Rabu, 12 April 2017

Dr Dzulkefly jawab PAS: Itu tekad AMANAH

Tuduhan Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) melakukan "jenayah intelek" kerana menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz Nik Mat'.
Menjadikan keadaan lebih rumit lagi apabila tuduhan seperti itu bukanlah satu perlakuan "jenayah" dalam mana-mana peruntukan Kanun Keseksaan.
Kata beliau lagi, bahawa seminar ini "seolah-olah mahu menggambarkan AMANAH mendapat restu Nik Aziz".
Sejujurnya saya tidak tahu untuk tertawa atau berasa sedih membaca laporan tersebut. Apakah tujuan sebenar di sebalik perkara ini dipolemikkan?
Lebih saya sangsikan ialah nilai ilmiah atau intelektual untuk memanjangkan topik atau wacana (baca: polemik) ini. Pun begitu, memenuhi permintaan sesetengah pihak, saya tuliskan juga.
Sekali lagi saya tegaskan, tujuan seminar itu diadakan adalah untuk "menekuni dan merakamkan keunikan jalur pemikiran Tok Guru" mengemudi pelbagai cabaran kerencaman masyarakat majmuk dan mendepani tuntutan politik dan anutan agama yang kerapnya saling bersilang.
Khasnya lagi, ia menekuni pemikiran beliau yang berdepan cabaran sebuah kerajaan persekutuan yang amat menceburui usia pentadbiran dan kerajaannya.
Khairuddin terlupa, segala tuduhan "penipuan, cerita rekaan dan pembohongan" yang dimaksudkan itu juga disaksikan dan didengari juga puluhan ribu penonton.
Tidak semudah itu untuk beliau seorang hendak menjadi pendakwa dan hakim sekaligus. Terlalu ramai yang menyanggahi kesimpulan beliau yang simplistik serta sarat dengan prejudis dan kejengkelan itu. Maaf, itu yang sejujurnya.
Takut hilang tak berganti
Sebaliknya ramai merakamkan rasa gembiar kerana mendapat pencerahan kertas kerja oleh mereka yang pernah bersama Tok Guru dari pelbagai sisi, zaman dan latar sosiobudaya secara pengkisahan (naratif), mahupun pandangan analitikal seorang saintis politik yang kini seorang ahli politik.
Lebih penting lagi buat kami, ketajaman pemikiran politik lslam Tok Guru yang bersendikan tasaamuh (toleransi) yang seimbang serta mantiknya yang tinggi hasil penguasaan ilmu yang mendalam.
Dari situ beliau lantas berani membuat pendirian-pendirian politik yang tidak konvensional dan tidak predictable. Ia adalah keunikan kepemimpinan Tok Guru yang kini kami takuti akan hilang tidak berganti.
Kehebatan beliau mengembangkan dakwah pada setiap derap langkah siasahnya dan memperkukuhkan sokongan siasah dalam kebijaksanaan dakwahnya menyerlahkan Tok Guru sebagai ulama haraki yang inklusif, serta punyai bacaan politik yang responsif.
Ini yang kami mahu pelajari dan tekuni dalam seminar pemikiran berkenaan.
Yang penting, dalam empat pembentangan pagi itu, tidak ada unsur-unsur untuk:

Ulama PAS ulangi DAP memang anak butir t**i PAP

Dalam kenyataan jelas mahu mempertahankan presiden PAS, Anggota Parlimen Kuala Nerus tampil memberikan maksud "anak butir tahi" yang dinisbahkan kepada DAP malam kelmarin.
Menurut Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, istilah berkenaan merujuk kepada perumpamaan mengikut loghat Terengganu.
Ia kata beliau menjelaskan sifat "anak didik yang saling tidak tumpah" dengan gurunya.
Kata Khairuddin, perlambangan itu juga merujuk kepada sikap anak didik itu yang mengikut telunjuk gurunya walaupun pada perkara keburukan.
"Anak butir adalah perumpamaan dalam loghat Terengganu merujuk kepada anak didik seseorang. Anak butir tahi pula merujuk kepada anak didik yang saling tidak tumpah dengan gurunya dan mengikut telunjuk gurunya walau pada perkara keburukan," tulis beliau di Facebook sebentar tadi.
Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS berkata, DAP memang "anak butir tahi" Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana menyambung legasi perjuangan pertubuhan Singapura itu selepas ia keluar dari Malaysia.
"Adakah DAP menerima hak istimewa Melayu? Adakah DAP menerima Islam agama persekutuan? Adakah DAP menerima kedudukan dan kedaulatan raja-raja Melayu?" katanya.
Penjelasan Khairuddin mengaitkan ucapan pemimpin PAS dengan perumpamaan Terengganu itu bukanlah kali pertama.
Sebelum ini beliau menjadi perhatian ramai apabila dalam ucapannya mengenai rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 mengecam pengkritik usul berkenaan.
Dalam ceramahnya itu, Khairuddin mencadangkan supaya pengkritik rang undang-undang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu perlu disekeh kepalanya.
Bagaimanapun, beliau kemudian bertemu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dalam pertemuan yang dianggap penuh mesra dan harmoni.
Khairuddin juga mengatakan istilah "sekeh" yang disebutnya itu sekadar bidalan orang Terengganu.

Dah terdesak sangat ka takut kurang yg dtg nnti !!!

WOWW RAMAINYA..!! Katanya ramai anak muda sekarang dah mula sedar nak ikut Najib Razak, betoi ka??!

APA KEPERLUAN GUNA HABUAN 'DEDAK' BERNILAI RM1 JUTA utk tarik ahli2 Umno dtg ke Bukit Jalil ??!

Kerajaan Melayu Islam Nusantara....!!!

Kata-kata dari pemimpin PAS Pusat..
RAZMAN ZAKARIA (Pengerusi Lajnah P'bangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal)

PM TGHH Presiden PAS !!!
Kerajaan Melayu Islam Nusantara

'Kerajaan Malaysia' nak campak katner ??!

MAKIN PARAH...SIAP BERCABUTAN...!!!

Aiikk..?? Umno baru ditubuhkan 13 Feb 1988, acaner jadi 71 tahun.?

2017 - 1988 = 71 ??

Adakah mereka ini buta sejarah, buta matematik ATAU MEMANG NAK SELEWENG FAKTA & PERBODOHKAN RAKYAT !!

Sebarkan agar rakyat tahu sejarah & keadaan sebenar penipuan Umno Dulu Kini & Selamanya..

Penyangak #MO1 bebas ke sana ke mari..

Penyangak #MO1 rembat samun duit 1MDB puluhan bilion terus bebas ke sana ke mari..

NAIK LAGI !!!...

Terima kasih & bersyukur kepada KERAjaan Umno-BN kerana rakyat didahulukan..

Harap slps ni biarlah minyak naik tiap2 minggu demi kesejahteraan rakyat serta kukuhkan ekonomi..

Esok terbongkarlah nama bekas pemimpin Pas yang makan duit 1MDB?


Seperti mana yang dijanjikan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau akan mendedahkan nama bekas pemimpin kanan Pas yang dikatakan menerima dana haram dari 1MDB yang mengalir ke akaun peribadi Najib Razak ke akaun bekas pemimpin Pas berkenaan.

Beliau akan membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar khas yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya tengah hari esok.

Sementara itu keesokannya Rafizi akan membuat laporan SPRM bersama dengan maklumat yang diperolehi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam satu imel yang diterima oleh blog ini sekejap tadi.

Berikut adalah sebahagian kenyataan akhbar itu:

"Saya akan menamakan tokoh bekas pimpinan PAS yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1tengahari esok (Khamis, 13 April 2017) yang akan disiarkan secara #FBLive di laman Facebook saya.

"Pada hari Jumaat, 14 April 2017 jam 11 pagi saya akan membuat laporan SPRM bersama-sama dengan maklumat yang saya perolehi di Ibupejabat SPRM, Putrajaya.

"Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya kerana niat saya adalah jelas: rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil."

Sebelum ini banyak pihak mendesak agar Pas membuat pengakuan berhubung dakwaan beliau itu. Beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya Hadi Awang menafikan tuduhan Rafizi itu dan menganggap Rafizi berbohong 300 peratus.

Saya juga ada ada membayangkan bahawa orang yang dimaksudkan Rafizi itu saya mengenalinya. Kita sama-sama tunggu esok dan lusa.

Ke arah gabungan politik agama (Islam) - bangsa Melayu terbesar


Oleh Mohd Sayuti Omar
Dalam muktamar parti agama (Islam) se Malaysia (Pas) hujung bulan ini ramai pemerhati dan mereka yang concern dengan politik mahu melihat ada pertandingan merebut jawatan penting dalam parti itu setidak-tidaknya untuk jawatan naib presiden kalaupun bukan timbalan presiden.

