Khamis, 13 April 2017

Dana 1MDB: Pas nafi sebarang kaitan dengan Nasharuddin

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan lewat petang ini, Pas Pusat menafikan sebarang hubungan dengan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan menegaskan tidak menerima sebarang dana daripada mantan ahli parlimen Bachok itu selepas tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli parlimen tamat pada Mei 2013.
Menurut kenyataan empat perenggan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Nasharuddin tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam parti itu sejak tewas dalam pertandingan timbalan presiden pada 2011 dan setelah digugurkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak.
Takiyuddin menjawab pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung dana anak syarikat 1MDB, SRC International yang disalurkan kepada beberapa pihak termasuk Nasharuddin.
Menurut sumber, Nasharuddin dipercayai menjadi 'orang tengah' untuk menyalurkan dana tersebut kepada Pas, dakwaan yang dinafikan para pemimpin utama Pas.
"Pas Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen Pas (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).
"Pas Pusat menyerahkan perkara Akuan Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun Pas berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau, mengesahkannya," kenyataan Takiyuddin dipetik.

Pas ambil risiko berdepan pertandingan tiga penjuru - Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU - Pas bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru bersama parti pembangkang bagi menghadapi BN meskipun berdepan risiko kekalahan pada PRU akan datang.
Pengerusi Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, ia sekali gus menafikan tuduhan pihak pembangkang yang mendakwa Pas akan bergabung dengan Umno bagi memastikan kemenangan tidak berpihak kepada pihak pembangkang.  
Mustafa Ali "Pas sedia berdepan tentangan tiga penjuru bersama rakan-rakan pembangkang
yang lain termasuk Umno pada PRU akan datang, kita akan hadapi kerana ia satu situasi yang kita tidak boleh elak. 
"Itu yang terpaksa kita hadapi kerana secara tradisi kita dah 60 tahun lawan Umno. Yang lain (pembangkang) hok (yang) baru-baru semua. Sepanjang masa kita lawan Umno, macam mana pembangkang lain kata kita akan bersama dengan Umno?
"Tidak sama sekali! Tak mungkin!," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini.
Mustafa juga tidak menafikan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan perpecahan di kalangan pembangkang dan ini sekali gus memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional untuk menang. 
"Kesimpulannya di Malaysia ni, kalau berlaku perpecahan di kalangan pembangkang iaitu pertandingan tiga penjuru, pembangkang akan kalah...cakap terus terang...ia tidak akan menguntungkan.. pembangkang semua akan rugi.
"Tapi Pas biasa kalah dan menang, pernah juga menang hanya satu kerusi pada PRU tahun 1978, tapi kita boleh bangun balik. Parti lain kalau jadi camtu (seperti itu) dia akan mati, sempat sekali PRU lepas tu dia hilanglah," katanya.
Mengulas serangan parti-parti pembangkang terhadap Pas mutakhir ini termasuk parti serpihan Pas, iaitu Amanah dengan mendakwa parti itu bersekongkol dengan BN, Mustafa berkata ia satu strategi untuk menjatuhkan Pas dan mendapat sokongan daripada pengundi yang percaya dengan tohmahan tersebut.
"Dia (pembangkang) sudah tidak ada modal lain untuk serang Pas. Sebab itu dia cakap hodoh tentang Pas. Tapi alhamdulillah, tidak berjaya setakat ini.

DANA 1MDB: DARIPADA NAJIB KEPADA NASHARUDIN, DARIPADA NASHARUDIN PULA KEPADA SIAPA?

Berdasarkan pendedahan Rafizi Ramli melalui akuan bersumpahnya bahawa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ada menerima sejumlah wang - tentunya juta-juta - dipercayai bersumberkan dana SRC International, anak syarikat 1MDB daripada Najib Razak, pihak yang disebut namanya tidak boleh lagi sekadar berdiam diri saja.

Najib yang mengagihkan dana tersebut menggunakan akaun bank peribadinya dan Nasharuddin sebagai penerima wang, adalah dua pihak yang harus segera menjelaskan perkara itu dengan jujur dan ikhlas kepada rakyat.

Ikut logik, tidak mungkin Najib menyalurkan wang tersebut kepada Nasharuddin atas kedudukannya sebagai individu semata-mata kerana kepentingannya terlalu kecil untuk diwajarkan bagi menerima wang daripada seorang Perdana Menteri.

Jika pun pemberian wang itu atas nama individu, kenapa Nasharudin jadi pilihan dan adakah sesiapa yang lain turut diberikan wang juga oleh Najib?

Paling mungkin dan dapat diterima akal atas kedudukannnya sebagai bekas pemimpin nombor dua Pas serta diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin Pas, Nasharuddin boleh jadi sekadar perantaraan saja.

Dalam hal ini, Najib paling tinggi dari segi tanggungjawab moral untuk memberi penjelasan kepada rakyat tentang tujuan sebenar wang itu diberikan kepada Nasharudin.

Apakah ia benar-benar untuk Nasharudin, bagi tujuan apa atau ia untuk disalurkan kepada pemimpin tertentu Pas sebagaimana yang didakwa oleh Rafizi?

Nasharudin pula harus menjelaskan mengapa beliau menerima wang itu, untuk kegunaan peribadinya, untuk pihak-pihak lain dan ke mana ia telah disalurkan?

Jika Nasharuddin seorang yang jujur dan benar-benarkan takutkan Allah, beliau tidak perlu terlalu lama menyembunyikan diri, sebaliknya harus segera tampil beserta bukti-bukti ke mana wang yang diterimanya telah diagih-agihkan.

Kiranya pengagihan dilakukan melalui sistem bank kerana melibatkan jumlah yang besar, tentu lagi mudah untuk beliau membuktikannya. Yang penting, sama ada beliau mahu bercakap benar atau tidak mengenai misteri wang yang diterimanya yang barangkali turut membuatkan isteri, anak-anak dan keluarganya terkejut sama.

Pendedahan Rafizi dengan menyebut nama Najib, Nasharuddin dan dana SRC International, anak syarikat 1MDB adalah yang ketiga ditujukan kepada Pas setakat ini. 

Sebelum ini Sarawak Report mendedahkan dana RM90 juta diterima Pas, manakala Husam Musa pula membangkitkan nama Affin Bank yang digunakan untuk menyalurkan wang tersebut.

Pas mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dan Husam, tetapi sehingga ini sama ada saman akan diteruskan atau tidak masih lagi terawang-awangan serta belum menjadi kenyataan.

