Sabtu, 1 April 2017

Muhyiddin cabar respons Najib 1MDB sudah jelas hutang bank, jangka pendek

Muhyiddin berkata, nampaknya, lebih banyak persoalan yang mesti dijawab oleh Najib.
muhyidin-najibPETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini berkata 1MDB telah menjelaskan kesemua hutang bank dan jangka pendek agar membuat penjelasan secara “menyeluruh, jujur dan telus” berhubung beban hutang sebenar firma pelaburan yang dilanda kontroversi itu.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, kenyataan terbaru perdana menteri itu sengaja dibuat untuk mengabui mata rakyat seolah-olah 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan hutangnya.
“Perdana menteri membuat kenyataan 1MDB telah membayar kesemua hutang jangka pendek dan jangka panjangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu.
“Kenyataan ini sengaja dibuat untuk mengelabui mata rakyat seolahnya 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan hutangnya,” kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin yang digugurkan dari jawatan Kabinet dua tahun yang lalu berkata, “nampaknya, lebih banyak persoalan yang mesti dijawab oleh Najib.”
“Sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan mengenai setiap komitmen kewangan 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk membuat penjelasan secara menyeluruh, jujur dan telus kepada rakyat,” kata beliau.
Menurut Najib, yang juga menteri kewangan berkata, 1MDB yang pernah menanggung hutang sehingga RM50 bilion setakat bulan Januari 2016 telah menjelaskan semua hutang bank dan jangka pendek firma itu.
“Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai apa-apa hutang bank dan jangka pendek,” kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Menurut beliau, 1MDB telah membayar penuh kemudahan kredit RM229.5 juta kepada Affin Bank pada 23 November 2015, menjelaskan sepenuhnya kredit siap sedia bernilai RM950 juta kepada kerajaan pada 31 Mac 2016, membayar balik kemudahan pinjaman berjangka RM2 bilion kepada Marstan Investment NV pada 8 April 2016, dan menjelaskan kemudahan pembiayaan berjangka AS$150 juta dengan EXIM Bank pada 15 April 2016.
“Oleh kerana pelan rasionalisasi berterusan 1MDB, tiada aset baru yang diperoleh (oleh firma milik negara) di dalam dan di luar negara pada tahun 2015 dan 2016,” kata Najib.
Dalam kenyataannya Muhyiddin menambah, apa yang tidak dijelaskan oleh Najib ialah berapakah baki keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB pada masa ini.
“Pada tahun 2014, keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB berjumlah RM42 bilion dan meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2016,” katanya lagi.
Menurut beliau, Najib juga tidak menjelaskan jumlah semasa komitmen bon 1MDB yang ditanggung oleh kerajaan.

Polis, Sosma dan siswi

 Usia 209 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Namun itulah usia pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini.
Pengalaman, rangkaian dan kepakarannya tentu sudah menyeluruh. Usia tersebut adalah berasaskan tahun pengistiharan Piagam Keadilan (Charter of Justice) pada 1807 di Pulau Pinang.
Ketika itu Light mentadbir Pulau Pinang.
Pada 25 Mac 1807, piagam pun diterima. Dengan itu Pulau Pinang bolehlah mengadakan mahkamah yang sebenar, selain menubuhkan organisasi polis yang lebih baik berlandaskan Piagam Keadilan (Charter of Justice).
Piagam ini mewujudkan undang-undang jelas untuk mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakan keadilan itu.
Meskipun sejarah polis boleh dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, namun semangat sejarah PDRM masih bernafas kolonial.
Jika disemak sejarah polis zaman Light, ia adalah satu pasukan keselamatan untuk melindungi penjajah yang merompak khazanah tanah jajahannya. Light mengupah sepoi-sepoi (askar) dari India yang tidak berdisiplin untuk menjaga keselamatan dan menegakkan keadilan di Pulau Pinang. Bolehlah dibayangkan apakah makna keselamatan dan keadilan ketika itu.
Entah di mana silapnya falsafah sejarah ini. Sedangkan Sultan Melaka sudah menghasilkan Kanun Laut Melaka dan Kanun Melaka 300 tahun lebih awal dari itu.
Agaknya inilah yang dinamakan Pierre Bourdieu - seorang ahli sosiologi Perancis - sebagai symbolic violence. Jika diterjemahkan secara literal, symbolic violence adalah suatu keadaan keganasan secara halus yang memusnahkan unsur-unsur tradisi dalam masyarakat asal.
Tak padan dengan 12 buku
Kesan keganasan ini jauh lebih parah pada pemikiran dan cara hidup masyarakat. Keganasan fizikal memberi kesan fizikal. ‘Symbolic violence’ merencatkan dan merosakkan pemikiran bukan seorang tetapi sebuah masyarakat.
Bourdieu lebih menekankan hal penghasilan pengetahuan dalam sesuatu masyarakat secara lebih berstruktur seperti sistem pendidikan negara. Namun di zaman media internet, garis pemisah antara ‘knowledge’ (pengetahuan) dan ‘information’ (maklumat) adalah senipis kulit bawang.
Lambakan maklumat ini mempengaruhi pemikiran masyarakat. Biasanya lambakan maklumat atau sistem yang berstruktur lebih berkesan daripada lambakan secara rambang dan individu.
Masyarakat berada dalam satu ilusi atau khayalan yang dicipta oleh penguasa. Masyarakat akan teraba-raba mencari kebenaran dan keadilan. Mereka hidup dalam kepalsuan dan ketakutan yang diterima secara pasrah. Konsep "negara polis" semakin sukar dalam zaman globalisasi sebegini. Namun konsep ‘state’ (negara) itu sendiri suatu yang sangat sistematik mengawal tingkah laku dan cara berfikir masyarakat.
Maka adalah semacam tidak padan untuk menangkap seorang mahasiswi kerana menyimpan 12 naskhah buku halal untuk kajian sarjananya atas dakwaan ia berunsur ‘terrorist’.
Bukankah PDRM adalah antara pasukan keselamatan terhebat di dunia? Malah mungkin lebih hebat daripada FBI, CIA atau KGB. Bagi warga universiti, tindakan ini adalah suatu yang tidak boleh diterima langsung.
Sayangnya, suara dari menara gading sekadar sayup-sayup seperti suara azan subuh melintasi telinga tatkala dingin mencengkam seluruh tubuh.
Universiti adalah tempat segala macam pemikiran berhimpun. Ia bukan sekadar kampus mahasiswa dan pensyarah berwacana. Universiti bukan kilang atau penjara. Ia melahirkan para teknokrat, saintis, ulama, seniman atau apa jua.

Permit debat Mahathir, Nazri dibatal

Nampaknya orang ramai terpaksa menunggu lebih lama - jika memang ada ruang untuk itu - bagi melihat Tun Dr Mahathir berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz.
Selepas polis memberikan kebenaran bersyarat debat itu diadakan di Shah Alam, hari ini sepucuk surat daripada polis menyatakan kebenaran itu dibatalkan.
Pembatalan itu dinyatakan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, melalui akaun Twitter beliau sebentar tadi.
"Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! " katanya.
Makluman itu tiba sehari selepas polis Shah Alam memberi kebenaran kepada Karangkraf menganjurkan majlis berkenaan.
Melalui sekeping gambar dilampirkan Hussamuddin bersama tweetnya, surat polis dialamatkan kepada Sinar Karangkraf Sdn Bhd itu menyatakan, pembatalan berkenaan dibuat kerana mendapat bantahan penduduk di kawasan berkenaan.
"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima bantahan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut.
"Setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam, dengan ini kelulusan permit perhimpunan aman bertarikhg 31 Mac 2017 adalah dibatalkan," katanya.
 
Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, ketika dihubungi enggan memberi komen lanjut.
"Esok saya akan komen pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya.
Debat antara dua seteru politik itu sepatutnya diadakan di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac lalu. Padang Rengas adalah kawasan diwakili Nazri sejak pilihan raya kesembilan pada 1995.
Bagaimanapun, acara yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar itu tidak menjadi kenyataan apabila polis enggan membenarkannya.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
Perkembangan itu memperlihatkan akhbar Sinar Harian - yang diterbitkan Kumpulan Media Karangkraf - menawarkan diri menjadi penganjur.

Dua tahun berlalu, air mata masih bertakung

Di Kampung Baru Ringlet, salah sebuah penempatan terawal di Cameron Highlands, sebuah motosikal melalui laluan sempit dan melepasi deretan-deretan rumah.
Penunggang motosikal berkenaan melihat runtuhan batu dan timbunan-timbunan kayu reput  antara deretan rumah yang menjadi pemandangan biasa di kawasan itu.
Ia sekali gus mengingatkannya kepada banjir lumpur yang melanda pekan Ringlet dan Lembah Bertam pada malam 5 November 2014.
Lebih dua tahun berlalu, bencana yang mengorbankan tiga nyawa itu masih jelas terukir dalam ingatan penduduk yang kini berjuang untuk membina semula kehidupan mereka.

K Selvathuraj, yang tinggal di Kampung Baru Ringlet dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, masih ingat bagaimana air lumpur melimpah masuk ke rumahnya tanpa sebarang amaran pada malam kejadian.
"Air merosakkan rumah dan dinding. Kami tak boleh keluar dari rumah kami sehingga air surut selepas satu jam," kata Selvathurai.
Sesetengah penduduk kehilangan harta benda, manakala yang lain kehilangan tempat tinggal mereka.
Selvathuraj (foto) berjaya membaiki semula rumahnya yang rosak, tetapi terpaksa menanggung kos membaik pulih yang tinggi.
"Kerajaan hanya berikan RM5,000 tetapi saya menghabiskan RM30,000 untuk membaiki rumah dan membeli segala-galanya," kata Selvathurai sambil menunjuk ke arah rumah yang dibeli dalam tahun 80-an.
Penduduk yang lebih malang tidak menerima sebarang pampasan.
Menurut Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suresh Kumar, pampasan hanya diberi kepada mereka yang mempunyai hak milik tanah kekal tetapi tidak bagi mereka yang mempunyai lesen menduduki sementara (TOL).
Selepas banjir 2014, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Cameron Highlands meminta penduduk yang tinggal di tepi sungai dipindahkan bagi projek pelebaran sungai yang masih belum bermula.
Di Lembah Bertam, tiga keluarga terbabit yang ditemui Malaysiakini berkata mereka kehilangan rumah semasa banjir 2014 dan masih bergelut untuk mencari tempat bertapak.
Pada awal tahun 2015, tiga keluarga ini mereka menerima berita gembira apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjanji akan memberikan mereka rumah baru di bawah Program Pembangunan Kawasan (PPK).

