Selasa, 11 April 2017

'Tidak terkesan dituduh kafir' - Rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan serangan dan tuduhan mengkafirkan dirinya yang menghujani laman Facebook dan Twitter miliknya sejak tiga hari lepas selepas mendakwa terdapat saluran wang 1MDB ke akaun pemimpin Pas.
Rafizi berkata, beliau tidak hairan kerana tahu bilangan mereka yang bersetuju dengan dakwaannya adalah jauh  lebih tinggi berbanding yang memaki hamun berulang kali ‘secara berjemaah’ di ruang komen.
Ujarnya, pimpinan Pas sepatutnya sedar mereka sudah terperangkap sekali lagi dengan muslihat Najib.
“Apabila pengundi atas pagar melihat sendiri ghairahnya penyokong akar umbi Pas mengkafirkan saya dan mengulangi fitnah yang dimulakan oleh Umno, pengundi atas pagar akan melihat Umno dan Pas kini sudah tidak banyak berbeza (mereka sudah senada),” katanya melalui satu posting di laman blognya, semalam.
Rafizi berkata, perkara itu memang kehendak Najib supaya Pas terkalih dan tidak memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar mudaratnya kepada rakyat iaitu skandal 1MDB dan kesan kewangannya kepada rakyat, dengan menjadi parti satu isu iaitu RUU 355 semata-mata.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hasil semakan yang dibuatnya ke atas  semua ucapan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen sejak sidang dibuka selepas PRU13 menunjukkan Hadi hanya pernah menyebut perkataan 1MDB sekali sahaja.
Beliau turut menyertakan lampiran analisa ucapan Hadi di Parlimen sejak Jun 2013 sehingga kini untuk menunjukkan bagaimana beliau seolah-olah mengelak daripada memberi komen kepada isu 1MDB.
“Setelah hampir empat tahun bersidang dan Parlimen ini kian sampai ke penghujungnya, Hadi hanya pernah menyebut 1MDB sekali sahaja sedangkan punca utama masalah negara sejak tahun 2011 lagi adalah 1MDB.
“Akibat sikap Hadi yang tidak mahu menyentuh isu 1MDB, Umno nampak yakin menang dalam PRU14 sedangkan ia berada pada tahap paling tidak popular sejak 1946,” katanya.
Rafizi turut berjanji akan mendedahkan nama tokoh yang menerima dana 1MDB dari akaun perdana menteri yang disiasat oleh SPRM dalam masa terdekat.
Sementara itu, Rafizi menyelar serangan media propaganda dan blogger Umno seperti Raja Petra yang mendakwa beliau menerima RM20 juta dari seorang tokoh Cina bernama John Soh.

Berjaya bentang RUU 355, Hadi disambut umpama wira di Terengganu


Berjaya bentang RUU 355, Hadi disambut umpama wira di Terengganu
Penyokong Abdul Hadi Awang menantinya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam sebagai meraikan presiden PAS itu yang berjaya membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.
PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang disambut umpama wira oleh penyokongnya di Kuala Terengganu semalam selepas dikatakan berjaya membentangkan usul rang undang-undang (RUU) persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Dewan Rakyat minggu lalu.
Kira-kira 500 penyokong menyambut Hadi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan beliau kemudian diarak ke rumahnya di Rusila, Marang diiringi pasukan bermotosikal.
Bermula jam 9.30 malam tadi, Hadi diraikan pula di majlis ceramah sempena kejayaannya membentangkan usul itu.
Dewan terbuka Masjid Rusila, Marang tempat ceramah umum penuh sesak dengan penyokong, tetapi sebahagian daripadanya dipenuhi pelajar berpakaian seragam sekolah menengah agama.
Sementara Hadi diraikan dengan meriah pada majlis itu, seramai 10 ahli Parlimen Pakatan Harapan pula mengadakan majlis persidangan ala Parlimen di pejabat Invoke dekat ibu negara bagi membahaskan usul dikemukakan Hadi di Dewan Rakyat tetapi perbahasan ditangguhkan speaker.
Antara ahli Parlimen terbabit ialah Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja), Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) manakala Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai speaker.
Persidangan itu diadakan di depan kamera dan penonton dalam studio serta dipancarkan secara langsung melalui Facebook.
Di Facebok Rafizi saja, lebih 3,000 penonton mengikutinya secara langsung.

