Khamis, 30 Mac 2017

'Macam mana 1MDB nak bayar baki hutang RM40b?'

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta perdana menteri menjelaskan bagaimana 1MDB mahu membayar baki hutangnya yang boleh mencecah kira-kira RM40 bilion.
Kata Dr Mahathir, jumlah bayaran dibuat 1MDB bernilai hampir RM3.9 bilion.
Pada masa sama, agensi pelaburan milik kerajaan itu kini mempunyai dana bernilai RM7.07 bilion sedangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion setakat Januari 2016.
"Ia akan menjadi menarik untuk mengetahui sama ada 1MDB memiliki aset lain untuk dijual bagi mengimbangi baki hutang RM50 bilion yang boleh mencecah sehingga RM40 bilion.
"Jika tiada lagi aset, bagaimana 1MDB bercadang untuk mengumpul dana RM40 bilion ini?" kata Dr Mahathir melalui kemas kini terbaru blognya malam ini.
Hari ini Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat, 1MDB telah menjelaskan semua hutang bank dan hutang jangka pendek firma itu.
"Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai apa-apa hutang bank dan jangka pendek," katanya melalui jawapan bertulis bagi menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta beliau menyatakan angka terkini mengenai kakitangan 1MDB, aliran tunai, hutang dan aset firma itu.
Kata Najib, bayaran balik hutang 1MDB membabitkan:
  • Membayar penuh kemudahan kredit RM229.5 juta kepada Affin Bank pada 23 November 2015.
  • Menjelaskan sepenuhnya kredit siap sedia bernilai RM950 juta kepada kerajaan pada 31 Mac 2016.
  • Membayar balik kemudahan pinjaman berjangka RM2 bilion kepada Marstan Investment NV pada 8 April 2016.
  • Menjelaskan kemudahan pembiayaan berjangka AS$150 juta dengan EXIM Bank pada 15 April 2016.
"Oleh kerana pelan rasionalisasi berterusan 1MDB, tiada aset baru yang diperolehi di dalam dan di luar negara pada tahun 2015 dan 2016," katanya.
Di mana wang itu
Dr Mahathir berkata, kemungkinan 1MDB membayar hutang berkenaan menggunakan dana bernilai RM10.97 bilion yang dikumpul melalui penjualan pelbagai aset, termasuk syarikat Edra Global Energy Berhad, Bandar Malaysia dan tanah Tun Razak Exchange.
Ketika 1MDB bebas daripada hutang bank, katanya, firma terbabit masih menanggung sejumlah besar bon dan pinjaman daripada beberapa banda berkanun.
Ia termasuk dia bon bernilai AS$3.5 bilion (RM15.47 bilion) bagi pengambilalihan stesen janakuasa, bon AS$3 billon (RM13.26 bilion) daripada kerjasama dengan syarikat Abu Dhabi Malaysia Investment Company dan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Impian pinda Akta 355 'senipis kulit bawang' - Aswaja

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain, menyifatkan harapan untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen kini umpama senipis kulit bawang putih.
Katanya, kini segala mandat untuk membolehkan Akta 355 itu dipinda terletak di bahu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Kini mandat diberi kepada Tuan Speaker sama ada untuk membenarkan pembentangnya atau sebaliknya.
“Tinggal Tuan Guru Haji Hadi dan MP PAS bergelut untuk bangkit. Harapan kita kini senipis kulit bawang putih,” kata Zamihan di Facebooknya hari ini.
Semalam Najib memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU355 di parlimen.
Kata Najib, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.
Dengan ketetapan itu, status usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan tertakluk kepada pertimbangan Pandikar.
Kenyataan Najib dilihat berbeza dengan ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib berkata kerajaan akan mengambil alih usul tersebut dari PAS dan berharap semua pihak tidak mempolitikkannya.
Zamihan berkata rakyat seolah-olah percaya dengan "kenyataan berdengar-degar" pimpinan negara ketika perhimpunan RUU355 di Padang Merbok supaya kerajaan untuk membentangkan usul itu.
“Semasa Perhimpunan Agung dan Himpunan Ungu Padang Merbok yang lalu, pemimpin kita berdengar-degar mahukan kerajaan membentang usul RUU355.
“Semua rakyat marhaen percaya dan menaruh harapan tinggi. Kita sama-sama melaungkan takbir, Allahuakbar!,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengenai Akta 164 - Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) - sebagai menjejaskan anak mualaf Islam untuk merebut hak eksekutif Muslim pula dibenarkan untuk dibentangkan.
“Apa ertinya semua ini?... Realitinya, pemimpin yang lemah akidah memang tidak boleh diamanahkan untuk menjaga agama Allah. Saksikanlah Ya Allah, kami pasti bertemu-Mu di hari perhitungan,” katanya.

RUU355: Presiden Pas wajar letak jawatan secara en bloc,

Keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang meminda akta 355 adalah bukti presiden Pas telah mempermainkan umat Islam.
"Sewajarnya beliau dan seluruh ajk Pas pusat meletak jawatan secara en bloc," kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada sidang media di majlis menaikkan bendera di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu petang tadi.
Keputusan ini yang disifatkan beliau 'jalan mati' dalam episod RUU355 ciptaan ahli parlimen Marang itu dan memberi implikasi buruk kepada agama Islam.
"(Datuk Seri) Hadi (Awang) tidak boleh lari dari tanggungjawab kerosakan ini dan beliau bersama-sama jawatankuasa Pas pusat perlu meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti," katanya.
Husam bercakap dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.Husam bercakap dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.Percubaan Hadi membawa usul persendirian dalam perkara ini bertentangan dengan semua amalan mengikut lunas-lunas demokrasi di negara ini.
"Dalam Pas perkara ini telah kita bincang semasa saya jadi naib presiden lagi.
"Waktu itu kita putuskan pindaan ini hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan dan bukannya usul persendirian," katanya.
Husam turut menamakan dua orang menteri BN yang memperdayakan Pas dan umat Islam kononnya pindaan ini akan disokong oleh Umno.
"Datuk Jamil Khir Bahrom dan Datuk Ashraf Wajdi Dasuki juga perlu bertanggungjawab atas penipuan mereka.
"Mereka berdua dilihat begitu kuat menjanjikan untuk menyokong usul ahli parlimen Marang sedangkan dari pihak Umno tidak ada sebarang komitmen," katanya.
Pada majlis itu Datuk Husam, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan pimpinan Amanah negeri dan kawasan Kota Bharu menyaksikan upacara menaikkan bendera Amanah.
Upacara itu diadakan di hadapan sebuah bangunan yang dulunya digunakan sebagai pusat operasi Pas di kawasan itu.
Sebelum ini Wan Rahim, dalam satu majlis di Bunut Payung,  mengumumkan Husam sebagai baka calon Amanah di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Ia kemudiannya disahkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.

Ahmad Said yakin menang PRU14

KUALA TERENGGANU - Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yakin akan memperoleh kemenangan besar sekiranya bertanding dalam PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata, belum memutuskan sama ada ingin bertanding atau tidak.
“Saya tak nak komen lagi kalau diminta untuk terus kekal bertanding bagi kerusi Kijal, tengok keadaan, mungkin fikiran akan berubah pada bila-bila masa.
Ahmad Said yakin menang PRU14 “Namun, kalau saya bertanding di Kijal, Inshaa-ALLAH,  tiada masalah. Tetapi, kalau saya tak bertanding, calon tu kena saya pilih bagi memastikan kemenangan Umno dan BN di kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Ahmad Said berkata, calon yang dipilih mestilah berkaliber dan dipercayai bagi menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat.
“Kalau pilih calon secara suka-suka, kalau kalah saya tak tahu dan tak nak bertanggungjawab. Sebab itulah senarai nama calon kita akan tentukan, sebab saya lebih tahu dan lebih rapat dengan orang bawahan saya,” katanya.
Mengulas mengenai senarai nama calon Umno Bahagian Kemaman yang sebelum ini dikatakan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya, ia belum dimuktamadkan lagi.

