Isnin, 3 April 2017

Selepas sebulan dialog, Exco kerajaan negeri Kelantan terus membisu

Projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai di Kubang Kerian dibimbangi bakal meranapkan lima buah kampung.Projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai di Kubang Kerian dibimbangi bakal meranapkan lima buah kampung.
Projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai di Kubang Kerian dibimbangi bakal meranapkan lima buah kampung.
Penduduk Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, Kelantan mempersoalkan sejauh mana penempatan mereka duduki tidak terjejas akibat projek pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai yang bernilai RM100 juta.
Wakil penduduknya, Syam Ghaz memberitahu, hasil dialog penduduk dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Nawi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 24 Februari lalu sehingga pada hari ini masih tidak mendapat reaksi yang sewajarnya.
"Sudah 37 hari dialog yang saya dan beberapa penduduk kampung usahakan berlalu. Kampung kami (Pulau Tengah) sememangnya 100 peratus membantah sebab di sini penempatan paling padat dan strategik di Kubang Kerian, pulau dikelilingi sungai.
"Hasil perbincangan dengan penduduk, kami sepakat tidak bersetuju kampung kami diambil alih untuk Projek Lembah Binjai. Masa penerangan dari YB Mumtaz ia menerangkan projek ini akan membabitkan pengambilan secara berfasa-fasa juga, dan perbincangan penduduk akan dibuat.
"Jadi, ketika perbincangan itu, kami telah meminta jaminan hitam putih daripada YB Adun Demit, Kerajaan Negeri Kelantan, MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu) dan pemaju syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd bahawa kampung kami tidak akan diambil alih seperti Kampung Chepa.
"Kampung Chepa telah diwartakan pada 22 Disember 2016, tanpa pemakluman kepada semua 144 pemilik tanah berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AUEI Teras Holdings Sdn Bhd (AUEI) bernilai lebih RM100 juta bagi melaksanakan Pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai.

Hampir 1,000 ditahan di bawah Sosma sejak 2012

Sosma

Seramai 979 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (Sosma) sejak hampir lima tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahanan itu dibuat sejak 31 Julai 2012 hingga 22 Februari lepas.
"Akta ini digubal untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas berhubung kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
"Ini jelas menunjukkan Sosma merupakan undang-undang berbentuk prosedur manakala jenis kesalahan yang berkaitan telah dinyatakan di dalam Jadual Pertama Sosma," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu jumlah tahanan dibuat mengikut akta tersebut dan jenis kesalahan yang telah dilakukan.
Dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Ahmad Zahid berkata 43 orang warga asing telah dikenakan tindakan di bawah Sosma kerana disyaki terbabit dengan elemen kumpulan pengganas Daesh di Malaysia.
Katanya, lapan orang telah didakwa, iaitu tiga di bawah Kanun Keseksaan, seorang di bawah Akta Pendaftaran Negara dan empat di bawah Akta Imigresen.

'Saya akan lakukan yang terbaik, kata Ketua Hakim Negara

Dalam usia mencecah 66 tahun pada Februari lalu, Tan Sri Md Raus Sharif yang baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara sepatutnya bersara dua bulan lepas.
Bagaimanapun, tempoh perkhidmatannya dilanjutkan selama enam bulan selepas umur persaraan wajib.
Ini bermakna Md Raus hanya akan berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara sehingga Ogos tahun ini.
Dalam tempoh singkat itu, Md Raus bagaimanapun berkata beliau berikrar melakukan pembaharuan dalam badan kehakiman sepertimana dilakukan Ketua Hakim Negara terdahulu, Tun Zaki Azmi dan Tun Arifin Zakaria.
"Kami semua sangat rapat dengan pengurusan, kami bekerja sebagai sebuah pasukan. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan, apa yang telah dilakukan (dan) apa yang perlu dilakukan.
"Tempoh saya adalah perkara lain. Tetapi seperti yang saya katakan, saya akan memberikan yang terbaik," katanya dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara hari ini.
Seperti Md Raus, Presiden Mahkamah Rayuan yang baru dilantik, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga akan bersara tahun ini.
Zulkefli mencecah usia 66 tahun pada bulan lalu.
Dan seperti Md Raus, Zulkefli menegaskan bahawa mereka adalah "sebahagian daripada sebuah pasukan".
"Oleh itu, kami hanya meneruskan apa yang ditinggalkan. Kami tahu cara kerja dan misi," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Arifin agar umur persaraan bagi hakim dinaikkan kepada 70 tahun, Md Raus berkata:
"Kami menyokong itu. Tetapi itu terpulang kepada kerajaan."
Untuk memanjangkan tempoh hakim, ia memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan majoriti dua pertiga.

Ketua Hakim Negara mahu kes-kes jenayah dipercepat

Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Md Raus Sharif berharap kes-kes jenayah yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan akan mengambil masa kurang daripada tiga tahun untuk diselesaikan.
Beliau berkata kes-kes melibatkan pembunuhan misalnya, mengambil masa sehingga 10 tahun untuk sampai ke Mahkamah Persekutuan, sebelum pembaharuan dilakukan Ketua Hakim Negara terdahulu, Tun Zaki Azmi dan Tun Ariffin Zakaria.
"(Tetapi) baru-baru ini satu kes (yang saya dengar mengambil) masa kira-kira empat tahun, dan kita sedang mengurangkan tempoh masa.
"Jika kita boleh melakukannya dalam satu tahun di Mahkamah Tinggi, sembilan bulan di Mahkamah Rayuan dan sembilan bulan di Mahkamah Persekutuan, ia adalah bagus.
"Ia boleh jadi lebih awal tetapi itu sasarannya," kata Md Raus.
Pengganti Md Raus sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menegaskan pentingnya mempercepatkan proses bagi kes-kes jenayah.
"Kita tidak mahu orang yang disabitkan perlu berlama-lama di dalam penjara selama bertahun-tahun.
"Bayangkan jika pada akhir hari, mereka dibebaskan, (ketika itu) mereka telah ditahan reman selama enam, tujuh tahun," katanya.

Muktamar: Fokus isu RUU 355, tahaluf siyasi

Muktamar Pas 63
KUANTAN - RUU 355 dan isu tahaluf siyasi Pas bersama PKR adalah antara perkara bakal dibincangkan pada Muktamar Pas yang akan berlangsung akhir bulan ini.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, dua isu penting itu akan dibahaskan di peringkat tertinggi parti Islam berkenaan.
“Kita jangka isu tersebut akan menjadi panas pada Muktamar ini. RUU 355 adalah fokus utama kerana kita mahukan satu pindaan terhadap sistem perundangan syariah di negara ini.
“Malah, hubungan kerjasama Pas dan PKR juga perlu diputuskan sama ada tahaluf siyasi mahu diteruskan atau sebaliknya. Semua ini akan diperhalusi dalam muktamar itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Temasya Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) peringkat Negeri di Padang Taman Seri Mahkota Aman, di sini semalam.
Sebanyak 14 Pasti di seluruh negeri menyertai Temasya sukan membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.
Ditanya mengenai usul Pas Pahang yang akan dibawa pada muktamar akhir bulan ini, Rosli berkata, Pas pusat masih belum memberi sebarang tajuk untuk diusulkan.
“Setakat ini Pas Pusat tak bagi apa-apa lagi untuk dibawakan, tetapi mungkin dalam masa terdekat mereka mencadangkan usul kepada saya untuk dibincangkan pada Muktamar nanti,” katanya.

Art Harun: Debat di Parlimen pun ancaman juga?

