Isnin, 10 April 2017

60 tahun tidak pernah ada kes hilang sebegini di Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 APR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi membincangkan kes kehilangan berprofil tinggi melibatkan lima individu baru-baru ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat gesaan itu dengan merujuk kes kehilangan membabitkan Pengasas Perlis HOPE, Amri Che Mat; Paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth; Paderi Raymond Koh; dan terbaru bekas Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Peter Chong.
“Kehilangan seperti ini tidak pernah berlaku di negara ini dalam tempoh enam puluh tahun yang lalu. Apa sudah jadi kepada Malaysia dan kenapa kehilangan tersebut berlaku sekarang?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, kes kehilangan seumpama itu menunjukkan tanda-tanda bahawa Malaysia sedang menuju ke arah ‘negara penyangak’.
“Pihak polis tidak dapat menjelaskan mengenai kehilangan lima individu terbabit, membangkitkan persoalan sama ada Malaysia kini sedang menuju ke arah negara penyangak,” ujarnya.
Peter Chong yang juga bekas pembantu kepada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu.
Sebelum kehilangannya, Chong, melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya pada 31 Mac 2017, menceritakan mengenai ‘pengalaman ganjil’ didatangi orang yang tidak dikenali yang memberi amaran kepadanya.
“Dia kata dia sokong apa saya lakukan (hadir acara ‘vigil’ Pastor Koh), tapi ‘mahu hati-hati’…sekarang banyak orang tiba-tiba hilang. Mereka semua tahu mana orang tinggal.
“Saya tanya mereka itu siapa? Dia cuma kata, pandai-pandai la…jaga diri bos..dan pergi meninggalkan saya,” coret Chong dalam status terakhir di Facebooknya.

Tol lebih rendah, sifar GST, janji pilihan raya PH


BERCITA-CITA tinggi.
Itu perkataan yang menggambarkan agenda reformasi Pakatan Harapan (PH) untuk Malaysia jika ia berjaya membentuk kerajaan akan datang.
Ia percaya jika berjaya menetapkan dasar makro yang sudah remuk atau falsafah yang mempengaruhi pembikinan polisi di Malaysia selama beberapa dekad, potensi sebenar negara akan dihasilkan.
Sebagai permulaan, ia mahu mengurangkan kuasa perdana Menteri. Pemegang jawatan itu tidak akan lagi mempunyai budi bicara mutlak melantik peguam negara atau ketua polis negara.
Gabungan itu juga mahu pembaharui bagaimana undang-undang yang dibuat. Ia berjanji menyediakan pendidikan percuma bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Ia juga mahu mengurangkan saiz Kabinet Malaysia yang terlalu besar.
Ia mahu mengurangkan bayaran tol dan meneruskan pengampunan diraja bagi Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
Ia akan memastikan kedudukan perdana menteri dan menteri kewangan dipegang oleh individu berbeza – satu langkah yang bertujuan memberi lebih banyak sekatan dan imbangan kepada bidang utama pembuat keputusan.
Saifuddin Abdullah, ketua sekretariat Pakatan Harapan (PH), berkata dasar gabungan yang baru ditempa bagi 100 hari pertama didorong beberapa tema menyeluruh, iaitu mengakhiri politik perkauman, mempunyai sistem kehakiman yang bebas, dan juga menjadikan cawangan eksekutif kerajaan daripada kementerian persekutuan kepada majlis perbandaran lebih bertanggungjawab.
PH terdiri daripada PKR, Amanah, DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).
"Daripada pemberian wang tunai, seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PH akan memperkenalkan rejim subsidi yang disasarkan, seperti terdapat di Selangor."
"Kami mahu orang ramai mempercayai sistem negara sekali lagi. Apabila rakyat mempercayai sistem, barulah kita boleh menyerlahkan potensi sebenar mereka," kata Saifuddin, yang juga bekas timbalan menteri pendidikan.
Memastikan sistem diperbetulkan adalah pendekatan diambil di negara Scandinavia, kata Saifuddin, dan ia adalah sebab mengapa mereka konsisten dalam kedudukan dunia bagi pendidikan, gaji, pengagihan pendapatan, pembangunan ekonomi dan kualiti hidup.
Walaupun banyak dasar tertentu akan mengambil masa untuk membuahkan hasil, Saifuddin menyenaraikan beberapa langkah jangka pendek yang rakyat akan dapat lihat dalam masa 100 hari pertama.
Ia adalah:
* Menukar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar.
* Mengurangkan tol di lebuh raya dengan tujuan akhirnya menghapuskan sebahagian besar daripadanya.
* Mengurangkan caj pengangkutan awam.
* Mengurangkan bayaran kabotaj di Sabah dan Sarawak untuk menurunkan harga barangan di sana.
* Memberikan pendidikan percuma kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
* Mengurangkan jumlah menteri persekutuan bagi mengurangkan kos operasi kerajaan.
* Mengisytiharkan aset semua menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Menjadikan Parlimen lebih responsif kepada orang ramai, Saifuddin berkata satu jawatankuasa pembaharuan undang-undang akan dibentuk.
Antara tugas lain, jawatankuasa itu akan mengkaji semula undang-undang bermasalah, seperti Akta Hasutan, Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan Akta Langkah-Langkah Khas) dan Akta Perhimpunan Aman.

Umno hanya iri dengan Pakatan Harapan

Salahuddin AyubDakwaan Umno yang ahli parlimen Pakatan Harapan dikawal penuh oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibuat hanya kerana rasa iri hati terhadap Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, Umno sebenarnya sakit hati melihat Pakatan Harapan yang kukuh dan begitu dinamik sekarang ini.
“Dulu kita (Pakatan) cuma ada tiga parti (DAP, PKR, Amanah), sekarang kita sudah berempat (DAP, PKR, Amanah dan Bersatu) dalam pakatan.
“Mereka takut kerana Pakatan sahaja yang mampu mengalahkan mereka,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Umno mendakwa semua keputusan yang dibuat ahli parlimen dalam Pakatan termasuk mereka yang beragama Islam telah dikawal sepenuhnya oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keadaan ini jelas kelihatan menerusi pembentangan usul persendirian cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, baru-baru ini.

Hanya golongan ada hala tuju boleh berdepan Umno

Ahmad AwangHanya golongan yang mempunyai hala tuju dan pandangan politik jelas boleh berdepan dengan tipu daya Umno.
Ini kerana menurut Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang, Umno memiliki kuasa dan wang yang boleh digunakan untuk meraih sokongan rakyat.
“Susah untuk mempercayai Umno terutama apabila kuasa mereka mula berada dihujung tanduk.
“Demi mengekalkan kuasa, mereka akan peralatkan semua pihak demi survival politik mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terbaharu, semalam Umno dakwa ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan termasuk mereka yang beragama Islam telah dikawal sepenuhnya oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keadaan ini jelas kelihatan menerusi pembentangan usul persendirian cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, baharu-baharu ini.
Menurutnya, secara tidak langsung, situasi itu memberikan gambaran jelas kepada rakyat bahawa DAP akan menguasai kerajaan sekiranya pakatan itu menang dalam pilihan raya.

APA... HANYA SEKALI TOK GURU SEBUT PERKATAAN 1MDB? SEDIAKAH PAS BUAT AKUAN BERSUMPAH JUGA?

Aduhhh....hanya sekali? Anak saya yang berusia belasan tahun pun sudah berkali-kali bertanya tentang 1MDB?

Terasa amat malang dan sedih membaca pendedahan Rafizi Ramli bahawa Hadi Awang hanya sekali pernah menyebut perkataan 1MDB di Parlimen. Ketika seluruh dunia berulang kali mendedahkan penyelewengan dan salah laku berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkan Najib Razak itu, Hadi seolah-olah tidak tersentuh langsung dengannya.

Berapa kali pula Hadi pernah menyebut perkataan 1MDB dalam ceramah, mesyuarat atau perbincangan bersama pimpinan Pas?

Adakah mungkin hanya sekali dua saja atau barangkali tidak pernah langsung menyebutnya?

Apakah Hadi tidak nampak apa yang sedang berlaku, tidak faham mengenainya atau ada sesuatu perkara lain yang menyekat mulut dan lidahnya daripada turut sama berbicara mengenai 1MDB?

Sepertimana yang dilaporkan bahawa Rafizi akan mendedahkan nama individu yang rapat dengan pemimpin Pas yang pernah menerima dana 1MDB daripada Najib pada minggu ini,  dalam kemelut yang sedang berterusan ini, ia adalah langkah yang sebaik-baiknya dan tepat sekali.

Rafizi tidak perlu lagi menyimpan lama-lama rahsia yang ada padanya itu.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata, kenapa Rafizi tidak segera menyaman pihak yang menuduhnya ada menerima wang RM20 juta?

Sebenarnya, tindakan Rafizi mahu membuat akuan bersumpah menafikan perkara itu sudah memadai kerana orang yang menuduhnya itu hanyalah penulis pelarian dan tidak pun berani tinggal di negara ini untuk berdepan dengan realiti.

Nazri enggan jawab soalan 1MDB Mahathir, kecuali...

