Khamis, 23 Mac 2017

JOM MASUK PERTANDINGAN....

Sementara santai-santai menunggu debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz pada 7 April depan dan tidak diketahui sama ada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya, rakyat Malaysia kini dihidangkan pula dengan dua pertandingan menulis karangan atau esei oleh dua ahli politik.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang dicabar oleh Lim Kit Siang agar menyamannya berikutan digelar bapa segala rasis, menganjurkan pertandingan itu untuk membantunya mendapatkan bukti-bukti yang menunjukkan adakah benar Ahli Parlimen Gelang Patah itu  seorang yang rasis, anti Islam dan dikenali selama 51 tahun sebagai diktator?

Kata beliau, tujuannya menganjurkan pertandingan itu ialah kerana mahukan orangramai membuat penyelidikan mengenai Lim Kit Siang memandangkan  beliau sendiri tidak mempunyai cukup masa untuk berbuat demikian.
Annuar menawarkan hadiah RM10 ribu kepada pemenang yang dapat menampilkan fakta dan bukti paling tepat dan menarik dalam karangan mereka.

Tarikh tutup pertandingan ialah 31 Mei dan penyertaaan boleh dihantar terus ke pejabat Ketua Penerangan UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.

Susulan kepada pertandingan yang diinisiatifkan oleh Annuar itu, bekas menteri yang kini menjadi ahli DAP, Zaid Ibrahim turut tampil menganjurkan satu lagi pertandingan menulis karangan atau esei juga.

Menawarkan hadiah RM10 ribu, sama seperti yang diberikan oleh Annuar, tajuk karangan bagi pertandingan yang dianjurkan oleh Zaid ialah "Najib PM Paling Teruk" bagi negara ini.

Kata beliau, mereka yang menulis karangan mengenai Perdana Menteri dalam pertandingan yang dianjurkannya mestilah "jujur dan penuh tragis" dalam menggambarkan kegagalan dan sifat sebenar Najib memimpin negara.

ANTARA HUSAM DAN TAKIYUDDIN: SIAPA JANTAN SIAPA BETINA?


Catatan: Sudah lama saya menyiapkan artikel pendeknya ini, pada 9 Februari lalu. Tetapi saya simpan dan tidak melepaskan dalam blog. Hari ini adalah dirasakan masa terbaik untuk melepas artikel ini. Ada dua sebab, pertama Presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut Husam bakal diletakkan Amanah di parlimen Kota Bharu.
Kedua, malam tadi dalam ceramah di Cherang, Kota Bharu, Takiyuddin menyerang Husam agak keras juga. Wassalam. [23/03/17 2:15 pm)


Memetik maklumat Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Agung parti agama (Pas), Takiyuddin Hassan akan kekal bertanding di parlimen Kota Bharu pada Piraum ke-14 nanti. Kata Cikgu Rahim, Takiyuddin sudah membuat jaminan itu untuk berhadapan dengan Husam Musa.
Takiyuddin Hassan
Husam Musa
Ada munasabah kalau Takiyuddin mengambil tanggungjawab itu. Sudah tentu keputusan pilihan raya lalu memberi keyakinan kepada anak kelahiran Sik, Kedah yang merantau mencari makan dan membina kerjaya di Kelantan itu untuk berasa yakin dapat mengekalkan kerusi berkenaan.
Khabarnya Takiyuddin juga sedia untuk menanti kunjungan Husam ke Kota Bharu.

