Jumaat, 7 April 2017

Pindahan wang 1MDB ke akaun pemimpin Pas dalam siasatan SPRM

Rafizi Ramli
Pindahan wang dari akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke akaun tokoh yang rapat dengan pemimpin Pas sudah pun dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ianya bersumberkan dana 1MDB, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Sehubungan itu, beliau tidak perlu menyerahkan bukti kepada SPRM dengan kadar segera kerana kertas siasatan berhubung perkara tersebut telah pun dibuka.
"Saya sedia maklum jawapan rasmi Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan kepada kenyataan saya mengenai dana berkaitan 1MDB yang dipindahkan dan sampai kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS sekarang.
"Beliau menyeru supaya saya menyerahkan bukti yang saya ada kepada SPRM supaya SPRM boleh segera menyiasat.
"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa SPRM sudah pun menyiasat aliran dana dari akaun-akaun yang disiasat berhubung dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. Dari siasatan itu, satu aliran dikesan sampai kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas itu," jelas beliau.
Bagaimanapun Rafizi memberi jaminan akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu lagi dan laporan SPRM juga akan dibuat bagi suruhanjaya terbabit merujuk kembali kertas siasatan sedia ada.
Naib Presiden PKR itu juga yakin, pemimpin Umno akan bergelut dengan isu campur tangan dalam pentadbiran keadilan negara sekiranya Peguam Negara sekali lagi menutup kes walaupun kertas siasatan telah selesai dan bukti telah dikumpul SPRM.
Beliau turut menasihati para pemimpin Pas di semua peringkat supaya menyemak sama ada pernah menerima bantuan kewangan, derma, infak atau dana (dalam apa jua bentuk dan bagi apa jua tujuan) dari tokoh yang bakal dinamakan itu kerana kemungkinan besar ia bersumberkan wang rakyat yang dibelanjakan melalui 1MDB.
"Sebagai sebuah parti yang mengaku mengangkat Islam, setiap pemimpin Pas perlu lebih teliti dari semua parti lain mengenai asal usul sumber kewangan mereka untuk mengelakkan sumber yang disifatkan syubhah (diragui)," tegas beliau.
Beliau mengakui tidak berniat menimbulkan isu ini tetapi episod pembentangan usul Rang Undang-undang Akta 355 di Parlimen semalam mengesahkan bahawa isu penambahbaikan mahkamah syariah telah dimainkan lebih dari setahun demi memberi ruang bernafas kepada Datuk Seri Najib Razak.
"Setelah ditangguhkan tiga kali, jelas bahawa isu yang dibawa oleh Pas melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 (RUU355) akan terus dijadikan umpan oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Sementara saya bersedia untuk berbahas sepenuhnya dan memberikan pandangan bagaimana cara terbaik menambah baik mahkamah syariah, persetujuan di luar dewan di antara Datuk Seri Najib dan Pas  menunjukkan Datuk Seri Najib tidak berniat pun untuk menambah baik mahkamah syariah," katanya.
Beberapa pemimpin parti komponen BN semalam termasuk Presiden MIC Dato’ Seri S Subramaniam mengakui penangguhan perbahasan mengenai usul RUU 355 telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN dengan ahli parlimen Marang hanya diberi ruang membentangkan usul itu di Dewan Rakyat.

'Siapa Rafizi? soal setiausaha Hadi'

 "Siapa Rafizi? Melayan kerenah orang yang ada masalah yang kronik dalam mengatur strategi yang sentiasa gagal, adalah satu perbuatan yang amat membuang masa dan anti-logik,".
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Demikian ulasan Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan Pas yang menerima dana daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, urusan sebegini haruslah diserah kepada pihak berkuasa sahaja.
"Cukup sudah kita mendengar pendustaan yang dicipta untuk tujuan politik Machievelli," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Rafizi berkata, pihaknya ingin menyelitkan mengenai perkara itu ketika perbahasan mengenai usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, namun sesi berkenaan ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia.
“Jika tidak, saya ingin bangkitkan perkara ini dalam sesi perbahasan tersebut sekiranya ia tidak ditangguhkan.
“Dan saya inginkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab mengenai perkara ini,” katanya.
Pada persidangan Parlimen semalam, Pandikar Amin membuat keputusan penangguhan perbahasan 4 petang dan mendapat bantahan ahli parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan  menafikan dakwaan Rafizi terdapat individu yang rapat dengan parti Islam itu menerima dana tersebut.
Dipetik sebuah portal berita, Takiyuddin berkata, Pas tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana pihak.
“Saya tak ada maklumat dan tak ada apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB),” katanya.

Bijak bagi BN adakan PRU14 pada bulan Julai tetapi...

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah "kehabisan modal" dan akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada bulan Julai ini, sebelum Parlimen bersidang semula.
Alasan Rafizi, dengan perbahasan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ditunda sehingga persidangan seterusnya Parlimen mulai 24 Julai, Najib tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan PRU kerana tidak mampu untuk terheret dalam isu ini.
Satu lagi isu yang mampu memecah-belahkan BN dan mahu dielakkan ialah Pindaan ke atas Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.
Bagaimanapun, dengan penganjuran pelbagai jenis perayaan di Malaysia termasuk festival dan acara-acara kebangsaan, memilih tarikh PRU bukanlah tugas yang mudah.
Sebelum 24 Julai, terdapat Hari Wesak pada 10 Mei; bulan Ramadan selama sebulan bermula pada 27 Mei; pesta menuai di Sabah dan Sarawak dari 30 Mei - 2 Jun; Hari Raya Aidilfitri pada 25 Jun dan Hari Sarawak pada 22 Julai.
Sebaliknya, penganalisis Faisal Hazis percaya, jika mengadakan pilihan raya pada bulan Ramadan mungkin menjadi cara yang baik untuk BN memainkan sentimen Islam.
Beliau juga berhujah, secara strategik, mengadakan pilihan raya lebih awal akan membenarkan BN untuk mengambil kesempatan atas ketidaksepaduan di kalangan pembangkang.
"Secara strategik untuk BN, ia perlu secepat mungkin sebelum bulan puasa.
"Selagi pembangkang berpecah-belah dan mereka tidak mempunyai kesepakatan, apa sahaja rasa tidak puas hati terhadap parti pemerintah tidak akan membawa kesan positif kepada pembangkang," kata penganalisis Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Faisal dan seorang lagi penganalisis Ahmad Atory Hussain percaya PRU sebelum Julai mungkin tidak akan berlaku.

SKANDAL 1MDB: KERJASAMA TANG MANA ??!

BUKANKAH sebelum ini katanya..
1MDB sedia bekerjasama dengan Switzerland -(23/8/2015)

1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland -(30/1/2016)

KERJASAMA TANG MANA ??!

KENAPA kerajaan Malaysia & Najib enggan bekerjasama dgn negara luar pada siasatan pengubahan wang haram dalam #1MDB ??

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!!

Gubal akta bolehkan parlimen pecat PM, menteri

Faiz FadzilFaiz Fadzil
Pemuda Amanah mencadangkan penggubalan Akta Kebertanggungjawaban Menteri (Ministerial Responsibility Act) bagi memastikan jemaah Menteri, terutama Perdana Menteri lebih bertanggungjawab kepada Parlimen bertujuan mereformasi institusi parlimen.
Menerusi akta ini, peruntukan-peruntukan tertentu berkaitan prosedur dan kaedah penjelasan oleh Menteri berkaitan sebarang isu yang dibangkitkan di Parlimen digubal dengan Menteri berkenaan hendaklah meletak jawatan jika didapati melanggar akta tersebut.
Ketika menyarankan perkara ini, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil kesal kerana sidang Dewan Rakyat yang baru berlangsung gagal menyelesaikan isu utama yang mengancam demokrasi dan ekonomi negara iaitu skandal 1MDB apabila perbahasan berkaitan isu tersebut dilarang Speaker Dewan Rakyat.
"Amat malang isu yang sebegitu penting tidak dibenarkan untuk dibahaskan, apatah lagi ia telah dimanfaatkan kerajaan untuk mengelak daripada menjawab kepada Parlimen.
"Skandal 1MDB ini memberikan kesan negatif kepada integriti negara di mana Perdana Menteri sendiri didakwa menyeleweng dana 1MDB untuk kegunaan peribadi dan seharusnya isu ini dijawab oleh beliau di dalam Parlimen," katanya.
Menurut Faiz, parlimen adalah teras sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem 'Westminster Constitution' seperti Malaysia.
Menteri termasuk Perdana Menteri, ujarnya perlu mempunyai tanggung jawab kepada Parlimen ke atas segala tindakan sama ada dalam kapasiti menteri atau peribadi.
Seseorang Menteri termasuk Perdana Menteri, tambah beliau perlu hadir ke Parlimen untuk menjawab dan menjelaskan apa-apa isu yang terpalit seperti skandal 1MDB yang melibatkan elemen jenayah dan penyelewengan wang negara.
"Walaupun Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan tanggungjawab bersama Jemaah Menteri kepada Parlimen, namun intipati dan semangat Perlembagaan ini tidak diamalkan oleh Parlimen Malaysia.
"Speaker Dewan Rakyat yang bertanggungjawab ke atas proses demokrasi Parlimen seharusnya menjunjung tinggi kehendak Perlembagaan ini," katanya.
Tambah beliau, Akta Kebertanggungjawaban Menteri berjaya diamalkan dengan baik di Parlimen Britain bagi memastikan kebertanggungjawaban Menteri ke atas salahlaku Jemaah Menteri.