Dana 1MDB: Wang boleh mengubah musuh jadi kawan, kata Zaid

Wakil rakyat PAS Mahfuz Omar berkata pimpinan parti bertanggungjawab membersihkan nama dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi
Zaid-Ibrahim_Rafizi_600
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim tidak terkejut dengan akuan bersumpah Ahli Parlimen Rafizi Ramli yang mendakwa bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menerima dana berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Bagaimana sebuah parti, yang menjadi musuh ketat Umno sejak 5 dekad lalu, tiba-tiba menjadi kawan?
“Wang boleh mengubah, dan PAS tidak pernah mempunyai wang sebelum ini,” katanya kepada FMT.
Rafizi pada sidang media tadi berkata PAS kini mempunyai tanggungjawab sebagai parti Islam untuk memastikan tidak ada sesen wang meragukan digunakan untuk membiaya aktiviti mereka.
Bagaimanapun bagi Zaid, PAS bukan parti keagamaan atau berdasarkan moral.
“PAS cuma ‘parti serban’, dimana pemimpinnya menggunakan serban untuk menutup kepala.
“Jadi saya tak terkejut mereka menerima wang daripada (Perdana Menteri) Najib (Razak),” katanya.
Rafizi dalam akuan bersumpah hari ini mendakwa Nasharudin menerima wang yang didakwa daripada anak syarikat 1MDB.
Rafizi mendakwa dana tersebut pada awalnya disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kemudian, sejumlah wang disalurkan kepada Nasharudin.
Menurut Rafizi, maklumat ini diberitahu kepadanya pada 28 Januari tahun ini, oleh seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan dakwaan pembabitan Najib dalam skandal itu.
Menurut Rafizi, perkara sama diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.
Zaid mengiyakan ketika ditanya sama ada pimpinan PAS perlu membuat laporan terhadap Rafizi sekiranya dakwaan tersebut palsu.
“Tetapi mereka tidak akan buat. Walaupun mereka membisukan diri, mereka sudah ‘habis’.”
Sementara itu, seorang ahli Parlimen PAS Mahfuz Omar berkata walaupun beliau belum pernah mendengar partinya menerima wang daripada 1MDB, ini bukan kali pertama parti Islam dituduh rasuah.
Jika dakwaan Rafizi salah, pimpinan PAS bertanggungjawab membersihkan nama parti dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap naib presiden PKR itu, katanya.
Lebih-lebih lagi apabila Rafizi membahayakan diri dengan membuat akuan bersumpah, kata bekas ketua penerangan PAS.

PAS: Tidak ada masalah jika Dr Khairuddin tahu mengenai dana 1MDB

Kerana dakwaan terima dana berkait 1MDB isu peribadi Nasharudin, kata Tuan Ibrahim
tuan-ibrahim-1mdb-3
PETALING JAYA: PAS mempertahankan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali walaupun ketua penerangan Dewan Ulama itu menyedari bekas timbalan presiden Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak melihat sebarang masalah walaupun Khairuddin diberi maklumat mengenai perkara itu dari bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Bagi saya, tidak ada masalah sekalipun kalau dia (Khairuddin) tahu…Yang tentunya, ia tidak ada kaitan dengan pemimpin PAS. Itu sahaja,” katanya kepada FMT hari ini.
Rafizi Ramli pada sidang media hari ini mengatakan Khairuddin pernah berjumpa seorang bekas pegawai kanan SPRM untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.
Ahli Parlimen Pandan berkata perkara didedahkannya hari ini menjurus kepada “salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara”, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menafikan tuduhan mengatakan PAS tidak lantang mengkritik isu 1MDB.
“PAS banyak keluarkan kenyataan dalam isu 1MDB. Saya sendiri berikan kenyataan dalam isu 1MDB. Isu Nasharudin adalah isu peribadi dia,” katanya.
“Bagi saya pendedahan Rafizi itu bukanlah pendedahan yang mengejutkan PAS. Kenyataan Rafizi itu hanyalah niat buruk. Bagi PAS, kita tidak anggap serius isu ini.”

Dana 1MDB: Rafizi riuh sampai tak tahu dosa pahala, kata Nik Abduh

Ketua pemuda PAS membidas Rafizi kerana membesar-besarkan 'tahi ayam'.
Nik-Abduh-rafizi
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Rafizi Ramli hari ini kerana membuat tuduhan tidak berasas dan membesarkan-besarkan perkara kecil.
Kenyataan itu dipercayai merujuk akuan bersumpah naib presiden PKR itu hari ini, yang mendakwa bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menerima dana berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi. Tahi ayam pun ‘digempaknya’ jadi tahi tuan ayam,” katanya di Facebook hari ini.
“Betullah kata presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa (Ahli Parlimen) Pandan ini tidak tahu dosa dan pahala.”
Sebaik sidang Dewan Rakyat ditangguhkan dengan penuh kekecohan selepas pembentangan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 6 April lalu, Rafizi membuat dakwaan ada “individu rapat” dengan pimpinan PAS menerima dana 1MDB.
Abdul Hadi kemudian menafikan dakwaan Rafizi dan menyifatkannya “jahil dosa pahala” dan perlu bertaubat.
Rafizi dalam akuan bersumpah hari ini mendakwa Nasharudin menerima wang yang didakwa daripada anak syarikat 1MDB.
Rafizi mendakwa dana tersebut pada awalnya disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kemudian, sejumlah wang disalurkan kepada Nasharudin.
Menurut Rafizi, maklumat ini diberitahu kepadanya pada 28 Januari tahun ini, oleh seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan dakwaan pembabitan Najib dalam skandal itu.
Menurut Rafizi, perkara sama diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.