Pada Piraum ke-13 Takiyuddin menang di kerusi itu buat pertama kali apabila mengalah, Muhamad Fatmi Che Salleh dari Umno dengan majoriti 15,970.
Beliau mendapat 40,620 undi manakala Fatmi 24,650. Sebelum ini kerusi parlimen Kota Bharu disandang oleh Cikgu Wan Abdul Rahim dengan mengalahkan calon Umno yang sama dalam Piraum ke-12 dengan majoriti 11,288.
Wan Rahim mendapat 32,129 undi manakala Fatmi 20,841. Majoriti diperolehi Wan Rahim kurang 4,682 berbanding dengan diperolehi Takiyuddin. Majoriti besar diraih Takiyuddin itu tidak boleh dibanggakan kerana waktu itu Pas bergabung dengan PKR dan belum berpecah seperti hari ini. Mungkin kalau Takiyuddin kekal di Kota Bharu keadaan berbeza.
Wan Abd Rahim
Kawasan Kota Bharu merupakan kawasan urban yang mempunyai peratus pengundi berpengetahuan dan celik maklumat. Sebagai kawasan bandar para pengundinya tidak berfahaman kolot dan terikat dengan dogma parti politik baik Umno maupun Pas. Atas kapasiti itu, mana-mana parti tidak mudah memperbodohkan pengundi dengan fatwa atau pun hujah-hujah bersifat konsevertisme agama.
Selepas tahun 1990, kawasan Kota Bharu merupakan kawasan kubu pembangkang yang dibina bersama oleh Semangat 46 dan Pas. Selepas Semangat 46 hilang ia diambil oleh PKR. Walaupun PKR baharu muncul tetapi ia dimenangi oleh PKR menerusi calonnya Ustaz Ramli Ibrahim (Allahyarham). Kemenangan Ramli itu hasil dari kepaduan undi Pas yang disokong undi PKR.
Tahun 2004 baharu kerusi ini dapat dirampas semula oleh Umno menerusi calonnya Zaid Ibrahim. Zaid mempunyai pengaruh tersendiri di kawasan ini memandangkan latar belakangnya dan juga penanaman budi dilakukan menerusi sebuah Yayasan kebajikan diusahakan isterinya. Kebetulan pula lawan Zaid, Nik Mahmud Nik Hassan yang buta dalam parti politik.
Dalam pilihan raya 2008 kerusi ini dirampas oleh Cikgu Rahim (Pas).  Kejayaan beliau sebagai wakil rakyat ini dengan kombinasi beliau selaku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Wan Rahim membina kekuatan dan Kota Bharu menjadi kubu Pas. Pengaruh peribadi Cikgu Rahim di Kota Bharu tidak dapat diatasi oleh mana-mana tokoh Umno di kawasan ini kecuali Zaid Ibrahim.
Dalam Piraum lalu Wan Rahim tinggal kerusi parlimen Kota Bharu untuk beri laluan kepada Takiyuddin yang sebelum ini menyandang kerusi Dun Bunut Payung dua penggal. Pada Piraum ke-13 itu Takiyuddin ditolak di Bunut Payung ekoran kurang memberi perhatian kepada rakyat, dan menyerah kepada Cikgu Rahim mengurusnya. Gara-gara itu beliau ditolak oleh penyokong Pas di Bunut Payung menyebabkan beliau tidak ada kerusi untuk ditandingi.
Menyedari masalah itulah Cikgu Rahim sedia menyerahkan kerusi parlimen Kota Bharu untuk Takiyuddin dan beliau sendiri sedia dicalonkan untuk menentang Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang, tetapi kalah. Tindakan diambil Cikgu Rahim itu merupakan satu pengorbanan demi survive politik Takyuddin yang dianggap sebagai adiknya.
Jika hendak dikira yang sepatutnya mudik ke Hulu Takiyuddin bukan cikgu Rahim. Takiyuddin masih muda berbanding dengan cikgu Rahim dan juga sebagai peguam yang hebat di Kelantan. Tetapi kenapa cikgu Rahim. Cikgu Rahim tidak membantah bila dihantar ke Gua Musang, tidak seperti mana Takiyuddin membantah dan jadi macam kucing jatuh anak apabila namanya tidak lekat di Bunut Payung. Jika bukan kerana pengorbanan cikgu Rahim sudah pasti Takiyuddin tidak lagi bergelar YB.
Itulah pengorbanan dan jiwa besar Cikgu Rahim dalam politik. Ianya besar dan sesuatu yang harus dikenang khasnya oleh mereka yang baharu menerjun diri dalam arena politik. Beliau tidak mencari tempat selamat, tetapi sedia dicalonkan di mana-mana sahaja. Cikgu Rahim adalah hamba setia dan bomoh besar dalam politik Pas. Keampuhan dan dan keulitan itulah menjadikan Cikgu Rahim sebagai “mahaguru” politik di Kelantan, khasnya semasa berada dalam Pas. Dengan “kemahaguruan” itulah juga bekas Speaker itu membangun Parti Amanah kini, yang diejek dan ditejel tetapi kini sudah mulai digeruni akan sengatnya.
Sebenarnya tidak layak ustaz-ustaz muda “juz amma” dalam Pas menghina Cikgu Rahim. Semasa mereka  dalam bedungan ibu lagi, cikgu Rahim sudah meranyai ke segenap pelusuk di Hulu Kelantan menubuhkan dan menghidupkan Pas. Saya selalu kata bahawa cikgu Rahim adalah aset kepada parti agama itu, tetapi ia tidak pernah diberi perhatian. Kemajuan dicapai Amanah kini ia adalah atas usaha cikgu Rahim yang digemuksuburkan oleh Husam yang juga dianggap adiknya.
Berbalik kepada kerusi parlimen Kota Bharu tadi, Husam sudah pun membayangkan dia akan bertanding di kerusi berkenaan. Naib Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed sudah pun menegaskan Amanah akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian. Semasa berceramah di Selising Husam membayangkan dia akan bertanding di Kota Bharu.
Ertinya cabaran Takiyuddin yang sedia menanti kunjungan Husam ke Kota Bharu sudah pun bersambut. Ia bagaikan terpancat silat langkah pun terbuka. Semua pemerhati politik kini sedang menumpu kepada Kota Bharu. Sehingga saat artikel ini ditulis, belum ada sepatah jawaban dan komen daripada Takyuddin Hassan. Apakah anak Sik itu sudah takut?
Jika berlaku perlawanan antara Husam – Takiyuddin dalam Piraum ke-14 ia adalah pertemuan yang bakal menarik perhatian ramai.
Secara peribadi saya berharap sangat kedua orang ini bertempur di Kota Bharu. Hendaknya Takiyuddin tidak akan mencari helah untuk mengelakkan bertembung dengan Husam dan merisik mana-mana kawasan selamat di luar Kelantan. Parti agama itu sendiri patut menguncikan Takiyuddin di Kota Bharu. Kenapa saya menanti pertembungan mereka berdua. Sebab segala dendam politik yang wujud antara keduanya boleh dilunasi dalam pertandingan itu nanti.
Mereka berdua kawan yang boleh disifatkan seperti adik beradik kebetulan pula rapat dengan saya. Saya tahu cara Husam makan dan cara Takiyuddin makan. Namun diam-diam mereka saling “keret mengeret” ekor antara satu sama lain. Takiyuddin menerusi jawatan Setiausaha Agung banyak memain peranan untuk melihat Husam terpinggir?
Semasa Husam berhadapan dengan segala macam fitnah dalam rangka melemparkannya dalam Pas, si adik ini langsung tidak bercakap menjelaskan keadaan apa lagi membela Husam. Bahkan dalam beberapa kenyataan dan aksi Takiyuddin seakan mahu segera Husam dinyahkan dari Pas. Pelbagai pekeliling yang direka oleh Takyuddin untuk menekan Husam.
Sewaktu mereka berdua “berkeduh” hati saya pernah untuk mendamaikannya. Namun usaha saya sia-sia sahaja. Kedua pihak seperti tidak mudah untuk melupakan apa-apa yang berlaku menyebabkan hubungan mereka renggang. Perbezaan pendapat dan ghairah membina pengaruh menyebabkan keduanya terus berada dalam ketegangan. Saling “keret mengeret” ekor terjadi dalam diam.
Jadi kalau mereka berdua beradu kekuatan dan tenaga politik dalam Piraum akan datang ia adalah molek sekali. Setidak-tidaknya ia memberi jawaban kepada umum antara mereka berdua siapa yang popular dan diterima rakyat. Usah bertanya siapa yang benar. Takiyuddin tidak perlu gerun kerana kedudukannya tinggi dalam Pas sebagai Setiausaha Agung. Husam sebelum ini hanya Naib Presiden Pas sahaja. Kini dalam Amanah menjadi Penasihat Amanah.
Kedua mereka mempunyai ciri-ciri hampir sama. Usia hanya beza dua tahun sahaja, Husam lebih tua daripada Takiyuddin. Husam 58 Taki 56. Keduanya graduan Universiti Malaya. Takiyuddin dalam bidang undang-undang, manakala Husam dalam bidang ekonomi. Husam pernah jadi Ketua Pemuda Pas, manakala Takiyuddin naibnya. Husam juga pernah jadi Exco dua penggal, Takiyuddin juga Exco dua penggal. Husam pernah jadi ahli Parlimen, Takiyuddin kini ahli Parlimen Kota Bharu.
Sebenarnya keduanya tidak banyak beza kecuali dari segi kegemaran dan jumlah isteri. Takyuddin minat dengan motosikal besar, Husam pula minat dengan haiwan, bunga-bunga dan alam sekitar. Takiyuddin pernah menjadi presiden persatuan bolasepak Melayu Malaysia, melawat ke luar negara untuk mencari reka bentuk stadium, Husam pula ke luar negara untuk menjejaki tokoh-tokoh perjuangan Islam dan juga lokasi bersejarah disebut dalam Quran. Melakarkan stadium di Selising tanpa pun melawat stadium di Eropah dan Russia.
Perbezaan paling ketara di antara keduanya, Takiyuddin suka kereta mewah, Husam pula suka dengan buku-buku. Jumlah buku-buku dimiliki Husam nilainya lebih mahal dari nilai kereta yang dimilikinya. Semasa meninggalkan Exco Takiyuddin dapat Mercedez, Husam pula tidak ditawarkan apa-apa kereta sebagai sentimental valuenya menjadi Exco.
Jika mereka bertembung di Kota Bharu, agak-agaknya siapakah yang akan menang? Bersambung di keluaran akan datang. Dalam episod analisa kawasan-kawasan pilihan raya. Horas.

Sejarah Tak Pernah Menipu Di era pemerintahan Najib..


2011: Seluas 217 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar (S'pore) dah tergadai kepada S'pore.

2017: Tak mustahil 4,000 pekerja KTMB bakal hilang kerja jika pengoperasian tren, kargo dan lokomotif KTMB diambil alih oleh syarikat swasta.

Wang Rakyat Untuk Kroni Umno@Bn.....

KERAjaan terpaksa potong subsidi rakyat, potong bajet universiti atas alasan kerajaan mengalami kekangan kewangan negara ketika ekonomi negara dlm keadaan tak menentu..

Setelah rakyat dikenakan GST, KENAPA KERAjaan boleh pula biaya 92% dari keperluan pembiayaan projek bina hotel mewah St Regis Langkawi itu adalah dari wang rakyat ??

JIKA GUNA WANG RAKYAT, berapa kerat sahaja rakyat sanggup utk menginapi hotel mewah tersebut ??!

** Rosmah Mansor bersama2 Tan Sri Peter Sondakh (berbaju ungu) di majlis pecah tanah St. Regis Langkawi.

Bajet Boros Kerajaan Umno@Bn.......

Jika keborosan, ketirisan& penyalahagunaan dana rakyat masih berlaku, byk macam mana pun bajet diperuntukkan tak akan cukup2..

ADAKAH penggunaan dana rakyat sebanyak RM305 juta utk membiayai projek Hotel Mewah Langkawi Dan LICC milik Peter Sondakh itu termasuk dalam bajet negara ??!

DAH 3 MINGGU Najib & kerajaan masih membisu tiada jawapan penjelasan setelah projek mewah hotel St Regis Langkawi itu didedahkan baru2 ini..

