Ahad, 16 April 2017

GURINDAM SELOKA TUDUHAN DERMA RM90 JUTA

RAFIZI kata, Najib (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) bagi derma. Kepada PAS parti ulama.
Jumlahnya besar tidak terhingga. Bukan RM2 juta macam Mat Maslan terima. Atau RM1 juta kepada Shahrir orang lama. Tapi RM90 juta jumlahnya.
Rafizi kata dia tak auta. Sebagai bukti, SD dia buat sama. Kalau berani samanlah dia.
Maka kecut perutlah PAS. Terpaksa hempas pulas. Cari alasan buat ancaman. Supaya ahli dan penyokong tak sangka yang bukan-bukan.
Rafizi kata, Ustaz Nashrudin Mat Isa adalah perantara. Duit “curi” SRC International dialah yang terima. Dulu dia orang kuat PAS. Tapi tahun 2011 lawan Mohamad Sabu dia tewas.
Nashrudin kata, dia tak terima. Ini semua Rafizi punya angkara.
Kalau Rafizi dusta, buatlah sumpah SD macam dia.Tuan Ibrahim kata, dia tak tahu apa-apa. Satu sen pun PAS tak terima. Dia kata Ustaz Nashrudin Mat Isa tak sumbang sebarang derma.
Tapi kalau duit RM90 juta itu Najib betul-betul bagi, habis ke mana ia pergi? Najib pun tak nafi.
Kalau “demi Allah” PAS tak  terima, duit itu masuk poket siapa? Takut-takut masuk poket ketua-ketua tapi ahli terlopong ternganga. Lepas itu buat-buat lupa?

Takkanlah dalam PAS pun ada pencuri? Ini parti ulama, parti suci. Takkanlah mereka sebat macam yang Umno buat kepada 1MDB dan SRC?
Takkanlah parti ulama pun curi sini curi sana, beli harta di luar negeri, pi Las Vegas main judi dan beli jet peribadi macam penyamun dan penyangak 1MDB?
Atau ulama PAS pun diam-diam ada rumah di luar negeri, projek sana projek sini, beli kereta mewah untuk anak dan bini?

Pas sedia tawan Kedah, kata pimpinan ulama

Nik Muhammad Zawawi Nik SallehNik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Pas sudah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Beliau berkata Pas akan meletakkan calon untuk memastikan sekurang-kurangnya Pas dapat memenangi majoriti kecil untuk tubuh kerajaan.
Antara sebab kami mengadakan Muktamar Pas Ke-63 di Kedah tahun ini ialah untuk menonjolkan bahawa kita sudah bersedia untuk memenangi PRU14 di Kedah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh di Bukit Mertajam hari ini.
Muktamar Pas yang dijadual berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini bakal menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu untuk menghadapi PRU14.
Beliau berkata anggota Pas telah membuat pelbagai kajian terperinci di Kedah dan hasil kajian itu mendapati Pas masih mendapat sokongan yang baik di kalangan rakyat Kedah.
"Mengikut kajian yang kita buat ke atas penduduk Kedah yang berbilangan kaum, mendapati bahawa mereka masih menyokong Pas untuk tubuh kerajaan di negeri itu, jadi kami akan letakkan lebih ramai calon," kata Nik Muhammad Zawawi.
Kali terakhir Pas memerintah Kedah ialah pada 2008 apabila berjaya memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala PKR menang empat kerusi dan DAP satu kerusi.
Sementara itu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata Pas juga akan bertanding lebih banyak kerusi Dun dan Parlimen di Pulau Pinang dalam PRU14.

PEMIMPIN PAS SEMACAM ‘KEPANASAN’