Perebutan itu dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu untuk dibuat tafsiran akan berlaku ethnik clensing kedua dalam parti itu sesudah ia dilakukan pada tahun 2015 di Kuala Selangor.
Kuala Selangor telah menjadi pengkalan untuk menghanyutkan orang-orang yang dikatakan cuba menukar isme politik Pas selama ini. Selamanya Kuala Selangor dikenang sebagai tapak pembunuh beramai-ramai dalam Pas. Dengan penyingkiran secara "seraga ayam" itu maka kukuhlah kedudukan orang yang berasa dirinya berpegang kepada isme agama sebenar, menguasai parti itu.

Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) pula memberi peluang untuk bekas pemimpin Pas itu membukti dan menunjukkan apakah idealisme siasah mereka diterima atau ditolak.

Bertolak dari situ, apabila ada kenyataan-kenyataan daripada pemimpin Pas sekarang ini yang dilihat kurang senada dengan kenyataan tegas (konsisten?) presiden maka ia dikira akan berlaku pembersihan puak yang kedua dalam parti tersebut. Ada saki baki pro-lib (profesional-liberal) dalam parti itu yang menjadi duri dalam daging.

Pembuangkan golongan profesional tempoh hari jelas, ia terarah kepada dua matlamat disamping untuk mengukuhkan cengkaman puak agamawan dalam Pas terhadap parti itu, ia adalah untuk merangka tahalul syiasi politik lebih bermakna dan tepat dengan latar belakang Pas dengan (baca dengan Umno).

Betapa itu yang ditunggu-tunggu untuk dilihat perkembangan selanjut dalam Pas, tetapi bagi saya muktamar bakal diadakan di Kedah hujung bulan ini tidak menimbulkan banyak masalah kepada Pas. Muktamar itu dari segi perebutan jawatan akan berlangsung dalam keadaan aman damai penuh harmonis dan semangat RUU 355.

Walaupun ada pencalonan untuk mencabar jawatan diperingkat timbalan presiden dan naib, saya kira ia akan dilengsaikan dengan baik. Mereka yang dicalon tidak akan meneruskan hajat dan akan menarik diri demi menyerlahkan semangat ukhwah Islamiyah.

Penarikan diri suatu tindakan berbentuk tektik dan muslihat dalam politik. Cara itu untuk menunjukkan betapa ikhlas dan wala'nya orang-orang dalam Pas yang ada hari ini. Mereka yang bermukim dalam Pas kini bukan seperti golongan atau puak profesional yang ingin mengubah "dasar" dan polisi Pas yang telah hilang ketaatan dan tidak tahu menghormati ulama.

Jadi penarikan diri itu adalah tektik bagi menunjukkan dalam Pas kini semuanya mereka bertaraf ahli syurga. Mereka ikhlas dan tidak mengilakan jawatan kerana itu semua kununnya duniawi.

Maka pertandingan dan suasana yang disukai oleh pihak luar Pas itu, bagi saya tidak akan berlaku. Hatta untuk peringkat jawatankuasa kerja juga tidak akan berlaku perebutan melibat begitu ramai calon. Jadi "kertas chai" tidak perlu disediakan kali ini seperti mana dalam muktamar di Kuala Selangor itu. Mungkin kalau ada perebutan pun bertujuan untuk menyulat mana-mana ahli jawatankuasa kerja yang relatif tidak berdaya maju dan kerap tuang mesyuarat atau keuzuran.
 
Walaupun begitu bagi saya muktamar itu dikira masih penting untuk digunakan sebaik mungkin kerana ia adalah muktamar terakhir sebelum Piraum ke-14. Pas perlu menggunakan sidang itu untuk memberi sesuatu impak besar dan mencapai konsensus penting menjamin kemenangan besarnnya nanti, atau membuktikan bahawa Pas adalah pesaing Umno dan terus akan diharap menjadi parti alternatif. Paling penting Pas harus menguak ke arah perjuangan lebih terbuka dan Abdul Hadi Awang perlu mencetak sejarah tersendiri.

Apa yang saya maksud di sini, Pas patut menggunakan muktamar berkenaan bagi mengambil keputusan mengenai strategi parti itu untuk menang dalam Piraum akan datang. Dalam kancah politik hari ini masalah besar yang berhadapan dengan Pas ialah perpecahan mereka dan pemisahan daripada parti pembangkang Pakatan Harapan. Pas kini sudah tidak dianggap sebagai komponen pembangkang lagi dan jalan untuk bersatu sudah tipis.

Dalam senario hari ini, Pas tidak boleh bersendirian. Melarikan diri dari mana-mana kumpulan dan hidup secara kera sumbang, terpencil.. kerana ia sangat bahaya. Pas akan jadi seperti anak kambing terpisah dari kumpulannya, ia mudah akan dibaham serigala. Maka Pas perlu kepada gandingan baharu untuk terus dilihat sebagai parti yang bermaruah. Untuk ini tidak ada lain cara Pas perlu bergabung dengan UMNO. Penggabungan ini boleh dilakukan dengan berbagai cara, sama ada langsung atau tidak langsung tetapi bukan persefahamn tersembunyi seperti hari ini -- ta'awun. Pas harus gentlemen.

Rintis kerjasama

Jelajah Semarak platform Bersatu jumpa rakyat


Jelajah Semarak platform Bersatu jumpa rakyat
KOTA BHARU - Jelajah Semarak membuktikan tindakan komited membantu rakyat mengubah pentadbiran sedia ada yang dianjurkan Bersatu bermula 14 April ini.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, Jelajah Semarak adalah bertujuan untuk penyatuan semangat seluruh rakyat Malaysia yang tidak berselindung untuk tumbangkan kerajaan sedia ada pada PRU-14 demi menyelamatkan Malaysia.
"Kami berasa amat teruja dengan penerimaan rakyat terhadap Bersatu. Ianya diukur dengan pelbagai cara termasuklah sambutan dan kehadiran rakyat di setiap majlis penerangan anjuran Bersatu seluruh Malaysia.
"Jelas menampakkan suatu momentum rakyat untuk mencari suatu penyelesaian terhadap segala masalah dan isu yang berlaku dalam negara kini," katanya dalam satu kenyataan disini.
Menurutnya, siri pertama jelajah ini akan di adakan di tapak pasar malam Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh pada Jumaat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu memberitahu, Pasir Puteh dipilih kerana simbolik kepada permulaan perjuangan menentang kezaliman dan mengembalikan hak rakyat.
"Melalui Jelajah Semarak ini kita akan dapat membongkar isu-isu yang membelenggu rakyat dan menaikkan semangat baru rakyat Malaysia untuk lakukan perubahan total. Selain itu untuk menguatkan sokongan rakyat kepada Bersatu dan parti-parti gabungan.
"Rakyat juga dapat memahami kenapa rakyat perlu bersatu selamatkan Malaysia," katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu memberitahu, Pasir Puteh dipilih kerana simbolik kepada permulaan perjuangan menentang kezaliman dan mengembalikan hak rakyat.
"Melalui Jelajah Semarak ini kita akan dapat membongkar isu-isu yang membelenggu rakyat dan menaikkan semangat baru rakyat Malaysia untuk lakukan perubahan total. Selain itu untuk menguatkan sokongan rakyat kepada Bersatu dan parti-parti gabungan.
"Rakyat juga dapat memahami kenapa rakyat perlu bersatu selamatkan Malaysia," katanya.

Penganalisis: Lantikan Hishammuddin bagaikan ‘air dicincang tak akan putus’

Prof Madya Jeniri Amir menyifatkan pelantikan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Hishammuddin dalam jangka pendek dan panjang.
jeniri-amir-hishamuddin
PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan “langkah strategik untuk tujuan strategik”, kata seorang penganalisis politik.
Prof Madya Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, pelantikan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Hishammuddin dalam jangka pendek dan panjang.
“Bagi Najib, sesiapa mengambil alih pentadbiran negara nanti, ia bertujuan untuk melindunginya. Beliau percaya kepada sepupunya, ibarat air dicincang tak akan putus.”
Ditanya sama ada terdapat pergeseran antara Najib dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jeniri berkata, beliau tidak dapat menjawab soalan itu.”
“Tetapi kecenderungan beliau kepada Hishammudin, beliau memihak kepada sepupunya.
“Bagi rakyat, mereka mahu pemimpin yang boleh membawa negara ke hadapan, kita menjangka apa saja jawatan diberikan kepada Hishammuddin, baik untuk negara.
“Apa pun, Najib sudah menetapkan agenda, kadang-kadang dalam politik, ia dinamakan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
“Beliau perlu tampil dengan perubahan strategik dan ini sebahagian daripada langkah strategik di pihak perdana menteri.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, selain melaksanakan tugas sebagai menteri pertahanan, Hishammuddin boleh mengekalkan hubungan baik dengan negara Timur Tengah.
“Najib beritahu kami pagi ini, beliau bincang perkara ini dengan Zahid dan mereka setuju Hishammudin perlu diberikan tugas khas ini untuk mewajarkan lawatan beliau ke Timur Tengah tidak hanya meliputi perkara pertahanan tetapi juga mengekalkan hubungan dengan negara itu.
“Kita perlukan menteri kanan untuk bertemu kerajaan Yaman, Qatar, Kuwait, UAE atau Arab Saudi, ini sangat penting kepada kami.
“Dengan mempunyai menteri kanan yang memegang tugas khas di Jabatan Perdana Menteri untuk melihat perkara ini adalah sangat penting,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan.
Nazri juga bertindak balas kepada soalan mengenai kali terakhir pelantikan yang sama dibuat melibatkan seorang menteri kanan.

