Rabu, 29 Mac 2017

GANDINGAN MANTAP PENYELAMAT MALAYSIA DARI REGIM ZALIM DAN KLEKTOKRASI

Selepas mengumumkan Pakatan Harapan akan didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan bagi menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang, gabungan itu hari ini menamakan Tun Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penasihat jawatankuasa protemnya.

Jawatankuasa protem Pakatan Harapan itu nanti akan dianggotai oleh 16 orang, di mana setiap parti ( PKR, DAP, Amanah dan Bersatu) masing-masing mempunyai empat wakilnya.

Perlantikan Tun Mahathir dan Dr. Wan Azizah, kedua-duanya doktor perubatan sebagai penasihat, bukan saja menyerlahkan harapan yang lebih cerah untuk Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN, tetapi juga seperti memunculkan kembali gandingan Tun Mahathir - Anwar Ibrahim yang pernah gemilang sebelum ini.
Kalau dulu Tun Mahathir bergandingan dengan Anwar, kini beliau berpadu tenaga menerajui Pakatan Harapan bersama Dr Wan Azizah yang mewakili suaminya yang masih berada di penjara.

Susulan Pakatan Harapan akan didaftarkan secara rasmi, sebagaimana yang sudah dipersetujui juga, penggunaan satu logo dan satu manifesto untuk berlawan dengan BN tentunya akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

Selepas ini, tiada sebab lagi untuk rakyat tidak boleh meyakini Pakatan Harapan sebagai penyelamat negara yang telah banyak dirosakkan oleh kepimpinan Najib Razak serta menjadi pengganti kepada BN.

Laporan dakwa Najib, Rosmah mahu temui Rajnikanth..??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor dikatakan meminta untuk bertemu legenda filem Tamil, Rajnikanth semasa lawatan mereka ke India.
Rajnikanth dikenali sebagai bintang di pawagam India dan mendapat sanjungan daripada peminatnya di seluruh dunia.
Menurut portal berita Telegraph India, ia melihat program lawatan VVIP itu selama dua hari ke Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.
Laporan itu mendedahkan bahawa Najib dan Rosmah merupakan peminat Rajnikanth ketika pelakon itu berada Melaka untuk penggambaran filem beliau, Kabali.
"Tetapi ikon Tamil yang menjalani pengambaran di Malaysia dan filemnya mendapat sambutan box office itu, menolak. Dia masih belum bersetuju dengan permintaan Kuala Lumpur.
"Harap pengesahan dari Rajnikanth dalam tempoh dua hari lagi, diplomat Malaysia di Chennai telah mengosongkan slot dalam jadual pasangan itu pada Jumaat, berdasarkan program minit ke minit VVIP itu yang ditunjukkan kepada Telegraph," kata laporan itu.

Kerajaan beri 45% projek LRT 3 kepada bumiputera

Syarikat bumiputera yang layak harus bersaing untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan berlandaskan merit.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 45% daripada jumlah kontrak Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang bernilai RM9 bilion kepada syarikat bumiputera menerusi inisiatif “carve out and compete”.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata menerusi inisiatif ini syarikat bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan berlandaskan merit.
“Kontrak ini bukan diberi sesuka hati, tetapi mereka mesti buktikan kemampuan dan pertimbangan akan dibuat berasaskan merit,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera, hari ini.
Najib berkata pakej LRT 3 terdiri daripada kerja sivil dan sistem termasuklah jejambat dan bangunan parkir melibatkan 9 pakej, laluan terowong bawah tanah (1 pakej), depot kereta (2 pakej), depot bas (3 pakej), kerja sistem, pembekalan bahan binaan dan lain-lain.
Beliau berkata kontraktor bumiputera G2 hingga G7 di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berpeluang mengambil bahagian dalam 4 kategori utama.

Ini kisah Siti Noor Aishah

Dari jauh aku lihat dia mengesat air mata. Bukan kerana bebanan yang menimpa, tapi rasa malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.
“Terima kasih banyak. Mak Cik tak ada duit nak bagi, makcik malu dengan kamu. Semoga tuhan balas jasa kamu”.
Mundar-mandir dia berjalan pergi menuju ke dalam bas. Waktu itu aku lihat dia mengesat air mata, walau sebenarnya dia cuba sembunyikan dengan berselindung di celah-celah kereta. 
Pak Cik Atam terus menunggu di tepi kereta aku. Ingin dihulurnya duit, sedang aku tahu, orang tua ini, seorang OKU, yang hanya menyara hidup anak isteri hasil wang RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta wang pencen SOCSO sebanyak RM600, tak punya duit untuk diberikan. Aku menolak bukan kerana aku berduit, tapi tak tergamak seorang manusia yang waras mengambilnya.
“Terima kasih banyaklah encik. Pak Cik tak tahu dah nak mengadu dekat siapa. Di KL ni kami sekeluarga tak ada siapa-siapa nak mengadu”
Pakcik Atam Jusof, dan Isterinya, Makcik Saadiah Ibrahim adalah ibu dan ayah kepada Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar Universiti Malaya, yang dituduh dibawah SOSMA kerana kononnya memiliki 12 buah buku yang diharamkan.
Mereka ini aku hantar ke Stesen Bas Sementara Shah Alam, untuk pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu. Siang tadi, baru sahaja anak mereka ditahan semula dibawah SOSMA, dan dihantar ke Penjara Kajang.
Tak dapat aku bayangkan, jika 2 orang tua itu adalah ibu dan bapa aku. Aku tak tahu sialan apa yang merasuk dalam diri orang yang sanggup mendera mereka sekeluarga.
Siti Noor Aishah pelajar pintar. Menyambung ijazah di KUIN, kerana bahasa Arab diguna sebagai bahasa pengantar, walau sebenarnya menerima beberapa tawaran dari universiti lain. Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Usuluddin (Akidah) di Universiti Malaya. Suka membaca, malah sewaktu berjumpa dengannya, kami sempat bertanya apa harapan jika dibebaskan kelak. Jawabnya;
“Saya harap minat saya untuk membaca tak dihalang”.
Aku sempat ke rumah mereka beberapa minggu yang lepas. Rumah itu cuma ada satu bilik, dan bilik itu pun tak berpintu, cuma ditutup dengan langsir.
Aishah tak pernah keluar dari rumah, sejak dikenakan sekatan rumah, dan dipakaikan Alat Peranti Eletronik (EMD), selepas ditahan kali kedua dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Sekatan ini dikenakan kepadanya selama 2 tahun.
Ketika kami datang itulah baru dia keluar. Kata ibunya, wajah Aishah sedikit ceria.
Aishah merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. 3 orang adiknya, masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat sijil dan diploma, bekerja kilang di Senawang, Shah Alam dan Kerteh. Seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.
Dalam semua, Aishahlah menjadi harapan keluarga, kerana diberi kesempatan untuk belajar lebih tinggi.
Aishah ditahan
22 Mac 2016, jam 12.25 tengah hari, sepasukan polis Bahagian Counter-Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, lengkap bersenjata berat M-16, menyerbu kediaman Siti Noor Aishah di Dungun, Terengganu.
Aishah yang sedang tidur di bilik, dibawa masuk ke dalam kereta polis dalam keadaan terpinga-pinga. 25 buah buku, termasuk telefon bimbit dirampas oleh polis.
“Masuk je dalam kereta polis, diorang dah mula soal siasat. Polis tanya saya, mana bendera? Mana bom?” Kata Aishah.
Aishah kemudiannya dibawa ke IPD Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya selama 28 hari. Bilik tahanan itu sempit, tidak bertilam dan bantal, lampu dibuka 24 jam sehari. Setiap hari, Aishah akan disoal siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalani sepanjang 28 hari.
“Mereka tak pukul saya, tapi kalau jawapan yang saya beri tidak memuaskan mereka, mereka ‘cuma’ suruh saya ketuk ketampi, jalan itik dan berdiri separuh duduk”
“Sepanjang 28 hari itu saya beberapa kali mohon kepada polis, supaya menghubungi ayah saya, dan minta dilantik seorang peguam untuk mewakili saya. Polis jawab kami dah beberapa kali maklum pada ayah kamu, tapi tiada jawapan”
Realitinya polis tidak memaklumkan pada ayah Siti Noor Aishah. Malah apabila ayahnya melantik peguam, polis memarahi ayah beliau. Mereka minta Pakcik Atam untuk tidak melantik peguam mewakili Aishah.
Bangsat apa ni!
Atas dasar ingin memudahkan kerja, kau layan mereka macam sampah. Ayah mana yang akan biar anaknya meringkuk dalam penjara tanpa pembelaan?!
Kalau sekalipun Aishah bersalah, kenapa kau hukum keluarga mereka? Demi duit? Demi pangkat? Bangsat!
Tamat tempoh reman 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, pada 19 April 2016, dan dituduh dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dikatakan memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