Menurut kementerian itu, PPK bertujuan menempatkan semula penduduk yang terlibat dengan "bencana alam, ancaman keselamatan, ancaman kesihatan dan tanpa kemudahan asas".
Keluarga berkenaan berpindah ke kawasan projek itu berdekatan lebuhraya Ringlet- Sungai Koyan. Namun mereka jelas berasa kecewa selepas mendapati tiada bekalan elektrik atau air di situ, malah terpaksa berulang-alik ke pekan Lembah Bertam sejauh 9 kilometer.

1 April bukan setakat "Aprilfool' tetapi ulang tahun cukai yang dipaksa

GST memang menjengkelkan rakyat kerana ia menjadi punca kepada kenaikan segala harga barangan, kata Izham.GST memang menjengkelkan rakyat kerana ia menjadi punca kepada kenaikan segala harga barangan, kata Izham.


1 April adalah 'Aprilfool' bagi sesetengah pihak namun bagi rakyat Malaysia ia adalah hari ulang tahun kedua pelaksanaan cukai paling ganas, GST. Bagi Amanah, pada 1 April semalam, seluruh rakyat menyambut ulangtahun ke-2 kutipan GST yang dipaksakan ke atas rakyat sejak 1hb April 2015 dengan penuh rasa pilu.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkaa, janji kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat hanya tinggal janji yang tidak tertunai.
"Bayaran hospital meningkat, peruntukan untuk IPTA dipotong, pinjaman PTPTN untuk pelajar dikurangkan, bilik darjah sesak, dan peluang pekerjaan turut menguncup.
"Rakyat terus sengsara. Apa yang rakyat dapat dari kutipan GST hanyalah beban kenaikan harga barang," kata beliau dalam satu kenyataan.
Bagi beliau, rakyat juga merasa tertipu walaupun kutipan GST telah dilaksanakan dengan mengorbankan keringat dan air mata rakyat, kedudukan kewangan kerajaan tidak bertambah baik.
"Hutang luar kerajaan sudah menghampiri nilai trilion ringgit dan sudah jauh melangkaui had yang dibenarkan oleh undang-undang negara iaitu 55% dari KDNK," katanya.

Tahaluf siyasi: Pemuda PAS ikut keputusan pimpinan

Pemuda Pas akan menyokong apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan pusat parti berhubung tahaluf siyasi Pas dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sayap itu juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PAS bersendirian dalam PRU14.
Muhammad Khalil Abdul Hadi Bukan perkara pelik untuk Pas bersendirian menghadapi pilihan raya umum, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Muktamar Tahunan ke-15 Pemuda Pas Kedah, di sini hari ini.
Pada masa sama, Muhammad Khalil berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik asalkan hubungan itu berteraskan dasar Islam Pas dan untuk kepentingan negara.
Pas dijangka membuat keputusan berhubung kerjasama politiknya dengan PKR pada muktamar peringkat pusat yang dijadualkan akhir bulan ini.
Ini susulan gesaaan beberapa Pas kawasan yang mahu pucuk pimpinan tertinggi parti memutuskan hubungan itu selepas PKR bertegas untuk meneruskan kerjasamanya dengan Parti Amanah Negara dan DAP.

Pentadbiran cemerlang PAKATAN bukti mampu ambil alih Putrajaya - Azmin

Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan pencapaian ekonomi membanggakan membuktikan PAKATAN berkemampuan mengambilalih pentadbiran negara di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
MB KONVENSYEN PKR WP (28)Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri yang ditunjangi penuh berintegriti dan tanggungjawab itu membabitkan kesepakatan semua parti di dalam PAKATAN dan diakui Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Malah, katanya, keupayaan dengan pentadbiran cemerlang dicapai termasuk di Pulau Pinang seharusnya dipergunakan bagi meraih kepercayaan rakyat untuk mendapatkan mandat bagi perubahan tampuk pemerintahan negara.
“Kita harus melihat politik ini bukan sekadar memburu kuasa tetapi membina sebuah kerajaan bagi menwujudkan urus tadbir yang baik dan berintegriti serta dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
“Contohnya ada di Selangor dan Pulau Pinang, jika kita berjaya mentadbir dua negeri termaju ini, maka rakyat yakin kita boleh pimpin Putrajaya dalam PRU akan datang,” katanya dalam Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Dato’ Menter Besar Selangor itu mewakili Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyempurnakan perasmian konvensyen berkenaan.

ZAHID HAMIDI TAK YAKIN TAPI HADI SUDAH DIBERI JANJI...MACAM MANA NI?

Setelah ditolak untuk dijadikan sebagai usul kerajaan, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau tidak yakin usul Akta 355 dapat dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

"Sidang Parlimen dijadualkan berakhir pada 6 April. Saya rasa ia tidak  akan dibentangkan.

"Namun, itu yang saya rasa. Keputusannya terletak pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat," kata Zahid lagi.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid itu agak berbeza dengan pendirian Hadi Awang yang melahirkan keyakinan usul Akta 355 itu tetap akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.
Kata Hadi, walaupun ia ditolak sebagai usul kerajaan, tetapi pihaknya telah mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan bagi ia dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

"Saya yang akan bawa sendiri di Parlimen dan kita sudah mendapat persetujuan untuk dibawa pada sidang kali ini....akan dibahaskan juga,  Insya Allah," kata Hadi.

Namun, tambah beliau lagi, dari segi masa ia akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat memutuskannya berdasarkan "standing order" Parlimen.

Macam mana ini?

Hadi nampaknya begitu optimis Akta 355 akan diberi laluan untuk dibentangkan, malah menurut katanya, beliau sudah pun diberi janji berkenaan perkara itu oleh pihak kerajaan, tetapi Zahid pula kelihatan agak pesimis dan tidak yakin.

Siapa di pihak kerajaan yang ditemui Hadi dan sudah berjanji kepadanya itu?

Bolehkah janji itu dipegang atau semata-mata janji politik saja?

Adakah yang berjanji itu orang yang sama sebelum ini yang pernah berkata akan menjadikan Akta 355 sebagai usul kerajaan tetapi kemudian memungkirinya?

Selepas Najib Razak berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu yang berdegar-degar menyatakan kerajaan akan mengambil alih usul Akta 355 itu, Zahid sendiri kemudian mengesahkannya sebagai langkah komited Perdana Menteri untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini.

PAKATAN bincang agihan kerusi hadapi PRU-14 - Saifuddin Nasution

Pakatan Harapan (PAKATAN) kini dalam proses perbincangan memuktamadkan pengagihan kerusi antara semua parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan diadakan berjalan lancar membabitkan semua parti, KEADILAN, DAP dan AMANAH termasuk BERSATU yang menyertai PAKATAN, baru-baru ini.

MB KONVENSYEN PKR WP (22)“Selepas BERSATU diterima, maka perbincangan sudah berjalan dan kita akan lihat bagaimana pembahagian ini diadakan kerana pasti terdapat kawasan yang bersih serta bertindih. Kita akan bincangkan perkara ini antara parti.
“Kita memang menyasarkan tiada pertindihan seperti 2013 yang memang tiada kawasan bertindih dan kita selesaikan semua, maka sedapat mungkin keputusan di peringkat pusat harus disepakati negeri supaya tidak timbul masalah,” katanya selepas Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, proses perbincangan itu berterusan dan memberi ruang secukupnya kepada semua parti bagi membuat keputusan dengan tiada tempoh masa ditetapkan supaya tidak ada tekanan dirasai semua pihak.
Katanya, bagi melancarkan perbincangan, PAKATAN turut menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi membincangkan perkara itu termasuk perkara lain seperti manifesto bersama, pendaftaran PAKATAN dan cadangan logo baru.
“Jawatankuasa ini seperti jawatankuasa manifesto bersama sudah bermesyuarat beberapa kali dan progresnya sangat baik.
“Berkenaan pendaftaran, PAKATAN dalam proses melengkapkan dokumentasi untuk permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan kita yakin akan kelulusannya,” katanya.

2 tahun GST: Masa depan suram, kata Anwar

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memang boleh membantu kerajaan dari segi pendapatan, tetapi pada dasarnya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, masa depan rakyat tetap suram.
Keadaan itu, kata beliau, akan terus berlaku jika rasuah, ketirisan, kelemahan tatakelola dan urus tadbir dalam kerajaan tidak diperbaiki.
Pembaziran daripada projek kerajaan juga, kata Anwar, tidak membantu mengubah nasib rakyat.
"Apa gunanya pendapatan kerajaan daripada GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat? Jika lebih 10 peratus anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan, apabila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?" katanya dalam kenyataan hari ini.
1 April diingati sebagai tarikh bermulanya GST diamalkan dua tahun lalu.
Sistem cukai itu diperkenalkan bagi menggantukan cukai jualan dan cukai perkhidmatan - masing-masing pada kadar 10 dan 6 peratus - yang diamalkan sebelum 1 April 2015.
Menurut kerajaan pendekatan mengamalkan GST diambil untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.
Melalui pelaksanaan GST, kerajaan menjangka memperoleh kira-kira RM23.1 bilion dan ia akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara.
Sebahagian pemimpin kerajaan pula menegaskan, pelaksanaan GST akan dapat menurunkan harga sesetengah barang.
Bagaimanapun pengkritik menganggap pelaksanaan GST menyumbang kepada peningkatan harga barangan dan menyukarkan ekonomi rakyat.
Anwar berkata, beliau sudah menyuarakan beberapa kali bahawa GST di Malaysia bersifar regresif (cenderung bersifat mengundur), memihak kepada golongan kaya dan mendera rakyat miskin.