Usul Hadi cetuskan perang mulut MCA-DAP

Usul pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat semalam telah mencetuskan perang mulut antara MCA dan DAP.
MCA mendakwa dua wakil rakyatnya begitu lantang menentang usul itu semasa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyampaikan ucapan menyokong, manakala tidak ada seorang pun ahli parlimen DAP bangkit berbuat demikian.
"Walaupun MCA hanya mempunyai tiga penyokong kerajaan, dua ahli parlimen MCA - Anggota Parlimen Tebrau Khoo Soo Siang dan Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong berpendiriah teguh dan mencabar usul PAS itu dengan melemparkan soalan.
"DAP mempunyai 36 ahli parlimen tetapi senyap atau tidak kelihatan. Di mana mereka?" soal MCA di media sosial semalam.
Takiyuddin menyampaikan ucapan menyokongnya selepas Hadi membentangkan usul yang bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.
Had semasa hukuman jenayah syariah adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Khoo, yang mencelah semasa ucapan Takiyuddin berkata, masyarakat bukan Islam melihat usul Hadi sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, manakala Koh menyoal sama ada pindaan itu bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan mengenai isu kesamarataan di sisi undang-undang.

Irwan enggan ulas kenyataan AG Swiss mengenai skandal 1MDB

Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber yang melahirkan keyakinan mengenai siasatan pengubahan wang haram melibatkan firma berkenaan akan membuahkan hasil.
Semalam, Lauber yakin siasatan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB akan membuahkan hasil walaupun pihak berkuasa Malaysia enggan bekerjasama.
Ditemui pemberita pada program 1MET Engagement Day di Putrajaya, hari ini, Irwan sekadar berkata, hal tersebut di luar konteks dan enggan melayani pertanyaan lanjut mengenainya.
"Itu di luar konteks," kata Irwan ringkas sebelum bergegas pergi.
Semalam, Reuters melaporkan Lauber sebagai berkata, siasatan pihaknya mencatat kemajuan berdasarkan laporan-laporan pengubahan wang haram, dokumen-dokumen bank diteliti dan kerjasama dengan Singapura dan negara-negara lain.
“Ia bukan tiada harapan, sebaliknya bertentangan sama sekali,” Lauber dipetik sebagai berkata dalam sidang media, lapor agensi berita antarabangsa itu.
Lauber juga berkata, sangat wajar bagi Malaysia untuk bekerjasama dalam siasatan itu.
“Kami masih yakin dapat menyimpulkan proses dalam bidang ini, terutamanya dalam kes terbuka terhadap dua buah bank,” katanya merujuk kepada bank swasta Switzerland BSI dan Falcon.
"Tempat ini (Switzerland) bukan tempat selamat untuk pengganas, bukan untuk pengubah wang haram, bukan untuk rasuah antarabangsa.
"Kami tidak bertolak ansur dengan perkara seperti 1MDB, kami tidak bertolak ansur dengan perkara seperti Petrobras, kami tidak bertolak ansur dengan perkara seperti kompleks bola sepak FIFA," katanya.
Pejabat Lauber pada November lalu berkata, Malaysia sekali lagi menolak permohonan bantuan undang-undang daripada Switzerland dalam siasatannya terhadap 1MDB.
Dalam pada itu, Mohd Irwan yang juga ketua setiausaha perbendaharaan berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi membolehkan pelajar di negara ini mempelajari bidang keusahawanan secara kreatif.
Kata Mohd Irwan, cadangan itu timbul selepas beliau pulang dari lawatan rasminya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke India baru-baru ini.
"Di India, saya sempat melawat institut yang membuat (design thinking) yang mana produk mereka direka dalam makmal dan dipasar ke luar negara separti US, Eropah dan sebagainya .
"Jadi, kompenan inilah yang menjadi produk berjenama di negara barat tapi inputnya datang dari India," jelas beliau.

Siasatan global ke atas skandal 1MDB bukti ia bukan muslihat AS

TINDAKAN keras dan siasatan di seluruh dunia terhadap bank serta pengurusnya yang terlibat dengan pengubahan wang haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan ia bukan sekadar plot terancang untuk memalukan Malaysia seperti dakwaan menteri kanan Nazri Aziz, kata pembangkang dan aktivis masyarakat.
"Selepas semua tindakan yang diambil terhadap beberapa bank dan pengurusnya di seluruh dunia, saya terkejut seorang menteri boleh mengatakan ini," kata Cynthia Gabriel, (pengasas) Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme.
"Terdapat siasatan di seluruh dunia berhubung 1MDB, banyak bank ditutup dan peguam negara Swiss berkata ia semakin hampir dengan pelaku yang terlibat. Saya terkejut beliau masih menafikannya," kata Gabriel.
Gabriel berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nazri yang berkata siasatan itu dirancang oleh Amerika Syarikat (AS).
Nazri, bekas menteri undang-undang, berkata saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS adalah satu usaha kerajaan itu untuk melemahkan dan menjejaskan kestabilan Malaysia.
Saman sivil itu adalah untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion di AS, termasuk rumah dan lukisan mewah, yang didakwa dibeli dengan wang dicuri daripada 1MDB.
Tindakan yang diambil terhadap bank dan pengurusnya di enam negara merupakan sebahagian daripada jejak wang 1MDB yang membuktikan penipuan dan penyelewengan dilakukan, kata Gabriel.
Beliau berkata ia tidak masuk akal bagi AS menjejaskan kestabilan Malaysia kerana kedua-dua negara mempunyai perdagangan dan hubungan diplomatik yang rapat.
Sejak Oktober tahun lalu, Singapura menutup cawangan dua bank swasta Swiss, Falcon dan BSI, kerana pengubahan wang haram yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Republik itu juga mendenda dua bank lain, UBS dan DBS, kerana melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang haram. Switzerland turut mendenda Coutts Bank kerana pengubahan wang haram.
Lima bekas pengurus bank di Singapura juga didenda dan dipenjarakan kerana peranan mereka dalam pergerakan dana haram 1MDB daripada akaun berkait dengan ahli kewangan kontroversi Low Taek Jho.
Low adalah seorang daripada empat individu yang dinamakan dalam saman DoJ.
Selain saman sivil DoJ, apa yang amat menarik ialah gambar bocor yang menunjukkan bagaimana Low dan rakan kongsinya Riza Aziz membelanjakan pada jet peribadi, rumah agam dan "penthouse", kata ahli Parlimen pembangkang Rafizi Ramli bocor.

Tak semua parti BN terpengaruh penjelasan Hadi

SEMALAM adalah hari PAS. Mereka mempunyai hampir tiga jam untuk menjelaskan rasional di sebalik RUU355 kepada ahli Dewan Rakyat.
Walaupun penjelasannya panjang, beberapa parti gabungan Barisan Nasional (BN) masih tidak yakin usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355 untuk diteruskan.
Pada asasnya, mereka tidak percaya penegasan ahli Parlimen PAS dan presiden parti Abdul Hadi Awang yang bukan Islam tidak akan terjejas jika ia diterima.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker berkata partinya tidak berpuas hati, terutama dengan jaminan Hadi yang bukan Islam tidak akan terjejas.
"Ada juga persoalan masih tidak terjawab, iaitu kod prosedur jenayah Syariah. Dan juga mengenai keperluan bercakap tentang mempunyai empat orang saksi kepada jenayah seperti rogol.
"Kami tegas dengan pendirian terhadap pindaan yang dicadangkan itu, dan akan terus menentang sehingga ada jaminan yang boleh mengubah fikiran kami," kata Ti kepada The Malaysian Insight.
Ketua Wanita parti Cina itu, Heng Seai Kee berkata ia  tidak adil untuk mempunyai hukuman berbeza bagi jenayah.
"Ini bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamarataan untuk semua orang di bawah undang-undang.
"Tiada siapa harus didiskriminasikan kerana agama apabila ia melibatkan undang-undang," katanya, sambil menambah terdapat juga kebimbangan umat Islam mungkin berasa mereka dilayan secara tidak adil dan kemudian meminta hukuman Syariah yang sama dikenakan kepada semua pihak.
"Lihatlah Brunei. Undang-undang Syariahnya terpakai bagi semua rakyat. Ada kemungkinan ia boleh berlaku di sini jika rang undang-undang itu diluluskan."
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang juga mempunyai kebimbangan mengenai rang undang-undang Hadi. Beliau berkata ia masih tidak jelas apa yang akan berlaku dalam kes di mana pesalah dan mangsa berlainan agama.
"Dalam kes melibatkan kedua-dua bukan Islam dan Islam, undang-undang mana yang akan digunakan? Saya tidak fikir ini ditangani dengan baik oleh PAS semalam," katanya kepada The Malaysian Insight.
Tan, seorang peguam, juga menyatakan ia tidak dinyatakan dengan jelas jenis jenayah bagi hukuman lebih berat yang dicadangkan dalam rang undang-undang Hadi.
"Saya rasa ia akan terpulang kepada negeri, seperti Kelantan, untuk membuat keputusan dan membuat pindaan negeri masing-masing."
Timbalan Menteri Dalam Negeri Sarawak Masir Gujat berkata, partinya Rakyat Sarawak (PRS) masih akan menentang rang undang-undang itu.
"Mungkin ada kebenaran apa yang dikatakan Hadi tetapi saya masih tidak yakin mengapa kita perlu meminda akta itu.

Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Tuan Speaker... ikut arahan gunakan kuasa juga 'bloody fool'

Tindakan Speaker Dewan Rakyat menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang akta 355 di Dewan Rakyat semalam juga boleh dianggap 'bloody fool' (sangat bodoh) kerana jelas penangguhan itu dibuat atas arahan pihak tertentu, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Dalam satu kenyataan hari ini, Salahuddin mengulas tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara tiba-tiba menangguhkan sidang Dewan Rakyat setelah anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hasan berucap menyokong usul RUU Akta 355 yang dikemukakan anggota parlimen Marang.


Bagi Salahuddin, tindakan speaker itu secara jelas menjatuhkan kredibiliti Pandikar dan institusi Dewan Rakyat.

