Ahad, 2 April 2017

SUSAH-SUSAH BUAT SAJA DEBAT DI SERI PERDANA ATAU BUKIT AMAN....ADOIIII

Walaupun sudah dua kali debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz  digagalkan oleh pihak polis, masih ramai yang mahu ia terus diusahakan agar menjadi kenyataan akhirnya.

Susulan faktor keselamatan dan ketenteraman awam yang menjadi alasan pihak polis, malah menurut risikan polis juga dillaporkan ada pihak yang mahu membuat kacau di Shah Alam pada 7 April nanti, ramai yang melihat masalahnya cuma berkaitan tempat saja.

Jika diadakan di tempat yang selamat dan terjamin daripada sebarang kemungkinan berlakunya kacau-bilau atau rusuhan, tentulah pihak polis tiada alasan lain lagi untuk tidak membenarkannya.

Lantaran itu, pelbagai idea dan cadangan kedengaran di sana sini.

Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani yang nampaknya merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang mahu debat itu menjadi kenyataan, mencadangkan agar ia diadakan di hotel.

"Kalau tidak boleh (permit), buat saja di hotel, selesai masalah," kata beliau.

Dalam hal ini, Johari barangkali bolehlah menjadi penaja bersama Sinar Harian untuk memilih mana-mana hotel yang sederhana dan difikirkan sesuai, lagi baik jika disertakan jamuan ringannya sekali.

Sudah tentu jika ada penglibatan beliau secara langsung sebagai pemimpin kerajaan, menjadikan dua menteri yang terlibat, termasuk Nazri sebagai pendebat, beberapa perkara remeh dan soal birokrasi lain berkaitan penganjuran debat itu akan dapat diatasi dengan mudah.

Diharapkan Johari tiada halangan mengenai perkara itu, lebih-lebih lagi atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan Kedua yang memang sedang berusaha keras menyelesai dan membangunkan aset-aset 1MDB sekarang ini.

Mana tahu daripada debat itu beliau turut akan mendapat ilham atau idea-idea baru untuk menyelesaikan kemelut 1MDB.

Seorang bekas Ahli Parlimen UMNO mencadangkan debat itu, jika mahu terus dijadikan kenyataan agar diadakan di mana-mana dewan milik kerajaan negeri Selangor seperti SACC di Shah Alam.

Kata beliau, dengan penglibatan kerajaan negeri, tambahan lagi sudah banyak program politik diadakan di Shah Alam sebelum ini, ia tentunya tidak mendatangkan banyak masalah dari segi kelancarannya.

Di media sosial, oleh kerana yang dibimbangi oleh polis ialah mungkin berlaku kekacauan, ada juga yang mencadangkan agar debat bersejarah kali ini diadakan secara maya saja.

Ia bermakna, melalui teknologi penyiaran serba canggih yang sedia ada, Tun Mahathir dan Nazri sama-sama berada di tempat yang berbeza, tetapi bersoal jawab dan berhujah seolah-olah sedang bertentang mata. 

Penonton di mana-mana saja boleh menontonnya secara bebas melalui telefon pintar, tablet atau komputer.

Ia, kata mereka yang melontarkan idea tersebut, tentunya lebih selamat, bukan saja kerana tiada penyokong yang mungkin bersorak, mengejek atau berbalah antara satu sama lain, malah Tun Mahathir dan Nazri pun tidak mungkin dapat bergasak secara fizikal.

Seorang rakan yang pernah menjadi pengulas televisyen berkata, kiranya banyak sangat halangan dan kekangan, adalah lebih baik Tun Mahathir dan Nazri berdebat di dalam studio saja, tetapi dipancarkan secara langsung melalui tv atau kemudahan internet.

Kata beliau, ada penonton atau tidak dalam debat itu bukanlah faktor penting kerana yang ingin didengar ialah hujah-hujah mereka yang berdebat itu.

GKCM tidak sokong kepimpinan tertinggi Bersatu

Barisan kepimpinan negeri GKCM  selepas mengadakan mesyuarat untuk menetapkan keputusan untuk tidak menyokong kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini.Barisan kepimpinan negeri GKCM selepas mengadakan mesyuarat untuk menetapkan keputusan untuk tidak menyokong kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini.
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) seluruh negeri menetapkan  pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu petang ini, untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini yang mendakwa terdapat banyak kepincangan dalam Bersatu yang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.
"GKCM telah memulakan perubahan dalam pemikiran politik di Malaysia dan tunjang kepada pemimpin politik yang telah rebah ekoran permainan dan percaturan politik kawan dan lawan sehingga tertubuhnya PPBM, hari ini, mengambil keputusan untuk terus bersuara atas slogan keramat 'Berani Kerana Benar' kami.
"Sehubungan dengan itu, GKCM yang telah bermesyuarat pada hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan PPBM pusat," ujarnya kepada Malaysia Dateline malam ini.
GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.
"Beberapa pemimpin tertinggi parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan Bahagian-Bahagian. Sifat inilah yang merupakan punca kerosakan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.
"PPBM tidak berjaya menepati citarasa politik generasi masa kini dalam penjenamaan politik baharu yang ditagihkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.
"GKCM melihat bahawa perjuangan PPBM lebih kepada matlamat peribadi para pemimpin yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka daripada perjuangan untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
"Berbanding dengan Umno yang memulakan langkah dengan ikhlas dan terpuji ketika di awal penubuhannya, PPBM memulakan langkah yang sumbang dan penuh dengan sifat dan amalan lama yang buruk dan mengjengkelkan dalam amalan pilih kasih dan sifat kronisme yang memualkan. Ini tidak selari dengan apa yang telah diwar warkan ketika PPBM hendak ditubuhkan.

Bila FGV gagal, Felda pula terbeban - ANAK

Sementara mengalu-alukan penyediaan dana pusingan RM100 juta oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) tetap menzahirkan kebimbangan dengan kedudukan kewangan syarikat perladangan tersebut.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, pihaknya sangat kecewa dengan sikap lepas tangan kerajaan kerana segala beban semasa yang terpaksa ditanggung oleh Felda adalah berpunca daripada kegagalan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
"Kenyataan (Pengerusi Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad bahawa penjualan aset dilakukan demi menyelesaikan masalah peneroka adalah gambaran jelas situasi kewangan yang parah sedang melanda Felda.
"Nampaknya, Felda tiada pilihan sehingga terpaksa menjual aset-asetnya. Jika seorang peniaga berbuat begitu, ia petanda menghampiri gulung tikar.
"Jika amalan ini berterusan, aset-aset Felda akan lenyap dan Felda tidak punya apa apa lagi sebagai sandaran. Ia amat menakutkan!
"Oleh itu, ANAK sangat kecewa dengan sikap lepas tangan kerajaan. Segala beban terpaksa di tanggung oleh Felda, walhal, segalanya berpunca dari kegagalan FGV," katanya dalam kegagalan.
Mengenai dana pusingan RM100 juta bagi mengatasi masalah kelewatan pembayaran hasil peneroka yang mengusahakan kebun secara persendirian tetapi menjual buah tandan segar (BTS) di kilang Felda, iIa diharapkan dapat menyelesaikan kemelut yang berlanjutan berbulan lamanya, kata beliau.

SPRM harap ketua hakim baharu bebaskan badan kehakiman daripada rasuah

SPRM percaya Raus akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti
dz
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Ketua Hakim Negara baharu Tan Sri Md Raus Sharif akan memacu badan kehakiman itu ke arah kecemerlangan.
Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM juga percaya Raus akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah.
“SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Ahmad Maarop, yang masing-masing dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya.
Dzulkifli berkata SPRM berharap pelantikan baharu itu dapat memperkasakan lagi kerjasama SPRM dengan badan kehakiman negara yang sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Raus yang merupakan presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai ketua hakim negara berkuatkuasa 1 April, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun 6 bulan.

