Jumaat, 14 April 2017

Rafizi buat laporan SPRM, mahu fokus siasatan ke atas 1MDB, SRC

Rafizi sahut cabaran PAS, nafi terima wang dari ahli perniagaan

Tak terkejut, 'kaki fitnah' memang kerja macam tu - Tuan Ibrahim

Skandal 1MDB: Ezam saman Najib, kerajaan AS$3.657 bilion

Rafizi Lapor Ke SPRM, Minta Nasharuddin Letak Jawatan Penasihat SPRM

1.6 juta penjawat awam gelisah dengan pentadbiran Najib Razak

KLANG, 14 APR: “Terdapat kegelisahan dan kesedihan yang meluas di kalangan rakyat termasuk 1.6 juta penjawat awam terhadap kerajaan UMNO-BN,” kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Justeru kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) diingat supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ugutan huru-hara, rusuhan atau melakukan sebarang tindakan tidak demokratik untuk menghalang kebangkitan rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ini kerana PRU-14 dijangka akan memperlihatkan perubahan politik besar-besaran di Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.
“Untuk kekal berkuasa, UMNO-BN menggunakan pembohongan, politik ketakutan dan kebencian untuk mencipta ketakutan di kalangan rakyat khususnya kepada kaum Melayu dengan mendakwa jika UMNO tewas, maka orang Melayu akan hilang kuasa politik dan hak.
“Itu semua mengarut!” tegas beliau dalam dialog di Kota Alam Shah dekat sini semalam.
Menangkis segala propaganda jahat UMNO itu, Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut berkata Pakatan Harapan yang terdiri dari DAP, PKR, Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membentuk kerajaan perlu melaksanakan tugas dengan lebih baik daripada kerajaan sekarang.

Sidang Parlimen Rakyat bahas RUU355 capai sasaran

KUALA LUMPUR, 14 APR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) dalam Sidang Parlimen Rakyat melalui media sosial 10 April lalu berjaya mencapai sasaran.
Perbahasan yang disiar langsung melalui laman Facebook Invoke, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan pimpinan Pakatan Harapan lain katanya berjaya mencatat jumlah tontonan sehingga 214 097, dengan hampir satu juta akaun FB mengikutinya, 2714 perkongsian dan 14,496 komen.
“Teknologi digital dan media sosial menjadikan rakyat Malaysia akan lebih inklusif dalam sesuatu perkara.
“Proses membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat boleh didemokrasikan melalui teknologi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkara berkaitan, beliau menyatakan sokongannya terhadap cadangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemerkasaan mahkamah syariah.
“Satu langkah lebih padu dan praktikal yakni dengan desakan penubuhan jawatankuasa pilihan Parlimen bagi mengkaji dan mencadangkan apa yang perlu dilakukan untuk memperkasa mahkamah syariah.
“Di mana, jawatankuasa berkenaan yang diletakkan bawah Parlimen pastinya akan turut dianggotai pakar dalam pelbagai bidang termasuklah perundangan Islam,” kata beliau.

PRU14: Pas Kepala Batas sedia tanding tiga penjuru

Himpunan
SUNGAI DUA - Pas Kawasan Kepala Batas sedia untuk bertanding tiga penjuru andai mana-mana parti daripada Pakatan Harapan meletakkan calon untuk bertanding.
Yang Dipertua Pas Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali berkata, buat masa ini antara kawasan Kepala Batas yang dipertandingkan Pas adalah Kepala Batas dan di kawasan Penaga.
"InsyaALLAH, buat masa ini, di peringkat Pas Kawasan Kepala Batas kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya tiga penjuru di kawasan yang dipertandingkan Pas sebelum ini.
"Bagaimanapun, Pas Kawasan Kepala Batas akan mematuhi apa saja yang diputuskan dalam muktamar yang akan datang ini, dan pada saya bagi kawasan Kepala Batas dan Penaga, sekiranya ada parti lain daripada Pakatan Harapan bertanding, kita akan sedia untuk bertanding juga kerana itu sememangnya kerusi yang Pas pertandingkan sejak dahulu," katanya.

Katanya, jentera Pas Kawasan Kepala Batas berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.
"Buat masa ini, daripada segi jentera, kita sememangnya berada dalam kebersiap siagaan yang tinggi.
"Dan jentera pilihanraya juga telah dilancarkan pada minggu lalu, dan Alhamdulillah, setakat ini sokongan padu diterima daripada semua ahli," katanya.
Menurutnya, bagi perancangan untuk PRU yang akan datang ini, Pas juga bakal meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Pinang Tunggal dan Bertam.
"Dari kajian yang kita lakukan, kedua-dua kawasan ini majoritinya adalah terdiri daripada Melayu dan bagi Pas ini tidak jadi masalah untuk kita bertanding bagi kedua-dua kerusi ini," katanya.

PM lancar Jalinan Rakyat Plus, jentera BN hadapi PRU14

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), yang bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Perdana menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra kira-kira 3.45 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi Umno dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Jalinan Rakyat yang dilancarkan pada 7 Ogos 2009 bagi menggantikan Konsep Ketua 10 (K10) yang diguna pakai dalam Pergerakan Wanita Umno, merupakan pendekatan lebih strategik bagi menjalin hubungan lebih rapat dan erat dengan rakyat.

JR Plus bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap Umno, wanita, pemuda dan puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.
Dalam ucapannya, Najib berkata semangat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diamalkan kerajaan selama ini diterjemahkan dalam jentera BN yang mana ketiga-tiga sayap Umno dan parti-parti komponen pelbagai peringkat bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak yang berkaitan akan bekerjasama menghadapi PRU-14 nanti.

"Bezanya dahulu kita dalam lohong dan silo masing-masing, agak bersifat jaga kawasan kita. Orang lain jangan masuk dan ambil peduli. Jangan tanya pun. Era itu kita nampak sudah tidak sesuai.

"Kita hendak kerjasama bukan persaingan. Kita hendak kongsi maklumat. Apa yang kita dapat kita kongsi. Sharing is caring. Jangan kata hak ini aku punya.

"Apa guna maklumat yang Wanita dapat tetapi tidak dikongsi dengan orang lain kalau maklumat tidak diambil tindakan, ia hanya tinggal sebagai maklumat. Maklumat yang berhasil adalah yang boleh sama ada Pemuda, Puteri atau parti komponen pelbagai peringkat boleh ambil tindakan," katanya.

PRU14: Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Menurut Najib, yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, persiapan rapi telah dan sedang dibuat oleh Umno serta parti-parti komponen BN dan beliau yakin gabungan jentera yang kuat itu mampu mempertahankan Putrajaya.

"Pilihan raya boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan. Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang. Kita sudah asah keris," katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pimpinan tertinggi Umno dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.

Bagaimanapun Najib mengingatkan pemimpin dan jentera BN agar tidak terlalu memikirkan bila atau siapa yang bakal terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum itu nanti, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas masing-masing untuk menawan hati pengundi.

