Sabtu, 25 Mac 2017

Inflasi naik: Pendapatan rendah paling terjejas

Kadar inflasi yang mencecah 4.5 peratus bagi Februari 2017 akan membawa kesan paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, lebih-lebih lagi apabila kenaikan mendadak ini disebabkan tiga kumpulan perbelanjaan utama iaitu pengangkutan, makanan dan minuman tidak beralkohol dan perumahan (sewa, elektrik, air, gas dan lain-lain).
“Ketiga-tiga kumpulan perbelanjaan adalah perbelanjaan utama yang ditanggung oleh rakyat kebanyakan berpendapatan rendah dan merupakan majoriti perbelanjaan mereka.
“Semakin rendah pendapatan sesuatu keluarga, semakin tinggi peratusan dari tiga kumpulan perbelanjaan ini berbanding perbelanjaan keseluruhan kerana mereka tiada wang untuk berbelanja untuk perkara bukan keperluan.
“Oleh yang demikian, kenaikan harga barang yang telah mencecah kadar seolah-olah ekonomi negara sedang gawat membawa kesan yang paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP), ukuran inflasi, meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari 2017 berbanding 114.5 pada bulan yang sama tahun lepas.
Ini diikuti dengan kenaikan sebanyak 4.3 peratus dalam indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 30.2 peratus kepada wajaran IHP.
Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan IHP ialah pengangkutan (+17.9 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.2 peratus).
Menurut Rafizi, kadar inflasi terbaru ini sangat membimbangkan kerana kadarnya tidak pernah mencecah 4.5 peratus di luar kegawatan sejak 1998.

Bahas RUU355: Mengapa Pas membisu?

Belum lagi Rang Undang Persendirian dari Marang mendapat peluang dibentangkan, ahli parlimen Amanah sudah berbahas dengan Menteri Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam sesi penggulungan pihak eksekutif.
Lazimnya Menteri akan respons pada perbahasan AP (Ahli Parlimen) terhadap titah Yang Dipertuan Agong yang akan menyentuh hampir semua isu negara. Antara yang disentuh ialah RUU 355 dan permasalahannya.
Kami AP sebagai pihak legaslatif sememang menunggu respons dari kabinet sebagai eksekutif untuk mencelah dan menegur jika perlu, isu-isu perundangan, dasar dan penyelewengan pihak kerajaan.
Adalah menjadi tanggungjawab AP untuk berbahas soal isu yang dibawa. Kami dari Amanah memang menanti Menteri di JPM bahagian agama untuk respons sebagaimana tertera dalam senarai kementerian yang akan menggulung.
Ramai AP dari kalangan muslim dan non-muslim timbulkan isu RUU 355 semasa bahas titah ucapan YDPA termasuk AP dari Pas. Saya turut menimbulkannya dari sudut proses dan tingkah laku pihak tertentu yang mensensasikan satu proses undang-undang biasa sehingga ramai yang telah 'dikafirkan' 'dimunafiqkan' dan 'diliberalkan'.
AP dari Amanah telah bangun membahas termasuk seorang dari DAP dan seorang dari PKR. Dari Amanah, Parit Buntar, Sepang, Shah Alam dan Kuala Terengganu. Manakala dari DAP ialah Kelang (non muslim) dan dari PKR, Kuala Langat.
Isu kami tentang RUU 355 semua berlegar tentang persoalan proses undang-undang, teknikaliti dan pandangan menyeluruh pemerkasaan mahkamah syariah dan bukan sahaja aspek meningkatkan hukuman. Malah AP Kelang dari DAP menyebut tentang perlunya jawatankuasa teknikal yang telah dijanjikan oleh Menteri sebelum RUU 355 dibawa bacaan kedua oleh pihak Jemaah Menteri. Tidak ada pun unsur menolak apatah lagi membangkang.
Saya sendiri memohon penjelasan teknikaliti tatacara sebatan dan diperpanjangkan oleh Sepang tentang perlunya sebatan Islam itu dibuat untuk tontonan ramai sebagai pengajaran. Shah Alam menyebut tentang proses yang membelakangkan Majlis Raja-Raja yang sehingga kini tidak memberi apa apa persetujuan untuk dibawa ke Parlimen. Bil Persendirian Marang seolah mahu mengelak proses ini kerana ia tidak memerlukan persetujuan jika dibentang sebagai bil persendirian. Ini semua isu proses dan tak ada kena mengena dengan membantah atau menolak.
Saya membangkitkan soal keperluan membuat pertimbangan mana yang lebih utama seperti gaji hakim mahkamah syariah yang masih rendah, penguatkuasaan yang tidak mencukupi, tahap profesionalisma dan lain-lain isu pentadbiran sedangkan RUU 355 hanya mementingkan peningkatan hukum. Apatah lagi penyelarasan mahkamah syariah yang tertakluk kepada kuasa negeri boleh sahaja menerima atau mengekalkan had hukuman yang lama tanpa menerima pindaan. Bukankah isu penyelarasan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu?

Azmin gesa PAS-PKR berdamai

Timbalan presiden PKR itu berkata, ini bukannya masa untuk PAS dan PKR berbalah secara terbuka kerana menghadapi pilihan raya umum akan datang lebih penting.
azmin
BALAKONG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa PAS dan PKR menghentikan perbalahan dalam media, sebaliknya kedua-dua parti perlu membincangkan masalah mereka secara tertutup.
“Ini bukan masanya untuk kita berbalah secara terbuka. Saya menggesa semua pihak duduk dan berbincang,” kata timbalan presiden PKR itu selepas merasmikan Liga Bola Keranjang Komuniti Nasional ke-11, hari ini.
“Paling penting, letak kepentingan negara dan rakyat di tempat pertama kerana keutamaan kita ialah hadapi pilihan raya akan datang,” katanya.
Ketegangan antara kedua-dua parti semakin memuncak di Selangor selepas Azmin mengejek kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, pada 18 Mac lalu.
Anak bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin untuk jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan terbabit, tetapi beliau sekadar meraih 37 undi berbanding 209 undi diraih Izani.
Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa disandang Nik Aziz dari 1974 sehingga 1986.
Azmin menerusi Twitter menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”
Semalam, Ketua Wanita PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyifatkan Azmin umpama “kacang lupakan kulit” dan memberi amaran supaya tidak mencabar kesabaran parti Islam itu.
Beliau turut mengingatkan Azmin PAS yang membantu dan membenarkan beliau serta PKR memerintah Selangor.
“Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina.
Azmin yakin perbalahan PAS-PKR boleh diselesaikan dengan baik.
“Saya yakin sebelum ini banyak isu yang lebih besar dari ini dan kita boleh selesaikan.
“PKR sentiasa mengambil sikap untuk berbincang, berunding walaupun terdapat perbezaan. Perbezaan itulah kekuatan kita untuk mencapai permuafakatan lebih kuat untuk negara dan rakyat.
“Saya yakin dengan kewibawaan kepimpinan parti sama ada dalam Pakatan Harapan, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS.
“Saya yakin mereka mahu negara lebih baik dari sekarang dan itu boleh dicapai melalui perbincangan dan rundingan,” katanya.

Dialog: Tun M, Nazri minum petang semeja di Sungai Perak

Tak debat, Nazri dan Mahathir makan cendol bersama di Dataran Sayong Lembah

Selepas siri cabar-mencabar untuk bertanding pilihan raya dan mengadakan debat yang sepatutnya dijadual hari ini, Tun Dr Mohamad dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz akhirnya bersemuka.
Bagaimanapun, pertemuan itu tidak berlaku di majlis debat seperti yang dirancang.
Sebaliknya, bekas perdana menteri dan menteri kebudayaan dan pelancongan itu dilihat duduk semeja sambil menikmati cendol.
Nazri pada awalnya terserempak dengan rombongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dataran Sayong Lembah petang ini.
Di situ, Nazri yang juga anggota parlimen Padang Rengas kemudian menyertai Mahathir untuk menikmati hidangan berkenaan.
Turut hadir ialah isteri Mahathir, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang juga Timbalan Presiden BERSATU.
Pertemuan itu nampak berjalan mesra.
Awal hari ini, Nazri hadir di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah yang sepatutnya menjadi tempat 'pertarungan' antara beliau dan Mahathir hari ini.
Namun debat itu terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat kebenaran polis dan dijadualkan semula pada 7 April di Shah Alam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pihak penganjur masih belum mendapatkan kebenaran untuk mengadakan debat berkenaan di Shah Alam.
Kedua-dua mereka dijangka berdebat mengenai beberapa perkara termasuk 1MDB, skandal forex dan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Inikah pemimpin yg kita wakilkan membela nasib rakyat?

Di luar parlimen pong pang pong pang.. punya riuh pasal RUU 355 Hadi. Habis dituduhnya org macam2.

Bila di sidang parlimen duduk buat bodo macam lembu kenyang. Jgnkan kata isu atau RUU rakyat yg lain, isu hal rakyat pon sunyi sepi macam lembu kenyang.

