereka sebenarnya hanya ingin menyelamatkan perut dan diri sendiri.

Mereka yang keluar ini langsung tiada ada jati diri untuk benar-benar menyelamat dan memulihkan negara. Kepentingan peribadi dengan sendirinya terserlah apabila mereka keluar Bersatu dengan alasan yang mereka cipta itu.

Syed Saddiq: Saya tahu cikgu diugut

Pemuda Parti Pribumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa seorang pengasasnya menjadi mangsa “ugutan”, menyebabkan beliau keluar parti hari ini.
“Saya tahu sebelum ini cikgu telah pun diugut..,” kata Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman dalam kenyataannya sebentar tadi.
Beliau juga mendakwa isteri Kamarulazman Habibur Rahman turut menerima nasib sama, tanpa memperincikan dakwaan itu.
Kamarulazman dalam sidang media hari ini mengumumkan melepaskan keanggotaan dan semua jawatannya dalam parti.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut Syed Saddiq dan maklum balas Kamarulazman berkaitan dakwaan itu.

MB Johor dan gimik-gimiknya

Sejak Januari lalu, Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan ke kawasan parlimen Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam, Bakri, Pontian dan Sri Gading.
Difahamkan sudah 21 kawasan dan masih berbaki lima kawasan.
Lawatan-lawatan ini pastilah menandakan bahawa pilihan raya semakin hampir. Itu naratif biasa bagi sesebuah kerajaan, ia sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Tidak ada yang pelik atau baru.
Dari perkembangan ini, kita merumuskan bahawa beliau bersama gerombolannya hanya datang untuk melaksanakan gimik, bertujuan untuk menggambarkan seolah-olah ia projek khas untuk rakyat atas keprihatinan beliau.
Segala janji dan pelbagai perasmian projek-projek yang dilakukan dalam lawatan itu, hanyalah gimik kerana semua projek-projek ini telah diketahui umum dalam belanjawan yang lalu. Bermakna ia bukan perkara baru. Hanya lawatan menagih simpati rakyat, itu sahaja.
Namun, apa yang saya tulis ini bukanlah isu penting. Sebaliknya yang lebih penting untuk kita sebagai rakyat fahami adalah fungsi dan dasar sesebuah kerajaan yang cekap dan berintegriti.
Perkara pertama, fungsi sesebuah kerajaan adalah berstruktur, bukan cacamarba dengan gimik perasmian itu dan ini. Kita ada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
Kuasa kerajaan negeri dikongsi dan diturunkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sama ada majlis daerah, perbandaran atau bandar raya.
Harus jelas, jitu
Fungsi kerajaan negeri yang turun padang ke setiap kawasan parlimen yang memiliki PBT atau berkongsi PBT harus jelas dan jitu. Bukan gimik.
Dalam semua lawatan MB Johor ke kawasan-kawasan ini, kita tidak mendengar apa-apa pengumuman untuk melakukan perubahan atau reformasi terhadap PBT ini.
PBT adalah agensi kerajaan yang paling hampir dengan rakyat di setiap lokaliti. Kemajuan dan kecekapan PBT akan memberi impak secara langsung dengan keperluan rakyat di setiap parlimen dan DUN. PBT bukan boleh menjadi cekap hanya dengan lawatan MB!
Maka, lawatan MB tanpa membuat pembaharuan ke atas PBT adalah tersasar dari fungsi kerajaan. Tidak ada perubahan atau pembaharuan bermakna kerja melawat ini sia-sia. Lawatlah sebanyak mana pun parlimen atau DUN, ia sia-sia kerana ia bukan tugas utama sesebuah kerajaan.
Sebagai contoh. Adakah MB sedar bahawa bas percuma (diciplak dari Selangor dan Pulau Pinang) yang diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada PBT, tidak memberi impak maksimum?
Sudahkah MB melawat laluan-laluan bas percuma ini? Tahukah beliau bahawa laluan-laluan yang ditentukan oleh PBT tidak mencakupi laluan penting?
Sebaliknya, apa yang dilihat penting dalam lawatan beliau hanyalah program merasmi pecah tanah itu dan ini, edar pemberian atau sumbangan itu dan ini kepada rakyat.
Bayangkan betapa sia-sia dan pembaziran waktu untuk lawatan-lawatan ini.
Mendengar sambil melopong