Beliau turut mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu yakin dan berlagak walaupun BN mempunyai kekuatan sendiri berbanding pembangkang, termasuk memenangi pilihan raya Negeri Sarawak dengan majoriti lebih besar serta menang tiga pilihan raya kecil iaitu di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Tanjong Datu.

"Saya sebut ini kerana nak ingatkan, kita boleh menang, tapi, kita telah menang peperangan namun perjuangan belum berakhir," katanya.

Najib berkata beliau berpegang kepada prinsip bahawa persiapan yang rapi perlu dilakukan untuk menghadapi sesuatu perkara yang besar seperti pilihan raya umum.

"Saya kira kita sudah bersedia, tapi masih ada lagi sikit kerja. Kita mesti pastikan jentera kita buat kerja," katanya.

Dana 1MDB: 'Tak ke bengong tuan-tuan, ini zaman fitnah' - Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pelik dengan sikap pihak yang lebih percaya sumber luar berbanding pemimpin parti itu sendiri.
Mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Tuan Ibrahim berkata, beliau hadir kesemua mesyuarat PAS dan beliau sudah pasti tahu jika benar parti itu menerima dana 1MDB daripada Datuk Seri Najib Razak.
“Kita (saya) duduk dalam mesyuarat PAS Pusat, Mesyuarat harian PAS Pusat, Mesyuarat Syura pun saya terlibat, semua mesyuarat politik saya terlibat, kalau parti terima dana luar saya mesti tahu.
“Tapi yang pelik, kita masuk mesyuarat beritahu orang, tapi orang tak percaya, orang yang tak masuk mesyuarat itu orang percaya.

“Tak ke bengong tuan-tuan, ini zaman fitnah,” kata Tuan Ibrahim dalam ceramahnya Kuala Terengganu malam tadi yang rakamannya dimuat naik oleh Terengganukini.
Rafizi mendakwa bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana dari 1MDB. Nasharudin menafikan dakwaan itu dan berkata beliau difitnah, di samping menyifatkan dakwaan itu berniat jahat.
Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam ceramahnya turut membidas tuduhan itu yang disifatkannya sebagai kerja ‘kaki fitnah’.
“Tak akan orang tuduh pun dengan tuduhan kita nak percaya terus, pakcik nak ke mana, aku nak keluar PAS, pasal apa, pasal PAS dapat sumbangan RM90 juta.

“Memang kerja kaki fitnah ni kerja dia begitu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, dakwaan Rafizi itu langsung tidak mengejutkannya memandangkan Nasharudin tidak lagi aktif dengan PAS sejak 2011.

Zaid: Saya tidak sangka RPK akan berdusta mengenai saya

Bekas menteri Zaid Ibrahim nafi terima wang daripada ahli perniagaan kontroversi John Soh.
Zaid-Ibrahim_Raja-Petra_600
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim membidas penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin yang mendakwa beliau menerima jutaan ringgit daripada ahli perniagaan kontroversi John Soh.
Zaid menepis dakwaan Raja Petra sebagai dusta.
“Kalau bukan kerana isteri saya, saya tidak mahu jawab Raja Petra.
“Saya tidak tahu mengapa beliau mahu libatkan saya dalam penipuannya, saya tidak pernah terima wang daripada mana-mana orang sepanjang menceburi politik, kecuali sumbangan sekali-sekala beberapa ribu ringgit sebelum pilihan raya,” katanya kepada FMT.
Raja Petra menulis di blognya 7 April lepas mendakwa John, yang disiasat pihak berkuasa Singapura di atas pembabitannya dalam kejatuhan saham murah 2013, menyalurkan jutaan ringgit kepada beberapa individu, termasuk Zaid.
“John, yang merupakan rakan niaga (Tan Sri) Daim Zainuddin, memberikan RM6 juta kepada Zaid.”
Dakwaan tersebut mengejutkan Zaid, yang menyangkakan penulis blog itu “tidak akan berdusta mengenai saya, memandangkan saya banyak membantu beliau pada awal-awal tahunnya di Manchester.”
Manchester sebuah bandar di barat laut England.

Dana 1MDB: Selepas Nasharudin, pemimpin sayap Ulama PAS tuduh Rafizi bohong

Khairuddin Aman Razali berkata tuduhan pemimpin PKR itu berdasarkan sumber yang tidak jelas, kabur dan tanpa dokumen.
Khairuddin-Aman-Razali-rafiKetua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini menjadi individu kedua menafikan kandungan akuan berkanun Rafizi Ramli semalam, selepas penafian bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Khairuddin yang turut disebut namanya oleh naib presiden PKR itu berkata dakwaan yang beliau turut mendapat maklumat daripada seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aliran wang 1MDB ke akaun Nasharudin itu adalah tidak benar.
Beliau mengakui pernah merujuk seorang bekas pegawai SPRM bersama pemimpin PAS lain, tetapi berkata Rafizi tidak menyandarkan dakwaannya kepada dokumen nyata dan hanya “bersumberkan dengar cakap”.
“Bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?” soal Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.
Tambahnya, Rafizi perlu “segera bertaubat kepada Allah” kerana merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu berasaskan bukti kabur.
Semalam, Rafizi menerusi akuan berkanun menamakan bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa sebagai antara individu yang menerima sejumlah wang berkait 1MDB.
Menurutnya, perkara itu diberitahu kepada beliau secara lisan oleh bekas pegawai SPRM, yang turut mengesahkannya kepada Khairuddin.
Nasharudin hari ini menafikan dakwaan itu, dan mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang.
Khairuddin hari ini berkata bekas pegawai itu sekadar “merasakan” pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam secara “seimbas lalu” yang “dirasakan” mempunyai nama seseorang berkait PAS.
“Beliau menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru, kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau,” kata Khairuddin.

Pembangkang belum sedia satu lawan satu dengan BN sembang PAS

KUALA TERENGGANU - Pembangkang seolah-olah belum bersedia mencabar BN secara satu lawan satu menjelang PRU14, memandangkan belum ada satu kata putus berhubung perkara itu sehingga kini.
Mustafa Ali Pemimpin pembangkang termasuk Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali walaupun bersetuju strategi satu lawan satu boleh memberi kelebihan kepada pembangkang dalam matlamat menjatuhkan kerajaan sedia ada, namun suasana politik semasa ketika ini tidak memperlihatkan perkembangan lebih positif ke arah itu.
“Dari sudut menghadapi BN Umno ini, (pertandingan) satu lawan satu memang lebih baik daripada tiga penjuru. Tetapi adakah ini boleh dicapai atau tidak, bergantung kepada keadaanlah,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa perlawanan tiga penjuru hanya akan menyebabkan keuntungan di pihak BN.
Bagaimanapun katanya, sebagai parti yang sudah lama menyertai dunia pilihan raya, pihaknya tiada masalah kerana dengan jentera akar umbi yang kuat, kedudukan Pas dalam politik tetap baik berbanding parti-parti baharu.