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz enggan melayan soalan-soalan yang dihamburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB di blog hari ini.
Pemimpin Umno itu berkata beliau hanya akan menjawap soalan yang dibangkitkan jika kedua-dua mereka bersemuka dalam perdebatan awam seperti yang dirancang.
"Jika ada perbahasan saya akan jawab, jika tidak ada perbahasan apa guna. Saya tidak ada masa melayannya," kata Nazri kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas tulisan terbaru Mahathir hari ini, di mana bekas perdana menteri menggariskan soalan-soalan yang mahu dikemukakannya kepada Nazri pada perbahasan mereka yang kini dibatalkan itu.
Mahathir antaranya membangkitkan pengelasan laporan berkaitan 1MDB yang dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sedangkan negara lain bertindak terhadap skandal firma pelaburan negara itu, tetapi tiada apa yang dilakukan di Malaysia.
Nazri dan Mahathir sepatutnya berdepan dalam perdebatan awam, tetapi polis pada dua kejadian menarik permit yang diberikan atas alasan keselamatan dan kemungkinan mengganggu ketenteraman awam.

'Seminar pemikiran Nik Aziz jenayah intelek AMANAH' - Dr Khairuddin

Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mendakwa Parti Amanah Negara (AMANAH) melakukan jenayah intelek apabila menganjurkan seminar mengenai pemikiran Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, seminar tersebut dianjurkan untuk menggambarkan AMANAH - yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS yang diketepikan perwakilan mereka pada 2015 - adalah selaras dengan pemikiran bekas Menteri Besar Kelantan serta mursyidul am PAS berkenaan.
Ia juga seolah-olah mahu menggambarkan AMANAH mendapat restu Nik Aziz.
"Ini satu manipulasi terhadap pemikiran seseorang yang telah tiada di dunia ini. Tok Guru (Nik Aziz) tidak ada kena mengena dengan parti tersebut.
"Malah Tok Guru terus istiqamah bersama PAS sehingga ke akhir hayatnya. Tok Guru tidak pernah menyeru sesiapa untuk keluar dari PAS. Itu adalah fakta semasa hayat beliau," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Semalam AMANAH menganjurkan seminar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor menampilkan beberapa bekas pemimpin PAS yang kini bersama AMANAH sebagai pembentang kertas kerja.
Antaranya Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, presidennya, Mohamad Sabu dan naib presiden yang baru dilantik, Datuk Husam Musa.
Husam adalah tokoh yang pernah dilihat dekat dengan Nik Aziz suatu ketika dulu.
Husam adalah anggota Dewan Undangan Negeri Salor, bekas anggota parlimen Kubang Krian dan pernah menjadi setiausaha akhbar serta politik Nik Aziz.
Mohd Khairuddin berkata, setiap orang berhak mengkaji pemikiran sesiapa pun termasuk tokoh yang telah meninggal dunia.
Namun kata ketua penerangan Dewan Uulama PAS itu seseorang tidak boleh menisbahkan sesuatu kepada seorang yang tidak pernah memperkatakannya.

Rafizi: Individu terima dana 1MDB adalah bekas pemimpin PAS

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini mendakwa individu yang menerima dana daripada 1MDB adalah bekas pemimpin kanan PAS.
Katanya, tindakan individu itu menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana ingin menjalin hubungan antara partinya dengan Umno.
"Beliau menjadi jambatan antara Umno dan PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.
Malah, menurut Rafizi, individu berkenaan pernah ditegur oleh Nik Aziz dalam beberapa kejadian.
Walau bagaimanapun, pemimpin PKR itu masih merahsiakan identiti individu berkenaan dan berkata, beliau akan mendedahkan butirannya minggu ini.
Disoal mengenai sejauh mana kekukuhan bukti yang dimilikinya, Rafizi menjawab: "Saya fikir ia akan memfokus segala-galanya dan usaha menutup isu 1MDB. Ia akan membawa fokus semula kepada 1MDB."
Kerajaan menafikan terdapat usaha cuba menutup isu 1MDB walaupun firma pelaburan negara itu menjadi subjek tumpuan siasatan pelbagai negara dengan beberapa individu didakwa berhubung kes itu di Singapura.
Sementara itu, Rafizi berkata beliau perlu menunggu beberapa hari sebelum mendedahkan maklumat lanjut kerana mahu menjelaskan isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) mengikut perspektif Islam.
Beliau berkata umat Islam perlu diberitahu bahawa lebih banyak perdebatan diperlukan berhubung isu itu berbanding apa yang digambarkan oleh Umno.
"Selepas ini, jika saya dedahkan individu itu, rakyat akan lebih memahami," katanya.
Minggu lalu, Rafizi membuat kejutan apabila mendedahkan terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengulas dakwaannya.
Dakwaan Rafizi itu dibuat pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Mac-April lalu selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menagguhkan perbahasan usul Hadi untuk meminda Akta 355.

Amanah sedia disaman keluarga Nik Aziz

Setiausaha agung Amanah berkata keluarga Nik Aziz berhak menyaman Amanah tetapi mereka juga ada hak sebagai rakyat di negara demokrasi
 anuar-tahirPETALING JAYA: Amanah akan meneruskan “Seminar Pemikiran Nik Aziz” pada masa akan datang walaupun mendapat bantahan daripada keluarga bekas musyidul am PAS itu, kata Mohd Anuar Tahir.
Setiausaha agung Amanah itu berkata, keluarga Nik Aziz berhak menyaman Amanah dan parti itu sedia berdepan tindakan tersebut.
“Terpulang kepada mereka sebab itu hak mereka.
“Tapi kita juga ada hak kerana kita hidup di negara demokrasi,” katanya kepada FMT.
Anuar menegaskan tujuan utama seminar itu diadakan untuk mengekalkan pemikiran Nik Aziz dan ia mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.
“Usaha kami ikhlas untuk kekalkan pemikiran dan falsafah Nik Aziz supaya tidak hilang begitu saja.
“Seminar itu juga mendapat sambutan luar biasa sehingga ‘live streaming’ yang disiarkan ditonton lebih 100 ribu orang sekaligus membuktikan ramai yang masih sayangkan Nik Aziz,” katanya.
Tambah Anuar, Amanah bukan sahaja mengetengahkan corak pemikiran Nik Aziz kerana ramai lagi tokoh lain akan diangkat dan dijadikan rujukan parti itu.
“Kita merancang mengangkat tokoh lain juga, cuma permulaan ini kita gunakan nama Nik Aziz sebagai memberi penghormatan kepada beliau kerana kehilangannya sukar dicari ganti.

Seminar Pemikiran Tuan Guru: Keluarga Nik Aziz teliti kemungkinan saman AMANAH

Panel peguam keluarga allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang meneliti secara terperinci kenyataan dan bagaimana seminar pemikiran ikon PAS itu dijalankan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Jika terdapat apa apa tuduhan palsu atau kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik ATGNA (allahyarham), maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga kesucian dan nama baik almarhum ayahanda kami,” menurut kenyataan keluarganya.
Acara di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) itu dirasmikan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga bekas timbalan presiden PAS.
Ucap utamanya disampaikan oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa yang sering dirujuk sebagai anak didik Nik Aziz.
Tiga kertas kerja dilapor dibentangkan, iaitu oleh Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, yang juga bekas naib presiden PAS dan anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong.
Kenyataan keluarga Nik Aziz itu dimuatkan dalam Facebook salah seorang anaknya Nik Abduh, yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa.
Ia dikeluarkan oleh seorang lagi anak lelaki allahyarham, Nik Adli, bersama seluruh anggota keluarga serta bagi pihak balu Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Pemimpin PAS turut menzahirkan rasa tidak selesa dengan langkah AMANAH itu dan menyifatkan parti serpihan mereka itu melakukan “jenayah intelek”.
Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mendakwa AMANAH - yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS yang diketepikan perwakilan mereka pada 2015 - selaras dengan pemikiran bekas menteri besar Kelantan serta mursyidul am PAS itu.

Ini semua penyamun punya kerajaan, bidas pemimpin Bersatu Kedah


Annuar Abd HamidAnnuar Abd Hamid
Keputusan muktamad untuk tidak membuat rayuan selepas dipecat daripada Umno didorong kerana sikap parti itu yang dilihat merompak rakyat antaranya paling ketara melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah, Mejar (B) Annuar Abd Hamid berkata demikian ketika mengimbas detik-detik penghijrahannya daripada Umno yang telah diceburinya sejak tahun 1991.
"Paling saya marah tentang isu GST. Datuk Mukhriz bentang minta tiga peratus. Mai ke (Umno Bahagian) Merbok minta kekal enam peratus.
"Saya cabar bagaimana seorang Exco, Adun di Tanjong Dawai sokong dalam dewan, tapi bila di luar dewan tidak sokong?" katanya dalam Sembang Santai Politik Kedah yang turut dihadiri pemimpin kanan Pakatan Harapan negeri itu semalam.
Beliau yang berkhidmat dalam tentera selama 21 tahun dengan kepakaran dalam bidang perisikan itu memberitahu, usahanya menghantar semula usul berkenaan supaya sama dengan keputusan kerajaan negeri yang dipimpin Mukhriz sebagai Menteri Besar tidak berhasil.
"Saya buat balik usul itu. Hantar semula minta turunkan kepada tiga peratus untuk sama dengan kerajaan negeri. Itupun sebulat suara. Semua (perwakilan) sokong.
"Malangnya, tidak diterima," ujarnya sambil menyifatkan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 3 Februari 2016 sebagai insiden kudeta kerana memang dirancang dengan teliti.
Akibatnya, Annuar berkata, dirinya dipecat daripada Umno dan disaran supaya mengemukakan rayuan.
"Buat apa buat rayuan. Ini semua penyamun punya kerajaan. Buat apa nak rayu. Saya cakap terus terang," tegasnya dalam program yang disiarkan menerusi Facebook Peduli Channel.
Beliau yang bersara awal daripada tentera kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang pelaburan turut menolak sama sekali cadangan penyenaraian Felcra Holdings Bhd di Bursa Malaysia membabitkan sejumlah kira-kira RM20 bilion.
"Saya terpaksa tegur sebab dalam dokumen bank berkaitan laporan 1MDB (1Malayia Development Berhad), ada penyenaraian Felcra. Saya tidak boleh terima.
"Tak boleh. Ini nak tipu rakyat. Mahal RM18 bilion . Nak pi senarai IPO (Tawaran Awam Permulaan), nak ambil daripada rakyat hampir RM20 bilion. Bayangkanlah kalau dapat senarai.
"Jadi, saya buat usul dalam mesyuarat agung Bahagian Merbok pada 2015. Saya buat enam usul sebenarnya. Usul pertama Najib kena berhenti dan letak jawatan pergi bercuti. Ini yang mereka marah sangat," ujarnya.
Annuar yang mengagumi bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kerana sifat amanah dan menepati masa, berkata, penegasannya terhadap Najib mencontohi langkah beberapa pemimpin Umno sebelum ini apabila berdepan sesuatu kes.

