Ahad, 9 April 2017

Semangat asal perjuangan PAS sudah mati, kata Husam

Slogan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera, secara tidak langsung PAS mengisytiharkan pendekatan politik ketika Nik Aziz menerajui PAS sebagai tidak matang.
Husam-Musa_pas_600
KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa menyifatkan kematian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 2 tahun yang lalu sebagai kematian bersama idea perjuangan PAS yang asal.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, sikap mesra PAS dengan Umno sekarang jelas berbeza dengan sikap PAS sebelum ini yang saling bermusuhan.
“Kematian Nik Aziz bukan sahaja kematian dirinya yang bernama Nik Aziz, tetapi permulaan era baru hala tuju PAS dan penghakisan pendekatan dan pemikiran politik Nik Aziz dari PAS.
“Apabila PAS memperkenalkan slogan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera, secara tak langsung PAS mengisytiharkan pendekatan politik ketika Nik Aziz menerajui PAS sebagai tidak matang,” kata beliau di Seminar Pemikiran Nik Aziz di Auditorium Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Amanah secara rasmi mengumumkan pelantikan Husam sebagai naib presidennya berkuat kuasa hari ini.
Husam, bekas setiausaha akhbar Nik Aziz ketika pemimpin itu menjadi menteri besar Kelantan, menyifatkan perkembangan PAS itu sebagai cubaan parti berkenaan meninggalkan cara pemikiran tokoh itu.
Husam juga percaya perjuangan beliau dan rakan-rakan lain bersama Amanah, selain bekerjasama dengan seteru Nik Aziz iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) ‘direstui’ pemimpin berkenaan.
Beliau juga percaya jika hayat Nik Aziz masih panjang, beliau yakin bekas mursyidul itu akan menjadi orang pertama yang akan duduk bersama bekas perdana menteri itu.
“Kali terakhir Nik Aziz bertembung dengan Dr Mahathir selain enakmen jenayah syariah adalah kenyataan Dr Mahathir supaya Nik Aziz balik duduk mengajar di pondok. Nik Aziz jawab kemudian, suruh tinggalkan jawatan perdana menteri dan jaga klinik.
“Sejak itu, saya lihat Dr Mahathir nampak logik Nik Aziz sebagai ‘tajam’, maka tak ada lagi main-main.
“Jika Nik Aziz ada lagi pada hari ini, sudah tentu beliaulah orang pertama akan duduk dengan Tun Mahathir, berceramah keliling seluruh negara untuk membebaskan Malaysia.
“Apabila saya lihat Mohamad Sabu duduk dengan Dr Mahathir, maka saya lihat inilah mewakili Nik Aziz,” katanya.

Allahyarham Tok Guru pandai guna 'soft power' - Husam

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, berkongsi tiga perkara kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang beliau sanjungi. Husam, nik aziz Menurutnya, beliau menganggap Allahyarham bukan sebagai guru, tetapi juga ayah, dan sahabat yang sangat disayangi.
"Pertama, hormati pemimpin kumpulan lain, kita sering mendengar bahawa kehebatan ahli politik, bukankah berdasarkan berapa banyak musuh yang ditumbangkan.
"Tetapi lebih kepada berapa banyak musuh yang bertukar menjadi sahabat," katanya ketika Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.
Tambahnya lagi, pemimpin yang bagus adalah 'soft spoken' dan pandai menggunakan 'soft power'.
"Apa yang dimaksudkan dengan kedua-duanya ialah bagaimana Tuan Guru bijak menggunakan 'soft power' beliau dalam menyelesaikan masalah.
"Sebagai contoh, ketika Kelantan mempunyai krisis dengan Thailand (kerana negeri itu bersempadan), Tuan Guru berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan konflik tersebut secara damai dan usahanya berjaya," katanya lagi.
Katanya lagi, beliau juga kagum dengan usaha Allahyarham yang memartabatkan warna-warni pelbagai bangsa di Malaysia.
"Beliau amat dihormati, bukan sahaja oleh bangsa melayu tetapi oleh semua lapisan masyarakat kerana kelainannya.
"Beliau juga mempunyai misi untuk menyelinap masuk ke dalam minda orang bukan Islam dalam usaha menerangkan Islam adalah agama untuk semua kaum.
"Beliau juga tidak pernah letih untuk betulkan tanggapan Islam adalah milik orang melayu," katanya.
Sementara itu, Husam sempat menitipkan pesan buat pemimpin di Malaysia.
"Sepatutnya, pemimpin gunakan perbezaan yang ada diantara mereka dan cari persamaan masing-masing, contohi sikap Tuan Guru.
"Macam mana nak jadi pemimpin kalau kita berbeza pendapat dan asyik bertelingkah?," katanya lagi.

Dr M yang pecah belahkan pembangkang, kata PAS

Idris Ahmad menasihatkan Dr Mahathir belajar cara menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
idris-mahathir
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti itu memecahbelahkan umat Islam melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan presidennya Khamis lalu.
Sebaliknya, Idris Ahmad berkata, bekas perdana menteri itu yang memecahbelahkan pembangkang.
“Macam mana RUU 355 memecahbelahkan orang Islam, kalau orang tak ikut dia (Dr Mahathir) anggap PAS memecahbelahkan (Islam)? Dulu pun sama, anggap PAS macam itu selama 22 tahun.
“Sekarang dah jadi pembangkang nak kata (PAS) memecahbelahkan juga. Sejarah membuktikan Dr Mahathir yang memecahbelahkan (pembangkang). Contohnya wujud PKR,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilaporkan berkata, RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan memecahbelahkan umat Islam kerana ia sebenarnya tiada kaitan dengan agama Islam.
“Agama Islam tidak menyusahkan kita membuat sesuatu untuk memecahbelahkan orang Islam, ia digunakan untuk politik sebuah parti.
“Dalam negara kita ada masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana dalam Islam kita kena menghormati agama lain dan kita tidak boleh memaksa orang berasa takut kepada Islam,” kata Dr Mahathir.
Sementara itu, Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar cara menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
Naib presiden PAS itu berkata, sebagai pembangkang, Dr Mahathir sepatutnya menyasarkan BN dan Umno, bukannya sesama parti pembangkang.
“Lawan kerajaan Barisan Nasional (BN), Umno sudahlah. Kita nasihat dia lawan Umno sebab mana ada parti di Malaysia, pembangkang lawan pembangkang,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Idris berkata, PAS menyerahkan urusan menyaman Editor Sarawak Report kepada peguam mereka di United Kingdom.
“Itu urusan peguam kita di sana. Saya tidak tahu dan tidak ada dimaklumkan.”
Semalam, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berkata, beliau belum menerima sebarang notis saman, meskipun sudah lebih 3 bulan tarikh akhir bagi pihaknya memenuhi tuntutan PAS berhubung laporan mendakwa pucuk pimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak, berakhir.

PRU14: PAS mahu tanding 80 kerusi Parlimen

PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bagaimanapun berkata angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh PAS pusat.
Beliau berkata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.
Yang lain ialah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, hari ini.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin.
Menurut Idris, kerusi Parlimen Segambut dan Batu masih dikaji untuk ditandingi oleh PAS.
Pada PRU13 lalu, PAS kalah hanya memperoleh 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.
Dalam perkembangan lain, Idris menyelar pemimpin DAP dan PAN yang memahami matlamat sebenar Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1965 (RUU355) tetapi memberikan gambaran negatif mengenainya.
"Undang-undang ini tidak membabitkan orang bukan Islam seperti mana kewajipan berpuasa yang hanya melibatkan orang Islam pada bulan Ramadan.
"Gambaran tidak betul itu memberikan anggapan buruk dan PAS dilabelkan sebagai Taliban," katanya.

Sifat terbuka, pemaaf Nik Aziz jadikan parti pimpinannya diterima semua - Ust Ahmad Awang

Aura Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sepanjang hampir 25 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan menjadikan Islam dapat diterima oleh kaum Cina dan India di luar Kelantan terutama di Pantai Barat Semenanjung, kata Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
"Tidak boleh dinafikan kemenangan Pas di beberapa negeri di Pantai Barat adalah kerana sokongan kaum Cina dan India khususnya setelah terbentuk Pakatan Rakyat di mana Pas bertahalluf (berkerjasama) dengan PKR dan DAP.
"Sikap keterbukaan bidang politik dan sikap pemaaf TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dengan ketinggian akhlaknya, beliau menjadi begitu rapat dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelumnya menjadi musuh politik kepartian Pas," ujarnya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ketika membentangkan kertas kerja sempena seminar pemikiran bekas Mursyidul Am Pas itu di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) berkata, Nik Aziz bersikap pemaaf walaupun pernah didiskriminasi daripada pihak kerajaan pusat ketika Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
"Terjalin ikatan yang kukuh di antara Pas dan PKR dan kemudian dengan DAP yang terbentuk melalui usaha DSAI yang kemudiannya amat menghormati TGNA," kata Ustaz Ahmad yang pertama kali bersemuka dengan Nik Aziz ketika mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Barat pada 1974.
Beliau yang ketika itu merupakan Pengarah Dakwah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri memberitahu Nik Aziz dalam pertemuan tersebut seorang yang berperwatakan sederhana, bersikap lemah lembut, bertutur dengan nada suara rendah serta sentiasa tersenyum.
Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad berkata, paling menonjol pemikiran politik Nik Aziz yang begitu terbuka apabila Pas Perak bersama PKR bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan DAP yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum 2008.
"Pendekatan strategi TGNA untuk menumbangkan Umno-BN begitu terserlah sebaik sahaja tercetus berita DAP Pusat tidak boleh menyokong pembentukan kerajaan di Perak sekiranya jawatan MB (Menteri Besar) diberi kepada Adun Pas," ujar beliau yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Perak.
Mengetahui Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa DAP menarik balik persetujuannya, jelas Ustaz Ahmad, Nik Aziz terus menghubunginya dan meminta supaya keputusan membentuk kerajaan campuran bersama DAP diteruskan walaupun jawatan Menteri Besar bukan daripada Pas.
"Beliau (Nik Aziz) berkata antara lain, 'Anta pasti ingat peristiwa termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan pihak musyrikin Mekkah...'.
"Begitulah kata-kata dukungan beliau kepada saya dan Pas Perak untuk membentuk kerajaan bersama DAP. Padahal, pada Subuh yang sama, saya difahamkan beliau didatangi rombongan Mufti Perak untuk mendapat restu beliau agar Pas Perak bersetuju berpakat dengan Umno-BN untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam di mana YB (Yang Berhormat) Nizar akan kekal sebagai calon MB," ceritanya lagi.