Agama jadi mainan politik, pecah belah disebabkan RUU355


Agama jadi mainan politik, pecah belah disebabkan RUU355
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa menyalahkan peguam negara kerana tidak menasihati kerajaan lebih awal mengenai RUU355 sehingga ia menjadi isu besar. 
APABILA PAS cuba melaksanakan hudud, umat Islam di Malaysia dilarang membantah atas alasan ia undang-undang Allah.
Kini, parti Islam itu cuba melaksanakan hukuman lebih berat bagi Mahkamah Syariah menerusi rang undang-undang persendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk memindaAkta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 1965 atau RUU355 dan umat Islam diminta sekali lagi memberi sokongan kerana ia juga sebahagian undang-undang Allah.
Sementara itu, bagi bukan Islam pula diminta tidak mencampuri hal tidak berkaitan dengan mereka.
"Mahkamah Syariah amat diyakini umat Islam. Menghormati  undang-undang syariah juga satu cara memperoleh rahmat Allah," kata Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa.
Seperti kegigihan PAS melaksanakan hudud, RUU355 dibawa Hadi mengundang perdebatan umum yang membangkitkan sensitiviti dan emosi di kalangan penyokong, pengkritik serta ahli politik.
"Penyokong rang undang-undang tersebut menyatakan siapa yang menentang RUU355 juga menentang hukum Allah.Tapi ia bukan (hukum Allah)," kata naib presiden Amanah kepada The Malaysian Insight.
Hadi yang juga ahli Parlimen Marang cuba meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah sehingga 30 tahun penjara dan RM100,000 denda serta 100 sebatan.
Di bawah peruntukan Mahkamah Syariah sedia ada hukuman pesalah hanya sehingga tiga tahun, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.
Rang undang-undang persendirian Hadi akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk kali kelima. Akta tersebut tersebut dilihat dalam kertas aturan mesyuarat selama empat kali sebelum ini tetapi tiada satu melepasi bacaan pertama atau didebatkan ekoran kekangan masa dan dua kali penangguhan.
Sejak pertama kali dilihat tersenarai dalam aturan mesyuarat pada April 2015, ia disemak beberapa kali.
Versi asalnya ialah kerajaan Persekutuan memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kod penal syariah.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkata akan menerima rang undang-undang tersebut pada awal minggu ini, namun ditolak Perdana Menteri Najib Razak kerana ia tidak selari dengan dasar konsensus perikatan tersebut.
Sementara itu, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali memberitahu The Malaysian Insight kelegaannya dengan keputusan BN yang sekali gus tidak memerlukan beliau merangka pindaan kerana sudah menjangka ia akan ditolak jika dibentangkan.
Apandi berkata, rang undang-undang tersebut tidak disenangi sesetengah ahli politik BN yang menyuarakan kebimbangan mereka termasuk berdepan risiko kekalahan beberapa kerusi di Sabah dan Sarawak.
Beliau juga merasakan RUU335 hanya untuk meraih kepentingan politik.
Menjaga air muka Hadi
Mujahid berkata tidak terkejut apabila BN menarik semula keputusan mengenai RUU355 kerana jika mereka mahu meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, sudah tentu ia sudah dirangka.
Akta kerajaan, katanya pasti akan dikaji, dirangka dan dibentang serta dibahaskan, tidak seperti rang undang-undang persendirian.
"Terutama apabila ia datang daripada mereka yang mempunyai kerjasama panjang dalam pelaksanaan hudud," katanya merujuk kepada Hadi.
“Tiada siapa patut menyatakan ia salah faham bagi pihak bukan Islam yang bimbang pindaan tersebut sebagai pengenalan undang-undang hudud."
Mengulas mengenai kenyataan Apandi, Mujahid berkata ia sangat ironi kerana peguam negara itu sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan sebelum masalah itu bermula.

Kit Siang tipu orang Melayu, dakwa menteri Umno

Ismail suruh Kit Siang sandang jawatan pengerusi PH, bukan melantik orang Melayu untuk bukti dia tidak perdaya pengundi Melayu.
sabri
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuduh pemimpin veteran DAP menipu penyokong Pakatan Harapan (PH) terutamanya orang Melayu kerana gabungan parti politik pembangkang itu dikuasai dan dimiliki oleh DAP.
“Kit Siang cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu.
“Kita semua tahu DAP adalah parti yang di dominasi kaum Cina dan Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Ismail menyarankan ahli parlimen Gelang Patah itu menyandang jawatan pengerusi PH kerana DAP adalah anggota parti terbesar dalam pakatan itu.
“Kalau Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan pengerusi PH, ternyata ini adalah muslihatnya untuk perdaya pengundi Melayu.
“Dia perlu ambil jawatan itu untuk membuktikan PH bukanlah pakatan ali baba,” katanya.
Ismail juga mengingatkan orang Melayu di mana pemimpin DAP itu mahukan undi orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.
“Selepas kuasai Putrajaya, dia akan gunakan kuasa memerintah sehingga ke anak cucu.
“Seorang diktator akan tetap jadi diktator,” katanya.

Nik Abduh: PAS tak pernah anggap Umno musuh sesama Islam

Berbanding dengan Amanah yang sering menganggap Umno adalah musuh sampai akhirat sehinggakan apabila PAS mahu bekerjasama dengan Umno dalam perkara berkaitan Islam, Amanah akan marah.
nik-abduh-umno
SUNGAI SIPUT: Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak pernah menganggap Umno sebagai musuh sesama Islam walaupun kedua-dua parti berbeza ideologi politik.
“Berbanding dengan Amanah (Parti Amanah Negara) yang sering menganggap Umno adalah musuh sampai akhirat sehinggakan apabila PAS mahu bekerjasama dengan Umno dalam perkara berkaitan agama Islam, Amanah akan marah dan ditolak oleh mereka.
“Saya minta supaya ahli PAS berfikir jauh bahawa perjuangan Islam ini bukan hanya untuk PAS dan Umno tetapi bagaimana kita hendak membawa agama ini diterima oleh masyarakat (berbilang kaum di negara ini),” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan Muktamar Tahunan ke-34 Pemuda PAS Perak, di sini hari ini.
Mengenai hubungan dengan PKR, beliau berkata, masih belum boleh membuat kesimpulan berhubung usul itu kerana terdapat 10 negeri yang belum mengadakan mesyuarat kawasan.
“Ketika ini hanya 4 negeri yang telah selesai mengadakan muktamar dan bakinya akan selesai sebelum kami mengadakan Muktamar PAS Pusat hujung bulan ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah.
Pesuruhjaya PAS negeri, Fauzi Mohd Yusof berkata, 13 kawasan PAS Pulau Pinang telah bersetuju membawa usul itu kerana PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.
Katanya, 13 kawasan PAS sudah bermesyuarat dan masing-masing sebulat suara mengusulkan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Zaid: PAS jadi bahan jenaka, Pakatan jangan pujuk

Zaid berkata, tidak perlu ada usaha untuk memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan dengan mengambil risiko merosakkan segala-galanya.
zaid-pas
PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan PAS sebagai bahan jenaka kerana mempercayai Umno untuk bekerjasama dalam usaha untuk memperkenalkan hukuman syariah yang berat di Malaysia.
“PAS menjadi bahan jenaka negara kerana mempercayai Umno untuk membantu mencapai misi sesat mereka,” kata beliau dalam entri terbaru di blog beliau hari ini.
Zaid yang menyertai DAP pada 7 Februari lalu mengingatkan Pakatan Harapan tidak tertarik dengan idea untuk bekerjasama dengan PAS kerana parti itu pernah tegang dengan Umno.
“Tidak perlu memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan dengan mengambil risiko merosakkan segala-galanya.
“Mari kita tinggalkan PAS kepada penyokong dan pemimpin mereka saja,” katanya sambil menegaskan, adalah mustahil PAS dan Umno untuk bersama lagi walaupun mereka kelihatan sangat serasi sekarang.
“Dalam tempoh ‘bulan madu’ PAS-Umno sekarang adalah perkara yang terbaik untuk Pakatan Harapan, tetapi bukan di luar hubungan mereka dalam mengukuhkan hubungan kerja sekali lagi.
“Saya fikir mereka masih dalam misi asal untuk memecahbelahkan pembangkang, walaupun ada halangan dalam menggubal Akta 355.”
Pada 29 Mac lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih atau membentangkan rang undang-undang ahli persendirian mengenai pindaan yang pada asalnya dibentangkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei tahun lepas.
Zaid juga melahirkan kebimbangan seolah-olah ada usaha dalam Pakatan Harapan untuk kembali terlibat dengan PAS.
“Sekarang parti itu ditinggalkan (sekurang-kurangnya buat masa ini) oleh semua orang, saya bimbang beberapa pencinta PAS dalam Pakatan Harapan, kebanyakan di Selangor dan Johor akan terdorong menjemput PAS menyertai politik baru pembangkang.”

'Mengapa tak haramkan lawatan Obama, bolasepak juga?'

Mengelakkan kemungkinan berlakunya ancaman tidak boleh menjadi sebab untuk menghalang debat antara menteri kabinet Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng.
Lim, yang juga seorang peguam berkata, tugas utama pihak polis adalah memburu mereka yang melanggar undang-undang, bukan 'melarikan diri' dari suspek.
"Kita tidak haramkan (bekas presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama atau kerabat diraja dan kenamaan asing lain daripada melawat Malaysia hanya kerana terdapat kemungkinan ancaman terhadap mereka. Pihak polis mengendalikan situasi seperti itu dengan mudah.
"Jika polis kini memutuskan sebaliknya, mungkin kita perlu membatalkan semua perlawanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia kerana ada kemungkinan peminat melakukan tindakan sukar dikawal," kata Lim dalam kenyataan, hari ini.
Lim berkata, 18 laporan polis yang dibuat ke atas debat berkenaan asan, yang polis katakan sebagai antara sebab untuk membatalkan acara itu, seharusnya membawa kepada tangkapan bagi memastikan keselamatan.
"Bagaimanapun, jika laporan berdasarkan maklumat palsu, pengadu mesti disiasat kerana membuat laporan palsu," kata Lim.
Beliau berkata, debat mengenai hal ehwal semasa harus dibenarkan bagi memperkukuh kebertanggung jawaban kerajaan dan polis bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dalam acara sedemikian.