'Ku Nan, apa pula hukum kerajaan tipu rakyat'

Anfaal SaariAnfaal Saari
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Mansor diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum 'haram' bagi menakut-nakutkan pengusaha restoran mamak.
Tengku Adnan juga tidak sewajarnya menyamakan tindakan mencatut harga makanan dengan parti pembangkang, kata Pengarah Biro Komunikasi Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Anfaal Saari.
"Saya boleh bersetuju bahawa mencatut merupakan satu tindakan yang wajib dielakkan oleh para peniaga dan saya menyokong sebarang langkah membanteras sikap begini.
"Walau bagaimanapun, sebagai parti yang memerintah, pemimpin Kerajaan Umno-BN pula mesti melihat perkara ini dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Bukannya bersikap tidak matang apabila menyamakan peniaga yang mencatut dengan pembangkang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas teguran pengusaha-pengusaha restoran mamak yang mengenakan caj melampau ke atas teh tarik dan roti canai pada mesyuarat agung tahunan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Sabtu lalu.
"Adakah terdapat satu kilogram gula di dalamnya (secawan teh tarik)? Mengapa?
"Begitu juga dengan tepung dan minyak masak. Mengapa harga sekeping roti canai naik mendadak?
"Jangan mencatut. Haram (dilarang)!" katanya seperti dipetik Bernama.
Meskipun bersetuju dengan teguran itu namun Anfaal berkata, tindakan peniaga menaikkan harga berkait dengan kenaikan harga petrol dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Apabila sesuatu barang jualan dinaikkan harga, isunya bukan kepada bahan asas yang digunakan sahaja tetapi turut meliputi pelbagai hal-hal lain seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST), ketidaktentuan harga pasaran petrol dan diesel, harga barang mentah lain yang meningkat selain gula, tepung dan sebagainya," katanya.
Beliau juga hairan dengan keberanian Tengku Adnan 'membelasah' peniaga mamak secara terbuka.
"Adakah hanya golongan peniaga ini sahaja yang menaikkan harga jualan?

PPBM terlalu pentingkan jawatan perdana menteri, kata bekas pemimpin

Pengasas bersama PPBM Kamarulzaman Habibur Rahman berkata sesetengah pemimpin parti sanggup berbuat apa sahaja untuk menggulingkan kerajaan.
Habibur-Rahman-5
KUALA LUMPUR: Sesetengah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlalu pentingkan jawatan perdana menteri, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menggulingkan kerajaan.
Begitu kebimbangan bekas ahli majlis tertinggi parti, Kamarulzaman Habibur Rahman, yang mengumumkan peletakan jawatan dan keahlian parti hari ini.
Beliau merupakan salah seroang daripada 7 pengasas PPBM, dan antara terawal memimpin Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), iaitu kumpulan penentang presiden dalam Umno.
“Saya bimbang melibat bagaimana jawatan perdana menteri itu sangat penting bagi sesetengah pihak sedangkan saya lebih berminat membela nasib rakyat,” katanya pada sidang media di Hotel Sunway Putra hari ini.
“Saya juga mula bimbang dengan tindak tanduk segelintir dalam kalangan ahli yang sanggup melakukan sapa saja demi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan fakta yang tidak sahih dan bersandarkan fitnah yang tidak logik akal.
“Ini amat membimbangkan kerana apabila kerajaan itu lemah, ia melibatkan juga kekuatan ekonomi negara….Kita tidak boleh sama sekali sabotaj negara kerana ia melibatkan kehidupan jutaan rakyat.”
Dengan pengumuman itu, Kamarulzaman melepaskan jawatan setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan menolak tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan.
Beliau berkata PPBM sudah menyimpang dari perjuangan asal, kerana nampaknya misi utama parti kini hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan mendapatkan kedudukan untuk rakan-rakan.
Kamarulzaman juga tidak percaya ahli PPBM akan dipilih sebagai perdana menteri walaupun pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
“Adakah seorang pemimpin daripada parti yang baru menjadi sahabat Pakatan Harapan dan memenangi kerusi yang sedikit akan diangkat untuk menjadi perdana menteri?
“Mustahil.”
PPBM secara rasmi menjadi komponen ke-4 PH bulan lepas.
Kamarulzaman mendakwa rakan-rakan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir sibuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti, sementara Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh juga mempunyai agenda tersendiri.

Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan - Kamarul Azman

KUALA LUMPUR – Salah seorang pengasas parti Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan peletakan semua jawatan beliau dalam parti termasuk jawatan sebagai setiausaha kerja kerana kabur dengan perjuangan Bersatu. 

Antara jawatan lain yang ditolak beliau adalah jawatan Ketua Bahagian Bersatu Teluk Kemang, Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu.
Menurutnya, beliau keluar parti bukan kerana kecewa tidak ada jawatan dalam parti tetapi  beliau yang meninggalkan semua jawatannya di dalam parti.
"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi Bersatu masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.
“Ada masalah dalam Bersatu yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti,” katanya.
Tambahnya lagi, seramai 821 ahli Bersatu seluruh negara berhasrat untuk mengikuti jejak langkahnya.
"Setakat malam semalam, seramai 821 orang dijangka akan turut keluar parti. Namun, akan ada satu sidang media untuk pengumuman rasmi,"tambahnya lagi.
Sementara itu, beliau menyatakan tidak berhasrat untuk kembali menyertai Umno dan mahu fokus dengan NGO, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
"Saya ingin gerakkan semula GKCM dan kembali pada perjuangan asal NGO itu iaitu berjuang demi rakyat,"katanya lagi.

Khalid Samad patut bersyukur tak dipukul teruk, kata anak Tajuddin

Anak pemimpin Umno Pasir Salak itu berkata ahli Parlimen Shah Alam bernasib baik.
firdau-2
Firdaus Tajuddin, salah seorang anak wakil rakyat Pasir Salak yang baru-baru ini dihukum denda RM100 bersama 7 pemuda kerana merusuh di Parlimen November lalu, berkata sasaran mereka, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, sepatutnya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan.
“Dia patut bersyukur, kalau dia hina bapa orang lain, mungkin dia teruk dipukul,” katanya kepada FMT.
Firdaus, 35, abangnya Faizal, 43, adalah anak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Mereka bersama 6 lain dituduh menggunakan perkataan kesat dan berkelakuan mengugut Khalid tahun lepas dengan niat mengganggu keamanan.
Ia selepas Tajuddin dan Khalid bertikam lidah di Dewan Rakyat, selepas Khalid menggunakan perkataan “sial” ketika mendesaknya menarik balik kenyataan berbaur lucah terhadap Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.
Tajuddin dalam perbahasan berkata Teresa adalah satu-satunya wanita yang mempunyai “Kok”, mencetuskan ketegangan dalam Dewan Rakyat.
Firdaus berkata Khalid bernasib baik kerana mendakwa Khalid mungkin dibelasah teruk sekiranya ia melibatkan orang lain.
Khalid yang kesal dengan hukuman yang dikenakan ke atas Firdaus dan Faizal, mencabar mereka berdua mengulangi perkataan “Kok” terhadap Teresa di luar Dewan.
Firdaus berkata apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat tahun lalu tiada kena mengena dengannya.
“Kami tidak terlibat dengan pertelingkahan berlaku antara mereka.
“Kami marah kerana Khalid mencabar kami mengulangi perkataan ‘kok’ sebagai berniat jahat, cuba putar belit untuk mengalih isu sebenar ,” katanya kepada FMT.

Tak masuk akal Najib gesa nilai moral tinggi, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah "tidak masuk akal" bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyeru rakyat Malaysia agar berhasrat mempunyai nilai moral yang tinggi supaya dunia menghormati Malaysia.
Merujuk kepada skandal 1MDB, bekas perdana menteri itu menuduh Najib tidak menunjukkan kepimpinan melalui teladan tetapi sebaliknya percaya bahawa "tunai adalah raja".
"... gesaan Najib kepada rakyat Malaysia mencapai nilai-nilai dan budaya moral yang tinggi bagi dunia hormati Malaysia adalah tidak masuk akal," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau pagi ini.
"Pada masa ini, nama Malaysia bagaikan lumpur kepada dunia. Rakyat Malaysia malu mengakui mereka rakyat Malaysia apabila di luar negara.
"Begitulah reputasi Malaysia yang disebabkan oleh 1MDB oleh Najib yang mengalami kerugian berbilion ringgit, pengubahan wang haram dan berbilion ditemui dalam akaun perbadinya.
"Lebih buruk lagi adalah hakikat bahawa beliau masih perdana menteri Malaysia. Di Brazil dan Korea Selatan, syak wasangka rasuah telah menyebabkan penggantungan dan penangkapan.
"Tetapi di Malaysia, Najib selamat dan boleh beritahu rakyat Malaysia menjadi jujur dan menuntut dunia menghormati negara rasuah ini," katanya.
Najib telah berulang kali menafikan salah laku dalam skandal 1MDB dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali telah menjernihkan keadaan tahun lepas.

