Selasa, 18 April 2017

Inilah Malaysiaku..

Pemimpin negara No.1 Negara..

TERIMA DERMA.. RM2.6 bilion #1MDB
BAGI DERMA.. RM23.5 juta #SRC

Pemakan dedak & walaun dapat apa ??!

PRU14: Beri Undi Kepada Umno@BN Untuk GST 6%..!!!


DAHULU... menjelang #PRU13

"BN perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)" - Najib (25/12/2012)


KINI... menjelang #PRU14

"Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)" - Najib (55/4/2017)


MASIH INGAT NAJIB KATA..

“TUHAN AKAN LAKNAT KITA JIKA KITA MENIPU RAKYAT,” - PM Najib Razak, 14/10/2012


Inilah janji2 mereka hasil kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.. Makin dikutip GST semakin byk subsidi rakyat dihapuskan. Pemimpin2 UMNO bertambah hidup mewah senang dgn pelbagai elaun mereka perolehi..

Kemaruk projek tambak laut


Antara isu yang dibangkitkan dalam debat pusingan akhir pemilihan datuk bandar Jakarta minggu lalu adalah projek tambak laut di pesisir Jakarta Utara. Projek itu antara projek mega yang diteruskan bawah datuk bandar Basuki Cahya Purnama.
Di Indonesia, Basuki lebih dikenali dengan panggilan Ahok.
Dia menjadi datuk bandar secara tidak langsung apabila mengambil alih daripada Jokowi yang menang dan diangkat sebagai presiden tiga tahun lalu. Sebelum itu, Ahok adalah timbalan dan Jokowi adalah datuk bandar.
Ada beberapa pihak yang cuba mengaitkan Ahok yang dikatakan ada kepentingan langsung dan tidak langsung dengan projek tambak laut itu. Maknanya, ada kecenderungan pelakuan korupsi atau rundingan gelap walaupun ia sukar dibuktikan dengan jelas.
Lebih dari itu, bantahan juga kuat datangnya daripada penduduk kampung pesisir laut di kawasan terlibat. Protes muncul di kalangan nelayan yang terjejas mata pencarian. Lama kelamaan, para nelayan dan keluarga mereka juga dikatakan akan tersisih terus daripada kawasan penempatan asal.
Sama ada Ahok kalah atau menang, nasibnya akan ditentukan minggu ini. Dia dan calon timbalannya, Djarot Saiful Hidayat terpaksa melalui pusingan kedua pemilihan. Maknanya, mereka tidak mendapat laluan mudah dalam satu pusingan sahaja untuk berdepan dengan pasangan Anes Baswedan dan Sandiaga Uno.
Kritikan keras juga dihalakan ke arah Ahok yang mengusur banyak kawasan setinggan. Penduduk miskin walaupun dikatakan diberikan rumah flat, tetapi kawasan asal mereka diberikan pula kepada syarikat besar untuk membangunkan projek mega seperti kondominium mewah. Kemudiannya projek itu dijual kepada warga asing, termasuk banyaknya dari China.
Itu urusan di Jakarta dan serba sedikit cerita mengenai dasar Ahok yang pro syarikat besar selain projek tambak laut.
Di Malaysia beberapa projek tambak laut juga mula dijalankan secara besar-besaran. Ketika Umno Pulau Pinang membantah projek tambak laut di negeri itu, tetapi pemimpin parti itu tetap diam membisu bahkan terlibat meluluskan projek seumpama yang jauh lebih besar seperti di Johor dan Melaka.
Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini bercadang membangunkan tiga pulau buatan yang dikatakan meliputi keseluruhan kawasan seluas 1,100 ekar.
Sebelum ini, projek seperti Forest City di Johor Bahru mendapat perhatian apabila dikatakan akan menjadi wilayah di mana lebih 90 peratus pemilik kediaman adalah warga asing, khususnya dari China. Projek itu jauh lebih besar berbanding apa yang dilaksanakan di Pulau Pinang, yakni melebihi 1,380 hektar.
Dalam riuh-rendah projek Forest City, ramai mungkin tak sedar bahawa ada satu lagi projek yang sebenarnya telah dirancang agak lama di Melaka. Projek berkenaan dikenali sebagai Melaka Gateway—juga projek pembangunan bercampur yang bakal memiliki apartmen atau kediaman mewah, bangunan komersial, hotel, pusat pelancongan dan sebagainya.
Siapa pembeli?
Tentulah timbul persoalan sama, siapakah yang akan membeli dan memiliki semua hartanah di atasnya kelak?
Mungkin masuk akal apabila Jakarta terpaksa membuat penambakan laut apabila jumlah populasi kota raya itu melebihi 10 juta orang, atau bersamaan satu pertiga daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Sukar pula untuk kita memikirkan untuk siapakah Melaka Gateway itu dibina apabila penduduk Melaka keseluruhannya tidak sampai 850,000 orang? Samalah keadaannya di Johor yang mempunyai wilayah lebih luas tetapi populasi sekitar 3.5 juta atau kira-kira separuh daripada penduduk Lembah Klang.

Mahkamah arah Razman bayar kos tangguh bicara saman Nizar


nizar-razmannizar-razman
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria hari ini memohon perbicaraan kes saman yang dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk seri Ir Nizar Jamaluddin ditangguhkan.
Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini telah menetapkan hari ini dan esok sebagai hari perbicaraan saman tersebut.
Penangguhan tersebut dibuat kerana Razman memfailkan Permohonan Pihak Ketiga bagi mengheret pihak akhbar Sinar Harian yang melaporkan kenyataan fitnah Razman tersebut di dalam prosiding.
"Walaupun permohonan itu melibatkan defendan dan Sinar Harian, saya sebagai peguam plaintif (Nizar) telah menyatakan bantahan di hadapan Puan Hakim sebentar tadi terhadap permohonan defendan tersebut yang telah difailkan terlalu lewat.
Mohd Fitri AsmuniMohd Fitri Asmuni"Sedangkan perbicaraan telah pun ditetapkan dan mereka boleh memfailkannya dengan lebih awal," kata peguam plaintif, Mohd Fitri Asmuni ketika ditemui.
Menurutnya, hal ini telah memprejudiskan Mohammad Nizar selaku plaintif dalam kes ini yang terpaksa menunggu lebih lama untuk kes ini diselesaikan sejak ianya difailkan pada Ogos, 2015.
Jelas Fitri, Puan Hakim yang ditemui di dalam Kamar Hakim turut mempersoalkan tindakan defendan tersebut.
"Puan Hakim memaklumkan bahawa beliau memang mahu bicara dijalankan pada hari ini dan esok, tetapi terkejut bila pagi tadi peguam defendan tiba-tiba memohon penangguhan.
"Akan tetapi, penangguhan terpaksa juga dibenarkan oleh mahkamah walaupun mahkamah mahu kes ini dibicarakan pada hari ini untuk memberi ruang kepada permohonan defendan tersebut," katanya.
Ujarnya, beliau sendiri telah meminta anak guamnya hadir ke mahkamah pagi tadi dan bersedia sekiranya mahkamah mahu bicara diteruskan.
"Tetapi oleh kerana kes terpaksa ditangguhkan, maka saya telah memohon suatu kos diberikan kepada plaintif akibat dari penangguhan yang tidak wajar itu.
"Mahkamah membenarkan permohonan saya dan memerintahkan Razman membayar kos sebanyak RM500 kepada plaintif untuk hari ini," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam plaintif telah meminta mahkamah mengarahkan Razman membayar kos sebanyak RM8,000 pada hari ini.
"Kos RM8,000 tersebut adalah berkaitan dengan permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman," katanya.
Menurut Fitri juga, Razman telah kalah dalam kedua-dua permohonan tersebut dan mahkamah telah memerintahkan Razman membayar kos masing-masing sebanyak RM5,000 dan RM3,000 kepada plaintif.

