Isnin, 17 April 2017

SPRM: Jadikan rasuah, salah guna kuasa musuh no 1 negara

Jadikan rasuah dan amalan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara - itu gesaan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Permintaan itu dibuat selepas pegawai tertinggi agensi antirasuah negara itu mengadakan perjumpaan dengan anggota Dewan Negara di parlimen hari ini.
Ia turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri S A Vigneswaran.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata martabat negara boleh jatuh pada mata dunia jika setiap kejadian di negara ini berkaitan rapat dengan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Merujuk kepada pelbagai isu seperti penyalahgunaan dadah, kebolosan warga asing, penyeludupan, ketirisan pendapatan serta hasil negara, masalah persempadanan, keganasan, perjudian dan pelacuran yang makin berleluasa, Dzulkifli berkata, ia wujud kerana adanya amalan rasuah serta salah guna kuasa.
"Salah satu sebab mengapa isu rasuah dan salah guna kuasa terus wujud adalah kerana agensi-agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka," katanya.
Justeru, Dzulkifli berkata, kerajaan perlu mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh paling utama negara.
Katanya, keberanian dan sokongan anggota Dewan Negara diperlukan untuk bersama-sama SPRM menggesa matlamat itu tercapai.
"Sudah tiba masanya bagi semua pihak bersama-sama menyatakan sokongan bahawa isu rasuah dan salah guna kuasa adalah isu nasional yang perlu ditangani bersama," katanya melalui kenyataan media dikeluarkan SPRM hari ini.

‘Felda tiada masalah’ hanya retorik politik Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 17 APR: Alasan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad baru-baru ini kononnya agensi tersebut tidak tenat kerana memiliki aset bernilai RM22 bilion dan disenaraikan dalam bursa saham menimbulkan persoalan.
Menurut Pakatan Harapan, nilai aset yang terlalu banyak tetapi mempunyai aliran tunai yang buruk hanya membuktikan FELDA bermasalah tambahan pula apabila melibatkan peneroka yang berpendapatan kecil dan sederhana.
Justeru, alasan Shahrir kononnya FELDA tidak bermasalah sekadar mengaburi mata rakyat dan meraih sokongan politik sahaja.
“Penjualan semula saham Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jelas membuktikan bahawa nilai saham syarikat Felda semakin terjejas, apatah lagi selepas KWSP mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta setelah menjual saham-saham miliknya dalam FGV pada bulan Ogos yang lalu.
“Sekiranya Shahrir mahu menjual aset-aset mewah di UK, ianya satu langkah yang baik. Tetapi, apakah ada jaminan bahawa wang yang diperoleh hasil penjualan akan diberikan semula kepada peneroka Felda yang menanggung hutang kira – kira RM8 bilion pada tahun 2014?
“Adakah Shahrir sanggup membuat siasatan dalaman berhubung pembelian aset-aset mewah ini, sedangkan pada masa yang sama bekas pengerusi yang terlibat dalam kes ini juga merupakan rakan se’UMNO’?” soal kenyataan itu.
Kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi Biro Parlimen FELDA DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri, wakil PKR Onn Abu Bakar dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berkata, Shahrir terpaksa menyembunyikan hakikat bahawa UMNO- BN saat ini gagal mempertahankan hak peneroka FELDA.
Antara masalah FELDA yang masih berlarutan ialah kekurangan program Perumahan Generasi Kedua Felda, bantuan pendidikan tinggi kepada warga Felda serta peruntukan elaun sara hidup yang sedikit.

Fitnah tukar masjid jadi gereja, ‘panglima alam maya’ UMNO mula lancar serangan

IPOH, 17 APR: Sehari selepas gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak supaya aktivis media sosial pro-Barisan Nasional (BN) melakukan ‘serangan’ ke atas musuh politiknya, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa fitnah terbaru.
Dalam fitnah itu, Kasthuri didakwa kononnya menyokong kenyataan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok kononnya jika DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, “masjid di seluruh negara akan ditukarkan menjadi gereja yang termasyur di dunia”.
Fitnah yang tersebar meluas di Facebook itu turut menyatakan  “lebih 5,000 premis perjudian dan rumah urut akan dibuka selepas PRU14 di Parlimen Batu Kawan dan ADUN Perai” jika DAP menang.
“Ternyata ini satu fitnah dan pembohongan semata-mata yang mensasarkan saya dan parti saya. Saya, mahupun parti DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini yang berbaur ekstremis.
“Saya, Teresa Kok serta parti DAP tidak pernah sekalipun mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman atau mengapi-apikan isu keagamaan dikalangan penduduk berbilang bangsa dan agama yang hidup secara aman dan harmoni sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan ini dibuat selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam diiringi Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su serta ADUN Bercham Cheong Chee Khing.
Menyifatkan gesaan Najib itu tidak bertanggungjawab dan semata-mata demi mengekalkan kuasa BN, Kasthuri berkata ia hanya akan menggalakkan serangan politik ala samseng, perkauman dan ekstremisme.
“Apa lagi yang Najib mahu sebenarnya? Media arus perdana semuanya dibawah kawalan dan pantauan kerajaan BN dan digunakan sebagai lidah rasmi propaganda BN.

Shabudin Yahya, mana dia rumah murah PERDA?

GEORGE TOWN, 17 APR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Shabudin Yahaya dinasihatkan supaya tidak berdolak dalih dalam kes kerugian penjualan tanah Taman Keramat Permai, Seberang Perai Selatan di bawah harga pasaran.
Tanah dengan keluasan 8.5 ekar itu dijual dengan harga yang rendah iaitu RM1.4 juta berbanding RM16.6 juta mengikut taksiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada syarikat swasta, SYT Prestige Sdn Bhd (SYT) pada 31 Mac tahun lepas.
Dengan kerugian RM15.2 juta itu, PERDA menetapkan syarat supaya syarikat berkenaan membina rumah mampu milik di Pulau Pinang.
Namun, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sehingga kini tidak ada kertas cadangan daripada syarikat tersebut untuk membina rumah seperti yang dimaksudkan, sebaliknya hanya cadangan untuk membina rumah kedai.
“Dakwaan Shabudin bahawa pembeli disyaratkan membina rumah murah amat diragui bila arkitek SYT membentangkan permohonan untuk membina 27 rumah kedai kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac lepas.
“Jangankan rumah murah, sebuah rumah pun tidak dicadangkan,” kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam kenyataan, hari ini.
Malah beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan dakwaan PERDA bahawa rumah murah hanya akan dibina selepas rumah kedai siap dibina sebagai mengelirukan dan tidak bertanggungjawab.
“Ini kerana garis panduan perumahan yang dipakai di seluruh negara mewajibkan rumah murah, seperti rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah, dibina dahulu atau serentak dengan rumah kedai atau yang mewah.
“Macam mana rumah murah boleh dibina serentak dengan rumah kedai bila tidak ada permohonan dibentangkan untuk bina sebuah rumah pun, jangan pun sebut rumah murah?” soalnya yang juga Adun Air Puteh
Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor baru-baru ini menjadi tajuk utama berita apabila mencadangkan bahawa kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun sudah boleh berkahwin, selain mencadangkan supaya mangsa rogol menikahi perogolnya sebagai satu jalan penyelesaian.