Pas bersendirian pada PRU14

KENYATAAN Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bahawa partinya akan bertanding 80 kerusi parlimen pada PRU14, tidak sedikit pun memberikan jaminan parti itu akan mencapai kemenangan lebih besar berbanding PRU lalu.
Pada PRU lalu, Pas bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21 kerusi. Boleh dikatakan hampir kesemua kerusi Pas yang kalah adalah di tangan BN.
Pas bersendirian pada PRU14 Melalui kolumnya, Penolong Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan berkata, Pas kini sudah tidak berada dalam pakatan pembangkang dan boleh bertanding seberapa banyak kerusi dan kawasan yang diinginkan.
Bagaimanapun, parti itu tetap akan menghadapi saingan sengit sama ada satu lawan satu dengan BN ataupun tiga penjuru daripada Pakatan Harapan.
"PRU akan datang, Pas tetap akan bertembung dengan Umno di kawasan Melayu. Sekiranya Pas mahu menang dengan lebih banyak kerusi, mereka mesti merampas kerusi daripada Umno.
"Pas tidak mungkin boleh menang di kawasan majoriti Cina yang dimenangi oleh DAP ataupun kawasan campuran yang dimenangi oleh PKR.
"Tambahan lagi, kemenangan Pas di dalam 21 kerusi parlimen dan 85 kerusi Dun pada PRU lalu adalah hasil kerjasama dibentuk dalam Pakatan Rakyat ketika itu, iaitu memastikan situasi satu lawan satu dengan BN," tulis Tian Yan.
Beliau meramalkan Pas bakal kalah banyak kerusi dalam PRU kali ini, lebih-lebih lagi di Selangor dan Perak kerana tidak akan mendapat sokongan daripada pengundi bukan Islam lagi.
"Malah, sekiranya Amanah menunjukkan kekuatan dan mampu memecahkan undi, Pas kemungkinan  hilang kuasa di Kelantan dengan Umno mengambil alih sebagai kerajaan baharu di sana," katanya.

Pendedahan Rafizi persoal integriti pemimpin PAS, kata Dr Dzulkefly

Apakah yang dilakukan Khairuddin Aman Razali apabila diberitahu Nasharudin Mat Isa didakwa menerima wang berkait 1MDB.
rafizi-dzulkeflyKUALA LUMPUR: Pendedahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam, mendakwa bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa menerima wang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menimbulkan persoalan integriti beberapa pemimpin PAS lain.
Ia juga mungkin menjelaskan mengapa PAS “mensia-sia banyak masa” membentangkan dan membentangkan semula rang undang-undang pindaan undang-undang syariah, menurut Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Dalam kenyataan hari ini, Dr Dzulkefly “bingung” dan “kesal” PAS berbuat demikian sedangkan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk membanteras “jenayah kleptokrasi”, memandangkan sekurang-kurangnya seorang pemimpin PAS dikatakan diberi maklumat tentang wang berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rafizi dalam akuan bersumpah semalam mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB.
Rafizi mendakwa dana itu pada asalnya disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kemudian, sejumlah dana disalurkan ke akaun Nasharudin.
Beliau dimaklumkan oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM, yang lebih awal berkongsi maklumat sama dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.
Dzulkefly memahami tindakan PAS menjarakkan diri dari Nasharudin seleppas pendedahan Rafizi, tetapi mengambil maklum Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menepis dakwaan tersebut sebagai angin.

AKUAN BERKANUN: DANA IMDB (MELALUI SRC INTERNATIONAL SDN BHD) MENGALIR KEPADA DR. NASHARUDDIN MAT ISA



Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang negara melibatkan sejumlah wang syarikat milik negara kepada seorang tokoh politik PAS yang dibayar melalui akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut: Pada 28 Januari 2017, saya telah bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama saya mempunyai apa-apa komunikasi dengan beliau baik secara elektronik atau bersua muka.
Beliau adalah pegawai SPRM terkanan yang mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri; seterusnya ke akaun-akaun tokoh politik lain.
Kami berkongsi maklumat dan pengetahuan sebagai rakyat biasa mengenai kes 1MDB kerana beliau kini bukan lagi kakitangan kerajaan.
Beliau menyebut kepada saya bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dalam bentuk cek dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kepada Dr. Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS.
Butiran lanjut mengenai bayaran tersebut seperti yang disebut secara lisan kepada saya adalah seperti berikut:
Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak
Dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, terdapat bayaran kepada peguam tertentu
SPRM telah menyoalsiasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut
Salah seorang dari penerima bayaran dari peguam tersebut adalah Dr Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS
Saya tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan adalah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang pernah didakwa menerima sejumlah RM3.5 juta dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, seperti yang didakwa oleh laman Sarawak Report yang turut menunjukkan butiran pemindahan wang seperti berikut:
Dipetik dari laporan Sarawak Report
Pegawai penyiasat terkanan SPRM itu turut memaklumkan saya bahawa seorang wakil rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah datang berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan kesahihan penglibatan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam skandal 1MDB dan dakwaan pemindahan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Pegawai penyiasat terkanan itu memaklumkan saya bahawa beliau ada memberi maklumbalas kepada permintaan mendapatkan kesahihan dari pimpinan PAS itu.

Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding Pas, kata Hanipa

Rafizi (tiga dari kiri) ketika menyerahkan akuan berkanun kepada SPRM di Putrajaya pagi tadi. Turut kelihat pengarah strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.Rafizi (tiga dari kiri) ketika menyerahkan akuan berkanun kepada SPRM di Putrajaya pagi tadi. Turut kelihat pengarah strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli lebih sensitif dengan persoalan dosa dan pahala kerana beliau lantang  mendedahkan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa berbanding para pemimpin Pas.
Pengerusi Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin berkata, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan turut rajin hadir ke parlimen untuk berbahas dan bercakap benar meski pun berdepan dengan MO1 (Malaysian Official 1).
 
Hanipa mengulas kenyataan ketua pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyokong kenyataan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa 'Rafizi tidak kisah soal dosa dan pahala' apabila mendakwa seorang yang rapat dengan pemimpin Pas menerima wang 1MDB bagi pihak parti itu.
"YB Rafizi lah yang lebih awal sensitif dosa dan pahala.
"Ketua Pemuda Pas Pusat merangkap MP Pasir Mas, yang nampaknya jauh sangat perangai dgn arwah bapanya Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan di Malaysiakini dan Free Malaysia Today menyerang YB Rafizi Ramli.
"Beliau dilaporkan berkata yang ia setuju dgn kenyataan Presiden Pas kononnya YB Rafizi tak kisah soal dosa dan pahala.
"Maaf, saya berbeza pendapat. Bagi saya, YB Rafizi lah yg begitu sensitif dosa dan pahala sebab itu beliau lantang dan tidak takut dedah rasuah, salah guna kuasa dan banyak penyelewengan pihak yang ada kuasa.
"Jika nak harap Presiden Pas atau Ketua Pemuda Pas berani macam YB Rafizi bolehlah ibarat kita tunggu 'ikan keli tumbuh sisik'," ujarnya sinis di laman Facebook.