Mujahid jamin bai'ah cerai isteri tidak akan wujud dalam Amanah

Mujahid menjawab soalan hadirin dalam program bicara santai di Dun Bunut Payong, Kelantan hari iniMujahid menjawab soalan hadirin dalam program bicara santai di Dun Bunut Payong, Kelantan hari ini
Menganggap bai'ah cerai isteri tidak bertepatan kehendak Islam, Amanah akan pastikan perkara berkenaan tidak akan berlaku dalam parti itu.
"Kalau ada cadangan untuk adakan benda ini dalam Amanah, sayalah yang pertama akan menentang sekeras-kerasnya," kata naib presiden Amanah Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Mujahid memberitahu demikian ketika menjawab soalan di majlis santai di kompleks markas pilihan raya Dun Bunut Payong pagi tadi.
"Bai'ah seperti ini memang bercanggah dengan maqasid syariah berkenaan pembentukan rumah tangga dalam Islam.
"Fekah Islam memberi ruang seluas-luasnya untuk mengelakkan perceraian bukannya secara suka-suka meruntuhkan rumahtangga.
"Kalau bersumpah pun ada cara batalkannya," katanya dalam program yang disiarkan secara langsung melalui laman facebook Pemuda Amanah Kelantan.
Beliau berkata, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, walaupun bai'ah itu dibuat dalam pengetahuannya jelas mengambil sikap berbeza kemudiannya.
"Beliau pernah kata 'tiada dalam fikiran saya' bila ditanya tentang bai'ah ini.
"Ini menunjukkan arwah sendiri menganggap perkara ini hanyalah keperluan kritikal bagi pertahankan kerajaan yang hanya tinggal satu kerusi dan bukannya alat untuk runtuhkan rumah tangga orang," katanya.

Bersatu cari calon muda, mampu tawan hati orang kampung


Bersatu cari calon muda, mampu tawan hati orang kampung
DIKEHENDAKI: Wajah baharu dengan kelayakan akademik cemerlang dan percaya terhadap pembaharuan Malaysia. Dan syarat lain – calon lelaki dan wanita ini perlu selesa berbual dengan penduduk kampung.
Mereka perlu mampu menyesuaikan diri dengan orang biasa serta tidak bersikap memilih untuk menghadiri majlis perkahwinan, pengebumian dan majlis lain di kampung.
Mungkin daripada semua kualiti di atas, kemampuan menyesuaikan diri adalah perkara paling diperlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada calon yang dipersiapkan untuk membuat kemunculan sulung pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini kerana Bersatu akan menghadapi Umno, yang sejak Merdeka, menawan hati dan minda orang Melayu luar bandar.
Dalam usaha menewaskan Umno, calon Bersatu itu bukan sahaja perlu mampu mendekatkan diri dengan orang kampung tetapi juga menawarkan wawasan yang progresif, adil dan inklusif bagi negara yang mahu dibina oleh parti itu, kata ahli Majlis Tertinggi.
Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Insight, kemampuan berinteraksi adalah paling penting memandangkan Bersatu mencadangkan kepada sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) yang ia akan menerajui kempen di Johor, Kedah dan Perak, negeri yang kini dikuasi Barisan Nasional (BN).
Pelan ini memerlukan Bersatu bertanding di sejumlah besar kerusi di tiga negeri dengan tujuan menggantikan Umno sebagai parti pilihan orang Melayu luar bandar dan membentuk kerajaan negeri dengan rakan PKR, DAP dan Amanah.
Satu lagi karakter perkara penting yang Bersatu pertimbangkan apabila memilih calon adalah pengalaman politik atau kerajaan. Tetapi ini tidak bermakna veteran Umno atau orang lain yang mempunyai pengalaman politik akan mengatasi pendatang baru, kata pemimpin Majlis Tertinggi Dr Rais Hussin.
"Kemahiran, pengetahuan dan kebolehan adalah paling utama. Pengalaman dalam politik dan kerajaan juga penting. Kami perlu menawarkan harapan kepada rakyat yang kita membawa satu jenama baru politik, jadi kita juga akan meletakkan ramai muka baru," kata Rais memberitahu The Malaysian Insight.
Tindakan parti itu yang masih berselindung dalam mengenal pasti calon berpotensi, membawa kepada kritikan yang ia akhirnya hanya akan meletakkan bekas ahli politik Umno pada pemilihan akan datang.
Parti yang diketuai Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin itu mungkin akan meletakkan ramai ahli Majlis Tertinggi termasuk Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak Dr Shahruddin Md Salleh, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya  Abdul Rashid Abdul Rahman, Akramshah Sanusi serta Tareq Ismail Mustafa yang juga ahli Majlis Tertinggi.
Muhyiddin, Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden Hamidah Osman dijangka mengetuai kempen di Johor, Kedah dan Perak.
Rais berkata parti itu masih belum membuat keputusan mengenai senarai calon yang berpotensi untuk pilihan raya umum akan datang.
"Keutamaan kami sekarang adalah membina cawangan dan bahagian di semua negeri dan melatih orang kami," kata Rais, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan pemikir parti.
"Tetapi kami sedang mencari untuk meletakkan ramai pemimpin muda yang mempunyai kedua-dua ciri iaitu kemahiran dan semangat. Kami mahu mereka percaya terhadap prinsip teras kami – reformasi, keadilan, inklusif, progresif dan sederhana."

