Sabtu, 15 April 2017

Najib mahu panggil PRU cepat, tapi masih nilai sokongan

Najib yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan BN perlu mandat daripada rakyat dalam PRU yang akan diadakan sama ada tahun ini atau tahun depan.
najib-pilihanrayaKUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berhasrat untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan cepat, tetapi masih menilai sentimen pengundi sebelum membuat keputusan muktamad.
“Kalau ikut suasana di Kuala Nerus ini, nak buat cepat, namun kami kena lihat kepercayaan rakyat.
“Kalau pilih BN, banyak lagi transformasi yang akan kami lakukan,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh di sini, hari ini.
Tempoh mandat kerajaan semasa akan berakhir pertengahan tahun depan. Pun begitu ramai membuat spekulasi PRU14 kemungkinan akan dipanggil akhir tahun ini.
PRU13, yang pertama diketuai Najib, telah diadakan pada Mei 2013.
Dalam ucapannya itu, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai agenda tersebut, namun memerlukan mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang dalam merealisasikannya.
“Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat, tidak lama lagi (pilihan raya umum), sama ada tahun ini atau tahun depan,” kata beliau yang juga Presiden Umno.

Jangan main-main RUU 355 dan anda tidak dipermainkan, Khalid beritahu PAS

RUU yang dibawa PAS lebih kepada mainan politik daripada kerajaan BN, kata pemimpin Amanah.
khalidsamad-ruu355-pasPETALING JAYA: Amanah berkata sekiranya rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) serius dibentangkan di Dewan Rakyat, sudah tentu tidak akan ada mana-mana pihak mempermainkan akta itu.
Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata RUU 355 itu lebih kepada mainan politik daripada Barisan Nasional (BN) sehingga ada pihak yang memainkan akta itu dengan sindiran, termasuk dengan menggambarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebagai monyet.
“Saya lihat RUU 355 ini lebih kepada memberi PAS untuk seronok tetapi tidak capai apa-apa. BN tetap padu kerana RUU 355 tidak dibahas. Ini mainan politik sebabnya 3 kali sudah ditunda.
“Dan apabila buat gambar, marah. Kalau tak nak kena perli, jangan main-main,” katanya dalam satu ceramah di Johor, Khamis lalu.
Khalid merujuk kartun bertajuk “Akta Drama Monyet” yang diterbitkan Nanyang Siang Pau, memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dilabel “Hadi”, bertenggek di sebatang pokok bernama “Akta 355”, merujuk kepada rang undang-undang persendirian Presiden PAS itu untuk RUU 355.
Kartun itu merupakan gambaran sinis terhadap sesi Dewan Rakyat minggu lalu, yang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Khalid, yang berulang kali mempersoalkan tindakan Pandikar menangguhkan sidang tanpa memberi ruang perbahasan.

KEDUDUKAN HISHAMMUDDIN KINI LEBIH TINGGI BERBANDING ZAHID HAMIDI?

Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah suatu jawatan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan, sebaliknya perlantikan seseorang untuk memegangnya adalah atas budi bicara Yang Dipertuan Agong setelah mendapat cadangan daripada Perdana Menteri.

Kewujudan jawatan tersebut hanyalah berdasarkan konvensyen iaitu amalan yang telah diguna-pakai sekian lama sebelum ini untuk menjadi pembantu atau bagi meringankan beban tugas Perdana Menteri.

Secara praktikalnya juga , jawatan itu adalah sebagai persediaan yang memudahkan peralihan kuasa jika sesuatu berlaku kepada Perdana Menteri.

Meskipun demikian, oleh kerana kedudukan jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan, ia boleh ditiadakan atau dilantik lebih daripada seorang untuk mengisinya.

Ia terpulang kepada Perdana Menteri yang sedang berkuasa sama ada mahu melantik siapa, mengosongkannya begitu saja atau mengisinya lebih daripada satu.

Jika kita masih ingat, ketika Tun Abdullah Badawi mula-mula menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau membiarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu kosong untuk sekian lama sehingga menimbulkan keresahan kepada Najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan turut melobi agar jawatan itu diberikan kepada Najib.

Anak muda akan menangkan Pakatan Harapan

Anak muda akan menangkan Pakatan Harapan
Muhyiddin (lima, kanan) bersalaman dengan ahli yang hadir ke konvensyen Pakatan Harapan di Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU - Pakatan Harapan meletakkan anak muda sebagai sandaran utama bagi membolehkan politok kerjasama baru itu menang dalam PRU14 nanti.
Presiden Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, golongan itu menjadi inisiatif terbaik walaupun mereka datang dari pelbagai parti yang berbeza.
"Kita sudah bersepakat untuk mewujudkan gabungan politik dinamakan Pakatan Harapan, jadi anak muda kena faham agenda dan matlamat perjuangan supaya semua negeri jelas dan tak bercanggah satu sama lain.
"Anak muda ini perlu jelas berhubung soal dasar, soal nasional dan isu tertentu," katanya semasa berucap pada Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan Kali Pertama diadakan di Dewan Perniagaan China Kelantan, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Mat Noor, Timbalannya, Datuk Sazmi Miah, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, Ketua Srikandar Pusat Keadilan, Senator Siti Aishah Shaik Ismail dan Wakil DAP, Datuk Zaid Ibrahim.
Konvensyen berkenaan dianjurkan sepenuhnya oleh sekretariat gabungan pemuda Pakatan Harapan Negeri Kelantan iaitu Keadilan, Amanah, Bersatu dan Dapsy.
Muhyiddin berkata, pihaknya bukan sahaja mahu menjadi pembangkang, sebaliknya terus bercita-cita membentuk kerajaan.
"Ada kawan saya kata susah jadi pembangkang, tetapi saya katakan saya nak jadi kerajaan," katanya.
Beliau mencadangkan supaya rundingan perlu dibuat untuk tidak wujud pertembungan, seterusnya kekalahan, malah Pakatan Harapan dicadangkan perlu ada manifesto dan simbol yang sama untuk diangkat kepada Majlis Presiden.