Amanah jadi PAS versi Nik Aziz


Amanah jadi PAS versi Nik Aziz
Bekas naib presiden PAS, Husam Musa melabelkan parti Islam itu pada masa sekarang sebagai "PAS Hadi" dan "PAS Nik Aziz" iaitu zaman ia dipimpin bekas mursyidul am itu sudah tiada lagi.
AMANAH sememangnya adaptasi daripada PAS zaman Nik Aziz Nik Mat yang disayangi ramai, kata bekas setiausaha politik kepada Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata Hadi mempunyai kualiti berbeza jika dibandingkan dengan Nik Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan itu.
"Hadi lebih memberikan tumpuan kepada isu antarabangsa, jadi beliau berjaya membina nama baik PAS di kalangan parti dan gerakan Islam antarabangsa.
"Nik Aziz pula hanya memberikan tumpuan pada Kelantan dan dalam negara saja. Di samping itu, beliau ada sentuhan tersendiri sehingga semua orang Kelantan khasnya sangat sayang kepadanya," kata Syed Azman yang juga Adun Batu Burok.
Sehubungan itu, Syed Azman berkata beliau faham dan bersetuju mengapa bekas naib presiden PAS, Husam Musa melabelkan parti Islam itu sebagai "PAS Hadi" dan "PAS Nik Aziz" ialah zaman ia dipimpin bekas mursyidul am itu.
Syed Azman berkata label yang diberikan Husam itu ada kebenarannya namun Hadi ada kelebihan tersendiri.
Husam yang kini menyertai Amanah sebelum ini berkata PAS sebagai parti Islam sudah berbeza sama sekali.
Katanya, Amanah adalah "PAS Nik Aziz" yang berjaya memerintah Kelantan sehingga akhir hayatnya tetapi parti pasca Nik Aziz sedang menghadapi zaman kesuraman.
Sementara itu, penganalisis politik Kelantan Dr Khairudin Damanhoeri berkata kepada The Malaysian Insight, "PAS Hadi mesra Umno, manakala PAS Nik Aziz lawan Umno".
Bekas ketua cawangan PAS selama 33 tahun, Mohd Nordin Adam pula berkata parti itu kini sudah berbeza kerana "PAS Nik Aziz" lebih rapat dengan rakyat.
Nordin dan ahli jawatankuasa serta ahli cawangan Kampung Laut, Tumpat membuat keputusan membubarkan cawangan itu kerana tidak berpuas hati dengan PAS sekarang yang tidak mesra rakyat.
"Saya masih ingat lagi ketika Nik Aziz jadi menteri besar, beliau akan segera ke mana saja apabila mendengar rakyatnya dalam kesusahan," katanya.
Pemimpin veteran itu kesal dengan tindakan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat menjalankan projek Kampung Warisan tanpa berbincang terlebih dulu dengan mereka.
Syed Azman berkata kelebihan Nik Aziz adalah sentuhannya dalam mengendalikan rakyat Kelantan.
"Dengan perwatakan dan peribadinya, apa saja kekurangan dan kelemahan dapat ditangani dengan kezuhudan dan rakyat Kelantan sangat sayang dengannya walaupun Kelantan tiada lebuh raya dan jalannya sesak.

Dr Mahathir minta peguam negara dedah aliran wang RM2.6 bilion

KERAHSIAAN bank tidak seharusnya menghalang siasatan jenayah, kata Dr Mahathir Mohamad, berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
"Jika, sebagai contoh, AS$681 juta (kira-kira RM3 bilion) disumbangkan kepada seseorang, maka jumlah ini akan berada di dalam rekod bank penderma juga.
"Akan ada rekod dalam bank mengenai wang yang didepositkan itu. Rekod ini akan mempunyai butiran sumber dan bentu wang dan banyak maklumat lain," tulis bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.
"Pihak berkuasa menyiasat skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) akan dapat mengesan berbilion ringgit didepositkan ke dalam akaun bank Najib Razak kembali kepada ‘putera Arab Saudi yang pemurah’ yang memberikan wang sebagai derma."
Dr Mahathir berkata, surat penerimaan daripada penderma yang bermurah hati tidak mencukupi, begitu juga keputusan Peguam Negara (Mohamed Apandi Ali) yang tiada sebarang salah laku boleh diterima, tanpa semua rekod.
"Malah bersumpah dengan al-Quran juga tidak boleh diterima kerana kita tidak boleh mengetahui sejauh mana keimanan individu yang bersumpah itu," kata Dr Mahathir.
Apa yang boleh disimpulkan, kata Dr Mahathir, AS$681 juta dijumpai di dalam akaun perdana menteri adalah wang 1MDB.
"Dan melainkan ia dapat dibuktikan sebaliknya, wang itu pasti dicuri. Orang yang mencuri wang mesti diklasifikasikan sebagai pencuri sama ada dihukum atau tidak," katanya.
Apandi baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insight siasatan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut), tetapi menambah kedua-dua kes tidak ditutup.
"Apabila kami mengisytiharkan NFA, ia bermakna kita meletakkan ia diketepikan. Melainkan jika terdapat bukti baru yang memerlukan fail dibuka semula dan disiasat lagi, kami akan berbuat demikian.
"Tiada fail ditutup secara kekal apabila kita mengatakan NFA, termasuk fail 1MDB," Apandi memberitahu The Malaysian Insight, sambil menambah beliau mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan ke atas SRC International tidak lama lagi.

'Najib cari jalan keluar daripada sumpahan berpuaka 1MDB'


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mencari jalan keluar daripada 'sumpahan berpuaka' berkaitan isu 1MDB dan MO1 sehingga melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, Najib memerlukan jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara dan tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada Hishammudin.
"Berbetulan pejabat DOJ Amerika telah pastinya dalam waktu terdekat memiliki cukup bukti kukuh untuk melakukan tindakan perundangan terhadap pelaku-pelaku skandal 1MDB dan MO1 demi memelihara intergriti negara mereka.
"Perkembangan ini sangat merisaukan Najib dan Umno BN. Sekiranya kita berada di sepatu atau kedudukan Najib maka mencari jalan keluar adalah pilihan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kemungkinan Najib memberi laluan kepada Hisamuddin sebagai perdana menteri sebelum Pilihan Raya UMum Ke-14 (PRU14) adalah telahan politik yang munasabah.

Negara ini perlukan undang-undang isytihar harta, kata kumpulan anti rasuah


KERAJAAN perlu memperkenalkan undang-undang pengisytiharan aset bagi semua penjawat awam jika ia berharap untuk memperbetulkan tanggapan umum yang pemimpin negara ini korup, kata kumpulan anti rasuah.
Negara ini perlukan undang-undang isytihar harta, kata kumpulan anti rasuahPengarah Eksekutif kumpulan anti rasuah C4, Cynthia Gabriel mendesak pemimpin negara menjadi contoh dengan mendedahkan aset mereka dalam usaha mengakhiri tanggapan golongan akar umbi mengenai rasuah dalam sektor awam.
“Kita tidak ada undang-undang pengisytiharan aset yang telus di Malaysia, jadi kerajaan perlu ambil langkah serta-merta untuk melaksanakannya, melihat kepada penahanan SPRM membabitkan penjawat awam dan ahli politik hidup dalam kemewahan yang tidak dapat dijelaskan.
“Walaupun Selangor dan Pulau Pinang sudah merangka langkah berhubung perkara itu, banyak lagi yang perlu dibuat,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dalam tempoh berapa bulan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat banyak tangkapan, termasuk penjawat awam berjawatan tinggi, berhubung kesalahan rasuah.
Antara penahanan terbaru SPRM ialah Ketua Pemuda PKR Ampang Adam Rosly yang ditahan reman lima hari susulan siasatan terhadap kekayaannya.
Pegawai Kanan Komunikasi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Shaza Onn berkata selain menjadikan pengisytiharan aset sebagai mandatori, proses pengesahan yang kuat diperlukan untuk memastikan maklumat diberi adalah tepat.
“Bagi membolehkan sistem itu bekerja, anda perlu ada proses pengesahan yang kukuh. Tidak mustahil kerana anda boleh bekerjasama dengan bank pusat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mereka yang ada maklumat mengenai aset seseorang, kerana secara umumnya mereka sudah ada maklumat itu dan proses audit.
“Ada caranya, ia bergantung pada sama ada kerajaan kita mahu lakukannya atau tidak,” katanya.
Beliau berkata pada masa ini amalan dilakukan menteri untuk mengisytiharkan aset mereka kepada perdana menteri tidak cukup kuat kerana ia hanya prosedur dalaman.
Dalam laporannya bertajuk, “Bagaimana Sistem Pengisytiharan Aset Malaysia boleh ditingkatkan bagi membantu perangi rasuah”, Shaza menggariskan beberapa syor termasuk satu undang-undang mandatori bagi menteri dan ahli Parlimen termasuk senator untuk isytihar aset kepada jawatankuasa Parlimen yang berkecuali daripada Eksekutif.
Pengisytiharan itu kemudian akan disahkan oleh SPRM.
Laporan itu berkata SPRM perlu menjadikan semua maklumat tersedia kepada umum jika kepimpinan di negara ini betul-betul serius membaiki tanggapan mereka rasuah.