Wakil rakyat mahu 'periksa' laluan RM1.4j ke rumah speaker

Dua ahli parlimen DAP akan melawat kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat esok untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta itu dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata matlamatnya adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar tersebut adalah wajar.
"Kami akan cuba memahami jenis laluan masuk sepanjang 100 meter itu, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan, serta kerja-kerja lain yang berkaitan yang bernilai RM1.4 juta itu.
"Kami juga berharap lawatan ini akan memberi beberapa jawapan, sama ada memuaskan atau tidak, kepada pengkritik projek ini," kata Lim, yang akan diiringi oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming semasa lawatan itu.
Kerja-kerja menaik taraf itu didedahkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam jawapan bertulis Parlimen kepada soalan yang dikemukakan oleh Ong.
Menurut Fadillah, kerajaan membelanjakan RM1.4 juta untuk membina laluan alternatif ke kediaman rasmi speaker Dewan Rakyat di Jalan Tunku, Kuala Lumpur.
Projek itu dimulakan pada 21 Mac tahun lalu dan mengikut perancangan, ia sepatutnya disiapkan dalam tempoh 12 bulan.
Bagaimanapun, setakat ini projek itu baru 72 peratus siap berbanding 92 peratus mengikut jadual asal kerana kerja-kerja penurapan konkrit yang terpaksa dijadual semula.

RUU355: Tak timbul isu siapa bentang kata PJ Terengganu

KUALA TERENGGANU - Isu pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 oleh BN tidak seharusnya berbangkit, memandangkan mengikut pelan asal, ia sepatutnya dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Satiful Bahri Mamat Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia hanya timbul apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pembentangan itu akan dibuat pihak kerajaan pada 17 Mac lalu.
“Apa yang disebut oleh TPM, yang BN nak membawa rang undang-undang tersebut bagi pihak kerajaan. Jadi, kita pimpinan Pas sudah maklumkan, nak tengok dulu apa rang undang-undang tersebut.
“Cuma keputusan (BN semalam) supaya serah kembali pada Ahli Parlimen Marang, memanglah sebab dari awal lagi, saya rasa isu ini tidak berbangkit pun. Pembentangan RUU355 ini akan tetap diteruskan sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dun berhenti rehat di sini, hari ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN memutuskan untuk tidak membentangkan RUU355, setelah diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, malam tadi.
Keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen dan ia merupakan undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh presiden Pas.
Ketika ditanya usaha BN sebelum ini yang ingin membentangkan RUU355 itu sebagai tanda sokongan PM, beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa ia tidak diteruskan.
“Kalau kita tengok di situ, BN macam takut pada MCA dan parti komponen lain. BN pun flip flop (berdolak dalik)... sekali nak angkat, sekali tak jadi.

Tanah Melayu Semenanjung China?

 Pada dekad 1980 dan 90-an kita selalu mendengar ungkapan “penjajahan bentuk baru”.
Ketika itu, makna “penjajahan bentuk baru” selalu dikaitkan dengan “penjajahan budaya” apabila rembahan budaya Barat masuk melalui pelbagai saluran seperti rancangan TV, filem, fesyen, muzik dan sebagainya.
Sekiranya ada “penjajahan bentuk baru”, tentulah wujud “penjajahan bentuk lama”. Setiap rakyat Malaysia pasti tahu sejarah Tanah Melayu ini pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing ratusan tahun lamanya.
Kuasa asing seperti Belanda dan Inggeris datang ke Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk berniaga. Lama kelamaan barulah mereka benar-benar menjajah Tanah Melayu dan wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara.
Kita lihat bagaimana pada ketika itu, ada raja, sultan dan pembesar Melayu diugut atau dapat ‘dibeli’ dengan wang ringgit.
Selepas sekian lama barulah kita sedar betapa nilai wang ringgit yang dipakai buat beli penguasa Melayu sebenarnya bukanlah sebesar mana berbanding apa yang bangsa ini perlu korbankan.
Tahun ini genap 60 tahun Malaysia merdeka.
Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bukan mudah. Antara persetujuan penting adalah kaum pribumi di Tanah Melayu perlu juga memberikan kewarganegaraan kepada orang asing yang dibawa masuk oleh penjajah terlebih dahulu.
Sejarah mencatatkan bagaimana Temenggung Ibrahim di Johor pada awal abad ke-19 memperkenalkan sistem kangcu dengan mengizinkan kemasukan beramai-ramai buruh dari China untuk bekerja di ladang-ladang gambir dan lada hitam.
Dasar berkenaan kemudiannya turut digunapakai dengan skala lebih besar oleh Inggeris untuk membekalkan buruh ke estet mahupun lombong bijih.
Kemasukan orang China dari tanah besar di era itu bolehlah dikatakan sebagai gelombang kedua.
Dalam peringkat pertama hanyalah kehadiran Puteri Hang Li Po yang membawa bersamanya rombongan untuk berkahwin dengan Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah pada pertengahan abad ke-15.
Kehilangan Singapura
Kedatangan Hang Li Po tidak membawa sejumlah dayang dan pengawal yang berbondong-bondong sehingga memerlukan kerajaan Melayu Melaka mewujudkan satu wilayah atau pulau khas untuk menempatkan anak cucu mereka.
Kehadiran ramai orang asing yang kemudiannya beranak-penak itu juga antara latar sejarah di mana Melayu Raya kehilangan Singapura pada 1965. Sejak itu, Singapura bukan lagi dikepalai oleh pemimpin Melayu.
Perbenturan dua budaya antara kaum pribumi dengan orang asing pula tidak mudah untuk ditangani dengan sekelip mata.
Peristiwa 13 Mei 1969 antara naratif yang terpaksa dilalui dan ditangani oleh pemimpin kita apabila Inggeris sudah tidak mahu bertanggungjawab lagi ke atas apa yang dilakukan mereka dahulu.
Apa yang penting kepada mereka adalah mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada apa yang dilakukan.
Di pentas politik antarabangsa, pergeseran polisi luar antara Amerika dan Inggeris juga memberi kelebihan kepada Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.
Ekonomi Inggeris menjadi lemah selepas Perang Dunia Kedua. Atas faktor inilah maka kuasa imperialis perlu melepaskan satu persatu tanah jajahannya termasuklah di Afrika, India dan Asia Tenggara.
Usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia mulai menampakkan hasil selepas hampir setengah abad tragedi 13 Mei.
Malaysia juga cukup bernasib baik kerana tragedi berkenaan tidaklah seburuk sepertimana yang dialami di Indonesia dalam dekad yang sama sehingga mengorbankan jutaan nyawa.
Peristiwa yang dikenali sebagai tragedi “lubang buaya” itu jauh lebih dahsyat sehingga dikatakan memakan lebih tiga juta nyawa.
Tidak cocok
Hari ini kehadiran beramai-ramai orang luar tanpa kawalan yang munasabah juga membuatkan warga Inggeris menjadi rimas. Mereka merasakan ada sesuatu yang merugikan kalau dibiarkan.
Tahun lalu, majoriti warga Britain telah membuat pungutan suara untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Peristiwa itu diketahui dunia sebagai “Brexit”.
Tentulah keputusan sedemikian adalah keputusan yang sukar, terutama apabila Britain merupakan antara negara penting di dalam EU sejak 24 tahun lalu.
Kehadiran orang luar bukan sahaja membawa budaya yang tidak cocok dengan warga Britain, orang luar juga dikatakan telah mengambil peluang pekerjaan, peniagaan dan memiliki kediaman yang sewajarnya dimiliki oleh rakyat tempatan.
Krisis senyap ini juga sedang berlaku di Jakarta sejak Ahok menjadi datuk bandar. Masalah besar yang sedang dihadapi oleh warga asal Jakarta adalah kemasukan besar-besaran warga luar terutamanya dari China yang membeli kondominium mewah di sana.
Kehadiran warga China itu juga tidak begitu disenangi oleh kaum Tiong Hua Indonesia sendiri.
Orang China dari Tanah Besar tidak bercakap bahasa Indonesia, tidak makan sepertimana lazimnya orang Indonesia, dan tidak pula berdiri ketika bendera merah putih dinaikkan bersama lagu Indonesia Raya.
Laluan sutera baru
Sejak presiden Xi Jinping memperkenalkan dasar “One Belt, One Road” (OBOR) pada 2013, syarikat milik negara China memang digalakkan untuk melabur dan meraih keuntungan di luar tanah besar.
Idea di belakang OBOR adalah untuk membuka “laluan sutera” baharu di zaman ini selepas laluan berkenaan pernah menjadikan China kuasa perdagangan dan politik besar satu masa dahulu.
Ketika melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, Jack Ma turut menegaskan konsep laluan sutera sebagai idea asas kepada DFTZ.