Zaid: PAS biadap, singgung perasaan tak minta maaf

Zaid Ibrahim menyifatkan PAS sebagai "pembuli" dan meminta rakyat Malaysia bangkit menentang parti Islam itu.
nanyang-2PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata, PAS dan pemimpinnya tiada hak menuntut permohonan maaf daripada Nanyang Siang Pau (NYSP) sedangkan mereka sendiri menyinggung perasaan orang lain selama bertahun lamanya.
Merujuk laporan polis dan dan perkataan menyakitkan hati dikeluarkan parti Islam itu dan pemimpinnya terhadap NYSP, bekas menteri itu menyuarakan rasa meluatnya di Twitter.
“PAS biadap, berniat jahat dan menyinggung perasaan orang lain selama bertahun-tahun. Adakah mereka meminta maaf? Adakah Hadi Awang memohon maaf kerana menggelar sesetengah daripada kita kafir,” tulis Zaid di Twitternya merujuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 8 April lalu, akhbar berbahasa Cina itu dan portal beritanya menyiarkan sebuah kartun kontroversi bertajuk “Akta Drama Monyet” memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dinamakan “Hadi Awang” bertenggek di sebatang pokok “Akta 355”, merujuk rang undang-undang persendirian Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
“Hadi Awang” dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah “keledek panas”, manakala “speaker” melompat dari pokok itu, sambil berkata: “Simpan untuk hari kemudian”, sambil sekumpulan monyet bertekak di bawah pokok berkenaan.
Kartun itu merupakan gambaran sinis terhadap sesi Dewan Rakyat pada Khamis lalu, yang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa wakil rakyat pembangkang selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mulia menangguhkan sidang, bukannya memberi ruang untuk RUU itu dibahaskan.
Susulan kekecohan yang timbul selepas kartun itu dikongsi di sosial media, NYSP memohon maaf pada petang Isnin lalu dan akan menghantar surat rasmi permohonan maaf kepada Hadi dan Pandikar, selain akan mengeluarkan kartun itu daripada portal beritanya.
Bagaimanapun, 150 ahli PAS mengadakan protes di luar pejabat NYSP di Petaling Jaya, pagi semalam, mendesak lebih banyak tindakan diambil ke atas akhbar itu, termasuk menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit penerbitannya.

ADAKAH PENDIRIAN PESURUHJAYA PAS PERAK UNTUK PAS MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN BERSAMA UMNO PENDIRIAN PAS PUSAT?

Saya menerima banyak panggilan sejak pagi tadi mengenai satu perkongsian pagi ini oleh Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak yang diketahui rapat dengan YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Perkongsian ini melalui status Facebook beliau yang dinaikkan sekitar jam 9 pagi masih lagi berada di laman Facebook beliau sehingga kenyataan media ini ditulis jam 1214 tengahari ini.

Perkongsian itu sudah tentu menimbulkan keresahan kerana ia mengiyakan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa ada anasir di dalam kepimpinan PAS sekarang yang masih berangan-angan untuk bergabung dengan UMNO (sama ada secara langsung atau melalui muslihat halus) dan mengambil alih Putrajaya melalui kerjasama sulit ini.

Apatah lagi bilangan kerusi parlimen sebanyak 80 kerusi itu sama banyak dengan pengumuman terkini pimpinan terkanan PAS bahawa parti itu berkehendakkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia. Apabila ditambah dengan ucapan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sendiri sebelum ini yang menjadi tular tentang keinginan PAS untuk menguasai 5 buah negeri dan “membenarkan” UMNO berkuasa di negeri-negeri lain; kepimpinan PAS tidak lagi boleh membuat tidak endah kerisauan rakyat mengenai sikap PAS kepada UMNO.

Jika perkongsian mengenai penggabungan PAS dan UMNO itu ditulis oleh seorang ketua cawangan PAS, ia tidaklah sangat dihiraukan kerana ia mungkin pandangan picisan. Namun, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang Pesuruhjaya PAS di negeri penting yang ingin dikuasai oleh PAS seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS sendiri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menimbulkan perkara ini supaya ada jawapan yang jelas dari pimpinan PAS Pusat.

Sebab itu saya secara terbuka tampil dengan peringatan kepada Dato’ Seri Hadi Awang mengenai dana 1MDB yang mengalir dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib kepada seorang tokoh bekas pimpinan kanan PAS yang dilihat membawa agenda Kerajaan Perpaduan di antara PAS dan UMNO sejak bertahun-tahun lamanya.

Perkongsian di status Facebook oleh Pesuruhjaya PAS Perak pada hari ini menimbulkan suasana mendesak supaya kepimpinan PAS Pusat membuat pendirian rasmi mengenai perkara ini:

1. Jika benar PAS mempunyai strategi untuk bekerjasama dengan UMNO (sama ada secara terang-terang atau halus), maka berterus teranglah kepada rakyat dan KEADILAN supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti

Komen Ahmad Zahid terhadap jawatan baharu Hishammuddin


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongannya terhadap tugas baharu Datuk Seri Hishammddin Hussein bagi membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Pelantikan ini sesuai dan saya yakin beliau (Hishammuddin) dapat membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan juga tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan, " katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik.
Menurut Zahid, beliau yakin Hishammuddin mampu melaksanakan tugas yang baru diamanahkan itu.
Sementara itu, Hishammuddin ketika menerima berita pelantikannya itu pula, menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, satu penghormatan dan kepercayaan yang cukup dihargainya.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga bersetuju dengan pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.
"Pelantikan ini sesuai dengan perkembangan dan landskap semasa tiada kaitan dengan pilihan raya umum, " katanya.
Pelantikan itu membolehkannya menjalankan tugas selain tanggungjawabnya beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Petanda Najib akan lepas jawatan, kata AMANAH

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub menafsirkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai petanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi.
"Pelantikan Hishamuddin sebagai menteri tugas-tugas khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat dan Hishamuddin akan ambil alih jawatan untuk memastikan kesinambungan dan hayat Umno dalam pihanraya umum akan datang," kata beliau menerusi tweet.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, tambah Salahuddin, beliau tidak akan terkejut jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima nasib yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Demi survival Najib dan Umno, saya tidak terkejut (Ahmad) Zahid akan menerima nasib seperti Muhyidin," katanya.
Pada masa yang sama, Salahuddin turut menzahirkan kebimbangan jika 'tugas-tugas khas' yang diberikan kepada Hishamuddin adalah untuk 'melenyapkan' isu 1MDB.
"Hanya Hishamuddin yang menjadi kepercayaan Najib," katanya sambil merujuk hubungan antara keduanya adalah sepupu.
Sebentar tadi, Najib mengumumkan pelantikan Hishamuddin sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.
Dalam kenyataanya, Najib turut menjelaskan bahawa Hishamuddin masih kekal sebagai menteri pertahanan.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meramalkan pelantikan Hishamuddin itu bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Ahmad Zahid.
Beliau melihat langkah itu sebagai restu langsung daripada Najib.
“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar (Ahmad) Zahid untuk kerusi timbalan presiden Umno atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi naib presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.

Kadir: Mengapa Najib perlukan Hisham di JPM?