'Tidak jadi dosa Amanah rai pemikiran Tok Guru' - Husam

DatukHusam MusaDatukHusam Musa
Datuk Husam Musa yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika Almarhum menjadi Menteri Besar Kelantan pada 1990 menyifatkan tidak salah untuk Parti Amanah Negara (Amanah) mengadakan wacana berkaitan tokoh dihormati kawan dan lawan itu.
Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, seseorang ikon memang turut diraikan di luar kelompoknya dalam sejarah panjang dunia.
"Sememangnya sampai hari ini Nabi Ibrahim menjadi sebutan semua pengikut agama lain. Itu adalah lumrah.
"Kita tidak boleh menghadkan ketokohan itu dalam kelompok kita semata-mata. Salahuddin Ayyubi (1137 -1193) atau Saladin menjadi tokoh kajian dan cukup dikagumi masyarakat Barat.
"Tidaklah pelik atau menjadi satu dosa untuk Amanah sebuah parti yang akar dan benihnya adalah daripada Pas untuk meraikan pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Tokoh Pas yang bersama Pas sehingga ke akhir hayat," ujarnya dalam ucaptama seminar pemikiran tokoh itu di ibu negara hari ini.
Menurut Husam, 58, sebahagian pemimpin Amanah pada masa ini adalah pendukung pemikiran politik progresif Islam warisan Tuan Guru Nik Aziz.
"Nik Aziz tokoh mutakhir yang membawa pendekatan siasah Islam progresif, terbuka, dinamik, wakiq dengan pendekatan yang diterima dan bijaksana.
"Kematian Nik Aziz menjadi permulaan era baru bagi hala tuju Pas serta penghakisan pemikiran dan pendekatan politik Nik Aziz daripada Pas termasuk robohnya kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat yang telah membawa Pas memperoleh pengaruh di Pantai Barat Semenanjung Malaysia," tegasnya dalam seminar anjuran Amanah Kawasan Batu disokong Amanah Nasional itu.
Turut hadir Presiden Amanah, Mohamad Sabu manakala Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang menjadi panel pembentang pertama diikuti Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong serta Penyelaras Anwar Ibrahim Research Institute (AIRIS), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Mengulas lanjut, Husam berkata, dasar pimpinan Pas pada masa ini yang kononnya berpegang pada slogan baru politik matang dan sejahtera merupakan satu tanda penghakisan pemikiran Nik Aziz daripada parti tersebut.
"Secara tidak langsung, Pas mengisytiharkan pendekatan politik Pas selama ini (iaitu) ketika Nik Aziz memimpin kerajaan negeri (Kelantan) adalah tidak matang dan tidak bertunjangkan kesejahteraan.
"Sebenarnya, motto itu telah cuba membawa Pas meninggalkan pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Serentak itulah, Amanah lahir. Lebih penting lagi Amanah sebenarnya pada hemat saya adalah jelmaan pemikiran politik Tok Guru Nik Aziz," jelasnya.

Umno makan umpan, Pas tinggal mata kail saja, kata Mat Sabu

Mat Sabu melepaskan tanglung sebagai gimik program Selamatkan Malaysia di Junjung, Kulim, Kedah.Mat Sabu melepaskan tanglung sebagai gimik program Selamatkan Malaysia di Junjung, Kulim, Kedah.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mampu bentang sahaja Rang Undang-Undang 355 tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk dibahas dan diluluskan setelah menjadi bola lambung kepada Umno.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap pada program 'Selamatkan Malaysia' di Pekan Junjung, Kulim, Kedah kelmarin.
"Kita tidak mahu sekejap ada, dan sekejap tidak ada.
"Sekejap hendak bentang, sekejap lagi tidak bahas dan kemudian tangguh lagi.
"Akhirnya Umno berjaya makan umpan, Pas hanya tinggal mata kail saja, " ujarnya lagi.

Jaga orang Melayu
Dalam pada itu beliau berkata, Amanah tidak akan menganiayai orang Melayu sepertimana yang diamalkan oleh Umno dan BN.
Malah Parti Amanah akan tetap memperjuangkan hak orang Melayu termasuklah mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan.
Menurut beliau lagi, kehadiran Parti Amanah dalam persada politik negara amat memberangsangkan apabila parti tersebut telah berjaya di wujudkan dalam 160 kawasan Parlimen hingga kini.
"Kepercayaan rakyat kepada Parti Amanah menyebabkan parti tersebut berjaya ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen sehingga mencecah 160 kawasan tatkala ini.
"Kita yakin tidak lama lagi Parti Amanah mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat di kesemua kawasan Parlimen dalam negara ini.
"Rakyat kini tidak lagi mahukan parti yang mesra Umno atau yang cakap lain, tapi bikinannya lain pula, " tegasnya.
Tambahnya lagi, orang Melayu tetap akan dibela walaupun tanpa kehadiran Umno sebagai kerajaan yang memerintah.
"Yakinlah bahawa tanpa kehadiran Umno, Melayu boleh dibela oleh Parti Amanah.

Husam dilantik Naib Presiden Amanah

Pelik RUU355 hanya dibentang tapi tangguh bahas

PEMBENTANGAN HUSAM MUSA DI SEMINAR PEMIKIRAN TUAN GURU NIK AZIZ

Nik Aziz tokoh pemimpin sejati

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang tokoh pemimpin yang sejati.
Menurutnya, selama dia berada di bawah pimpinan beliau, banyak pengalaman yang dikecapinya.
"Tuan Guru (Nik Aziz) kalau memuji orang, dia akan lakukan di depan orang ramai, tetapi apabila ingin menegur, beliau akan lakukannya secara tertutup.
Nik Aziz Nik Mat "Hanya beliau dan orang yang ditegur sahaja tahu apa yang terjadi, bukan seperti sekarang dimana kesalahan di war-warkan dan kebaikan disembunyikan.
"Begitu juga jika ada sebarang aduan, beliau tidak mudah membuat keputusan dan akan berfikir semasaknya, ambil kira cerita kedua-dua belah pihak, barulah akan diberikan pandangan," katanya ketika Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.
Tambahnya, beliau mendakwa Allahyarham Nik Aziz seorang yang 'futuristic' dan seorang yang tegas dengan keputusanya.
"Beliau seorang yang berpandangan ke hadapan, sikap tersebut tidak selalu ada dalam seorang pemimpin.
"Dan semestinya, hingga akhir hayat beliau tidak menerima Umno, tak tahulah jika parti itu berubah setelah dia meninggal dunia," katanya lagi.

Muhyiddin: Saya akan sokong Akta 355 jika...

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tiada halangan untuk menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 apabila dibahas dan diundi dalam sidang Parlimen akan datang.
Sambil menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan pindaan akta itu sebagai tidak munasabah, Muhyiddin berkata, rang undang-undang (RUU) itu bukanlah bertujuan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia.
"Malah ia hanyalah pindaan kepada undang-undang sedia ada sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun 1984 dan 1989. Bezanya sebelum ini, pindaan dilakukan menerusi RUU kerajaan, bukan RUU persendirian.
"(Oleh itu), sekiranya pandangan-pandangan yang saya kemukakan diambil kira, saya tiada halangan untuk menyokong RUU ini apabila ia dibahas dan diundi dalam sidang parlimen akan datang," katanya dalam kenyataan.
Antara pandangan-pandangan itu, kata Muhyiddin, ialah apabila RUU tersebut diluluskan, perlu ada jaminan pesalah bagi kesalahan ini dan yang seumpamanya tidak dikenakan hukuman penjara atau denda yang terlalu berat dan tidak setimpal apabila had hukuman penjara dinaikkan ke tiga puluh tahun dan denda sehingga RM100,000.
"Satu lindung jamin mestilah diadakan di dalam RUU ini untuk memastikan pesalah menerima hukuman yang adil dan setimpal berlandaskan hukum Syarak. Pindaan ini juga masih lagi mengikat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengadakan hukuman dalam tiga bentuk hukuman sahaja iaitu pemenjaraan, denda dan sebatan.
"DUN masih tidak boleh mengadakan hukuman lain seperti mewajibkan hadir solat berjemaah di masjid untuk suatu tempoh tertentu atau melakukan kerja-kerja amal bagi orang yang melakukan kesalahan seperti tidak bersolat Jumaat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan atau seumpamanya yang saya fikir lebih sesuai untuk tujuan mendidik daripada dikenakan hukuman denda atau penjara semata-mata," katanya.
Tambah Muhyiddin, beliau menyebut perkara ini kerana bimbang jika tidak berhati-hati dalam hal ini mungkinakan berlaku sikap melampau (overzealous) dalam fahaman dan amalan agama yang akan mewujudkan kecenderungan untuk menghukum pesalah jenayah syariah secara semberono tanpa mengambilkira aspek keadilan dalam Islam.
Untuk itu, katanya, wajarlah bentuk dan had hukuman yang terkandung dalam RUU itu dikaji semula untuk tujuan penambah baikan.
Selain itu, tegas Muhyiddin, aspek pemerkasaan mahkamah Syariah tidak seharusnya hanya terfokus kepada peluasan bidang kuasa jenayah mahkamah sahaja tetapi juga mestilah secara pentadbirannya mencakupi usaha-usaha untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai mahkamah, termasuk hakim dan pendakwaraya.
"Peningkatan kecekapan dan profesionalisme mahkamah Syariah adalah amat penting untuk menjamin mahkamah Syariah dapat melaksanakan fungsinya sebagai penegak keadilan khususnya untuk umat Islam di Malaysia.