Cacamerba Pentadbiran Ekonomi Najib Akibatkan Kenaikan Harga Barang Paling Mendadak Di Luar Kegawatan Ekonomi Sejak 1998

Berita kadar inflasi (atau kadar kenaikan harga barang) bagi Februari 2017 berbanding setahun sebelum itu yang mencecah 4.5% berlalu begitu sahaja. Ada wakil rakyat yang lebih gemar menawarkan hadiah wang ringgit berpuluh ribu untuk menggalakkan rakyat memperlekehkan musuh politik mereka, tetapi tidak pula mempedulikan mengenai kadar inflasi yang naik melonjak ini.
Oleh kerana ahli politik beranggapan sebahagian besar dari rakyat Malaysia tidak faham angka-angka ekonomi (atau mereka juga tidak faham angka tersebut), perkara ini tidak dihiraukan dan tiada reaksi pun.
Saya sertakan laporan penuh pengumuman Indeks Harga Pengguna (atau nama mudahnya kadar inflasi) bagi Februari 2017 yang dibuat oleh Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia. Ringkasan laporanya menyebut bahawa kadar inflasi telah mencecah 4.5% bagi Februari 2017 dan didorong oleh kenaikan mendadak terutamanya dalam 3 kumpulan perbelanjaan iaitu pengangkutan, makanan dan minuman bukan alkohol dan perumahan (air, api, elektrik, gas dan lain-lain).
Saya akan tunjukkan bagaimana petunjuk ekonomi ini membuktikan rakyat terbawah yang paling terbeban dan bagaimana ia berpunca dari cacamerba pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Sebelum itu, kita perlu menghargai kenapa kadar inflasi 4.5% ini sangat membimbangkan (walaupun saya pasti mereka yang jahil ekonomi akan terpinga-pinga apa yang dibisingkan kerana 4.5% itu bagi mereka sangat rendah).
Sebenarnya, jika dilihat kadar inflasi tahunan sejak tahun 1998, tidak pernah sekalipun kadar inflasi di luar kegawatan yang mencecah 4.5%. Maksudnya, hanya dalam keadaan kegawatan ekonomi yang selalunya banyak didorongi faktor luar Negara juga yang menyaksikan kenaikan harga mendadak (kerana ada ketidaktentuan ekonomi sedunia yang mempengaruhi ekonomi negara).
Saya sertakan jadual inflasi tahunan Malaysia sejak 1998 hingga kini. Perhatikan bahawa hanya ada 2 tahun yang kadar inflasi tahunan melebihi 4.5% iaitu tahun 1998 dan tahun 2008.
Tahun 1998 ialah akibat kegawatan ekonomi Asia Timur yang menyaksikan banyak syarikat Malaysia jatuh muflis apabila nilai matawang ringgit jatuh mendadak. Sejak dari tahun itulah, matawang ringgit ditambat pada nilai yang lebih rendah iaitu RM3.80 bagi setiap USD1 dan nilai matawang ringgit tidak pernah pulih sehingga sekarang.
Tahun 2008 pula menyaksikan kegawatan ekonomi sedunia akibat ranapnya pasaran kredit di Amerika Syarikat yang berjangkit ke pasaran kewangan lain sehingga menyaksikan bank pelaburan besar seperti Lehman Brothers muflis. Ia bertembung pula dengan ketidaktentuan pasaran minyak mentah sehingga menyaksikan pada kemuncaknya, satu tong minyak mentah Brent dijual pada harga USD133. Harga purata tahun bagi setong minyak mentah dalam tahun 1998 adalah USD97.60.
Oleh sebab itulah, angka 4.5% inflasi bagi Februari 2017 adalah satu angka yang sepatutnya sangat membimbangkan pimpinan dan perancang ekonomi negara kerana ia adalah kenaikan harga barang tertinggi di luar kegawatan ekonomi. Malaysia selalunya hanya mencecah kadar inflasi sebegini dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja dan telah dibuktikan ia hanya berlaku dalam keadaan kegawatan ekonomi.
Berbalik kepada laporan rasmi Jabatan Perangkaan yang memuktamadkan laporan inflasi ini, ia secara jelas menunjukkan kenaikan mendadak ini adalah disebabkan tiga kumpulan perbelanjaan utama iaitu pengangkutan, makanan dan minuman tidak beralkohol dan perumahan (sewa, elektrik, air, gas dan lain-lain). Rujuk jadual dari laporan tersebut untuk pecahan penuh.
Ketiga-tiga kumpulan perbelanjaan adalah perbelanjaan utama yang ditanggung oleh rakyat kebanyakan berpendapatan rendah dan merupakan majoriti perbelanjaan mereka. Semakin rendah pendapatan sesuatu keluarga, semakin tinggi peratusan dari tiga kumpulan perbelanjaan ini berbanding perbelanjaan keseluruhan kerana mereka tiada wang untuk berbelanja untuk perkara bukan keperluan.

Najib Seperti Keseorangan

Oleh Abu Hassan Adam
Kelihatan seolah-olah DS Najib keseorangan dalam mepertahankan ‘serangan’ yang bertubi-tubi yang dilancarkan oleh pihak lawan. Ternampak semacam ‘tokoh-tokoh’ lain mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja ‘drama’ yang sedang berlaku kini. Jikalau pun ada yang cuba mempertahankan DS Najib atas tindaknya adalah seorang dua ‘tokoh-tokoh’ dari Sabah. itu pun seolah-olah semacam terpaksa berbuat demikian.

Sekiranya media eletronik dan media cetak arus perdana tidak memainkan peranan nya melaporkan tentang kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan, maka suasana di Malaysia kini seolah-olah ‘dikuasai’ oleh pihak pembangkang. Walaupun media arus perdana sedaya upaya cuba menengelamkan suara pembangkang namun peranan yang dimainkan oleh media sosial cukup berkesan, memberikan penjelasan kepada rakyat bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA. Yang agak malang pula bagi media arus perdana ialah sudah ramai rakyat Malaysia ‘berpisah’ dengan akhbar atau media elektronik berkenaan. Ini dapat dilhat di gerai-gerai makan dimana siaran TV ditayangkan. Seolah-olah ‘TV’ berkenaan bercakap ‘keseorangan’ tanpa dipedulikan oleh pengunjung kedai makan berkenaan.
Berkenaan dengan media cetak pula, akan kelihatan suratkhabar yang ‘bertimbun-timbun’ di kedai-kedai mamak tanpa dipedulikan seolah-olah sudah terdapat suatu budaya di negara ini dimana masyarkatnya sudah tidak mempedulikan akhbar harian untuk mendapatkan sumber berita. Seolah-olah masyarakat Malaysia tidak lagi membaca akhbar sebagai sumber berita.
Pihak pembangkang kini seolah-olah tidak lagi gundah dan bimbang sekiranya media elektronik dan media cetak milik kerajaan tidak menyiarkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Media sosial kini bukan sahaja dapat menyampaikan berita secara ringkas, malah telah dapat mengadakan siaran terus menerus ( live) bagi memancarkan kegiatan-kegiatan pembangkan seperti ceramah-ceramah umum yang dilaksanakan oleh mereka.
Bersandarkan kepada senario di Malaysia kini, memungkinkan akan berlaku perubahan pemerintahan di negara ini dalam PRU 14, dengan izin Allah. Berbagai penyelewengan yang telah dilakukan telah didedahkan kepada umum. Walaupun pada mulanya amat sukar bagi masyarakat untuk menerima dan mempercayai apa yang didedahkan ( bagi setengah golongan masyarakat), namun setelah terus menerus dipantakkan ke dalam benak mereka, masyarakat meyakini apa yang disampaikan kepada mereka.

Pemimpin UMNO semakin mengarut bila dekat pilihan raya

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Rakyat Malaysia harus sedia berdepan dengan lebih banyak cadangan ‘mengarut’ dari pemimpin UMNO memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Ia termasuklah cadangan berbaur perkauman yang sengaja dibuat bagi merosakkan imej dan reputasi pemimpin pembangkang, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
Menurutnya, pertandingan menulis esei memburuk-burukkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang oleh salah seorang pemimpin UMNO baru-baru ini adalah satu contoh nyata.
“Cadangan itu hanya menunjukkan betapa bankrupnya moral parti UMNO, sehingga menyeru pula rakyat untuk bersama-sama menzahirkan kebencian kepada pemimpin pembangkang.
“Pertandingan berganjaran sebegini sebenarnya berbau hasutan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
“Kalau parti-parti pembangkang tawarkan ganjaran seperti itu, sudah tentu penyokong pihak sana akan menimbulkan kekacauan besar,” katanya kepada Roketkini.
Jelas Syerleena, UMNO selama ini memang menjadikan DAP sebagai mangsa fitnah bagi menakut-nakutkan rakyat dengan mesej berbaur perkauman.
Bagaimanapun, jelasnya, parti itu harus sedar tiada tempat untuk menyebar kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Hapus subsidi punca inflasi meningkat - Rafizi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, kenaikan kadar inflasi yang mencecah 4.5 peratus bulan lalu disebabkan kenaikan kos pengangkutan, makanan dan perumahan yang mempunyai kaitan dengan penghapusan subsidi oleh kerajaan.
Menurutnya, ketiga-tiga kumpulan perbelanjaan itu merupakan perbelanjaan utama ditanggung rakyat kebanyakan yang berpendapatan rendah.
"Oleh yang demikian, kenaikan harga barang yang telah mencecah kadar seolah-olah ekonomi negara sedang gawat membawa kesan yang paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah.
"Apatah lagi apabila kenaikan  dalam kumpulan perbelanjaan rakyat terbanyak ini disebabkan oleh dasar kerajaan sendiri yang menghapuskan subsidi," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menegaskan bahawa inflasi tahunan yang melebihi 4.5 peratus hanya berlaku dua kali dalam tempoh hampir 20 tahun iaitu semasa krisis kewangan Asia 1998 dan krisis pasaran kredit di Amerika Syarikat pada 2008.
Berikutan kebimbangan tersebut, Rafizi berkata beliau akan berkempen untuk mengembalikan subsidi dalam bentuk yang tidak ada ketirisan dan menepati sasaran.