Datuk Ambiga Sreenevasan berkata tidak ada sebab membatalkan debat bila banyak debat dan forum persendirian dianjurkan Karangkraf di premisnya sebelum ini.
Art HarunPeguam Azhar Harun berkata jika debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz boleh mengganggu ketenteraman awam, maka debat di Parlimen juga patut dianggap sebegitu.
Ini kerana debat di Parlimen boleh disaksikan secara langsung di YouTube dan dibaca secara atas talian hampir serta-merta.
“Menggunakan prinsip yang sama, kita patut batalkan semua bahas. Apa kata 50 atau 80 orang tidak suka dengan debat di Parlimen, bawa kain rentang? Ia juga boleh dianggap ancaman keselamatan.
“Kita sengaja nak paranoid. Jika debat antara individu umur 91 tahun dan Nazri ialah ancaman, makan semua yang lain juga ancaman keselamatan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembatalan debat antara bekas perdana menteri itu dengan Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, pada 7 April di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Azhar atau lebih dikenali sebagai Art Harun berkata, polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan sebelum ini berjaya mengekalkan ketenteraman awam ketika himpunan Bersih walaupun ada ratusan ribu orang yang menyertainya.
“Kita pernah lihat polis buat kerja mereka dengan berkesan. Kita cenderung melabelkan semuanya sebagai ancaman keselamatan. Kita perlu hentikannya, kalau tidak ia tidak akan berakhir,” katanya.
Sosma tiada definisi
Azhar juga memberi contoh bagaimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang teruk dikritik digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Katanya, Sosma tidak ada definisi khas terutama sekali dengan terma seperti “aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen” dan “cubaan untuk melakukan sabotaj”.
“Apa maksudnya itu? Maka, kita lihat Marian Chin (pengerusi Bersih 2.0) ditahan di bawah Sosma kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sedangkan dia berjuang untuk demokrasi berparlimen,” katanya.
Bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan menekankan isu itu dengan berkata Karangkraf, penganjur debat antara Dr Mahathir dan Nazri, selama ini sudah banyak menganjurkan debat dan forum di premis yang sama.
“Mereka menganjurkan banyak debat. Saya juga pernah dijemput dalam salah satu daripadanya, sebaik saja selepas himpunan Bersih 2 (pada 2011).
“Secara amnya, apa yang mereka (pihak berkuasa) buat tidak masuk akal. Mereka tidak boleh menyekatnya (debat) dengan tanggapan kabur yang ia ancaman keselamatan. Ia asas kebebasan bersuara,” katanya kepada FMT.

AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

Keputusan pihak polis melarang debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan pada 7 April depan atas faktor keselamatan, ketenteraman awam dan mengelakkan kacau-bilau, nampaknya ditolak oleh pelbagai pihak.

Bukan saja pemimpin-pemimpin blok pembangkang yang tidak dapat menerima alasan pihak berkuasa itu, malah pemimpin-pemimpin UMNO, termasuk Nazri sendiri menolak alasan itu.

Bagi Tun Mahathir, debat itu ditolak permitnya tidak lain kerana Najib Razak takut kebenaran akan terdedah.

"Berani kerana benar, takut kerana salah," tegasnya.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan pembatalan itu bercanggah dengan Perlembagaan dan pihak polis telah bertindak di luar bidang kuasa yang sepatutnya.

Ia katanya, berikutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak polis tidak lagi mempunyai kuasa untuk menghalang sesuatu perhimpunan aman di mana pihak penganjur hanya perlu memberi notis pemakluman beserta syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh mereka.

Majoriti pemimpin pembangkang yang lain rata-ratanya ketawa dengan keputusan pihak polis itu sambil menyifatkan ia hanyalah langkah untuk menyelamat dan menjaga air muka Najib yang terpalit penuh, bukan terconteng sikit,  dengan skandal kewangan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima melalui akaun peribadinya.

Di pihak UMNO, selain Nazri sendiri yang terus kecewa dengan tindakan pihak polis itu, Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani dan Pengerusi PUNB, Ali Rustam juga berpendirian hampir senada dengannya.

Kata Johari, "kalau tak boleh (dapatkan permit), buat saja di hotel, selesai masalah."
Ali Rustam berkata, debat antara Tun Mahathir dengan Nazri itu wajar diteruskan berikutan dunia semakin terbuka dan politik sudah berada di peringkat matang.

Hentikan polemik RUU 355, fokus tolak penguasa rasuah


Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menggesa supaya polemik berkaitan Rang Undang-undang (RUU) 355 dihentikan daripada terus diperbodohkan oleh pihak yang hanya mahu membiarkan rejim Umno-BN kekal berkuasa.
Menurutnya, isu pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 jelas hanya permainan politik Umno-BN seperti terbukti pada pengumuman Najib Razak bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan RUU 355 di Parlimen ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.
"Hentikan dari dipermain dan diperbodohkan dengan polemik RUU 355 ini oleh golongan yang mahu mengekalkan kuasa Umno BN dan mereka yang menyokong penguasa politik yang rasuah dan tidak amanah ini.
"Sejak awal lagi kami (Amanah) mengambil pendirian jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU 355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya," tegas beliau.
Ujarnya, motif sebenar isu RUU 355 adalah bagi memelihara kepentingan politik parti pemerintah apabila digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat (PR).
"Lalu, tercetuslah apa yang berlaku sehingga kemudiannya Pas berpecah selepas berlakuknya pembersihan golongan progresif dan pro-PR.
"Lalu, Najib dan pimpinan Umno telah 'melayani' kehendak Pas seolah-olah menyokong RUU 355 ini. Sekarang seluruh rakyat jelas kedudukan perkara ini bahawa perhitungan kepentingan politik Umno-BN menentukan dan mengatasi segala-galanya," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad menyifatkan isu RUU 355 turut berjaya memecahbelahkan umat Islam itu sendiri sehingga mengheret ke kancah 'takfiri' apabila pihak yang mempertikaikan sebarang aspek cadangan RUU 355 itu atau menolaknya dianggap telah ‘gugur aqidah’ dan menentang syariah Islam.
"Untuk ingatan, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen ‘wajib’ sokong, sedangkan RUU 355 adalah proses legislatif (at-Taqnin) yang semestinya melalui proses perbahasan dan perdebatan," kata beliau.

RUU 355: Usul kerajaan tidak pernah habis, kata peguam


Dr Zulqarnain LuqmanDr Zulqarnain Luqman
Usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 perlu mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua RUU Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, bekas Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Peringkat Kebangsaan, Dr Zulqarnain Luqman menganggap RUU Kerajaan tidak akan pernah selesai.
"Jika nak bawa usul persendirian, kena habis urusan kerajaan dulu. Usul kerajaan tidak pernah habis dalam satu-satu sidang Parlimen," katanya dalam forum Live Bongkar anjuran Amanah Johor semalam.
Beliau juga mempertikai tindakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahu membentangkan pindaan Akta 355 sebagai usul persendirian.
"Soalnya sekarang, kita melihat kerajaan persekutuan sudah sedia untuk meminda peruntukan tersebut, kenapa kita (Pas) harus ambil beban tersebut. Pindaan Akta 355 memang pernah dilakukan kerajaan tetapi bukan melalui usul persendirian.
"Dalam sistem BN sekarang, apa-apa usul yang dibenarkan kerajaan, kalau tidak lulus, ia semacam usul tidak percaya kepada kerajaan itu sendiri," tegasnya.
Menurutnya, pindaan terhadap Akta 355 yang hanya bertujuan menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman itu bergantung pada kebenaran pihak kerajaan.
"Macam kita lihat usul pensendirian (355) ini, dulu di kedudukan keempat, bila masuk RUU lain, ia jatuh (kedudukan) bermakna urusan kerajaan tidak akan habis dalam satu sidang parlimen tersebut.
"Kalau nak naik (kedudukan RUU 355), dia (Abdul Hadi) mesti mendapat 'syafaat' daripada menteri, sebab itu mesti bagaimanapun ada rundinagn.
"Dulu masa (Ahli Parlimen) Marang buat, Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bawa usul itu didahulukan seperti mengikut Peraturan Mesyuarat 49," jelasnya dalam forum "RUU 355: Apa dah jadi?" yang dimoderatorkan Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.
Mengulas lanjut, Zulqarnain tidak menolak wujudnya gangguan pada jawatankuasa teknikal terbabit apabila Abdul Hadi yang juga Presiden Pas mahu membentangkan RUU 355 sebagai usul persendirian.