Bahas RUU 355 perlu matang, buang sentimen benci

Polemik RUU 355 perlu ditangani sebagai satu pertembungan idea yang sihat dalam kerangka demokrasi.
ruu-355-court-hadi
Oleh Tarmizi Anuwar
Setelah 2 kali ditangguhkan pembentangan, akhirnya Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membentangkan usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355 di Dewan Rakyat pada hari terakhir persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Ke-13.
Usul meminda Akta 355 merupakan Rang Undang-undang Persendirian yang mana dalam sistem Parlimen ala Westminster memberi peluang kepada ahli-ahli dewan sama ada pembangkang atau kerajaan mencadangkan undang-undang baru atau pindaan untuk dibahaskan di Parlimen. Walaupun hak ini diberikan kepada ahli-ahli dewan, namun di Malaysia sebelum ini tidak pernah ada usul rang undang-undang persendirian yang berjaya dibentangkan untuk bacaan.
Ini bermaksud usul RUU 355 merupakan satu-satunya usul rang undang-udang ahli persendirian yang berjaya dibentangkan di Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang belum pernah meluluskan sebarang rang undang-undang ahli persendirian sejak mencapai kemerdekaan.
Tanpa bias kepada tindakan dan strategi politik, ini sewajarnya dipandang dari 1 sudut yang positif di mana terdapat perkembangan yang baik bagi salah 1 ruang pendemokrasian di Malaysia. Terutamanya apabila ahli Parlimen yang bukan berada dalam barisan kerajaan diberi peluang untuk mengemukakan usul RUU persendirian untuk dibentangkan dalam Parlimen.
Namun, melihat kepada kaedah dan perspektif yang diambil oleh Hadi semasa sesi pembentangan dan juga ucapan sokongan usul oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hasan (Setiausaha Agung PAS), saya mendapati terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan semangat kebebasan dan kesaksamaan dalam Dewan Rakyat dan demokrasi itu sendiri.
Merujuk kepada Senarai Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 6 April 2017, Hadi dalam ucapannya ada mengatakan bahawa sekelompok ahli politik sama ada beragama Islam atau bukan Islam yang menentang RUU 355 adalah petanda buruk kepada kematangan politik perpaduan di negara ini. Dalam ucapannya juga, terdapat kecenderungan yang jelas menyatakan kepada orang bukan Islam tidak berhak untuk tidak bersetuju dengan RUU 355 di mana seolah-olah mereka tidak mempunyai pilihan selain menyokong.
Peranan semak imbang ahli Parlimen
Dalam hal ini, apa pun usul atau rang undang-undang yang dibentang atau dibahaskan, ahli Parlimen sewajarnya pergi kepada 1 peringkat budaya yang melangkaui eksklusiviti bagi sesetengah kumpulan atau kelompok tertentu. Alasan hukuman tidak akan dikenakan pada golongan tertentu tidak signifikan kerana setiap ahli Parlimen dijamin haknya untuk berbahas sama ada setuju atau tidak setuju mengenai perkara yang melibatkan dasar negara secara saksama tanpa sebarang diskriminasi.
Setiap ahli Parlimen berperanan besar sebagai pihak semak imbang dalam urusan yang melibatkan urus tadbir negara. Mereka mewakili bukan hanya pengundi di tempat mereka tetapi turut mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhan yang berbilang kaum dan agama. Mewujudkan ruang perbahasan yang adil adalah penting untuk mengimbangi pandangan ahli politik, parti politik atau institusi kuasa yang menggunakan sentimen keagamaan dengan menjustifikasikan semua orang Islam di Malaysia bersetuju dengan rang undang-undang yang dibawa oleh kelompok mereka.

Shahrizat tak layak pertikai Wan Azizah, sindir Wanita PKR

Malah, kata Zuraida, Shahrizat juga tidak layak untuk mengesyorkan Wan Azizah menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Lim Kit Siang dari DAP.
sharizat-2PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membidas Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan menegaskan, beliau sama sekali tidak layak mempertikai status Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah, kata beliau, Shahrizat juga tidak layak untuk mengesyorkan Wan Azizah menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Lim Kit Siang dari DAP.
“Apa hak Shahrizat untuk mencadangkan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Lim Kit Siang menjadi ketua pembangkang?” kata beliau.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyoal mengapa Shahrizat secara tiba-tiba berkempen untuk DAP sedangkan semua tahu yang beliau adalah “jurucakap Umno dan Najib yang berdarah murni?”
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Shahrizat mendakwa Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika kedudukan DAP, yang kini mendominasi parti-parti pembangkang di Parlimen, kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Kata Shahrizat, memandangkan bilangan kerusi Parlimen DAP lebih banyak daripada pembangkang lain, maka sudah semestinya Kit Siang akan menjadi calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan.
Shahrizat berkata, Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, wajar melepaskan jawatan ketua pembangkang dan membiarkan Kit Siang, yang juga penasihat DAP mengambil alih peranan itu.
Katanya, desakan itu dibuat bagi mengelak orang Melayu daripada terpedaya dengan muslihat politik Kit Siang dan DAP.
Malah menurut beliau, Wanita Umno melihat tindakan licik Kit Siang memilih Wan Azizah sebagai ketua pembangkang hanya untuk meyakinkan orang Melayu bahawa Pakatan Harapan dikuasai pemimpin Melayu sedangkan yang sebenarnya, ia dikuasai DAP dan pemimpin Melayu hanya dijadikan boneka politik mereka.
Shahrizat menambah, Wanita Umno mengikuti perjalananan sidang Dewan Rakyat dan satu perkara yang amat jelas, kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang tidak dapat dirasai pada persidangan itu kerana sikapnya yang sering diam menikus dalam menerajui barisan pembangkang.
Zuraida juga menyindir, daripada vokal mengenai isu-isu seperti rogol berkanun dan perkahwinan bawah umur, Shahrizat “pemimpin yang dikaitkan dengan skandal lembu”, kini sibuk bercakap tentang kepimpinan Pakatan Harapan.

Jadi PM bukan cita-cita saya, kata Kit Siang

Kit Siang berkata, PRU14 adalah pertempuran antara Pakatan Harapan melawan Barisan Nasional (BN), dan jika Umno hilang kuasa kerajaan persekutuan, perdana menteri bukan kalangan orang Cina, tetapi Melayu.
 lim-x-mau-jadi-pmPETALING JAYA: Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, sebaliknya DAP ditubuhkan lebih 5 dekad lalu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan progresif bagi semua.
Katanya, jawatan perdana menteri tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau meskipun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana warganegara boleh menyandang kerusi itu.
Beliau yang kebelakangan ini berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah pertempuran antara Pakatan Harapan melawan Barisan Nasional (BN), dan jika Umno hilang kuasa kerajaan persekutuan, perdana menteri bukan kalangan orang Cina, tetapi Melayu.
Malah beliau memberitahu, DAP bukan sebuah parti Cina tetapi parti di Malaysia yang terdiri mereka yang mencintai Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.
“Isu isu sebenar dalam PRU14 adalah sama ada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan boleh menyelamatkan Malaysia.”
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Plentong, Johor pagi tadi.
Semalam, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika kedudukan DAP, yang kini mendominasi parti-parti pembangkang di Parlimen, kekal dalam PRU14.
Beliau berkata, memandangkan bilangan kerusi Parlimen DAP yang lebih banyak daripada pembangkang lain, maka semestinya Kit Siang menjadi calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan.
“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu sedar pilihan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak merupakan pilihan untuk memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri atau Lim Kit Siang,” kata beliau.
Justeru kata beliau, mengambil kira kedudukan DAP yang lebih dominan dalam Pakatan Harapan dari segi bilangan kerusi iaitu 37 berbanding PKR 27, pelantikan Kit Siang, Ketua DAP di Parlimen, sebagai ketua pembangkang amat bertepatan sekali.
Dalam ucapannya itu, kata Kit Siang, perkembangan kebelakangan ini menunjukkan beliau dan pemimpin DAP bukan sasaran Umno yang sebenar, tetapi Pakatan Harapan dijadikan sasaran.
Kata Kit Siang, Umno juga sedar yang gabungan Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai peluang baik untuk mengalahkan Umno dan BN pada PRU14.
Sebaliknya kata beliau, pemimpin Umno dan BN mengambil strategi menakut-nakutkan pengundi Melayu kononnya undi Pakatan Harapan bermakna menjadi undi untuk DAP dan undi kaum Cina yang akan menentang orang Melayu.