Setiap Minggu Mereka Mencari Alasan...!!!

Bersiap sedialah beratur beramai-ramai ke stesen minyak Rabu mlm nnti yer..

Wasatiyyah Ala Laki-Bini....!!!

Cakap wasatiyyah punyalah gempak...
Tapi kerajaan boros & tiris tiap2 tahun, Najib & Rosmah berbelanja mewah puluh jutaan ringgit apa citer??!!

Mazhab Umno Ke Nie...??

"Umno pejuang agama syiar Islam" - Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2013.

"Rogol > Taubat > Kawen > Kehidupan Lebih Sihat Lebih Baik" - MP Umno Tasek Gelugor
 Gara-gara media lapor "perogol boleh kahwin mangsa walau bawah umur", MP Tasek Gelugor kaji nak saman.

SENDIRI MENGARUT, NAK KAJI APA LAGI ??!
Tak mengapa.. 26 media dunia terbabit. Jika saman tiap satu RM100 juta, senang2 dapat RM2.6 bilion.. sama mcm kaki penyangak MO1.

Usul RUU 355: Bukan kejayaan tapi langkah terbelakang Hadi


Faiz FadzilFaiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil menolak dakwaan Pas kononnya pembentangan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada 6 April lalu sebagai satu kejayaan.
Menurutnya, peluang ketiga Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul persendirian itu di Dewan Rakyat tidak lebih hanya mencemar praktis demokrasi di negara ini kerana perbahasan dihalang.
"Pembentangan usul Marang bukan sahaja bukan satu kejayaan, tapi telah menjadi kes awalan kepada amalan demokrasi Parlimen yang regresif apabila perbahasan tidak dibenarkan.
"Ia bukan kejayaan sebaliknya satu langkah terbelakang oleh pihak Pas kerana gagal bersuara membantah penangguhan itu. Pas tidak harus membiarkan isu pindaan Akta 355 ditangguh dan dipanjangkan polemiknya.
"Tindakan Speaker (Dewan Rakyat) menangguhkan perbahasan bukti usul tersebut sebagai satu 'gesture' politik untuk kepentingan Umno dan Pas yang bermain dengan sentiman kaum dan agama menjelang PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya ketika ditanya Malaysia Dateline selepas Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Aziz di ibu negara semalam.
Beliau menyifatkan unsur-unsur kerjasama di antara pihak Pas dan rejim Umno-BN dapat dilihat apabila perbahasan usul tersebut sekali lagi ditangguhkan pada pukul 4 petang walaupun sehari sebelum itu persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 5.05 pagi sekaligus mencipta rekod baharu Parlimen.
"Amat mengelirukan kalau Pas anggap RUU 355 berjaya sedangkan pada 6 April lepas, masih belum dibahas pun dan belum diundi. Sekadar diberi laluan untuk dibentang bukan satu kejayaan yang harus dibanggakan kalau benar-benar faham prosedur pindaan sesuatu akta," ujarnya.
Abdul Hadi pada penghuraian usul persendiriannya antara lain turut memaklumkan pindaan Akta 355 bukan 'pintu belakang' ke arah pelaksanaan hukum hudud di negara ini sebelum dibahas secara panjang lebar oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Mengulas lanjut, Faiz mempersoal usul pindaan bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah kepada
kepada 100 sebatan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda itu wajar tidak lagi ditangguhkan.
"Kalau benar ia satu usul demi meningkatkan fungsi Mahkamah Syariah, kenapa tidak disegerakan sehingga ke peringkat perbahasan dan pengundian sama ada mahu menyokong atau sebaliknya.
"Tidak logik untuk ditangguhkan kononnya ahli parlimen penat kerana sedia maklum ahli parlimen maklum dengan tugas mereka kerana sidang Dewan Rakyat boleh tamat sehingga 11.59 malam yang terakhir.
"Sepatutnya, diselesaikan pada kadar segera kerana kita mahu lihat kerajaan benar-benar memartabatkan Mahkamah Syariah," kata peguam itu.

Mahfuz: Hadi, speaker perlambat perkara baik

Anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar terus mempersoalkan penangguhan sidang Dewan Rakyat tanpa membahaskan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu.
Katanya, tindakan speaker serta tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berdiam diri seolah-olah mahu melambatkan perkara yang baik.
“Sepatutnya kena selesaikan segera terus mengundi. Ini sudah menangguhkan perkara yang baik.

"Ini kalau (sesi depan) bulan Julai baru nak bahas, ini melambatkan proses perjara yang baik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Jumaat lalu Mahfuz membidas tindakan Abdul Hadi yang mendiamkan diri mengenai penangguhan sesi perbahasan usul pindaan akta itu.
Mahfuz kini sedang berdepan siasatan jawatankuasa disiplin parti itu.
Sementara itu, bekas naib presiden PAS itu berkata beliau sangat kesal kerana usul perbahasan tersebut “ditentukan oleh BN”.

“Speaker bertindak kerana ditentukan oleh BN seperti mana disebutkan oleh presiden MIC dan anggota kabinet. Itu saya sebut PAS kena bantah. Bila PAS tak bantah itu bina persepsi, PAS pun terlibat buat keputusan dengan Dewan tertinggi BN. Jadi malulah,” katanya.
Jumaat lalu Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang itu akan dibentang dan dihuraikan namun tiada pengundian.

Dana 1MDB: Pas Terengganu cabar Rafizi dedah tuduhan

MARANG - Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah cabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membuktikan tuduhan mengatakan orang rapat dengan pimpinan Pas menerima wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
“Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan Pas sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar?” soalnya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
MOHD NOR HAMZAH Jika begitu, katanya, Rafizi sepatutnya dipertanggungjawabkan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sekarang sudah rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan boleh disabitkan sebagai golongan pembenci Islam kerana rapat dengan DAP.
“Mungkin boleh kita kata Rafizi jenis tidak amanah suka bawa lari kerusi Parlimen atau Dun kerana rapat dengan ahli Parlimen Amanah yang telah melarikan kerusi Pas secara batil.
“Fitnah yang rendah kualiti ini juga dikesan kerana dia mahu rakyat menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum dia mendedahkan bahagian yang seterusnya.
“Ini tidak lebih hanya mahukan rakyat terpaku menunggu, dan terus menuduh Pas, agar tumpuan kejayaan membentang pindaan RUU 355 dilupakan rakyat. (Ini) Politik kotor gaya Machiavelli, matlamat menghalalkan cara,” katanya.
Adun Bukit Payong itu juga berkata, jika benar Rafizi anak jantan, buktikan segera pertuduhan itu kerana hanya orang kurang akal sahaja membuat tuduhan tanpa bukti kukuh kemudian menyuruh tertuduh membuktikan diri tertuduh tidak bersalah.
“Sedangkan berbelas tahun PKR melawan tuduhan yang dibawakan bukti-bukti terhadap salah laku Ketua Umum mereka, kini mereka mengubah sistem pembuktian setelah berkawan dengan Tun Dr Mahathir. Sungguh dangkal dan pengecut tindakan memfitnah ini.
“Jika benar sudah membenci Pas, dengan ada bukti yang jelas, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan agar nanti mudah pada PRU, tiada gangguan daripada Pas.
“Langkah ke Putrajaya kamu akan menjadi lebih mudah. Itu pun jika rakyat memilih kamu kerana gembira dengan mainan politik jijik kamu ini,” katanya.

YB MARANG HANYA SEBUT PERKATAAN 1MDB SEKALI DALAM PARLIMEN

Saya memerhatikan gelagat pimpinan Umno dan jentera propaganda mereka lintang pukang menyerang saya apabila saya menimbulkan isu dana 1MDB yang dipindahkan dari akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak dan sampai kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dato' Irmohizam  Ibrahim mengeluarkan kenyataan menyerang saya kononnya menaburkan "fitnah".

Lebih menarik, serangan pertama terhadap saya ialah dari Raja Petra Kamaruddin, pelarian politik yang lari dari undang-undang negara dan berselindung dengan hidup yang mewah di Manchester, United Kingdom. Seperti biasa, Raja Petra menerbalikkan isu yang saya timbulkan dengan menuduh saya menerima RM20 juta dari seorang yang bernama John Soh.