PAS bentang RUU 355, pastikan hadir di Parlimen Khamis

Bebas berkata ahli Parlimen perlu datang ke Parlimen menentang RUU syariah itu dan tidak membenarkan ia dibawa ke peringkat seterusnya
azrul-mohd-khalidPETALING JAYA: Kumpulan yang menentang rancangan PAS untuk mengenakan hukuman syariah lebih keras di Malaysia merayu kepada ahli Parlimen supaya hadir di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis ini, ketika Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 dijangka dibentangkan.
Bebas berkata semua ahli Parlimen perlu hadir untuk bercakap bagi pihak sebahagian rakyat Malaysia.
“Mereka perlu undi ‘tidak’ bagi RUU 355,” kata jurucakap Bebas Azrul Mohd Khalib, merujuk kepada akronim rang undang-undang (RUU) itu dalam bahasa Melayu.
“Jangan biarkan kedatangan sedikit di Dewan Rakyat kerana ia boleh menyebabkan RUU itu dibawa ke peringkat seterusnya.”
RUU persendirian itu dibentangkan 2 kali oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memohon supaya kuasa menjatuhkan hukuman di mahkamah syariah diperkasakan, daripada 3 tahun penjara pada masa ini dan denda RM5,000 serta 6 sekatan dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebat 100 kali.
Beberapa pemimpin Umno sebelum ini menyuarakan sokongan kepada RUU itu walaupun dibantah parti komponen bukan Islam dalam BN.

Tony Pua mahu Nazri buktikan Malaysia bukan negara polis

Nazri- MahathirNazri- Mahathir
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz perlu membuktikan bahawa Malaysia bukan negara polis seperti yang ditegaskan sebelum ini dengan meneruskan sahaja debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tony PuaTony PuaAhli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, kegagalan Nazri untuk berbuat demikian membuktikan Malaysia negara polis dan menunjukkan beliau tidak berpegang kepada kata-katanya.
“Malah, apa yang lebih penting, bukanlah bidang kuasa polis untuk enggan memberikan kebenaran sesuatu acara itu berlangsung. Berdasarkan Akta Perhimpunan Aman (2012), pihak penganjur perlu memberikan ‘notis’ 10 hari.
“Akta itu tidak memperuntukkan polis untuk berkata ya atau tidak terhadap satu-satu perhimpunan, lebih-lebih lagi acara yang diadakan dalam premis persendirian. Permit polis sebenarnya tidak perlu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan polis membatalkan permit kebenaran acara debat mengenai 1MDB yang menampilkan Nazri dan Mahathir yang kini merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Acara yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada 7 April itu dibatalkan selepas pihak penganjur mendapat surat daripada polis untuk berbuat demikian.
Dalam surat kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob itu, polis memberi alasan acara debat tersebut dibatalkan ekoran mendapat bantahan penduduk setempat.
“Setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam, dengan ini kelulusan permit Perhimpunan Aman rujukan 4/17 bertarikh 31/03/2017 adalah dibatalkan,” surat itu dipetik.
Surat ditandatangani Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.
Namun, menurut Tony Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP, Kompleks Karangkraf terletak di kawasan perindustrian, jauh dari kawasan penempatan.
Malah, katanya, adalah menjadi tugas polis untuk memastikan acara dialog atau debat itu diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram.
“Kebebasan untuk berhimpun dan berucap yang dijamin Perlembagaan tidak harus dinafikan oleh mereka yang merasa terancam dengan kebebasan berkenaan,” katanya yang juga Pengerusi DAP Selangor.
Ia merupakan kali kedua polis membatalkan permit kebenaran bagi acara debat Mahathir-Nazri. Sebelum ini, acara debat berkenaan yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Sains Kuala Kangsar pada 25 Mac dengan alasan yang sama.

Polis halang debat: Bercanggah Perlembagaan, Akta Perhimpunan Aman


 Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Tindakan pihak polis menghalang debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan perlembagaan.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bercanggah dalam Perkara 10 Perlembagaan Perseutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan hak ini hanya boleh disekat oleh undang-undang atas sebab keselamatan atau ketenteraman awam.
"Debat yang dijadualkan akan diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, iaitu satu tempat tertutup dengan jumlah hadirin yang terhad bukanlah satu ancaman kepada keselamatan atau ketenteraman awam.
Seorang yang waras tentunya tidak dapat membayangkan bagaimana debat antara dua orang tokoh politik yang diadakan di tempat yang tertutup dan terkawal boleh bertukar menjadi ancaman kepada keselamatan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga berkata, debat seumpama ini pernah diadakan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka.
"Debat itu membincangkan isu kenaikan harga minyak yang merupakan isu politik yang hangat dibincangkan pada ketika itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.
"Saya percaya suasana yang sama akan dapat dilihat dalam debat antara Tun Dr Mahathir dan Nazri jika ia dibenarkan berlangsung. Mereka yang hadir sudah tentu ingin mendengar hujah kedua-pihak dan bukannya untuk menimbulkan huru-hara," terangnya.

Projek ECRL serah bulat-bulat kepada negara asing

Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail menganggap Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 600 kilometer itu mungkin sebagai projek strategik nasional pertama diserahkan sepenuhnya kepada negara asing.
"Bagi saya, amatlah malang Malaysia tidak mempunyai hak untuk menentukan kontraktor pilihan dalam projek di negara sendiri.
"Malah, situasi ini akan menyisihkan syarikat-syarikat tempatan sehingga tidak akan berlaku perpindahan pengetahuan dan teknologi.
"Pada pandangan saya, ini mungkin projek strategik nasional pertama yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara asing untuk dilaksanakan," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan kontraktor bagi ECRL telah ditentukan oleh kerajaan China dan syarikat pembinaan milik negara itu, China Communications Constructions Company (CCCC) yang melaksanakan projek itu.
Najib juga memberitahu, Malaysia telah diberikan syarat-syarat pembiayaan menarik dan sebagai pertukaran pihak China akan mencalonkan kontraktor pilihan mereka dalam membina prasarana bernilai RM55 bilion itu.
Menurut Azan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, kos bagi projek prasarana tersebut juga terlalu tinggi walhal sepatutnya adalah separuh daripada RM55 bilion.
"Pembiayaan dari China adalah berbentuk pinjaman, yang bermaksud pembayar cukai dan generasi akan datang wajib membayar kembali pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada hari ini.
"Di samping itu, projek ini juga tidak lepas daripada isu syarat-syarat pembayaran balik dan berapakah kadar faedahnya yang tidak dijelaskan secara telus oleh kerajaan Umno-BN," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan situasi pada masa ini jelas menunjukkan Malaysia mula dijajah oleh kuasa asing melalui dominasi pekerjaan, pemberian projek dan hutang 1MDB yang sukar dibayar.
"Dalam hal pekerjaan, projek ECRL ini juga dijangka tidak akan memberi faedah yang besar kepada rakyat kerana China dijangka akan membawa masuk pekerja serta bahan binaan daripada Tanah Besar," ujarnya.

KWSP rugi RM203j akibat pelaburan saham FGV

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.
Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.
"KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.
KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.
Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.
FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.
Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.
Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

Jangan elak soalan saya, kata Rafizi kepada menteri Umnoi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya tidak mengelak menjawap soalannya mengenai perjanjian kerjasama Petronas dan Saudi Aramco.
"Beliau tidak harus mengelak daripada soalan.
“Beri jawapan terus sama ada atau tidak terdapat perubahan dari segi komersil sebelum dan selepas beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan," katanya kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Pandan itu mengulas kenyataan Abdul Rahman pagi ini, yang apabila ditanya mengenai dakwaan Rafizi, menggesanya kerana Saudi Aramco memilih Malaysia untuk menjalin kerjasama.
Menteri itu juga menekankan bagaimana perjanjian kompleks penapisan minyak dan petrokimia (Rapid) di Penggerang akan mewujudkan peluang pekerjaan.
Sementara itu, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa untuk projek sebesar itu, perubahan walaupun satu peratus dari segi komersial boleh menelan jumlah wang yang amat besar.
Katanya, Abdul Rahman mesti mendedahkan terma-terma komersial penting yang membabitkan wang awam sebelum dan selepas campur tangan beliau, dengan mengambil kira:
1) Berapa banyak yang perlu dibayar oleh Petronas sekarang untuk bahan mentah (minyak mentah dan naphtha) daripada Saudi Aramco?
2) Apakah harga utiliti yang dijual kepada syarikat usaha sama oleh syarikat utiliti yang dimiliki sepenuhnya oleh Petronas?
3) Apa pengurangan cukai dan pakej insentif cukai yang ditawarkan kerajaan Malaysia kepada usaha sama itu?