Tuan Ibrahim pertahan jawatan? Tunggu pencalonan.....

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pemilihan PAS kali ini dilihat 'sejuk' apabila di mata umum masih belum jelas siapa melawan siapa.
Tumpuan pastinya terus diberikan kepada kerusi nombor dua yang disandang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib-naib presiden, apabila Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir pasti tidak akan dicabar.
Bagaimanapun, bagi Tuan Ibrahim sendiri, beliau tidak mahu terlebih sudu daripada kuah dan mahu melihat kepada pencalonan diterimanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.
Merendah diri, bekas pensyarah yang pernah popular dengan rancangan forum Hal Ehwal Islam itu berkata, jawatan bukanlah perkara yang perlu direbut, sebaliknya ia adalah tanggungjawab.
"Bergantung kepada pencalonan perwakilan. (Bagaimanapun) dalam PAS kini, jawatan bukanlah menjadi rebutan.
"Ia hanya sekadar memenuhi tanggungjawab dan pelaksanaan amanah jamaah," katanya ringkas kepada Malaysiakini ketika ditanya akan mengekalkan jawatan timbalan presiden atau tidak.
Teka-teki
Menjelang dua minggu lagi muktamar pemilihannya, individu tercalon bagi kesemua jawatan dalam parti masih lagi menjadi teka-teki.
Muktamar PAS kali ini akan diadakan pada 27 April hingga 1 Mei di Alor Setar, Kedah.
Setakat ini, hanya Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta timbalannya, Khalil Abdul Hadi menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan.
Bagaimanapun, Nik Abduh dilihat antara pemimpin berpotensi untuk bertanding jawatan lebih tinggi, susulan latar belakangnya.
Sama ada pemimpin lain sedia ada akan mempertahankan jawatan dalam parti Islam itu masih lagi menjadi tanda tanya.
Setiap individu perlu mendapatkan minimum dua pencalonan daripada PAS kawasan bagi melayakkan mereka bertanding.
Pencalonan kawasan
Pencalonan dibuat sama ada sewaktu mesyuarat PAS kawasan atau diputuskan oleh jawatankuasa kawasan masing-masing, jika mendapat mandat perwakilan kawasan.
Selain itu, dijangka, surat pemakluman sama ada mereka layak bertanding pada muktamar kali ini akan dihantar pada minggu hadapan.
Jika dilihat kepada trend, pemilihan muktamar kali ini juga dijangka berbeza dengan pemilihan pada 2015, kerana tidak mustahil pemimpin tertinggi parti akan mengekalkan status quo.
Pada 2015, pemilihan muktamar PAS ke-61 'hangat' apabila wujudnya pertembungan dua kumpulan dalam parti politik itu antara kumpulan presiden dan timbalannya Mohamad Sabu.
Malah, dua tahun lepas juga, setelah menjadi presiden selama 13 tahun, jawatan Hadi buat pertama kalinya dicabar oleh bekas naib presiden Ahmad Awang.
Namun Ahmad tewas dengan 233 undi berbanding Hadi sebanyak 928.

