Jumaat, 31 Mac 2017

KPN: Polis ada cukup bukti untuk tahan Siti Noor Aishah


SUBANG JAYA - “Mereka boleh katakan apa saja mereka suka...tapi kita ada cukup bukti untuk tahan dia (Siti Noor Aishah Atam),” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, polis tidak menganiaya bekas pelajar sebuah universiti tempatan berusia 29 tahun itu kerana mempunyai bukti yang mencukupi untuk menahan dan melakukan siasatan terhadapnya.
“Kadang-kadang orang tak mahu mengaku apa dia buat...mana ada orang salah cepat mengaku dia bersalah, janganlah baru sekarang nak cakap tak buat itu, tak terlibat dan sebagainya.
“Kita tak aniaya dia, malah kita ada cukup sebab dan alasan untuk tahan dan siasat dia... Apapun kita mematuhi peruntukan undang-undang negara dan tak lakukan sesuatu di luar bidang kuasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia bersama Ketua Polis Negara, petang tadi.
Siti Noor Aishah sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan pengganas dan difahamkan kini ditempatkan di Penjara Kajang.
Bapanya, Atam Jusoh kemudian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan hadir ke Dewan Rakyat semalam menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penahanan anaknya.
Memetik kenyataannya di sebuah laman portal berita kelmarin, Atam memberitahu terkejut dengan penahanan anaknya dan memaklumkan Siti Noor Aishah membuat kajian dan hanya seorang pelajar.

Usul Hadi: Umno rugi, PAS dapat pahala, kata Ibrahim Ali

Ibrahim berkata akan menghantar surat kepada speaker menggesa usul Hadi dibentangkan pada sidang kali ini.
ibrrahim-ali-pas-umnoKUALA LUMPUR: PAS sudah dapat pahala walaupun usul Hadi tidak dapat dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Datuk Ibrahim Ali.
Sebaliknya, Umno diramalkan hilang sokongan penyokong rang undang-undang meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“PAS dapat pahala walaupun belum berjaya membentangkan RUU 355 di Parlimen. PAS dah buktikan kesungguhan dan bukan retorik semata-mata,” kata Presiden Perkasa pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini.
“Umno rugi di kawasan penyokong tegar PAS di negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Namun di negeri seperti Selangor, Perak dan Sabah akan beri keuntungan kepada BN.”
BN pada 29 Mac lalu memutuskan untuk tidak membentangkan usul Hadi susulan bantahan dalam kalangan ahli komponen.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan dibuat selaras amalan konsensus, dan menyerahkan nasib usul Hadi kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ibrahim akan menghantar surat kepada Pandikar menggesa usul Hadi dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Katanya kerajaan harus memberikan peluang kepada Hadi membentangkan rang undang-undang kontroversi itu demi Islam.
“Tak ada alasan langsung untuk menidakkan oleh speaker (Pandikar) kerana proses demokrasi kalau dihalang berdosa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya.

MB: Terengganu hanya hutang RM839 juta dengan kerajaan Persekutuan, tapi pusat hutang berapa bilion dengan negeri...??


Terengganu hanya hutang RM839 juta dengan kerajaan Persekutuan - MB
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bahawa jumlah hutang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM893 juta sahaja.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri berhutang RM3.8 bilion dengan kerajaan Persekutuan.

"Semua negeri mempunyai hutang dengan kerajaan Persekutuan termasuklah negeri-negeri pembangkang. Sekiranya diambil data untuk Disember 2015 sebagai contoh, Kelantan mempunyai hutang sebanyak RM1.3 bilion manakala Selangor berhutang sebanyak RM1.03 bilion.

"Jumlah hutang terkini Terengganu bukanlah RM3.8 bilion seperti yang dinyatakan YB Tepoh kerana jumlah yang tepat adalah sebanyak RM839 juta sahaja dan hutang yang wajib dibayar (kepada kerajaan Persekutuan) hanyalah RM502 juta," katanya ketika menggulung titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN di sini, hari ini.
Semasa sesi perbahasan, Hishammuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) mendakwa hutang Terengganu dengan kerajaan Persekutuan adalah RM3.8 bilion.

Hishammuddin turut membangkitkan isu kelewatan projek pusat bebas cukai Pulau Bayas dan lain-lain projek pelancongan di Tasik Kenyir.

Ahmad Razif berkata projek tersebut lewat sebanyak 15 peratus berikutan beberapa kekangan termasuk peningkatan paras air tasik melampau sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun.

"Disebabkan projek-projek di Tasik Kenyir saling berkait, ini menyebabkan kelewatan berlaku dalam projek-projek lain," katanya.

Datuk bandar KL terbabit dalam konflik kepentingan

Penduduk Taman Tiara Titiwangsa yang membantah projek berkepadatan tinggi di situ berkata DBKL ada konflik kepentingan dalam salah satu projek pembangunan itu.
dbkl-constrcution
PETALING JAYA: Penduduk Taman Tiara Titiwangsa yang membantah 2 projek pembangunan perumahan berkepadatan tinggi di kawasan mereka mendakwa semakin jelas wujudnya konflik kepentingan dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk sekurang-kurangnya satu daripada projek itu.
Ia susulan penemuan 3 individu yang ada kuasa terhadap DBKL – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, timbalannya Datuk M Loga Bala dan Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz – juga dikatakan pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang memiliki sebidang tanah bagi projek berkepadatan tinggi itu.
Penduduk mendesak DBKL menghentikan serta-merta pembangunan itu. Baru-baru ini mereka menghantar surat tuntutan kepada datuk bandar, memintanya menjawab selewat-lewatnya semalam berhubung salah satu projek itu.
Peguamnya, L S Leonard berkata datuk bandar terlepas tarikh akhir itu dan laporan terhadapnya dibuat semalam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Leonard berkata pada mulanya anak guamnya menyangka peringkat tertinggi DBKL hanya pemegang amanah YWP, dan itu pun sudah cukup membimbangkan.
“Tetapi konflik kepentingan semakin jelas sekarang apabila diketahui individu berkenaan sebenarnya pengarah YWP.

Keluar kerajaan: PAS Selangor tunggu arahan pusat

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad tidak mahu mendahului arahan walaupun berdepan tekanan di media sosial
Iskandar-Abdul-Samad_amanah_pas_60012
SHAH ALAM: PAS Selangor hanya menunggu arahan daripada kepimpinan pusat sama ada kekal atau keluar dari kerajaan negeri.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata beliau tidak mahu mendahului arahan walaupun berdepan tekanan di media sosial.
“Sekarang ini tiada arahan untuk keluar daripada kerajaan negeri dan kita akan teruskan (berada dalam kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita di Dewan Negeri Selangor.
“Sekarang ini ramai orang yang lebih presiden daripada presiden,” tambahnya, yang juga exco kerajaan negeri.
PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR, walaupun selepas Pakatan Rakyat terkubur dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.
PKR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.

Hadi : Pas tetap bentang RUU355 sidang kali ini

Abdul Hadi Awang MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 pada persidangan Parlimen kali ini.
Beliau berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang itu, PAS tetap akan membentangkan sebagai rang undang-undang persendirian dan berharap kerajaan akan menyokong tindakan itu.
"Masa itu, terpulanglah kepada Yang Dipertua untuk menentukan bila waktu yang sesuai mengikut 'Standing Order' perjalanan sidang Parlimen selepas urusan kerajaan.
"Tapi, sudah tentu kerajaan boleh beri masa bila-bila sahaja untuk Pas bawa RUU355...saya seru semua Anggota Parlimen Islam supaya menyokong dan bagi yang bukan Islam pula, hormatilah Perlembagaan.
"Perlembagaan menyatakan ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, hari ini.
RUU355 dibentangkan buat pertama kalinya oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dengan tujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Cubaan sogok Sultan Johor, negeri lain bagaimana, soal Amanah

Salahuddin Ayub berkata persoalan itu timbul kerana ramai bergelar Tan Sri dan Datuk kini dihadapkan atas pelbagai kesalahan jenayah
Salahuddin-Ayub_sprms_600
PETALING JAYA: Amanah hari ini menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sama ada terdapat cubaan untuk merasuah pihak istana di negeri selain Johor dalam soal pengurniaan gelaran kebesaran.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata demikian selepas seorang bergelar Tan Sri direman hari ini bagi menyiasat kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mendakwa pernah ditawarkan RM2 juta untuk mengurniakan darjah kebesaran Johor kepada orang tertentu.
“Tidak adakah aduan yang sama terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba merasuah raja-raja Melayu yang lain termasuk tuan-tuan yang terutama untuk mendapatkan gelaran darjah kebesaran?” soalnya.
Mahkamah hari ini membenarkan permohonan SPRM menahan reman seorang ahli perniagaan bergelar “Tan Sri” bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah Sultan Johor berhubung penganugerahan darjah kebesaran.
Sebelum ini, Sultan Ibrahim mendedahkan pernah didatangi seorang “ejen” dengan tawaran RM2 juta untuk darjah kebesaran, namun ditolak kerana pihak istana negeri Johor mempunyai peraturan ketat mengenai penganugerahan darjah kebesaran.
“Nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi namakan nanti dia malu… saya kata pergi berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,” katanya dalam wawancara diterbitkan Berita Harian pada Mac 22.