'Misteri' dalang gagalkan RUU355 Hadi

Nampaknya maklumat mengenai "dalang" yang mahu menggagalkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 (RUU355) seperti didakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya diketahui oleh orang tertentu dalam PAS.
Hari ini, dua anggota parlimen parti itu yang ditanya wartawan mengenai "dalang" berkenaan gagal menjawabnya dengan jelas.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata beliau tidak ada maklumat mengenainnya.
"Mungkin tok guru tahulah siapa," katanya ringkas, merujuk kepada gelaran diberikan ahli parti itu kepada Abdul Hadi.
Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak memberikan sebarag jawapan yang memungkinkan identiti "dalang" berkenaan diketahui.
"Tanya dia (Abdul Hadi)," kata Nik Abduh sambil tersenyum.
Nik Abduh adalah anak bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dilihat antara orang yang rapat dengan Abdul Hadi.
Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga memberikan jawapan hampir sama, tetapi segera menambah, pihak yang menghalang RUU355 itu ialah BN.
"Saya pun tak tahu, tapi yang pasti (dalang itu ialah) BN," katanya.
Sokong walau mesti berpisah
Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena memberitahu, pihak yang bersungguh-sungguh menghalang rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat ialah parti komponen BN.
Justeru, katanya, Umno kini menjadi kuda tunggangan kepada parti berkenaan.
"Umno jadi kuda tunggangan komponen BN, kepada MCA yang menyebabkan perkara tersebut (RUU355) terhalang hingga menyebabkan kesulitan hari ini," katanya.
RUU355 diuar-uarkan oleh Umno akan diambil alih oleh kerajaan daripada Abdul Hadi bagi memudahkan ia dibentang di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun pada 29 Mac lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembatalan rancangan berkenaan kerana mennghormati semangat kebersamaan dan kesepakatan dalam BN.
Oleh kerana itu usul berkenaan kembali dengan sifat asalnya iaitu berbentuk rang undang-undang persendirian dan tertakluk kepada kebenaran Speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan.
Untuk rekod, antara parti yang tegas menentang RUU355 ialah MCA, Gerakan dan parti dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memberitahu keputusan berkenaan bukan bermakna kerajaan tidak menyokong usul berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai harapan Umno Pulau Pinang supaya PAS tidak menganggap mereka musuh, Mahfuz berkata, harapan itu perlu dibuktikan dengan perbuatan.
"Kalau nak jadi rakan (PAS), maka kenalah sokong (supaya) usul persendirian (Abdul Hadi) dilepaskan oleh Speaker Dewan Rakyat.
"Semua ahli Umno kena sokong walaupun ia bermakna mereka terpaksa berpisah dengan MCA," katanya.
Mesti dedah dalang
Minggu lalu Abdul Hadi berkata, beliau tahu dalang yang cuba menghalang pembentangan RUU355 namun PAS bersedia menghadapi rintangan dan halangan itu.
“Kita (PAS) akan menghadapi apa jua halangan dan kita kenal siapa yang menghalang itu,” katanya dilapor Berita Harian.

Isu wakil rakyat pegang kad ATM, Exco jawab ADUN BN

Debat Nazri-Tun M dicadang buat di PDRM atau Antartika

DUN Selangor 'panas' isu wang khairat kematian

Khalid tak puas hati denda rendah (tidak lebih RM100) pada penyerang

Sejarah Tidak Pernah Menipu..!!!

"BN TIDAK AKAN BENTANG RUU 355" - PM Najib -(29/3/2017)

"TAK CUKUP MASA USUL RUU 355" - Azalina Othman (30/10/2016)

"RUU MAHKAMAH SYARIAH DIJANGKA TAK SEMPAT DIBENTANG" - Shahidan Kassim (9/4/2015)

Siapa Nak Bayar Balik Kerugian KWSP Tu...!!!

Bila rakyat cerdik cuba bantah penyenaraian saham FGVH, rakyat dimaki hamunnya di khayalak ramai..

AKHIRNYA, saham FGVH terus jatuh melingkup..

Dah berapa lama makcik pokcik Felda tak dapat dividen mahupun bonus2 saham FGV itu ??!!.. Jangan lupa undi BN lagi yer..

Negara 'Menipu"...!!!

FAKTA:

"1MDB menjadikan Malaysia dikenali dunia sebagai negara 'kleptokrasi' atau pemerintahan pencuri" - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)

SIAPA 'pencuri' No.1 dalam negara kita sehingga berlaku penyelewengan/ pengubahan wang haram berpuluh2 bilion ringgit ??!

KENAPA hingga kini pencuri tersebut masih bebas tanpa sebarang tangkapan, dakwaan mahupun siasatan ??! Malah telah dibersihkannya awal-awal oleh badan tertentu. KENAPA ia boleh terjadi ??!

Siapa wakil rakyat miliki ijazah palsu, MP DAP mahu beri bukti

Mahkamah khas bicarakan jenayah seksual kanak-kanak

Nazri tidak fikir Najib jadi punca debat batal

Notis roboh sekolah Rohingya ditarik balik - Azmin

Rafizi perlu bersyukur, kata Rahman Dahlan

26 peratus suami kena dera, kata Menteri

Lawan dengan Tun M tak ada hal, 'small matter' - Nazri

Debat: 'Buat kat Antartika, kat situ banyak penguin' - Nazri

Johari jelaskan maksud 'sewa, jangan beli rumah'

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kenyataan beliau mengenai amalan menyewa rumah untuk jangka panjang.
Dalam kenyataannya semalam, Johari berkata, kenyataan itu dibuat semasa sesi dialog awam mengenai inisiatif Transformasi Nasional 2015 (TN50) yang dikendalikannya bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Kementerian Kewangan pada 30 Mac lalu.
Katanya, beliau telah digambarkan secara salah sebagai menggesa rakyat Malaysia tidak membeli rumah sebaliknya menggalakkan mereka terus menyewa.
"Untuk penjelasa, saya hanya meluahkan cadangan supaya rakyat Malaysia menyewa rumah sehingga kedudukan atau kerjaya mereka memungkinkan mereka bersedia untuk menerima tanggungjawab kewangan yang besar.
"Memang menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia, apabila memasuki bidang pekerjaan, mereka melibatkan diri untuk dua beban kewangan besar iaitu membeli kereta dan membeli rumah.
"Bahawa komitmen kewangan bagi sebuah kereta boleh bertahan sehingga sembilan tahun, komitmen bagi rumah pula boleh berlanjutan sehingga 30 tahun.
"Oleh itu, rakyat Malaysia mengikat diri mereka kepada beban kewangan pada peringkat begitu awal ketika sepatutnya mereka menumpukan perhatian membangunkan kerjaya sendiri.
"Dengan membebaskan diri mereka daripada komitmen kewangan membebankan itu, sebaliknya mereka boleh meningkatkan mobiliti pekerjaan dengan meneroka peluang di tempat kerja yang lain, mendapatkan atau menukar kerjaya atau membangunkan keusahawanan dengan memulakan perniagaan atau perusahaan sendiri," katanya.
Di negara Eropah yang memiliki ekonomi lebih maju, kata Johari, peratusan pemilika rumah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.

ASAL UMNO PASTI BOHONG..!!!

Dah byk kali ditipu AMENO, tapi nak gak bermesra bersetongkol dgnnya.. Kenapa ??!

Dedak gred apa yg mereka dapat ??!

Minyak CAP DACING...!!!

Setiap kali bekalan minyak masak kurang,
DITUDUHNYA SALAH PENIAGA CINA-DAP..
CINA-DAP sorok minyak..