RUU 355: Bukan hudud, usah jadi polemik politik

Abdullah Sani Abdul Hamid (dua dari kanan) berpandangan RUU 355 bukan hukuman hudud sebenarnya  hukuman  takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Abdullah Sani Abdul Hamid (dua dari kanan) berpandangan RUU 355 bukan hukuman hudud sebenarnya hukuman takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian.-
Usul persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) bagi tujuan pindaan Akta 355 jelas bukannya hukuman hudud seperti turut disahkan Presiden Pas itu pada sidang Dewan Rakyat, 6 April lalu.
Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata, isu Rang Undang-undang (RUU) 355 yang disokong Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) sebenarnya boleh dibincangkan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah secara menyeluruh.
"Pembentangan usul (persendirian) Marang menyatakan (RUU 355) ini bukan hudud. Kalau bukan hudud, ini jelas dalam kerangka takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian terbaik dan dibahas demi mengangkat martabat Mahkamah Syariah.
"Takiyuddin juga kata 100 sebatan, 30 tahun penjara dalam kes sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Yang kecil itu apa? Yang besar itu apa?
"Kalau bernikah di luar kariah, mereka boleh dihukum 30 tahun penjara dan denda RM100,000. Ini amat tidak adil termasuk mereka yang tidak berpuasa, tidak solat Jumaat dan memberikan di masjid tanpa tauliah terdedah kepada hukuman 30 tahun penjara," ujarnya.
Sehubungan itu, Abdullah pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi menyeru supaya hukuman yang dikenakan Mahkamah Syariah diselaraskan selain pentingnya meneliti kembali konsep hukuman.
"Apakah memenjarakan 30 tahun itu boleh mendisiplinkan mereka? Janganlah meletakkan hal ini sebagai polemik politik.

RUU 355: Masukkan sekali khidmat masyarakat


Khalid Samad  berkata usul Hadi banyak kelompangannya yang perlu dibahas.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan SallehKhalid Samad berkata usul Hadi banyak kelompangannya yang perlu dibahas.
Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) menyarankan supaya hukuman berbentuk khidmat masyarakat dimasukkan dalam pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang).
 Menurutnya, pendekatan hukuman bagi jenayah syariah itu lebih menepati matlamat kemanusiaan dan keadilan berbanding cadangan 30 tahun penjara dan RM100,000 denda seperti dibentang Abdul Hadi sebelum ini.
"YB Marang pinda usul ini. Masukkan sekali khidmat masyarakat. Orang yang didapati bersalah buat khidmat masyarakat. Yang tidak solat Jumaat, pergi cuci masjid sebulan. Kata tidak mahu ikut cara Barat.
"Yang ditangkap khalwat bantu anak yatim supaya boleh lihat berapa ramai anak luar nikah juga ditempatkan di rumah anak yatim. Kenapa hadkan hukuman kepada RM100,000 dan 30 tahun penjara?" soalnya pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi.
Pengarah Komunikasi Amanah itu juga berpendapat kedua-dua hukuman denda dan penjara maksimum itu berkaitan dengan hasrat untuk menjadikan kedudukan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Majistret.
"RM100,000 denda dan 30 tahun penjara ini datangnya dari mana? Datang dari keinginan untuk samakan kedudukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Majistret tetapi itu bukan hujah syarie.
"Itu bukan satu hujah yang perlu kita terima kerana taraf mahkamah tidak boleh dilihat dari segi hukuman," tegasnya lagi.
Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan di Invoke Malaysia, Sungai Besi diadakan ekoran usul persendirian Hadi pada 6 April lalu yang tidak membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk berbahas.
Khalid selanjutnya berpendapat jumlah hukuman denda dan penjara itu menggambarkan sistem mahkamah sedia ada seolah-olah mengongkong pemikiran.
"Sedangkan kita mahu menunjukkan Mahkamah Syariah ini lebih baik lebih bermatlamatkan kebajikan dan kasih sayang. Apa salahnya masukkan hukuman khidmat masyarakat sebagai salah satu bentuk hukuman?
"Hanya kita melihat usul Hadi banyak kelompangannya yang perlu dibahas. Saya khuatir kalau RUU 355 memang tidak mahu dibahas kerana tidak mahu nampak kelompangannya.