Dana 1MDB: Tahi ayam digempak tahi tuan ayam - Nik Abduh

Beberapa jam selepas menamakan bekas pemimpin PAS terkait dengan dana 1MDB, Rafizi Ramli didakwa salah seorang pemimpin kanan parti itu sebagai "tidak tahu dosa dan pahala" dan membenarkan kenyataan pemimpinnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, juga menyatakan naib presiden PKR itu sebagai orang yang suka menyelongkar sehingga menjadikan amalan itu sebagai hobi.
"Betullah kata presiden PAS bahawa (anggota parlimen) Pandan ni tak tahu dosa dan pahala. Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi.
"Tahi ayam pun digempaknya jadi tahi tuan ayam. Memang riuhlah...,"  katanya melalui kemas kini status di Facebook petang ini.
Rafizi tengah hari tadi menamakan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, sebagai individu menerima dana berkaitan 1MDB.
Untuk mengukuhkan pendedahan itu, Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) mengenainya.
Untuk rekod, selain pernah menjadi timbalan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nasharudin pernah menjadi anggota parlimen Yan tetapi tewas dalam persaingan mengekalkan jawatannya sebagai orang nombor dua PAS kepada Mohamad Sabu pada 2011.
Fajar akan menyinsing
Nasharudin kelihatan tersisih daripada arus perdana ekoran isu PAS mahu bekerjasama dengan Umno.
Nik Abduh turut menitipkan nasihat kepada Rafizi.
"Nasihat saya, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan minyak, tekan juga brek.." katanya.
Status calon naib presiden PAS pada muktamar parti itu di Alor Setar akhir bulan ini juga membayangkan parti terbabit turut mempunyai banyak maklumat.
Namun, dalam keadaan begitu, kata Nik Abduh, pemimpin PAS berusaha mempraktikkan akhlak mulia bahawa sesuatu yang belum kukuh adalah lebih baik berdiam diri.
"Maka diam adalah senjata disarung dan biarkan ia terlihat.

Dana 1MDB: Kami tak terima sesen pun, kata PAS

Naib Presiden Idris Ahmad mendakwa Nasharudin "sudah keluar" parti dan tidak lagi aktif dengan PAS.
idris-ahmad_Nasharudin-Mat-Isa_pas_600
PETALING JAYA: PAS menjarakkan diri daripada bekas timbalan presiden mereka, Datuk Nasharudin Mat Isa selepas “whistleblower terkenal” Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menuduh beliau menerima wang berkait 1MDB.
“Dia sudah keluar PAS dan tidak aktif lagi dengan PAS, malah pejabat PAS juga dia tidak pernah datang,” kata Naib Presiden Idris Ahmad ketika dihubungi FMT.
Beliau menambah Nasharudin tidak memegang sebarang jawatan sejak tewas mempertahankan kerusi timbalan presiden di tangan Mohamad Sabu dalam pemilihan parti 2011.
“Kenapa nak kaitkan dengan PAS kerana kami tak dapat apa-apa dan kita juga terkejut,” katanya lagi. “Kita pun ‘sengkek’ (tiada wang) hingga bil elektrik hampir dipotong, kalau ada duit kita tak jadi begitu.”
Rafizi dalam akuan bersumpah hari ini mendedahkan Nasharudin menerima wang yang didakwa daripada anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rafizi mendakwa dana tersebut pada awalnya disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kemudian, sejumlah wang disalurkan kepada Nasharudin.
Menurut Rafizi, maklumat ini diberitahu kepadanya pada 28 Januari tahun ini, oleh seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan dakwaan pembabitan Najib dalam skandal itu.
Menurut Rafizi, perkara sama diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.
“Saya kena semak dulu kenyataan Rafizi baru boleh respon,” kata Khairuddin kepada FMT.

Dana 1MDB: Sumber saya bekas pegawai kanan SPRM - Rafizi

Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sumber yang memberi maklumat kepada Rafizi Ramli berhubung dakwaan seorang bekas pemimpin kanan PAS menerima dana daripada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
"Beliau adalah pegawai SPRM terkanan yang mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia dalam skandal tersebut.
"Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terpeinci mengenai siasatan dan aliran dana dari 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri seterusnya ke akaun-akaun tokoh politik lain," kata Rafizi dalam akuan bersumpah yang dibuatnya hari ini.
Rafizi berkata beliau bertemu bekas pegawai berkenaan pada 28 Januari untuk bertanya khabar setelah individu itu bersara daripada perkhidmatan kerajaan.
"Kami berkongsi maklumat dan pengetahuan sebagai rakyat biasa mengenai kes 1MDB kerana beliau kini bukan lagi kakitangan kerajaan," katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Rafizi berkata beliau mendedahkan butiran mengenai sumber sebagai bekas pegawai kanan SPRM selepas mendapat persetujuan darinya.
Malaysiakini cuba mendapatkan penjelasan Nasharuddin Mat Isa selepas Rafizi menamakan bekas pemimpin PAS berkenaan hari ini.
Malaysiakini juga berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Dana 1MDB: Isu Nasha tiada kena mengena dengan kami kata PAS

PAS berkata isu dakwaan penerimaan dana 1MDB oleh bekas timbalan presiden parti itu Datuk Nasharudin Mat Isa tiada kena mengena dengannya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Nasharudin bukan lagi pemimpin PAS, tiada peranan, “tiada hubungan langsung” dan tidak boleh mempengaruhi parti itu.

“Itu antara dia dengan pihak berkuasa. Kalau laporan telah dibuat terhadap dia, tiada kena mengena dengan PAS sama sekali,” katanya.
Setelah seminggu berteka-teki, Rafizi Ramli mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB, yang dikatakan Nasharudin.
Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu di hadapan pesuruhjaya sumpah di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Memetik seorang bekas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rafizi mendakwa dana itu disalurkan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak kepada “peguam tertentu” sebelum diedarkan kepada tokoh-tokoh politik lain, termasuk Nasharudin.
Sejak beberapa hari lalu, Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Takiyuddin juga menafikan PAS menerima sebarang dana daripada Nasharudin sejak 2015.
PAS juga, katanya, tidak tahu menahu sama ada Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Kerajaan perpaduan: Rafizi dedah Nasharudin terima dana 1MDB


Nasharudin Mat IsaNasharudin Mat IsaKetua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini, beliau menamakan bekas timbalan presiden Pas itu sebagai penerima dana 1MDB.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa Nasharuddin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharuddin yang kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan timbalan presiden parti selepas itu sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi RamliRafizi RamliRafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan Pas menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pemimpin Pas dan pernah ditegur mursyidul am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rafizi dedahkan Nasharudin Mat Isa terima dana 1MDB