Berita temberang dari Raja Petra selama ini tidak dihiraukan oleh orang terpelajar dan pengundi atas pagar, sebab itu saya tidak pernah melayan Raja Petra sebelum ini. Saya cukup kenal perangai Raja Petra kerana semasa beliau mengendalikan laman "Free Anwar Campaign", saya adalah pengendali laman itu yang kedua sebagai langkah kelangsungan jika beliau ditahan. Saya jugalah orang yang mengusahakan agar dua orang anak lelakinya dipindahkan ke United Kingdom dan kami (reformis Malaysia di UK ketika itu) sama-sama menjaga dan membiayai anak-anak Raja Petra pada ketika itu.

Tetapi sementara berita Raja Petra itu tidak perlu dipedulikan, arah serangan Raja Petra itu menggambarkan strategi propaganda penyokong Dato' Seri Najib kerana umum mengetahui Raja Petra menerima arahan dari penyokong Dato' Seri Najib.

Apabila Raja Petra lebih cepat menyerang saya dari pimpinan PAS sendiri memberi reaksi kepada isu yang saya timbulkan, itu mengesahkan bahawa UMNO-lah yang paling bimbang jika saya buktikan kelak bahawa memang benar ada wang 1MDB dari akaun peribadi Najib yang akhirnya sampai kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS. Ini kerana strategi "memegang" PAS adalah satu-satunya strategi yang Najib ada untuk kekal berkuasa.

Strategi "memegang" PAS ini juga yang mengekalkan Najib sebagai presiden UMNO kerana pimpinan-pimpinan Bahagian UMNO (yang ramainya adalah wakil rakyat) cukup menyokong strategi pertandingan 3 penjuru yang dibawa Najib kerana mereka yakin itu akan memberi kemenangan mudah kepada mereka dalam keadaan mereka (dan UMNO) cukup tidak popular. Bagi mereka, pemimpin UMNO yang boleh menjamin perut mereka kekal kenyang, itulah pemimpin yang wajar dikekalkan.

Sebab itu mendedahkan muslihat Najib "memegang" PAS melalui RUU355 ini cukup penting kerana RUU355 telah disalahgunakan untuk mengekalkan kekuasaan Najib. Tindakan menghalang perbahasan di Parlimen bertujuan mempengaruhi penyokong PAS dan pengundi atas pagar kononnya Pakatan Harapan anti Islam kerana mengikut telunjuk DAP.

Buktinya dalam 3 hari lepas, serangan yang mengkafirkan saya dan menuduh saya penentang Islam menghujani saya di laman Facebook saya dan Twitter. Saya sedikit pun tidak terkesan kerana saya tahu jumlah yang bersetuju dengan saya (melalui "like" dan "share") adalah jauh lebih tinggi berbanding pentaksub yang memaki hamun berkali-kali secara berjemaah di ruang komen.

Namun pimpinan PAS sepatutnya sedar mereka sudah terperangkap sekali lagi dengan muslihat Najib. Apabila pengundi atas pagar melihat sendiri ghairahnya penyokong akar umbi PAS mengkafirkan saya dan mengulangi fitnah yang dimulakan oleh UMNO (misalnya menidakkan skandal NFC seolah-olah keluarga Shahrizat Jalil tidak pernah membeli kondominium dengan wang rakyat), pengundi atas pagar akan melihat UMNO dan PAS kini sudah tidak banyak berbeza: mereka sudah senada.

Menteri Umno: Bersedia minyak naik harga selepas serangan Trump

Harga minyak dijangka meningkat akibat serangan Amerika Syarikat terhadap pengkalan tentera Syria minggu lepas.
minyak-naikHarga minyak di Malaysia dijangka menerima tempias daripada serangan Amerika Syarikat ke atas Syria minggu lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hamzah berkata ini kerana harga minyak negara ini berdasarkan pasaran dunia.
“Saya tak mahu buat spekulasi hari ini tapi kalau boleh rakyat sedar bahawa kebanyakan daripada syarikat minyak yang ada dalam negara kita, mereka menjual mengikut harga pasaran dunia dan juga perkiraan APM (mekanisme penetapan harga minyak) yang saya telah umumkan sebelum ini,” katanya hari ini.
Pada 7 April, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan tenteranya menyerang tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar Assad.
Kira-kira 60 buah peluru berpandu jenis Tomahawk dilancarkan oleh tentera laut AS dari kapal perang Navy Destroyer di Laut Mediterranean.
Ia menyebabkan harga pasaran minyak dunia melambung naik, dengan minyak mentah Brent meningkat AS$0.72 kepada AS$55.60 setong pada hari sama serangan.
Petrol jenis RON95 kini berharga RM2.16 seliter, RON97 RM2.43 seliter manakala diesel ialah RM2.08 seliter.
Sejak Mac 29, harga petrol ditentukan setiap Rabu berdasarkan sistem apungan terurus.

Debat buntu, Dr M 'tabur' soalan 1MDB di blog

Selepas kebuntuan debatya dengan menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih blog untuk menghamburkan persoalan-persoalan berkaitan.
Debat itu bertujuan membincangkan isu berkaitan 1MDB, dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dan skandal BMF di era Mahathir.
Mahathir hari ini terus mendakwa perdana menteri terlibat dalam skandal 1MDB, walaupun Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Mahathir juga menegaskan terdapat cubaan menutup skandal itu, yang juga dinafikan kerajaan.
“Oleh kerana debat tidak dibenarkan, saya percaya rakyat Malaysia hilang peluang untuk mendengar penjelasan Nazri terhadap persoalan penting yang akan bangkitkan.
“Soalan-soalan ini berdasarkan dakwa yang diketahui dan bukan tuduhan luar atau spekulasi,” katanya.
Mahathir antaranya membangkitkan pengelasan laporan berkaitan 1MDB yang dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan kes berkaitan 1MDB di mahkamah Singapura yang menyaksikan bekas-bekas pegawai bank disabitkan bersalah.

'Hasrat 80 kerusi PAS sukarkan laluan pembangkang' - Sheikh Omar

Hasrat PAS untuk bertanding di 80 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum depan dikatakan akan memberi laluan mudah buat BN.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata ia juga memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan bakal menghadapi keadaan sukar, di samping ancaman tradisi BN.
“Dari satu sudut lain, ia akan memberi laluan sukar kepada rakyat yang mahukan reformasi direalisasikan pada PRU akan datang,” katanya.
Di samping sasaran 80 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-14, PAS tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.
Di Wilayah Persekutuan, PAS menyasarkan sembilan kawasan, termasuk Lembah Pantai yang didsandang oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan.
Sementara itu, Sheikh Omar berkata kenyataannya Idris itu menimbulkan persoalan apakah PAS benar-benar komited untuk merealisasikan perubahan.
“Sebagai parti pembangkang yang seharusnya meletakkan diri sebagai pesaing Umno-BN, hasrat bertanding di 80 kerusi termasuk kerusi-kerusi PKR, DAP dan AMANAH menimbulkan big question kepada kita...,” katanya.
Dalam pilihan raya umum lalu ketika bersama Pakatan Rakyat, PAS bertanding di 73 kerusi dan menang 21 kerusi daripadanya.
Bagaimanapun pembahagian kerusi kali ini lebih sukar memandangkan PAS kini tidak lagi bergabung bersama pembangkang utama lain yang membentuk Pakatan Harapan.

Aktivis hilang sahabat baik kapten MH370 yang hilang

Peter Chong yang hilang beberapa hari lalu pernah mempertahankan Kapten Zaharie Ahmad Shah daripada tuduhan dalang kehilangan MH370.
370Seorang aktivis yang menjadi orang ke-5 dilaporkan hilang secara misteri baru-baru ini merupakan sahabat rapat Zaharie Ahmad Shah, kapten Malaysia Airlines yang turut hilang bersama 238 penumpang dan anak kapal dalam Penerbangan MH370 pada 2014.
Peter Chong sebelum ini pernah mempertahankan Zaharie susulan spekulasi beliau menjadi dalang kehilangan MH370, yang antara lain menuduh kapten berpengalaman itu dengan sengaja menghempaskan pesawat Boeing itu ke dalam laut.
MH370 hilang pada tengah malam 8 Mac, 2014, sewaktu dalam penerbangan ke Beijing. Pencariannya selama 3 tahun tidak membuahkan hasil, malah tidak meninggalkan apa-apa kesan selain beberapa kepingan bangkai kapal terbang di laut berhampiran Madagascar.
Pada 2014, Chong, 54, dalam temuramah bersama FMT menceritakan dia dan Zaharie bersahabat sejak 2012 selepas bertemu dalam program kebajikan.
“Saya menyedari tak pernah jumpa lelaki ini sebelum saya perkenalkan diri saya. Dia beritahu saya dia bertugas dengan MAS,” katanya
Chong yang juga bekas ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan bekas pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, hilang beberapa hari lalu, menambahkan kebimbangan mengenai siri kehilangan beberapa aktivis kebelakangan ini.
“Saya kali terakhir jumpa ayah saya pada Rabu lalu. Selepas itu, saya tidak dapat telefon ayah saya. Saya dan keluarga sedang cari sama ada ayah saya hilang atau telefon dia hilang,” kata anaknya, Darryl Chong.
“Ayah saya memang biasa tak balik rumah, tetapi jika dia tak balik, dia akan telefon keluarga atau saya. Tetapi tidak kali ini. Saya sudah buat laporan polis malam semalam di Balai Polis Tun HS Lee, Kuala Lumpur,” Darryl memberitahu FMT semalam.
Empat individu lain yang dilaporkan hilang itu ialah Raymond Koh, Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth, serta aktivis di Perlis, Amri Che Mat. Pihak berkuasa masih tiada petunjuk di mana mereka atau siapa yang menculik mereka berempat.

