Rabu, 5 April 2017

ADAKAH SAMAN TAWFIK UNTUK MENYELAMATKAN NAJIB?

Siapa Tawfik Tun Dr. Ismail sekarang ini?

Ramai yang hanya sekadar tahu beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Benut, Johor selama sepenggal sebelum ini mewakili UMNO. Tetapi, tidak seperti bapanya, Tawfik kurang menyerlah dalam dunia politik.

Selepas tidak menjadi wakil rakyat, beliau kemudian dilaporkan menceburi bidang perniagaan sepenuh masa.

Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, namanya muncul kembali apabila beliau kerap mengeluarkan kenyataan mewakili Kumpulan G25 iaitu sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara.

Kumpulan G25 ini pada asalnya diasaskan oleh 25 orang tokoh Melayu terkemuka dalam kerajaan yang berperanan menyuarakan pandangan mengenai isu-isu penting yang berlaku dalam negara, tetapi kini difahamkan jumlah anggotanya sudah melebihi 50 orang.
Individu yang kerap muncul bersuara mewakili G25 ialah Noor Farida Ariffin. Hanya kemudian, Tawfik turut kerap mengeluarkan kenyataan atau memberikan temubualnya kepada media atas atas nama G25.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa pandangannya menimbulkan kontroversi umum, Tawfik difahamkan sudah dipeti-aiskan daripada bersuara menggunakan nama G25.

Sebab itu, sudah sekian lama kita tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada mewakili G25.

Juga tidak diketahui sama ada Tawfik masih ahli UMNO atau tidak sekarang ini.

Kini, Tawfik muncul kembali menjadi perbualan berikutan tindakannya memfailkan saman terhadap Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia untuk menghalang Akta 355 daripada dibentangkan atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Hari ini beliau hadir sendiri ke Parlimen bersama peguamnya untuk menyampaikan notis tersebut kepada Speaker.

Umno tidak sepatutnya terlibat dengan RUU355, kata Nazri Aziz

Umno tidak sepatutnya terlibat dengan RUU355, kata Nazri Aziz
Nazri Abdul Aziz berkata Umno perlu belajar daripada sejarah, terutamanya kegagalan bekerjasama dengan PAS pada 1970-an.
JIKA Nazri Aziz diberi peluang bertindak mengikut cara beliau, Umno tidak akan terlibat dengan rang undang-undang Parlimen yang dibawa PAS untuk meningkatkan hukuman kesalahan Syariah yang dikenali sebagai "RUU355".
Bekas menteri undang-undang dan hal ehwal Parlimen yang lantang bersuara itu berkata, rang undang-undang itu tidak akan mendapat layanan istimewa sebagaimana yang berlaku, di mana ia disegerakan dan dibacakan di Dewan Rakyat – sesuatu yang jarang berlaku bagi rang undang-undang yang dibawa pihak pembangkang.
Nazri, ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau tidak bersetuju dengan rakan parti dan pemimpin kanan yang menyokong rang undang-undang itu yang bersandarkan demi kepentingan untuk menegakkan Islam.
Nazri percaya pendekatan mesra PAS oleh Presiden Najib Razak dan ahli lain dalam Umno semata-mata "kenyataan politik" yang tidak menggambarkan tujuan sebenar parti dan gembira apabila Barisan Nasional (BN) membatalkannya selepas ditentang sekutunya.
Pemimpin berusia 63 tahun bercakap kepada The Malaysian Insight semasa persidangan Dewan Rakyat semalam bagi menggariskan sebab mengapa beliau menentang rang undang-undang itu sebagai kepunyaan kerajaan.
Faktor paling penting kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu adalah rang undang-undang itu memecahbelahkan gabungan BN.
Bagi Nazri, perasaan parti gabungan seperti MCA, MIC dan mereka dari Malaysia Timur jauh lebih penting berbanding kerjasama dengan PAS, yang dipimpin Presiden Abdul Hadi Awang yang pernah melabel Umno kafir.
RUU355 pertama kali dibawa ke Parlimen pada April 2015 oleh Hadi yang juga ahli Parlimen Marang. Rang undang-undang itu bertujuan memberi mahkamah Syariah negeri kelonggaran dalam mengenakan hukuman lebih berat terhadap orang Islam yang ditangkap atas kesalahan seperti pengambilan alkohol dan berzina.
Ia segera menyebabkan ribut bantahan daripada bukan Islam dan beberapa ahli Parlimen Islam yang mendakwa PAS cuba melaksanakan versi Kanun Keseksaan Syariahnya sendiri atau "hudud" melalui tindakan undang-undang yang sah – dengan meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengehadkan hukuman bagi kesalahan penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Sebab kedua Nazri menentang penglibatan Umno dalam rang undang-undang ini kerana ia tindakan sia-sia untuk menggembirakan PAS. Ini kerana pada pilihan raya nanti, parti Islam itu akan menjadi saingan terbesar Umno bagi undi orang Islam.
Berikut adalah petikan temu bual itu:
S: Sebagai bekas menteri undang-undang apa pandangan anda mengenai RUU355?
A: Saya sentiasa berkata perkara itu lebih berkaitan dengan PAS berbanding kita. Tetapi apabila mereka mahu membawa rang undang-undang ke Parlimen mereka memerlukan sokongan BN kerana sekutu mereka tidak bersetuju dengannya. Tetapi ia usul PAS.
Tetapi apabila kita bermesyuarat dalam Majlis Tertinggi BN, kami bimbang undang-undang Syariah menjalar ke dalam sistem undang-undang kita, perlahan-lahan.
Itu adalah pandangan parti komponen kami. Jadi kami membuat keputusan kerana parti komponen tidak bersetuju dengannya dan kerana tidak mahu memecahbelahkan BN, kami mengambil keputusan tidak membawanya sebagai rang undang-undang kerajaan dan menyerahkan ia semula kepada PAS. Bagi saya, ia langkah yang betul kerana kepentingan BN mesti diutamakan.
Usul Hadi itu jelas menunjukkan PAS gagal melaksanakan Islamisasi di Kelantan. Jika mereka berjaya, penduduk Kelantan akan akur dengan undang-undang Syariah. Mengapa mereka perlu meningkatkan enam rotan kepada 100? Jika anda menaikkannya, maka ia bermakna anda sudah gagal.
Rakyat Kelantan tidak takut (undang-undang Syariah anda). Sebagai contoh rakyat Kelantan tidak takut meminum arak kerana mereka hanya akan menerima enam sebatan. Atau, sebagai contoh, mereka tidak takut terlepas solat Jumaat setiap minggu kerana mereka akan hanya menerima enam rotan. Jika PAS perlu meningkatkan hukuman enam kepada 100 kali, ia bermakna rakyat Kelantan tidak takut.
Mereka gagal memastikan rakyat Kelantan tidak terlepas solat Jumaat atau minum arak, mereka perlu meningkatkan hukuman 100 rotan. Disebbakan rakyat Kelantan tidak takut, PAS perlu membawa RUU355.
Ini masalah PAS, bukan kita.

MASIH INGAT apa yg Najib cakap pada peneroka2 dahulu..


"Haram jadah mereka itu yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH" - PM Najib Razak, 8/5/2012.

HARTA KERAJAAN ITU MAK BAPAK MEREKA YANG PUNYA KA !!!

KENAPA setiap kali Perdana Menteri Malaysia Najib Razak buat lawatan rasmi kerajaan ke luar negara 'mereka' akan punggah anak beranak ikut sekali yg guna harta kerajaan..

HARTA KERAJAAN ITU MAK BAPAK MEREKA YANG PUNYA KA !!!

APA PULA ALASAN NAJIB kali ini punggah anak beranak sama2 ke lawatan rasmi kerajaan ke India ??!!.. Untuk bercuti bersama2 luang masa bersama2 bersama keluarga ka !!!

PKR pemimpin politik dan kerajaan Malaysia

Oleh Mohd Sayuti Omar
HUP PKR 18 TAHUN
Kerana tenanti-nanti untuk melihat bagai mana nasib RUU 355 samada akan dibentang atau tidak di sidang  parlimen sessi ini yang akan berakhir lusa, ramai pemerhati politik dan juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR - Keadilan) sendiri tidak menyedari yang parti itu kini sudah berumur 18 tahun.



Dalam usia itu Keadilan sudah melewati zaman gadis sunti dan akan melangkah ke alam dewasa beberapa tahun lagi jika usia kedewasaan itu diambil hitung 21 tahun. Sudah pasti bila ia melangkah ke takah itu PKR akan berhadapan dengan pancaroba lebih mencabar lagi sesuai dengan usianya. Gelagat dan perangai kebudak-budakan juga kian menghilang daripada Keadilan dan proses kematangan menjadi makin laju lagi.