Mana sumber dana RM3.3 bilion diguna 1MDB bayar hutang?

Jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah menjelaskan hutang bank dan jangka pendek berjumlah RM3.329 bilion daripada jumlah hutang keseluruhan yang dianggarkan mencecah RM50 bilion menimbulkan persoalan baru.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Najib itu menyebabkan banyak pihak tertanya-tanya dari manakah sumber dana digunakan 1MDB untuk melangsaikan hutangnya itu.

“Saya percaya ramai yang tertanya dari mana datangnya wang. Semua maklumat terperinci berkenaan pembayaran hutang ini perlu dibentang dalam Parlimen berkenaan sumber dana, jumlah sebenar dibayar, senarai semua pemiutang dan adakah masih ada syarat lain yang perlu dipenuhi dalam pinjaman itu,” kata Fahmi ketika dihubungi SelangorKini, di sini, hari ini.
Katanya, skandal 1MDB tidak boleh diselesaikan hanya dengan satu kenyataan ringkas Najib sebaliknya segala maklumat terperinci berkenaan hutang yang ditanggung 1MDB perlu dibentangkan di Parlimen.
Katanya, isu dasar yang perlu diselesaikan adalah masalah berkaitan tatakelola dan urus tadbir 1MDB apabila beberapa individu di luar negara diheret ke mahkamah di negara masing-masing selain pembayaran hutang yang penuh misteri itu.
Sebelum itu, Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen memberitahu bayaran balik hutang 1MDB adalah seperti berikut:

BN tak perlu tolak soalan 1MDB, wajib keluarkan laporan terkini

FAHMIPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib mengeluarkan laporan terkini berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen bagi memastikan Ahli Parlimen dapat mengesahkan sebarang kenyataan yang dibuat beliau adalah tepat.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak wajar menolak sebaran soalan berkaitan skandal terbesar negara itu yang dikemukakan Ahli Parlimen.

“Daripada segi prinsip tatakelola dan urus tadbir kerajaan, perdana menteri wajib mengeluarkan laporan terkini negara berkenaan 1MDB dan Ahli Parlimen perlu diberi ruang untuk meneliti dokumen terbabit supaya ada proses semak serta imbang,
“Di situ, mereka boleh menyemak kenyataan yang dibuat perdana menteri untuk disahkan di Parlimen sendiri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini, hari ini.
Fahmi berkata, penjelasan Najib di Dewan Rakyat berhubung hutang yang dibayar 1MDB kepada beberapa pihak sama sekali tidak bermakna tiada kejadian salah laku dalam 1MDB.
Katanya, tindakan BN dalam skandal membabitkan puluhan bilion dana rakyat itu hanya menggambarkan usaha BN untuk menutup skandal itu daripada pengetahuan rakyat.

‘HARI INI PUN PERIT, TAK PERLU TUNGGU 2050’

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Sany Hamzan membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan generasi akan datang tidak ‘mewarisi’ beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini melalui program Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Kami menegaskan, masalah yang dihadapi oleh golongan muda khususnya kos sara hidup perlu diselesaikan segera, bukannya menunggu tahun 2050.
“Dilema rakyat khususnya golongan muda sering dibangkitkan oleh Pemuda AMANAH dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya dan kini Khairy mengakui akan hakikatnya.
“Beberapa isu besar yang perlu dipandang serius dan diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama,” katanya dalam kenyataan.
Yang pertama, jelasnya, masalah pengangguran di kalangan belia atau anak muda yang mencecah 10.7 peratus dalam tahun 2015 iaitu lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara pada iaitu 3.1 peratus.
Pengangguran juga sangat tinggi di kalangan graduan iaitu sebanyak 15.3 peratus, katanya.
Kedua pula isu gaji yang rendah dengan kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati, keseluruhan gaji di Malaysia berlaku peningkatan tetapi sangat perlahan.
“Median gaji pertengahan tahun ini berada di tahap RM1,600 sebulan berbanding RM1,500 tahun lalu,” katanya.
Ketiga ialah kos sara hidup yang tinggi dengan harga makanan meningkat lebih cepat berbanding barang-barang lain iaitu kira-kira 30 peratus, tambahnya.
“Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport pelbagai jenis bahan makanan daripada luar negara. Contohnya, negara telah mengimport lebih 90 peratus bekalan susu dan 70 peratus bekalan daging mentah,” jelasnya.

Pengangguran di kalangan belia negara membimbangkan

Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Dakwaan Perdana Menteri bahawa 1.8 juta pekerjaan telah dicipta sejak 2010 hingga 2016 nyata tersasar apabila laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan kadar pengangguran di kalangan belia di negara ini mencecah 10.7% pada 2015, iaitu tiga kali lebih tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.1%.
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, laporan BNM juga mendedahkan 61% daripada keseluruhan jumlah pekerja menganggur ialah belia, walaupun golongan itu hanya membentuk satu pertiga tenaga kerja.
"Lebih menekan lagi, belia dengan pendidikan tinggi ialah kalangan tertinggi yang tidak bekerja iaitu 15.3%," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yakin pekerjaan yang dijana di negara ini lebih banyak diwujudkan untuk warga asing sama ada yang sah taraf atau tidak.
Ini, katanya termasuk pekerjaan bagi gaji berupah rendah dalam kegiatan sektor yang juga bernilai-tambah rendah.
Apa yang lebih merisaukan, tambah beliau, dari 2.57 juta pekerja dalam pasaran buruh berumur antara 15 hingga 24 tahun, hanya 16% atau 405,000 sahaja yang mempunyai pendidikan tinggi (tertiari).
Malah dari 273,841 belia yang menganggur, 23% atau 62,000 mempunyai pendidikan tinggi yang tidak semestinya mempunyai ketrampilan yang dimahukan industri.