Tok Him rayu Speaker permudahkan usul RUU355

Pas bukan mangsa Umno kata Hadi

Perangkaan Bank Negara lenyapkan impian Najib

Perangkaan prestasi ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah menafikan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia berada di landasan betul ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Melihat keadaan semasa, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pertumbuhan tahunan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebanyak 12 peratus (13.5 peratus lebih tepat) diperlukan, secara konsisten sehingga 2020, untuk mencapai KNK sebanyak AS$15,000 ( RM64,500) pada tahun 2020.
"Itu misi mustahil, memandangkan KNK per kapita pada tahun 2016 adalah AS$9,096 atau RM37,738," kata Dzulkefly dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini secara tidak sengaja mengambarkan bahawa sasaran Najib untuk Malaysia menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 menjadi hampir tidak lagi dapat dipertahankan atau tidak boleh dicapai.
Pemimpin AMANAH itu berkata pelan Najib adalah untuk mengangkat KNK Malaysia kepada AS$523 bilion menjelang tahun 2020, dan untuk meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 kepada sekurang-kurangnya AS$15,000 bagi memenuhi syarat Bank Dunia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata, Malaysia memerlukan pertumbuhan KNK sebanyak enam peratus setahun. Ini adalah sesuatu yang menurut laporan Bank Negara tidak berlaku, kata Dzulkefly.

Kita jumpa di mahkamah, kata Teresa pada Jamal Yunos

Ahli Parlimen Seputeh berkata tuduhan pemimpin Umno itu terhadapnya hanya 'jenaka mengarut'.
teresa-kok,jamalPETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini berkata “tuduhan palsu” ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu terhadapnya dan seorang lagi rakan Adun hanya “taktik kotor” untuk memfitnah mereka menjelang pilihan raya umum.
“Tidak ada apa yang saya takut terhadap tuduhan Jamal, kerana pejabat saya memang mematuhi semua prosedur selaras dengan peraturan ditetapkan.
“Jadi, Jamal Yunos, kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu pagi tadi, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang ke pejabat Kok meminta dokumen asal bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE), di bawah dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Serbuan itu susulan beberapa laporan polis dibuat Jamal terhadap Kok dan rakan sekerjanya yang lain.
Laporan pertama difailkan pada 14 Mac, di mana Jamal mendakwa wakil rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor mengambil dana yang sepatutnya bagi kegunaan kebajikan daripada Yawas.
Jamal mengenal pasti Kok, Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan wakil PKR yang tidak dinamakan sebagai dalang perbuatan itu.
Tidak lama kemudian, Jamal membuat laporan polis lagi terhadap Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, mendakwa beliau terbabit dalam salah guna dana.

Debat Mahathir-Nazri sah, polis tetapkan syarat

Debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah akan berlangsung pada 7 April ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub .
“Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on,” katanya menerusi Twitter.
Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Hussamuddin turut dimuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya.
Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Antaranya, penganjur diminta peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.
Karangkraf juga diberitahu untuk memastikan acara itu tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sementara itu, akhbar Sinar Harian memetik Hussamuddin sebagai berkata, majlis berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja. Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak.

SOSMA: MP digesa tolak usul lanjutkan kuasa 28 hari siasatan polis

Faiz Fadzil Faiz Fadzil Ahli Parlimen digesa untuk mengundi menolak usul berkaitan dengan siasatan polis selama 28 hari bagi tempoh 5 tahun lagi yang bakal tamat pada 31 Julai ini yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.
Ia berkaitan bagi melanjutkan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Desakan Pemuda Amanah Nasional ini dibuat kerana tindakan kerajaan pada 28 Mac lalu yang menahan semula penuntut sarjana Usuluddin di Universiti Malaya Siti Noor Aishah Atam di bawah Sosma.
Timbalan Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, kerajaan perlu menghapuskan Sosma kerana akta ini secara jelas telah disalahgunakan untuk menzalimi rakyat Malaysia yang tidakpun terlibat dengan keganasan.
"Rakyat Malaysia menolak kezaliman yang menjadikan rakyat sendiri mangsa tindakan arbitrari dan autokratik pihak pemerintah.
"Sosma dikategorikan akta drakonian kerana mengandungi peruntukan yang bertentangan dengan prinsip dan kaedah keadilan sejagat serta hak dan kebebasan asasi yang dijamin perlembagaan.
"Antaranya penahanan oleh pihak polis untuk tempoh 28 hari tanpa perintah reman, penangguhan konsultansi peguam, ditahan tanpa ikat jamin sepanjang tempoh bicara dan lain-lain lagi.
"Ketidakadilan Sosma ini memuncak dengan peruntukan seksyen 30 yang memberikan kuasa kepada Pendakwa Raya untuk memohon secara lisan agar seorang yang telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan Sosma ditahan sementara menunggu bicara rayuan selesai," ujarnya.
Faiz yang juga seorang peguam berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Siti Noor Aishah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) bertentangan dengan prinsip 'double jeopardy'.
"Beliau sebelum ini ditahan dan didakwa dibawah Sosma dan setelah perbicaraan, beliau dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
"Namun, sejurus pembebasan beliau pada 29 September 2016, beliau ditahan pula di bawah Poca yang bertentangan dengan prinsip 'double jeopardy'. Siti Noor Aishah kini ditahan sekali lagi di bawah Sosma.

RIZAB negara (BNM) susut lgi ??!

FAKTA rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yg terus susut setiap tahun cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat..

KENAPA Najib tak berani nak dedahkan SETIAP KALI RIZAB negara (BNM) susut ??!

Rizal Kantoi Lagi...!!!

Apa kabo Pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor tu ??!.. dah terlebih sudu dari kuah ker.. atau dah terlebih jilat..

NAJIB, HADI SUDAH WAJAR DIBERSARAKAN

Kemelut Akta 355 boleh dikata sudah pun berakhir sekarang  ini. Hampir tiada harapan lagi untuk melihatnya dapat dibentangkan, apatah lagi untuk diluluskan. Kalau ada pun harapannya, ia hanyalah tinggal senipis kulit bawang saja lagi.

Apa pun janji yang dilafazkan, antaranya dengan mengatakan Speaker Parlimen tentu ada kebijaksanaan untuk memberi ruang kepada Hadi Awang untuk membentangkannya, ia tidak lebih sekadar janji palsu semata-mata.

Najib Razak, UMNO dan BN sebenarnya sedang menjadikan Speaker Parlimen sebagai perisai untuk menyelamatkan diri mereka.

Begitu juga dengan kata-kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang mengatakan, keengganan kerajaan membentangkan usul Akta 355 tidak bermakna kerajaan  tidak mahu menyokongnya, turut merupakan janji palsu belaka.

Malah, ini merupakan janji palsu paling dahsyat daripada seorang yang berkuasa berkaitan kepentingan agama. Ia ibarat seorang teruna yang sudah termengandungkan seorang wanita secara luar nikah, kemudin berjanji untuk kahwin, tetapi dengan syarat jika seluruh keluarganya memberi keizinan terlebih dahulu.

Menurut kata Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, apa yang berlaku dalam isu Akta 355 ini ialah kerana kedua-dua pihak, UMNO dan Pas, bersifat gelojoh serta tidak mengikut road map atau hala tuju yang sepatutnya berkaitan usul tersebut.

Kedua-dua pihak, kata beliau, sepatutnya mengikut road map jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu.