Malapetaka kalau BN tawan P Pinang, kata Guan Eng

Ketua menteri meramalkan Pulau Pinang lebih kotor, botak dan kering jika BN kembali berkuasa.
lim-guan-eng_penang_bn_600new_600
GEORGE TOWN: Malapetaka akan menimpa Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa di negeri itu, kata Ketua Menteri Lim Gua Eng.
Bercakap kepada pemberita, Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja dianggotai DAP tetapi keseluruhan Pakatan Harapan.
Ini bermakna, jika DAP tumbang, keseluruhan pakatan pembangkang akan tumbang, katanya.
“Kalau Pulau Pinang berada di bawah BN, yang bersih akan jadi kotor, yang hijau akan jadi botak, air yang mencukupi untuk semua jadi catu air.
“Pembalakan akan berlaku; hutan simpan kekal akan dibersihkan,” katanya, dan menambah kerajaan sedia ada tidak sentuh “seinci” hutan simpan Pulau Pinang.
“Tak perlu tengok jauh, tengok sahaja Kedah. Mereka terpaksa mencatu air. Kalau BN kembali memerintah Pulau Pinang, malapetaka akan menimpa kita,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar hari ini.
Guan Eng menjawab pandangan pensyarah kanan Sekolah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah.
Pandangan itu, bertajuk “DAP boleh tumbang di Pulau Pinang” disiarkan Berita Harian hari ini.
Iskandar meramalkan pengaruh DAP susut 15%-35% akibat isu seperti orang ditembak di tengah jalan, banjir kilat, kos hidup yang tinggi dan sentimen orang Melayu terhadap parti itu.
Iskandar berkata pandangan itu peringatan yang tepat kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk merenung apa yang akan berlaku sekiranya BN kembali memerintah.
Katanya, semua usaha kerajaan Pakatan Harapan sedia ada akan diterbalikkan.

KERETAKAN KIAN NYATA, ZAHID HAMIDI DAH MULA MAIN SINDIR-SINDIR DAN PERLI

Keretakan hubungan Najib Razak dengan Zahid Hamidi barangkali tidak boleh disembunyikan lagi dan perlantikan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini hanya menambah-burukkan lagi keadaan yang ada.

Meskipun Najib cuba meredakan mendung yang ada dengan mengatakan perlantikan Hishammuddin adalah atas saranan Zahid sendiri, nampaknya tiada apa-apa yang berubah selepas itu.

Selain kenyataan Najib itu langsung tidak disambut oleh Zahid, sebaliknya dalam dua hari kebelakangan ini beliau sudah mula main sindir-sindir dan perli terhadap Perdana Menteri dan sepupunya, Hishammuddin yang digembar-gemburkan sebagai bakal pengganti itu.

Semalam, ketika melancarkan buku tulisan Alies Anor Abdul, Zahid berkata, penasihat kepada pemimpin negara harus berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain.

Ini kerana, katanya,  mereka memainkan peranan penting dalam membantu pemimpin dalam mentadbir negara dengan lebih cemerlang.
"Penasihat yang baik harus menerima nasihat dari luar. Kalau menggunakan pemikiran yang terlalu jumud dan silo serta merasakan bahawa intelektual egoisme itu ada pada dirinya, tunggulah ketikanya bahawa keruntuhan akan berlaku.

"Ini kerana peranan penasihat ini penting untuk menentukan pola pemikiran seseorang pemerintah. Baik buruknya sesebuah daulah pemerintah adalah disebabkan penasihatnya," ujar Zahid lagi.

Zahid berkata demikian bukan saja seperti menyindir secara halus penasihat-penasihat Najib yang sejak sekian lama banyak dipersalahkan sebagai antara punca banyaknya kecelaruan dalam kepimpinan Najib mengurus negara, bahkan beliau berucap di depan Alies Anor yang merupakan salah seorang penasihat paling kanan kepada Perdana Menteri.

Sindiran Zahid tentang peranan penasihat itu dipercayai turut juga berkaitan dengan perlantikan sepupu Najib, Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

Alies sebelum ini adalah Setiausaha Politik Najib, tetapi kemudian menjadi penasihat paling kanan kepada Perdana Menteri bersama Allahyarham Jamaluddin Jarjis. 

Beliau kini adalah Pengerusi PWTC dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat milik kerajaan, antaranya ialah Bank Rakyat.

Menteri Umno minta agamawan jelaskan penangguhan RUU 355 kepada masyarakat

Penjelasan itu bagi mengelak kekeliruan dan tidak dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab.
Jamil-Khir-Baharom-ruu355KUALA TERENGGANU: Golongan agamawan termasuk guru kelas Al-Quran dan fardu ain (Kafa) serta Imam perlu memberi penerangan tepat kepada masyarakat mengenai penangguhan perbahasan rang undang-undang persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penerangan itu bukan sahaja bagi mengelak kekeliruan malah agar ia tidak dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab yang kemudiannya hanya merugikan ummah.
“Orang Islam kena bangun berjuang bersama-sama, jika ada sedikit perbezaan yang kecil kita perlu bijak menanganinya.
“Jangan bertanya kenapa RUU 355 dibentang oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukannya kerajaan.
“Jangan bertanya dan jangan guna bahasa kesat sesama kita, orang Islam mesti sama-sama memahami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di program Multaqa Murabbi Ummah negeri Terengganu 2017 hari ini.
Pada 6 April lalu, sesi perbahasan RUU 355 ditangguh ke sidang Dewan Rakyat akan datang selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan demikian menggunakan kuasanya sebagai speaker yang tidak tertakluk kepada Peraturan 15 Dewan Rakyat.
“Tak mungkin RUU 355 boleh dibaca hari tersebut kalau pembentangan rang undang-undang kerajaan tidak selesai.
“Pembentangan rang undang-undang kerajaan dihabiskan awal pagi kira-kira jam 4.57 pagi, YB (Yang Berhormat) menunggu dalam dewan sebab dalam peraturan Parlimen rang undang-undang ini perlu dihabiskan dulu.
“Selagi tidak habis, dalam peraturan tidak boleh dibentangkan rang undang-undang persendirian dan waktu itu sudah jam 4.57 pagi (Khamis).