Tangguh RUU 355 muslihat Najib


Rafizi Ramli berkata perdana menteri  mempunyai kuasa untuk membenarkan sebarang usul atau akta serta dibincang, dibahas dan diluluskan.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.Rafizi Ramli berkata perdana menteri mempunyai kuasa untuk membenarkan sebarang usul atau akta serta dibincang, dibahas dan diluluskan.
 Penangguhan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 berkait rapat dengan muslihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu kekal berkuasa, tegas Rafizi Ramli (PKR-Pandan).
Menurutnya, Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai kuasa untuk membenarkan sebarang usul atau akta serta dibincang, dibahas dan diluluskan.
"Seperti yang selalu saya sebut, saya bimbang dengan muslihat Pekan. Ini soal keikhlasan dan muslihat Yang Amat Berhormat Pekan kerana kita semua tahu dia mahu kekal berkuasa dalam keadaan dia adalah Perdana Menteri yang paling tidak popular dalam sejarah negara kita.
"Muslihatnya mengumpan RUU 355 supaya teralih pandangan kita daripada skandal. Muslihat Pekan itu semakin kelihatan kerana kuasa itu ada pada Pekan," ujarnya pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi.
Turut disiar secara langsung melalui Facebook Invoke mulai pukul 8.30 malam, Naib Presiden PKR itu berkata, Najib juga sejak dahulu lagi berpeluang untuk melakukan pindaan Akta 355.
"Perkara-perkara menaik taraf Mahkamah Syariah ditolak ke tepi sedangkan ini di bawah bidang kuasa Pekan. Malah sebenarnya kalau Yang Berhormat Pekan betul-betul mahu berkehendakkan kepada memperkasakan syariah, ia boleh bawa 10 tahun lepas.
"Dua tahun lepas dia boleh bawa (usul). Tidak perlu ada satu RUU yang terpaksa melalui lengkung jauh kemudian menarik rakyat dua tahun berturut-turut tapi sekarang lulusnya tidak, bahasnya pun tidak," tegas Rafizi lagi pada sidang Parlimen Khas yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pakatan Harapan berbilang kaum itu.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan mempunyai kuasa penuh bertindak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian Abdul Hadi pada pukul 4 petang, 6 April lalu.

‘Kelantan sukar bagi PAS, inikan pula 80 kerusi parlimen’ - Prof Agus

Pencapaian terbaik parti Islam itu ketika Umno bergolak pun hanyalah 27 kerusi pada 1999, kata pemerhati politik.
agus
Seorang penganalisis meramalkan sukar untuk PAS memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding apa yang dimiliki parti Islam itu sekarang.
Pemerhati politik Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata ia antara lain kerana pilihan raya umum akab datang bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Menurut Agus, PAS ketika masih mengadakan hubungan kerjasama dengan parti pembangkang lain, dan di kala seterunya Umno berdepan krisis politik susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, hanya berjaya memenangi 27 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999.
“Itu yang terbaik. Bayangkan keadaan sekarang undi berpecah, PAS berpecah, dan keyakinan orang ramai kepada sikap ‘gentleman’ PAS dalam bekerjasama itu tidak ada,” kata pensyarah kanan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada FMT.
Baru-baru ini, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Parti itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Agus bagaimanapun tidak yakin kejayaan PAS pada PRU sebelumnya boleh diulangi kali ini.
“Dengan 2 kerajaan Terengganu, Kedah pun boleh tumbang (pada 2004 dan 2013), kemenangan itu tentunya sukar dan untuk ulangi pencapaian terbaik pun sukar,” katanya.
PAS merampas Terengganu pada PRU 1999, dan pada 2013, menawan Kedah. Kedua-dua pentadbiran PAS itu hanya bertahan satu penggal.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dilaporkan berkata PAS turut menyasarkan kerusi seperti Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Lembah Pantai, di samping Segambut dan Batu. Kebanyakan kerusi ini dilihat kubu kuat pembangkang khususnya DAP dan PKR.