Chef Wan ‘rasa loya’ politik perkauman

Beliau memuat naik video perbualannya dengan seorang pemandu teksi yang gembira dengan perubahan dilakukan kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP.
chef-wanSelebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata beliau berasa “mual” dengan permainan politik perkauman sesetengah pihak di negara ini, sambil berkongsi pandangan seorang pemandu teksi di Pulau Pinang yang memuji perubahan yang berlaku di bawah kerajaan negeri diketuai DAP itu.
“Ahli politik perlu berhenti jatuhkan satu sama lain… perkauman ini membuatkan saya rasa loya.
“Kita boleh maju dan lakukan perubahan besar!” katanya dalam kiriman Instagram baru-baru ini, sambil memuat naik video perbualannya dengan seorang pemandu teksi di Pulau Pinang, yang meluahkan rasa gembira dengan perubahan yang dilakukan pentadiran DAP negeri itu.
“Rakyat sendiri hari ini boleh menilai segalanya, apa lagi dengan segala permainan kotor dan memualkan yang dipentaskan di sana,” kata Chef Wan.
“Hanya orang bodoh tidak boleh melihatnya kerana masing-masing ada agenda sendiri konon takut itu dan ini. Tetapi sekiranya anda jujur dan mahu membawa perubahan di negara ini, anda akan terus melakukannya walaupun berdepan propaganda yang kita lihat hari ini di kalangan ahli politik… naik meluat!”
Dalam video 30 saat itu, pemandu teksi itu berkata pelancong ke Pulau Pinang berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.
“Dia (pengunjung) kata banyak perubahan. Pertamanya, sangat bersih. Kemudian bangunan lama-lama dihidupkan balik, very beautiful (sangat cantik),” katanya ketika ditanya Chef Wan.
Pemandu itu berkata pemerhatian beliau itu tidak mengambil kira soal bangsa dan agama.
“Betul, saya pun sama,” jawab Chef Wan.

UMNO sedang membunuh PAS

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Pengumuman PAS menerusi Naib Presidennya Datuk Idris Ahmad bahawa parti itu akan bertanding di 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang merupakan bukti bahawa PAS sedang bekerja untuk UMNO.
Tindakan PAS itu kata Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim secara tidak langsung akan memberikan kelebihan kepada UMNO untuk menang.
Ia ekoran PAS merasa cukup terhutang budi kerana UMNO berjaya membawa pentas lakonan RUU355 di parlimen dengan cukup licik.
“Ini dirasakan oleh PAS sebagai laba politik kepada mereka. Maka PAS dengan bangga dan yakin akan kembali kepada penyokong tegarnya dengan membawa satu kejayaan RUU355.
“Budi UMNO kepada PAS ini akan ‘membawa mati’ kepada PAS. Ini realitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mahdzir, walaupun di atas kertas undi, PAS menjadi lawan UMNO kerana mereka tidak bergabung dibawah satu logo secara rasmi, tetapi realiti politik menyatakan sebaliknya.
Menurut Mahdzir, kerjasama PAS dan UMNO ini juga dapat dilihat jelas berdasarkan kenyataan dan tindakan yang dibuat pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini.
“Haji Hadi juga pernah ‘kantoi’ dengan ucapan untuk mengagih-agihkan kawasan PAS dan UMNO untuk diperintah,” katanya.
Ini termasuk kenyataan PAS yang pernah memberi gambaran bahawa mereka sanggup kalah dalam pilihan raya asalkan ‘Islam’ (RUU355) berjaya dibentangkan di Parlimen.
Walaupun mungkin segelintir pemimpin PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan terus berusaha untuk memujuk dan berunding dengan PAS agar berlembut di saat akhir, Mahdzir menjelaskan ia tidak akan menjamin apa-apa rundingan.
“Bala ini akan ditanggung bukan sahaja ke atas parti yang berunding dengan PAS, malah semua parti juga menerima akibatnya.
“Kepimpinan PAS pernah membelakangkan perjanjian. Ketika mereka bekerjasama secara rasmi dalam Pakatan Rakyat (PR) pun mereka masih gagal menghormati perjanjian yang telah ada hitam putih, apatah lagi sekarang yang tidak ada hubungan rasmi dengan PKR dan PPBM,” katanya lagi.

Jawatan PM: UMNO makin terdesak jaja fitnah kitar semula

MENTAKAB, 9 APR: DAP menyifatkan dakwaan mengarut pemimpin UMNO bahawa kononnya Lim Kit Siang akan menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanyalah fitnah yang tidak mempunyai asas sama sekali.
Ini kerana DAP telah berkali-kali menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri hanya akan dilantik dalam kalangan orang Melayu dan Islam seperti dipersetujui setiap parti komponen gabungan pembangkang itu, kata Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Sehubungan itu, katanya, sentimen kaum yang dikitar semula UMNO dalam bentuk fitnah itu dilakukan semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan Islam yang kini dilihat kian cenderung menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan.
Sokongan itu, katanya lagi, timbul daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pelaksanaan dasar yang membebankan antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan bajet pendidikan dan kesihatan dan penghapusan subsidi barangan keperluan harian.
“Ia berbeza dengan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang diketuai Pakatan Harapan. Pakatan Harapan tidak memerlukan GST untuk mengadakan pelbagai bantuan kepada rakyat, tidak seperti UMNO-Barisan Nasional (BN) yang menyusahkan rakyat.
“Oleh kerana UMNO-BN tidak dapat menandingi kemampuan Pakatan Harapan, mereka menggunakan sentimen kaum dan agama demi mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan mereka mentadbir negara,” katanya kepada Roketkini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas fitnah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti dilaporkan media semalam bahawa kononnya DAP mendominasi Pakatan Harapan dan akan melantik Kit Siang menjadi calon Perdana Menteri.
Sedangkan, menurut Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab sebarang keputusan Pakatan Harapan dilakukan secara konsensus (persetujuan bersama) demi menjaga keharmonian kaum dan agama.
“Ini menunjukkan banyaknya kerusi dalam Pakatan Harapan tidak melambangkan ia menjadi ketua, tapi sebarang keputusan adalah mengikut persetujuan ramai atau konsesus yang telah di persetujui,” ujarnya.

PKR Terengganu kecewa dengan sikap Pas

KUALA TERENGGANU – Usul dibawa Pas Kawasan Kuala Terengganu bagi mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR disifatkan sebagai usaha menggagalkan usaha pembangkang menggantikan BN pada PRU14.
PKR kecewa dengan sikap Pas Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, pembangkang termasuk Pas tidak sepatutnya menzahirkan perkara yang boleh menampakkan kelemahan atau perpecahan sesama parti memandangkan keadaan ketika ini sangat genting dalam keadaan negara bakal berhadapan pilihan raya.
Menurutnya, pembangkang termasuk Pas sepatutnya perlu memberi tumpuan menumbangkan kerajaan BN dengan menyusun strategi memperkuatkan pembangkang.
“Kalau perkara itu (usul) datang daripada ahli Pas, pemimpin Pas, saya anggap itu dalaman mereka. Terpulang! Saya nasihatkan bahawa ini adalah masa memperkukuh susun atur dan sebagainya untuk tujuan tawan Malaysia yang perlu dilakukan oleh pembangkang.
“Cara tawan bukan tunjuk kita bergaduh, berpecah belah. Itu formula kelemahan bukan kekuatan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Azan yang juga Adun Bandar berkata demikian sebagai mengulas mengenai Pas Kawasan Kuala Terengganu mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik atau tahalluf siyasi dengan PKR.
Perkara itu yang diusulkan Pas Cawangan Kampung Padang dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-42 di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di sini, Sabtu lalu.
Azan berkata, pihaknya tidak emosi dengan tindak-tanduk Pas Kawasan Kuala Terengganu yang membawa usul tersebut.
Apa yang penting katanya, pihaknya sedang menyusun strategi ke arah memantapkan pembangkang sambil meminta pemimpin Pas memikirkan kaedah sama menguatkan pembangkang bagi menggantikan BN di negeri ini bukan membawa isu yang melemahkan keyakinan rakyat menyokong pihak terlibat.
“Kita harap pemimpin Pas berfikir. Kita tidak mahu masuk campur tetapi saya harap parti yang lama bertapak di Terengganu matang dan cukup menilai macam mana untuk menang di Terengganu,” katanya.

Bukan Ahli PAS:`Bersabarlah Mahfuz...'

Mahfuz Omar"Bersabarlah Mahfuz," berikut kata-kata Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika bertemu dalam satu program makan malam, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai parti Pas yang seolah-olah tidak mengakui Mahfuz berada di dalam parti mereka.
"Ketika kami (ahli Amanah) memilih untuk bergerak dengan bahtera baru, beliau membuat keputusan untuk terus kekal bersama Pas kerana yakin masih ada sinar perubahan di situ.
"Malangnya muktahir ini, beliau sampai tahap tidak diakui sebagai ahli pemimpin tertinggi parti beliau sendiri," tulisnya di dalam laman Facebook.
Terdahulu, Mahfuz mengaku tidak dimaklumkan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-64 yang dijadualkan berlangsung 28 April hingga 1 Mei ini.
Mahfuz masih beranggapan muktamar tahun ini akan berlangsung pada Jun ini.
Bekas Naib Presiden Pas itu bagaimanapun mengaku beliau masih lagi ahli Pas dan menegaskan hanya akan hadir muktamar pada Jun ini.
Sementara itu, Ahmad Awang turut menegaskan bahawa beliau menghormati keputusan  Mahfuz dan masih lagi dalam keadaan baik dengannya.
"Kami menghormati keputusan beliau dan ukhuwwah tidak akan terpisah kerana perbezaan parti ini," katanya.