Pelantikan Hisham: Tempua bersarang rendah.
Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Kalau tidak ada sesuatu yang “mendesak” masakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, Najib yang adalah sepupu Hishammuddin berkata ahli Dewan Rakyat Sembrong itu kekal sebagai Menteri Pertahanan.
"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," kata Najib.
Apakah tugas-tugas lain yang akan Hishammuddin jalankan yang belum dilaksanakan oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Mengapakah Najib memerlukan sepupunya menjalankan “tugas-tugas khas” di JPM sedangkan beliau sudah pun mempunyai timbalan iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?
Pemergian sulit
Sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri, Ahmad Zahid tentulah lebih daripada layak dan mampu untuk membantu PM dalam apa-apa jua tugas – khas atau umum.
Malah kalau perlu, TPM boleh dilantik memangku jawatan PM. Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, dua daripada timbalan beliau – Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – pernah dilantik menjadi pemangku PM.
Jadi tidak ada masalah Ahmad Zahid diberikan tugas tambahan bagi meringankan beban PM melainkan Mohd Najib mempunyai pertimbangan-pertimbangan lain.
Misalnya beliau tidak lagi yakin sepenuhnya kepada Ahmad Zahid dan mahu Hishammuddin mempunyai bidang kuasa yang lebih luas bagi mengimbangi pengaruh Ahli Dewan Rakyat Bagan Datok itu.
Atau ada sesuatu yang lebih sensitif dan rumit seperti kedudukan Najib yang semakin lemah dalam Umno dan Barisan Nasional serta cakap-cakap berkenaan kemungkinan pilihan raya umum diadakan secara mengejut.
Pelantikan tiba-tiba Hishammuddin turut membawa kembali ingatan wartawan generasi saya kepada peristiwa pemergian sulit Almarhum Tun Abdul Razak Hussein ke London untuk rawatan perubatan pada bulan Disember 1975. Almarhum meninggal dunia di ibu negara British itu pada 14 Januari 1976.
Boleh jadi Najib memerlukan Hishammuddin untuk menjaga hal ehwal negara dan beliau (Najib) turun padang berkempen untuk mengekalkan kuasa dan beliau tidak mahu membebankan lagi Ahmad Zahid.
Tetapi pemberian tugas tambahan di JPM kepada Hishammuddin boleh juga dilihat sebagai isyarat bahawa Najib mempunyai “reservation” (syak wasangka) terhadap kesetiaan dan komitmen Ahmad Zahid.
Tak ikut telunjuk bos
Kalau kita dalami kenyataan dan pendirian Ahmad Zahid sejak beberapa waktu kebelakangan ini, kita akan dapati yang beliau cuba memberi gambaran bahawa manakala beliau setia kepada Najib, beliau tidaklah membuta-tuli mengikut telunjuk bosnya.
Misalnya beliau mengambil pendirian yang agak terbuka dalam isu bahas Dr Mahathir-Mohamed Nazri Abdul Aziz yang diharamkan polis. Beliau memberi gambaran seolah-olah beliau tidak keberatan membenarkan bahas itu berlangsung.

Mahfuz pula gesa MB, Pemuda Umno Kedah minta maaf

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pemuda Umno  memohon maaf kepada penduduk kampung yang datang untuk bertemu Menteri Besar Kedah itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 10 April lalu.
Datuk Mahfuz Omar Mahfuz berkata, reaksi Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata  ketika itu tidak bersopan kerana enggan bertemu dengan rakyat yang membawa masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing.
"Jadi saya anggap Menteri Besar ini tidak bersopan. Bukan kurang sopan, memang tidak sopan.
"Jadi saya harap pihak Menteri Besar meminta maaf kepada penduduk-penduduk Bukit Pinang dan penduduk di tepi laut Kuala Kedah yang hadir sama untuk menyerahkan memorandum berkaitan masalah yang dihadapi oleh mereka," kata Mahfuz pada sidang media yang diadakan di Pusat Komuniti DAP Adun Derga, hari ini.
Sidang media yang diadakan di premis Adun DAP Derga, Tan Kok Yew, itu turut dihadiri oleh Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, dan penduduk kampung terbabit.
Kata Mahfuz, Ahmad Bashah selaku Menteri Besar dan Pengerusi Permodalan Kedah Berhad (PKB) tidak mengambil peduli tentang permasalahan penduduk Kampung Baru di Bukit Pinang dan "lari" dari memikul tanggungjawab sebagai pemimpin yang prihatin.
 Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menuntut supaya Pergerakan Pemuda Umno Negeri turut memohon maaf kerana membela Ahmad Bashah dengan membuat satu laporan polis terhadap beliau, semalam.
Pada 10 April lalu, Mahfuz dilaporkan telah menyerbu masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri sejurus selepas sidang Dun ditangguhkan bersama sekumpulan individu yang dipercayai penduduk kampung terlibat untuk menyerahkan memorandum kepada Ahmad Bashah.
Walau bagaimanapun, Ahmad Bashah menyifatkan tindakan anggota Parlimen Pokok Sena itu menyerbu masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan kepadanya sebaik sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada Isnin sebagai kurang sopan.

Harga bahan api naik 8 sen minggu ini

Bermula esok bagi minggu ini 12 April  sehingga 19 April harga semua bahan api naik 8 sen, lapor Portal PAULTAN. ORG.
Bagi RON 95 harganya naik kepada RM2.24 seliter daripada RM2.16, RON 97 naik kepada RM2.51 seliter daripada RM2.43.
Manakala Diesel Euro 2M naik kepada RM2.16 seliter daripada RM2.08, manakal Euro 5 diesel naik kepada RM2.26 seliter daripada RM2.16.

Akta 355: PKR 'hairan' sikap mendabik dada MCA

Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, beliau benar-benar hairan dengan tindakan pemimpin MCA yang terus mendabik dada tentang keupayaan menentang pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.
Usul tersebut dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari Khamis lepas tetapi perbahasan mengenainya ditunda ke persidangan bulan Julai ini.
Gooi berkata, para pemimpin MCA termasuk presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat kenyataan memuji diri sendiri, meraikan dan mengucapkan tahniah sesama mereka atas 'kejayaan' itu.
Jelas beliau, mereka anggap berjaya dalam menentang pindaan akta yang dibentangkan oleh Abdul Hadi.
"Saya betul-betul hairan dengan apa yang MCA raikan kerana merekalah dan parti komponen BN lain dalam kerajaan yang membuka jalan kepada Abdul Hadi untuk membentangkan usul meminda Akta 355 di Parlimen.
"Marilah kita melihat secara jelas, kerajaan BN sebagai 'penjaga pintu' itu yang mempunyai kunci untuk membuka pintu Parlimen bagi memberi laluan kepada Abdul Hadi," kata Gooi dalam kenyataan.

Usaha memadamkan legasi Nik Aziz?


Raja Bahrin ShahRaja Bahrin Shah
Seminar Pemikiran Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara minggu lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi yang menghairankan dan juga menyedihkan. Perkara yang menghairankan adalah wujud tindakan membuat laporan polis yang mana tidak pernah didengar dan dibuat dahulu kerana tiada kesalahan telah dilakukan.
Perkara menyedihkan adalah kerana bagaimana suatu penghormatan besar kepada Almarhum boleh cuba dinafikan dan digagalkan. Adakah ini tanda kecetekan pemikiran intelek atau tanda cubaan menghilangkan pengaruh serta legasi Almarhum dari ingatan ramai?
Izinkan saya terangkan
Beberapa minggu yang lalu, satu majlis ilmu yang agak sama telah diadakan bagi menghargai dan mengkaji sumbangan serta pemikiran Almarhum Harun Din. Program tersebut telah dianjurkan dan dijayakan oleh pihak Kerajaan Umno dan tokoh daripada Pas. Rumusan di penghujung program menyatakan pemikiran serta sumbangan Haron Din lebih dekat dan tepat dengan perjuangan Pas sebenarnya hari ini. Perlu diingatkan Haron Din menjadi Mursyidul Am Pas selama lebih kurang dua tahun sahaja, sementara Nik Aziz telah memegang jawatan tersebut untuk 20 tahun lebih.
A) Adakah ini menunjukkan seseorang sehebat Almarhum Nik Aziz gagal memahami tujuan dan matlamat perjuangan PAS dalam tempoh yang begitu lama?

B) Adakah memandangkan dengan konsep pendekatan kononnya "politik matang" Pas hari ini, pemikiran Nik Aziz tidak matang sebelum ini?
Ini adalah suatu pandangan yang jauh meleset menyimpang daripada realiti yang telah Pas nikmati semasa Nik Aziz. Pas telah mendapat populariti dan penerimaan begitu ramai orang serta luas pengaruh semasa era Tok Guru Nik Aziz. Legasi Nik Aziz bukan sahaja diakui dan dihargai oleh orang Islam sahaja tetapi juga bukan Islam dan antarabangsa.
Kenyataan tersebut adalah suatu penghinaan yang cuba menidakkan sumbangan besar Nik Aziz bukan hanya kepada Pas tetapi juga kepada Islam serantau, dan kepada seluruh dunia. Nik Aziz adalah tokoh Islam bertaraf dunia. Sepatutnya tindakan yang meremehkan sumbangan Nik Aziz inilah yang patut dibantah dan dikecam oleh pimpinan Pas serta ahli keluarga Almarhum. Sedihnya ada pula ahli keluarganya sendiri yang bediri disebelah pemimpin Umno untuk mengangkat yang lain lebih tinggi dari Almarhum Nik Aziz kerana kepentingan politik semasa dan duniawi.
Sedihnya lagi, apabila kami "keluarga yang lebih luas dan besar" daripada Amanah menghargai dan menyanjungi Pemikiran Nik Aziz dalam satu seminar, kami dikecam dan dituduh bermacam-macam. Tuduhan 'jenayah intelek' terhadap Amanah pula menunjukkan kecetekan pemikiran serta pandangan sempit yang nyata tidak matang.
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman usaha untuk memadamkan Legasi Nik Aziz yang telah lama dirancang. Saya ingin menceritakan pengalaman yang saya lalui. Genap seminggu selepas mangkatnya Almarhum Nik Aziz pada 12 Februari, saya dipanggil oleh Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Shukhairi. Sebaik sahaja selesai solat Jumaat saya berjumpa Ustaz Wan Sukhairi di rumah seorang AJK Pas Kuala Terengganu di Durian Burung.
Perbincangan' yang berlangsung tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini. Sebaik sahaja mula berbual Ustaz Wan Shukhairi telah bertanya kenapa saya menulis suatu artikel dalam facebook saya "Mengimbas Sumbangan dan Jasa Nik Aziz"? Saya terdiam beberapa ketika kerana hairan serta tergamam dengan soalan yang saya rasa agak aneh! Penulisan saya tersebut seolah-olah satu kesalahan walaupun ianya adalah pengabdian serta penghormatan saya kepada Tok Guru yang saya kagumi dan hormati.
Saya masih ingat lagi saya bertanya dengan nada hairan - "Salah ke saya menulis artikel tersebut?" Seminggu selepas mangkat Tok Guru, semasa kuburnya masih belum kering, usaha untuk memadamkan legasinya telah bermula. Hari ini selepas dua tahun pemergiannya, usaha menghidupkan Majlis Ilmu Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz cuba disekat oleh ahli Pas sendiri. Sumbangan Tok Guru tidak diletak ditempat yang sepatutnya tetapi diangkat pula mereka yang lain yang lebih sehaluan dengan kehendak pimpinan Pas hari ini.