"Kita mahu Speaker Parlimen seorang reformis yang mampu merubah struktur institusi Parlimen kita sebagaimana kita belajar proses Parlimen di negara-negara Komanwel yang mencapai kecermerlangannya.

"Cara Speaker membuat keputusan terhadap pembentangan usul YB Marang semalam adalah jelas menjatuhkan kredibiliti beliau dan intitusi Parlimen itu sendiri. Di mana lagi tempat yang terbaik dan mulia untuk sesuatu usul atau RUU itu dibahaskan?" tegasnya.

Menurut Salahuddin, semua pihak perlu diberikan ruang yang saksama untuk berbahas di parlimen menjadikan sikap adil dan bijaksana seorang Speaker amat perlu untuk mengendalikan perjalanan dewan yang mulia.

"Parlimen adalah tempat untuk membahas dan melulus sesuatu rang undang-undang bukan medan permainan politik bagi mencapai agenda pihak berkuasa. Jawatan Speaker sepatutnya diselamatkan dari diperalatkan sebegitu rupa," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan isu RUU 355 sebagai sandiwara yang telah disempurnakan skripnya.

"Begitulah hinanya satu RUU yang dikatakan memartabat bidang kuasa Mahkamah Syariah diperlakukan semahu-mahunya dalam Parlimen kita.

"Maaf Tuan Speaker, sekiranya kita hanya mengikut arahan untuk menggunakan kuasa, ianya juga boleh dianggap "bloody fool"," ujar beliau sinis.

Semalam, Pandikar menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat apabila bertindak menangguhkan persidangan secara tiba-tiba walaupun ramai anggota dewan telah bersedia untuk membahaskan usul RUU Akta 355 yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.

"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Penangguhan sidang itu dibuat kira-kira jam 4 petang. Sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadual diadakan pada 24 Julai ini.

Penangguhan dibuat Pandikar itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan berkenaan kerana mereka tidak diberi peluang membahaskan usul Abdul Hadi itu.

Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MIC Dr S Subramaniam ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat semalam berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan bahawa usul persendirian ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden Pas itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.

“Keputusannya adalah membenarkan Pas membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam dipetik The Malay Mail Online.

Kenyataan yang dibuat Subramaniam dan beberapa pemimpin BN berhubung pembentangan usul RUU 355 menguatkan andaian parti pembangkang bahawa tindakan Speaker menangguhkan persidangan adalah bagi memenuhi keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi BN.

Untuk rekod, tiada seorang pun ahli parlimen Pas yang membantah tindakan Pandikar menangguhkan persidangan semalam walaupun Pas berharap usul RUU 355 itu mendapat sokongan anggota dewan.

Pas juga menganjurkan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur Februari lalu yang antara lainnya bertujuan menggesa ahli parlimen menyokong usul RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi.


Tangguh sidang, Pandikar enggan jadi 'bloody fool'

Mahfuz minta Pandikar jangan jadi kuda tunggangan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan tugas dengan betul dan bukannya hanya sekadar menjadi kuda tunggangan BN.
Pandikar Amin Mulia Mendakwa keputusan Pandikar menangguhkan bahas usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 mempunyai unsur politik, Mahfuz berkata, Pandikar tidak seharusnya bertindak menangguhkan sidang Parlimen yang sedang berlangsung pada jam 4 petang semalam.
"Saya kecewa dan kesal kerana perkara yang baik ditangguhkan. Bagi saya semua urusan baik yang kerajaan mahupun pembangkang  urusan penting.
"Urusan kerajaan lebih menekankan urusan nak dapat duit, (bahas usul Cukai Pelancongan) sampai 5 pagi baru habis bersidang pun tak apa. Sehari sebelum itu, usul berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  dibahaskan sampai 12.30pagi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Menurutnya lagi, keputusan Pandikar tidak menampakkan Parlimen memberi perhatian terhadap perkara yang menyentuh soal dan urusan orang Islam.
"Penangguhan yang mempunyai latar belakang politik dan menunjukkanperkiraan politik diutamakan.
"Masyarakat akan melihat Pandikar menjadi kuda tunggangan kepada BN," katanya lagi.
Pandikar semalam menangguhkan sidang Parlimen pada sesi ini sebelum usul pindaan RUU355 dibawa Abdul Hadi dibahaskan dengan memetik satu kata hikmat.

Tiada jalan keluar untuk Shabudin

Pulau Pinang akan membentangkan usul bulan depan 'mengecam' kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor walau apapun penjelasan yang diberikan.
guan-eng-shabudinGEORGE TOWN: Shabudin Yahaya tidak dapat menjelaskan kenyataan kontroversinya di PArlimen tempoh hari, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang menyeru ahli Parlimen Tasek Gelugor meletak jawatan.
Ketika diberitahu Shabudin mendakwa media melaporkan ucapan perbahasannya di luar konteks, Guan Eng berkata ucapan Shabudin sudah dirakam dan tidak dapat dipertikaikan.
“Kamu tengok rakaman itu…kamu tengok rakaman videonya – ia mengatakan perkara berbeza.
“Dia cuba menafikan sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Dia tidak mahu akui kenyataannya salah.
“Dia sudah melakukan 2 kesalahan – pertama kerana membuat kenyataan itu dan kedua kerana menafikannya,” kata Guan Eng hari ini.
Shabudin mengundang kontroversi apabila mengatakan mungkin lebih “selamat” untuk mangsa rogol berkahwin dengan perogol mereka dan mencadangkan seorang perempuan yang mencapai akil baligh daripada umur 9 tahun secara jasmani dan rohani bersedia untuk berkahwin.
Hari ini, beliau menjelaskan “perogol” merujuk kepada pelaku seks suka sama suka dengan perempuan bawah umur, iaitu rogol statutori, dan isu sudah disensasikan oleh media. Shabudin mungkin akan menyaman media yang didakwa mencemar imej beliau.
Guan Eng berkata Dewan Undangan Negeri akan membentangkan usul “mengecam” kenyataan Shabudin bulan depan, walau apapun penjelasan yang diberikan.

Pandikar kata MP wanita lebih efektif

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menggesa parti-parti politik di negara ini untuk meletakkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan lebih ramai wakil rakyat di kalangan wanita di Parlimen.
Pandikar Amin berkata berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan Dewan Rakyat, kalangan wanita adalah anggota parlimen yang berfungsi dengan lebih efektif.
"Sepanjang pengalaman saya (sebagai Speaker Dewan Rakyat) selama sembilan tahun (didapati), anggota parlimen wanitalah yang paling efektif.
"Jadi saya harap kepada parti-parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang untuk meletakkan lebih ramai calon wanita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Seminar Anggota Parlimen Wanita Komanwel Asia Tenggara di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Timbalan Speaker Parlimen Singapura Lim Biow Chuan, Pengerusi Anggota Parlimen Wanita Negara Komanwel (CWP) Datuk Dr Noraini Ahmad dan Setiausaha Agung Persatuan Anggota Parlimen Negara Komanwel Akhbar Khan.
Selain itu, Pandikar Amin berkata matlamat untuk menjayakan dasar 30 peratus wanita berada dalam kumpulan penggubal dasar di sektor awam dan swasta juga tidak akan tercapai sekiranya parti-parti politik enggan menambah bilangan calon
wanita untuk mewakili parti masing-masing.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Pandikar Amin berkata hanya terdapat 2,086 atau 19.4 peratus anggota parlimen wanita di Asia.
"Justeru, anda (anggota parlimen wanita) perlu segera untuk kerajaan anda masing-masing melibatkan diri dan meminta untuk mencalonkan lebih ramai wanita sebagai calon semasa dalam pilihan raya.
"Mungkin, usaha perlu dijalankan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan wanita dan pelajar wanita mengenai bidang kerja anggota Parlimen dan memujuk mereka yang berpendidikan untuk menyertai politik," katanya.
Beliau juga mencadangkan bagi mengadakan Program Asas CWP bagi anggota Parlimen wanita yang baharu di rantau ini.

WALAU NAMPAK MACAM BERJAYA, PAS SEKADAR PERKAKAS SAJA

Pengakuan Presiden MIC, Dr. S Subramanian bahawa pembentangan usul pindaan Akta 355 tanpa perbahasan dan pengundian oleh Hadi Awang di Parlimen semalam merupakan keputusan mesyuarat BN yang dicapai pada 29 Mac lalu, menyerlahkan lagi sandiwara yang dipentaskan sebenarnya sudah lama disiapkan skrip dan jalan ceritanya.
Bermakna juga, tindakan Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia menangguhkan sidang seawal jam 4.00 petang adalah sesuatu yang dirancang dan sekadar mengikut arahan.
Ia dengan sendirinya memperakukan bahawa yang merancang segala-galanya ialah BN dan Pas yang menjadi perlaksana hanyalah perkakas saja.
Tidak mungkin Pas tidak tahu atau tidak diberitahu mengenai semua perancangan yang berlaku itu.
Sebab itu, di sebalik sekian ramai yang mengecam keputusan Speaker menangguhkan perbahasan ke sidang Parlimen akan datang dan menjadikan isu Akta 355 terus tergantung untuk dijadikan bahan geli-gelian buat rakyat, dua pemimpin Pas tanpa sembunyi memberikan penghargaan kepada Pandikar.
Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana sudi memberi laluan kepada Akta 355 diusulkan untuk pindaan oleh Hadi, selain menganggap tindakan menangguhkan sidang adalah keputusan yang tepat.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz pula lebih dahsyat pujiannya dengan mendoakan Pandikar diberikan ganjaran tertinggi oleh Allah kerana membenarkan usul persendirian itu dapat dibentangkan akhirnya.
Berhubung tindakan Pandikar menangguhkan sidang, Nik Abduh hanya menyifatkannya sebagai kesilapan yang kurang 10 peratus nilainya, berbanding 100 peratus ketepatannya memberi laluan kepada usul tersebut dibentangkan oleh Hadi.