Bukan Ahli PAS: Mahfuz anggap Hashim 'terlajak kata'

Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, membayangkan rasa terkilan dengan kenyataan pemimpin tertinggi parti itu terhadapnya semalam.
Dianggap bukan lagi sebahagian daripada PAS oleh Hashim Jasin, Mahfuz berkata, mursyidul am PAS itu sepatutnya menjaga adab untuk membuat kenyataan.
“Saya hormat beliau sebagai mursyidul am PAS, tetapi beliau sepatutnya menjaga adab melaksanakan tanggungjawab diamanahkan itu. Saya melihat kenyataan beliau boleh (menyebabkan) persepsi tidak baik," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Mengakui tetap sangat sayangkan PAS dan bimbang parti itu "rosak", Mahfuz berkata, beliau bersikap terbuka jika pihak kepimpinan mahu mengambil tindakan ke atasnya.
"Cuma saya tak mahu PAS dirosakkan oleh individu tertentu,” katanya.
Semalam Hashim dilaporkan berkata, rata-rata ahli PAS kini tidak lagi boleh menerima Mahfuz sebagai ahli parti itu ekoran kenyataan serta kritikannya mencerminkan beliau sebagai orang luar parti.
Semenjak pascamuktamar ke-61 PAS, Mahfuz dilihat selalu bersikap sinikal dan tidak sehaluan dengan pimpinan PAS.
Beliau sering hadir menyertai ceramah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang sangat dimusuhi majoriti pimpinan PAS ketika ini.
Tindakan itu menyebabkan beliau digelar ahli "harum manis" dalam PAS - merujuk kepada buah mangga yang berwarna hijau di luarnya tetapi berisi oren.
Malah pada pertengahan Februari lalu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyarankan supaya Mahfuz meninggalkan PAS kerana sering mengkritik serta menyerang parti berkenaan.
Tugas jawatankuasa disiplin
Malah yang terbaru, Mahfuz turut membidas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendiamkan diri mengenai penangguhan sesi perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Jumaat lalu.
Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, jika Hashim ingin mengambil tindakan ke atasnya begitu saja, ia sudah melampaui batas dan tidak mencerminkan sikap sebuah parti Islam.
“Kalau beliau kata akan ambil tindakan, seperti beliau melampaui batas kuasa. Sudah menunjukkan sikap tidak baik kepada parti yang saya sayang dan sebuah parti memperjuangkan Islam.
“Kalau PAS nak ambil tindakan, tak perlu cakap. (Sekarang) seolah-olah mereka sudah ada keputusan, sedangkan saya tidak pernah diberi notis. Beliau tidak boleh buat macam tu,” katanya.
Mahfuz berkata perlembagaan PAS hanya membenarkan seseorang anggota dipecat oleh jawatankuasa disiplin dan pusat saja.
Manakala Majlis Syura pula berperanan seperti mahkamah rayuan sekiranya diambil sesuatu tindakan.

Negaraku - adakah ia masih milikku?

Pada Sabtu, 8 April lalu saya bertukar-tukar fikiran dengan kira-kira 40 orang anak muda di Port Dickson. Kita bercakap tentang peri pentingnya generasi muda mengambil peranan besar dalam hal ehwal negara.
Sebelum majlis bermula kita menyanyikan lagu Negaraku.
Sebagai mengusik pemikiran mereka, saya berkata hatta daripada lagu kebangsaan itu pun kita boleh mengambil iktibar dan memulakan proses pemikiran kritis.
Saya tanya mereka, adakah negaraku tanah tumpahnya darahku itu masih milik mereka?
Yang saya tahu, banyak harta negara telah dijual dan digadai bagi menimbus bangkai skandal 1MDB, SRC dan berbagai-bagai kecurian lagi.
Adakah rakyat hidup bersatu dan maju?
Rasa-rasanya tidak lagi. Terlalu banyak musibah, penipuan, pembohongan dan propaganda murahan telah memecahbelahkan rakyat jelata.
Dan pastinya negara kita tidak semaju dahulu lagi. Terlalu banyak masalah melanda ekonomi dan kewangan negara kerana ketidakcekapan, pemborosan dan hutang yang mencecah awan.
Kecuali segelintir golongan elit perniagaan, politik dan perkhidmatan awam, majoriti rakyat jelata ditekan dan dibebani kenaikan kos rasa hidup, pengangguran, kejatuhan nilai ringgit dan GST.
Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan. Tuhan tidak menyisihkan kita. Tetapi adakah kita mensyukuri rahmat yang Tuhan kurniakan? Atau apakah kita sedang ditimpa balasan kerana kemungkaran kita?
Dan akhir sekali adakah raja kita selamat bertakhta apabila ada raja yang menuduh pingat kebesaran negeri dan negara sedang dijual-beli dengan harga berjuta?
Berfikir dan bertindaklah jika kita masih sayang dan pedulikan kepada negara kita.

DATUK A KADIR JASIN

Politik RUU355

Sebenarnya tak siapa perlu risau dengan pembentangan bil persendirian RUU355 tempoh hari. Ia adalah perkara biasa. Bukan hanya oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sesiapa pun anggota parlimen boleh mengemukakan usul pindaan ke atas mana-mana undang-undang sekalipun.
Hari ini rakyat Malaysia—yang rata-rata tak pernah jejak kaki ke parlimen— telah belajar serba sedikit kaedah sesuatu undang-undang dapat dipinda. Inilah hikmahnya.
Apabila ada usul pindaan, selepas dibacakan oleh pembawa usul, maka akan dibahaskan. Selepas itu ada proses pengundian. Kalau majoriti setuju, tidak terus menjadi undang-undang melainkan perlu dibentangkan semula oleh pihak kerajaan. Tugas membentangkan semula dalam kerajaan sekarang ditanggung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azlina Othman.
Begitulah proses yang perlu dilalui untuk meminda akta 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi. Beliau berpeluang membacakannya buat pertama kali di dalam dewan rakyat pada hari terakhir sidang, selepas beberapa usul atau aturan urusan kerajaan selesai. Aturan urusan kerajaan perlulah didahulukan. Sebelum ini, usul Abdul Hadi tertangguh kira-kira dua tahun lamanya.
Selepas mendengar penjelasan di dalam Dewan Rakyat, kita lantas faham ada dua perkara pokok yang menjadi asas mengapa Hadi membawa usul berkenaan.
Pertama, beliau mencadangkan untuk menambah hukuman yang boleh diperuntukkan kepada mahkamah syariah. Kedua, dengan penambahan hukuman itu maka dikatakan sebagai cara mengangkat martabat mahkamah syariah agar setara dengan mahkamah sivil. Hadi sendiri mengakui RUU355 itu bukan hudud. Bukan!
Oleh kerana usul itu dibawakan oleh seorang ahli politik yang juga presiden PAS, maka usul berkenaan juga dilihat banyak pihak sebagai mempunyai unsur agama yang sekali gus unsur politik. Maknanya, tidak bermotif agama sahaja dan tidak juga politik semata-semata.
Perlembagaan persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan tidak siapa yang mempertikaikannya. Asas kenegaraan ini juga menjadi teras kesepakatan parti-parti pembangkang. Abdul Hadi selain sedang diuji, beliau juga sedang menguji.
Bolehlah disemak bahawa kehendak untuk tunduk patuh kepada perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sebenarnya lebih banyak diperjuangkan oleh parti pembangkang, termasuklah PAS, DAP dan PKR. Anwar Ibrahim sendiri sangat kuat memperjuangkannya sejak bebas dari penjara pada 2004 dan mengemudi Pakatan Rakyat dalam dua kali PRU.
Antara penekanan yang diberikan termasuklah hak negeri-negeri dalam pemberian royalti yang tidak adil yang diamalkan berpuluh tahun oleh Putrajaya. Kes royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan yang terlalu kecil menunjukkan Putrajaya sejak sekian lama tidak menghormati apa yang disebut sebagai konsep “federalisme”. Dalam perkara ini, PM Najib Razak Najib juga masih mendiamkan diri.
Memang aneh
Memang aneh apabila Umno-BN yang selama ini tidak menghormati banyak perkara di dalam perlembagaan, tak semena-mena menjadi pihak yang mahu turut sama memperkasa mahkamah syariah. Ia samalah ibarat seorang pencuri juga mahu menyokong usaha menangkap si pencuri.
Sesungguhnya pembentangan usul RUU355 sebagai usul persendirian dan bukannya usul kerajaan dengan sendirinya membuktikan betapa selama ini kerajaan telah gagal melihat kepentingan untuk memperkasa mahkamah syariah. Kegagalan itu tidak bolehlah diletakkan di bahu parti-parti pembangkang.