Umno faraid tanah Pulau Pinang untuk kroni, dakwa bekas exco

Shariff OmarShariff Omar
Terdapat banyak tanah yang telah difaraidkan sesama pimpinan Umno sehinggakan mereka mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh orang Melayu kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar.
Beliau berkata, kegagalan pimpinan Umno untuk membela nasib orang Melayu amat terserlah dengan pelbagai ketirisan termasuklah penyelewengan tanah dan seumpamanya.
"Saya pernah menjadi exco kerajaan negeri pada tahun 1982, tetapi kita membela nasib orang Melayu ketika itu.
"Namun begitu kini terlalu ramai pimpinan Umno lebih mengutamakan kekayaan dan memfaraidkan tanah-tanah yang ada untuk kroni dan suku-sakat mereka.
"PERDA atau Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1983 semasa saya menjadi exco lagi bagi membangunkan kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan orang Melayu, tetapi kini ianya sudah terbalik, " katanya pada program Bicara Rakyat di Teluk Air tawar, kelmarin.
Malah katanya, lebih mengecewakan apabila terdapat tanah-tanah tersebut yang telah diagih-agihkan kepada pimpinan Umno.

PAS desak kerajaan gantung permit Nanyang seminggu

Idris Ahmad berkata, PAS masih dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Nanyang Siang Pau.
Idris-Ahmad-MP-PAS-Bkt-GantPETALING JAYA: PAS tidak berpuas hati dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur mempersendakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, KDN sepatutnya memberi amaran keras dengan menggantung permit penerbitan akhbar berbahasa Cina itu selama seminggu.
“Isu ini sensitif dan perlu dijaga. Kita tak puas hati. Sepatutnya beri amaran keras atau gantung seminggu (permit). Sekurang-kurangnya beri pengajaran kepada dia (Nanyang Siang Pau).
“Kita tak nak isu yang membabitkan agama, hina agama Islam mahupun bukan Islam dan bangsa (berulang). Ini isu sensitif masa ini,” katanya kepada FMT hari ini.
Pada 8 April lalu, ruang kartun akhbar itu memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” dan seekor lagi memakai serban dinamakan “Hadi Awang” bertenggek di sebatang pokok “Akta 355”, merujuk rang undang-undang persendirian Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Susulan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed kelmarin berkata, KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau kerana sudah menerima penjelasan dan permohonan maaf mereka.
Semalam, Nur Jazlan berkata, KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar itu, sebaliknya menyerahkan kepada syarikat terbabit untuk mengambil tindakan dalaman sewajarnya terhadap individu berkenaan.
Katanya, Nanyang Siang Pau ialah sebuah akhbar yang mempunyai sejarah lama dan kerajaan turut mempertimbangkan kepentingan serta peranan akhbar itu dan juga pekerjanya, tetapi mereka tidak boleh mengulangi kesilapan sama.
Idris berkata, buat masa ini, PAS masih dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.

Jika kita dalam sepatu Najib...

Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas terus mengundang telahan ramai.
Ketika pelbagai spekulasi itu ditepis pemimpin BN, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub tampil mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mencari jalan keluar.
Salahuddin mengaitkan perkara itu dengan perkembangan siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dakwaan pengubahan wang haram melibatkan wang berpunca daripada 1MDB.

“Perkembangan ini sangat merisaukan Najib dan Umno BN,” katanya.

Sekiranya kita berada di sepatu atau kedudukan Najib maka mencari jalan keluar adalah pilihan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.”
Dalam kenyataan hari ini, Salahuddin berkata 1MDB dan Malaysian Official 1 (MO1) menjadi "sumpahan berpuaka" bagi Najib serta menghantui setiap inci kehidupannya.
“Bagi Najib isunya sekarang adalah jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara,” katanya.
Justeru, tambah Salahuddin, Najib tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada sepupunya Hishamuddin Hussein bagi tujuan tersebut.
“Kemungkinan Najib memberi laluan kepada Hisammuddin sebagai PM sebelum PRU ke-14 adalah telahan politik yang munasabah.

“Yang penting bagi Umno BN adalah kelangsungan kuasa.

Umno demam, DAP denggi berdarah - Mohd Amar

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan PAS kini berada dalam keadaan lebih baik berbanding parti-parti lain.
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, semua parti politik di Malaysia menghadapi masalah kecuali PAS yang sudah kebah daripada demam.
"Umno berpecah keluar (jadi) BERSATU (Parti Pribumi Bersatu), Umno sekarang sedang demam.
"PKR berpecah dua. Ada orang mengatakan serangan dibuat (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli bukan untuk menyerang PAS tetapi untuk cepatkan putusnya tahalus siyasi antara PAS dan PKR.
"Supaya kumpulan yang cenderung kepada pas boleh disingkirkan daripada PKR," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Sabtu lalu.
Rakaman ucapan itu disiarkan dalam Facebook beliau.
Terdahulu, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa belia mempunyai bukti bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menerima dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun Nasharudin dan PAS menafikan dakwaan itu.

Pukul anak sindir menantu

Mohd Amar berkata, wujud pandangan mengatakan Rafizi menyerang PAS tetapi tetapi bukan untuk menjatuhkan pasti Islam itu, sebaliknya mengamalkan pepatah Melayu 'pukul anak sindir menantu'.
"Ini tujuannya, ada pertembungan cuma kita tak nampak secara jelas sebab PKR ini mereka bergaduh di dapur. Dia tak bergaduh depan rumah.
"Kita tak nampak tapi kadang-kadang bunyi pinggan pecah, dan bila pecah pinggan dia bawa keluar senyap-senyap ikut pintu dapur. Jadi orang tak perasan, kecuali orang kutip sampah," jelasnya.
Mengulas mengenai masalah dihadapi DAP pula, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, parti itu sedang menghadapi demam denggi berdarah.
"DAP menghadapi masalah apabila empat orang wakil rakyatnya di satu parlimen dan tiga ADUN keluar parti. Yang kita dapat maklumat ada beberapa orang lagi yang menunggu untuk keluar.
"Di Pulau Pinang baru-baru ini seorang wakil rakyatnya minta secara terbuka supaya (ketua menteri) Lim Guan Eng letak jawatan kerana dia menghadapi tuduhan rasuah dalam pembelian banglo.

Faiz Fadzli Noor: Najib Razak Dah Berhutang Sampai 800 Bilion Sebab Tu Rakyat Susah

Husam Musa jawab fitnah ditaja Genting

Mahfuz tunggu dipecat sebab takut bai'ah - Mohd Amar

Tian Chua bermuka-muka di kelantan

Rafizi berniat jahat rosak nama baik PAS

"Umno sedang demam," kata Nik Amar

Sumber saya dan Rafizi berbeza - Husam

Husam: Saya tak terima wang syarikat judi

Karikatur Fahmi Reza hina Hadi Awang, Pemuda PAS lapor polis

Arahan henti operasi ketika Maghrib dipertikai

Parti Generasi Baru 'pelik' nama ditukar Parti Bebas Rasuah

Amanah: Tak sesuai babit peniaga bukan Islam dalam ibadat Islam

Husam Musa berkata, kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan arahan menghentikan perniagaan ketika masuk waktu solat Maghrib untuk menunjuk-nunjuk yang mereka sebuah kerajaan Islamik.
husam-musaKUALA LUMPUR: Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa mempertikaikan tindakan kerajaan negeri itu mewajibkan semua peniaga, termasuk bukan Islam menghentikan perniagaan ketika masuk waktu solat Maghrib.
Beliau yang juga naib presiden Amanah menyifatkan arahan menghentikan operasi yang melibatkan peniaga bukan Islam dalam ibadat umat Islam itu tidak sesuai.
“Orang bukan Islam tidak perlu solat, saya percaya pelanggan di kedai bukan Islam juga bukan orang Islam,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara, hari ini.
Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu FMT, arahan pemberhentian operasi tidak melebihi 15 minit itu bertujuan memastikan semua pihak, termasuk pembeli boleh menunaikan sembahyang Maghrib sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.
Dasar tersebut dimulakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu tahun lalu.
Sewaktu pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar, MPKB menyediakan lori tangki air di pasar malam untuk memudahkan umat Islam mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Exco Kelantan: Peniaga bukan Islam juga perlu henti niaga ketika solat Maghrib

Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, waktu pemberhentian operasi tidak melebihi 15 minit itu bertujuan memberi masa kepada peniaga dan pengunjung berehat serta menunaikan solat Maghrib.
Fattah-MahmoodKUALA LUMPUR: Semua peniaga, termasuk bukan Islam di Kelantan perlu menghentikan perniagaan ketika masuk waktu solat Maghrib, kata exco negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan itu berkata, arahan itu bagi memastikan semua pihak, termasuk pembeli boleh menunaikan sembahyang Maghrib sebelum meneruskan kegiatan masing-masing.
“Semua peniaga terlibat, termasuk bukan Islam. Ini dapat memberi masa kepada mereka untuk berehat dan menunaikan sembahyang.
“Lagipun ia bukannya lama, kira-kira 10 minit sahaja. Yang penting tiada perniagaan ketika azan dan boleh sambung semula urus niaga selepas sembahyang,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Dasar tersebut dimulakan Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.
Mengulas lanjut, Fattah berkata, wisel pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum masuk waktu solat Maghrib sebagai pemberitahuan kepada peniaga untuk menghentikan operasi, manakala wisel ke-2 akan dibunyikan 2 kali 10 minit kemudian.
Katanya, pemantauan sudah dimulakan di pasar malam utama setiap PBT, sebelum diperluaskan ke premis lain.
“Ia dibuat oleh penguat kuasa lantikan PBT dengan kerjasama jawatankuasa persatuan peniaga sendiri yang kita gelar sebagai ‘rakan penguat kuasa’. Mereka juga berperanan mengingatkan peniaga lain.”

Dana 1MDB: Rafizi kata Mohd Amar keliru isu SD

Rafizi Ramli berkata, seorang pemimpin PAS keliru mengenai isu akuan berkanun (SD) mengenai pengaliran dana syarikat SRC Internasional Sdn Bhd (SRC) kepada Nasharudin Mat Isa dengan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan.
Kata Rafizi, peranan Saiful Bukhari dalam kes liwat kedua tidak melibatkan dia mengemukakan SD sebaliknya pengadu membuat laporan polis.
"Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terkeliru (kerana) Saiful Bukhari memfitnah Anwar dengan membuat laporan polis, bukannya dengan kaedah SD kerana hukuman membuat SD palsu adalah berat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kata naib presiden PKR itu, SD yang sering dirujuk dalam kes melibatkan Saiful Bukhari dengan Anwar itu adalah perakuan dibuat pegawai perubatan Hospital Pusrawi, iaitu Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, yang mengesahkan tiada kecederaan pada dubur pengadu.
Keadaan itulah yang dijadikan bukti bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat seperti yang didakwa di dalam laporan polisnya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mohd Amar mempertikaikan tindakan Rafizi menggunakan SD bagi menafikan tuduhan penulis blog, Raja Petra Kamarudin.
Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata, SD tidak mencukupi sebaliknya Rafizi perlu menyaman Raja Petra berhubung tuduhan bloger terbabit mengenai beberapa pemimpin PKR menerima wang daripada seorang ahli perniagaan.

Skandal 1MDB: Kalau tak percaya pi pinjam pada ah long, kata Tun M

Mazlan Aliman (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Tun Mahathir sambil diperhatikan Aminolhuda Mazlan Aliman (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Tun Mahathir sambil diperhatikan Aminolhuda
Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad menganggap penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah seperti meminjam wang daripada ceti haram atau ah long.
"1MDB ini kononnya adalah dana kekayaan negara tetapi duit itu bukan datang daripada kekayaan negara. Pinjam mana boleh jadi kekayaan, (tapi) jadi beban.
"Kalau tidak percaya pi pinjam pada ah long. Kita jadi kaya atau tidak? Nampak ah long dari jauh kita lari," tempelak Mahathir dalam ceramah Jelajah Semarak Kasih Felda di Parlimen Sekijang, Segamat di Johor kelmarin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, 1MDB bukan diwujudkan bagi menjana pendapatan kerajaan sebaliknya satu cara Najib yang juga Presiden Umno itu untuk mencuri wang.
"Inilah Najib. Dia kata wang yang dipinjam ialah kekayaan negara. Niatnya bukan untuk dilabur bagi dapatkan wang untuk negara.
"Tujuannya tak lain tak bukan ialah mencuri duit. Saya hairan ini adalah anak Tun Razak tapi akhirnya saya terpaksa terima hakikat bahawa Najib ini berhajat untuk curi duit.
"Sebab itu dia tubuh 1MDB, kerajaan punya duit tak cukup nak curi. Jadi, dia (Najib) pinjam RM42 bilion dan duit ini dicuri dengan bermacam-macam cara.
"Umpamanya, duit ini diguna untuk membeli stesen janakuasa elektrik dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran," jelas Mahathir dalam program yang turut dihadiri Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
1MDB sebelum ini didedahkan meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion iaitu melebihi harga pasaran.
Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB tersebut telah dijual pada harga RM9.83 bilion sekaligus mengalami kerugian mencecah RM2.27 bilion.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, 1MDB turut melabur sebanyak AS$1 bilion bersamaan RM3.2 bilion dengan Petrosaudi International (PSI) Limited tetapi wang tersebut disalah guna.
"Tetapi duit itu tidak diberi kepada Petrosaudi sebaliknya duit itu diselewengkan kepada beberapa syarikat yang akhirnya dapat kepada Jho Low.
"Dan daripada Jhow Low, duit itu masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Kita dengar RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib. Perdana Menteri dalam dunia tidak pernah ada duit sebanyak itu," bidas Mahathir lagi.
Menganggap kepimpinan Najib tidak seperti arwahnya, Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri kedua, Mahathir menyifatkan wang adalah segala-galanya bagi Najib.
"Apabila dia (Najib) menjadi Perdana Menteri, ini bukanlah orangnya seperti bapanya kerana dasar perjuangannya hanya terhad kepada 'cash', duit.
"Dia jadi Perdana Menteri kerana mahu duit. Najib nak (duit) cara yang senang. 'Cash is king' bermakna dengan wang tunai dia boleh dapat segala-galanya.
"Perdana Menteri menjadi pencuri. Ini luar biasa. Dia mahu sogok semua orang untuk sokong dia supaya terus jadi Perdana Menteri. Bila dia tiada duit, dia perlu curi duit," selarnya.
Bukan Rosmah Mansor 
Tambah Mahathir lagi, pelbagai institusi berkaitan kepentingan rakyat juga terjejas akibat sikap Najib itu.