"Road map itu adalah bagi membolehkan enakmen jenayah di negeri Kelantan dapat dilaksanakan iaitu dengan meminda Akta 355 dan jawatankuasa juga bersetuju pindaan itu mesti dibawa oleh kerajaan kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

"Jadi, akibat daripada tindakan tidak mengikut road map yang telah ditetapkan iaitu menjadikannya sebagai usul persendirian, maka ia telah menyebabkan keadaan menjadi celaru," kata Mahfuz.

Terbukti di sini bahawa kecelaruan dan kekeliruan berkaitan Akta 355 adalah kerana keinginan Najib dan Hadi menjadikannya sebagai isu politik untuk kepentingan UMNO, Pas serta untuk mengaburi rakyat melalui hubungan mesra mereka.

Di pihak Hadi dan Pas, mereka bukan saja berceramah, berkempen, mengajak rakyat bermunajat, bersolat hajat dan berhimpun di Padang Merbok serta meminta seluruh umat Islam bersama mereka, sedangkan sejak awal mereka tahu bahawa road map yang sepatutnya langsung tidak diikuti.

Akhirnya, semua orang jadi keliru dan celaru.

Kes Bukit Kepong: Mahkamah bebaskan Mat Sabu tolak rayuan pendakwaraya

Mohamad SabuMohamad Sabu
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengekalkan keputusan membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua tuduhan memfitnah berhubung tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, pada 1950.
Ketika membacakan penghakimannya, Hakim Lim Chong Fong mengekalkan sabitan tidak bersalah Mahkamah Sesyen Butterworth dan menolak rayuan pendakwaraya.
Mohamad yang juga bekas timbalan presiden Pas didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong berhampiran Muar daripada serangan gerila komunis Malaya pada 23 Februari 1950.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika berucap di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Fahmi, Markas Tarbiah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Sehari selepas  Mohamad dibebaskan daripada tuduhan oleh Mahkamah Sesyen, Ketua Unit Pendakwaraya Pulau Pinang Razali Che Ali telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 9 Julai 2015. 
Mohamad ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada pasukan peguambela yang diketuai Hanipa Maidin, Aminudin Zulkifli dan Nasar Khan serta para pembantu mereka.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada sahabat handai yang sudi meluangkan masa menghadiri perbicaraan dan menyatakan sokongan.
"Tidak lupa juga sokongan dan doa daripada semua ahli, penyokong dan mereka yang prihatin. Moga Allah terus rahmati kita semua untuk terus melawan kezaliman dan penindasan," ujar beliau.

Akibat fitnah Jamal Yunos, pejabat Teresa Kok pula diserbu SPRM

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini diserbu beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pembantu khas Teresa, Edmund Teoh ketika dihubungi Roketkini mengesahkan perkara berkenaan.
Kedatangan pegawai agensi itu dipercayai berikutan laporan yang dibuat Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos terhadap Teresa pada 16 Mac lalu berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah program Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP dalam satu kenyataan pada 12 Mac lalu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan bersedia untuk menyaman Jamal.
“Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ehsan. Pejabat Daerah Petaling mempunyai semua rekod penerima wang SMUE.
“Tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan Jamal terhadap saya dan rakan-rakan parti pembangkang memang menunjukkan beliau telah bankrap dari segi idea dan isu politik terhadap kami,” katanya dalam kenyataan itu.

Exco PAS kekal di Selangor… sehingga keputusan muktamar

Ia di sebalik hubungan tegang PAS dan PKR.
iskandar-samadSHAH ALAM: Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui PKR selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya.
“Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja… buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain Iskandar, 2 lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Hubungan PAS-PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa PAS kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP.
Media sebelum ini melaporkan isu kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit akan dibawa ke muktamar PAS pusat yang dijadualkan 27 April hingga 1 Mei ini.
Mengulas perkembangan lain, Iskandar berkata keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak menjejaskan semangat parti itu untuk meneruskan pembentangan RUU tersebut.

Sebenarnya 1MDB masih menanggung hutang lebih RM39 bilion – Tony Pua

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa hutang bank dan jangka pendek 1MDB telah selesai seolah-olah mencipta persepsi yang salah bahawa kononnya syarikat bermasalah milik negara itu kini bebas hutang.
Sedangkan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, jumlah hutang 1MDB yang ditanggung Kerajaan Persekutuan secara langsung dan tidak langsung masing-masing kini mencecah RM5 bilion dan US$7.73 bilion dengan jumlah keseluruhan melebihi RM39 bilion.
Ini, katanya, termasuk:
  1. Bon 30 tahun bernilai RM5 bilion yang mana dijamin kerajaan Persekutuan
  2. Bon 10 tahun bernilai US$1.75 bilion yang mana dijamin oleh syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan sehingga kini dibayar oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc)
  3. Bon 10 tahun bernilai US$3 bilion, dijamin dengan “Surat Sokongan” yang dikeluarkan Menteri Kewangan.
  4. Pendahuluan daripada IPIC bernilai US$1 bilion, dilindungi oleh MoF Inc.
  5. Sekurang-kurangnya US$230 juta pembayaran faedah oleh IPIC bagi pihak 1MDB, dilindungi oleh MoF Inc.

Teguran pedih Ambiga kepada pembangkang


Teguran pedih Ambiga kepada pembangkang
Ambiga Sreenavasan kecewa dengan perbalahan sesama parti pembangkang serta kegagalan mereka mendahulukan kepentingan negara.
BELIAU pernah dianggap sebagai ancaman, diugut dengan kecederaan fizikal dan dipanggil pelbagai nama sejak muncul sebagai pejuang bagi pilihan raya bebas dan adil, sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang yang bebas di Malaysia sejak 10 tahun lalu, tetapi Ambiga Sreenevasan kekal optimistik mengharungi semuanya.
Sehingga kini.
Namun, putus asa mula merayap dalam dirinya dan kekecewaan itu dapat dirasai semasa beliau berbicara tentang perbalahan di antara pembangkang serta kegagalan melihat di luar konteks kepentingan peribadi dan parti sempit mereka.
Kata-kata beliau menyengat tetapi DAP, PAS, PKR, Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu memberi perhatian kerana ini bukan komen pedas veteran parti atau lawan politik yang tidak puas hati.
Ambiga menjadi rakan kepada ahli politik pembangkang sebelum mereka merasai kejayaan di peti undi.
Beliau mempertahankan mereka di mahkamah dan juga memujuk bukan Islam memberi calon PAS mandat walaupun terdapat keraguan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Bekas presiden Majlis Peguam Malaysia dan pengerusi Bersih itu berbicara dengan The Malaysian Insight baru-baru ini, memberikan pandangan mengenai pembangkang dan apa yang mereka perlu lakukan untuk memenangi keyakinan pengundi.
Di sini, beliau memberi beberapa persoalan kepada pembangkang untuk dihadamkan.
S: Adakah ahli politik pembangkang bersedia meletakkan negara di tempat pertama, di atas parti dan kepentingan peribadi?
"Jika anda mengatakan matlamat utama adalah untuk menyelamatkan negara, maka kepentingan peribadi dan parti perlu memberi laluan kepada apa yang terbaik untuk negara. Pada masa ini, ternyata tumpuan diberikan kepada kepentingan peribadi dan parti," katanya, merujuk kepada pertengkaran dalaman dan ketidakupayaan mencapai kata sepakat mengenai perkara kepimpinan dan dasar.
Ia adalah rahsia terbuka Pakatan Harapan (PH) masih berbelah-bahagi mengenai siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya ia memenangi pilihan raya umum akan datang. Nama Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yasin disebut-sebut sebagai calon perdana menteri yang berpotensi.
Tiada sehari berlalu tanpa kata-kata tajam yang saling berbalas antara PAS dan DAP atau PAS dan PPBM, parti diketuai Dr Mahathir Mohamad.