Wan Azizah gesa kerajaan semak gaji baiki kebajikan polis

Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Polis ke-210 hari ini, Wan Azizah berkata, pihak kerajaan perlu memastikan kebajikan anggota PDRM dan keluarga bukan sahaja dijaga tetapi turut dipertingkat.
wan-azizah
PETALING JAYA: Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan mengkaji semula gaji dan elaun anggota Pasukan Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kebajikan mereka.
Kata beliau, perkara itu perlu diberi pertimbangan mendalam memandangkan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sendiri baru-baru ini memberitahu terdapat sejumlah anggota polis bergaji rendah yang terpaksa menanggung hutang yang tinggi.
Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Polis ke-210 hari ini, Wan Azizah berkata, pihak kerajaan perlu memastikan kebajikan anggota PDRM dan keluarga bukan sahaja dijaga tetapi turut dipertingkat.
“Ini termasuklah dengan memastikan peruntukan asas seperti untuk peralatan pejabat mencukupi agar anggota PDRM tidak perlu membeli dengan gaji sendiri, serta memastikan tahap tempat tinggal bagi kesemua anggota PDRM terutama yang berpangkat rendah dapat ditambah baik.”
Baru-baru ini, FMT membawa laporan memetik Nur Jazlan sebagai berkata, tindakan drastik boleh diambil ke atas anggota polis yang tidak menguruskan hutang mereka dengan baik.
Nur Jazlan berkata, anggota polis yang gaji boleh dibawa balik di bawah 40% daripada gaji bulanan sedang dipantau dengan rapi memandangkan kajian menunjukkan mereka yang berhadapan dengan kekangan kewangan mempunyai risiko terlibat dalam rasuah.
Katanya, PDRM sedang memandang anggotanya meskipun masalah sedemikian belum mencapai tahap yang serius.

Bekas ketua hakim: Undang-undang bercanggah al-Quran, Sunnah tak sah

Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, undang-undang bertentangan Al-Quran dan Sunnah juga tidak sah.
Ahmad-Fairuz-Abdul-Halim
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua hakim negara mentafsir Perlembagaan Persekutuan dengan cara yang menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang kedua tertinggi di Malaysia.
Ini kerana kata Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, sama seperti undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan menjadi tidak sah, undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga tidak sah.
Menjelaskan tafsiran beliau, Fairuz yang merupakan ketua hakim negara dari 2003 hingga 2007, memetik penghakiman Majlis Privy berhubung 1 kes di Singapura, di mana ia berkata undang-undang yang sah mesti mematuhi peraturan asas ditetapkan English Common Law.
“Pandangan ini seolah-olah diterima pakai di Malaysia juga. Tetapi disebabkan Islam ialah agama persekutuan, sudah tentu prinsip asas undang-undang ini perlu berasaskan bukan sahaja kepada English Common Law, tetapi (juga) undang-undang syariah.
“Saya mahu menekankan aspek kehakiman dalam takrif Islam di mana al-Quran dan Sunnah adalah sumber utama undang-undang Islam.
“Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan undang-undang bertentangan Perlembagaan Persekutuan tidak sah, dari segi peruntukan bercanggah. Dengan itu, undang-undang bertentangan al-Quran dan Sunnah juga menjadi tidak sah.”
Katanya ketika memberi syarahan mengenai “Islam sebagai Undang-undang Negara” di Hotel Majestic hari ini.
Fairuz berkata, British ketika menjajah Tanah Melayu mengehadkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, beliau memberi tafsiran lebih luas melalui penghakiman ke atas kes Lina Joy.
“Perkataan ‘Islam’ dalam konteks Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bermakna tindakan berkaitan ritual dan upacara Islam.”
Perkara 3 menyatakan Islam sebagai agama persekutuan.
“Dalam kes Lina Joy, ketika saya menjadi ketua hakim, saya berkata Islam juga adalah cara hidup lengkap merangkumi semua aspek aktiviti manusia, termasuk badan kehakiman, politik, dan ekonomi antara lain,” katanya.

KATA ORANG BERGELAR DR INI, TUN M LEBIH BAHAYA, BENARKAH KATA-KATANYA?

Kononnya kata orang ini, Tun Mahathir Mohamad mempunyai kuasa veto dalam Bersatu, meskipun hanya berjawatan sebagai Pengerusi sahaja.
Kata beliau lagi, kuasa veto yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri itu juga melangkaui kuasa Presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin.
“Kalau lepas ini dia naik sekali lagi, apa yang akan berlaku saya tak tahu.
“Bukan 1MDB saja, 10MDB akan berlaku,” ujarnya yang bergelar Dr di pangkal namanya.
Logikkah dakwaan beliau itu?
Tun Mahathir sudah pun berkuasa selama 22 tahun sebelum ini, sudah berapa banyak skandal secara langsung melibatkan dirinya yang mirip 1MDB pernah berlaku?
Pernahkah selama 22 tahun berkuasa, ada berbilion-bilion ringgit wang  ditemui dalam akuan bank peribadinya?
Adakah isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali bermewah bagai nak gila, naik jet merata dan enjoy membeli-belah keliling dunia?
Adakah juga anak-anak beliau, tanpa sebarang perniagaan yang diusahakan, tiba-tiba diketahui memiliki hartanah mewah ratusan juta di London dan Amerika?
Itu baru 7 tahun berkuasa?
Bayangkan jika dapat berkuasa dengan lebih lama atau sehingga 22 tahun tempohnya?
Jadi, antara Najib dan Tun Mahathir, siapa yang lebih bahaya kepada kita rakyat jelata yang subsidi turut ditarik satu demi satu serta dibebankan pula dengan GST, di sebalik ikan kembong pun sudah lebih RM20 sekilo harganya?
Rasanya kalau fikir guna kepala lutut pun mudah untuk kita dapat jawapannya?

Hadi: Sertai BN pikul biawak hidup, Pakatan biawaknya lebih besar

Presiden PAS itu turut menyatakan yang partinya juga tidak keliru dalam menentukan sikapnya.
hadi
PETALING JAYA: Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai hala tuju PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, pihaknya tidak akan bersama Pakatan Harapan mahupun menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi gambaran ia akan mengambil pendekatan sendiri menghadapi pilihan raya umum.
Hadi memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “bahkan menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.”
Pendirian Hadi ini dikeluarkan sebagai menjawab pertanyaan ramai pihak mengenai sikap PAS sama ada akan memilih bersama BN atau Pakatan Harapan dalam menghadapi pilihan raya umum kali ini, khususnya menjelang muktamar parti bulan depan.
Dalam 2 pilihan raya umum lalu ia berganding dengan PKR dan DAP.
Najib, pengerusi BN dan presiden Umno ketika berada di Kelantan awal bulan ini melahirkan harapan agar kerjasama bersama PAS akan berkekalan.
Dua anggota Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS mengambil pendirian dan pandangan berbeza dalam soal menjalin kerjasama politik.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia diterima sebagai anggota keempat Pakatan Harapan awal minggu ini, sekali gus PAS dilihat telah memutuskan hubungan dengan parti itu.
Hari ini Hadi menjelaskan, PAS tidak bersama Pakatan Harapan, yang kini dianggotai 4 parti, kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya.
“Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oppurtunis.”

DIALOG SINAR BOLEH JADI BAHAS NOWHERE2HIDE


PENGANJUR kata dialog. Umum kata debat. Tun Dr Mahathir kata bahas. Mohamed Nazri Abdul Aziz kata Malaysia bukan “police state”.
Penganjur yang berani, gigih dan bebas adalah akhbar Sinar Harian.
Asalnya bahas itu dicadangkan hari ini, 25 Mac, di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Dr Mahathir setuju. Nazri setuju.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed Rahmat pun kata, Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi setuju.
Tapi nampaknya yang lebih berkuasa adalah OCPD Kuala Kangsar. Nama dia Ahmad Termizi Abdul Haq. Dia kata tak boleh.
Daripada kenyataan dia, kita bolehlah simpulkan yang polis tak yakin mereka mampu jamin keselamatan, keamanan, perlindungan hak dan kebebasan awam kalau bahas itu diadakan.
Saya rasa saya tak cukup cerdik nak faham maksud tersirat Tuan OCPD itu. Maklumlah ini bukan kes curi ayam, mengintai anak dara mandi atau curi pakaian dalam wanita.
Nazri tak puas hati. Dia kata Malaysia bukan “police state” – negeri di mana polis berkuasa.
Itu dia kata. Melainkan dia dungu atau kena sihir mandram, dia tentu perasan yang bos dia, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sangat bergantung kepada polis.
Maka ulat-ulat pun merangkaklah keluar dari lubang-lubang kayu reput untuk menyokong bos MO1 mereka.
Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani kata Nazri tidak wakili kerajaan. Dia kata isu 1MDB dah dibincang dalam Parlimen.
Bincang macam mana kalau laporan Ketua Juruaudit Negara (Tan Sri Amrin Buang) diOSAkan?
Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa, pula kata Nazri bukan wakil Umno.
Jadi Nazri ni wakil siapa?

