Jumaat, 24 Mac 2017

Dua tahun rakyat terbeban dengan GST angkara kerajaan Umno@Bn....

Parti Amanah bersama Pakatan Harapan konsisten menolak sekeras-kerasnya cukai yang membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, selepas dua tahun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, rakyat sangat sengsara dan tertekan dalam menghadapi kehidupan seharian yang 'dijerut' dengan cukai ini.
gst “Kami menegaskan cukai yang zalim seperti ini tiada tempat dalam pemerintahan kami kelak dengan syarat rakyat memberi mandat sepenuhnya kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara.
“GST menyebabkan segala harga barangan dan perkhidmatan naik mendadak dari semasa ke semasa terutama barangan keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, kesengsaraan rakyat ditambah lagi dengan pendapatan per kapita yang tidak meningkat seiring dengan peningkatan kos kehidupan seharian.
“Secara terang-terangan, seluruh rakyat telah ditipu 'hidup-hidup' oleh menteri yang mendakwa cukai tersebut akan mengurangkan harga barangan perkhidmatan.
“Rakyat terpaksa merelakan diri 'disembelih' oleh cukai ini. GST menyebabkan perbelanjaan isi rumah semakin melambung tinggi, dalam masa yang sama peluang pekerjaan menguncup dengan sangat ketara,” katanya.
Jelasnya, bebanan kewangan telah menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar dan akhirnya rakyat kehilangan kerja.
“Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menikmati manfaat besar daripada cukai ini namun rakyat terpaksa menanggung bebannya.
“Biarpun cukai dikenakan, kerajaan dalam masa sama telah menghapuskan subsidi barangan keperluan asas,” ujarnya.
Mohd Sany mendakwa, hasil kutipan GST yang menggantikan cukai SST telah meningkat kira-kira 42 peratus.

Dr M: Orang kampung mungkin tak faham 1MDB tapi...

Masyarakat luar bandar mungkin tidak memahami isu-isu seperti skandal 1MDB, tetapi mereka merungut berkaitan kenaikan kos sara hidup di negara ini, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Dr Mahathir Mohamad.
"Ada beberapa isu yang sukar untuk mereka (penduduk luar bandar) fahami.
"Sebagai contoh, 1MDB dengan berbilion-bilion ringgit. Walaupun satu juta pun sukar bagi mereka untuk faham.
"(Tetapi) ada beberapa isu yang mereka faham. GST mereka faham, kenaikan harga barang mereka faham, kenaikan kos petrol mereka faham, anak-anak tidak mendapat biasiswa mereka faham," kata Mahathir.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar di Alor Star, Kedah yang disiarkan di Facebook Live, hari ini.
Terdahulu, Mahathir berkata, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini lebih tidak menentu berbanding pilihan raya umum ke-13 dengan munculnya isu-isu baru seperti 1MDB dan GST.
Semua ini adalah isu besar, jelasnya, yang akan menarik sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.
"Saya yakin keadaan sekarang berbeza dan kita mempunyai peluang lebih besar untuk menang," katanya.

Bersendirian tidak akan menang, kata Presiden Amanah


Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan Pas tidak mampu menguasai Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum sebelum ini tanpa permuafakatan politik.
"Kita mahu menang dalam pilihan raya. Kalau mahu dapat kuasa pemerintahan, kita perlukan sokongan orang ramai.
"Kalau Pas seorang (bersendirian), boleh tak ambil Kelantan dan Terengganu? Tidak boleh.
"Walaupun PKR ada yang kata kecil di Terengganu tapi ia beri manfaat untuk ambil alih Terengganu tahun 1999," ujarnya dalam ceramah umum di Tumpat, Kelantan semalam.
Beliau berkata, pengalaman Pas menawan Kelantan dalam pilihan raya umum pada 1990 hasil pendekatan politik pimpinan terdahulu iaitu Almarhum Nik Aziz dan Fadzil Noor yang sedia bergabung dengan parti Semangat 46.
"Takdir Allah menjelang 1990, lahir parti Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah walaupun sebelum itu dia kata macam-macam pada Pas.
"Tapi pimpinan mengambil sikap kepala dingin. Mari bergabung berdepan kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu. Maka, kita bentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
"Hasilnya, kita tawan Kelantan, Nik Aziz ditabalkan sebagai Menteri Besar," ujarnya yang turut menang di Parlimen Nilam Puri ketika itu diikuti Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum 1995.
Menurut Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu, kejayaan Pas menguasai Terengganu juga hasil daripada gabungan antara parti pembangkang melalui Barisan Alternatif.
"Menjelang tahun 1999, Anwar dipecat. Umno bergolak lagi. Lahir gerakan reformasi. Kali ini didukungi anak muda.
"Maka pimpinan waktu itu ambil keputusan bergabung. Wujudlah Barisan Alternatif, kita (pembangkang) dapat Terengganu," jelas bekas Timbalan Presiden Pas berkenaan.

WAWASAN 2020 TIDAK TERCAPAI, INIKAN PULA TN50

Pakatan Harapan mengambil maklum mengenai laporan The Edge berhubung pendapatan setiap rakyat Malaysia yang telah jatuh sebanyak 15%  daripada AS$ 10,345 pada tahun 2013 kepada AS$ 8,821 pada 2016 yang mana keadaan ini menunjukkan seolah-olah kita telah gagal untuk mencapai Wawasan 2020 yang akan tiba dalam masa 3 tahun lagi.

Keadaan ekonomi Malaysia jelas tidak mampu untuk membahagiakan semua orang terutamanya apabila jelas jurang miskin-kaya di negara ini masih lebar (sekitar 0.46 berdasarkan petunjuk GINI Coefficient) yang hanya melihatkan golongan kaya terus menjadi kaya, manakala rakyat bawahan semakin miskin.

1. Pendirian kami, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menjadikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebagai bukti pencapaian pentadbirannya. Sedangkan nisbah secara perbandingan, pendapatan rakyat Malaysia berdasarkan KDNK hanya sekitar 26% berbanding rakyat Singapura sebanyak 49%.

2. Bagi kami, selagi mana masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan sukar ekoran kos sara hidup tinggi serta kenaikkan gaji yang terlalu kecil maka kerajaan dianggap gagal dalam memberi kemakmuran kepada rakyat.

3. Selain itu, Pakatan Harapan juga merasakan pentadbiran Najib telah gagal mengatasi 9 cabaran Wawasan 2020 sebagaimana digariskan oleh pentadbiran Tun Mahathir sebelumnya. Kegagalan utama apabila negara masih lagi tidak bersatu disebabkan diskriminasi perkauman.
Malah Malaysia juga gagal mewujudkan demokrasi yang matang, terutama ketelusan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta tekanan kepada media bebas.

4. Ini menimbulkan persoalan adakah Transformasi Nasional 2050 (TN50) hasil idea PM Najib akan mampu dicapai setelah hampir gagalnya W2020?

Pakatan Harapan tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ke arah itu, yang mana rakyat juga boleh melihat isi di dalam forum-forum TN50 yang membuktikan Malaysia gagal menyediakan kelengkapan asas untuk membentuk negara maju. Sebagai contoh, pemulihan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak serta kelengkapan kemudahan elektrik dan air bersih yang sepatutnya telah ditangani oleh kerajaan sejak sedekad lalu.

5. Dalam hal ini, Pakatan Harapan mengambil berat hala tuju negara yang tidak dirancang dengan baik. Bagi kami, rakyat juga seharusnya memainkan peranan dan perlu prihatin dengan keadaan semasa, kerana hari ini menentukan nasib negara untuk 3, 10 dan 30 tahun akan datang.

Tiada kerjasama Pas + PH selagi mereka tolak Islam - Nasrudin Hassan

asdasdad Pas terus dengan pendirian dengan menolak kerjasama dengan mana-mana parti politik jika parti tersebut terus menolak Islam termasuklah Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, tiada penyertaan daripada Pas bersama Pakatan Harapan khususnya menjelang PRU14 nanti.
“Kami tidak perlu menyertai Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas sikap mereka menolak ajaran Islam yang kami perjuangkan selama ini.
“Kami hanya menawarkan Islam dan keadilannya sebagai tali untuk berpaut. Justeru hanya Islam tali yang kukuh untuk mengikat antara kita umat manusia,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan daripada Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim yang membayangkan jika tiada kerjasama antara kesemua parti pembangkang termasuk Pas memang sukar untuk menumbangkan Umno/BN pada PRU 14 nanti.
“Kita tawarkan (pendirian kami) kepada semua. Tugas kami bekerja untuk membawa Islam.
“Bagi yang menerima Alhamdulillah sementara yang menolak kami doakan agar suatu masa mereka akan menerimanya jua,” katanya.
Nasrudin berkata, tidak berbangkit isu Pas bermain tarik tali Pakatan Harapan mahupun Umno.
“Tiada ‘tali’ untuk ditarik. Yang pasti kami sentiasa berusaha untuk menarik semua pihak kembali kepada Islam dan perjuangannya yang benar.
“Menghadapi PRU14, kami mempunyai ‘roadmap’ tersendiri bagi mendepaninya,” katanya.
Jelasnya,  prinsip Pas adalah memastikan kuasa politik Islam mengungguli pemerintahan dan pentadbiran negara.

Pas yakin RUU 355 lebih mudah dilulus jika dibentang wakil kerajaan - Takiyuddin


Pas yakin RUU 355 lebih mudah dilulus jika dibentang wakil kerajaan - Takiyuddin
KOTA BHARU: Kesediaan pihak kerajaan membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah - Bidang Kuasa Jenayah atau RUU 355 di Parlimen akan memberi lebih peluang ia diluluskan.