KERAjaan hapus subsidi minyak masak,
ATAS ALASAN nak bendung penyeludupan..

RUPA-RUPANYA... pilihanraya dah makin dekat..

NAMPAK TAK !!!

TUN M JADI PENASIHAT PH, TAPI KIT SIANG PULA YANG DICELA...PEMIMPIN UMNO DAH MULA RESAH KE?

Sehingga ini sekurang-kurangnya tiga pemimpin tertinggi UMNO yang jelas tidak lagi dapat menahan kerisauan di hati berikutan perlantikan Tun Mahathir Mohamad bersama Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai penasihat protem Pakatan Harapan.

Mereka ialah Salleh Said Keruak, Noh Omar dan Ismail Sabri Yaakob. Mungkin selain mereka, ramai lagi yang turut berkongsi kebimbangan yang sama, tetapi tidak meluahkannya secara terbuka.

Masing-masing bagaimanapun cuba menyembunyikan risau hati mereka dengan mengatakan Lim Kit Sianglah yang sepatutnya dilantik menerajui gabungan parti-parti pembangkang yang bakal didaftarkan secara rasmi itu.
Hujah kuno mereka tidak lain kerana DAP memiliki kerusi terbanyak, selain dikatakan Lim Kit Siang menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Tun Mahathir hanyalah untuk memperdaya orang-orang Melayu sedangkan hakikatnya parti itulah yang paling berkuasa sekali dalam Pakatan Harapan.

Lantaran itu, kata mereka, untuk membuktikan kejujurannya, Lim Kit Siang mesti berani menuntut jawatan tersebut?

Tidakkah mereka sebenarnya sedang resah dan gelisah, lalu dilihat seolah-olah "gila" dalam kenyataan yang dikeluarkan?

Tun Mahathir yang dapat jawatan, tetapi Lim Kit Siang yang murah hati dan tidak tamak jawatan pula yang dicela?

Kenapa tidak Tun Mahathir yang diserang dan diperlekeh?

Hakikatnya, dengan keputusan parti-parti pembangkang meletakkan Tun Mahathir sebagai penasihat Pakatan Harapan bersama Dr. Wan Azizah, ia adalah satu lagi langkah yang bakal memendekkan usia Najib Razak, UMNO dan BN di persada kuasa mentadbir negara ini.

Tun Mahathir, dengan rekod cemerlangnya  mampu mencipta kejayaan dalam situasi paling sukar sebagaimana yang dbuktikannya sepanjang 22 tahun berkuasa, kini sedang merintis satu lagi sejarah yang secara totalnya adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Apatah lagi dengan rekod buruk Najib yang dilihat hanya sinonim dengan pelbagai skandal, ditambah kegemarannya mendatangkan susah dan sengsara kepada rakyat jelata, kelebihan nyata memihak kepada Tun Mahathir.

Dalam mana-mana sejarah dunia pun, apabila rakyat mula susah dan sengsara sementara yang berkuasa terus boros dan bermewah tanpa hadnya, kejatuhanlah balasannya.

Di Malaysia, ia semakin hampir menjadi kenyataan.

UMNO, BN serta sekalian para pemimpinnya tahu dan sedar banyak kelebihan berada pada Tun Mahathir berbanding Najib. Gambar dan poster-poster besar Tun Mahathir sepanjang kempen PRU 14 nanti pasti akan lebih memikat hati rakyat dan dengan sendirinya menenggelamkan wajah Najib yang suram dan tak bermaya.

Mereka gelisah kerana kuasa dalam di tangan bila-bila masa akan terlepas daripada genggaman. Mahu menyerang Tun Mahathir secara  terbuka dan terang-terangan, takut simpati lagi melimpah ruah.

Melayu patut lebih selesa dengan Pakatan Harapan, kata Khalid Samad


Khalid Abdul  SamadKhalid Abdul Samad
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan dakwaan kononnya orang Melayu terpinggir dalam Pakatan Harapan (PH) adalah satu mitos.
Menurutnya, tiga daripada empat parti yang menganggotai PH pada masa ini mempunyai majoriti ahli terdiri daripada Melayu.
"Kalau ingin dilihat dari sudut kaum, sepatutnya orang Melayu lebih selesa melihat pada PH berbanding BN.
"Ini adalah kerana tiga daripada empat parti anggota PH adalah parti majoriti Melayu dan parti keempat (DAP) juga mempunyai keahlian Melayu," ujarnya dipetik daripada artikel beliau di akhbar mingguan Amanah Edisi 45.
Beliau berkata, pengasingan kaum mengikut parti tidak berlaku dalam PH berbeza dengan BN yang pada dasarnya merupakan gabungan parti berasaskan kaum.
"Dalam BN mungkin hanya Umno boleh mendakwa memperjuang dan mempertahankan kedudukan orang Melayu sepertimana terjamin dalam perlembagaan.
"Tidak mungkin MCA dan MIC boleh mendakwa begitu kerana tiada Melayu dalam MCA atau pun MIC. Begitu juga parti-parti lain dalam BN. Hanya Umno 'parti Melayu' dalam BN," jelasnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan perlunya sebuah parti Melayu memimpin Pakatan Harapan untuk menyakinkan pengundi Melayu supaya menyokong gabungan parti terdiri daripada Amanah, PKR, Bersatu dan DAP itu.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, persoalan dominasi kaum lain terhadap kaum Mealyu hampir mustahil berlaku dalam Pakatan Harapan bahkan sememangnya tidak memperjuangkan dominasi mana-mana kaum ke atas kaum lain.
"Oleh itu, ianya satu mitos bahawa Melayu terpinggir dalam PH. Kepimpinan Melayu terserlah dalam PH selama ini tetapi ditutup dan diselindung daripada mata rakyat Melayu melalui fitnah jahat BN," tegasnya.
Mengulas lanjut, beliau menekankan naratif Pakatan Harapan berteraskan keadilan dan prinsip urus tadbir yang baik serta beramanah yang akan memajukan Melayu dan semua kaum di negara ini.
"Prinsip keadilan di mana yang miskin diutamakan berbanding yang kaya, yang lemah berbanding yang kuat sedangkan naratif BN adalah dominasi kaum Melayu tanpa mementingkan prinsip dan keadilan.

Malaysia dalam senarai 16 negara ‘menipu’ rugikan ekonomi AS

iasatan itu memenuhi janji pilihan raya Trump untuk mendahulukan kepentingan AS dalam semua urusan antarabangsa.
will
Pentadbiran Presiden Donald Trump pada minggu lalu memulakan penyiasatannya dalam usaha menghapuskan apa yang didakwanya amalan perdagangan yang merugikan ekonomi Amerika Syarikat, dan antara 16 negara yang disenaraikan adalah Malaysia, yang menyebabkan defisit dagangan tidak berpihak kepada AS.
Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menyiasat dan mengenal pasti negara dan produk yang menyebabkan AS kerugian hampir AS$50 bilion setiap bulan.
AFP memetik Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, yang berkata penyiasat akan memperincikan setiap negara dalam senarai, sebelum melapor balik kepada Trump dalam masa 90 hari.
“Ia akan menjadi asas untuk membuat keputusan oleh pentadbiran,” katanya, yang menamakan China negara yang menyebabkan kerugian paling tinggi kepada AS.
Selain China dan Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Menurut Ross, penyiasat AS akan mengkaji perdagangan di setiap negara bagi mendapatkan bukti amalan “menipu”, di samping kewujudan perjanjian dagang yang tidak memenuhi tuntutan, penguatkuasaan lemah, penetapan tukaran asing yang salah, dan halangan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Azmin: Batal debat Mahathir-Nazri bukti PM takut

Pembatalan majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bimbang kemungkinan ia bakal menjejaskan pentadbiran negara diterajuinya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, debat itu akan digunakan Dr Mahathir bagi mendedahkan segala skandal membelenggu pentadbiran Najib termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) maka pembatalan dibuat biarpun dengan alasan tidak munasabah.
AZMIN ALi
“Saya tidak faham mengapa permit itu dibatalkan kerana alasan diberikan amat tidak munasabah, kononnya ada penduduk membantah sedangkan kawasan itu tidak berdekatan dengan perumahan dan ianya berada di dalam satu bangunan, bukan tempat terbuka.
“Ini sekali lagi membuktikan Perdana Menteri amat takut sekiranya Dr Mahathir membongkar skandal 1MDB dengan bukti lebih kuat dan kukuh,” katanya kepada media di sini, semalam.
Beliau berkata, pembatalan majlis itu jelas menggambarkan keadaan itu kerana sekiranya Naib yakin ia tidak akan menjejaskan pentadbiran atau kewibawaannya, pasti beliau tidak menghalang debat berkenaan.
Penganjuran debat di antara mantan Perdana Menteri serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu sepatutnya berlangsung di Krangkraf Sdn Bhd, di sini, 7 April ini.
Sinar Harian Online memaklumkan ia ekoran pembatalan permit kebenaran oleh polis.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut memohon maaf di atas pembatalan debat yang sebelum ini diluluskan.
Sinar Harian bertindak menganjurkan majlis itu selepas polis turut tidak meluluskan debat antara Dr Mahathir dan Nazri di Padang Rengas, Perak, 25 Mac lalu.