‘Harga barang boleh turun kerana GST’ kini hanya tinggal kenangan

SHAH ALAM, 29 MAC: Kenaikan kos sara hidup ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dapat dielakkan jika kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) serius membasmi budaya rasuah.
Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata, ketirisan dana akibat daripada jenayah itu jika diperangi secara menyeluruh dapat mengembalikan semula pelbagai subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini.
“Pakatan Harapan dengan konsistennya telah membantah perlaksanaan GST. Kami berpandangan bahawa kekurangan hasil kerajaan untuk menampung perbelanjaan yang tinggi dapat diatasi sekiranya pentadbiran kerajaan lebih efektif dengan menghapuskan rasuah.
“Ia termasuk membasmi salah guna kuasa serta penyelewengan yang telah mengakibatkan negera kehilangan wang melebihi AS$48.93 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, menurut Eddie Ng yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor, janji menteri UMNO, Datuk Ahmad Maslan bahawa kononnya harga barangan akan turun kerana GST, terbukti kini sama sekali tidak benar.
Sebaliknya, kata Eddie Ng, cukai yang diperkenalkan pada April 2015 itu telah mengakibatkan kos barangan dan perkhidmatan melambung tinggi ditambah dengan penghapusan pelbagai subsidi barangan keperluan harian.
“Melalui GST, kerajaan berjaya mengutip RM27 bilion pada tahun 2015 dan RM39 bilion pada tahun 2016. Di manakah duit tersebut dibelanjakan?
“Bukankah kerajaan, melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan GST merupakan penyelamat kepada rakyat Malaysia? Ataupun ianya sebenarnya penyelamat kepada kerajaan Malaysia yang hampir muflis,” ujarnya.
Pakatan Harapan tidak perlu GST untuk senangkan rakyat

Putus hubungan Pas-PKR, Iskandar bimbang AMANAH berada dalam lingkungan kuasa di Selangor



SHAH ALAM: Usul memutuskan hubungan antara Pas dan PKR di Selangor sekiranya diluluskan kepimpinan tertinggi parti hanya akan menguntungkan seteru mereka, AMANAH, kata Pesuruhjaya Pas, Datuk Iskandar Samad.
Ditemui pemberita di Dewan Negeri Selangor 27 Mac lalu, Iskandar berkata keberadaan Pas dalam jemaah exco negeri memastikan parti serpihan itu berada di luar lingkungan kuasa di Selangor.
Beliau menjawab soalan pemberita sama ada usul tersebut akan membawa kepada pemecatan atau peletakan jawatan Exco Pas dalam kerajaan negeri.
“Kita tidak takut hilang jawatan…,” kata Iskandar, yang juga exco kerajaan negeri.
“…tapi kita takut AMANAH akan masuk (ke dalam pentadbiran kerajaan Selangor).”
Beliau berkata demikian selepas FMT melaporkan Pemuda PAS di Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan meluluskan usul putus hubungan dengan PKR di mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.
Berdasarkan komunikasi dengan pimpinan setempat, dipercayai beberapa lagi kawasan akan mengikuti langkah mereka.
Usul tersebut menyusuli penularan video Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hasrat parti itu mahu menawan Selangor.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan rancangan tersebut.
Ketua Pemuda Pas, Kuala Selangor Ahmad Hakimi Othman berkata keputusan di pihaknya dicapai berdasarkan 3 peristiwa membabitkan hubungan Pas dan PKR negeri.
“Pertama, pemimpin PKR Melayu Islam memandang sinis usaha memartabatkan mahkamah syariah dan memejamkan mata dalam penerangan yang diberikan.

Anak Fadzil Noor tidak halang anjur seminar pemikiran

Faiz FadzilFaiz Fadzil
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, mana-mana pihak tidak dihalang untuk mengadakan seminar pemikiran berkaitan almarhum ayahnya, Ustaz Fadzil Noor yang merupakan bekas Presiden Pas (1989-2002).
"Jika ada mana-mana pihak sama ada parti politik atau NGO yang mahu mengadakan seminar pemikiran almarhum Fadzil Noor, saya dan keluarga akan bersikap terbuka untuk mengalu-ngalukan usaha tersebut.
"Seminar pemikiran almarhum Fadzil Noor boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak memandangkan selari dengan sifat beliau yang terbuka dan seorang pemimpin yang boleh menerima kritikan," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas tentang kesediaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berdepan tindakan undang-undang oleh ahli waris Almarhum Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadzil Noor untuk menganjurkan seminar ilmu dan pemikiran politik berkaitan kedua-dua tokoh Pas itu akan datang.
Reaksi Salahuddin itu ekoran bantahan dan laporan polis oleh anggota keluarga bekas Mursyidul Am Pas terhadap penganjuran Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dijadualkan pada 9 April ini.
Faiz yang merupakan anak kelima dari lapan adik-beradik itu berkata, wacana ilmu yang membedah idea dan pemikiran almarhum ayahnya adalah satu langkah positif bagi membangkitkan kesedaran rakyat untuk memahami dan meneruskan legasi perjuangan almarhum.
"Perkara yang baik dan positif tidak perlu dihalang sama ada saman atau laporan polis kerana penyebaran ilmu itu wajib dan pahalanya tidak terputus.
"Sebagai seorang ulama dan negarawan, legasi perjuangan beliau yang berjaya menyatukan pembangkang bagi melawan rejim Umno-BN tidak harus berhenti setelah pemergian beliau.
"Sebaliknya, harus diteruskan oleh generasi terkemudian sebagai mata rantai perjuangan yang dituntut Islam," tegas peguam itu.

'Memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional'
Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan perjuangan mantan Ketua Pembangkang di Parlimen pada 1999 itu adalah milik semua dan wajar dikongsi segenap lapisan rakyat di negara ini yang cintakan kebenaran dan keadilan.
"Pas Kedah pernah menganjurkan seminar pemikiran almarhum Fadzil Noor dan ia mendapat sokongan keluarga. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) pula pernah memberikan anugerah penghargaan kepada almarhum Fadzil Noor yang diterima oleh waris beliau.
"Ingatan Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang mengimbau perjuangan almarhum Fadzil Noor yang menyokong perjuangan reformasi adalah satu penghormatan yang tepat bagi menyedarkan rakyat pentingnya perubahan di negara ini dilakukan," jelasnya.