Seminar pemikiran Nik Aziz diteruskan

Anuar bersama wakil Kanun dan jawatankuasa penganjur selepas mengadakan perbincangan di Wisma Amanah Negara.Anuar bersama wakil Kanun dan jawatankuasa penganjur selepas mengadakan perbincangan di Wisma Amanah Negara.
Jawatankuasa penganjur Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz mengambil keputusan meneruskan pengajuran seminar tersebut setelah bermesyuarat bagi membincangkan beberapa isu berkaitan program itu.
Turut serta pada mesyuarat itu Biro Undang-Undang Amanah(Kanun) yang diwakili Wan Anwar Wan Ibrahim dan Dr Dzulqarnain Luqman.
Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir itu antara lain bagi mendapatkan nasihat perundangan berkaitan penganjuran program itu.
Mohd Anuar ketika ditemui berkata, program yang sudah mula mendapat publisiti meluas itu menunjukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah sosok penting bagi rakyat di negara ini.
"Kita akan tetap meneruskan seminar ini kerana ia sesuai dengan semangat untuk mengkaji dan mengambil pengajaran daripada tokoh-tokoh hebat negara.
"Amanah berasa bertanggungjawab untuk memberi penghormatan yang setinggi-tingginya kepada seorang pemikir dan pemimpin pentadbir yang dikagumi ramai," katanya.
Menurut Anuar, Tuan Guru Nik Aziz ialah ikon rakyat negara ini yang dihormati semua kaum malah disegani kawan dan lawan.
Sehubungan itu katanya, wajar pemikiran bekas Menteri Besar Kelantan ini dikembangkan dan diteruskan.
"Seminar ini adalah permulaan bagi perbincangan wacana serius dan ilmiah untuk menggali khazanah pengalaman pemimpin-pemimpin besar di rantau dan dunia ini," katanya.

Sewa, jangan beli rumah, kata Menteri

Air mata bapa Aisyah 'menitis' di Parlimen

Menteri gagal jawab isu DLP, dakwa MP PKR

Sejak dulu BN tiada aspirasi Islam, dakwa Isma

Seorang pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa, BN memang gabungan parti yang tidak mempunyai aspirasi Islam.
Justeru, katanya, keputusan gabungan pelbagai parti itu memutuskan untuk tidak mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen bukanlah mengejutkan.
Anggota Majlis Syura Isma, Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata kemerdekaan yang dimiliki negara ini sejak 60 tahun lalu tidak dimanfaatkan mereka untuk memperkukuhkan kedudukan orang-orang Islam, terutama dari segi politik dan ekonomi.
“Kini, bukan sahaja pegangan ekonomi semakin mengecil, malah kuasa politik juga sudah tergugat,” katanya dalam satu kenyataan dan dipetik laman sesawang ismaweb.
Malah, kata Hazizi, langkah kerajaan untuk menambah baik RUU355 itu hanyalah sekadar kosmetik selain menjadi bahan kempen politik untuk pengundi Melayu.
Lebih malang lagi, Hazizi berkata, kerajaan hari ini membiarkan saja arus pertembungan antara Islam dan liberal berlaku tanpa sebarang campur tangan.
“Itulah pendirian politik berdasarkan liberalisme dan sekularisme. Kerajaan neutral, tidak beragama, walaupun perlembagaan menyatakan sebaliknya.
“Maaf, noktah di atas sebenarnya kurang tepat. Sebaliknya dia memberi jalan kepada kedua-duanya dengan peruntukan masing-masing.
"Sebelah kanan memberi kepada JKMPKA dan gerakan seumpamanya, manakala sebelah kiri memberi kepada MPI dan gerakan seumpamanya," kata Hazizi merujuk kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama dan Majlis Perundingan Islam ditubuh kerajaan.

Sewa, jangan beli rumah, kata menteri Umno

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.
Bercakap di Putrajaya hari ini, Johari berkata di kebanyakan negara, masyarakatnya memilih untuk menyewa bagi tempoh masa lebih lama sehingga mereka mempunyai wang mencukupi bagi membeli rumah.
"Ia budaya kita. Kami tidak percaya untuk menyewa selama 20 hingga 30 tahun.
"Kita perlu mengubah cara pemikiran. Apabila kamu ke UK atau negara lain, mereka hanya menyewa sehingga mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang," katanya.
Sebagai alternatif, beliau berkata lebih banyak rumah mampu milik juga perlu dibina untuk tujuan sewaan.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog pelan transformasi nasional (TN50) dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Akta bolehkan sumbangan politik tanpa had untungkan BN

Membenarkan sumbangan politik tanpa had lebih menguntungkan BN.Membenarkan sumbangan politik tanpa had lebih menguntungkan BN.
Cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional (JKN) yang mahu menghapuskan had perbelanjaan dan sumbangan politik dalam Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik lebih menguntungkan BN.
Langkah ini jika terlaksana akan memberi kelebihan kepada BN dalam gelanggang politik yang sudah sedia tidak adil, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming.
Dr. Ong dan beberapa wakil DAP sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan bagi membincangkan mengenai cadangan JKN berhubung akta itu di Parlimen semalam.
Bagaimanapun, menurut Dr. Ong, terdapat beberapa cadangan JKN yang diterima baik oleh DAP antaranya mewujudkan pejabat pengawal sumbangan dan perbelanjaan politik; menyediakan peruntukan kewangan untuk menyokong operasi pejabat pusat khidmat Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Pihaknya juga menyokong cadangan menghalang syarikat-syarikat yang menerima kontrak atau konsesi kerajaan daripada membuat sumbangan politik.
Di masa yang sama, para penyumbang politik ujarnya tidak harus dikenakan tindakan diskriminasi hanya kerana sumbangan politik dan mekanisme tertentu harus diperkenalkan untuk melindungi penyumbang dari diskriminasi.
Dr. Ong turut menekankan bahawa dana pembangunan kawasan yang ketika ini tidak diberikan kepada anggota Parlimen pembangkang perlulah dimasukkan dalam peruntukan negeri.
“Kami juga mengambil perhatian bahawa perincian lebih mengenai apa yang akan dilakukan dalam pelaksanaan cadangan akta itu belum lagi dimuktamadkan dan masih lagi dalam proses untuk diselesaikan oleh jawatankuasa teknikal,” katanya.

AKTA 355 SEBAGAI USUL PERSENDIRIAN, ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO AKAN MEMBERI UNDI MEREKA?

Mungkin kerana malu mahu mengakui mereka sudah "dikencing"  secara terang-terangan, beberapa pemimpin Pas yang pro Hadi Awang masih lagi menganggap tiada apa-apa yang berubah di sebalik pengumuman Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 di Parlimen.

Kata mereka, usul itu kini kembali kepada asal iaitu akan dibentangkan sendiri oleh Hadi sebagai usul persendirian.

Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Mahfodz Mohamed berkata, keputusan kerajaan enggan membentangkan usul itu memang sudah dijangka.

Kata beliau, Pas sudah melakukan sebaik mungkin untuk mencuba berkaitan usul itu dan kini akan meneruskan dengan rancangan asal di mana Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang akan membentangkannya sendiri.

Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi berkata, keputusan kerajaan tidak mahu mengambil alih usul Akta 355 itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak Pas.

"Situasinya adalah kekal pada formal asal. Sememangnya Ahli Parlimen Pas sejak awal diletakkan dalam 'mode standby'  bagi menghadapi perbahasan di Parlimen.

"Tidak menjadi isu siapa yang membawa usul tersebut. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda," katanya lagi.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz juga menjelaskan, penolakan kerajaan untuk membentangkan usul tersebut tidak menjejaskan Pas.

Kata beliau, langkah kerajaan untuk membentangkannya sebelum ini adalah urusan BN dan tiada kaitan dengan parti itu.

"Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal Pas," tambahnya.

Benarkah Pas tidak terjejas dengan keputusan kerajaan itu?

Secara mudahnya, berikutan pengumuman Najib semalam, usul persendirian Hadi itu kini terserah kepada Speaker sama ada mahu memberi laluan atau tidak. Tetapi, mengikut kebiasaan, Speaker akan memberi laluan kepada usul kerajaan dihabiskan terlebih dahulu.