Bagaimana pun betapa pancaroba menanti kelak,  nescaya parti itu dapat merentasinya dengan baik dan berhemah. Ini kerana kepimpinan yang mendokongi parti itu adalah mereka yang sudah masak dan matang dalam serta arif dengan tribulasi politik. Apa lagi kebanyakan mereka berlatar belakangkan profesional. Kombinasi kepimpinan veteran dan muda pula menjadi PKR sebuah parti yang dinamik, progresif dan berpandangan jauh ke depan dan ever green.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
PKR merupakan parti multi racial yang kewujudannya sangat sesuai dengan isihati dan citarasa penduduk negara ini berbilang kaum. Ia tidak membawa isme atau doktrin tertentu seperti mana sesetengah parti lain yang berteraskan bangsa dan mengambil agama sebagai dogma. Keserasian parti itu dengan citarasa warga Malaysia memperlihatkan parti ini lebih relevan dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan anutan agama. Inilah keistimewaan dan perbezaan Keadilan dengan lain-lain parti.

Sejarah Keadilan.

Keadilan yang juga dikenali PKR merupakan gabungan dua parti, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bersama Parti Rakyat Malaysia pimpinan Syed Husin Ali. Penggabungannya berlaku pada 3 Ogos 2003. Hasil penggabungan inilah menyebabkan Keadilan dikenali dengan PKR - Parti Keadilan Rakyat. Bagaimana pun hakikat kewujudan atau penubuhan PKR ialah pada 4 April 1999.

PKN mulanya merupakan sebuah parti, Ikatan Masyarakat Islam Malaysia. Pengambil-alihan parti ini disebabkan waktu itu timbul masalah untuk menubuhkan parti politik, kerana kekangan sedangkan Gerakan Reformasi memerlukan sebuah wadah yang lebih besar untuk menyertai piliihan raya. Gerakan Reformasi wujud sebaik Anwar Ibrahim dipecat dari Umno. Penubuhan Gerakan Keadilan (Adil) ketika itu tidak memungkin gerakan Reformasi boleh turut bermain dalam arus politik negara.

Adapun matlamat atau misi PKR ialah menjadikan sebuah badan siasah memperjuangkan keadilan sosial, keadilan ekonomi disamping menentang kronisme dan rasuah serta mewujudkan Malaysia Baru.

Kandati pun usia PKR ini jauh lebih muda berbanding parti-parti gergasi ulung lain, seperti Umno, MCA MIC, (semuanya berusia lebih 65 tahun) ataupun DAP dan Pas (65) PKR bolehlah digolongkan dalam parti pembangkang gergasi di negara ini. Walaupun parti itu jauh lebih muda kira-kira 45 tahun dari parti-parti gergasi utama namun pencapaiannya memberangsangkan, dimana kedudukan PKR kini setaraf dengan parti-parti berkenaan. Keterujaan berlaku apabila dalam usia muda ia sudah menyamai parti lebih lama.

Betapa tidak walaupun usianya kini 18 tahun dan baharu menyertai Pirauam -- pilihan raya umum sebanyak tiga kali, 1999, 2008 dan 2013, tetapi PKR berjaya menahktakan dirinya sama hebat dengan parti-parti pembangkang lain. Bahkan kejayaan dan kemampuan dilihat jauh ke hadapan meninggalkan Pas misalnya. Hari ini PKR berjaya meletakkan wakilnya di Dewan Undangan Negeri di semua negeri, kecuali Perlis.

Kejayaan dan rekod ini sesuatu yang membanggakan. Parti agama (Pas) sendiri walaupun sudah berusia 66 tahun tetapi belum dapat menempatkan wakilnya di DUN di beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak. Sementara PKR hasil Piraum ke-13 berjaya meletakkan 30 ahli Parlimen dan 49 ahli di DUN.

Pencapaian dan preatasi ini sesuatu yang boleh dibangga dan menakjubkan. Ia menunjukkan bahawa parti ini diterima oleh seluruh masyarakat di negara ini. Hal ini belum pernah berlaku kepada mana-mana parti politik hatta kepada Umno, Pas, MCA dan MIC dan parti-parti serpihan lain seperti Parti Negara, Semangat 46 dan lain-lain. Jarang malahan tidak ada parti yang ditubuh pasca kemerdekaan selepas empat dekad berjaya mencatat kejayaan sehebat PKR.

Misalnya Pas selepas 48 tahun pada tahun 1999 baharu memperolehi empat kerusi di DUN Selangor. Sebelum itu Pas gagal memperolehi sebarang kerusi kecuali sewaktu parti itu bersam BN (1974) mempolehi satu kerusi. Pencapaian bertambah menjadi lapan tahun 2008 kemudian meningkat 15 kerusi pada tahun 2013. Pencapaian dan kejayaan ini semua diraih setelah Pas berusia lebih separuh abad, 65 tahun dan setelah berkolaborasi dengan parti pembangkang lain.

Pas optimis jadi ‘king maker’

PAS sedia bergerak bersendirian selain optimis menjadi king maker untuk menakluki kerusi-kerusi yang berpotensi buat calon-calonnya. Ketua Dewan Ulamak Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Johor, DATUK DR MAHFODZ MOHAMAD berkata, Pas Johor sudah bersedia dengan senarai calon dan jentera bagi menghadapi PRU14.


Mahfodz juga optimis dengan prinsip ‘Pas tidak kecewa, kalah selalu tapi menang sekali-sekali tapi ahli dan calonnya tidak keluar parti’.
Ikuti wawancara beliau bersama Ketua Biro Sinar Harian Johor, NORASHIKIN MOHD SALLEH sempena kunjungan mesra beliau ke pejabat Sinar Harian Johor, kelmarin.
Sejauh mana hubungan Pas dan PKR?
Mengenai hubungan Pas dan PKR sebenarnya usul itu telah dibawa oleh Dewan Muslimat pada Muktamar Pas pada tahun lepas. Jadi dekat setahun, maka sudah sampai kepada perbincangan Majlis Syura Ulamak sebenarnya dan pengumuman keputusan itu kemungkinan akan dibuat pada Muktamar Pas akhir bulan April dan kemungkinan juga lepas dari itu.
Kemungkinan ini kerana kita tunggu bila Parlimen hendak dibubarkan kerana kita masih ada hubungan PKR di Selangor dan sebenarnya pimpinan Pas Selangor telah bersedia. Kalau keputusan sudah dibuat, maka mereka sanggup meletakkan jawatan.
Memang apabila diputuskan Pas Pusat, jadi pimpinan Pas Selangor sedia untuk meletakkan jawatan, tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa keputusan yang muktamad, jadi mereka yang jadi Exco dan lain-lain menunggu sehingga ada keputusan.
Bagaimana hubungan Pas dan PKR di Johor?
Di Johor kita masih ada hubungan dengan PKR, apabila kita ada mesyuarat dan setiap kali Pas kawasan atau negeri adakan ceramah, pasti ada PKR dijemput dan terbaru di Ledang pada 22 Februari lepas, malahan PKR diwakili Tian Chua. Di Johor, kita tidak ada masalah dengan PKR.
Bagaimana dengan keputusan untuk tidak menyertai pakatan pembangkang?Perkara yang  kita muktamadkan tidak mahu ada hubungan bukan dengan Pakatan Harapan tetapi bagi mana-mana pakatan yang ada DAP dan Amanah memang kita tidak akan kerjasama dan menjadi syarat kita bagi mana-mana parti politik yang nak bekerjasama dengan Pas mestilah tiada tahaluf siyasi dengan dua parti ini.
Begitu hubungan kita dengan Bersatu, kita masih dalam rundingan lain, keputusan masih tidak ada, kerana kita hendak lihat perkembangan kedudukan Bersatu dalam Pakatan Harapan. Setakat ini, tidak dipastikan betul-betul Bersatu dalam Pakatan Harapan atau sekadar berkawan.
Pas secara prinsipnya akan teruskan perbincangan walaupun ada berita-berita terbaru bahawa terutamanya Pengerusi Bersatu (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan menyertai Pakatan Harapan.
Jika dia memang dah muktamad bersama dengan Pakatan Harapan, malahan ada mengatakan dia nak jadi ketua dalam Pakatan Harapan maka Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
Bagaimana melihat perkembangan keputusan ini bagi Pas menghadapi PRU?
Kita dah berusaha untuk teruskan hubungan dengan PKR dan Bersatu. Selain itu, kita ada blok ketiga Parti Ikatan. Kalau boleh, kita teruskan hubungan yang kita ada dengan parti-parti ini jadi kita tidak sendirian tetapi andainya memang hanya kita, mahu atau tidak, suka atau tidak, Pas akan bersendirian.
Mungkin ada hikmahnya di sebalik sendirian itu, satunya kita nak tahu kekuatan kita sendiri dan kita juga boleh teruskan dasar-dasar yang diperjuangkan Pas kerana apabila kita bekerjasama kita kena tolak ansur, tidak boleh bawa Islam semua sekali ke? Jadi ada pro dan kontra, walaupun dari segi kemenangan belum tentu.
Jika dahulu, kita menang kerana ada sokongan orang bukan Islam, daripada kaum lain, tetapi apabila ada wakil rakyat kita yang kerja rajin terus mesra pengundi tidak kira kaum, mungkin pengundi yang mengundi Pas akan terus memberi undi jika dulu 80 peratus sekarang mungkin 40 peratus namun bagi Melayu kita lihat jika dulu 60-40 peratus antara Umno atau Pas, tetapi kalau sendirian Melayu mungkin beri swing kepada Pas.
Maksudnya Pas bersedia hadapi tentangan lebih daripada dua penjuru?
Kita tidak mahu sangat dua penjuru, kerana  apabila dua penjuru Pas yang akan teruk. Apabila tiga penjuru lawan Umno, dan parti pembangkang lain belum tentu siapa akan menang. Tapi Pas parti lama, kita punya penyokong ramai, ada kerusi yang boleh menang walaupun bersendirian, kerana orang Pas yakin kemenangan di tangan ALLAH SWT. Sebab itu Pas tidak kecewa, kalah selalu tapi menang sekali-sekali tapi kita tidak keluar parti, yang keluar itu kerana dia kecewa.
Bagaimana strategi menghadapi PRU14 di Johor?