Lapan tahun rakyat derita di bawah Najib

Pada 3 April lapan tahun lalu, saya adalah antara rakyat jelata Malaysia yang berasa lega - lega dan bersyukur tapi tidak sampai tahap gembira.
Lega dan bersyukur kerana telah menang dan "hadiahnya" adalah Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.
Saya adalah antara orang yang secara terang dan terbuka berkempen tamatkan pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah dilarikan (hijacked) oleh budak-budak tingkat empat.
Anak, bakal menantu kemudian jadi menantu, seorang usahawan Cina, seorang wartawan dan beberapa orang budak Oxbridge.
Hari ini saya dukacita dan berusaha menumbangkan kerajaan BN pimpinan Najib kerana ia juga telah dilarikan.
Malahan berkali-kali ganda lebih teruk daripada kerajaan Abdullah.
Haram zada
Kerajaan Najib dilarikan oleh anak-bini, Cina Jho Low, anak tiri pembikin filem separa lucah (Raza Shahriz Abdul Aziz), Arab misteri, ketua-ketua Umno makan dedak, ketua-ketua BN yang oportunis dan berpuluh-puluh penasihat yang memusnahkan.
Kerajaan Najib yang menjual harta negara, menjadi boneka negara China dan “poodle” Singapura. Kerajaan yang membawa berbagai bencana, bala dan musibah kepada negara dan rakyat jelata.
Skandal 1MDB, SRC International, FGV dan Felda, beban GST, nilai ringgit yang merudum, kos sara hidup yang melambung, MH370 yang hilang lesap, MH17 yang ditembak jatuh, banjir besar, hospital terbakar dan senarainya berterusan.
Pastinya ini bukanlah contoh sebuah kerajaan dan negara yang diberkati, diredhai dan sejahtera.
Tidak ada hadiah ulang tahun untuk Najib tetapi kutukan. Buat apa kita berikan hadiah kepada beliau. Media massa arus perdana milik beliau pun nampaknya tidak meraikan ulang tahun pemerintahan beliau.
Cuma kutukan saya lebih santun daripada kutukan beliau. Najib pernah panggil peneroka Felda yang tidak sokong Umno/BN “haram jadah” dan blogger Umno yang bercakaran “bangang”.
Saya panggil dia “haram zada”. Haram daripada bahasa Arab dan zada daripada bahasa Parsi yang bererti anak. Haram zada adalah istilah bahasa Hindustan.
Saya kata “haram zada” kerana dia baru saja cipta satu lagi rekod peribadi – personal best - yang menyusahkan rakyat jelata iaitu kadar inflasi paling tinggi dalam masa lapan tahun.
Hadiah Najib
Lapan tahun Najib perintah negara inilah hadiah beliau kepada kita – kadar inflasi paling tinggi. Melebihi 4.5 peratus.
Ini bukan rekaan saya atau khabar angin yang saya pungut di tepi jalan seperti pernah dituduh oleh budak-budak suruhan Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah apa yang Bank Negara Malaysia kata.
Lagi satu contoh sumpahan era Najib. Malaysia yang dulunya negara emas tapi di bawah sentuhan beliau ia menjadi batu. Sang Kelembai pun tak seteruk itu.
Bukan inflasi saja mencecah langit. Hutang luar negara pun sama. Bank Negara kata hutang luar negara naik kepada RM908.7 bilion (RM908,700,000,000).
Najib berikan kita racun. Eloklah kita pulangkan jadam.
Maka marilah kita buat sesuatu yang konkrit dan bersejarah demi negara dan rakyat jelata - kita nyahkan Najib-BN jauh ke Laut Khalzum.
Insya Allah.

DATUK A KADIR JASIN

Rakyat jadi 'kambing hitam' GST untuk kemewahan Umno@Bn

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengeluarkan kenyataan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada kejatuhan harga minyak dunia.
Ini memandangkan pendapatan bersumberkan petroleum merudum sehingga memaksa kerajaan persekutuan memperkenalkan dasar cukai regresif yang dikenakan kepada sebahagian besar penduduk Malaysia.
Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menyatakan sistem GST mengajar peniaga untuk jujur dalam membayar cukai.
Hakikatnya, kegagalan kerajaan Umno-BN dalam menguatkuasakan undang-undang selama ini yang menyebabkan peniaga mengelak daripada membayar cukai.
Jika ini alasan untuk GST diwujudkan, maka ternyatalah kerajaan mengambinghitamkan rakyat gara-gara kegagalan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini.
Tambahan pula, Mustapa mendakwa cukai GST hanya menyebabkan kadar inflasi Malaysia meningkat secara sementara atau one-off.

Realitinya, laporan Bank Negara menunjukkan bahawa kadar inflasi negara meningkat melebihi purata kadar inflasi bulanan (2 hingga 3 peratus) pada waktu permulaan pengenalan GST dan juga pada bulan Februari 2017, iaitu 22 bulan selepas 1 April 2015.
Malah, jika ditanya orang ramai, sudah tentu mereka masih merasakan harga barang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Apa yang boleh dirasai kini apabila harga makanan seperti mi segera, mi dan laksa kering turut dimasukkan dalam jadual barangan dikenakan GST.

Golongan pertengahan, bawahan dan pelajar tidak terkecuali akan terkesan, ini jelas menampakkan kerajaan Umno-BN tidak prihatin langsung dengan golongan ini.
Tanpa segan silu menyatakan bahawa GST penyelamat negara, Mustapa menyembunyikan situasi sebenar bahawa kerajaan gagal menangani dua isu besar yang menyebabkan dasar fiskal negara menghadapi masalah.
Pertama, penyelewengan dan rasuah yang akhirnya meningkatkan perbelanjaan negara tanpa menguntungkan rakyat kebiasaan.
Kedua, kegagalan polisi percukaian yang mampu mengatasi ketidaksamarataan harta di negara kita.
Merujuk kepada Indeks Pembaziran Kerajaan dikeluarkan oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), jumlah pembaziran untuk tahun 2014 dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion.
Persepsi rasuah
Pembaziran ini tidak termasuk lagi dengan kes-kes rasuah yang melanda di seluruh negara. Persepsi rakyat terhadap amalan rasuah kerajaan Umno-BN semakin tinggi, apatah lagi setelah berlakunya kes rasuah syarikat air di Sabah dan kes rasuah hartanah bumiputera di Johor.
Kedua-dua negeri ini ditadbir oleh Umno BN.
Disebabkan kerajaan gagal mengekang gejala penyelewengan yang menyebabkan peningkatkan perbelanjaan negara, akhirnya jalan pintas untuk membayarnya adalah dengan memperkenalkan GST yang memangsakan rakyat kebanyakan.
Pada masa yang sama, kerajaan gagal melihat ketidakseimbangan kekayaan dalam populasi rakyat di negara kita.
Wujudnya situasi golongan kaya semakin kaya, golongan miskin semakin miskin, adalah disebabkan kerajaan gagal mewujudkan polisi percukaian yang progresif.
Bagaimana negara kita mempunyai hartawan yang mempunyai berpuluh-puluh bilion ringgit, sedangkan pada yang sama sejumlah lapan juta orang memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Mengapakah boleh terjadi beberapa orang memiliki berpuluh-puluh syarikat dan saham bernilai ratusan juta ringgit, sedangkan media-media di Malaysia masih memaparkan tentang kemiskinan dan ketiadaan rumah.

MP anjur pertandingan esei "Adakah Pandikar seorang bloody fool?"

Kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat menangguhkan persidangan atas alasan enggan menjadi seorang yang 'bloody fool', ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dengan sokongan ahli-ahli parlimen DAP mengadakan pertandingan esei bertajuk "Adakah Pandikar seorang bloody fool?"
Sehubungan itu beliau mengundang semua rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk menghantar cerpen atau esei ke laman Facebook rasmi beliau mulai sekarang.
Tulisan paling cemerlang yang menggambarkan tingkah laku Pandikar, jelas Lim akan dipilih sebagai pemenang dan bakal menerima hadiah tunai berjumlah RM2,000; sumbangan beliau dan Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su.
"Semalam di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak menangguhkan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355, ke sidang seterusnya yang bakal berlangsung antara Julai hingga Ogos.
"Pandikar menjelaskan bahawa tindakan menangguhkan perbahasan tersebut adalah kerana beliau tidak mahu menjadi seorang ‘bloody fool’.
"Tindakan tidak rasional itu adalah suatu penghinaan kepada tugas dan tanggung jawab Speaker - orang nombor tiga paling berkuasa dalam kerajaan persekutuan," kata Lim.
Menurut Lim, lima rang undang-undang telah ditarik balik malam sebelumnya termasuk RUU bagi meminda Akta Keganasan Rumahtangga sedangkan sehari suntuk telah diberikan bagi pembentangan usul persendirian Abdul Hadi.
Pun begitu, beliau kesal kerana Pandikar telah menafikan hak dan tanggung jawab ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan usul itu hanya kerana Pandikar berkuasa berbuat demikian dan tidak mahu menjadi 'si bahlul' atau ‘bloody fool’.