Rafizi sahut cabaran PAS, buat SD nafi terima wang

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat akuan bersumpah (SD) menafikan menerima wang daripada ahli perniagaan John Soh Chee Wen.
"Saya dengan ini menafikan saya pernah menerima satu sen pun dalam apa jua bentuk dari apa sahaja individu sama ada John atau Soh atau John Soh atau Soh Chee Wen.
“Ini adalah akuan bersumpah saya,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Rafizi untuk akuan mengenai dakwaan itu, yang pertama kali dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin.
Susulan itu, bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mendakwa Rafizi menerima RM20 juta daripada Soh.
Soh kini ditahan di Singapura, dan berdepan dengan sejumlah 188 dakwaan yang berkaitan dengan mengganggu saksi dan pelanggaran Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Dana 1MDB: Saya difitnah, tuduhan berniat jahat - Nasha

Datuk Nasharudin Mat Isa hari ini menafikan menerima bayaran yang berpunca daripada 1MDB seperti didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam akuan berkanun (SD) semalam.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata segala dakwaan Rafizi tiada kaitan dengannya serta "fitnah dan berniat jahat" kepada beliau dan parti itu.
“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam SD tersebut,” katanya.
Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan hari ini, Nasharudin menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes itu.
Beliau juga menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk langkah seterusnya, termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan tindakan lain yang wajar dan sesuai.

PRU14 diramal Oktober depan

SUDAH ada tanda-tanda menunjukkan PRU14 diramal diadakan dalam masa terdekat, kemungkinan pada Oktober depan.
Kehadiran semua pemimpin parti komponen BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin-pemimpin BN negeri bagi menyertai kem semangat di Institut Latihan Memperkasa Ummah, Janda Baik, Pahang, minggu lalu membuktikan BN kini berada dalam persiapan menghadapi PRU14 pada bila-bila masa.
'Tsunami Melayu' dalam PRU14 Mengikut laporan Sin Chew Daily, kem semangat selama tiga hari bermula 7 April lalu itu, antara lain membuat analisa mengenai kedudukan BN dalam PRU akan datang mengikut negeri.
Difahamkan, hasil analisa dibuat, BN menaruh keyakinan untuk merampas semula tampuk pemerintahan di Selangor tetapi di Pulau Pinang, harapan boleh dikira terlalu tipis.
Mengikut amalan biasa, beberapa bulan sebelum PRU diadakan, BN biasanya akan mengadakan kem semangat seperti ini. Berdasarkan penganjuran kem semangat ini, banyak pihak sudah boleh membuat ramalan mengenai tarikh PRU.
Sumber dalaman memberitahu akhbar ini, dalam kem semangat itu, semua pemimpin BN di setiap peringkat negeri telah memberikan taklimat mengenai perkembangan politik di negeri masing-masing.
Selain itu, mereka turut membuat laporan analisis mengenai peratusan peluang menang di kawasan-kawasan parlimen dan Dun serta kekuatan atau kelemahan yang ada pada BN negeri masing-masing.
"Ketika memberikan taklimat, BN pada dasarnya yakin mampu merampas kuasa di Selangor atas faktor perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
Pemimpin Kelantan pula yakin mampu memenangi beberapa kerusi lagi, di samping mengekalkan kerusi yang ada, malah berkeyakinan membentuk kerajaan di Kelantan.
"Manakala pemimpin Kedah menyatakan tidak menghadapi sebarang masalah untuk terus mengekalkan kuasa di negeri itu, begitu juga dengan keyakinan yang sama dinyatakan oleh pemimpin Terengganu," kata sumber itu.

DULU SYURGA, KINI WANG JUTA2...

Masa saya dalam saf kepimpinan Pas dulu tak timbul langsung duit berjuta-juta. Pergi ceramah seluruh dunia duit minyak disediakan oleh cawangan atau Kawasan yang menganjur. Kadang-kadang cukup,  kadang-kadang tidak. 

Kalau program Pas Pusat kena keluar duit sendiri. Jika ceramah di luar negara, tiket disediakan pergi balik oleh pengajur. Tak ada  bayaran apa pun diberi. Duit poket sendiri ala kadar. Pernah juga pergi poket kosong. 

Saya pernah di tahan di LT Chicago kerana tiket sehala dan hanya ada RM100 USD. Tetapi dibenar juga masuk kerana dijamin Sayed Azman dan kawan-kawannya. Saya sering balik ke rumah tangan kosong tanpa bawa apa-apa buah tangan kpd anak-anak kerana tiada wang untuk beli apa-apa.

Semasa dalam UMNO saya berjimat dari elaun berkerja di YADIM selama 10 tahun dan dapat  kumpul RM400 ribu yang saya guna untuk bina rumah yang ada sekarang. Itulah habuan saya menyertai politik selama 39 tahun. 

Banyak orang kata saya bodoh tak ambil kesempatan. Ya! Saya memang bodoh untuk ambil kesempatan mengumpul kekayaan. Macam mana saya nak ambil kesempatan kerana jika saya pakai RM10 sahaja pun dari duit bukan hak saya, saya dah tak boleh  tidur sehingga saya terpaksa ganti kembali duit yang saya pakai itu. 

Sebab itu saya tak pernah urus kewangan semasa bertugas di YADIM. Biarlah saya jadi bodoh dari tak dapat tidur.

Masa bekerja  di pejabat UMNO saya minta wang daripada Dato' Mohamad Rahmat SUA ( Allahyarham Tan Sri) untuk bertugas dalam PK Merlimau. Dia bagi saya RM1,000. Saya rasa dah banyak sangat dah. Ada yang beritahu saya buat apa minta sikit sangat. Saya kata sekadar nak belanja kawan-kawan  minum cukup la tu. 

Lagi sekali dia orang kata saya bodoh. Saleh Ya'kub Baling kata kat saya, Ustaz buka pondok dah la. 

Sekarang dunia dah berubah. Dalam PAS pun sudah ada cerita wang berjuta. Dulu makan nasi bungkus sekarang tiada lagi. Dulu tidur berbantal lengan di surau, sekarang hotel-hotel mewah. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain. 

Perjuangan orang dahulu menghidupkan, perjuangan sekarang dengan segala kemewahan meruntuhkan yang dibina oleh orang terdahulu. Kita semua akan mati dan akan dibangkit dengan niat dan amalan masing-masing. 

SD: Rafizi nafi terima jutaan ringgit seperti didakwa Raja Petra

Raja Petra mendakwa pemimpin PKR dan portal FMT menerima berjuta-juta ringgit dari ahli perniagaan Soh Chee Wen.
Rafizi-Ramlli
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini tampil dengan sebuah lagi akuan berkanun menafikan tuduhan blogger Raja Petra Kamaruddin dan seorang bekas aktivis PKR, yang beliau menerima wang dari ahli perniagaan Datuk John Soh Chee Wen.
“Saya menjemput mana-mana pihak untuk membuat laporan polis menyiasat saya sekiranya penafian saya tidak menerima wang dari John Soh dalam Akuan Berkanun ini adalah tidak benar, atau sekiranya mana-mana kenyataan saya di dalam mana-mana Akuan Berkanun sebelum ini adalah tidak benar,” kata Rafizi, sehari selepas pendedahannya semalam mengenai wang berkait 1MDB yang mengalir ke dalam akaun seorang bekas pemimpin PAS.