Polemik Akta 355: Sejarawan salahkan sistem pendidikan

IS: Bapa Siti Noor Aishah sendiri akui, kata IGP

"Parlimen tempat berdebat," kata IGP

Polis selesai siasat 1MDB

Dana 1MDB: Identiti bekas pemimpin PAS misteri didedah esok

Kawin Perogol: NGO Wanita mahu serah petisyen pada Najib

Menteri Tugas-Tugas Khas: Bukan Rafizi lantik saya, bidas Hishammuddin

Zahid setuju, Hisham terima amanah bantu PM..!!

Lantikan Menteri Tugas Khas Hishammuddin imbau kisah Anwar dipecat

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution membayangkan wujudnya gelombang besar bakal berlaku membabitkan kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional (BN).
Ia susulan pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, di Jabatan Perdana Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
Saifuddin berkata, situasi sama pernah berlaku ketika pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang melantik Tun Daim Zainuddin dalam kabinet yang akhirnya menyebabkan penyingkiran orang nombor dua dalam pentadbiran negara ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini mengingatkan saya pada tahun 1997 apabila negara mengalami krisis kewangan, Tun Mahathir melantik Tun Daim sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.
“Tidak lama selepas itu, berlaku peristiwa terbesar dalam politik iaitu penyingkiran Anwar, jadi saya melihat perkembangan ini sama.
“Cuma yang membezakan waktu itu Tun Daim tidak lagi berada dalam kabinet tetapi Hishammuddin adalah sebagai Menteri Pertahanan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Bagaimanapun, Saifuddin tidak merujuk nama individu tertentu yang ‘diramal’ bakal mengalami situasi sama sebagaimana Anwar yang mencetuskan gelombang Reformasi 1998 selepas disingkirkan.
Namun wujud spekulasi, lantikan ini memberi kesan kepada kedudukan dan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataannya tengah hari ini memaklumkan lantikan Hishamuddin berkuatkuasa hari ini.
Pada masa sama, Hishammuddin turut menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan.

Tolak golongan tunggang agama demi kepentingan politik

KUALA LUMPUR, 12 APR: Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri menggesa rakyat Malaysia supaya menolak mana-mana kumpulan yang memperalatan agama atau memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka.
Menurutnya, kelompok tersebut akan mencipta kerisauan dan kegusaran terhadap sesuatu isu baru melibatkan agama atau kaum walaupun ia bukan masalah sebenar.
Ini katanya termasuk mainan politik dengan manipulasi fakta berhubung usul persendirian pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (RUU355) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menyebabkan masyarakat negara ini semakin berpecah.
“Orang Islam yang tidak setuju dikatakan (kononnya) terkeluar akidah, murtad, liberal dan sebagainya. Keadaan menjadi tegang kerana dua kumpulan yang mahu menengakkan ketuanan mereka iaitu satu ‘ketuanan Islam’ dan ‘ketuanan Melayu’.
“Isu rasuah dan kepimpinan yang buruk dilupakan tiap kali ada isu sampingan yang dibisingkan, ini semua taktik untuk mengalih pandangan dari isu utama,” katanya dalam Sidang Parlimen Rakyat baru-baru ini.
Dalam perkara ini, agama Islam di Malaysia digambarkan kononnya ditindas walaupun ia berbeza dari realiti sebenar.
“Selama ini tidak pernah orang kacau ganggu gugat syiar agama Islam. Kerisauan ini ditimbulkan kerana kita sedang hadapi bahang pilihanraya,” tegas Ahli Jawatankuasa DAP Pahang itu.
Jelas beliau, polemik RUU355 telah menyaksikan pengkhianatan UMNO kepada PAS walaupun ia tidak disedari parti tersebut.
“Dari bersetuju untuk membentuk jawatankuasa, kemudian dia buat U turn walaupun PM dan TPM telah menyatakan kesanggupan mereka membawa RUU355, bila sampai kepada hari ditentukan, tidakdibawa pula melainkan diberi kepada Marang yang kita tau tak melepasi bacaan pertama.

HISHAM SEDANG DISEDIAKAN LALUAN, ZAHID MAKIN TERKUIS KE TEPIAN

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan perlantikan sepupunya, Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, Hishammuddin akan terus kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Kata Najib, perlantikan itu akan membolehkan sepupunya, Hishammuddin itu menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Tugas apa yang menanti Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri itu?

Apa kemahiran dan kelayakan khusus Hishammuddin yang membuatkan beliau perlu sangat diberi peranan tambahan di Jabatan Perdana Menteri itu?
Selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri sekarang in sudah pun mempunyai sembilan menteri iaitu Jamil Khir Baharom, Shahidan Kassim, Azalina Othman Said, Abdul Rahman Dahlan, Joseph Kurup, Joseph Entulu, Nancy Shukri, Paul Low dan Wee Ka Siong.

Dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khasnya, kepadatan jumlah menteri di Jabatan Perdan Menteri meningkat kepada 10 orang. 

Dicampur dengan Najib dan Zahid Hamidi, jumlahnya kini menjadi 12 orang.

Woww...meriahnya sehingga boleh ditubuhkan pasukan bolasepak yang pemainnya semua menteri-menteri belaka!!

Apa pun pertimbangan Najib meletakkan sepupunya dengan peranan baru itu, bursa perbualan politik di seluruh negara jelas melihat ia sebagai persediaan dan laluan untuk beliau diberikan jawatan Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat ini.

Rafizi dedah bekas pemimpin PAS terima dana 1MDB esok

Naib presiden PKR itu berkata, pendedahan itu akan disusuli laporan SPRM pada jam 11 pagi Jumaat.
rafizi-pas-1mdb-1PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan mendedahkan identiti bekas pemimpin PAS yang menerima dana 1MDB melalui akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, esok.
Naib presiden PKR itu dalam kenyataan hari ini berkata, beliau akan menamakan individu terbabit dalam sidang media jam 1 tengah hari yang akan disiarkan secara langsung di Facebooknya.
“Saya akan membuat satu laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 11 pagi, pada 14 April,” katanya.
Isnin lalu, Rafizi dilaporkan berkata, individu itu merupakan jambatan antara Umno dan PAS.
Semalam, bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana 1MDB ketika menjadi pemimpin kanan parti Islam itu.
Katanya, isu penerimaan dana itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS, sebelum beliau keluar parti dan menyertai Amanah pada 2015.
Rafizi berkata, terpulang kepada Allah dan rakyat untuk menilai tindakannya dan niatnya jelas supaya rakyat mempunyai semua maklumat mengenai hasrat dan kedudukan semua pihak berkaitan rasuah di peringkat kebangsaan seperti 1MDB.
“Ini supaya mereka akan membuat pertimbangan saksama di peti undi,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Rafizi itu dengan menyifatkan ia adalah “penipuan 300%”.
Putrajaya menafikan sebarang usaha menutup isu 1MDB.

Edra milik China akan bekal elektrik kepada TNB

Syarikat Edra Global Energy yang kini milik China akan membina, memiliki dan mengendalikan loji tenaga di Alor Gajah, Melaka, dedah Bursa Malaysia.
Firma pelaburan negara 1MDB pada Mei tahun lalu, menjual aset kuasa miliknya kepada China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya pada harga RM9.83 bilion tunai.
Menurut kenyataan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada bursa itu semalam, Edra Energy Sdn Bhd akan membina, memiliki, mengendali dan menyenggara sebuah logi penjanaan elektrik menggunakan gas di Alor Gajah.
Kenyataan itu adalah untuk mengumumkan bahawa TNB menandatangani perjanjian pembelian kuasa selama 21 tahun dengan Edra Energy Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Edra Power Holdings Sdn Bhd.
Kilang itu akan mempunyai kapasiti nominal 2,242.131 megawatt, dijana daripada tiga blok.
TNB berkata operasi komersial dijangka pada 1 Jan, 2021, dengan generasi blok kedua pada 1 Mac dan blok generasi ketiga pada 1 Mei tahun itu. Perjanjian itu meliputi tempoh selepas 1 Jan, 2021, kata TNB.
Jualan aset 1MDB kepada China menimbulkan kebimbangan berikutan kehilangan kawalan kuasa negara ke atas aset sensitif yang adalah kunci kepada keselamatan negara.
Tahun lalu, China Railway Engineering Corp membeli kepentingan 40 peratus dalam pembangunan Bandar Malaysia 1MDB di Kuala Lumpur pada harga RM12.4 bilion.
Selain itu, China Communications Construction Co pada Oktober lalu dianugerahkan kontrak untuk membina landasan sepanjang 620 kilometer Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.
Export-Import Bank of China adalah pembiaya projek ECRL itu.