PAS: 'Kalau kalah tak rugi, kalau menang untung'

'Kalau kalah tak rugi, kalau menang untung'
JOHOR BAHRU – Keputusan BN untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 ke Parlimen sesuatu yang telah dijangka.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, tindakan itu tidak  akan merugikan Pas untuk membentangkan RUU tersebut secara sendirian.
“Apabila Pengerusi BN maklumkan, setelah berbincang rakan dalam BN, dia tidak bawa RUU itu ke Parlimen, jadi maknanya kita akan bawa bersendirian.
“Kita harap jadual yang ditetapkan dulu, tidak diubah, takut diletakkan belakang sekali kerana sudah bersendirian dan BN tidak sokong,” katanya kepada ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan muhibah ke pejabat Sinar Harian Biro Johor, semalam.
Mahfodz berkata, usul membawa RUU itu sebelum ini diserahkan kepada Umno untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan.
“Dulu, kita mengharap Umno akan sokong kerana dengan harapan apabila dibawa oleh kerajaan,  Umno dan parti-parti Islam lain akan sokong,  tetapi hari ini memanglah sukar tetapi walau macam mana pun ada moving forward.
“Kalau dulu usul ini tidak pernah masuk Parlimen, tetapi sekarang dah masuk kali ketiga, jadi kita tawakal, kerana kalau kalah kita tidak rugi, kalau menang lagi untung, itu pendirian Pas.

Najib bertemu Rajnikanth, berswafoto di India..pembantu Rosmah kantoi..!!

Datuk Seri Najib Razak yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke India, bertemu ikon filem Tamil, Rajnikanth, di kediaman pelakon handalan itu di Chennai.
Perdana menteri turut memuat naik imej swafoto beliau dengan pelakon itu, diiringi keterangan: "Baru mengadakan pertemuan sangat mesra dan ramah dengan superstar Tamil En Rajnikanth di rumahnya."
Pada Rabu lalu Malaysiakini memetik laporan portal berita India, The Telegraph, yang menyatakan Najib serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, meminta untuk bertemu Rajnkanth sempena lawatan mereka ke negara itu.
Portal berkenaan berkata, pasangan terbabit menjadi peminat Rajnikanth ketika beliau berada di Melaka untuk menyiapkan penggambaran filem Kabali.
Ekoran laporan berkenaan, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor, menafikan ada permintaan seumpama itu dibuat kepada Rajnikanth.
Katanya, walaupun Rosmah amat menghormati Rajnikanth dan menyedari kehebatannya, beliau tidak membuat permintaan untuk bertemu pelakon legenda terbabit.
"Ia juga tidak ada dalam jadual kunjungan (Rosmah) ke satu daripada negara yang mengalami pembangunan ekonomi terpantas di dunia itu," katanya dalam kenyataan pada 29 Mac lalu.
Tindakan perdana menteri berswafoto dengan personaliti terkenal dunia bukanlah sesuatu yang asing.
Sebelum ini beliau membuktikan keakraban beliau dengan Raja Salman Abdulaziz al-Saud ketika pemimpin tertinggi Arab Saudi itu mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia hujung Februari lalu.
Sebelum ini Najib turut melakukan swafoto dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; presiden ke-44 AS, Barack Obama; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; presiden ke-24 Perancis, Francois Hollande dan penyanyi terkenal, Usher.
"Siapa yang tak kenal @superstarrajini ? Gembiar dapat bertemu superstar itu secara peribadi hari ini," kata Najib melalui Twitternya sekali lagi petang ini.

RUU355 kekal mainan politik Umno

Keputusan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak membentangkan sendiri cadangan pindaan kepada Akta 355 untuk menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah adalah pukulan maut kepada sebarang usaha untuk menghidupkan usul itu.
Saya telah menulis dengan panjang lebar tahun lepas menerangkan Peraturan Dewan 49 yang secara jelas menyebut bahawa sebarang rang undang-undang (RUU) persendirian, jika pun dibenarkan dibaca, dibahas dan menang undian di Dewan Rakyat, tidak akan pergi ke peringkat yang lebih jauh.
Kecualilah kerajaan bersetuju untuk menerima cadangan RUU itu dan diambil alih untuk dibentangkan semula di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua.
Ini bermakna, seperti yang saya tegaskan berkali-kali, kuasa sebenar untuk memperkasakan Mahkamah Syariah terletak di tangan Najib sebagai perdana menteri.
Di tangan Najib
Dalam keadaan RUU persendirian yang dibawa ahli Parlimen Marang itu dipulangkan kembali kepada beliau, kesemua keputusan bersabit kebenaran pembentangan dan diluluskan terletak di tangan Najib seperti berikut:
1. Keputusan untuk menukar aturan mesyuarat supaya semua akta kerajaan yang disenaraikan lebih awal digugurkan untuk memberi laluan kepada pembacaan RUU persendirian ahli Parlimen Marang terletak di tangan Najib kerana urusan kerajaan perlu disudahkan terlebih dahulu sebelum RUU persendirian boleh dibaca.
2. Keputusan untuk melangkah giliran untuk mendahulukan pembacaan RUU persendirian ahli Parlimen Marang mengatasi semua urusan kerajaan yang telah disenaraikan lebih awal (seperti yang pernah berlaku sebelum ini) juga keputusan Najib sebagai ketua kerajaan.
3. Jika pun (1) atau (2) dibenarkan untuk membolehkan RUU persendirian ahli Parlimen Marang dibaca, dibahas dan diundi, keputusan untuk mengarahkan ahli parlimen Barisan Nasional menyokong RUU persendirian itu adalah keputusan Najib.
4. Jika pun (1) atau (2) dibenarkan dan Najib bersetuju mengarahkan ahli parlimen Barisan Nasional menyokong RUU persendirian itu (seperti (3), keputusan sama ada kerajaan akan mengambil alih cadangan pindaan itu untuk dibentangkan kembali bagi bacaan kedua adalah keputusan Najib.
Nasib pembentangan Akta 355
Akhirnya, jika pun Najib boleh bermain politik dengan membenarkan (1), (2) dan (3), saya yakin cadangan RUU persendirian ahli Parlimen Marang itu akan terhenti di peringkat bacaan pertama (setelah pengundian dibuat) kerana Najib tidak mungkin akan bersetuju mengambil alih cadangan pindaan tersebut untuk dibentangkan kembali sebagai rang undnag-undang kerajaan (seperti kehendak peraturan Dewan).
Saya begitu pasti kerana jika benar Najib ikhlas, sudah tentu beliau meneruskan janjinya yang dibuat di perhimpunan agung UMNO yang lalu bahawa pihak Umno (dan kerajaan Persekutuan) sendiri yang akan membentangkan perkara ini dan melalui proses Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat.
Kalau kerajaan Persekutuan menolak untuk membentangkannya pada bacaan pertama dan dipulangkan kepada ahli Parlimen Marang yang tertakluk kepada semua keputusan Najib bagi kelulusan di peringkat (1), (2) dan (3) di atas, kenapa pula di langkah (4), tiba-tiba Najib akan mengambil alih RUU persendirian itu.
RUU355 strategi politik Umno

RUU355: Hadi kata PAS tidak terkesan

PAS langsung tidak terkesan dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.
Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, keputusan Najib itu dilihat sebagai satu persetujuan untuk beliau membentangkannya sebagai rang undang-undang persendirian.
"Mengikut Perintah Tetap Parlimen, RUU355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 ini boleh dibentang dan dibahaskan selepas urusan kerajaan, namun kerajaan boleh memberi peluang untuk ia dibentangkan pada bila-bila masa.
"Justeru, saya menyeru semua ahli parlimen beragama Islam untuk menyokong pindaan RUU355, manakala yang bukan beragama Islam mestilah menghormati perlembagaan negara.
"Perlembagaan mengatakan ini adalah hal berkaitan Islam sahaja," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di Marang, hari ini.
Abdul Hadi juga dilaporkan akur bahawa keputusan untuk membentang dan membahaskan RUU355 adalah hak mutlak Speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata, PAS sedia menghadapi apa juga rintangan dan halangan dalam membentangkan RUU355 kerana ini adalah kewajipan.