Raja Petra pada 8 April mendakwa Soh, yang kini ditahan pihak berkuasa Singapura yang menyiasat peranan beliau dalam kejatuhan pasaran saham pada 2013, pernah menyalurkan berjuta-juta ringgit kepada Rafizi dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, di samping beberapa pemimpin kanan PKR lain.
“Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM6 juta. Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM20 juta,” tulis Raja Petra dalam laman blognya, Malaysia Today minggu lalu.
Raja Petra juga mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal Free Malaysia Today turut menerima wang daripada Soh.
“Anwar Ibrahim menerima habuan lebih banyak daripada angka tersebut, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.

Skandal 1MDB: Ezam saman Najib, 15 lagi individu


DatukMohamad  Ezam Mohd NoorDatukMohamad Ezam Mohd NoorPresiden Parti Bebas Rasuah (PBR) Datuk Mohamad Ezam Md Noor menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak AS$3.657 bilion susulan kerugian dalam syarikat milik negara 1MDB.
Selain Najib, 15 orang lagi dinamakan dalam saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada hari ini lapor Malaysiakini.
Najib disaman atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan Malaysia. 1MDB dan kerajaan juga dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan 11 lagi bekas pengarah 1MDB dinamakan sebagai defendan.
Menurut kenyataan tuntutan Ezam, 1MDB mendapatkan dana dengan cara meminjam daripada pihak ketiga melalui pengeluaran bon.
Pinjaman itu pula dikatakan diluluskan oleh Najib.
Ezam juga mendakwa Najib dan bekas-bekas pengarah 1MDB melanggar tugas fidusiari apabila AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak layak.
Berdasarkan kadar semasa, jumlah wang itu bernilai RM4.41 bilion.
Ezam mendakwa defendan-defendan itu berniat menyebabkan 1MDB mengalami kerugian.
“Tindakan ini difailkan bagi membenarkan mahkamah menentukan siapa bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB,” katanya di kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas memfailkan saman itu.
Ezam cuba mendapatkan kembali kerugian 1MDB melalui proses mahkamah.

Dana 1MDB: Akuan bersumpah Rafizi buat laporan di SPRM hari ini

Rafizi Ramli menunjukkan laporan akuan sumpahnya yang diserahkan kepada SPRM hari ini.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Rafizi Ramli menunjukkan laporan akuan sumpahnya yang diserahkan kepada SPRM hari ini.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai akuan bersumpah bahawa bekas pemimpin Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau berkata, SPRM sudah pun mempunyai maklumat mengenai pemindahan wang dari SRC kepada beberapa akaun.
“Tumpuan utama saya ialah untuk menunjukkan dan membawa kembali isu SRC dan 1MDB kerana SRPM yang sudah menyiapkan semua siasatan.
"SPRM telah ada semua maklumat mengenai wang yang dipindakan dari SRC International ke beberapa syarikat dan masuk ke akaun Datuk seri Najib dan keluar ke akaun peguam dan dibayar ke penerima lain yang salah seorangnya saya namakan Nasharuddin.
“Kita mahu SPRM menyiasat bukan sahaja sampai kepada Nasharudin tapi sampai ke siapa selepas itu dan bagi tujuan apa dan juga untuk menyiasat semua penerima-penerima lain,” katanya kepada media selepas menyerahkan akuan bersumpahnya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Rafizi semalam membuat suatu akuan bersumpah bahawa bekas Timbalan Presiden Pas itu adalah orang yang menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Kata Ahli Parlimen Pandan ini lagi, tindakan membuat akuan bersumpah semalam ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara bahawa kes SRC masih lagi dalam siasatan.
Bahkan Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya agar Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai Panel Penasihat SPRM secara terhormat agar tidak menganggu siasatan dilakukan SPRM ke atas beliau kelak.
"Saya mengulangi kenyataan saya semalam bahawa saya minta beliau meletak jwatan daripada Panel Penasihat SPRM secara terhormat.

Menjamin kejayaan UMNO-PAS dengan modal agama

Puas kita semua ketawa apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarikan diri keluar dari dewan setelah dengan pantas menangguhkan sidang, sebaik sahaja Ahli Parlimen Kota Bharu selesai berkhutbah selama dua jam.
Datuk Takiyuddin Hassan berucap panjang, dalam rangka menyokong usul yang akhirnya dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia, setelah dua kali ditangguhkan meski telah diberi laluan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Tidak pula kita sangka bahawa meski telah dibentang pun, usulnya tetap tertangguh dan tidak diperbahaskan.
Pandikar memberi alasan bahawa adalah menjadi kuasanya untuk memutuskan supaya perbahasan ditangguhkan hingga ke sidang hadapan. Beliau menyebut bahawa beliau tidak mahu menjadi seorang ‘bloody fool’ atau ‘si bahlul’ yang tidak menggunakan kuasa yang ada. Meski malam sebelumnya entah si bahlul mana yang boleh sahaja membiarkan Dewan Rakyat bersidang sampai hampir subuh, dan ayam pun sudah bersedia mahu berkokok.
Tidak ada pula siapa-siapa yang sibuk menyebut tentang budi bicara atau kuasa untuk menangguhkan perbahasan sehingga hampir matahari terbit. Si bahlul mana, seperti yang disebut Pandikar, tidak membuat keputusan supaya semua orang balik tidur, tetapi membiarkan ahli-ahli Yang Berhormat keletihan, dan terpaksa berhadapan usul Hadi pada keesokan harinya.
Rancangan nakal
Adalah amat naif bagi kita sekiranya tidak menjangka bahawa usul Hadi akan dibentang pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, dan tidak akan dibahaskan untuk beberapa bulan, kecuali di parlimen kedai kopi dan parlimen kabinet dapur.
Memang sudah dirancang supaya Haji Hadi diberi laluan membentang usulnya. Ini dilakukan dengan menarik balik beberapa RUU kerajaan, supaya usul Hadi yang berada pada kedudukan 13 dalam Aturan Mesyuarat, melompat ke angka nombor satu; dengan tiada usul lain untuk dibincangkan.
Memang juga sudah dirancang supaya Haji Hadi membentang usulnya beberapa minit sahaja sebelum waktu makan tengahari, supaya media punya ruang dan masa untuk menyebarkan ke sejagat alam bahawa RUU355 telah berjaya dibentangkan oleh Presiden PAS terbabit.
Memang sengaja Speaker memberikan tempoh yang begitu panjang untuk Datuk Takiyuddin berkhutbah, meski beliau hanya menyokong usul Hadi sahaja.
Dan memang sengaja Speaker menangguhkan perbahasan, sambil bingkas disambut Menteri Undang-undang Datuk Azalina Othman yang kelihatan membaca skrip, meski dibantah oleh wakil-wakil Pakatan Harapan.
Ini semua dilakukan secara terancang dan diatur rapi, kerana ia adalah sebuah manuver politik yang sangat rumit, bagi menjamin kemenangan berterusan United Malays National Organisation sebagai parti pemerintah sepanjang zaman, menjelang pilihanraya yang bakal menjelang tiba.
Speaker sendiri mengesahkan bahawa usul Hadi diberi keutamaan atas permintaan kerajaan; dan ini pastinya bukan satu langkah yang diberi lampu hijau oleh Perdana Menteri sahaja. Seperti yang dilaporkan media, parti-parti komponen BN semuanya tahu belaka tentang perancangan tersebut. Meski tidak menyokong dan tidak bersetuju kerajaan mengambil alih usul Hadi, BN membiarkan ia dibentang dan kemudiannya ditangguh tanpa perbahasan.
Demikianlah caranya membeli sokongan akar umbi PAS yang selama ini diberitahu tentang usaha pimpinannya memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud, sehingga habis terbarai gabungan Pakatan Rakyat dan tersingkir semua pimpinannya yang disukai ramai; hanya demi survival politik segelintir dari PAS dan memanjangkan jangka hayat UMNO.
Ya ini bukan soal agama. Ini soal permainan politik dan kuasa.
UMNO akan memberitahu PAS, kalau ia mahu legasi politik RUU355 ini berjaya, ia mesti menjadi perosak kesatuan pembangkang dan memecahkan undi di kerusi-kerusi strategik, agar memberi kelebihan kepada UMNO, seperti yang terjadi apabila PAS sesuka hatinya meletakkan calon berhadapan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
PAS akan berkempen dengan modal muka Lim Kit Siang terpekik-pekik mengganggu pembentangan usul Hadi. ‘Nah inilah dia muka penentang Islam. Ini lah dia Cina tua gila kuasa yang mahu jadi Timbalan Perdana Menteri, dan menghancurkan kerajaan Melayu-Islam.’ Mungkin begitulah propaganda PAS kepada akar umbinya.