Menurut Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, ini kerana apabila RUU berkenaan dibawa oleh wakil kerajaan, maka semua ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang terdiri dari ahli Parlimen BN terikat dengan arahan ketua whip BN untuk menyokong usul pindaan berkenaan.

Usul pindaan itu juga akan lebih mudah dibentangkan kerana ia hanya perlu melalui bacaan kali pertama, dan bacaan kali kedua untuk undian, berbanding sekiranya ia dibawa oleh wakil pembangkang, yang perlu notis 14 hari, dan hanya boleh bentangkan selepas rang undang-undang lain wakil kerajaan selesai dibahaskan.
Tambah Takiyuddin, beliau yakin usul pindaan ini akan diluluskan walaupun tanpa sokongan ahli Parlimen dari PKR dan DAP kerana gabungan ahli Parlimen beragama Islam dari BN dan Pas sudah mencukupi untuk mendapatkan majoriti mudah dalam undian pindaan RUU 355 sekiranya ia dibentangkan.

“Saya yakin kita akan dapat cukup (undian daripada) UMNO, Pas. Yang bukan Islam ni mungkin dia tak dating dan tak hadir masa hari pengundian.

“Sebabnya satu lagi aspek, RUU 355 ni apabila lulus, undang-undang ini bukan wajib kepada negeri-negeri, negeri ada pilihan nak guna pakai atau tidak. Kalaulah Pulau Pinang tak nak guna pakai pindaan 355, dia tak perlu ambil, dia guna 356 yang sekarang ni.

“Begitu juga Sarawak. Sarawak kata dia tak setuju. Jadi kita nak beritahu, bukan bermakna bila lulus 355, Sarawak wajib ambil. Tidak, tak wajib,” ujarnya yang menambah semua keputusan adalah di bawah Dewan Undangan Negeri tu sendiri.

Takiyuddin ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana di sini malam tadi.

MAGIC NAJIB BOLEH LUMPUHKAN PAKATAN HARAPAN.....


LIHAT KEKESALAN ZAM  TERHADAP KEGAGALAN DAP (Dalam komen )
TAKZIAH:
Dengan rasa sedih atas suatu kehilangan besar saya ucapkan takziah kepada keluarga Johan Nawawi komposer terkenal yang telah meninggal dunia pagi tadi.Banyaklah bersabar. Alfatihah- ZAM.
MAGIC NAJIB…..
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai magic untuk melumpuhkan pakatan pembangkang-Pakatan Harapan.Sekiranya Pilihanraya Umum Kilat diadakan maka pastinya Pakatan Harapan akan berada dalam keadaan terkapai-kapai.
Pakatan Harapan masih berada dalam keadaan pincang.Memang BN pun belum bersedia sepenuhnya tetapi berasaskan pengalaman,jentera pilihanraya parti dan juga kerajaan boleh mengambil tanggungjawab segera ini  berbanding dengan Pakatan Harapan yang rumahtangganya belum siap.
Kajian rampang yang sejujurnya akan mendapati pada keseluruhannya rakyat bersedia untuk menolak kepimpinan Najib Tun Abdul Razak. Tayangan projek-projek syurganya tidak diminati rakyat yang terpaksa membeli ikan rakyat sekilo RM20.
Bagi mereka persetan dengan berbillion projek sedekah Arab Saudi yang tidak mempunyai pentadbiran yang cekap dan peduli apa projek dengan cerita besar kumpulan Ali Baba sedangkan dalam realiti harian kehidupan mereka ialah berkongsi seekor ikan kembong tiga orang dalam sesuatu keluarga.
Bagaimnapun keadaan ini tidak bererti mereka akan menolak Barisan Nasional oleh kerana mereka tidak nampak Pakatan Harapan yang rumah tangga mereka belum siap sempurna dan  ada yang porak peranda sebagai alternatif .
DAP bermasalah dengan perpecahan dalaman,skandal  dan rasuah,PKR bercakaran dengan Pas walaupun  dalam satu kerajaan ,Amanah tidak menampakkan keberkesanannya mengambil peranan Pas dan kepada rakyat Parti Pribumi Bersatu adalah Tun Mahathir dan Mahathir adalah Pribumi. Bagaimana jika tanpa Mahathir?
Kesilapan Pribumi ialah  terperangkap dengan dakyah atau perang sarap UMNO mengatakan Mahathir mahu anaknya  Mukhriz jadi Perdana Menteri sehingga takut untuk mengemukakan Mukhriz sebagai pemimpin alternatif  Pribumi sedangkan rakyat terutama pengundi muda mahu melihat pimpinan generasi baru dibariskan sebagai kabinet bayangan Pakatan Harapan.
Mukhriz menawan Kedah kerana wajah mudanya  mewarisi generasi baru  yang membantu kemenangan  wajah-wajah lapuk di Kedah.
Pakatan Harapan akan lebih meyakinkan jika kabinet bayangannya membariskan Mukhriz Mahathir ,Azmin Ali, Rafizi Ramle (PKR), Tony Pua,dan Husam.
Menonjolkan kepimpinan  muda sebagai kabinet bayangan Pakatan Harapan  akan memberikan impak yang sangat besar untuk meyakinkan rakyat  bahawa Pilihanraya ke 14 tidak sekadarkan untuk gulingkan Najib tetapi juga untuk menggantikan pimpinan yang lapuk.
Mahathir juga sewajarnya bertanding dalam Pilihanraya 14 walaupun beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Nyanyuk hanyalah gelaran yang diberikan oleh orang tidak siuman kepadanya  tetapi fikirannya lebih progresif dan dinamik dari Najib atau pondan Padang Rengas.

Azmin yakin kemelut dengan Pas dapat diselesaikan

KUALA SELANGOR - Walaupun keretakan hubungan antara PKR dan Pas dilihat semakin meluas, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang.
Azmin Ali Katanya tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai hubungan antara kedua-dua parti yang dilihat tegang kebelakangan ini selepas PKR tetap dengan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang membentuk Pakatan Harapan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa isu kerjasama politik antara kedua-dua parti akan dibawa ke Muktamar Pas yang akan datang bagi dibincang sama ada perlu diputuskan.
Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Dewan Pemuda Pas Nik Abduh Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan itu kemudian disindir oleh Mohamed Azmin di laman sosial miliknya yang memuat naik kenyataan "Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur" yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi.

Kajian: Ramai tidak faham apa 'liberalisme', tapi sokong idea liberal

"Bukan 1MDB saja, 10MDB akan berlaku," kata Zuhdi

'Tak usah cabar PAS, Husam perlu bawa kes baiah ke mahkamah' - Takiyuddin

Tentang RUU355 untuk kelirukan bukan Islam - Hadi Awang

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang menentang RUU355 sebagai golongan mahu mengelirukan orang bukan Islam dan orang yang buta agama.
Menurutnya, golongan lantang bersuara dan menulis hujah bersifat teknikal secara melulu mengenai RUU355 sebenarnya tidak peduli perkara tersurat dalam Perlembagaan.
Abdul Hadi Awang Katanya, ini kerana mahkamah syariah tidak diberi bidang kuasa terhadap bukan Islam.
“Ini menunjukkan mereka jauh sekali menyaksikan hikmah menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran yang tidak ada dalam istilah mereka. Mereka (juga) tidak mengira masyarakat terbeban dengan kadar jenayah terus meningkat.
Ini menunjukkan kelemahan undang-undang ciptaan manusia tidak beraqidah itu, namun terus mempertahankannya dengan segala cara halal dan haram.
“Mereka sepatutnya hormati Islam, kedudukannya dalam Perlembagaan dan hak diberi kepada agama lain sudah mencukupi. Mereka juga sepatutnya menghormati penganut Islam diberi hak mereka antaranya peluang kepada undang-undang syariat dan mahkamah yang banyak disekat penjajah dahulu hingga sekarang,” katanya.
Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang berkata demikian dalam kenyataannya, semalam.
Abdul Hadi berkata, RUU 355 hanya kuasa masih sedikit yang memberi ruang kepada umat Islam menunaikan hak mereka, namun dicampur tangan tanpa mengira sempadan yang sudah nyata dalam Perlembagaan.
“Mereka tidak menghormati masyarakat Islam yang berada di keliling. Apakah di sebalik suara sumbang ini? Terang lagi bersuluh sebenarnya mereka tidak mahu buka ruang kepada syariat Islam sehingga semata-mata kerana Islamnya?
“Mereka menentang kerana Islamofobia disebarkan kuasa besar yang sedang bermusuh terhadap Islam? Maka bersedia menjadi khadam kepada negara asing yang menjadi dalang. Mereka menentang kerana sikap cemburu buta menyaksikan banyaknya kebaikan daripada syariat Islam?
“Sepatutnya mereka mencari kebaikan daripada semua pihak, bukan menutup kebaikan dan merelakan kemungkaran. Inilah konsep semua agama, samawi dan tidak samawi, walaupun berbeza aqidah,” katanya.