Harga RON95, diesel naik 3 sen seliter

Harga bagi minyak petrol RON95 dan diesel dijangka naik 3 sen seliter bermula tengah malam ini.
Ini menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.16 seliter, manakala diesel RM2.08 seliter.
Menurut Sin Chew Daily, harga RON97 turun sebanyak 3 sen seliter, kepada RM2.44 seliter.
Sejak minggu lalu, harga minyak diumumkan mengikut harga siling mingguan pada setiap Rabu.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga bahan bakar itu pada awal bulan

P Pinang temui ‘maklumat mengejutkan’, mahu saman SPR

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri juga akan memfailkan bantahan dengan SPR
limGEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang merancang untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan penemuan “maklumat mengejutkan” tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata majlis mesyuarat kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman dengan penemuan data terbaharu berkaitan dengan aktiviti persempadanan di Pulau Pinang.
Ia juga akan memfailkan bantahan dengan SPR sebelum tempoh bantahan ditutup 7 April ini.
Guan Eng akan menjadi plaintif dalam saman itu, mewakili kerajaan negeri.
“Kami sudah memfailkan 1 bantahan pada 4 April, dan kami akan memfailkan 1 lagi bantahan mengenai penemuan kami sebelum 7 April,” katanya pada sidang media di Komtar.
Maklumat baharu tidak akan didedahkan sehingga Exco Abdul Malik Abul Kassim pulang dari Kuala Lumpur, kata Guan Eng. Beliau tidak memberitahu bila Malik akan kembali ke Pulau Pinang.
SPR sebelum ini mengumumkan hanya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Balik Pulau akan terjejas dalam persempadanan semula.
Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat mendapati ada pergerakan keluar dan masuk pengundi di kawasan mereka.
Guan Eng dalam bantahan 4 April lalu mendakwa SPR tidak menjalankan persempadanan semula mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan; salah pembahagian pengundi, kerana beberapa kerusi didapati mempunyai jumlah pengundi rendah dan tinggi melebihi sepatutnya; gangguan pada hal ehwal tempatan, kerana kebanyakan agensi kerajaan berjalan berdasarkan kerusi DUN; dan SPR mengabaikan cadangan kerajaan negeri.
“Kegagalan menjalankan persempadanan semula di Pulau Pinang dengan betul menjadikan proses itu tidak berperlembagaan dan haram di Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya ketika itu.

Mana lebih afdal, selamatkan Najib atau selamatkan tiga puluh juta rakyat


Oleh Aspan Alias
Yang selalunya membunuh politik seseorang itu ialah pemimpin yang rapat dengan seseorang itu. Sudah menjadi lumrah yang paling hampir dan menyumbang besar kepada mereka itu lah yang akhirnya menjadi korban politik mereka.

Yang menaikan Najib sehingga ketahap ini adalah orang-orang yang beliau ingin bunuh politik mereka sekarang ini. Dr Mahathir begitu ghairah menjatuhkan Abdullah Badawi untuk memberikan laluan kepada Najib untuk naik menggantikan Perdana Menteri yang di persepsikan seorang Perdana Menteri yang lebih banyak tidur dari berkerja. Ke hulu kehilir Muhyiddin ingin menjatuhkan Abdullah bagi memberikan Najib peluang untuk menjadi Perdana menteri dan untuk beliau sendiri mendapatkan munafaatnya dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sememangnya Abdullah itu sepatutnya tidak dijadikan Perdana Menteri dari awal lagi jika diambil kira tahap kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin. Tetapi Dr Mahathir bermatian mahukan Abdullah menggantikan beliau yang akhirnya beliau sendiri seperti yang dijangkakan oleh ramai orang menyedari yang Abdullah bukanlah seorang yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk menerajui kerajaan.
Akhirnya Mahathir sendiri bersama Muhyiddin telah kehadapan untuk menjatuhkan Abdullah sedang Najib hanya membiarkan sahaja kerana beliau tahu jika Muhyiddin dengan Mahathir berjaya menjatuhkan Abdullah beliaulah (Najib) yang akan mendapat munafaatnya.
Ternyata apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Muhyiddin itu telah memakan diri Mahathir dan Muhyiddin. Lain-lain perkataan yang amat sesuai untuk Mahathir dan Muhyiddin ialah “Mahathir dan Muhyiddin sedang menelan racun mereka sendiri” Najib tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga moral beliau sebagai pemimpin yang dimandatkan oleh Umno dan BN untuk mentadbir negara dengan jujur dan transparent. Seperti Abdullah Najib juga merupakan pemimpin yang susah untuk diiktiraf sebagai pemimpin yang mempunyai moral kepimpinan yang sesuai dengan kehendak negara yang inginkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan makmur serta dalam ketenangan.
Yang jelas Mahathir telah gagal untuk mencari pelapis kepada kepimpinan negara. Yang beliau berjaya hanyalah untuk membina barisan pelapik yang gunanya hanya untuk memberi keselesaan beliau tanpa diganggu gugat oleh pelapik-pelapik beliau itu. Pelapik-pelapik ini hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja apa-apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tanpa mempunyai kudrat untuk berkata benar kepada Mahathir.

Pakatan lalui jalan sukar jatuhkan BN, kata penganalisis


Pakatan lalui jalan sukar jatuhkan BN, kata penganalisis
Perpecahan di kalangan parti Melayu dalam gabungan Pakatan Harapan menyukarkan usaha ia untuk mengambil alih Putrajaya. 
WALAUPUN tahap rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) tinggi, tugas menukar kerajaan masih sukar, kata penganalisis politik.
Itu kerana sebahagian besarnya disebabkan perpecahan di kalangan parti Melayu dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Sungguhpun penyertaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangsang sokongan kubu kuat tradisional Umno, ia masih sukar bagi mereka menggantikan BN di peringkat persekutuan.
“Kita dapati kekuatan Bersatu terletak kepada Dr Mahathir. Mereka (penyokong Umno) masuk Bersatu kerana adanya Dr Mahathir. Mereka kenali Dr Mahathir sebagai wira negara melalui buku teks (sejarah) dan juga kuliah dalam kem PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara), lepas itu beliau dimalukan," kata Hisommuddin Bakar daripada firma penyelidikan Ilham Centre.
“Mereka tidak boleh terima Dr Mahathir dimalukan Najib (Perdana Menteri Najib Razak)," katanya.
Ilham Centre yang membuat kajian fokus terhadap keberkesanan kempen Bersatu yang dilakukan Dr Mahathir sejak November 2016 hingga Januari 2017, mendedahkan 5% undi protes di kalangan pengundi Melayu mampu menamatkan penguasaan BN selama enam dekad.
Sementara, kumpulan peneroka Felda, Anak, yang diketuai Mazlan Aliman, mempunyai masalah menembusi kubu kuat tradional Umno, ramai yang menyambut Dr Mahathir dengan mesra.
Pandangan Hisommuddin disokong tinjauan dibuat satu lagi badan penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) di Selangor.
Kos hidup yang tinggi, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pengurusan yang lemah adalah antara aduan utama ditimbulkan oleh pengundi yang membawa kepada rasa tidak puas hati dengan pentadbiran semasa, kata Ketua Eksekutif IDE Prof Dr Redzuan Othman.
"Ketiga-tiga isu utama ini menerima undi tertinggi dalam kajian pengundi Selangor yang menyentuh kehidupan mereka.
"Sebahagian daripada mereka mula berasa Umno tidak lagi menjaga kepentingan mereka," Redzuan memberitahu The Malaysian Insight.
“Dulu Umno dilihat sebagai membantu (orang Melayu) dan  pelindung mereka tetapi Umno kini tidak lagi memenuhi keperluan tersebut,” katanya, ekoran rakyat lebih terdedah dengan pelbagai maklumat daripada media sosial contohnya seperti skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BERSATU lancar jelajah berhubung 'penyelewengan BN'

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan melancarkan jelajah pada 14 April bagi meningkatkan kesedaran mengenai "penyelewengan dilakukan oleh BN".
Jelajah bertajuk 'Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat atau Semarak itu akan bermula di Pasir Puteh Kelantan, di mana ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti itu dijangka hadir, kata Ketua Penerangan BERSATU, Kamarudin Md Nor.
Kamarudin pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya berkata orang ramai dijemput menghadiri jelajah berkenaan bagi mendapatkan meklumat terkini bagi "menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan kerajaan BN".
Program-program yang dijadualkan pada pameran itu bertujuan untuk:
1. Memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai tentang penyelewengan oleh pucuk pimpinan BN;
2. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan BERSATU dan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan untuk mentadbir negara ini dengan lebih baik; dan
3. Mendekati rakyat dan menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijadual mengumumkan kepimpinan baru Srikandi BERSATU, termasuk ketuanya Rina Mohd Harun.
Rina yang merupakan lepasan siswazah pengurusan perbankan dan kewangan, adalah bekas ahli jawatankuasa Puteri Umno dari 2009 hingga 2013.
Jawatan terakhir beliau dalam Umno adalah sebagai ketua cawangan Wanita Umno Bandar Baru Salak Tinggi dari 2013 hingga 2016.