Tinggalkan 'akhlak berpilih-pilih'


Mutakhir ini, semakin giat sesetengah ahli politik yang menggelar, menyamakan serta membinatangkan pihak lain yang tidak sealiran dengannya. Amalan ini jelas adalah satu perbuatan yang tidak tidak mencerminkan akhlak muslim yang sebenar.
Malah, tabiat akhlak terpilih juga perlu diketepikan yang mana hanya melenting apabila ada pihak yang kononnya menyindir tokoh pemimpin parti tertentu, sedangkan berdiam diri apabila pemimpinnya itu kerap melemparkan labelan yang tidak enak didengar.
Mohd Sany HamzanIslam sangat menitikberatkan tentang akhlak, bukan hanya dari sudut luaran tetapi yang lebih penting ialah aplikasi dalam bentuk tindakan terutama percakapan. Islam merupakan agama ramah-tamah, bukan marah-marah hingga mencemarkan identiti agama suci ini.
Islam adalah agama yang memberi rahmat untuk semua tanpa membezakan mana-mana pihak termasuklah musuh itu sendiri. Islam juga tidak "menghalalkan" tindakan yang tidak bertamadun atas nama perjuangan agama.
Islam juga melarang penganutnya untuk mencemuh, merendah-rendahkan, dan memberi gelaran kepada orang atau kumpulan lain.
Marilah kita sama-sama menghayati firmah Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al Hujurat, 49:11)

Kata Rafizi boleh dengar, tapi tak boleh pakai sembang Mohd Amar

KOTA BHARU - "Ingat balik rekod dia, kenyataan dia, dengar boleh, tapi tidak boleh pakai," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika diminta mengulas mengenai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Menurutnya, tuduhan penerimaan dana yang dilemparkan kepada Pas itu langsung tidak berasas, malah ia dilihat sebagai salah satu cara untuk 'lari isu' daripada isu-isu besar yang melibatkan PKR kini.
Mohd Amar "Pada pandangan saya, dia sengaja buat, sama ada nak populariti ke apa ke, saya tidak pasti. Tapi kita tengok balik rekod dia lah, tidak berapa baik. Kalau kita respon pun, buang masa.
"Kalau betul dia nak sebut siapa orangnya yang dimaksudkan, baguslah, kita tunggu dan lihat nanti," katanya kepada media di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Rafizi yang mendakwa Pas menerima wang daripada 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).
Individu yang menerima dana itu masih belum didedahkan, bagaimanapun ia dibayangkan sebagai bekas pemimpin kanan parti itu.
Ketika ditanya adakah tindakan Rafizi itu merenggangkan lagi hubungan PKR dan Pas, Mohd Amar berkata, ia boleh diibaratkan seperti menambah garam pada luka yang sedia ada.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, mengulas mengenai PKR Negeri yang menyokong pindaan Akta RUU 355, Mohd Amar berkata, tindakan tersebut dihormati walaupun ia agak terlambat.
"Kita ucap terima kasih, tapi agak terlambat. sama juga seperti sokongan Anwar Ibrahim, baik, tapi lewat. sepatutnya nyatakan sokongan dari awal, supaya tiada kekecohan berlaku di Parlimen,"katanya.

Fokus agenda rakyat, hentikan permainan label-melabel

KLUANG, 12 APR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak wajar menggunakan kata-kata kesat untuk melabel pihak yang tidak bersetuju dengannya.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, adalah lebih baik Hadi Awang memikirkan jalan penyelesaian serta dasar bagi mengangkat agenda reformasi dalam tadbir urus negara yang kian parah di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional ketika ini.
“Justeru, saya nasihatkan Presiden PAS agar lebih berjiwa besar untuk tampil di hadapan rakyat dengan mengemukakan tawaran-tawaran dasar yang benar-benar menyentuh isu dihadapi rakyat.
“Meletakkan label-label yang tidak sepatutnya seperti ‘anak butir taik’ itu dan ini, tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hadi Awang yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia seperti dilaporkan media semalam menggelar DAP sebagai “anak tahi butir PAP (Parti Tindakan Rakyat)”.
“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
“Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia,” katanya dipetik laporan media.

'Lantikan Hisham bukan petanda baik buat Zahid'

Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri dengan tugas-tugas khas bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, ramal Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu melihat langkah itu sebagai restu langsung daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga sepupu Hishammuddin.
“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar Zahid untuk kerusi timbalan presiden Umno atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi naib presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan yang berkuat kuasa serta-merta dan mengekalkan Hishammuddin sebagai menteri pertahanan.
Dalam kenyataan itu, Najib berkata pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab sedia ada.
Laporan agensi berita nasional Bernama tidak menyebut tugas khusus Hishammuddin.
Pelantikan itu bagaimanapun menjadi beliau sebagai menteri kesepuluh di Jabatan Perdana Menteri.
Rafizi mendakwa, berdasarkan maklumat daripada sumber-sumber Umno, Hishammuddin kini tertinggal di belakang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk merebut kerusi naib presiden.
Berkaitan kedudukan Zahid pula, Rafizi berkata ia bukan petanda yang baik kerana seorang menteri yang mempunyai dua portfolio sering dilihat mendapat restu langsung daripada atas.
Rafizi juga membuat spekulasi bahawa keretakan dan sabotaj dalam Umno boleh berlaku susulan perkembangan terbaru itu.
Portfolio menteri dengan tugas-tugas khas itu pertama kali diketahui selepas pelantikan Tan Sri Tun Ghazali Shafie pada 1970 dalam kabinet Tun Razak Hussein.
Dua tahun kemudian, Ghazali kembali dilantik ke jawatan itu dan sebagai menteri penerangan.
Beliau diberi kepercayaan untuk merangka, merancang dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua.
Bekas bendahari Umno Daim Zainuddin pula dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas pada Jun 1998 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kemudian membawa kepada pelantikan semula sebagai menteri kewangan.

Hisham dilantik menteri tugas-tugas khas....!!!

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.
"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," katanya.

Razman kongsi ‘k'jaan Melayu Islam nusantara’ PAS-Umno

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria hari ini mendedahkan aspirasi PAS dan Umno untuk menubuhkan "kerajaan Islam Melayu nusantara".
Razman, berkata kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14 akan terdiri daripada 80 ahli parlimen PAS, 40 ahli parlimen Umno dan 45 lagi wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun tidak menyatakan parti mana yang diwakili oleh ahli parlimen dari Sabah dan sarawak itu.
Dalam catatanya di sebuah posting di Facebook, Razman berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri selepas membentuk kerajaan campuran.
Malaysiakini telah menghubungi Razman untuk ulasan lanjut dan sedang menunggu jawapannya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS masih mengenal pasti jumlah kerusi parlimen yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang dan kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang berkata parti itu mensasarkan 80 kerusi adalah tidak tepat.
Menguls perkembangan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta PAS menyatakan pendirian jika benar parti itu mempunyai strategi untuk bekerjasama dengan Umno sama ada secara terang-terangan atau halus.
"Maka berterus teranglah kepada rakyat dan PKR supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti.
"Jika PAS langsung tidak berniat sedemikian dan perkongsian pesuruhjaya PAS Perak itu hanya strategi peribadi, maka wajarlah beliau diambil tindakan segera kerana 'angan-angan' itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada PAS," kata Rafizi dalam kenyataan.
Menurut Rafizi, jika perkongsian mengenai penggabungan PAS dan Umno itu ditulis oleh ketua cawangan PAS, ia tidaklah sangat dihiraukan kerana mungkin pandangan picisan.
"Namun, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang pesuruhjaya PAS negeri penting yang ingin dikuasai oleh PAS seperti yang diumumkan oleh presidennya sendiri, menjadi tanggungjawab saya untuk menimbulkan perkara ini supaya ada jawapan yang jelas dari pimpinan PAS Pusat," tambahnya.
Perkongsian tersebut menimbulkan keresahan kerana mengiyakan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia mengenai anasir dalaman PAS yang berangan-angan untuk bergabung dengan Umno dan mahu mengambil alih Putrajaya melalui kerjasama sulit ini, katanya.
"Apatah lagi bilangan kerusi Parlimen sebanyak 80 kerusi itu sama banyak dengan pengumuman terkini pimpinan terkanan PAS bahawa parti itu berkehendakkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia," katanya lagi.