Daripada Annuar Musa membazir, lebih baik bayar balik ‘hutang’ MARA – Tengku Zulpuri

MENTAKAB, 24 MAC: Daripada membazir, lebih baik Annuar Musa bayar semula wang MARA yang ‘hilang’ sebelum ini gesa Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
“Tak payahlah bazirkan wang, lebih baik wang itu digunakan untuk bayar balik duit MARA yang hilang,” katanya.
Menurut Adun Mentakab itu, tindakan Ketua Penerangan UMNO tersebut menawarkan sejumlah wang dengan menganjurkan pertandingan esei untuk memburukkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang merupakan helah politik semata-mata.
“Jelas ini adalah helah untuk selamatkan diri. Dia (Annuar) alihkan isu sebenar kontroversi penyelewengan MARA dan perebutan kerusi FAM.
“Nampaknya tekanan yang dialami UMNO sudah masuk ke fasa baru. Mereka kelihatan amat terdesak dan sudah jadi macam budak-budak,” kata Naib Pengerusi DAP Pahang itu kepada Roketkini.
Annuar semalam mengumumkan hadiah sebanyak RM10,000 bagi esei untuk memburukkan Lim Kit Siang yang kononnya bersikap rasis.
Bagaimanapun, ganjaran itu telah dinaikkan kepada RM50,000 seperti yang diumumkannya sebentar tadi.
Annuar yang sebelum ini merupakan Pengerusi MARA telah digantung tugasnya pada Januari lalu ekoran kontroversi penajaan UniKL dan pelaburan MARA Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.
Malah dokumen melibatkan penyaluran wang tajaan Mara dan UniKL kepada pasukan Kelantan itu turut didedahkan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Konflik Pas, DAP: Era Fadzil Noor, Nik Aziz lebih mudah

Mengimbau konflik di antara Pas dan DAP, ia disifatkan lebih mudah ketika era pentadbiran Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, perselisihan utama dalam pakatan pembangkang, sememangnya daripada kedua-dua parti ini.
DAP, Pas Walaupun ada di antara individu dalam DAP cuba menjaga hubungan itu, tetapi ada juga pihak lain yang ‘naik tocang’.
"Sewaktu Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti utama masing-masing menjaga kepentingan parti dan kadangkala tidak menghormati keputusan bersama.
"Selepas pilihan raya lepas, DAP lah yang keluar dari Pakatan, bukan Pas. Tindakan itu telah menghancurkan kerjasama," katanya dalam satu wawancara.
Mengulas lanjut, Dr Jomo berkata, keadaan menjadi semakin rumit menjelang Muktamar Pas dua tahun lalu.
"Pimpinan DAP jelas campurtangan hal dalaman Pas, dengan menyokong Mat Sabu dan menentang Haji Hadi, kononnya atas soal kerjasama pembangkang.
"Kemudian, apabila Mat Sabu serta golongan yang dipinggirkan dalam Pas keluar menubuhkan Amanah, DAP jelas menyokong mereka.
"Pemimpin Umno juga berjaya mengambil kesempatan dalam keadaan kucar-kacir ini untuk memastikan pihak pembangkang tidak bekerjasama. Media massa dan badan kerajaan tertentu turut main peranan," katanya lagi.
Tambah Dr Jomo, media massa BN juga digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mengkritik satu sama lain, menambah kekeruhan hubungan di antara mereka.
"Pemimpin pembangkang juga kemudiannya menggunakan media yang dikuasai BN untuk kritik-mengkritik satu sama lain tanpa usaha mencari penyelesaian," katanya lagi.

Kadar inflasi bulan Februari melonjak kepada 4.5%

Indeks harga pengguna Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan Februari iaitu 4.5 peratus, menurut laporan oleh Reuters.
Bagaimanapun, lonjakan tersebut tidak mungkin akan menjurus kepada sebarang perubahan dalam dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia.
Kadar inflasi tahunan pada bulan lepas itu adalah yang tertinggi sejak November 2008 setelah ia mencecah 5.7 peratus sebelum menjunam dan mengalami trend bulanan turun dan naik sebelum melonjak ke paras 4.5 peratus pada bulan lalu.
Pada bulan Januari yang lalu, kadar inflasi tahunan ialah 3.2 peratus.
Pakar ekonomi berkata, kenaikan harga bahan api pada bulan Februari dan asas yang rendah ekoran daripada pemotongan kos pengangkutan dari tahun lepas telah menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi pada bulan tersebut.
Inflasi yang semakin meningkat, bagaimanapun, tidak dilihat sebagai membimbangkan bank pusat kerana sebahagian besarnya disebabkan oleh pelarasan harga bahan api domestik, kata Brian Tan.
Tan ialah pakar ekonomi Nomura di Singapura.
"Kami tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada dasar kerana adalah jelas mereka kekal agak berhati-hati dengan apa-apa risiko menurun yang berpotensi untuk pertumbuhan, dan mereka tidak mahu terburu-buru terlalu awal," kata Tan.
Semalam, Bank Negara berkata, pihaknya menjangkakan inflasi akan berlegar-legar secara purata antara 3 hingga 4 peratus bagi 2017.

4 pemuda PAS kawasan di Selangor lulus usul putus hubungan dengan KeADILan

Beberapa lagi pemuda PAS kawasan dipercayai akan mengikuti langkah pemuda Kuala Selangor meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR
Ahmad-Hakimi-Othman_selangor_pas_600
PETALING JAYA: Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, selepas usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh dan Bayan Baru (Pulau Pinang).
Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor Ahmad Hakimi Othman berkata keputusan pihaknya dicapai berdasarkan 3 peristiwa membabitkan hubungan PAS dan PKR negeri.
“Pertama, pemimpin PKR Melayu Islam memandang sinis usaha memartabatkan mahkamah syariah dan memejamkan mata dalam penerangan yang diberikan.
“Kedua, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar melihatkan pengkhianatan jelas terhadap unsur-unsur tahaluf siyasi PAS yang digariskan dalam Majlis Syura Ulama.
“Ketiga, isu air Selangor dan pertikaian dengan Splash masih tidak diselesaikan hingga menyeret PAS dalam krisis keyakinan rakyat terhadap tindak tanduk kerajaan yang ada,” katanya dalam kenyataan.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan isu kerjasama dengan PKR akan dimuktamadkan pada muktamar mereka yang ke-63, dijadualkan pada 29 April hingga 1 Mei di Kota Sarang Semut, Kedah.
Sekiranya usul diterima dan diluluskan majlis syura ulama, ia dijangka membuka ruang kepada pertembungan pelbagai penjuru atau menyaksikan peralihan undi penyokong PAS kepada Umno.
Beberapa lagi pemuda PAS kawasan dipercayai akan mengikuti langkah Kuala Selangor, berdasarkan komunikasi antara FMT dan pimpinan pemuda PAS tempatan.
Ketua Pemuda Hulu Langat Zurk Ahmad berkata ia impian yang dinanti-nantikan, manakala Ketua Pemuda Subang Hanafi Zulkapli menggesa semua perwakilan PAS di kawasan masing-masing mengusulkan putus hubungan dengan PKR.
“Situasi ini benar-benar menunjukkan pimpinan PKR tidak menghormati semangat setiakawan dalam ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama) yang dibina,” kata Ketua Pemuda Kuala Langat Muhammad Hanif Jamaluddin.

Lawan BN, bukan sultan

Ruang di Galleria, Kotaraya di Johor Bahru penuh sesak. Warga Johor berpusu-pusu datang. Semua itu membayangkan harapan tinggi rakyat untuk memiliki rumah.
Rumah adalah hak asas setiap orang. Sama seperti pentingnya makanan untuk mengisi perut, dan pakaian untuk menutup tubuh.
Seperti biasanya politik Johor, Umno-BN cuba mengambil kredit. Kita tahu rumah mampu milik yang dikenali sebagai “Rumah Impian Bangsa Johor” itu adalah atas inisiatif DYMM Sultan Johor bawah Yayasan Sultan Ibrahim. Di situ pun sudah jelas, dan tentulah usaha sultan mustahil terkait dengan mana-mana parti politik termasuk Umno-BN.
Perasaan kecewa rakyat Johor sudah terpendam lama. Ramai yang kebingungan apakah puncanya sehingga selama ini terlalu susah untuk dapat membeli rumah mampu milik di Johor? Tanda tanya itu sedikit terjawab apabila terdedah cerita wujudnya dakwaan pengkhianatan terhadap kuota rumah Melayu-Bumiputera beberapa minggu lepas yang melibatkan seorang exco Johor dan anaknya.
Sepertimana biasa apabila tersepit akibat kelemahan, kecuaian dan kegagalan sesuatu dasar atau program, Umno-BN akan cuba berselindung di sebalik tembok istana. Harapannya apabila ada suara penentangan, maka digambarkan penentangan itu ibarat “derhaka kepada sultan”. Padahal tidak!
Dalam temu bual dengan sebuah surat khabar perdana sehari sebelum sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, baginda sendiri tidak menafikan peranan pihak atau parti yang bertentang dengan kerajaan.
Titahnya begini, “Kalau negeri Johor ini tak ada pembangkang, tak adalah semak dan seimbang. Kadang kala saya letak diri saya pun sebagai ada kala saya hitam ada kala saya putih. Ini bagi memastikan menyemak dan menyeimbangkan kerajaan.”
Ungkapan itu telah menggambarkan mengenai fungsi dan pentingnya demokrasi. Baginda sendiri sedar untuk menjadi “hitam”. Bukan sahaja “putih”.
Demokrasi bukanlah hanya bermakna pergi mengundi lima tahun sekali, sedangkan di sepanjang lima tahun pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Tanpa demokrasi yang subur dan berkesan maka sukarlah rakyat untuk menilai setiap dasar dan program yang dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan.
Jadilah kita seperti Singapura, Korea Utara, Brunei atau barangkali juga negara-negara Arab yang tidak ada kebebasan sama sekali. Keterlibatan rakyat adalah sangat penting dalam sistem kenegaraan. Kewujudan sesebuah negara itu sendiri kerana adanya wilayah dan rakyat.
Kita juga selalu mendengar Sultan Johor atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga tak lekang mengkritik menteri persekutuan atau dasar-dasar Putrajaya termasuklah sistem cukai GST. Apakah ketika dengan kritikan yang kadangkala cukup lantang, maka telah berlaku penderhakaan kepada Malaysia atau Yang di-Pertuan Agong? Tentulah tidak!
Maklumat seperti air
Zaman ini bukan zaman pemikiran rakyat boleh ditutup dan diperbodohkan oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Maklumat mengalir seperti air hujan ke hujung jari. Propaganda dan dakyah pemerintah akan segera diukur timbang dengan cepat oleh rakyat.
Tajuk muka depan sebuah surat khabar media perdana yang menerbitkan temu bual Sultan Johor itu wajarlah dipersoal, sehingga seakan-akan boleh menggambarkan sultan Melayu tidak memahami makna asas demokrasi.
Menjadi tanda tanya yang besar, apakah niat surat khabar kawalan BN itu membesarkan perkataan “berambus” sebagai tajuk besar di muka depannya?
Kalau surat khabar mempunyai seorang ketua pengarang dengan jiwa Melayu dan kebangsaan, dia tentu mempunyai sensitiviti dan akan memilih perkataan yang lebih sepadan dengan darjat istana yang tinggi tempatnya. Menghitam dan membesarkan sesuatu istilah yang tidak secocok dengan bahasa istana—walaupun disebutkan oleh Sultan—boleh pula mencela institusi raja-raja Melayu yang tinggi peradabannya.