Haramkan PPS, P Pinang pertimbang saman KDN

Kerajaan Pulau Pinang sedang mengkaji untuk memfailkan saman terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menahan 158 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada tahun 2014.
Anggota berkenaan ditangkap selepas menghadiri perarakan Merdeka di Padang Kota Lama pada 31 Ogos 2014.
"Ia masih dalam pertimbangan, tapi kita mahu beri tumpuan kepada keputusan Mahkamah Rayuan bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah oleh kerajaan Pulau Pinang.
"Kami mahu melepasi halangan pertama ini kerana Kementerian Dalam Negeri masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari (sementara menunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan jika ia membuat rayuan)," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar hari ini .
Lim ditanya mengenai perkara itu selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 November tahun lepas untuk mengekalkan larangan KDN terhadap PPS di Pulau Pinang.
Mahkamah Tinggi dalam keputusannya juga berkata PPS adalah sebuah pertubuhan tetapi tidak berdaftar di bawah Seksyen 101 (b) (5) Akta Kerajaan Tempatan, yang memerlukan sesebuah pertubuhan didaftarkan.
Seksyen yang dibaca bersama Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 memerlukan sesebuah pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)

J/K Tertinggi Msia-China kukuhkan aspek pertahanan kata Menteri

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan) bersalaman dengan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Republik China Jeneral Xu Qiliang (tiga, kanan) selepas pemeriksaan kawalan kehormat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Kementerian Pertahanan hari ini. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan). -Foto Bernama.Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan) bersalaman dengan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Republik China Jeneral Xu Qiliang (tiga, kanan) selepas pemeriksaan kawalan kehormat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Kementerian Pertahanan hari ini. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan). -Foto Bernama.
Sebuah jawatankuasa tertinggi antara Malaysia dan China akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan aspek pertahanan kedua-dua negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan.
Beliau berkata jawatankuasa itu bertujuan menginstitusikan hubungan dua hala antara Malaysia dan China selain dapat memikirkan segala aspek yang boleh membina atau mengeruhkan hubungan sedia ada.
"Ia (jawatankuasa tertinggi) juga akan ada kumpulan kerja tertentu, antaranya pendidikan dan latihan, pertukaran maklumat dan isu semasa seperti ancaman Daesh selain berkaitan aset yang digunakan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China Xu Qiliang di Kementerian Pertahanan,  hari ini.
Menurutnya antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah isu Laut China Selatan, ancaman Daesh dan isu Korea Utara.

China-Komunis tentukan kontraktor ECRL

Kontraktor bagi projek East Coast Rail Link (ECRL) telah dicalonkan oleh China, mengikut jawapan bertulis Parlimen oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Beliau berkata Malaysia telah diberikan syarat-syarat pembiayaan yang menarik sebagai pertukaran untuk China mencalonkan kontraktor pilihannya.
Bagi membolehkan Malaysia mendpat terma kewangan yang terbaik ini, dalam rundingan (government to government) G2G berkenaan, syariakt pembinaan terbesar milik negara China iaitu China Communications Constructions Companya (CCCC) telah dinominasi oleh kerajaan negara China untuk melaksanakan ECRL dengan kos RM55 bilion.
Najib berkata demikian ketika menjawap soalan Nasruddin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah melaksanakan penelitian yang mendalam dalam pemberian kontrak konsesi bagi pembinaan ECRL.
Perdana Menteri berkata CCCC mempunyai rekod yang baik dalam projek-projek pembinaan utama termasuk di Malaysia dan kerajaan yakin syarikat itu mampu menyiapkan projek ECRL.
Dalam satu lagi jawapan bertulis yang berkaitan, katanya Export Import Bank of China (China Exim Bank) menawarkan pinjaman mudah kepada Malaysia untuk membiayai projek itu pada kadar faedah yang rendah.
Katanya, pinjaman selama 20 tahun, termasuk 7 tahun grace period dengan tidak ada bayaran prinsipal diperlukan sepanjang tempoh tujuh tahun pertama.
“Bagi melayakkan malaysia memperolehi terma kewangan yang diawarkan oleh China Exim Bank, projekt ini perlu dilaksakan oleh CCCC, sebuah syarikat pembinaan terbesar milik kerajaaan China,” petik jawapan bertulis Najib.

'Bukan faktor kaum pilih Dr M, Azizah sebagai penasihat'

Isu 'kaum' bukan merupakan faktor dalam keputusan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penasihat Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata demikian ketika menjawab soalan mengapa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tidak dinamakan sebagai salah seorang penasihat.
Perkara itu timbul selepas DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berbeza pandangan mengenai sama ada HARAPAN perlu menjadi gabungan berteras kepimpinan Melayu.
"Ini (faktor kaum) bukan pertimbangan kita. Tak ada kena mengena dengan Melayu pimpin atau tidak," kata Tan kepada Malaysiakini.
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menggesa gabungan HARAPAN berteraskan kepimpinan Melayu, namun setiausaha penganjur DAP, Anthony Loke berkata, rakyat Malaysia tidak mahu sebuah lagi 'Umno' menguasai HARAPAN.
HARAPAN memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa sementara seramai 18 anggota dan mendaftarkan gabungan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sementara itu, Tan berkata keputusan menamakan dua doktor itu didorong rasa hormat terhadap Mahathir dan Wan Azizah.
Beliau berkata DAP tidak membangkitkan isu Lim, yang telah terlibat dalam politik selama lebih daripada lima dekad agar diberi status yang sama seperti Mahathir dan Wan Azizah semasa mesyuarat presiden HARAPAN.
"Kami tak ambil berat tentang jawatan. Kami tak minta apa-apa," katanya.
Tan juga menjelaskan bahawa penasihat jawatankuasa penaja tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah kepada parti komponen lain.

BN marah DAP sebut ‘tok lebai’ dalam ucapan rasuah

'Tok lebai' digunakan untuk merujuk kepada guru agama, ahli agama dan tok imam, kata Adun Permatang Sulaiman Razak
Sulaiman-Abdul-Razak_bn_dap_60
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor berang kerana DAP menggunakan istilah “tok lebai” untuk meminta pihak tertentu menegur pimpinan mengenai kesan rasuah kepada negara dan tadbir urus kerajaan.
Bagi Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), penggunaan gelaran “tok lebai” oleh Adun DAP dalam ucapan yang dianggap “tidak ada haluan” sudah menghina orang Islam.
“Saya nak tegur DAP yang menggunakan perkataan ‘tok lebai’. Dalam agama Islam, dan kadang-kadang orang Melayu, ‘tok lebai’ merujuk kepada agamawan, iaitu orang yang dihormati sebagai guru agama, ahli agama, paling tidak pun untuk tok imam.
“Tapi bila guna bidasan ‘tok lebai’ dengan hujah yang saya rasa tidak ada haluan, ini satu penghinaan kepada orang Islam,” katanya kepada pemberita di ruang legar Dewan Negeri Selangor hari ini.
Terdahulu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) menegur “tok lebai” dalam ucapan di dalam dewan berkaitan rasuah dan penyelewengan.
Weng San menggesa Selangor menjadikan pengisytiharaan aset secara terbuka sebagai kehendak mandatori dari segi undang-undang, bagi mempertahankan pegawai atasan kerajaan dan wakil rakyat dari tidak terjerumus rasuah.
“Masalah rasuah bukan calang-calang isu. Persepsi rasuah serius dan menjejaskan iklim pelaburan negara, akibat pentadbiran kewangan yang lemah displin dan sarat dengan penyelewengan.
“Ada ‘tok lebai’ di dalam dewan ini mengatakan isu 1MDB sudah lapuk,” kata Weng San, tanpa menamakan mana-mana orang agama dari parti tertentu.
Sulaiman bangun mencelah dan mempertikaikan penggunaan perkataan oleh Weng San.
“Sebut 2-3 kali ‘tok lebai’, apa maksud ‘tok lebai’? Apakah mahu menghina agama Islam atau tuju kepada siapa? Ulama? Ahli majlis fatwa?”