Pilihan raya PBT: Pakatan akan buat pendirian rasmi, kata Amanah

Amanah menyifatkan kenyataan Dr Mahathir yang tidak bersetuju dengan idea mengadakan semula pilihan raya PBT sebagai pandangan peribadi beliau.
sabuKUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan idea mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan atas alasan ia tidak sesuai buat masa sekarang sebagai pandangan peribadi beliau.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata pandangan Dr Mahathir itu bukan keputusan dibuat Pakatan Harapan (PH).
“Itu hanya pandangan peribadi dan bukan PH. PH belum buat kenyataan rasmi dalam hal ini. Kita, Amanah akan buat kenyataan bersama PH,” kata beliau selepas menghadiri Seminar Pemikiran Nik Abdul Aziz Nik Mat anjuran Amanah di sini hari ini.
Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PH akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai cadangan idea mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan itu.
Jumaat lalu, Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan beliau bimbang akan memburukkan lagi jurang antara kaum yang semakin ketara kebelakangan ini.
Dr Mahathir menjelaskan, sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan ada kemungkinan bandar akan ditadbir oleh kaum tertentu manakala kawasan luar bandar pula akan ditadbir kaum yang lain.
Beliau menambah: “Kita sudah ada masalah dengan sekolah berlainan bangsa tetapi kalau kita memisahkan kawasan mengikut kaum, ini tidak selamat.”
Pilihan raya kerajaan tempatan merupakan salah satu agenda manifesto yang dibawa komponen Pakatan Rakyat ketika bertanding pilihan raya umum 2008.
Pada Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang dan bekas presiden Aliran P Ramakrishnan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di negeri itu.
Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dan tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

Husam kini naib presiden AMANAH

Bekas pemimpin kanan PAS, Datuk Husam Musa, dilantik sebagai naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dan diberi tanggungjawab besar untuk parti itu.
Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir, berkata Husam seorang tokoh berpengalaman dan perlu berada dalam barisan kepimpinan pusat parti berkenaan.
"Husam akan diminta mengetuai (jawatankuasa) hala tuju parti untuk pilihan raya umum akan datang dan menjadi anggota kanan biro politik," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Anuar berkata demikian pada sidang media selepas berlangsungnya Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Husam adalah salah seorang pembentang kertas kerja pada seminar berkenaan.
Anggota Dewan Undangan Negeri Salor itu pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar dan setiausaha politik kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika pemimpin terbabit menjadi menteri besar Kelantan.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota parlimen Kubang Krian, Kelantan.
Bagaimanapun, Husam serta ramai pemimpin beraliran sederhana dalam PAS diketepikan oleh perwakilan pada muktamar mereka yang ke-60 di Kuala Selangor pada 2015.
Menyumbang di peringkat nasional
Husam kemudiannnya dipecat PAS dan mengumumkan menyertai AMANAH pada akhir Ogos tahun lalu.
Pada sidang media tadi juga Anuar turut mengumumkan pelantikan bekas pemimpin PAS Perlis, Zolkarnain Abidin, sebagai pengarah syariah AMANAH.
Kata Anuar, pemilihan Husam selaras dengan usul dipersetujui dalam Konvensyen Nasional AMANAH pada Disember tahun lalu bagi melengkapkan lima jawatan naib presiden parti berkenaan.
Tiga daripada jawatan itu dipilih perwakilan manakala selebihnya adalah melalui lantikan.

PAS tak lagi anggap Mahfuz ahli - mursyidul am

PAS kini tidak lagi menganggap bekas naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar sebahagian daripada ahli parti Islam itu ekoran sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pimpinan mereka.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, rata-rata ahli PAS kini tidak lagi boleh menerima Mahfuz sebagai ahli parti itu ekoran kenyataan serta kritikannya sendiri mencerminkan beliau sebagai orang luar.
“Datuk Mahfuz ini biarpun dia PAS, tapi orang PAS dah tak iktiraf dia sebagai ahli. Dan dia bercakap sekarang, seolah-olah dia berada di luar parti PAS.
“Jadi, biarlah dia sedar di mana dia berada dan apa yang dia cakap, orang PAS boleh terima apa yang sudah berlaku dalam pembentangan baru-baru ini dan juga strategi-strategi tertentu yang diatur untuk kita perkasakan mahkamah syariah,” katanya, memetik laporan Malaysia Gazette.
Semenjak pasca muktamar ke-61 PAS, Mahfuz dilihat selalu bersikap sinikal dan tidak sehaluan dengan pimpinan PAS.
Beliau sering hadir menyertai ceramah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang sangat dimusuhi majoriti pimpinan PAS ketika ini.
Tindakan itu menyebabkan beliau digelar ahli "harum manis" dalam PAS - merujuk kepada buah mangga yang berwarna hijau di luarnya tetapi berisi oren.
Malah pada pertengahan Februari lalu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyarankan supaya Mahfuz meninggalkan PAS kerana sering mengkritik serta menyerang parti berkenaan.
“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” kata Nik Amar.

Mat Sabu: Ucapan Perasmian Seminar Pemikiran TG Nik Abdul Aziz

Seminar Pemikiran Tuan Guru: Nik Aziz kukuhkan akidah, tiada kompromi terhadap korupsi

Presiden Amanah. Mohamad Sabu merasmikan seminar pemikiran Tuan Guru Nik AzizPresiden Amanah. Mohamad Sabu merasmikan seminar pemikiran Tuan Guru Nik Aziz
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menekankan kedua-dua nilai akhlak dan akidah dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan segala macam korupsi.
"Beliau adalah cantuman antara akhlak dan akidah yang selalu saya sebut dalam ucapan-ucapan saya.
"Pemimpin-pemimpin Islam bercakap soal akidah tetapi akhlak tiada. Orang Islam di Malaysia memperjuangkan soal akidah, itu bagus.
"Tapi akhlak Islam ada pada orang Korea sebab mereka bangun lawan rasuah sehingga setiap Presiden mereka yang terlibat rasuah dihumban keluar.
"Ini akhlak Islam yang ada pada orang Korea tapi akidah ada pada orang Islam," ujarnya yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menganggap golongan yang memperjuangkan syariah juga tidak mengambil berat isu korupsi.
"Soal rasuah balasannya neraka tidak diambil berat termasuk mereka yang memperjuangkan hukum syariah itu sendiri.
"(Mereka) tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama untuk mereka lawan.
"Itulah yang berlaku di dunia Islam secara umum sekarang ini menyebabkan mereka terbelakang.
"Hasil minyak yang dianugerahi Allah di dunia Islam terbakar begitu saja tidak dapat dimanfaatkan oleh orang Islam dan manusia sejagat," jelasnya.
Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, Amanah akan meneruskan perjuangan Tuan Guru Nik Aziz.
"Kita mempertahankan akidah dan menjelmakannya dalam akhlak. Dalam soal urus tadbir yang baik mesti ditekankan.
"Nama parti Amanah itu melengkapi apa yang dikehendaki Tuan Guru Nik Aziz sendiri," katanya.
Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas turut berkongsikan antara pengalamannya bersama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
"Sebarang aduan yang sampai kepadanya, beliau dengar dulu tidak beri komen segera.
"Selepas beberapa hari, dia akan beri pandangannya.
"Bila dia puji di khalayak ramai, bila tegur, beliau panggil secara bersemuka," tambahnya lagi.
Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Turut menjadi panel pembentang Penyelaras Anwar Ibrahim Research Institute (AIRIS), Ustaz Wan Ji Wan Husin dengan didahului ucaptama oleh Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.

'Memang biawak hidup!'

Berdasarkan sikap dua parti pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, PAS menegaskan - sekali lagi - bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam kenyataannya hari ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata insiden di parlimen itu juga membuktikan dua parti pembangkang - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - umpama biawak hidup.
"Episod RUU355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan residen PAS (adalah) betul, di mana kedua-dua belah (parti) ibarat biawak hidup. Di satu (pihak) tidak berani membawa, dan satu (pihak lagi) bukan saja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang," katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian merujuk kepada usaha PAS membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 135 - atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Usul itu akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.
Ia kemudian isokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau juga adalah setiausaha agung PAS.
Bagaimanapun pembangkang lain - kecuali PAS - tidak berpuas hati kerana sidang itu ditangguhkan selepas Takyuddin selesai menyampaikan ucapan sokongannya.
Sidang Dewan Rakyat dijangka akan disambug semula 24 Julai ini.
Kata Tuan Ibrahim, keputusan PAS untuk tidak menyertai HARAPAN adalah tepat berikutan sikap DAP dan AMANAH yang menentang agenda Islam dibawa PAS, termasuk berkaitan rang undang-undang Akta 355 (RUU355).
Kini kata bekas pensyarah itu, penentang PAS cuba mengalihkan perhatian dengan mengaitkan parti itu dengan pelbagai tuduhan.
"Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang presiden PAS dan setiausaha agung PAS di parlimen cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS," katanya.
Namun, kata Tuan Ibrahim lagi, "strategi lapuk" itu tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.
"Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga," katanya.

Keputusan PAS tolak Pakatan Harapan muktamad, kata Tuan Ibrahim

Berdasarkan pendirian itu, kata timbalan presiden PAS pihaknya akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ke-3.
 tolak-pakatanPAS mengulangi pendirian parti itu tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan, kata Timbalan Presidennya,
hari ini.
Pada masa yang sama kata beliau, PAS juga tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Berdasarkan pendirian itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ket-3.
Sejak bulan lalu, Pakatan Harapan dianggotai empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Kelmarin, Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan PAS akan menyertai Pakatan Harapan walaupun parti Islam itu sudah mengumumkan tidak akan berbuat demikian dengan adanya DAP dan Amanah dalam pakatan berkenaan.
Disebabkan masih ada puak “rasional” dalam parti itu, bekas naib presiden PAS itu berharap puak berkenaan dapat mengambil alih pucuk pimpinan parti selepas muktamar pada akhir bulan ini dan seterusnya membuka jalan kepada kemungkinan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim memberi alasan keputusan mereka terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan Amanah terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“Sikap ini jelas kelihatan di Parlimen pada 6 April 2016, ketika Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS membentangkan RUU 355,” kata beliau.
Katanya, episod RUU 355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 25 Mac lalu adalah betul.
“Di mana kedua-dua belah ibarat biawak hidup di mana 1 belah tidak berani membawa, dan 1 belah bukan sahaja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU 355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang,” kata beliau.
Tuan Ibrahim berkata, mereka yang “kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang” Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat mengenai RUU 355 kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS.