Mufti: Persoal Tuhan, Siti Kasim menjurus ke arah murtad

Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor menyarankan Siti Kasim kembali ke jalan yang benar dengan mendalami pengajian akidah Islam.
Wan-Salim-Mohd-Nor_Siti-Kasim_600
PETALING JAYA: Kenyataan Siti Kasim yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan jelas menunjukkan peguam kontroversi itu jahil agama, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor.
Beliau berkata kalau betul Siti Kasim mengeluarkan kata-kata yang meragui asal usul kewujudan Tuhan, ia menjurus ke arah murtad.
“Bila dia buat kenyataan macam itu maknanya dia sebagai seorang Muslim, kita bimbang akidah dia terkeluar daripada Islam dan menjadi murtad,” katanya kepada FMT.
Wan Salim berkata beliau menyarankan Siti Kasim supaya kembali ke jalan yang benar dengan mendalami pengajian akidah terutamanya melibatkan agama Islam.
“Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” katanya.
Beliau berkata Siti Kasim mungkin terpengaruh dengan sesetengah pandangan barat yang sudah hilang kepercayaan kepada agama.
“Bagi mereka agama tidak boleh selaras dengan perkembangan sains, tapi kita dalam Islam, semakin majunya sains, makin dapat dibuktikan kebenaran Islam, termasuk dari sudut kepercayaan.
“Jadi bagi orang ateis, mereka ini ada sebab tertentu kenapa tidak percaya kepada Tuhan dan antaranya ialah kerana psikologi,” katanya.
Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Siti Kasim dalam temu bual bersama media berbahasa Cina, 3 tahun lalu yang beliau pernah berfikir tentang asal usul kewujudan Tuhan.
Susulan kenyataan itu beberapa portal mula melaporkan tentang wawancara itu pada 2014 dan menyebabkan pengguna media sosial menyerang peguam tersebut sehingga ada yang membuat ugutan bunuh.
Berikutan ugutan bunuh itu, Siti Kasim tampil membuat laporan polis pada 18 Mac apabila mendakwa media memanipulasikan kenyataan sebenar sehingga mengelirukan orang ramai.
Mengulas kewajaran segelintir pihak mengancam untuk membunuh Siti Kasim, Wan Salim berkata tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan memberi gambaran Islam sebagai agama ekstrem.

Esei 'rasis': 'Lebih baik Annuar beri RM50,000 kepada pelajar cemerlang UniKL'

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihatkan Tan Sri Annuar Musa agar menukar fikiran dengan memberikan dana RM50,000 yang mahu dihadiahkan kepada pemenang esei 'Kit Siang rasis' kepada pelajar miskin cemerlang di UniKL.
"Saya terkejut membaca berita terkini mengenai tawaran Annuar, pengerusi MARA yang digantung tetapi masih berkhidmat sebagai Pro-Canselor UniKL.
"Beliau perlu kembali kepada amanah asal iaitu menjaga kebajikan pendidikan anak-anak bangsa di institusi di bawah seliaan beliau seperti UniKL.
"Saya menasihati beliau mengumumkan bahawa wang RM50,000 itu akan ditukar menjadi hadiah biasiswa kepada pelajar miskin cemerlang di UniKL," kata beliau dalam kenyataan.
Hari ini, Annuar melipat gandakan hadiah untuk pertandingan menulis bertemakan dakwaan rasisme pemimpin DAP Lim Kit Siang kepada RM50,000.
Ketua penerangan Umno mengumumkan perkara itu dalam kenyataan terbaru beberapa jam selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya pagi tadi.
“Honorarium/hadiah untuk pihak yangmengemukakan bahan/fakta/penulisan berkaitan pegangan politik YB Lim Kit Siang dinaikkan kepada RM50,000 (hasil sumbangan Hamba Allah),” katanya.
Tajuk pertandingan juga diubah sedikit dengan memasukkan sekali bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kerajaan, kata Annuar lagi.
Pada masa yang sama, Rafizi berkata, beliau menasihati pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak lagi melayan karenah Annuar dan jangan terperangkap dengan permainan tawar menawar wang untuk memperlekehkan lawan politik.
"Sesungguhnya rakyat mencemuh kegilaan politik seperti ini dalam keadaan mereka sengsara dengan bebanan ekonomi," jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi.

SPRM, PDRM digesa siasat kegiatan jual beli Darjah Kebesaran DiRaja

Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa untuk melakukan siasatan segera di atas pengakuan dan pendedahan Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai wujudnya agen jual beli  Darjah Kebesaran  di negara  ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kegiatan agen atau orang tengah untuk membantu mendapatkan darjah kebesaran bergelar Tan Sri perlu dibanteras bagi menjaga nama baik institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu.
"Pendedahan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tentang adanya “ejen-ejen penipu” menawarkan gelaran kebesaran hingga ada yang datang untuk menyogok Tuanku sebanyak RM2 juta* bagi membantu mendapatkan pingat darjah 'Tan Sri' perlu dipandang serius oleh semua pihak.
"Pendedahan baginda memberikan gambaran tentang wujudnya sendiket jual beli pingat Darjah Kebesaran di semua negeri seperti yang saya bangkitkan dalam perbahasan Titah DiRaja di Parlimen pada Isnin 13 Mac 2017 lalu," ujarnya.
Tambah Mahfuz lagi, kebimbangan beliau apabila mutakhir ini berlaku penangkapan terhadap ketua dan anggota kongsi gelap yang bergelar 'Datuk' oleh pihak polis mungkin ada kaitannya dengan kegiatan orang tengah.
"Penglibatan mereka yang bergelar Datuk dalam kumpulan kongsi gelap memberi gambaran bahawa mereka ini memperolehi anugerah tersebut dengan tidak melalui proses tapisan sebaliknya melalui sindiket yang mungkin mempunyai hubungan 'mesra' dengan pihak yang tertentu.

BN tambah kuat walau Melayu makin marah - Jomo

Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, perselisihan antara pembangkang Melayu membuatkan BN terus kuat walaupun sudah tidak mendapat sokongan kaum itu lagi.
Jomo yang merupakan ahli ekonomi tersohor dunia kini pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
"Ironinya, akibat perselisihan di kalangan pembangkang Melayu membuatkan kedudukan mereka semua akan merosot walaupun kemarahan rakyat Melayu terhadap Umno-BN terus meningkat.
"Kedudukan BN akan bertambah kuat walaupun sokongan undinya jauh lebih rendah manakala PAS, PKR, BERSATU dan AMANAH semua akan menjadi makin lemah serta dan mungkin beberapa parti akan hancur.
"Keadaan ini akan membuatkan DAP akan timbul semula sebagai pembangkang utama di Malaysia," kata Jomo lagi, memetik laporan oleh Sinar Online.
Justeru, ujar Jomo, di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib Razak akan terus berkuasa.
Jelas beliau, kemenangan BN diramal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan wujudnya beberapa faktor lain yang membantu parti itu terus berkuasa termasuklah sistem pilihan raya yang ada sekarang.
"BN juga mungkin tidak akan mendapat capai jumlah undi sehingga 40 peratus. Selain itu, lawan tiga penjuru dan persempadanan semula yang ditukar kawasan mengundi dan juga pembahagian kerusi akan menguntungkan BN.
"BN juga mempunyai majoriti undi di kawasan Sabah dan Sarawak memandangkan pembangkang kurang peka terhadap keluhan rakyat di kawasan berkenaan," katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan penganalisis politik yang membayangkan bahawa pembangkang akan tetap kalah pada PRU14.
Sebaliknya, kata Anwar yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh, Selangor, sekarang adalah masa yang tepat untuk perubahan.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas pandangan Jomo kira-kira dua bulan yang lalu dengan ramalan pilihan raya umum akan datang akan diadakan pada bulan April dan kemungkinan besar bahawa pembangkang akan kalah dan kemenangan berpihak kepada BN.