SPRM selesai siasat SRC International, kata menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyelesaikan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.
"SPRM telah selesai menjalankan siasatan bagi kes-kes ini dan telah mengambil semua rakaman percakapan saksi-saksi terlibat," kata Low dalam jawapan bertulis kepada parlimen bertarikh 3 April.
Jawapan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut.
Beliau menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada SPRM masih cuba mengesan tiga individu berkaitan penyelewengan dana SRC.
Mereka ialah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang antara lain didakwa menyalurkan RM74 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun membersihkan Najib daripada sebarang salah laku, termasuk dalam isu kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

KEADILAN optimis sokongan rakyat ambilalih Putrajaya

BANDAR MELAKA, 15 APRIL: KEADILAN yakin rakyat menyokong Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan mengambilalih pentadbiran negara di Putrajaya.
IMG_20170415_154611_288Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ini ekoran pelbagai masalah termasuk kejatuhan ekonomi dihadapi kerajaan diterajui Umno-Barisan Nasional (BN).

“Bagi KEADILAN, saya yakin kerana kerosakan ekonomi itu sudah tidak boleh diperbaiki lagi dan kegagalan Putrajaya untuk memelihara kedaulatan negara.
“Rakyat akan memberikan satu hukuman (kepada Umno-BN) dalam pilihan raya umum akan datang ” katanya kepada media selepas majlis perasmian Konvensyen KEADILAN Melaka di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar Selangor itu menegaskan PAKATAN melalui barisan pimpinannya mesti menonjolkan kepemimpinan yang berwibawa dan agenda rakyat cukup jelas.
Katanya, kelebihan PAKATAN yang boleh dinilai rakyat adalah kejayaan gabungan itu mentadbir Selangor dan Pulau Pinang melalui pencapaian cemerlang yang menggambarkan kesediaan mentadbir Kerajaan Persekutuan.
“Bagi saya yang menentukan kemenangan adalah rakyat, bukan individu, bukan Perdanan Menteri ” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hubungan bersama PAS juga mantap dan tidak menghadapi masalah berbanding apa digambarkan sesetengah pihak.
“Itu pandangan pihak di bawah, apa yang penting pimpinan di atas harus menentukan masa depan negara.

Najib: BN sudah asah keris, bila pun PRU14 boleh menang

KUALA LUMPUR,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Menurut Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, persiapan rapi telah dan sedang dibuat oleh Umno serta parti-parti komponen BN dan beliau yakin gabungan jentera yang kuat itu mampu mempertahankan Putrajaya.          
“Pilihan raya boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan. Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang. Kita sudah asah keris,” katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.      
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi Umno dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.
Bagaimanapun Najib mengingatkan pemimpin dan jentera BN agar tidak terlalu memikirkan bila atau siapa yang bakal terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum itu nanti, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas masing-masing untuk menawan hati pengundi.           
Beliau turut mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu yakin dan berlagak walaupun BN mempunyai kekuatan sendiri berbanding pembangkang, termasuk memenangi pilihan raya Negeri Sarawak dengan majoriti lebih besar serta menang tiga pilihan raya kecil iaitu di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Tanjong Datu.       
“Saya sebut ini kerana nak ingatkan, kita boleh menang, tapi, kita telah menang peperangan namun perjuangan belum berakhir,” katanya.       
Najib berkata beliau berpegang kepada prinsip bahawa persiapan yang rapi perlu dilakukan untuk menghadapi sesuatu perkara yang besar seperti pilihan raya umum.

‘Tak mahu rakyat terus ditipu’ - Muhyiddin


KOTA BHARU - Bersatu mahu rakyat sedar dan tidak terus tertipu dengan sandiwara politik yang sedang berlaku di negara ini.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu Jelajah Semarak dianjurkan bagi membongkar skandal yang dilakukan oleh Umno bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap isu semasa.
“Rakyat perlu sedar dan tahu permasalahan yang sedang berlaku, di mana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah yang  semakin berleluasa.
“Kita akan perhebatkan Jelajah Semarak ini ke seluruh negara di mana ia akan bermula di Kelantan pada malam ini (semalam),” katanya pada kepada media pada Majlis Perasmian Pejabat Bersatu Kelantan di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, Bersatu telah menemui kekuatannya di Kelantan apabila menerima sokongan padu daripada ahli baharu yang yakin dengan misi yang dibawa parti itu.
“Hampir semua bahagian telah ditubuhkan di negeri ini. Perlu diingatkan bersatu baru tujuh bulan ditubuhkan tetapi sudah dapat sebahagian besar penyokong yang berbilang kaum.
Justeru, beliau mahu lebih banyak aktiviti dilaksanakan selepas ini.