Malu ada wakil rakyat macam Shabudin, kata Guan Eng

Pulau Pinang melabelkan ahli Parlimen Tasek Gelugor sebagai “raksasa” apabila mencadangkan mangsa rogol patut berkahwin dengan perogolnya.
shahbudinGEORGE TOWN: Pulau Pinang malu untuk mempunyai ahli Parlimen “raksasa” yang membuat kenyataan mengenai mangsa rogol, kata Lim Guan Eng hari ini, susulan Shabudin Yahya di Parlimen semalam mencadangkan mangsa mengahwini perogolnya.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata ahli majlis eksekutif negeri hari ini melahirkan “kebimbangan dan marah” terhadap kenyataan ahli Parlimen Tasek Gelugor, dan mendesak BN memecat atau memaksanya meletak jawatan.
Lim berkata apa yang Shabudin cakap itu sangat menyinggung dan tidak menghormati semua wanita.
“Ini menunjukkan akhlak buruk dan pemikiran yang sakit. Jika BN ada moral baik, kita patut pecat dia. Saya tidak boleh bayangkan manusia jenis apa yang boleh buat begitu.
“Anda tidak menggalakkan rogol dengan buat begini? Jika itu formulanya, bagaimana jika gadis itu menjadi mangsa rogol secara berkumpulan? Anda nak dia kahwin semua sekali perogol itu?
“Senang saja dia cakap kerana bukan anak perempuan atau adik-beradik dia. Orang Pulau Pinang tidak mahu raksasa seperti dia jadi wakil rakyat, kita tidak ada belas kasihan dengan orang seperti ini,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.
Shabudin di Dewan Rakyat semalam berkata tidak ada salahnya jika mangsa berkahwin dengan perogolnya dan lebih baik untuk gadis itu kerana kalau tidak masa depannya gelap.
Ramai pihak yang marah dengan komen Shabudin, malah Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata “ia tidak boleh diterima”.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Chong Eng juga mengutuk komen Shabudin, dan berkata ketua pembangkang Jahara Hamid juga patut berbuat demikian.

Shabudin melampaui batas tatasusila, kata Muhyiddin

Presiden PPBM berkata kenyataan ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengenai cadangan mangsa rogol perlu berkahwin dengan perogolnya juga mengelirukan.
shabudin-22PETALING JAYA : Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya mengenai perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa “agak melampaui batas tatasusila”.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata kenyataan itu juga boleh mengelirukan.
“Tokoh agama boleh memberikan penjelasan apakah pendirian Islam sebenar dalam soal ini.
“Itukah caranya atau adakah itu dianggap satu kenyataan yang agak bertentangan dengan undang-undang syariah dan sebagainya,” katanya pada sidang media bersama kepimpinan PPBM di Yayasan Selangor hari ini.
Semalam, Shabudin memberitahu Dewan Rakyat perkahwinan antara mangsa rogol dan perogol mungkin menjadi “ubat” kepada masalah sosial.
Beliau berkata walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol perkahwinan dengan perogolnya.
Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata perbuatan rogol itu adalah perbuatan salah.
“Dan mereka yang melakukan itu sepatutnya dihadapkan (ke muka pengadilan). Kalau betul ada bukti, kemukakan ke pengadilan dan dihakimkan serta sudah tentu hukuman berat perlu dikenakan ke atas perogol ini,” katanya.

'Nampak dewasa' bukan alasan perempuan boleh dinikahi

Mahfuz tak puas hati mee segera kena GST

'Seorang yang munasabah tak benarkan anak kahwin dengan perogol'

Muhyiddin umum pelantikan Ketua Srikandi BERSATU

Ucapan penuh MP BN isu 'kahwin lepas rogol'

Hadi dijangka bentang RUU 355 esok


Datuk Seri Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan Rang undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) di Dewan Rakyat esok.
Akhbar BH hari ini melaporkan terdapat beberapa petunjuk jelas untuk usul Ahli Parlimen Marang yang tertangguh sejak tahun lalu itu dibahaskan antaranya pertemuan tertutup Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Turut terlibat dalam pertemuan sejak kelmarin dan semalam itu adalah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bagi menyampaikan amanat meminta mereka menyokong usul Hadi berkenaan.
Walau bagaimanapun, lapor BH, sumber daripada salah seorang ahli BNBBC sekadar memberitahu pertemuan tersebut hanya 'sembang-sembang'.
"Kita ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada mulut (sambil menunjukkan isyarat tutup mulut)," seperti dipetik yang kebetulan menyerupai lirik lagu 'Yang Remeh Temeh' yang memenangi Juara Lagu 1992 bagi kategori Irama Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang Ahli Parlimen Pas dari Kelantan juga dilapor dihampiri Ahmad Zahid yang juga Timbalan Presiden Umno di ruang legar Parlimen petang semalam.
Mereka diperhatikan bersalam sambil dikatakan berpesan untuk 'bersedia' di Dewan Rakyat esok.
"Mungkin. Kita tunggu 6 haribulan (esok) nanti," jawabnya enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah berkaitan dengan pembentangan RUU 355.
Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melalui rencana Penolong Ketua Bironya, Saifulizam Mohamad turut berharap semoga pembentangan RUU 355 esok menjadi kenyataan.
Menganggap usul Hadi itu "ditentang hebat" termasuk kelompok tertentu orang Islam, beliau mempersoalkan sikap "dua puak liberal" iaitu pertubuhan Bebas dan Kumpulan G25 yang menentang pindaan akta tersebut.

PRU14: AMANAH cadangkan 'Buku Jingga' 2.0

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub berkata, partinya akan mencadangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengemukakan tawaran besar kepada rakyat seperti dokumen 'Buku Jingga' menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Di samping satu manifesto bersama yang akan dikemukan oleh HARAPAN menjelang PRU ke-14 , rakyat mahu melihat satu tawaran baru yang boleh diletakkan harapan baru untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.
"Pengalaman dalam Pakatan Rakyat dahulu membuktikan dokumen tawaran seperti 'Buku Jingga' sangat berkesan sehingga menjadi perbualan rakyat sekaligus bahan perbincangan dalam masyarakat. HARAPAN membuktikan bahawa tawarannya lebih baik dan menyakinkan," jelasnya dalam kenyataan.
Buku Jingga dilancarkan oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 adalah pelan induk pentadbiran jangka panjang oleh pembangkang jika berjaya menewaskan BN dalam PRU berkenaan.
Menurut Salahuddin, buku berkenaan sangat berpengaruh kepada rakyat menjelang PRU tahun 2013 itu.
Mengulas lanjut, kata beliau, cadangan tersebut akan diutarakan dalam mesyuarat HARAPAN akan datang supaya satu dokumen yang mengandungi beberapa tawaran dan penyelesaian isu rakyat dapat dikemukan.
"Pimpinan tertinggi HARAPAN hampir setiap hari mengeluarkan kenyataan penting yang sarat dengan idea-idea yang besar dan bernas samada dalam ceramah umum, seminar, diskusi dan pertemuan dengan pelbagai segmen dalam masyarakat.

Bekas 'exco puteri' Umno dilantik sebagai Ketua Srikandi Bersatu

Bekas 'orang' Umno dilantik sebagai Srikandi Bersatu
Ketua Srikandi Bersatu Rina Harun, 44, duduk kiri sebelah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA - Bekas Exco Puteri Umno Rina Mohd Harun, 44, hari ini dilantik sebagai Ketua Srikandi Bersatu.
Pengumuman lantikkan itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mengumumkan lantikkan 20 ahli jawatankuasa pusat dan tujuh ketua penaja negeri Sayap Srikandi.
"Ini adalah satu langkah yang penting dalam usaha kita untuk memantapkan saf kepimpinan Bersatu.
"Kerana kita mengiktiraf tentang pentingnya sumbangan wanita dalam politik Bersatu untuk berjuang bersama-sama barisan kepimpinan kita dan bersama yang lain dengan suatu agenda untuk menyelamatkan Malaysia," katanya dalam sidang media di Yayasan Selangor, di sini, hari ini.
Katanya lagi, lantikkan kepimpinan ini juga bertujuan untuk menguatkan lagi Bersatu terutama bagi menghadapi PRU14 nanti.
"Kerencaman kepimpinan Srikandi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang diyakini dapat memantapkan lagi perjalanan Bersatu dalam arena politik negara," katanya.
Sementara itu, menurut Rina beliau telah bersiap siaga bagi membantu Bersatu untuk menghadapi segala cabaran memandangkan Bersatu masih 'bertatih'.
"Parti baharu mesti ada cabaran dan buat masa kini saya akan tarik seramai mungkin ahli wanita," katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Rina yang mempunyai kelulusan dalam bidang Pengurusan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Northwood (Michigan, AS) berkata, dengan pelantikannya hari ini bermakna 'hari kerjanya sudah bermula'.
"Selepas ini kami akan mengadakan mensyuarat yang pertama dan selepas itu kita akan turun menemui Srikandi negeri," katanya.
Sebelum ini isu lantikkan Ketua Srikandi Bersatu pernah mencetuskan kontroversi apabila nama Anina Sauudin yang disebut-sebut untuk menerajui jawatan itu tidak dilantik.