Mungkin agak keterlaluan jikalau aku katakan baahwa pemimpin PAS berada dalam suasana ‘kepanasan’. Macam cacing kepanasan. Opah aku dulu kata macam ‘kacau-kena’. Orang putih kata seperti dalam ‘dilemma’. Serba salah. Tidak ketentuan.
Mungkin dan pastinya tidak dipersetujui oleh ramai orang terutama pemimpin PAS ynag tidak bersetuju dengan kenyataan aku itu. Tak apa. Ini adalah persoalan persepsi. Aku rasa begitulah keadaannya. Begitulah kesimpulan yang dapat aku buat. Namun tentulah ada asasnya mengapa aku mengatakan demikian. Tentulah aku tidak menuduh sebarangan tanpa alasan yang kukuh.
Apa tidaknya…
Aku nampak semacam pemimpin tertinggi PAS tidak selari dan se-ia sekata dalam memberikan arah tuju dan kepimpinan PAS. Setiap pemimpin semacam bebas untuk membuat kenyataan dan setiap kenyataan semacam dasar perjuangan PAS. Dan kelihatan kini DS Haji Hadi Awang banyak ‘senyap’ dari berkata-kata. Mungkin baginya ‘senyap’ itu lebih berfaedah. Ataupun beliau sudah hilang ‘kawalan’ terhadap pemimpin lain yang begitu ghairah mengeluarkan kenyataan. Ataupun mungkin DS Haji Hadi tidak termampu untuk meletakkan dirinya seperti Arwah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz. Sepatutnya dasar yang menentukan hala tuju hanya dibuat oleh Presiden PAS ataupun tokoh yang diamanahkan oleh kepimpinan.
Keadaan yang wujud dalam PAS kini seolah-olah ‘free for all’. Dan tentunya tidak boleh disamakan dengan zaman kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dulu. Arah tuju kepimpinan PAS amat jelas dan tidak dapat diperkotak-katikan oleh sesiapa pun samada kawan atau lawan. Bukan tidak ada cadangan dan dasar yang diketengahkan oleh Tuan Guru yang tidak dipersetujui oleh jemaah, namun disebabkan ketegasan dan ketokohan Tuan Guru Nik Aziz maka kepimpinan parti berkenaan dapat diikuti oleh semua dan berjalan dengan lancar.
Mungkin juga Tuan Guru Nik Aziz tidak mempunyai ‘agenda tersembunyi’ dalam menerajui PAS. Maka dengan sebab itu jalan dan langkah yang diaturnya adalah amat jelas untuk diikuti oleh ahli PAS. Dan berbeza dengan kepimpinan PAS kini yang masing-masing berkemungkinan ada mempunyai ‘agenda ‘ tersendiri menyebabakan parti ‘haru-biru’ dan tidak ketentuan. Mungkin!...
Namun begitu PAS bernasib baik disebabkan ‘memiliki’ pengikut yang amat setia di peringkat akar umbi. Walaupun sudah ramai yang ‘berpindah’ namun seolah-olah masih ada lagi saki baki pengikut setia ini yang masih tidak mahu mengubah pandangan mereka terhadap parti mereka walaupun jelas menampakkan yang parti kesayangan mereka sudah menyimpang agak jauh dari perjuangan asal. Dan yang jelasnya mereka langsung tidak nampak bahawa parti mereka itu semacam sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan dan perkembangan Kurun ke 21.
Inilah yang dikatakan ‘fixed deposit’ yang dimiliki oleh PAS. Dan begitu juga dengan UMNO. Kedua-dua parti ini agak beruntung kerana memiliki ‘fixed deposit’ sedemikian. Masih ada lagi saki baki rakyat Melayu ( di kampung dan di bandar juga) yang sanggup ‘bermatian’ kerana UMNO. Dan menjadi tugas Pakatan Harapan atau pembangkang lain untuk merobohkan ‘benteng’ ini sekiranya mahu memenangi PRU akan datang.
Kepimpinan tertinggi PAS menjelaskan  bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam apa bentuk sekali pun tetapi apa yang diperhatikan oleh umum menampakkan bahawa PAS menjalinkan hubungan yang begitu akrab dengan UMNO. Rakyat nampak dengan jelas hubungan kemesraan antara UMNO dengan PAS itu, walaupun setengah kepimpinan PAS mengatakan bahawa tidak ada kerjasama antara PAS dengan UMNO.
Aku yakin ahli PAS kini dalam keadaan yang amat keliru, terutama bagi ahli PAS yang sudah tidak mahu langsung merenggangkan diri dengan parti berkenaan, terutama golongan lama yang sudah amat sebati dengan ‘perjuangan’ PAS. Golongan tua inilah yang merasakan dan berada dalam keadaan serba salah. Di telan mati emak, diuah mati bapak. Bagi golongan muda yang dapat ‘membaca’ tindakan pemimpin PAS kini, sudah mula menjauhkan diri dengan parti berkenaan dan mencari perjuangan yang sesuai menggantikan ‘perjuangan’ PAS.