Pelaku rasuah tidak layak berada di mana-mana kementerian - Siti Mariah

Dr Siti MariahDr Siti Mariah
Tindakan menukar pelaku rasuah ke kementerian lain tidak menjamin terhentinya gejala rasuah, tegas Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud.
Beliau berkata, pelaku rasuah tidak layak berada di mana-mana kementerian sebaliknya harus dipenjarakan.
Menurut beliau, tambah bahaya jika rasuah dilakukan dalam Kementerian Pertahanan yang mempunyai akses kepada keselamatan dan kedaulatan negara.
"Sewajarnya, jika golongan yang terlibat dengan rasuah ini adalah dari Kementerian Pertahahan, hukuman lebih keras patut dijatuhkan terhadap pesalah tersebut kerana mereka terlibat dengan pelbagai perkara sulit dan penting berhubung kepentingan strategik negara.
"Bayangkan, jika mereka terlibat dengan rasuah untuk pertukaran dokumen sulit negara, tidakkah kedaulatan negara secara terbuka akan terjejas dan dimanipulasi oleh kuasa-kuasa asing yang berkepentingan.
"Jika sekadar ditukar kementerian sahaja, apakah jaminan mereka tidak akan mengulang semula jenayah rasuah tersebut?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Siti Mariah berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu warga kementeriannya yang didapati bersalah melakukan rasuah ditukar kementerian.

Exco Johor didakwa dengan 33 pertuduhan libatkan RM30 juta

Abdul Latif Bandi kini bercuti panjang selepas penahanan beliau bulan lalu.
Abdul-Latif-Bandi_law_600
Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 33 pertuduhan bersubahat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.
Latif, yang mempengerusikan Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu, 2 minggu selepas anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25 dan pegawai khasnya Muhammad Idzuan Jamalludin ditahan.
Mereka disiasat dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.
SPRM sebelum ini menyita 45 akaun bank berjumlah RM15.5 juta, di samping merampas 26 kenderaan dan motosikal mewah serta dokumen.
Turut didakwa hari ini ialah Amir Sharifuddin Abdul Raub.
Latif didakwa bersubahat dengan Amir yang menjadi orang tengah untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic di Pulai.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 28(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM2 juta seorang, dan memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport.

UMNO AKAN TERUS DISERANG SELAGI NAJIB PERDANA MENTERI, SIAPA PENERIMA WANG SRC SEBANYAK RM23,520,010?

Foto Rafizi Ramli. Saya agak tercuit dan geli hati melihat bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak menyeru supaya “tentera maya” Umno berusaha dari berfikiran “bertahan” (defensive) kepada bersifat “menyerang” (attack mode).
Ucapan beliau kepada tentera maya Umno itu menjadi tular termasuklah ucapan “saya tak takut datang dari siapa: datang dari Mahathir ke, Kit Siang ke, Rafizi ke”) yang disambut dengan laungan dari tentera maya Umno yang hadir (rujuk video yang disertakan). Malah, Dato’ Seri Najib menggunakan laungan “lawan tetap lawan” untuk memberi semangat kepada tentera maya Umno.
Saya geli hati kerana Dato’ Seri Najib mungkin menarik nafas lega apabila pada pandangan beliau parti-parti pembangkang sering berbeza pendapat dan itu memberi kelebihan kepada Umno/Barisan Nasional.
Namun, beliau lupa bahawa majoriti rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, selagi Dato’ Seri Najib menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, Umno akan terus diserang dan akan secara berterusan berada di dalam “defensive mode”.
Ini berpunca dari beberapa skandal besar yang masih belum diselesaikan sehingga kini yang turut mengheret nama beliau.
Apabila saya membuat akuan bersumpah mengenai aliran dana dari SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang akhirnya sampai kepada Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa, saya ingin membawa tumpuan kembali kepada siasatan terhadap Dato’ Seri Najib.
Pada 5 Mac 2016, Sarawak Report memuatnaik satu laporan bertajuk “Matching Sums of $170m Left SRC And Arrived In Najib’s Account” (http://www.sarawakreport.org/…/170m-went-out-of-1mdb-and-1…/)
Laporan itu (dan laporan-laporan lain) memaparkan satu helaian kertas yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Affandi Ali mengenai aliran dana dari akaun SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun beberapa syarikat yang kemudiannya sampai ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib di Ambank.

Dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib bernombor 2112022011906, sejumlah RM23,520,010 telah dibayar kepada 17 penerima seperti yang ditunjukkan di dalam helaian rasmi yang dirujuk oleh Peguam Negara itu.

Sekarang baru Dr M tahu susah jadi pembangkang sembang PAS

PAS membalas tuduhan Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan parti itu 'malapetaka' dan hanya merosakkan perpaduan Melayu.
idris-mahathirPAS menyerang balik Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu mendakwa parti Islam itu hanya wujud untuk memecah belahkan orang Melayu.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mempersoalkan mengapa Dr Mahathir “terlalu berdendam” dengan parti itu.
“Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.
“Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia,” katanya.
Dr Mahahir yang kini mempengerusikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam menyifatkan PAS sebagai “malapetaka” terhadap perpaduan Melayu.
Katanya, keputusan PAS untuk bertanding sendiri di luar kerjasama parti pembangkang lain hanya bertujuan membantu Barisan Nasional dengan cara memecahkan undi pembangkang.
“Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (Umno). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah,” katanya dalam penulisan blog semalam.
“Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.”
Idris sebaliknya berkata Dr Mahathir yang memecah belahkan orang Melayu sepanjang pemerintahannya.
“Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?

HARGA RON95 PATUT KEKAL PADA RM2.24 SELITER, APA SUDAH JADI DENGAN WANG RM1.6 BILION PENDAPATAN LUAR JANGKA

Foto Rafizi Ramli. Saya sertakan laporan harga minyak mentah Brent mengikut laporan Bloomberg bagi tempoh seminggu sehingga hari ini:
Menggunakan semua data-data harga minyak mentah dan kadar tukaran wang asing berbanding dengan harga minyak mentah Brent, saya telah mengusahakan satu model matematik yang boleh meramalkan harga RON95 dengan berpandukan harga minyak mentah Brent (tanpa perlu menyemak harga MOPS95 yang diterbitkan Platts kerana laporan itu mahal dan tidak boleh disemak orang ramai).
Harga bagi minggu lepas adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:
11-Apr
Harga Brent: USD 56.23
Harga RON95: RM2.27 seliter
12-Apr
Harga Brent: USD 55.86
Harga RON95: RM 2.25 seliter
13-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: RM 2.25 seliter
14-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: 2.25 seliter
15-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: RM 2.25 seliter
16-Apr
Harga Brent: USD 55.89
Harga RON95: RM 2.25 seliter
17-Apr
Harga Brent: USD 55.36
Harga RON95: RM 2.23 seliter
18-Apr
Harga Brent: USD 55.26
Harga RON95: RM 2.23 seliter
Purata: RM 2.25 seliter
Harga minggu lepas: RM 2.24 seliter

Oleh yang demikian, harga RON95 yang akan disemak esok sepatutnya dikekalkan pada harga RM2.24 seliter.

Memandangkan harga minyak mentah terus kekal pada paras yang jauh lebih tinggi (iaitu ~USD55 setong) berbanding harga yang digunakan untuk Bajet 2017 (iaitu USD45 setong), saya mengunjurkan Kerajaan Persekutuan telah mengumpul RM1.6 bilion pendapatan luar jangka dari kenaikan harga minyak mentah ini.
Oleh yang demikian, saya mengulangi desakan saya supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak membentangkan bagaimana jumlah ini diagihkan secepat mungkin untuk mengelakkan ia digunakan bagi perbelanjaan yang membazir dan tidak menguntungkan rakyat.
Saya mengutuk perangai beliau yang berterusan berdiam diri mengenai perkara ini sedangkan harga minyak RON95, RON97 dan diesel terus kekal pada harga yang tinggi dan membebankan rakyat.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