Cukuplah sokong PAS di Kelantan

Orang muda yang bergiat untuk memperbaiki keadaan dalam masyarakat dan politik mesti ada idealisme, ada impian untuk membuat perubahan dan memberi sumbangan yang positif. Impian bukannya angan-angan.
Contoh angan-angan ialah nak ada kereta sport BMW atau nak kahwin wanita cantik seperti Neelofa. Impian pula berbentuk kolektif, disusuli usaha yang rapi, sesuatu yang diperlukan untuk kebaikan semua dan bukan bersifat peribadi bentuknya.
Bagi anak muda Kelantan, saya percaya mereka mahu kehidupan yang lebih baik. Negeri ini sudah terlalu lama hambar dan terbiar. Negeri ini perlu ada kegiatan ekonomi yang lebih bertenaga. Negeri ini perlu kepada pemimipin yang tahu selok-belok mentadbir dengan baik.
Anak muda mahu ekonomi yang mampu menyediakan pekerjaan kepada mereka. Mereka mahu pemimpin yang boleh membentuk sumber tenaga manusia yang berguna untuk masa depan.
Anak muda Kelantan mesti menyelamatkan keadaan ekonomi yang lumpuh di negeri ini. Anak-anak muda mesti berani menolak pemimpin yang ada hari ini kerana mereka jelas telah gagal dan tidak mampu membangunkan negeri ini.
Bukan pilih guru agama
Mereka sibuk dengan hukum hakam dan menjual balak dan tidak terdaya memikirkan bagaimana untuk menambah dana negeri. Mereka tidak peduli gejala sosial seperti dadah dan perceraian tidak terkawal .
Pilihlah pemimpin dengan baik, kalau tidak keadaaan sekarang tidak boleh diatasi lagi.
Pilihanraya ini bukan tempatnya untuk kita pilih guru agama atau orang pakai serban sebagai pemimpin. Kita telah ada terlalu banyak guru dan penceramah agama.
Tontonlah TV, youtube atau dengarlah radio, semuanya ada di sana. Mereka ini semua boleh mengajar fardhu ain dan fardhu kifayah. Malah boleh juga mengajar fekah dan tauhid.
Tetapi untuk menghasilkan sesuatu impian yang boleh mengubah keadaan dalam negeri dan masa depan kita, kita mestilah sanggup memilih pemimpin seperti Datuk Husam Musa dan rakan-rakannya yang telah terbukti ada kepakaran dan wawasan.
Kita mahu pemimipin yang boleh membangun ekonomi Kelantan. Kita mahu pemimpin yang dapat menuntut kembali royalti minyak untuk rakyat Kelantan selepas PRU 14 ini. Hanya dengan royalti itu kita akan ada modal untuk membangun semula negeri bertuah ini.
Rakyatnya mundur...
Perubahan ini mesti bermula dengan perubahan politik. PRU 14 adalah masa untuk rakyat Kelantan melakukan perubahan tersebut. Selagi PAS memerintah, selagi itulah negeri ini kotor, rakyatnya mundur dan pasar malam sahajalah tempat mereka mencari rezeki.
Rakyat mundur dalam semua segi kerana pemimipin PAS mahu terus mereka mundur, mundur pemikiran, mundur segala gala supaya takut dengan ajaran mereka dan terus membuta tuli akur dengan propaganda mereka.
Taktik mereka samalah seperti Umno. Pemimpin PAS hanya bercakap mengenai Akta 355, baiah, poligami serta bangga menangkap wanita memakai baju ketat.
Mereka tidak ada usaha lain untuk mentadbir dengan baik, menentang rasuah, tidak mampu untuk menyediakan peluang perkerjaan yang cukup atau menyelesaikan masalah banjir dan sebagainya.
Di bawah PAS, rakyat Kelantan tidak menentu tujuan dan haluan hidupnya dan masalah pengangguran, perceraian serta dadah akan berterusan.

RM600 juta wang rakayat dibelanja, apa kesudahan banjir di KL?

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membangkitkan kenapa masalah banjir masih gagal ditangani di ibu kota walaupun telah banyak wang dibelanjakan untuk tujuan itu.
Ketuanya Mohd Farkhan Md Zain berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, sejak tahun 2015, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) menerima peruntukan RM600 juta untuk projek-projek pembaikan dan menaik taraf.
“Walaupun begitu, situasi semasa menunjukkan keadaan tidak bertambah baik.

“Hal ini menimbulkan keraguan mengenai peruntukan dan projek yang telah dilakukan sebelum ini,” kata Farkhan.
Kenyataan ini dikeluarkan setelah banjir lebat akhir-akhir ini menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.
Pada 14 Mac lalu, katanya, sembilan buah jalan utama di Kuala Lumpur telah dinaiki air. Bukan itu sahaja, selepas hujan pula, ibu kota juga dikatakan menghadapi masalah takungan air.

Dalam kenyataan hari ini, Farkhan juga membangkitkan risiko di kawasan-kawasan cerun jika berlaku hujan lebat.
Katanya, berdasarkan kepada Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS), terdapat lebih 1,700 kawasan cerun berisiko runtuh di ibu negara, dengan 600 daripadanya berisiko tinggi.
“Sekiranya tiada tindakan agresif dan proaktif dilakukan oleh pihak DBKL, kawasan-kawasan di Segambut, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak akan berhadapan risiko tanah runtuh yang kritikal,” katanya.
Sementara itu, exco infrastruktur Selangor Zaidy Abdul Talib semalam berkata hujan lebat di negeri itu menyebabkan kira-kira 400 rumah daripada lapan kampung dan 30 rumah kedai terjejas.
Jalan di kawasan itu juga ditutup untuk kerja-kerja baik pulih.

Husam: Saya tak terima wang syarikat judi

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.
Husam juga telah menghantar surat tuntutan guaman kepada Zaharin Mohd Yasin yang menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dakwaan itu.
Husam memberi tujuh hari kepada Zaharin untuk berbuat demikian atau tindakan saman akan dimulakan.
"Tuduhan ini tak benar,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.
Beliau juga berkata tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya, yang terkenal sebagai seorang taikun judi.
Zaharin pada 10 April lalu menulis di Facebooknya mendakwa, Husam menerima wang itu tetapi bukan untuk dirinya sebaliknya untuk PAS, ketika beliau masih bersama parti itu.
Zaharin juga menulis, duit tersebut telah dijelaskan bukan hasil judi sebaliknya daripada perniagaan lain yang bukan haram.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.

Mukhriz hantar notis makluman kepada polis untuk teruskan debat



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah telah menghantar notis makluman kepada polis berhubung cadangan debat antara Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Ketua Umno Pokok Sena, Haris Che Mat, pada 27 April atau 5 Mei ini.
Menurut pegawai media Mukhriz, Mohd Fisol Jaafar, notis bertujuan mendapatkan kebenaran polis itu diserahkan kepada pihak berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar petang semalam.
Program debat itu dicadang diadakan di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Lebuhraya Darulaman.
Mohd Fisol berkata tujuan debat itu ialah untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan Haris ketika mencabar Mukhriz, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, untuk berdebat.
Mukhriz kini Pengerusi Badan PBBM Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam.
Haris yang juga bekas pegawai khas Mukhriz itu gagal mengadakan debat pada 6 atau 15 April yang lalu seperti yang dicadangkanya.
Justeru Mukhriz dalam notis maklumannya juga menyatakan beliau membuat permohonan untuk mengadakan debat di lokasi yang dinyatakan itu bertujuan untuk membantu Haris adakan debat ditempat yang dipohon memandangkan setakat ini Haris telah gagal memperoleh kebenaran untuk adakan ddebat di kawadan yang dicadangnya itu.

Anwar cabar sabitan, dakwa Saiful tak boleh dipercayai

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfaikan permohonan kepada Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk menketepikan sabitan kes liwat II, atas alasan saksi utama memberi keterangan yang tak boleh dipercayai.
Anwar menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan di mana beliau memohon mahkamah menketepikan sabitannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, 2015.
Beliau memohon sabitan dan hukuman lima tahun penjara itu diketepikan dan dirinya dibebaskan serta merta.
Dalam permohonan itu, Anwar mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan, iaitu saksi utama adalah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan pihak kerajaan bergantung pada keterangan sumpah-bohong Saiful untuk kelebihan sendiri.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwatnya pada 10 Feb 2015.
Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu, yang dinafikannya walaupun di sebalik sabitan itu.
Anwar sebelum ini memohon Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya, tetapi ini telah ditolak pada 14 Disember tahun lalu.

MANA SATU BETUL NI?

Semalam Presiden Pas, Hadi Awang berkata, mana-mana parti yang bercita-cita mahu memerintah Malaysia perlu memilih sama ada bekerjasama dengan Pas atau pun UMNO.

Selain menyatakan Pas dan UMNO adalah kuasa politik Melayu yang utama, kenyataan Hadi itu juga bermaksud bahawa Pas dan UMNO adalah dua parti yang terkuat di negara ini.

Bagaimanapun, hari ini Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Najib Razak dan UMNO sebenarnya lebih takut kepada Bersatu.
Menurut beliau, Bersatu mempunyai potensi besar untuk merampas undi orang Melayu, maka ia menjadi risiko yang besar buat UMNO.

Jadi, siapa yang kuat sebenarnya?

Hadi kata UMNO dan Pas kuat, tetapi menurut Mohd Amar, yang ditakuti Najib ialah Bersatu.

Kenapa setelah Pas terlihat lebih cenderung bersama UMNO pun, masih juga Bersatu yang ditakuti oleh Najib?