Politik Melayu: Jika nak tadbir Malaysia pilih PAS atau Umno, sembang Hadi

Hadi berkata, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau Umno, dan PAS ada jati diri Islam.
hadi-pas-umno
Mana-mana parti yang ingin mentadbir Malaysia perlu memilih sama ada PAS ataupun Umno kerana kuasa politik orang Melayu terletak pada kedua-dua parti itu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”
“Kuasa politik orang Melayu ada pada PAS dan Umno. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih PAS atau Umno,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.
Beliau yang sebelum ini berkata pemimpin Malaysia seharusnya seorang beragalam Islam ditanya mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu.
Sebelum ini PAS mengumumkan mahu turun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai blog ke-3 dan tidak berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).
Hadi memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “bahkan menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.”
Pendirian Hadi ini dikeluarkan sebagai menjawab pertanyaan ramai pihak mengenai sikap PAS sama ada akan memilih bersama BN atau Pakatan Harapan dalam menghadapi pilihan raya umum kali ini, khususnya menjelang muktamar parti akhir bulan ini.
Dalam wawancara disiarkan hari ini, Hadi yang menang tanpa bertanding sebagai presiden berkata, PAS tidak berkompromi soal kepentingan Islam.
“DAP sedar PAS menjadi penghalang utama kerakusan mereka yang mahu memerintah Malaysia atau mahu suara mereka kuat dan mampu menundukkan pihak lain.
“Ini bukti PAS tak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau Umno. Pas ada jati diri Islam.
Mengenai tanggapan banyak pihak yang meramalkan PAS akan kalah teruk jika bertanding sendirian dalam PRU14, Hadi berkata, pihaknya ada strategi tersendiri dan yakin masa depan cerah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Keahlian PAS meningkat setiap bulan, PAS semakin kuat. Pimpinan dan ahli bersatu dan jelas matlamat yang hendak dibawa.
“Kita ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki oleh parti pembangkang yang lain. Kita ada strategi tersendiri. Kita yakin masa depan cerah untuk PAS dalam PRU14,” kata Ahli Parlimen Marang ini.
Kata Hadi, PAS semakin kuat dengan gerombolan kemasukan semua kalangan termasuk profesional dan agamawan serta rakyat biasa.

Pas umum hubungan​ dengan PKR di muktamar 63


BUKIT MERTAJAM - Kerjasama politik antara Pas dan PKR akan ditentukan dalam Muktamar Pas Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata isu mengenai tahaluf siyasi antara Pas-PKR itu akan menjadi topik perbincangan dan berkemungkinan besar akan mencapai keputusan sepakat.
"Ketika ini hubungan dengan PKR masih tawaqquf dan isu ini akan dibincang dalam muktamar dan keputusannya kita sama-sama lihat nanti. Saya yakin perkara ini dapat dimuktamadkan sepenuhnya di muktamar dan tidak dipanjangkan ke Majlis Syura seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pas Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh di sini, hari ini.
Menurutnya, sebelum ini Pas telah mengisytiharkan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan DAP dan PAN, maka mereka tidak duduk dalam komponen Pas.
Beliau berkata keputusan Pas itu adalah untuk kebaikkan semua dan bagi mengukuhkan kedudukan Pas sebagai parti yang lama kepada masyarakat Melayu beragama Islam.
"Apa yang saya boleh kata,  muktamar kali ini berlainan dengan sebelumnya dan banyak perkara serta isu hangat akan dibangkitkan," kata Nik Muhammad Zawawi.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kebanyakan Pas kawasan telah meluluskan usul menggesa Pas pusat untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR.
Sebanyak 13 Kawasan Pas Pulau Pinang bersetuju membawa usul itu kerana PKR dilihat tidak lagi menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka.
Sementara itu dalam ucapannya,  Dr Nik Muhammad Zawawi menegaskan Pas tidak memerlukan dana RM90 juta yang kononnya didakwa diterimanya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jentera parti PAS siap siaga hadapi PRU14 - Tuan Ibrahim


Jentera parti PAS siap siaga hadapi  PRU14  - Tuan Ibrahim


MACHANG: PAS kini telah siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang menjangkakan PRU-14 akan diadakan antara Julai dan September tahun ini berkata gerak kerja di peringkat peti undi dan bilik operasi parti itu telah digerakkan sepenuhnya.

"Jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya. Jentera parti kini dah bersedia untuk hadapi PRU14," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-58 yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari di Pulai Chondong di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilaporkan sebagai berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi PRU14 walaupun sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS akan bertanding di beberapa kerusi baharu berdasarkan keadaan politik semasa terutama membabitkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain.

"Dulu kita bertanding di 73 kerusi dan PAS mula melihat beberapa kerusi yang kita fikir berpotensi. (Yang pastinya) PAS akan lawan BN di hampir 90 peratus kerusi yang akan ditandingi PAS," katanya.

BERSATU kena pilih PAS atau Umno sembang Hadi

Mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk mentadbir Malaysia perlu memilih antara bekerjasama dengan PAS atau Umno, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan kesan kepada politik Melayu memandangkan parti itu akan memecahkan undi orang Melayu.
"Kuasa politik orang Melayu ada pada PAS dan Umno. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih PAS atau Umno. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan PAS, syaratnya terima Islam," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.
Abdul Hadi bulan lalu berkata, PAS akan memutuskan hubungan dengan BERSATU jika ia secara rasmi menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN).
Sebelum menyertai HARAPAN, BERSATU sejak akhir tahun lalu berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin Februari lalu berkata perjanjian berasingan dengan PAS akan membawa kepada hubungan yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang.
Selamatkan negara melalui Islam
Sementara itu, mengenai hubungan dengan PKR, Abdul Hadi berkata kepimpinan pusat parti itu akan mendengar terlebih dahulu pandangan akar umbi semasa Muktamar di Kedah sebelum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti.