Pas bertanding semua kerusi di Selangor

KOTA BAHRU - Pas mengatur strategi menawan Selangor dengan tidak menolak kemungkinan meletakkan calon di semua kawasan yang memiliki 40 peratus pengundi Melayu.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, kajian parti itu mengambil kira senario politik semasa termasuk saingan tiga penjuru melibatkan Pas, BN dan Pakatan Harapan.
Mohd Zuhdi Beliau berkata, Pas Selangor juga hampir pasti menambah kerusi Dun dan Parlimen untuk ditandingi, termasuk meletakkan calon di kawasan yang ditandingi DAP dan MCA.
"Tidak dinafikan di Selangor  tidak seperti negeri lingkaran (pengundi) Melayu, walaupun Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyindir kita, Pas ada strategi dengan menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang berpotensi di mana pengundi Islam 40 peratus ke atas.
"Contohnya, Dun Sungai Pelek, Parlimen Sepang, disitu DAP lawan MCA, sebenarnya pengundi Melayu ramai, sekiranya parti itu terus tolak RUU 355,  kita akan letak calon," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di Cherang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz  mengesahkan parti itu akan menjadikan Selangor termasuk lima negeri sebagai sasaran untuk ditawan dalam PRU14 nanti.
Kenyataan itu menyebabkan Azmin membuat serangan balas dengan menyindir Pas khususnya Nik Abduh yang berhasrat menawan Selangor walaupun kalah dalam pemilihan kawasan Pas Pengkalan Chepa.
Mengulas status kerusi Pas yang ditandingi PKR sebelum ini, Zuhdi berkata, keputusan itu bergantung kepada Muktamar Pas sama ada hubungan dua parti itu masih terjalin atau sebaliknya.
"Setakat ini kita masih ada hubungan, sekiranya muktamar buat keputusan putus hubungan, status quo kerusi  itu akan hilang. Kalau muktamar dan majlis syura buat keputusan, bukan setakat Selangor, kerusi di Kelantan seperti Tanah Merah, Machang dan beberapa tempat lain juga kita ambil," katanya.

Tidakkah membazir belanja RM15j untuk forum 2 hari, tanya PKR

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata, beliau difahamkan penganjuran Forum Transformasi Global (GTF) 2017 menerima peruntukan khas sebanyak RM15 juta daripada kerajaan.
"Tidakkah sejumlah RM15 juta bagi forum yang berlangsung hanya selama dua hari (dari 22 hingga 23 Mac 2017) itu merupakan suatu pembaziran.
"RM15 juta itu jika dapat dijimatkan oleh kerajaan, pastinya akan dinikmati oleh rakyat dalam bentuk subsidi, apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
"RM15 juta adalah satu jumlah kerugian yang besar sekiranya acara tersebut diadakan hanya untuk mendengar perbincangan. Penghapusan subsidi demi subsidi menunjukkan kekangan kewangan kerajaan dan ini bakal menyaksikan kenaikan harga," kata beliau dalam kenyataan.
Semalam, dalam ucaptama beliau semasa GTF, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini meningkat sedikit berbanding 4.2 peratus yang dicapai tahun lepas.
"Kita menjangka angkanya naik sedikit tahun ini, dan (pertumbuhan) akan meningkat pada 2018. Angka ini menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang lebih berganda daripada kadar yang diunjur Dana Kewangan Antarabangsa bagi ekonomi maju pada tempoh yang sama," kata Najib.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga penasihat strategik ketua menteri Pulau Pinang berkata, penganjuran acara itu seolah-olah kerajaan mahu mewujudkan platform untuk Najib mempromosikan dirinya sendiri kepada rakyat.
"Walaupun GTF dilihat sebagai platform pemimpin atau individu dunia yang secara tidak langsung melibatkan diri dan berkongsi pengalaman tetapi dapatkah Najib memperolehi manfaat bagi memacu transformasi negara setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Inflasi dijangka naik hingga 4% pada 2017

Harga minyak dunia yang tinggi dan susut nilai ringgit menyebabkan kenaikan harga runcit bahan api dalam negeri
bnm-inflas
KUALA LUMPUR: Inflasi dijangka meningkat antara 3% dan 4% pada tahun 2017, kesan kenaikan harga minyak global ke atas harga runcit bahan api dalam negeri.
Inflasi negara kekal rendah pada 2016 dan tidak berubah pada tahap 2.1% seperti 2015.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), inflasi ini didorong oleh faktor kos, dan dijangka tidak akan berubah dengan ketara dan prospek inflasi dijangka sederhana.
“Bagaimanapun, inflasi yang didorong oleh faktor kos ini dijangka tidak menyebabkan kesan limpahan yang besar kepada trend harga yang lebih meluas, memandangkan keadaan permintaan dalam negeri adalah stabil.
“Oleh itu, inflasi dijangka hanya meningkat dengan sederhana,” menurut BNM dalam Laporan Tahunan 2016 yang dikeluarkan hari ini.
BNM berkata harga minyak dunia dijangka meningkat pada 2017 berikutan keputusan negara anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan juga beberapa negara pengeluar minyak yang lain, untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah mereka bagi mengurangkan lebihan bekalan minyak global.
“Harga minyak dunia yang lebih tinggi ditambah susut nilai dalam kadar pertukaran ringgit, akan menyebabkan kenaikan dalam harga runcit bahan api dalam negeri.
“Selain faktor minyak, faktor kos global yang lain juga dijangka memberikan sedikit tekanan menaik kepada inflasi dalam negeri,” kata BNM.

'Saya masih menuntut ketika skandal forex' - Gabenor Bank Negara

Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata beliau masih menuntut ketika bank pusat itu mengalami kerugian besar berikutan perdagangan pertukaran asing pada awal tahun 1990-an.
"Untuk memberikan perspektif kepada anda apa yang berlaku kira-kira 25 tahun lalu. Saya masih menuntut, timbalan saya mengambil PhD. (Penolong Gabenor) Jessicca (Chew) masih (mengikuti) ijazah," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata hanya seorang daripada semua pegawai-pegawai kanan Bank Negara yang bersama dengan bank pusat itu ketika kejadian tersebut berlaku.
"Kami akan  lakukan sedaya upaya untuk membantu, tapi jika anda tanya kami apa yang berlaku pada masa itu, kita hanya boleh beritahu anda (apa yang kami ketahui) berdasarkan dokumen yang kita ada. Itu sahaja," katanya.
Beliau berkata pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian Bank Negara yang dilantik oleh kabinet telah bertemu kakitangannya.
"Pasukan petugas akan memanggil pasukan kami dari masa ke semasa. Malah interaksi pertama berlaku minggu lepas," katanya.
Beliau berkata pasukan petugas itu diberikan tiga bulan untuk menyediakan satu laporan mengenai perkara itu.
Muhammad, 57, dilantik sebagai gabenor pada Mei 2016.

Bukannya RUU 355 tapi soal poket rakyat

Ribut RUU 355 yang dimainkan Pas tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat.Ribut RUU 355 yang dimainkan Pas tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat.
Pemuda Amanah Nasional berpendapat majoriti rakyat di negara ini lebih terkesan dengan kenaikan kos sara hidup berbanding teruja untuk meningkatkan had hukuman Mahkamah Syariah.
Exconya, Mohd Ammar Atan berkata, 'ribut' berkaitan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang cuba ditiupkan pihak Pas tidak lebih sekadar gimik politik demi kepentingan parti itu kerana jelas tidak berpijak pada realiti ditempuhi rakyat. 
"RUU 355 telah  menjadi polemik politik sehingga menyamakannya dengan undang-undang hudud. Padahal, RUU 355 hanya berkaitan dengan meningkatkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah.
"Prioriti meningkatkan duit poket rakyat dari dibelenggu kos sara hidup adalah lebih utama dan mendesak berbanding hal meningkatkan had hukuman Mahkamah Syariah," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Ammar AtanAmmar AtanBeliau mengulas hasil kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang dibentangkan hari ini dengan antara lain mendapati sejumlah 70.1 peratus pengundi Melayu tidak tahu mengenai RUU 355.
Sehubungan itu, Ammar berkata, kaji selidik melibatkan 43,030 pengundi Melayu/Bumiputra Islam itu satu petunjuk penting untuk anggota Parlimen dalam proses membuat keputusan yang harus bersandarkan suara rakyat di akar umbi.
"Sebagai sebuah negara demokrasi, banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, tanpa melalui fasa apa yang rakyat mahu," tambahnya lagi.