Giliran Bersatu pula pertikai sikap Pas


Dr Muhammad Faiz NaamanDr Muhammad Faiz NaamanParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini dilihat lebih menumpukan usaha untuk berbincang dengan Pas akhirnya mendedahkan sikap negatif pemimpin utama parti itu tidak terkecuali Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggnya  Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, rundingan antara kedua-dua parti itu sejak awal lagi mengalami pelbagai kesukaran atas beberapa faktor yang kebanyakannya berpunca daripada pihak kepimpinan Pas.
"Sebagai contoh sewaktu pertemuan pertama kumpulan rundingan Bersatu dengan P, pihak Pas tidak diwakili oleh Presiden Pas pun.
"Walhal, Presiden PPBM mengetuai kumpulan rundingan di pihak parti, Ini menunjukkan ketiadaan komitmen atau mungkin keangkuhan di pihak kepimpinan Pas yang tidak serius meraikan usaha rundingan sesama ummah.
"Mungkin pihak kepimpinan Pas anggap status Presiden tidak sama dengan Presiden Pas, wallahualam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, beberapa pemimpin Pas termasuk presiden parti itu tiada adab akhlak Islamiyyah kerana tidak faham erti 'gencatan senjata' sepanjang proses rundingan tersebut berlangsung.
Lima lagi pemimpin Pas Pusat yang berterusan menghentam Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir secara terbuka di media, ujarnya, adalah Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan.
Turut dinyatakan, Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali serta Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki.
"Itu belum lagi termasuk syarat yang dikenakan kepimpinan Pas ke atas PPBM hingga menyulitkan lagi proses rundingan seperti mahu PPBM memilih antara Pakatan Harapan atau Pas.
"Walhal kita tahu bahawa PPBM berusaha menyatukan semua blok pembangkang demi menghadapi BN," ujaranya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pendirian kepimpinan Pas terhadap usaha rundingan dengan parti itu juga dilihat berbeza seolah-olah wujud dua puak dalam Pas.
"Satu pihak mahu perdamaian dengan PPBM melalui Timbalan Presidennya. Lagi satu pihak, dilihat anti kerjasama dengan PPBM yang diketuai Presiden Pas sendiri.
"Oleh kerana itu apabila Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada media bahawa Pas menjemput PPBM  berunding agihan kerusi untuk PRU (Pilihan Raya Umum), kenyataan itu seolah-olah dinafikan oleh beberapa tokoh pemimpin Pas seperti Timbalan Mursyidul Am Pas dan Naib Presiden Pas keesokannya.

Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu

Satu hari akan tiba, apabila kita ditanya, mengapa kita melakukan kemungkaran, bermusuhan sesama sendiri, bahkan hingga sampai kepada tahap mahu mencederakan sesama sendiri. Ketika itu, bila kita sedar kita akan kata bahawa kita jadi begini sebab kita dengar hasutan ketua dan pembesar-pembesar kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Ketika itu, kita akan berdoa kepada Tuhan supaya menghukum mereka dua kali ganda dan melaknat mereka dengan laknat yang besar.
Orang Melayu akan menyumpah pembesar-pembesar mereka, tak kira ustaz atau pemimpin sekular dengan maki dan cerca kerana merekalah yang menyebabkan kita bermusuhan sesama sendiri.
Dan mereka akan kata- ya Tuhan kami, sesungguhnya kita telah ikut pemimpin dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. (Al-Ahzab, 67)
Ya Tuhan, berikan mereka ‘azab 2 kali ganda dan laknat mereka dengan laknat yang besar. (Al-Ahzab, 68)
Janganlah kita ikut pemimpin dan pembesar-pembesar kita secara membabi buta. Analisalah baik-baik apa yang mereka kata dan anjur. Bukan berdosa jika menilai dan menimbang anjuran-anjuran mereka. Ingatlah, sokongan dan persetujuan kita kepada mereka adalah sokongan dan persetujuan yang bersyarat. Jika mereka anjurkan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kebaikan, ikutlah mereka. Jika sebaliknya, kita tinggalkan mereka.
Sekarang makin ramai orang Melayu sedar bahawa segala ribut mengenai pindaan RUU355 hanya kerja politik sahaja. Ahli PAS rupanya ramai yang tidak tahu mengenai RUU355 itu sebetulnya. Orang Melayu awam pun tidak tahu.
Hanya mereka rasa diperas ugut jika tidak sokong, akan dikata murtad dan tidak cukup Islam. Sokongan yang diperolehi melalui peras ugut, adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri kata, kemenangan untuk RUU355 ialah untuk politik Islam. Politik itu apa? Politik itu tujuannya mendapat kuasa. Itu sebab orang PAS berpolitik. Untuk dapat kuasa memerintah Kelantan umpamanya.
Ini sudah bercanggah dengan kenyataan dangkal beberapa pemimpin PAS yang kata mereka ambil bahagian dalam politik bukan untuk menang. Ketua Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh umpamanya dangkal bila kata dia bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa saja main-main.
Saya tidaklah dapat memberi alasan bagi pihak orang yang memberi kenyataan-kenyataan dangkal seperti demikian.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula kata, kemenangan RUU355 ini ialah untuk menyatupadukan orang Melayu. Bukan untuk Islam, tapi untuk menyatupadukan Melayu. Ertinya, untuk politik ketuanan Melayu.
Maka, saya kata – isu RUU355 ini ialah agenda politik. Ianya tidak ada kena mengena dengan agenda memperkasakan Islam kembali. It has nothing to do with making Islam great again.
Maka, yang saya dengar pindaan RUU355 ini ialah untuk (a) mengukuhkan politik Islam (b) menyatukan orang Melayu. Itu yang disebut oleh Hadi Awang (a) dan Zahid Hamidi (b). Semua boleh dengar dalam youtube.
Siapa yang mengancam Islam dan Melayu?
Saya pun tertanya-tanya, siapakah yang mengancam Islam kita? Siapa pula yang mengancam orang Melayu? Permainan menyalahkan orang lain ini, perlulah dihentikan. Kita mendapat apa yang kita usahakan. Ertinya, perbuatan kita yang menjatuhkan Islam dan perbuatan kita sendiri yang melemahkan kaum Melayu.
Jika orang Cina mengancam Islam, sila nyatakan bagaimana? Jika Cina mengancam orang Melayu, sebut bagaimana? Apa yang menyekat kerajaan Melayu mengambil tindakan jika ia benar? Tangkap lah orang Cina tersebut, humban mereka ke laut.

Lebih baik Kabinet tawarkan ganjaran RM100,000 untuk esei jelaskan kleptokrasi negara

KULIM, 24 MAC: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan cadangan pertandingan esei atau posting media sosial oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai tindakan terdesak parti perkauman itu untuk meracuni fikiran rakyat negara ini.
“Ahli politik yang bertanggungjawab dan dihormati rakyat hanya membuat tuduhan yang berat terhadap orang lain apabila mereka mempunyai bukti.
“Tetapi Annuar Musa tidak, dia sebaliknya tergolong dalam kategori hina yang melontarkan tuduhan pada orang lain dan kemudian mencari bukti untuk menyokong dakwaan tersebut,” kata Kit Siang dalam ucapan di sini, semalam.
Annuar Musa dilaporkan mahu manawarkan ganjaran RM10,000 bagi pertandingan menulis esei atau posting laman sosial terbaik dengan tujuan untuk menggambarkan Kit Siang sebagai seorang yang kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan, pertandingan yang dianjurkan itu menunjukkan bahawa Annuar Musa tidak mempunyai bukti langsung untuk menuduh beliau sebagai anti-Melayu dan anti-Islam sehingga sanggup mendanai pertandingan seumpama itu.
“Adakah dia bersedia untuk membayar semua ganti rugi kepada semua peserta pertandingan berkenaan dalam kes-kes fitnah?” soalnya yang sedang mendapatkan nasihat pihak berkaitan bagi tindakan undang-undang terhadap Annuar Musa.
Malah, sebagai reaksi balas, Kit Siang mencadangkan Kabinet menawarkan hadiah sejumlah RM100,000 bagi pertandingan menulis esei atau posting media sosial mengenai “Adakah Najib seorang kleptokrat?” atau “Adakah Malaysia sebuah negara kleptokrasi global?”

DAP dedahkan dokumen dakwaan 'salah guna kuasa' Rahman Dahlan

Dua pemimpin akar umbi DAP hari ini mendedahkan dokumen-dokumen yang menyokong dakwaan mereka mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa menjadi menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.
Satees Muniandy dan David Marshall, pada sidang akhbar di Pulau Pinang pagi ini memberitahu, beberapa pegawai dari Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyoal mereka berhubung perkara itu pada Isnin yang lalu.
"Oleh kerana para pegawai masih bertanya sama ada kami mempunyai bukti, kami akan sediakan dokumen-dokumen berkenaan," kata Sates yang juga setiausaha bahagian DAP Batu Kawan.
Kedua-dua mereka mendedahkan beberapa dokumen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menyokong dakwaan berkenaan.
Dokumen-dokumen berkenaan termasuk surat bertarikh 20 Oktober 2014 daripada syarikat pemaju BHL Construction Sdn Bhd kepada Unit Pelesenan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meminta lanjutan masa (EOT) bagi projek Palace Court di Cheras, Kuala Lumpur.
Kedua-dua mereka menunjukkan kepada media surat bertarikh 24 Oktober 2014 yang ditandatangani oleh Mohamad Yusoff Ghazali dari Bahagian Kawalan Perumahan kementerian itu yang menolak permintaan BHL untuk EOT.

BN diramal menang PRU14?

BN
Kemenangan BN diramal pada PRU14 ini dengan wujudnya beberapa faktor lain yang membantu parti itu terus berkuasa termasuklah sistem pilihan raya yang ada sekarang.
Pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, sistem pilihan raya yang ada sekarang, BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat terus berkuasa.
"BN juga mungkin tidak akan mendapat capai jumlah undi sehingga 40 peratus. Selain itu, lawan tiga penjuru dan persempadanan semula yang ditukar kawasan mengundi dan juga pembahagian kerusi akan menguntungkan BN.
"BN juga mempunyai majoriti undi di kawasan Sabah dan Sarawak memandangkan pembangkang kurang peka terhadap keluhan rakyat di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Sinar Online.
Tambahnya lagi, soal kerjasama pembangkang juga menyumbang kepada kekalahan dalam PRU14 kelak.
"Kalau pihak pembangkang tidak berjaya mengatasi perselisihan mereka, BN akan terus memerintah di peringkat persekutuan atau nasional, DAP dan PKR barangkali akan terus berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.
"Soal Pas pula, parti itu sukar menang di pantai timur tanpa kerjasama pembangkang lain walaupun tidak dinafikan mereka lebih kuat di kebanyakkan kawasan negeri itu.
Menurut Jomo lagi, perselisihan antara pembangkang melayu juga membuatkan BN terus kuat walaupun sudah tidak mendapat sokongan kaum itu lagi.
"Ironinya, akibat perselisihan di kalangan pembangkang melayu membuatkan kedudukan mereka semua akan merosot walaupun kemarahan rakyat melayu terhadap Umno-BN terus meningkat.
"Kedudukan BN akan bertambah kuat walaupun sokongan undinya jauh lebih rendah manakala Pas, PKR, Bersatu dan Amanah semua akan menjadi makin lemah serta dan mungkin beberapa parti akan hancur.
"Keadaan ini akan membuatkan DAP akan timbul semula sebagai pembangkang utama di Malaysia," katanya lagi.

