Ahad, 26 Mac 2017

"Saya rasa terhina" - Sultan Johor

KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN N9 :Mat Sabu-Wajib Tumbangkan Kerajaan Najib Razak

Kerajaan Umno@Bn tak cukup duit untuk ambil pembantu guru

“Kenapa saya tak boleh,Tun M Boleh”- Nazri Aziz

Mara: Apa lagi selepas ini?

Perbandingan ‘biawak’ Hadi tak cantik, imej ulama tercalar

Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menghormati apa sahaja pendirian politik PAS, tetapi perbandingan 'biawak' Hadi itu tidak sesuai dengan status sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
bung-saifuddinPemimpin PKR dan Umno hari ini menyifatkan analogi “biawak” yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai keterlaluan dan menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang agamawan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menghormati apa sahaja pendirian politik PAS, tetapi perbandingan “biawak” Hadi itu tidak sesuai dengan status sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
“Pada masa sama, semolek-moleknya seorang agamawan sudah tentu akan lebih cermat dalam membuat sesuatu perbandingan untuk tidak menimbulkan salah tafsir dalam memberikan sesuatu pandangan politik.
“Sebab agamawan, ulama ini bahasa dia bahasa yang sangat indah, bahasa dia bahasa penyejuk, pendamai dan menenangkan bagi orang yang keluh-kesah, memberontak,” katanya kepada FMT hari ini.
Saifuddin berkata, perbandingan presiden PAS itu juga akan mengundang pelbagai pandangan “tidak cantik” terhadap kewibawaannya sebagai seorang ulama.
Semalam, Hadi dilaporkan berkata, parti Islam itu tidak akan menyertai PH mahupun BN, sekali gus memberi gambaran ia akan mengambil pendekatan bersendirian dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Marang turut memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah”.
Mengulas isu sama, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata, dari awal lagi beliau tahu PAS dan BN tidak boleh bersatu untuk meneruskan perjuangan politik bersama.
“Tetapi menyifatkan bekerjasama dengan BN sebagai memikul biawak hidup adalah satu kenyataan keterlaluan.
“Pada saya, BN akan memainkan peranan lebih berkesan dan terus memikul tanggungjawab membela rakyat. Tanpa kerjasama sekalipun, BN pasti dapat mengharungi pilihan raya umum akan datang dengan kekuatan sedia ada.
“Saya yakin kerana BN sudah menempuh pelbagai cabaran pada masa lampau,” katanya.

Ku Li: Malaysia tidak akan muflis

 Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa negara akan berdepan muflis dan bankrap akibat kegagalan pengurusan kewangan.
Katanya, negara mempunyai aset yang banyak dan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau yakin, kewangan negara mampu diurus dengan baik.
"Negara tak akan muflis kerana Malaysia mempunyai aset yang banyak. Hutang tinggi adalah perkara biasa di mana negara maju seperti Amerika Syarikat juga memiliki hutang yang banyak sehingga beribu juta.
"Namun negara itu (Amerika Syarikat) tidak muflis kerana berada di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di mana ia menjaga keupayaan satu-satu negara membiayai pinjaman yang dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Transformasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek di sini, semalam.
Tambah Tengku Razaleigh, tekanan ekonomi termasuk kejatuhan nilai ringgit kemungkinan akan pulih penghujung tahun ini dan ia dilihat mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
"Negara kita ada banyak aset selain daripada apa yang dieksport malah, minyak masih ada penemuan. Namun buat masa ini harga minyak jatuh. Kalau harga minyak naik, ia mampu membantu nilai ringgit dan menambah pendapatan negara.
"Pun begitu, bukan bermakna saya bersetuju jika negara membuat banyak pinjaman. Namun, dalam menghadapi kesulitan, itu adalah langkah yang wajar," katanya lagi.

Amanah tetap teruskan seminar tok guru

Amanah tetap teruskan seminar tok guru SEREMBAN - Parti Amanah akan meneruskan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz walaupun menerima bantahan daripada pihak lain.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata pihaknya tetap akan menganjurkan seminar berkenaan kerana itu bukanlah satu kesalahan.
Katanya, walaupun menerima bantahan daripada keluarga arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz, namun mereka akan meneruskan seminar tersebut seperti yang dirancang.
"Kita akan teruskan juga (seminar Pemikiran Tok Guru), siapa pun bantah kita tak layan.
"Itu adalah seminar biasa dan Tok Guru itu adalah milik semua.
"Walaupun keluarga membuat laporan polis meminta supaya program itu dibatalkan, kita tetap akan teruskan juga," katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz yang membuat laporan polis semalam mendesak agar penganjur membatalkan program tersebut yang akan berlangsung pada 9 April di Kuala Lumpur.
Mohamad ditemui selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Dewan City Kingdom dekat sini tadi.
Kelmarin, anak kelima Allahyarham, Nik Adli mewakili ibunya, Datin Sabariah Tun Ishak mendesak supaya penganjur membatalkan seminar tersebut yang dianggap sebagai satu penghinaan dan memberi imej tidak baik kepada arwah ayahnya serta keluarga.

Elak Debat: Alasan Rahman Dahlan 'memalukan', kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menempelak dakwaan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai alasannya berhubung pembatalan debat antara mereka.
Lim mengingatkan bahawa beliau menyahut cabaran berdebat mengenai isu Taman Manggis, namun Abdul Rahman menarik diri dengan alasan mendengar nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Abdul Rahman mendakwa nasihat tersebut terbukti betul, kerana saya didakwa rasuah berhubung isu itu.
"Saya tidak pernah didakwa kerana rasuah yang berkaitan dengan Taman Manggis, jadi ia adalah satu pembohongan," katanya kepada Malaysiakini.
"Dan untuk mengatakan Ketua Polis Negara membatalkan debat itu untuk membantu saya, itu benar-benar tidak masuk akal," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Lim berkata demikian mengulas kenyataan bekas menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu baru-baru ini mengenai alasan terbatalnya debat antara kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.

'Saya tak gila nak bina rumah 30 tingkat di Padang Rengas' - Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak dakwaan kawasan Parlimen Padang Rengas yang diwakilinya, kelihatan tidak terjaga.
"Kawasan saya adalah sama seperti kawasannya (Tun Dr Mahathir Mohamad) di Kubang Pasu. Di kawasan luar bandar, tak ada bangunan tinggi.
"Saya tak gila nak bina bangunan 30 tingkat di Padang Rengas, ia hanya sebuah kampung. Saya belum gila lagi," kata Mohamed Nazri ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Semalam, Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan lawatan ke Padang Rengas dan mengatakan kawasan itu tidak kelihatan seperti di bawah jagaan seorang menteri kabinet.
"Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri, nampak tak macam kawasan menteri. Rumah robek macam tu juga.
"Barangkali tumpu kawasan lain kot, kawasan sendiri tak boleh nak jaga, macam mana nak jaga negara," kata Mahathir.
Nazri berkata Padang Rengas membawa banyak manfaat kepada penduduk luar bandar seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan laluan ke Lebuhraya Utara-Selatan.
Katanya, beliau sendiri mendapatkan pembiayaan dari kerajaan untuk lebih banyak kemudahan jalan raya di kawasan itu.
"Kalau dia (Mahathir) menjangka saya akan membina beberapa bangunan tinggi, saya belum gila lagi untuk berbuat demikian.
"Kerana semua rakyat kita, sama ada Cina, India, Melayu, rumah kita semua di bawah (bukan bertingkat).

8 lagi PAS kawasan lulus usul putus hubungan dengan PKR

Ketua penerangan PAS Pulau Pinang berkata, PAS Kawasan Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.
Yusni-Mat-Piah-pas-pkrGEORGE TOWN: Selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, 8 kawasan lain turut mengikut langkah sama.
Lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.
“Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, 3 PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini di Kedah.

Yang Sudah, Sudahlah !!!....

Oleh Abu Hassan Adam
‘Nasihat’ ini aku tujukan kepada rakan-rakan yang masih ‘berjuang’ dalam UMNO. Aku terpaksa menyatakan hasrat ini kepada rakan-rakan yang masih gigih kononnya memperjuangkan bangsa dan negara. Dan lebih bersemangat lagi bunyinya bahawa ‘mereka berjuang demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Tetapi persoalannya ialah apakah begitu ‘perjuangan’ mereka. Dan apakah perjuangan mereka yang sedemikian lama, belum juga menampakkan hasil yang membanggakan.