Wan Azizah imbau PAS di zaman Fadzil Noor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengimbau kenangan pada zaman reformasi apabila PAS ketika itu menyertai gabungan pembangkang dan membentuk Barisan Alternatif.
Menurut anggota parlimen Permatang Pauh itu, PAS sewaktu dipimpin Allahyarham Datuk Fadzil Noor memberi sokongan kepada gerakan reformasi sehingga pembangkang mendapat sokongan tinggi pada pilihan raya umum.
"Pada tahun 1999, saya lihat attitude PAS di bawah (pimpinan) arwah Fadzil Noor, (pembangkang) mendapat sokongan selepas beliau (Fadzil Noor) menyokong reformasi.
"Pembangkang pada waktu itu, PAS menyokong kami semua dan mendapat (sokongan) paling tinggi dalam pilihan raya umum.
"Itu komen saya. Eloklah kita bersama untuk menjatuhkan BN," kata presiden PKR itu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita ketika ditanya mengenai tindakan beberapa PAS kawasan yang membuat usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Ahad lalu, PAS Permatang Pauh mencadangkan parti Islam itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui usul yang dibuat di Mesyuarat Tahunan PAS Ke-40 kawasan itu.
Selain Permatang Pauh, usul sama juga dibuat oleh PAS Bayan Baru.
Dilaporkan juga, Pemuda PAS Kuala Selangor serta Tumpat turut meluluskan usul sama untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Keputusan sama ada PAS akan meneruskan tahaluf siyasi bersama PKR akan diputuskan pada Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Kedah April depan.

Muslimat Pas Selangor berang label Azmin lupa daratan

Wan Hasrina HassanWan Hasrina Hassan
Selepas beberapa Pemuda Pas Kawasan di Selangor menyerang Menteri Besar Selangor ekoran insiden Twitter 'lebai', sayap wanita parti mesra Umno-BN di negeri itu pula menganggap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaikan 'kacang lupakan kulit'.
"Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan. DMPNS (Dewan Muslimat Pas Selangor) menyifatkan DS Azmin umpama kacang lupakan kulit dan tidak tahu menilai erti persahabatan sejati," tegas Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Azmin wajar sedar keberadaannya di kerusi panas itu adalah atas cadangan daripada Pas.
"Kalau nak harapkan daripada parti beliau sendiri (PKR), langsung nama beliau tiada dalam senarai," tempelaknya.
Menurut Wan Hasrina, sindiran Timbalan Presiden PKR itu terhadap kekalahan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan parti di Pengkalan Chepa sebagai mencabar kerjasama politik antara kedua-dua parti itu.
Lebih mengejutkan, beliau turut mengakui status kerjasama Pas dan PKR sudah mula retak ekoran tindakan pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini.
"Saya bangga dengan YB Nik Abduh, walaupun beliau tewas dalam pemilihan tersebut tetapi beliau terus istiqamah di dalam Pas.
"Sikap yang sebeginilah yang sepatutnya ada pada diri setiap pejuang Pas yang ikhlas untuk berjuang kerana Allah bukan kerana pangkat dan kedudukan," ujarnya.
Sehubungan itu, Wan Hasrina menyampaikan mesej bernada garang kepada Azmin berkaitan permuafakatan politik antara Pas dan PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
"Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor memberi amaran keras terhadap Datuk Seri Azmin Ali dan PKR bahawa muslimat Selangor akan akur sekiranya parti memutuskan hubungan dengan PKR dan tiada sebarang kerjasama lagi menghadapi PRU14 akan datang.
"Sekali lagi DMPNS memberi peringatan kepada DS Azmin supaya jangan mencabar kesabaran kami dan jangan merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang," tegas Wan Hasrina lagi.
Kelmarin, tanpa menamakan sesiapa Azmin dalam Twitternya menulis tentang hasrat 'tok lebai' untuk menawan Selangor.
“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” kata Azmin ringkas.
Kebetulan, Nik Abduh dilapor memberitahu pihaknya bersetuju untuk PKR menerajui Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi hal itu tidak akan sentiasa kekal.

Annuar akui media sukar tangkap 'mangsa'

RM10,000 buat IG Lim Kit Siang rasis, anti-Islam,diktator - Annuar Musa

Wan Azizah tinggal pesan buat PAS

Salahuddin Ayub: Lawan Kezaliman Najib Razak & BN Bersama Pakatan Harapan

Mat Sabu: Melayu Yang Tipu Melayu Selama Ini Tapi Yang Dipersalahkan DAP

Takiyuddin Hassan: Tun Mahathir(Tun M) Kepala Lawan Hudud, Fitnah Oleh Husam Musa & AMANAH

Ustaz Nasaruddin Daud: Lompat Parti,Isteri Husam Musa AMANAH Tertalak

Dr.Mohd Zuhdi Marzuki: DAP Parti Kristian Zionist,Perkauman,Parti Maksiat

"Kalau JAWI nak tangkap 'Raja Bomoh', kita bantu," kata IGP

Dua sebab kenapa kerajaan ambil alih RUU 355 - Rafizi

PPBM sebuah parti bercelaru - Takiyuddin

RUMUSAN KAJISELIDIK: Pengundi Tak Hirau Isu RUU355

Noh gelar PAN, MP AMANAH 'berang'

Pandikar digesa pertimbang larangan di lobi

Larangan Media: Wan Azizah utus surat 'rayu' pada Pandikar

Usul RUU 355 Abdul Hadi menggelongsor ke kedudukan ke-11

Usul RUU 355 Ahli Parlimen Marang berada di kedudukan ke 11 dalam penyata Dewan Rakyat hari ini.Usul RUU 355 Ahli Parlimen Marang berada di kedudukan ke 11 dalam penyata Dewan Rakyat hari ini.
Rang Undang-undang Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 1965 atau RUU 355 jatuh ke kedudukan ke-11 daripada ke-6 sebelum ini.
Ini ekoran tindakan kerajaan memasukkan lima rang undang-undang baharu dalam senarai usul yang perlu dibincangkan pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang sekarang.
Antara rang undang-undang baharu itu adalah Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2016 oleh Menteri Kewangan; Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Dua lagi rang undang-undang baru yang bakal dibentangkan adalah Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 oleh Menteri Pendidikan Tinggi; dan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menggelongsor ke kedudukan ke-11 dalam senarai usul, jelas peluang Abdul Hadi yang juga Presiden Pas untuk membentangkan usul RUU 355 buat kali ketiga setelah ditangguhkan beliau sebanyak dua kali tidak kesampaian pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Apatah lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Kerajaan BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Parlimen kali ini.
Dipetik Utusan Malaysia, 18 Mac lalu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini.
Timbalan pengerusi BN itu berkata, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan “rakan baru” yang pernah menjadi musuh politik untuk bersama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.
“RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita.
“‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” jelasnya.

MENTERI, PEMIMPIN POLITIK PRO-BN, EDITOR KINI DISERANG ‘VIRUS KERONGKONG’???