Prosedur tayang tubuh hina, aib wanita

Syarikat Penerbangan Malindo Air digesa mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada wanita di negara ini khususnya individu yang menyertai sesi temu duga ekoran prosedur meminta calon pramugari mempamerkan bahagian atas tubuh.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tindakan itu mengaibkan dan tidak sepatutnya berlaku dalam membuka peluang pekerjaan kepada wanita.

“Ia sangat mengaibkan dan menghina wanita walaupun alasan yang membuat pemeriksaan itu seorang wanita.
“Saya minta Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia menghentikan perkara ini,” katanya.
Bercakap dalam sidang media di Pusat Media Parlimen, beliau berkata, pramugari diakui perlu tampil kemas, namun keutamaan tugas adalah memberikan layanan baik kepada pelanggan dan bukannnya seksi.
Akhbar Malay Mail hari ini melaporkan pendedahan tiga individu yang diminta membuka bahagian atas pakaian ketika menyertai sesi temu duga menjadi pramugari syarikat penerbangan itu.
Kesal atas tindakan itu, mereka yang terlibat sudah membuat laporan polis.
Sementara itu, Malindo dalam kenyataannya berkata, prosedur itu adalah ‘normal’ dan menjadi hak majikan meminta bakal pramugari menunjukkan bahagian dada ketika sesi temu duga.

Malindo Air kata berhak minta calon pramugari buka baju

Malindo Air terpalit dalam kontroversi selepas dilaporkan telah meminta calon temuduga untuk menanggalkan baju semasa sesi temuduga pada 11 Mac yang lalu, lapor Malay Mail Online, hari ini.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi firma itu, Raja Sa'adi Raja Amrin mempertahankan langkah itu dengan berkata, adalah menjadi hak majikan untuk meminta calon pramugari yang berpotensi untuk mendedahkan bahagian dada kepada penemuduga.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan calon berkenaan hanya diminta untuk menanggalkan baju dan bukannya coli, seperti yang didakwa oleh para pengadu yang menghadiri sesi temuduga berkenaan.
Firma penerbangan mahu melihat jika calon-calon mempunyai apa-apa tanda di bahagian badan mereka kerana pakaian seragam Malindo yang sebahagiannya agak jarang, kata beliau yang dipetik oleh portal berita berkenaan.
"Ia bukan satu isu. Kami mempunyai hak untuk menjalankan pemeriksaan badan ke atas mereka. Saya rasa kebanyakan syarikat penerbangan buat perkara yang sama," jelasnya sambil menambah ia perkara biasa bagi kebanyakan syarikat penerbangan kerana anak kapal perlu sentiasa rapi.
"Kita perlu melihat sama ada mereka (pemohon) mempunyai parut, jerawat atau tatu yang boleh dilihat melalui pakaian seragam. Pramugari kami memakai korset dalam dan jika ia dilindungi oleh korset, itu adalah okay," ujar beliau.
Pramugari Malindo Air memakai pakaian seragam sama ada baju putih yang berkolar tinggi atau kebaya putih yang dipadankan dengan kain sarung.

Zuraida tempelak Shahbudin tidak waras kahwinkan kanak-kanak dengan perogol


Zuraida KamaruddinZuraida KamaruddinAhli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya disifatkan sebagai tidak waras untuk berfikir bahawa kanak-kanak perempuan berusia antara 9 hingga 12 tahun sudah bersedia dari segi fizikal dan rohani untuk berkahwin.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, adalah lebih baik Shabudin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan daripada mengulas sesuatu yang tidak pernah dialami oleh seorang wakil rakyat lelaki.
" Shabudin tidak pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gadis yang belum baligh oleh itu adalah lebih baik untuk berdiam diri daripada mengulas sesuatu yang beliau tidak pernah mengalaminya sendiri.
"Kedua, terdapat banyak kes-kes yang direkodkan dan kenyataan yang diambil oleh kanak-kanak ini sendiri bahawasanya berkahwin pada usia yang muda bukan sesuatu yang mereka mahu tetapi dipaksa oleh penjaga mereka.
"Ketiga, kanak-kanak perempuan yang belum baligh mengikut definisi dalam mana-mana kamus atau undang-undang, mereka ini masih dikategorikan sebagai kanak-kanak," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahbudin YahyaShahbudin YahyaSemalam di Dewan Rakyat, Shabudin berkata tidak salah untuk mangsa berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.
Beliau berkata sesetengah gadis berumur 16 tahun mempunyai gaya hidup yang liar dan keluarga mendapati sukar mengawal mereka.
Tetapi dengan persetujuan wali mereka, kata Shabudin, perempuan itu selepas berkahwin akan dijaga dengan baik oleh suami dan wali.
Mereka boleh hidup dengan aman, katanya, dan menambah ini mungkin pengubat kepada masalah sosial.
Ini juga bermakna perogol itu tidak semestinya jahat selama-lamanya, kata Shabudin.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah apa yang dimaksudkan oleh Shabudin adalah ianya satu perkara yang biasa bagi seorang kanak-kanak untuk mempunyai hubungan kelamin selagi ada sijil perkahwinan.
"Apakah yang dimaksudkan dengan sijil perkahwinan? Sebuah sijil yang bertujuan membolehkan hubungan kelamin dengan anak di bawah umur?
"Bekas hakim ini adalah contoh yang amat memalukan untuk membentuk satu peribadi yang mulia dan pemikiran yang waras. Memikirkan semula, saya kini tidak pasti sama ada hukuman hukuman yang beliau pernah jatuhkan ketika menjadi seorang hakim adalah wajar.
"Membenarkan perogol berkahwin mangsanya tidak akan menyelesaikan masalah sosial.
"Bayangkan trauma yang harus dilalui oleh kanak-kanak tersebut dan kemudiannya dikehendaki untuk menghadap penyiksa yang menyakiti kanak-kanak ini setiap hari selepas perkahwinan.
"Hanya kerana dia seorang kanak-kanak yang tidak diberikan hak untuk bersekolah, kanak-kanak ini dinafikan untuk mendapatkan bantuan dan hidup berdikari.
Sekiranya perogol memutuskan untuk menceraikannya dalam tempoh yang singkat, apakah akan terjadi kepada masa depan kanak-kanak ini?," soalnya.
Zuraida membaw contoh kes rakyat Sabah yang berusia 40 tahun berkahwin dengan mangsa rogol berusia 13 tahun selepas memberi rasuh kepada ibu bapa mangsa, pelaku ini masih perlu dihukum kerana merogol. Berkahwin dengan mangsa tidak membatalkan jenayah yang telah dilakukan.

Muhyiddin nafi wujud kroni dalam pemilihan peringkat bahagian, negeri

Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) ketika mengumumkan pelantikan Rina Mohd Harun (kiri) sebagai Ketua Srikandi  parti secara rasmi di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya petang ini.Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) ketika mengumumkan pelantikan Rina Mohd Harun (kiri) sebagai Ketua Srikandi parti secara rasmi di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya petang ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyanggah dakwaan wujudnya kroni di dalam menyusun barisan kepimpinan parti itu di peringkat bahagian dan negeri sebagaimana dakwaan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dakwaan itu hanya dilakukan oleh sebahagian kecil ahli parti.
"Tak apalah dalam politik ada orang suka dan tidak suka walaupun kenyataan yang keluar hanya daripada kumpulan kecil sahaja.
"Sebahagian besar ahli GKCM sudah berada dalam pimpnan PPBM sudah pun memegang jawatan mungkin ada kekecewaan atau sebab lain," ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.
Beliau sebelum itu mengumumkan pelantikan Rina Mohd Harun sebagai Ketua Srikandi parti itu.
Menurut Muhyiddin lagi, pihaknya sedia berbincang untuk menjelaskan duduk perkara sebenar gerakan politik yang dibawa oleh parti itu kepada GKCM yang masih kurang jelas.
"Ini sebagai cabaran, sebaik mungkin ada perkara kita berbincang untuk mmenjelaskan apakan gerakan politik di bawa oleh PPBM.
"Kita mahu mereka bersama-sama dengan kita menyokong.
"Pimpinan belum setahun jagung pun namun dalam tempoh yang singkat itu PPBM sudah diterima ramai terutama mereka
yang telah berjuang dalam parti politik sebelah kerajaan (Umno).
"Sebahaian besar dikalangna pimpinan adalah orang yang baru dan ada dikalangan yang pengalaman dan pernah berada dalam parti politik.
"Kita perlu ambil masa untuk kita tahu (mengenali mereka) ini cara kita berpolitik sihat dan jika ada perkara perlu ditandatangani kita akan tangani bersama," ujarnya.
Pada Ahad lalu Pada 2 April lalu GKCM seluruh negeri menetapkan pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat.
Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa dipetik berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini dakwanya, terdapat banyak kepincangan dalam partiyang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.
GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Pemaju Forest City akan bayar balik cengkeram pembeli China....