Aku amat yakin bahawa golongan ‘pejuang’ ini kadang-kadang tentu merasakan tidak yakin kepada diri mereka sendiri bahawa perjuangan UMNO kini untuk membela bangsa dan negara. Apakah ada terdetik di hati dan perasaan mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu demi bangsa dan negara sama seperti mana pejuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lampau yang berjuang semata-mata untuk menebus kemerdekaan dan memajukan bangsa. Dan tak kurang dari itu.
Dan seolah-olah perjuangan golongan ‘pejuang UMNO” kini tak ubah seperti untuk kepentingan perut. Aku tak pula mengatakan kesemua pejuang kini begitu keadaannya. Mungkin masih ada lagi yang memikirkan tentang orang Melayu, bangsa Malaysia dan negara dan agama Islam.Tetapi aku yakin golongan pemimpin yang sedemikian tidak ramai. Bak kata Dramatis Kalam Hamidi suatu ketika dahulu ( artis lama) hanya seperti ‘setitik embun dihujung rumput di tengah-tengah padang pasir Sahara yang tandus…”
Aku kadang-kadang bertanya juga diri aku dan kawan-kawan lain yang bukan dari golongan ‘pejuang UMNO’ tentang banyak perkara. Antaranya aku selalu memikirkan tentang apakah para ‘pejuang UMNO’ kini boleh lelap tidur ditengah-tengah suasana ‘kemelut’ yang menyelubungi negara Malaysia kini. Apakah golongan ‘pejuang UMNO’ ini boleh selesa duduk dalam kereta mewah sedangkan kebanyakan rakyat ‘berkira-kira’ untuk membeli seliter petrol disebabkan kenaikan harga minyak yang kadang-kadang tidak tentu ‘hujung-pangkal’nya.
Kadang-kadang aku juga terfikir bahawa apakah tidak tepat masa yang diberikan oleh jam tangan yang dibeli dengan harga RM 300.00 sehinggakan ramai ‘pejuang UMNO’ terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit ( malah ada yang mencecah ratusan ribu ringgit) untuk membeli sebuah jam tangan. Dan tentunya tidak cukup dan tidak selesa pula dengan sebuah jam yang dibeli. Tentunya memerlukan puluhan jenis jam untukmenyesuaikan keadaan apabila memakainya.
Mengenai isteri para ‘pejuang UMNO’ pula. Telah terbukti bahawa para isteri menampakkan ‘sikap dan perangai’ yang lebih ‘hebat’ lagi dari sang suami. Terbukti dengan pendedahan yang dibuat oleh SPRM baru-baru ini apabila terdapat sang isteri ‘pemimpin/pejuang UMNO’ yang memiliki puluhan jenis beg tangan yang berjenama yang tentunya dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.
Rakyat tahu dan sedar bahawa wang yang diperolehi untuk membeli barang-barang yang bernama itu adalah di luar kemampuan seorang menteri atau wakil parlimen atau ADUN. Rakyat tahu dan rakyat sedang ‘membaca’ dengan teliti. Masyarakat Malaysia kini bukan lagi masyarakat Malauysia tahun 1960an yang tidak tahu berapa pendapatan seorang ‘pejuang UMNO’ yang disebutkan itu kerana ramai rakyat Malaysia yang sudah berpendapatan sedemikian. Oleh itu rakyat tentunya mempersoalkan dari manakah sumber pendapatan yang begitu lumayan yang dimiliki oleh para ‘pejuang UMNO’ itu.
Tentulah ada jawapannya. Rasuah. Ataupun dari sumber yang tidak diizinkan. Walaupun tidak dapat dibuktikan, namun para ‘pejuang UMNO’ tentu dapat merasakan bahawa wang yang dimiliki itu adalah dari sumber yang tidak halal.

Biar betui.. Naib Presiden PAS ni...

Bukankah antara sebab RUU 355 ditangguhkan agar forum dan majlis penerangan mengenai RUU 355 kepada ORANG RAMAI dapat dilaksanakan... begitu juga bila PAS buat Perhimpunan UtraMan dan Raksaksa di Padang Merbuk kononnya untuk menjelaskan RUU 355 kepada orang ramai .. bole baca di seluruh media massa dan alternatif... kerana itu alasan yang dijaja...

TIBA-TIBA skrg Amar Nik Abdullah cakap lain.. tak perlu penglibatan orang ramai untuk luluskan RUU 355... jadi kenapa dulu dok tangguh..? Kenapa berbelit belit dah PAS ni..??

BILA AHMAD MASLAN BERSUARA...

Rakyat dimomok-momokkan dgn carta2 'syok sendiri'nya kononnya M'sia lah paling bagus S'pore jer paling teruk..

KENAPA statistik kadar jenayah yg sebenar tidak berani didedahkan oleh menteri2 UMNgOK mahupun KERAjaan BN-Najib ??!

Setelah kami buat kaji selidik, rakyat di negara2 yg berpendapatan tinggi rata2 kadar jenayah di negara mereka amatlah rendah berbanding negara2 penyangak / penyamun.

Wayang Tinggi ... Wayang Kontot....!!!

Satu persatu pemimpin2 AMENO tonjol 'skill' betupa susahnya kehidupan mereka bersama rakyat.

Nampaknya Malaysia sudah berada DI LANDASAN YANG BETUL utk capai negara berpendapatan tinggi.

Najib selalu canang satu negara.....


1) Asas ekonomi negara mapan & tak bermasalah -(9/4/2015)

2) Kerajaan urus kewangan dan hutang secara berhemah -(10/10/2016)

3) PM Belanda cemburu dengan prestasi cemerlang ekonomi M'sia -(7/11/2014)

4) Pengurusan ekonomi negara berada pada tahap terbaik -(18/8/2014)

AKAN TETAPI KENAPA Najib tak pernah tersenarai dlm Menteri Kewangan Terbaik Asia mahupun Asia Tenggara ??!

Galah kita cukup untuk kait - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu sepentas dengan pimpinan Bersatu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program di Lubuk Merbau, Padang Terap kelmarin Mohamad Sabu sepentas dengan pimpinan Bersatu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program di Lubuk Merbau, Padang Terap kelmarin
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan gabungan kesepakatan politik antara keempat-empat parti pembangkang berupaya untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Menggunakan galah sebagai perlambangan, beliau berpendapat tindakan untuk mana-mana parti secara bersendirian menentang rejim kleptorat atau perompak itu adalah tidak berhasil.
"Galah kita ada tapi tidak cukup. Galah merah DAP, dia jolok tak sampai. Bolehlah jatuh (menang) di Tanjong, Bukit Mertajam, Jelutong - di tempat DAP boleh menang.
"Tambah dengan galah biru muda (PKR). Tak sampai nak kait buah kelapa. Bolehlah jatuh beberapa kawasan lagi - Sungai Petani, Alor Setar, Merbok (tapi) terlepas balik, Kuala Kedah.
"Datang galah warna oren (Amanah), tak cukup juga. Kita nak lompat tak sampai. Ada dua kaki lagi untuk sampai.
"Tiba-tiba datang parti Bersatu. Kali ini galah kita cukup untuk kait buah kelapa yang cukup indah itu," ujarnya sambil berseloroh dalam ceramah di Felda Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah kelmarin.
Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan Pas pada masa ini sudah tidak relevan dalam usaha menumbangkan kerajaan Umno-BN ekoran kepimpinannya yang semakin mesra dengan parti pemerintah itu.
"Ada galah lain warna hijau. Galah tu reput," sindir bekas Timbalan Presiden Pas yang mesra dipanggil Mat Sabu itu dalam majlis Malam Semarak Kasih Felda yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir.
Sehubungan itu, beliau menganggap kerjasama politik antara Bersatu, PKR, Amanah dan DAP sekaligus dapat menangkis penipuan Umno-BN yang menakutkan rakyat selama ini jika pembangkang menguasai Putrajaya.
"Bagi saya, galah itu cukup dan saya yakin tohmahan kononnya DAP ambil alih Malaysia, Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri kalau kita menang adalah bohong.
"Propaganda kalau BN jatuh, DAP perintah sekarang sudah tidak laku di Malaysia," tegasnya yang tampil berkopiah putih.
Hal tersebut diperkukuhkan lagi, jelasnya, dengan peranan Tun Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai ultra Melayu serta sambutan orang ramai terhadap kemunculan Bersatu.
Berhijrahlah 
Sehubungan itu, Mat Sabu mengajak baki ahli dan penyokong Pas untuk menyertai Amanah bagi membolehkan hasrat rakyat melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tercapai.
"Yang kopiah putih berhijrahlah kamu bersama Abang Mat," serunya dalam majlis yang juga dihadiri Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar dan Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai usaha bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada peneroka Felda seperti disebut Mazlan dalam slot ceramahnya sebelum itu tidak akan berhasil selagi rakyat masih belum menjatuhkan Umno-BN.
"Kita yakin seperti Mazlan sebutkan, apa yang beliau cakap tidak boleh buat. Hanya boleh buat jika berlaku perubahan pemerintahan.
"Kalau Pakatan naik dan berlaku penyelewengan, tuan-tuan boleh tukar kerajaan bila tuan-tuan mahu pada waktu itu.
"Ini berlaku di lain negara di Australia, Indonesia. Tukar parti, perdana menteri perkara biasa. Negara terus maju.