Najib Gesa Serang Pembangkang Habis-Habisan

Kami tak perlu RM90 juta 1MDB, ahli akan derma duit sembang PAS

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, parti Islam itu lebih kaya daripada itu dan ahli akan mengeluarkan duit secukupnya bagi menampung keperluan parti.
zawawi
BUKIT MERTAJAM: PAS tidak memerlukan dana RM90 juta yang kononnya didakwa diterima daripada 1MDB dan tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak kerana parti itu bergantung sepenuhnya kepada hasil sumbangan ahli, kata setiausaha Majlis Syura Ulamanya.
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh yang dipetik Bernama berkata, anggapan PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB tidak berasas dan tidak profesional.
“PAS lebih kaya daripada itu. Kalau kita masuk pilihan raya, saya boleh sebut berapa kita nak, semua ahli PAS akan berkorban dan mengeluarkan duit secukupnya dalam berapa yang kita nak. Ini kelebihan yang ada pada PAS dan tiada dalam parti lain,” katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh hari ini.
Khamis lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menerusi akuan berkanun berkata, seorang bekas pegawai Suruhanjara Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau yang sebahagian daripada dana berkait 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengalir “kepada peguam tertentu” sebelum ia sampai kepada bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, perkara itu turut diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Nasharudin yang menafikan dakwaan itu menyifatkan tuduhan Rafizi tidak berasas dan mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa pemimpin atasan PAS menerima RM90 juta yang dimasukkan ke akaun pihak terbabit sebagai usaha menarik kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Dalam perkembangan lain, Zawawi berkata, kerjasama politik PAS dan PKR akan ditentukan dalam Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah, pada 27 April hingga 1 Mei ini.
Beliau berkata, isu mengenai tahaluf siyasi PAS-PKR itu akan menjadi topik perbincangan dan berkemungkinan besar akan mencapai keputusan sepakat.

3 kisah timbulkan teori konspirasi politik


Oleh  Timmy Say
Kisah 1
Pelbagai jenis spekulasi timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sepupunya, yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan pembangkang terus membuat tekaan pelantikan itu menandakan kedudukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini goyah, dan peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri semakin malap. Ketika spekulasi liar hangat, Najib menyimbah air sejuk dengan mendedahkan sebenarnya Zahid yang mencadangkan agar Hishammuddin agar menjawat jawatan tersebut.
Ada yang terus bertanya, jika benar, mengapa Zahid sendiri tidak mengumumkannya ketika media mendapat reaksinya sejurus pelantikan Hishammuddin diumum?
Bukan itu sahaja, ada yang turut menyoal apakah 9 menteri yang ada di Jabatan Perdana Menteri hari ini tidak boleh menggalas tugas “Tugas-Tugas Khas” yang diberikan kepada Hishammuddin? Di mana keperluannya? Jika 9 menteri ini sibuk, Hishammuddin lagilah sibuk dengan portfolio Menteri Pertahanan dan juga Naib Presiden Umno yang tunggal.
Persoalannya, apakah yang mencetuskan pelantikan ini terjadi?
Menariknya, susulan pelantikan Hishammuddin, Najib terus membuat deklarasi bahawa BN akan menang PRU14 sama ada ia diadakan tahun ini atau tahun depan.
Kalau begitu, apa yang sedang ditunggu BN? Apakah BN perlu menunggu Hishammuddin untuk menyiapkan tugasan khasnya terlebih dahulu?
Kisah 2
Pada 28 Mac 2017, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kebenaran melawat isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dirawat di hospital baru-baru ini selama 45 minit.
Peliknya, hanya 18 hari sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru sahaja menolak permohonan Anwar untuk dibenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarganya semasa lawatan ke penjara.
Harap semua dapat bersangka baik bahawa pihak teratas yang memberikan kelulusan itu melakukannya atas dasar kemanusiaan semata-mata tanpa sebarang niat politik. Tapi… mungkinkah, terutamanya jika dinilai berdasarkan amalan politik PKR dan Umno? Buatlah bacaan sendiri.
Kisah 3
Hanya berdasarkan perbualan dengan seorang bekas pegawai “paling kanan” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dinamakan, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membuat akaun bersumpah (SD).
Di dalam SDnya, beliau mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa, yang tidak lagi melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PAS sejak ditewaskan Mohamad Sabu di 2011, menerima dana melibatkan 1MDB, yang disalurkan melalui SRC International Sdn Bhd ke akaun Najib.
SD berdasarkan “hearsay” ini bukan pertama kali dilakukan. Ia seiras dengan SD yang dilakukan Raja Petra Kamaruddin pada 2008 terhadap pembunuhan Altantuya di mana beliau menggunakan perkataan “I am reliably informed…”.

JR Plus beri kegerunan kepada pembangkang sembang KJ..!!