Amanah mungkin dapat lebih kerusi di Dun Kedah

Datuk Dr Ismail Salleh Datuk Dr Ismail Salleh Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah membayangkan akan mendapat lebih kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Bagaimanapun Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara ini belum dimuktamadkan dan perbincangan dalam Pakatan Harapan (PH) negeri mengenai pengagihan kerusi sedang berjalan.
Menurut beliau, Amanah berpegang kepada polisi awal iaitu kerusi parlimen atau Dun yang dimenangi oleh mana-mana parti dalam PH tidak akan diganggu.
"Kita ada empat parti (Amanah, PKR, DAP dan Bersatu). Dulu dua-dua kerusi Dun (Derga dan Kota Darul Aman) DAP menang. Mungkin PRU14 tambah satu lagi kerusi. Mungkin memberi sedikit kelebihan kerusi kepada Amanah di Dun.
"Kita ada 36 kerusi. Tolak dua untuk DAP tinggal lagi 34. Mungkin Amanah ambil 14, PKR 12, Bersatu 8. Lebih kurang macam itulah tapi belum muktamad lagi.
"Bagi 15 parlimen pula, sekarang PKR menang empat kerusi. Pas satu kerusi, tinggal lagi 10 kerusi yang mungkin akan ditambah oleh PKR dan perlu dibahagikan antara Amanah dan Bersatu kerana DAP memang tak bertanding parlimen," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline di pejabatnya di Guar Chempedak kelmarin.
Amanah kini mempunyai satu kerusi Dun iaitu Pengkalan Kundur apabila Adunnya Datuk Phahrolrazi Zawawi berhijrah daripada Pas kepada parti itu manakala Pas (8), Umno (18), MCA (2), PKR (4), DAP (2) Bersatu (1).

Siti Noor Aishah - simbol semangat anak muda M'sia

Nasib Siti Noor Aishah Atam, pelajar anak muda yang ditahan di bawah SOSMA dan POTA, bukan hanya mengancam hak asasi manusia tetapi juga pencabulan ke atas hak kebebasan dan intelek generasi anak muda hari ini.
Tidak pernah generasi anak muda dan mereka yang mendokong aspirasi tinggi seperti pemimpin muda, Rafizi Ramli dicabar begitu hebat seperti apa yang berlaku hari ini.
Baru-baru ini, aktivis anak muda Adam Adli, Che Gu Bard dan Safuan Anang dikenakan hukuman denda RM6,000 dan sekali gus menghilangkan kelayakan menyertai pilihanraya untuk mewakili suara anak muda.
Rafizi Ramli pula dikenakan hukuman penjara melebihi 2 tahun yang menghilangkan kelayakan beliau bertanding semula.
Anis Syafiqah, Shazni Munir, Khairol Najib dan kini Siti Noor Aishah adalah di antara mangsa terkini tindakan zalim kerajaan.
Dari Sosma ke Pota
Semua mengetahui Siti Noor Aishah pada mulanya di penjarakan dibawah SOSMA dan selepas dibebaskan oleh mahkamah ditangkap pula dibawah POTA oleh pihak berkuasa.
Taktik intimidasi kepada anak muda serta rakyat jelas ditunjukkan dalam cara penyerbuaan rumah kampung keluarga Siti Noor Aishah di Dungun, Terengganu oleh 40 orang anggota keselamatan yang bersenjata apabila menangkap beliau.
Ini adalah kegunaan kuasa secara keterlaluan atau 'excessive force' untuk mengintimidasi generasi anak muda seorang wanita yang lemah dan miskin.
Dua belas buku yang disabitkan kesalahan Siti Noor Aishah sehingga hari ini, selepas tempoh satu tahun, masih tidak diharamkan oleh pihak berkuasa.
Buku-buku ini masih dijual di beberapa kedai buku awam.
Jika betul buku -buku tersebut adalah sebab utama Siti Noor Aishah ditangkap, pihak berkuasa sangat tidak bertanggungjawab kerana selepas satu tahun, masih mendedahkan orang ramai kepada 'bahaya' buku -buku tersebut yang boleh menyebabkan mereka juga ditangkap.
Dimanakah konsistensi dan sikap bertanggungjawab kerajaan dalam isu ini ? Isu ini perlu dijawab di Parlimen kerana Parlimen telah baru- baru ini meluluskan SOSMA dan juga POTA yang sekarang disalah gunakan.
Janji TN50

Menteri Umno penat jawab skandal 1MDB, minta Muhyiddin rujuk laporan PAC

Johari mengakui 1MDB ada masalah model perniagaan dan pengurusan, pembangkang tidak berhak buat kritikan tetapi mencari penyelesaian bersama
johari-1mdb
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyarankan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat rujukan semula laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung hutang 1MDB.
Saranan itu dikeluarkan berikutan kenyataan Muhyiddin semalam yang mahu perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan 1MDB sudah menjelaskan semua hutang bank dan jangka pendek.
Muhyiddin mahu Najib membuat penjelasan secara “menyeluruh, jujur dan telus” berhubung beban hutang sebenar firma pelaburan yang dilanda kontroversi itu.
Kata Najib, 1MDB sudah membayar penuh kemudahan kredit RM229.5 juta kepada Affin Bank pada 23 November 2015, menjelaskan sepenuhnya kredit siap sedia bernilai RM950 juta kepada kerajaan pada 31 Mac 2016, membayar balik kemudahan pinjaman berjangka RM2 bilion kepada Marstan Investment NV pada 8 April 2016, dan menjelaskan kemudahan pembiayaan berjangka AS$150 juta dengan EXIM Bank pada 15 April 2016.
Dalam kenyataan itu Muhyiddin menambah, apa yang tidak dijelaskan oleh Najib ialah berapakah baki keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB pada masa ini.
Menurut menteri kewangan ke-2, beliau sudah letih dan malas menjawab isu 1MDB setiap kali ia dibangkitkan pembangkang.

PAS P Pinang usul putus hubungan PKR

PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.
Pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Mohd Yusof berkata 13 Kawasan PAS Pulau Pinang telah bersetuju membawa usul itu kerana PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.
"13 kawasan PAS sudah bermesyuarat dan masing-masing sebulat suara mengusulkan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
"Ini menunjukkan betapa seriusnya PAS Pulau Pinang menilai segala tindakan yang telah dilakukan sepanjang PAS bersama dengan PKR," katanya kepada pemberita selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-37 di Mengkuang Titi, hari ini.
Beliau berkata usul tersebut akan dihantar ke PAS pusat dan jawatankuasa penapisan usul serta pihaknya berharap ia akan diterima untuk dibahaskan pada muktamar nanti.

Pilihan raya negeri awal Sabah masih dalam kajian - Zahid

Kata Zahid, Datuk Seri Najib Razak juga belum memutuskan keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum atau negeri di Sabah lebih awal.
zahid-hamidi
 Keputusan mengadakan pilihan raya umum negeri Sabah lebih awal masih dalam kajian Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.
Menurut timbalan perdana menteri, ini kerana keputusan itu bukan sahaja perlu melihat senario politik di Sabah, sebaliknya perlu mengambil kira Malaysia secara keseluruhannya.
“Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak juga belum memutuskan keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum atau negeri di Sabah lebih awal.”
Utusan Online memetik timbalan pengerusi Barisan Nasional berkata, apa yang penting, implikasi positif perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan pilihan raya.
Zahid yang mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah hari ini turut merasmikan secara serentak mesyuarat cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Kinabalu, hari ini.
Pada Februari lalu, Zahid berkata, kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

Sejarah berulang, Shafie yakin Sabah akan jatuh

Penduduk Sabah sudah membuat keputusan dan bersedia untuk perubahan kerajaan, kata beliau.
shafie-afdalDengan mengambil kira sejarah politik Sabah yang sanggup tukar kerajaan, Datuk Seri Shafie Apdal yang keluar Umno tahun lalu, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan diundi keluar dari negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PR14).
“Penduduk Sabah sudah membuat keputusan mereka dan bersedia untuk perubahan kerajaan,” kata Shafie, antara pemimpin yang membawa Umno ke Sabah lebih dua dekad yang lalu.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, Umno Sabah akan mengikuti jejak langkah Pertubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan Berjaya iaitu dua parti pemerintah yang diundi keluar rakyat.
Shafie, bekas naib presiden Umno berkata, rakyat Sabah, yang beliau gelarkan sebagai “pragmatik” tidak pernah mengelak daripada menggunakan undi mereka untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan pihak pemerintah.
“Penduduk Sabah sudah membuat keputusan dan bersedia untuk perubahan kerajaan,” katanya dalam temu bual bersama The Malaysian Insight.
“Tidak seperti pengundi di Sarawak, BN menanamkan rasa takut pada mereka, rakyat Sabah berani mengambil risiko. Mereka berkata, ‘Jangan ambil mudah kami’.”
Sabah sentiasa diberitahu untuk menukar kerajaan, kata beliau yang telah digugurkan dari Kabinet Persekutuan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dua tahun yang lalu.
Usno yang ditubuhkan pada 1967 dikalahkan oleh Berjaya, parti yang diasaskan pembelot Usno, pada pilihan raya negeri 1976.

Sekali lagi Dr M menang bergaya, kata Zam

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendapat kemenangan politik 'paling bermaruah dan bergaya' apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dibatalkan.
Bekas menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata demikian bagi mengulas keputusan pihak polis menarik balik kebenaran terhadap program anjuran Sinar Harian di Shah Alam 7 April ini.
"Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr Mahathir," kata Zainuddin atau lebih popular dengan panggilan Zam di blognya hari ini.
Menurut Zam, rakyat masih ingat majlis dialog Nothing To Hide berkaitan 1MDB yang tidak dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira dua tahun lalu.
Akibatnya, kata Zam, penganjur program itu dikutuk.
"Apakah Nazri yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan keberaniannya," sindir Zam.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mengumumkan debat berkenaan dibatalkan -kurang 24 jam selepas pihak polis memberikan kebenaran.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff hari ini berkata, keputusan menarik balik kebenaran itu dibuat atas faktor keselamatan, berdasarkan 18 laporan polis diterima pihak berkuasa itu.
Sementara itu, Zam turut mengulas mengenai desakan Utusan Malaysia agar penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan.
Katanya, jelas desakan itu dibuat kerana Umno tidak mahu Mahathir mengetuai gabungan pembangkang.
"Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, dengan kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya menolak tohmahan Umno bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu," kata Zam.