NFA: Apandi arah SPRM lengkapkan siasatan SRC International


Apandi arah SPRM lengkapkan siasatan SRC InternationalPEGUAM Negara Mohamed Apandi Ali mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (SPRM) melengkapkan siasatan terhadap aliran wang dari SRC International ke akaun perdana menteri, dan pada masa sama menjelaskan beliau tidak pernah arah siasatan dihentikan.
“Bila kami isytihar NFA (tiada tindakan lanjut), ia bermakna kami letak ia di tepi. Kecuali dan jika ada bukti baharu, waran dikeluarkan untuk fail dibuka semula dan disiasat sekali lagi, kami akan buat begitu.
“Tidak ada fail yang tutup secara kekal bila kami kata NFA, walaupun fail 1MDB,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dilaporkan SRC International memindahkan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak antara Disember 2014 dan Februari 2015 melalui anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd dan syarikat berasingan,
Ihsan Perdana ialah syarikat swasta yang ditubuhkan untuk menguruskan sumbangan “tanggungjawab sosial korporat” 1MDB.
Apandi berkata kes SRC International dikendalikan oleh SPRM dan beliau “sudah agak lama” mengarahkan badan anti rasuah itu mengakhiri siasatan berkenaan.
“Bila saya kata tidak ada lagi siasatan (di sidang media pada Januari 2016), ia mengenai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri,” katanya.
Pada sidang media itu, Apandi berkata beliau berpuas hati dengan siasatan yang mendedahkan jumlah AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi yang diberi kepadanya tanpa apa-apa balasan.
Peguam negara turut mendedahkan Najib memulangkan AS$620 juta daripada sumbangan itu kepada keluarga diraja Arab Saudi, menambah tidak ada bukti menunjukkan sumbangan itu dalam bentuk rasuah.
“Siasatan terhadap yang lain masih berterusan, mengenai 1MDB dan SRC International.
“Saya kata NFA (sebelum ini). Ia arahan standard diberikan oleh peguam negara atau timbalan pendakwa raya kepada agensi penyiasatan. Maksudnya ialah ia NFA sehingga ada perkembangan terbaru.

PILIHANRAYA SEBELUM PUASA?

Bukanlah  sesuatu yang biasa bagi Najib Razak memberi penghargaan dan ucapan syabas kepada Ahli-Ahli Parlimen BN apabila sesuatu sessi Parlimen berakhir.

Lazimnya memang tiada ucapan khusus sebegitu diberikan setiap kali sidang berakhir, tambahan lagi memang  itu tugas utama Ahli-Ahli Parlimen selama ini.

Tetapi, melalui blognya lewat semalam, Najib memberi penghargaan khusus kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang dianggapnya komited bersidang selama 20 hari dengan menyaksikan 13 rang undang-undang dapat diluluskan.

Kata beliau, sessi Parlimen BN kali ini amat produktif dan bermakna kerana Ahli-Ahli Parlimen BN telah mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat.
Saya ambil peluang ini untuk mengucapkan syabas kepada semua wakil rakyat BN kerana mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat. Terus usaha, katanya.

Apakah makna ucapan penghargaan dan syabas Najib itu?

Adakah ia bermakna sessi Parlimen yang berakhir 6 April lalu adalah yang terakhir selepas PRU 13 dan dalam waktu yang terdekat ini Parlimen akan dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya mengejut diadakan?

Tidak mustahil juga kata-kata Najib itu sebagai tanda terima kasih kepada Ahli Parlimen yang bakal dibersarakan dan tidak dipilih semula sebagai calon.

Jika pilihanraya diadakan, adakah ia akan berlangsung sebelum ketibaan bulan puasa?

Umat Islam dijangka akan menyambut Ramadan pada 26 Mei, iaitu kira-kira 45 hari daripada sekarang dan ia memang tempoh yang mencukup untuk diadakan pilihanraya secara mengejut memandangkan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Dalam keadaan parti-parti pembangkang  belum begitu bersedia dan Pas pula semakin melekat rapat bersama UMNO dan kerajaan serta pasti bertanding secara bersendirian setelah Akta 355 diberi laluan untuk dibentangkan baru-baru ini, mengadakan pilihanraya dengan segera barangkali antara pertimbangan utama dalam fikiran Najib.