Shabudin mungkin saman media kerana 'putar belit' kenyataan

'Powerful' to 'bloody fool' to 'I don't care' (Abridged version)

'Powerful' to 'bloody fool' to 'more fools'

Skandal 1MDB: "Itu diluar konteks," kata Pengerusi 1MDB

'Pembangkang jangan buat jangkaan berlebihan' - Rais Husin (PPBM)

Pemenjaraan Anwar dapat perhatian Parlimen Sedunia, maklum Izzah

Drama RUU 355: Najib kini 'habis modal', jangka Rafizi

Pandikar tak mahu dengar hujah 'bloody fool'

"Bloody Fool": "Saya bersikap adil semalam," jelas Pandikar

3 Kali Tangguh: Saya kecewa, luah Mahfuz

'Bloody Fool' : Ketika komponen BN tahu RUU 355 tangguh, Pas tak tahu apa-apa

Keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang Akta 355 yang dibentangkan presiden Pas semalam telah diketahui lebih awal para pemimpin parti komponen BN, namun tidak pula diketahui sebahagian pemimpin Pas.
Dr S SubramaniamPresiden MIC Dr S Subramaniam berkata, BN sudah membuat keputusan supaya tidak berlakunya pengundian bagi usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selepas perbahasan dan huraian di Dewan Rakyat, semalam.
Menurut Subramaniam, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.
“Keputusannya adalah membenarkan Pas membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam, ketika ditemui di Parlimen, semalam.
Ahli Parlimen Segamat itu berkata, keputusan itu selari dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN.
Kali terakhir Majlis Tertinggi BN bersidang adalah pada 29 Mac apabila perdana menteri yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 walaupun beberapa kali dijanjikan sebelumnya.
Keputusan itu, kata Najib dibuat sebagai menghormati konsensus BN.
Subramaniam berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat tidak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian tersebut, MIC akan memberikan pendirian dan pendapat mereka berhubung perkara itu.
“Oleh sebab speaker tidak membenarkan perdebatan jadi MIC tidak boleh menyertainya.
“Jika speaker membenarkan pihak lain untuk berbahas, kami akan memberikan pendapat kami daripada sudut pandang Perlembagaan,” kata Dr Subramaniam dipetik The Malay Mail Online.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata, konsensus yang dicapai BN adalah hanya membenarkan RUU 355 itu dibentangkan.
"Itu sebenarnya keputusan (yang dicapai BN) tetapi hanya untuk memperkenalkan (RUU 355)... dan itu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita.
Pandikar semalam menangguhkan perbahasan usul persendirian Abdul Hadi untuk meminda RUU 355 ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang pada 24 Julai depan.
Keputusan itu dibuat selepas ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selesai berucap menyokong usul persendirian tersebut selepas Abdul Hadi membentangkannya di Dewan Rakyat.
Namun Dewan Muslimat Pas dalam satu kenyataan yang disiarkan laman rasmi parti itu,

Berjayanya ‘Serambi Mekah’ di bawah pemerintahan Pas, tikus dan kucing hidup ‘harmoni’

KUALA LUMPUR: Betapa berjayanya pemerintahan Pas di Kelantan sehingga kucing dan tikus pun hidup dengan “harmoni”, kata Mohamad Sabu dalam ulasan sinisnya terhadap mereka mendakwa mendokong Islam tetapi gagal mengamalkan nilai seperti kebersihan yang dititik beratkan agama.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu mempersoalkan tahap kebersihan di negeri “serambi Mekah” itu, dan berseloroh saiz tikus di bandar Kota Bharu sudah hampir sama dengan kucing.
Keadaan itu turut terpancar di negara penduduk Islam lain, kata Presiden AMANAH itu, menunjukkan betapa umat Islam zaman ini tidak lagi menonjolkan nilai Islam yang menganggap kebersihan sebahagian daripada iman.
“Jika ke Kaherah, anda boleh hidu bau hancing di jalan sekitar Universiti Al-Azhar. Jadi apa gunanya menghasilkan ribuan agamawan setiap tahun?” soalnya dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.
“Kebersihan dan alam sekitar amat diutamakan dalam Islam, tetapi tidak diamalkan,” kata Presiden AMANAH itu dalam wawancara bersama FMT.
Mohamad yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berpendapat umat Islam zaman ini di peringkat paling bawah peradaban dunia.
Beliau memberi contoh kota suci penganut Katolik, Vatican City, yang menurutnya sangat terjaga kebersihannya.
“Saya masuk ke gereja dan tempat kuliah, pergi ke bandarnya. Mana bandar umat Islam yang dapat atasinya dari segi kebersihan?” soalnya, sambil menamakan bandar universiti Iran, Mashhad, sebagai antara bandar Islam yang bersih dan menandingi Vatican City.
Umat Islam terperosok
Mat Sabu berpandangan umat Islam kini pada tahap terburuk dalam sejarah, ketinggalan serba-serbi dengan masyarakat bukan Islam.
“Apabila disebut negara Islam, kita terbayangkan pemimpin yang kaya raya, diskriminasi terhadap wanita dan ramai pelarian. Apakah ini Islam?
“Masyarakat kita pula lebih mengutamakan label – Islam atau tidak, bukannya soal rasuah atau salah guna kuasa. Bagi mereka, tidak mengapa pemimpinnya rasuah asalkan Islam, berbanding pemimpin bersih yang bukan Islam,” katanya.

Dakwaan PAS terima RM90 juta dana 1MDB, bila mahu saman?

PAS yang mengaku memperjuangkan Islam di negara ini harus segera menjawab dakwaan bahawa terdapat sejumlah wang yang berasal dari 1MDB mengalir ke akaun seorang tokoh yang rapat dengan pemimpin utamanya.
Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pemimpin PAS harus segera menjawab dakwaan itu kerana ia melibatkan martabat Islam yang sering dilaung-laungkan parti itu.
“Pemimpin PAS sepatutnya tahu bahawa kesalahan rasuah itu amat berat di sisi agama. Untuk tidak mencetuskan imej buruk terhadap Islam, pemimpin PAS harus segera menjawab dakwaan ini,” katanya yang juga Adun Mentakab kepada Roketkini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Naib Pengerusi PKR, Rafizi Ramli bahawa terdapat sejumlah wang yang berasal daripada syarikat terpalit skandal, 1MDB masuk ke akaun seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan tertinggi PAS.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini turut mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan aliran tunai berkenaan.
Menurut beliau, ia dikesan selepas pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadap aliran wang dari akaun-akaun yang disiasat berhubung dana 1MDB yang dipindakan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa turut mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO melalui akaun Affin Bank. Ia rentetan daripada laporan laman pembocor maklumat, Sarawak Report.
Ekoran itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan media pada 9 Februari lalu, mahu menyaman Husam sebagaimana yang didakwa dibuat PAS sebelum ini terhadap Sarawak Report.

Tangguh 3 kali: ‘Sandiwara yang telah disempurnakan skripnya’

Drama di Parlimen petang semalam jelas menunjukkan jawatan Speaker diperalat demi kepentingan politik terdesak yang telah menjatuhkan kredibiliti dan institusi Parlimen.
Ia ekoran usul persendirian Hadi berkenaan RUU355 tidak dibahas walaupun Speaker memiliki kuasa penuh untuk meneruskan perbahasan.
Integriti jawatan Speaker dilihat telah menjadi ‘korban’ kepada politik terdesak UMNO menjerat pengikut barunya, PAS demi mengekalkan kuasa mereka.
Malang lagi sekiranya UMNO dan PAS senyap-senyap menjalinkan hubungan sulit memperalatkan RUU355 sebagai senjata politik bagi melemahkan pakatan pembangkang.
“Isu RUU 355 ini terbukti sebuah sandiwara yang telah disempurnakan skripnya.
“Begitulah hinanya satu RUU yang dikatakan memartabat bidang kuasa Mahkamah Syariah diperlakukan semahu-mahunya dalam Parlimen kita,” kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, tindakan Speaker memberhentikan perbahasan semalam jelas menjatuhkan kredibilitinya sendiri.
“Parlimen adalah tempat untuk membahas dan melulus sesuatu rang undang-undang bukan medan permainan politik untuk mencapai agenda pihak berkuasa.
“Jawatan Speaker sepatutnya diselamatkan dari diperalatkan sebegitu rupa.
Salahudin menjelaskan, Parlimen sepatutnya menjadi ruang untuk membahaskan segala isu, usul dan masalah di negara ini.

Tangguh 3 kali, RUU355 skrip terancang UMNO-PAS

Drama Rang Undang-undang (RUU) 355 yang berlangsung di Dewan Rakyat semalam didakwa mengikut skrip yang ditulis secara terancang oleh UMNO bersama-sama pengikut barunya, PAS.
Malah, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada sesi mesyuarat itu adalah untuk memastikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut skrip yang telah disediakan.
Jalan cerita itu, jelas Kit Siang, diatur supaya Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat membentangkan usul persendiriannya itu untuk kali ketiga tanpa melepasi sesi perbahasan melibatkan pembangkang serta proses pengundian belah bahagi.
“Inilah sebab mengapa mesyuarat Dewan Rakyat pada Rabu berlarutan sehingga 5.05 pagi keesokannya selama hampir 20 jam, dan lima RUU kerajaan dikeluarkan (dari aturan mesyuarat).
“Ia sebenarnya dibuat bagi mengosongkan agenda Dewan Rakyat pada Khamis untuk memberi laluan kepada satu perkara, hanya satu perkara, iaitu usul persendirian Hadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dakwaan itu, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, diperkuatkan lagi dengan pengakuan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan UMNO tahu mengenai perancangan yang diatur parti Melayu itu dan PAS.
“Subramaniam berkata keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, adalah untuk membenarkan PAS membentangkan hujah mereka berhubung usul Hadi tetapi tidak akan ada perbahasan atau pengundian.
“Justeru, adakah Hadi mempergunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO, ataupun sebenarnya Najib yang mempergunakan Hadi (dalam hal ini)?” soalnya.
Pandikar bersandiwara tentang ketuanan Parlimen, padahal ikut telunjuk UMNO
Parlimen semalam menyaksikan buat kali ketiga, usul persendirian Hadi bagi meminda Akta 355 itu dibentangkan di Dewan Rakyat dan akhirnya mendapat sokongan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang memberi hujah panjang lebar mengenai usul tersebut.
Berbeza dengan dua penangguhan sebelum ini yang ditangguhkan oleh Hadi sendiri selaku pembawa usul, pembentangan kali ini ditangguhkan oleh Pandikar dengan kuasa yang kononnya didakwa ada padanya untuk berbuat demikian.