Umno sindir Pakatan fokus Felda tapi tak pandang Perlis

Razali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno turut menegaskan, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kawasan Felda.
Datuk-Razali-Ibrahim
JERANTUT: Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendakwa keprihatinan yang ditunjukkan Pakatan Harapan terhadap masalah warga Felda kebelakangan ini hanya satu agenda politik bagi merealisasikan hasrat memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.
Sebaliknya tegas pemimpin Umno itu, pihak pembangkang tidak berminat membela rakyat di kawasan-kawasan lain, khususnya Perlis kerana mereka tahu ia tidak menguntungkan pihaknya.
Kata Razali, pembangkang sedar kawasan Felda merupakan antara penyumbang kerusi parlimen terbanyak Barisan Nasional (BN).
“Kenapa tidak ke Perlis? Sebab mereka tahu Perlis kecil, kerana itu Felda jadi kawasan tumpuan strategi politik mereka,” kata beliau dipetik Bernama. Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Kelompok Umno Cawangan Bahagian Jerantut, di sini hari ini.
Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan menganjurkan Konvensyen Warga Felda di Shah Alam, antara lain dengan agenda mahu membela nasib para peneroka.
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang antara lain berucap pada konvensyen itu berkata, warga peneroka Felda harus mengetepikan kepentingan diri sendiri, sebaliknya perlu berani melakukan perubahan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk membantu orang Melayu dan negara.
Anggota Dewan Rakyat penggal pertama dari DAP ini berkata, sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan peneroka Felda penyebab Umno masih mempunyai pengaruh kuat ke atas mereka.
Razali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno turut menegaskan, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kawasan Felda.

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

Mungkin selepas mentadbir beberapa negeri dan menduduki kerusi-kerusi penting dalam kerajaan negeri, PAS berpendapat mereka sudah kuat dan tidak memerlukan lagi parti komponen untuk bekerjasama.
Hakikatnya PAS lupa bahawa kejayaan yang dikecapi hari ini tidak akan menjadi realiti tanpa kerjasama dengan parti komponen PKR dan DAP dalam dua pilihan raya yang lalu.
Jika dianalisis, PAS tidak kuat jika bergerak secara solo. PAS hanya berjaya mendapat tempat oleh kerana sokongan dari pengundi atas pagar dan pengundi yang bukan ahli PAS terutamanya di kawasan pantai barat seperti Selangor.
Ternyata senario pengundi bukan Melayu yang mengundi PAS sebelum ini tidak akan berulang sekali lagi jika dinilai posisi yang diambil oleh PAS dalam konteks politik Malaysia sejak kebelakangan ini dan mungkin akan menjadi antara faktor kepada kekalahan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
PAS dilihat sebagai rakan mesra kepada Umno sejak akhir-akhir ini. Tatkala keyakinan rakyat terhadap Umno semakin merosot dari hari ke hari, PAS memilih untuk 'bermesra' dengan Umno.
Amat mengejutkan apabila baru-baru ini ada seorang pemimpin PAS pusat mempertahankan dan menyatakan simpati kepada YAB Datuk Seri Najib Razak seolah-olah pemimpin tersebut bercakap dalam kapasiti Ketua Pemuda Umno Malaysia. Melucukan.
Dalam pilihan raya lalu, rakyat mengundi PAS kerana mereka menolak Umno dan bukan kerana kekuatan PAS. Oleh kerana rakyat benci kepada Umno lalu kebencian itu dizahirkan dalam bentuk undi.
Saya tidak pasti jika agenda dan dasar ekonomi PAS merupakan faktor utama masyarakat dalam pilihan raya lalu mengundi PAS?
Kemesraan dengan Umno bukan lagi gimik. Ia telah menjadi realiti. Malah secara terang-terangan tanpa sembunyi lagi.
Sungguh jelas sehingga sukar untuk kita bezakan yang mana satu Umno dan yang mana satu PAS, pada hari ini kerana rupa dah sama, nada juga sama, matlamat dan cita-cita juga sama.
Persoalannya apakah ahli akar umbi PAS boleh menerima kemesraan ini?
'Penasihat' kerajaan
Lihat sahaja mesej yang dihantar oleh akar umbi PAS di Pengkalan Chepa. Mungkin majoriti akar umbi tidak senang dengan pemimpin PAS yang dilihat seakan-akan 'mesra' Umno? Kita tidak akan tahu kerana pertandingan tersebut hanya 'suka-suka'.
Tatkala negara berhadapan dengan isu ekonomi, skandal rasuah, tuduhan demi tuduhan yang tidak terjawab serta siasatan negara luar berkenaan skandal kewangan negara, PAS lebih berminat dengan isu baiah dan kecam mengecam rakan-rakan pembangkang lain.
Malah yang lebih mengejutkan kita adalah apabila PAS berminat untuk memainkan peranan sebagai 'penasihat' kepada kerajaan, bukan penentang dan pencabar?
Oh, ini merupakan sikap terpuji. PAS hari ini sangat bersangka baik dan suka menasihati. Sudah tentu ia merupakan satu budaya yang sihat sebagai sebuah parti politik yang serius memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia, bukan?
Banyak profesional yang telah meninggalkan PAS. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana anda tidak perlu menjadi profesional untuk bersama PAS.
Anda cuma perlu kemaskini status di Facebook dan pergi ke parlimen bagi menyemak jadual parlimen untuk mengetahui bila RUU355 akan disenaraikan dan dibentangkan serta tempoh masa ia akan ditangguhkan pada persidangan parlimen seterusnya dan seterusnya.
PAS kini kembali kepada parti PAS yang asal, gah memerintah Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga menjadi negeri 'termaju' dalam Malaysia. Agak terkejut juga apabila timbul ura-ura bahawa PAS mahu menawan Selangor.
Lupa kedudukan di Selangor
Adakah PAS lupa di mana kedudukan PAS di Selangor sebelum wujudnya Pakatan Rakyat? PAS sentiasa bermegah dengan kuasa jentera mereka yang ramai dan mendakwa bahawa selama ini PKR dan DAP hanya bergantung kepada kekuatan jentera PAS dalam berkempen. Mungkin PAS lupa ini sudah tahun 2017, bukan 1977 lagi.
Jumlah jentera kempen memainkan peranan yang kecil pada hari ini terutama di kawasan bandar.
Tatkala kita boleh mengikuti ceramah melalui 'live feed' daripada Facebook sahaja dengan duduk sofa sambil makan kuaci, dengan kuasa maklumat di hujung jari kerana internet tanpa batasan, adakah PAS masih berpendapat kekuatan jentera untuk memasang  poster dan bendera adalah relevan untuk memenangi pilihan raya?

Sertai BN umpama pikul biawak hidup, kata Hadi

Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumpamakan tindakan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai memikul biawak hidup kerana parti itu sedang dibebani dengan pelbagai masalah dan penyakit.
Beliau berkata, walaupun sebahagian daripada pemimpin BN yang bermasalah telah menyertai Pakatan Harapan (PH), namun ada 'biawak yang lebih besar' dalam gabungan itu dan penyakitnya lebih parah.
"Pas tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dan terkini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat Pas.
"Menyertai BN laksana memikul biawak hidup. Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telah keluar dan menyertai PH. Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menegaskan, parti Islam itu tidak bersama dengan PH kerana ada parti dan pemimpin dalam gabungan itu secara berterusan menentang Islam secara terbuka dan bersikap oportunis.
"Pas tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oportunis.," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Justeru katanya, Pas memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk mengikut objektif Ta’aawun.
Beliau menjelaskan, dalam semua tahaluf (kerjasama) dengan parti lain sejak sebelum meredeka, Pas teguh dengan dasar dan matlamatnya serta pemimpin dan ahlinya diwajibkan beristiqmah dengan dasar matlamat dan wala' (taat) kepada keputusan pemimpinnya.
"Perkataan wala' dan tahaluf tidak ada dalam istilah parti yang tidak berasaskan Islam. Mereka yang tidak faqih dalam istilah ini tidak boleh bersama Pas. Sama ada keluar melarikan diri atau dipecat," katanya.