Jangan ulangi episod pil kuda, bila menuduh kemukakan bukti

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di Ruslia semasa sambutan menyambutnya sebagai wira setelah membentang usul meminda Akta 355 telah membuat serangan tanpa henti terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dikatakan kononnya mempertikaikan tindakan PAS berunding dengan UMNO. Dalam ceramah tersebut Hadi Awang melafazkan antaranya berbunyi seperti berikut:
“Sedangkan dia berunding dengan Amerika… dengan negara asing pun dia berunding …dengan kedutaan asing pun dia berunding. Berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campurtangan negara ini. Kita berunding dengan UMNO sahaja sama-sama Melayu, Islam, itu salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa.”
Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS supaya menyebut dengan lidah yang fasih lagi sahih siapakah yang berunding dengan Amerika untuk mengubah politik Malaysia? Sebutlah dengan lidah yang fasih siapakah yang berunding dengan kedutaan asing dan seterusnya menjemput Amerika dan negara asing ke Malaysia?
Hadi Awang dengan lantang menyebut, “Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tidak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.. Ini saya dedah di sini, kalau ada pemberita siar, biar orang tahu.” Hadi Awang kemudiannya meminta pemberita menyiarkannya agar orang tahu tetapi siapa yang berunding dengan Amerika dan kedutaan asing untuk mengubah politik Malaysia? Bila perundingan dan jemputan dibuat?
Sebutlah dengan lidah yang fasih wahai Tuan Guru! Jangan mempolemikkan isu tanpa fakta dan bukti. Kemukakan bukti.
Rasulullah S.A.W dalam satu hadis riwayat Al-Baihaqi bersabda mafhumnya :
“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan mereka (semata), nescaya banyak orang yang mendakwa harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh orang yang mendakwa, dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang didakwa.”
Seterusnya dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya kalian mengadukan permasalahan/perseteruan kalian kepadaku, dan sesungguhnya aku hanyalah manuasia biasa. Dan boleh jadi salah seorang dari kamu pandai berkata-kata (berhujah) dan menjadikan aku memenangkannya dalam perkaranya disebabkan apa yang aku dengar darinya. (Namun ingatlah) barangsiapa yang aku menangkan perkaranya padahal itu merupakan hak saudarnya, maka pada hakikatnya aku sedang memutuskan untuknya bahagian dari neraka, maka janganlah sekali-kali dia mengambilnya.”

Jangan main tuduh-tuduh, DAP gesa Hadi Awang tunjuk bukti

GEORGE TOWN, 13 APR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kesal dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan kata-kata tidak sopan terhadap DAP ketika berucap pada ceramah di Marang, Terengganu baru-baru ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sebagai seorang pemimpin, Abdul Hadi tidak seharusnya menggunakan kata-kata tidak sopan untuk menyerang pihak yang tidak bersetuju dengannya.
“Penggunaan bahasa yang kurang sopan adalah tidak sesuai sebagai seorang pemimpin, (apatah lagi) beliau juga merupakan ketua parti dan seorang ulamak.
“(Dan) ini bukanlah kali pertama Abdul Hadi menggunakan bahasa tidak sopan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seseorang yang mahu menjadi ketua negara ataupun menteri besar,” katanya kepada pada sidang media di Komtar, hari ini.
Jelas Guan Eng, apabila bahasa yang kurang sopan tersebut digunakan berkali-kali, ia akan menimbulkan kemarahan rakyat bukan Islam dan Melayu di negara ini.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan dengan kenyataan Hadi Awang yang mengaitkan DAP kononnya berpakat dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam politik Malaysia.
“(Kenyataan) yang dikeluarkan ini tidak disokong dengan bukti-bukti…tidak disebut pemimpin mana dan saya menganggapnya sebagai suatu fitnah jahat beliau.
“Cuma saya harap, beliau (Abdul Hadi) tunjukkan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat…selagi tidak ada bukti, saya menganggapnya sebagai satu lagi fitnah jahat beliau.
“Lagipun, kita (DAP) tidak ada hubungan seperti yang dikatakan oleh Abdul Hadi, bukan sahaja dengan Amerika Syarikat, malah Singapura…janganlah baling batu sembunyi tangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Tuduh berunding dengan Amerika, DAPSY buat laporan polis terhadap Haji Hadi

IPOH, 13 APR: Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat tohmahan jahat ke atas DAP dalam satu ucapannya baru-baru ini.
Laporan yang di buat di Balai Polis Sungai Senam itu adalah berhubung dakwaan Hadi Awang kononnya wujudnya rundingan antara DAP dan Amerika Syarikat (AS) untuk mencampuri politik Malaysia.
“Kenyataan yang dilakukan Hadi itu adalah pembohongan nyata dan tidak benar sama sekali.
“Tidak sangka Hadi Awang, seorang yang senior dalam politik dan dikenali sebagai pemimpin agama ditahap seperti ini dan melakukan pembohongan jelas semata-mata demi agenda politik menyelamatkan Najib,” katanya dalam kenyataan.
Adun Canning itu menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Marang tersebut secara langsung membuktikan PAS sudah menjadi agen kepada UMNO dengan menyebarkan pembohongan untuk menakutkan orang Melayu terhadap DAP.