‘Kejayaan’ PAS dirai gembira ahli parti walaupun 3 kali tangguh....


‘Kejayaan’ PAS dirai gembira ahli parti
Sebahagian penyokong PAS yang berada di luar Parlimen bagi menanti pembentangan RUU355 oleh Presiden Abdul Hadi Awang semalam. 
PARA penyokong PAS sejak malam tadi masih meraikan kejayaan Presiden Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355 semalam, di Dewan Rakyat walaupun ia ditangguhkan.
Tulisan dalam media sosial, blog, perbualan di kedai kopi serta komen di Facebok membayangkan kegembiraan mereka walaupun mendapat bantahan wakil rakyat DAP sebelum Hadi membentangkannya.
"Tiaada ahli Parlimen PAS pernah membawa usul persendirian sehingga sampai ke peringkat ini. Tiada pemimpin PAS  pernah berpeluang mengemukakan satu usul penting yang melibatkan pemerkasaan Syariah seperti ini," tulis Roslan Shahir, timbalan ketua penerangan PAS Selangor dalam Facebooknya.
Roslan yang pernah ditamatkan perkhidmatannya sebagai setiausaha akhbar presiden PAS pada Julai 2009, memasuki arus perdana PAS semula selepas ia berpecah dan membentuk Amanah.
Menurutnya, Hadi mencipta sejarah apabila ucapannya tidak kurang tiga kali disambut hentakan meja iaitu tanda sokongan ahli Dewan termasuk daripada bangku kerajaan.
Sentimen beliau turut disokong Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
"Maklum balas yang saya dapat daripada ahli adalah mereka sangat berpuas hati apabila usul itu berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.
"Ini menunjukkan PAS boleh bekerja mengikut peraturan dan bukannya seperti didakwa sesetengah pihak yang PAS adalah Taliban atau IS (Islamic State)," kata Idris kepada The Malaysian Insight dalam wawancara melalui telefon hari ini.
Walaupun ia berlangsung tanpa dibahaskan, beliau berpendapat ia langkah positif bagi memberi penerangan mengenai RUU355.
"Ia berjaya menjelaskan gambaran tidak betul dan negatif tentang usul ini terhadap bukan Islam.
"Apa berlaku semalam adalah sesi soal jawab yang dikendalikan dalam suasana baik, mengikut peraturan dan demokratik," katanya.
Ketika ditanya apakah PAS akan membawa lagi usul ini dalam sidang akan datang, Idris berkata parti akan membincangkannya terlebih dahulu.
"Sama ada kami boleh membawanya sekali lagi, terletak kepada peraturan tetap Dewan," kata Idris yang juga ahli Majlis Syura PAS.

'Bloody Fool' : Pandikar tangguh perbahasan kerana tak cukup rehat

Speaker Dewan Rakyat berkata habiskan persidangan awal kerana setiausaha dan kakitangan Dewan Rakyat ‘berkampung’ di pejabat dan mereka tidak tidur semalaman
pandikarKUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempertahankan tindakannya menangguhkan perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Pandikar berkata penangguhan itu dibuat berikutan sesi persidangan Dewan Rakyat sehari sebelumnya berakhir pada jam 5 pagi.
“Apabila saya diberi kuasa, saya mahu ia dihabiskan awal kerana setiausaha dan kakitangan Dewan Rakyat ‘berkampung’ di pejabat.
“Kami tidak tidur semalaman,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
“Saya keluar Dewan Rakyat lebih kurang 3.30 pagi dan terpaksa bangun awal untuk mendengar hujah ahli Parlimen yang kadang-kala tidak masuk akal.
“Jadi, dengan kuasa yang saya ada, saya tidak mahu duduk di situ selama 2 hingga 3 jam untuk mendengar idea daripada ahli Parlimen,” katanya.
Pada 5 April, persidangan Dewan Rakyat mencipta sejarah selepas ia berlangsung hampir 20 jam bermula dari 10 pagi hingga 5.05 pagi semalam.
Penangguhan sidang itu dibuat selepas RUU Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, diluluskan dengan undian majoriti.
Persidangan itu juga meluluskan RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017, Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017.
Pandikar berkata tindakannya menamatkan sesi perbahasan pada jam 4 petang dan menguruskan sesi perbahasan semalam adalah tindakan yang adil.
“Ada pemimpin Umno mahu mencelah dan berbahas, tapi saya tak benarkan, kalau saya senangkan hati satu pihak, maknanya saya tidak adil.
“Penanda aras ‘keadilan’ tugas speaker adalah apabila semua yang hadir tidak setuju dengan saya,” katanya.
Katanya, pada sesi pembentangan RUU, beliau tertakluk di bawah Peraturan Mesyuarat 15 Dewan Rakyat iaitu tiada kuasa menangguhkannya sehingga selesai.

HARAPAN pertikai pindaan Akta 355 tak terus dibahas

Pakatan Harapan melahirkan kekesalannya terhadap tindakan speaker Dewan Rakyat yang menangguhkan sidang lebih awal dan tidak memberi laluan terhadap usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibahas.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang pada jam 4 petang, sedangkan waktu lazim mesyuarat sehingga 5.30 petang, amat mengejutkan.
“Lagipun, untuk perkara penting seperti ini, dewan boleh saja bersidang sehingga lewat malam, contohnya, dewan bersidang sehingga hampir jam 5 pagi pada hari sebelumnya.
“Tindakan speaker ini menghina dewan. Ia juga menyebabkan perbahasan atas RUU355 tertangguh sekali lagi, iaitu kali ketiga.

“Ini membawa fitnah , iaitu seolah-olah mempermainkan RUU355,” kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.
Pandikar semalam menggunakan kuasanya untuk menangguhkan sidang ke sesi selanjutnya pada 24 Julai ini.
Penangguhan itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan itu kerana tidak diberi peluang membahaskannya.

Usul Hadi dibawa ke sidang pada jam 12 tengah hari dan disokong oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang menyampaikan penjelasan panjang lebar.
Dalam kenyataan hari ini, Saifuddin juga berkata tidak timbul isu anggota parlimen HARAPAN cuba menghalang pindaan itu daripada dibentangkan.
Katanya, sebelum pembentangan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, anggota parlimen parti itu hanya membangkitkan soalan berkaitan peraturan mesyuarat kepada speaker.
“Ia bukan soalan kepada YB Marang (Hadi) atau RUU355. Ia soalan yang ditujukan kepada speaker,” katanya.

“Tiada anggota parlimen HARAPAN yang mencelah atau melakukan apa-apa yang boleh ditafsirkan sebagai menghalang ketika YB Marang membentangkan RUU355 dan ketika ia disokong oleh seorang lagi YB daripada PAS.”

Pandikar: Saya tak peduli apa mereka kata

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dirinya menerima arahan daripada BN berhubung keputusannya menangguhkan perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Kenyataannya itu dibuat susulan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dilaporkan berkata bahawa keputusan untuk menangguhkan perbahasan dibuat semasa mesyuarat majlis tertinggi BN sebelum ini.
Menurut Dr Subramaniam, keputusan itu adalah untuk membolehkan PAS untuk membentangkan kes mereka dan terdapat persetujuan bahawa ahli parlimen tidak akan mengundi pada hari itu.
"Saya tak peduli apa yang mereka kata. Bagi saya, saya bersikap adil.
"Saya tidak mempunyai agenda politik, saya memastikan setiap persidangan dapat berjalan dengan lancar.
"Kerana apa mereka kata, termasuk pemimpin komponen (BN), adalah untuk kepentingan politik mereka. Mereka bertanding (pada untuk pilihan raya). Saya tidak bertanding,” kata Pandikar ketika ditemui Malaysiakini pada sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menyelesaikan semua urusan kerajaan sebelum Khamis, dan beliau terpaksa mematuhi ini mengikut Peraturan Mesyuarat 15.
"Oleh itu, apabila saya diberi kebebasan pada hari itu, saya mahu mengakhirinya awal," katanya sambil memberitahu bahawa sidang dewan Rabu lalu hanya berakhir pada jam 5.05 pagi Khamis.
Semalam, Pandikar menangguhkan perbahasan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi parlimen akan datang yang bersidang semula pada 24 Julai.