Umno ‘kasihan’ nasib PAS di Pulau Pinang

Tetapi Umno berkata hubungannya dengan PAS di negeri itu sentiasa baik.
zainal
GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang tidak terkejut dengan tindakan kesemua 13 PAS kawasan di negeri itu mengusulkan PAS Pusat memutuskan kerjasama dengan PKR.
Sambil menasihati agar PAS lebih berhati-hati memilih rakan politik pada masa depan, Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan-rakan politiknya dalam pakatan pembangkang.
“Mereka (PAS) berkerja keras untuk membantu DAP dan PKR menang 2 penggal iaitu 2008 dan 2013 (di Pulau Pinang) tetapi lihat sekarang apa yang mereka dapat. Saya kasihan dengan nasib mereka,” katanya kepada pemberita semalam.
Zainal Abidin mengulas keputusan semua 13 PAS kawasan di negeri ini yang secara sebulat suara meluluskan usul menamatkan kerjasama politik dengan PKR dalam muktamar tahunan masing-masing.
Mengulas lanjut, beliau berkata hubungan PAS dengan Umno negeri sentiasa baik selama ini dan kedua-dua parti bekerjasama dalam hal-hal umat Islam.

Bebas: RUU Hadi masih belum tewas

Kumpulan aktivis sekular itu berkata ia tidak teragak-agak untuk menggerakkan pendapat umum menentang rang undang-undang pindaan syariah jika ia dibentangkan.
Azrul-Mohd-Khalib_law_600
PETALING JAYA: Walaupun kerajaan tidak akan mengambil alih atau membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), RUU itu masih belum ditewaskan, kata kumpulan aktivis sekular Bebas.
Ahli Bebas, Azrul Mohd Khalib berkata sokongan untuk meminda akta itu tidak terhad kepada pemimpin dan ahli PAS.
“Kita perlu sedar ini bukan isu yang hanya mendapat sokongan PAS saja.
“Ia bukan soalan kepada Umno buat keputusan untuk Malaysia dan rakyat, sama ada ia sesuai atau tidak.
“Islamisasi negara kita ialah agenda yang dibawa oleh banyak individu, parti dan organisasi,” katanya.
Azrul berkata RUU persendirian itu yang dibawa Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang – hanya salah satu daripada komponen agenda itu.
Katanya, keputusan kerajaan tidak meneruskan rancangan mengambil alih dan membentangkan RUU itu tidak bermakna ia sudah ditewaskan.
Ia masih RUU persendirian dalam senarai perundangan dan boleh dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Kami akan terus berwaspada dan memantau sikap wakil rakyat kita dan tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan pendapat umum dalam menentang RUU itu,” katanya.

Kafir Harbi: Asri minta Zamihan disiasat

Mufti Perlis berpendapat, penggunaan istilah "kafir harbi" tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana ia memberi kesan besar kepada keselamatan.
Kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, istilah berkenaan merujuk kepada seseorang bukan Islam yang boleh diperangi dan halal untuk dibunuh.
Malah, katanya, penggunaan istilah itu turut digunakan pengganas Isis.
"Seruan (dengan melabelkan seseorang itu sebagai kafir harbi) boleh menimbulkan pertumpahan darah dan slogan yang sama inilah digunakan Isis," katanya di Facebook semalam.
Mohd Asri mengulas ucapan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain, yang menyentuh mengenai isu rang undang-undang bagi meminda Akta 355.
Dalam ucapannya itu - dipercayai di suatu majlis ceramah agama - Zamihan mengingatkan orang Islam supaya tidak menyokong DAP dan MCA.
"Saya ingin pesan kepada tuan-tuan, jangan sokong parti orang kafir yang menetang RUU355.
"Hari ini parti orang kafir yang menentang RUU355 ialah DAP, dan ada juga pemiin MCA. Tuan-tuan jangan menyokong pemimpin dari kalangan parti-parti ini kerana merera menentang pelaksaan undang-undang Islam di (Malaysia ini).
"Mereka adalah pemimpipn kafir harbi. Jika tuan-tuan sokong (mereka), saya khhuatir tuan-tuan pasti akan disambar api negara," katanya.
Menurut Mohd Asri, perkataan "kafir harbi" bukan boleh dijadikan mainan dan membawa implikasi sangat bahaya kepada keselamatan.
"Hanya pihak ulul amri (pihak berkuasa) yang berhak untuk isytihar hal ini dalam kerangka sesebuah negara.
"Seruan seperti ini boleh menimbulkan penumpahan darah dan slogan yang sama inilah yang digunakan oleh Isis," katanya.

Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub Tindakan dua kali pihak polis membatalkan debat di antara Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas,membuktikan polis telah diarahkan berbuat demikian oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pembatalan debat itu sesuatu yang melucukan atas alasan polis berkemungkinan berlaku kekecohan antara dua penyokong.
"Adalah terlalu melucukan apabila pihak polis telah dua kali terpaksa membatalkan debat di antara DatukSeri Nazri dan Tun Dr Mahathir atas alasan bimbang berlakunya kekecohan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak.
"Sebenarnya Datuk Seri Najib Razak yang bertanggugjawab mengarahkan debat tersebut dibatalkan kerana beliau terlalu bimbang kesan perdebatan itu akan menelanjangkan semua penglibatan beliau dan kroninya dalam isu 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas tindakan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff semala, yang dipetik berkata polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf pada 7 April ini.
Sebelum itu debat sama antara dua seteru politik itu sepatutnya diadakan di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac lalu.
Bagaimanapun, acara yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar itu tidak menjadi kenyataan apabila polis enggan membenarkannya.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dipetik berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai
Sambung Salahuddin lagi, beliau yakin pembatalan dua lokasi debat itu kerana Umno bimbang dengan pendedahan fakta yang akan dikemukakan Dr Mahathir.
"Saya yakin dan percaya bahawa Tun Mahathir bukan sahaja akan mendedahkan fakta sedia ada berkaitan 1MDB tetapi juga bakal mengemukakan bukti-bukti terkini yang beliau terima untuk memastikan rakyat yakin bahawa Najib mengamalkan kleptokrasi terhadap dana awam untuk kepentingan peribadi dan keluarga beliau.