Buat debat di hotel sajalah, sindir menteri Umno

Johari menyindir Dr Mahathir yang mempersendakan keputusan polis membatalkan permit kebenaran debat.
johari-mahathir-nazri-debat-1KUALA LUMPUR: Susulan pembatalan program debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz semalam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyarankan debat itu diadakan di hotel.
“Buat sajalah di hotel, selesai masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Sihat Tanpa Asap Rokok di Kampung Pandan hari ini.
Menteri kewangan ke-2 itu membuat sindiran bagi menjawab kenyataan Dr Mahathir yang mempersendakan keputusan polis membatalkan permit kebenaran mengadakan debat yang sepatutnya diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam 7 April ini atas alasan menerima aduan daripada penduduk.
Terdahulu Dr Mahathir mempersendakan keputusan polis yang membatalkan permit kebenaran debat antara beliau dan Nazri atas alasan aduan daripada penduduk.
Dr Mahathir mendakwa keputusan pihak polis “kerana takut”.
Kata beliau, debat itu kononnya akan mencetus huru-hara, padahal kawasan tersebut tiada penduduk kerana ia kawasan kilang.
Susulan keputusan polis semalam, Sinar Harian mengumumkan pihaknya terpaksa membatalkan program itu.

'Sebenarnya mereka takut' - Tun Mahathir

Dialog Tun M-Nazri: Polis bimbang tindakan penyokong

Permit Dialog Tun M-Nazri ditarik kerana 18 laporan polis - Timbalan Ketua Polis Selangor,

Najib takut rakyat, kami dah ramal debat tak akan jadi

Jelas sekali, kerajaan Najib semakin takut dengan rakyat yang menuntut akauntabiliti terhadap skandal 1MDB, kata Kit Siang.
Lim-Kit-SiangPETALING JAYA: Lim Kit Siang menyifatkan keputusan polis membatalkan permit debat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai bukti pentadbiran Datuk Seri Najib Razak “semakin takut” dengan tuntutan rakyat yang mahukan akauntabiliti dalam isu 1MDB.
Berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Batu Pahat malam tadi, Ketua Parlimen DAP mendakwa Najib, perdana menteri dan menteri kewangan, tidak mempunyai jawapan kepada siri persoalan mengenai kontroversi yang menyelubungi firma pelaburan itu.
Beliau berkata, situasi negara pada hari ini dalam mewujudkan platform berhujah dengan terbuka sudah berubah berbanding apa yang disaksikan 5 dekad yang lalu.
“Empat puluh sembilan tahun lalu pada 24 November 1968, saya telah mengambil bahagian dalam debat awam enam jam dengan Profesor Naguib Alatas, kemudian mewakili Parti Gerakan, dengan hadirin yang padat di Auditorium MARA di Kuala Lumpur,” kata beliau.
Sebaliknya, kata beliau, debat antara Dr Mahathir dan Nazri terpaksa dibatalkan selepas polis menarik balik permit bersyarat yang diberikan kepada pihak penganjur, Sinar Harian kelmarin.
“Adakah kita mencapai kemajuan dalam demokrasi dan hak asasi manusia atau kita mundur dan pergi ke belakang dalam tempoh enam dekad ini,” kata beliau sambil menyoal, “di mana debat antara bekas perdana menteri dan menteri Kabinet di premis persendirian boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan dan perlu diharamkan oleh pihak polis dalam (proses yang dilihat sebagai) penyalahgunaan kuasa.”
Ahli Parlimen Gelang Patah ini berkata, ramalan mereka yang pentadbiran Najib tidak akan membenarkan debat terbukti tepat kerana pihaknya telah dapat membaca dengan tepat “mood politik, watak dan kualiti pentadbiran Najib.”
“Jelas sekali, kerajaan Najib (semakin) takut dengan rakyat yang menuntut akauntabiliti terhadap skandal 1MDB,” katanya.
Kata beliau, Najib tidak mempunyai jawapan kepada tuntutan-tuntutan ini dan tidak dapat membersihkan Malaysia daripada siri kutukan, penghinaan dan azab yang dianggap di seluruh dunia sebagai “kleptokrasi global.”
Beliau berkata, ini adalah sebab untuk “bersandiwara” dan satu tragedi apabila lokasi asal debat diubah dari Padang Rengas ke Shah Alam, dan kedua-duanya disekat oleh pihak polis.
Debat pada asalnya dijadual untuk dilangsungkan pada 25 Mac lalu. Bagaimanapun pihak polis menolak permohonan permit untuk mengadakan acara tersebut.
Di Melaka malam tadi, Dr Mahathir mempersenda keputusan polis yang membatalkan permit kebenaran debat atas alasan aduan daripada penduduk.

Anwar calon utama PM tapi siapa akan bebaskannya?

Anwar calon utama PM tapi siapa akan bebaskannya?
Kajian Institut Darul Ehsan menunjukkan Anwar Ibrahim muncul di tangga teratas di kalangan semua pemimpin pembangkang sebagai paling layak menjadi perdana menteri. 
TIADA kata sepakat mengenai siapa akan menjadi perdana menteri atau sementara Pakatan Harapan (PH) jika ia berjaya membentuk kerajaan seterusnya kata sumber, walaupun ia sudah bersedia berhadapan pilihan raya umum yang menurut spekulasi bakal diadakan tahun ini.
Difahamkan PKR mahu Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali, sementara DAP pula memilih Wan Azizah.
Komponen PH, Parti Pribumi Malaysia Bersatu (PPBM) pula inginkan Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad atau Presiden Muhyiddin Yassin.
Sumber juga memberitahu The Malaysian Insight yang Amanah, satu daripada komponen PH mahu Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara memandangkan pengalaman luas pemimpin berusia 92 itu dalam kerajaan serta tidak mungkin mampu terus memegang jawatan itu kerana faktor usianya.
Pengampunan untuk Anwar
Apa yang dipersetujui adalah, sesiapa yang dipilih akan memastikan pembebasan mantan ketua pembangkang Anwar Ibrahim melalui pengampunan diraja bagi membuka jalan kepada pemimpin berusia 69 tahun itu menjadi perdana menteri.
Pesaing PH, Barisan Nasional (BN) membuat kesimpulan mengenai ketidakpastian ini dengan menegaskan PH dan PPBM tidak dapat bersetuju mengenai prinsip asas memilih seorang perdana menteri, apatah lagi mentadbir negara ini jika mereka menang.
Keputusan PH mengenai Anwar ini berdasarkan kaji selidik yang menunjukkan beliau masih menjadi pilihan popular sebagai perdana menteri di kalangan sebahagian besar pengundi walaupun pada hakikatnya masih di dalam penjara.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, idea perdana menteri sementara ditimbulkan semasa mesyuarat Muhyiddin dengan Anwar di luar mahkamah pada Oktober tahun lepas.
Ia adalah mesyuarat pertama Muhyiddin dengan Anwar selepas beliau membentuk PPBM, parti pembangkang terbaru yang sebahagian besarnya terdiri daripada bekas pemimpin Umno dan ahli yang mengkritik Perdana Menteri Najib Razak.
Sumber berkata, Anwar tidak bersetuju dengan idea menjadikan Muhyiddin perdana menteri sementara tetapi ia mendapat sambutan di kalangan sesetengah puak dalam PH dan PPBM.
Parti komponen PH, Amanah dan DAP bersetuju dengan cadangan pemimpin kanan PKR – sama ada Wan Azizah atau Azmin – menerajui kerajaan manakala proses membebaskan Anwar dimasukkan ke dalam usul.
Ketika dihubungi, pemimpin PH dan PPBM berkata isu itu kecil berbanding usaha meneruskan penyatuan, meluaskan pergerakan pembangkang untuk mengalahkan BN.
"Siapa calon berkenaan masih diperbincangkan. Ia boleh jadi Muhyiddin atau orang lain," kata Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Abdul Kadir Jasin.
"Tetapi ia akan menjadi satu keperluan praktikal apabila pakatan pembangkang menang pilihan raya dan perlu membentuk kerajaan. Seseorang perlu mencadangkan kepada Agong bagi mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar," kata Kadir apabila ditanya mengenai perbincangan dalaman mengenai isu itu.
Seorang lagi wakil PH berkata, isu sama ada mempunyai perdana menteri sementara dan sama ada untuk mengumumkan calon sebelum pilihan raya belum secara rasmi dibincangkan.
Keutamaan utama PH dan PPBM adalah mendapatkan jentera parti masing-masing untuk bekerjasama, berbincang dan menghasilkan manifesto bersama serta perundingan lebih meluas dengan parti pembangkang lain untuk menentang BN dalam pertemuan satu lawan satu, kata beliau yang enggan dikenali.
Perbalahan dalaman
Menurutnya, terdapat perbezaan dalam parti PH sama ada untuk mengumumkan perdana menteri sementara sebelum atau selepas pembangkang mengambil alih kerajaan bagi mengelakkan isu ini dieksploitasi pihak lawan.
Dr Mahathir mewakili berpendapat yang keputusan perlu dibuat jika PH dan PPBM memenangi pilihan raya.
"Tiada gunanya berpecah-belah dan bergaduh berhubung isu ini sedangkan kami tidak pernah memenangi pilihan raya," kata Dr Mahathir berulang kali kepada media ketika ditanya mengenai calon pembangkang untuk perdana menteri.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, fokus utama PH dan PPBM adalah untuk bersetuju dengan manifesto bersama, dasar, agenda pembaharuan dan membebaskan Anwar.
"Kami akan memutuskan isu ini (perdana menteri sementara) berdasarkan keputusan selepas pilihan raya. Apa yang penting adalah Anwar akan menjadi perdana menteri," kata Khalid.