KUALA LUMPUR - "Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kegerunan kepada pihak pembangkang terhadap perpaduan BN dalam menghadapi PRU14," kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata JR Plus yang dilancarkan dua hari lepas menunjukkan kesiapsiagaan yang tinggi  kalangan jentera BN dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.
"Sebenarnya kami telah bersiap sedia (untuk menghadapi PRU14) lebih awal lagi dan kami tidak tunggu dan lihat apa yang pembangkang buat.
"Saya rasa semua yang lihat pelancaran JR Plus sedikit gerun dengan perpaduan yang ada dalam BN dan persiapan kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Anak Muda Turun Padang 'Volunteer for Kuala Lumpur 2017' di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai JR Plus yang dilancarkan Najib dua hari lepas yang bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera Umno dan BN menghadapi PRU14.
JR Plus bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

PERLANTIKAN HISHAM LEBIH MEMBUKTIKAN NAJIB GUSAR HADAPI PILIHANRAYA

Semalam Najib Razak menzahirkan keyakinan bahawa UMNO dan BN mampu memenangi pilihanraya umum akan datang dan memperolehi mandat baru daripada rakyat, tidak kira sama pilihanraya diadakan tahun ini atau tahun depan.

Kata beliau, "tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang."

Sehubungan itu, Najib turut mengingatkan penggiat media sosial pro kerajaan agar segera berubah daripada sikap bertahan kepada menyerang.

Sudah-sudahlah bertahan, sekarang kita perlu menyerang, katanya di hadapan para penggiat media sosial yang dihadiahkan Samsung A9 setiap seorang.

Di ketika yang sama, Tun Mahathir Mohamad yang kini merupakan penasihat bersama Pakatan Harapan bersama Dr. Wan Azizah Wan Ismail, tetap juga yakin Najib, UMNO dan BN dapat ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Dengan rakyat dihadapkan pelbagai isu seperti 1MDB, Jho Low, kos sara hidup, GST, penarikan banyak subsidi, penguasaan Negara China dan banyak lagi, bekas Perdana Menteri itu berkata, "terlalu ramai yang tidak suka kepada kerajaan yang ada sekarang."

Dalam masa yang sama, ia dibuktikan lagi dengan sambutan rakyat terhadap program yang dihadiri Tun Mahathir yang terlihat amat luar biasa kehadirannya.

Tun Mahathir pula menghabiskan sekurang-kurangnya tiga atau empat hari seminggu untuk pergi ke luar ibukota, kampung-kampung dan kawasan Felda untuk meyakinkan tentang perlunya perubahan demi kebaikan rakyat seluruhnya.

Jadi, mana satu yang kita mahu percaya?

UMNO dan BN terus menang lagi atau Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Najib?

Sebenarnya tidak sukar menjangka kegusaran Najib menghadapi pilihanraya umum akan datang. Langkah terbaru beliau melantik sepupunya, Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri adalah petanda jelas ketidakyakinan untuk memenangi pilihanraya.

Kiranya beliau benar-benar yakin, tiada keperluan sama-sekali untuk memberi kedudukan istimewa kepada sepupunya, sebaliknya hanya perlu terus berusaha saja.

Ketika ini, Najib sedang menjelajah ke seluruh negara untuk meninjau keyakinan rakyat terhadapnya. Meskipun ramai yang menyambut ketibaannya, tetapi Najib juga tentu sedar sebahagian mereka dikerah dan diupah untuk menghadiri program-programnya.

Pelantikan Hishammuddin di JPM tanda PRU sudah dekat

Khalid Samad Khalid Samad
Pelantikan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tanda pilihan raya umum akan diadakan dalam masa yang terdekat.
"Silap-silap parlimen akan dibubar sebelum sidang akan datang Julai depan," kata pengarah komunikasi parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad di ceramah perdana Pakatan Harapan (PH) di Slow Machang, Pasir Mas malam tadi.
Beliau menjangka pelbagai kemungkinan boleh berlaku melalui tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melantik sepupunya itu sebagai menteri tugas-tugas khas.
"Salah satunya adalah kemungkinan Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri sebelum berlaku pilihan raya.
"Ini tidak mustahil kerana terdapat kajian yng menunjukkan populariti Najib sekarang turun serendah 38 peratus, dalam erti kata setiap seratus pengundi, hanya 38 orang yang masih mahu beliau kekal sebagai PM," katanya.
Perkara ini tidak mustahil katanya kerana pernah berlaku sebelum pilihan raya ke-11 pada 2004.
"Ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapati emejnya amat tidak popular melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilonjakkan sebagai Mr. Clean.
"Pemimpin baru selalunya akan memberi kredit kepada pihak kerajaan dan BN menang besar dalam pilihan raya itu," katanya.