MPT Bersatu cadang debat Tun M-Nazri diteruskan di Bukit Aman

Zahid Mat AripZahid Mat AripPolis Diraja Malaysia (PDRM) diminta membenarkan debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz diteruskan pada 7 Julai ini, diadakan di Auditorium Bukit Aman.
Zahid Mat Arip, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga menempelak tindakan polis membatalkan debat yang akan diadakan di Kompleks Karangkraf kononnya mendapat aduan penduduk setempat sedangkan Kompleks Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam itu dikelilingi kilang-kilang.
"Saya membaca laporan yang menyebut ada pihak tertentu akan membuat kacau sekiranya debat itu berlansung di Karangkraf,
"Jika ada pihak tertentu buat kacau dan dikenal pasti tidak susah bagi polis menangkap mereka yang buat kacau.
"Saya nak minta karangkraf (pengurusan) mohon pada polis supaya debat ini diteruskan pada tarikh 7 April ini, buat di Auditorium Bukit Aman dalam kawasan ibu pejabat polis.
"Polis boleh kerah pegawai dari kaunter terrorism boleh kawal dengan senjata M16, pakaian gelap dan sebagainya.
"Saya yakin disitu tiada ancaman keselamatan," ujarnya dalam video yang dirakamkan dalam satu temubual dilakukan berdurasi 3 minit 10 saat itu.
Semalam Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf.
Permit debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 7 April itu dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.
Zahid berkata, tindakan polis membatalkan debat itu sebagai usaha untuk membantu Nazri dan Umno-BN.
"Kalau takut katakan takut... memang Umno-BN ketakutan dengan Tun Mahathir.
"Polis pula berlebih-lebih saya tengok...lebih-lebih benar dalam hati dia (Nazri) tuhan saja yang tahu - polis bantu Nazri untuk batalkan debat atas alasan keselamatan.

"Saya tengok Umno takut dan memberikan alasan bodoh begini yang menambah kebencian rakyat kepada Umno-BN," ujarnya.
Menurut Zahid lagi, beliau yakin sekiranya debat antara Dr Mahathir dan Nazri ini diteruskan ia akan dapat menarik pelancong untuk menyaksikan debat ini.
"Saya yakin boleh menarik pelancong asing seluruh dunia untuk saksikan debat Tun M-Nazri. Ini boleh dapat pulangan yang baik kerana ini budaya baru dan sihat yang perlu dipromosikan," ujarnya sinis.

‘DRAMA RUU355’ – PAS TERPERANGKAP DENGAN JANJI UMNO YANG TERKANTOI...

“UMNO sudah kantoi...Janjinya untuk bantu PAS tidak kesampaian. PAS pula kantoi dengan penyokongnya yang mengharapkan bantuan UMNO untuk membolehkan RUU355 dibentangkan dengan mudah dan tanpa halangan.”
Status usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat kini kembali kabur.
Hasrat PAS untuk merealisasikan cita-citanya menjadikan Akta 355 sebagai pencapaian penting dalam perjuangan dan pencapaian politik semasanya,  kini terumbang ambing.
Terang lagi bersuluh - kini kerajaaan TIDAK AKAN mengambil alih pembentangan RUU355 itu.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengesahkan Perdana Menteri membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu pada sidang kali ini, sekadar penyedap mulut.
Malah, Dr Ahmad Zahid kini terperangkap dengan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam yang membincang akta itu serta memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan BN yang membuat keputusan berdasarkan konsensus.
Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi bil (rang undang-undang) persendirian dan terserah kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menentukan kedudukannya.
Pada 18 Mac lalu, Dr Ahmad Zahid bertegas bahawa kerajaan melalui Perdana Menteri akan membentangkan usul RUU355  dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
Katanya di Kuala Terengganu, buat pertama kalinya Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan usul tersebut, menerusi mesyuarat penggal kelima Parlimen ke-13, yang akan berakhir 6 April depan.
Namun jelas kini UMNO sudah kantoi. Sejarah sudah tercipta!!!!
Janjinya untuk membantu PAS tidak kesampaian dan PAS pula kantoi dengan penyokongnya yang mengharapkan bantuan UMNO untuk membolehkan RUU355 dibentangkan dengan mudah dan tanpa halangan.
Jelas kini segala-galanya berada dalam keadaan yang tidak tentu hala dan malang sungguh nasib RUU355 itu.
Bercakap pada sidang media di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur malam  tadi Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN,  menegaskan keputusan itu selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.
Dengan kedudukan itu, status usul persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, itu kini tertakluk kepada pertimbangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dengan kata lain, RUU355 yang dilihat sebagai ‘milik PAS’ walaupun untuk kepentingan kerajaan semata-mata bergantung kepada EHSAN SPEAKER.
Jika dibenar dibentangkan ia boleh dibentangkan dan jika tidak, bermakna ia perlu ditangguhkan. Sampai bila? Tidak seorang pun ketahui.

Kemarahan Dr Mahathir kepada Najib terus membara


Kemarahan Dr Mahathir kepada Najib terus membara
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Mahathir Mohamad berucap di Felda Jelai pada 30 Mac lalu dengan satu tujuan, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. 
BELIAU didorong rasa penghinaan, juga kebencian kerana seorang lelaki. Kekalahan di tangan lelaki itu merupakan perkara yang tidak boleh diterima, mampu menghapuskan kecemerlangan politik yang meliputi setengah abad.
Justeru, pada usia 92 tahun, Dr Mahathir Mohamad bekerja keras, turun padang. Tiada jemputan untuk berceramah ditolaknya.
Dua kali seminggu selama 15 bulan lalu, beliau melawat bandar atau kampung yang hanya mempunyai satu jalan, terletak jauh di pedalaman ladang kelapa sawit, membawa satu mesej: Perdana Menteri Najib Razak seorang pencuri dan Malaysia perlu diselamatkan daripada pencuri ini.
Inilah Dr Mahathir yang vintaj, sentiasa tegas dan memisahkan naratif politik atau ekonomi yang  yang rumit kepada baik dan jahat, wira dan penjahat. Sama seperti strategi beliau hadapi di tengah-tengah krisis kewangan Asia apabila George Soros dituduh sebagai spekulator penyangak.
Sejak Disember 2015, apabila Deklarasi Rakyat yang bertujuan menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Najib dilancarkan, Dr Mahathir sudah melawat setiap negeri di Semenanjung dan berucap di kira-kira 120 perhimpunan.
Beliau bergegas berucap setibanya di sana dan seperti biasa bersama isterinya, menghabiskan masa beramah-mesra dengan rakyat biasa.
Satu-satunya masa apabila bekas perdana menteri itu tidak membuat kenyataan menyingkirkan Najib dan menggulingkan Barisan Nasional (BN) adalah ketika berhenti sembahyang di masjid kawasan sekitar dan apabila pulang ke hotel untuk menyegarkan badan. Dengan segak, beliau berkempen sekali lagi dan apabila ia tamat, ia sudahpun tengah malam.
Kebanyakan hari minggu dihabiskan di pejabatnya di Putrajaya, untuk membina Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) – satu tugas yang sukar, memandangkan beliau seolah-olah menjadi satu-satunya pemimpin dalam parti baru itu yang bekerja keras.
Dr Mahathir tahu hanya dengan persediaan asas yang kukuh dan kerjasama dengan bekas seteru politiknya mampu mengalahkan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Oleh itu, beliau bertemu Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamed Sabu – ahli politik yang ditentang dan dipenjarakan ketika beliau mentadbir negara selama 22 tahun.
Beliau juga sering bertemu aktivis sosial, yang kebanyakannya dikritik ketika beliau berkuasa. Beliau sedar keperluan untuk bekerjasama dengan mereka kerana cubaannya menjatuhkan Najib seorang diri pada 2014 dari dalam Umno tidak berjaya.
Ia berlaku berikutan terdapat dakwaan berlegar berkenaan RM2.6 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.
Apabila cubaan memaksa Najib turun tidak berjaya, beliau meninggalkan Umno dan memulakan kempen Deklarasi Rakyat yang bertemakan "Selamatkan Malaysia".