PAS Bukit Mertajam pula putus hubungan dengan PKR

PAS kawasan Bukit Mertajam menjadi kawasan kesembilan yang sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR di Pulau Pinang.
Keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat agung tahunan PAS kawasan tersebut pagi ini yang turut dihadiri Yang Dipertuanya, Mohd. Yusni Mat Piah, lapor Utusan Online.
Sebelum ini, antara kawasan PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan PKR adalah Nibong Tebal, Permatang Pauh, Bayan Baru dan Bukit Bendera.
Turut berbuat demikian adalah PAS kawasan Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Beberapa hari yang lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas, beliau yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang.
Ujar Mohamed Azmin yang juga menteri besar Selangor, tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.
Hubungan antara kedua-dua parti yang dilihat tegang kebelakangan ini selepas PKR tetap dengan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara, DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang membentuk Pakatan Harapan.

Sultan Johor dedah kepada SPRM nama ejen tawar RM2 juta esok

Sultan Ibrahim juga menafikan individu itu adalah pihak berkepentingan dalam kerajaan, namun dia adalah orang tempatan berasal dari Kuala Lumpur.
sultan-ibrahim-sprmPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar esok bagi mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
Baginda mengesahkan perkara itu sejurus tiba di Stesen KTM Kuala Lumpur dengan kereta api yang dipandunya sendiri kira-kira jam 4.05 petang tadi, laporan BH Online.
“SPRM akan datang mengadap saya esok dan kami akan melihat dari pertemuan itu.
“Ya (akan dedahkan nama individu itu)… 1 nama. Saya rasa terhina dengan perkara itu (cubaan merasuah oleh orang tengah),” titah baginda.
Laporan itu menambah, ketika ditanya mengenai identiti ‘orang tengah’ itu, Sultan Ibrahim enggan mendedahkannya kepada pemberita.
Baginda bagaimanapun berkata: “Nama (gelaran)nya makin panjang, makin panjang.”
Mengulas lanjut, Sultan Ibrahim juga menafikan individu itu adalah pihak berkepentingan dalam kerajaan.
“Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini…tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur,” titahnya.

Guan Eng: Pakatan Harapan mahu kekal nama

Bagaimanapun kata Guan Eng, mesyuarat akan datang yang membabitkan penyertaan 4 parti, yang akan diadakan dalam masa terdekat mungkin membincangkan cadangan Tan Sri Muhyiddin.
limguangeng-pakatanharapan2PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk mengekalkan nama barisan pembangkang itu tetapi sedia mendengar syor Barisan Bersatu yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau yang dipetik Oriental Daily hari ini berkata, 3 parti komponen PH sebelum ini dalam mesyuaratnya memutuskan untuk mengekalkan nama sedia ada dan tidak membincangkan hal pertukaran nama.
Bagaimanapun, kata beliau, mesyuarat akan datang yang membabitkan 4 parti termasuk Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), yang akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan cadangan menukar nama kepada Barisan Bersatu.
Namun beliau tidak menyatakan tarikh mesyuarat itu.
Muhyiddin, presiden PPBM dilaporkan berkata, jika semua parti dalam PH bersetuju, pakatan pembangkang semasa boleh ditukar kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.
Muhyiddin ketika berucap dalam program PPBM di Padang Rengas, Perak malam tadi berkata, PPBM turut mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.

Azmin rujuk formula Anwar tawan Putrajaya

ALOR SETAR, 26 MAC : Formula yang pernah dilaksanakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengetuai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu membolehkan komponen pembangkang memperoleh kemenangan besar.
AZMIN KONVENSYEN (1)Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan, permuafakatan semua gabungan membolehkan pembangkang merealisasikan pelaksanaan formula itu sekali gus membolehkan Pakatan menerajui kepimpinan di Putrajaya.
“Dasar satu lawan satu bermaksud dalam kalangan pembangkang untuk lawan calon Barisan Nasional (BN) di semua kerusi.
“Walaupun perkara ini senang didengar, tapi ia sebenarnya sukar dilaksana. Sebagai pemimpin, inilah cabaran kita untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi.
“Syaratnya satu lawan satu mesti dilakukan untuk lawan BN dan menawan Putrajaya,” katanya.
Katanya, formula itu telah menghasilkan kejayaan besar pada PRU lalu apabila Pakatan waktu itu meraih undi popular 52 peratus.
“Kita perlu bersabar sedikit. Anwar ketika di luar pun itulah peranan yang dimainkan beliau.
“Walaupun diherdik, namun tokoh pemimpin itu ‘telan’ kerana Anwar tahu rangka gabungan itu boleh menumbangkan Umno,” katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin berucap pada Konvensyen KEADILAN Majlis Perwakilan Negeri Kedah dan Perlis di Hotel Fuller, di sini.

Saya diam sebab Mahathir tak tanya, kata Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau hanya mendiamkan diri ketika pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kerana tidak ditanya sebarang soalan.
"Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.
"Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.
Pada program anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi, Mahathir mendedahkan bahawa Nazri berusaha bertemunya apabila berhenti untuk menikmati cendol dan laksa di sebuah gerai terkenal di Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, Menurut Mahathir, Nazri hanya mendiamkan diri semasa pertemuan itu.
Hormati majlis
Menurut Nazri, beliau mahu menghormati majlis kerana terdahulu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Hamidah Osman berkata, tiada ucapan akan disampaikan di kawasan gerai-gerai berkenaan.
"Ia adalah kesempatan bagi mereka, bukan saya, jadi saya hormati apa yang mereka tanya saya, jadi saya tak berkata apa-apa.
"Tetapi saya banyak bercakap dengan orang di sebelah kanan saya, kerana dia tanya soalan, jadi saya jawab. Tetapi Mahathir tak tanya apa-apa kepada saya," kata Nazri.
Nazri berkata, Mahathir kemudian menyebut mengenai Sungai Perak dan mahu melihat kawasan berkenaan.
"Kami hanya ikut dia, kemudian dia bercakap dengan orang yang berdiri dekat kami dan kata dia nak pergi, dan saya ucapkan selamat jalan, itu sahaja," katanya.

Mahdzir saran guru hentam kerajaan Umno@Bn letak jawatan

Biarpun Malaysia negara demokrasi dan menjadi hak mereka untuk menyokong mana-mana parti politik, guru tetap terikat dengan peraturan dalam perkhidmatan awam, kata menteri pendidikan.
Mahdzir-Khalid-guruPETALING JAYA: Menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan guru yang menyokong pembangkang dan menghentam kerajaan secara keterlaluan agar meninggalkan profesion mereka.
Menurut beliau, tindakan itu wajar kerana perbuatan menghentam kerajaan melanggar peraturan perkhidmatan awam.
Katanya, biarpun Malaysia negara demokrasi dan menjadi hak mereka untuk menyokong mana-mana parti politik, guru tetap terikat dengan peraturan dalam perkhidmatan awam.
“Jika mereka seorang guru, tetapi sudah naik pentas pembangkang, bersyarah dan hentam kerajaan, ada pula elemen tidak sihat dibangkitkan dan wujud unsur fitnah, saya ingatkan lebih baik tinggalkan profesion itu dan lawanlah (bertanding) betul-betul.”
Laporan BH Online memetik beliau berkata, “bagi saya budaya ini tidak begitu sihat.”
“Bukan kita hendak tutup demokrasi itu, tetapi tidak patutlah sampai ke situ,” kata beliau pada sidang media selepas Dialog Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu hari ini.
Mahdzir juga berkata, walaupun isu guru menyokong pembangkang dan menghentam kerajaan adalah kes terpencil, terdapat satu kes guru diambil tindakan kerana menghentam kerajaan secara keterlaluan di pentas politik pembangkang.

PRU14: Anina mahu lawan Najib di Pekan

Anina Saadudin yang menjadi terkenal dengan mengkritik perdana menteri ketika berada dalam Umno mengesahkan hasratnya untuk bertanding menentang Najib di kubu kuatnya pada PRU14.
anina-saifudin-najibPETALING JAYA: Anina Saadudin, bekas ahli Umno yang terkenal dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak “kencing” 3 juta ahli parti itu, mahu menentang perdana menteri di kubu kuatnya di Pekan.
Kini, beliau yang merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan kepada FMT hasratnya mencabar Najib, presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Ya,” balasnya menerusi mesej teks apabila diminta mengesahkan hasrat itu hari ini.
Pengasas bersama PPBM itu aktif mempromosikan pencalonannya untuk kerusi Pekan, menerusi catatan terbaru di Facebooknya dalam bentuk tinjauan pendapat dengan bertanya pengikutnya, jika mereka bersetuju dengan rancangan itu.
“Anda setuju?” soalnya di akaun media sosialnya malam tadi, dengan disertakan poster menggambarkan beliau menentang Najib.
Anina mencuri tumpuan media pada Ogos 2015 apabila sebuah klip video beliau mengkritik Najib menjadi tular di media sosial.
Rakaman pada sebuah acara Umno ketika beliau masih berada di Umno Bahagian Langkawi menunjukkan beliau berkata: “Datuk Seri presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.”
Anina yang disingkirkan daripada jawatan ketua Wanita PPBM Disember lalu, lantang dengan dakwaan salah laku Umno sebagai parti pemerintah dan Najib.
Beliau tidak menyentuh mengenai kerusi Pekan sehingga Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan rancangan menubuhkan parti baru bersama bekas pemimpin Umno, Datuk Ezam Mohd Nor.
Bekas senator dan pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan itu turut menyuarakan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Pekan.