Penganalisis: Keputusan Pandikar rugikan PAS, Umno

Kedua-dua Umno dan PAS boleh kehilangan undi kerana apa yang berlaku Khamis lalu memberi gambaran mereka telah bersekongkol.
Wong-Chin-Huat
PETALING JAYA: Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 secara tidak langsung merugikan PAS dan Umno, kata seorang penganalsis.
Wong Chin Huat, penganalisis politik dan sosial Institut Pulau Pinang berkata, kedua-dua parti itu boleh kehilangan undi kerana apa yang berlaku Khamis lalu memberi gambaran mereka telah bersekongkol.
“Pada masa lalu, Umno mungkin telah menjadi parti nasionalis Melayu tetapi ia bukan parti fundamentalis Islam,” kata beliau kepada FMT.
“PAS hanya sebuah parti fundamentalis agama tetapi bukan nasionalis Melayu. Sekarang orang ramai akan berasa seolah-olah kedua-dua menjadi satu, menjadikan kedua-dua mereka nasionalis Melayu dan fundamentalis agama.”
Pada masa yang sama, kata beliau, pengundi yang tidak gembira dengan keputusan pembangkang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan tertanya-tanya yang mana “lebih teruk daripada dua kejahatan.”
Jelas beliau, apa yang berlaku Khamis lepas mungkin menolak sebahagian daripada mereka ke dalam pemikiran “Umno dan PAS jahat yang lebih besar.”
Malah katanya, Umno yang dilihat bertindak berlebihan dalam isu semasa akan menyebabkan lebih ramai orang marah dan keadaan tersebut secara tidak langsung akan membantu pembangkang.
Katanya, meskipun keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang Dr Mahathir adalah pengerusinya, untuk membuka parti itu hanya kepada Bumiputera akan dimaafkan di sebalik tumpuan nasionalisme Melayu dan fundamentalisme agama.
Dalam banyak keadaan, menurut beliau, rakyat Malaysia yang tidak terlalu gembira dengan PPBM untuk meletakkan sebuah parti monoetnik baharu dalam abad ke-21, akan berfikir PPBM secara perbandingan adalah lebih moden daripada Umno dan PAS.
Pada masa yang sama, belau memberitahu, sekarang lebih menarik untuk memantau perkembangan di Malaysia Timur.
“Dalam usaha untuk terus hidup, parti komponen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak mungkin perlu menjauhkan diri dari BN dan Umno,” kata beliau.
“Saya fikir mereka akan memberi isyarat, mereka bukan Umno dan bersedia untuk berkata ‘tidak’ kepada Umno kerana mereka tidak mahu orang takut,” jelas beliau.
Beliau mendakwa ramai umat Islam di Malaysia Timur menentang pindaan yang dibawa oleh PAS dan mempersoalkan sama ada usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang seolah-olah berada di atas pagar boleh diterima dengan baik oleh pengundi Sarawak.
“Bagi rakyat Malaysia Timur, nenek moyang mereka tidak pernah memilih untuk menerima sebuah persekutuan yang akan mengenakan hukuman lebih berat bagi salah laku agama.
“Ambil rompakan sebagai contoh. Pada masa ini, anda hanya boleh menerima hukuman penjara 14 tahun, paling banyak tetapi pindaan mengatakan Mahkamah Syariah boleh memberi anda hukuman maksimum 30 tahun.
“Saya tahu orang Islam Borneo yang marah. Nancy Shukri tidak memahami perkara ini. Orang-orang seperti yang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan (Ketua Menteri) Abang Johari memahaminya.”
Pada minggu lalu, Nancy memberitahu wartawan, penjelasan lanjut pindaan yang dicadangkan itu diperlukan kerana ramai orang bukan Islam mungkin tidak memahaminya.

Nik Abduh puji Pandikar berani, cekal

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz memuji dan mendoakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana "berani" dan "cekal" membenarkan usul presiden PAS dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Kata Nik Abduh lagi, tindakan Pandikar menangguhkan sidang adalah kesilapan kecil berbanding ketepatan tindakan speaker Dewan Rakyat membenarkan usul persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan.
"Semoga Allah memberi ganjaran tertinggi kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat di atas ketulusan, keberanian dan kecekalannya berhadapan kesukaran membenarkan usul persendirian Marang dibentangkan.
Jika tindakan Tan Sri menangguhkan sidang 'dikira' sebagai satu kesilapan, ia hanyalah kurang 10 peratus berbanding 100 peratus ketepatan tindakannya membenarkan usul tersebut dibentangkan," katanya melalui kemas kini Facebook.
Usul rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibawa Abdul Hadi akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat selepas ditangguhkan dua kali sebelum ini.
Melalui usul itu Abdul Hadi mencadangkan had maksimum hukuman kesalahan jenayah ditingkatkan kepada denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebatan rotan 100 kali.
Lupakan kesakitan
Sesetengah pengkritik menganggap usul itu sebagai pembuka jalan kepada pelaksanaan hukuman hudud di negara ini tetapi Abdul Hadi sendiri menegaskan sebaliknya.
Usul Abdul Hadi itu disokong Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, yang berucap panjang - termasuk kerana menjawab beberapa pertanyaan wakil rakyat yang berada di situ - sebelum Pandikar menangguhkan sidang.
Tindakan itu menyebabkan usul Abdul Hadi tidak boleh dibahaskan. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati hampir semua pembangkang.

ASAL TIPU...PASTI UMNO...!!!

Jika duti eksais bg sesebuah kenderaan naik, ADAKAH HARGA KERETA TURUN ??

SUDAH TENTU HARGA KENDERAAN AKAN NAIK !!!

TAHUKAH ANDA..
Sejak tahun 2013, pengeluar kereta telah menaikkan harga kereta sekurang-kurangnya dua kali..

Apa dah jadi AKU JANJI PRU 13 Najib kurangkan harga kereta sebanyak 30 peratus itu ??!

"Ada 3 ciri orang munafik, bila cakap bohong, bila janji mungkir, bila galas amanah dia khianati" - PM NAJIB RAZAK, (14/10/2012).

Pas mahu rampas kembali Batu Pahat dari PKR


Pas cadang putus hubungan dengan PKRPas cadang putus hubungan dengan PKRPemuda Pas Johor berhasrat merampas semula parlimen Batu Pahat yang menurut parti itu dipinjamkan kepada PKR dalam pilihan raya ke 13 yang lalu.
Timbalan ketua dewan pemuda pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dalam satu kenyataan semalam berkata melalui usul tergempar yang dibangkitkan oleh perwakilan Pasir Gudang, muktamar Pemuda Pas Johor kali ke-45 ini telah bersetuju sebulat suara untuk memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Usul yang diterima tersebut juga menyebut kesedian Dewan Pemuda Pas Negeri Johor untuk merampas semula Parlimen Batu Pahat yang dipinjamkan kepada PKR dalam PRU 13 yang lepas," kata kenyataan itu.
Pemuda Pas Johor katanya, bertekad untuk melebarkan kemenangan Pas di bumi Johor Darul Takzim pada PRU 14 nanti.
"Kita sedang menyusun langkah untuk mencapai kemenangan," katanya.
Isu putuskan hubungan Pas dengan PKR sedang dibincangkan dalam muktamar (mesyuarat agung tahunan) parti itu di seluruh negara.
Muktamar parti itu peringkat pusat yang dijangka diadakan di Kedah akhir bulan ini dikatakan akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.

RUU 355: Anwar kesal keputusan Pandikar, kegagalan BN

Kegagalan Speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam soal RUU 355 memperkukuhkan persepsi kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan.
anuar-ruu355PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah wajar dipersetujui secara prinsip oleh semua tetapi beliau kesal keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan ruang membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Bekas ketua pembangkang itu menegaskan, keputusan Pandikar menangguhkan sidang Dewan Rakyat pada pukul 4 petang, Khamis lalu dengan jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam.
Kata Anwar, beliau percaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan ke atas RUU 355.
“Kegagalan Speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan,” kata Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara, dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh PKR.
Kelmarin, Pandikar menafikan beliau menangguhkan awal sesi perbahasan RUU 355 kerana agenda politik atau menerima tekanan daripada mana-mana pihak.
Sebaliknya beliau menegaskan, keputusannya itu semata-mata untuk menjaga kebajikan kakitangan Parlimen yang telah tidak tidur semalaman.
Oleh itu, kata Pandikar Amin, beliau telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menamatkan sesi Parlimen pada pukul 4 petang berbanding kebiasaan pukul 5.30 petang.
Dalam kenyataan itu, Anwar berkata, PKR sejak tahun lalu mahu Jawatankuasa Pilihan dibentuk untuk meneliti secara menyeluruh RUU 355.
Katanya, PKR telah menyatakan kerelaan menyertai Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti secara menyeluruh usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan termasuk berkenaan soal keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara dan belanjawan yang bersesuaian.