Keluarga Allahyarham Nik Aziz buat laporan polis terhadap Amanah kerana menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nik Abduh Nik AzizNik Abduh Nik Aziz
Anggota keluarga bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat laporan polis terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung penganjuran satu seminar oleh parti itu yang menggunakan nama Nik Abdul Aziz.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh menganggap penganjuran seminar oleh Amanah adalah penghinaan terhadap Allahyarham bapanya itu yang selama ini istiqamah dengan perjuangan PAS.
"Amanah nak anjur seminar guna nama tok guru (Allahyarham Nik Abdul Aziz) dan mereka sebelum ini sentiasa sebut Allahyarham pun akan sokong Amanah (jika masih hidup).
"Saya anggap ini satu penghinaan kepada Allahyarham kerana kita sedia maklum Allahyarham sentiasa istiqamah dengan perjuangan PAS ketika beliau masih hidup," katanya pada sidang akhbar di rumah Allahyarham di Pulau Melaka, hari ini.
Hadir sama, adik Allahyarham, Nik Din dan Nik Mohd Nasim dan anak Allahyarham, Nik Adli.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa kira-kira 10.30 pagi tadi.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas berkata anggota keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Amanah jika parti itu terus menggunakan nama Allahyarham semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Amanah, menerusi laman sesawang mereka di http://amanahdaily.com pada 20 Mac lepas dilapor akan menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9 April depan yang akan berlangsung di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.

IGP jawab dakwaan Nazri isu negara polis

Takiyuddin cabar Husam buktikan Nik Aziz jika masih hidup masuk AMANAH

FELDA LUBUK MERBAU:Mazlan Aliman - Najib Razak,Isa Samad Semakin Kaya,Peneroka Hidup Melarat

Malaysia masih guna undang-undang lapuk

Zaid 'juara lompat', Mahathir pernah tentang hudud - PAS

FELDA LUBUK MERBAU:Tun Mahathir - Najib Razak Curi Duit Bagi Kat Rakyat

FELDA LUBUK MERBAU:Mukhriz Tun Mahathir -Tahap Cium Mulut Najib Razak & Ahmad Bashah

FELDA LUBUK MERBAU:Mat Sabu - Malu Kat Orang Najib Razak Masih Jadi PM

Bola sepak hak milik rakyat - TMJ

Amanat TMJ - Presiden baharu FAM

Gelang Patah pilihan pertama PRU14, kata Kit Siang

Zionis Hosni Mubarak akhirnya dibebaskan oleh Regim As Sisi

PAS nak bersendiri hanyalah ‘lawak petang’, kata aktivis veteran

Gelombang ke-3 yang didakwa mahu ditubuhkan PAS pada PRU depan sebenarnya tidak wujud, kata Hishamuddin Rais.
Hishamuddin-Rais_pas_600
KUALA LUMPUR: Seorang aktivis veteran menganggap keyakinan PAS untuk berjuang bersendirian tanpa kerjasama dengan parti pembangkang lain adalah sesuatu yang tidak bertempat di sebalik realiti politik Malaysia.
“Keadaan di Malaysia tidak membenarkan untuk bersendiri, kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk. Jika PAS kata hendak bersendiri, ia hanyalah lawak petang,” kata Hishamuddin Rais kepada FMT, di sebalik pelbagai desakan supaya PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Hubungan PAS dengan PKR satu-satunya kerjasama politik yang masih berterusan selepas melibatkan parti Islam itu, selepas Pakatan Rakyat terkubur susulan permusuhan PAS-DAP.
PAS bakal bersidang bulan depan, dalam muktamar yang bakal menentukan hala tuju politik PAS yang masih samar menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan pada 2018.
Muktamar kali ini merupakan kali PAS berhimpun 2 tahun selepas tokoh “progresif” disingkirkan golongan “konservatif” di bawah pimpinan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam pemilihan pucuk pimpinan.
Umno atau…
Menurut Hishamuddin, muktamar PAS yang akan datang kini berdepan satu lagi gelombang perubahan – sama ada mahu memilih Umno sebagai rakan baharu.
Katanya, walaupun PAS kini hampir kesemuanya diterajui kelompok “konservatif” pro-Hadi dan pemimpin Dewan Ulama lain, garis perbezaan masih wujud.
Ini, kata Hishamuddin, dapat dilihat apabila anak bekas mursyidul am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, tewas terus dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Nik Abduh hanya meraih 37 undi melawan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin yang menerima 209 undi bagi mempertahankan jawatan timbalan yang dipertua PAS kawasan itu.
Nik Abduh, yang juga ketua Pemuda PAS, merupakan antara suara utama dalam parti itu yang mengkritik kerjasama dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang kini ranap dan digantikan oleh Pakatan Harapan yang tidak disertai PAS.
Sumber dalaman parti memberitahu FMT, kekalahan Nik Abduh, tokoh yang berpengaruh dan rapat dengan pemimpin tertinggi parti, adalah bukti suara akar umbi PAS menolak pemimpin yang dilihat mesra Umno.
“Kalau kita lihat, garis politik yang wujud dalam PAS sekarang ialah sama ada mahu bersubahat dengan Umno atau berterusan menjalankan dasar ‘amar makruf nahi mungkar’,” kata Hishamuddin kepada FMT.
Muktamar kali ini akan diikuti rapat untuk melihat sama ada perwakilan PAS kali ini mahu bersama Pakatan Harapan (PH), meneruskan hubungan dengan PKR, atau berjuang bersendirian pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Hadi mahu bersama pembangkang atau PM


ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa segera menyatakan keputusan sama ada mahu selamatkan Malaysia dengan menyertai pakatan pembangkang, atau mahu selamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, fokus utama Pakatan Harapan bersama Bersatu adalah untuk menyelamatkan negara daripada pentadbiran kleptokrasi.
“Biarlah Abdul Hadi jawab soalan itu, dan buat keputusan mana satu nak pilih,” katanya selepas program ‘Sembang Santai bersama Lim Kit Siang’, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya peluang Pakatan Harapan untuk berunding dengan Pas, selepas Bersatu sertai pakatan itu.
Kit Siang berkata, secara dasarnya Pakatan Harapan sudah menerima Bersatu untuk bersama dalam pakatan pembangkang sebagai satu gabungan parti-parti pembangkang.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau adalah Ketua Pembangkang (defecto leader) bagi Pakatan Harapan, Kit Siang menafikan, selain bertegas pakatan itu membuat keputusan penting secara konsensus.
“Terdapat kenyataan bercanggah, di mana sebahagian kata saya akan dominasi Pakatan Harapan, satu lagi tuduhan adalah Tun Mahathir yang dominasi. Kami amalkan prinsip konsensus di mana keputusan dibuat selepas mendapat persetujuan empat parti,” katanya.
Kit Siang berkata, pakatan ini tidak sama dengan BN yang kawal parti komponennya mengikut telunjuk.

Pindaan Akta 164, mencabar aqidah Islam: Nasrudin

Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.
Nasrudin Hasan Tantawi "Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Nasrudin berkata demikian bagi mengulas mengenai proses Pindaan RUU ini yang akan mengambil tempat dalam perbahasan di Parlimen.
Terdahulu, pindaan ini akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti.
"Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi," katanya.
Tegasnya isu pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama bagi Persekutuan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi dibawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
"Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat," katanya.