PRU14: PEGAWAI PENCEN NAK LAWAN NAJIB

SEORANG yang mengaku dirinya Datuk Abdul Rahman Mohd Nor secara terang-terang menegaskan bahawa beliau akan melawan PM DS Najib Razak dalam PRU akan datang di Pekan, Pahang.
Katanya, dia anak Pekan, berusia 69, dan beliau begitu kecewa kerana Najib telah mengaibkan rakyat dan negara atas cetusan skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.
Cabaran ini timbul secara tiba-tiba. Luar biasa sekali, apalagi beliau adalah seorang yang pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua
Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan pernah membantu Allahyarham Tun Razak selama tiga minggu sebelum  beliau meninggal awal 1976. Ketika itu, Najib sama-sama berada di London, katanya.
Tidak perlu kita merujuk kepada pakar jiwa atau psikologi, tetapi memadai untuk kita membuat kesimpulan bahawa apa yang beliau lakukan itu adalah manifestasi dari rasa tidak puas hati yang meluas terhadap skandal itu.
Tindakan undang-undang di AS, Singapura, Switzerland dan tempat-tempat lain adalah sepadan dengan apa yang Datuk ini sifatkan sebagai mengaibkan.
Sebaliknya, sebuah akhbar aliran utama memenuhi muka depannya dengan gambar pampang yang menunjukkan Najib bersama Jack Ma, tauke firma Ali Baba dari China, sedang hendak mengetuk gendang tarian singa. Ia membawa berita bahawa
Malaysia akan menikmati durian runtuh sehingga tahun 2025: nilai perdagangan, RM65 bilion; perniagaan kecil dan sederhana membuka 60,000 pekerjaan; 10,000 firma internet di tengah-tengah Kuala Lumpur; dan 10,000 profesional di Bandar Malaysia (kini TUDM Sungai Besi).
Memandangkan orang Malaysia kini sudah berpendidikan baik dan mempunyai info yang terkini, mereka cenderung mengatakan segalanya itu ialah oleh-oleh pilihan raya yang mesti diadakan sebelum Ogos 2018.
Sesiapa pun tidak boleh disalahkan jika membuat andaian begitu sebab oleh-oleh begitu kerap berlaku dalam sejarah pilihan raya sejak 1955. Begitu kerapnya berlaku sehingga ia tidak menjadi isu lagi, malah boleh diagakkan.
Tidak berapa lama dulu saya menulis dalam ruangan ini tentang betapa terbatasnya orang kampung mendapat info kerana mereka rata-rata hanya terdedah kepada TV dan radio percuma, tentunya milik kerajaan, baik secara langsung atau tidak.
Berpuluh saluran di Astro tidak didapati kerana mereka, atau kebanyakan daripada mereka, tidak berlanggan. Akhbar-akhbar harian pun kurang dibeli.
Harga lebih seringgit satu naskhah tidak menggalakkan mereka membelinya setiap hari.
Jika hanya membaca akhbar aliran utama, tentu sekali infonya tidak lengkap, tidak bulat. Info yang tidak lengkap tidak membolehkan mereka membuat kesimpulan yang baik.
Ciri-ciri inilah yang menghantui negara-negara dunia ketiga yang diertikan sebagai negara-negara kurang maju.

Nazri: Saya tunggu PRU, lebih baik Mahathir lawan di Padang Rengas

Nazri mengalu-alukan hasrat pembangkang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu bertanding di kawasannya di Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum ke-14.
nazri-mahathir-pruPADANG RENGAS: Datuk Seri Nazri Aziz mengalu-alukan hasrat pembangkang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu bertanding di kawasannya di Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, sesiapa pun boleh bersaing di kawasan tersebut termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata beliau, lebih baik Dr Mahathir yang dijadual berdebat dengan beliau awal bulan depan bertanding di Padang Rengas.
Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata, bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman telah menyatakan minat untuk bertanding di Padang Rengas.
“Saya kata sesiapa yang nak bertanding di sini bagus, lebih baik Tun Dr Mahathir bertanding di sini dan saya tunggu pilihan raya diadakan,” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan serentak mesyuarat Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Padang Rengas di Dewan Mellenium Lubuk Merbau di sini hari ini.
Bulan lalu kedua-dua pemimpin itu terlibat dalam pertikaman lidah mencabar masing-masing bertanding di Padang Rengas dan Langkawi. Ia berakhir dengan debat antara kedua-dua mereka.
Kata Nazri, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding dalam
mana-mana kawasan Parlimen.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas ceramah Dr Mahathir, selaku Pengerusi PPBM dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi di Kota Lama Kiri, di sini yang mahu menjatuhkan Umno di Padang Rengas dalam PRU14.

'Barisan Rakyat' lawan Barisan Nasional, cadang Muhyiddin

Penggulungan Titah DiRaja - RUU 355 (2)

Penggulungan Titah DiRaja - RUU 355 (1)

Pakatan Harapan masih kuat tanpa PAS

"Tak kembali pada Umno," ikrar Muhyiddin

Pemuda Amanah mahu GST dihapuskan, subsidi minyak dikembalikan atasi inflasi

Faiz Fadzil Faiz Fadzil
Pemuda Amanah Nasional mengulangi desakan agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana GST merupakan faktor utama kenaikan harga barang secara mendadak sekarang.
"Kutipan GST yang dianggarkan sebanyak RM38 bilion bagi tahun 2016 menunjukkan betapa tingginya perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan rakyat. Angka ini sudah pasti menyumbang secara langsung kepada peningkatan inflasi," kata timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kadar inflasi 4.5% bagi bulan Februari 2017 amat membimbangkan kerana kadar ini adalah tertinggi sejak tahun 2008 dan dijangkakan akan berterusan untuk tahun ini.
"Pakar-pakar ekonomi melaporkan bahawa ini adalah kesan daripada kenaikan harga minyak, bahan makanan, dan kos pengangkutan. Ini merupakan indikasi kehidupan rakyat akan semakin susah dan tertekan akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
"Peningkatan inflasi yang berterusan juga adalah indikator ketidakstabilan ekonomi negara yang boleh membawa kepada krisis ekonomi. Keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dikaitkan dengan kejatuhan nilai ringgit akibat kehilangan kepercayaan pelabur berikutan skandal penyelewengan yang melibatkan Perdana Menteri dalam kes 1MDB," katanya.

Mengapa legasi Nik Aziz disekat?