Pemaju projek Forest City akan membayar balik wang cengkeram kepada pembeli dari tanah besar China ekoran dasar negara itu mengetatkan dasarnya mengenai kawalan modal.
"Kami telah menghentikan terus jualan kami (City Forest) di China," Naib Presiden Country Garden Holdings, Zhu Jianmin dilaporkan sebagai berkata oleh akhbar South China Morning Post (SCMP) hari ini.
Zhu dilaporkan berkata pembeli yang telah membuat bayaran cengkeram bagi hartanah City Forest tetapi tidak lagi mampu untuk memindahkan baki pembayaran mereka dari China "boleh membatalkan transaksi dan tidak perlu bayar yuran pembatalan".
Projek itu sentiasa akur kepada peraturan dan undang-undang Malaysia dan China, katanya, dan berkata hanya lima peratus daripada pembeli menimbangkan untuk membatalkan pembelian mereka.
Country Garden, yang merupakan pemaju ketiga terbesar di China, menutup semua pusat jaualan Forest City di China pada bulan Mac, selepas tindakan keras kerajaan republik itu mengetatkan aliran keluar modal.
Beijing melancarkan dasar kawalan modal sejak separuh kedua tahun lepas, untuk mengelakkan penurunan yang besar dalam simpanan stoknya bagi rizab asing yang dicetuskan oleh penurunan nilai yuan, lapor SCMP.
Pemaju seperti Country Garden dan penduduk tanah besar itu yang mengidam untuk memiliki rumah di luar negara telah menerima tamparan hebata pabila China melaksanakan sekatan baru itu untuk menghentikan penukaran yuan ke dalam mata wang lain bagi pembelian hartanah di luar negara.

Pimpinan tertinggi Bersatu tiada wibawa pimpin negara, dakwa GKCM


Mohd Isa (duduk tiga dari kiri) bersama pimpinan pusat GKCM.Mohd Isa (duduk tiga dari kiri) bersama pimpinan pusat GKCM.
Barisan  kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sebuah parti baharu dilihat tiada berwibawa untuk memimpin negara, dakwa Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Ini berikutan ahli-ahli GKCM di seluruh negeri menyatakan pendirian bersama untuk tidak menyokong kepimpinan pusat Bersatu dalam satu sidang media GKCM pusat yang diadakan di Negeri Sembilan pada 2 April lalu.
"Setelah GKCM mengeluarkan kenyataan yang kami tidak menyokong kepimpinan tertinggi PPBM dengan alasan alasan yang jelas mempunyai asas yang kukuh, kami mendapat kritikan dan pujian daripada kelompok masyarakat yang berbeda pandangan dan perspektif.
"Kenyataan yang kami buat adalah berdasarkan pemerhatian dan pandangan serta diskusi dengan masyarakat pelbagai lapisan.
"PPBM perlu menerima hakikat bahawa rumah yang baru mereka bina mempunyai banyak kekurangan kerana mereka menggaji terlalu ramai tukang yang tidak mahir.
"GKCM tetap akan terus berada di barisan hadapan dengan teguran dan kritikan dalam memastikan bahawa wadah perjuangan bangsa tidak berlantaikan ampu dan bodek serta berbumbungkan kronisme dan bunuh membunuh ke atas watak watak pemangkin dalam perjuangan perubahan bangsa," ujar Mohd Isa Yassin, Pemikir GKCM Pusat dalam kenyataannya semalam.
Mohd Isa berkata, gabungan itu mengharapkan Pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad tìdak meninggalkan bangsanya dengan legasi yang tidak berwawasan dan penuh dengan kemusnahan.
"Tun Mahathir perlu disanjung sebagai negarawan ulung bukannya dipergunakan sebagai kuda tunggangan pihak yang dahagakan kedudukan dan kekayaan.
"Orang Melayu perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh mendiamkan diri dengan kelemahan yang berlaku di depan mata.
"Ramai yang mengeluh bahawa kepimpinan PPBM dengan dibantu oleh pegawai kanan mereka bukanlah gandingan kepimpinan yang mempunyai keistimewaan untuk memacu kecemerlangan," ujarnya.

Gerakan bersepadu Pakatan Harapan akan gegar Kelantan


Hafiz MusaHafiz MusaPakatan Harapan  Kelantan yang kini memulakan gerakan bersepadu antara PKR,DAP,Amanah dan Bersatu akan segera bergerak ke akar umbi untuk bersama rakyat dalam gerakan selamatkan Malaysia
Pengarah Pembangunan Kepimpinan dan SumberManusia Amanah Kelantan, Hafiz Musa berkata, gerakan ini bakal menggegarkan senario politik negeri itu.
"Dengan perkembangan terbaru yang menjadikan Pakatan Harapan semakin kukuh akan menjadikan situasi akar umbi di Kelantan akan mengulangi rekod luar biasa yang pernah dilakukan rakyat," katanya berucap di majlis solat hajat, ramah mesra dan BBQ di Dataran Amanah Dun Bunut Payong kelmarin.
Rakyat kata Hafiz benar-benar menunggu masa sesuai dan pasukan diyakini untuk menukar pemerintah yang semakin tidak peduli kesusahan mereka.
"Situasi serupa dihadapi pemerintah peringkat pusat dan negeri sekarang.
"Di pusat kerajaan BN terus menaikkkan cukai, menghapus pelbagai subsidi dan berhutang menggadai masa depan rakyat.
"Di negeri pula masalah rakyat seperti pemulihan banjir, orang asli, penjagaan alam sekitar, pengurusan tanah, perumahan rakyat dan khidmat perbandaran terus mendesak.
"Dengan penyatuan lebih kukuh parti-parti dalam Pakatan Harapan , jelas rakyat menyambut baik untuk memberi kepercayaan kepada sebuah pentadbiran baru," katanya.
Menurut Hafiz pihak Pakatan Harapan  negeri itu  kini menyusun kerja peringkat bawahan untuk memberi penerangan dan melatih pasukan kerja tersusun bagi menghadapi PRU ke-14.
"Perjumpaan ramah mesra seperti ini, walaupun kelihatan santai, dengan makan-makan ringan, bakar ikan dan ayam kita akan buat di semua Dun sekerap mungkin.

Pecat Shabudin jika kerajaan mahu lindungi kanak-kanak

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, perogol sepatutnya dikutuk, bukannya diraikan, khasnya bukan dalam bentuk perkahwinan.
Kasthuri-Patto-shahbudin
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak perlu memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya daripada parti itu, jika beliau serius melindungi kanak-kanak daripada penjenayah seksual, kata ahli Parlimen Batu Kawan.
Kasthuri Patto dalam satu kenyataan berkata, Najib tidak sepatutnya mendiamkan diri dan melindungi “wakil rakyat tidak beradab ini”.
Wakil rakyat DAP itu mengulas kenyataan Shabudin di Dewan Rakyat semalam yang tidak salah untuk mangsa berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.
“Mungkin perempuan itu akan berasa lebih selamat daripada ditinggalkan begitu sahaja,” kata Shabudin sambil menambah mereka boleh hidup dengan aman dan ini mungkin pengubat kepada masalah sosial.
Sejak itu, Shabudin dikecam pengguna media sosial. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan cadangan Shabudin sebagai “jijik”.
Kasthuri berkata: “Ironi dan sindiran terbesar di sini ialah dia berkata demikian ketika membahaskan usul Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching – mengenai Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bertujuan melindungi mereka di bawah umur 18 tahun – untuk ‘criminalisation’ perkahwinan kanak-kanak yang akan dimasukkan dalam akta itu.”
Setiausaha Publisiti Wanita DAP itu berkata, Shabudin “gagal” memahami masalah sosial yang dilihatnya tiada kena-mengena dengan kebarangkalian mangsa rogol tidak dapat berkahwin, “tetapi merogol perbuatan keji yang selama-lamanya akan membayangi seseorang, apatah lagi kanak-kanak”.
“Ia membimbangkan untuk mengetahui seorang pemimpin, seorang bapa dan mungkin seorang datuk akan mengambil jalan keluar dengan membuat kenyataan itu. Saya ingin tanya YB Tasek Gelugor, adakah dia bersetuju mengahwinkan orang tersayangnya kepada perogol mereka?