Skandal 1MDB: Timbang tara 1MDB-IPIC adalah rahsia - kementerian kewangan

 Kementerian Kewangan tidak boleh mendedahkan butiran proses timbang tara antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi kerana terikat dengan garis panduan kerahsiaan.
Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawap soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, yang meminta maklumat terkini mengenai proses timbang tara itu.
"Kes timbang tara antara pihak IPIC dan 1MDB masih berlangsung di London Court of International Arbitration (LCIA).
"Kedua-dua pihak perlu menghormati garis apanduan kerahsiaan dan publisiti pihak LCIA dan oleh itu status kedudukan terkini kes tersebut tidak dapat diperincikan," kata kementerian kewangan.
IPIC memohon bayaran dan pampasan sebanyak AS$ 6.5 bilion daripada 1MDB, termasuk dana 1MDB yang dibayar kepada anak syarikat palsu IPIC.
Isnin lalu, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata, 1MDB telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk proses timbang tara berkenaan.
Beliau berkata langkah seterusnya adalah untuk menunggu keputusan mahkamah itu.
1MDB dan IPIC sebelum ini cuba untuk menyelesaikan isu itu melalui rundingan terus, tetapi gagal mencari penyelesaian.

Kisah biawak bikin Dewan Rakyat 'panas'

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ungkapan 'jangan jadi seperti biawak' menghangatkan suasana di dalam dewan.
Ahli Parlimen Setiu, Mohammad Zulkifly Yusof yang ketika itu membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 mengingatkan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya 'jangan sampai dia digelar sebagai biawak'.
Dewan Rakyat "Pandan jangan orang panggil kita biawak esok...tapi saya tidak kata dia biawak.
"Semua benda dia hentam tetapi akhirnya berkata apa yang dicakap itu sekadar gurauan," katanya.
Bangun mencelah perkara itu, Rafizi berkata, beliau tidak ada masalah untuk wakil rakyat kerajaan menghentamnya.
Namun merasa sedikit ralat apabila platform Dewan tidak digunakan sebaiknya oleh mereka untuk membahaskan perihal rakyat.
"Saya tidak ada masalah untuk dihentam tiap-tiap hari di dalam dan luar dewan.
"Tetapi amatlah merugikan rakyat dari Setiu apabil wakil rakyat mereka masuk ke dalam dewan membahaskan rang undang-undang yang cukup penting bagi rakyat tetapi tidak menggunakan sepenuhnya ruang itu untuk membahaskan tentang rakyat tetapi cuba membodek Pekan dengan menghentam saya.
"Saya tidak ada terkesan langsung. Panggil saya biawak, panggillah saya apa pun, saya buat tugas saya sebagai pembangkang," katanya.
Keadaan kembali reda apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta supaya semua wakil rakyat bertenang.
Drama berakhir apabila Mohammad Zulkifly menghabiskan perbahasan beliau.
"Saya menyokong Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016," katanya.
Perbahasan berhenti berehat dan bersambung pada petang ini.

Gabungan: Buang yang keruh, ambil yang jernih, kata Guan Eng

Pemimpin DAP berkata penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan seperti AS dan Rusia memulakan hubungan baru.
limguangeng-pakatanharapan2
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan Pakatan Harapan (PH) akan kembali sebagai gabungan “baharu dan kuat” dengan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) minggu lepas.
Beliau berkata hubungan antara PPBM dan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dengan komponen asal – PKR, DAP dan Amanah – seperti kuasa besar memulakan hubungan baru.
“Ia seperti Amerika Syarikat dan Rusia cuba memulukan hubungan baru,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang pada sidang media di Komtar hari ini.
Menegaskan PH dijangka akan “diset semula”, Guan Eng berkata pendekatan “buang yang keruh, ambil yang jernih” diambil dalam pembentukan perikatan baharu ini.
Ditanya sama ada Dr Mahathir, yang merupakan bekas perdana menteri, dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR dan ketua pembangkang, akan dijadikan “penasihat khas” jawatankuasa penaja gabungan, Guan Eng berkata perkara tersebut belum diputuskan.
“Mereka 2 watak utama. Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kenyataan kerana jawatankuasa penaja belum melantik pemegang jawatan,” katanya.
“Dr Mahathir dan Wan Azizah boleh membantu kita ‘set semula’ politik negara,” tambahnya.
Pemimpin PKR, DAP dan Amanah bersengketa dengan Dr Mahathir sejak beliau menyingkir Datuk Seri Amanah Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan dari Umno pada 1998. Dr Mahathir merupakan perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN ketika itu.
Langkah itu membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional, pelopor kepada PKR. Ia membawa kepada kerjasama antara PKR dan DAP melawan Dr Mahathir dan BN.
Dr Mahathir meninggalkan Umno dan BN pada Februari 2016, dan menubuhkan PPBM untuk melawan perdana menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
Guan Eng berkata PH akan menjadi gabungan harapan yang menyatukan semua parti anggota.
“Kami mengharapkan masa depan politik negara diset semula. Kami mahu mendakap semua yang mahu melakukan kebaikan, mereka yang mahukan kerajaan demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan kemakmuran,” katanya.

Suhakam: Pukulan mungkin sebabkan kematian tahanan

Siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kematian S Balamurugan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 7 Februari lalu mendapati bahawa mangsa diseksa dan ditahan secara tidak sah.
Suhakam berkata ia dimaklumkan bahawa mangsa yang ditahan bersama dua suspek lain pada 6 Februari, telah dipukul oleh polis antara jam 7.30 petang hingga 9.30 malam di balai polis Bandar Baru Klang sebelum dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah.
Suruhanjaya itu berkata Balamurugan, 44, tidak dapat berjalan apabila dia dipindahkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara ke lokap di Shah Alam pada kira-kira jam 4:10 pagi berikutnya.
Menurut Suhakam, pada jam 10 pagi hari itu, Mahkamah Majistret Klang menyedari kecederaan Balamurugan itu dan menolak permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Sebaliknya, mahkamah memerintahkan polis supaya menghantar mangsa ke hospital.
Walau bagaimanapun, arahan itu tidak diendahkan oleh pihak polis yang terus menyalahi undang-undang dengan menahan Balamurugan selepas tempoh 24 jam yang dibenarkan berakhir.
Suhakam telah menemubual majistret berkenaan pada 23 Feb, 2017, dan telah dimaklumkan bahawa muka dan mata mangsa bengkak.
"Beliau tidak dapat duduk, berdiri atau mengangkat kepala apabila namanya dipanggil di mahkamah," katanya.
Walaupun pihak polis mempunyai peluang untuk menghantar si mati ke hospital, Suhakam berkata, mereka gagal berbuat demikian dan membawanya semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada kira-kira jam 1.15 petang.
"Suhakam dimaklumkan bahawa si mati menggigil pada ketika itu tetapi dia tidak diberi sebarang rawatan perubatan.