RUU 355: Kembalikan fungsi jawatankuasa teknikal pelaksanaan syariah


Jamzuri ArdaniJamzuri Ardani
Kerajaan digesa mengaktifkan kembali peranan jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah di peringkat kebangsaan sebagai langkah berkesan dan berwibawa untuk memperkasakan mahkamah syariah.
Ini ekoran pelbagai masalah dan kontroversi yang dihadapi bagi meminda Akta 355, kata Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani.
Menurutnya, usaha memperkasa mahkamah syariah memerlukan inisiatif baharu yang lebih berwibawa ekoran keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang 355 (RUU 355) yang menyukarkan lagi usaha mendapatkan kelulusan anggota Parlimen.
Beliau menmbah, inisiatif untuk terus mengemukakan usul RUU 355 di Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai nilai legislatif apabila BN memutuskan ia kekal sebagai RUU persendirian.
Oleh itu, Jamzuri menyarankan Pas supaya menarik semula usul tersebut bagi memberi laluan terhadap inisiatif baharu yang lebih berwibawa bagi memperkasakan mahkamah syariah.
"Cara yang terbaik buat masa ini adalah untuk pihak kerajaan mengaktifkan semula peranan jawatankuasa teknikal bagi membincang, mencadang dan seterusnya berjumpa dengan semua parti-parti politik supaya pandangan yang komprehensif dan inklusif dapat diambil kira.
"Kemudian pihak Kabinet perlu mengemukan semula cadangan baru ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat perkenan.

Bersatu dakwa RUU355 tragedi yang ada wasal dan waqaf

Zahid minta ahli Pas perhatikan Abdul Hadi, Hashim Jasin, Takiyudin Hassan, Nik Amar, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Idris Ahmad dan Dr Zuhdi.Zahid minta ahli Pas perhatikan Abdul Hadi, Hashim Jasin, Takiyudin Hassan, Nik Amar, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Idris Ahmad dan Dr Zuhdi.
Ahli Majlis Tetinggi Bersatu, Zahid Mat Arip menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada tekanan BN untuk tidak membentang RUU355 sebagai satu tragedi, dalam dua wajah, wasal dan waqaf.
Wasal adalah bersambung dalam pengajian al Quran manakala waqaf adalah berhenti.
"Wakaf... Najib tidak boleh kuasai BN. Terpaksa tunduk kepada parti komponen lain.
"Najib juga berjaya alihkan beban Zahid yang berkokok siang malam, dia sendiri akan bawa usul ini ke Parlimen.
"Jelas sekali keputusan ini menunjukkan peranan Zahid umpama tukang cuci tahi Najib," kata bekas exco pemuda Umno itu.
Dalam satu segi pula, katanya, yang wasalnya adalah Najib berjaya permain-mainkan Pas dan Pas tunduk tidak boleh berbuat apa-apa.
"Najib berjaya permain-mainkan Pas manakala Pas pula tunduk, takut dan bisu, tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.
Bagi beliau, RUU355 ini perjuangan Pas yang maha besar.
"Sehingga tertutup mulut mereka dari bercakap isu IMDB, SRC dan RM2.6 bilion. Begitu juga soal kependudukan dan kebanjiran pendatang dari tanah besar China yang bakal menghuni negara kini.
"Ini ini pun Pas tidak pernah sentuh dan nak usik," kata beliau.
Lebih malang lagi, katanya, presiden Pas sanggup berlakun depan rakyat dan penyokong kononnya sanggup bertanding lawan BN.
"Tetapi dalam masa sama mereka berpakat dengan Umno dan BN jadikan pertandingan tiga penjuru untuk pastikan undi pembangkang berpecah dan BN menang," katanya.
Zahid melahirkan rasa simpati kepada penyokong Pas di bawah dengan mainan pemimpin mereka.
"Himpunan RUU35, menteri dan Umno pun hadir. Dengan keputusan Dewan Tertinggi BN ini, saya cadang Hadi buat himpunan lagi tetapi pakai baju hitam tanda sedih," kata Zahid sinis.
Menjelang muktamar ini, Zahid menyeru ahli-ahli Pas memerhatikan lapan pemimpin mereka.
"Saya seru perwakilan Pas supaya perhatikan Abdul Hadi, Hashim Jasin, Takiyudin Hassan, Nik Amar, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Idris Ahmad dan Dr Zuhdi.
"Saya yakin lapan pemuka Pas ini sedang rancang bagaimana nak jelaskan isu ini dan tipu ahli Pas di bawah.

RUU 355: Pemimpin Pas perlu terima hakikat ditipu, usah bohongi ahli

Usul pindaan Akta 355 timbulkan polemik yang tidak berkesudahan.Usul pindaan Akta 355 timbulkan polemik yang tidak berkesudahan.
Para pemimpin Pas perlu menerima hakikat telah diperdaya Umno dalam isu pindaan Akta 355 dan tidak terus membohongi ahli kononnya keengganan kerajaan BN untuk membentangkan RUU 355 tidak menjejaskan usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan berhubung keputusan kerajaan BN itu, Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani menasihati para pemimpin Pas agar tidak terus memainkan sentimen rakyat.
"Kenyataan Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi bahawa keengganan BN untuk membentang RU355 tidak menjejaskan usaha parti itu untuk memperkasa Mahkamah Syariah adalah satu pembohongan.
"Keengganan BN untuk bentang RUU 355 (Rang Undang-undang 355) sangat menjejaskan usaha meminda Akta 355. Ini kerana, MP Marang hanya boleh kemuka usul sahaja," jelas beliau.
Menurutnya, walaupun usul RUU 355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas diluluskan di Parlimen, ia masih perlu dibentangkan wakil kerajaan di Dewan Rakyat untuk proses penggubalan.
"Apabila kerajaan enggan bentang, maknanya usul itu tidak bermakna dan sia-sia dari sudut legislatif. Terimalah hakikat anda telah ditipu dan usaha ini telah terkandas di tengah jalan. Berhentilah memainkan sentimen rakyat," ujar Jamzuri.
Nik Abduh baru-baru ini menyifatkan keputusan kerajaan BN untuk tidak membentangkan RUU355 tidak menjejaskan usaha Pas.
"Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal PAS," tulisnya di laman facebook.
Mengulas isu yang sama Nasrudin menyifatkan keputusan BN itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak Pas dan menganggap situasi "kekal pada format asal".
"Sememangnya Ahli Parlimen Pas sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen.
"Hanya beza jika kerajaan BN bentang maka ia menjadi bill kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika Pas yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu rang undang-undang persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan," katanya yakin.

RUU355 kekal mainan politik Umno walaupun dibentang di Parlimen

Rafizi RamliRafizi Ramli
Rang Undang-undang 355 (RUU 355) kekal menjadi mainan politik Umno walaupun dibenar bentang di Dewan Rakyat melalui RUU persendirian ahli parlimen Marang kerana kuasa sebenar untuk memperkasakan mahkamah syariah sebenarnya terletak di tangan perdana menteri.
Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, pegumuman Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan membentangkan cadangan pindaan kepada Akta 355 untuk menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah adalah 'pukulan maut' kepada sebarang usaha untuk menghidupkan usul itu.
"Saya telah menulis dengan panjang lebar tahun lepas menerangkan Peraturan Dewan 49 yang secara jelas menyebut bahawa sebarang rang undang-undang persendirian, jika pun dibenarkan dibaca, dibahas dan menang undian di Dewan Rakyat, tidak akan pergi ke peringkat yang lebih jauh kecualilah kerajaan bersetuju untuk menerima cadangan RUU itu dan diambil alih untuk dibentangkan semula di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Oleh itu, jelas beliau, kuasa sebenar untuk memperkasakan Mahkamah Syariah terletak di tangan perdana menteri kerana keputusan bersabit kebenaran pembentangan dan kelulusan RUU persendirian itu terletak di tangan Najib.