Dana 1MDB: Maklumat sahih datang dari bekas pegawai kanan SPRM - Rafizi

Rafizi Ramli Dedahkan Nama Pemimpin PAS Yg Terima Wang 1MDB Dari Najib Razak

Rafizi: Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB

Pemimpin PKR itu berkata ia berdasarkan apa yang diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai 'paling kanan' SPRM yang terlibat siasatan 1MDB.
rafizi-ramli_Nasharudin-Mat-Isa_6001KUALA LUMPUR: Ahli Parliman Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bekas presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa pernah menerima dana berkait 1MDB, menunaikan janjinya semalam untuk menamakan individu tersebut.
Dalam akuan bersumpah yang ditanda tanganinya hari ini, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.
“PAS perlu kembali semak pastikan tidak ada satu sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” kata Rafizi dalam sidang medianya yang diturut disiarkan secara langsung melalui Facebook.
Menurutnya, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah “kepada peguam tertentu”.
Tambah Rafizi, SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam tersebut.
Katanya, salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharuddin, namun tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.
Pemimpin Dewan Ulama PAS sedia maklum
Rafizi berkata Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali, pernah berjumpa bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.
Permintaan Khairuddin, yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS, dipenuhi oleh pegawai SPRM tersebut, katanya.
Rafizi berkata perkara yang didedahkannya hari ini menjurus kepada “salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara”, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.
Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharuddin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana, Nasharuddin tidak layak dilantik ke panel tersebut.”
Menurutnya, beliau memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.
“Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.
“Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam malam ini juga.”
Katanya, beliau mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan membicarakan dana 1MDB.
Bekas pensyarah ceburi politik
Nasharuddin dilantik Putrajaya 2 tahun lalu bagi mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR.
Beliau dua kali pernah mewakili PAS di Dewan Rakyat, iaitu sebagai ahli Parlimen Yan, Kedah (1999-2004) dan Bachok, Kelantan (2008-2013).

Skandal 1MDB: Identiti penerima dana didedahkan

Naib presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Nasharudin berkaitan dakwaan itu.

Skandal 1MDB: Jika benar dakwaan Rafizi, terjawab sikap pelik PAS pada 2013

Sekiranya apa yang didakwa Rafizi Ramli itu benar, maka ia menjawab sikap pelik PAS pada 2013 yang menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.
Khalid-Samad_rafizi_600
SHAH ALAM: Amanah tidak pelik dengan dakwaan bekas pemimpin PAS menerima dana 1MDB dari akaun perdana menteri pada 2013 seperti didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ketua penerangannya, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya apa yang didedahkan Rafizi itu benar, maka ia menjawab sikap pelik PAS pada Pilihan Raya Umum 2013.
“Sama ada ia berlaku atau tidak, itu Rafizi kena buktikan kerana dia mengeluarkan kenyataan itu. Sekiranya ia berlaku, tak hairan bagi saya.
“Saya tidak berani nak kata sebab bukti tidak ada dengan saya, tapi sekiranya benar, maka ianya menjawab banyak persoalan sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak faham (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) bertindak sepertimana dia bertindak pada ketika itu.
“Sebagai contoh persoalan pada 2013, PAS bertindak sebagai ‘pengacau’ di mana pada waktu itu semua aman, orang nampak kerjasama PR (Pakatan Rakyat) begitu baik dan mantap.
“Tiba-tiba, di kerusi Kota Damansara, berlaku 3 penjuru, di Kuala Terengganu dan Perak 6 kerusi bertindih, calon PKR dituduh jual pil kuda di tengah pilihan raya waktu itu,” katanya merujuk perubahan sikap PAS bermula 2013 sehingga menyaksikan terkuburnya Pakatan Rakyat.
Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pemimpin PAS bersikap aneh selepas PRU13 apabila mereka mendesak hubungan parti itu dengan PKR dan PR dikaji semula.
“Walaupun kita sebagai AJK PAS pusat pada waktu itu, ianya tidak dimaklumkan kepada semua dan ia merupakan pendirian dan sikap yang diputuskan seorang diri atau dengan kumpulan tertentu.
“Selepas 2013, kita nampak sikap PAS terhadap PR sudah berubah, berlakunya multaqa ulama pada 2013 dan dikemukakan usul dikaji kembali hubungan PAS dengan PKR dan PR dan semua benda pelik berlaku,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu yang keluar daripada PAS dan menyertai Amanah pada 2015.

Persoalan 'RM2.6b': Mampukah Najib pinggirkan Zahid?

Sejak pengumuman pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, pelbagai spekulasi dan teori timbul dengan ada mendakwa kerjaya politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tergugat.
Walau bagaimanapun, persoalan "RM2.6 bilion" adalah sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu mengambil risiko, terutama ketika ini?
Malah sebelum mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Najib terpalit dengan belenggu skandal pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Walaupun perdana menteri berkata dirinya tiada kaitan dan pihak polis telah membersihkannya, namun terdapat banyak soalan yang belum terungkai sehingga hari ini.
Kemudian timbul pula skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang berada dalam akaun peribadi Najib, menjadikan beliau sebagai perdana menteri Malaysia pertama yang terpalit dalam kes rasuah trans-Eropah, yang disebut-sebut sebagai yang terbesar di dunia setakat ini.
Juga dikaitkan anak tirinya, yang dituduh menggunakan dana untuk membiayai penerbitan filem Hollywood, yang plotnya secara kebetulan berkisar rasuah dan jenayah.
Pada masa sama, terdapat dakwaan bahawa isterinya seorang yang boros berbelanja dengan cita rasa tinggi terhadap produk berjenama terkenal.
Semua ini, memaksa pemimpin Umno dan BN terpaksa berhempas pulas mempertahankan perdana menteri dan keluarganya, bukan sahaja daripada pengkritik tempatan, tetapi juga dari luar negara.
Pengkritik terus menyerangnya meskipun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib yang menyalahkan dakwaan itu dibuat oleh mereka yang ingin menumbangkannya.
Antara sebab Umno masih menerima Najib adalah kerana pembangkang adalah lemah dan berpecah belah, dan kemungkinan mereka merampas kuasa persekutuan juga adalah tipis.
Justeru, tidak ada keperluan bagi membuat pembaharuan.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN ONN PERDANA MENTERI MALAYSIA - ZAM


Apapun tafsiran dan anggapan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkukuhkan lagi kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil risiko melantik sepupunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM.
Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri. Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun jika beliau tidak menderhaka.
Harus diingatkan bahawa Najib mengambil tindakan ini dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Zahid sebagai pengganti.
Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti,jauh lebih popular dari Hisahmuddin yang kemenangannya sebabai Naib Presiden UMNO terus diragui kerana adanya sokongan Istana dan juga sunglap politik.
Terbukti Najib sanggup melakukan segala-galanya ntuk mempastikan Hishamuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.
Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri sepeerti Tun Mahathir menilai Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan.Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddinlah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid
Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian walaupun Zahid telah terpkasa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerinma baik perlantikan Hishamuddin itu. Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengiuzinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh.