Mahu kebenaran, bukan duit, Rafizi saman Raja Petra

Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau menyedari penulis blog yang muflis itu tidak terkesan dari segi kewangan walaupun disaman.
rafizi-petraNaib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau sudah membuat keputusan menyaman Raja Petra Kamaruddin berhubung dakwaan menerima jutaan ringgit daripada seorang ahli perniagaan, walaupun sedar penulis blog itu sudah muflis dan tidak mampu membayar apa-apa pampasan kepadanya.
“Kalau pun saya menang, saya tidak akan mendapat apa-apa pampasan dari beliau, malah saya terpaksa membayar lagi yuran guaman dalam memfailkan saman tersebut,” kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.
Rafizi berkata berdasarkan carian beliau dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, satu-satunya syarikat di mana Raja Petra memiliki saham sudah dibubarkan manakala bekas aktivis reformasi yang kini berada di Britain itu juga diisytiharkan muflis.
“Tetapi saya bukan mahukan wang. Saya mahukan kebenaran,” kata Rafizi.
Ia susulan dakwaan Raja Petra baru-baru ini yang Rafizi merupakan antara beberapa pemimpin PKR yang menerima jutaan ringgit daripada ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen, yang kini dipenjarakan di Singapura atas kesalahan terlibat dalam kejatuhan saham republik itu pada 2013.
Antara lain, Raja Petra menamakan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, dan portal Free Malaysia Today.
“Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM6 juta. Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM20 juta.
“Anwar Ibrahim menerima habuan lebih banyak daripada angka tersebut, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.
“Di sebalik semua itu, Free Malaysia Today menerima habuan sebanyak RM 12 juta seperti mana The Malaysian Insider menerima RM13 juta dari Tong Kooi Ong, juga Ho Kay Tat iaitu penerbit kumpulan The Edge Media Group,” kata Raja Petra minggu lalu.
‘Penulis upahan’
Rafizi berkata Raja Petra merupakan penulis upahan, dan menasihati ahli politik daripada pembangkang dan kerajaan berhati-hati dengan berita yang dimuat naik olehnya.

PPBM tak terima dana kerana penderma bimbang LHDN

Dr Mahathir Mohamad mendakwa ia adalah taktik perdana menteri untuk menggunakan agensi kerajaan bagi menghalang parti pembangkang beroperasi seperti biasa.
mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang orang ramai menderma kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau yang dipetik Sin Chew Daily berkata, PPBM gagal mendapat sebarang sumbangan kerana penderma bimbang akan disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Masalah yang kami hadapi ialah Najib mahu mencapai kemenangan, jadi untuk mengalahkan pembangkang, khasnya PPBM, kami tak terima sebarang sumbangan.
“Sesiapa pun yang hendak menderma kepada PPBM akan disiasat LHDN. Walaupun sudah bayar balik, mereka akan disiasat juga,” katanya ketika menghadiri Jelajah Semarak Kasih Felda Bersama Tun Dr Mahathir di Parlimen Sekijang, Segamat, Johor, pada Sabtu malam.
Turut hadir ialah Pengerusi Amanah Johor merangkap Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan serta ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
Pengerusi PPBM itu mendakwa ia adalah taktik perdana menteri untuk menggunakan agensi kerajaan bagi menghalang parti pembangkang beroperasi seperti biasa.
Walaupun PPBM tiada wang, beliau bagaimanapun percaya rakyat mampu menggulingkan Najib.
“Kita semua tahu nilai undi, tetapi jangan jual undi.”

Dana RM2.6B: Kemukakan aliran wang jika tiada salah laku

Keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berhubung skandal derma RM2.6 bilion tidak boleh diterima kecuali aliran wang itu dikemukakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sekadar surat pengakuan oleh penderma yang bermurah hati tidak memadai.
“Begitu juga dengan keputusan Peguam Negara bahawa tiada sebarang salah laku boleh diterima tanpa semua rekod yang dinyatakan," kata Mahathir dalam catatan terbaru dalam blognya hari ini.
Pada Januari 2016, Apandi mengisytiharkan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung skandal derma itu yang menyaksikan wang AS$681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya.
Peguam Negara juga berkata berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, wang berkenaan adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Saudi.
Beliau seterusnya memaklumkan bahawa Najib telah memulangkan AS$620 juta kepada penderma itu semula.
Walau bagaimanapun, ini dipertikaikan oleh pengkritik Najib, yang memetik saman pelucuthakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.
Saman DOJ mendakwa bahawa wang AS$ 681 juta yang berada di akaun Najib - yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' (MO1) dalam dokumen itu - adalah dana yang telah diselewengkan daripada 1MDB.
Identiti Najib sebagai MO1 disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
DOJ turut mendakwa bahawa dana AS$620 juta kemudiannya disalurkan ke akaun bank Singapura Tanore Finance Corporation.

Tantawi tokoh 'kemenyan sebesar lutut'

Mari kita perkatakannya secara polos, langsung, ringkas, lurus dan tanpa perumpamaan atau bidalan.
PAS sudah cukup kukuh, tetapi ia perlu diperkukuhkan lagi pada muktamar tahunan parti itu di Alor Setar akhir bulan ini.
Dua pemimpin teratas sudah terjamin menangnya. Ia adalah situasi cukup mantap. Apa lagi yang diharapkan oleh PAS selain gandingan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man?
Seorang berstatus tuan guru dan kaya dengan seni tikaman bidalan, manakala seorang lagi bekas pensyarah yang terkenal dengan tawaduk dan hemahnya.
Tinggal lagi tiga jawatan sedikit kemudian. Naib presiden. Itu yang perlu diperhatikan oleh perwakilan. Bukanlah penyandang sekarang tidak berkesan, apa lagi tidak sehaluan dengan kepimpinan utama PAS.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Idris Ahmad sudah membuktikan mereka adalah hulubalang yang boleh diharapkan oleh seluruh anggota PAS meneruskan perjuangan memartabatkan Islam.
Namun itulah masalahnya. Seorang lagi calon dinamakan untuk menawarkan khidmat mengemudi PAS dari belakang Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim.
Sebenarnya ada dua nama baru dicalonkan anggota PAS tetapi seorang daripada mereka - Datuk Takiyuddin Hassan - semalam sudah mengumumkan menarik diri daripada bertanding.
Paling berkaliber pernah ada
Anggota parlimen Kota Bharu itu hanya sedia berkhidmat melalui jawatan lantikan. Maksudnya, ada empat tempat penting yang boleh diserahkan oleh PAS kepada beliau - setiausaha agung, ketua penerangan dan bendahari dan pengarah pilihan raya.
Namun untuk pengarah pilihan raya, tokoh paling layak sudah ada jika PAS berpendapat penyandang sedia ada - Datuk Mustafa Ali - mahu mengubah angin.
Siapa lagi yang lebih layak dilantik menggantikan pemimpin kanan PAS itu kalau bukan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Seorang lagi calon naib presiden ialah Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan al-Tantawi. Beliau adalah bekas ketua pemuda PAS dan antara tokoh paling berkaliber pernah dilihat dalam sejarah pergerakan itu setakat ini.
Pernah dikepung oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor pada era BN memerintah negeri itu, siapa sangka Nasrudin mampu menjejak kaki ke Dewan Rakyat apabila beliau diberi kepercayaan oleh pembangkang bertanding di Temerloh.
Kerusi Temerloh itu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah milik Datuk Saifuddin Abdullah, seorang pemimpin Umno yang disegani rakan dan lawan.
Namun atas karisma Nasrudin - seorang ilmuan lepasan Universiti al-Azhar - mengatasi Saifuddin. Daripada 66,105 pengundi berdaftar di Temerloh sebanyak 85.6 peratus keluar membuat pilihan masing-masing di peti undi.
Daripada jumlah itu 28,267 orang memangkah Nasrudin dan hanya 27,197 orang memilih untuk mengekalkan Saifudin. Majoriti itu adalah besar.
Panglima Abdul Hadi
Penangan bekas ketua pemuda PAS itu bukan saja menyebabkan Saifudin terpinggir daripada Umno, malah beliau seolah-olah dihanyutkan oleh arus perubahan massa sehingga bekas timbalan menteri itu menyertai PKR.
Hakikat itu sudah menunjukkan betapa berkemampuannya seorang tokoh bernama Nasrudin.