Amanah Kedah sedia tanding 3 penjuru dengan Pas dan BN

Phahrolrazi Zawawi, Pas Kedah tidak berapa baik dengan Umno.Phahrolrazi Zawawi, Pas Kedah tidak berapa baik dengan Umno.

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah bersedia jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (Amanah, PKR, DAP dan Bersatu) dengan Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Timbalan Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Mohamad Zawawi berkata, beliau yakin ahli dan penyokong Pas akan beralih kepada Pakatan Harapan jika berlaku sedemikian kerana Pas dilihat lebih memberi kelebihan kepada Umno-BN.
"Dalam konteks sokongan daripada ahli dan penyokong Pas yang dahulu yang kami perhatikan bahawa mereka akan beralih menyokong Pakatan Harapan oleh kerana Pas sudah lebih memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
"Walaupun mereka masuk bertanding sebagai tiga penjuru. Itu perkembangan yang saya lihat," katanya ketika ditemui Malaysiadateline di Alor Setar hari ini.
Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya Amanah Kedah itu berkata, keputusan sama ada bertanding satu lawan satu atau tiga penjuru bergantung kepada keputusan parti masing-masing di peringkat nasional.
"Tapi melihat kepada situasi sekarang seolah-olah tak dapat nak elak pertandingan tiga penjuru kerana Bersatu sudah dalam gabungan pembangkang tapi Pas masih lagi tidak membuat keputusan untuk berada di posisi mana.
"Di Kedah ini, Pas negeri terpaksa patuh kepada Pas Pusat tetapi mereka tidak dapat mengawal sikap dan pendirian ahli dan penyokong," katanya sambil membayangkan hampir pasti pertandingan tiga penjuru akan berlaku di negeri itu.
Adun Pengkalan Kundur yang berhijrah daripada Pas itu juga menjelaskan, jika Pas terus-menerus bersikap mesra Umno, tidak mustahil sebahagian besar ahli Pas negeri itu meninggalkan parti.

Pas Johor tanding 40 kerusi Dun, 15 parlimen

Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya  Pas Johor berkata, Pas lebih selesa tanding 3 penjuru.Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya Pas Johor berkata, Pas lebih selesa tanding 3 penjuru.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata dalam keadaan bersendirian parti itu akan bertanding lebih 40 kerusi Dun dan 12 hingga ke 15 kerusi parlimen termasuk di Segamat, Kluang, Batu Pahat, Bakri dan Labis.
Pas negeri Johor juga, katanya, yakin akan dapat mempertahankan kesemua empat kerusi parti itu dan menambah beberapa kerusi Dun yang berpotensi menang dalam 15 kerusi dalam pilihan raya akan datang.
"Kalau kita menang kita boleh jadi 'king maker' kerana ketika itu Umno atau pembangkang yang lain akan memerlukan Pas kerana tanpa kita mereka tidak boleh memerintah," kata beliau dalam satu wawancara yang disiarkan Sinar Harian hari ini.
Mengenai hubungan dengan PKR beliau berkata apabila diputuskan nanti oleh Pas Pusat, pimpinan Pas Selangor sedia akan meletakkan jawatan.
"Tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa keputusan yang muktamad, jadi mereka yang jadi Exco dan lain-lain menunggu sehingga ada keputusan," katanya.
Mengenai parti Bersatu pula, Pas katanya secara prinsipnya akan teruskan perbincangan walaupun ada berita-berita terbaru bahawa terutamanya Pengerusi Bersatu (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan menyertai Pakatan Harapan.
"Jika dia memang dah muktamad bersama dengan Pakatan Harapan, malahan ada mengatakan dia nak jadi ketua dalam Pakatan Harapan, maka Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu," katanya.
Beliau melihat mungkin ada hikmahnya di sebalik sendirian itu, di mana pati itu tahu kekuatan sendiri dan boleh teruskan dasar-dasar yang diperjuangkan.
"Apabila kita bekerjasama kita kena tolak ansur, tidak boleh bawa Islam semua sekali. Jadi ada pro dan kontra, walaupun dari segi kemenangan belum tentu.

Wawancara Khas Bersama Aktivis Politik Mengenai 'Parti Bebas Rasuah'

Jangan ghairah mahu jadi calon, pesan PKR Wilayah

Idris Ahmad galakkan ahlinya turun padang bertemu rakyat tetapi biarlah pucuk pimpinan parti yang tentukan calon untuk bertanding.
idris-ahmad-pkrKUALA LUMPUR: PKR hari ini membidas segelintir pemimpin muda parti itu yang terlalu ghairah untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang sehingga membelakangi keputusan pucuk pimpinan.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan Datuk Idris Ahmad membuat teguran itu apabila ada pemimpin parti itu yang mendakwa dirinya sebagai calon setiap kali turun ke kawasan bertemu penduduk.
Katanya, amalan tersebut tidak sepatutnya diamalkan dalam PKR memandangkan segala keputusan meletakkan calon akan diputuskan pucuk pimpinan parti dan presiden.
“Saya sarankan orang baru yang sertai parti ini supaya lebih beretika, kalau nak masuk kawasan orang lain beri ‘salam’ terlebih dahulu.
“Ini tidak, masuk sesuatu kawasan dah mengakui sebagai calon.
“Kalau tak dapat jadi calon nanti bergaduh pula,” katanya yang mengakui ada individu yang masuk ke kawasannya yang mengaku sebagai calon.
“Dia mahu jadi calon kawasan saya, padahal saya belum mati lagi,” tambahnya selain mengakui perkara yang sama juga berlaku di Wangsa Maju.
Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menggalakkan mana-mana ahli parti untuk turun padang bertemu rakyat tetapi tidak menekankan soal siapa yang akan jadi calon.
Beliau juga menegur segelintir ahli parti yang membelakangi agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang termaktub dalam perjuangan parti selama ini.
Kenyataan Idris disokong Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan berkata, agenda perjuangan rakyat tidak akan berjaya sekiranya Anwar terus meringkuk di dalam penjara.
Sehubungan itu beliau menggesa ahli parti supaya bekerja keras untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang sekaligus dapat membebaskan Anwar daripada penjara.
“Kita mesti dapatkan kuasa politik dulu kerana Anwar tidak boleh bebas tanpanya.
“Saya tidak mahu Anwar terus reput dalam penjara kerana setiap saat beliau di sana, melambangkan kegagalan kita walaupun kita ada pangkat, kedudukan dan dikagumi rakyat,” katanya pada majlis Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.

Skandal 1MDB: Semua pengarah perlu bertanggungjawab

Semua pengarah 1MDB sejak 2013 harus bertanggungjawab terhadap skandal berbilion wang syarikat itu dan bukan hanya bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi sahaja perlu berbuat demikian.
Profesor politik ekonomi, Edmund Terence Gomez, berkata demikian dalam satu forum mengenai 1MDB di Petaling Jaya hari ini.
"Apabila skandal (1MDB) akhirnya terbongkar, tak banyak berita mengenainya dan hari ini mereka semua telah dilepaskan.
"Mereka harus bertanggungjawab untuk apa yang telah berlaku kerana mereka yang menjadi pengarah," kata Gomez.
Katanya, beberapa orang pengarah berkenaan mungkin akan mendakwa mereka tidak tahu apa-apa mengenai skandal tersebut kerana Shahrol adalah orang yang berpaling daripada keputusan lembaga dalam kedua-dua entiti.
"Tetapi anda masih pengarah. Bakke meletak jawatan. Azlan Zainol meletak jawatan," katanya merujuk kepada bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan ahli lembaga pengarah, Tan Sri Azlan Mohd Zainol.
Kedua-dua mereka meletak jawatan sebagai protes selepas AS$ 700 juta (RM2.6 bilion) bagi usahasama 1MDB-PetroSaudi International dilencongkan ke syarikat lain tanpa kelulusan lembaga pengarah.

1 APRIL - HARI LAHIRNYA GST

Hari ini, 1 April merupakan hari ulangtahun kelahiran GST. Sejak diperkenalkan pada 1 April 2015, usianya kini sudah pun menjangkau dua tahun tanpa kita sedari sudah berapa ia mencekik kehidupan kita.

Jika seorang bayi, ia tentunya sudah menjadi budak sekarang ini. Tentunya juga sudah boleh berjalan dan berlari-lari.

Tetapi, apa kesannya GST kepada kita semua sepanjang dua tahun ini?
Tanpa ragu-ragu, GST adalah beban yang menyusahkan kehidupan semua. Ada pegawai tinggi kerajaan pernah berkata, GST hanya untuk orang kaya dan tidak sesekali melibatkan orang miskin.

Seorang timbalan menteri yang tidak perlu disebutkan namanya pula berkata, harga barang akan turun kerana GST. 

Perghhhh...terkedu kita semua dibuatnya!!

Setelah dua tahun, kini kita semakin sedar semua itu adalah penipuan paling dahsyat daripada pemimpin kepada rakyat di sebuah negara yang merdeka.

Tidak pernah di mana-mana dunia, waima di Zimbabwe atau hujung Afrika sekali pun, penipuan dan pembohongan seperti itu sampai hati dilakukan oleh pemimpin kepada rakyatnya.

Setelah dua tahun dicekik GST, cuba kita fikir, di sebalik harga barang tidak pernah turun dan orang miskin terus menjadi mangsa, sudah berapa banyak wang kita disedut kerananya?

Sanggupkah kita terus dicekik lagi?