Tuan Speaker... ikut arahan gunakan kuasa juga 'bloody fool'

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Tindakan Speaker Dewan Rakyat menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang akta 355 di Dewan Rakyat semalam juga boleh dianggap 'bloody fool' (sangat bodoh) kerana jelas penangguhan itu dibuat atas arahan pihak tertentu, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Dalam satu kenyataan hari ini, Salahuddin mengulas tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara tiba-tiba menangguhkan sidang Dewan Rakyat setelah anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hasan berucap menyokong usul RUU Akta 355 yang dikemukakan anggota parlimen Marang.
Bagi Salahuddin, tindakan speaker itu secara jelas menjatuhkan kredibiliti Pandikar dan institusi Dewan Rakyat.
"Kita mahu Speaker Parlimen seorang reformis yang mampu merubah struktur institusi Parlimen kita sebagaimana kita belajar proses Parlimen di negara-negara Komanwel yang mencapai kecermerlangannya.
"Cara Speaker membuat keputusan terhadap pembentangan usul YB Marang semalam adalah jelas menjatuhkan kredibiliti beliau dan intitusi Parlimen itu sendiri. Di mana lagi tempat yang terbaik dan mulia untuk sesuatu usul atau RUU itu dibahaskan?" tegasnya.
Menurut Salahuddin, semua pihak perlu diberikan ruang yang saksama untuk berbahas di parlimen menjadikan sikap adil dan bijaksana seorang Speaker amat perlu untuk mengendalikan perjalanan dewan yang mulia.
"Parlimen adalah tempat untuk membahas dan melulus sesuatu rang undang-undang bukan medan permainan politik bagi mencapai agenda pihak berkuasa. Jawatan Speaker sepatutnya diselamatkan dari diperalatkan sebegitu rupa," tegas beliau lagi.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan isu RUU 355 sebagai sandiwara yang telah disempurnakan skripnya.
"Begitulah hinanya satu RUU yang dikatakan memartabat bidang kuasa Mahkamah Syariah diperlakukan semahu-mahunya dalam Parlimen kita.
"Maaf Tuan Speaker, sekiranya kita hanya mengikut arahan untuk  menggunakan kuasa, ianya juga boleh dianggap "bloody fool"," ujar beliau sinis.
Semalam, Pandikar menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat apabila bertindak menangguhkan persidangan secara tiba-tiba walaupun ramai anggota dewan telah bersedia untuk membahaskan usul RUU Akta 355 yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.
"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.
"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.
Penangguhan sidang itu dibuat kira-kira jam 4 petang. Sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadual diadakan pada 24 Julai ini.
Penangguhan dibuat Pandikar itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan berkenaan kerana mereka tidak diberi peluang membahaskan usul Abdul Hadi itu.
Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

SPRM SUDAH ADA KERTAS SIASATAN PEMINDAHAN WANG DARI AKAUN PERIBADI DATO’ SERI NAJIB

Saya sedia maklum jawapan rasmi Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Takiyuddin Hassan kepada kenyataan saya mengenai dana berkaitan 1MDB yang dipindahkan dan sampai kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS sekarang. Beliau menyeru supaya saya menyerahkan bukti yang saya ada kepada SPRM supaya SPRM boleh segera menyiasat.

Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa SPRM sudah pun menyiasat aliran dana dari akaun-akaun yang disiasat berhubung dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dari siasatan itu, satu aliran dikesan sampai kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS itu.

Oleh itu, tidak timbul soal segera menyerahkan bukti kepada SPRM seperti yang dinyatakan oleh Datuk Takiyuddin itu. Namun, saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini dan selepas itu, saya akan membuat laporan SPRM supaya SPRM dapat merujuk kembali kepada kertas siasatannya sendiri.

Setelah saya menamakan tokoh tersebut, ia akan menjadi ujian besar kepada UMNO dan PAS seperti berikut:

1.   Pimpinan UMNO akan bergelut sekali lagi dengan isu campur tangan dalam pentadbiran keadilan negara sekiranya Peguam Negara sekali lagi menutup kes walaupun kertas siasatan telah selesai dan bukti telah dikumpul oleh SPRM;

2.   Pimpinan PAS di segenap peringkat perlu menyemak sama ada mereka pernah sekali-kali menerima bantuan kewangan, derma, infaq atau dana (dalam apa jua bentuk dan bagi apa jua tujuan) dari tokoh yang saya namakan itu kerana ada kemungkinan besar ia dana dari wang rakyat yang dibelanjakan melalui 1MDB. Sebagai sebuah parti yang mengaku mengangkat Islam, setiap pemimpin PAS perlu lebih teliti dari semua parti lain mengenai asal usul sumber kewangan mereka untuk mengelakkan sumber yang disifatkan syubhah (diragui).


Saya pada mulanya tidak berniat untuk membawa isu ini tetapi episod di Parlimen semalam mengesahkan bagaimana isu penambahbaikan mahkamah syariah telah dimainkan lebih dari setahun demi memberi ruang bernafas kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setelah ditangguhkan 3 kali, jelas bahawa isu yang dibawa oleh PAS melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 (RUU355) akan terus dijadikan umpan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sementara saya bersedia untuk berbahas sepenuhnya dan memberikan pandangan bagaimana cara terbaik menambahbaik mahkamah syariah, persetujuan di luar dewan di antara Dato’ Seri Najib dan PAS (seperti yang disahkan oleh Dato’ Seri S Subramaniam, presiden MIC bahawa keputusan itu telah dipersetujui lebih awal di Majlis Tertinggi Barisan Nasional) menunjukkan Dato’ Seri Najib tidak berniat pun untuk menambahbaik mahkamah syariah.

RUU 355: BN sudah buat keputusan tiada pengundian, kata Presiden MIC

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sudah membuat keputusan supaya tidak berlakunya pengundian bagi usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selepas perbahasan dan huraian di Dewan Rakyat, hari ini.
Presiden MIC Dr S Subramaniam berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) sudah menetapkan usul persendirian ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.
“Keputusannya adalah membenarkan PAS membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam, ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Segamat itu berkata, keputusan itu selari dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN.
Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia tidak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian tersebut, MIC akan memberikan pendirian dan pendapat mereka berhubung perkara itu.
“Oleh sebab speaker tidak membenarkan perdebatan jadi MIC tidak boleh menyertainya.
“Jika speaker membenarkan pihak lain untuk berbahas, kami akan memberikan pendapat kami daripada sudut pandang Perlembagaan,” kata Dr Subramaniam lagi.
Pandikar hari ini menangguhkan perbahasan usul persendirian Abdul Hadi untuk meminda RUU 355 ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang pada 24 Julai depan.
Keputusan itu dibuat selepas ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selesai membahaskan usul persendirian tersebut selepas Abdul Hadi membentangkannya di Dewan Rakyat.

Sketsa RUU355: Siapa yang untung dan siapa yang rugi...

Orang PAS cuma nak usul tu berjaya dibentang sebab sangat terkesan dengan momokan "dikencing oleh Umno" selepas Hj Hadi dua kali menangguhkannya yang dituduh sebagai mengikut skrip Umno.

AstroAwani melaporkan:
Perbahasan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 ditangguhkan ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Keputusan itu dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan menggunakan kuasanya sebagai Speaker Dewan Rakyat sesudah Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan menyampaikan usul menyokong pindaan akta tersebut.

"Memetik kata seorang pemimpin Sabah iaitu 'when you are in power, you are powerful. But if you don't use your power, you are bloody fool.' Hari ini saya tidak mahu jadi 'bloody fool' (kerana tidak menggunakan kuasa)," katanya. - AstroAwani.
Dengan aksi 'bloody fool' speaker tu sketsa RUU355 di parlimen pun berakhir untuk sessi sidang parlimen kali ini.

Tentunya selepas ni takkan ada lagi sidang parlimen kerana Najib tentu akan bubar parlimen untuk PRU14 sebelum sidang seterusnya yang dijadualkan pada 24 Julai depan.

Kalau tanya orang PAS tentu depa akan kata depa yang menang dalam 'sketsa RUU355' ni walaupun sebenarnya Marang cuma berjaya bentang usul tu, bukan kata diluluskan, dibahaskan pun belum.

Orang PAS cuma nak usul tu berjaya dibentang sebab sangat terkesan dengan momokan "dikencing oleh Umno" selepas Hj Hadi dua kali menangguhkannya yang dituduh sebagai mengikut skrip Umno. Malangnya depa tetap tak nampak walaupun kali skripnya lebih jelas lagi karangan Umno.

Dari segi untung rugi, aku tak nampak langsung 'sketsa RU355' ni menguntungkan PAS. Yang ada pun mungkin cuma ahli dan penyokong tegar PAS akan lebih teguh dengan PAS.

Kalau pun mungkin ada pertambahan seorang dua ahli dan penyokong Umnoyang beralih menyokong PAS sebab 'kesungguhan' PAS kononnya nak memperkasakan Mahkamah Syariah, sangat tidak berbaloi berbanding kehilangan sokongan dari kalangan pengundi bukan Islam.

Yang untungnya dari 'sketsa RUU3455' ni tentulah Umno BN. RUU355 cuma umpan Umno BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat telah pun pecah dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sketsa hari terakhir sidang parlimen semalam cuma usaha Umno BN untuk pastikan BN tidak turut dilihat berpecah.

Sebab tu speaker cuma benarkan usul tu dibentang oleh Marang dan disokong oleh ahli parlimen PAS dari Kota Bharu.

Kalau dibenarkan berbahas tentu ahli parlimen BN yang bukan Islam dari MCA, MIC Gerakan dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan menentang usul Marang tu demi untuk menjaga undi mereka.

Yang ruginya adalah pembangkang yang telah berpecah. Perpecahan yang hampir mustahhil untuk bersatu semula, sekurang-kurangnya untuk PRU14.

Kalau parti-parti pembangkang bersatu teguh 'satu lawan satu' dengan BN peluang untuk menunbangkan Umno BN dalam PRU14 akan datang sangat-sangat cerah.

Selain dari itu, yang lebih aku sedih dan yang lebih jelas ruginya adalah Islam.