NAJIB TERDESAK DI SABAH TERPAKSA HANTAR HISHAMUDDIN

Hishamuddin Hussein menjelaskan tugas pertamanya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas ialah untuk mengawal keselamatan di Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom). Katanya tugas itu bagi membantu perdana menteri Najib Razak. Najib Razak adalah pengerusi Esscom manakala TPM Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Musa Aman adalah Timbalan Pengerusi bersama lembaga Esszone.
Apa boleh difahamkan, tugas Hishamuddin itu memberi pengertian bahawa Najib kini dalam keadaan terdesak untuk melihat Sabah menjadi negeri simpanan tetap kepada BN bagi memastikan dia kekal sebagai PM. Najib sendiri sudah menyedari bahawa dengan kudrat dan idarat, pengaruh peribadinya dan kapasitinya sebagai PM tidak mampu untuk menyakinkan rakyat Sabah.
Pelantikan Hishamuddin itu juga menunjukkan beliau tidak mempercayai kepada Zahid dan Musa Aman. Peranan Hishamuddin di situ ialah untuk memantau kerja-kerja Zahid dan Musa Aman, tetapi disebaliknya lebih untuk menjadi “mata-mata” kepada Najib.
Semasa saya di Sabah baru-baru ini ada terdengar bahawa Musa dan Zahid tidak mampu untuk menjamin BN menang dalam pilihan raya akan datang. Ada juga yang membuat telahan mereka berdua tidak berasa penting untuk UBN menang di Sabah? Zahid dan Musa dikatakan bersedia untuk memberi laluan kepada pembangkang menguasai Sabah dengan syarat mereka selamat. Saya kurang pasti dan kurang memahami maksud kata-kata itu. Apakah ia sebuah propaganda semata-mata?
Mungkin gara-gara wujud cerita inilah maka Najib kena hantar Hishamuddin membantunya di Sabah?
Sebelum ini Najib dan Zahid sudah beberapa kali turun ke Sabah. Berbagai janji juga ditaburkan kepada rakyat Sabah. Namun semua itu seakan tidak memberi kesan. Nekad rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan BN tidak pernah menjadi lemah walaupun mereka ditawar dengan berbagai tawaran. Kedatangan Najib dan Zahid ke Sabah tidak dapat menenangkan gelombang di Sabah kini. Kocakan laut China Selatan yang dilakukan oleh Shafei Afdal sangat kuat dan memberi impak besar kepada senario politik di Sabah.
Dalam satu kunjungan Najib ke bahagian Utara Sabah beliau disambut dengan laungan, bukan “hidup Najib” tetapi “hidup Shafei”. Kejadian ini katanya memalukan Najib dan bertolak dari peristiwa inilah beliau mengambil tindakan untuk menyerahkan tugas menjaga Sabah kepada Hishamuddin. Apa yang berlaku di bahagian Utara Sabah itu menyebabkan Najib kurang yakin kepada kemampuan Musa Aman sebagai KM dan Zahid sebagai TPM.
Walaupun pada mulanya Kuala Lumpur tidak menjadikan penubuhan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai satu cabaran, ternyata tanggapan itu salah. Tanpa riuh randah dan publisiti meluas, Warisan mendapat perhatian rakyat Sabah. Perjuangan atas semangat Sabah untuk rakyat Sabah membangkit semangat rakyat Sabah. Kebangkitan Warisan ini tidak boleh disembunyikan oleh media kerana ia seakan membunuh diri sendiri.
Sokongan kepada Shafei berlaku kerana simpati rakyat Sabah khasnya di sebelah Utara – Sandakan, Tawau dan Lahad Datu kepadanya. Ia ditambah dengan janji dan nekad Shafei yang ingin membawa Sabah mendapat hak yang lebih banyak lagi seperti mana dijanjikan dalam Perkara 20 yang ditandatangani semasa pernubuhan Malaysia tahun 1963.
Apa menjadi masalah kepada Kuala Lumpur, tuntutan itu bukan sahaja dijadikan isu politik oleh Shafei tetapi ia turut disambut oleh sebahagian besar rakyat Sabah terutamanya Bumiputera bukan Islam dan Cina. Mereka yang tidak bergabung dalam Umno menyokong gagasan berkenaan ini termasuklah dari kalangan mereka berada dalam pembangkang yang bergabung dengan BN seperti PBS.
Suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut yang beragama Kristian menguasai lebih 60% dari jumlah keseluruhan 26.6%, katanya termakan dengan agenda dibawa Shafei. Keadaan menjadi buruk lagi apabila kaum Cina juga ikut sama. Pendirian suku kaum dan puak serta anutan agama di Sabah ini bakal menentukan corak politik Sabah dan kerajaan akan datang.Yang tepu menyokong Umno hanya Bumiputera beragama Islam itu pun bukan semua dimana kira-kira lebih separuh sahaja daripada jumlah keseluruhan beragama Islam 65% menyokong Umno.
Lantaran melihat pergolakan dan situasi itulah ia sangat membimbangkan Najib. Maka satu makensime perlu dicari bagaimana untuk memastikan Umno Sabah kekal memerintah dan beliau dapat menjadi Sabah sebagai kubu pertahanan dalam Piraum akan datang.

RUU355 Alat UMNO Menipu PAS

Jamal serah bukti salah guna kuasa Zuraida pada SPRM

Tiada layanan istimewa untuk Zakir Naik, kata Ketua Polis Negara

Khalid : Peter Chong buang masa, tenaga polis

Debat: 'Jika Mukhriz tak puas hati, boleh rayu pada saya' - KPN

Selepas bongkar kekayaan, Jamal kata Adam Rosly 'budak baik'

Rafizi Ramli : Pendedahan Jumlah Wang SRC Yang Telah Masuk Ke Akaun Najib Razak

Rafizi: Siapakah 17 penerima dana berkaitan SRC?

'Sejak Pas wujud, orang Melayu bukan lagi majoriti'

Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penubuhan Pas telah menyebabkan orang Melayu tidak lagi menjadi golongan majoriti, walaupun Melayu merupakan bangsa majoriti di Malaysia.
Dakwanya lagi,oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan Pas bukan sahaja memecahbelah orang Melayu tetapi juga memecahbelah orang Islam.
Tun Dr Mahathir Mohamad
"Demikianlah dalam usaha Pas untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti Pas.
"Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli Pas yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama," katanya menerusi blog Chedet.cc hari ini.
Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai perkembangan Pas yang menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan meletak calon di dalam kawasan yang Pas tidak mungkin menang dalam pilihan raya umum akan datang, beliau mendakwa 'Pas menyokong Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memecah undi pembangkang'.
"Jadi sejak Pas ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulihkan lagi," dakwanya lagi.