Akhirnya kita ditertawakan selamanya

Negara Korea Selatan menyaksikan bagaimana institusi parlimen memiliki kedudukan yang begitu penting dalam memelihara integriti, urus tadbir yang baik demi menjaga kepentingan awam daripada berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan budaya rasuah.

Paling terkini, presiden negara ini telah disingkirkan melalui proses impeachment (pertuduhan pemecatan) yang mendapat dukungan dan sokongan kuasa rakyat.

Impeachment berkesan untuk menjadi pengawal kepada ketua negara sama ada oresiden ataupun perdana nenteri yang cenderung untuk melakukan salah guna kuasa.
Korea Selatan antara negara maju yang memberikan kuasa pemecatan (impeachment) kepada parlimen sepertimana juga Amerika Syarikat, Jepun dan New Zealand.
Impeachment adalah antara mekanisme perundangan yang menyumbang kepada konsep semak dan imbang dalam memastikan tercapainya urus tadbir yang baik dalam sesebuah negara.
Di negara kita, isu-isu mega seperti 1MDB dan MO1 tidak dizinkan oleh speaker untuk dibahas oleh anggota-anggota parlimen atas alasan subjudis.
Cuba bayangkan, isu yang sangat berkepentingan awam ini berlaku di Amerika Syarikat, Thailand atau Iceland, tentunya nasib ketua negara akan dikafankan oleh parlimen.
Setelah hampir 60 tahun umur parlimen Malaysia, tidak banyak perubahan besar berlaku bagi menganjak paradigma institusi ini sama ada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Istilah rubber stamp bagi Dewan Negara masih kekal dan hanya tradisi yang dilanjutkan. Kalau ada pun pindaan terhadap peraturan mesyuarat masih lagi dianggap urusan runcit dan bukannya reformasi yang bersifat menstruktur.
Pelantikan speaker pula kebanyakannya atas dasar membalas budi dan jasa tokoh-tokoh tertentu, memenuhi kuota parti tertentu atau habuan politik di hujung usia.
Sepatutnya pemilihan speaker diteliti daripada segi keupayaan membuat perubahan, keberanian memecah tradisi usang dan pencetus pemikiran baru demi mengangkat institusi parlimen kita ke mata dunia.

Jawatan speaker bukan hanya mempengerusikan sidang mesyuarat seperti pengerusi PIBG.
Mungkin kita boleh menoleh sejenak beberapa perubahan besar yang telah berlaku di DUN Selangor yang boleh menjadi contoh yang baik.
Hannah Yeoh sebagai Speaker DUN walaupun baru dan masih muda tetapi punya idea besar dan berani bagi meletakkan asas yang mengangkat nama baik DUN Selangor.
Tradisi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) telah diubah. ADUN Pembangkang diberikan peluang mengetuainya.
Peranan institusi ketua pembangkang telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya untuk melakukan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan.
Walaupun masih banyak lagi yang perlu dilakukan, Hannah telah memulakan langkah seorang reformis yang berani.

Bersatu mampu beri impak besar pada politik Perak

Ir Mohammad Nizar JamaluddinIr Mohammad Nizar Jamaluddin
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak yakin penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pakatan Harapan (PH) menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti akan memberikan kesan dan impak besar terutamanya di Negeri Perak kelak.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kehadiran beberapa tokoh besar Bersatu ke Perak seperti Penasihat Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah tentu memberikan kesan besar di sini.
"Amanah Perak melihat usaha menyekat dan cubaan menghalang kehadiran tokoh-tokoh Bersatu ini menandakan bahawa Umno-BN dan sekutunya begitu cemas dan bimbang kehadiran tokoh Bersatu ini ke Perak khasnya dalam tempoh yang terdekat ini," ujarnya.
Nizar yakin kerisauan Umno dan BN terhadap kehadiran tokoh Bersatu yang pernah berjasa kepada negara ini akan mencipta gelombang penolakan rakyat terhadap BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bekas menteri besar Perak itu dipercayai mengulas pembatalan debat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Nazri Aziz yang dijadual berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar 25 Mac ini.

Hadiah pertandingan 'Kit Siang rasis' naik ke RM50,000

Tan Sri Annuar Musa melipatgandakan hadiah untuk pertandingan menulis bertemakan dakwaan rasisme pemimpin DAP Lim Kit Siang kepada RM50,000.
Ketua penerangan Umno mengumumkan perkara itu dalam kenyataan terbaru hari ini, beberapa jam selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya pagi tadi.
“Honorarium/hadiah untuk pihak yangmengemukakan bahan/fakta/penulisan berkaitan pegangan politik YB Lim Kit Siang dinaikkan kepada RM50,000 (hasil sumbangan Hamba Allam),” katanya.
Tajuk pertandingan juga diubah sedikit dengan memasukkan sekali bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kerajaan.

Annuar juga menambah empat kategori untuk pertandingan itu, iaitu tulisan di blog, artikel di media, video pendek dan infografik.
“Sila hantar kepada Jabatan Ketua Penerangan Umno, PWTC, KL. Hadiah hadiah berjumlah RN50,000 menanti anda,” katanya.
Bagaimanapun, katanya penyertaan tidak boleh memasukkan kandungan yang menyalahi undang-undang.

BN abai kebajikan polis, kata Hanipa Maidin

Hanipa MaidinHanipa Maidin
Polis tidak harus lagi mengundi BN memandangkan parti pemerintah itu gagal menjaga kebajikan anggota keselamatan tersebut yang berdepan dengan kos sara hidup tinggi, tegas Hanipa Maidin (Amanah-Sepang).
Beliau ketika mencelah perbahasan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) di Dewan Rakyat semalam berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri itu seperti menyalahkan polis berhubung kemelut hutang yang tinggi.
"Jawapan menteri seolah-olah polis berhutang ini di kandang salah sedangkan laporan akhbar oleh (Gabenor) Bank Negara (Malaysia), Datuk (Seri) Muhammad Ibrahim (memberitahu) paras hutang adalah 89 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) antara tertinggi di Asia.
"Kalau ikut KSU (Ketua Setiausaha), masalah keberhutangan yang tinggi bukan sahaja berlaku pada polis tapi juga pada penjawat awam. Saya tidak dengar langsung jawapan menteri tentang kos sara hidup yang tinggi," ujarnya.
Ketua Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, isu hutang yang membelenggu polis dibimbangi akan mendorong mereka terjebak kepada perkara negatif tetapi beliau turut mengingatkan anggota keselamatan itu tidak harus dipersalahkan sepenuhnya.
"Kita merasakan bahawa kalau polis berhutang tinggi, ini satu yang bahaya, boleh membawa kepada rasuah dan sebagainya.
"Kerajaan adakah terfikir untuk mengenakan pengecualian GST (cukai barang dan perkhidmatan) kepada polis?" soalnya.
Sehubungan itu, Hanipa menyeru golongan polis supaya melakukan perubahan undi dengan menyokong Pakatan Harapan.
"Saya harap polis selepas ini tidak lagi sokong BN. Selalunya, polis ini pengundi tegar BN. BN telah gagal. Kita harus buat perubahan. Sokong Pakatan Harapan," tambahnya lagi.

DAP lapor polis Annuar anjur pertandingan esei “rasis”

Laporan itu dibuat kerana pertandingan esei yang mengaitkan Lim Kit Siang sebagai “rasis” itu akan mencetuskan kebencian dan ancaman kepada keselamatan pemimpin DAP berkenaan.
DAP-reportPETALING JAYA: Seramai 9 ahli DAP termasuk pemimpin utama membuat laporan polis berhubung pertandingan menulis esei anjuran Tan Sri Annuar Musa untuk menunjukkan pemimpin DAP Lim Kit Siang seorang yang rasis.
Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, Ahli Eksekutif Dapsy Dyana Sofya dan Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran antara ahli DAP yang membuat laporan polis di balai polis Damansara hari ini.
Mereka turut membawa plakad yang tertulis “Say no to racism” sebagai bantahan terhadap anjuran Annuar yang menyatakan esei itu perlu menggunakan tajuk “Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?”.
Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang ialah RM10,000 tunai.
Yeo berkata laporan polis dibuat kerana Annuar yang juga ahli Palrimen Ketereh mengadakan pertandingan yang mencetuskan kebencian di kalangan rakyat Malaysia, selain mengancam keselamatan ahli politik veteran Lim Kit Siang.
“Jika orang percaya pembohongan itu, maka beliau (Lim) dalam bahaya,” kata Yeo.
Katanya, walaupun Datuk Zaid Ibrahim juga pernah mengadakan pertandingan sama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri paling teruk di negara ini, tetapi kedua-duanya berbeza.
“Pertandingan dibuat Zaid berdasarkan kepada pencapaian, tetapi apa yang Annuar lakukan berbentuk perkauman dan mencetuskan kebencian,” katanya.
Dyana berkata Annuar pada himpunan Baju Merah 2005, sendiri mengakui dirinya rasis.
“Kami (DAP) bersetuju dengannya tetapi sekarang dia panggil Kit Siang rasis dan pertandingan ini hanya cara biasa Umno menggunakan wang dan penipuan untuk menutup perbuatan sendiri.
“Jika apa dia kata mengenai Kit Siang betul maka dia patut buat laporan polis, tetapi dia tidak buat kerana dia tidak ada bukti,” katanya.
Rajiv berkata itu memang sikap Umno menggunakan kaum untuk meraih sokongan.
“Bila pemimpin buka mulut saja, mereka akan cakap mengenai perpaduan atau perpecahan kaum dan Annuar mempromosikan perpecahan.
“Annuar patut lawan DAP mengenai perkara dasar tetapi dia menggunakan kaum kerana dia tidak ada idea dan menggunakan kenyataan perkauman untuk menakutkan orang dan mengundi Umno. Ini bukan caranya,” katanya.