Politik kita politik primitif

Dalam dunia yang maha canggih ini, kita tidak lagi perlu bersetuju dengan semua hal yang dikhutbahkan ke kita.
mahathir-politic
Oleh Rien Sd
Masyarakat hari ini, sepatutnya tidak lagi menjadi pengamal politik primitif; politik yang memihak hanya kepada satu blok dan set pemikiran yang sentrik. Dalam dunia yang maha canggih ini, kita tidak lagi perlu bersetuju dengan semua hal yang dikhutbahkan ke kita.
Kita bukan lagi masyarakat persis budak hingusan yang perlu dibentak-bentak. Dalam hal politik, kita perlu akses lebih laju daripada para pengamalnya.
Namun, mengapa dalam galaknya cakap-cakap perihal politik hari ini, masih ada segelintir masyarakat yang tidak berminat langsung tentang politik, bahkan melihat politik sebagai satu subjek yang terpisah daripada urusan sosial dan kehidupan?
Masyarakat apolitikal
Elit-elit politik, para intelektual awam, aktivis sosial dan masyarakat politikal kita seakan-akan sudah bertungkus lumus membawa teks politik ke masyarakat awam. Bahkan sudah melaksanakan praktik-praktik politik yang mereka gelar sebagai merakyat. Apa lagi yang mereka belum lakukan?
Saya tidak pasti, sama ada kekaburan ini turut dialami oleh para pemikir di luar sana atau konflik ini hanya bersifat peribadi hasil renungan yang bersifat rambang. Sama ada terlupa, buat-buat lupa, ataupun memang sengaja diendahkan, kita tidak memikir semula definisi politik yang difahami oleh kebanyakan masyarakat apolitikal; masyarakat yang seboleh-bolehnya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan urusan politik.
Kita tidak menyelidik obses kelompok ini kepada politik, kerana mungkin bagi para politikus, mereka sudah ada ahli yang setia. Satu dua undi tercicir akibat sekelompok kecil masyarakat apolitikal, tidak menggugat langsung. Kekaburan ini, sepatutnya menjadi subjek utama kita untuk mengangkat politik yang autentik.
Masyarakat apolitikal ini, selalunya mewajahkan politik sebagai perkara yang “waste my time” ataupun satu pertandingan yang jijik kerana mereka melihat, gelanggang politik adalah gelanggang yang memisahkan dua rakan karib yang dulunya kawan, hari ini lawan.
Politik sebagai satu subjek yang memenatkan dan membuang masa. Hari ini, pangkah parti A untuk menggantikan parti B yang korup. Esok lusa, parti A juga korup dan mengamal politik sundal dan sabung fitnah.
Politik kepartian
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, ketumbukan parti-parti politik adalah resam kepada pilihanraya yang merupakan lunas-lunas demokrasi. Sistem demokrasi pula adalah jalan yang dipakai untuk mencapai maqasid akhir kepada politik iaitu keadilan dan maslahat rakyat.
Tujuan-tujuan akhir ini, kemudiannya membibitkan idea-idea seperti social reform (perubahan sosial), freedom (kebebasan) dan lain-lain.
Di Malaysia, kita ada banyak parti politik. Sama ada parti pemerintah ataupun parti pembangkang yang sengaja diwujudkan sebagai pengimbang kepada isu-isu rakyat yang sejajar dengan falsafah politik; mengimbangi autonomi individu dan aspirasi masyarakat. Parti-parti inilah yang menjadi alat-alat teknikal kepada aktiviti politik di negara ini.
Jika kita bercakap tentang tujuan politik; keadilan dan maslahat rakyat yang mana menuntut kepada perubahan sosial, maka kita wajar bertanya, adakah dengan mengikut serta dalam politik kepartian, satu-satunya jalan untuk mencapai agenda politik?
Adakah semua tatanan masyarakat kita masing-masing perlu menjadi ahli kepada satu parti politik untuk menjayakan falsafah politik tadi?
Budaya politik kepartian di Malaysia, semakin hari semakin surut dan menjengkelkan. Adat pertandingan, untuk menang kita bukan sahaja perlu menjadi defensif tapi juga perlu menjadi ofensif. Kelakuan busuk ini, tidak boleh disorokkan dalam kalangan parti-parti politik.
Tidak kiralah sama ada parti pemerintah ataupun pembangkang. Mereka akan sehabis daya mengungkit dan menasionalkan aib-aib yang ada dalam celana parti lawan untuk memenangi hati rakyat.
Mereka akan berbalas-balas ludah, kerana pengadil padang berpesan; barangsiapa berdiam, akan dikira kalah. Politik lucah, politik sentimen dan politik perkauman adalah resipi asli parti-parti politik.
Masalah ini sudah mula kenampakan, penganalisis politik kita sudah mula bercakap hal ini. Isunya, jika kita mengatakan politik kepartian sudah tidak boleh diharap lagi, kita cuba mengalihkan politik apa kepada masyarakat? Lebih-lebih lagi, kelompok apolitikal yang termakan sihir politikus-politikus di Malaysia. Mereka perlu mengamal politik apa?
Politik ideologi
Kita mengakui, bahawa ketumbukan parti-parti politik di Malaysia salah satunya juga adalah kerana ideologi anutan mereka yang bersifat jama’. Ideologi adalah sejenis set fikir yang selalunya digunakan sebagai alat berbentuk teoritikal dan praktikal untuk mencapai perubahan sosial dan keadilan sosial sama ada dalam sistem masyarakat mahupun struktur sosial.
Kehadiran ideologi-ideologi ini memeriahkan lagi pasar demokrasi, dan sebagai pengamal demokrasi yang percaya kepada kebebasan memilih, maka kita berhak untuk memilih ideologi anutan yang dipercayai dapat menghasilkan sebuah kehidupan yang sejahtera (human well-being).

SANDIWARA SEORANG PONDAN

Hasil tulisan dan pendapat pembaca bernama Megat Mansor:

Walau saya bukan peminat (Datuk Seri) Nazri Aziz, saya rasa agak keterlaluan bila (Tan Sri) Zainudin Maidin menggelarnya Pondan Padang Rengas baru-baru ini. Ya saya setuju beliau dayus bila enggan bertanding Pilihanraya di Langkawi menentang (Tun) Dr Mahathir. Tapi panggilan pondan tidaklah sesuai dengan tampang dan ‘swagger’ seorang Nazri Aziz.
Jika diamati gaya dan pembawakannya, Nazri kelihatan jantan sejati. Tutur katanya keras, dan berkahwin dengan perempuan lagi muda dari anaknya sendiri menunjukkan nafsunya terhadap perempuan juga tak terbatas. Fesyen pakaiannya juga sering menjadi perhatian. Kadang-kadang tampak begitu ‘sharp’ persis ejen 007. Kadang-kadang beliau membawa gaya yang mirip koboi Texas. Ada yang kata ini lebih sesuai dengan karekter orang gasar atau red-neck sepertinya. Di leher Nazri pula tergantung seutas rantai platinum. Kalau diikut fatwa pak lebai, pakai rantai itu haram untuk lelaki. Tapi Nazri bangga menayangkan rantai lehernya, kadang-kadang butang atas dibuka biar semua orang tahu Nazri ini ‘player’.
Tak mengapalah mungkin sudah latarbelakangnya begitu. Dia anak bekas duta di London, sekolah juga di sana. Maka tak hairanlah kalau beliau lebih senang membawa peribadi seorang ‘anglophile’ dari pura-pura warak seperti kebanyakan pemimpin munafik UMNO.
Tapi isu debat Nazri Aziz dan Dr Mahathir buat saya mual. Loya dengan sikap pengecut Nazri, jijik dengan politik longkang dan sandiwara kelas tiga UMNO. Akhirnya seperti dijangka ramai, debat tak jadi. Come on la PDRM takkan tak ada alasan dibatalkan debat yang lebih baik dari “faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai”. Tapi inilah kamus pentadbiran Najib Razak. Kalau sesiapa menyiasat salah lakunya ia kata “menggugat demokrasi berparlimen”. Kalau buat laporan polis pula boleh ditangkap kerana “mensabotaj ekonomi negara” sama juga kalau CEO mempertahankan hak PETRONAS juga dilabel dalang sabotaj. Ada laporan Ketua Audit Negara yang lazimnya dibahas secara terbuka juga dikunci di bawah Akta Rahsia Rasmi. Apa kes bro? We know the skeleton in your closet.
Berbalik pada Nazri. Gara-gara dendamnya terhadap Dr Mahathir yang pernah mengarahkan beliau disiasat kes rasuah teksi beberapa tahun dulu, macam-macam perkara biadap telah beliau lakukan pada Tun. Tak kisahlah, kerana Nazri memang kuat menyalak mempertahankan siapa saja yang menjadi bossnya. Kira beliau ini Hang Tuah bagi Y.A.M Sultan Najib Razak, cuma kalau dalam Sejarah Melayu peribadi Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang lemah-lembut dan berilmu, berbeza ‘banget’ dengan sifat samseng kampung Nazri.
Apabila tak jadi debat 25 Mac, saya sebagai pengundi UMNO turun-temurun di Padang Rengas sudah jatuh malas nak pangkah parti bersejarah ini. Sejarah perjuangannya tinggal sejarah berhabuk dalam buku. Tidak ada lagi nilai ‘keramat’ dalam parti ini. Tanpa keberanian untuk berkata benar apalah tinggal dalam UMNO?
Kami penduduk sini berpuluh tahun menyokong Nazri, walaupun hidup kami di sini bak kata penyanyi dangdut ‘sedang-sedang aja’, tak macam orang lain di Perak. Saya bukan berseorangan. Sembang-sembang kedai kopi selalu saya dengar ramai berikrar untuk menolak Nazri, dan menghumban UMNO ke dalam gaung.