'Kasihan ahli Pas diperkuda pemimpin sendiri'


Ustaz Zolkharnain AbidinUstaz Zolkharnain AbidinPengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin bersimpati dengan nasib ahli Pas di peringkat akar umbi yang berterusan diperalat pemimpin mereka sendiri.
Menurutnya, kehidupan pemimpin Pas pada masa ini berbeza dengan ahli parti itu yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi memperjuangkan Islam acuan Pas.
"Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yang terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. Ketika mereka berjaga malam untuk teruskan 'perjuangan Islam' versi Pas, pemimpin mereka bersenang-lenang dengan ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno.
"Ketika mereka nak 'lawan Umno', pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno," ujarnya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara Mingguan Malaysia keluaran 16 April lalu.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laporan akhbar pro-Umno itu mendakwa kuasa politik orang Melayu terletak pada Pas dan Umno bahkan Pas bukan 'berperang 24 jam' dengan Umno sebaliknya bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat.
Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain menyifatkan Hadi secara jelas berkempen untuk Umno pada ketika Pakatan Harapan berusaha mengajak rakyat memerangi Umno.
"Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi sama rata dari sudut layak untuk diundi oleh rakyat. Ketika PH (Pakatan Harapan) bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno, Hadi merestui Umno untuk dipilih.
"Nampaknya, pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti. Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan untuk membalas jasa Umno dan Najib kepada pemimpin Pas?" soal pendakwah dari Perlis itu.
Beliau berkata, rakyat semakin jelas melihat Abdul Hadi mutakhir ini tidak lagi mengkritik Najib dan Umno.
"Apabila dia (Abdul Hadi) mengajak rakyat untuk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang.
"Ini juga bermakna, Pas masuk pilihan raya bukan untuk menang, tetapi untuk mengganggu PH. Pas cuma pengacau kemaraan PH," tegasnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.
Ustaz Zolkharnain turut berpendapat tindakan Abdul Hadi mengajak orang Melayu memilih Umno bercanggah dengan prinsip Pas selama ini yang menolak perkauman. "Ketika kepercayaan orang Melayu kepada Umno sudah terhakis, Hadi mengajak rakyat memilih Umno. Pelikkan? Orang Umno sendiri keluar Umno, Hadi pula ajak orang ramai pilih Umno atas alasan kepentingan Melayu.
"Hadi sudah jadi pejuang Melayu pula? Bukankah perjuangan Umno suatu masa dulu adalah asabiah Melayu, kini bukan lagi?

BAGAIMANA AGAKNYA JIKA NANYANG DAP YANG PUNYA?

Bersikap pemaaf dan sedia memaafkan memang tindakan terpuji dan itulah yang selalu diajar, ditanam dalam hati serta didendangkan ke telinga kita sejak kecil lagi.

Kemudian kita turut diberitahu, Tuhan pun amat pemaaf dan Nabi Muhammad SAW juga demikian sifat terpujinya.

Lalu, sebagai manusia dan sesama manusia, tidak ada kita sebab kita tidak boleh menjadi pemaaf dan memaafkan orang lain.

Dengan demikian, apabila Hadi Awang mengajak mengajak umat Islam memaafkan akhbar Nanyang Siang Pau kerana menyiarkan kartun monyet baru-baru ini, beliau setidak-tidaknya masih ada sifat terpuji yang diajar Tuhan dan Nabi.
Kenyataan Hadi adalah susulan Kementerian Dalam  Negeri sendiri memaafkan kesalahan akhbar yang menjadi milik MCA itu dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.

"Saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya memaafkan pihak akhbar berkenaan, dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan.

"Semoga dengan tindakan memaafkan ini, kita sama-sama dapat terus komited menyuburkan keharmonian dan sifat saling faham memahami dalam masyarakat," tegas Hadi lagi.

Alhamdulillah....

Cuma, dalam Hadi bersikap begitu pemaaf kepada Nanyang yang menjadi milik MCA, bagaimana agaknya jika akhbar tersebut merupakan milik DAP?

Adakah sikap pemaaf beliau masih sama juga?

Rafizi: Siapakah 17 penerima dana berkaitan SRC dari Najib ?

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan siapa 17 individu yang didakwa menerima dana berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Katanya, dakwaannya itu berdasarkan dokumen yang dipaparkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika beliau ‘membersihkan’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku pada Januari tahun lalu.
“Walaupun pelbagai berita dan siasatan telah dibuat ke atas aliran dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sehingga kini tiada sebarang berita atau laporan mengenai 17 orang yang menerima dana yang berasal dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) ini?
“Siapa yang menerima dana ini? Untuk apa mereka menerima dana ini?
“Kenapa mereka menerima dana dari Najib? Kenapa Najib mengambil wang dari syarikat yang meminjam dari wang pencen rakyat untuk dibayar kepada pihak ketiga?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SRC International dilaporkan meminjam hampir RM4 bilion daripada KWAP.
Berhubung dengan dana SRC International, Mohamed Apandi membersihkan Najib atas alasan bahawa perdana menteri tidak mempunyai pengetahuan bahawa dana itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Menurut peguam negara, tidak ada bukti yang menunjukkan yang Najib memberikan sebarang kelulusan mengarahkan pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadinya.
Berdasarkan carta aliran dana yang ditunjukkan oleh Apandi kepada media, sekurang-kurangnya RM32 juta dana daripada SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Carta itu turut menunjukkan bahawa RM23,520,010 diagihkan kepada 17 penerima.
Najib telah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Rafizi berkata beliau akan memberi tumpuan bagi mendapatkan jawapan berhubung perkara ini.

Dr M makin keras tapi pemimpin lain BERSATU berbeza

Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempertahankan pendirian diplomatik dalam perhubungan mereka dengan PAS.
Ini berlaku walaupun pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad terus lantang terhadap parti itu.
Dalam nada yang berbeza dengan Mahathir, Ketua Penerangan BERSATU Kamaruddin Md Noor berkata parti itu masih terbuka untuk bekerjasama dengan PAS.
“Kita terbuka (kerjasama dengan PAS) . Mengkritik dan dikritik adalah perkara biasa dalam berpolitik.

“Yang pentingnya ialah bagaimana satu-satu keputusan itu membawa kita kepada matlamatnya untuk memberi manfaat kepada parti dan rakyat.

“Dalam hal hubungan BERSATU dengan PAS pada masa ini, analoginya ialah bola kini berada di sebelah gelanggang PAS,” katanya.

Zakir Naik dapat status PR sebelum saya di KDN, kata Zahid

Timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri hari ini mengesahkan pendakwah India itu diberikan status penduduk tetap 5 tahun lalu.
zahid-3
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik diberikan status penduduk tetap di Malaysia.
Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata ia diberikan kira-kira 5 tahun lalu.
“Saya ingin mengesahkan beliau berstatus penduduk tetap di Malaysia, tetapi bukan warganegara.
“Kedudukan itu (diberikan) lebih 5 tahun lalu, ertinya sebelum saya menjadi menteri dalam negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa “Human Ecology 2017” di sini hari ini.
Zahid dilantik menteri dalam negeri pada 2013, menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sebelum ini, kerajaan menafikan Zakir sudah diberikan taraf kerakyatan Malaysia, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada beliau diberikan status penduduk tetap.
Zakir, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 2013, kini berdepan siasatan pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan mempromosikan propaganda pengganas.
Agensi Siasatan Negara India (NIA) baru-baru ini memohon Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Zakir bagi menghalang beliau keluar dari Arab Saudi, selepas berulang kali ingkar memberi kerjasama terhadap siasatan ke atasnya.
Zakir yang mengasaskan badan dakwah Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) kerap berkunjung ke Malaysia dan Indonesia dari Arab Saudi.
Sedia kerjasama dengan India
Sabtu lepas, Zakir dalam satu program dianjurkan kumpulan Perkasa mendakwa beliau akan diseksa jika pulang ke India, sebaliknya berkata pihak berkuasa negara itu perlu menyoal siasat beliau menerusi Skype dan kaedah tele-sidang.