Felda tak sorok masalah sembang Shahrir

Pengerusi Felda yang dilantik 3 bulan lalu itu berkata tanah peneroka tidak boleh dicagar dan pendapatan peneroka akan dipulangkan 100%.
shahrir-samad-felda
KUALA LUMPUR: Masalah dalaman yang dihadapi peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan didedahkan kepada umum dan tidak akan disorok, kata pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Shahrir yang dilantik mengetuai Felda pada Januari lalu, berkata pelbagai usaha sedang dilakukan dalam memperbaiki kelemahan Felda pada masa ini, salah satu caranya dengan melakukan rombakan besar-besaran terhadap ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
“Sebenarnya kita tidak ada model baru dalam menyelesaikan masalah dalam Felda. Tetapi apa kita tekankan adalah soal tentang kepimpinan dan betulkan kaedah urus tadbir yang baik.
“Kalau dulu kita letak peranan dan tanggungjawab FIC untuk jana pulangan pelaburan kepada kita. Jadi masa ini kita kena kukuhkan lagi.
“Nak kata saya sorok masalah, saya minta semua ahli lembaga (FIC) letak jawatan, itu satu caranya. Itu perubahan yang kita nak lakukan. Dan pengerusi ahli lembaga juga saya lantik bukan daripada golongan politik dan itu satu cara untuk selesaikan masalahnya,” katanya dalam program 100 hari beliau dilantik pengerusi Felda di sini semalam.

Kepentingan peneroka

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul sebagai pengerusi Felda, dan sejak itu mengambil tindakan drastik dengan mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.
FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
Tindakan itu merupakan langkah pertama Shahrir bagi membuka jalan untuk menyusun semula FIC.
Mengulas lanjut, Shahrir turut menepis dakwaan pembangkang yang menuduh kepentingan peneroka Felda akan terjejas oleh Inisiatif Pendanaan Swasta (PFI) untuk Projek Perumahan Generasi Baru (PGBF).
Beliau turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dengan berkata pemimpin PKR itu tidak faham struktur dan falsafah Felda.
“Tanah peneroka itu adalah di bawah (Akta) GSA di mana tidak boleh dicagar dan dibeli oleh pihak-pihak lain. Jadi PFI itu tidak akan membebankan peneroka.
“Saya boleh memberi jaminan (bahawa) harta peneroka tidak akan terjejas kerana sistem dan cara Felda adalah tanah peneroka (berstatus) GSA.”
“Tetapi dia (Rafizi) akan cakap tanah peneroka akan dicagar. Kelirukan orang luar yang tidak faham tentang sistem Felda. Sedangkan pendapatan peneroka 100% dikembalikan kepada peneroka itu model sistem Felda,” katanya.
Di bawah Akta GSA 1960, tanah peneroka tidak boleh sama sekali dipajakkan, pindah milik atau digadai melainkan selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri dan ia juga tidak boleh dibelah bahagi.
Serangan pembangkang
Rafizi mempersoalkan Fasa kedua PGBF yang melibatkan 11,530 unit di mana Felda melalui PFI menandatangani perjanjian dengan syarikat Putra Star Investment Holdings Pte Ltd (PSIH) dan syarikat Terranova Builders Sdn Bhd.

Apa akan jadi jika Najib ganti Zahid dengan Hisham?

Share to cetakShare to Lebih banyak2
Umno mungkin bakal berdepan situasi yang mencabar ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk melantik sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan timbalannya sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun jika terdapat motif lain di sebalik pelantikan Hishammuddin sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi tugas-tugas khas, langkah itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa penyokong Zahid, berhubung kedudukan pemimpin mereka itu.
Jika spekulasi itu bertukar kepada realiti, ini boleh membawa kepada perpecahan dalam Umno.
Malaysiakini mendapatkan pandangan dua penganalisis politik - Ahmad Atory Husain dan Jeniri Amir - untuk  mengenai perkembangan tersebut.
Jeniri Amir percaya langkah seumpama itu akan membawa kepada "konflik yang teruk" dalam parti itu.
Berpecah dengan penyokong Zahid akan menjejaskan Umno, dengan pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi, kerana Zahid sangat popular di kalangan akar umbi.
Dalam pemilihan parti 2013, beliau menang dengan undi terbanyak bagi jawatan naib presiden, dengan mendapatkan sokongan daripada 185 bahagian.
Sebaliknya, Hishammuddin hampir kehilangan jawatan naib presiden, apabila mendapat undi dari 100 bahagian, hanya sembilan undi di depan seorang lagi calon jawatan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua biro strategi dan dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rais Husin mendakwa Zahid lebih popular daripada Hishammuddin di Johor.
"Hishammuddin dilihat sebagai lemah, bahawa dia tiada tindakan, hanya cakap sahaja," kata Rais.
Beliau berkata Kedah dan negeri asal Zahid, Perak, juga boleh memberontak sekiranya ia menjejaskan kedudukan timbalan perdana menteri itu.
Sejarah berulang?
Langkah Najib untuk menaikkan kedudukan Hishammuddin, telah mengimbau ke tahun 2015, apabila perdana menteri memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Zahid.
Terdapat rungutan kedengaran di Johor pada masa itu, tetapi ianya lenyap kerana kurangnya tindakan dari Muhyiddin.
Bagaimanapun ia masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada Zahid dan penyokongnya akan membuat kesilapan taktikal yang sama, atau jika mereka akan bertindak balas.
Pada masa ini, Zahid dilihat patuh dan secara terbuka berkata beliau menyokong pelantikan Hishammuddin sebagai menteri dengan tugas-tugas khas.
Jeniri berkata ini sudah dijangkakan, dan ia adalah satu strategik yang bijak untuk dilihat menyokong langkah Najib itu.