Jualan akhbar menurun tidak apa. Jumlah penonton televisyen merosot juga tidak apa.
Bagi bos-bos akhbar dan media prokerajaan, apa yang berlaku ketika ini tidak mengapa, asalkan mereka boleh terus duduk di kerusi empok.
Nasib dan masa depan pemberita yang bertugas dengan mereka walaupun berada dalam keadaan ‘telor di hujung tanduk’ akibat jualan akhbar, pendengar radio yang berkurangan  dan jumlah penonton televisyen yang menurun tidak menjadi soal.
Asalkan syarikat terus beroperasi, mereka tidak akan terjejas.
Kini penyakit baru pula yang datang, iaitu pemberita disekat untuk berada di lobi Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagi editoritupun tidak apa.
Sedangkan sebelum ini, malah ketika penulis membuat liputan di Parlimen dan kemudian bekerja di Parlimen antara 1980-an hingga 2006, adalah kebiasaan berpuluh petugas media dari pelbagai agensi berkumpul di lobi Parlimen.
Mereka berkumpul berhampiran beberapa pintu masuk ke Dewan Rakyat bagi menjalankan tugas mereka sedangkan pusat media pula terletak di tingkat bawah bahagian belakang bangunan Parlimen.
Mereka tidak akan bersuara kerana menjaga kedudukan mereka.
Bagi mereka, buatah apa pun, buatlah sesuka hati terhadap pemberita, khususnya anak buah mereka, asalkan jangan kacau kedudukan mereka di kerusi empok dan gaji besar mereka tidak diganggu, sudahlah.
Begitu juga dengan pemimpin politik kerajaan, mereka tidak akan bersuara. Bersuara nanti akan mendapat padah.
Yang Dipertua Dewan Rakyat mungkin sudah mendapat ‘lampu hijau’ bos mereka. Nanti kalau berusara, kelak ‘terpijak wayar’ susah pula.
Menteri yang jaga tugas dan kebajikan pemberita, isi kandungan berita atau maklumat pun sudah tidak boleh diharap. Tidak akan bersuara untuk membela pemberita dan nasib mereka.
Pandikar Amin Mulia,,,larang pemberita di lobi Parlimen
Menteri lain yang menjaga kepentingan Parlimen, institusi media atau juga penyaluran maklumat tidak akan membuka mulut dan akan sepi ‘seribu bahasa’.
Kerja mereka hanya mempertahankan bos dan kalau boleh ‘memuja dan memuji sahaja’. Jangan harap ada pendapat berlainan (second opinion), alamatnya tidak kekal lamalah pada jawatan yang disandang mereka.
Siapa memperjuangkan masa depan pemberita dan demokrasi bersuara dan menyatakan pendapat di negara ini? Barisan Nasional (BN)? Jangan diharap sama sekali!!!
Jelas sekali pemberita di lapangan khususnya di Parlimen walaupun dilarang sedemikian rupa, malah seperti dihina, tiada siapa peduli dan aka nada perkataan dan tindakan ‘tidak apa’.
Ia tidak kena mengena dengan menteri, orang politik BN atau juga editor di syarikat yang menggaji mereka.
Gelaran editor, pengarang atau apa juga pangkatnya, asalkan bos berada di pejabat sudah baik untuk mereka. Anak buah dijadikan sasaran oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat tidak ada kena kepada mereka.
Tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin yang membuat ketetapan melarang petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa serta merta pun tidak apa.
Mereka (pengarang, menteri, orang politik proBN serta pemimpin NGO berkaitan kerajaan) jelas sekali bersetuju dan akur sahaja dengan larangan itu.
Apakah arahan Pandikar Amin ini salah satu transformasi Parlimen yang kerajaan BN mahukan?
Nurul Izzah,,,pemberita bukan berkelah.
Apakah arahan pemberita hanya dibenarkan berada di pusat media yang telah disediakan sebagai sesuatu yang memang dikehendaki oleh BN. Suatu pembaharuan?
Tindakan dibuat kononnya berikutan rungutan yang diterima daripada ahli parlimen yang kurang selesa dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.
"Saya sendiri kurang selesa kerana saya rasa ada media di merata-rata seolah-olah ruang di luar sana (lobi Parlimen) adalah tempat berkelah.

Speaker ada kuasa halang media, kata ahli Parlimen Umno

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Annuar Nasarah mempertahankan tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana katanya speaker mempunyai kuasa berbuat demikian.
shamsul-anuar_pandikar1
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang pemberita melakukan tugas di ruang legar parlimen sebagai usaha menyekat kebebasan media tidak benar sama sekali.
Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Annuar Nasarah menafikan dakwaan itu dan mempertahankan tindakan Pandikar kerana katanya speaker mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Apa yang dilakukan speaker di bawah bidang kuasa beliau dan saya percaya ia bukan usaha untuk menyekat media kerana ruang tertentu mungkin sudah disediakan untuk membuat liputan,” katanya pada sidang media kempen #BolehBincang kepada peminjam PTPTN di Hotel Seri Pacific.
Pada Selasa wartawan yang membuat liputan Dewan Rakyat terpinga-pinga apabila Pandikar melarang media tempatan berada di lobi blok utama Parlimen, ruang yang biasanya menjadi tempat wartawan menanti ahli politik bagi mendapatkan reaksi berhubung sesuatu isu.
Petugas media kini tidak dibenarkan menunggu di situ dengan alasan mereka menanti ahli Parlimen dengan soalan yang tidak diingini dan “berkelah” di lobi.
Mereka hanya dibenarkan berada di bilik media untuk mengikuti persidangan secara langsung, atau membuat liputan sidang akhbar di kawasan yang ditetapkan.
Sejurus larangan itu, wakil petugas media di Parlimen bertemu Pandikar untuk memintanya mengkaji perkara itu, tetapi speaker tetap dengan pendirian.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Institut Wartawan Malaysia (IoJ), Kelab Koresponden Asing Malaysia (FCCM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut mengutuk tindakan Pandikar.

Halau Husam undang persepsi negatif - Dr Kamarul Zaman

KOTA BHARU - Tindakan Speaker Dewan Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob, menghalau Adun Salor, Datuk Husam Musa, semalam mengundang persepsi kurang baik terhadap kerajaan negeri itu.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan Kelantan kurang telus dan kurang berani berhadapan dengan kritikan.
Dr Kamarul Zaman Yusoff "Kerajaan Kelantan perlu dilihat lebih terbuka dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja untuk memberikan apa-apa pandangan terhadap pentadbirannya," katanya kepada Sinar Harian.
Kamarul berkata demikian mengulas tindakan Abdullah mengusir bekas Exco itu daripada sidang dewan kerana enggan mematuhi arahan supaya tidak terus mengganggu ucapan penggulungan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob.
Padanya, biarpun pengkritik Kerajaan Kelantan mungkin mempunyai agenda politik sendiri dalam mengaturkan bila atau bagaimana kritikan dibuat, ia perlu ditangani dengan baik bagi memperlihatkan jiwa besar pemimpinnya.
"Tindakan menghalau seseorang Adun keluar dari Dewan mungkin dibuat mengikut peraturan, dan berdasarkan kepada kuasa Speaker Dun, tetapi dalam politik, persepsi jauh lebih penting daripada peraturan.
"Kita tidak perlu mempersoalkan bila atau bagaimana seseorang Adun bersuara, tetapi apa yang lebih penting ialah suara itu dihormati dan dilayani seadanya bila ia dikeluarkan.
"Walaupun memang menjadi kuasa Speaker Dun untuk menamatkan tempoh perbahasan atau memanjangkannya, tindakan memendekkannya boleh memberi persepsi Kerajaan Kelantan takut untuk berhadapan dengan kritikan," katanya.

PERTELINGKAHAN RUU 355 – SENJATA MAKAN TUAN DI PIHAK NAJIB, HADI…

"Apakah jika dipaksa, parti komponen BN akan bersedia untuk mematuhi sahaja dalam kedudukan mereka tahu akan ditentang dan dibantah pengundi mereka dan pastinya menghukum mereka pada PRU14?"

Apakah nasib pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355?
Apakah ia akan tersadai di Dewan Rakyat walaupun sebelum ini  Barisan Nasional (BN), khususnya Timbalan Perdana Menteri mengatakan ia akan dibentangkan oleh kerajaan?

Kini tiada siapa yang tahu apa akan terjadi selepas Perdana Menteri semalam mengadakan pertemuan secara berasingan dengan pemimpin parti komponen BN berhubung isu berkenaan, demikian jika menurut laporan Oriental Daily semalam.
Apakah usaha PAS melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hanya menjadi ‘permainan politik’ UMNO untuk memerangkap PAS.
Ketidakyakinan Hadi kepada draf RUU355 yang akan dibentangkan Barisan Nasional (BN) ditunjukkan melalui kenyataannya bahawa PAS menganggap hasrat BN untuk membentangkan sendiri di Parlimen sebagai keputusan tidak muktamad.