Demi elak rasuah, Adun Selangor perlu isytihar harta

Adun Kampung Tunku berkata isu rasuah bukan perkara remeh kerana ia boleh menjejaskan imej pelaburan negara akibat pentadbiran yang lemah.
lau-weng-san_rumah1
SHAH ALAM: Adun Selangor daripada DAP menggesa pegawai kerajaan dan semua Adun di negeri itu mengisytiharkan harta masing-masing supaya bebas daripada penyelewengan.
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) pada sidang DUN Selangor hari ini berkata ia perlu dilakukan supaya tidak ada penyelewengan dalam kalangan kakitangan kerajaan, seperti yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan pusat.
“Bagi memastikan pentadbiran telus dan bersih saya mencadangkan pada masa akan datang supaya mengarahkan pegawai atasan kerajaan dan Adun Selangor mengisytiharkan harta dan aset.
“Ini boleh memastikan kerajaan di Selangor tidak terjerumus dalam skandal rasuah dan bagi memastikan ia telus.
“Kita boleh mengambil badan pemantau bebas daripada pengaruh kerajaan negeri seperti Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika berucap di DUN hari ini.
Lau berkata isu rasuah bukan perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjejaskan imej pelaburan negara akibat daripada pentadbiran yang lemah.
Sementara itu, Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berkata pihaknya bersetuju jika cadangan pengisytiharan harta melibatkan semua Adun dan kakitangan kerajaan dibentangkan dan dibahaskan di dalam Dewan.
Bagaimanapun, cadangan sama pernah dicadangkan pada sidang DUN lepas namun tidak ada seorang pun wakil rakyat kerajaan membentangkannya, malah kertas cadangan tersebut ditarik balik.
“Sebenarnya kerajaan negeri pernah mencadangkan satu kertas cadangan untuk diangkat dalam Dewan dan dibahaskan mengenai pengisytiharan harta.
“Kita tidak ada masalah, tapi saya kesal apabila kertas itu tidak dikemukakan dan ditarik balik,” katanya kepada wartawan di lobi DUN.
Beliau pada masa sama turut mendakwa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali tidak berani membahaskan usul tersebut kerana pentadbiran sedia ada tidak telus.
“Zaman Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dia sudah lakukan pengisytiharan harta, nampak beliau telus daripada menteri besar sekarang.
“Jadi saya nak kata nampaknya isu ini hanya hangat-hangat tahi ayam kerana kertas cadangan ditarik balik,” katanya.

Mahdzir langgar Perlembagaan, Perkeliling Perkhidmatan Penjawat Awam


Mohd Ashraf Mustaqim Badrul MunirMohd Ashraf Mustaqim Badrul MunirTindakan Kementerian Pendidikan menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan Penjawat Awam yang membenarkan guru untuk berpolitik.
Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan sikap autokratik kerajaan yang ditonjolkan melalui kementerian itu oleh Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid sewajarnya tidak berlaku.
Exco Pendidikan dan Mahasiswa Armada Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, tindakan Mahdzir itu bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan juga Pekeliling Perkhidmatan Penjawat Awam Bil. 9/2010 yang membenarkan guru untuk berpolitik yang telah berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2010.
"Bagaimana seorang anggota legislatif yang juga menteri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian dan bercanggah dengan hitam putih peruntukan negara sekaligus mencabul hak selaku warga hanya semata bertentangan ideologi politik dan mengkritik.
"Pekeliling Perkhidmatan telah memperuntukan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan menganggotai atau terlibat secara langsung dalam politik malah dibenarkan untuk bertanding atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik.
"Manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan & Professional (P&P) pula hanya dibenarkan menjadi ahli biasa.
" Malah Perkara 10 Perlembagaan Malaysia turut memelihara hak bersuara 5 guru ini sepertimana yang termaktub dalam (1) (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara," terangnya.
Pada Isnin, Mahdzir memaklumkan kementerian telah menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan.
Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
Armada beranggapan tindakan Mahdzir bercanggah dengan demokrasi.
"Di manakah letaknya demokrasi seperti yang dicanang menteri apabila melarang guru untuk mengkritik setelah tiada ruang untuk menyatakan kebenaran?.
"Apabila kebenaran diperkatakan begitu mudah pihak kerajaan menyatakan bahawa segalanya fitnah dan mengambil tindakan, sedangkan ianya boleh jadi suatu penambahbaikan buat kerajaan.
"Terlalu banyak masalah yang dihadapi guru, kerja-kerja luar skop pengajaran dan pembelajaran misalnya dan kesan pemotongan bajet pendidikan turut memberi impak termasuk apabila sekolah melalui guru-guru juga terpaksa mencari duit untuk pembangunan ataupun program-program sekolah.
"Malah sehingga ada yang terpaksa mengeluarkan bajet sendiri kesan ketirisan kerajaan," terangnya.
Justeru kerajaan digesa untuk menilai kembali sejauh mana mereka mendengar rintihan guru khususnya atas bebanan yang ditanggung golongan pendidik ini.

Tiada belanjawan tambahan di Selangor, kata Azmin

Kerajaan nak elak perang harga minyak

KECOH:Rafizi Ramli PANDAN VS SETIU BN-Hina Peguam,RUU Kebangkarapan

Khidmat 'Valet Doa' diarah henti operasi, kata Menteri

INVOKE: Gaji Tak Naik-naik..!!

Tuntut kerajaan perjelas isu perbelanjaan diplomatik

Gesa kementerian pendidikan beri sebab Malaysia terkeluar Pisa

"Tak terkesan langsung panggil saya biawak," ucap Rafizi pada MP Setiu

TN50: Antara harapan dan realiti

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam dialog mengenai TN50 awal tahun ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam dialog mengenai TN50 awal tahun ini
Kenyataan dari Khairy Jamaluddin 'TN50 pastikan generasi muda tak warisi beban kos hidup', seolah-olah beliau baru bangun dari tidur lena yang amat lama dalam bilik yang tidak bertingkap. Kalau bilik beliau bertingkap sudah tentu seorang muda yang cerdik seperti beliau boleh melihat betapa muram dan gelap dunia anak muda hari ini.
Pengangguran generasi muda
Daripada lebih daripada 500,000 orang penganggur hari ini, 30% adalah graduan anak muda yang masih menunggu peluang pekerjaan pertama mereka. Mereka yang baru lulus Universiti seberang laut tidak berminat pulang kerana ketandusan peluang pekerjaan dan mata wang serta ekonomi Malaysia yang telah didurjanakan oleh kleptokrat.
Graduan tempatan yang "terperangkap" oleh sekatan perjalanan keluar kerana hutang PTPTN di Malaysia, terpaksa berkerja di pasaraya walaupun memiliki kelulusan akademik yang tinggi. Masalah yang paling besar hari ini adalah Kerajaan tidak mahu mengakui realiti masalah yang dihadapi oleh anak muda hari ini dan akhirnya mengaturkan menteri mudanya seperti Khairy memberi harapan palsu melalui janji manis yang memerlukan penyelesaian kini dan bukan 2050.