PAS miskin tetapi pemimpin berkereta mewah

Pemimpin Amanah itu berkata barisan kereta mewah dan pacuan 4 roda kini sesuatu yang biasa dilihat pada perhimpunan PAS, menyerupai pameran kereta.
raja-kamarul-bahrin-pasSeorang bekas ahli Parlimen PAS berkata terdapat pemimpin parti PAS bermewah-mewah dengan kereta mahal sedangkan ahli akar umbi tidak mempunyai dana cukup untuk menguruskan cawangan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.
“Tetapi keadaan orang atasan tidak seperti itu. Mereka ada wang. Bila PAS berhimpun, tengok sahaja barisan kereta mewah dan pacuan 4 roda. Kereta import dipamerkan seolah pameran kereta.
“PAS hari ini bukan seperti PAS dulu,” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin, kepada FMT.
Raja Bahrin yang kini sebahagian Amanah, mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang menolak saranan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini yang mahu pimpinan parti Islam itu menyiasat sama ada ia menerima dana 1MDB.
Rafizi pada 13 April mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, pernah menerima sebahagian wang berkait 1MDB yang sebelum ini didakwa mengalir masuk ke dalam akaun perbadi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
“PAS perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” kata Rafizi. Nasharudin menafikan tuduhan itu dan menganggapnya fitnah.
Susulan itu, Idris berkata PAS tidak pernah menerima wang 1MDB, menyifatkan parti itu kesempitan wang.
“Kita pun ‘sengkek’ (tiada wang) hingga bil elektrik hampir dipotong, kalau ada duit kita tak jadi begitu,” beliau memberitahu FMT.
Raja Bahrin berkata sekiranya benar PAS sukar menjelaskan bil elektrik, pemimpin parti itu boleh membuat pengorbanan dengan menjual salah sebuah kereta mewah mereka
“Pemimpin juga perlulah menyumbang sama. Mereka menunjuk-nunjuk kemewahan secara terbuka. Itu bukan lagi rahsia.”

Politik, faktor bukan ekonomi terus jejaskan ringgit

BERSEDIA menerima hakikat kos perjalanan ke luar negara, pendidikan anak di Amerika Syarikat dan Australia serta kos sara hidup di sini kekal tinggi, amaran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), susulan ringgit akan kekal lemah untuk seketika.
Institut penyelidikan itu berkata pertelingkahan tanpa henti antara parti politik dan spekulasi pilihan raya umum akan diadakan tahun ini terus menekan kadar pertukaran ringgit kepada dolar AS dan mata wang serantau lain seperti baht Thai.
MIER berkata unsur itu mempengaruhi sentimen pelabur dan spekulator terhadap ringgit, sambil menambah kadar pertukaran yang rendah dijangka berlarutan.
Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid berkata sentimen pelabur dan spekulator mata wang adalah antara faktor bukan ekonomi yang akan terus memberi kesan besar ke atas ringgit.
Pada masa lalu, ahli ekonomi lain menyatakan kadar susut pertukaran nilai ringgit kepada dolar AS secara langsung dan tidak langsung menyebabkan harga makanan naik kerana peningkatan kos mengimport bahan mentah.
Laporan sebelum ini mengaitkan kadar pertukaran ringgit yang menjunam disebabkan penurunan harga minyak mentah. Ringgit jatuh daripada paras tertinggi RM3.16 bagi setiap dolar AS pada Ogos 2014 kepada paras serendah RM4.40 pada November tahun lalu, menurut laporan suku pertama 2017 MIER.
"Terdapat susut nilai dan jurang besar antara mata wang lain berbanding ringgit. Ini disebabkan gabungan faktor, ekonomi dan bukan ekonomi. Kami tidak tahu mana lebih kuat tetapi kita boleh menekanya.
"Apabila ringgit bergerak daripada nilai mata wang lain di rantau ini, kita boleh mengatakan ia disebabkan faktor bukan ekonomi," kata Zakariah pada taklimat mengenai laporan MIER di Kuala Lumpur pada 18 April.
Analisis MIER menunjukkan kejatuhan nilai ringgit kepada dolar AS lebih kurang pada kadar sama seperti baht Thai, dolar Singapura dan yuan China sehingga Mei 2015. Pada Jun, ia mula jatuh lebih rendah kepada dolar AS berbanding ketiga-tiga mata wang lain itu.
Laporan MIER menunjukkan prestasi ringgit berbanding dolar AS kini lebih teruk daripada baht Thai dengan AS. Walaupun hakikatnya ekonomi Malaysia mencatat prestasi lebih baik iaitu 4.2% pada 2016, berbanding negara jiran Thailand yang hanya meningkat 3.2%.
"Faktor bukan ekonomi mempengaruhi perasaan dan sentimen ke atas ekonomi. Boleh dikatakan ekonomi kukuh dan berdaya tahan tetapi pemain pasaran mungkin berfikir sebaliknya. Saya hanya melihat faktor ekonomi tetapi terdapat faktor bukan ekonomi.