Zahid yakin undian RUU355 bukan dalam sidang kali ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin undian terhadap rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tidak akan dilakukan semasa sidang Parlimen kali ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tertakluk atas budi bicara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"RUU 355 ini akan dibentangkan oleh ahli parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai private member’s bill dan kita akan serahkan kepada peaker Dewan Rakyat untuk mengizinkan pembentangan itu dilakukan setelah semua urusan kerajaan diselesaikan.
"Ertinya, hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah pada 6 haribulan, maka setelah semua urusan kerajaan diselesaikan baru private member’s bill (dibentangkan).
Katanya, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada budibicara speaker, sama ada huraian pindaan itu akan diberikan secukupnya dan sama ada perbahasan akan dibuat atau sebaliknya.
"Tetapi saya yakin pengundian tidak akan dilakukan. Bagaimanapun terserah kepada Speaker untuk menentukan tatacara dalam persidangan dewan itu diikuti mengikut budibicara speaker Dewan Rakyat," katanya.
Ditanya berulangkali sama ada anggota parlimen Umno akan dibenarkan mengundi RUU mengikut hati nurani mereka sendiri, Zahid mengelak untuk memberikan jawapan.
"Saya jawab tadi, saya tidak fikir Speaker akan membuka untuk pengudian dijalankan. Saya fikir tidak ada," katanya pada sidang akhbar di Subang hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu mengelak ketika ditanya sama ada anggota parlimen BN akan mengundi untuk menyokong rang undang-undang ahli persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mungkin ada atau tidak ada undian. Bergantung kepada peraturan Speaker," kata Najib.
Zahid sebelum ini berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang dicadangkan Hadi dan mendakwa Najib komited dalam membuat pindaan tersebut.
Rang Undang-undang itu akan meningkatkan hukuman maksimum yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah dari penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.

RUU 355: Antara pejuang dan petualang - Nasrudin

Pas sekali lagi menegaskan cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 adalah sebagai usaha umat Islam untuk mempraktikkan ajaran Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ia menjadi kewajipan kepada umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik untuk memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam sehingga ia dapat dipraktikkan di tanah air kita.
Nasrudin Hassan “Ahli parlimen Muslim pula mempunyai tanggungjawab langsung bagi memastikan perintah ALLAH SWT itu dapat dilaksanakan melalui pindaan Akta 355 yang akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen kelak.
“Mereka yang insaf dan sedar tanggungjawabnya sebagai Muslim pula diberi mandat sebagai penggubal dasar maka mereka mesti berjuang dengan pelbagai keupayaan yang dimiliki untuk mencari 1001 jalan bagi melepasi segala halangan, kekangan dan cabaran yang dihadapkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mereka yang mengaku Muslim tetapi mencipta 1001 alasan untuk menyulitkan usaha perlaksanaan syariat Islam ini, malah merancang secara halus untuk menggagalkannya adalah sang petualang.
“Lebih malang, petualang ini merelakan diri untuk bersekongkol dengan musuh Islam dan suka menjadi ‘terompah kayu’ kepada golongan anti Islam untuk merencana pelbagai alasan dan hujah bagi menolak serta menggagalkan usaha mengangkat dan menobatkan syariat Islam dalam sistem perundangan negara.
“Kata nista, cercaan dan penghinaan kepada mereka yang berusaha dan berjuang untuk menegakkan Syariat Islam adalah suatu sunnah.
“Tiada apa yang perlu diresahkan oleh para pejuangnya. Hanya bersabar, berusaha dan bertawakkal kepada ALLAH SWT,” ujarnya.
Jelasnya, petualang ini dilihat tidak sedap duduk selagi tidak berjaya menggagalkan perlaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355.
“Raut wajah mereka jelas kelihatan gusar dan gelisah. Mereka kalut mencipta pelbagai tohmahan.
“Mereka berlumba-lumba untuk menonjol diri dalam memberi alasan kenapa perlaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355 ini wajar ditolak, supaya mereka mendapat tempat di mata golongan anti Islam,” katanya.

Dua tahun GST bebankan rakyat, mana janji Ahmad Maslan?

Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan digesa tampil menjelaskan kenyataan beraninya dua tahu lalu bahawa kononnya harga barangan akan turun dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pakatan Harapan membuat desakan itu kerana kenyataan berkenaan dilihat bercanggah dengan realiti hari ini di mana pelbagai harga barangan meningkat ekoran pelaksanaan GST.
Malah, menurut Pakatan Harapan, selain pelaksanaan cukai regresif itu, kehidupan rakyat juga tambah terbeban dengan pendapatan per-kapita yang tidak meningkat seiring peningkatan kos sara hidup.
“Kini timbul persoalan apakah Ahmad Maslan telah memperdaya rakyat di negara ini?
“Justeru itu, kami mencabar pemimpin UMNO itu untuk tampil mempertahankan kenyataannya. Beliau juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengapakah pelaksanaan GST gagal menurunkan harga barang seperti yang pernah dinyatakannya,” kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Ahli Parlimen Kampar (PKR), Manivanan Gowin, Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus, dan Penolong Setiausaha DAP Selangor, Dr. Ong Kian Ming.  
Selain Ahmad Maslan, menurut Pakatan Harapan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan GST dengan menegaskan bahawa cukai membebankan itu kononnya menjadikan Malaysia “lebih sihat” dari segi kewangan.
Namun, kata Pakatan Harapan, hutang kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Najib meningkat mencecah RM614 bilion setakat Februari 2016.
“Malah di bawah pentadbiran Najib juga, nilai mata wang ringgit turut dilaporkan turun ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun lalu.
“Oleh itu, apakah pelaksanaan GST tidak mampu memulihkan keadaan ekonomi negara atau apakah Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sendiri tidak mempunyai kewibawaan untuk mengurus ekonomi negara dengan baik?” soal mereka.
Walaupun kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengutip cukai GST sebanyak RM27.012 bilion pada 2015 dan RM38.5 bilion (2016), Pakatan Harapan berkata, terdapat pemotongan besar-besaran terhadap dana pendidikan dan subsidi yang dinikmati rakyat.

Dua tahun pasca GST, mana janji harga barangan turun?

Pakatan Harapan (PAKATAN) mendesak bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan kenyataan beraninya dua tahu lalu bahawa kononnya harga barangan akan turun dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Desakan itu dibuat kerana kenyataan berkenaan dilihat bercanggah dengan realiti hari ini di mana pelbagai harga barangan meningkat ekoran pelaksanaan GST.
PAKATANMalah, menurut PAKATAN, selain pelaksanaan cukai regresif itu, kehidupan rakyat juga tambah terbeban dengan pendapatan per-kapita yang tidak meningkat seiring peningkatan kos sara hidup.

“Kami mencabar pemimpin UMNO itu untuk tampil mempertahankan kenyataannya. Beliau juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengapakah pelaksanaan GST gagal menurunkan harga barang seperti yang pernah dinyatakannya,” kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Ahli Parlimen Kampar (KEADILAN), Manivanan Gowin, Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus, dan Penolong Setiausaha DAP Selangor, Dr. Ong Kian Ming.
Selain Ahmad Maslan, menurut PAKATAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan GST dengan menegaskan bahawa cukai membebankan itu menjadikan Malaysia “lebih sihat” dari segi kewangan.
Namun, kata PAKATAN, hutang kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Najib meningkat mencecah RM614 bilion setakat Februari 2016.
“Malah di bawah pentadbiran Najib juga, nilai mata wang ringgit turut dilaporkan turun ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun lalu.

Anak tiri PM boleh beli rumah £23.25 juta, rakyat disuruh sewa sampai mati

OLEH: TAN KAR HENG
Saya mengambil maklum hujah Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menyeru rakyat negara menukar cara pemikiran berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.
Namun, saya ingin mengingatkan Menteri tersebut bahawa punca fenomena hutang isi rumah yang semakin meningkat adalah kegagalan perlaksanaan dasar kerajaan BN yang menjaminkan keselesaan rakyat jelata,

Jika menteri mempertikaikan cara pemikiran rakyat sendiri yang menyumbangkan hutang isirumah bertambah, kenapa tidak pernah menteri tersebut mempertikaikan perbuatan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membeli rumah mewah yang berharga £23.25 juta (USD$33.6 juta) di London pada tahun 2012, dengan menggunakan wang daripada dana pelaburan kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)?
Alangkah kelakarnya negara ini, apabila rakyat disuruh sewa rumah sampai mati, sedangkan anak tiri Najib mampu membeli rumah mewah di luar negara. Sekiranya dana 1MDB itu tidak disalahgunakan, sudah pasti wang sebanyak itu mampu membangunkan puluhan ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat di seluruh negara.
Dahulu, menteri meminta rakyat untuk mengubah gaya hidup sewaktu subsidi barang keperluan asas ditarik balik. Sekarang, menteri meminta rakyat menukar budaya dari membeli rumah kepada sekadar sewa rumah. Kenyataan Menteri ini menunjukkan kerajaan hari ini tidak bertanggungjawab dan mahu lepas tangan dari membantu rakyat.
rumah-pprSaban tahun, kira-kira 70 peratus penduduk tertumpu di bandar-bandar utama yang merupakan pusat tumpuan aktiviti ekonomi. Bilangan penduduk pula bertambah setiap tahun disebabkan migrasi untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan peluang pekerjaan tiada di halaman kampung masing-masing.
Situasi ini, menyebabkan ramai anak muda memilih untuk memiliki rumah sendiri pada usia yang muda terutamanya bagi mereka yang migrasi ke bandar daripada halaman kampung.
Pinjaman bank untuk perumahan diberikan sehingga 35 tahun. Hal ini dilakukan untuk memastikan apabila tempoh bayaran balik tamat, peminjam yang pencen atau bersara berjaya memiliki rumah sendiri tanpa perlu menumpang rumah dengan ahli keluarga lain.
Memikirkan tempoh bayaran yang agak lama, pilihan terbaik untuk membeli rumah adalah pada umur yang muda. Jika membeli rumah pada usia yang lewat, maka jumlah ansuran bayar balik pinjaman bulanan dan harga rumah akan semakin meningkat kerana purata harga hartanah meningkat dari semasa ke semasa.