Kebebasan bersuara anak muda
Menyedari bahawa Wawasan 2020 tidak mampu dicapai, maka kerajaan menjanjikan bulan dan bintang TN50 pada tahun 2050 pula. Kalau yang di hadapan mata dan sepatutnya hanya tinggal 3 tahun lagi sepatutnya dicapai, apakah kemungkinan sesuatu 33 tahun lagi boleh di nikmati?
Kerajaan mengharapkan Khairy menawarkan gula-gula kepada anak muda seolah-olah mereka masih di tadika. Ini adalah satu penghinaan kepada generasi muda yang celik maklumat dan cerdik hari ini. Generasi 'Y' hari ini tidak mudah diperdayakan walaupun mereka berdiam diri dan memendam rasa di hati.
Bukti suara anak muda ingin disenyapkan terbukti dengan tangkapan begitu ramai mahasiswa serta anak muda seperti anak muda Nur Syafiqa Hazira, yang dipenjarakan diatas alasan yang remeh. Hukuman terkini di peringkat Mahkamah Rayuan ke atas aktivis Adam Adli, CheGu Bard dan Safwan Anang. Termasuk juga mereka yang giat diperingkat kampus juga diambil tindakan dalam penganjuran aktiviti yang tidak bercanggah dengan perlembagaan seperti anak muda Anis Syafiqah, Mukmin Nantang, Fahmi Zainol, Khairol Najib dan lain-lain, kesemuanya wira anak muda yang cuba dilenyapkan suaranya.
Ada yang didakwa, ditangkap, digantung pengajian atau biasiswa dengan tujuan untuk mematahkan semangat juang mereka. Inilah harapan serta janji masa depan kerajaan BN melalui Khairy kepada anak muda - masa depan yang kelam dan kabur.
Generasi muda penghutang
Sebelum mempunyai pekerjaan pertama mereka, anak muda telah dibebani hutang pengajian mereka bersama dengan kos sara hidup yang melangit terutamanya di bandar besar. Anak-anak peneroka FELDA dan Nelayan tidak tahu untuk ke mana- di desa mereka terus merana, di bandar mereka merempat di kaki lima! Anak muda FELDA belum tahu penyelesaian hutang RM140,000 peneroka dan masalah perumahan generasi kedua di negeri Perdana Menteri sendiri. Anak nelayan antara keluarga termiskin dengan pendapatan RM400 di Terengganu yang dikenali umum sebagai bumi minyak bertuah "Kuwait Malaysia".
Janji TN50 kerajaan untuk tahun 2050 terlalu jauh untuk mereka merenung dalam kesempitan hidup kekangan kemiskinan hidup harian mereka. Ke mana perginya kekayaan negara hasil 40 tahun pengeluaran minyak dan gas setelah 60 tahun merdeka?
Justeru, kalau Khairy benar benar tidak mahu generasi muda warisi beban kos hidup pada tahun 2050, beliau mestilah bantu mereka mengatasi masalah semasa seperti turunkan kadar penganguran anak muda hari ini yang tinggi pada dari 10.7%, naikkan median gaji menengah dari rm 1,600, mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, mengurangkan kadar 70% rakyat Malaysia yang tidak mampu memiliki rumah hari ini, dan mengatasi masalah penghijrahan 72% rakyat berpindah keluar negara atau 'brain drain' kerana mencari peluang perkerjaan yang lebih baik.

PAS Kedah turut kaji hubungan dengan PKR

Selepas Pulau Pinang, Terengganu, kini PAS kawasan Kedah pula dilapor meluluskan usul mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan ini akan dibawa pada muktamar PAS di negeri itu hujung bulan depan.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama PAS kawasan yang berbuat demikian lapor Utusan Malaysia.
“Setakat ini 11 daripada 15 PAS kawasan di negeri ini sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan sementara empat lagi akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat.
“Ada beberapa PAS kawasan yang membahaskan usul mengenai tahaluf siyasi bersama PKR dan perkara itu diluluskan untuk dibawa kepada jawatankuasa penapis usul di peringkat PAS Pusat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Menurut laporan itu, PAS kawasan Baling juga meluluskan usul tersebut secara sebulat suara.
Semalam empat kawasan PAS di Terengganu yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Manakala 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan parti itu.
Beberapa hari yang lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas, beliau yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang.
Kata Mohamed Azmin yang juga menteri besar Selangor, tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.

Kerajaan perlu berhemah urus perbelanjaan negara

Negara seharusnya mengambil pendekatan berhemah dalam mengurus perbelanjaan dan bukannya terus berhutang untuk mengaut keuntungan jangka pendek.
Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata, langkah itu akan mengakibatkan bebanan hutang untuk generasi akan datang.
Katanya lagi, kegagalan BN mengambil pendekatan itu hanya akan menyebabkan rakyat menderita dan terus terbeban dengan hutang kerajaan.
"Saya meneliti ucapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) direncanakan bagi memastikan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada masa kini.
"Khairy juga mengesahkan tindakan kerajaan Umno BN selama ini bersifat jangka pendek dan reaktif yang dilihat gagal merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK).
"Setelah Wawasan 2020 gagal disempurnakan kerana pelbagai masalah ketirisan yang disebabkan oleh kepimpinan Umno BN yang tidak cekap, Umno BN masih berangan lagi mahu mentadbir sehingga tahun 2050," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, beban yang dicipta BN sekarang secara jelas tidak mampu diselesaikan dalam masa terdekat mahupun jangka panjang.
"Keadaan ekonomi global yang penuh ketidaktentuan dan kedudukan defisit kewangan negara yang semakin melebar saban tahun.
"Sepertimana laporan Kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (Misi) pada awal 2016 lalu, mendapati 68 peratus daripada rakyat Malaysia dibebani dengan hutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia dan lebih dua kali ganda purata serantau sebanyak 33 peratus," katanya lagi.
Beliau dalam masa sama begitu yakin generasi muda yang ada pada hari ini sudah tidak sanggup lagi menghadapi bebanan hidup di bawah pemerintahan BN.
"Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengundi Pakatan Harapan kerana dengan hanya pada peti undi dapat menentukan nasib negara ini," katanya lagi.

'Kerajaan pun kerap langgar peraturan' - Amanah Selangor

Mariam Abdul Rashid Mariam Abdul Rashid
Amanah Selangor menyifatkan saranan Menteri Pendidikan supaya guru yang menyokong pembangkang meletak jawatan sebagai bukti kegusarannya bahawa guru-guru berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Pengerusinya, Mariam Abdul Rashid berkata, guru tidak harus dijadikan kelompok yang dikongkong minda lantaran kerana mereka berkhidmat makan gaji dengan kerajaan.
"Ada juga guru yang menyokong dan begitu juga yang menolak pendekatan kerajaan. Malah, kerajaan juga biasa melanggar peraturan bila sekolah dijadikan lokasi parti politik Umno-BN khasnya untuk berkempen dan guru-guru diarahkan untuk menghadiri program politik.
"Sekiranya guru ingin bertanding sebagai calon (pilihan raya), sudah tentu mereka akan meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam tidak kira pro BN atau pembangkang," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Menteri Pendidikan sepatutnya mengkaji bebanan tugas guru yang bertambah dari semasa ke semasa selain merancang dan menambah baik sistem pendidikan negara.
Hal ini, jelasnya, penting bagi memastikan sistem pembelajaran tidak membebankan guru memandangkan mereka pada masa ini turut melakukan pelbagai kerja pengkeranian.
"Boleh dikatakan dalam sehari kerja mereka melebihi 10 jam malah kadang-kadang terpaksa membawa kerja-kerja dokumentasi pelajar juga menyemak kertas peperiksaan di rumah.
"Menteri seharusnya melihat kebajikan guru termasuk mengkaji tahap dan tangga gaji guru yang sampai masa patut dinaikkan.