Speaker terburu-buru ‘kurung’ wartawan Parlimen

Berbaki dua minggu persidangan Dewan Rakyat, usaha memberi ruang membuat liputan kepada pengamal media yang secukupnya perlu disegerakan.
pandikar_repoter_600
Oleh Mohammad Fakhrurrazi Rashid
Di kala Dewan Rakyat siap dibangunkan semula, nilai pembangunan tersebut gagal mencerminkan satu perubahan struktur dan falsafah Parlimen itu sendiri. Tindakan menghalang petugas media ini sebenarnya refleksi pemikiran pemerintah yang tidak menghargai prinsip demokrasi. Malah, ini jelas menunjukkan Parlimen Malaysia masih mundur dan berada di tampuk yang lama.
Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghalang wartawan bertugas di ruang legar Dewan Rakyat memberikan persepsi kurang sihat ke atas sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Media ‘dikurung’ oleh Dewan Rakyat meskipun berada di sebuah institusi yang menjadi simbol kebebasan bersuara dan kemerdekaan.
Perkara ini bukti keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak demokratik dan memberi persepsi negatif untuk pembangunan demokrasi di Malaysia.
Keputusan Speaker tidak demokratik
Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat menggunakan Peraturan Mesyuarat 94 yang membolehkan beliau membuat keputusan atas kapisiti Yang Dipertua Dewan Rakyat memaparkan sikap terburu-buru Parlimen dalam menyelesaikan sesuatu isu tanpa mengikut lunas demokratik.
Tindakan ini diambil selepas beliau menerima aduan daripada wakil rakyat, namun beliau tidak mendedahkan wakil rakyat mana yang membuat aduan tersebut. Malah, Dewan Rakyat juga tidak dimaklumkan berapakah jumlah wakil rakyat yang membuat aduan tersebut. Jika hanya seorang wakil rakyat yang mengadu kepada Speaker, maka tidak munasabah untuk menghalang wartawan di ruang legar Parlimen.
Pandikar harus belajar daripada keputusan Timbalan Yang Dipertua Parlimen Afrika Selatan, Lechesa Tsenoli yang membuat perbincangan bersama media ketika memperkenalkan ‘ruang media’ baharu di Parlimen mereka awal tahun ini. Tindakan Timbalan Speaker ini membuka ruang perbincangan yang sihat dalam meastikan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat bersama. Bukan hanya bersifat kendiri dan menyelesaikan masalah dengan cara yang mudah.
Bantahan wakil media dan ahli-ahli Parlimen pembangkang bukanlah satu perkara yang jangal dan melangkaui batas perunduangan. Ahli Parlimen pembangkang di Poland juga membantah keputusan Speaker Parlimen Poland yang mengawal dan mengehadkan aktiviti media dalam memberi liputan tentang perjalanan Parlimen.
Justeru, tindakan membantah keputusan ini harus dipandang dari sudut memperkukuhkan kebebasan maklumat untuk orang awam dan memudahkan wartawan bertugas dengan lebih efektif. Bukan sekadar hanya mahu menjaga ‘keselamatan’ beberapa kerat wakil rakyat dan Menteri yang berselindung ketika berhadapan dengan soalan wartawan.
Di mana Pengurusan Media di Parlimen?
Pengurusan media di Parlimen begitu penting dan setiap Parlimen di dunia seperti Kanada dan Australia turut merangka peraturan dan hak para media apabila berada di Parlimen. Perancangan ini membantu wartawan dalam mengetahui limitasi dan hak mereka sewaktu bertugas di Parlimen.
Di Parlimen Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab menguruskan perjalanan wartawan dan media semasa Dewan Rakyat dan Dewan Negara berlangsung. Hakikatnya, jabatan ini tidak memainkan peranan aktif dalam memastikan jaminan kemudahan dan kebebasan wartawan membuat laporan sidang Parlimen.

Presiden MCA: Kabinet tidak bincang isu RUU 355

Tiong Lai berkata MCA sudah pun mengadakan perbincangan dengan masyarakat Cina dan telah mengemukakan pendirian pihaknya kepada perdana menteri.
liow-tiong-lai_law_new_60012
PETALING JAYA: Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam tidak membincangkan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Menteri pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik The Star sebagai berkata: “Tidak ada perkembangan baharu berkaitan Rang Undang-undang 355. Ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat hari ini (semalam).”
Pada asalnya, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disebut-sebut akan membentangkan rang undang-undang persendirian itu tetapi baru-baru ini kerajaan berkata ia akan membawa perkara tersebut ke Parlimen.
Minggu lalu, timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan, bukan Hadi yang akan membentangkan RUU 355 di Parlimen.
Ahad lalu, Hadi berkata, PAS menganggap hasrat Barisan Nasional (BN) untuk membentangkan sendiri RUU 355 di Parlimen sebagai keputusan tidak muktamad.
Kata Hadi, PAS memilih untuk melihat terlebih dahulu isi kandungan RUU355 dan berharap agar ia tidak menjejaskan kepentingan semua pihak.
RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
Tiong Lai yang juga presiden MCA berkata: “MCA sudah pun mengadakan perbincangan dengan masyarakat Cina dan kami telah mengemukakan pendirian kami kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai isu ini.”
“Kami menentang RUU 355 yang dicadangkan oleh Hadi kerana ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.”

Berhenti libatkan polis dalam politik kepartian - Wanita Amanah

Hari Polis ke 210Hari Polis ke 210
Saya mengucapkan Selamat Hari Polis ke-210 yang disambut saban tahun sebagai usaha untuk mengenang jasa dan pengorbanan anggota penguatkuasa itu yang banyak berkhidmat untuk memelihara keamanan dan keselamatan rakyat dan negara.
Ulang tahun yang menjangkau lebih dua abad ini juga menunjukkan betapa mendalam dan eratnya hubungan antara polis, rakyat dan negara sehingga terungkap kata-kata "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".
Walau bagaimanapun, jasa dan pengorbanan yang sebegini hebat nampaknya tidaklah mendapat balasan yang setimpal oleh Kerajaan Umno-BN apabila masih terdapat pelbagai keresahan lama yang belum selesai ditangani sehingga sekarang.
Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini saya anggap cukup menghiris hati apabila beliau mengugut untuk mengambil tindakan drastik termasuklah membuang anggota polis daripada perkhidmatan sekiranya didapati terlibat membuat pinjaman di luar kemampuan.
Realiti polis yang berhadapan masalah kewangan yang meruncing nampaknya tidak mendapat perhatian yang baik oleh Kerajaan Umno-BN. Bagi Kerajaan, pinjaman yang dibuat oleh anggota polis adalah satu budaya 'tidak mengukur baju di badan sendiri'.
Polis seperti ditohmah kononnya berbelanja mewah semata-mata untuk memuaskan kehendak keluarga sahaja.
Pada pandangan saya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepatutnya membuat kaji selidik yang menyeluruh untuk menyiasat faktor menularnya bidaya berhutang dalam kalangan anggota tersebut.
Sebenarnya, polis tetap menjalani kehidupan seperti rakyat yang lain. Pendapatan yang diperoleh juga tidaklah begitu tinggi untuk mereka membina kehidupan yang selesa bersama keluarga.
Peningkatan kos sara hidup tidak mengecualikan mereka daripada turut menanggung azab sengsaranya. Keperluan keluarga dan persekolahan anak juga perlu dilunaskan.
Dalam keadaan ini, masih belum cukupkah untuk kerajaan memahami mengapa bilangan anggota polis yang berhutang meningkat lebih tinggi?
Malah bukan sesuatu yang aneh lagi apabila muncul kes-kes jenayah lain yang turut melibatkan anggota polis terutamanya jenayah rasuah. Laporan-laporan seperti inilah yang akhirnya

PKR Selangor salahkan Hadi, Nik Abduh dan Zuhdi

PAS PKR SelangorPAS PKR Selangor
Majlis Pimpinan PKR Selangor mendakwa pimpinan tertinggi Pas yang mencetuskan krisis antara kedua-dua parti itu.
Setiausahanya Borhan Aman Shah berkata, disebabkan provokasi dan isu-isu yang ditimbulkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan ahli jawatankuasa Dr Zuhdi Marzuki, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali memberikan respons.
"Disebabkan provokasi dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para Pimpinan Paslah maka Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor telah memberikan respon segera dan agak kritis bagi menyangkal serangan dan tohmahan yang dibangkitkan oleh pimpinan Pas ini sehingga menimbulkan ketegangan dan situasi kurang sihat antara kedua belah pihak," katanya dalam kenyataan.
Borhan juga berkata, terserah kepada Pas sama ada ingin bersama Pakatan Harapan atau tidak tetapi hubungan baik dengan PKR di Selangor harus dipelihara demi menjaga kepentingan parti dan juga mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong parti masing-masing.
krisis ini diberhentikan dengan segera. Soal PAS khususnya Selangor ingin meneruskan gabungan di dalam Pakatan Harapan didalam PRU 14 yang akan datang adalah soal ke 2, apa yang penting adalah keharmonian dan silaturrahim harus dijaga dan dipupuk demi menjaga kepentingan Parti dan juga mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong parti masing-masing.
"Pendirian kami adalah tegas dan jelas bahawa hubungan baik antara Pas dan PKR khususnya di Selangor ini harus dijaga dan dikekalkan sepertimana sebelum ini," katanya.
Justeru beliau menggesa perang mulut antara Pas dan parti itu dihentikan segera kerana musuh sebenar merekada adalan Umno-BN.
"Musuh sebenar politik PKR ialah Umno-BN dan bukan Pas itu sendiri. Mentelahan pula Pas di Selangor masih lagi secara rasmi dalam ‘ikatan persefahaman' khususnya antara pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang mana Adun-adun ahli-ahli Majlis, serta Ketua Kampung Pas masih kekal di dalam kerajaan Negeri Selangor ini.
"Kita tidak mahu disebabkan retorik politik dan perbezaan perbezaan idealogi antara kedua pihak akan menjejaskan juga pentadbiran kerajaan negeri dan akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak dan kepentingan rakyat akan terjejas.
"Akhirnya hentikanlah tohmahan dan tuduhan melulu dari pihak Pas khususnya serangan secara peribadi ke atas Datuk Seri Azmin Ali yang mana kami mendapati kebanyakan tuduhan yang dilemparkan serta isu-isu yang dibangkitkan adalah tidak berasas langsung dan hanya tohmahan palsu semata-mata," katanya.