Zahid tidak lagi dipercayai Najib, dakwa Mahfuz


Benarkan Ahmad Zahid tidak lagi mendapat kepercayaan Najib?Benarkan Ahmad Zahid tidak lagi mendapat kepercayaan Najib?
Tindakan perdana menteri mewujudkan portfolio Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri hanya membesarkan saiz kabinet dan menzahirkan 'hilang kepercayaan' beliau terhadap timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke jawatan itu dan berpendapat ia hanya untuk menguatkan cengkaman kuasa perdana menteri dalam kerajaan.
"Apa masalah kepada  pentadbiran PM Najib sehingga mewujudkan potfolio Tugas-Tugas Khas di JPM dalam keadaan anggota kabinet sudah pun diberikan tugas yang terkandung  di dalam portfolio yang sedia ada.
"Apa bidang Tugas-Tugas Khas yang dimaksudkan itu sehingga perlu diberi tanggungjawab khas kepada Hishammuddin Hussein yang juga sepupu PM Najib," soal beliau.
Menurut Mahfuz, kabinet kini sudah mempunyai 35 menteri termasuk 9 menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mewujudkan portfolio baru menimbulkan persoalan sama ada menteri-menteri sedia ada sudah tidak berkemampuan untuk menjalankan tugas tambahan.
Mahfuz yakin di sudut pentadbiran tiada keperluan untuk diadakan jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM kerana ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat dan negara.
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, beliau menyarankan Najib mengecilkan saiz kabinet dengan kualiti kerja yang maksimum.
"Langkah PM Najib melantik Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah langkah politik untuk cengkaman kuasa memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai PM dan langkah melindungi beliau hari ini dan selepas bersara," ujarnya.

‘Kalau benar demi hubungan Timur Tengah, mengapa bukan Zahid’

Abdul Aziz Bari berkata, rasional Nazri Aziz untuk pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas untuk menangani perkara berkaitan Timur Tengah sebagai 'jenaka'.
awang-zahid-hamidi-1
PETALING JAYA: Jika jawatan menteri tugas-tugas khas bertujuan mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon terbaik untuk jawatan itu?
Itu soalan dikemukakan penganalisis politik, Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas kerana mempunyai seorang menteri kanan untuk menjaga hubungan Malaysia dengan Timur Tengah “amat penting”.
“Zahid belajar di sebuah sekolah agama dan beliau boleh berbahasa Arab. Jadi, bukankah beliau orang yang sepatutnya menguruskan hubungan kita dengan Timur Tengah?” kata Awang Azman kepada FMT.
“Seorang lagi calon sesuai untuk jawatan itu ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merupakan menteri menjaga hal ehwal Islam. Dan beiau sudah berurusan dengan Timur Tengah mengenai isu penambahan kuota haji.
“Adakah beliau tidak melakukan apa yang diarahkan kepadanya?”
Awang Azman dari Universiti Malaya kemudiannya menunjuk contoh bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang dilantik sebagai wakil khas negara ke India dan Asia Selatan untuk infrastruktur bagi meningkatkan lagi pelaburan strategik Malaysia-India dalam hal infrastruktur pada 2010.
“Beliau mempunyai latar belakang sesuai dan diperlukan untuk mewajarkan pelantikan itu.
“Tetapi (dalam kes Hishammuddin), pelantikan beliau kelihatan sedikit…janggal, jika mengekalkan hubungan dengan Timur Tengah adalah sebabnya,” kata Awang Azman.
Pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menolak rasional Nazri secara terang-terangan dengan menyifatkannya “tidak masuk akal”.
“Hishammuddin bukan penutur bahasa Arab. Beliau lebih kepada seorang pemuja bahasa Inggeris. Jadi, untuk mengatakan pelantikan beliau bagi meningkatkan hubungan dengan Timur Tengah ialah jenaka.”

Kegagalan Zahid Hamidi, punca Najib angkat sepupu jadi Menteri Tugas Khas


KUALA LUMPUR, 12 APR: Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri mencerminkan kegagalan keseluruhan jentera propaganda dan perancangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pelantikan itu juga kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menunjukkan bahawa Najib bukan sahaja hilang keyakinan kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  tetapi juga hilang kepercayaan terhadap orang kuatnya sendiri seperti Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Salleh Said Keruak and Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Ini merupakan kegagalan serangan propaganda baru yang dilancarkan selepas UMNO mengalami ‘pembersihan’ pada Julai 2015 yang menyaksikan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Strategik Media BN yang baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kit Siang, beliau tidak melihat pelantikan Hishamuddin sebagai langkah Najib untuk berundur sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tetapi merupakan indikasi segala perencanaan Najib tidak berjalan lancar.
“Dia (Najib) perlukan Menteri yang ‘super’ untuk menyelamatkan keadaan.
“Hishamuddin mungkin tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi jelas sekarang, beliau menjadi orang kedua paling berkuasa dalam kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN),” katanya.
Pelantikan Hishamuddin ke jawatan khas itu diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi dan berkuat kuasa hari ini dengan mengekalkan jawatan sedia ada sebagai Menteri Pertahanan.

PELANTIKAN HISHAM: TEMPUA BERSARANG RENDAH


KALAU tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Kalau tidak ada sesuatu yang “mendesak” masakan (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein dilantik Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini diumumkan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, melalui satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, Mohd Najib yang berupa sepupu Hishammuddin berkata ahli Dewan Rakyat Sembrong itu kekal sebagai Menteri Pertahanan.
“Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan,” kata Mohd Najib. (Baca di sini)
Tanda Tanya
Apakah tugas-tugas lain yang akan Hishammuddin jalankan yang belum dilaksanakan oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Mengapakah Mohd Najib memerlukan sepupunya menjalankan “tugas-tugas khas” di JPM sedangkan beliau sudah pun mempunyai timbalan iaitu (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi?
Sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid tentulah lebih daripada layak dan mampu untuk membantu PM dalam apa-apa jua tugas – khas atau umum.
Malah kalau perlu, TPM boleh dilantik memangku jawatan PM. Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, dua daripada timbalan beliau – (Tun) Musa Hitam dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim – pernah dilantik menjadi pemangku PM.
Jadi tidak ada masalah Ahmad Zahid diberikan tugas tambahan bagi meringankan beban PM melainkan Mohd Najib mempunyai pertimbangan-pertimbangan lain.
Misalnya beliau tidak lagi yakin sepenuhnya kepada Ahmad Zahid dan mahu Hishammuddin mempunyai bidang kuasa yang lebih luas bagi mengimbangi pengaruh Ahli Dewan Rakyat Bagan Datok itu.
Atau ada sesuatu yang lebih sensitif dan rumit seperti kedudukan Mohd Najib yang semakin lemah dalam Umno dan Barisan Nasional serta cakap-cakap berkenaan kemungkinan pilihan raya umum diadakan secara mengejut.
Pelantikan tiba-tiba Hishammuddin turut membawa kembali ingatan wartawan generasi saya kepada peristiwa pemergian sulit Almarhum Tun Abdul Razak Hussein ke London untuk rawatan perubatan pada bulan Disember 1975. Almarhum meninggal dunia di ibu negara British itu pada 14 Januari 1976.
Boleh jadi Mohd Najib memerlukan Hishammuddin untuk menjaga hal ehwal negara dan beliau (Mohd Najib) turun padang berkempen untuk mengekalkan kuasa dan beliau tidak mahu membebankan lagi Ahmad Zahid.