Dr M, Wan Azizah bakal dilantik penasihat protem HARAPAN

Pakatan Harapan bersetuju melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat jawatankuasa protem.
Keputusan untuk membentuk 18 ahli jawatankuasa protem dibuat pada mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang diadakan pada Isnin lalu dengan penyertaan sulong Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
"Daripada 18 ahli, 16 (ahli protem) akan dibahagikan sama rata oleh empat parti, manakala dua kedudukan istimewa diberikan kepada Wan Azizah dan Tun Mahathir," kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.
"Kami memuruskan (untuk menamakan kedua-duanya) Wan Azizah dan Mahathir sebagai penasihat. Mereka akan memegang jawatan sama dan mereka sama-sama penting," katanya.
Bagaimanapun, katanya, semua ini bergantung kepada terma dan syarat serta prosedur yang digariskan oleh Pendaftar Pertububuhan berhubung pendaftaran parti komponen.
“Kami belum melihat borang (pendaftaran) lagi, ia bergantung kepada (jenis jawatan dalam) borang," katanya.
Menurut Khalid, ini adalah langkah awal untuk menjadi satu kepimpinan bersama dalam gabungan itu sejak ia dibentuk oleh beberapa parti.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan Isnin lalu memutuskan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan berikutan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam perikatan pembangkang itu.

KSN perlu fokus isu rasuah, bukan ugut kakitangan awam, kata Salahuddin

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsah dinasihatkan agar bekerja lebih masa dan fokus untuk bertindak lebih tegas terhadap isu-isu penyelewengan, salah guna kuasa dan budaya rasuah yang sedang membarah dalam perkhidmatan awam negara.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, Ali tidak perlu bertindak keterlaluan terhadap kakitangan awam yang mungkin berbeza pandangan dengan pegangan politik beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kakitangan awam juga berhak memberikan pandangan mereka seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ali semalam yang mengingatkan seluruh kakitangan awam agar tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit atau terpengaruh dengan pihak yang tidak bertanggungjawab memburukkan kerajaan.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada kakitangan awam yang memberikan jasa yang besar kepada kerajaan.
"Paling ketara apabila beliau mutakhir ini gemar mengeluarkan kenyataan seperti orang politik yang berbaur ugutan terhadap kakitangan awam supaya jangan seperti kacang lupakan kulit.
"Tindakan ini adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya kepada penjawat awam yang telah memberikan jasa besar kepada negara," katanya.

'Rakyat akan warisi hutang negara akibat ketirisan Umno-BN'

Rakyat akan mewarisi hutang negara ini disebabkan oleh tindakan kepimpinan Umno BN yang tidak cekap yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategi, Angkatan Muda PKR, Akmal Nasir.
"Fakta terpenting pada masa ini bagi setiap warganegara Malaysia sama ada baru sahaja lahir atau yang masih bernyawa tetap dibebani cukai GST dan seterusnya secara automatik akan mewarisi hutang negara akibat ketirisan, kebocoran dan penyelewengan di bawah pentadbiran Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas ucapan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang berkata bahawa Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) direncanakan bagi memastikan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada masa kini.
Akmal juga berkata Khairy telah juga mengesahkan tindakan kerajaan Umno BN selama ini bersifat jangka pendek dan reaktif yang dilihat gagal merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK).
Setelah Wawasan 2020 gagal disempurnakan kerana pelbagai masalah ketirisan yang disebabkan oleh kepimpinan Umno BN yang tidak cekap, Umno BN masih berangan lagi mahu mentadbir sehingga tahun 2050,” katanya.
Menurutnya, ekonomi global penuh ketidaktentuan dan kedudukan defisit kewangan negara yang semakin melebar saban tahun.
Beliau memberi contoh laporan Kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (MISI) pada awal 2016 lalu, mendapati 68 peratus daripada rakyat Malaysia dibebani dengan hutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia dan lebih dua kali ganda purata serantau sebanyak 33 peratus.

Dakwa tiada hak tanah, Orang Asli selar timbalan MB Kelantan

Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia berkata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sepatutnya sedar Orang Asli sudah lama wujud dan tinggal di negeri itu sebelum wujudnya Kanun Tanah Negara.
amar
PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan mewakili Orang Asli menyelar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia tiada hak tanah adat.
Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) berkata Amar sepatutnya sedar Orang Asli sudah lama wujud dan tinggal di negeri itu sebelum wujudnya Kanun Tanah Negara.
Ketua Penerangan MOADA, Moshe Napitupulu @ Bah Yus berkata kerajaan Malaysia juga menandatangani Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa (UNDRIP) dan seharusnya mematuhi piawaian serta menghormati hak Orang Asli terhadap tanah, budaya dan tradisi yang tidak boleh dinafikan.
“UNDRIP Artikel 8 sehingga 32 jelas menunjukkan tanah adalah tanggungjawab pemerintah dan perlu memberi pengiktirafan kepada Orang Asli kerana tanah bagi masyarakat kami melibatkan amalan tradisi dan kerohanian.
“Artikel 18 pula menyatakan Orang Asli harus dilibatkan dalam membuat keputusan berasaskan maklumat awal, bebas dan telus.
“Disebabkan kekeliruan dan tidak prihatin kerajaan maka istilah tanah adat untuk Orang Asli tidak dihiraukan tetapi hak terhadap tanah adat sebenarnya sudah lama wujud dalam undang-undang am yang diguna pakai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu, Amar ketika menjawab soalan Ab Aziz Yusoff (BN-Galas) di sidang DUN Kelantan berkata masalah Orang Asli di negeri itu sukar diselesaikan kerana tindakan sebuah pertubuhan yang didakwa mengapi-apikan Orang Asli dalam menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembalakan.
Katanya, walaupun Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) mendakwa mereka mewakili masyarakat Orang Asli dalam isu berkenaan, namun ia pertubuhan yang tidak berdaftar dan pandangan mereka tidak boleh diambil kira.
“Mengikut maklumat yang ada pada kita, JKOASM di belakang tindakan sekatan Orang Asli. Mereka juga mengapi-apikan Orang Asli dengan isu tanah adat, padahal tanah adat hanya ada di Sabah dan Sarawak saja,” katanya.