Sabah akan jatuh, kata Shafie


Sabah akan jatuh, kata Shafie
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk berubah dan menuntut kembali hak mereka. 
BEKAS menteri yang kini menjadi ketua pembangkang Shafie Apdal meramalkan Barisan Nasional (BN) akan diundi keluar dari Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, memetik pragmatisme rakyat Sabah yang pernah mengundi keluar dua parti pemerintah.
"Penduduk Sabah sudah membuat keputusan mereka dan bersedia untuk perubahan kerajaan," kata Shafie kepada The Malaysian Insight di rumahnya di Taman Golf View, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, Umno Sabah akan mengikuti jejak langkah Pertubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan Berjaya, iaitu dua parti pemerintah yang diundi keluar rakyat.
Shafie, bekas naib presiden Umno berkata rakyat Sabah, yang beliau gelarkan sebagai "pragmatik", tidak pernah mengelak daripada menggunakan undi mereka untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan pihak pemerintah.
"Penduduk Sabah sudah membuat keputusan dan bersedia untuk perubahan kerajaan," katanya.
"Tidak seperti pengundi di Sarawak, BN menanamkan rasa takut pada mereka, rakyat Sabah berani mengambil risiko. Mereka berkata, 'Jangan ambil mudah kami'.
"Sabah sentiasa diberitahu untuk menukar kerajaan," katanya.
Usno berkuatkuasa pada 1967 tetapi dikalahkan Berjaya, parti yang diasaskan pembelot Usno, pada pilihan raya negeri 1976.
Berjaya kemudian dikalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS), parti yang dibentuk pembelot Berjaya pada 1985.
Ramalan beliau mengenai kekalahan BN di negeri itu berdasarkan sokongang menggalakkan terhadap parti barunya pada pilihan raya umum akan datang, sudah dinikmati di bandar sekitar pantai timur Sabah.
"Jika anda melihat parti baru lahir seperti Warisan yang kurang dikenali ramai di Sabah, kami sudah melakukan dengan agak baik," kata Shafie.
Shafie melancarkan "Seri Jelajah Parti Warisan" pada Oktober tahun lepas, di mana beliau memulakan jelajah bertemu rakyat. Jelajah yang berakhir hujung minggu lalu di Penampang, mendedahkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Sabah, kata Shafie.
"Saya sedar, saya terpaksa membuat rakyat menyedari mengapa kita perlukan perubahan kerana ia bukan semata-mata mengenai perubahan kepimpinan, daripada ketua menteri kepada yang lain, daripada satu perdana menteri yang berbeza dan seterusnya.
"Ia adalah satu keperluan untuk membuat perubahan struktur dalam sistem, perubahan untuk kebaikan rakyat."
Shafie juga bercakap secara terperinci mengenai isu dan cabaran dihadapi rakyat Sabah, mengapa beliau percaya akan terjadi gelombang pengundi berpaling daripada BN pada PRU-14, dan pandangan mengenai sama ada Warisan akhirnya akan membentuk satu pakatan pembangkang di Sabah.
Berikut adalah petikan temu bual:
S. Anda sudah sampai di penghujung jelajah – berakhir hujung minggu lepas di Penampang. Adakah anda berjaya yakinkan akar umbi Warisan adalah cara untuk berubah?
J. Dalam penglibatan kita dengan rakyat, kita dapat membuat kesimpulan tsunami akan melanda Sabah pada pilihan raya ini.
Setiap hari, ahli parti kita akan turun padang untuk meningkatkan bilangannya. Ia tanpa henti.
Saya pasti sekarang, rakyat lebih tahu apa kedudukan mereka, hak (di bawah Perjanjian Malaysia 1963) dan apa yang mereka inginkan.
Kali ini, rakyat Sabah tahu apa mereka akan lakukan dalam pilihan raya.
S. Apakah cabaran untuk menembusi politik Sabah dengan parti baru? Banyak mana pengaruh berjaya dikuasai Warisan setakat ini?
J: Mereka (pengundi luar bandar) adalah kelompok yang tidak begitu pasti, individu atau parti mana perlu diikuti kerana terdapat banyak parti di Sabah.
Mereka mempunyai begitu banyak pilihan kerana terdapat banyak parti.
Mereka mempunyai begitu ramai pemimpin (berprofil tinggi) di kalangan komuniti, seperti Joseph Pairin Kitingan(timbalan ketua menteri yang juga presiden Parti Bersatu Sabah), Bernand Dompok (presiden Murut Bersatu United Pasokmomogun Kadazan Dusun), Jeffery Kitingan (presiden Parti Solidariti Tanah Airku), Wilfred Bumburing (presiden Parti Cinta Sabah) untuk dipilih.
Jadi bagaimana saya mampu menarik orang-orang ini, menarik dan memastikan mereka berada sama barisan dengan kami?
Kami menjelaskan rancangan kami, seperti merangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang, apa yang pentadbiran akan lakukan apabila berkuasa. Kami bercakap mengenai pekerjaan, bagaimana kita akan melakukannya.
Kita bercakap tentang keselamatan, hubungan negeri-persekutuan, hubungan kaum di Sabah yang amat penting.
Apabila mengadakan majlis, kami tidak menyediakan wang. Sehingga satu masa, ada yang menyediakan pengangkutan sendiri datang dari jauh untuk menyertai kami dan datang dalam jumlah yang besar. Jadi, ia sesuatu yang mengagumkan. Rakyat tidak hanya datang kerana mahu mendengar saya. Saya percaya mereka datang kerana ingin mengetahui lebih lanjut.

Harga sayur & ayam naik menjelang Ramadan

JOHOR BAHRU 2 APR: Pengguna mungkin terpaksa berbelanja lebih pada bulan depan kerana harga ayam, timun, cili merah dan kacang panjang dan ayam dijangka naik pada Mei.
Peniaga di pasar basah Tebrau, Johor Jaya dan Larkin di sini mendakwa kenaikan harga barang keperluan pada bulan Ramadan sudah menjadi perkara biasa, kerana permintaan terhadap sayur-sayuran dan ayam adalah lebih tinggi, lapor MStar ONLINE.
Tahun ini, umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 27 Mei.
Seorang penjual sayur-sayuran di Pasar Awam Larkin, Tai Meng Tian, 40, berkata, harga timun akan naik ke RM2 sekilo berbanding RM1.60 sekilo dan harga cili merah akan naik ke RM12 sekilo dari RM9 sekilo.

“Pembekal mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kerana mereka tahu harga akan dikawal 10 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Rakan peniaganya, Abdul Kadir Syed Ibrahim, 65, berkata penjual tidak mempunyai pilihan melainkan mengenakan kos tambahan kepada pelanggan.
“Kami memberi cili merah pada harga RM12 sekilo dan perlu menjualnya pada harga RM15,” katanya.
Seorang peniaga di Pasar Johor Jaya, P. Narayani, 58, berkata, harga kacang panjang mungkin akan naik dari RM7.50 sekarang ke RM12 sekilo.
Seorang penjual ayam, yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Don, 44, berkata, pengguna perlu membayar tambahan 80 sen untuk daging ayam pada bulan depan.

Mahathir dakwa polis batal permit debat kerana takut

Kata bekas perdana menteri, kerajaan takut kerana tahu ia telah melakukan kesalahan.
Mahathir-mohamad,-Nazri-Aziz,-public-debate,-najib-razak,-sinar-harianPETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersenda keputusan polis yang membatalkan permit kebenaran debat antara beliau dan Datuk Seri Nazri Aziz atas alasan aduan daripada penduduk.
Sebaliknya dakwa beliau, keputusan pihak polis tidak membenarkan debat Jumaat ini dibuat “kerana takut.”
“Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh, kononnya ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru- hara.
“Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali lagi dibatal. Dibatal kerana apa, kerana takut,” kata Dr Mahathir dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian dalam ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Cheng, Melaka malam tadi.
Kata laporan itu, sambil memetik pepatah Melayu , “Berani kerana benar, takut kerana salah”, Dr Mahathir berkata, kerajaan takut kerana tahu ia telah melakukan kesalahan.
“Yang tangguh nak bahas ini kerana dia tahu dia salah, dia mencuri. Ada bukti jelas dia mencuri tetapi tak berani nak cakap,” kata beliau.
Susulan keputusan polis semalam, Sinar Harian mengumumkan pihaknya terpaksa membatalkan program itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada ketua polis daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, petang semalam.
Kelmarin, beliau mengumumkan pihaknya mendapat kebenaran untuk mengadakan program itu dengan beberapa syarat yang digariskan pihak polis.