Raja Bahrin Shah
Saya membaca dengan tekun berita Keluarga Almarhum Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang kita sayangi, membuat laporan polis kerana kononnya ada pihak 'menggunakan' nama Almarhum untuk satu majlis ilmu akan datang.Saya difahamkan majlis tersebut adalah bagi mengenang jasa serta sumbangan Almarhum kepada masyarakat serta Negara.
Di sini saya ingin membuat satu pengakuan yang mungkin menyebabkan diri saya sendiri atau pihak satu lagi yang akan dikenakan juga laporan polis oleh keluarga Almarhum. Saya reda jika ia menjaga nama baik Almarhum yang amat saya hormati dan sayangi.
Malam mangkatnya Almarhum Tok Guru pada 12 Februari 2015, saya terus ke rumah Tok Guru di Pulau Melaka untuk menziarahi jenazah Almarhum. Saya diselubungi kesedihan kerana Tok Guru dengan perwatakannya yang lembut tetapi tegas, telah menjadi dorongan saya menyertai perjuangan parti Islam sejak 36 tahun dahulu.
Saya juga telah menulis satu artikel dalam facebook tentang jasa dan kenangan Almarhum Tok Guru.
Seminggu selepas itu setelah selesai solat Jumaat, saya telah diminta berjumpa Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu untuk menjawab kenapa saya menulis artikel mengenang jasa sumbangan Almarhum Tok Guru Nik Aziz!
Walaupun hairan dengan soalan aneh tersebut, saya menjawab sebagai ahli parlimen, saya berpendapat menjadi kewajipan saya merakam penghargaan tentang besar dan betapa luasnya sumbangan Almarhum Tok Guru kepada seluruh umat Islam dan juga bukan Islam di seluruh dunia.
Persoalannya adakah saya bersalah menggunakan' nama Almarhum atau pihak yang menegur saya berbuat demikian yang bersalah?
Saya mohon pihak berkenaan membuat penilaian adakah saya atau pihak yang menegur penulisan saya yang bersalah dalam isu ini? Saya rela dikenakan laporan polis juga jika ahli keluarga Almarhum berhasrat untuk berbuat demikian, seperti laporan yang baru di buat terhadap penganjur Majlis Ilmu Tok Guru. Penulisan saya juga tentang ilmu Tok Guru.
Keluarga Almarhum Datuk Harun Din tidak pula membuat laporan polis apabila satu majlis ilmu tentang beliau diadakan baru-baru ini. Di majlis tersebut ada pihak tertentu, dari keluarga Nik Aziz sendiri, yang mengatakan cara pendekatan Almarhum Datuk Harun Din, yang menjadi Mursyidul Am selama satu setengah tahun, telah meletak perjuangan Pas di jalan yang betul.
Apakah ini bermakna Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang memegang jawatan Mursridul Am lebih dari 20 tahun telah gagal berbuat demikian? Saya berpendapat kenyataan yang telah dibuat seolah-olah menidakkan sumbangan dan ketokohan Nik Aziz, lebih serius daripada menganjurkan majlis ilmu yang belum lagi terbukti kelemahannya.
Tidakkah keluarga Almarhum Nik Aziz memandang serius mereka yang menggunakan ahli keluarga sendiri menidakkan sumbangan Nik Aziz kepada Pas di majlis ilmu Harun Din yang lepas?
Bukankah Islam menggalakkan perkembangan dan percambahan ilmu dari tokoh-tokoh agama? Kalau ini akan menjadi trend semasa apabila ilmu seseorang tokoh menjadi hak eklusif keluarganya atau hak golongan tertentu sahaja, di manakah letak inklusiviti Islam sebagai agama yang menggalakkan perbincangan secara ilmiah dan akademik pemikiran para ilmuan serta tokoh agama?

Pembangkang boleh menang jika tak 'berlawan sesama sendiri' - Muhyiddin

Pimpinan utama Bersatu dalam ceramah di Padang Rengas, Perak  malam tadi sempena program 'jelajah Bersatu tawan Perak'- Foto FB Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pimpinan utama Bersatu dalam ceramah di Padang Rengas, Perak malam tadi sempena program 'jelajah Bersatu tawan Perak'- Foto FB Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin gabungan pembangkang dapat mengalahkan Barisan Nasional (BN) jika tidak 'berlawan sesama sendiri'.
Sambil mengakui sukar untuk Bersatu menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika bersendirian, beliau berkata gabungan pembangkang mesti menggunakan formula satu lawan satu.
"Ada orang bertanya saya sebagai presiden PPBM (Bersatu), mereka berkata adakah kita boleh menang dalam PRU14. Saya kata kalau PPBM sahaja mungkin sukar. Biarlah kita bercakap terus terang.
"Sama juga macam dalam BN. Kalau Umno satu parti sahaja tak tentu dia boleh dapat membentuk kerajaan. Sebab itu kita nak gabungan parti-parti pembangkang.
"Ada orang tanya boleh menang ke kalau parti pembangkang bersatu. Kalau dia bersatu menanglah. Jangan lawan sesama sendiri. Janganlah Amanah lawan PPBM ataupun lain-lain. Formulanya senang sahaja, satu lawan satu," katanya dalam ceramah Bersatu di Padang Rengas malam tadi.
Turut bersama dalam jalajah 'Bersatu tawan Perak' itu ialah Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Datuk Mukhriz Mahathir.
Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri mencadangkan gabungan dalam Pakatan Harapan - DAP, PKR, Amanah dan Bersatu dinamakan Barisan Rakyat bagi menentang BN.
"Mungkin kita boleh minta namakan Barisan Rakyat, Barisan Rakyat menentang Barisan Nasional," katanya sambil berkata ia bergantung kepada persetujuan keempat-empat parti.
Sementara itu, Muhyiddin secara peribadi berhasrat menjadikan gabungan itu berteraskan Melayu dan Bersatu menjadi antara parti utama mendukung perjuangan itu.
"Sebab itu kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan dalam Pakatan Harapan dan kita nak minta supaya untuk menentukan kedudukan kita dihormati iaitu gabungan parti baharu ini diterima rakyat secara total, tentunya antara lain yang penting untuk melihat gabungan parti baharu ini adalah yang berteraskan Melayu dan PPBM antara parti utama yang mendukung perjuangan," katanya yang juga ahli Parlimen Pagoh.

Abah tidak halang saya sertai Amanah, kata anak Adun Pas Kedah

Turut kelihatan dalam poster, Faiq, anak bekas menteri besar Kedah dari Pas, Tan Sri Azizan Abdul Razak Turut kelihatan dalam poster, Faiq, anak bekas menteri besar Kedah dari Pas, Tan Sri Azizan Abdul Razak
Malam kelmarin sepatutnya saya hadir ke satu Program Parti Amanah Negara di Pendang Kedah. Tetapi oleh kerana terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat hadir dan mohon maaf kepada pihak penganjur.
Ramai yang bertanya, dah lama ka masuk Parti Amanah? Jawapannya dah lebih satu tahun. Saya mengisi borang untuk menyertai parti ini pada program 100 Peguam bersama Parti Amanah Negara. Dan untuk makluman ini adalah parti pertama yang saya sertai... Saya tidak pernah menjadi ahli kepada parti Pas.
Saya memilih parti Amanah kerana saya tertarik dengan konsep rahmatan lil 'alamin iaitu Islam sebagai rahmat ke seluruh alam. Kita seringkali melihat bagaimana nilai-nilai Islam semakin hilang dalam diri kita. Kita boleh di lihat di negara Barat bagaimana mereka menjaga kebersihan, keadilan, akhlak, amanah, accountability dan membantu rakyat mereka. Saya berharap Malaysia baru seperti itu.
Baru-baru ini oleh kerana gambar poster program tersebut telah beredar ada yang komen ditujukan kepada kami dengan kata-kata "Iman tak dapat diwarisi", Contoh anak Nabi Noh dan sebagainya. Pertamanya saya sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata tersebut kerana saya yakin keimanan tidak ditentukan dengan parti politik. Lagipun Abah saya dah memberikan saya ilmu agama dan pendidikan yang cukup. Saya faham parti politik hanyalah satu wadah.
Saya juga rasa tiada keperluan untuk membalas komen-komen tersebut kerana kebanyakan dari mereka saya lihat hanyalah berumur belasan tahun dan kebanyakkan mereka hanya boleh melabel atau sebagai tukang "chop".
Saya cuma mahu perbalahan oleh kerana perbezaan parti politik dihentikan. Kita tidak perlu emosional. Pertandingan antara parti-parti adalah pertandingan idea dan pertandingan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya yakin anda ada hujah untuk memilih parti apa pun. Abah tidak pernah untuk menghalang saya menyertai Parti Amanah Negara kerana dia tahu saya ada alasan saya sendiri.
Semua kita adalah saudara. Ketua Pemuda Pas Pendang itu pun adalah pangkat anak saudara saya. Ketua Pemuda Umno Pendang pun adalah sahabat karib saya. Jadi buatlah pilihan sendiri. Jangan biarkan orang lain menentukan pilihan kita. Gunakan akal yang diberikan Allah untuk membuat pertimbangan.

Jangan keras kepala, bergaduh dengan semua orang, Mahfuz tegur Pas


Mahfuz OmarMahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Pas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali bagi meredakan perbalahan yang sedang berlaku.
Beliau berkata, Pas yang memperkenalkan konsep politik matang dan sejahtera seharusnya tidak membiarkan pimpinan pertengahannya menyerang Azmin secara terbuka di media.
"Dalam konsep berpolitik sememangnya perdebatan terbuka tidak dapat dielakkan, tetapi harus cermat dalam berkata-kata. Ungkapan Azmin Ali dengan perkataan 'lebai' tidaklah perlu dibalas dengan ungkitan, ugutan dan kecaman terhadap beliau.
"Adalah lebih manis andai politik matang dan sejahtera dizahirkan oleh pimpinan Pas dengan membuat kunjungan dan berbincang dengan Azmin Ali untuk meredakan keadaan dari berlarutan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah katanya, kenyataan Azmin yang menyindir 'seorang lebai' itu ekoran kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas akan menerajui beberapa negeri termasuk Selangor selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Walaupun Presiden Pas menafikan tetapi rakaman ucapan beliau sangat jelas serta diperkukuhkan kemudiannya oleh Ketua Pemuda Pas Pusat dan AJK Pas Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki," katanya yang masih lagi ahli Pas.
Pas jangan dilihat keras kepala
Beliau berkata, kenyataan Pas akan menerajui Selangor itu sama seperti berhasrat mengambil alih kerajaan Selangor dari Azmin dan PKR sedangkan Pas masih berada dalam kerajaan negeri.
"Lainlah kalau Pas dah isytihar berundur dan keluar dari kerajaan Selangor. Tindakan sebegini membina pesepsi yang tidak baik pada Pas," katanya.
Beliau juga berkata, tindakan Pas menyerang dan mengugut Azmin dan PKR menyebabkan rakyat beranggapan parti Islam itu mahu menjatuhkan kerajaan rakyat.