Ibu bapa normal tak akan terima menantu ‘perogol’

Datuk Takiyuddin Hussin berkata ibu bapa gadis berkenaan tentu tidak boleh menerima hakikat orang yang merosakkan hidup anaknya akan menjadi menantu sekali gus diterima sebagai ahli keluarga.
Takiyuddin-HussinTidak ada ibu bapa yang normal akan membenarkan perogol mengahwini anak mereka selepas penjenayah itu merogol mangsa, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hussin.
Beliau berkata ibu bapa gadis berkenaan tentu tidak boleh menerima hakikat orang yang merosakkan hidup anaknya akan menjadi menantu sekali gus diterima menjadi ahli keluarga.
“Kalau ibu bapa setuju, itu terpulang kepada mereka. Kita tidak boleh larang, katakanlah ibu bapa mangsa setuju untuk anak dia dikahwinkan dengan perogol itu, ia terpulang pada mereka.
“Tetapi, saya rasa kalau perkara itu berlaku kepada anak saya sendiri, saya tidak akan izinkan. Tidak mungkin orang yang rosakkan anak kita, akan diterima,” katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya berkata tidak salah perempuan dikahwinkan dengan perogolnya, malah lebih baik dikahwinkan supaya tidak melalui masa depan yang gelap.
Shabudin turut dilaporkan berkata sesetengah gadis berumur 16 tahun mempunyai gaya hidup liar dan keluarga mendapati sukar mengawal mereka, tetapi dengan persetujuan wali, perempuan itu selepas berkahwin akan dijaga dengan baik oleh suami dan wali.
Kenyataan Shabudin itu turut dibantah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang sifatkan kenyataan itu jijik.

SOSMA Dan Salah GunaKuasa Oleh POLIS

Najib Razak Mungkir Janji,SOSMA Langar Hak Asasi Manusia

SOSMA Melangggar Hak Asasi Manusia

Gobind Singh Deo PUCHONG-Salah Guna SOSMA Pertahankan Najib Razak

Bung Mokhtar KINABATANGAN BN Digelar BODOH & BARUA Ketika Bahas SOSMA

Anak Tajuddin cerita niat sebenar datang ke Parlimen

Anak Tajuddin dakwa polis tidak siasat laporan terhadap Khalid

Parlimen 'kecoh', tempoh tahanan Sosma kekal 5 tahun lagi

Pegawai rendah polis dah ambil alih negara, sindir Dr M

Bekas perdana menteri berkata kerajaan, para menteri dan perdana menteri "amat demokratik dan mahu memberikan kebebasan sepenuhnya" tetapi "polis ganggu".
mahathir-polis
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir kesukaran mengadakan acara debat dengan Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, selepas permohonan permit penganjuran kali ke-2 dibatalkan polis.
Dalam blognya hari ini, bekas perdana menteri berkata kerajaan, para menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “amat demokratik dan mahu memberikan kebebasan sepenuhnya” tetapi “polis ganggu”.
Hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata keputusan membatalkan permit debat di Kuala Kangsar dan Shah Alam dibuat sepenuhnya oleh oleh Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dan Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan tanpa campur tangan politik.
“Sesungguhnya pegawai rendah polis sudah ambil alih negara ini…Jahat sungguhlah polis.
“Sekarang ketua polis negara sendiri terpaksa ikut kehendak pegawai di bawahnya,” kata Dr Mahathir.
Mahathir berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 10 Mac pernah berkata debat itu tiada kaitan dengan polis, sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 18 Mac berkata pihaknya akan membenarkan debat berlangsung.

"CAYALAH ZAHID HAMIDI...." (UCAPAN UNTUK SEMENTARA WAKTU BUAT TPM)

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengkaji semula keputusan pihak polis membatalkan debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan  Nazri Aziz sebelum memutuskan sama ada acara itu perlu diberi lampu hijau atau sebaliknya.
“Saya akan melihat semula alasan-alasan pembatalan yang dikemukakan oleh pihak Ketua Polis Selangor dan sebelum itu (oleh) Pemangku Ketua Polis Perak.
"Jika kita rasa perbahasan perlu diteruskan, kita akan meminta pihak polis supaya memberi permit," katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Zahid Hamidi,  beliau perlu berunding dengan pihak polis kerana mereka mungkin tidak mendedahkan sebab sebenar mengapa pembatalan itu dilakukan.
"Saya perlu menghormati keputusan dan cadangan mereka," katanya.
Blog ini semalam ada meminta Zahid Hamidi menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri terhadap keputusan pihak polis itu berikutan pelbagai pihak dilihat mahu debat itu menjadi kenyataan, selain ramai yang menganggap tindakan pihak polis itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
Keperluan untuk Zahid mengkaji  semula keputusan polis juga diperkuatkan lagi dengan pendedahan Nazri Aziz sendiri bahawa Najib Razak bersetuju dengan debat tersebut, malah mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi berdebat dengan Tun Mahathir.
Terbaru, Suhakam turut melihat tidak ada sebab mengapa perdebatan itu harus dibatalkan dengan menggunakan kuasa polis kerana Akta Perhimpunan Aman sudah cukup menyatakan tiada halangan mengenainya.

Zahid: Tiada campur tangan politik debat Tun M-Nazri


Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud campur tangan politik dalam keputusan pembatalan permit debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan membatalkan permit debat di Kuala Kangsar dan Shah Alam itu dibuat sepenuhnya oleh Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dan Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.
"Ia keputusan pengoperasian dan tidak dirujuk kepada saya sebagai Menteri Dalam Negeri apatah lagi kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke The International Modern Arabic School, di Putrajaya hari ini.
Ditanya sama ada keputusan itu akan dikaji semula, Ahmad Zahid berkata beliau sedia meneliti arahan-arahan Ketua Polis Selangor dan Pemangku Ketua Polis Perak berhubung pembatalan permit itu serta alasan yang diberikan.
"Saya perlu mengkaji alasan-alasan kenapa debat itu dibatalkan. Jika kami rasa debat itu perlu diteruskan, kami akan minta polis beri permit," katanya.
Bagaimanapun, jika pihak polis menasihatkan supaya debat itu tidak diteruskan, beliau akan menghormati cadangan dan keputusan tersebut, kata Ahmad Zahid.
Ahad lalu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff dilaporkan sebagai berkata debat antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam yang dijadualkan pada 7 April ini dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.
Sebelum itu, debat di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kati, Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 25 Mac lepas turut dibatalkan oleh Polis Perak atas faktor yang sama.

RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diluluskan tapi,...

Rang undang-undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang bertujuan untuk melindungi mereka di bawah umur 18 tahun daripada golongan pedofilia diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ini selepas perdebatan hangat, yang berlangsung dari tengah hari semalam hingga hampir jam 6 petang tadi.
Meskipun pembangkang menyokong rang undang-undang itu, namun mereka mendakwa bahawa terdapat banyak kelemahan dalam undang-undang yang dicadangkan itu dan ini boleh dieksploitasi.
Mereka juga menimbulkan kebimbangan tentang rang undang-undang itu terhadap golongan di bawah umur 18 tahun, tetapi melepasi umur 16 tahun untuk mengadakan hubungan seks.
Terdapat juga kebimbangan mengenai keberkesanan undang-undang itu kerana perkahwinan kanak-kanak masih dibenarkan.

Rahman: Kenyataan Shabudin mengenai perogol kahwini mangsa ‘jijik’

Abdul Rahman Dahlan terkejut dan kecewa dengan komen Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya yang tidak salah perogol mengahwini mangsa mereka.
rahman-dalan_shahbudin_600
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas kenyataan seorang ahli Parlimen Umno berhubung isu perogol mengahwini mangsa mereka.
Rahman melalui Facebooknya mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika perbahasan di Dewan Rakyat semalam mengenai Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dengan menyifatkannya sebagai cadangan “jijik”.
Katanya, beliau terkejut dan kecewa dengan komen Shabudin berhubung perkahwinan bawah umur dan perkahwinan mangsa dan perogol.
“Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup, mempunyai impian dan berseronok. Walaupun ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan zaman kanak-kanak yang baik kepada anak mereka, kerajaan dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjawab melindungi kepentingan kanak-kanak Malaysia,” kata Rahman.
Semalam, Shabudin yang juga bekas hakim Mahkamah Syariah memberitahu Dewan Rakyat tidak salah untuk gadis berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.
“Mungkin perempuan itu akan berasa lebih selamat daripada ditinggalkan begitu sahaja.”
Shabudin dilaporkan berkata, sesetengah gadis berumur 16 tahun mempunyai gaya hidup liar dan keluarga mendapati sukar mengawal mereka, tetapi dengan persetujuan wali, perempuan itu selepas berkahwin akan dijaga dengan baik oleh suami dan wali.
Katanya, mereka boleh hidup dengan aman dan ini mungkin pengubat kepada masalah sosial.
Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata, undang-undang digubal untuk melindungi kanak-kanak, khasnya gadis bawah umur.