Dana 1MDB: Rafizi berdepan hukuman jika dakwaan tidak benar - Peguam

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal berdepan hukuman sekiranya akuan berkanun yang dilakukannya berhubung dakwaan bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Peguam, Syahredzan Johan berkata, akuan berkanun adalah satu dokumen, di mana seorang deponen membuat pengakuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah mengenai kebenaran pengataan-pengataan yang terkandung di dalamnya.
“Akaun berkanun ini boleh digunakan sebagai suatu dokumen undang-undang sama di mahkamah sebagai bukti atau dalam urusan rasmi.
Rafizi Ramli “Sekiranya dakwaan Rafizi tidak benar, beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 199 iaitu membuat kenyataan palsu di dalam suatu deklarasi yang boleh diterima sebagai keterangan, seperti akaun berkanun.
“Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga boleh dikenakan denda,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan Nasharudin mengenai dakwaan Rafizi namun menemui jalan buntu selepas beliau gagal dihubungi.
Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, semalam berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.
Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, Rafizi juga berisiko berdepan hukuman saman fitnah di mahkamah oleh Nasharudin melalui tindakan undang-undang sivil.
“Tidak ada keperluan khusus untuk Rafizi buat akuan sumpah tersebut tetapi ia untuk menunjukkan bahawa apa yang beliau dakwa itu adalah benar.

Imej PAS tercalar selagi Nasharudin tidak bersihkan namanya, kata Amanah

Pemimpin Amanah mempersoalkan pendirian pemimpin PAS yang berkata dakwaan mengenai Nasharudin semalam tidak ada kaitan dengan PAS.
Salahuddin-Ayub3PETALING JAYA: Imej PAS akan tercalar selagi bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, yang masih menganggotai parti Islam itu, tidak tampil membersihkan namanya selepas didakwa menerima dana berkait 1MDB, kata seorang bekas pemimpin PAS.
Salahuddin Ayub, kini timbalan presiden Amanah, berkata pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai Nasharudin itu bukan tuduhan biasa, tetapi menggunakan akuan berkanun yang menurutnya mempunyai kesan besar dari segi perundangan.
“Oleh kerana Rafizi gunakan akuan bersumpah yang ditandatanganinya semalam, maknanya ia bukan tuduhan biasa.
“Oleh kerana kita ini orang politik, setelah apa berlaku ini memberi kesan kepada parti yang kita berada ketika itu, kecuali kita dapat tampil dan bersihkan nama kita.
“Saya harap Nasharudin tampil dan jelaskan. Itu bukan satu pertuduhan seperti di ceramah tetapi pendedahan yang berdasarkan nilai perundangan. Maka ia terpulang kepada Nasharudin untuk tampil ke depan bersihkan nama,” katannya kepada FMT.
Akuan berkanun yang ditandatangani Rafizi semalam mendakwa Nasharudin, yang kini mengetuai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tajaan Putrajaya, menerima sejumlah wang yang didakwa berasal dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang menjadi fokus kontroversi sejak 2 tahun.
Rafizi, berdasarkan percakapannya dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa dana tersebut pada awalnya disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kemudian, sejumlah wang disalurkan kepada peguam tertentu sebelum sampai ke akaun Nasharudin.
Rafizi berkata perkara itu turut diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali.
Salahuddin berkata Nasharudin boleh melantik peguam bertindak terhadap Rafizi jika merasakan imej dan kredebilitinya tercabar dengan pendedahan itu.
Manakala SPRM, katanya, perlu siasat dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut nilai perundangan yang ada.
Jambatan PAS-Umno
Sementara itu, seorang lagi pemimpin Amanah, Datuk Raja Bahrin Shah menyelar tindakan PAS yang menjarakkan diri daripada Nasharudin selepas Rafizi mendakwa beliau menerima dana berkait 1MDB.
Katanya, Nasharudin ketika dalam PAS suatu ketika dulu merupakan jambatan antara PAS dan Umno.

Skandal 1MDB: Malaysia Boleh Belaka...!!!


Inilah yg ditakuti oleh Najib & puak2 yg bersetongkol dengannya atas dakwaan Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB jika dibicarakan di mahkamah kelak..

APA AKAN JADI jika..
PM Najib, Bekas timbalan presiden PAS yg juga 'masih ahli PAS' serta yg lain masuk kandang saksi mahkamah nnti..??!!

Pemuda Gerakan: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong membangkitkan persoalan berkaitan laporan yang menyebut secara meluas bahawa penahanan pemimpin muda Datuk Adam Rosly disebabkan oleh “kekayaan luar biasanya”.
Yong berkata, jika itu alasannya, ramai lagi ahli politik boleh disiasat dan ditangkap menggunakan alasan sama.
“Saya tidak fikir ada sebarang peruntukan (dalam akta-akta) bahawa seseorang itu boleh ditangkap kerana 'kekayaan luar biasanya',” kata Yong.
“Alasan penangkapan seseorang atas alasan memiliki rumah mewah atau memandu kereta besar atau memakai jam mahal tidak boleh dipertahankan.
“Jika begitu, ramai lagi ahli politik di luar sana boleh disiasat atau ditangkap,” kata Yong.
Adam, 28, pegawai khas anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, ditangkap selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau direman lima hari mulai hari ini.
Isu kekayaannya menjadi perhatian selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos membangkitkan isu itu dengan membawa media menaiki helekopter untuk melihat rumah besar 'Disneyland' Adam di Ampang.

Skandal 1MDB: Bercanggah kenyataan Razali, AG Swiss kata tiada MLA dipohon

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkata bahawa Malaysia tidak pernah meminta kerajaan negara itu membantu siasatan ke atas SRC International.
Ini bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang memberitahu Dewan Rakyat bulan lalu bahawa Malaysia sedang menunggu jawapan dari Switzerland berhubung permohonan mengenai bantuan perundangan bersama (MLA).
"OAG tidak menerima sebarang permohonan MLA dari Malaysia berkaitan dengan kes 1MDB/SRC.
"Kami bagaimanapun bersedia sepenuhnya membantu pihak berkuasa Malaysia dalam kes berkenaan jika diminta," katanya dalam satu e-mel kepada Malaysiakini.
Razali pada 23 Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang berurusan dengan rakan sejawatannya dari Swiss mengenai bantuan perundangan bersama (MLA) dan sedang menunggu jawapan.

Dedak Gred A: Mengapa Umno tawar hadiah RM1 juta sempena ulang tahun ke-71?