PAS ramal PRU14 antara Julai dan September

Tuan Ibrahim berkata PAS akan bertanding di beberapa kerusi baharu berdasarkan keadaan politik semasa terutama membabitkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain.
ibrahim-ge14MACHANG: PAS yang sebelum ini mengumumkan mahu bertanding sebagai blog ketiga meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan antara Julai dan September tahun ini, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu kata beliau, PAS kini telah siap siaga bagi menghadapi PRU14 dan gerak kerja di peringkat peti undi dan bilik operasi parti itu telah digerakkan sepenuhnya.
“Jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya. Jentera parti kini dah bersedia untuk hadapi PRU14,” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-58 yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari di Pulai Chondong di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi PRU14 walaupun sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan bertanding di beberapa kerusi baharu berdasarkan keadaan politik semasa terutama membabitkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain.
“Dulu kita bertanding di 73 kerusi dan PAS mula melihat beberapa kerusi yang kita fikir berpotensi. (Yang pastinya) PAS akan lawan BN di hampir 90 peratus kerusi yang akan ditandingi PAS,” katanya.

Tuduhan Rafizi berniat jatuhkan Pas, kata Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai bekas pimpinan kanan parti itu Datuk Nasharudin Mat Isa menerima sumbangan daripada SRC International Sdn Bhd tiada kaitan dengan Pas.
“Apa yang disebut kononnya kaitan (Datuk) Ustaz Nasharudin (Mat Isa) terima dana, beliau dah tak bersama dengan pimpinan Pas sejak 2011, dan bagi kami dia (Nasharudin) tak ada kena-mengena dengan Pas pun.
“Tuduhan Rafizi ini hanya tuduhan jahat untuk merosakkan nama baik PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan kali ke-58 hari ini.
Justeru, beliau berkata, Pas tidak menganggap tuduhan itu sebagai sesuatu yang serius kepada parti itu.
"Sebab itu, kita melihat tuduhan itu sebagai usaha dan niat jahat untuk menjatuhkan Pas dan menganggapnya sebagai gangguan untuk melengah-lengahkan kejayaan Pas.
"Pas tiada kena mengena dan kita tidak terkesan kepada tuduhan tersebut. Kita akan fokus kepada perkara yang lebih penting dan bermanfaat," katanya lagi.
Semalam, Rafizi mengemukakan akuan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas.
Menurut Rafizi, sumber beliau adalah bekas pegawai kanan SPRM yang biasa dengan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

Pas tak teragak-agak ambil tindakan ahli ‘curang’..!!!

BATU PAHAT - Pas melalui Lembaga Tatatertibnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan pada ahlinya yang ‘curang’ dengan parti berkenaan bagi menjaga disiplin para ahlinya.
Bagaimanapun katanya, tindakan yang dilakukan itu termasuklah memecat keahliannya seseorang ahli hanya akan dibuat sekiranya ada laporan atau arahan daripada pimpinan pusat.
PAS Pengerusinya, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, selagi pihaknya tidak menerima sebarang laporan, selagi itulah tiada tindakan yang dilakukan kepada mana-mana individu yang bergelar ahli.
“Kita tidak akan melakukan sebarang tindakan yang melulu, selagi tiada arahan…selagi tiada aduan atau laporan, selagi itulah tiada tindakan.
“Ini telah termaktub dalam prosedur dan juga perkara yang tercatat dalam perlembagaan Pas,” katanya ketika sidang media selepas Perasmian Konvensyen Pas Johor, di Semerah, yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas status Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkenaan tindak-tanduknya terhadap parti kebelakangan ini.
Terdahulu, Mahfuz sejak Muktamar Pas lalu dilihat semakin kerap mengkritik Pas seolah-olah tidak sehaluan dengan kepimpinan parti selain sering menghadiri ceramah serpihan Pas, Amanah.
Malah, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin juga sebelum ini pernah menganggap Mahfuz sebagai bukan lagi ahli Pas.

Rafizi cuba pecah belah PAS-PKR, dakwa Mohd Amar

Menurut Mohd Amar, Rafizi macam berusaha untuk memastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.
Mohd-Amar-Nik-rafiziALOR SETAR: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat cuba untuk memecah-belahkan hubungan politik antara PAS dan PKR.
“Beliau (Rafizi) macam berusaha untuk memastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.
“Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR,” kata beliau.
Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi membuat akaun bersumpah dan konsisten menuduh PAS menerima dana daripada 1MDB, namun bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa telah menafikan dakwaan itu.
Sementara itu, Mohd Amar berkata kemenangan tanpa bertanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing menjelang Muktamar Pusat Ke-63 hujung bulan ini membuktikan sokongan pasu anggota PAS terhadap kepimpinan mereka.
“Ini sekali gus menyangkal dakwaan golongan tertentu dan PKR bahawa anggota PAS tidak mahukan Abdul Hadi kekal sebagai presiden PAS,” katanya .

‘SYAITAN BESAR, KECIL GANGGU GELOMBANG RUU 355’