Cendekiawan selar kenyataan Shabudin tidak selaras budaya Islam

Membenarkan perkahwinan antara mangsa dan perogol menyinggung Islam dan mana-mana tamadun di dunia
shahbudin-kawinPETALING JAYA: Beberapa cendekiawan Islam menyelar Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya kerana kenyataan yang membayangkan perkahwinan antara perogol dan mangsa konsisten dengan budaya Islam.
Prof Rashid Moten dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata membenarkan perkahwinan seperti itu untuk menyelesaikan jenayah rogol tidak adil untuk mangsa, seolah-olah perogol diberi ganjaran atas perbuatannnya.
“Secara psikologi, mangsa akan trauma dengan apa yang berlaku.
“Bagaimana dia boleh bahagia dengan perkahwinan itu selepas dia diperlakukan demikian?” soalnya.
Beliau berkata membenarkan perkahwinan sedemikian menyinggung Islam dan mana-mana tamadun di dunia.
Rashid mengingatkan Shabudin, Islam melihat perkahwinan sebagai institusi suci.
“Keadaan fizikal serta psikologi gadis itu perlu diambil kira dalam memutuskan sama ada dia layak atau tidak untuk berkahwin,” katanya.
Selasa lalu, Shabudin di Dewan Rakyat dilaporkan berkata tidak salah mengahwinkan seorang gadis dengan perogolnya.
Beliau berkata perkahwinan antara mangsa dan perogol mungkin sesuatu yang baik supaya mereka tidak melalui masa depan yang gelap.
Beliau berkata sesetengah gadis bawah 16 tahun memiliki gaya hidup yang liar dan keluarga mendapati sukar mengawal mereka.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan semalam, Shabudin berkata, kenyataannya dipetik di luar konteks.
Shabudin hanya menekankan tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang menghalang gadis bawah umur daripada berkahwin. Beliau juga berkata gadis bawah umur tidak boleh dikahwinan oleh wali tanpa kebenaran mahkamah syariah.
Bagaimanapun, seorang lagi cendekiawan UIAM, Che Amnah Bahari berkata keadaan seperti itu juga bercanggah dengan Islam yang menyeru penganut supaya mengelakkan situasi yang boleh membawa kepada dosa.

Parlimen bukan kilang proses undang-undang, nasihat Sivakumar

V SivakumarV Sivakumar
Sebarang rang undang-undang (RUU) tidak wajar diluluskan secara tergesa-gesa kerana ahli parlimen perlu diberikan masa secukupnya untuk membuat persediaan awal sebelum membahaskan sesuatu perkara di Dewan Rakyat, kata ahli parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.
Beliau memberi contoh RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang dibaca pada kali pertama pada 4 April dan dibawa untuk bacaan kali kedua dan dibahas keesokan harinya.
"Ahli-ahli Parlimen tidak diberi masa yang cukup untuk menghadam isu-isu penting berhubung dengan perkara yang dibangkitkan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Sivakumar, amalan ini bukanlah cara terbaik untuk Parlimen bersidang kerana ia akan menjejaskan kualiti perbahasan.
“Dalam kata lain, Ahli-ahli Parlimen sebenarnya dihalang daripada menjalankan kewajiban dan tanggung jawab secara profesional. Parlimen Malaysia juga tidak akan mencapai status taraf kelas dunia yang dihasratkan jika ianya diuruskan seperti ini,” ujarnya.
Dewan Rakyat mencipta sejarahnya apabila bersidang hampir 20 jam, bermula 10 pagi Rabu lalu dan berakhir pada 5.05 pagi Khamis.
Sivakumar yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP berkata, Parlimen tidak sepatutnya beroperasi seperti kilang.

Siasat kes dihakimi Shabudin libatkan gadis bawah umur

Wanita PKR mahu kes yang pernah dihakimi ahli Parlimen Tasek Gelugor itu perlu disiasat semula susulan kontroversi mengenai perkahwinan bawah umur.
zuraida-shabudnPETALING JAYA: Wanita PKR hari ini meminta kesemua keputusan kes melibatkan perkahwinan gadis bawah umur yang pernah dihakimi Ahli Parlimen Gelugor Tasek, Shabudin Yahaya, yang juga bekas hakim syarie, disiasat semula.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata demikian susulan kenyataan kontroversi Shahbudin yang membantah cadangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur.
“Sekiranya terdapat apa-apa rungutan daripada perkahwinan itu, Shabudin harus bertanggungjawab,” kata Zuraida.
“Saya berharap bahawa kanak-kanak perempuan bawah umur ini akan berani untuk melangkah ke hadapan dan memberikan pandangan dan pendapat mereka mengenai perkahwinan kanak-kanak,” katanya.
Di bawah undang-undang syariah, gadis Islam di bawah umur 16 tahun perlu mendapatkan izin mahkamah syariah untuk berkahwin.
Shabudin, yang dilaporkan seorang bekas hakim syarie, baru-baru ini dikecam hebat selepas beliau dilaporkan mempertahankan perkahwinan bawah umur melibatkan mangsa rogol.
Beliau dilaporkan berkata tidak ada masalah sekiranya seorang perempuan bawah umur yang pernah menjadi mangsa “statutory rape” (atas dasar persetujuan bersama) dikahwinkan dengan perogol.
Bagaimanapun, Shabudin semalam berkata media memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau menyokong perogol berkahwin mangsanya.

Pengundi Tasek Gelugor mahu Shabudin letak jawatan

Mereka melahirkan rasa loya dengan kenyataan wakil rakyat mereka mengenai perkahwinan rogol statutori yang turut mendapat liputan media antarabangsa
shabudin-1
BUTTERWORTH: Kira-kira 50 penunjuk perasaan di Tasek Gelugor mahu ahli Parlimen mereka, Datuk Shabudin Yahaya, dilepaskan dari semua jawatan akibat kenyataannya mengenai perkahwinan rogol statutori.
Tunjuk perasaan itu, diketuai para ketua wanita Pakatan Harapan, berlangsung selama 45 minit, dipenuhi ucapan menuntut Shabudin memohon maaf, meletak jawatan dan dipecat.
Penunjuk perasaan membawa plakad berhimpun di tempat letak kereta di Jalan Gelugor, Permatang Berangan sebelum berarak ke pasar malam berhampiran.
Pengundi yang menyertai tunjuk perasaan itu mahu Shabudin meletak jawatan. Ada juga yang mahu beliau meminta maaf.
Muhammad Zakwan Mustafa Kamal, 20, dari Permatang Berangan berkata, Shabudin harus bertanggungjawab diatas kenyataan itu.
“Kenyataan Shabudin menimbulkan kemarahan dalam kalangan wanita. Dia tak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya cadangkan dia minta maaf.”
Thangaletchumi Ragavan, 50, dari Pokok Machang, masih terkejut dengan kenyataan Shabudin itu.
“Saya ingatkan seorang wakil rakyat berpengalaman akan memberikan jawapan yang bernas mengenai perkahwinan kanak-kanak. Pesan saya kepada Shabudin: Letak jawatan kalau masih ada maruah.”
fahmi
Ketua Biro Dakwah dan Syariah Amanah Ahmad Fahmi A Bakar berkata Shabudin yang mempunyai latar belakang berkhidmat di agensi agama sepatutnya lebih arif.
Fahmi berkata dakwaan Shabudin kononnya pandangannya itu dibenarkan Islam tidak betul kerana ia berdasarkan kepada fiqh lama.
Beliau berkata Shabudin sebagai seorang pengamal syariah sepatutnya lebih berhati-hati.
“Sebagai seorang saudara seagama, saya harap kita dapatkan kepastian sebelum berkata apa-apa.”
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang Lim Siew Khim berkata kenyataan Shabudin menyebabkan anak perempuannya yang berusia 9 tahun bertanyakan adakah benar apa yang dikatakan itu.
“Anak perempuan saya tanya mengenai perkara ini, mengenai ‘boleh kahwin’ dan sebagainya. Saya nak jawab apa?
“Kalau anak perempuan saya boleh tanya soalan sebegitu, boleh kamu bayangkan apa yang Shabudin sudah lakukan kepada negara ini? Dia sudah kelirukan anak-anak kita.”
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Noor Zarinah Zakaria berkata konsep Shabudin mengenai ruang taubat tidak boleh diterima.

Pertelagahan pembangkang, kemenangan buat BN

Suasana pilihan raya
Keadaan pembangkang yang kelihatan bertelagah sesama sendiri dan sukar untuk mencapai kata sepakat dilihat sebagai tiket kemenangan BN untuk PRU14 nanti.
Penganalisis politik  Fakulti Sains Sosial, Unimas, Dr Jeniri Amir mendakwa kerjasama antara pembangkang amat penting untuk tumbangkan BN.
"Pada pendapat saya, kemenangan BN boleh dikatakan pasti jika pembangkang tidak dapat bersatu  kerana apa yang berlaku sekarang menyaksikan komponen pembangkang sering kali bertelagah dan sukar untuk capai tahap kerjasama padu.
"Sedangkan syarat utama untuk pembangkang mengambil alih Putrajaya adalah kerjasama erat di antara semua pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Pas burukkan keadaan

Tambah Jeniri lagi, sikap Pas yang berdegil tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang lain lebih memburukkan keadaan sekali gus memberi kelebihan kepada BN.
"Sebenarnya, pembangkang masih mempunyai harapan tetapi  jika Pas masih lagi berdegil dan tetap dengan pendirian serta tidak boleh bertolak ansur langsung, maka pembangkang akan hadapi masa yang sukar semasa PRU 14 nanti.
"Nyata, keadaan seperti inilah yang ditunggu BN tambahan pula jika Pas tetap tidak berkompromi dengan pembangkang lain maka pertembungan tiga penjuru akan terjadi dan keadaan akan lebih berpihak kepada mereka," katanya lagi.

Kesalahan di bahu Pas jika pembangkang kalah

Katanya lagi, wajar kesalahan diletakkan di bahu Pas sekiranya pembangkang gagal untuk tawan Putrajaya pada PRU14 nanti.
"Pas wajar dipersalahkan jika pembangkang kalah PRU 14 kerana mereka berdegil dan tidak mahu bekerjasama dengan komponen pembangkang lain.
"Mungkin Pas lupa hakikat kemenangan yang dikecapi pada PRU 12 sebelum ini semuanya kerana ada kerjasama dengan pembangkang yang lain.
"Sikap mereka ini sama seperti kacang lupakan kulit," tambahnya lagi.

Perlu kemuka naratif politik

Menurutnya, dengan keadaan sekarang, pembangkang perlu kemukakan naratif politik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka.
"Naratif politik ini perlu untuk beri tunjukkan pada rakyat sebagai bukti komitmen mereka untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai," katanya.