Apakah ia akan menjadi cabaran besar kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan BN akan mngambil alih pembentangannya.
Hadi berkata, PAS memilih untuk melihat terlebih dahulu isi kandungan RUU355 dan berharap agar ia tidak menjejaskan kepentingan semua pihak.
“Kita tidak anggap itu muktamad. Kita hendak lihat drafnya dahulu. Kalau lain dari yang kita mahukan, itu sudah tidak betul. Kita tidak mahu bertindih, “tegasnya.
Jika demikian, berapa lama pula ‘ding-dong’ akan berlaku dan sabarkan penyokong PAS menunggunya?

 PAS yang menjadikan RUU355 sebagai wadah penting perjuangannya hinggakan menjadikan  sokongan terhadap perkara itu sebagai prasyarat sebarang rundingan dengan parti pembangkang lain untuk bekerjasama, turut terperangkap.
Kesian kepada yang datang ke Padang Merbok dengan penuh harapan agar RUU355 disegerakan kini tertanya-tanya sejauh mana berkesannya Presiden mereka dalam hubungan atau meminta sokongan UMNO.

Oriental Daily yang memetik satu sumber sebagai berkata bahawa parti-parti komponen BN, terutamanya dari Sarawak, menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan pindaan RUU355 itu.
Ekoran bantahan tersebut, tiada keputusan dibuat, dan meletakkan Datuk Seri Najib Abdul Razak Najib dalam dilema, kata sumber itu.
Bukan dilema semata-mata tetapi kinii jelas Najib tidak dapat mengawal parti lain selain UMNO dalam BN yang akan berdepan Pakatan Pembangkang – PKR, PPBM, AMANAH dan DAP – dalam pilihan raya umum akan datang.
Kedudukan PAS kini terumbang-ambing dan ada mengatakan ia akan bertanding bersendirian, sementara ada pula yang meramalkan akan bergabung dengan BN.

Rafizi dedah sebab kerajaan Umno@Bn bentang RUU355

RUU355
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli hari ini mendakwa mengetahui sebab mengapa kerajaan mengambil keputusan membentangkan sendiri bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.
Menurut Rafizi, sebabnya adalah BN yakin Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan.
"Disebabkan itu RUU355 merupakan satu "senjata sulit" atau "muslihat" daripada mereka. Sama ada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu atau tidak, adalah tidak relevan sekarang.
"Perpecahan di kalangan pembangkang telah berlaku dan tidak boleh dipulihkan serta Pas juga tidak akan menyertai Pakatan Harapan dengan apa cara sekali pun," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia di Sungai Besi, hari ini.
Beliau berkata, selain itu, BN kini mengemudi untuk komited dengan Pas dan dalam masa yang sama menyeimbangkan kemarahan yang semakin meningkat dalam kalangan komponen parti dalam BN.
"Kesannya berbeza. Jika Pas yang membawakan usul, parti komponen dalam BN yang tidak Islam akan mengalami tekanan daripada pengundi mereka yang ini merupakan langkah pertama terhadap perlaksanaan hudud.
"Ini yang pelik. Kalau kerajaan BN yang bentangkan, dia tak jadi hudud pula, sedangkan selama-lamanya memang kerajaan BN yang bentang (usul). Tapi kalau BN yang bentang, parti-parti politik dalam BN bukan Melayu merasakan ini bukan hudud sebab BN yang bentangkan," katanya.

Muafakat politik haruslah dihormati

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tidak menjadi kesalahan atau dosa kepada mana2 parti untuk bercita2 tinggi dalam politik. Misalnya, sasaran untuk menguasai mana2 negeri, bahkan Malaysia seluruhnya. Begitu juga dengan impian mana2 pemimpin untuk jadi MB atau PM.
Apatah lagi khusus untuk kes di Selangor; ketiga2 parti mempunyai pengaruh dan bilangan kerusi Dun yang seimbang. Tapi muafakat politik haruslah dihormati dan ia tidak semestinya tidak boleh dirombak atau dibincangkan semula.
Kes di Perak pada 2008 membuktikan tidak semestinya pemilik kerusi majoriti menjadi MB tapi harus mendapat sokongan majoriti.
Soalnya, apa justifikasi Pas untuk pimpin Selangor, jika awal2 lagi sudah berpatah arang dengan DAP dan "mencari pasal" dengan PKR; apakah sudah ada niat untuk kerjasama dengan Umno, atau Pas yakin dengan keupayaan sendiri?
Kawan2 dalam Pas janganlah melatah sangat. Cubalah beri pencerahan bagaimana impian untuk pimpin Selangor boleh direalisasikan. Berani buat keputusan dan bersedialah untuk beri penjelasan. Mudah saja, 'kan?
Dan bersikap lasaklah sikit dengan tanggapan orang luar termasuk wartawan cabuk macam saya ni. Alah... kita pun -- anda dan saya -- dari produk yang sama. Dapat memahami dan menduga apa yang sedang berlaku.

Rundingan gabungan pembangkang terus berjalan

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan rundingan membabitkan komponen parti pembangkang di peringkat Persekutuan masih berjalan.
“Kami sentiasa dan masih membuka pintu perbincangan itu,” katanya.
Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita pada Program Pelancaran Kempen Stray Free Selangor (SFS) di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, pagi ini.
Mohamed Azmin sebelum ini memaklumkan pentadbiran Selangor kekal memegang amanat rakyat dan meneruskan pentadbiran bersama gabungan Pakatan di peringkat negeri.
Sementara itu, Mohamed Azmin Ali menegaskan kenyataan ditulisnya di Twitter membabitkan individu dinamakan sebagai ‘Tok Lebai’ tidak ditujukan kepada mana-mana pimpinan PAS.
Sebaliknya beliau berkata, parti ditunjanginya sendiri turut dianggotai ahli-ahli dengan gelaran ‘Tok Lebai’.
“Siapakah dia Tok Lebai? Adakah saya menamakan individu itu (di Twitter?)
“Dalam KEADILAN juga ada Tok Lebai,” katanya.
Selasa lalu, Mohamed Azmin memuat naik kenyataan di Twitter berhubung indentiti ‘Tok Lebai’ yang mengundang pelbagai spekulasi mengenainya.

Idea Khomeini menjelma dalam akidah walak

Selepas Nabi SAW wafat, al-Khulafa al-Rashidin selepas baginda Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali penuh insaf bahwa mereka tidak maksum. Ucapan mereka selaku pemimpin sentiasa menzahirkan keinsafan bahawa mereka sebagai manusia mungkin tersilap dan boleh diperbetulkan.

Padahal, para khulafa itu merupakan seagung-agung ulama. Bahkan mereka semua sahabat utama baginda Nabi SAW lebih daripada itu, mereka semua dijamin syurga.

Namun begitu, mereka tidak pernah mendakwa rakyat hendaklah berwalak penuh kepada mereka sekalipun jelas salah, apatah lagi bohong. Lihatlah ucapan utama Abu Bakar:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah.

“Jangan kamu meninggalkan jihad (perjuangan), kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah menimpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Demikian konsep keinsafan yang sama dapat kita lihat dalam ucapan Umar, Uthman dan Ali.
Hal ini amat berbeza dengan pemimpin Revolusi Syiah Iran Khomeini. Ketika dia ingin memperkukuhkan kuasanya, dia memperkenalkan konsep wilayah al-faqih iaitu secara literalnya kekuasaan mutlak faqih (absolute guardianship / authority of the jurist).

Tujuan untuk memberikan kuasa yang tidak dipertikaikan kepada diri Khomeini itu sendiri sebagai pemimpin agama Revolusi Iran.
Konsep wilayah al-faqih Khomeini ini memberikan kekuasaan kepada golongan mullah (mullah ataupun golongan agama yang kononnya dianggap ulama menurut gelaran yang mereka berikan untuk diri sendiri) tanpa boleh dipertikaikan bidang kuasa dan tindakan mereka.

Mempertikaikan tindakan dan pendapat mereka dianggap bagaikan mempertikaikan Allah, Rasul-NYA dan para imam Syiah. Ini atas asas, para faqih itu merupakan wakil kepada para Imam 12 Syiah yang maksum.
Walaupun para ulama Syiah itu sendiri mempunyai pelbagai pandangan terhadap konsep ini; apakah bidang kuasa faqih dan sejauh kesahihannya pada zaman menanti kemunculan Mahdi, namun Khomeini menggunakan ‘akidah’ ini demi memperkukuhkan penguasaan politiknya di Iran.