Wan Hasrina jangan jadi budak suruhan

Wanita Keadilan amat kesal dengan kenyataan Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan. Kami melihat kenyataannya satu gambaran yang salah tentang hubungan kerjasama antara PAS dan Pakatan Harapan di Selangor.

Sebagai seorang Ahli Majlis MPAJ yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab baginya mempertahankan hubungan kerjasama antara parti-parti yang selama ini bekerja keras membangunkan Selangor. Sebaliknya, Wan Hasrina menyerang dan mengutuk Kerajaan Selangor dan Dato' Menteri Besar dengan kenyataan yang tidak berasas. Kami beranggapan, kritikan beliau tidak menggambarkan semangat persefahaman yang dinikmati oleh PAS bersama Pakatan Harapan.

Fakta juga menunjukkan PAS hanya mampu menembusi Selangor selepas bekerjasama dengan Pakatan. Jika tidak kerana gabungn tersebut, PAS mungkin tidak menang apa-apa kerusi di Selangor.

YAB Dato' Seri Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor oleh DYMM Sultan Selangor atas cadangan dan persetujuan rakan-rakan dalam Pakatan dan bukan kerana PAS. Dua puluh lapan daripada 44 Ahli Dewan Negeri daripada Pakatan Harapan telah menyokong dan tiada satu pun daripada PAS. Namun demikian, beberapa ADUN daripada PAS masih diberi jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri atas sifat berlapang dada YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Wanita Keadilan mendesak Wan Hasrina menarik kembali kenyataannya serta-merta. Guna saluran yang betul jika ingin luahkan rasa tidak puashati daripada menjadi budak suruhan Nik Abduh, yang dilihat sangat mesra dengan Umno.

YB Hajah Haniza Talha
Ketua Wanita Keadilan Selangor
ADUN Taman Medan

PAS jadikan Azmin MB, PAS juga boleh ambil kerusi

Azmin dibidas pemikir dan wanita PAS selepas timbalan presiden PKR itu menyindir rancangan mereka menawan Selangor dari partinya
wan-hasrina_azmin-al_pas_selangor_600
PETALING JAYA: Timbalan presiden PKR diingatkan supaya jangan terlalu selesa selepas menyerang PAS kerana mereka yang membantu dan membenarkan beliau dan partinya memerintah Selangor.
Menyifatkan Datuk Mohamed Azmin Ali umpama “kacang lupakan kulit”, Ketua wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan mengingatkan beliau supaya jangan mencabar kesabaran parti Islam.
“Azmin sepatutnya sedar dia pegang kerusi menteri besar atas cadangan PAS. Kalau nak harap parti dia sendiri, namanya langsung tiada dalam senarai,” kata Hasrina dalam kenyataan hari ini.
PKR memimpin kerajaan Selangor, yang disertai PAS, DAP dan Amanah, hasil daripada persetujuan dalam kalangan pembangkang sejak pilihan raya umum ke-12.
Hasrina berkata demikian selepas menteri besar Selangor itu menyindir rancangan PAS untuk menawan Selangor dari partinya.
Baru-baru ini, menjelang PRU-14, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan rancangan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawan Selangor.
“Muslimat Selangor akan akur sekiranya parti memutuskan hubungan dengan PKR dan tiada sebarang kerjasama lagi menghadapi PRU-14 akan datang,” kata Hasrina.
“Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan.”

PAS mungkin ambil balik kerusi Azmin di Gombak

PAS dilapor mahu mengambil kembali kerusi yang menurutnya dipinjamkan kepada PKR di Selangor.
Ini, termasuk parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan kerjasama politik de­ngan PKR, lapor akhbar Umno Utusan Malaysia.
“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubu­ngan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.
“Kalau putus (hu­bungan PAS dan PKR) bukan sahaja di Se­langor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas ceramah di Kota Bharu malam tadi.
Tanpa menamakan, Azmin Selasa lalu mempersendakan kekuatan seorang 'tok lebai' yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.
Nik Abduh kalah teruk dengan 37 undi pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.
Tulisan Azmin itu juga mengundang kemarahan meluas akar umbi PAS.

Pertandingan esei Annuar bersifat menghasut, kata Syerleena

Ahli majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata politik kotor seperti itu benar-benar menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.
Syerleena-Abdul-Rashid_Annuar-Musa_600
PETALING JAYA: Syerleena Abdul Rashid mengkritik tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Annuar Musa yang menawarkan RM10,000 tunai sebahagian hadiah pertandingan menulis esei tentang pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang semalam.
“Ia mengejutkan dan mengerikan, bagaimana dia menggalakkan rakyat Malaysia menyatakan ketaksuban dan kebencian dalam bentuk yang paling keji.
“Dengan menawarkan ganjaran wang untuk ‘pertandingan’ seperti itu, seluruh idea dan konteks pertandingan itu sendiri seperti menghasut,” katanya.
Penolong setiausaha publisiti Wanita DAP kebangsaan itu berkata beliau tidak menyangka ada ahli politik Umno begitu terdesak hingga ke tahap ini dan ia membuktikan bagaimana buruknya moral parti utama itu mentadbir Barisan Nasional.
“Anda boleh bayangkan bagaimana huru-haranya jika keadaan ini sebaliknya, jika parti pembangkang yang memulakan pertandingan seperti itu?,” soalnya.
Semalam, Annuar berkata beliau menganjurkan pertandingan menulis artikel dengan tawaran hadiah RM10,000 tunai kepada sesiapa yang dapat menulis artikel tentang Lim.
Artikel itu haruslah mempunyai kaitan dengan penasihat DAP itu dan diberi tajuk “Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?”.
Syerleena yang juga ahli majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata semua orang tahu Umno sentiasa menuduh DAP, terutamanya Lim sebagai musuh masyarakat di negara ini.
“Perkauman dan kebencian sama sekali tidak ada tempat dalam masyarakat, tetapi itulah faktor yang memastikan Umno terus bertahan,” katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia boleh bersedia untuk melihat lebih banyak cadangan tidak masuk akal dan kelakar daripada Umno dan pemimpin mereka berikutan pilihan raya umum semakin dekat.

Pok Su Nordin: Najib Razak Pembawa Segala Bencana

Mat Sabu: Najib Razak Mengaku Terima 2.6 Bilion Ada Ulamak Yg Sokong

Sikap membisu MP Pas bincang RUU355 di Dewan Rakyat menghairankan

Mohamed Hanipa MaidinMohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin melahirkan rasa hairan dengan sikap ahli-ahli Parlimen Pas yang tidak langsung bangun mencelah ketika hal berkaitan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) dibincangkan di Dewan Rakyat, petang semalam.
Menurut beliau, ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap menggulung perbahasan, perkara berkaitan RUU 355 dibincang hangat.
"Semasa penggulungan daripada YB Datuk Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal agama, berlaku sedikit perdebatan antara ahli parlimen pembangkang dan YB Menteri antaranya isu hukum sebatan Syariah dan isu RUU 355.
"Di kalangan MP Amanah, ada empat daripada enam ahli parlimen yang ambil bahagian berdebat dan tanya soalan dan beberapa ahli parlimen DAP dan PKR juga ambil bahagian.
"Yang bangun daripada Amanah ialah ahli parlimen Parit Buntar, ahli parlimen Shah Alam, ahli parlimen Kuala Terengganu dan ahli Parlimen Sepang," jelas beliau.
Namun Hanipa melahirkan kehairanan kerana tiada seorang pun ahli parlimen Pas yang bangun mencelah walaupun polemik berhubung RUU 355 tercetus ekoran usul rang undang-undang persendirian oleh ahli parlimen Marang yang juga presiden Pas.
"Pelik juga saya, meskipun ahli parlimen Pas bawa (usul) RUU 355 di Parlimen, namun tak ada seorang pun MP Pas yang bangun untuk paling kurang tanya soalan kepada Menteri.
"No problem Pas, MP Umno pun tak ada yang bangun juga tadi. Kan sama!" komen Hanipa di laman sosial semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan melahirkan keyakinan  RUU 355 lebih mudah dilulus jika dibentang wakil kerajaan.
Bercakap kepada Astro Awani di Kota Bharu semalam, Takiyuddin berkata, apabila RUU berkenaan dibawa oleh wakil kerajaan, maka semua ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang terdiri dari ahli Parlimen BN terikat dengan arahan ketua whip BN untuk menyokong usul pindaan berkenaan.
Usul pindaan itu juga akan lebih mudah dibentangkan kerana ia hanya perlu melalui bacaan kali pertama, dan bacaan kali kedua untuk undian, berbanding sekiranya ia dibawa oleh wakil pembangkang, yang perlu notis 14 hari, dan hanya boleh bentangkan selepas rang undang-undang lain wakil kerajaan selesai dibahaskan.
Tambah Takiyuddin, beliau yakin usul pindaan ini akan diluluskan walaupun tanpa sokongan ahli Parlimen dari PKR dan DAP kerana gabungan ahli Parlimen beragama Islam dari BN dan Pas sudah mencukupi untuk mendapatkan majoriti mudah dalam undian pindaan RUU 355 sekiranya ia dibentangkan.
“Saya yakin kita akan dapat cukup (undian daripada) Umno, Pas. Yang bukan Islam ni mungkin dia tak datang dan tak hadir masa hari pengundian.
“Sebabnya satu lagi aspek, RUU 355 ni apabila lulus, undang-undang ini bukan wajib kepada negeri-negeri, negeri ada pilihan nak guna pakai atau tidak. Kalaulah Pulau Pinang tak nak guna pakai pindaan 355, dia tak perlu ambil, dia guna 356 yang sekarang ni.