Polis: Ada pihak mahu buat kacau jika debat diteruskan

Risikan pihak polis mendapati ada pihak tertentu mahu menimbulkan kekacauan sekiranya majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan, Jumaat ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, keadaan itu memaksa polis membatalkan kelulusan terhadap penganjuran acara berkenaan yang dijadual diadakan di Shah Alam.
"Inteligen (risikan) pihak polis menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh tersebut jika program ini diteruskan.
"Pihak polis tidak saja fokus kepada keselamatan dan ketenteraman awam pada 07 April 2017 sahaja, tetapi melihat ketenteraman awam dari sekarang dan selepas 7 April 2017 sekiranya wacana dialog ini diadakan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor hari ini.
Mohd Fuad berkata, sehingga kini, polis menerima 18 laporan yang dibuat orang awam dan penduduk sekitar lokasi debat itu akan diadakan.
Selain penduduk di Shah Alam, Mohd Fuad berkata laporan juga dibuat oleh individu dari Klang, Serdang, Petaling Jaya dan Hulu Selangor.

GST tanpa reformasi mengundang kleptokrat curi duit rakyat


Datuk SeriAnwar IbrahimDatuk SeriAnwar IbrahimPelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak dua tahun lalu tidak akan mencerahkan masa depan negara sekiranya tatakelola dan urustadbir kerajaan tidak diperbaiki, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelaksanaannya pasti menyumbang ke arah meningkat keregangan pendapatan di antara rakyat yang miskin dan kaya. Kenyataan tersebut diakui semua pakar ekonomi.
"Walaupun dari sudut ekonomi, tatkala pendapatan daripada hasil minyak mentah negara semakin berkurangan akibat harga minyak mentah dunia yang tidak meningkat, GST mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaanadbir kerajaan tidak diperbaiki.
"Jika rasuah semakin menjadi-jadi; jika ketirisan dan pembaziran dari projek-projek kerajaan tidak dikurangkan secara sistematik dan menyeluruh.
"Apa guna pendapatan kerajaan dari GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat?
"Jika lebih 10% anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan bila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?," soalnya dalam satu kenyataan semalam.
Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau mengulangi gesaannya bahawa sebelum melaksanakan cukai tambahan terhadap rakyat, kerajaan BN harus menghentikan amalan boros dan ketirisan yang telah dikenalpasti dalam laporan tahunan Ketua Audit Nagara.
"Yang menelan puluhan billion ringgit adalah amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.
"Pendirian kami di Keadilan dan di Pakatan Harapan adalah perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar sementara menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem puncukaian progresif yang menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.

Najib jumpa Rajnikanth untuk pancing undi kaum India?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama delegasinya berada di India sekarang. Semua pemimpin-pemimpin utama MIC juga berada bersamanya di negara itu. Apakah tujuan utama beliau melawat negara India?
Negara India yang dikenali sebagai benua kecil mempunyai 1.33 bilion penduduk iaitu lebih kurang 16.8 peratus daripada penduduk dunia. India juga menjadi kuasa ekonomi yang pesat berkembang di rantau Asia. Kini, India juga merupakan sebuah negara pembekal tenaga intelek ke seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat.
Malaysia mempunyai hubungan perdagangan yang progresif dengan India. Potensi perniagaan dan pasaran adalah cukup luas di negara itu. India merupakan pembeli minyak kelapa sawit yang utama daripada Malaysia. Kita juga sedang berusaha untuk membuka luas pintu kepada pelancong-pelancong dari India.
Oleh yang demikian, hubungan diplomatik yang baik untuk mengukuhkan perdagangan antara kedua-dua negara adalah wajar. Perjumpaan di antara pemimpin-pemimpin utama Malaysia dan India dalam konteks itu tidak boleh dipertikaikan.
Tetapi, lawatan Perdana Menteri ke rumah pelakon paling terkemuka di Tamil Nadu iaitu Superstar Rajnikanth menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pelbagai reaksi dilihat dalam media sosial mengenai soal ini. Apakah niat pemimpin utama negara kita melawat pelakon terkenal itu?
Adakah ini dilakukan dengan niat untuk memancing undi kaum India dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti? Adakah lawatan ini dilakukan dengan tujuan melembutkan hati peminat-peminat Superstar Rajnikanth? Adakah lawatan ini adalah satu lagi usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu 1MDB?

‘Pelakon’ terkenal Malaysia bertemu Rajinikanth

“Tuhan mengurniakan banyak perkara kepada mereka yang jahat, tetapi Dia tetap akan menggagalkan mereka jua akhirnya. Tuhan banyak menguji mereka yang baik-baik, tetapi Dia tidak sesekali akan mengecewakan mereka,” kata Rajinikanth menerusi filemnya Baashha yang ditayangkan dalam tahun 1995.
Selain gemar membebankan rakyat dengan pelbagai dasar mengarut, Datuk Seri Najib Razak juga gemar berswafoto (selfie). Minat ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lagipun ia adalah trend hipster yang boleh menarik hati golongan anak muda seperti yang disarankan oleh Timbalannya.
Malah apabila seseorang seperti Najib Razak yang melakukannya – ia boleh menjadi nilai berita yang penting. Maka kegemarannya berswafoto tidak wajar dibendung.
Beliau pernah berswafoto bersama Presiden ke-44 Amerika Syarikat, Barrack Obama sekitar tahun 2014.
Untuk rekod, Najib Razak juga pernah berswafoto dengan Presiden ke-24 Perancis; Francois Hollande; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Presiden Turki,  Recep Tayyip Erdogan dan juga artis terkenal yang pernah berduet dengan Yuna iaitu Usher.
Beliau juga pernah turut berswafoto bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud yang membuat lawatan rasminya ke Malaysia baru-baru ini.
Mungkin akibat asyik berswafoto, mereka terlupa berbalas penghargaan dan membuat kenyataan bersama mengenai wang derma yang diterima oleh Najib Razak yang kemudian memulangkannya semula.
Rajinikanth bertemu peminat
Terbaru, sewaktu lawatan rasminya ke Chennai, India, Najib Razak turut berkongsi gambar swafotonya bersama pelakon lagenda filem Tamil – Shivaji Rao Gaekwad atau lebih popular dengan nama Rajinikanth.
Sesiapa saja tidak akan menolak jika berpeluang untuk berswafoto dengan pelakon terkenal yang sehingga kini suka mengenakan pakaian dhoti kurta hampir setiap masa.
Namun apa yang lebih menarik daripada aksi swafoto Najib Razak dan Sivaji: The Boss tersebut adalah jauh mengatasi rasa keterujaan kita melihat sekeping gambar seorang pelakon terkenal bersama peminatnya.
Ia sebenarnya lebih jauh daripada itu.
Swafoto tersebut adalah aksi antara seorang pelakon terkenal yang diangkat menerusi filem-filem berjiwa rakyat dan berjuang mewakili mereka yang ditindas melawan pemerintah yang korup tetapi bergambar bersama tokoh politik yang kebetulan pula sama seperti menjadi watak-watak  yang ditentangnya di dalam filem. Lucu bukan?
Swafoto tidak mengurangkan beban rakyat
Rakyat Malaysia tidak ada yang terkecuali hari ini merasa beban dengan kesan ekonomi akibat dasar yang diperkenalkan oleh Najib Razak.
Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang memasuki ulang tahunnya yang kedua semalam adalah antara projek oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang paling memberi kesan langsung kepada seluruh lapisan rakyat Malaysia.
Ia adalah hasil cukai regresif yang memerah hasil rakyat yang tak seberapa hanya untuk menampung kegagalan pengurusan wang negara dan kegagalan urus tadbir kewangan yang diakibatkan oleh pemimpin yang boros dan rasuah.
Dari skandal hutang 1MDB yang didakwa melebihi RM39 billion ringgit, skandal MARA, FELDA dan Tabung Haji yang kesemuanya melibatkan institusi-institusi bumiputera dan hal-ehwal orang Islam sehinggalah yang melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam, ia bagai berkait rapat dengan filem-filem Rajinikanth di mana beliau memainkan watak hero yang membela mereka yang ditindas oleh orang-orang politik seperti Najib Razak dan mereka yang berada disekelilingnya.
Semua ini adalah sebahagian daripada senarai panjang skandal-skandal kewangan yang menyebabkan masalah ekonomi kepada negara dan memberi kesan langsung kepada rakyat. Tidak ada orang yang tidak mengeluh hari ini.Berbanding dengan Rajinikanth, hero filem yang berswafoto dengan Najib Razak, beliau selalu mengabadikan kisah-kisah kesusahan rakyat marhaen di bawah yang tertindas menerusi filem-filem yang dilakonkannya.

Tun Mahathir: Najib Razak Guna UGUTAN & DUIT Untuk Menang PRU 14

Muhyiddin Yassin: Hutang 1MDB Sudah Selasai,Najib Razak BOHONG Lagi

Zahid Md Arip: Maruah TENTERA Dijual Oleh Zahid Hamidi & Najib Razak Kepada CHINA

Firasat Aishah seolah tahu akan ditangkap – Ibu

Ibu Siti Aishah sebak di luar Penjara Kajang

Debat batal? Ini jawapan Tun M

KENAPA SEKALI LAGI POLIS JUGA YANG BATALKAN DEBAT TUN M - NAZRI?

Situasi 1 - Debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan di MRSM Kuala Kangsar pada 25 Mac lalu dibatalkan kerana tidak mendapat permit polis.

Polis memberi alasan faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengapa permit tidak diluluskan, meskipun kapasiti dewan hanya boleh memuatkan 800 orang.

Apakah 800 orang yang datang dengan hanya telefon pintar di tangan begitu sukar dikawal?