ADA HATI TIDAK MAHU FAHAM, ADA TELINGA TIDAK MAHU DENGAR, ADA MATA TIDAK MAHU LIHAT


Kita tidak mahulah berkata- kan saya dah beritahu? Masaalah nya, ramai sangat pemimpin PAS melupakan karakter Najib yang sebenar. Mungkin kerana ramai pemimpin mereka di gula2kan oleh pegawai2 Najib.

Mungkin ada kebenaran bahawa pemimpin PAS menerima RM90 juta atau lebih. Wang dalam tangan tidak tahu ianya berada dalam tangan tok lebai, ustaz, ketua geng 04, ayahanda bonda dan sebagainya.
Ada yang melawat keluar negara- berlibur di Afrika Selatan dan Eropah. Sekelip mata ada wang yang banyak dan boleh beli kereta yang harga hampir RM600 ribu dengan tunai. Ada yang menikmati keseronokan hidup sekular diluar negara. Mereka lupa kepada kerendahan diri dan kabur untuk melihat karakter Najib yang sebenar.
Bukan nya karakter yang dicipta secara artifisial oleh pegawai2 hubungan awam nya- sama ada mantan pegawai TV3 atau PR consultants dari Eropoh atau USA. Pemimpin PAS sepatutnya mengkaji karakter Najib dari sejarah nya.
Sekarang bila Najib terang2 menyatakan tidak membentang dan tidak menyokong usul RUU355, beranikan sesiapa dalam PAS mengatakan Najib terkeluar agama, tergelincir aqidah, dan bila mati kelak, dikebumikan di jirat Cina? Istiharkah lah, semua hendak dengar.
Malah, sebagai reaksi menyelamatkan air muka, ustaz Nik Abduh kata dia faham kedudukan PM.
Saya sudah beritahu- yang memberi title tuan guru, tok guru, murrabbi adalah mereka sendiri dan sesama mereka. Gelaran dan title berjela dan hebat, tapi akal tidak sama panjang dan bijak.
Sejak 2009 menjadi PM, karakter Najib yang sebenar terserlah. Dari teriakan bahawa zaman kerajaan besar sudah berlalu, Najib menunjukkan bahawa dia semakin draconian dan diktator. Undang2 yang menzalimi rakyat biasa seperti POCA, POTA, SOSMA dan mutakhir sekali National Security Council Act di ujudkan oleh Najib untuk menekan rakyat.Tidak seorang pun pemimpin PAS bercakap mengenai penangkapan dan pemenjaraan Siti Noor Aishah dibawah akta2 ini.
Dalam tahun 2012, Najib menyenaraikan FGV yang bermaksud merampas asset dari FELDA dan peneroka. Nasib peneroka terumbang ambing kerana asset tangible mereka seperti tanah dan kilang, jentera ditukar kepada saham yang intangible. Nasib peneroka diperjudikan dalam pasaran saham.
Ianya menunjukkan Najib cuai menjaga nasib peneroka. Skendel 1MDB menunjukkan bahawa Najib seorang yang menggunakan kuasa untuk mencuri wang, menipu dan berbohong dan tidak amanah, tidak jujur. Duit RM4 billon dari KWAP lesap. Projek2 di jalankan dengan harga yang di inflasikan berlipat ganda.
Kesemua ini membayangkan karakter Najib yan tamak haloba dan yang paling releven kepada PAS ialah Najib seorang yang tidak boleh dipercayai. Adakah pemimpin PAS jantan untuk mengatakan Najib seorang munafik?
Ini suatu perkara yang berat- sebab jika Najib seorang munafik, maka PAS yang menyokong nya juga orang2 munafik.

Setiap anggota Pakatan Harapan ada kelebihan, kata Amanah

Amanah berkata, sementara PPBM membawa sokongan Umno kepada Pakatan Harapan, Amanah pula cuba menarik orang-orang yang sebelum ini merupakan penyokong kuat PAS.
Khalid-Samad_pakatan_600
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) berpendirian setiap empat anggota Pakatan Harapan mempunyai peranan dan kelebihan tersendiri bagi mencapai sasaran pihaknya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk sokongan pengundi Melayu.
Menjawab pandangan seorang pemimpin DAP baru-baru ini mengenai kebimbangan Pakatan Harapan dengan undi masyarakat Melayu kawasan luar bandar, pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, sasaran pihaknya masyarakat Melayu yang cenderung isu-isu agama.
Bercakap kepada FMT, Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, pada dasarnya beliau bersetuju dengan Timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P Ramasamy, sambil menambah PPBM memainkan peranan penting dalam rancangan Pakatan Harapan untuk memenangi hati pengundi yang digunakan untuk menyokong Umno selama ini.
“Pada dasarnya terdapat hakisan sokongan untuk Umno dalam kalangan orang Melayu luar bandar disebabkan PPBM (Pribumi Bersatu Malaysia) adalah dari Umno dan, tambahan pula, diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
“Jadi PPBM jelas banyak membantu kepada gabungan itu dan kami tidak mengadu.”
Pakatan Harapan menerima PPBM sebagai anggota yang keempat bulan lalu.
Ramasamy baru-baru ini memberitahu PPBM boleh memenangi undi luar bandar di mana PKR dan Amanah mungkin tidak dapat menguasai dengan menyeluruh.
Menurut Ramasamy, Dr Mahathir, Pengerusi PPBM, akan menjadi “sangat membantu” dalam usaha mendapatkan undi Melayu, khususnya di kawasan penempatan Felda.
“Saya masih percaya (Dr) Mahathir menyumbang kepada huru-hara (nasional) yang kita hadapi sekarang, tetapi dalam keadaan sekarang, bagaimana anda mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan Umno?
“Saya rasa DAP membuat pilihan tepat dengan bekerjasama dengan (Dr) Mahathir.
“Ya, dasar beliau tidak boleh diterima dan beliau menyebabkan orang seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ditangkap, tetapi di tempat seperti Felda contohnya, PKR dan Amanah mungkin lemah,” kata beliau pada forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) kelmarin.
Seperti kata Ramasamy, Khalid merujuk penempatan Felda sebagai contoh di mana PPBM telah dapat memenangi hati penyokong setia Umno selama ini.

Mahkamah Sivil juga ikut syariah?

Mahkah Sivil juga melaksanakan Syariah.Mahkah Sivil juga melaksanakan Syariah.
Disamping hudud dan Qisas, takzir juga dianggap sebagai syariah dari sudut fiqh perundangan Islam. Tidak sepertimana Hudud dan Qisas, Takzir tidak ditetapkan menerusi teks wahyu, tetapi tertakluk kepada pendekatan pemerintah.

Takzir berasaskan kepada prinsip maslahah. Ini kerana, dalam fiqh disebut, ''urusan pemerintah terhadap rakyat tertakluk kepada kemaslahatan''. Disamping kemaslahatan, takzir juga perlu menepati prinsip keadilan. Ini kerana, tujuan utama bagi penurunan syariah adalah mencapai keadilan kepada manusia.

Hudud dan qisas adalah soal syarat-syarat pembuktian yang ketat, malahan kadangkala susah hendak dicapai. Apabila syarat-syarat tidak dapat disempurnakan, hudud tidak dilaksanakan.Namun begitu, tidak bermakna pesalah bebas, sebaliknya tetap dikenakan hukuman atas nama takzir.

Ekoran itu, hukum potong tangan pasti tidak dapat dilaksanakan ketika syarat-syaratnya tidak dapat disempurnakan, seperti barang kecurian tidak sampai kadar satu perempat dinar, barang kecurian tida terjaga rapi dan sebagainya. Walaupun pencuri terlepas dari hukuman potong tangan yang merupakan hudud, pencuri tersebut tetap dikenakan hukuman atas nama takzir. Begitujuga hukuman sebatan seratus sebatan bagi kesalahan zina, yang apabila syarat-syarat pembuktian zina gagal disempurnakan, seperti saksi tidak capai empat orang saksi adil yang melihat dengan mata mereka kejadian zina seperti melihat masuk kayu celak ke dalam botol celak. Walaupun hukuman sebatan 100 kali tidak boleh dilaksanakan atas nama hudud, penzina tetap dikenakan hukuman atas nama takzir, iaitu hukuman yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Di mahkamah sivil, banyak hukuman boleh dianggap bersifat syariah dari kacamata takzir. Malahan, salah seorang ulama al-Azhar bernama Dr Abd Rab al-Nabi dalam tesis Phd beliau bertajuk ''Nazariah al-Muwazanat Bain al-Manafi' wa al-Madhar Fi Ithor al-Qanun al-Am'' menyatakan pengamalan mahkamah sivil di Perancis, banyak menepati dengan hukuman syariah menerusi ijihad dalam Mazhab Maliki. (lihat muka surat 105)

Tanpa boleh dinafikan, ada beberapa kesalahan di mahkamah syariah tidak ikut syariah. Contohnya, mengajar tanpa tauliah. Ini kerana, hadis ada menyatakan bahawa Nabi saw suruh menyampaikan ilmu dari nabi, walaupun hanya satu ayat. Mengkritik fatwa bukan satu kesalahan syariah, tetapi dianggap sebagai kesalahan di mahkamah syariah.

Jelas bahawa ada beberapa kesalahan dan hukuman di mahkamah sivil sudah menepati syariah, dan ada beberapa kesalahan di mahkamah syariah tidak ikut syariah.

Soal capaian keadilan, tanpa dinafikan bahawa mahkamah syariah sendiri banyak melaksanakan hukuman secara tidak adil. Ekoran itu, dalam kes melibatkan Ustaz Rasul Dahri, beliau dipenjarakan selama setahun semata-mata mengajar ilmu agama dengan alasan tanpa tauliah; YB Khalid Samad dikenakan denda RM 2900 semata-mata berceramah memberikan kesedaran terhadap penafian kemanusiaan pada rakyat Ghaza dengan alasan tiada tauliah.

Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam

Penulis berbincang dengan Zin Mahmud (kanan), bekas Pengarang Kumpulan Harakah dan juga bekas pengarang Utusan Malaysia. Zin turut meninggalkan Pas dan menyertai Amanah.Penulis berbincang dengan Zin Mahmud (kanan), bekas Pengarang Kumpulan Harakah dan juga bekas pengarang Utusan Malaysia. Zin turut meninggalkan Pas dan menyertai Amanah.
oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Selama lebih dua tahun uzur teruk, bermula hujung 2014 hingga awal tahun ini. saya seperti terlepas keretapi, khususnya apabila gagal mengikuti perkembangan politik yang menarik dan mendebarkan ketika itu. Sebahagiannya telah membentuk sejaran baru siasah negara.
Mata yang kabur dan penglihatan yang kelam cukup menganggu konsentrasi pembacaan. Meninggalkan tabiat menatap lembaran akhbar dan helaian buku tentulah menyeksakan. Namun, kepala yang selalu pening, tubuh lesu dan rasa mual ekoran proses hemodialisis tiga kali seminggu mendorong rasa malas untuk memikirkan perkara-perkara selain kesihatan dan keluarga.
Ya, isu bakal datang, berlalu pergi dan mungkin dilupakan. Bumi tidak terbelah dan langit tidak runtuh walaupun kita hanya tersandar sendirian. Dunia tetap berputar seperti biasa. Justeru, mengapa harus risau atau bimbang. Mula-mula memang rasa kekok dan kekurangan sesuatu apabila tidak membaca akhbar, melayari internet ataupun menonton berita televisyen. Kian lama, sudah terbiasa, tiada yang janggalnya.
Garis takdir 
Cuma, sesekali tersentuh di kotak fikir, apakah selamanya aku harus begini? Tinggal membeku dan sekadar memerhatikan? Menunggu hari mati. Titik. Tabahkan hati jalani rutin rawatan dan berehat panjang sebagai pesara awal. Belajar untuk ikhlas, sabar dan reda. Ini garis takdir yang harus diikuti. Saya berperang dengan diri sendiri.
Bukannya bertapa dalam gua atau beruzlah di pergunungan. Sesekali kemaskini juga akaun Facebook yang mengumpan pelbagai reaksi. Sukar mengasingkan diri daripada rentak dan debar kehidupan. Sementara situasi politik terus bergolak dan berkrisis. Iklim dan hawanya berubah. Panas membahang, rimas menyerkup. Saya mesti segera keluar dari persembunyian.
Secara khusus, tragedi terbesar apabila ramai rakan dan kenalan terkeluar daripada Pas. Saya tidak dapat bertemu mereka untuk bercerita lanjut. Pastinya, itu adalah keputusan paling sulit terpaksa dijalani dalam takah-takah kehidupan.
Tidak perlu dirakamkan lagi perasaan dan emosi ketika itu. Sejarah sudah terukir. Yang tinggal hanya kenangan dan iktibar. Tiada kepahitan. Perjuangan adalah kemanisan. Segalanya memori indah penuh bermakna. Satu lagi parti Islam terpaksa ditubuhkan.
Parti Islam ditolak
Mulanya mereka -- atas nama Gabungan Harapan Baru (GHB) -- membuat permohonan parti baru kepada Pendaftar Pertubuhan, atas nama Parti Progresif Islam. Tetapi, secepat kilat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi isytihar di Marang, Terengganu, permohonan itu ditolak. Alasan lusuh, Islam bukan milik mana-mana pertubuhan apatah lagi parti.
Alternatif terpaksa dicari, dengan mengambil alih parti yang sudah tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, seterusnya dilancarkan pada 16 September 2015, atas nama Parti Amanah Negara. Walaupun dihalang memakai jenama agama, Amanah tetap memilih Islam sebagai dasar dan teras perjuangan.
Saya pun hanya tertarik dengan Amanah jika ia mempunyai jati diri sebagai parti Islam, bukan semata-mata sebuah parti pembangkang. Agak sukar mendapatkan teks perlembagaan Amanah, sehinggalah beberapa teman rapat menunjukkannya. Tentulah memakan sedikit masa kerana perlembagaan lama Parti Pekerja perlu dipinda dan diluluskan ROS.
Selain memartabatkan dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan, fasal 3 perlembagaan memaktubkan, tujuan parti Amanah adalah mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil 'Aalameen). Di samping melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kecekapan dan ketelusan.
Terubat kedukaan
Bendera Amanah kini dikibarkan di mana-mana.Bendera Amanah kini dikibarkan di mana-mana.Saya bersyukur dan rasa lega membacanya. Terubat sedikt kedukaan kerana terpaksa meninggalkan Pas, parti Islam yang sudah sebati dengan jiwaraga. Dalam masa sama, walaupun agak terbatas pergerakan dan tidak berupaya untuk menghadiri program parti baru ini, saya berusaha mendapatkan pandangan teman-teman yang lebih arif.
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata. Amanah berpegang kepada fiqh politik yang menekankan aulawiyat, muazanat dan at-ta'ayush dan bukannya fiqh permusuhan seperti amalan kepimpinan Pas masa kini. "Tujuannya menegakkan sebuah negara yang menjadi rahmat berdasarkan maqasid syariah dan dengan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif, sederhana, dan demokratik," tambahnya, menjawab mesej persoalan saya.
Pensyarah kanan UTM yang mengikuti dari dekat perkembangan Pas dan penubuhan Amanah itu merumuskan: "Kepimpinan Pas terdahulu (Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat) lebih menonjolkan kefaqihan dan kebijaksanaan fiqh politik. Kedua-duanya lebih memahami bahawa fiqh Islam adalah bersifat fleksibel serta mampu berkembang pada perkara furu' dan hukum juz'i."
Dalam kunjungan ke rumah saya, mengulas pandangan yang menyarankan seeloknya Amanah tidak ditubuhkan, cukup dengan sertai parti sedia ada, seperti KeADILan, seorang pemimpin kanan Amanah. yang juga ahli Parlimen berkata: "Mereka ini, termasuk kawan-kawan kita sendiri dalam Pakatan Harapan, tidak faham mengapa Amanah perlu wujud. Kita berjuang atas idealisme dan prinsip yang sama, ditautkan oleh persaudaraan Islam, barulah ada keserasian dan keselesaan."
Mengapa sertai Amanah
Saya bertanyakan juga pendapat sahabat baik, Zin Mahmud, bekas pengarang kanan Utusan, teman berkongsi idea. Biarpun lama bertugas di Utusan Melayu, Zin adalah ahli Pas sejak muda (malah berpengalaman mengasaskan penubuhan Pas cawangan di Keramat dalam kawasan Parlimen Titiwangsa) dan pernah mengetuai Harakah pada awal 1990-an. Soalan saya mudah, kenapa anda sertai Amanah dan keluar Pas?
"Pengasas Amanah adalah penggerak penting Pas sejak 1982 hingga Pas capai kejayaan dan diterima banyak rakyat Malaysia termasuk bukan Islam. Apabila mereka dipinggirkan dan tubuh Amanah, maka saya bersama mereka. Mereka berjuang untuk Islam, sebab itu mereka sebelum ini menyertai Pas. Tetapi majoriti perwakilan menolak mereka, maka mereka terpaksa meneruskan perjuangan Islam melalui Amanah.
"Amanah seperti Pas sebelum 2015 memperjuangkan Islam yang luas, untuk semua. Pas kini berubah jadi seperti Umno, berjuang untuk orang Melayu-Islam. Keistimewaan Amanah, programnya lebih menepati keadaan negara dan dunia hari ini, progresif dan inklusif.
"Masa depan Amanah cerah dan mampu menjadi parti utama negara. Kalaupun buat masa ini, ia belum berjaya, tetapi saya tetap bersamanya kerana fahaman politiknya adalah benar. Kita menyokong sesebuah parti itu adalah kerana fahaman politiknya, programnya dan pemimpinnya," jawab Zin panjang lebar, semasa menziarahi saya di rumah. Walaupun kami sama-sama uzur, dan bertaraf pesara awal, Zin agak kerap bertandang ke kediaman saya. Beliau juga nampak ghairah untuk mengetahui situasi terkini Amanah.
Prinsip dan pemikiran terbuka
Saya juga meneliti siri wawancara dengan pimpinan Amanah, antaranya Penasihat Umum, Ustaz Ahmad Awang. Dalam akhbar mingguan Amanah, beliau berkata, "Kebanyakan parti Islam ditubuhkan kerana masalah politik. Tapi Amanah lahir oleh bekas pemimpin Pas yang membawa prinsip dan pemikiran keterbukaan dari sudut perspektif Islam, menjadikan Islam ini diterima. Islam bukan diturunkan untuk individu dan kaum tertentu tapi untuk seluruh manusia."

Pusat beli-belah semakin banyak, pelanggan semakin kurang



Pusat beli-belah semakin banyak, pelanggan semakin kurang
Banyak pusat beli-belah terpaksa bergelut untuk terus bertahan disebabkan tindakan berhati-hati pembeli yang kini berhadapan kenaikan kos sara hidup. 