Ringgit jatuh, ramai angkat kaki

Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang perlahan dan nilai ringgit lemah menyebabkan semakin ramai golongan bijak pandai berhijrah ke luar negara termasuk Singapura.
Profesor Fakulti Ekonomi Universiti Reitaku, Dr Lau Sim Yee berkata, kebanyakan golongan terbabit turut memperolehi kerakyatan Singapura ekoran kepakaran dimiliki.

ringgit“Ramai bijak pandai di Singapura adalah orang Malaysia dan mereka ini mendapat kerakyatan Singapura. Adakah mereka ini ingin kembali ke Malaysia untuk berkhidmat di sini?
“Tidak, mereka tidak mahu balik kerana nilai ringgit Malaysia semakin jatuh dan tidak bernilai berbanding dolar Singapura yang mencecah RM3 untuk setiap dolar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program wacana bertajuk ‘How Malaysia Needs to Move up the Technological Level from Macro Views: An Advantage from Malaysia-Japan Relationship’ di bangunan IDE, di sini, semalam.
Katanya, selain peluang kerja terhad, Malaysia juga turut menawarkan gaji rendah berbanding pasaran pekerjaan di Singapura.
Sementara itu, ketika menyentuh perkembangan politik negara, Sim Yee berkata, parti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijangka berhadapan kesukaran memahami kehendak pengundi di luar bandar.
“Sukar untuk memahami pengundi luar bandar. Adakah mereka tidak membaca surat khabar? Tentulah mereka juga membaca surat khabar.
“Adakah dengan memberi wang RM500, mereka akan memberikan sokongan, pun tidak juga,” katanya.

Bangsa Malaysia: UMNO akhirnya akur dasar perkauman tidak lagi relevan

SUBANG JAYA, 18 APR: Menteri UMNO, Khairy Jamaluddin akhirnya terpaksa akur bahawa dasar perkauman kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak lagi relevan khususnya buat golongan belia negara ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Ia katanya dapat dilihat daripada kenyataan Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan seperi dilaporkan Bernama semalam mengatakan bahawa belia negara ini mahu dilihat dengan identiti Bangsa Malaysia.
Khairy juga dipetik berkata, berdasarkan lebih daripada 20 siri dialog yang diadakan tentang Transformasi Nasional 2050 (TN50), beliau mendapati belia Malaysia mahu ‘tembok’ yang memisahkan kaum-kaum di negara ini dimusnahkan.
“Saya amat teruja membaca laporan Bernama yang memetik kenyataan Khairi yang berkata belia Malaysia mahu dikenali sebagai ‘Bangsa Malaysia’ dalam tempoh 30 tahun akan datang.
“Kenyataan Khairy Jamaluddin sangat signifikan. Pengakuan seorang menteri UMNO akhirnya bahawa dasar perkauman kerajaan BN tidak relevan dan terpisah daripada aspirasi golongan belia Malaysia.
“Malaysian Malaysia adalah masa depan negara kita selayaknya,” katanya yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama, Hannah yang juga Naib Ketua Wanita DAP turut mengimbau cabaran dan tentangan yang terpaksa dihadapinya dan suami sewaktu mahu mendaftarkan identiti anak sulung mereka enam tahun lalu sebagai ‘Bangsa Malaysia’
“Ketika itu, usaha kami dicemuh BN dengan pelbagai dakwaan kononnya mahu meminggirkan kaum India, penghapusan etnik dan banyak lagi dakwaan liar,” ujar Hannah.
Menurut Hannah, beliau berkeyakinan kenyataan Khairy itu bukanlah retorik semata-mata menjelang pilihan raya tetapi pengakuan bahawa sebarang bentuk perkauman perlu dihentikan bermula dari pihak tertinggi di Putrajaya.