Oleh kerana sidang Parlimen hanya tinggal empat hari saja lagi, kebarangkalian untuk Speakar memberi laluan kepada usul persendirian Hadi teramat tipis sekali. Selain itu, usul kerajaan juga boleh diselitkan pada bila-bila masa untuk membuatkan usul persendirian Hadi terus tertinggal jauh di belakang.

1MDB tiada hutang bank, hutang jangka pendek..!!

Kementerian Kewangan berkata 1MDB juga mempunyai seramai 35 pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 pekerja pada 31 Disember 2016.
1mbdKUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini, kata Kementerian Kewangan hari ini.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu berkata 1MDB menyelesaikan sepenuhnya kesemua hutang pada 2015 dan 2016.
“1MDB memperoleh tunai sebanyak RM10.97 billion pada 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Sdn Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan lot tanah di projek Tun Razak Exchange,” kata kementerian itu.
Jawapan bertulis itu sebagai menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta menteri kewangan menyatakan bilangan pekerja, wang tunai, hutang dan aset diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada 2015 dan 2016.
Kementerian Kewangan turut memberi pecahan pembayaran kesemua hutang 1MDB iaitu RM229.5 juta Kemudahan Kredit Berputar daripada Affin Bank pada 23 November 2016; RM950 juta bagi Kemudahan Kredit Tersedia daripada kerajaan pada 31 Mac 2016; RM2 bilion bagi Kemudahan Pinjaman Berjangka daripada Marstan Investments N.V yang dijelaskan sepenuhnya pada 8 April 2016 serta AS$150 juta Kemudahan Pembiayaan Berjangka daripada EXIM Bank yang dijelaskan sepenuhnya pada 15 April 2016.
Selain itu, tiada sebarang aset baharu di dalam atau di luar negara yang diperoleh 1MDB pada 2015 dan 2016, seiring dengan Pelan Rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan syarikat itu, kata kementerian.
1MDB juga mempunyai seramai 35 pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 pekerja pada 31 Disember 2016.

WOW! UMNO SANGGUP JILAT LUDAHNYA DEMI PERPADUAN SEJATI BARISAN NASIONAL


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan selepas  Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembntangan  Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Pindaan di bidang jenayah) atau RUU355.
Ini menyerlahkan kewarasan  UMNO mengutamakan rakan-rakan  sejati komponen Barisan Nasional yang tidak senang dengan pindaan itu dan menindakan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Zahid Hamidi yang sanggup “kehilangan segelintir kawan kita tapi akan dapat kawan baharu yang kumpulannya lebih besar bersama kita.”
Walaupun Zahid tidak memandai-mandai sendiri tetapi posting  saya pada  19 Mac 2017,meanggapnya agak beremosi dalam  kenyataannya itu  yang   tidak dibeli dengan mudah oleh Pas sebaliknya menimbulkan kecurigaannya,UMNO mahu mencuri pengaruhnya.
Presiden  Pas Datuk Haji Hadi  mahu melihat dulu draf  pindaan yang hendak dibentangkan  oleh kerajaan.
Bagaimanapun dengan  pembatalan hasrat kerajaan untuk mengambil alih pembentangan itu  tidak sahaja demoralised  kerajaan  tetapi juga Pas disamping mendedahkan prasangka mendalam yang terus terpendam antara kedua parti itu.
Ia menunjukan ketidakikhlasan  UMNO untuk berkerjasama  dengan sebuah parti yang tidak diyakini malah digeruni oleh semua walaupun UMNO menanam tebu dibibir.Kesan buruknya kepada  Pas,ia  terlihat bersendirian kembali dalam mengemukakan pindaan itu.Kerajaan BN memisahkan diri sekalipun mungkin akan disokong oleh wakil-wakil UMNO.
Untuk mengawal kecederaan politik yang terlalu teruk kepada UMNO dan Pas maka itulah Utusan Malaysia yang menjadi hysteria dengan pengumuman kerjaan sendiri akan mengambil tanggungjawab pembentangan, tiba-tiba menyembunyikan berita pembatalannya hanya sebagai  berita sampingan dimuka dalam sehingga sukar untuk ditemui.
Ini juga menyerlahkan  kerjasama  Pas dan UMNO tidak boleh berlaku atas sentimen Melayu dan Islam. UMNO yang dari asal percaya kepada masyarakat berbilang kaum dan agama  tidak sehati dan  dan sejiwa dengan Pas yang  pendekatan dan dasarnnya bersifat retorik,keras,perkauman  dan melampau.

Kerajaan belum menolak RUU 355, kata Asyraf Wajdi

Timbalan menteri itu berkata keputusan tidak mengambil alih usul PAS itu tidak bermakna BN menolaknya.
Asyraf-Wajdi-DusukihuduPETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menjelaskan kerajaan tetap menyokong usaha memperkasakan undang-undang syariah, dan menolak anggapan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyokong rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibentangkan PAS.
“Kerajaan tetap istiqomah dalam usaha memartabatkan institusi mahkamah syariah sejak Akta 355 diperkenalkan kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada 1984 dan kali kedua 1989,” kata Asyraf, yang merupakan antara anggota Kabinet yang menyokong kuat usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih RUU itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, seperti mana diumumkan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 2 minggu sebelumnya.
Najib berkata pendirian itu selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.
Keputusan itu bermakna RUU itu akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker untuk menentukan sama ada ia boleh dibentangkan.
RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan pada November lalu, ahli Parlimen Marang itu meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.

PAS: Keputusan ‘flip-flop’ BN tak ada kesan pada RUU syariah

PAS sebagai parti Islam akan meneruskan usahanya memperkasakan kuasa hukuman mahkamah syariah dengan meminda Akta 355.
Iskandar-Abdul-Samad1
PETALING JAYA: Keputusan mengejut kerajaan untuk tidak lagi membawa rang undang-undang (RUU) syariah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat tidak ada kesan terhadap PAS.
“Jika kerajaan tidak mahu bentang, ahli Parlimen Marang (Hadi) akan bentang,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.
“Cadangan pindaan itu lebih pun ada asalnya dibawa ke Dewan Rakyat sebagai RUU persendirian,” katanya kepada FMT.
Iskandar berkata walau apa pun, PAS sebagai parti Islam ada tanggungjawab untuk meneruskan usahanya memperkasakan kuasa hukuman mahkamah syariah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semalam mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih RUU Hadi, selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.
“Rang undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan,” kata Najib yang juga perdana menteri..
“Kalau Speaker memutuskan ia dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Speaker juga akan memutuskan peraturan berhubung RUU tersebut.”

RUU355 jadi sarkas politik tahap maksimum

Maaf cakaplah kalau saya kata isu RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS.
Sekali gus ia menyerlahkan pakatan gelap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pemimpin tertentu dalam PAS.
Babak pertama: Setelah bertindak macam orang kena sawan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 24 November tahun lalu, bentangkan rang undang-undang persendirian yang kemudiannya dikenali umum sebagai RUU355.
Macam-macam alasan, helah, pujuk raya dan ancaman mengiringi pembentangan RUU355, termasuklah tunjuk perasaan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, pada 18 Februari lalu oleh PAS dan sekutunya.
Babak kedua: Kerajaan Najib ambil alih RUU355 dengan janji akan kaji, pinda dan bentangkannya sebagai rang undang-undang kerajaan.
Dalam tempoh itu, jentera putar-belit Umno (pinjam ungkapan Jho Low) berkaitan RUU355 yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman buat macam-macam kenyataan dan helah seolah-olah mereka lebih Islam dan lebih serius mengenai daripada PAS.
Di belakang tabir
Tapi di belakang tabir Najib sembelit otak ditekan oleh parti-parti unit jagaan rapi (ICU) Barisan Nasional pusat seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta Barisan Nasional bebas Sarawak.
Babak ketiga: Setelah riuh-rendah satu negara dengan paluan gendang perang, tiba-tiba RUU355 jadi macam orang nak bersin tak jadi atau si suami yang tengah mimpi berahi tiba-tiba dikejutkan bini kerana ada kebangkitan luar biasa dalam selimut.
Kata pemimpin Wassatiyyah merangkap rakan seketiduran Abdul Hadi, RUU355 tak dibentangkan kerana “Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen.”
Menurut perdana menteri, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus. Abdul Hadi kena kentut.
Mana Najib nak berani bila MCA yang ada perjanjian adik-abang dengan MCA depan-depan kata, parti itu akan tolak RUU355.