'Sifir' ketua PAS Perak tawan Putrajaya meresahkan

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak di Facebook hari ini menarik perhatian Rafizi Rami, kerana dianggap membayangkan harapan pemimpin parti terbabit untuk membentuk kerajaan "Melayu Islam Nusantara"
Kata Rafizi, perkongsian oleh Razman Zakaria itu menimbulkan keresahan ramai kerana ia mengesahkan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa ada anasir dalam PAS masih berangan-angan untuk bergabung dengan Umno - sama ada secara langsung atau melalui muslihat halus - dan mengambil alih Putrajaya.
Naib presiden PKR itu bekrata, kebimbangan itu juga semakin kuat kerana status Razman itu selaras dengan pengumuman pemimpin PAS yang bercadang bertanding di 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Apabila ditambah dengan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang menjadi tular sebelum ini mengenai keinginan PAS menguasai 5 buah negeri dan membenarkan Umno berkuasa di negeri-negeri lain; kepimpinan parti itu tidak lagi boleh mengabaikan kerisauan rakyat mengenai sikap mereka kepada Umno," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Status Razman dirujuk Rafizi itu memaparkan 'sifir' pemimpin PAS terbabit untuk mereka menguasai kerajaan pada PRU ke-14 nanti.
Menurut Razman, melalui "Gagasan Sejahtera" - merujuk kepada blok ketiga dibentuk PAS - parti itu menguasai 80 kerusi parlimen, ditambah dengan 40 daripada Umno, dan 45 lagi dari parti di Sabah dan Sarawak, mereka akan membentuk kerajaan dengan presiden menjadi perdana menteri.
Berterus teranglah kepada rakyat
Untuk makluman, selain menjadi pesuruhjaya di Perak, Razman ketika ini adalah anggota Jawatankuasa Pusat PAS.
Malaysiakini sudah menghubungi Razman dan masih menunggu reaksi beliau terhadap kenyataan Rafizi.
Kata Rafizi, jika status mengenai perkongsian itu ditulis oleh seorang ketua cawangan PAS, ia mungkin tidak perlu dihiraukan sangat kerana boleh dianggap picisan.
"Namun, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang pesuruhjaya di sebuah negeri penting yang ingin dikuasai oleh PAS seperti diumumkan presidennya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menimbulkan perkara itu bagi mendapatkan jawapan yang jelas," katanya.
Justeru, kata anggota parlimen Pandan itu, perkongsian status Razman itu menimbulkan suasana mendesak kepada PAS Pusat membuat pendirian rasmi mengenai kemungkinan wujud kerjasama mereka dengan Umno.

PAS, berterus-teranglah mengenai Umno - PKR

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta PAS menyatakan pendirian jika benar parti Islam itu mempunyai strategi untuk bekerjasama dengan Umno sama ada secara terang-terangan atau halus.
"Maka berterus teranglah kepada rakyat dan PKR supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti.
"Jika PAS langsung tidak berniat sedemikian dan perkongsian pesuruhjaya PAS Perak itu hanya strategi peribadi, maka wajarlah beliau diambil tindakan segera kerana 'angan-angan' itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada PAS," kata Rafizi dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria di Facebook beliau yang didakwanya cuba  menggambarkan tertubuhnya 'Kerajaan Melayu Islam Nusantara' menerusi Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada 80 ahli Parlimen PAS, 40 ahli Parlimen Umno dan 45 dari Sabah serta Sarawak selepas pilihan raya umum ke-14.
Razman juga menamakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri dalam catatan beliau itu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, jika perkongsian mengenai penggabungan PAS dan Umno itu ditulis oleh ketua cawangan PAS, ia tidaklah sangat dihiraukan kerana mungkin pandangan picisan.
"Namun, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang pesuruhjaya PAS negeri penting yang ingin dikuasai oleh PAS seperti yang diumumkan oleh presidennya sendiri, menjadi tanggungjawab saya untuk menimbulkan perkara ini supaya ada jawapan yang jelas dari pimpinan PAS Pusat," tambahnya.
Perkongsian tersebut menimbulkan keresahan kerana mengiyakan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia mengenai anasir dalaman PAS yang berangan-angan untuk bergabung dengan UMNO dan mahu mengambil alih Putrajaya melalui kerjasama sulit ini, jelasnya.
"Apatah lagi bilangan kerusi Parlimen sebanyak 80 kerusi itu sama banyak dengan pengumuman terkini pimpinan terkanan PAS bahawa parti itu berkehendakkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia," katanya lagi.
Justeru, tambah Rafizi, beliau secara terbuka tampil dengan peringatan kepada Abdul Hadi mengenai dana 1MDB yang mengalir dari akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada bekas tokoh pimpinan kanan PAS yang dilihat membawa agenda kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Tony : Tiada maaf buatmu Najib

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menegaskan beliau tidak akan membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri berhubung rakaman yang dimuat naik di Facebooknya baru-baru ini.
Walaupun desakan mengenainya sudah dikemukakan Datuk Seri Najib Razak melalui peguamnya, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Pua berkata, kenyataannya di Facebook sebelum ini adalah jelas berlandaskan fakta sedia ada.
“Saya berpegang kepada kenyataan saya sebelum ini. Jadi, saya tidak akan tarik balik kenyataan itu atau memadam rakaman itu.
“Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri mahupun bayar ganti rugi kepada Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam kenyataan.
Pua dalam rakaman videonya memetik pendedahan portal The Sarawak Report dan The Wall Street Journal berhubung salah laku dan penyelewengan kewangan pentadbiran Najib Razak kini.
Rakaman video itu diterbitkan di Facebooknya pada 6 April 2017 bertajuk, “BN Govt Abandons all Bills to give precedence to PAS’ RUU355 Private Member’s Bill”.
Tony Pua diarahkan untuk membuat permohonan maaf dalam tempih tujuh hari bermula 11 April lalu secara bertulis untuk disiarkan dalam dua akhbar pro kerajaan.
Sekiranya gagal, prosiding undang-undang akan diteruskan bagi lanjutan kes itu.

DR MAZA MUFTI PERLIS : PRO & KONTRA RUU355

Telah berlaku perbincangan yang agak panas mengenai pindaan Rang Undang-Undang 355 yang merupakan satu usul yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Cadangan pindaan ini jika berjaya, akan dapat meningkat nilai dan jumlah hukuman di mahkamah syariah kepada 100 rotan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda.
Berlaku pandangan pro dan kontra mengenai usul itu. Setiap pihak melihat daripada sudut yang berbagai. Itu adalah perkara biasa terutama dalam sistem demokrasi. Di sana ada niat yang baik, dan niat yang sebaliknya dalam perbezaan pendapat itu.
Berbeza pendapat atas niat yang baik itu tidak ganjil. Para sahabat sendiri berbeza pendapat. Ini termasuk isu ketika Khalifah Umar bin al-Khattab enggan membahagikan tanah-tanah rampasan perang di Iraq dan Mesir kepada tentera. Ini berbeza dengan amalan Rasulullah s.a.w. pada hayat baginda.
Majoriti para sahabat tidak bersetuju dengan pandangan Umar. Mereka berhujah dengan surah al-Anfal (surah harta rampasan perang) dan amalan Nabi S.A.W. sebelum ini.
Sebaliknya, Umar melihat dari sudut maslahah masa depan dan persepsi generasi akan datang, iaitu anak-anak penduduk tempatan datang terhadap Islam. Hal ini disebut dalam pelbagai kitab sirah dan dibincang dalam pelbagai kitab usul fiqh.
Yang Pelik
Ertinya, tidak pelik untuk berbeza pendapat sekalipun dengan tokoh sehebat Umar. Tidak pelik untuk berbeza sekalipun dengan pihak yang berhujah menggunakan dalil al-Quran dan hadis, selagi mana hal itu boleh dilihat dari sisi pandangan ijtihad yang lain.
Apa yang pelik ialah jika ada pihak yang setiap kali berbeza pendapat dengan mereka, mereka kafirkan pihak yang berbeza, mereka tuduh orang lain musuh Islam, anti-Islam, ditanam jenazahnya di kubur orang kafir, membenci hukum Allah, menentang ulama, tali barut musuh-musuh Islam dan seumpamanya.
Peliknya, hal ini telah berakar umbi sejak sekian lama dalam aliran politik berkenaan. Maka, maki hamun menjadi amalan kumpulan ini alasan mempertahankan Islam dan menyerang musuh Islam.
Saya belum pun memberikan pandangan terperinci tentang RUU 355, sekadar menyatakan bahawa cadangan itu boleh dikritik ataupun dibantah dari sudut masing-masing. Seperti tradisi biasa, mereka mengikuti pandangan itu dengan cercaan dan maki hamun.
Ini adalah tradisi warisan yang wajar mereka ubah jika mereka ingin melangkah ke hadapan ataupun hidup sebagai insan yang bertamadun.
Dapatkah kita bayang jika kumpulan seperti ini menguasai politik negara? Apakah akan terjadi kepada rakyat yang berbeza pandangan dengan mereka?
Jika perbezaan pendapat itu digelar anti-Islam, maka setiap yang anti-Islam tentunya menjadi murtad jika muslim, dan menjadi kafir harbi jika non-muslim.
Jika undang-undang murtad dibuat dalam keadaan seperti itu, pasti ramai pengkritik politik akan didakwa atas enakmen itu. Sementara yang kafir harbi layak untuk diperangi.
Gambaran Sebelum Pro-RUU 355
Apabila kita sebut cadangan pindaan RUU 355, kita hendaklah tahu bahawa ia satu usul yang dibawa oleh sebuah parti politik. Usul itu telah dimainkan secara politik.