Muktamar PAS 2017 ibarat perlawanan persahabatan - Mohd Amar

Muktamar kali ini dijangkakan membincangkan isu ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR serta persiapan PRU14
nik-pas
Muktamar PAS ke-63 yang bakal berlangsung di Kedah mulai 27 April sehingga 1 Mei ini dianggap lebih tenang berbanding pemilihan 2 tahun lalu, kata naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau menyifatkan saingan yang wujud daripada pemilihan pada Muktamar PAS kali ini sebagai perlawanan persahabatan.
“Kalau dalam perlawanan bola sepak, kita panggil ia perlawanan persahabatan.
“Berbeza pemilihan 2 tahun lepas, apabila berlaku pertembungan antara 2 kelompok berbeza dan suasananya lebih tegang,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Muktamar Dewan Pemuda dan Muslimat akan diadakan di Kompleks PAS Kedah serta di Pusat Pengajian Darul Hadis di Kampung Tok Keling, pada 27 hingga 28 April ini.
Muktamar Dewan Ulama PAS pula bermula 28 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop.
Ahli PAS berpecah
Dua tahun lalu, Muktamar PAS ke-61 menyaksikan pembersihan besar-besaran di mana kumpulan progresif yang menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disingkirkan selepas tidak dipilih perwakilan.
Ia disusuli dengan tindakan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan ahli lain yang kecundang menubuhkan parti pembangkang baharu dikenali sebagai Amanah dan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP.
PAS pula meneruskan perjalanan politiknya dengan membentuk blok ke-3 pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Amar berkata, antara isu yang dijangka hangat dibincangkan pada Muktamar PAS tahun ini ialah tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR serta persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya berharap perjalanan muktamar berlangsung dengan baik dan menghasilkan keputusan bermanfaat untuk masa depan PAS bagi menghadapi PRU14.
“Kita terima kemasukan ramai ahli baharu, bulan ini sahaja 7,000 ahli baharu diluluskan dan bulan lalu seramai 5,000 orang.
“Ini menunjukkan perkembangan pesat PAS dan ia berjaya menarik minat golongan muda menyertai parti ini, kita digambarkan orang muda tidak berminat PAS, tapi kita tengok sebaliknya.”
Hubungan dengan PKR dan PPBM
Menjelaskan hubungan PAS dan PKR, Amar berkata, banyak kawasan mencadangkan memutuskan hubungan dengan PKR, terutamanya di Kelantan.

Nukilan MP PAS Kuala Nerus berbahaya

Seorang pendakwah berpendapat, kenyataan yang dianggap tidak cermat oleh anggota parlimen Kuala Nerus minggu lalu sebagai berbahaya dan boleh mengundang kepada perbuatan melampau jika dilihat dari konteks yang salah.
Menurut Wan Ji Wan Hussin, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbau gerakan pelampau seperti ISIS.
Katanya, ramai ulama dunia ketika ini menganggap kumpulan terbabit sebagai khawarij moden - merujuk kepada gerakan yang hanya menganggap jalur pemikiran mereka saja yang benar dan mesti diterima.
"Anggota parlimen Kuala Nerus tidak wajar mengeluarkan kenyataan berbau ISIS yang dianggap ramai ulama dunia sebagai khawarij moden.
"Kenyataan itu boleh membawa kepada amalan ISIS (jika ditafsir) dengan konteks yang salah," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 11 April lalu Khairuddin membuat catatan di Facebook beliau dengan menukilkan suatu kisah pada zaman Rasulullah SAW.
Beliau yang juga ketua penerangan Dewan Ulama Pusat PAS memberitahu, sekumpulan pemuda meminta izin daripada Nabi Muhammad untuk membunuh seorang lelaki Yahudi Madinah bernama Ka'ab Asyraf.
Kaab dikatakan menghina kemenangan Islam dalam Perang Badar dan nabi memberi isyarat supaya tindakan keras dikenakan ke atas lelaki terbabit.
"Mereka akhirnya berjaya memancung kepala si Yahudi tersebut lalu mereka bertakbir.
"Gema takbir mereka sampai ke Madinah. Tindakan keras itu adalah peringatan kepada Yahudi yang menghina Islam," tulis Khairuddin.

PAS MENYOKONG UMNO & NAJIB DENGAN MEMECAH UNDI PEMBANGKANG


PAS ditubuh oleh ulama UMNO yang kecewa kerana sebab-sebab tertentu. Nama asalnya ialah Pan-Malayan Islamic Party (PMIP).
2. Sejak PMIP sebagai PAS bertanding dalam pilihanraya, parti itu tidak pernah menang besar di peringkat nasional.
3. Apabila bertanding bersendirian pencapaiannya amat rendah. Hanya pada 1959, PRU Pertama, PAS menang 13 kerusi. Pada PRU Kedua 8 kerusi dan Ketiga 11 kerusi.
4. Apabila menjadi komponen dalam BN pada 1974, PAS menang 14 kerusi.
5. Kemudian pada 1978, 1982, 1986, setelah berpisah dari BN dan bertanding bersendirian PAS menang 5, 5, 1 sahaja.
6. Sebaliknya apabila bersama dengan Semangat 46 dan secara tidak langsung dengan DAP, PAS menang 7 kerusi pada 1990, 1995.
7. Hanya apabila bersama PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif pada 1999 barulah PAS dapat kemenangan tertinggi iaitu 27 kerusi.
8. Pencapaian PAS menurun dengan teruk apabila DAP tidak menyertai Barisan Alternatif pada 2004, dengan memenangi hanya 7 kerusi.
9. Kemudian PAS menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR. Prestasi PAS meningkat semula dengan memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.
10. Dari pencapaian PAS selama ia ditubuh, harapan untuk memerintah diperingkat pusat tidak ada sama sekali. Hanya diwaktu menyertai Barisan Nasional sahaja yang PAS menjadi parti kecil dalam kerajaan pusat.
11. Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.
12. Sekarang PAS akan sekali lagi bertanding bersendirian. Mengikut rekod PAS yang tertera di atas, jika PAS bertanding sebanyak 80 kawasan Parlimen, pencapaian mungkin tidak lebih dari 15 kerusi.
13. Kebanyakan dari 80 kawasan ini, PAS tahu PAS akan kalah. Tetapi mengikut adat PAS, di kawasan yang PAS tidak ada harapan langsung pun, PAS akan bertanding.
14. Secara teknikal PAS melawan UMNO BN, selain dari melawan parti-parti lain yang meletak calon.
15. Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (UMNO). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah.
16. Secara langsung PAS berusaha, membelanja wang yang tidak sedikit untuk memberi kemenangan kepada BN dan Dato Sri Najib. Jika dikatakan PAS dibawah pimpinan Hj Hadi menyokong kepimpinan Najib, ia bukanlah keterlaluan. Ia memang benar.
17. Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecahbelah perpaduan Melayu dalam UMNO yang berjaya tumpas Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi.
18. Lebih dari IMP (Independent of Malaya Party) pimpinan Dato Onn, penubuhan PAS sebagai serpihan dari UMNO melemahkan kuasa politik Melayu dan menghalang kemajuan mereka.