ZAHID TAK MUNGKIN BERANI MELAWAN, DIPENCENKAN ATAU DIMINTA TIDAK BERTANDING PUN BELIAU AKAN DIAM

Sejak petang semalam, penyokong-penyokong Zahid Hamidi kelihatan aktif berhubung sesama sendiri untuk bertukar pandangan tentang kesan perlantikan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas terhadap masa depan "boss"  mereka.

Kecewa, resah dan marah bercampur-baur dalam diri setiap mereka. Jika dulu mereka gembira serta hati kembang tak terkata bila Zahid Hamidi dilantik Timbalan Perdana Menteri, kini perasaan sebaliknya pula mula dirasa.

Hakikatnya, siapa pun dapat merasa perlantikan Hishammuddin itu menunjukkan ada yang mula tak kena. Sebelum ini, mereka yang dilantik menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas, terakhirnya ialah Daim Zainuddin, itu saja jawatan yang disandangnya, tetapi Hishammuddin diberikan jawatan itu di ketika masih dan dikekalkan sebagai Menteri Pertahanan.

Nak dikata Najib Razak tidak cukup pembantu, beliau sudah pun ada seorang Timbalan Perdana Menteri, sembilan menteri dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri - suatu angka paling besar dalam sejarah yang pernah mengelilingi mana-mana Perdana Menteri.

Jadi, kewajaran meletakkan Hishammuddin yang diketahui umum sedang bersaing kuasa dengan Zahid Hamidi, memang menimbulkan banyak teka-teki, spekulasi dan prasangka.

Kata Hishammuddin, pelantikannya kerana ada banyak kerja, terutama untuk meringankan beban Perdana Menteri, tetapi dalam masa yang sama beliau belum lagi mengetahui apa tugas khusus yang akan diberikan kepadanya untuk dilaksana.

"Kami proaktif, work in progress dan kalau ada tugas dan keperluan baru yang perlu dihadapi, maka penyesuaian dari segi portfolio dan tanggungjawab boleh dilakukan atas budi bicara dan kuasa Perdana Menteri.

"Ia adalah keputusan Perdana Menteri," kata Hishammuddin sambil menambah, beliau akan berbincang dengan Najib kemudian mengenai tugas-tugas khusus untuknya itu.

Seorang penyokong Zahid Hamidi lantas menyindir jawapan Hishammuddin - dilantik kerana ada banyak kerja atau untuk mengerja?

Logiknya juga, jika beban Perdana Menteri yang mahu diringankan, apakah selama ini keberadaan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, disertai sembilan menteri dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, masih tidak cukup berupaya dalam membantu serta meringankan kerja Najib?

Atau Najib tidak cukup mempercayai semua mereka itu sehingga Hishammuddin, sepupunya sendiri juga yang lebih dipercayai untuk sama-sama berada di Jabatan Perdana Menteri?

PELANTIKAN HISHAMUDDIN SEBAGAI MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS ISYARAT JELAS BUAT ZAHID?

Wah..dalam diam-diam Umno rupanya bergolak? Hari ini Najib Razak telah melantik sepupunya Hishamuddin Hussein menjadi Menteri Dengan Tuga-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri. Kebiasaanya porfolio ini bertanggungjawab khusus kepada perdana menteri.
Untuk apa dan kenapa pelantikan ini dibuat? Apakah ianya dalam proses Najib untuk menyalinkan kekuasaanya kepada Hishamuddin. Maka Hishmuddin perlu diletakkan di situ untuk melakukan apa yang patut?
Dalam Umno mungkin senyap dengan pelantikan itu tetapi di luar pasti riuh. Akan ada berbagai spekulasi mengenai hal ini. Orang Umno tidak berani untuk membuat apa-apa spekulasi dengan pelantikan ini walaupun ia memberi cabaran kepada Zahid Hamidi. Mereka yang digamkan mulut oleh Najib dengan wang ringgit, taubat tak berani bersuara.
Apakah pelantikan Hishamuddin itu menambahkan kedudukannya untuk dilihat seimbang dan sama penting dengan Zahid? Nampaknya begitulah.
Sebagai TPM Zahid dilihat berkedudukan hampir dengan Najib. Tetapi apabila Hishamuddin diletakakan di situ JPM, satu jabatan dengan Zahid maka kini ada dua orang paling hampir dengan Najib. Pastilah dilihat dari hubungan DNA, Hisamuddin lebih hampir dan “menjerap” ke tulang hitam kepada Najib.
Dalam tilikan dan makrifat saya pelantikan itu adalah klimeks kepada signal Najib untuk difahami oleh Zahid. Sebelum ini telah meletus cerita bagaimana di kalangan anak beranak Najib, mahukan Hishamuddin mengganti Najib bukannya Zahid. Khabarnya Rosmah Mansor adalah orang yang menentang apabila Najib memilih Zahid sebagai TPM dahulu.
Kepada Zahid buat apa lagi tunggu? Apakah dia mahu beredar selepas orang menutup pintu dan menghalaunya keluar. Lebih baik bertindak awal, berlalu sebelum orang melempar tikar bantal dan membuang kelambu kita. Adalah janggal kalau Zahid terus jadi TPM tatkala Hishamuddin sudah mengangkat sumpah menjadi perdana menteri ke 8 menggantikan Najib.

Alibaba China bakal ancam gedung beli-belah Malaysia?