Selain itu, polis juga memberi alasan kerana ada lapan laporan polis yang dibuat oleh NGO membantah debat tersebut.

Ironinya, surat pembatalan oleh pihak polis itu dikeluarkan setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri memberi lampu hijau dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed pula mengatakan, debat itu akan dibenarkan untuk diadakan.

Selapis pandang, ia seolah-olah Zahid Hamidi dan Nur Jazlan tiada kuasa atau cengkaman terhadap polis sehingga IPD Kuala Kangsar dilihat lebih besar kuasanya atau boleh jadi mereka menerima arahan daipada pihak lain yang lebih ditakuti.

Pembatalan itu membuatkan Nazri melenting dan marah serta mengingatkan pihak polis bahawa Malaysia adalah negara demokrasi, bukan negara polis.

Lanjutan itu, dengan kerjasama Sinar Harian serta persetujuan Tun Mahathir dan Nazri, mereka setuju debat atau wacana dipindah-tempatkan ke Auditorium Sinar Harian, di Shah Alam.

Tarikh yang dipersetujui ialah 7 April, jam 9.30 malam.

Memandanngkan Sinar Harian sudah menganjurkan debat dan wacana sebanyak 44 kali sebelum ini dan kawasan itu pula merupakan milik persendirian, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman, tiada permit polis diperlukan.

Yang disyaratkan sekadar pemakluman kepada pihak polis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuatu program hendak diadakan.

Perkara tersebut ditekankan sendiri oleh Nazri dengan berkata, "saya tahu tentang Akta Perhimpunan Aman sebab saya yang membentangkannya di Parlimen."

Lantaran itu, sebenarnya tiada sebab debat di Shah Alam boleh dibatalkan.

Situasi 2 - Menjelang debat yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat pada 7 April itu, semua persiapan dan pemakluman telah pun dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian.

Walaupun banyak pihak tetap ada keraguan sama ada Najib Razak masih mahu membenarkan Nazri berdebat dengan Tun Mahathir, lebih-lebih lagi kerana lawan debatnya itu merupakan musuh nombor satu Perdana Menteri, selain topik perdebatan iaitu antaranya 1MDB dan wang RM2,600 juta tentunya meresahkan fikiran mereka yang tinggal di Seri Perdana, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tetap tidak luntur semangatnya.

Berbanding Tun Mahathir yang mengatakan sudah lama bersedia untuk berdebat berkaitan tajuk-tajuk tersebut dengan sesiapa saja, Nazri pula memberi jaminan bahawa beliau tidak akan duduk diam saja dalam debat itu nanti sepertimana diamnya dia ketika menikmati cendol dan laksa di Dataran Sungai Perak sebelum itu.

Pada 31 Mac, pihak penganjur memaklumkan mereka sudah menerima surat daripada Polis Shah Alam yang memberi kebenaran debat itu dilangsungkan.

Beberapa syarat biasa turut ditetapkan, selain kehadiran penonton hanya dihadkan kepada 300 orang saja - 100 jemputan Tun Mahathir, 100 jemputan Nazri dan 100 lagi jemputan penganjur iaitu Sinar Harian.

Prof Gomez: Najib perlu laksana segera 3 pembaharuan baiki tadbir urus

Justeru kata ahli akademi terkenal, sudah tiba masa bagi rakyat memberi tekanan ke atas kerajaan untuk membawa tiga pembaharuan.
Prof-Edmund-Terence-GomezPETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak, yang akan genap lapan tahun esok sebagai perdana menteri yang keenam, perlu melaksanakan 3 pembaharuan dengan segera bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang baik.
Meskipun sesetengah pembaharuan mengambil masa untuk direalisasikan, menurut Prof Edmund Terence Gomez dari Universiti Malaya, Najib, pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno boleh melaksanakan 3 pembaharuan tanpa melalui sebarang masalah.
Bercakap pada forum berkaitan 1MDB, firma pelaburan dilanda kontroversi, Gomez berkata, pembaharuan berkaitan tadbir urus, pentadbiran dan kewangan boleh dilakukan dengan segera – jika ada kemahuan politik untuk berbuat demikian.
Pemimpin kepada pembaharuan ini, menurut beliau, adalah Najib sendiri, yang perlu melepaskan portfolio kementerian kewangan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan.
Satu lagi pembaharuan adalah untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertanggungjawab kepada badan-badan berasingan seperti Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC), daripada tertakluk kepada menteri kewangan, kata beliau.
Jelas beliau, perkara itu juga sesuatu yang dicadangkan oleh G25, kumpulan bukan kerajaan yang dianggotai oleh bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan termasuk bekas ketua setiausaha kementerian kewangan.
Gomez berkata, PSC pula harus dipimpin oleh seorang anggota pembangkang, bukannya mereka yang berada dalam Kabinet ataupun kalangan ahli Parlimen dari parti yang memerintah.
“Ini yang diamalkan di kebanyakan negara. Ini 1 sistem periksa dan imbang. Ini yang harus dilaksanakan dan pembaharuan ini tidak sukar untuk dilaksanakan.”
Pada masa lalu, menurut Gomez, kawal selia sektor korporat Malaysia tertumpu di tangan menteri kewangan.

Lawan Hadi dengan sokong Amanah, kata Khalid Samad

Khalid berkata cara itu adalah pendekatan yang lebih berkesan berbanding menentang kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi dari dalam PAS sendiri.
Khalid-Samad,-PAS,-Amanah,-Nakhaie-AhmadPETALING JAYA: Ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS di bawah kepimpinan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang wajar menyokong Parti Amanah Negara (Amanah), salah satu anggota Pakatan Harapan.
Pengarah komunikasinya Khalid Samad berkata, cara itu adalah pendekatan yang lebih berkesan berbanding menentang kepimpinan Hadi dari dalam PAS sendiri.
“Jika merasa setia kepada parti, mereka kena fikir… apa guna parti jika perjuangannya sudah lari.
“Parti hanya medium,” kata beliau kepada FMT.
Beliau mengulas pendirian bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad dengan FMT minggu lalu, yang mengatakan semakin ramai ahli akar umbi PAS yang tidak suka kepimpinan parti dekat dengan Umno.
Namun menurut beliau, penentangan terhadap Hadi dalam muktamar akan datang menjadi sukar memandangkan kebanyakan pemimpin yang mampu mencabarnya sudah keluar untuk menubuhkan Amanah.
Menjawab perkara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengakui kedudukan Hadi sedia kuat di saat mereka masih berada dalam PAS.
“Sebab itu, beliau boleh mengubah pendekatan PAS dan pemimpin PAS yang lain boleh menyerang dan melabel kami tanpa sekatan pada muktamar yang lalu,” kata beliau.
Nakhaie juga berkata, penubuhan Amanah sebenarnya mengukuhkan kedudukan Hadi dalam PAS.
“Kalaulah pihak yang lama itu masih ada dan ada penentang ini, maka Hadi akan terkeluar,” kata Nakhaie.

Kes Bukit Kepong hanya mainan politik Umno

Setiap tahun menjelang merdeka saya sering memberi ceramah mengulas hal kemerdekaan tanah air. Saya sering memberi pandangan terutama berkait pejuang-pejuang kemerdekaan yang dianggap oleh kami dari parti pembangkang, tidak diutarakan nama mereka seperti Datuk Ahmad Boestaman, Pak Sako, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dan lain-lain lagi.
Hanya nama Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar sahaja yang sering dikemukakan oleh kerajaan. Saya akui kedua-dua mereka memang bersama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Namun, adalah tidak adil jika kita menyembunyikan nama-nama lain yang juga terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan.
Pada tahun 2011, menjelang merdeka, ucapan saya di Padang Menora disensasikan begitu hebat oleh akhbar Utusan dan TV3. Di Mahkamah Tinggi, kes rayuan pendakwa terhadap tuduhan ke atas saya menghina polis yang terlibat dalam kes Bukit Kepong, dibacakan oleh hakim.
Ucapan sebenar saya jika dibandingkan dengan laporan Utusan Malaysia dan TV3, jelas sangat berbeza. Banyak perkara yang saya tidak sebut, seperti Wong Peng Tun menjadi ketua serangan bersama lebih 200 anggota komunis termasuklah Utusan melaporkan saya berkata kononnya ada kanak-kanak dilempar dalam unggun api dalam serangan itu.
Sudah tentulah ia menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia kususnya bekas tentera dan bekas polis yang berkhidmat sebelum merdeka. Lebih 1000 laporan dibuat terhadap saya. Ceramah saya dibaling batu oleh pihak tertentu. Pintu pagar rumah saya cuba dibakar dan beberapa orang bekas tentera dan polis hadir ke rumah saya di Pulau Pinang untuk berdemonstrasi.
Ancaman fizikal terhadap saya dibuat beberapa kali dan ada aduan yang saya sendiri laporkan kepada pihak polis. Hampir sebulan dalam bulan Ramadan saya dikecam begitu hebat di semua media-media perdana.
Hasil perbicaraan Mahkamah Tinggi kelmarin, hakim memutuskan rayuan oleh pihak pendakwa ditolak. Tiada berita yang keluar secara besar-besaran seperti mereka sensasikan berita Bukit Kepong dulu. Hanya dilapor oleh laman-laman web dan berita online. Hebahan itu dapat dibaca oleh orang ramai.