TIDAK diduga betapa pindaan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 mencetuskan gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua kumpulan terhadap Islam.
Walaupun ia bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti- Islam, namun tetap dikaitkan juga. Tujuannya untuk menikam Islam daripada segenap penjuru dengan hukum ALLAH SWT tersebut, walaupun mereka jahil berkenaannya. Matlamatnya semata-mata mencacatkan wajah Islam yang murni dan mulia.
Walaupun RUU 355 melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya melalui parlimen dengan kebijaksanaan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia menangguh lagi untuk memanjangkan perbahasannya bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak.
Pas dan semua yang menyokongnya daripada Umno dan lain-lain menerima dengan terbuka, namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya.
Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355.
RUU 355 adalah perkara Islam yang paling mudah difahami oleh setiap penganut Islam yang beriman dan budiman walaupun sebesar zarah paling halus dan paling lemah pegangan agamanya, tetapi rasa kasihkan Islam masih tersemat di dalam dirinya.
Maka, RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.
Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk tidak menghalang kerana punya sifat persaudaraan kemanusiaannya dalam satu negara yang wajib dihormati, kerana bahasa penjelasannya pula sangat mudah difahami perlunya bagi umat Islam sahaja, tanpa gangguan terhadap bukan Islam.
Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wudhu’ dan sembahyang pun ada was-was syaitan.
Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa.
ALLAH SWT mendedahkan betapa kalangan bukan Islam yang bermusuh terhadapnya dan segelintir serpihan kalangan Islam yang ada sifat munafiq lapuk bersamanya, berpura-pura Islam mencari kesempatan semata-mata apabila mereka tidak dapat menyembunyikan rasa hati sanubari mereka kebenciannya terhadap Islam, walaupun penganut Islam menunjukkan semangat persaudaraan bermasyarakat majmuk.

Lantikan Hisham bukti kempen fitnah Umno gagal

Ki siang juga mendakwa Umno mula sedar yang pengundi Melayu tidak tertarik dengan kempen fitnah terburuk terhadap beliau dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain.
limkitsiang-hishamudin2Lim Kit Siang menyifatkan pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas sebagai pendekatan politik dan strategik kerana usaha parti itu memburuk-burukkan Pakatan Harapan (PH) gagal.
Ketua Parlimen DAP itu mendakwa Umno mula sedar yang pengundi Melayu tidak tertarik dengan kempen fitnah terburuk terhadap beliau dan juga pemimpin-pemimpin PH yang lain.
Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk melantik sepupunya, Hishammuddin sebagai “lelaki kedua paling berkuasa” dalam kerajaan pada hari ini.
Katanya, keputusan itu juga meletakkan Hishammuddin mengatasi kedudukan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden Umno.
Zahid yang dilantik mengisi tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan naib presiden Umno.
“Ia hanya bermakna yang kesungguhan dan peningkatan kempen fitnah Umno dan BN dengan bantuan media dikawal mereka, tidak memberi pemimpin BN ketenangan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Rabu lalu, Najib mengumumkan pelantikan Hishammuddin sebagai menteri tugas-tugas khas. Hishammuddin masih mengekalkan portfolio beliau dalam Kabinet sebagai Menteri Pertahanan.
“Rekod politik saya selama 51 tahun dan ahli-ahli DAP merupakan satu buku terbuka. Kami menyokong keadilan dan hak-hak ekonomi dan politik asas untuk semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk satu-satu kaum atau agama.

Pemuda Pas Kelantan lulus usul putus hubungan dengan PKR

Muktamar Pemuda Pas Kelantan hari ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Foto FB Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Muktamar Pemuda Pas Kelantan hari ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Foto FB Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan ke-58 hari ini meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR.
Usul itu dibawa oleh perwakilan Pemuda PAS kawasan Kota Bharu, Adnan Wazir.
Adnan berkata, PKR tidak mempunyai pendirian jelas dalam bertahaluf dengan Pas dan tindakan sesetengah pimpinan PKR masih menyerang pimpinan Pas termasuk ketika berkongsi pentas bersama Parti Amanah Negara mendorong kepada keputusan mengakhiri tahaluf siyasi dibuat.
"Dewan Pemuda Pas kawasan Kota Bharu mengusulkan keputusan segera dibuat oleh pimpinan Pas pusat berkenaan isu memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli berkata, usul yang dipersetujui itu akan dibawa ke Muktamar Pas Pusat hujung bulan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menegaskan hubungan dengan PKR ditentukan suara majoriti dalam muktamar.
Beliau berkata ahli-ahli dan penyokong Pas hendaklah bersabar menunggu muktamar yang diadakan tidak lama lagi.

MUKTAMAR 64: ISKANDAR, IDRIS AHMAD DIJANGKA KALAH


NAIB Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad dijangka tidak mampu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pada Muktamar Pas Tahunan Kali ke-64 yang dijadual berlangsung 28 April hingga 1 Mei ini.
China Press meramalkan exco Selangor itu kemungkinan mengalami kekalahan disebabkan sikapnya yang tidak cukup keras dalam mempertahankan kepentingan parti ketika berdepan beberapa isu penting sejak kebelakangan ini.
Akhbar ini percaya Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan yang turut bertanding dalam jawatan naib presiden tidak akan menghadapi laluan sukar untuk memenangi jawatan tersebut.
“Selain Iskandar, seorang lagi penyandang jawatan naib presiden yang akan mengalami nasib sama ialah Idris Ahmad. Daripada tiga penyandang, hanya Datuk Mohd Amar Abdullah yang juga timbalan menteri besar Kelantan yang dipercayai tidak akan menghadapi masalah besar untuk kekal memegang jawatan naib presiden.
“Kedudukan Iskandar dalam Pas dikatakan semakin hari semakin lemah berdasarkan ketidakupayaannya dalam memimpin parti di Selangor. Beliau tidak menunjukkan pendirian keras dalam isu keengganan bekerjasama dengan mana-mana parti seperti mana yang ditegaskan oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sebaliknya Mohd Amar menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Abdul Hadi dalam isu RUU 355 dan isu untuk tidak ingin bekerjasama dengan mana-mana parti,” tulis akhbar ini.
Muktamar kali ini dijadualkan berlangsung di Kompleks Pas, Alor Setar, Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan.