BNBBC Johor beri amaran orang luar jangan campur tangan

Samsol Bari JamaliSamsol Bari Jamali
Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Johor mengingatkan pihak yang tidak berkenaan agar tidak campur tangan dalam hal ehwal Johor atau bimbangkan ekonomi negeri itu.
Pengerusinya Datuk Samsol Bari Jamali berkata Johor tidak memerlukan 'orang luar' (pembangkang) untuk mengajar pemimpin negeri mentadbir.
"Kita Bangsa Johor, kita bangga dengan Johor dan ada 'cara Johor'. Perlu dijelaskan, jangan ada orang yang mahu campur tangan di Johor," katanya berucap pada Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku P.150 Batu Pahat, malam tadi.
Hadir sama menyampaikan ceramah ialah Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong, Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan, Pengerusi MyPPP Johor Datuk Dr S. Sivakumar dan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee.
Samsol Bari yang juga Ketua Penerangan Umno Johor berkata negeri itu mempunyai pemimpin berkaliber sebagai menteri besar.
Katanya dalam tempoh lima tahun, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membawa pelbagai pembangunan untuk kemudahan rakyat terutamanya dalam menyediakan perumahan menerusi Rumah Mampu Milik Johor.
Selain itu kata Anggota Dewan Undangan Negeri Semarang tersebut Johor juga mempunyai Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat baginda.
"Jadi, apa kegagalan kerajaan Johor yang dikatakan pembangkang?" katanya.
Justeru beliau menasihati rakyat Johor agar tidak menerima hasutan pembangkang secara membuta tuli.
"Apa yang hendak diharapkan dengan Pakatan Harapan sedangkan mereka tidak boleh diharap. Pilihan kita tiada lain selain BN. Di Johor, kita komited unjukkan rakyat bahawa BN yang dipelopori Umno, MCA, MyPPP dan Gerakan boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya," katanya.

TMJ sah presiden FAM

Tunku Ismail diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.
Tunku-Ismail_fam_tmj_60
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.
Perkara itu diumumkan oleh setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di sini, hari ini.
TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan, kata beliau dipetik Bernama.
“Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding,” kata beliau.
Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.
Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula.

Misi utama TMJ hapuskan rasuah dalam FAM

Pentadbiran yang telus dan berintegriti akan menarik minat pelabur untuk melabur dalam industri sukan negara.
tmj-famPETALING JAYA: Tugas utama Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah membersihkan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam badan itu, kata sebuah NGO anti-rasuah.
Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel yakin tadbir urus dan pengurusan dana yang telus, berhemah dan berintegriti mampu memperbaiki mutu bola sepak negara, selain menarik minat pelabur luar untuk melabur dalam industri sukan negara.
“C4 mengharapkan dan percaya presiden FAM yang baharu ini bukan hanya semata-mata perubahan tampuk pimpinan. Namun yang lebih utama adalah memastikan Persatuan FAM dan seterusnya industri sukan tanah air ditadbir secara integriti, bebas daripada sebarang salah urus tadbir dan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tunku Ismail diumumkan menang tanpa bertanding sebagai presiden FAM apabila Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada pemilihan 48 jam sebelum detik penentuan Sabtu ini.
Beliau berkata, keputusan itu suatu penghormatan kepada Tunku Ismail untuk memimpin FAM.

Hadi kurang karisma punca Pas tiada pendirian - Tun M


Mahathir (empat, kiri) bersama pimpinan Pakatan Harapan Kedah.

ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa kurang berkarisma menyebabkan parti itu tidak tetap pendirian.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas bawah pimpinan Abdul Hadi amat berbeza berbanding ketika era pentadbiran Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 “Saya lihat begitulah, Abdul Hadi kurang karisma berbanding dua tokoh Pas itu.  Macam-macam tuduhan dibuat terhadapnya yang tidak dapat dijawab olehnya,” katanya.
Menurutnya,  Pas didakwa masih keliru tentang pendirian parti itu, seolah-olah tiada koordinasi dalam Pas.
 “Kadang-kadang nampak Pas mahu bersama kita, kadang tidak. Apabila kita mahu adakan mesyuarat, katanya bukan dia yang minta,” katanya.
Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang tidak menolak kemungkinan beberapa tindakan dan keputusan oleh Mahathir antara punca kerjasama Pas-Bersatu putus, katanya, itu sekadar alasan.
 “Pas yang suka hentam, saya tak kisah. Yang memburukkan keadaan adalah Pas, memang lah dia tak nampak (perbuatan) dia sebab tak tengok cermin,” katanya.
Mahathir berkata, parti pembangkang kini menerima sokongan rakyat terutama selepas menjadi gabungan lebih besar, selepas penyertaan Bersatu.

‘Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’ - Tuan Ibrahim

BUKIT GANTANG - Pas tidak akan mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi memberi laluan kepada parti pembangkang lain pada PRU14.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam pilihan raya.
Namun katanya, Pas mengalu-alukan kerjasama  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dasar dan prinsip parti untuk menang PRU14.
‘Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’ “Kami (Pas) tidak akan menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana pakatan, kerana setiap kali berpakat, Pas terpaksa korbankan kerusi yang ada.
"Sebelum ini, dengan Parti Semangat 46, Pas terpaksa mengorbankan satu pertiga kerusi dan dengan PKR juga begitu. Kita perlu menyerahkan kerusi setiap kali muafakat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini, kelmarin.
Hadir sama, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dan Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Faisal Abd Raman.
Tuan Ibrahim berkata, kini Pas diminta menyertai Pakatan Harapan, tetapi dengan menyertainya, Pas terpaksa menyerahkan kerusi.
“Itu tidak akan berlaku, kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan Umno dan BN tetapi jangan ganggu kerusi Pas. Minta maaf, tak boleh.
“Pas sentiasa buka pintu perundingan, tetapi apabila masuk ke rumah kami, jangan curi barang kami,” katanya.
Beliau turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang lain untuk tidak cuba merampas dan jatuhkan kerajaan Pas Kelantan.

RAMAI PULAK PAK LEBAI DALAM PKR....

Sejak Azmin Ali menukar gambar profil Twitternya kepada gambar berkopiah putih atau berimej  "pak lebai", beberapa pemimpin PKR juga didapati turut mengambil langkah yang sama.
Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr. Afif Bahardin dan Timbalan Pengarah, Majlis Sukan Selangor, Najwan Halimi adalah antara yang dikesan menukar gambar profil masing-masing di Twitter kepada imej "pak lebai".
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar pula didapati gambarnya yang berjubah dan berkopiah putih dimuatkan oleh Najwan dalam Twitternya dengan tulisan "Solidariti bersama @Azmin Ali."
Siapa lagi pemimpin PKR yang akan bertukar kepada imej "pak lebai" selepas ini?

Tidakkah perubahan ini seharusnya sesuatu yang membanggakan dan adakah sesiapa yang terasa seperti disindir lagi?

70 peratus rumah dibina tidak mampu dimiliki majoriti rakyat

Trend membina unit kediaman mewah dan komersial di ibu negara berlaku ketika unit kos rumah mampu milik tidak ditambahTrend membina unit kediaman mewah dan komersial di ibu negara berlaku ketika unit kos rumah mampu milik tidak ditambah
Rakyat bukan tidak mahu memiliki rumah tetapi lebih 70 peratus rumah yang ditawarkan dijual dengan harga di luar kemampuan majoriti rakyat di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pemuda Amanah Nasional, Mohd Ammar Atan.
Menurutnya, sebahagian besar unit kediaman yang siap dan dalam pembinaan pada masa ini tidak mempunyai permintaan atau pembeli kerana faktor harga yang mahal.
Ammar AtanAmmar AtanBeliau berkata, berlaku situasi lebihan bekalan rumah bagi jenis kos tinggi berharga lebih RM500,000 dan pada masa sama pasaran hartanah kekurangan bekalan rumah mampu milik yang berharga di bawah RM250,000 seperti terkandung dalam Laporan Tahunan 2015 Bank Negara Malaysia (BNM).
"Ini mendukacitakan Pemuda Amanah apabila harga rumah meningkat lebih cepat daripada pendapatan antara tahun 2009 dan 2014.
"Trend semenjak krisis kewangan global pada 2009 menunjukkan pasaran perumahan Malaysia telah condong ke arah kediaman yang berharga lebih RM500,000," ujarnya.
Walaupun lebih separuh daripada isi rumah di negara ini memerlukan kediaman berharga RM165,060 dan ke bawah, jelasnya, tetapi hanya 21 peratus daripada rumah-rumah baru berharga di bawah RM250,000 sahaja ditawarkan pada 2014.
"Data juga menunjukkan hanya 5.4 peratus rakyat Malaysia mampu membeli rumah berharga lebih RM500,000 berbanding peratusan sebanyak 36 peratus jenis rumah itu yang dilancarkan setiap tahun," katanya.
Mengulas lanjut, Ammar memberitahu, sebanyak 13,193 unit kediaman bernilai RM8.27 bilion masih belum terjual pada suku ketiga tahun 2016 mengikut data Pusat Maklumat Harta Negara (NAPIC).
"Pada masa sama 58,300 unit kediaman berstatus dalam pembinaan tidak terjual manakala 13,576 unit kediaman dilancarkan tetapi belum dibina tidak terjual," ujarnya.
Beliau berkata, angka unit kediaman berharga lebih RM500,000 yang tidak terjual itu adalah lebih tinggi berbanding tahun 2015 dan akhir 2014.
Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan perlu mengawal peratusan jenis perumahan mengikut harga selaras dengan realiti ekonomi rakyat bagi memastikan sektor perumahan di negara ini mampu menepati maqasid syariah untuk semua lapisan rakyat.