JULIAN Oh, 40, dulunya pelanggan tetap pusat beli-belah. Boleh dikatakan perunding pemasaran itu akan mengunjungi Subang Parade – pusat beli-belah di pinggir bandar – setiap minggu untuk membeli barangan dapur tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau mengurangkan kunjungannya kepada dua minggu sekali.
Bagi Oh, alasan pengurangannya sangat ringkas. "Saya terpaksa mengurangkan perbelanjaan kerana harga minyak, bayaran pembiayaan rumah dan barangan dapur mendadak naik.
Leann Jamaluddin, 25, juga memikirkan semula rutin kebiasannya mengunjungi pusat beli-belah. Penulis bebas itu yang sebelum ini banyak menghabiskan masa di pusat beli-belah kini hanya ke 1Utama, Petaling Jaya jika terdapat jualan murah atau hanya berjalan sambil melihat barangan terlebih dahulu sebelum membeli.
"Saya selalu pergi ke pusat beli-belah jika ada jualan murah atau perlu membeli kasut baru atau pakaian dalam.
"Selain daripada itu, saya hanya pergi untuk menonton wayang. Itu pun saya perlu tunggu sehingga Khamis atau jika ada promosi beli satu percuma satu bagi sesetengah pemegang kad bank."
Pusat beli belah berlebihan
Trend perubahan pengguna di Malaysia seperti Oh dan Leann menunjukkan wujudnya isu pembangunan pusat beli-belah yang berlebihan, menyaksikan mereka bergelut dengan ruang sewa terlalu banyak dan pembeli yang mula berjimat cermat.
Setakat ini, jumlah pusat beli-belah di Lembah Klang sahaja sudah berjumlah 225 dan 14 lagi dijangka dibuka tahun ini walau pun dalam suasana ekonomi merundum.
Pengarah Urusan Henry Butcher Retail, Tan Hai Hsin berkata pusat beli-belah berdepan keadaan sukar akibat kesuraman pasaran yang menyebabkan kemorosotan jumlah pengunjung.
Malah kebanyakan peniaga begitu berhati-hati untuk meluaskan perniagaan mereka. "Ia akan menjadi cabaran buat pusat beli-belah bagi memastikan ia dipenuhi peniaga apabila beroperasi," kata Tan, yang terlibat dalam kaji selidik pasaran pusat beli belah sejak 1995.
"Bagi keadaan pasaran kini, ia masih bagus kerana masih ada pembukaan pusat beli-belah dengan jumlah kadar penyewaan 80% pada bulan pertama."
Tan berkata pada penghujung 2016, terdapat 225 pusat beli belah di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya) dengan jumlah keseluruhan penyewaan kira-kira 68.2 juta kaki persegi.
"Purata kadar penyewaan pusat beli-belah sebanyak 79.9 % pada 2016 dan 14 lagi dijangka dibuka tahun ini akan mempunyai 6.3 juta kaki persegi bagi keluasan lantai."
Sembilan lagi yang sepatutnya dibuka pada 2015 namun ditangguh. Pusat beli-belah terbesar dibuka tahun ini ialah Empire City Mall (167,000 meter persegi).
Tan berkata: "Ia sepatutnya dibuka pada 2015 tapi tertunda beberapa kali. Antara penyewa utama termasuk Parkson, CJ CGV Cinema, gelanggang ais luncur – sebesar saiz gelanggang Olimpik – dan pusat mega sukan boling.
Bilangan pelanggan merudum
Leaan berkata, beliau kini mengurangkan makan di luar dan hanya membeli produk kecantikan yang murah.
"Setiap kali melihat barang di pusat beli-belah, saya perlu lihat harga juga dan berfikir 10 kali sebelum membeli.
"Kami tidak hanya terbeban dengan hutang dan pinjaman, tetapi komitmen lain juga seperti simpanan, insurans dan saraan keluarga," kata penulis itu.

Tanding sendiri ada hikmah, kata ketua Ulama PAS

Mahfodz Mohamad berkata, pihaknya tidak mahu pertarungan 2 penjuru kerana ia akan membawa kekalahan teruk kepada pihaknya.
Mahfodz-Mohamed_pas_600nw
PETALING JAYA: PAS lebih cenderung kepada pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sambil menyifatkan persaingan secara bersendirian juga ada hikmah bagi parti itu.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, pihaknya sudah berusaha untuk meneruskan hubungan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selain mewujudkan blok ketiga Gagasan Ikatan, tetapi jika ditakdirkan bertanding bersendirian, pihaknya akan menerima keadaan itu.
“Kalau boleh, kita teruskan hubungan yang kita ada dengan parti-parti ini, jadi kita tidak sendirian tetapi andainya memang hanya kita, mahu atau tidak, suka atau tidak, PAS akan bersendirian.
“Mungkin ada hikmahnya di sebalik sendirian itu, satunya kita nak tahu kekuatan kita sendiri dan kita juga boleh teruskan dasar-dasar yang diperjuangkan PAS kerana apabila kita bekerjasama kita kena tolak ansur, tidak boleh bawa Islam semua sekali ke? Jadi ada pro dan kontra, walaupun dari segi kemenangan belum tentu.”
Dalam temu bual disiarkan Sinar Harian, Pesuruhjaya PAS Johor ini memberitahu, jika pada masa-masa lalu pihaknya menang kerana ada sokongan orang bukan Islam dan kaum lain, tetapi memandangkan wakil rakyat mereka bekerja rajin dan terus mesra pengundi tidak kira kaum, mungkin pengundi yang mengundi PAS akan terus memberi undi.
“Jika dulu 80 peratus sekarang mungkin 40 peratus, namun bagi Melayu kita lihat jika dulu 60-40 peratus antara Umno atau PAS, tetapi kalau sendirian Melayu mungkin beri ‘swing’ kepada PAS.”
Beliau berkata pihaknya tidak mahu pertarungan 2 penjuru kerana ia akan membawa kekalahan teruk kepada pihaknya.
“Apabila 3 penjuru lawan Umno, dan parti pembangkang lain belum tentu siapa akan menang. Tapi PAS parti lama, kita punya penyokong ramai, ada kerusi yang boleh menang walaupun bersendirian, kerana orang PAS yakin kemenangan di tangan Allah SWT.
“Sebab itu PAS tidak kecewa, kalah selalu tapi menang sekali-sekali tapi kita tidak keluar parti, yang keluar itu kerana dia kecewa,” katanya.
Dalam temu bual dengan FMT Disember lepas, beliau tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional (BN), asalkan parti Islam itu dihormati.

Bagaimana negara alami kerugian hingga RM85.5 bilion dibawah kerajaan Umno@Bn

Bagaimana negara alami kerugian hingga RM85.5 bilion
1MDB antara syarikat berkaitan kerajaan yang mengakibatkan negara berdepan kerugian sehingga berbilion ringgit. 
SKALA kerugian tak berubah, tidak kira berapa banyak masa berlalu.
Jumlah angka tersebut amat mengejutkan dan tiada apa dapat mengubah hakikat yang rasuah, kekurangan ketelusan dan tadbir urus yang teruk semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak selama bertahun-tahun memberi kesan terhadap Malaysia dan rakyatnya.
Faktanya seperti berikut:
Sejumlah RM85.51 bilion dana pembayar cukai setakat ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bermasalah seperti Perwaja Steel, Malaysia Airlines (MAS) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak 36 tahun lalu.
Hanya seorang berdepan hukuman penjara di Malaysia berhubung skandal kewangan. Beliau adalah pemberi maklumat.
Tiada ketua pegawai eksekutif, pengerusi lembaga pengarah atau menteri dihukum penjara kerana pecah amanah, rasuah, kecuaian untuk salah urus tadbir GLC.
Bagaimanapun, beberapa bulan kebelakangan ini, ibu kepada empat anak, Zariyah Mohd Salleh, 42, dijatuhi hukuman 14 hari penjara dan denda RM200 selepas mengaku bersalah mencuri 10 keping coklat dari sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.
T. Gopal dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,200 kerana mencuri susu formula bayi.
Bagi melihatkan dalam perspektif lebih mudah, dianggarkan RM83.991 bilion pinjaman pelajar diberikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak ia ditubuhkan pada 1997 sehingga 2015.
RM85 bilion itu mencukupi bagi lebih 70,000 pelajar universiti dan kolej yang mengambil pinjaman daripada PTPTN sejak dana itu ditubuhkan.
Atau ia boleh digunakan untuk membina 2.442 juta rumah skim perumahan kos rendah untuk rakyat atau lebih 526,000 rumah PR1MA kos sederhana.
Dalam Bajet 2017, kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk 7 juta penerima di bawah Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dana itu boleh digunakan untuk membayar BR1M bagi tempoh 12 tahun akan datang.
Sejak beberapa bulan lalu, penyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir dan Najib saling berbalas kenyataan mengenai isu rasuah dan salah urus ekonomi. Kenyataan yang menyedihkan dan tiada satu pun dapat dikagumi.
Lebih buruk lagi, kemungkinan skandal seperti itu akan berterusan kerana kerajaan akan menggunakannya model pembangunan yang mencampuradukkan perniagaan dengan politik yang akan menyebabkan kegagalan, kata penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan.
Dalam kajian, buku dan temu bual bersama pakar mengenai kegagalan ini, terdapat senario berulang iaitu kerajaan menggunakan dana pembayar cukai untuk membina dan menguruskan syarikat dengan kurang ketelusan, tadbir urus yang baik atau akauntabiliti.
The Malaysian Insight meneliti tiga buku terkenal yang mendalami skandal seperti ini: Edmund Terence Gomez dan Jomo K.S. Malaysia’s Political Economy, Politics, Patronage and Profits; Barry Wain Malaysian Maverick, Mahathir in Turbulent Times dan Tony Pua The Tiger that Lost its Roar.
The Malaysian Insight juga meneliti puluhan kajian yang dijalankan ahli Parlimen seperti Pua, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang, yang menyaksi serta mendedahkan skandal ini.
Skandal Perwaja Steel, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan 1MDB, mempunyai persamaan amat nyata.
Menurut buku dan artikel berita mengenai skandal ini, setiap kali individu terbabit disoal, mereka mendakwa melakukannya atas arahan penaung politik mereka.
Berdasarkan laporan berita lalu, apabila syarikat atau urus niaga gagal dan menyebabkan berbilion pembayar cukai digunakan untuk menyelamatkannya, mereka sentiasa dilindungi daripada pendakwaan.
Individu yang diseret ke mahkamah biasanya didapati tidak bersalah seperti dalam kes Dr Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy (PKFZ), serta Eric Chia (Perwaja).
Satu-satunya individu yang dikaitkan dengan 10 skandal popular Malaysia yang menjalani hukuman penjara atau didapati bersalah di mahkamah, adalah apabila individu terbabit berada di luar negara. Dalam kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF), tiga pengarahnya dibicarakan dan dipenjarakan di Hong Kong.
Setakat ini, rakyat Malaysia yang berhadapan hukuman penjara di Malaysia berkaitan skandal seperti ini adalah Rafizi, ahli Parlimen Pandan.
Visi besar
Kegagalan yang berlaku semasa pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun adalah visi besar yang goyah dalam pelaksanaannya.
Menurut Gomez, Dr Mahathir menggunakan kuasa jawatannya mewujudkan kelas kapitalis Bumiputera yang diterapkan dalam dasar induk lain untuk memupuk industri berat bertaraf dunia.
"Beliau mahu mewujudkan 20 jutawan Melayu bagi setiap 20 jutawan Cina di Malaysia," kata Gomez yang merupakan profesor ekonomi di Universiti Malaya.
Antara individu yang dibawa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin (beliau juga ahli perniagaan), adalah Halim Saad, Tajuddin Ramli dan Wan Azmi Wan Hamzah yang mengambil jawatan penting dan kepentingan dalam syarikat utama, seperti Renong Bhd, UEM dan MAS.
Walaupun terdapat perbezaan dari segi pendekatan dan personaliti terlibat, pengganti Dr Mahathir, Abdullah dan Najib sebahagian besarnya mencontohi model tersebut dengan mewujudkan GLC bersama rakan rapat atau mereka yang berkaitan politik.
Ali daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), berkata model itu adalah masalah asas kerana kerajaan mahu memacu ekonomi menggunakan syarikat yang dibiayai rakyat.
"Kerajaan membentuk syarikat dengan orang terpilih, menggunakan wang pembayar cukai, tetapi pembayar cukai hampir tidak mempunyai kawalan langsung ke atas bagaimana wang itu dibelanjakan. Ini adalah kelemahan asas."
Perbezaan era Dr Mahathir dan  Najib
Gomez berkata Dr Mahathir mempunyai visi dan berfikir negara ini boleh mendapat manfaat daripada perancangannya.
"Kegagalan Dr Mahathir disebabkan beliau enggan mendengar maklum balas yang diterimanya daripada birokrat, termasuk rakan Kabinet. Beliau juga lepas pandang terhadap syarikat keusahawanan China dalam rancangan perindustriannya."
Dr Mahathir juga mengakui beliau silap memilih, kata Gomez.
"Ramai yang mengecewakan Dr Mahathir," kata Gomez, sambil menambah banyak individu ini berusaha mengisi poket mereka sendiri dengan peluang diberikan Dr Mahathir.
Dalam beberapa kes, individu ini sama ada tidak berminat dalam perniagaan, seperti dalam kes Tajuddin dan MAS.
Katanya, skandal Dr Mahathir dan Najib berbeza.