Kerajaan hina RUU 355 melalui parlimen, kata Salahuddin


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghina Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355 melalui parlimen, dakwa Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, kerajaan mempermainkan RUU 355 dengan membenarkan ia dibentangkan ahli parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong oleh ahli parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.
Kemudian Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang dewan tanpa membenarkan ia dibahaskan walaupun diminta oleh pembangkang untuk berbuat demikian.
"Permainan terakhir kerajaan, diberi peluang kepada Marang untuk bentang, Kota Bharu sokong, kemudian tutup tidak diizinkan untuk berbahas. Itu harus difahami rakyat bagaimana BN melalui parlimen menghina satu usul yang melibatkan akta yang penting," katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata, Amanah hanya akan menyatakan pendirian sama ada RUU 355 harus disokong atau tidak selepas ia dibahaskan.
"Hakikatnya selepas dibentang oleh Marang kemudian disokong oleh Kota Bharu speaker menangguhkan dewan. Jadi bagaimana kita nak katakan ada parti yang menentang dan ada parti yang menyokong RUU itu.
"Amanah mengharapkan RUU itu dibahas. Kita bahas dululah sepatutnya dan sebelum itu ahli parlimen Amanah Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud telah memasukkan satu usul bagi tujuan membuat satu cadangan balas kita terhadap memperkukuh peranan Mahkamah Syariah jadi secara rohnya mana mungkin kita nak menentang sesuatu yang kita rasa perlu kita bahas dengan penambahbaikan," tegasnya.
Semalam, Hadi dalam satu kenyataan memuji tindakan Pandikar yang menangguhkan sidang dewan selepas RUU 355 dibentangkan pada 6 April lalu.
Beliau menyifatkan ia sebagai tindakan bijak Pandikar bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak untuk membahaskan RUU itu dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun katanya, pembangkang yang tidak senang dengan tindakan itu telah mencetuskan huru-hara.
"Pas dan semua yang menyokongnya daripada Umno dan lain-lain menerima dengan terbuka, namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya.

Kerajaan Umno@Bn gadai kedaulatan kepada China melalui Melaka Gateway

Bekas perdana menteri itu berkata, Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak mengharapkan sokongan politik daripada peningkatan pelaburan langsung asing melalui projek Melaka Gateway.
mahathirTun Dr Mahathir Mohamad mengkritik projek Melaka Gateway bernilai RM43 bilion sebagai satu lagi petanda kerajaan persekutuan menyerahkan kedaultan negara kepada China demi manfaat politik jangka pendek.
The South China Morning Post (SCMP) semalam melaporkan bekas perdana menteri itu sebagai berkata, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengharapkan sokongan politik daripada peningkatan pelaburan langsung asing melalui projek itu.
“Kita mempunyai kemudahan mencukupi di negara ini. Kita sudah ada pelabuhan mencukupi dan infrastruktur diperlukan untuk menarik pelancong. Ini (Melaka Gateway) tidak perlu,” katanya.
Ini adalah kali ke-3 pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu mengkritik projek mega membabitkan syarikat China, tahun ini.
Pada 14 Mac lalu, beliau merungut tiada apa dilakukan untuk menghalang pembeli hartanah dari China menjadi warganegara Malaysia selepas membeli rumah dalam projek Forest City bernilai RM100 bilion di Johor yang dibangunkan syarikat China, Country Garden Holdings.
Beliau mempersoalkan tawaran status pegangan bebas projek itu kepada pembeli, seperti yang dilihat pada iklan di tiang lampu jalan di bandar berkenaan.
Pada 8 April lalu, Dr Mahathir membidas projek mega Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan berkata, hanya sedikit manfaat akan diperoleh daripada projek bernilai RM55 bilion itu berbanding lebuh raya seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di mana pembangunan boleh dilihat di sepanjang laluan itu, termasuk bandar baru, taman perindustrian dan projek perumahan.
Beliau turut mendakwa projek itu akan menambah hutang negara dan memberi manfaat kepada perniagaan dari China berbanding rakyat Malaysia, kerana kontraktor utamanya ialah China Communications Construction Company (CCCC) yang berpangkalan di Beijing.
SCMP memetik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Melaka Gateway dengan berkata, kerajaan sekarang sekadar meneruskan dasar kerjasama ekonomi dengan Asia timur yang dilaksanakan Dr Mahathir.
“Apabila beliau menjadi perdana menteri, kita nampak kemasukan besar dalam pelaburan Jepun…Tiada sesiapa yang menuduh Dr Mahathir menjual negara ketika dasar ‘Pandang ke Timur’ beliau.
“Dengan cara sama, ini adalah lanjutan daripada kita bekerja bersama ekonomi yang semakin meningkat pada hari ini, iaitu China.”

TAHAP 3B AMPU: CIRI ‘ISTIMEWA’ NAJIB PERLU DICONTOHI PEMIMPIN LAIN..!!