Menurut Rafizi, keputusan untuk menukar aturan mesyuarat supaya semua akta kerajaan yang disenaraikan lebih awal digugurkan bagi memberi laluan kepada usul RUU 355 diputuskan perdana menteri kerana menurut kebiasaan, urusan kerajaan perlu disudahkan terlebih dahulu sebelum RUU persendirian boleh dibaca.
"Keputusan untuk melangkah giliran untuk mendahulukan pembacaan RUU persendirian YB Marang mengatasi semua urusan kerajaan yang telah disenaraikan lebih awal (seperti yang pernah berlaku sebelum ini) juga keputusan Dato' Seri Najib sebagai ketua kerajaan," ujarnya.
Malah tambah beliau, jika  RUU persendirian ahli parlimen Marang itu dibaca, dibahas dan diundi, keputusan untuk mengarahkan ahli parlimen BN menyokong RUU persendirian itu dibuat perdana menteri.
Jika perdana menteri bersetuju mengarahkan ahli parlimen BN menyokong RUU persendirian itu, Rafizi yakin proses pembentangan semula bagi bacaan kedua juga akan diputuskan Najib.
Rafizi berpendapat, perdana menteri tidak akan membenarkan cadangan pindaan tersebut dibentangkan bagi bacaan kedua kerana beliau gagal menepati janji untuk mengambil alih pembentangkan RUU 355 itu.
Naib Presiden PKR itu yakin RUU355 kekal menjadi permainan politik Umno untuk memastikan berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

RUU355: PAS makan umpan politik UMNO, wujudkan pertembungan 3 penjuru

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kesungguhan UMNO yang sebelum ini mahu mengambil alih usul persendirian  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akhirnya menemui jalan buntu.
Usul yang lebih dikenali sebagai RUU355 itu kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terus kekal menjadi mainan politik UMNO apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ‘tidak jadi’ membentangkannya di Parlimen.
“Keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak membentangkan sendiri cadangan pindaan kepada Akta 355 bagi menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah adalah pukulan maut (“total knock-out/TKO”) kepada sebarang usaha untuk menghidupkan usul itu.
“RUU355 kekal permainan politik UMNO untuk memastikan berlaku pertembungan 3 penjuru dalam PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, keikhlasan Najib untuk membentangkan usul itu malah boleh dipersoal.
Ini kerana kuasa sebenar untuk memperkasakan Mahkamah Syariah terletak di tangan Najib Razak sendiri selaku Perdana Menteri.
Jelasnya dalam Peraturan Dewan 49, ia jelas menyebut bahawa sebarang rang undang-undang persendirian walaupun pun dibenarkan dibaca, dibahas dan menang undian di Dewan Rakyat, ia tidak akan pergi ke peringkat yang lebih jauh.
“Kecuali Kerajaan sendiri bersetuju untuk menerima cadangan RUU itu dan diambil alih untuk dibentangkan semula di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua,” ujar beliau.
Katanya jika Najib benar-benar ikhlas untuk membentangkan usul Hadi tersebut, beliau sudah tentu akan meneruskan janjinya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa pihak Umno (dan Kerajaan Persekutuan) sendiri yang akan membentangkan perkara ini dan melalui proses Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat.
“Sama ada RUU355 dibenarkan dibentang atau tidak, saya telah buat pendirian kerana telah cukup maklumat dengan menilai keikhlasan Datuk Seri Najib dalam hal ini.
“Bentanglah secepat mungkin supaya kita boleh kembali kepada isu-isu rakyat yang lebih tinggi keutamaannya untuk diselesaikan berbanding permainan politik UMNO ini,” katanya lagi.
Sentimen kaum dan agama, senjata politik UMNO
Menyifatkannya sebagai senjata politik UMNO, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming pula berkata kontroversi melibatkan usul Presiden PAS itu telah digunakan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada isu sebenar yang sedang melanda negara.

Dua MP DAP tinjau rumah Speaker Dewan Rakyat

'Beri RM1.4 juta, saya bina banglo baru untuk Pandikar' - MP DAP

Jangan Sakiti Hati Guru Kami..!!

Mukhriz Tun Mahathir- Singkir Najib Razak Jom Selamatkan MALAYSIA

Muhyiddin Yassin: Singkir Najib Razak Jom Selamatkan Malaysia

RUU355 - Kita Akan Hadapi Halangan Dan Kita Kenal Siapa Yang Menghalang Kata Hadi

Pandikar: Laluan RM1.4j ke rumah rasmi tiada kaitan saya

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pembinaan laluan alternatif bernilai RM1.4 juta ke kediaman rasminya tidak ada kena mengena dengan beliau.
Pembinaan jalan itu adalah hak kerajaan, kata beliau dengan memetik laporan The Star.
"Itu bukan rumah saya. Ia milik kerajaan," jelasnya.
"Jadi jika kerajaan fikir sepatutnya ada jalan masuk ke rumah itu, mereka bina jalan raya.
"Ia tidak ada kena mengena dengan saya. Ia seperti bangunan di Putrajaya. Ianya dibina oleh kerajaan. Tidak ada apa-apa kaitan dengan perdana menteri," tambahnya.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos berkenaan termasuk kerja-kerja saliran, pos keselamatan, pagar elektronik, sistem keselamatan, lampu jalan serta kerja-kerja berkaitan.
"Jumlah kos pembinaan laluan alternatif ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat di No 3, Jalan Tunku, Kuala Lumpur adalah RM1.4 juta," katanya.
Fadillah mengulas kenyataan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang mempersoalkan kos pembinaan untuk membina dinding baru dan kerja-kerja menaik taraf jalan raya menuju ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat.
Semalam, dua ahli parlimen DAP menyatakan hasrat mereka untuk melawat kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta itu dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata matlamatnya adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar tersebut adalah wajar.

Mansuhkan SOSMA

Sidang Dewan Rakyat kali ini, sekali lagi menyaksikan Menteri Dalam Negeri memasukkan satu usul untuk meneruskan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali dengan SOSMA.
Usul tersebut berbunyi seperti berikut :
“Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan menurut sub-seksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5), Akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 31 Julai 2017”
Usul ini adalah selaras dengan Seksyen 4 (11) Akta iaitu untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua Majlis Parlimen untuk meneruskan kuat kuasa Seksyen 4 (5) Akta bagi tempoh 5 tahun lagi bermula 31 Julai 2017.
Untuk makluman semua Ahli Parlimen dan seluruh masyarakat awam, Seksyen 4 (5) SOSMA memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk siasatan selama tempoh tidak lebih 28 hari. Penahanan selama 28 hari ini adalah atas kuasa pihak polis semata-mata yang tidak memerlukan seseorang yang disyaki dibawa ke Mahkamah untuk perintah tahanan reman. Selama tempoh penahanan 28 hari ini, orang yang disyaki akan melalui pelbagai proses siasatan yang memeritkan.
Tanggungjawab Ahli Parlimen
SOSMA ini telah digubal oleh Parlimen Malaysia pada tahun 2012 atas alasan menangani kes-kes keganasan.
Pada 16 April 2012 Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Pekan Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (rujuk muka surat 5 – 6 Penyata Rasmi Dewan Rakyat D.R 16.04.2012), menyatakan dengan jelas seperti berikut :
Di bawah pindaan undang-undang ini, aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen ditafsir sebagai satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan perlembagaan. Secara mudahnya, jika ada mana-mana rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan atau parti politik berhajat merubah teras asas memerintah negara iaitu Demokrasi Berparlimen kepada misalnya pemerintahan yang bersifat teokratik, mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan Persekutuan yakni melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat. Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri.
Adalah amat jelas Perdana Menteri Malaysia yang juga dikenali sebagai ‘Malaysia Official 1’ menyatakan bahawa aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen ditafsir sebagai satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan perlembagaan.
Kesalahan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen diperuntukkan pada Seksyen 124B, 124C, 124D, 124E, 124F dan 124J Kanun Keseksaan. Setelah hampir 5 tahun SOSMA berkuatkuasa sudah ramai warganegara Malaysia ditahan untuk siasatan dan didakwa melalui SOSMA ini.
Sebelum ini selain daripada orang awam biasa yang tidak dikenali ditahan melalui SOSMA ini, terdapat juga beberapa kes tangkapan dan penahanan yang klasik seperti penahanan beberapa aktivis masyarakat yang terlibat dengan BERSIH. Antaranya, Maria Chin Abdullah yang telah ditahan polis di bawah peruntukkan Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu percubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Kenapa Puan Maria Chin ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan? Apakah keganasan yang beliau lakukan? SOSMA hanya digunakan bagi tindakan keganasan. Itu suatu janji daripada Perdana Menteri ketika membentangkan akta tersebut. Tidakkah Polis dan Peguam Negara tahu dan faham segala peruntukkan dan tujuan penggubalan akta ini?
Tindakan polis menangkap dan menahan Maria Chin dan beberapa orang lain yang telah dilepaskan ialah suatu tindakan yang bercanggah dengan akta dan Perlembagaan. Sekarang Maria Chin sudah dibebaskan.
Terbaru seorang penuntut Ijazah Sarjana Usuluddin di Universiti Malaya bernama Siti Noor Aishah telah ditahan semula mengikut SOSMA walaupun setelah dibicarakan atas kesalahan yang sama di bawah akta yang sama, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.
Siti Noor Aishah telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi kerana memiliki buku-buku yang didakwa mempunyai unsur keganasan. Selepas perbicaraan selesai, Mahkamah Tinggi telah membebaskan beliau atas alasan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka.
Malangnya Siti Noor Aishah sekarang ditahan semula kerana pihak pendakwaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Ini prosedur biasa di dalam SOSMA. Apabila seseorang didakwa bagi kesalahan keganasan yang dibicarakan melalui SOSMA, orang yang disyaki tidak boleh diikat jamin sehingga selesai perbicaraan. Jika selesai perbicaraan, beliau dilepaskan dan dibebaskan, pihak pendakwaan boleh memohon kepada Mahkamah supaya orang itu ditahan semula sehingga proses rayuan selesai. Ini suatu proses yang gila. Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan tetapi boleh ditahan semula jika ada rayuan. Apa guna pembebasan jika boleh ditahan semula.
Nyata, jelas lagi terang bahawa SOSMA ini suatu perundangan yang gila. Membaca buku sahaja sudah dikira pengganas.