PEMIMPIN PAS BILA LAGI?


Selepas membuat akuan bersumpah berkaitan Nasharuddin Mat Isa yang didakwa menerima dana 1MDB daripada Najib Razak dan kemudian membuat laporan kepada SPRM berkaitan dengannya, Rafizi Ramli dengan pantas menyaman pula Raja Petra Kamaruddin atas dakwaan melakukan fitnah kepadanya.
Tindakan Rafizi terhadap penulis blog itu ialah untuk menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menerima dana RM20 juta daripada seorang tauke Cina bernama John Soh atau Soh Chee Wen.
Meskipun menyedari Raja Petra adalah seorang yang muflis dan sekarang menjadi pelarian di luar negara, Rafizi menegaskan, tindakan yang diambilnya bukan bermotifkan wang, tetapi untuk kebenaran.
Sebelum itu, Rafizi turut membuat akuan bersumpah menafikan beliau pernah menerima wang daripada John Soh sebagaimana yang didakwa oleh Raja Petra.
Sebaik Rafizi membuat akuan bersumpah terhadap Nasharuddin dan kemudian timbul pula dakwaan terhadap dirinya, terdengar banyak sosek-sosek di belakang telinga yang mengatakan Naib Presiden PKR itu hanya berani melakukannya kepada orang lain, tetapi berdiam diri apabila terkena batang hidungnya sendiri.
Namun, dengan membuat akuan bersumpah penafian dan disusuli dengan mengambil tindakan undang-undang, Rafizi bukan saja dikira terpuji, malah lengkap dari segi keberanian untuk mempertahankan dirinya.
Hanya dalam tempoh dua tiga hari, beliau berjaya berbuat sesuatu yang cukup wajar untuk membersihkan maruah dirinya.
Tetapi, bagaimana dengan Pas dan pemimpin-pemimpinnya setelah sekian banyak dilemparkan dakwaan menerima wang?
Bila mahu menyaman Sarawak Report?
Bila mahu menyaman Husam Musa?
Bila mahu menyaman Rafizi?
Kalau Rafizi boleh melakukannya dalam tempoh yang singkat kerana yakin 100 peratus kebenaran bersamanya, kenapa Pas perlu mengambil masa yang begitu lama, di sebalik sudah berulangkali menyebut mahu mengambil tindakan saman terhadap mereka yang didakwa memfitnahnya?
Jika betul-betul yakin ianya fitnah, mengapa tidak disegerakan?
Dalam pada itu, jika pun tindakan saman sudah berbulan-bulan tidak juga menjadi kenyataan, mungkin bolehlah juga dinyanyikan kononnya perlu penelitian yang lebih mendalam, sekurang-kurangnya buatlah dahulu akuan bersumpah untuk menafikannya.
Tetapi, mengapa tidak berani juga?
Saman tak berani, akuan sumpah juga takut…apa yang berani dilakukan Pas dan pemimpin mereka untuk membersihkan nama, selain nafi, nafi dan nafi kosong semata-mata?
Hmmmmm…..

APA YANG PENCEROBOH PEJABAT MB KELANTAN INGINI?


Hari ini kita dikejutkan dengan laporan berlaku pencerobohan di pejabat MB Kelantan. Dalam laporan oleh media PB sekejap tadi menyebut antara yang diambil penceroboh ialah dua bentuk cincin zamrud, dan juga wang.
Polis sedang menyiasat kejadian itu. Katanya rakaman CCTV di bangunan menempatkan pejabat MB berkenaan tidak dapat mengecami penceroboh berkenaan. Penceroboh berkenaan saya difahami memakai topi dan bergaya macam James Bond.
Persoalan kini untuk apa pejabat MB diceroboh? Apakah yang dicarinya. Apakah MB Ahmad Yakob ada menyimpan apa-apa dokumen di pejabatnya? Berapa banyak wang yang dikaut? Kita tunggu hasil siasatan pihak polis, dan juga penjelasan umum Ahmad Yakob berhubung kejadian itu sepulang dari luar negara nanti
Khabarnya hari ini beliau tidak ada dalam negeri kerana membawa rombongan seramai 21 orang ke luar negara. Kejadian seumpama ini belum pernah berlaku sebelum ini baik sejak zaman pemerintahan Ishak Lotfi, Mohd Asri Muda, Mohamad Nasir, Mohamad Yakob atau pun Nik Aziz Nik Mat.

Pilih Pas atau Umno: Apa makna kata Hadi?