KUALA NERUS – Empat ciri istimewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu sabar, istiqamah, berjiwa besar dan terus bergerak ke hadapan menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira  tohmahan,  perlu dicontohi pemimpin lain.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keistimewaan lain Najib ialah beliau terus fokus kepada kebajikan rakyat dan kemajuan negara walaupun diserang daripada pelbagai sudut oleh pembangkang.

Beliau mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga datang ke Terengganu baru-baru ini dalam misi untuk menggagalkan kehadiran perdana menteri ke negeri ini.
“Sampai begitu sekali yang dilakukan pihak di sebelah sana. Mereka harap kedatangan Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) di Terengganu tidak mendapat sambutan. Datuk Seri, di depan kita terbukti ada lebih 20,000 yang datang beri sokongan. Tahniah untuk semuanya,” kata beliau.
Ahmad Razif berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas di kawasan Dun Tepoh oleh Najib di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Kesejahteraan  Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Sebanyak 500 unit rumah PPR dibina di Bukit Nanas dengan kos hampir RM84 juta. Ia adalah projek kedua selepas PPR Hiliran di Kuala Terengganu yang mengandungi 1,002 unit dan dibina dengan kos sebanyak RM134 juta.
Ahmad Razif berharap kerajaan Persekutuan dapat membina lebih banyak projek perumahan di Terengganu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina 20,000 unit rumah menjelang 2020.
“Tiga fokus utama kerajaan negeri ketika ini ialah membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan dan menyediakan kemudahan perumahan untuk mereka.
“Kalau kita nak lebih banyak projek perumahan di Terengganu ini, sama-sama kita pastikan kemenangan Parlimen Kuala Nerus dan Dun Tepoh pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Sementara itu, Noh memberitahu  sidang media di sini bahawa PPR Bukit Nanas menawarkan sewa pada kadar serendah RM124 sebulan atau dijual pada harga serendah RM35,000 seunit.
Beliau berkata unit PPR itu adalah untuk diduduki dan bukannya disewakan atau dijadikan rumah inap.

Pakar ramal BN menang lebih banyak kerusi PRU depan..??

Prof Hoo Kee Ping menggariskan 4 faktor, termasuk pertandingan 3 penjuru, yang bakal memihak BN berbanding pembangkang.
barisan-nasionalPETALING JAYA: Seorang pemerhati politik meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi lebih banyak kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dipanggil dalam 10 bulan akan datang.
Prof Hoo Kee Ping yang pernah melakukan kajian mengenai corak pilihan raya umum di Malaysia berkata, kemungkinan kemenangan akan memihak BN.
Menurut beliau, terdapat 4 faktor yang memihak BN berbanding pembangkang.
Yang pertama, kata beliau, kemungkinan persaingan 3 penjuru antara Umno-Pakatan Harapan-PAS.
Sebab kedua, menurut beliau, adalah kelembapan ekonomi yang menyebabkan ramai pengundi Cina cenderung untuk memilih BN demi kestabilan.
Sebab ketiga, perbalahan dalaman dalam Pakatan Harapan dan ini disusuli dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang membabitkan pengundi Melayu aand Cina.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Ser Najib Razak semalam, BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU14 walaupun ia dipanggil lebih awal.
Najib, pengerusi BN dan presiden Umno, berkata, persiapan rapi sedang dilakukan oleh parti komponen BN dan Umno, dan beliau yakin jentera pilihan raya mereka kuat bagi memastikan kemenangan.
Kata Kee Ping, yang kini memberi ceramah mengenai ekonomi dan politik Malaysia berkata, pengundi Felda yang membentuk hampir 60 kerusi Parlimen dan hampir 100 kerusi Dewan Undangan Negeri pula berpuas hati dengan Umno memandangkan harga minyak sawit dijangka naik.
“Apabila pengundi Melayu luar bandar berpuas hati dengan kerajaan, mereka akan mengundi mereka (Umno) dan sebaliknya, apabila mereka marah dengan parti pemerintah.”
Bagaimanapun, proses pengundian adalah berbeza dalam kalangan pengundi Cina.
“Apabila ekonomi baik, pengundi Cina memihak pembangkang tetapi apabila ekonomi tidak baik, mereka memilih kestabilan,” kata beliau sambil menambah, lebih ramai orang Cina dijangka mengundi BN.