Usaha Pas pinda RUU355 semakin mustahil

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membayangkan usaha Pas untuk meminda Rang Undang -Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 semakin sukar.
Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk tidak mengambil alih pembentangan usul menjadikan hasrat parti Islam itu hampir mustahil.
“Dari segi moralnya, apabila kerajaan BN telah katakan tidak boleh bawa, sedangkan urusan dalam parlimen untuk bawa sesuatu rang undang-undang mestilah dengan konsensus daripada sistem whip.
“Jadi, mana mungkin usul persendirian itu boleh menjadi undang-undang jika tidak melalui proses itu,” katanya mengulas pendirian Pas yang tetap meneruskan langkah bagi meminda Akta 355 meskipun kerajaan telah memutuskan tidak mengambil alih pembentangan tersebut.
Malah Salahuddin berkata, mustahil perkara itu menjadi rang undang-undang tanpa sokongan daripada majoriti ahli parlimen.
Mernurutnya, rang undang-undang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan.
“Rang undang-undang ini urusan kerajaan dan sebagai bekas ahli parlimen yang memahami peraturan, adalah terlalu sukar dan hampir mustahil rang undang-undang persendirian diterima dalam sejarah negara,” katanya.

Kenyataan Najib langsai hutang 1MDB hanya kaburi mata rakyat


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai membayar semua hutangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu, hanya bertujuan mengaburi mata rakyat,kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata,  Najib yang juga Menteri Kewangan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala urusan 1MDB gagal menyatakan baki keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB sekarang.
Pada 2014, keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB berjumlah RM42 bilion dan meningkat kepada RM50 bilion pada 2016.
"Kenyataan yang Najib buat itu sengaja untuk mengelabui mata rakyat, seolah-olah 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan hutangnya. Najib juga tidak menjelaskan jumlah semasa komitmen bon 1MDB yang ditanggung oleh kerajaan yang biasanya dikelaskan sebagai tanggungan kontinjen oleh kerana bon itu dijamin kerajaan.
"Adakah 1MDB mempunyai sumber kewangan sendiri yang mencukupi untuk membayar semua hutang piutang ini tanpa bantuan daripada kerajaan,"ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas jawaban bertulis Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, yang  berkata, 1MDB tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini.
Muhyiddin berkata, antara tanggungan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan ialah bon sukuk berjumlah RM5 billion yang akan mencapai tempoh matang pada tahun 2039, bon sukuk berjumlah RM2.4 billion untuk Bandar Malaysia dan pinjaman daripada PERKESO berjumlah RM800 juta yang perlu dijelaskan keseluruhannya pada tahun 2022.
“Selain itu, 1MDB juga mempunyai komitmen untuk melangsaikan USD3 billion dollar bon antarabangsa yang akan matang pada tahun 2023 dan sejumlah USD6.48 billion dollar komitmen hutang dalam pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.
“Bagaimana hutang-hutang ini akan dibayar oleh 1MDB? Dari manakah 1MDB akan menjana sumber pendapatannya untuk membayar kesemua hutang ini setelah aset-aset strategiknya dijual dan wang miliknya berjumlah berbilion ringgit dilaporkan hilang?,” katanya..
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Najib juga dalam kenyataan bertulisnya kepada Parlimen menyebut bahawa 1MDB telah menjelaskan hutangnya dengan Marstan Investments NV berjumlah RM2 bilion pada April tahun lalu.
“Apakah identiti syarikat ini dan siapakah pemiliknya? Apakah kaitan syarikat ini dengan Marstan Investments N.V LLC, sebuah ‘shell company’ yang ditubuhkan di Nevada pada tahun 2007 dan dibatalkan pendaftarannya pada bulan Mei 2013?
“Bagaimana pula dengan wang 1MDB yang dinyatakan secara jelas dalam Laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat telah dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official One dan orang-orang yang rapat dengan Najib?,” katanya.
Ini termasuk:
(a) Sejumlah USD700 juta yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low di RBS Coutts Bank, Switzerland pada 30 September 2009. Menurut Laporan DOJ sejumlah USD400 juta daripada wang ini telah digubah secara haram ke Amerika Syarikat dan digunakan untuk kepentingan Jho Low dan rakan-rakannya;
(b) Sejumlah USD330 juta lagi wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low antara 20 Mei dan 25 Oktober 2011. Berdasarkan rekod perbankan JP Morgan Chase, antara bulan Februari dan Jun 2011, sejumlah USD24.5 juta telah dimasukkan ke satu akaun di Riyadh Bank milik seorang ‘Putera Raja Saudi’ dan sejumlah USD20 juta daripada wang ini telah dipindahkan ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur;
(c) Antara bulan Mei dan Disember 2012 Sejumlah USD1.1 bilion wang 1MDB yang diperolehi menerusi terbitan bon untuk membiayai pembelian Tanjong Energy dimasukkan ke akaun Blackstone milik Eric Tan Kim Loon, seorang rakan Jho Low, di Standard Chartered Bank Singapura. Sejumlah USD473 juta daripada wang ini telah dimasukkan ke akaun Vasco Investment Services milik Khadem Al-Qubaisi di Bank Rostchild, Luxemborg, USD66.6 juta dimasukkan ke akaun milik Mohamed Al- Husseiny di BHF Bank, Frankfurt dan USD30 juta dimasukkan ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur;

Dr M: Batal debat kerana takut salah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersenda keputusan polis membatalkan kebenaran terhadap penganjuran debat antara beliau dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dalam surat kepada Kumpulan Media Karangkraf selaku penganjur debat itu berkata kelulusan itu dibatalkan atas alasan ketenteraman awam berikutan aduan daripada penduduk setempat.
Bagaimanapun, Mahathir menegaskan bahawa lokasi debat itu, di pejabat Karangkraf di Shah Alam, adalah kawasan perindustrian.
"Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh, kononnya ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru hara.
"Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali lagi dibatal. Dibatal kerana apa, kerana takut," kata Mahathir dalam satu ceramah anjuran BERSATU di Cheng, Melaka malam tadi.
Memetik pepatah Melayu dalam lirik lagu BERSATU, "Berani kerana benar, takut kerana salah", Mahathir berkata kerajaan takut kerana tahu ia telah melakukan kesilapan.
"Yang tangguh nak bahas ini kerana dia tahu dia salah, dia mencuri. Ada bukti jelas dia mencuri tetapi tak berani nak cakap," katanya.
Debat sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 25 Mac di Kuala Kangsar tetapi turut dibatalkan selepas polis Perak enggan memberi kelulusan.

Buang cara ‘kuno’, reformasikan sistem daftar pengundi

OLEH RODZIAH ISMAIL
Lambakan lebih empat juta pengundi yang masih belum mendaftar sebagai pemilih akan selesai sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik dengan kadar segera.
Langkah ini selaras dengan amalan demokrasi yang makin berkembang seperti mana diamalkan oleh negara-negara maju di dunia hari ini.
Realiti yang perlu diterima SPR ialah, kebanyakan rakyat Malaysia yang belum berdaftar disebabkan kekangan dan masalah yang dihadapi mereka apabila SPR masih menggunakan sistem yang boleh dianggap ‘kuno’.
Ramai di antara mereka belum mendaftar kerana kesuntukan masa ekoran sibuk bekerja terutamanya apabila terpaksa ke pejabat pos, mengisi borang dan sebagainya.
Saya juga lihat pelbagai masalah yang timbul dengan sistem sedia ada ini seperti borang daftar pemilih yang tidak mencukupi.
Baru-baru ini, dua Adun DAP ke pejabat SPR Selangor untuk mendapatkan 1,000 borang daftar pemilih supaya dapat diedarkan ke beberapa kawasan di seluruh negeri itu, malangnya, pegawai yang bertugas nyatakan pejabat SPR negeri hanya boleh memberikan sebanyak 500 borang sahaja, yang ternyata sama sekali tidak mencukupi.
Malah, sistem manual ini juga sudah tidak efisyen lagi untuk digunakan dengan kos yang tinggi untuk promosi, insentif daftar undi, dan lain-lain. Lebih baik wang yang digunakan untuk tujuan itu dilaburkan kepada perkara lain.
Sekiranya kerajaan dan SPR lihat isu ketiadaan saksi jadi penghalang kepada daftar undi automatik ini, saya cadangkan untuk wujudkan pindaan akta yang membolehkan rakyat Malaysia mengisi borang daftar undi semasa membuat kad pengenalan ketika umur 18 hingga 20 tahun di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).
Apabila umur mereka mencecah 21 tahun, nama terus diaktifkan sebagai pengundi dalam sistem dan pegawai JPN serta pengawai pendaftar jadi saksi. Itu lebih mudah dan semua rakyat akan daftar sebagai pengundi.

Pemuda Pas Terengganu jadi negeri pertama putus dengan PKR


Sidang Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang bersidang semalam bersetuju sebulan suara mengemukakan usul mendesak Pas Pusat membatalkan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Justeru Terengganu menjadi negeri pertama yang memutuskan hubungan dengan PKR.
Pada 20 Mac lalu Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik berkata, keputusan sama ada untuk meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR akan diputuskan pada Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah.
Justeru itu dalam muktamar dewan pemuda parti itu yang sedang berlansung  seluruh negeri terdapat beberapa kawasan yang turut mengusulkan untuk memutuskan kerjasama politik antara Pas dan PKR.
Antaranya pada 27 Mac lalu, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, selepas usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh dan Bayan Baru (Pulau Pinang).
Muktamar PAS dijangka akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei ini.