PAS Johor tanding lebih 40 kerusi jika bersendirian

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri itu melebihi 38 kerusi yang ditandingi dalam PRU13 semasa dalam Pakatan Rakyat.
Mahfodz-Mohamed-pas-johorPAS Johor mahu bertanding lebih banyak kerusi di negeri itu jika Majlis Syura Ulama memutuskan tidak lagi menjalin kerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri itu melebihi 38 kerusi yang ditandingi dalam PRU lalu semasa dalam Pakatan Rakyat.
“Bagaimanapun keputusan bertanding berapa kerusi itu bergantung kepada Muktamar PAS kelak sama ada hubungan dengan PKR diputuskan atau tidak yang seterusnya akan ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama.
“Namun, sekiranya bersendirian, PAS Johor akan lawan di lebih banyak kawasan, mungkin lebih 40 kerusi,” kata beliau dipetik Utusan Online selepas menghadiri Konvensyen PAS Johor di Parit Sulong, Batu Pahat hari ini.
Kata beliau, pihaknya juga telah bersedia termasuk sedang menapis senarai calon yang berpotensi untuk dinamakan kelak.
Pada PRU13, PAS bertanding di 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memenangi 4 kerusi. Parti itu meletakkan calon di 4 kerusi Parlimen tetapi tidak menang sebarang kawasan.
Muktamad PAS akan berlangsung hujung bulan ini.

Dana 1MDB: Pentadbiran Selangor tak terjejas isu Nasharudin, sembang PAS

PAS tidak membiarkan tuduhan terhadap Nasharudin mengganggu perjalanan kerajaan
Iskandar-Abdul-Samad_selangor_600
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Saman mengakui pentadbiran kerajaan Selangor masih berjalan seperti biasa walaupun Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyerang kepimpinan PAS.
Beliau berkata pihaknya tidak membiarkan tuduhan itu mengganggu perjalanan kerajaan.
“Di Selangor, PAS, PKR dan DAP mendapat mandat memerintah kerajaan negeri, jadi kita kena penuhi tanggungjawab tersebut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Nasional Negaraku Menjelang 60 Tahun Merdeka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.
Kelmarin, Rafizi menerusi akuan berkanun menamakan bekas timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa sebagai individu yang menerima sejumlah wang berkait 1MDB.
Menurutnya, perkara itu diberitahu kepada beliau secara lisan oleh bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan mengesahkan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendapat maklumat yang sama.
Mengulas lanjut, exco perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar itu berkata, Rafizi boleh membuat apa sahaja pertuduhan tapi mestilah mengutamakan kehendak rakyat.
“Ahli politik sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat, bukannya cerita siapa dapat RM3.5 juta, siapa dapat RM9.5 juta.
“Rakyat sebenarnya menyampah, mereka nak kerajaan atau parti politik selesai masalah mereka, bukan menjaja cerita sebegitu,” katanya.
Mengulas mengenai muktamar PAS yang akan diadakan pada hujung bulan ini, Iskandar yang akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS melihat ia sebagai perlawanan persahabatan.

Rafizi sedia disaman, cabar Nasharuddin isytihar harta

Rafizi Ramli mengemukakan laporan kepada akuan bersumpah kepada SPRM semalam berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada PasRafizi Ramli mengemukakan laporan kepada akuan bersumpah kepada SPRM semalam berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengalu-alukan niat bekas timbalan presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa mahu menyamannya atas dakwaan memfitnah tetapi turut menyarankan Nasharudin mengisytiharkan semua harta dan pendapatannya.
"Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang saksi.
"Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai penglibatan beliau dalam melobi pimpinan Pas supaya menjadi lunak dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga Pas dilihat tidak lantang memperjuangkan keamanahan perdana menteri dalam skandal 1MDB," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Rafizi menyarankan Nasharuddin membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi yang beliau terajui.
"Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau, dibelanjakan," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.
Semalam, Nasharudin menafikan pembabitannya sebagai orang tengah dalam penyaluran wang dana 1MDB kepada Pas dan sedia bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan yang dikeluarkan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah dan bersedia mengambil tindakan undang-undang.
Terdahulu, Rafizi mengemukakan akuan bersumpah kepada SPRM berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas.
Menurut Rafizi, sumber beliau adalah bekas pegawai kanan SPRM yang biasa dengan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.
Mengulas lanjut, Rafizi hari ini menegaskan keyakinannya terhadap kedua-dua maklumat yang diterimanya serta proses akuan berkanun untuk mengisytiharkan semua harta.
Dalam menggesa Nasharudin membuat pengisytiharan dari tahun 2012 sehingga tahun ini, Rafizi bagaimanapun mengingatkan ada beratus akauntan dan peguam yang akan meneliti akaun berkanun itu.
"Jika ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara," tegas Rafizi.

Rafizi hairan Khairuddin rapat dengan Umno selepas dapat maklumat dana 1MDB

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli  hairan terhadap Ketua Penerangan Ulama Pas Pusat Khairuddin Aman Razali yang menjadi lebih rapat dengan Umno selepas mendapat maklumat mengenai dana 1MDB.
"Mengenai reaksi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menghukum saya setelah saya mendedahkan beliau juga ada maklumat yang saya ada (malah lebih awal), saya hairan kenapa setelah menerima maklumat itu beliau menjadi lebih rapat dengan Umno?" soalnya dalam kenyataan.
Malah katanya, Khairuddin juga mengejutkan bekas aktivis rakyat Malaysia di United Kingdom apabila beliau hadir dalam program anjuran Kelab Umno United Kingdom yang turut menampilkan pemimpin Umno.
khairuddin aman razalikhairuddin aman razaliSemalam Khairuddin mendakwa Rafizi seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai kerana membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas.
Beliau berkata, jika bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPPRM) yang dirujuk oleh Rafizi sebagai sumber tuduhan beliau adalah pegawai sama yang ditemui beberapa pimpinan Pas sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, sangat jelas Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.
"Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau 'merasakan' pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam 'seimbas lalu' sahaja yang 'dirasakan' mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan Pas.
"Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau (pegawai SPRM) menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru, kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau," katanya.
Kharuddin juga berkata, pegwai SPRM itu juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan dan semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang bukti.
Justeru Pas menganggap ia hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai untuk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit.