Kesabaran ahli PAS terhadap PKR tiba ke kemuncak

17 Mac lalu, seluruh rakyat negara ini telah dikejutkan dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat, Kelantan yang meluluskan usul supaya PAS memutuskan atau membatalkan tahaluf siyasinya bersama Parti KeaADILan Rakyat (PKR) dan mengambil semula semua kerusi yang dipinjamkan oleh PAS kepada PKR.

Usul tersebut diluluskan ekoran usul tergempar yang dikemukakan oleh Perwakilan Cabang Empat Kedai, Ahmad  Fadli Abu Bakar pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Tumpat ke-40 yang turut disokong beberapa perwakilan lain.
Menurut pihak yang membawa susul, langkah itu perlu dilakukan oleh PAS memandangkan PKR yang mengaku mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan PAS, namun dalam masa yang sama mengekalkan kerjasama dengan musuh parti itu iaitu DAP dan PAN.
Pada 19 dan 20 Mac lalu pula, tiga lagi kawasan PAS, khususnya dari Pulau Pinang, turut mengemukakan usul serupa menerusi mesyuarat agung masing masing-masing dan diluluskan sebulat suara. Ketiga-tiga Kawasan terbabit terdiri daripada PAS Kawasan Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Bayan Baru.
Antara alasan usul termasuklah ekoran pelbagai isu yang dianggap telah melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi oleh parti berkenaan selaku rakan PAS. Antaranya, termasuk campur tangan politik terhadap proses fatwa di negeri itu, selain sikap PKR yang dilihat ‘keberatan’ untuk menyokong pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang diperjuangkan PAS sejak sekian lama.
Pada masa sama, mereka amat kesal dengan sikap PKR yang bersama DAP dan partiparti pembangkang lain yang sering menikam PAS dari belakang, sehingga mendorong mereka mengemukakan usul tersebut untuk dibawa ke Muktamar Agung PAS ke-63 yang akan berlangsung di Kedah April nanti.
Menyelusuri pembentangan usul-usul itu, para penganalisa politik sememangnya menyifatkannya sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan. Malah mereka juga sudah dapat membaca tindakan itu pasti akan dilakukan oleh ahli-ahli PAS menjelang Muktamar Agung PAS ke-63 ini ekoran kekecewaan mereka terhadap pimpinan parti itu sejak beberapa tahun lalu.
Sikap tikam belakang pimpinan PKR terhadap PAS bukan sesuatu yang mampu disembunyikan lagi. Malah pimpinan PKR ternyata amat tidak terhutang budi dan mengenang segala jasa PAS terhadap mereka. Setelah PAS berkorban dan bertolak ansur sehingga ke tahap yang amat tinggi terhadap parti itu, mereka langsung tidak menghargainya, malah tergamak pula dipersendakan dengan pelbagai tindakan.

Pas masih main tarik tali: DAP

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim membayangkan jika tiada kerjasama antara kesemua parti pembangkang termasuk Pas memang sukar untuk menumbangkan Umno/BN pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Ng Suee Lim Menurutnya, sehingga kini Pas belum menyatakan sebarang pendirian mereka berkenaan perkara ini sama ada mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan ataupun tidak meskipun mereka berhasrat untuk menawan lima negeri pada PRU nanti.
“Berdasarkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ia menunjukkan seolah-olah Pas bermain tarik tali.
“Kita (DAP) akan meraikan sebarang kerjasama sekiranya wujud kesepakatan dengan parti itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir bahawa Pas perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan serta mengetepikan perselisihan faham dengan DAP jika mereka ingin menawan lima negeri.
Mengulas perkara itu, Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, sehingga kini tiada gambaran yang jelas sama ade wujud kerjasama atau sebaliknya.
“Apa pun kita kena tunggu dan lihat apa kesudahannya sehingga hampir PRU14 nanti.
“Sebarang perkara boleh terjadi, jika saya cakap sekarang nanti lain pula yang jadi,” katanya.
Dalam pada itu, tegasnya, pendekatan yang positif perlu dilakukan di antara semua parti pembangkang jika benar mahukan perubahan kerajaan demi masa depan rakyat negara ini.
Terdahulu, Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir mengakui Pas perlu mewujudkan kerjasama dengan parti-parti dalam pembangkang jika benar mahu menawan lima negeri pada PRU14 nanti

Merungkai misteri momok UMNO

Orang Melayu yang dianggap lubuk emas ketika tiba musim pilihan raya oleh parti-parti di Malaysia perlu faham bahawa UMNO atau nama panjangnya United Malay National Organisation tidak lagi berdiri atas asasnya yang dahulu, sewaktu UMNO membentuk Parti Perikatan dengan MCA dan MIC bagi memperoleh kemerdekaan daripada British.
Inti sejarah yang mempertandakan 31 Ogos dalam takwim Malaysia setiap tahun itu telah dikambus hidup-hidup, dan yang tinggal hanya nisan untuk dikenang, dan sekali-sekala dilawati atau paling menyedihkan hanya dilewati oleh pemimpin-pemimpin UMNO kini tanpa sekole air berisi bunga.
Orang Melayu sebagai majoriti penduduk dengan jumlah hampir 60 peratus di Malaysia harus difahamkan bahawa UMNO dewasa ini berdiri atas tiga dasar utama iaitu Wang atau lebih popular dengan perkataan ‘dedak’; Sentimen yang menyentuh isu agama dan kaum; kuasa atau alat negara yang dipergunakan sehabisnya demi mengekang suara-suara mendesak dari pihak pembangkang.
Tiga dasar ini membentuk piramid 2-dimensi yang nantinya digunakan untuk mengepung fikiran orang Melayu. Ia bukanlah bermakna bahawa minda Melayu mudah untuk diperangkap, tetapi permainan UMNO yang tohor dengan menurunkan tahap ekonomi orang Melayu demi memperkayakan individu tertentu sehingga kehidupan kaum itu dijerut dengan bebanan sara hiduplah yang menjadi punca.
Sementelah retorik seperti “UMNO bela orang Melayu”, “Orang Melayu hilang kuasa jika UMNO hilang” yang dipertuturkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO hanyalah sandiwara untuk memancing sokongan kaum yang dijamin hak keistimewaan mengikut Perlembagaan Malaysia itu.
Malah lebih teruk lagi, UMNO mempergunakan slogan-slogan itu demi menghalalkan rasuah yang terjadi di depan mata atau di belakang pengetahuan rakyat, yang mana sehingga kini tidak disuarakan dengan lantang oleh sekutu barunya, PAS.
Tidak cukup dengan itu, seakan-akan kurang garam dalam masakan, UMNO menambah rencah dengan mewujudkan momok bagi menutup rapat ruang buat orang Melayu keluar daripada tiga asas yang disebutkan tadi. Momok itu tidak lain dan tidak bukan adalah DAP, yang dikutip dengan tuduhan komunis pada satu ketika dahulu dan kini dituduh sebagai anti-Islam atau anti-Melayu.
“Tiga asas dan momok” adalah rancangan besar (grand plan) UMNO demi memperkasakan kewujudannya. Ia tak ubah seperti Israel atau setepatnya Zionis yang mempergunakan peristiwa Holocaust bagi mengabsahkan kewujudannya di tengah-tengah tanah bernama Palestin.
Ironinya, perkara yang seharusnya dilihat sebagai kelemahan UMNO kerana terpaksa membina asas daripada sumber negatif dianggap pemimpin UMNO kini sebagai kekuatan yang akan meneruskan kelangsungan atau survival parti sepenuhnya milik golongan elit Melayu itu.
Teknik menggunakan momok selalunya gagal dalam kehidupan rakyat yang kian mencapah dalam nilai dan kemajuan intelek. Kerana dunia akan digantikan dengan robot, dan hutan akan musnah seperti di Kelantan yang kini ditadbir PAS, dan teknik mempergunakan momok akan menjadi basi dan UMNO akan terkubur dan bersemadi di buku teks sejarah tingkatan tiga.