Dr M: Siapa arah Apandi supaya tak jelaskan salah faham?

Tun Dr Mahathir Mohamad musykil dengan individu yang menasihatkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali daripada menjelaskan salah tanggapan berhubung siasatan kes RM42 juta dana SRC International yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri.
"Saya tertanya-tanya siapa yang menasihatkan AG yang begitu berkuasa supaya tidak bercakap kepada pihak media.
“Untuk menjelaskan bahawa NFA (tiada tindakan lanjut) bukan bermakna tiada tindakan lanjut tetapi bererti tindakan lanjut boleh diambil," kata Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya.
Menggunakan teori yang sama, Mahathir menyoal jika persetujuan Apandi kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan surat kompaun kepada 1MDB bukan persetujuan tetapi adalah penafian perjanjian berhubung apa yang sepatutnya bank pusat itu mengikut undang-undang seharusnya lakukan.
"Atau adakah 'tidak ada salah laku’ satu pengakuan tidak terdapat salah laku oleh Najib," soal beliau.
Apandi, semalam menjelaskan dalam portal The Insight Malaysia bahawa kenyataannya yang dibuat 16 bulan lalu, ketika ‘membersihkan’ Najib daripada ‘derma’ RM2.6 bilion dan dana SRC International, 'NFA' bukan bermaksud kes ditutup.
“Bila saya kata tidak ada lagi siasatan (di sidang media pada Januari 2016), ia mengenai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri,” kata Apandi.
Mahathir juga menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi mengesahkan derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri.
"Jika dakwaan ia wang beberapa individu Arab yang murah hati yang menyumbangkan AS$681 juta, mesti terdapat rekod. Penderma mesti mempunyai rekod wang yang didepositkan dalam bank," katanya.
"Sekadar mengisytiharkan bahawa wang itu adalah sumbangan bagi apa-apa tujuan atau surat daripada penderma kononnya itu adalah tidak mencukupi."
Deklarasi oleh peguam negara bahawa tiada sebarang salah laku dalam urus niaga itu juga tidak memadai, kata Mahathir.

RUU355: Arif Sabri berbahas dalam ‘Parlimen Rakyat’, jawab hujah PAS

KUALA LUMPUR, 11 APR: Keadilan pelaksanaan sebarang undang-undang di negara ini hanya akan terjamin melalui ketelusan dan urustadbir yang baik tegas Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri.
Beliau berkata demikian mengulas polemik yang mencetuskan perdebatan hangat dikalangan masyarakat berhubung usul persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda akta Mahkamah Syariah (Akta 355).
Menurut Ariff, berdasarkan fakta dari Transparency International 2017, sejumlah 31 peratus mereka yang bekerja dalam institusi agama didapati melakukan rasuah.
“Walaupun kita punya keberagamaan, ia bukanlah memberi monopoli (kepada) kebenaran, (kerana) orang yang alim, ulama, ahli agama juga tak terkecuali menerima duit, dia tak terkecuali melakukan kesalahan, tak terkecuali melakukan kesilapan,” katanya dalam Sidang Parlimen Rakyat anjuran Invoke malam tadi.
Beliau turut menjawab beberapa persoalan kritikal yang sering diulang-ulang pemimpin PAS dan UMNO mengapa masyarakat dan Ahli-ahli Parlimen bukan Islam menyuarakan kekhuatiran dan tidak bersetuju dengan usul yang dibawa Hadi itu.
“MP Kota Bharu (Datuk Takiyuddin) ucapannya mengeluarkan hansard tahun 1965, 1984 kebetulan saya ada Salinan hansard tersebut dan dia mengungkap bahawa ketika itu tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang bukan bergagama Islam yang berbangsa bukan Melayu menolak atau menentang RUU (Mahkamah Syariah) ketika itu.
“Saya hanya nak jawab berdasarkn fakta, pada masa itu tidak ada kes seperti yang berlaku kepada Puan Indra Gandhi, tak ada kes berebut jenazah nak kebumi di mana, tidak ada perebutan hak jaga anak-anak, tidak ada pemaksaan tukar agama.
“Kalau ada perkara-perkara ini dalam tahun 1965 dan 1984, saya yakin ahli-ahli parlimen yang bukan beragama Islam dan bukan berbangsa Melayu akan menegur,” jelasnya Arif.
Dalam perkara berkaitan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan baru-baru ini juga bersetuju bahawa pemerkasaan Mahkamah Syariah wajar dipersetujui secara prinsip.
Namun, apa yang dikesalkan ialah tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menafikan ruang membahaskan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.
Ariff yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pahang itu berkata, ‘kejayaan’ PAS membentangkan usul tanpa dibahas itu dilihat sebagai perangkap politik yang dicipta UMNO yang membuka ruang memainkan sentimen kaum dan umat Islam di Malaysia.
“Kenapa tak ada keikhlasan dari kerajaan untuk melaksanakan peraturan mesyuarat 48.  Mudah saja. Saya rasa ini adalah mainan politik Yang Amat Berhormat dari Pekan (Datuk Seri Najib Razak),” katanya.

‘Eloklah Hadi Awang ambil cuti hilangkan tekanan’ – Tengku Zulpuri

MENTAKAB, 12 APR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran mengambil cuti bagi menghilangkan tekanan susulan tindakannya memaki hamun DAP dengan perkataan kesat dalam satu majlis di Rusila, Terengganu pada malam kelmarin.
Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, ia bukanlah pertama kali Hadi Awang menghamburkan kata-kata kurang elok terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya.
“Berhujahlah secara profesional dengan fakta bukannya dengan memaki hamun, tunjukkanlah tauladan yang baik kepada generasi muda.
“Jangan anggap seperti orang lain tidak tahu hal agama dan hukum Islam, berhujahlah dengan baik bukannya menjual nama agama demi kepentingan politik,” kata Tengku Zul yang juga Adun Mentakab kepada Roketkini.
Malah, menurut Ketua Pembangkang DUN Pahang itu, budaya menghina musuh seperti yang dilakukan Hadi Awang berkenaan bertentangan dengan budaya orang Melayu yang bersopan santun dan menjaga tutur katanya ketika berbicara.
“Jika kita lihat orang orang Melayu beragama Islam dahulu hendak bergaduh pun berpantun dahulu dan jika kita lihat seni mempertahankan diri seperti silat pun ada seninya dan adabnya tidak memaki hamun musuhnya.
“Saya rasa kasihan kepada Hadi Awang dan minta kalau boleh dia bercutilah. Mungkin dia tertekan dengan masalah dalaman parti, masalah menantu, masalah negara dan sebagainya,” ujarnya.

Hubungan PAS dengan PKR berakhir

Hubungan dengan PKR berakhir
Hanafiah bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sesuatu di Wisma Darul Iman, di sini.
KUALA TERENGGANU - Sikap PKR yang tidak menghormati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai tindakan melampau sehingga menyebabkan beberapa Pas kawasan termasuk dari negeri ini mengusulkan putus hubungan dengan parti itu.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat turut menyifatkan hubungan Pas dengan PKR Terengganu sudah berakhir lebih-lebih lagi dengan sikap PKR yang jelas menjadikan Pas sebagai ‘anak tangga’ untuk memastikan parti mereka mengorak langkah lebih cepat dalam politik negara.
Menurutnya, tindak-tanduk itu amat mengecewakan Pas sedangkan beliau mendakwa, kemenangan PKR sebelum ini adalah hasil sokongan padu jentera Pas memastikan kemenangan calon mereka yang bertanding pada pilihan raya lepas.
“Hubungan Pas dengan PKR Terengganu berakhir. Tiada lagi senda gurau malah tiada lagi harapan bersama. Cukuplah dengan kelakuan aneh sejak kita bertahalluf,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha III Pas Terengganu menyatakan sokongan terhadap kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebelum ini berhubung keputusan meletakkan calon Pas di kesemua kerusi di negeri ini.
Menurutnya, perkembangan tersebut menggambarkan bahawa Pas Terengganu tidak sesekali memberi peluang kepada pihak lain untuk menang di kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada pilihan raya akan datang.