'Menteri Pemaju': Teresa Kok sedia temui Ku Nan di mahkamah

Teresa kanan ketika bertemu penduduk di pasar pagi.Teresa kanan ketika bertemu penduduk di pasar pagi.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim sedia untuk menyahut cabaran Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor di Mahkamah menggelar beliau sebagai 'Menteri untuk pemaju'.
Menurut Naib Pengerusi DAP itu, gelaran itu bukanlah satu fitnah tetapi gambaran sebenar Tengku Adnan yang lebih mesra syarikat pemaju berbanding rakyat.
Ini kerana jelas beliau, bantahan disuarakan penduduk terhadap projek berdensiti tinggi sebelum ini tidak diendahkan menteri terbabit dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Itu sebab saya panggil Menteri Wilayah Persekutuan sebagai 'Menteri bagi Pemaju' dan bukan untuk rakyat kerana saya ialah wakil rakyat, saya mempunyai tanggung jawab untuk membentangkan suara hati rakyat,” tegas Teresa.
Menurut beliau, pihaknya bukan membantah segala pembangunan di Kuala Lumpur tetapi ia haruslah seimbang dan mampan, bukannya pembangunan tanpa kawalan dan tanpa perancangan.
Tindakan saman menteri itu jelas Teresa akan membuka ruang lebih luas kepada penduduk di Kuala Lumpur untuk bersuara.
“Jika kenyataan ini menyebabkan saya disaman oleh Menteri, ia akan membuka peluang bagi banyak persatuan penduduk di Kuala Lumpur dan anggota Parlimen Kuala Lumpur termasuk saya untuk membentangkan kes-kes kami di Mahkamah, dan membuktikan bantahan rakyat terhadap pelbagai projek berdensiti tinggi di tapak yang tidak sesuai tidak diendahkan oleh DBKL.
“Kami juga akan membuktikan pembangunan tidak terkawal dan tidak terancang di Kuala Lumpur telah  menjejaskan kehidupan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Teresa turut kesal dengan tindakan Ku Nan mengetepikan dan tidak mewartakan 'Kuala Lumpur City Plan 2020'.
Sedangkan 'KL City Plan 2020' jelasnya telah digubal oleh para pakar perancangan bandar dan membabitkan siri pendengaran dengan pembentangan 5,052 wakil.
“DBKL juga telah mendapat 62,224 maklum balas daripada orang ramai. Objektif 'KL City Plan 2020' ialah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia pada tahun 2020,” kata beliau.
Teresa turut mengkritik Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL yang tidak lagi mengikuti kegunaan tanah (zoning) yang termaktub dalam 'KL City Plan 2020' yang akhirnya meluluskan banyak projek pembangunan berdensiti tinggi di kebanyakan tanah yang tidak lagi sesuai dibangunkan.

Annuar buat pertandingan esei macam budak-budak, kata Nurul Izzah

Ahli Parlimen Lembah Pantai menyelar tindakan menganjurkan pertandingan remeh, bukannya memupuk hubungan antara budaya dan menghentikan politik kaum dan kebencian.
nurul-izzah_annuar-musa_600
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar Tan Sri Annuar Musa berhubung cadangannya mengadakan pertandingan esei mengenai Lim Kit Siang, dengan melabelnya sebagai kebudak-budakan dan tidak perlu.
“Perbuatan tidak wajar ini dilakukan oleh ahli Parlimen senior dan bekas menteri.
“Tidak patut dilayan kerana kita sepatutnya menganjurkan hubungan antara budaya dan menghentikan politik kebencian dan perkauman,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas forum di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur-Selangor di sini, malam tadi.
Semalam, Annuar mengeruhkan lagi perbalahan umum dengan Lim dengan menawarkan hadiah RM10,000 dalam pertandingan menulis esei untuk membuktikan ketua Parlimen DAP itu rasis, anti Islam dan diktator.
Ketua penerangan Umno itu berkata artikel itu haruslah mempunyai kaitan dengan penasihat DAP itu dan diberi tajuk “Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?”.
Ahli Parlimen Ketereh itu juga menggesa individu yang membuka akaun Instagram, penulisan blog atau artikel berkaitan Kit Siang, supaya menghantarkan bahan berkenaan di pejabatnya di PWTC sebelum 30 Mei ini.
“Ini peluang anda untuk menang wang, ia bukannya main-main,” katanya.
Nurul yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata pertandingan itu hanya provokasi daripada Umno.
“Saya melihatnya hanya sebagai tindakan provokasi daripada pihaknya. Beliau patut malu dengan dirinya kerana sebagai ahli Parlimen senior dan bekas menteri, begini contoh yang ditunjukkan beliau kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Nurul berkata beliau kecewa dengan perkara itu, kerana ada masalah lebih besar yang sepatutnya ditangani dalam negara pada masa ini.
“Ini termasuk situasi ekonomi yang teruk dan kebergantungan tinggi negara kepada petroleum.
“Pada masa ini, ada keperluan untuk kita menyediakan landskap yang lebih optimistik dan inklusif untuk rakyat Malaysia.
“Sebaliknya, pendirian Annuar tidak seperti itu,” katanya.
Annuar mengadakan pertandingan itu, beberapa hari selepas Lim melabelnya sebagai “bapa segala rasis” dan mencabar ahli politik Kelantan itu menyamannya.

RUU355: Khalid Samad,Dr.Mujahid AMANAH Soal Menteri UMNO

DUN KELANTAN: BAIAH,Ustaz Nasaruddin Daud PAS Bantai Husam Musa AMANAH

Mukhriz sahut cabaran Haris, cadang debat 29 Mac

DFTZ akan diuruskan oleh rakyat M'sia, kata Jack Ma

Rosmah terkejut ucapan 'dipotong' pengacara majlis

Kerajaan belanja RM15 juta anjur forum 2 hari di KL, kata Ong

APA DAN DI MANA SALAHNYA SINDIRAN AZMIN TERHADAP NIK ABDUH?

Marah benarnya nampaknya beberapa kumpulan anak muda dalam Pas kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berikutan sindiran yang ditulisnya melalui twitter terhadap Nik Abduh Nik Aziz.

Dalam tulisannya itu, Azmin menulis "Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur" sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abduh bahawa Pas mahu menawan Selangor dalam PRU 14 yang akan datang ini.

Mereka marah dan mengecam Azmin kerana menganggap beliau telah menghina Islam dan golongan agamawan melalui istilah tok lebai yang digunakannya, sementara yang lain mengatakan Menteri Besar Selangor itu seperti mencurahkan minyak kepada hubungan Pas-PKR yang sedikit bermasalah ketika ini.

Adakah Azmin salah dan di mana salahnya beliau dalam tweetnya itu?
Jika diperhalusi dan anak-anak muda Pas dapat bersikap rasional serta matang, tiada yang salahnya dalam tulisan Azmin itu.

Pertama, beliau hanya memberi reaksi kepada kenyataan Nik Abduh mahu merampas Selangor sedangkan Pas sudah berada dan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri ketika ini.

Jika tindakan Azmin dianggap tidak wajar, apakah keceluparan Nik Abduh itu sesuatu yang wajar?

Yang kedua, di mana yang dikatakan Azmin menghina Islam dan golongan agamawan melalui istilah tok lebai yang digunakannya?

Bukankah tok lebai adalah panggilan biasa dalam masyarakat kita dan ia sudah diterima sebagai sebutan harian yang merujuk kepada mereka yang selalu berserban dan berkopiah putih?

Jadi, apa salahnya Azmin menggunakan istilah tok lebai dalam ayatnya "Ada tok lebai nak tawan Selangor"?

Berbanding ayat tok lebai yang ditujukan kepada Nik Abduh yang memang selalu berserban dan berkopiah putih, tidakkah kenyataan Ketua Pemuda Pas itu mahu merampas Selangor, lebih jelas salahnya dari segi etika di ketika Pas dan PKR masih duduk sebumbung dalam kerajaan negeri?

Yang ketiga, apakah sebenarnya yang membuatkan golongan pemuda Pas begitu tersinggung, lalu mengecam Azmin, adakah ia disebabkan istilah tok lebai yang digunakannya atau kerana beliau  menyebut "Kawasan sendiri pun kalah tersungkur"?

Apa pula salahnya Azmin menyebut mengenai kalah tersungkurnya Nik Abduh dalam pemilihan Pas kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini sedangkan ia adalah fakta yang benar dan kejadian yang sahih?

Dalam hal ini, golongan pemuda Pas seharusnya sedar mereka adalah sebuah parti politik yang tidak akan sunyi daripada serangan, kecaman atau sindiran pihak lain. Menyebut istilah tok lebai dan mengungkit kekalahan seseorang bukanlah besar sangat dosanya, kalau pun ia dikira perbuatan yang berdosa.

Tidak usah melatah berlebih-lebihan dan menunjukkan ketidakmatangan dalam berpolitik.