Presiden AMANAH akui Nik Aziz giat perkukuhkan akidah, tiada pernah kompromi terhadap korupsi



KUALA LUMPUR: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyifatkan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menekankan kedua-dua nilai akhlak dan akidah dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan segala macam korupsi.
“Beliau adalah cantuman antara akhlak dan akidah yang selalu saya sebut dalam ucapan-ucapan saya.
“Pemimpin-pemimpin Islam bercakap soal akidah tetapi akhlak tiada. Orang Islam di Malaysia memperjuangkan soal akidah, itu bagus.
“Tapi akhlak Islam ada pada orang Korea sebab mereka bangun lawan rasuah sehingga setiap Presiden mereka yang terlibat rasuah dihumban keluar.
“Ini akhlak Islam yang ada pada orang Korea tapi akidah ada pada orang Islam,” ujarnya yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) semalam.
Mengulas lanjut, beliau menganggap golongan yang memperjuangkan syariah juga tidak mengambil berat isu korupsi.
“Soal rasuah balasannya neraka tidak diambil berat termasuk mereka yang memperjuangkan hukum syariah itu sendiri.
“(Mereka) tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama untuk mereka lawan. Itulah yang berlaku di dunia Islam secara umum sekarang ini menyebabkan mereka terbelakang.
“Hasil minyak yang dianugerahi Allah di dunia Islam terbakar begitu saja tidak dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dan manusia sejagat,” jelasnya, seperti dilaporkan Malaysia Dateline.
Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, AMANAH akan meneruskan perjuangan Tuan Guru Nik Aziz.
“Kita mempertahankan akidah dan menjelmakannya dalam akhlak. Dalam soal urus tadbir yang baik mesti ditekankan.

Harga barang naik, KPDNKK jangan lepas tangan

Ahli Parlimen Kapar, G ManivannanKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta supaya tidak bersikap ‘lepas tangan’ dalam menangani permasalahan rakyat.
Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan berkata, langkah kawalan kenaikan harga barangan keperluan harian dan makanan sepatutnya dilakukan dengan kadar segera memandangkan ia menjadi bebanan kepada masyarakat.
“Sememangnya kementerian hanya mengawal harga bagi enam barangan keperluan sahaja. Tetapi apa yang berlaku sekarang, kenaikan harga barangan keperluan lain dilihat mendadak sehingga ada yang tidak masuk akal harganya. Takkan KPDNKK hendak membiarkan begitu sahaja?
“Tidakkah kerajaan seharusnya bertanggungjawab dengan adanya pelbagai akta seperti Akta Antipencatutan dalam menangani isu kenaikan harga barangan,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut meminta pihak kementerian untuk mengambil tindakan bermula daripada sekarang memandangkan musim perayaan yang semakin hampir.
“Takkan hendak tunggu pada musim perayaan sahaja untuk mengawal harga barang dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga?
“Ini ditambah pula dengan faktor kelemahan berterusan nilai ringgit. Walaupun rakyat berbelanja tetapi duit Malaysia sekarang tidak ubah seperti 'duit Jepun zaman perang' dahulu.
“Tahun 2017 amat mencabar bagi rakyat Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan ringgit yang lemah dan harga makanan yang semakin mahal,” katanya lagi.

Duti eksais naik: Pengajaran pengundi percaya janji BN

Pengundi diingatkan supaya mengambil pengajaran supaya jangan terpedaya lagi dengan janji bakal ditaburkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
dr_rosli_yaakob_Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini berikutan banyak janji dalam manifesto BN pada PRU-13 lalu tidak ditepati.
Katanya, ia termasuk langkah menaikkan lagi 5 peratus duti eksais kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menyebabkan harga kenderaan keluarga itu semakin meningkat.
“Ini pengajaran kepada pengundi bahawa mereka berjanji tetapi tidak menepati janji. Pengundi harus menganggap manifesto BN pada pilihan raya akan datang juga hanyalah pembohongan semata-mata.
“Ini bukan sekali tetapi dah banyak kali, takkan lah kita dah kena tipu nak tertipu lagi dengan orang yang sama,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.
Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengkaji untuk menghapuskan duti eksais berikutan pada masa ini rakyat sudah dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Katanya, langkah menaikkan cukai eksais menambahkan bebanan cukai kepada rakyat khususnya golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.
Terdahulu, Kerajaan mengumumkan menaikkan cukai eksais kenderaan MPV, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van berkapasiti1.5 liter ke bawah sebanyak 5 peratus daripada 60 peratus kepada 65 peratus berkuat kuasa 1 April.