PAS: RUU 355 disokong padu Umno, penentang berkawan ‘musuh Islam’

Ketua Pemuda PAS berkata cara parti itu kini perlu lebih berlembut dengan Umno.
nik-abduh
PAS mendakwa rang undang-undang persendirian (RUU) yang dibawanya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hanya dibantah oleh kelompok kecil umat Islam yang melakukan demikian kerana mereka bersama kumpulan yang memusuhi Islam dan tidak mewakili umat Islam lain.
“Saya berani menyatakan usaha PAS tersebut mendapat sokongan sepenuhnya umat Islam adalah kerana ianya telah disokong dan digerakkan oleh tiga institusi utama yang terbina di dalam masyarakat iaitu orang Umno, orang PAS dan NGO-NGO Muslim,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
“Adapun kewujudan bantahan daripada beberapa kelompok kecil umat Islam yang bersatu bersama kumpulan non Muslim yang memusuhi Islam, maka ia adalah tertolak dan tidak dikira mewakili suara besar umat Islam.”
Menurutnya, masyarakat bukan Islam juga ada yang menerima RUU itu, yang bertujuan membenarkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.
Nik Abduh berkata antara bukan Islam yang menyokong RUU itu adalah dari kalangan sayap bukan Islam partinya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan penduduk bukan Islam di Kelantan.
“Masyarakat non-Muslim di Kelantan yang dilihat akan menjadi negeri pertama menerima pakai pindaan akta ini juga tidak pernah menunjukkan kegusaran, bahkan menerima baik kesungguhan rakyat Kelantan untuk menerima pakai penambahbaikan di dalam undang-undang Mahkamah Syariah,” katanya.
Beliau juga menolak anggapan PAS dipermainkan Umno dalam isu RUU, selepas Barisan Nasional menarik balik rancangan untuk membentangkan RUU itu sebagai usul kerajaan.
“Anda menyaksikan di hujung kisah, Umnolah yang kesukaran bagi memenuhi janjinya kepada PAS dan umat Islam. Umno terpaksa berputih mata pada peringkat ini apabila gagal memperolehi sokongan rakan-rakan dalam BN untuk menyokong pindaan akta ini,” katanya.
“Jawapan mudah ialah PAS tak boleh dan takkan mampu ditipu mudah oleh Umno. Bahkan jawapan lebih tepat ialah PAS bukanlah pak turut kepada kehendak musuh agama Allah yang mahukan PAS mengubah hala tuju politiknya daripada menegakkan agama Allah kepada sekadar menjatuh Umno dan menggantikannya dengan sesiapun tanpa pertimbangan syarak yang benar.”

APAKAH PKR SELANGOR, KELANTAN TERTINGGAL BAS ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Banyak pihak dalam parti agama (Pas) hampir di seluruh negara baik peringkat kawasan, pemuda telah menyuarakan agar parti itu memutuskan hubungan dengan PKR. Tampaknya suara Pas tidak mahukan PKR sangat jelas. Namun ada sesetengah pemimpin parti itu masih bersangka baik dengan Pas. Dua pemimpin tertingginya yang masih mahukan hubungan mereka dikekalkan ialah Azmin Ali dan Tian Chua. Sikap kedua pemimpin PKR ini terbawa kepada PKR di Kelantan.
Malam semalam Tian Chua masih berceramah sepentas dengan Pas di Machang. Secara peribadi saya suka cara politik Tian Chua yang berkawan mengatasi sempadan idealogi politik. Itulah politik matang dan profesional.
Bagaimana pun cara berpolitik fleksible begitu tidak boleh diterima dalam masyarkat negara ini buat ketika ini. Masih ada parti yang rigid dengan fahaman politik sempit mereka. Pas sendiri juga bersikap demikian apabila memusuh DAP dan Amanah seperti "madu mak anak".
Kerana itu sikap dan cara Tian Chua saya lihat tidak menguntungkan PKR. Dalam hubungan baik dengan Pas dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Saya bimbang takut PKR khasnya di Kelantan dan Selangor akan ketinggalan bas, apabila mereka terus berharap bas Pas akan turut mengangkut mereka sama nanti. Hendaknya jangan baru sedar selepas hari menjelang Subuh baru mahu solat tahajud.

Mohd Amar ‘kesian’ tengok Mahfuz..!!

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kesian dengan kedudukan Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang seolah-olah tidak tahu hendak membuat keputusan.
Katanya, kedudukan naib presiden PAS itu dalam parti tidak mempunyai peluang yang cerah.
"Saya sebenarnya kesian tengok sebab beliau (Mahfuz) tak tahu ke mana dan mencari tempat untuk bergantung.
"Namun, bagi saya beliau sudah buat silap. Kalau duduk elok-elok kat PAS, peluang beliau lebih cerah," katanya yang dipetik ketika temubual bersama Sinar Harian.
Mahfuz, sebelum ini dilihat banyak membuat kenyataan dan tindakan yang tidak sehaluan dengan kepimpinan PAS hari ini.
Ini temasuk, membidas tindakan PAS yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Parti Rakyat Bersatu Malaysia (BERSATU), pada Januari lalu.
Menurut Mahfuz, tindakan PAS seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, beliau melihat bahawa sebab utama Mahfuz masih kekal dengan bai'ah dan sumpah PAS.
"Saya rasa dia ni takut dengan bai'ah dan sumpahnya sebab itu beliau tidak berani keluar dari parti dan menunggu untuk dipecat.
"Namun, kalau beliau sertai AMANAH (Parti Amanah Negara), secara automatik beliau akan terkeluar daripada PAS sebab dalam perlembagaan jelas mengatakan jika ahli menyertai parti lain, akan dikeluarkan serta-merta," katanya.
Akhbar itu bagaimanapun melaporkan Mohd Amar enggan mengulas lanjut sama ada tindakan akan dikenakan ke atas Mahfuz.
"Kami ahli jawatankuasa PAS pusat tidak masuk campur urusan ahli jawatankuasa disiplin ini, tugas kami hanyalah menyediakan bahan bukti sahaja" katanya.

Najib takut dengan BERSATU, kata PAS

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pengaruh Parti Pribumi Rakyat Bersatu Malysia (BERSATU) dan akan mempercepatkan pilihan raya umum akan datang.
"Pada pendapat saya,Najib takut dengan BERSATU kerana parti itu boleh kacau undi orang Melayu.
"Oleh itu, jika BERSATU dilihat boleh gugat Umno maka pilihan raya umum akan diadakan pada Julai namun kalau mereka rasa yakin, pilihan raya akan diadakan pada September," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
Menurut Mohd Amar, beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri sedang mbuat kaji selidik untuk lihat kekuatan parti serpihan Umno yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
"Kaji selidik itu dibuat di seluruh negeri di beberapa kawasan tertentu untuk lihat kekuatan dan pengaruh BERSATU.
"Macam parti lain seperti DAP, PKR dan PAS sendiri, Umno dah tahu kekuatan mereka, tapi BERSATU, mereka tidak tahu.
"Tambahan pula, BERSATU punyai potensi besar untuk rampas undi orang Melayu maka ia jadi satu risiko besar buat Umno," katanya.
Akhbar itu juga memetik pemimpin PAS itu sebagai berkata, BERSATU membuat satu kesilapan besar apabila menyertai Pakatan Harapan.
"Bila BERSATU sertai Pakatan Harapan, susah sikit untuk dapatkan undi Melayu sebab majoriti pengundi, mereka tidak sokong DAP,” katanya.
Justeru, Mohd Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan percaya PRU14 bakal berlangsung di antara Julai hingga September tahun ini.