Kini tiba masa untuk menyerang, sembang Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya aktivis media sosial pro kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang musuh-musuh di alam maya dalam usaha mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.
Perdana Menteri yang berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh para aktivis itu untuk kerajaan BN, mahu mereka juga melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baharu.
"Kita sudah lama berada dalam defensive mode (mod bertahan). Cukuplah. Kini tibalah masa untuk menyerang!" katanya menerusi blog najibrazak.com bertajuk Himpunan Aktivitis Media Sosial 2017.
Najib berkata medan perang pada hari ini, misalnya dalam pilihan raya, sudah berubah dan tidak dalam bentuk fizikal atau face to face (bersemuka), tetapi alam maya atau ruang siber adalah medan perang yang baharu.
Beliau memberi contoh dalam dua pilihan raya umum yang lalu apabila kerajaan BN terdedah kepada serangan tanpa ada bala tentera yang boleh menangkis serangan itu, namun hari ini sudah ramai aktivis media sosial sebagai panglima alam maya yang setia dan tetap percaya dengan perjuangan dan dasar kerajaan BN.
Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan para aktivis media sosial itu supaya berpegang kepada tiga prinsip asas untuk perjuangan bersama.
Pertama ialah mereka perlu mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan komited kepada perjuangan bersama untuk menegakkan kerajaan BN dan yang keduanya ialah memperluaskan rangkaian alam maya agar mesej yang disampaikan kepada rakyat dapat disebarluaskan dengan lebih berkesan.
Prinsip ketiga ialah mereka perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum terdahulu.
"Kita mesti tangkas dalam respons dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, bahawa kononnya kita mewujudkan keadaan blackout di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.
"Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri," katanya.
Najib menjangka pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa dengan melontarkan sesuatu yang tidak terfikir untuk membuatkan orang marah dan benci pada kerajaan BN kerana mereka berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu "If you cannot convince them, confuse them" (jika anda tidak dapat meyakinkan mereka, kelirukan mereka).

'Pihak halang RUU 355 seperti membabi buta' - Hadi


Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) bermaksud menghalang jalan Allah, keadilan dan rahmatNya kepada seluruh alam dan mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam.
"RUU 355 adalah tangga menaikkan hukum syariat yang dihalang dan dihina oleh penjajah dahulu dan pintu memperkenalkan sistem kehakiman Islam dan hukuman Islam yang mendidik penjenayah dan masyarakat.
"Apabila ditentang bermakna menghalang jalan Allah, keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh alam, bermaksud mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam.
"Tindakan menghalangnya adalah satu kezaliman dan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam dan setiap manusia yang ingin mencari kebenaran dan kebaikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tindakan ini juga kata Hadi, mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, tindakan pihak yang menentang pindaan Akta 355 atau dipopularkan dengan sebutan RUU 355 adalah tindakan yang membabi buta.

"Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula," katanya.
Justeru, Hadi berkata, umat Islam yang bangkit bersatu tidak boleh memaafkan pihak yang menentang RUU 355 dan orang bukan Islam pula wajib menolak parti politik yang bersifat cauvinis dan oportunis.
"Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk bermadani wajib menolak parti politik dan semua kumpulan yang sifatnya sudah tidak adil dalam politiknya, bersifat cauvinis dan opportunis tanpa perhitungan secara saksama," katanya lagi.
RUU 355 cetus gelombang besar
Hadi juga berkata, beliau tidak menduga RUU 355 mencetuskan gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua kumpulan terhadap Islam.
Kata beliau, walaupun ia bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti-Islam, namun tetap dikaitkan juga.

TIDAKKAH SARANAN ZAHID BOLEH BURUKKAN LAGI GAMBARAN KEPADA NAJIB, HISHAM?

Di ketika 93.4 peratus ahli UMNO serta rakyat biasa percaya dan melihat perlantikan Hishammudin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah isyarat tidak baik untuk masa depan politik Timbalan Perdana Menteri kerana ia seolah-olah suatu promosi tambahan kepada sepupunya itu, Najib Razak sebaliknya menyatakan perlantikan itu adalah atas saranan Zahid Hamidi sendiri

Menurut Najib, sebelum perlantikan itu diumumkan pada 12 Mac lalu, ia sudah dibincangkan selama berbulan-bulan dengan Timbalan Perdana Menteri.

"Bila saya umumkan Hishammuddin yang sudah jadi Menteri Pertahanan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, saya dah bincang dengan Zahid Hamidi selama berbulan-bulan, malah beliau yang cadangkan nama Hishammuddin itu.

"Sebab itu saya nak beritahu, jangan ada yang cuba melaga-lagakan Hishammuddin dengan Zahid Hamidi," ujar Najib.