Selamat ulang tahun GST, rakyat perlu pilih henti jadi mangsa BN


Pada 1 April 2017, genaplah dua tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencukai rakyat secara paksa melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Apakah perasaan seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun ini?
Sepanjang tempoh dua tahun lalu sejak GST diperkenalkan pada 2015, kami mengambil maklum keluh resah yang disuarakan oleh rakyat berhubung pelaksanaannya.

Kami tegaskan, keputusan terburu-buru Kerajaan BN untuk melaksanakan cukai regresif 6% itu telah menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meliputi makanan, barangan keperluan harian, ubat-ubatan, barangan penjagaan bayi, warga emas serta lain-lainnya telah naik mendadak.
Dalam situasi ekonomi suram yang menyebabkan peluang pekerjaan semakin menguncup dan pendapatan per-kapita rakyat tidak meningkat seiring dengan peningkatan kos hidup, pelaksanaan GST jelas telah memangsakan rakyat termasuk bayi yang baru dilahirkan sehingga warga emas yang memerlukan bantuan.
Susulan peningkatan harga barangan itu, kami ingin mempersoal semula kenyataan berani bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa ‘harga barangan boleh turun dengan GST’ seperti dinyatakannya dalam satu program dialog khas disiarkan RTM pada 2015.
Kenyataan itu jelas bercanggah dengan realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat setelah GST dilaksanakan. Kini timbul persoalan apakah Ahmad Maslan telah memperdaya rakyat di negara ini?
Justeru itu, kami mencabar pemimpin UMNO itu untuk tampil mempertahankan kenyataannya. Beliau juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengapakah pelaksanaan GST gagal menurunkan harga barang seperti yang pernah dinyatakannya.
Kami juga ingin merujuk kenyataan Perdana Menteri seperti dilapor media pada Januari lalu yang bertegas bahawa GST mampu menjadikan Malaysia “lebih sihat” dari segi kewangan. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/18/najib-apa-alternatif-lebib-baik-daripada-gst/)
Setelah dua tahun pelaksanaan GST ini, pertanyaan kami, apakah masalah ekonomi yang dihadapi negara telah dapat dipulihkan?
Ketika Najib Razak begitu bangga membuat kenyataan itu, hakikatnya hutang kerajaan semakin meningkat dengan angkanya mencecah RM614 bilion pada Febuari 2016. Malah di bawah pentadbiran Najib juga, nilai mata wang ringgit turut dilaporkan turun ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun lalu.
Oleh itu, apakah pelaksanaan GST tidak mampu memulihkan keadaan ekonomi negara atau apakah Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sendiri tidak mempunyai kewibawaan untuk mengurus ekonomi negara dengan baik?
04-01-tinjauan-harga-barang-shuaibPada tahun 2015 kerajaan dilaporkan telah mengutip sebanyak RM27.012 bilion hasil cukai dari pelaksanaan GST. Pada 2016 pula kerajaan dianggarkan memperoleh RM38.5 bilion hasil cukai yang sama.
Namun disebalik kutipan yang besar itu kerajaan membuat tindakan mengejut dengan melaksanakan pula pemotongan besar-besaran terhadap dana pendidikan dan melupuskan semua subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini.

TIDAK TIMBUL ISU HADI KENA LETAK JAWATAN KATA AHMAD YAKOB

TUMPAT – Pas tidak perlu tunduk pada gesaan supaya pimpinannya meletakkan jawatan berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 gagal dibentangkan  di Parlimen.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menegaskan Pas tidak gagal untuk membentangkan usul itu kerana sejak asal lagi RUU355 dibawa secara persendirian oleh Pas.
“Asalnya Pas yang nak bawa RUU ini, bila  kerajaan BN nak bentangkan RUU sendiri di Parlimen, kita serah pada mereka. Bila mereka (kerajaan BN) dah tak dapat nak bentang atas sebab-sebab tertentu, kita akan bawa RUU ini secara bersendirian seperti asal.
“Tidak timbul isu RUU355 gagal menyebabkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti kena letak jawatan,” katanya.
Beliau menjawab kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengesa Abdul Hadi dan jawatankuasa parti perlu meletakkan segera jawatan mereka ketika ditemui pada majlis Penyampaian pelbagai bantuan di Wisma Abdurrahman di Kampung Paloh, hari ini.
Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.

Kereta murah mungkin jadi manifesto PAS.!

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, membayangkan parti itu akan menjadikan isu harga kereta murah sebagai satu daripada tawaran manifesto mereka pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Menurut beliau, tawaran untuk menurunkan harga kereta itu adalah satu langkah mengatasi masalah muflis yang berlaku di kalangan masyarakat negara ini.
Katanya, 36 peratus punca kebankrapan rakyat Malaysia berpunca daripada kegagalan membayar hutang pinjaman kereta.
"Kenapa orang beli kereta ini ramai bankrap? Saya sebut di parlimen... kita bukan hanya nak bincang tentang pindaan Akta Kebankrapan, tetapi nak bincang yang lebih jauh (daripada itu), (ia) adalah punca-punca yang menjadi sebab rakyat kita bankrap.
"Nombor satu punca (bankrap), kereta tak boleh bayar sebab harga kereta itu mahal. Kenapa kereta mahal?
"Sebab kerajaan ambil cukai daripada kereta. Kalau kerajaan tak ambil cukai daripada kereta, kereta jadi murahlah," katanya dalam ceramah anjuran Muslimat Dewan Kawasan Seberang Takir petang tadi.
Ceramah itu disiarkan secara secara langsung melalui laman Facebook Khairuddin hari ini.
Anggota Parlimen Kuala Nerus itu berkata, salah satu cara untuk mengurangkan harga kereta adalah dengan menghapuskan cukai oleh kerajaan.
Janji dua tahun lalu
Katanya, rakyat terpaksa menanggung beban hutang pinjaman bank yang besar susulan cukai tersebut, iaitu kira-kira 15 peratus daripada harga sebenar kereta.
"Maknanya, kalau kita nak kurangkan harga kereta, caranya kerajaan kena hapuskan cukai kereta. Kalau kerajaan hapuskan cukai, nak ambil duit di mana? GST tu.
"Cukai kereta bukan banyak pun, cukai-cukai ini mengikut yang saya baca tak sampai RM10 bilion setahun," jelasnya.
Tambah Khairuddin, jumlah itu bagaimanapun memberi kesan besar kepada rakyat marhaen selepas kerajaan persekutuan tidak menunaikan janji untuk menurunkan harga kereta dan cukai.
"Kesannya rakyat marhaen yang terpaksa beli kereta dengan harga yang tinggi dengan bank, bank ambil untung pula.
"Masalahnya, kerajaan dah janji dua tahun untuk kurangkan harga kereta dan cukai, tapi tak dilaksanakan dan kita menuntut supaya cukai ini dikurangkan supaya rakyat dapat harga murah," katanya.