PAS dakwa Umno flip flop, Najib tertekan

Pemimpin PAS memberi reaksi berbelah bahagi mengenai keputusan Majlis Tertinggi BN bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau tidak melihat ini sebagai satu pengkhianatan oleh Umno, manakala Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menyelar Umno kerana bersikap "flip-flop".
Bagi pesuruhjaya PAS Selangor itu, usul berkenaan tetap akan dibentangkan oleh presiden parti itu, Datuk Abdul Hadi Awang kerana asalnya iadalah sebuah rang undang-undang persendirian.
“PAS ada tanggungjawab sebagai parti Islam. Kami perlu teruskan.
“Keputusan juga menunjukkan kempimpinan Umno di dalam BN telah tercabar. Sikap flip flop Umno jelas kelihatan,” katanya dalam satu pesanan teks ringkas.
Bagi Takiyuddin pula, beliau percaya wakil rakyat Umno akan bersama PAS dalam menyokong pindaan akta itu.
"Kita percaya bahawa ahli parlimen Islam, terutama dari Umno, akan bersama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Bukan diperkudakan
Takiyuddin juga menafikan bahawa PAS telah "diperkudakan” oleh Umno, yang menghulurkan salam perdamaian bagi kerjasama politik.
"(Ini kerana) kita sedar dari awal bahawa kita adalah orang yang membawa rang undang-undang persendirian ini. Jadi, bukan isu sama ada Umno tidak menyokong kita," katanya.
Takiyuddin bagaimanapun percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan sedemikian kerana tekanan dari parti-parti komponen BN.
"Tetapi, sebagai seorang Islam, saya fikir dia bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini (Akta 355) dapat diluluskan," katanya, sambil menambah bahawa PAS akan terus memujuk wakil rakyat Islam mahupun bukan Islam untuk menyokong pindaan itu.

Hentikan polemik RUU355, hadapi isu sebenar iaitu kleptokrasi

Mujahid meminta lupakan polemik RUU355, tumpu kepada isu sebenarf negara.Mujahid meminta lupakan polemik RUU355, tumpu kepada isu sebenarf negara.
Rakyat negara ini diajak berhenti dari terperangkap dalam polemik RUU 355 selepas ianya ditolak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kembali menghadapi isu sebenar negara.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, isu negara hari ini adalah isu kleptokrasi, salahguna kuasa dan kesannya mengheret negara kepada keberhutangan, nilai RM yang jatuh, inflasi dan keputusan pelaburan untuk selamatkan kleptokrasi dan bukan keputusan pelaburan untuk kepentingan negara.
Menurut beliau, keputusan Najib tersebut sudah diketahui sejak awal isu RUU 355 dibangkitkan pada tahun 2014 lagi.
"Saya tidak terkejut dengan keputusan Najib pada 29 March 2017 kelmarin," katanya.
Sejak awal lagi, katanya, beliau mengambil sikap jika kerajaan melihat isu RUU 355 sebagai keperluan perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan membuat inisiatif.
"Tetapi oleh kerana motif awal ialah kepentingan politik maka RUU 355 digunakan untuk pecahkan PR ketika itu dan melemahkan Pas dengan pembersihan golongan progresif dan pro-PR. Malangnya, tujuan politik itu berjaya dilakukan," kata ahli parlimen Parit Buntar itu.
Katanya, RUU 355 telah memecahbahkan orang Islam sendiri sehingga mengheret ke kancah takfir kerana menganggap ia adalah 'undang Islam Hudud' menolaknya adalah sesuatu yang 'gugur aqidah'.
Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen 'wajib' sokong sedangkan RUU 355 masih kabur lagi perinciannya, katanya.
Ahli parlimen muslim pula, katanya, ditekan sehingga apabila mereka mengkritik kaedah dan prosedur serta proses perundangan dikira sudah menolak 'hukum Allah'.

Ambil alih SPLASH dilanjut 6 bulan lagi - Azmin

ECRL: Mengapa China, bukan syarikat tempatan..??

Release my daughter, pleads Siti Noor Aishah's father

Kalau 'Tan Sri' tak serah diri, SPRM dedah nama esok

Najib, bebaskan Siti Noor Aishah - Siti Mariah

Kita silap kerana politik 'gelojoh', kata Mahfuz

China-Komunis Makin Berkuasa...!!!

Bertuahnya rakyat Malaysia miliki Perdana Menteri paling bijak urus tadbir aset2 negara..

Bekali-kali Kena Tipu...!!!

BN tidak akan bentang RUU 355, kata Najib.

BUKANKAH SEBELUM INI..
Kerajaan Ambil Alih RUU 355 - Najib (1/12/2016)
BN akan bentang RUU 355 di Parlimen -Zahid (18/3/2017)
RUU Persendirian Dibentang Atas Arahan PM, TPM - Azalina (4/6/2016)

Last-last... tak jadi.

Kita lihat saja permainan mereka.. yg pasti UMNO takkan berani mengambil tindakan yg tidak di persetujui oleh sekutunya..

TAHUKAH ANDA..
#RUU355-Hadi diturunkan lagi BUAT KALI KE-3 drpd Perkara 9 kepada Perkara 13 dlm sidang Parlimen kali ini.

HAR HAR HAR.. kena main jer Pak Lebai.

INGAT TAK SEBELUM INI, tipu helah UMNO. Belajar dari sejarah. Sejarah Tak Pernah Menipu. ADAKAH SEJARAH BAKAL BERULANG ??!

SEDARLAH DARI ‘MIMPI INDAH’, KATA AMK S’GOR KEPADA PAS

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyeru PAS agar ‘tersedar daripada mimpi indah’ bahawa Umno akan membantu parti itu dalam usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Ketua Biro Guaman AMK Selangor, Muhd Harris Idaham Abd Rashid berkata, Umno tidak akan membantu PAS dalam isu tersebut kerana takut untuk berpisah dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA, MIC dan Gerakan.
“Maka, ayuhlah kita bersama kembali kepada asas perjuangan iaitu menjatuhkan BN. AMK Selangor bersependapat dengan pandangan pimpinan pusat PKR mengenai tahaluf siyasi bersama PAS wajib diperkukuhkan.
“Buang yang keruh ambil yang jernih, mari kita jadikan ‘platform’ pemuda ini untuk kita mulakan satu semangat tahaluf siyasi yang baru demi Malaysia yang lebih baik.
“Tidak ada strategi lain yang lebih efektif selain semua parti pembangkang bersatu teguh menentang BN dan memastikan pilihanraya satu lawan satu di setiap kerusi DUN dan Parlimen di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Awal hari ini, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, tindakan dewan tertinggi BN yang memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 tidak menjejaskan apa-apa bagi parti Islam itu.
“Situasinya adalah “kekal pada format asal”. Sememangnya, ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam ‘mode standby’ bagi menghadapi perbahasan di Parlimen.
“Hanya beza jika kerajaan BN bentang, maka ia menjadi rang undang-undang kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya, ia kekal seperti asal iaitu rang undang-undang persendirian maka gilirannya ditentukan oleh yang dipertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan,” katanya dalam kenyataan.
Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dewan tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.
“Dewan Tertinggi BN malam ini membincangkan dan memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.
“Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi bil (rang undang-undang) persendirian dan terserah kepada speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan (kedudukannya),” kata Najib di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur malam tadi.
Dengan ketetapan itu, status usul persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan tertakluk kepada pertimbangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu pada sidang kali ini.