Dahulu musuh, kini pengundi di Nilai mula terima Dr Mahathir


Dahulu musuh, kini pengundi di Nilai mula terima Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad ternyata masih mempunyai aura dan ia terbukti dengan sambutan hebat daripada 2,000 pengundi di Nilai, Negeri Sembilan pada 8 Mac lalu.
Dr Mahathir Mohamad memulakan "perjalanannya" sejak awal tahun ini, didorong keinginan membara untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. Di mana-mana, mesej beliau adalah sama: Najib pencuri. Chan Kok Leong melaporkan jejak Dr Mahathir.
Lokasi: Nilai, Negeri Sembilan
Tarikh: 8 Mac 2017
Masa: 11 malam
DI kerusi DAP ini, mereka selalunya mendengar ucapan lantang dan gemuruh orang kuat pembangkang.
Tetapi di sini, lewat malam minggu lalu, mereka menunggu tambahan ceramah luar biasa sebagaimana dijadualkan.
Menyarungkan jaket lebih ringkas melindungi T-shirt yang menjadi imej sinonimnya, Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pentas selepas Mat Sabu dan Lim Kit Siang.
Seperti di bahagian lain, kebanyakan 2,000 hadirin terdiri daripada pertengahan umur dan warga tua yang tidak pasti mengapa bekas perdana menteri dan presiden Barisan Nasional (BN) ini berkongsi pentas dengan pemimpin kuat pembangkang.
Walaupun menerima dasar Dr Mahathir adalah pemangkin kepada transformasi Nilai daripada kawasan mundur kepada bandar industri dan universiti, mereka juga masih mengingati beliau sebagai wajah kerajaan BN yang memperkenalkan undang-undang menindas dan menahan wira mereka Lim dan Mat Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa "Ops Lalang" pada 1987.
Dan bukankah tidak lama dahulu, beliau dikelirukan sebagai calon BN dalam pilihan raya 2013?
Tetapi beberapa minit berucap, semuanya dimaafkan. Mereka bersorak dan melaungkan namanya semasa Dr Mahathir membongkar pentadbiran BN semasa.
Diperhatikan isterinya, Dr Siti Hasmah Ali, beliau juga bercakap mengenai keperluan pembangkang di bawah Pakatan Harapan (PH) bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya pernah berada di dalam BN. Saya tahu mengapa parti pembangkang tidak boleh menang. Mereka berpecah-belah. BN memastikan mereka dibahagikan," kata beliau yang satu ketika dahulu menjadi ketua strategi BN.

Usul kaji kerjasama PKR mungkin dibawa ke Kedah - Nik Abduh


Nik Mohamad (tengah) merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak, di sini, hari ini.

IPOH - Pemuda Pas tidak menolak kemungkinan usul berkaitan kerjasama politik dengan PKR akan dibawa dalam Muktamar Pemuda Pas yang dijadual berlangsung di Kedah, penghujung April depan.
Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia berikutan beberapa kawasan yang mengadakan mesyuarat agung di peringkat pemuda telah sebulat suara untuk membawa usul berkenaan ke dalam muktamar.
"Ada yang telah membuat usul supaya dikaji atau diputuskan terus hubungan dengan PKR dalam Muktamar Pemuda Pas. Perkara ini kita ketahui melalui media dan ada juga disampaikan secara terus.
"Saya fikir, kalau usul itu ditolak (kekal hubungan), ia akan terhenti setakat itu sahaja tetapi kalau menerima (putus hubungan) maka usul terbabit akan dibawa pula ke dalam Muktamar Pas Pusat untuk diputuskan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Perak Kali Ke-34 di Hotel MH, di sini, hari ini.
Menurutnya, usul tersebut juga secara dasarnya disuarakan oleh peringkat akar umbi tanpa campur tangan daripada mana-mana pimpinan pemuda Pas. 

PAS Pulau Pinang akan bentang usul putus hubungan dengan PKR

Fauzi kata 13 bahagian PAS Pulau Pinang setuju usul itu kerana PKR tidak menghormati mereka sebagai sekutu
Fauzi-Mohd-Yusof-13
BUKIT MERTAJAM: PAS Pulau Pinang akan membentangkan usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.
Pesuruhjaya PAS Negeri Fauzi Mohd Yusof berkata 13 bahagian PAS Pulau Pinang bersetuju untuk usul itu kerana PKR tidak menghormati PAS sebagai sekutunya.
“13 bahagian PAS bertemu dan sebulat suara bersetuju untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
“Ini menunjukkan PAS Pulau Pinang serius kerjasama dengan PKR,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan ke-37 Pemuda PAS Pulau Pinang di Mengkuang Titi hari ini.
Fauzi berkata, usul itu akan dihantar kepada jawatankuasa PAS pusat serta jawatankuasa usul dan berharap ia akan diterima dan dibahaskan pada muktamar itu nanti.

Kerajaan harus waspada tubuh jawatankuasa pertahanan Msia-China, kata veteran tentera

Datuk Mohd Arshad RajiDatuk Mohd Arshad Raji
Kerajaan diingatkan berhati-hati dan seharusnya lebih peka kepada pandangan negara serantau yang menjalin hubungan pertahanan dan keselamatan di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Pandangan ini dilontarkan pesara tentera Bridgedier Jeneral Datuk Arshad Raji ketika diminta mengulas mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi antara Malaysia dan Cina dalam masa terdekat ini.
Jawatankuasa itu bertujuan bagi mengukuhkan aspek pertahanan kedua-dua negara seperti dimaklumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika bertemu Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan di Kementerian Pertahanan pada 23 Mac lalu.
"Kerajaan harus berhati-hati dalam kegairahan negara ini untuk menjalin hubungan pertahanan dengan sebuah kerajaan seperti negara China yang mengamalkan idelogi yang amat berbeza dengan Malaysia.
"Kerajaan juga harus sensitif dengan pandangan negara jiran atau lain-lain negara yang telah lama mempunyai hubungan pertahanan dan keselamatan dengan Malaysia," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Malaysia katanya lagi, mempunyai perjanjian Perjanjian Pertahanan Bilateral dan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). FPDA adalah hubungan pertahanan melalui persetujuan berbilang Singapura ditandatangani tahun 1971 yang mana kelima negara akan saling menyalurkan bantuan jika terdapat serangan pertahanan terhadap Malaysia atau Singapura.
"Saya tidak yakin mereka berbincang dengan negara-negara ini. Malaysia sewajarnya lebih nutural sebaliknya Malaysia lebih bias kepada China.
"Negara mana yang akan dipertahankan oleh Malaysia jika bila berlaku pertikaian ekonomi dan ketenteraan membabitkan negara China?
"Ini kerana Malaysia tidak boleh menghalang laluan kapal perdagangan atau kapal ketenteraan melalui persisir Laut China Selatan dan Selat Melaka," terangnya.
Walaupun tidak menyalahi undang-undang antarabangsa tindakan Malaysia itu, ujarnya lagi, akan mendatangkan kebimbangan pada negara-negara ahli di laluan dua lautan utama itu terutamanya kepada pertahanan Singapura.
"Kita nak tahu juga adakah dengan menjalin hubungan pertahanan dengan negara China ini akan menjejaskan hubungan pertahanan kita bersama negara-negara FPDA dan negara di mana kita mempunyai hubungan bilateral dengan mereka?,"soalnya.
Pengalaman beliau sebelum ini pernah mengetuai pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menafikan negara China kini bercita-cita untuk mendominasi Malaysia dan negara serantau melalui pintu perdagangan dan ketenteraan.
Datuk Seri Hishamuddin  Hussein (dua dari kanan) ketika bertemu Jeneral Chang Wanquan (dua dari kiri) di Kementerian Pertahanan pada Mac lalu merancang  menubuhkan sebuah Jawatankuasa untukmengukuhkan aspek pertahanan dua negara.Datuk Seri Hishamuddin Hussein (dua dari kanan) ketika bertemu Jeneral Chang Wanquan (dua dari kiri) di Kementerian Pertahanan pada Mac lalu merancang menubuhkan sebuah Jawatankuasa untukmengukuhkan aspek pertahanan dua negara.
EPU tidak berfungsi
Arshad berkata, segala-galanya bermula di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dakwanya, sudah hilang peranan dan matlamat ketika ia ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Beliau berkata, sebelum sebarang usaha sama kerajaan dalam melaksanakan projek mega antara 'Government to Government (G2G) atau 'Busines to Busines'(B2B) dimeterai, EPU adalah unit yang sangat penting mencari sumber, mengkaji dan menilai sesuatu pelaburan ke negara ini.
"Saya beranggapan EPU tidak berfungsi seperti sepatutnya ketika pelaburan dari negara China ke Malaysia ini dirancang.