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Pengumuman Naib Presiden PAS Idris Ahmad untuk bertanding di 80 buah kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-14 kelak memberi petanda jelas bahawa parti itu sedang bekerja untuk Umno secara total.
Malah, antara 80 buah kerusi sasaran itu, PAS mahu bertanding di kerusi-kerusi DAP dan PKR. Ini bukan kelebihan kepada Pakatan Harapan, sebaliknya Umno.
Jika kita semak kerusi yang PAS tandingi dalam pilihan raya lepas, mereka hanya menang 21 kerusi dan tewas di 52 tempat.
Kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS adalah kawasan majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat Umno. Maka 52 kerusi yang Umno menangi pada pilihan raya umum lalu adalah atas 'sumbangan' PAS secara tidak langsung.
Maka, dengan kenyataan Idris Ahmad ini, kita boleh simpulkan dengan lebih jelas lagi bahawa PAS secara tidak langsung akan memberikan kelebihan dan kemenangan kepada pihak Umno.
Di atas kertas undi, memang PAS menjadi lawan Umno kerana mereka tidak bergabung bawah satu logo secara rasmi, tetapi realiti politik menyatakan sebaliknya.
Apatah lagi hari ini PAS merasa cukup terhutang budi kerana Umno berjaya membawa pentas lakonan RUU355 di parlimen dengan cukup licik.
Ini dirasakan oleh PAS sebagai laba politik kepada mereka. Maka PAS dengan bangga dan yakin akan kembali kepada penyokong tegarnya dengan membawa satu kejayaan RUU355.
Hutang budi 'membawa' mati
PAS telah memberi gambaran sebelum ini bahawa mereka sanggup kalah pilihan raya asal Islam (RUU355) berjaya dibawa.
Namum, 'kejayaan' dirasakan mereka kini hanya 'dibentangkan' di parlimen tanpa perbahasan mahupun kelulusan yakni belum menjadi undang-undang yang disahkan.
Saya percaya segelintir pemimpin PKR dan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) akan terus mencuba dan berusaha ke saat-aat akhir untuk memujuk PAS agar berlembut.
Realiti politik tidak akan menjamin apa-apa rundingan itu berjaya pada akhirnya. Bala ini akan ditanggung bukan sahaja ke atas parti yang berunding dengan PAS, malah semua pihak.
Kepimpinan PAS pernah membelakangkan perjanjian. Ketika mereka bekerjasama secara rasmi dalam Pakatan Rakyat pun mereka masih gagal menghormati perjanjian hitam putih, apatah lagi sekarang yang tidak ada hubungan rasmi dengan PKR dan BERSATU.

Libatkan diri jika mahu keadilan, kata Ambiga


Libatkan diri jika mahu keadilan, kata Ambiga
(Dari kiri) Ketua Biskop Julian Leow, Marina Mahathir, Ambiga Sreenevasan dan Zaid Ibrahim pada majlis Hari Solidariti di Pusat Ecumenical CCM hari ini.
PEGUAM terkemuka yang kini peguam bela bagi hak asasi manusia Ambiga Srineevasan menggesa orang ramai terlibat dalam proses politik jika mahu melihat keadilan diguna pakai.
Pada Hari Solidariti – perhimpunan ke arah keadilan dan acara keamanan di Pusat Ecumenical CCM, bekas presiden Majlis Peguam itu berkata terdapat kekurangan keadilan dan hakisan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.
"Idea bertindak dengan adil tidak berakar umbi dalam institusi kita," kata Ambiga kepada kira-kira 300 orang pada majlis petang tadi.
Memetik kes baru-baru ini yang berkaitan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, beliau berkata penyerang beliau berhadapan denda RM100 berbanding denda yang dikenakan kepada aktivis Lena Hendry sebanyak RM10,000 kerana menayangkan dokumentari perang saudara Sri Lanka, "No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka".
"Dan tambahan kepadanya, peguam negara bercadang merayu terhadap jumlah denda itu. Jumlah RM10,000 sudah terlalu banyak," kata presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu.
Ambiga juga menggalakkan orang ramai mengambil peranan lebih aktif dalam proses politik dengan membantu mendaftarkan lebih ramai pengundi dan bekerja sukarela di tempat mengundi atau ejen mengira.
"Setiap orang harus kembali dan mendaftarkan 30 pengundi baru," kata Ambiga. Menurut beliau terdapat 4 juta pengundi tidak berdaftar.
Memetik kata-kata daripada buku "The Micah Mandate" karya George Grant, Ambiga berkata selain menjalankan keadilan, rakyat Malaysia juga perlu ada belas ihsan dan rendah diri.
"Ini adalah mengenai keseimbangan, keamanan dan pencapaian keamanan di mana pemimpin mesti menunjukkan kerendahan hati. Sebaik sahaja anda berkuasa, tidak sepatutnya ia disalah guna," kata Ambiga.
Salah satu dasar yang beliau harap diimplementasikan apabila negara dipimpin pembangkang, Pakatan Harapan adalah mengenakan had tempoh kepada menteri.
"Mereka harus dihadkan kepada dua penggal. Itu adalah cara untuk terus mendapatkan perubahan yang kita mahu," kata Ambiga.
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim juga meminta orang ramai berani dan menumpukan kepada isu berkaitan keadilan dan kesaksamaan.

BN realistik kekal 128 kerusi pada PRU14..??

128. Itu ramalan terbaik gabungan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen yang boleh dimenangi jika pilihan raya umum (PRU) berlaku pada bila-bila masa tidak lama lagi. PRU ke-14 perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018.
Paling teruk, BN boleh menang 122 kerusi, mengikut analisis dalaman parti itu yang dibentangkan di dua majlis santai yang diadakan pada Februari dan sebelum Parlimen bersidang pada Mac.
Kedua-dua itu nombor mencukupi bagi BN untuk mengekalkan Putrajaya tetapi ramai dalam gabungan itu kini cuba memperoleh nombor lebih baik kerana ramalan itu lebih rendah daripada jumlah 132 kerusi yang dipegang.
Pecahan ramalan menunjukkan BN masih yakin memenangi 50 kerusi Parlimen di negeri "deposit bank" iaitu Sabah dan Sarawak. Ia kini memegang 46 daripada 56 kerusi Parlimen di kedua-dua negeri Borneo.
The Malaysian Insight mengerti nombor itu dihasilkan daripada data yang terkandung maklum balas mengenai isu panas seperti pindaan undang-undang Islam RUU355 iaitu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan keadaan ekonomi semasa yang lemah.
"Nombor itu tidak kelihatan baik tetapi pakar dalam parti bersikap realistik," kata seorang ahli strategi BN kepada The Malaysian Insight, mengesahkan jumlah itu adalah amaran kepada BN.
"Kita perlu menguruskan isu dengan lebih baik dan saya fikir kita boleh sampai ke sana," katanya.
Pakar strategi BN berkata pemulihan ekonomi dan strategi kewangan akan membantu gabungan itu memenangi hati pengundi baru sementara ia berusaha menangani isu lain yang akan memberi kesan kepada peti undi.
BN hilang undi popular pada pilihan raya 2013 kepada Pakatan Rakyat (PR) yang ketika itu termasuk PAS, kerana kebanjiran pengundi baru menyatakan pilihan mereka kepada pembangkang.
Walaupun memenangi undi popular, ia tidak mencukupi untuk PR memenangi lebih banyak 222 kerusi di Parlimen. Pakatan pembangkang kemudian berpecah ekoran desakan PAS untuk memperkenalkan undang-undang Islam lebih ketat termasuk pindaan RUU355.
BN berkata ia akan mengambil alih pindaan RUU355 daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang beberapa minggu lalu tetapi membatalkannya pada saat akhir selepas ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak membantah pembentangan kerajaan.
Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian di hari terakhir sidang Parlimen minggu lalu tetapi perbahasan digantung apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menangguhkan persidangan.

PKPIM gesa kerajaan fokus pembangunan universiti

Universiti perlu kualiti bukan sekadar bangunan megahUniversiti perlu kualiti bukan sekadar bangunan megah
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa pihak kerajaan Malaysia untuk memusatkan perhatian kepada usaha menyemak semula polisi yang dicadangkan semasa pembentangan Bajet 2017 yang secara drastik mengurangkan dana yang diberikan kepada universiti-universiti awam, daripada terus mencadangkan polisi-polisi secara 'ad hoc' dan bersifat reaktif dalam menangani isu kekurangan dana yang dialami oleh universiti awam tempatan.
Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak bercadang untuk membuka ruang 5% kepada pelajar-pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di Malaysia dalam bidang perubatan.
Beliau dipetik menyatakan bahawa polisi ini akan dapat membantu mendapatkan dana tambahan untuk universiti-universiti awam, memandangkan pelajar-pelajar antarabangsa dikenakan yuran penuh tanpa subsidi.
Namun, PKPIM mewakili suara mahasiswa Malaysia mempersoalkan keberkesanan polisi sedemikian mengambil kira bahawa 5% hanya merupakan jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan pemotongan dana yang dikenakan ke atas universiti-universiti yang mencecah bilion ringgit.
Keuntungan yang diperolehi daripada polisi berkenaan tidak akan mampu menampung 5% daripada defisit perbelanjaan hasil daripada polisi kerajaan.
Ditambah pula dengan isu berkenaan dengan pengurangan bilangan pensyarah di universiti awam yang dilaporkan media baru-baru ini, PKPIM amat prihatin dengan krisis yang berlaku di institusi pengajian tinggi awam dan impaknya terhadap kebajikan dan pembangunan intelektual mahasiswa.
Dikhuatiri yuran yang dikenakan ke atas mahasiswa akan dinaikkan, manakala kualiti pembelajaran di universiti akan merudum sekiranya lebih ramai pensyarah-pensyarah yang berpengalaman terpaksa 'dilepaskan' disebabkan pemotongan belanjawan universiti awam.
Fokus berlebihan pihak kerajaan dalam memastikan universiti-universiti awam di Malaysia mandiri dari segi kewangan juga dikhuatiri akan menghilangkan fokus universiti dalam membina kapasiti intelektual mahasiswa.
Sebaliknya, pihak pentadbiran universiti akan mengalihkan fokus penyediaan mahasiswa untuk menjadi 'pekerja' di industri-industri kapitalis yang ternyata hanya mementingkan keuntungan berbanding pembangunan intelektual mahasiswa.
Hasilnya, pemimpin-pemimpin tertinggi universiti-universiti tempatan tidak lagi dilantik daripada kalangan akademik, tetapi dipilih kerana kemampuan mereka sebagai birokrat dalam usaha mencari dana, seperti yang disebut oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil dalam karyanya, Pendidikan Al-Hikmah.
Kesannya sudah lama terasa dalam masyarakat Malaysia seperti diungkapkan oleh Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, masyarakat kini "meminggirkan sejarah".
Ia merupakan cerminan mentaliti yang diwujudkan di universiti-universiti awam yang meminggirkan subjek sains sosial seperti sejarah hanya disebabkan ia tidak menguntungkan pihak universiti sepertimana subjek teknikal yang diingini oleh pihak industri kapitalis.