Menjelang pilihan raya, Najib berubah jadi lebih tegas

DI ambang tibanya pilihan raya umum yang semakin hampir, ia menjadikan Najib Razak seseorang yang tidak mengenal belas kasihan.
Dalam sebahagian besar perjalanan karier politiknya, perdana menteri dituduh bersikap terlalu berhati-hati. Malah ada yang menggunakan perkataan “tidak dapat membuat keputusan” bagi menjelaskan kecenderungannya untuk tunggu dan tunggu... dan tidak bertindak.
Tetapi pegawai kerajaan dan sumber dalaman Umno sedar ada perubahan dalam diri PM. Dengan ramai melihat pilihan raya umum akan datang bakal berdepan dengan pertandingan sengit di seluruh negara, beliau kini lebih bersedia menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan terhadap pesaing politiknya dan memotong sumber dana daripada masyarakat perniagaan kepada pembangkang.
Beliau juga dengan jelas menyatakan pandangannya, kesetiaan kelayakan utama bagi mengisi jawatan kanan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kini lebih sanggup menolak calon ditawarkan kepadanya oleh ketua GLC dan syarikat pelaburan milik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.
Sebagai contoh, The Malaysian Insight difahamkan yang Mohammed Shazalli Ramly ialah pilihan Najib sebagai pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulan baharu bagi Telekom Malaysia Bhd. Beliau sebelum ini ketua eksekutif Celcom Bhd.
Pada masa lalu, Najib sering tunduk kepada cadangan dan syor GLC, percaya yang mereka berkelayakan untuk membuat keputusan pelantikan kakitangan.
Tetapi dengan pilihan raya umum dijangka diadakan penghujung tahun ini dan kerajaan memerlukan agensi kerajaan dan badan berkanun mempunyai haluan sama dengan Putrajaya, Najib sudah bersedia menawarkan calon bagi jawatan kanan.
Mungkin tidak ada yang lebih jelas untuk menunjukkan ketegasan baharu itu berbanding keputusan melantik Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas.
Sekali imbas, ia nampak seperti kenaikan pangkat, atau sekurang-kurangnya sokongan kepada sepupunya sebagai seseorang yang disegani apabila pewarisan politik dibincangkan.
Penyokong Hishammuddin gembira dengan pelantikan itu dan pemerhati politik dengan cepat menulis epitaf untuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai orang kuat Najib.
Tetapi seorang sumber penting memberitahu The Malaysian Insight Najib percaya berpasangan dengan Zahid memberikannya peluang terbaik untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yakin timbalannya itu boleh diharapkan untuk memperoleh 40% undi Umno pada pilihan raya umum, memandangkan rangkaiannya yang kuat dan popularitinya dalam kalangan akar umbi.
Sebaliknya, Hishammuddin tidak mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan ahli akar umbi yang Najib perlukan. Beliau tidak turun padang sebaik Zahid.
Malah, beliau akan tertekan untuk mendapatkan semula kedudukannya sebagai salah seorang naib presiden Umno. Bukti anekdot mencadangkan jika pemilihan parti dibuat hari ini, undi untuk Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Ismail Sabri dan Menteri Pendidikan Mahadzhir Khaled akan jauh lebih banyak berbanding Hishammuddin.
Sebagai menteri tugas-tugas khas, Hishammuddin dijangka akan kerap melakukan lawatan ke luar negara dan mengukuhkan hubungan Malaysia dengan rakan kongsi utama. Beliau juga dijangka akan bertindak seperti menteri luar kedua.

DAP Johor sedia berdepan 3 penjuru jika Pas terus degil


Sheikh Omar AliSheikh Omar Ali
Kenyataan Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa Pas akan bertanding di lebih 40 kawasan di negeri itu jika tidak lagi bersama PKR menggambarkan sikap pentingkan diri.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata, jika Pas terus mengambil pendirian sebegini, hasrat untuk melakukan agenda perubahan di peringkat negeri dan nasional sukar direalisasikan.
Justeru beliau menegaskan, DAP Johor akan bekerja keras untuk memastikan semua kerusi yang ditandingi parti-parti Pakatan Harapan dimenangi dalam Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Kemenangan di mana jua kerusi yang ditandingi oleh DAP, Bersatu, PKR dan Amanah baik di peringkat parlimen mahupun Dun akan menjadi sasaran kerja utama pada pilihan raya nanti.
"Apa jua cabaran termasuklah kemungkinan untuk berhadapan pertandingan 3 penjuru akan dihadapi dalam bentuk kolektif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ini kerana katanya jelasnya, kemenangan bersama Pakatan harapan adalah satu kemestian bagi berhadapan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya.
"Hanya dengan kemenangan bersama, PH boleh membentuk kerajaan di negeri Johor. Dalam erti kata lain, strategi untuk merangka kemenangan bersama parti-parti komponen tidak boleh sama sekali dipandang enteng," katanya.
Semalam, Mahfodz berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dun yang mungkin ditandingi itu adalah melebihi 38 kerusi yang ditandingi pada PRU Ke-13 semasa ia berada dalam gabungan pembangkang bersama-sama dengan DAP dan PKR negeri.
"Bagaimanapun, keputusan bertanding berapa banyak kerusi bergantung kepada keputusan Muktamar Pas nanti sama ada memutuskan hubungan atau tidak dengan PKR, yang kemudian perkara itu ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama," katanya seperti dipetik Bernama.