Janji orang berimankan ‘matlamat menghalalkan cara’

Jika Najib berjaya ditumbangkan dalam PRU14, tapi Umno masih kekal berkuasa, apakah kebarangkalian Dr Mahathir untuk kembali bersama Umno dan menjadi penasihat BN?
mahathirJanji orang berimankan ‘matlamat menghalalkan cara’
SF: Jika Najib berjaya ditumbangkan dalam PRU14, tapi Umno masih kekal berkuasa, apakah kebarangkalian Dr Mahathir untuk kembali bersama Umno dan menjadi penasihat BN?
Byline – Timmy Say
1 March 2016
Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau dan isteri keluar Umno berikutan tidak berpuas hati dengan pemerintahan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, beliau memberi janji tidak akan menyertai parti pembangkang, sebaliknya hanya sekadar meneruskan pendedahan salah laku kerajaan.
“Tidak, saya tidak akan menyertai pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan mereka,” katanya.
Malah beliau berkata beliau akan menyertai semula Umno apabila Najib meninggalkan parti berkenaan sepertimana beliau menyerahkan borang kepada Najib selepas Tun Abdullah Badawi dijatuhkan.
13 bulan kemudian…
8 April 2017
Dr Mahathir berubah nada.
Beliau yang kini menjadi kawan rapat DAP, dan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru menyertai Pakatan Harapan berjanji, beliau tidak akan kembali kepada Umno walaupun Najib berjaya dijatuhkan dalam PRU14.
Alasannya: “Umno sudah rosak guna wang untuk sogok ahli.”
Bukan itu sahaja, Dr Mahathir turut menyatakan bahawa beliau sedia membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.
“Kalau rakyat nak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, siapa saya nak tahan rakyat.”
Alasan Dr Mahathir
Mereka yang mengikuti Dr Mahathir akan tertanya-tanya, apakah setahun ini sahajakah Umno rosak dengan politik wang?
Di zaman Pak Lah menjadi Presiden Umno (tahun 2005), bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad digantung jawatan dan keahliannya selama 2 penggal atau 6 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.
Pada 2009, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga dikenakan tindakan tatatertib kerana politik wang.
Pendek kata, alasan yang digunakan Dr Mahathir untuk tidak kembali ke Umno tidak kuat.
Bersama dengan kenyataan ‘kesediaan’ beliau untuk membebaskan Anwar, ia seolah-olah sekadar kenyataan berbaur penyedap hati untuk meredakan kesangsian para penyokong Pakatan Harapan, terutamanya penyokong Anwar yang masih meragui keikhlasannya bersama pembangkang.
Bolehkah percaya?
Bolehkah janji seorang yang berimankan ‘matlamat menghalalkan cara’ seperti Dr Mahathir dipercayai?

Berakhir episod hukum mahasiswa

Kita berharap semoga mahasiswa yang dihukum tidak patah semangat dalam mengharungi perjuangan sebagai aktivis mahasiswa.
bahasa,-komen,-opinion,-FMT,-rahman-imuda,-mahasiswa,-universiti-awam,-IPTA,-mahkamah,Oleh Rahman Imuda
Jumaat lepas saudara Arifin Amin dari UiTM Seri Iskandar dikenakan amaran dan denda RM200 kerana keterlibatan beliau dalam Flashmob Demonstrasi Tangkap Malaysian Offical One dan Perhimpunan Bersih 5.0 tahun lepas. Perbicaraan ini seperti menjadi penutup kepada satu siri perbicaraan pelajar yang panjang.
Bermula dengan 4 mahasiswa Universiti Malaya, diikuti Saudara Asheeq di Universiti Kebangsaan Malaysia, kemudian 2 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, kemudian disusuli saudara Arifin di UiTM. Tuduhan mereka hampir sama yakni terlibat dengan perhimpunan awam. Kita juga tidak boleh melupakan 4 mahasiswa daripada UMANY UM yang didakwa kerana mengangkat plakad ketika ceramah berkenaan 1MDB yang berlangsung di Universiti Malaya. Kira-kira 11 mahasiswa dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib atas ‘dosa’ mereka terhadap universiti sepanjang 6 bulan kebelakangan ini.
Mahasiswa Kalah?
Jika melihat keputusan-keputusan perbicaraan 11 mahasiswa ini, kesimpulan awal yang dibuat oleh kebanyakan orang adalah mereka kalah. Tetapi pada pandangan saya kesimpulan seperti itu adalah terlalu terburu-buru. Hasil perlawanan memberi pencerahan kepada masyarakat dan merevolusikan sistem politik negara ini bukanlah bergantung semata-mata pada keputusan tatatertib yang masih banyak boleh dipersoalkan itu.
Proses ‘memintarkan’ masyarakat ini akan terus berlangsung walaupun apa jua keputusan prosiding terhadap mereka. Kemenangan mahasiswa akan terjadi apabila insiden 11 mahasiswa yang dibicarakan ini menjadi batu loncatan untuk mahasiswa di seluruh negara lebih sedar tentang peranan besar yang mereka miliki.
Kebanyakan mahasiswa harus berhenti berangan-angan bahawa mereka adalah pemimpin masa hadapan dan hanya akan berjuang setelah mendapat pekerjaan yang selesa kelak. Mereka perlu menyedari mereka adalah pemimpin hari ini.
Semoga dengan zaman kebangkitan mahasiswa yang kita rasai pada saat ini dapat merangsang generasi selepas seterusnya untuk mengambil pelajaran dan merangka strategi ke arah satu gerakan mahasiswa yang lebih matang, peduli, ideal dan didengari.
Zaman menjadi mahasiswa tidak lama. Oleh itu, adalah menjadi angan-angan kosong jika kita ingin mengubah sistem yang telah bernanah ini dalam masa 3 hingga 6 tahun. Ia juga satu proses yang panjang dan memerlukan perancangan yang berterusan.
Mari kita serahkan kepada generasi seterusnya untuk meneruskan perlawanan ini, biarlah kita yang waktunya sudah berakhir memberikan nasihat dan dorongan tanpa memaksa mereka mengikut telunjuk kita.
Bersama tanpa bersatu
Antara pelajaran terbaik yang boleh diambil oleh persatuan-persatuan mahasiswa dalam menghadapi krisis ramai aktivis yang dibicara ini adalah dengan bersatu dalam isu walaupun tidak bersama secara menyeluruh. Kepelbagaian warna yang ada pada ideologi dan pembawakan persatuan mahasiswa menyebabkan penyatuan secara total itu hampir mustahil.
Oleh itu, saya berpandangan adalah lebih baik persatuan-persatuan mahasiswa bersatu atas satu-satu isu. Sebagai contoh bersatu dalam mendesak pihak universiti menggugurkan pertuduhan terhadap para aktivis. Ini akan menjadikan hubungan itu lebih mudah dan selesa kerana tidak terikat dengan peraturan-peraturan tertentu yang sering dilihat membawa konflik sesama persatuan-persatuan yang bersekutu.
Apabila kebersamaan terhadap sesuatu isu itu berlaku, kerjasama sesama persatuan mahasiswa akan berlaku dengan lebih mudah. Setiap persatuan mahasiswa yang wujud di Malaysia memiliki kemahiran dan kekuatan masing-masing. Apabila persatuan mahasiswa bekerjasama, secara tidak langsung perkongsian pintar sesama mereka akan berlaku.

Pakatan Harapan akan hentikan BR1M, GST, kata Dr Mahathir


Pakatan Harapan akan hentikan BR1M, GST, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad berkata pelaburan China di Malaysia sekarang berbeza daripada jenis pelaburan langsung asing yang beliau galakkan semasa pentadbirannya. 
PAKATAN Harapan (PH) secara perlahan-lahan akan mengurangkan pemberian wang tunai di bawah Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insight, Penasihat Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad berkata ia akan mengambil masa untuk mengubah pemikiran rakyat mengenai BR1M.
BR1M dan GST diperkenalkan Perdana Menteri Najib Razak pada 2012 dan 2015.
"Kami akan melakukannya perlahan-lahan, kerana sebagaimana anda tahu, Najib berjaya merosakkan seluruh negara dan kini seluruh negara suka mendapat wang percuma. Jika anda berhenti memberikan wang percuma, mendapatkan wang tanpa bekerja, tanpa pendapatan, maka rakyat akan kecewa.
"Untuk mengubah cara berfikir orang yang sudah korup  untuk menjadi orang jujur ​​akan mengambil sedikit masa," kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir turut menyentuh mengenai pelaburan China di Malaysia dan bagaimana ia begitu berbeza daripada jenis pelaburan langsung asing yang beliau galakkan semasa pentadbirannya.
Dalam temubual selama sejam itu, beliau berkongsi pandangan mengenai keadaan ekonomi semasa dan bagaimana untuk memperbaikinya.
Di bawah ini adalah petikan temubual itu:
S: Apakah rancangan PH untuk menangani penurunan ringgit dan isu BR1M serta GST?
Dr Mahathir: Kami percaya dengan penyingkiran Najib sahaja akan membantu memulihkan ekonomi. Nilai wang akan kembali dan orang akan melabur di negara ini. Kerana tahu mereka tidak akan membayar wang tambahan bagi pelaburan dan ia akan menguntungkan.
Terdapat ramai di antara kita (dalam PH) mempunyai banyak pengalaman menarik pelaburan langsung asing. Pelabur tempatan, mereka kenal kami dan tahu apabila kita  memegang tampuk kerajaan, mereka berasa selesa.
Jadi, rasa selesa yang mereka pernah alami sebelum ini, hanya dengan mengeluarkan Najib, akan ada sumbangan besar ke arah pemulihan ekonomi.
Tetapi kita juga mempunyai banyak idea lain yang hanya akan kami (kongsi) apabila berkuasa. Jika kita katakan sekarang, mereka akan datang dengan beberapa cadangan balas.
Sebagai contoh, mereka gagal mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, mereka cuba untuk mengalihkan perhatian dengan memperkenalkan sesuatu pada 2050.
Saya tidak fikir Najib tahu apa-apa mengenai bagaimana memulihkan ekonomi. Setiap langkah yang dilakukan bertentangan dengan pertumbuhan negara ini.
S: Adakah PH akan membatalkan GST dan BR1M?
Dr Mahathir: Perlahan-lahan, kerana anda tahu, Najib berjaya merosakkan seluruh negara. Sekarang seluruh negara suka mendapat wang percuma. Jika anda memberhentikan wang percuma, mendapatkan wang tanpa bekerja atau pendapatan, maka orang akan kecewa. Menukar cara berfikir orang yang sudah korup untuk menjadi orang jujur ​​akan mengambil sedikit masa.
Jadi, kita akan mengurangkan semua perkara ini. BR1M, misalnya, adalah lanjutan daripada sokongan biasa kita berikan kepada orang yang sangat miskin dan kurang upaya. Kami memberi wang kepada mereka setiap bulan, tetapi Najib memberikan kepada lebih ramai orang. Sehinggakan, kerajaan kini tidak mempunyai wang untuk pembangunan.
S: Anda membuka subjek berasingan tadi, iaitu bagaimana untuk menangani pelaburan ringgit yang jatuh dengan mengatakan Najib tidak mampu membawa masuk wang. Tetapi di bawah Najib, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) meningkat, jadi bagaimana?
Dr Mahathir: Tetapi kita perlu tahu apakah komponen yang membentuk KDNK. Anda lihat, jika kerajaan membelanjakan wang atau kerajaan membawa masuk pelabur asing untuk membeli tanah di Malaysia, adakah ia termasuk dalam KDNK sebagai pelaburan langsung asing?
Jadi, kami ingin tahu komponen yang membentuk angka itu, sama ada ia benar-benar sesuatu yang menyumbang kepada pembangunan negara atau tidak.
Kebanyakan rakyat di bawah mengadu mereka tidak boleh menjalankan perniagaan. Mereka mendapati banyak halangan, prosedur birokrasi dan semua itu, yang menjadikan ia sukar bagi mereka menjalankan perniagaan. Jadi, mereka tidak dapat menjalankan perniagaan, dan oleh itu tidak menyumbang kepada KDNK dan ia dilihat semakin meningkat.