Derma RM2.6 bilion: Hakim tolak rayuan 3 perayu batal keputusan Apandi


Tan Sri Apandi Ali
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan oleh tiga perayu termasuk Badan Peguam Malaysia bagi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman mencabar keputusan Peguam Negara menutup kes siasatan berhubung derma RM2.6 bilion.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu.
Hakim Umi Kalthum yang mempengerusikan panel berkata mereka sebulat suara bersetuju untuk menolak ketiga-tiga rayuan dengan tidak mengeluarkan apa-apa perintah mengenai kos dan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi.
Badan Peguam Malaysia, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas naib ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka bagi kebenaran untuk semakan kehakiman.
Ketiga-tiga mereka antara lain memohon untuk membatalkan keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung isu RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Pada 11 Nov, tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan ketiga-tiga mereka selepaS memutuskan bahawa Peguam Negara mempunyai budibicara mutlak di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan mengenai pendakwaan dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
Zaid memfailkan permohonan itu pada 2 Feb bagi perintah untuk membatalkan keputusan Peguam Negara dan mengarahkannya untuk memulakan prosiding jenayah ke atas perdana menteri di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan/atau Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Peguam Negara pada 26 Jan tahun lepas mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd dan dakwaan mengenai derma RM2.6 bilion.
Dalam permohonannya yang difailkan pada 3 Feb tahun lepas, Khairuddin memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan oleh Mohamed Apandi untuk membebaskan Najib daripada sebarang salahlaku berkaitan siasatan oleh SPRM terhadap tiga perkara.
Khairuddin mahu mencabar keputusan Mohamed Apandi yang berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Najib berhubung derma RM2.6 bilion, pemindahan dana oleh SRC International ke dalam akaun peribadinya dan penyediaan pinjaman oleh dana pencen KWAP kepada SRC International.

Mahkamah tetapkan 9 Ogos dengar rayuan Rafizi dedah laporan audit 1MDB

Rafizi Ramli
Mahkamah Tinggi hari ini akan mendengar pada 9 Ogos rayuan anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli terhadap hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penolong Kanan Pendaftar Asfahani Hamzah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim dan peguam Haijan Omar yang mewakili Mohd Rafizi.
Izwan Ariff ketika ditemui pemberita berkata kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Pada 14 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Bagaimanapun Hakim Zulqarnain Hassan yang memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan Mohd Rafizi didengar di Mahkamah Tinggi.
Naib Presiden PKR itu didapati bersalah memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Mohd Rafizi, 40, turut didapati bersalah mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Shabudin, kamu faham apa itu rogol?

Rogol itu jenayah, yang patut dihukum dengan setimpalnya, bukan diberi ganjaran.
shahbudin
Oleh Lim Yi Wei
Kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya. Fahami kata-kata ini: “Rogol itu jenayah. Dan jenayah itu patut dihukum dengan setimpalnya, bukan diberi ganjaran.”
Saya amat jijik dengan kenyataan Shabudin semalam bahawa kahwin selepas rogol boleh ubati masalah sosial. Ternyata beliau tidak memahami langsung apakah itu rogol, ataupun beliau mungkin tidak berperikemanusiaan kerana menyuarakan pendapat sebegitu.
Biar saya melakarkan sebuah babak rogol untuk Yang Berhormat:
Seorang jurugambar menjadi guru kepada kanak-kanak miskin tegar. Dia dianggap sebagai seorang yang filantropis dan ikhlas.
Namun begitu, guru itu didapati seorang pedofil dan pencabul seksual. Dalam postingnya sendiri di internet bersama pedofil lain, dia mengaku merogol seorang kanak-kanak perempuan sejak kanak-kanak itu berumur 7 tahun. Tiga adik-beradik kanak-kanak itu juga tidak terlepas.
Lebih menjijikkan lagi, guru itu menyatakan hasratnya memupuk kanak-kanak itu supaya menjadi seorang “isteri yang sempurna”. Selepas perkahwinan, dia berhasrat untuk menjadi bapa angkat supaya dia boleh mencabuli kanak-kanak yang lain.
Disebabkan kelonggaran undang-undang di Malaysia berkenaan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, guru ini mencabuli hampir 200 orang kanak-kanak daripada komuniti miskin tegar.
Nama pedofil ini mungkin pernah kamu dengar. Namanya Richard Huckle.
Apabila skandal Richard Huckle dilaporkan tahun lepas, rakyat Malaysia sebulat suara mengecam tindakannya. Untuk imbasan kembali, antara mangsa Huckle termasuklah seorang bayi yang baru berumur 6 bulan!
Ya, kita marah sangat dengan Huckle. Dan tiada antara kita – termasuk Shabudin – yang memintanya mengahwini mangsa rogolnya. Kita semua sedar bahawa suatu kekejaman yang tidak terhingga diperlakukan terhadap kanak-kanak tak berdosa.
Shabudin dan Barisan Nasional, jangan kamu berani berselindung di belakang agama atau memutarbelitkan fakta untuk memomokkan mereka yang ingin menghentikan perkahwinan kanak-kanak sebagai menentang Islam ataupun Mahkamah Syariah.
Perbahasan ini tiada kaitan dengan agama, ia mengenai keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.
Kanak-kanak perempuan ataupun wanita yang dirogol tidak langsung kehilangan maruahnya. Yang bersalah dan tiada maruah itu perogol, bukan pihak yang dikejami.
Masa depan seorang wanita tidaklah segelap mana sekiranya tidak bersuami. Selain itu, perkahwinan itu sepatutnya membawa kebahagiaan, bukan menjadi hukuman seumur hidup. Apakah itu masa depan yang gelap?
Masa depan yang gelap bermula apabila seorang kanak-kanak berani melaporkan dia dicabuli, dan bertemu pula dengan seorang hakim yang berpendapat seperti Shabudin yang menyuruhnya untuk mengahwini perogolnya.

ROGOL CARA UMNO: ADUHHHH....NAMA SAMA PULAK!!!

Ketika berhujah di Parlimen membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak semalam, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya berkata, mangsa rogol berpeluang mendapat kehidupan lebih baik jika berkahwin dengan perogolnya.

"Mungkin dengan sebab perkahwinan itu mereka dapat melalui satu kehidupan yang lain, yang lebih sihat, yang lebih baik dan seorang isteri yang dirogol tadi, kalau dia dapat berkahwin, dia takkan melalui satu jalan kehidupan masa depan yang gelap.
"Sekurang-kurangnya dia ada suami, ada orang yang boleh menjaganya. Ini adalah satu remedi kepada masalah sosial yang berlaku," katanya.
Tambah beliau, perogol juga mungkin bertukar menjadi suami yang baik dan tidak seharusnya dianggap sebagai lelaki haprak sepanjang masa.
Dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang dan memberi reaksi berlebihan terhadap hujah beliau ini memandangkan kami mempunyai nama yang sama, cuma ejaan saja sedikit berbeza.
Cuma,  dua soalan saja ingin dikemukakan.
- Betul atau tak betul otak pemimpin UMNO ini?
- Jika anaknya sendiri kena rogol, adakah beliau bersedia menerima perogol itu sebagai menantunya?
Jadi,  untuk yang seterusnya saya serahkan kepada pembaca dan pengunjung blog ini untuk memberi komen dan reaksi mereka.
Komenlah dengan baik, jangan mencarut atau maki-maki, walaupun kita mungkin terlalu geram dengan hujahnya itu.
Juga jangan lupa, ejaan nama Ahli Parlimen berkenaan ialah Shabudin, saya pula Shahbudin. 
Kalau salah eja, nanti macam maki hamun saya pula.

Ahli Parlimen Umno: Mungkin masa depan gelap kalau perogol, mangsa tak berkahwin

Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata tidak adil menghukum perogol jahat selama-lamanya kerana dia mungkin sudah bertaubat dan menyesal.
Shabudin-Yahaya-3
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen Umno hari ini berkata mungkin tidak salah seorang perempuan dikahwinkan dengan perogolnya.
Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) berkata mungkin lebih baik perempuan itu dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.
“Mungkin perempuan itu akan berasa lebih selamat daripada ditinggalkan begitu sahaja,” kata bekas hakim syariah itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata sesetengah gadis berumur 16 tahun mempunyai gaya hidup yang liar dan keluarga mendapati sukar mengawal mereka.
Tetapi dengan persetujuan wali mereka, kata Shabudin, perempuan itu selepas berkahwin akan dijaga dengan baik oleh suami dan wali.
Mereka boleh hidup dengan aman, katanya, dan menambah ini mungkin pengubat kepada masalah sosial.
Ini juga bermakna perogol itu tidak semestinya jahat selama-lamanya, kata Shabudin.
“Mungkin dia bertaubat. Orang yang menyesal ini lebih baik dari orang yang tak menyesal,” katanya.
Kemudian Nik Mazlan Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) bangun dan bertanyakan sama ada wakil rakyat Umno itu merujuk kepada rogol atau zina kerana rogol adalah jenayah.
Shabudin berkata rogol dan zina dianggap jenayah.
Tetapi beliau menambah perkara paling penting adalah si lelaki mesti melalui proses taubat, dan perkahwinan memberikan mereka peluang itu.
Shabudin tidak bersetuju dengan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang sebelum ini berkata perkahwinan dengan orang bawah umur 18 tahun boleh membawa kepada perceraian.
Beliau bertegas tidak banyak perkahwinan dengan orang umur bawah 18 tahun berdepan perceraian.
Shabudin berkata sesetengah perempuan matang dengan cepat dan kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.
Katanya orang seperti itu mencapai akil baligh pada umur 9 atau 12 tahun, dan pada masa itu keadaan fizikal mereka serupa dengan orang yang berumur 18 tahun.
Jadi secara rohani dan jasmani tidak menjadi penghalang kepada perempuan itu untuk berkahwin, katanya.