DEBAT 7 APRIL DI SHAH ALAM NANTI, MASIH SESUAIKAH NAZRI MEWAKILI PENGUNDI PADANG RENGAS?


Walaupun  debat di MRSM Kuala Kangsar yang sepatutnya berlangsung semalam sudah lama dibatalkan kerana tidak diberikan permit polis, tetapi Nazri Aziz tetap di hadir dan menunggu kedatangan Tun Mahathir di situ.
Beliau dilaporkan menunggu selama hampir tiga jam di perkarangan MRSM sebelum beredar menuju kawasan Lembah Sungai Perak setelah mengetahui Tun Mahathir ada di sana. 
Tun Mahathir berada di kawasan itu kerana menghadiri program lain anjuran Bersatu, di mana pada malamnya beliau turut ada program ceramah umum di Padang Rengas bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.
Kedua-dua mereka bertemu di Lembah Sungai Perak. Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir dan Nazri duduk bersebelahan sambil menikmati cendol dan laksa. Mereka juga kemudian bersama-sama meninjau kawasan Sungai Perak.
Namun seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal atas talian, Nazri tidak banyak berbual dengan Tun Mahathir, malah tidak memandang pun wajah bekas Perdana Menteri itu, meskipun duduk bersebelahan, menikmati laksa dan cendol serta berpeluang berjalan bersama-sama
“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.
“Nak jumpa tapi tidak cakap, kenapa?
“Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. 
“Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak… saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar Tun Mahathir ketika mengulas pertemuannya dengan Nazri semasa menyampaikan ceramahnya  di Kota Lama Kiri, malam tadi.
Sebelum itu, ketika berada di MRSM Kuala Kangsar untuk menunggu ketibaan Tun Mahathir, di sebalik seluruh dunia tahu debat sudah dibatalkan dan ditunda kepada 7 April depan di Shah Alam, Nazri berkata, beliau sengaja datang awal untuk mengelak dituduh pengecut untuk berhadapan dengan Pengerusi Bersatu itu.
Pelik juga Nazri ini…sanggup tunggu selama tiga jam dan tak mahu dituduh pengecut, tapi bila berpeluang berdepan dengan Tun Mahathir, tak pula mahu bercakap!
Tetapi, di sebalik pertemuan santai antara Tun Mahathir dan Nazri semalam, apa yang sangat ditunggu-tunggu dan diharapkan ialah agar debat pada 7 April nanti benar-benar menjadi kenyataan.
Dalam debat di Padang Rengas yang tidak menjadi kenyataan semalam, Nazri ditolak daripada mewakili UMNO atau kerajaan oleh Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO dan Johari Ghani, Menteri Kewangan Kedua.
Lantaran keliru dengan situasi tersebut, Nazri pantas memilih jalan tengah dengan mengatakan beliau adalah mewakili pengundi Padang Rengas sahaja.
Ketika itu, memang nampak ada asasnya Nazri berkata demikian, bukan saja kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas, tetapi juga disebabkan lokasi debat itu sendiri diadakan di Padang Rengas.
Tetapi, pada 7 April nanti debat sudah dipindahkan ke Shah Alam, maka kali ini Nazri mewakili siapa pula?
Tentulah tidak logik lagi jika beliau mewakili pengundi Padang Rengas, sedangkan debat kali ini diadakan di Shah Alam. Pengundi Padang Rengas pun barangkali tidak mungkin ramai yangdapat hadir ke Shah Alam itu nanti.
Dibandingkan dengan Padang Rengas yang jauh di utara, Shah Alam lebih hampir dengan Putrajaya dan PWTC yang merupakan pusat kuasa kepada kerajaan dan UMNO.

DAP cabar Rahman Dahlan gesa Najib undur, bukan serang Kit Siang

Teresa Kok berkata, jika Rahman seorang yang berani, beliau harus meminta Najib berhenti menjadi perdana menteri dan bersara daripada politik berbanding menyasarkan Kit Siang.
teresa-kok
PETALING JAYA: DAP mencabar Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Rahman Dahlan agar menggesa ketuanya Datuk Seri Najib Razak berundur dari jawatan perdana menteri dan terus bersara daripada mendesak Lim Kit Siang berbuat demikian.
Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata Rahman, menteri di Jabatan Perdana Menteri mengarut dan “apa yang diperkatakan oleh beliau tidak berasas.”
“Biar saya memberitahu Rahman beberapa fakta agar beliau tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan mengarut mengenai Kit Siang kononnya beliau seorang pemimpin yang terlalu lama (dalam politik),” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh.
Katanya, Kit Siang bukan lagi setiausaha agung DAP kerana beliau telah pun melepaskan jawatan itu pada 1999 dan kini hanya ketua ahli-ahli Parlimen DAP.
Selain itu kata beliau, Kit Siang seorang pemimpin yang popular kerana sering mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang diadakan setiap 3 tahun, malah penceramah parti yang paling banyak mendapat jemputan.
“Ini menunjukkan populariti beliau dalam kalangan akar umbi.”
Sehubungan itu beliau berkata, sekiranya Rahman seorang yang berani, beliau harus meminta Najib berhenti menjadi perdana menteri dan bersara daripada politik berbanding menyasarkan Kit Siang.
“Saya tidak perlu mengulas lanjut sebab mengapa Najib harus meletakkan jawatan kerana Rahman dan menteri-menteri Umno sudah tahu sebab mengapa Najib dianggap sebagai perdana menteri paling teruk oleh rakyat.”
Semalam, Rahman menasihatkan Kit Siang bersara dari politik kerana mendakwa ada kalangan ahli akar umbi DAP mahu melihat perubahan dalam pucuk pimpinan parti itu.

Lebai dan polemik citra Melayu

Dulu tak ramai yang berjanggut dan berjubah, tapi tak ada pun yang mendakwa kurang Islamik. Tak ramai yang simpan janggut dan sapu minyak atar, tak timbul pun isu kurang beragama.
Wanita pun tak ramai bertudung tapi masih handal membaca al-Quran seperti Faridah Mat Saman dan Rogayah Sulong yang berulang kali memenangi tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Dulu anak muda ramai yang berkeliaran. Ada yang cenderung kepada budaya hippie pada akhir dekad 1960-an. Ada slogan 'Peace Not War' yang membantah Perang Vietnam. Ada juga 'pop yeh yeh'.
Sebelum itu mereka terpengaruh dengan filem P Ramlee dengan sebahagian pelakon wanitanya berkebaya ketat dan tak bertudung. Tak ada pun timbul cerita siku dan lutut.
Tak ada pun cakap tentang politik matang dan tahaluf siyasi.
Dulu walaupun ada masalah sosial, ahli masyarakat berbincang dan cuba selesai masalah. Mereka tak berusaha merenggangkan hubungan apatah lagi kafir-mengkafir sesama Islam.
Tak ada pun isu "amanat tuan presideng" sehingga terjadinya solat dua imam.
Kaum Cina sudah lama menetap di negara ini. Sebelum sejarah Hang Li Po dan Yap Ah Loy, pedagang Cina antara yang awal datang ke Semenanjung Tanah Melayu bersama pedagang Arab dan India Muslim. Tak timbul pun cerita kafir harbi dan kafir zimmi.
Masyarakat Melayu menerima mereka. Semua pihak bersatu hati dan saling menghormati.
Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan Malaysia pun turut dikaitkan dengan pedagang Cina selain bangsa Arab dan India.
Teori ini dipertahan sehingga kini. Tak timbul pun soal kafir mengkafir. Tak ada pun fatwa haram sembelihan mana-mana pihak.
Saya lahir dan membesar di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, tidak jauh dari Kota Bharu. Nilam Puri sebuah pekan kecil namun terkenal sejak 1950-an kerana ada pusat pengajian Islam.
Pelbagai bangsa datang mengaji Quran dan menadah kitab. Tak timbul pun apa-apa masalah.
Memimpin dengan berhemah
Banyak juga pondok agama. Anak muda pelbagai bangsa datang tadah kitab. Ada yang bersongkok, ada berserban dan berkopiah. Tak timbul pula perbezaan pendapat tentang hukum songkok dan kopiah.
Ada yang bawa ubat gigi Colgate. Ada yang bersugi. Ada juga yang gosok gigi guna serbuk arang kayu. Tak timbul pun soal halal dan haram.
Ketika itu mereka yang belajar agama memasang niat untuk memnjadi pendakwah, bukan pendakyah.
Mereka tadah kitab akhirnya sambung belajar ke al-Azhar, Jordan atau India. Tak timbul pun agama untuk buat baiah sehingga cerai talak tiga apabila keluar dari sesuatu jemaah.
Nilam Puri terkenal sebagai kawasan pendidikan agama. Justeru, agama menjadi medan fahaman berpolitik keagamaan. Pelbagai pandangan tentang tauhid dan akidah dibincang dan diperdebat secara adik beradik. Tak timbul pun pergolakan.
Pusat belajar agama itu kini dikenali Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang dianggap wadah terbaik untuk belajar syariah di Malaysia. Nilam Puri juga terkenal kerana kawasan Parlimen ini diwakili oleh Tan Sri Asri Muda, Presiden PAS pada 1969 hingga 1982.
Asri juga Menteri Besar Kelantan dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Beliau juga Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah ketika PAS menyertai BN pada 1974 hingga 1978.
Asri memimpin PAS dengan berhemah. Tidak menjadikan agama sebagai medan untuk mengkafirkan orang lain. Asri juga sasterawan dan pemidato yang hebat.
Bagi generasi sezaman saya, pidato Asri lebih hebat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kepetahan berhujah boleh mendorong pendengar berhujan dan berpanas mendengar ucapan pemimpin PAS ini sehingga larut malam.
Asri banyak menyelar kelemahan kerajaan Perikatan ketika itu. Namun beliau tetap pemikir ulung yang tidak menjadikan isu kepartian sebagai medan untuk menjarakkan hubungan dalam masyarakat. Nama Nilam Puri dikenali kerana Asri.
Dulu masyarakat berpolitik kerana kesedaran untuk agama dan bangsa. PAS untuk agama. Umno untuk bangsa. Dalam masyarakat Melayu, agama dan bangsa tetap dianggap satu. Tiada alasan untuk PAS atau Umno bertelagah.
Islam sebagai alat
Hanya apabila timbul generasi baru yang pulang dari Asia Barat, pemikiran politik di kampung berubah. Yang pandai cakap Arab dan lebai Melayu dari Mesir sudah membawa bacaan baru dalam politik Malaysia.