Dr Mahathir tak minat jawatan perdana menteri


Dr Mahathir tak minat jawatan perdana menteri
Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan tidak akan menamakan calon perdana menteri dan Kabinet bayangannya sekarang bagi mengelakkan pertelingkahan dalaman. 
INI adalah apa yang kita tahu: Dr Mahathir Mohamad tidak berminat untuk berkhidmat sebagai perdana menteri lagi walaupun secara interim jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan akan datang. Tetapi beliau mahu menduduki kedudukan tidak rasmi sebagai penasihat kepada perdana menteri.
Bagaimanapun, ia tidak diketahui sehinggalah selepas pilihan raya akan datang: Calon perdana menteri pembangkang atau dasar utamanya untuk memulihkan Malaysia.
Puncanya: Pengumuman calon perdana menteri boleh mengakibatkan perbalahan dalaman di kalangan parti komponen dan menjejaskan peluang PH menawan Putrajaya, Dr Mahathir memberitahu The Malaysian Insight baru-baru ini.
"Kita mungkin menamakan calon yang mungkin tidak disukai oleh satu pihak lain. Maka kita akan menghabiskan masa berhujah dan bertengkar mengenainya dan akhirnya, kita akan kalah," kata Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri itu juga berkata pakatan pembangkang PKR, DAP, Amanah dan partinya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak akan menggariskan dasar atau idea untuk memulihkan negara ini, sambil menambah sebarang pendedahan akan menyebabkan pentadbiran Najib membuat serangan balas terhadap rancangan ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata penyingkiran Perdana Menteri Najib Razak sahaja akan menyebabkan nilai ringgit  semakin meningkat dan ekonomi pulih.
"Kami mempunyai banyak pengalaman dalam menarik pelaburan asing atau langsung. Mereka mengenali kami, mereka tahu apabila kita memegang tampuk kerajaan, mereka akan berasa selesa," katanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Keengganan pembangkang menamakan calon perdana menteri dan menggariskan inisiatif dasar utama sekiranya ia berkuasa  akan mengecewakan masyarakat sivil.
Aktivis sosial mendesak PH mengumumkan Kabinet bayangan atau memperkenalkan pasukan kepimpinan utamanya.
Langkah ini akan membolehkan pengundi membuat pilihan lebih bijak serta mendesak pembangkang bagi berhadapan dengan isu sukar sebelum pilihan raya.
Masyarakat awam percaya jika soalan sukar terbiar tidak diselesaikan, ia boleh menjadi barah selepas pilihan raya dan menyebabkan ketidakstabilan serta ketidakpastian selepas pilihan raya Malaysia.
Ia adalah satu rahsia terbuka mengenai wujudnya perjanjian kecil di kalangan parti mengenai siapa seharusnya mengetuai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
DAP dan sebahagian besar PKR percaya isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, perlu memegang jawatan perdana menteri sehingga Anwar diampunkan dan dibebaskan daripada penjara, di mana beliau dihukum atas kesalahan meliwat.

HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355

Di bawah ini adalah teks yang sudah disiapkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk ucapan bahas kepada usul persendirian meminda Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang.


هَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
[Surat An-Nahl 90]

‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan keadilan dan membuat kebaikan serta memberi bantuan pada keluarga terdekat dan anak yatim serta mencegah kamu dari keburukan, munkar dan melampai batas. Dia mengajar kamu semoga kamu mendapat peringatan’

Nabi bersabda: dari Abi Ya’la al Shaddad;

‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan Ihsan atas segala sesuatu (yang kamu lakukan), jika kamu menamatkan nyawa binatang untuk disembelih maka berlaku ihsanlah (jangan siksakannya), dan jika kamu sembelih maka berlaku ihsanlah dengan sembelihan kamu, tajamkan pisau salah seorang kamu dan tenangkanlah sembelihannya (jgn siksakannya)’ (hadis riwyat muslim).

Sesungguhnya keadilan itu diiringi dengan sifat ihsan dan berbuat kebajikan. Al Quran membayangkan keperluan menegakkan keadilan melalui kaedah ihsan sebagaimana hari ini walau baik sekalipun sesuatu undang-undang ia mestilah melalui proses dan tertib secara demokrasi. 

Walaupun hadis yang dipetik menyebut tentang perbuatan menyembelih binatang ternakan dengan ihsan, ia membawa pengajaran bahawa perintah Allah mestilah dijalankan secara tertib undang-undang mengikut kaedah dan proses yang diterima pada realiti sesebuah masyarakat dan negara. Sesuatu yang baik jika tidak kena cara dibawa boleh merosakkan kebaikan yang hendak dibawa apatah lagi jika ia dikaitkan dengan nama Islam. IS mendakwa membawa Syariat tetapi IS juga merosakkan nama Islam kerana kaedah dan caranya yang hilang sifat Ihsan. 

Jangan terpedaya dengan nama dan label Islam, sebab itu dalam konteks perundangan, perbahasan secara bertanggungjawab kepada perlembagaan negara dan asas negara amat penting bagi memastikan hak Ihsan dipenuhi dalam hasrat kita menegakkan keadilan.

Tuan Speaker,

1. Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Marang yang telah berjaya membentangkan dan memperincikan pindaan RUU 355 sebagai usul persendirian. Selama ini usul persendirian atau private members bill (PMB) belum pernah diberi peluang apatah lagi Marang diberi laluan 2 kali dan hanya pada kali ke 3 perincian dibuat pada majlis yang sama. Syabas pada satu kes yang jarang berlaku, semoga ia menjadi kes awalan pada kami yang lain untuk menggunakan PMB dalam membuat pindaan akta atau memperkenalkan akta baru yang lain.

2. Pindaan yang dihasratkan oleh Marang ialah berkenaan dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Marang berhasrat meningkatkan had hukuman dari ketetapan yang sedia ada kepada 100sebatan, 30 tahun penjara dan 100ribu denda. Had hukuman yang sedia ada ialah 6 sebatan, 3 tahun penjara dan RM5,000 denda. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh penyokong usul iaitu sahabat saya Kota Bharu, ini bukan kali pertama pindaan dibuat sejak diperkenalkan, sebanyak 2 kali pindaan dibuat iaitu 1984 dan 1989. Had hukuman paling awal ialah penjara 6 bulan penjara dan denda RM1000 tanpa hukuman sebatan.

3. Persoalan saya kepada Marang ialah mengapakah peningkatan dari tahap 6, 3, 5 sekarang dinaikan begitu drastik kepada maksimum100x sebatan , 30 tahun penjara, 100ribu denda? Kalau 100x sebatan syarie adalah patuh Al Quran bagaimana 30 tahun dan RM 100Ribu? Walaupun ia dalam bab Takzir (hukuman selain hudud) apa logiknya? Undang-undang Jenayah Syariah adalah kesalahan agama oleh seorang Muslim yang telah disenaraikan. Jika logiknya sekadar meningkatkan hukuman supaya lebih tinggi dari Mahkamah Majistret, sudahkah dibuat kajian keberkesanan yang sedia ada? Adakah ketidak berkesanan itu kepada had hukuman ataukah penguatkuasaan dan pendakwaan dan kurang aspek pendidikan?

Tuan Speaker

4. Amalan perundangan negara kita ialah Sivil dan undang Syariah, keterbatasan syariah adalah kerana beberapa sebab. Pertama Mahkamahnya adalah di bawah kuasa negeri yang diperuntukkan, kedua pesalahnya hanya untuk orang Islam dan ke tiga senarai jenayah syariah tidak boleh bertindih dengan jenayah sivil mengelakan double jeorpady ( dihukum dua undang dari kesalahan yang sama).

5. RUU 355 adalah doktrin menghadkan atau limitasi kuasa agar tidak dilihat bersaing tetapi masing-masing tidak boleh campurtangan, diselesaikan oleh Perkara 121(1A) yang jelas mengendalikan soal campurtangan. Walaupun ada kasus yang menguji keberkesanan perkara 121(1A), namun pemisahan kuasa itu wujud. Sudahkah dirujuk doktrin pemisahan dan persaingan hukuman dalam kerangka besar perundangan negara? Hal ini tidak dibangkitkan oleh pencadang dan penyokong dalam usul Marang.