Bolehkah Perdana Menteri beri jaminan RUU355 tidak akan dibentangkan di Parlimen?

GEORGE TOWN, 30 MAC: Adakah UMNO-Barisan Nasional (BN) akan mengubah keputusannya semalam berhubung RUU355 dengan membiarkan Speaker Dewan Rakyat memberikan keutamaan untuk usul itu dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini?
Persoalan itu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana katanya sejarah telah membuktikan bahawa UMNO-BN sering mengubah pendiriannya dan tidak menunaikan janjinya kepada rakyat.
“BN ada sejarah ‘flip-flop’. Seperti janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu menghapuskan Akta Hasutan. Dan seperti isu hudud, sebelum pilihan raya umum 2013, Najib menegaskan bahawa hudud tidak sesuai dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
“Bagaimanapun Najib enggan mengambil pendirian itu apabila mula menjalinkan hubungan dengan PAS. Sebaliknya dia menunjukkan sokongan BN (terhadap RUU 355).
“Ia berpunca daripada pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan mengambil alih RUU355, yang mana kononnya akan dibentangkan oleh Zahid sendiri di Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Dewan Tertinggi BN, sebulat suara memutuskan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan RUU355 atau usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen.
Dengan keputusan itu, RUU355 kekal sebagai usul persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan sama ada Najib boleh memberikan jaminan bahawa RUU355 tidak akan diberikan keutamaan dan mengarahkan Speaker agar tidak membenarkan ia dibentangkan di Parlimen.
“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan keputusan BN oleh Najib semalam itu seolah-olah tiada erti,” katanya.

Adakah kerjasama PAS - PKR berakhir di Alor Setar?

TWEET ‘lebai’ Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai dituju kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menambah satu lagi lagi episod yang gerhanakan hubungan partinya dengan PAS.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Azmin itu bukanlah suatu yang mengejutkan sangat malah bukan kali pertama beliau bersikap kontroversi melalui Twitter seperti itu.
Mungkin masih ramai yang ingat beliau pernah dikecam ahli partinya sendiri selepas Pilihan raya Umum ke-13 apabila mengkritik himpunan black out 505 yang tempiasnya turut terkena batang hidung Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.
“Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal”. Begitulah antara kenyataan yang dikeluarkan dalam Twitter miliknya.
Menteri Besar Selangor itu juga sebelum ini pernah menyindir melalui Twitternya dengan berkata “Nak Jadi Pengemis Jawatan Exco Ke” yang dipercayai ditujukan kepada seorang Adun di dalam parlimen Gombak.
Justeru, perkara lebih besar perlu dilihat khususnya oleh ahli PAS dalam isu ini ialah hala tuju hubungan dengan KeADILan yang sudah terjalin lebih 17 tahun lalu. Tanpa sindiran Azmin itupun sememangnya hubungan PAS dan KeADILan ketika ini sedang melalui fasa yang amat kritikal.
Desakan ahli-ahli PAS akar umbi supaya kerjasama antara kedua pihak diputuskan semakin ketara disuarakan melalui Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang sedang berlangsung di seluruh negara ketika ini, sama ada melalui usul secara jelas mahu kerjasama dibatalkan atau melalui usul mendesak PAS meletakkan calon di kerusi-kerusi Dun atau parlimen yang sebelum ini ditandingi oleh KeADILan – yang juga membawa kepada maksud tidak berminat lagi bekerjasama dengan parti itu.
Malah beberapa kawasan juga sudah memperlihatkan lebih awal lagi tiada kerjasama berlaku antara kedua pihak atau tidak mengadakan program bersama. PAS kawasan Kuantan misalnya telah lama menurunkan bendera-bendera KeADILan yang sebelum ini berkibar bersebelahan dengan bendera bulan di markas-markas PAS ekoran kelantangan pimpinan parti KeADILan di situ mengkritik PAS secara terbuka.

Hubungan Pas, PKR 'masam-manis' - Mohd Amar

KOTA BHARU: Pas mendakwa terdapat dua kelompok dalam Parti Keadilan Rakyat  (PKR) di mana satu kelompok menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) manakala satu lagi menyokong Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kelompok yang menyokong Amanah ini dilihat cuba memecahbelahkan ‘tahaluf siyasi’ dengan mengkritik Pas di ceramah Pakatan Harapan termasuk berkongsi pentas dengan Amanah dan DAP.

Katanya, kelompok inilah yang menjadi masalah dan sering menyerang Pas.

“Dalam PKR ada dua kelompok, yang cenderung kepada Amanah datang ke Kelantan berceramah menghentam Pas secara terbuka.

“Golongan inilah yang menimbulkan masalah dalam hubungan. Datang Kelantan, serang kerajaan negeri Pas, tak betul caranya. Sebab bila kita sudah jelas, hubungan kita kekal sehingga muktamar,” kata Mohd Amar.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri petang tadi, Mohd Amar berkata sikap kelompok itulah menyebabkan penyokong dan ahli Pas tidak senang hati sehingga timbul usul dari Pas kawasan supaya memutuskan ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR.

Pas, katanya, tidak membuat kenyataan negatif terhadap PKR, bahkan tetap memelihara hubungan baik berdasarkan kerjasama politik yang terjalin.

Ketika ditanya hubungan Pas dan PKR pada masa ini, Mohd Amar memberikan reaksi hubungan Pas dan PKR umpama masam-masam manis.

“Hubungan Pas dan PKR ini masam manis -- ada masa manis, ada masa masam. Tengah masam-manis,” katanya lagi.

Berhubung kedudukan kerusi yang dipinjamkan kepada PKR Kelantan, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan menjelaskan perkara tersebut belum dibincangkan.

Katanya kerusi yang ditandingi PKR di Kelantan dipinjamkan oleh Pas atas dasar tahaluf siyasi yang terjalin.
Menurutnya, istilah pinjam digunakan kerana sebelum ini kerusi berkenaan ditandingi oleh Pas yang kemudian dipinjamkan kepada PKR.

Najib umum kerajaan tidak akan bentang usul RUU 355, Najib nafi cenderung sokong

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam, memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen selaras dasar dan amalan konsensus gabungan itu.
“Justeru Rang Undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan,” kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini.
Perdana Menteri juga menyerahkan usul Abdul Hadi Awang itu kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Kalau Speaker memutuskan ia dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Speaker juga akan memutuskan peraturan berhubung RUU tersebut,” katanya.
Ditanya adakah keputusan ini bermaksud ahli Parlimen BN tidak akan menyokong RUU berkenaan apabila ia dibentangkan atau mereka boleh mengundinya, Najib berkata: “Mungkin ada atau tidak ada undian. Bergantung kepada peraturan Speaker untuk memutuskannya,” katanya.
Mengenai Umno dilihat cenderung kepada RUU tersebut, Najib bagaimanapun menafikannya.
“Tidak, kita semua percaya mengenai semangat dasar konsensus. Begitulah cara BN,” katanya.

‘ALLAH, rakyat jadi saksi’ - Naib Presiden PAS

Idris Ahmad KUALA LUMPUR -  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi peluang berhujah secara ilmiah dan demokrasi berhubung isu pindaan RUU Akta 355.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, langkah itu dapat memberi pencerahan kepada pihak yang takut dan ragu berhubung pindaan RUU 355 tersebut.