PADA musim pilihan raya, semuanya diperbesarkan. Kehadiran yang sedikit dalam sesi ceramah atau ketidakhadiran pemimpin penting pada majlis sudah cukup membuatkan khabar angin bertiup kencang.
Tetapi sejauh mana yang boleh dibayangkan, tiada yang lebih teruk daripada kegagalan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 pada sambutan ulang tahun Umno ke-71.
Justeru, adalah langkah tidak dijangka Umno dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM1 juta, termasuk kereta dan motosikal adalah bagi memastikan stadium itu penuh sesak pada 11 Mei?
Pengkritik, termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) percaya insentif itu bertujuan menarik kehadiran orang ramai dalam jumlah yang besar dan menghalang pemergian ahli Umno yang semakin lemah semangat dengan serangan berterusan dilemparkan terhadap pemimpin Umno bulan lalu oleh Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yasin.
Setiausaha Kerja Umno Ab Rauf Yusof, bagaimanapun, menolak dakwaan hadiah itu bertujuan menarik ahli Umno untuk memenuhi stadium.
"Ia adalah satu cara mengucapkan terima kasih kepada ahli kami terhadap sokongan mereka selama 71 tahun kepada Umno. Mereka akan datang tidak kira sama ada kita menawarkan hadiah atau tidak," kata Rauf, yang mempengerusikan jawatankuasa penganjuran acara.
"Jika kita mahu merasuah orang untuk datang, kita akan membahagikan nilai hadiah dan memberikannya kepada semua orang. Tetapi kita tidak berbuat demikian."
Mengiktirafnya sebagai program terbesar dalam sejarah Umno, menurut Ab Rauf, hadiah kereta termasuk Proton Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan Perodua Myvi.
Beberapa ahli Umno terkejut dengan nilai hadiah yang diberikan, berkata sebelum ini mereka hanya diberikan wang saku dan t-shirt bagi menghadiri program.
Oleh kerana kebanyakan ahli Umno terdiri daripada penduduk luar bandar berpendapatan rendah, mereka biasanya bergantung kepada pemimpin negara dan negeri untuk menyediakan pengangkutan, makanan, elaun sekitar RM30 hingga RM50, dan jika perlu, penginapan bagi program luar negeri.
Semasa perhimpunan Baju Merah Umno pada 2015, ahli parti berkata pengangkutan dan makanan juga ditaja pemimpin mereka.
"Kali ini nampaknya lebih istimewa kerana mereka mahu seberapa ramai yang mungkin untuk menghadiri ulang tahun kerana khuatir tidak ramai yang memenuhi stadium," kata seorang lagi ketua cawangan Umno dari Negeri Sembilan.

DANA 1MDB: NASHARUDIN ‘KUNCI MULUT’


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa tidak memberi sebarang maklum balas berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nasharudin beberapa kali juga gagal.
Beliau yang kini memegang jawatan Pengerusi Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) juga tidak menjawab panggilan telefon ataupun membalas khidmat pesanan WhatsApp.
Cubaan untuk mendapatkan Nasharudin melalui GMM juga tidak berhasil apabila NGO itu menjelaskan isu Rafizi tiada kaitan dengan GMM.
Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, hari ini berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.
Nasharudin yang juga bekas pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau mula mendapat perhatian dalam Pas selepas dipilih sebagai setiausaha agung parti pada 1999 oleh presiden ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Pada 2005, Nasharudin menewaskan veteran Pas, Hassan Shukri untuk jawatan timbalan presiden.
Namun, beliau gagal mempertahankan jawatan itu setelah tewas kepada Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung Pas 2011.

Dana 1MDB: PAC enggan buka semula siasatan 1MDB, tak pernah bincang Nasharudin

Pengerusi PAC berkata siasatan 1MDB juga tidak akan dibuka semula susulan pendedahan melibatkan bekas timbalan presiden PAS itu.
Hasan-Arifin_nasaruddinisa_1mdb_600
PETALING JAYA: Nama bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa tidak pernah dibangkitkan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata pengerusi badan parlimen itu.
Datuk Hasan Arifin berkata pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam, mendakwa Nasharudin menerima wang berkait 1MDB, tidak pernah dibincangkan dalam PAC.
“Isu ini tidak dibincangkan dalam PAC sebelum ini dan kaitan dengan pemimpin PAS juga tidak pernah dibangkitkan,” katanya kepada FMT.
Pada 2015, PAC yang dianggotai wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang memulakan prosiding siasatan ke atas 1MDB, ekoran pendedahan syarikat milik Kementerian Kewangan itu dibeban hutang mencecah puluhan bilion ringgit. PAC bagaimanapun mengumumkan tugasnya selesai, walaupun dipertikaikan beberapa anggotanya termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Nasharudin pernah menerima dana berkait 1MDB.
Dalam akuan berkanun yang ditandatanganinya, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas wang RM2.6 bilion, yang didakwa mengalir masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib sebelum ini berkata wang itu sumbangan Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya BN pada 2013.

Tuan Ibrahim tidak tahu Nasharuddin terima atau tidak dana 1MDB


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak tahu sama ada benar atau tidak Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa pernah menerima dana daripada 1MDB.
Tuan Ibrahim  Tuan ManTimbalan Presiden Pas itu, turut mempersoalkan kewajaran bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa memberi maklumat tersebut kepada Naib Presiden PKR Rafizi.
“Bagi kita, Nasharudin sudah tiada kena-mengena dengan Pas. Beliau hanya ahli biasa dan bukan pimpinan Pas, jadi kalau nak kaitkan dengan Pas, ini satu tuduhan palsu.
“Sebab realitinya, Nasharudin sudah tidak bersama dalam program Pas sejak 2015 lagi. Sama ada benar atau tidak beliau terima dana 1MDB, itu urusan peribadi beliau
“Bekas pegawai itu tentu peroleh maklumat sewaktu ada jawatan dalam SPRM, jadi sepatutnya ketika itu beliau ambil tindakan.
"Tidak perlu dedah maklumat kepada pihak lain yang tidak berkepentingan. Bagi saya, tindakannya telah melanggar prosedur penyiasatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Semalam Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas itu.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Pas juga tidak pernah menerima sebarang dana daripada Nasharudin.
“Pejabat Pas tak pernah terima sumbangan daripada beliau, sama ada secara peribadi atau kepada parti. Beliau juga tidak pernah pergi ke pejabat Pas.

Ariffin Deraman: Dasyatnya UMNO Memerintah Terengganu....Tapi Berbaik Dengan Umno...??

PAS Kelantan Akan Kalah Jika Tak Sertai PH

DI TUTOHNYE PAS & BN BETUBI-TUBI (Hj Zulkifli Zakaria(PPBM)

HUSAM BONGKAR BERKENAAN DANA 1MDB,DAN ISU DEBAT BAI'AH

MAHFUZ OMAR,RAKYAT MAKIN DERITA ADA PULAK PARTI NAK PI BANTU UMNO

Rafizi perlu jelaskan dana RM26 juta kata PAS

Adam Rosly direman 5 hari oleh SPRM