Datuk  Dr Mujahid Yusuf RawaDatuk Dr Mujahid Yusuf Rawa
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoal dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya orang Melayu hanya mempunyai pilihan sama ada Pas atau Umno pada pilihan raya umum akan datang.
 "(Kata Abdul Hadi) Orang Melayu tidak ada pilihan kalau nak bernaung, sama ada undi Pas atau Umno. Jelas, serupalah saya ceramah malam ini.
"Kita dalam Pakatan Harapan hanya ada empat parti kita sokong. Inilah gabungan parti yang kita seru semua orang sokong.
"Begitulah, kita faham logik mantik ini kalau Presiden Pas kata Melayu hanya ada dua pilihan. Apa maknanya itu?" bidasnya dalam Ceramah Perdana: Selamatkan Kelantan, Selamatkan Malaysia di Machang malam tadi.
Beliau turut menjawab tuduhan bahawa tindakannya keluar dari Pas sebagai mengkhianati perjuangan  almarhum ayahnya, Yusof Rawa yang menjadi Mursyidul Am Pas pada 1987 hingga 1995.
"Saya tidak pernah mengkhianati perjuangan ayahanda saya yang berjuang menjatuhkan Umno-BN," tegas Pengerusi Amanah Pulau Pinang itu.
Mengulas lanjut, Mujahid mengingatkan sebarang usaha atas nama Islam perlu adil dan mengikut tertib sewajarnya seperti terkandung dalam Surah An-Nahl, ayat 90 yang dibaca khatib pada akhir khutbah Jumaat.
"Kena ada tertibnya. Allah memerintahkan kita melakukan keadilan. Syariat itu tertegak atas keadilan dan mesti dilakukan dengan ehsan iaitu membuat sesuatu dengan betul, dan tertib dan prosesnya.
"Ini, asal nak buat Islam boleh belaka. Dari segi piawaian syariat, itu tidak ikut perintah Allah. Apabila kita menyatakan pendirian, ini bukan bermakna kita menentang Islam," jelasnya merujuk kepada polemik Rang Undang-undang (RUU) 355.
Mengimbas kembali sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan pada 6 April lalu, beliau berkata, Ahli Parlimen Marang dilihat mendapat keistimewaan untuk membentangkan RUU bagi meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah itu.
"Apa ihsannya ramai ditanam di jirat Cina dan dikatakan anti Islam? Apakah Islam kita mahu bawa?
"(Tarikh) 5 haribulan kami habis (sidang) Parlimen 5 pagi. Mana ada Parlimen di dunia habis pukul 5 pagi. Esoknya hanya satu saja Rang Undang-undang (iaitu RUU 355).
"Hari akhir (sidang Dewan Rakyat) itu selepas pukul 12 tengah hari, hanya satu saja RUU 355 oleh Marang. Berjaga sampai 5 pagi untuk beri ruang kepada Marang untuk bentang.
"Kenapa Marang dapat istimewa ini? Kami pun mahu belajar bagaimana Marang boleh dapat bentang," sindir Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Sehubungan itu, Mujahid menyifatkan isu RUU 355 adalah umpan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 manakala sebagai ganjaran Pas tidak lagi menentang Umno.

Anak Hadi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Pemuda Pas sah mendapat ketua baru apabila anak kepada presiden parti itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi, disahkan menang tanpa bertanding hari ini.
Malaysiakini yang merujuk kepada  kenyataan dikeluarkan jawatankuasa yang mengendalikan pemilihan kali ini, tiada pencabar kepada Muhammad Khalil.
Setiausaha Lembaga Pemilihannya, Wan Rohimi Bin Wan Daud, berkata selepas tamat tempoh yang ditetapkan, dua jawatan lain dalam Pemuda Pas juga dimenangi tanpa bertanding.
Untuk jawatan timbalan ketua, ia dimenangi Khairil Nizam Khiruddin, manakala jawatan yang Naib pula diisi tokoh dari Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Khairul Nizam sebelum ini ialah Naib Ketua Pemuda, manakala Ahmad Fadhli dilantik sebagai Ketua Penerangan pergerakan itu.
Selepas mesyuarat kawasan berakhir, Khairil Nizam dan Ahmad Fadhli dicalonkan untuk jawatan ketua pemuda namun mereka menarik diri.
Ketua Pemuda sebelum ini, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, tidak mempertahankan jawatan, sebaliknya dinamakan untuk mengisi salah satu tempat anggota Jawatankuasa Pusat Pas.
Sementara itu bagi Dewan Ulama Pusat Pas, semua jawatan pada pegerakan berkenaan - termasuk anggota jawatankuasa - diisi oleh tokoh yang menang tanpa bertanding.

TINDAKAN SAMAN KE ATAS RAJA PETRA KAMARUDDIN, NIK AMAR TERKELIRU SD DALAM KES FITNAH SODOMI TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Saya telah mengarahkan peguam saya, Saudara Saiful Izham Ramli dari Tetuan Saiful Kasri & Co untuk mengeluarkan satu surat tuntutan (“letter of demand”) terhadap Raja Petra Kamaruddin, pengendali laman Malaysia Today yang telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap saya seperti berikut:

“...Rafizi should also come out and tell us about the millions that he, Saifuddin Nasution, Zaid Ibrahim, and many more in PKR received from John Soh Chee Wen. Soh, who is Tun Daim Zainuddin’s business partner, gave Zaid alone RM6 million. Rafizi and Saifuddin received about RM20 million. Anwar Ibrahim got much more than that, as did Dr Wan Azizah Wan Ismail and Nurul Izzah. In fact, Free Malaysia Today got RM12 million as well, just like The Malaysian Insider got RM13 million from Tong Kooi Ong — as Ho Kay Tat, the publisher of The Edge Media Group, revealed..

Tuduhan itu dibuat dalam satu penulisan beliau yang disiarkan pada 7 April 2017 di capaian http://www.malaysia-today.net/bahri-is-rafizis-source-about-1mdbs-money-allegedly-going-to-pas/ yang menuduh saya, (antara lainnya), menerima RM20 juta dari seorang yang bernama John Soh.

Fitnah ini diulang berkali-kali oleh pimpinan dan penyokong PAS sebagai jawapan kepada pendedahan saya mengenai aliran dana dari SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak yang akhirnya sampai kepada Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa.

Arahan ini telah dikeluarkan sejak Jumaat lagi setelah saya mendapat kesahihan status Raja Petra Kamaruddin sebagai seorang yang muflis.

Berdasarkan carian dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, saya telah mengesahkan bahawa Raja Petra Kamaruddin adalah seorang yang muflis sejak tarikh 4 April 2001 lagi (rujuk carian Jabatan Insolvensi yang saya sertakan bersama).

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga menunjukkan satu-satunya syarikat yang beliau mempunyai saham juga telah dibubarkan (“dissolved”) sejak 20 Ogos 2001, iaitu sejurus selepas beliau sendiri diisytiharkan muflis (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi syarikat Raja Petra Holdings Bhd yang disertakan).

Oleh yang demikian, saya sedia maklum bahawa saya mengambil tindakan saman ke atas seorang yang sudah pun muflis. Kalau pun saya menang, saya tidak akan mendapat apa-apa pampasan dari beliau, malah saya terpaksa membayar lagi yuran guaman dalam memfailkan saman tersebut.

Namun, saya merasakan ia telah menjadi keperluan kerana Raja Petra Kamaruddin merasakan dia dilindungi dari sebarang tindakan kerana berada di United Kingdom dan juga seorang yang muflis. Beliau tahu tindakan menyaman beliau adalah membazirkan wang kerana sebagai seorang yang muflis, beliau tiada harta untuk membayar pampasan. Segala wang dan perniagaan beliau di United Kingdom (melalui sebuah restoran yang diusahakan di Manchester) adalah menggunakan nama anak-anak dan isteri beliau (sila rujuk carian dari Companies House yang saya sertakan).

Tetapi saya bukan mahukan wang. Saya mahukan kebenaran.