RUU355: APA JADI PADA ‘RAKAN BARU’ UMNO?

Status usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat kini kembali kabur.
Hasrat PAS untuk merealisasikan cita-citanya menjadikan Akta 355 sebagai pencapaian penting dalam perjuangan dan pencapaian politik semasanya, kini terumbang-ambing.
Sudah terang lagi bersuluh. Kini kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan RUU355 itu.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini mengesahkan perdana menteri membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu pada sidang kali ini, nampak seperti sekadar penyedap mulut.
Malah, Ahmad Zahid kini terperangkap dengan keputusan Dewan Tertinggi BN semalam yang membincang akta itu serta memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan konsensus.
Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan terserah kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menentukan kedudukannya.
Pada 18 Mac lalu, Dr Ahmad Zahid bertegas bahawa kerajaan melalui Perdana Menteri akan membentangkan usul RUU355 dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
Katanya di Kuala Terengganu, buat pertama kalinya Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan usul tersebut, menerusi mesyuarat penggal kelima Parlimen ke-13, yang akan berakhir 6 April depan.
Namun jelas kini UMNO sudah kantoi. Sejarah sudah tercipta!
Janjinya untuk membantu PAS tidak kesampaian dan PAS pula kantoi dengan penyokongnya yang mengharapkan bantuan Umno untuk membolehkan RUU355 dibentangkan dengan mudah.
Jelas kini segala-galanya berada dalam keadaan yang tidak tentu hala. Malang sungguh nasib RUU355 itu.
Dengan kedudukan itu, status usul persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, itu kini tertakluk kepada pertimbangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ditentang sejak dulu
Dengan kata lain, RUU355 yang dilihat sebagai ‘milik PAS’ walaupun untuk kepentingan kerajaan semata-mata bergantung kepada ihsan speaker.
Jika dibenarkan dibentang, ia boleh dibentangkan dan jika tidak, bermakna ia perlu ditangguhkan. Sampai bila? Tidak seorang pun ketahui.
Apakah PAS selesa dengan kedudukan itu selepas meyakini bahawa BN – khsuusnya Umno – bersama mereka menjamin RU355 dibentang dan diluluskan di mahkamah?
Usul meminda Akta 355 itu dibawa Abdul Hadi untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan jenayah syariah menjadi RM100,00 denda, penjara 30 tahun dan 100 kali sebatan.
Selain memecahkan perpaduan pembangkang, usul berkenaan juga ditentang hebat parti komponen dalam BN sehingga sekarang.
Kenyataan Dr Ahmad Zahid bahawa perdana menteri komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini kini mungkin boleh dipersoalkan.

PAS ‘DIKENCING’ LAGI, MAKA BUATLAH PULA PERHIMPUNAN BAJU HITAM TANDA SEDIH DAN DUKA LARA

Akhirnya Pas basah lenjun kena “kencing” dengan UMNO dan BN apabila Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul Akta 355 di Parlimen kerana ketiadaan konsensus sesama mereka.
Berikutan itu, kata Najib, usul tersebut akan kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan sendiri oleh Hadi Awang dan terserah kepada Speaker untuk mempertimbangkan atau memberi ruang kepada pembentangannya.
Setelah dua kali Hadi menangguhkan pembentangannya sebelum ini, besar kemungkinan usul itu kini langsung tidak diberi ruang oleh Speaker untuk dibentangkan kerana ia seolah-olah tidak lagi mendapat sokongan daripada kerajaan. Ketiadaan masa dan memberi keutamaan kepada usul kerajaan tentulah akan dijadikan alasan.
Malah, jika pun ia diberi ruang untuk dibentangkan, ia tentu mustahil untuk diluluskan. Jika dalam mesyuarat BN pun, Najib gagal meyakinkan parti-parti komponen untuk memberi sokongan secara konsensus, sedangkan ia hanya melibatkan kepentingan Islam, sudah pasti Ahli-Ahli Parlimen UMNO juga tidak berani memberikan undi mereka kepada usul Pas tersebut kiranya ia diberi ruang untuk dibentangkan.
Akhirnya, Akta 355 mencipta sejarah sebagai satu-satunya usul yang hanya dapat dibentangkan di Padang Merbok, bukan di Parlimen.
Najib dan UMNO kini ternyata lebih sayangkan kawan lama berbanding Pas sebagai “kawan baharu”  mereka yang kononnya sangat diperlukan untuk sama-sama menegakkan hukum Islam.
Ternyata juga, janji Najib dan Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan akan mengambil alih dan membentangkan sendiri usul Akta 355 sebagai tanda komited kerajaan untuk memperkukuh perundangan Islam dengan kerjasama “rakan baharu” dan bersedia dengan kehilangan segelintir kawan lama, tidak ubah seperti janji bulan madu pasangan yang sedang asyik bercanda di taman bunga.
Begitu juga dengan ungkapan manis Jamil Khir yang hadir dalam Perhimpunan Ungu di Padang Merbok dan sebelum  itu membawa dua Ahli Palimen Pas minum teh tarik di London untuk memberi penerangan berkaitan Akta 355, tidak lebih seperti program jalan-jalan cari makan saja layaknya.
Telahan banyak pihak bahawa usul Akta 355 hanyalah sebagai permainan UMNO untuk memerangkap Pas supaya mendekatkan diri dengan mereka dan dalam masa yang sama untuk memecah-belahkan pembangkang, terbukti benar 100 peratus.
Jika benar Najib dan UMNO mahu mempertingkat syiar Islam melalui usaha memperkasa Mahkamah Syariah, mereka sepatutnya boleh membawa dan mencadangkannya sendiri ke Parlimen tanpa meminta Pas mengusulkannya melalui usul persendirian.
Sebagai kerajaan, seperti mana semua pindaan rang undang-undang yang lain, ia adalah tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya, bukan melalui usul oleh pihak ketiga.
Tetapi, oleh kerana niatnya tidak ikhlas iaitu untuk memerangkap Pas dan menunjukkan Najib seolah-olah cintakan Islam di sebalik skandal 1MDB, dana RM2,600 juta yang diterimanya, hubungan dengan Jho Low, kekayaan mengejut anak tirinya, Riza Aziz serta pembaziran Rosmah Mansor, maka digunakanlah Akta 355 itu sebagai alatnya.