Seorang pakar ekonomi berkata gergasi perniagaan internet yang dijangka beroperasi akhir 2019 boleh mengancam survival pusat membeli-belah dan peniaga kecil-kecilan.
hoo-ke-ping
PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi veteran meramalkan peruncit tradisional bakal berhadapan dengan ancaman apabila Kumpulan Alibaba dari China menubuhkan hab logistik di Malaysia.
Bercakap kepada FMT, Hoo Ke Ping berkata, hab itu yang dijangka beroperasi akhir 2019 akan mengancam survival pusat membeli-belah dan peniaga kecil-kecilan.
Beliau berkata, bagi peruncit tradisional yang sudah pun berhadapan dengan persaingan daripada rakan-rakan atas talian mereka, hab itu akan memberi cabaran yang lebih ketara.
Beliau menyifatkan Lazada, peruncit dalam talian milik Alibaba, antara yang paling berpatutan harga, akan menjadi satu cabaran bagi peruncit-peruncit berasaskan gedung membeli-belah kerana mereka tidak dapat mengelak kos-kos asas seperti sewa, utiliti dan upah.
Hoo memberitahu, keadaan diburukkan lagi ekoran lebihan bekalan pusat membeli-belah, dengan kebanyakannya bersaing untuk mencari penyewa ruang runcit mereka.
Bulan lalu, laporan berita memetik Pengarah Urusan Savills Malaysia Allan Soo berkata, pasaran runcit boleh mengambil masa sehingga 4 tahun untuk melihat perubahan disebabkan h lebihan bekalan dalam ruang runcit.
Lembah Klang sahaja mempunyai 160 pusat membeli-belah dan pasar raya besar, termasuk 7 gedung membeli-belah. Tujuh lagi dalam perancangan.
Hoo juga berkata, Pos Malaysia yang kini mengendalikan penghantaran bungkusan untuk Alibaba telah membina keupayaan menceburi pasaran e-dagang.
Dalam temu bual Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pihaknya dalam proses memantapkan keupayaan dan infrastruktur supaya ia boleh menyediakan pelbagai perkhidmatan e-fulfilment yang diperlukan industri.

Orang kata padan muka Zahid, kata bekas menteri Umno

Bekas menteri penerangan itu berkata timbalan perdana menteri itu sudah 'terlambat' susulan pelantikan mengejut menteri pertahanan ke jawatan kedua Kabinet.
zainuddin-zahid
PETALING JAYA: Pelantikan mengejut Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas semalam turut mendapat perhatian Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri penerangan yang kini lantang mengkritik pentadbiran Umno.
Zainuddin atau dikenali sebagai Zam itu menerusi Twitter memuat naik kiriman sinis mengenai pelantikan itu, yang menguatkan spekulasi ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Tahniah keberanian Najib,” kata Zam.
“Apapun alasan diberikan PM, namun pandangan ramai tiada kepercayaan penuh Najib pada Zahid. Ia mematahkan semangatnya.”
Kiriman Twitter itu turut memuatkan gambar Zam bersama Zahid.
Rata-rata penganalisis politik semalam melihat pelantikan Hishammuddin itu sebagai petanda buruk masa depan politik Zahid.
Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata pelantikan itu mesej jelas yang menteri pertahanan itu, yang juga merupaka sepupu kepada Najib, sedang disesuaikan untuk mengambil alih jawatan timbalan perdana menteri daripada Zahid.
“Ini juga merupakan cara perdana menteri menguji reaksi ahli Umno lain dan juga komponen Barisan Nasional selain melihat reaksi rakyat Malaysia,” katanya.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan motif politik di sebalik pelantikan itu.
“Jangan ada pihak cuba melaga-lagakan kita. Kita teruskan (tugas) berbanding melayan pihak yang tidak pernah setuju dengan kita,” katanya.
Padan muka
FMT difahamkan pengumuman pelantikan itu juga hanya diketahui beberapa ahli kabinet pada hari sama.
Zam berkata Zahid sedia maklum kesan pelantikan Hishammuddin, sambil berkata beliau dapat membaca apa akan berlaku seterusnya.
Namun, Zam membayangkan tidak banyak yang dapat dilakukan Zahid.

Perangi rasuah pemimpin juga tanggung jawab agama, kata Saifuddin


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berucap pada program khas Sidang Parlimen Rakyat, 10 April lalu.Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berucap pada program khas Sidang Parlimen Rakyat, 10 April lalu.
Penjelasan ahli parlimen Pakatan Harapan berhubung usul rang undang-undang Akta 355 di media sosial berjaya memberi pencerahan kepada umum tentang polemik tersebut, kata Setiausaha Agung PKR Dato' Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau, program Sidang Parlimen Rakyat yang sertai beberapa pimpinan Pakatan Harapan pada 10 April lalu telah berjaya mencapai sasaran.
"Perbahasan ini telah disiarkan melalui beberapa media sosial (Facebook) Invoke Malaysia, pimpinan dan termasuk Rafizi Ramli dengan jumlah tontonan sehingga 214097, hampir 1 juta akaun Facebook mengikutinya, 2714 berkongsi dan 14,496 komen.
"Ini boleh diikuti oleh pimpinan dan penyokong daripada pelbagai parti politik untuk menonton dan mendengar apa yang diperkatakan oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
"Malah kupasan RUU355 dalam bentuk hujah-hujah yang dibentangkan telah menjadi perhatian penonton dan menjadi suatu perkembangan yang positif," katanya.
Tambah Saifuddin, keputusan kerajaan Umno-BN melalui Speaker Dewan Rakyat 6 April lalu yang menangguhkan sesi perbahasan RUU 355, menimbulkan pelbagai spekulasi yang jelas telah dipolitikkan walau apa pun alasan yang diberi.
Beliau memuji tindakan ahli parlimen Pakatan Harapan menjelaskan isu ini melalui mekanisme baharu 'Sidang Parlimen Rakyat' secara langsung di Facebook dengan kerjasama Invoke Malaysia.
Menurut beliau, dengan menggunakan teknologi digital dan media sosial, wacana itu akan menjadikan rakyat Malaysia lebih inklusif dalam sesuatu perkara.
Malah katanya, proses membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat boleh didemokrasikan melalui teknologi.
"Kajian yang bertajuk Internet Users Survey 2016 mendapati 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan rangkaian media sosial di atas talian setiap hari.
"Media sosial dan rangkaian teknologi harus menjadi instrumen dan wahana parti politik untuk mendengar suara hati rakyat yang terkesan dengan tindakan dan keputusan wakil rakyat yang diwakili mereka.
"Pendekatan politik Pakatan Harapan yang bersifat sezaman dan mendukung pemikiran termaju akan dapat mengurus kepelbagaian perkara dengan matang," katanya.
Saifuddin turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan Parlimen bagi mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memperkasa mahkamah syariah.