Ehem...ehem...Betulkah perlantikan Hishammuddin itu atas saranan Zahid Hamidi?
Sebaik dilantik dua hari lalu, Hishammuddin mengatakan perlantikannya itu adalah keputusan Najib untuk meringankan beban tugas Perdana Menteri, tetapi beliau belum mengetahui lagi bidang tugas khusus untuknya.

Kata sepupu Najib itu, beliau akan berbincang kemudian mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri.

Zahid Hamidi pula, beberapa jam selepas perlantikan Hishammudin itu memberi reaksi beliau menyokong tugas baru yang diberikan untuk membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala serta tugas tertentu yang akan membawa kelicinan dalam pentadbiran kerajaan.

Memberi reaksi lanjutnya lagi pada semalam, Zahid Hamidi mengajak Hishammuddin membuat kerja seperti biasa tanpa menghiraukan pelbagai tanggapan yang timbul berikutan perlantikan tambahan rakan Naib Presiden UMNOnya  yang hampir kalah dalam pemilihan 2013 lalu sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, di samping terus kekal menjadi Menteri Pertahanan.

“Saya juga pernah dipertikai tapi saya tak peduli tentang perkara itu dan jalankan tugas serta tanggungjawab seperti biasa. 

"Selagi tak buat salah dengan Allah, tak salah di sisi undang-undang dan etika kerja, saya akan teruskan walau apa pun orang bercakap,” kata Zahid lagi.

Daripada reaksi Zahid itu, tidak terlihat langsung gambaran yang menunjukkan beliau yang memberi sananan kepada Najib berhubung perlantikan Hishammuddin itu.

Skandal 1MDB: Peguam Najib belum dapat maklumat saman AS$3.7 bilion

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun belum mendapat maklumat mengenai saman difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah AS$ 3.7 bilion berikutan kerugian yang sama ditanggung 1MDB.
Hafarizam ketika dihubungi berkata beliau masih tidak mendapat sebarang maklumat mengenai saman yang difailkan Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor itu.
"Saya mohon maaf tidak boleh komen apa-apa kerana tiada maklumat atau dokumen saman itu.
"Juga saya tak pasti sama ada dokumen saman itu telah diserahkan, bila diserahkan dan sebagainya," katanya kepada Malaysiakini dalam satu kiriman teks hari ini.
Hafarizam berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau telah menerima arahan untuk mewakili saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Ezam yang juga bekas senator menyaman Najib atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan Malaysia.
1MDB dan kerajaan juga dinamakan sebagai defendan, selain Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan 11 yang lain.
Ezam, yang diwakili peguam Farez Jinnah, mendakwa mereka sengaja menyebabkan kerugian kepada 1MDB.
Kerugian AS$3.7 bilion yang didakwa ditanggung 1MDB meliputi pindahan sebanyak AS$1.03 bilion kepada Good Star Ltd dan diguna untuk usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd, AS$ 1.367 bilion dibayar kepada Aabar BVI dan AS$ 1.26 bilion dibayar kepada Tanore Finance Corporation (TFC).

Karikatur, satira politik gunakan kawanan haiwan sebagai watak permudah sampai mesej

Pada tahun 1945 George Orwell atau nama sebenarnya Eric Arthur Blair telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Animal Farm” (Politik Kandang) di England. Beliau menulis buku ini pada sekitar November 1943 sehingga Februari 1944 yang mana watak dan latarnya berkisarkan mengenai Revolusi Russia yang berlaku pada 1917 yang berlanjutan sehingga ke era Stalinis.
Orwell menterjemahkan kritikannya terhadap Kesatuan Soviet dalam bentuk tulisan satira yang menggunakan kawanan haiwan sebagai watak-watak utama. Ia menjadikan haiwan-haiwan tersebut sebagai maksud kepada Kesatuan Soviet yang telah dibina di atas kultus personaliti dan dikuatkuasakan oleh pemerintahan berlandaskan keganasan hingga menjadi sebuah diktator yang kejam.
Setahun selepas itu, 1946, Orwell telah menulis sebuah rencana yang bertajuk “Why I write?” yang menerangkan tujuan beliau menulis selama ini. Dalam rencana tersebut terdapat 4 tujuan yang dinyatakan dimana salah satunya adalah tujuan politik dengan menggunakan maksud politik dalam erti kata yang seluas mungkin. Ia sebagai satu kompas untuk membawa dunia ke arah yang tertentu dan mengubah pemikiran orang ramai kepada cara berfikir yang tertentu.
Beliau menyatakan tiada satupun buku yang benar-benar bebas untuk tidak berat sebelah kepada politik dan menolak pendapat bahawa seni tidak harus mempunyai apa-apa kaitan dengan politik itu sendiri adalah satu sikap politik.
Satira dalam Hikayat Jelajah ke Barat
Lebih awal sebelum itu iaitu pada tahun 1592, seorang novelis dan penyair Cina iaitu We Cheng’en telah menulis sebuah karya yang bertajuk “Xi You Ji” atau “Hikayat Jelayah ke Barat”.
Salah satu watak dalam karya ini yang sangat terkenal di seluruh dunia adalah Sun Wukong atau Xingzhe yang merupakan seekor monyet yang sangat nakal dan pernah menghuru-harakan istana kayangan. Akibatnya Wukong dijatuhkan hukuman dihempap batu di bawah Gunung Berunsur Lima oleh Bodhisattva selama 500 tahun.
Selepas Wukong dibebaskan, dia ditugaskan untuk membantu Sami Tang atau Xuan Zhuang bersama Zhu Bajie dan Sami Sha untuk pergi mendapatkan 657 set kita Buddha di India.
Namun, perjalanan yang mengambil masa 17 tahun ini (629-645 Masihi) sangat jarang difahami oleh orang umum bahawa sebenarnya adalah merupakan kritikan dan satira kepada sistem feudalisme masyarakat Cina ketika itu. Woo Tack Lok dalam kata pengantar penterjemah bahasa Melayu menyatakan;