Badai PRU14 makin kuat, parti politik betulkan kompas

Minggu-minggu akan datang akan diwarnai dengan lebih banyak kenyataan bagi menawan dan memikat pengundi.
pru14
Hujung minggu ke-2 April kelihatan sarat dengan gelombang kenyataan yang berkisar tentang pilihan raya umum. Setiap penjuru negara dibadai angin pilihan raya. Tiada pemimpin, tidak kira parti, yang terlepas daripada tidak bercakap mengenai pilihan raya.
Segalanya berkaitan dengan persiapan dan persediaan yang dibuat parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Di sebalik kenyataan itu, mereka mempertahankan kedudukan masing-masing. Serangan politik tidak ketinggalan.
Sudah pasti tarikh PRU14. Bila PRU akan dipanggil menjadi perhatian semua. Hanya Najib yang tahu tarikh yang sebenar. Nampaknya beliau belum mendapat ilham lagi.
PAS meramalkan antara Julai dan September ini. Pemimpin DAP pula menjangkakan dalam tempoh 5 bulan lagi. Umno-BN beranggapan lagi cepat lagi bagus.
Cuba kita lihat apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin sejak sehari 2 ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berada di Terengganu semlalam dan kelmarin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membawa lonjakan perubahan dan kemajuan besar buat rakyat dalam usaha menjadikan Malaysia terus disanjung tinggi masyarakat antarabangsa.
Beliau mempertahankan perubahan yang telah dilakukan sejak PRU13. Kata Najib, transformasi yang mahu dibawa BN turut merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk keperluan fizikal, emosi dan akal.
“Sebab itu, saya bekerja bersungguh-sungguh. Perubahan yang kita nak buat bukan perubahan yang berdikit-dikit. Tetapi kita nak buat pembangunan dengan lonjakan berganda sebab kita mahu Malaysia terus dihormati oleh dunia luar.
“Baru-baru ini, kita mendapat pengiktiran beberapa badan dunia termasuk Forum Ekonomi Dunia dan University Of Pennsylvania, Amerika Syarikat sebagai antara destinasi pelaburan terbaik dunia,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut atau Gerbang Pelancongan Antarabangsa semalam. Selain itu, pemilihan Malaysia sebagai lokasi Pusat Keamanan Global Raja Salman turut membuktikan negara ini menerima pengiktirafan negara-negara Islam, kata perdana menteri.
Dalam pada itu, Najib berkata, perubahan dan kemajuan yang dikecapi rakyat khususnya di Terengganu membuktikan kerajaan BN sentiasa mengotakan janjinya kepada rakyat.
“Saya lihat di Terengganu kini banyak perubahan dan tahniah kepada Menteri Besar dan rakyatnya yang berusaha gigih untuk membangunkan negeri ini.
“Jadi, saya datang ini bukan datang biasa-biasa, saya datang ini nak bawa perubahan yang besar supaya kita (BN) menang sokmo-sokmo,” katanya.
Oleh itu, beliau meminta rakyat tidak perlu terpengaruh dengan janji-janji dan tohmahan yang dilakukan pihak pembangkang yang mahu melihat kerajaan dibenci oleh rakyat.
Politik janji tinggal janji
“Kita tidak boleh hidup dengan politik janji tinggal janji dan menabur kata-kata dusta yang boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Kita adalah kerajaan yang bila dia berjanji dia akan tepati dan bila dia umumkan sesuatu dia akan laksanakan.
“Jadi, yang persendakan kita tu adalah atas dasar politik semata-mata dan kita jangan ambil peduli.
“Betulkan kompas kita. Kita mesti istiqomah dan konsisten dan pastikan perjuangan kita diteruskan untuk membawa negara kita ke arah kemajuan yang lebih hebat,” kata Najib yang juga Presiden Umno.
Di Seremban, Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua anggota parti melaksanakan gerak kerja dengan baik bagi menghadapi PRU14.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, ini bagi memastikan pentadbiran negara dan negeri kekal diterajui Umno dan BN.
“Bersiapsiagalah kita menghadapi PRU14 yang mana pilihan raya ini amat penting untuk BN terus mentadbir negara dan negeri.
“Kita kena pastikan pentadbiran negara kita akan tetap berada di tangan Umno dan BN. Jangan kecewakan generasi Melayu yang bergantung harapan kepada kita,” katanya ketika berucap di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Umno Negeri Sembilan 2017, semalam.
Jangan malu-malu hadapi pembangkang
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan BN Sabah tidak perlu gentar mahu pun malu terhadap mana-mana pihak kerana parti itu mempunyai rekod pencapaian yang bagus dalam membawa pembangunan dan membela nasib rakyat di negeri ini.

'Menggelar syaitan besar, syaitan kecil bukan cara Islam'


Ustaz Ahmad Awang Ustaz Ahmad Awang
Tindakan memanggil pihak yang mengkritik Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355 sebagai syaitan besar dan syaitan kecil jauh tersasar dengan cara Islam.
Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang berkata, RUU 355 harus dibawa sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi melalui ruang perbahasan di parlimen.
"Memanggil mereka yang tidak bersetuju dengan RUU 355 sebagai syaitan kecil dan syaitan besar adalah jauh lebih tersasar dengan cara Islam. Islam mendidik agar kita sentiasa mengekalkan kedamaian.
"Seharusnya kita membawa isu RUU 355 sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi. Gunakan ruang perbahasan di Parlimen untuk memberikan penerangan. Itulah jalan dakwah kita. Berdakwahlah dengan lebih berhikmah agar masyarakat lebih mudah memahami," tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menganggap RUU 355 diganggu oleh syaitan besar dan syaitan kecil.
"Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.
"Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa," katanya.

PANDANGAN SALAH HADI AWANG - PILIH PAS ATAU UMNO..!!!


Presiden Pas, Hadi Awang berkata, mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk mentadbir Malaysia perlu memilih sama ada bekerjasama dengan Pas atau UMNO.
Kuasa politik Melayu ada pada Pas dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau UMNO, kata beliau.
Kenyataan Hadi ini yang dipetik melalui wawancara dengan akhbar milik UMNO yang dahulu pernah dibenci sebenarnya merujuk kepada Bersatu yang kini sudah pun menyertai Pakatan Harapan, seolah-olah tindakan parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad meninggalkan Pas akan menggagalkan cita-citanya untuk menyingkirkan Najib Razak dan memerintah negara ini.
Pandangan Hadi itu mungkin betul dan mungkin juga salah, tetapi jika dianalisa betul-betul, banyak yang salah daripada yang betul. Politik adalah sesuatu yang dinamik, bukan statik. Politik tidak terikat kepada satu-satu hukum yang boleh diterima pakai untuk sepanjang masa.
Ia mungkin betul untuk sesuatu masa, tetapi boleh jadi salah di masa yang lain. Sebagaimana citarasa dan pemikiran manusia berubah, hukum politik juga tidak mustahil berubah sama.
Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu tidak semestinya tidak boleh mentadbir negara ini, meskipun tiada Pas atau UMNO bersama mereka.
Lebih-lebih lagi berdasarkan kebencian rakyat kepada UMNO sekarang dan penolakan terhadap Najib serta dalam masa yang sama meluat kepada Pas yang keliru dan tidak menentu, peluang Pakatan Harapan, tanpa ada UMNO atau Pas bersamanya, memerintah negara ini terlihat cerah sekali.
Kedudukan Pas dan UMNO mewakili kepentingan Melayu bukanlah sesuatu yang mutlak dan tidak boleh berubah sama sekali. Oleh itu, tidak mustahil peranan Pas dan UMNO tidak lagi penting setelah adanya Amanah dan Bersatu.
Dalam pada itu, sebelum Hadi terus terperasan atau bangga diri dengan tanggapan seolah-olah hanya UMNO dan Pas merupakan kuasa penentu, beliau juga harus sedar bahawa kedua-dua parti iaitu Pas dan UMNO tidak mungkin mampu mentadbir negara ini secara sendirian tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain.
UMNO secara sendirian, tanpa dibantu MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain di Sabah dan Sarawak, sudah tentu tidak mampu untuk berkuasa sejak dulu lagi.
Pas sendiri, telah terbukti apabila bersendirian tidak mampu ke mana-mana. Di Kelantan, hanya dengan bantuan Semangat 46, barulah Pas dapat mengalahkan UMNO pada 1990.
Di Terengganu, Pas berjaya memegang kuasa pada 1999 adalah dengan bantuan PKR susulan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. Hanya kerana Hadi gagal menjadi Menteri Besar dan pentadbir yang baik, Terengganu kemudian dapat ditawan kembali oleh UMNO pada pilihanraya 2004 dan Pas kekal berputih mata sehingga sekarang.
Di Perak, disebabkan ada kerjasama dengan PKR dan DAP, maka merasa jugalah Pas menduduki kerusi Menteri Besar selepas pilihanraya 2008 dahulu, walaupun hanya 11 bulan saja.
Begitu juga di Selangor, hanya setelah berganding bersama PKR dan DAP yang menyebabkan Pas dapat duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai Exco dan sebagainya.
Maknanya, Hadi janganlah terlalu eksyen dengan mengatakan hanya melalui kerjasama bersama Pas atau UMNO, kuasa dapat digenggam oleh sesiapa kerana hakikatnya Pas dan UMNO sendiri pun tidak akan ke mana-mana jika bersendirian.