“Semoga ALLAH memberi laluan untuk Pas membentangkan RUU 355 dalam sesi Parlimen kali ini,” katanya.
Katanya, Pas  menjalankan tanggungjawab ummah memperjuangkan RUU 355 ini.
“ALLAH SWT dan rakyat (akan) menjadi saksi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan BN membentangkan RUU itu mengukuhkan kebenaran agar Pas membawanya sendiri di Parlimen.
“Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang wakil rakyat Umno di Dun Kelantan sebelum ini, hanya Pas yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu," katanya.

‘SEKARANG APA MACAM?!’ KHAIRUDDIN TANYA HAJI HADI AWANG, NIK ABDUH, HAJI HASHIM JASSIN SERTA BEBERAPA ORANG LAGI TOKOH TERNAMA PAS


SAYA DAH KATA JANGAN PERCAYA PARTI NAJIB DAN BARISAN NASIONAL!!
Dari awal lagi saya dah kata pada PAS jangan percaya pada parti najib dan BN kerana mereka kaki penipu serta cakap berbelit-belit!!
Baru-baru ini timbalan perdana menteri mengesahkan kerajaan kleptokrasi membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu.
Konon kata dato seri zahid hamidi bahawa perdana menteri komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa ganggu gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.
Apakah parti najib dan BN berani mengambil risiko untuk membentangkan RUU 355 di saat semua komponen BN telah memberi amaran bahawa mereka kemungkinan keluar dari gagasan BN sekiranya rang undang-undang ini dibentangkan oleh kerajaan kleptokrasi!!
Yang paling mulut celupar menentang keras pembentangan RUU 355 adalah parti MCA!! Tetapi yang menghairankan saya puak kaki bodek minda lemah otak udang umno tidak melabel MCA sebagai parti perkauman pulak?!
Yang selalu dipersalahkan oleh puak umno bangang ialah DAP!! Sebenarnya yang menjaga orang-orang melayu serta kesucian agama islam secara terbaik mungkin di pulau pinang adalah parti DAP.
Saya tahulah kerana berasal dari pulau pinang.
Sekarang saya nak tanya haji hadi awang, nik abduh nik aziz, haji hashim jassin serta beberapa orang lagi tokoh ternama PAS; apa macam?!
Hj hadi awang nak lihat apa lagi?! Nak lihat draf apa lagi?! Apa yang hj hadi awang kata PAS tak anggap itu muktamad?!
Perdana menteri paling korup sudah kata dewan tertinggi BN telah memutuskan kerajaan kleptokrasi tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.

Apakah Hadi bakal disingkir ala Asri tahun 1982?

Bekas pemimpin kanan PAS Nakhaie Ahmad berkata kalau bukan kerana Amanah, senario itu boleh berlaku kerana ramai ahli PAS yang tidak senang dengan presiden PAS ketika ini.
Nakhaie-Ahmad-awanghadi-pasPETALING JAYA: Presiden PAS mungkin tidak akan melalui jalan mudah pada muktamar yang diadakan bulan depan, menurut seorang veteran gerakan Islam tempatan yang pernah aktif dalam kepimpinan tertinggi parti itu pada era 1980-an.
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, bekas naib presiden PAS yang melakukan kejutan dengan menyertai Umno pada 1989, berkata apa yang berlaku pada muktamar 1982 boleh kembali menghantui Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ada ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk kepimpinan tertinggi yang semakin mesra Umno.
“Saya percaya ada yang akan bangkitkan soal kecelaruan dalam PAS. Itu yang akan muncul. Ada ahli PAS yang tidak senang dengan keadaan apabila PAS ditipu, diumpan dan dipukul Umno,” kata Nakhaie, yang meninggalkan Umno pada 2014 kerana kecewa dengan arah perjuangan parti Melayu itu.
Pada 1982, presiden PAS ketika itu, Dr Mohd Asri Muda, meletak jawatan selepas Pemuda PAS memberontak secara terbuka ketika menyampaikan ucapan dasar pada muktamar yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ia selepas Asri mula berselisih dengan pimpinan PAS Kelantan ketika itu, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, susulan kejatuhan kerajaan PAS pada pilihan raya umum 1978.
Pemberontakan terbuka pada muktamar 1982 menyaksikan laungan “Murakbar Asri”. Asri yang pernah membawa PAS ke dalam Barisan Nasional pada 1973 akhirnya berundur pada hari kedua muktamar, bersama-sama isterinya yang juga mengetuai sayap wanita PAS, Dewan Muslimat.
Nakhaie berkata, perwakilan PAS harus mengambil contoh apa yang berlaku terhadap Asri.
Tetapi ia bergantung kepada sama ada masih wujud ahli PAS yang berani mempersoalkan Hadi yang membawa PAS semakin hampir dengan Umno sejak penyingkiran beberapa pemimpin “progresif” pada muktamar 2015.
“Kepimpinan dan kebijaksanaan Hadi benar-benar dipersoal. Jika ada perwakilan berani, akan ada yang bangkit dan mempersoalkan dan kepimpinan Hadi,” kata Nakhaie dalam wawancara bersama FMT.
Nakhaie merupakan pemimpin kanan PAS yang keluar parti Islam itu pada kemuncak populariti PAS di sebalik krisis dalaman Umno, yang menyaksikan PAS menjalinkan kerjasama dengan parti serpihan Umno, Semangat 46, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada pilihan raya umum 1990, PAS menawan semula Kelantan selepas 12 tahun di bawah pemerintahan BN.
Hadi selamat kerana Amanah

Tangguh melombong bauksit tapi tanah dikorek hingga ke malam


Fuziah SallehFuziah Salleh
Tempoh moratarium (penangguhan) baru perlombongan bauksit yang diumumkan kerajaan tidak membawa sebarang makna jika perlombongan bauksit secara haram tidak dibanteras dan stokpile bauksit sedia ada tidak menyusut.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh juga kesal kerana sepanjang 15 bulan tempoh moratarium dikuatkuasakan sebelum ini, jumlah stokpile di 12 lokasi tidak banyak menyusut sedangkan lori tidak henti-henti membawa bauksit dan berbaris di jalan raya.
Malah aktiviti mengorek bauksit, katanya berterusan hingga ke malam hari.
Fuziah mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kelmarin berhubung lanjutan moratorium ke atas industri bauksit selama tiga bulan bertujuan membersihkan 2.15 juta tan baki stokpile bauksit.
"Selama tempoh moratorium 15 bulan sebelum ini jumlah stokpile dari 12 lokasi hanya menyurut sebanyak 3.25 juta ton, sedangkan lori tidak henti-henti bawa bauksit dan sudah mula berbaris semula di jalan raya serta aktiviti mengorek bauksit berterusan di malam hari.
"Saya khuatir keadaan ini akan menjadi lebih gawat sekiranya pihak kerajaan negeri tidak mengambil tindakan," kesal beliau.
Menurut Fuziah, walaupun menteri menjelaskan bahawa AP Khas adalah perlu untuk membersihkan stokpile namun kerajaan negeri Pahang tidak mengeluarkan garis panduan untuk memastikan lori-lori benar-benar membawa bauksit dari stokpile dan bukan bauksit dari perlombongan haram.
Penguatkuasaan dari kerajaan negeri juga dilihat tidak bersungguh-sungguh dan seolah-olah menutup sebelah mata dan menghalalkan aktiviti perlombongan bauksit.

Kacang lupakan kulit, AMANAH sifatkan kenyataan KSN penghinaan kepada kakitangan awam

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsah dinasihatkan agar bekerja lebih masa dan fokus untuk bertindak lebih tegas terhadap isu-isu penyelewengan, salah guna kuasa dan budaya rasuah yang sedang membarah dalam perkhidmatan awam negara.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata, Ali tidak perlu bertindak keterlaluan terhadap kakitangan awam yang mungkin berbeza pandangan dengan pegangan politik beliau dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kakitangan awam juga berhak memberikan pandangan mereka seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ali semalam yang mengingatkan seluruh kakitangan awam agar tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit atau terpengaruh dengan pihak yang tidak bertanggungjawab memburukkan kerajaan.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada kakitangan awam yang memberikan jasa yang besar kepada kerajaan.
“Paling ketara apabila beliau mutakhir ini gemar mengeluarkan kenyataan seperti orang politik yang berbaur ugutan terhadap kakitangan awam supaya jangan seperti kacang lupakan kulit.
“Tindakan ini adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya kepada penjawat awam yang telah memberikan jasa besar kepada negara,” katanya.