Kera dapat bunga, Fahmi Reza sindir Hadi

PAS sedia ambil tindakan sekiranya mendapati ada unsur fitnah terhadap Hadi.
Fahmi-Reza-kartun-koyakPETALING JAYA: Aktivis Fahmi Reza yang sebelum ini berhadapan masalah kerana kartun yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut, kini menghalakan penanya ke arah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam posting terbarunya di Facebook, Fahmi memuat naik lakaran Hadi mengoyak keratan helaian Nanyang Siang Pau, dengan ayat “Seperti kera mendapat bunga”.
Ia dipercayai merujuk kepada kemarahan dan protes penyokong PAS terhadap akhbar berbahasa Cina itu yang menuntut ia meminta maaf kerana menyiarkan kartun monyet mempersendakan Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dalam reaksi segeranya, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu FMT, beliau masih belum melihat karikatur itu tetapi dan menyerahkannya kepada peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Seperti kartun yang diterbitkan Nanyang Siang Pau, kami berikan kepada peguam untuk mereka lihat sama ada kami boleh ambil tindakan.
“Presiden kami ada hak untuk tidak difitnah, atau digambarkan secara buruk seperti itu. Jadi kami mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu,” katanya.
Takiyuddin menambah, karikatur Fahmi sengaja untuk membangkitkan kemarahan dan mengalihkan pandangan daripada keutamaan PAS, iaitu memperkasakan mahkamah syariah.
Sebelum ini, Nanyang Siang Pau menerbitkan kartun bertajuk “Akta Drama Monyet”, memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dengan label Hadi bertenggek di sebatang pokok “Akta 355”, merujuk kepada rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.
Kartun itu merupakan gambaran sinis terhadap sesi Dewan Rakyat pada Khamis lalu, yang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa wakil rakyat pembangkang selepas Pandikar menangguhkan sidang sebelum memberikan ruang RUU dibahaskan.
Tindakan akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan kartun itu menimbulkan ketidakpuashatian PAS sehingga menganjurkan demo di hadapan pejabat akhbar berbahasa Cina itu Selasa lalu.
Kementerian Dalam Negeri pula telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar itu.
“Rasa tersinggung?’

Saman Ezam tak berasas, Najib tiada kaitan 1MDB sembang Muhd Rahimi

Saman yang dikemukakan oleh Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Ezam Md Noor untuk menuntut ganti rugi daripada Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali.
Perdana menteri tidak mempunyai kaitan secara langsung dalam perjalanan operasi dan perniagaan yang dijalankan oleh 1MDB.
Ini disahkan dalam laporan 106 muka surat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh perdana menteri bersalah dalam isu 1MDB.
Transaksi usahasama perniagaan 1MDB yang disebut dalam saman Ezam Md Noor adalah transaksi yang sama disebut dalam kes saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Namun, 1MDB telah berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama tersebut.
Sebagai contoh, dalam usahasama bersama Petro Saudi, 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB. Tuntutan Ezam bahawa dia sebagai pembayar cukai dan seorang rakyat ‘bakal menanggung kerugian’ adalah tidak berasas sama sekali.
Seperti yang dinyatakan, bebanan yang ditanggung oleh 1MDB sebelum ini adalah berpunca dari masalah pengurusan dan tadbir urus korporat yang lemah oleh pihak pengurusan sebelum ini. Tidak ada sebarang bukti penglibatan, penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh perdana menteri.
Dalam minit mesyuarat yang dikemukan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC, Ahli Lembaga Pengarah 1MDB juga telah bertindak tegas dengan menyoal, memberi teguran dan memberikan arahan kepada pihak pengurusan 1MDB untuk memastikan perjalanan syarikat lebih teratur dan profesional.
Melalui beberapa langkah strategik dan penstrukturan semula, 1MDB telah berjaya membayar kembali kesemua hutang jangka pendeknya.
Malah, beberapa hari lalu kita saksikan 8 buah pengkalan udara baru yang lebih moden dan selesa telah hampir siap dibina sepertimana perjanjian 1MDB dengan kerajaan sebelum ini. Keseluruhan pembinaan ini menelan belanja hampir RM2.7 billion. Secara logiknya, jika benar 1MDB kehilangan wang sebegitu banyak, ia tidak akan mampu melaksanakan komitmen sebesar ini.

HUSAM: ANAK MUDA PENERAJU PERUBAHAN KELANTAN & MALAYSIA

Rafizi Berniat Jahat - Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Rafizi saran Nasharudin buat akaun berkanun isytihar harta

Raja Kamarul Bahrin: Najib Razak Takut Kepada Kebangkitan Anak Muda

ZAID MAT ARIF: SEKETOL -SEKETOL TANDA PILIHAN RAYA DI SEBUT

YB TAN SERI MAHYUDIN YASSIN,BERTEBOR DIA BOGELKAN UMNO@BN

FULL: JELAJAH SEMARAK "SELAMATKAN MALAYSIA SELAMATKAN RAKYAT" - PASIR PUTIH, KELANTAN

Nurul Izzah Anwar-Kebejatan Kerajaan Dipimpin Najib Razak

YB Nurul Izzah Anwar Kebobrokkan Kerajaan Dipimpin Najib Razak