Skandal dana RM90 juta: Pas sedia 10 orang saksi di UK

Takiyuddin HassanPas mendedahkan bahawa pihaknya kini mempunyai seramai kira-kira 10 orang saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes saman terhadap Sarawak Report.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain itu, pihaknya juga sedang giat membuka persiapan bagi mengumpulkan saksi-saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes tersebut.
“Pada masa ini, kita tengah senaraikan saksi-saksi yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan United Kingdom untuk bantu beri keterangan.
“Di dalam mahkamah, saksi-saksi ini kadang-kala dipanggil dalam bentuk keterangan bertulis, affidavit dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa pemimpin atasan Pas telah menerima RM90 juta yang dimasukkan ke akaun pihak terbabit sebagai salah satu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik kepimpinan parti Islam itu supaya menyokong BN dan Umno.
Susulan itu, Pas memaklumkan bahawa peguamnya di United Kingdom telah menghantar surat tuntutan pada 13 Disember tahun lalu kepada Sarawak Report yang mengandungi tiga tuntutan.
Antara tuntutan yang dinyatakan sebelum ini adalah supaya Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh Pas dan pihak berkenaan perlu memberi jaminan untuk tidak menyiarkan tuduhan palsu pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan bahawa kes tersebut mempunyai tempoh masa selama enam tahun untuk tindakan saman dan pihaknya sedang dalam proses ke arah tersebut.
“Saya minta pihak-pihak yang menekan Pas supaya mengambil tindakan saman ini agar tidak perlu bimbang kerana kita tetap dengan pendirian untuk ambil tindakan tersebut.
“Bila ia (saman) akan dilaksanakan, itu terpulang kepada peguam,” katanya.

FELDA, FGV JADI TUMPUAN MENJELANG PILIHAN RAYA


KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusaha menjatuhkan Umno-BN menunjukkan beliau sangat komited.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, tindakan Mahathir yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN, mendapat kepercayaan Pakatan Harapan.
“Beliau (Mahathir) boleh dipercayai… setakat ini. Untuk masa akan datang kita tidak tahu.
“Sekarang dia sangat komited untuk jatuhkan kerajaan, karakternya begitu jadi kita mempercayainya.
“Esok, lusa kita tidak tahu apa akan berlaku,” katanya ketika ditemui di Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.
Sebelum ini, parti Mahathir iaitu Bersatu telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama Pakatan Harapan.
Mahathir turut dicadangkan supaya menjadi penasihat bersama dalam Pakatan Harapan supaya dapat membantu meringankan bebanan tanggungjawab Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai banyak komitmen.
Mengulas mengenai cadangan tersebut, Mohamad Sabu mendakwa apa sahaja keputusan, mereka tetap bersama Pakatan Harapan.
“Tidak kira apa keputusan, kami bersama Pakatan Harapan, dan setakat ini kami juga turut bersama Mahathir dalam menjatuhkan kerajaan,” katanya lagi.

PAS tidak warisi pemikiran Nik Aziz, kata bekas exco Ulama PAS

Wan Ji berkata Nik Aziz sama hebat dengan musuh politiknya ketika memerintah Kelantan, Dr Mahathir.
wan-ji-pas
KUALA LUMPUR: Pendekatan PAS yang kini lebih “mesra” dengan Umno di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan pemikiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak diwarisi PAS, kata pendakwah Wan Ji Wan Hussin.
Wan Ji, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor yang kini ahli PKR, berkata PAS pada masa ini dilihat keliru dan tidak tahu mana satu musuh dan lawan mereka.
Katanya, ini berbeza dengan Nik Aziz, yang dahulu lebih fokus dan kenal musuh mereka iaitu Umno.
“Saya rasa politik Nik Aziz unik. Saya nampak dia tahu mana musuh, mana kawan. Dia jelas, dia tahu Umno itu jahat. Jadi dia tak berkawan (dengan Umno). Dia fokus mana musuh mana lawan.
“Nik Aziz berjaya manfaatkan akal dalam agama dan berpolitik. Dia seorang berfikiran positif,” katanya pada Seminar Pemikiran Nik Aziz di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor semalam.
“Saya nampak yang ini (pemikiran Nik Aziz) tidak ada dalam PAS. PAS pun keliru mana satu lawan ke musuh,” katanya.
Sejak muktamar tahunannya pada 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra terhadap Umno di bawah Hadi dan bekas mursyidul am, Datuk Haron Din, yang meninggal dunia September lepas.
Parti Islam itu antara lain turut sama dengan Umno melancarkan kapal dimuatkan bantuan untuk penduduk Rohingya dalam majlis yang dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
PAS juga menolak sebarang kerjasama dengan beberapa parti pembangkang.
Wan Ji berkata selain Nik Aziz, seorang lagi pemimpin yang dikagumi dan dianggap hebat ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Nik Aziz datang ke Kelantan pada pemerintahan Dr Mahathir. Dr Mahathir hebat, tiba-tiba Kelantan susah nak jatuh. Nik Aziz hebat. Musuh dia hebat.
“Saya percaya pilihan raya akan datang BN akan jatuh dengan kehadiran Dr Mahathir dalam PH,” katanya.
Wan Ji juga mencadangkan pemikiran Nik Aziz diteruskan dengan mewujudkan institusi Nik Aziz.
“Saya cadang pemikiran Nik Aziz ini bukan semata-mata diseminarkan tetapi diinstitusikan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Nik Aziz seorang yang berpandangan jauh, baik dari segi urusan pentadbiran kerajaan negeri, malah soal strategi politiknya bersama parti lawan.
Bekas timbalan presiden PAS itu memberi contoh bagaimana PAS kini “seiring sejalan” dengan Umno, sesuatu yang ditentang kuat Nik Aziz ketika memimpin PAS.
“Nik Aziz seorang yang futuristik. Pandangannya ke hadapan. Datuk Husam Musa mungkin lebih tahu kerana sudah lama berdamping dengan tok guru,” katanya merujuk bekas exco Kelantan yang kini menyertai Amanah.

Mahfuz tak kisah dianggap bukan ahli Pas

Datuk Mahfuz Omar (kanan) dan Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang dalam satu majlis yang dianjurkan Amanah.Datuk Mahfuz Omar (kanan) dan Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang dalam satu majlis yang dianjurkan Amanah.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengakui tidak terkesan dengan kenyataan Mursyidul Am parti itu yang mengatakan ahli Pas tidak lagi menerima beliau.
Menjawab soalan seorang peserta pada Majlis Makan Malam Perdana Amanah Serdang malam tadi, ahli parlimen Pas itu berkata beliau menganggap perkara itu sebagai sunnah bagi seorang pejuang.
"Ada orang kata saya bukan ahli.
Saya tak terkesan dengan apa tanggapan orang kepada saya.
"Walaupun orang halau tapi bagi saya ini sunnah perjuangan," katanya.
Mahfuz berkata, walaupun ramai yang menganggap beliau menongkah arus kerana sering mengeluarkan kenyataan sinikal terhadap Pas, namun tindakannya itu dibuat di atas dasar sayang kepada parti Islam itu.
Selama ini katanya, beliau telah cuba untuk membawa Pas "kembali ke landasan" untuk bersama kebangkitan rakyat yang berlaku pada hari ini.
"Saya orang paling sayang kepada Pas. Orang kata saya menongkah arus. Sebenarnya saya dalam arus."
"Saya cuba selamatkan Pas. Saya mahu Pas kembali ke landasan bersama kebangkitan rakyat."katanya.
Ditanya perjalanan politik beliau selepas ini, Mahfuz bagaimanapun mengambil sikap tidak mahu berterus terang dan terserah kepada ketentuan takdir.
"Tok guru saya ajar, esok ini hanya dalam ilmu Allah," katanya.
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin hari ini berkata, rata-rata ahli PAS kini tidak lagi boleh menerima Mahfuz sebagai ahli parti itu ekoran kenyataan serta kritikannya yang sering menyanggahi pimpinan parti.