RUU355: Tujuan politik Umno berjaya, kata Mujahid

Umno berjaya memanipulasi usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang 355 bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sehingga menyaksikan parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertelagah dan akhirnya berpecah.
Malah, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa, tindakan itu juga menyebabkan pembersihan golongan progresif dalam PAS.
“Sejak awal lagi saya mengambil sikap jika kerajaan melihat isu RUU 355 sebagai keperluan perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan membuat inisiatif.
“Tetapi oleh kerana motif awal ialah kepentingan politik maka RUU 355 digunakan untuk pecahkan Pakatan Rakyat ketika itu dan melemahkan PAS dengan pembersihan golongan progresif dan pro-Pakatan.
“Malangnya, tujuan politik itu berjaya dilakukan,” katanya.
Menurut Mujahid, isu RUU 355 juga sebenarnya dimanipulasikan oleh Umno untuk mengalihkan perhatian dan 'mendiamkan' isu sebenar negara seperti kleptokrasi dan salahguna kuasa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Katanya, amat menyedihkan isu mahkamah syariah dijadikan umpan dan lebih sedih apabila PAS 'tidak menyerang' Umno kerana seolah terikat dengan perjanjian RUU 355 dengan parti itu.
“Marilah kita sedar bahawa isu negara hari ini adalah isu kleptokrasi, salahguna kuasa dan kesannya mengheret negara kepada keberhutangan, nilai ringgit yang jatuh, inflasi dan keputusan pelaburan untuk selamatkan kleptokrasi dan bukan keputusan pelaburan untuk kepentingan negara.
“Hentikan polemik RUU 355, selamatkan negara,” katanya.
Kancah takfir
Mujahid yang kini bersama parti sepihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, selain parti Islam itu yang kini telah berpecah, RUU 355 juga memberi kesan kepada umat Islam sendiri sehingga mengheret mereka ke kancah takfir.
“Ini kerana (mereka) menganggap ia adalah 'undang-undang Islam Hudud' (dan) menolaknya adalah sesuatu yang 'gugur aqidah'.
“Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen 'wajib' sokong sedangkan RUU 355 masih kabur lagi perinciannya,” katanya.
Menurutnya, ahli parlimen Islam ditekan sehingga apabila mereka mengkritik kaedah dan prosedur serta proses perundangan, mereka dianggap sudah menolak 'hukum Allah'.
Malah, katanya, ‘himpunan ungu’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu memperlihatkan bagaimana terdesaknya PAS dan Umno cuba mendapatkan sokongan orang Melayu/Islam.
“Himpunan ungu memperlihatkan terdesaknya PAS dan Umno mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuwafakatan dan perpaduan nasional antara kaum dan agama,” katanya.
Pertimbangan speaker
Beliau mengulas kenyataan, Najib semalam yang mengumumkan dewan tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355.
Katanya, ini selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.

Mahfuz selar partinya dan BN kerana gelojoh isu RUU 355

Ahli Parlimen PAS itu berkata pembentangan RUU itu di Dewan Rakyat tidak akan berlaku kerana memerlukan kebenaran menteri.
mafuzKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyelar partinya dan Barisan Nasional (BN) kerana mengamalkan “politik gelojoh” sehingga gagal memastikan pembentangan rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Mahfuz berkata ia kerana keputusan Jawatankuasa Teknikal Pusat yang dianggotai wakil kerajaan pusat dan Kelantan, supaya RUU itu dibawa kerajaan dan bukan sebagai RUU persendirian PAS, tidak dipatuhi.
“Keadaan jadi celaru kerana tidak mengikut ‘roadmap’ yang dipersetujui Jawatankuasa Teknikal. Jika kerajaan persekutuan dan PAS sendiri mengikutinya, saya tidak fikir orang akan tolak.
“Tetapi isu ini dibawa dengan cara sehingga menimbulkan kekecohan dan pertelagahan. Kesilapan kerana kedua-dua pihak begitu gelojoh, politik gelojoh,” katanya di Parlimen hari ini.
Jawatankuasa Teknikal Pusat ditubuhkan pada 2014 bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 di Parlimen selaras dengan dasar dan amalan konsensus antara parti BN.
Ia bertentangan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi 2 minggu lalu yang kerajaan sendiri akan membawa pindaan itu.

'RUU355: Tak bentang bukan bererti tak sokong' kata Timb Menteri Umno

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengenai Akta 355 bukan bermakna kerajaan tidak menyokong pindaan berkenaan.
"Ramai yang keliru bahkan sewenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU 355 ditolak kerajaan apabila perdana menteri mengumumkan kerajaan tidak membentangkan RUU 355, sebaliknya kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS.
"Sebelum terus berpolemik dan menanggung dosa kering memfitnah, moleklah bertabayyun dan memahami beberapa fakta," katanya dalam kenyataan.
Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dewan tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.
"Dewan Tertinggi BN malam ini membincangkan dan memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.
"Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi bil (rang undang-undang) persendirian dan terserah kepada speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan (kedudukannya)," kata Najib di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur malam tadi.
Dengan ketetapan itu, status usul persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan tertakluk kepada pertimbangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu pada sidang kali ini.
Jelas Asyraf Wajdi, antara fakta yang perlu difahami ialah usul persendirian RUU 355 akan mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua rang undang-undang kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.
Usul Persendirian RUU 355 itu, jika dibentangkan kelak, akan bermakna versi RUU355 yang dicadangkan PAS akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat kelak, katanya.
"Apabila dibahaskan, terserah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara tuntas pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.
"Jika ditakdirkan RUU355 ini diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah, maka RUU ini diletakkan dibawah tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan penyata Kerajaan.
"Apabila sudah menjadi penyata kerajaan, maka prosesnya ialah kerajaan meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat PAS sama ada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi asal," jelas beliau.

BN tak bawa RUU 355 petanda Najib-Zahid bergolak, kata PAS

Pemimpin Pemuda PAS itu berkata partinya tidak akan menyerah kalah dan menyelar mereka yang 'nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam'.
Ahmad-Hakimi-Othman
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Selangor menganggap keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak mengambil alih rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menunjukkan pergolakan dalaman di antara 2 pemimpin tertinggi Umno.
Malah, pengarah penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Ahmad Hakimi Othman, berkata ia menunjukkan Umno tidak yakin dengan sokongannya menjelang pilihan raya ke-14.
“Keputusan terbaru tentang RUU 355, menunjukkan Umno sendiri berada dalam ragu-ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN,” katanya.
Ahmad Hakimi berkata keputusan yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi juga menunjukkan perpecahan di dalam Umno, dan membayangkan “proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib”.
Beliau merujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, seperti dilaporkan 2 minggu lalu.
“Dua minggu lepas, TPM mengumumkan kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba-tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya?” katanya dalam kenyataan semalam.
“Apa yang terjadi pada Umno BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM, atau BN akan bergolak lagi.”
Zahid pada Mac 18 dilaporkan berkata BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Dewan Rakyat kali ini demi memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.
“Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita,” kata Zahid dipetik Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, semalam, Najib berkata kerajaan tidak akan membentangkan RUU yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.
“Rang undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan,” kata Najib yang juga pengerusi BN.
“Kalau Speaker memutuskan ia dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Speaker juga akan memutuskan peraturan berhubung RUU tersebut.”
‘Khadam bukan Islam’
RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan pada November lalu, ahli Parlimen Marang itu meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.

Tak kisah siapa bawa RUU kami, kata PAS

Ketua penerangan PAS turut menepis dakwaan PAS dipermainkan dalam usahanya memperkasakan mahkamah syariah.
nasruddin-gavel
PETALING JAYA: PAS berkata keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak membawa rang undang-undang persendirian (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, tidak akan menjejaskan “apa-apa bagi pihak PAS”.
“Situasinya adalah ‘kekal pada format asal’. Sememangnya, ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam ‘mode standby’ bagi menghadapi perbahasan di Parlimen,” kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan.
Menurutnya, tidak menjadi isu siapa yang membawa usul tersebut, yang pertama kali dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai RUU persendirian.
“Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda.”
Semalam, Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih RUU itu selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.
“Rang undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan,” kata Najib.
Keputusan itu 2 minggu selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Dewan Rakyat kali ini walaupun berdepan risiko kehilangan “kawan”, dipercayai merujuk parti komponen lain seperti MCA dan MIC yang menentang usul tersebut.
“Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita,” kata Zahid dipetik Utusan Malaysia pada Mac 18.
PAS kena kencing?
Nasrudin mempersoalkan tanggapan sesetengah pihak yang keputusan BN semalam menunjukkan PAS dipermainkan Umno.
“Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras kononnya PAS menjadi mangsa ‘game’ Umno dan BN. Entahlah, mana satu yang betul?