Hadiah RM10,000 untuk karangan 'Kit Siang rasis' dari Annuar Musa

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk mengadakan pertandingan yang terbuka kepada orang ramai bagi membuat kajian berhubung Lim Kit Siang.
Katanya, pertandingan tersebut juga akan menyediakan hadiah sebanyak RM10,000 bagi pemenang.
"Saya bercadang nak buat pertandingan bagi sesiapa yang boleh buat penulisan sama ada dalam blog, atau Instagram, atau apa-apa bentuk artikel.
"(Ia) bertajuk 'Lim Kit Siang dikatakan rasis, anti Islam dan 51 tahun sebagai diktator, adakah benar?'," katanya.
Malah, beliau memberitahu pertandingan itu akan berakhir sehingga 31 Mei serta bagi yang berminat boleh menghantar penyertaan di pejabat ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Siapa yang dapat buat dengan fakta yang betul, akan dapat hadiah. Tujuan pertandingan untuk minta orang ramai bantu buat penyelidikan terhadap Kit Siang sama ada dari ucapan di Parlimen atau merata-rata tempat.
"Kalau saya nak buat penyelidikan sendiri ia akan ambil masa, jadi saya nak orang ramai bantu buat penyelidikan ini.
"Ini bukan main-main, ini serius," ujarnya lagi.
Sementara itu, ditanya sama ada tindakan akan diambil ekoran dakwaan yang dikeluarkan oleh veteran politik Lim Kit Siang yang memanggilnya 'father of racist', Annuar berkata beliau tidak akan berbuat demikian.
Katanya, sebagai anggota politik, beliau hanya perlu melakukan tindakan politik dan bukan mengambil tindakan undang-undang.
"Kita adalah ahli politik, tindakan terbaik yang diambil ialah dengan membuat keputusan politik bukan tindakan undang-undang," jelasnya.

Kaji selidik: 70.1% pengundi Melayu tak tahu RUU 355

54.3% pengundi Melayu yang mahu mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU 355.
rafizi
KUALA LUMPUR: Seramai 30,173 atau 70.1% pengundi Melayu tidak tahu mengenai rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, menurut kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI).
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, tinjauan menunjukkan hanya 12,857 pengundi Melayu atau 29.9% tahu mengenai RUU 355.
“Kaji selidik ini membabitkan 43,030 pengundi Melayu yang dihubungi melalui telefon secara rawak di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula 16 Mac lalu sehingga semalam,” katanya pada sidang medianya di pejabat Invoke hari ini.
Rafizi berkata kaji selidik juga mendapati daripada 29.9% yang tahu RUU 335, hanya 44.4% merasakan ia isu penting bagi menentukan undian dalam pilihan raya umum akan datang.
“Manakala 25.2% atau 3,240 merasakan ia tidak penting dan 30.4% atau 3,909 tidak menjawab soalan.
“Pengundi Melayu yang tahu mengenai RUU 355 dan kekal berpendapat RUU 355 paling penting adalah 34.9% daripada 12,857 responden.
“27.1% atau 3,483 menjawab ekonomi rakyat lebih penting dan 38.0% atau 4,890 tidak menjawab soalan,” katanya.
Dalam kaji selidik itu juga, 54.3% pengundi Melayu yang mahu mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355.
“Manakala 45.7% lagi berkata mereka tahu perkara itu,” katanya.
Rafizi, yang juga naib presiden PKR berkata, tujuan pihaknya membuat kaji selidik itu untuk menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU 355 dalam menentukan undian pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.
“Polemik mengenai usul RUU 355 untuk menaikkan had hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah menjadi isu politik nasional.
“Banyak keputusan politik yang sudah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umum berkisarkan kepada pendirian menyokong atau tidak terhadap RUU 355,” katanya.

Hanya 10.4% Melayu mengundi berdasarkan RUU 355, 70.1% tidak tahu


Usul pindaan Akta 355 timbulkan polemik yang tidak berkesudahanUsul pindaan Akta 355 timbulkan polemik yang tidak berkesudahan
Kajiselidik yang dilakukan Invoke, sebuah badan penyelidikan bebas mendapati hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan Rang Undang-undang 355 (RUU355) manakala 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang berhasrat mengundi Pas tidak tahu mengenai RUU355.
Malah 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14.
Keputusan kajiselidik Invoke itu disertai 43,030 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang ditanya mengenai pengaruh RUU355 ke atas pilihan undi.
Laporan penuh “Kajiselidik Sentimen Pengundi Mengenai RUU355” boleh dicapai di https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/; atau blog Rafizi Ramli di http://rafiziramli.com/; atau laman I-CPI di https://cpi.invokemalaysia.org/

Menurut kenyataan media Invoke yang dikeluarkan pengasasnya, Rafizi Ramli hari ini, kajian itu dilakukan ekoran polemik politik mengenai usul RUU355 untuk menaikkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah menjadi isu politik nasional.
"Banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya berkisar kepada pendirian menyokong/tidak menyokong RUU355.
"Kajiselidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu/ Bumiputera Islam dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14)," kenyataan media itu dipetik.
Invoke menjelaskan, seramai 1.1 juta pengundi Melayu/Islam Bumiputera ditelefon secara rawak menggunakan sistem interaktif suara (lebih dikenali sebagai “Interactive Voice Response” sistem atau IVR) yang dibangunkan sendiri oleh I-CPI.
Responden akan ditanya soalan dan pengundi akan menekan butang telefon untuk merekodkan jawapan. Contoh – “Tekan 1 untuk “Ya”, Tekan 2 untuk “Tidak”. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan terus oleh sistem IVR di dalam server I-CPI.
Sistem IVR telah diprogram untuk menelefon pengundi yang melambangkan pecahan pengundi di setiap negeri. Sekiranya kadar jawapan di satu negeri itu rendah, sistem IVR akan mendail lebih banyak pengundi di negeri itu agar jumlah responden dari negeri itu sama dengan peratusan pengundi keseluruhan di negeri itu.

Dapatan Kajiselidik RUU355 Oleh Invoke Malaysia

LATAR BELAKANG KAJISELIDIK
 Polemik politik mengenai usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) untuk menaikkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah menjadi isu politik nasional.
 Banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya berkisar kepada pendirian menyokong/tidak menyokong RUU355.
 Kajiselidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu/ Bumiputra Islam dalam pilihanraya umum akan datang (PRU14).
KAEDAH KAJISELIDIK YANG DIGUNAKAN
 Seramai 1.1 juta pengundi Melayu/Islam Bumiputra ditelefon secara rawak menggunakan sistem interaktif suara (lebih dikenali sebagai “Interactive Voice Response” sistem atau IVR) yang dibangunkan sendiri oleh I-CPI.
 Responden akan ditanya soalan dan pengundi akan menekan butang telefon untuk merekodkan jawapan. Contoh – “Tekan 1 untuk “Ya”, Tekan 2 untuk “Tidak”. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan terus oleh sistem IVR di dalam server I-CPI.
 Sistem IVR telah diprogram untuk menelefon pengundi yang melambangkan pecahan pengundi di setiap negeri. Sekiranya kadar jawapan di satu negeri itu rendah, sistem IVR akan mendail lebih banyak pengundi di negeri itu agar jumlah responden dari negeri itu sama dengan peratusan pengundi keseluruhan di negeri itu.
 Keputusan yang telah direkodkan oleh server I-CPI kemudian boleh dianalisa dari data awal seperti yang berikut (rujuk laporan penuh):
 Responden turut memasukkan maklumat seperti jantina, umur dan poskod kawasan. Keseluruhan kajiselidik mengambil masa satu setengah minit.
KEPUTUSAN KAJISELIDIK
 Hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan RUU355
 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang berhasrat mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355
 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputra Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355
 19.5% pengundi Melayu/Bumiputra Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14

Dikeluarkan oleh:
Rafizi Ramli
23 Mac 2017
Bagi pihak INVOKE