PAS MAHU AMBIL BALIK 7 KERUSI PKR DIKELANTAN

KOTA BHARU – Pas membayangkan akan mengambil balik semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ‘di­pinjamkan’ kepada PKR di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Langkah tersebut dijangka dilakukan oleh Pas negeri selepas mengambil kira keadaan politik semasa membabitkan hubungan kedua-dua parti itu yang retak dan dilihat menanti masa untuk pecah.
Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, hal ini kerana PKR sering berada sepentas dengan pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk menyerang Kerajaan Pas Kelantan.
“Di peringkat negeri sebelum ini kita sudah sebut kepada rakan kita, PKR supaya menjaga hati pengundi Pas terutama di kampung-kampung.
“Dalam masa sama, kita juga sudah pesan supaya PKR lebih sensitif menjaga hubungan de­ngan Pas apabila mereka sering kali dilihat bersama-sama Pakatan Harapan di pentas-pentas ce­ramah untuk menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kerusi Parlimen yang ‘dipinjamkan’ kepada PKR di negeri ini pada PRU-13 adalah Ketereh, Tanah Merah dan Machang manakala DUN melibatkan kawasan Guchil, Kuala Balah, Pengkalan Kubor dan Nenggiri. Bagaimanapun hanya satu kerusi yang dimenangi oleh PKR iaitu DUN Guchil.
Baru-baru ini, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menegaskan parti itu akan mengambil balik kerusi yang dipinjamkan kepada PKR di Selangor termasuk Parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Desakan supaya Pas memutuskan hubungan dengan PKR semakin kuat apabila beberapa mesyuarat agung tahunan Pas peringkat kawasan di Pulau Pinang, Selangor dan negeri ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan parti pimpinan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu ditamatkan dan semua kerusi yang di­pinjamkan pada pilihan raya umum lalu diambil balik.
Walau bagaimanapun Che Abdullah berkata, keputusan muktamad mengenainya bergantung kepada Muktamar Tahunan Pas di Kedah akhir bulan depan sekiranya memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

TAK SAYANG JAWATAN KONON, TAPI....

Di sebalik beberapa Pas kawasan semakin banyak meluluskan usul agar parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, Pas Selangor nampaknya agak keberatan untuk mengambil tindakan yang sama dengan cuba memberi gambaran daripada sudut yang berbeza.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya usul putus hubungan itu diluluskan, ia hanya akan menguntungkan seteru politik mereka iaitu Amanah.

Katanya, keberadaan Pas dalam kerajaan negeri ialah untuk memastikan Amanah terus berada di luar lingkungan kuasa di Selangor.
Kita tak takut hilang jawatan....tapi kita takut Amanah masuk dalam pentadbiran kerajaan Selangor, ujar beliau.

Hehehe....tak takut hilang jawatan konon, tapi takut pula Amanah jadi ganti dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pengertian yang mudah, kalau Pas putuskan hubungan dengan PKR, automatik Amanah akan masuk sebagai pengganti dan hilanglah semua jawatan yang dipegang selama ini.

MELAYU TAK PERLUKAN UMNO. HANYA UMNO YG PERLUKAN MELAYU


Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh “4th floor boy”. Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.
Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).
*Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :*
25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.
Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.
UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.
Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.
*Bagi PRU14 akan datang BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.*
Semasa PRU12 belum lagi ada kes :
πŸ”΄ 1MDB
πŸ”΄ GST
πŸ”΄ RM2.6B
πŸ”΄ Harga barangan naik.
πŸ”΄ Harga minyak tak menentu.
πŸ”΄ Matawang merundum.
πŸ”΄ Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
πŸ”΄ Biasiswa MARA tiada.
πŸ”΄ Subsidi pelajaran di potong.
πŸ”΄ Subsidi kesihatan di potong.
πŸ”΄ Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
πŸ”΄ Akta MKN.
πŸ”΄ Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
πŸ”΄ Pembuangan pekerja yang ramai.
Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.
Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.
Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah.

JANGAN BUANG MASA NAK KALAHKAN NAJIB DI PEKAN

Sekurang-kurangnya tiga orang sudah menyatakan minat dan kesediaan untuk menentang Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang ini.
Mereka ialah Ezam Mohd Nor yang menyatakan kesediaan untuk bertanding melalui Parti Bebas Rasuah yang bakal ditubuhkannya, Anina Saadudin, Ahli MPT Bersatu dan Abdul Rahman Mohd Nor, Ketua Bahagian Bersatu Pekan.
Di antara ketiga-tiga mereka, hanya Abdul Rahman merupakan orang tempatan Pekan. Beliau memang berasal dari Pekan, pernah menjadi pegawai tinggi kerajaan dan kini mengetuai Bersatu di bahagian itu, manakala Ezam dari Selangor dan Anina pula dari Langkawi, Kedah.
Fokus utama Pakatan Harapan dalam PRU 14 ialah untuk menyingkirkan Najib dengan cara mengalahkan UMNO dan BN melalui peti undi. Dengan yang demikian, usaha untuk menumbangkan Najib di Pekan seharusnya menjadi pilihan yang kedua.
Najib bukan tidak boleh dikalahkan di Pekan, tambahan lagi beliau pernah menang cuma dengan 241 undi saja pada pilihanraya 1999 yang lalu.
Tetapi, sejak kemenangan tipis 1999 itu, beliau telah menambah ramai pengundi baru untuk mengundi di Pekan. Sejak itu, kemenangan Najib sentiasa agak selesa dengan terbaru pada pilihanraya 2013, beliau menang dengan majoriti 35,613 undi mengalahkan calon PKR, Mohd Fariz Musa.
Dengan yang demikian, tambahan lagi dengan amalan “cash is king” yang kian berleluasa dan Najib sendiri semakin mempunyai banyak wang sekarang ini, menumbangkannya di Pekan boleh dianggap hampir mustahil.
Oleh itu, untuk apa Ezam yang berasal dari Selangor dan Anina dari Langkawi, cuba cari nahas dengan menawarkan diri bertanding di Pekan?
Mampukah mereka mengalahkan Najib atau mereka bertanding sekadar ingin glamour serta publisiti semata-mata?
Bagi Ezam dan Anina, jika mereka masih menjiwai perjuangan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir Mohamad yang ingin menumbangkan UMNO dan BN serta dengannya akan membuatkan Najib turut tersingkir, adalah lebih baik mereka menumpukan usaha secara nasional dan bergerak ke seluruh negara bersama-sama gabungan pembangkang bagi tujuan itu.
Jika ada rezeki dan keyakinan daripada Pakatan Harapan, Ezam dan Anina sebenarnya lebih sesuai bertanding di tempat lain, seperti di Selangor atau Kedah misalnya. Jika Pakatan Harapan menang, mungkin ada jawatan tertentu menunggu mereka.

Hudud tak terpakai di Sarawak, kata ketua menteri

Abang Johari berkongsi pandangan sama dengan bekas ketua menteri sebelum ini yang menyatakan pendirian Sarawak tidak akan melaksanakan hudud.
abang-johari-law-act355
KUCHING: Kerajaan Sarawak di bawah ketua menterinya yang baharu Datuk Amar Abang Johari Openg kekal dengan pendirian menolak pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu.
“Saya mahu jelaskan hudud tidak terpakai di Sarawak dan saya berkongsi pandangan yang sama dengan allahyarham Tok Nan (bekas ketua menteri Tan Sri Adenan Satem).
“Walaupun rang undang-undang ini (berkaitan) syariah dan bukan hudud, kami luahkan kebimbangan kami kerana bagi saya penalti rang undang-undang ini bersifat diskriminasi antara orang Islam dan bukan Islam berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau yang ditemui pemberita semasa melawat Menara Sarawak Energy di sini hari ini diminta mengulas mengenai rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Ditanya sama ada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu membuat undian berhubung cadangan pindaan itu, Abang Johari berkata perkara tersebut bergantung kepada hasil pertemuan antara perdana menteri dan pemimpin parti komponen BN baru-baru ini.
Katanya, beliau hanya menghadiri mesyuarat pertama dan berada di China semasa mesyuarat kedua yang dihadiri timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Rang undang-undang persendirian itu diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat pada 24 November lalu, namun baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah itu.