PPBM hilang kuasa rundingan dengan Pakatan

PPBM tiada lagi tempat bergantung selain bersama Pakatan Harapan apabila pintu rundingannya bersama PAS kini malap.
mahathir-pakatan
Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan pembangkang dapat bergerak seperti Barisan Nasional (BN) yang bertanding menggunakan satu logo, dan di mana-mana kawasan hanya mempunyai satu calon mewakili gabungan politik itu.
Idea ini pada dasarnya bagus. Cuma ia hanya akan dipakai oleh mereka yang yakin akan menang.

Satu logo

Sebagai contoh, idea menggunakan satu logo ini sangat dialu-alukan oleh parti yang kecil dan baru seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah tetapi tidak pada parti yang besar dan lama seperti DAP dan PKR sekiranya kedua-dua parti itu tidak yakin akan menang.
Ini bukan kali pertama cadangan menggunakan satu logo untuk pembangkang dibangkitkan. Ia pernah timbul sebelum pilihan raya umum ke-13, tapi cadangan ini ditolak walaupun ketika itu Pakatan Rakyat yakin menang.
Logo adalah satu faktor yang penting ketika mengundi. Ingatkah bagaimana DAP menghabiskan tenaganya untuk mempromosikan logo Amanah ketika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, dengan menyamakan logo Amanah dengan kuih bacang kegemaran orang Cina?
Menggunakan satu logo yang tidak dikenali dalam masa yang sebegitu singkat sebelum pilihan raya umum ke-14 membawa risiko tinggi kepada DAP dan PKR. Risiko ini tidak akan menjadi masalah sekiranya DAP dan PKR yakin peluang kemenangan di PRU14 itu besar di dalam pertarungan 3 penjuru.
Sekiranya DAP dan PKR memasuki PRU14 hanya dengan niat mempertahankan apa yang ada (walaupun di luaran mereka menciptakan persepsi bahawa Putrajaya yang ingin ditawan), menggunakan logo pembangkang yang baru ini bakal menjadi masalah kepada mereka.
Jadi, tidak perlu hairanlah jika tuntutan ini ditolak pada akhirnya walaupun pada awalnya ia nampak sebagai satu idea yang boleh diterima.

Menggantikan nama Pakatan Harapan

Dr Mahathir menegaskan nama Pakatan Harapan perlu digantikan selepas kemasukan PPBM. Jika apa yang disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam betul, nama baru yang diimpikan Dr Mahathir ialah Barisan Rakyat yang mirip nama Barisan Nasional.
Mungkin Dr Mahathir memikirkan rakyat akan lebih terbuka untuk menukar kerajaan Barisan yang ada sekarang ini kepada satu kerajaan Barisan yang baru berbanding sebuah kerajaan bernama “Pakatan”.
Lagipun nama Pakatan terlalu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipercayai tidak akan menjadi faktor penting di PRU14. Mungkin Dr Mahathir mahukan orang lain yang menjadi faktor.
Ketika DAP berkata bahawa pembangkang sudah bersedia menerima seorang perdana menteri wanita, Dr Mahathir tidak bersetuju. Umum mengetahui calon PM Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Jadi lelaki manakah yang akan menjadi calon PM Barisan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan akur dengan tuntutan Dr Mahathir untuk dibubarkan namanya?
Apakah tuntutan Dr Mahathir untuk mengBNkan pembangkang akan diterima?
Hakikatnya, kemasukan PPBM ke Pakatan Harapan menjunamkan kuasa rundingan mereka dengan parti komponen Pakatan Harapan.
Parti Pakatan Harapan, terutamanya DAP dan PKR akan mengambil sebanyak masa yang boleh untuk berlengah-lengah untuk menimbang tuntutan tersebut tanpa sebarang kerisauan mereka akan kehilangan PPBM.
Ini kerana PPBM tiada lagi tempat bergantung selain bersama Pakatan Harapan apabila pintu rundingannya bersama PAS kini malap.

Nazri Aziz 'hilang suara' jumpa saya, sindir Dr M

Walaupun debat antara mereka di Kuala Kangsar ditangguhkan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masih dapat bertemu, walaupun kedua-duanya sekadar menghirup semangkuk cendol petang semalam.
Pada program ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada sebelah malam, Mahathir menceritakan kesungguhan Nazri untuk berdebat dengannya.
"Tetapi saya nampak partinya tidak sokong, kerajaan tidak sokong, tiada siapa yang sokong dia supaya dia tidak boleh berdebat dengan saya.
"Tetapi tidak apa, kita berdebat di Shah Alam pada 7 April".
Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hairan mengenai suasana 'sepi' antara kedua-dua mereka semalam.
"Dia bertekad jumpa dengan saya tetapi apabila kami bertemu di tempat cendol, dia tidak berkata apa-apa. Apa gunanya berjumpa tetapi tidak kata apa-apa," jelas Mahathir dengan disambil gelak ketawa oleh para hadirin.
Pada ketika itu, mikrofon yang digunakan Mahathir tiba-tiba tidak berfungsi.
Selepas seminit lebih, setelah pihak penganjur bergegas untuk menyelesaikan masalah, Mahathir berjenaka,
"Mikrofon ini seperti Nazri, hilang suara".

Muhyiddin berikrar untuk tak kembali kepada Umno

Walaupun jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur daripada menerajui Umno, bekas timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhasrat untuk kembali kepada parti itu.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merupakan serpihan Umno itu semasa ceramah yang dianjurkan di Padang Rengas, Perak malam tadi mengakui beliau menjadi ahli Umno selama 50 tahun.
Bekas timbalan presiden Umno itu turut memetik contoh ketika beliau ditanya sama ada akan kembali ke Umno jika Najib bertindak melepaskan jawatan dari Umno.
"Saya jawab keputusan untuk tidak lagi berada dalam Umno adalah muktamad," tegas Muhyiddin sambil disahut dengan sorakan 'Hidup Tan Sri' daripada hadirin.
Dan keputusan itu, katanya, tidak mengira apa jua tawaran untuk berbuat demikian.
"Kerana apa gunanya untuk kembali kepada Umno setekah ia tidak lagi menjadi parti yang pernah kita tahu, berjuang untuk bangsa, agama dan negara."
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada bulan Julai 2015, setelah beliau semakin lantang bersuara mengenai pengendalian kemelut 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tun M sindir Nazri "hilang suara"

Ceramah Zulhazmi Mengenai RUU355

PASIR TUMBOH:Husam Musa - Penjelasan Kena Halau Dari Sidang DUN Kelantan

PASIR TUMBOH:Salahuddin Ayub - Hanya Ulamak PAS Yg Korup Sokong Najib Razak

PDG RENGAS:Tun Mahathir - Jelajah Tawan Perak

PDG RENGAS:Muhyiddin Yassin - Jelajah Tawan Perak

PDG RENGAS:Mukhriz Tun Mahathir - Jelajah Tawan Perak

Kerusi Pas diagih antara Bersatu, Amanah?

Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR - Bersatu dan Pakatan Harapan bersedia gempur dan tawan Kedah pada PRU14, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu BN Kedah kekalkan kuasa pemerintahan, kerana Kedah diibaratkan ‘jantung hati Umno’.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keempat-empat parti itu kini sudah mewujudkan jawatankuasa kecil untuk berdepan BN, agar kesepaduan dapat dibina lebih awal.

“Pertama kali saya dengar Umno anggap Kedah sebagai jantung hati, manakala Jerlun pula dikatakan ‘jantung dalam jantung’. Tidak mengapa, kami bersedia pada bila-bila masa,”katanya.
Ditanya sama ada agihan kerusi antara empat parti sudah mula dibincangkan secara rasmi, susulan Pas kini dianggap bukan lagi sebahagian daripada pakatan itu, selepas Bersatu diterima sebagai anggota baharu, Mukhriz berkata, perkara itu belum dibincang secara terperinci.
“Soal agihan kerusi memang ada sentuh sepintas lalu, namun keputusan akhir diputuskan di peringkat nasional, kita di peringkat negeri akan syorkan. Kami akan bincang terlebih dahulu sebelum sepakat serahkan syor itu untuk pertimbangan,” katanya.
Mengulas sama ada kouta kerusi Pas yang diperuntukkan pada PRU13 lalu, diagihkan antara Bersatu dan Amanah atau kemungkinan dilakukan rombakan kerusi besar-besaran, Mukhriz berkata, perkara itu tidak akan dirundingkan secara terbuka.
“Sampai masa akan umum, tunggu dan lihat kaedah yang akan kami gunakan nanti,” katanya.
Mukhriz berkata, walaupun kelibat pemimpin Umno Pusat dikatakan kerap bertandang ke Kedah, namun ia bukan suatu ancaman.

WAYANG DAN DRAMA PAS

Berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin Pas, jelas tergambar rasa kecewa mereka kerana gagal menjalin kerjasama dengan Bersatu di mana parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu terlebih dahulu memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan.

Jangan salah faham, rasa kecewa itu sebenarnya bukanlah kerana Pas benar-benar ingin menjalin ikatan bersama Bersatu dengan matlamat untuk sama-sama menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN. Tidak sama-sekali.

Mereka kecewa kerana tidak dapat memerangkap Bersatu untuk terus melengah-lengahkan masa dalam perundingan yang boleh membuatkan Bersatu jadi terumbang-ambing tanpa sebarang keputusan sama ada menyertai Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan parti tersebut.

Jika masa dapat dilengah-lengahkan sehingga tarikh pilihanraya dan Bersatu masih duduk di tengah-tengah antara mahu bekerjasama dengan Pas atau Pakatan Harapan, malah terus berlaku caca-marba dalam pembahagian kerusi sehingga tarikh penamaan calon, yang paling beruntung tentunya ialah Najib, UMNO dan BN.

Maka, dengan berwatak seolah-olah bersama pihak pembangkang tetapi dapat menyebabkan Najib, UMNO dan BN terus berkuasa, itulah kepuasan yang tiada tolok bandingnya bagi Pas yang dipimpin oleh kepimpinan yang ada sekarang.

Jangan lupa, Pas kini bukan lagi sama seperti Pas yang dipimpin oleh Fadzil Noor atau ketika Nik Aziz Nik Mat masih ada bersama mereka. Semua era itu sudah tinggal kenangan.

Namun, dengan Bersatu memutuskan untuk segera menyertai Pakatan Harapan serta menangguhkan sebarang hubungan dengan Pas sehingga Pas sendiri memutuskan pendiriannya, matilah segala langkah Pas untuk terus bermain wayang atau drama.

Sekarang ini, jika Pas mahu terus membantu UMNO, maka mereka perlu bergabung secara langsung dengan parti pimpinan Najib dan ia sudah tentu suatu keputusan yang akan ditolak oleh pengikut serta penyokong akar umbinya sendiri.

Kalau ingin juga bekerjasama dengan Bersatu atau Pakatan Harapan pula, kali ini Pas yang perlu datang kepada Bersatu atau Pakatan Harapan dan bukan lagi Bersatu atau Pakatan yang mencari Pas.

Ini sudah tentu agak memalukan Pas kerana di dalam Pakatan Harapan sudah ada DAP dan Amanah yang sudah diisytiharkannya sebagai musuh  sehingga ke liang lahad.

Bersendirian menghadapi pilihanraya pula bukan mudah bagi Pas, meskipun mereka selalu begitu sebelum ini. Lagi pun Pas tentu sudah menyelak-nyelak helaian sejarah pencapaian mereka sebelum ini. 

Ketika bersendirian, jangankan nak tawan Kelantan, kemampuan menang di peringkat Parlimen juga tidak pernah melebihi 15 kerusi. Jauh sangat dengan angan-angan nak menang 40 kerusi yang selalu didendang-dendangkan selama ini.

Jadi, apa pilihan Pas sekarang ini?

Di sebalik mengatakan kononnya gagah bersendirian, Pas kini terlibat banyak menyalahkan Bersatu atas kegagalan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama. Yang paling banyak dipersalahkan ialah Tun Mahathir sendiri.

Kononnya kerana beberapa tindakan serta kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itulah yang banyak menyulitkan rundingan. Tun Mahathir juga dipersalahkan kerana dikatakan mempunyai kuasa veto sedangkan hanya berjawatan Pengerusi dalam Bersatu. Dalam masa yang sama, Muhyiddin Yassin yang menjadi Presiden didakwa terlalu tunduk kepada Tun Mahathir.

Kenapa Pas cuba menyalahkan Tun Mahathir?

Kenapa mereka tidak menyalahkan diri sendiri berikutan sering mengeluarkan pendirian yang berbeza dan tak sekata? 

Kenapa,  sementara ada pemimpinnya  mahu bekerjasama, pemimpin yang lain pula tidak mahu sebarang bentuk kerjasama?

RUU355 perlu dipersembah kepada Majlis Raja-Raja - bekas ketua hakim negara


Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul HalimTun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul HalimSeorang bekas Ketua Hakim Negara berkata sebarang cadangan atau pindaan akta berkaitan agama Islam termasuk Rang Undang-undang (RUU) Persendirian perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.
Ini termasuk rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), kata Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau berkata sebagai ketua agama Islam, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan tersendiri dalam menentukan sesuatu perkara berkaitan agama Islam sebelum ia diguna pakai ke atas pihak yang disasarkan.
"Saya amati perdebatan, kemusykilan mengenai mengapa RUU 355 tidak dipersembahkan kepada raja-raja sebelum ia dibentangkan di Parlimen ada lojiknya.
"Hal ini boleh diperhujahkan kerana jelas tercatat dalam Perlembagaan Negara yang mewajibkan rujukan (mengenai agama Islam) dibuat kepada Majlis Raja-Raja yang juga ketua agama Islam dan hal yang termaktub itu mesti kita hormati," katanya.
Beliau menegaskan demikian dalam sesi soal-jawab mengenai syarahan bertajuk "Islam as the Law of the Land" (Islam sebagai Undang-Undang Tanah Air), di ibu negara semalam.
Ahmad Fairuz, ketua hakim negara dari 2003 hingga 2007, berkata peranan Majlis Raja-Raja sebagai ketua agama Islam tidak seharusnya dipinggirkan.
"Mahkamah Syariah wujud kerana Islam. Justeru itu, apa-apa yang berkaitan dengan Islam perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja dan mendapat persetujuan mereka sebelum dibentangkan di Parlimen.
"Mereka (Majlis Raja-Raja) mempunyai peranan masing-masing. Jika tidak kerana mereka, kita tidak akan merdeka," katanya.
Menjawab persoalan mengapa orang bukan Islam menentang RUU 355 walaupun akta itu tidak langsung melibatkan mereka, Ahmad Fairuz berkata, beliau tidak nampak sebab yang kukuh untuk orang bukan Islam menentangnya.
"Sememangnya RUU 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang mereka perlu risau?," tanyanya.
Mengulas mengenai keperluan melakukan pindaan terhadap akta berkenaan, Ahmad Fairuz berpendapat kes jenayah di bawah akta berkenaan semakin berleluasa.
"Peningkatan hukuman ini diharapkan dapat mengurangkan kesalahan yang dilakukan oleh orang beragama Islam kerana hukuman sedia ada tidak mencukupi bagi memberi kesedaran dan rasa takut kepada mereka," jelasnya.