Rafizi dedah dana 1MDB diterima bekas pemimpin kanan PAS

Naib presiden PKR berkata, bekas pemimpin kanan PAS itu adalah jambatan antara Umno dan PAS.
rafizi-pas-1mdb-3
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meneruskan siri pendedahan dengan menegaskan, dana 1MDB yang dikaitkan dengan PAS disalurkan melalui seorang bekas pemimpin kanan parti Islam itu.
“Dia adalah jambatan antara Umno dan PAS. Saya mempunyai maklumat ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam program “debat olok-olok” Dewan Rakyat hari ini.
Debat itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook malam ini.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan didedahkan dalam dua atau tiga hari lagi.
Rafizi juga mendakwa Umno dan ahli-ahli Parlimen PAS seolah-olah semakin akrab manakala presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Rang Undang-undang persendirian berkenaan akta itu telah dibentang oleh Hadi pada Khamis lepas.
Minggu lalu, Rafizi mendakwa mempunyai bukti mengenai individu, yang beliau sifatkan sebagai orang berhampiran dengan PAS, telah menerima dana dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan minggu lepas, Rafizi mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan aliran dana dari 1MDB kepada individu berdekatan dengan pemimpin PAS.
Ia adalah hasil siasatan SPRM ke atas isu 1MDB yang kononnya dipindahkan ke akaun Najib.

'Apakah kerabat, elit juga dihukum selepas pindaan Akta 355?'

Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan jika pindaan kepada Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 akan memastikan semua orang Islam dihukum dengan adil dan saksama di bawah enakmen Syariah.
Khususnya, beliau bertanya jika pindaan kepada Akta 355 akan memberi 'kuasa' dan 'kekuatan' kepada pegawai penguat kuasa agama untuk mengambil tindakan terhadap mereka dari kalangan anggota elit masyarakat yang melakukan kesalahan.
"Soal keseragaman dan keadilan yang sama rata dalam melaksanakan undang-undang dalam enakman Syariah perlu dipastikan untuk semua. Jabatan Syariah, hakim, pakar cukup ke.
"Saya tahu siapa ahli dewan yang minum arak, anak menteri yang bersekedudukan, ada tak pegawai jabatan (agama Islam) yang berani. Ini soalan saya tanya.
"Kalau ada sultan atau kerabat diraja dan minum arak dan dilihat secara terbuka, ada ke pegawai (yang) berani tangkap dan kenakan hukuman bawah Rang Undang-undang 355," tanya Rafizi lagi.
Tambah Rafizi, keadaan ini akan menyebabkan Islam difitnah kerana hanya golongan miskin dihukum manakala mereka yang kaya terlepas begitu sahaja.
Enakmen Syariah di semua negeri dalam Malaysia mengharamkan meminum arak dan melakukan seks sebelum berkahwin bagi umat Islam.
Pasangan Islam yang belum berkahwin tetapi tinggal bersama-sama juga menghadapi risiko ditahan kerana "berkhalwat" ekoran enakmen yang menghalang pasangan lelaki dan perempuan Islam yang belum berkahwin bersedudukan.

[FULL] Sidang Parlimen Rakyat Bahas RUU355

RUU355: Hikmahnya Kita Tahu Siapa Musuh Islam Dan Siapa Kawan Islam - Hadi

SIDANG PARLIMEN RAKYAT: RAFIZI RAMLI (MP PKR PANDAN)

SIDANG PARLIMEN RAKYAT: (MP PKR KUALA LANGAT)YB Abdullah Sani Abdul Hamid

SIDANG PARLIMEN RAKYAT: (MP DAP RAUB) Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz

Khalid Samad SHAH ALAM Bahas RUU355:MOCK-UP PARLIMEN MALAYSIA 2017

Rafizi Ramli PANDAN Bahas RUU355:MOCK-UP PARLIMEN MALAYSIA 2017

SIDANG PARLIMEN RAKYAT: (MP AMANAH PARIT BUNTAR)DATO' DR MUJAHID YUSUF RAWA