6. Premis Marang hanyalah Syariah yang diperundangkan tanpa melihat kerangka besar perundangan negara dan undang-undang lain yang sepatutnya diteliti dan dirujuk kepada konsep besar Maqasid Syariah yang bebas bergerak dalam kerangka yang lebih besar.

7. Umpamanya dalam hal SOSMA, AKTA HASUTAN dll di mana sebahagian besarnya tidak menepati konsep keadilan dan kemanusian yang merupakan teras SYARIAH. Saya menyebut demikian kerana isu 355 ini dikatakan ianya adalah SYARIAH dan wajib disokong sedangkan akta lain yang jelas bercanggah dengan prinsip syariah tidak pula dianggap SYARIAH yang wajib disanggah. Obsesi pengikut dan penyokong syariah seolah menganggap 355 adalah segalanya adalah salah faham yang parah terhadap fahaman SYARIAH ISLAM sebenarnya.

Tan Sri Speaker

8. Saya tidak dapat mengelak menegur sebahagian kita yang gagal mendidik rakyat bagaimana sesebuah perundangan dibikin atau dipinda. Selain dari niat yang baik, sesuatu usaha perundangan perlu melalui proses konsultasi pihak pakar, pihak berkepentingan dan orang awam. Dalam proses itu tautan melalui dialog, forum yang melibatkan semua pihak amatlah penting. Lebih malang 355 ini kerana dibawa oleh Marang dan bukan kerajaan telah menimbulkan berbagai reaksi yang memburukkan niat yang baik. Kerana itu ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan 355 sebagai tunggangan politik dan tidak kurang telah melahirkan pentaksob kaum dan agama yang mengambil kesempatan.

9. Pada waktu yang sama golongan yang senantiasa mengaitkan Marang dan partinya dengan ‘hudud’ melahirkan penentangan yang tegar kepada RUU 355 sehingga sanggup membawa kes ini ke Mahkamah sebagai alasan ‘tidak berperlembagaan’ Bukankah ini menimbulkan konflik perundangan kerana Marang yang membawanya dan mungkin berbeza jika kerajaan sendiri yang mengusulkannya? Parlimen tidak boleh mengizinkan 355 yang baik ini menjadi polemik perundangan dan politik yang tidak berkesudahan.

10. Saya turut heran kenapa Ummo/BN sebagai kerajaan tidak membawa usul ini jika pemerkasaan mahkamah syariah adalah keperluannya, mengapa membiarkan usul Marang menjadi bahan politik? Agenda politik apa yang hendak dimenfaatkan? Tujuan politik Umno mendekati PAS kah atau tujuan melemahkan pembangkang? Saya tidak boleh membiarkan keperluan murni ini iaitu pemerkasaan mahkamah syariah diperalatkan sebegitu rupa malah cara dan kaedah media perdana memaparkannya adalah untuk tujuan politik Umno.

HARDTALK CERMINKAN PEMIKIRAN HUSAM SETANDING DR MAHATHIR

Mungkin sudah ramai menyaksi atau mengikuti Hardtalk Dr Mahathir Mohamad – Husam Musa yang berlangsung di Shah Alam malam tadi.
Majlis itu anjuran Masyarakat Penyayang Selangor (Ehsan) sebagai mengganti kekosongan “waktu kerja” Dr Mahathir Mohamad apabila debat beliau dengan Nazri Aziz pada tarikh sama dibatalkan, apabila polis menarik balik permit yang diberikan pada mulanya.
Hardtalk malam tadi mengemukakan tiga orang penyoal (interculator) untuk bertanya dan mengasak kedua tokoh itu dengan apa-apa sahaja soalan. Dalam majlis seperti itu biasanya penal akan disoal dengan soalan-soalan terjun yang dijangka tergagak-gak atau rumit untuk dijawab oleh ahli penal.

Mereka yang diundang menjadi penyol ialah Dr Mazlee Malik, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Buruk Terengganu) dan Dr Wong Chin Huat dari institusi penyelidikan Pulau Pinang. Mereka semua adalah dikenali dan pakar dalam bidang masing-masing. Sayang tidak diletakkan penyoal berbangsa India. Jika penyoal itu serangkai — dari tiga bangsa, ia lengkap sebuah team pengasak yang sempurna dalam konteks negara berbilang kaum. Kepakatan rakyat juga lebih menyerlah.
Sudah pasti penyoal India sedikit sebanyak akan menyoal atau menimbul perkara berkaitan dengan kepentingan kaum itu dan membuka hasrat mereka tersendiri. Apabila mereka tiada, maka lomponglah isu-isu mengenai kaum itu? Nasib baik Husam tidak teralpa kepada kepentingan atau nasib bangsa ini. Beliau ada juga memberi perhatian dan mengira kaum India juga boleh menjadi pemancu perubahan negara dan jangan diperkecilkan.
Hadirin memberi tumpuan penuh minat.
Tema hardtalk ialah “Malaysia Pasca Najib”. Itu yang diberi tahu walaupun ia tidak dicatat pada kain latar pentas. Memahami tema berkenaan memberi erti perbincangan, persoalan dalam dialog bersemuka malam tadi ialah berkisar kepada selepas Najib selesai memerintah negara ini. Ia seolah sebuah mimpi dalam menghadapi realiti, pada Piruam 14 akan datang Najib sudah tidak akan menjadi perdana menteri lagi?
Pemandangan di sebelah kanan pentas, sesak.
Jadi tema itu membawa perbincangan untuk mengisi kekosongan negara ditinggal oleh Najib. Ia tentulah bersabit dengan cadangan, saranan atau pun pendekatan carakerja baharu kerajaan selepas BN, iaitu kerajaan Harapan Rakyat yang diharapkan akan menjelma selepas Piraum ke-14 nanti.
Ada berbagai-bagai isu yang diutarakan malam tadi; pendidikan, ekonomi, pilihan raya, keselamatan, kebajikan dan juga mengenai polisi-polisi dan dasar kerajaan yang diajukan. Semua isu itu menarik sekali dan kena dengan temanya “Malaysia pasca Najib”.
Cuma apabila ia diselitkan tawaran atau janji kepada rakyat Malaysia, ia semacam sedikit terbalik, songsang, seolah-olah kemenangan masih belum berlaku apabila ia masih mengemukakan tawaran-tawaran dan jaminan baru buat rakyat? Jadi hardtalk berkenaan dengan tajuk itu tidak relevan, kerana ia berbincang mengisi kemenangan bukan mencari formula dan mengatur strategi kemenangan?
Hardtalk itu berjalan kia-kira lebih tiga jam. Pengendali atau pun maderator ialah oleh sdr Arifin Hassan, seorang pakar perunding strategi negara tidak asing lagi. Saya memberi tiga bintang kepada Ariffin atas kelancaran dan kepetahan beliau menguruskan hardtalk berkenaan. Sekiranya beliau ternampak saya angkat tangan dua kali untuk mencelah, semasa peluang dibuka kepada umum, tentu saya akan memberi tambahan satu bintang lagi kepadanya. (Hehe…) Saya ingin mengajukan soalan kepada kedua tokoh dipentas itu sebagai reaksi kepada apa yang dibangkitkan dan dijawab oleh Dr Mahathir.
Kehadiran malam tadir terhad. Ruang seminar memuatkan kira-kira 100 penuh sesak. Suku daripada para pengamal media. Sepatutnya Hardtlak begitu diadakan dalam ruang lebih luas memberi penyertaan lebih besar. Saya yakin kalau ia dibuka luas ramai lagi politician dan pemikir akan hadir. Malam tadi antara Vvip politik yang saya nampak, bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, bekas Adun Kelantan Nordin Salleh, kawan saya Sobree Shafei dan lain-lain.
Masa juga sepatutnya bukan tiga jam setengah tetapi kalau lima jam pun tidak menjemukan dan para hadirin setia menunggu. Majlis malam tadi lebih berisi dan bernas daripada ucapan membetang usul RUU 355 oleh wakil Marang dan perbahasan menyokong usul oleh wakil Kota Bharu di parlimen hari sebelumnya.
Dua sahabat saya juga turut hadir.
Majlis itu bagaimana pun disiarkan secara langsung menerusi stream-yx. Lebih 2k penonton atau pelayar internet mengikut program tersebut. Kita memahami kenapa ia ada kelemahan dan kecacatan, mungkin kerana masa diberikan untuk menguruskan majlis itu sebagai mengganti debat tidak jadi terlalu pendek. “Sekian” pun apa yang berlaku semalam itu dikira sudah lumayan dan boleh dipuji. Dalam masa terhad untuk menguruskannya sudah pasti ada kelemahannya dan ketidaksempurnaan.
Lain kali diharap ia akan diadakan dengan lebih kemas dan bersiap sedia lagi. Mungkin penalis lain yang dari berbagai rahang ilmu, profesional, ideologi politik boleh dijemput. Saya ingin mencadangkan di sini hardtalk khas untuk membincang perkembangan dan senario politik Kelantan pasca Tokguru Nik Aziz boleh diadakan. Dan seorang penalis yang tepat untuk dipanggil saya kira ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh politik Kelantan dan bekas Menteri Kewangan Malaysia.
Ada beberapa persoalan terjawab dalam hardtalk malam tadi. Pencerahan kepada umum tentang apa dan kenapa maka Najib Razak perlu diturunkan. (Baca wajib). Selain itu kerana kebijaksanaan penyoal, membolehkan hadirin dapat mengetahui beberapa peristiwa sebelum ini yang tidak difahami dengan baik, terutamanya apa dilakukan Dr Mahathir diera beliau menjadi PM. Perbandingan stail kerja atau pelaksanaan polisi, penggunaan kuasa Dr Mahathir dengan Najib dapat direnugi sedalam mungkin dan menilai siapa lebih buruk dan jahat.