Rabu, 22 Mac 2017

PRU-14: Nasib 3 wakil rakyat PH belum pasti

Khalid Samad, Rafizi Ramli dan Tian Chua mungkin terlepas peluang menyertai pilihan raya umum sekiranya denda dan tempoh pemenjaraan tidak dikurangkan
tian-chua
PETALING JAYA: Tiga wakil rakyat Pakatan Harapan mungkin tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya rayuan terhadap pensabitan mereka tidak didengari segera.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari Amanah, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR) dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR) ternanti-nanti tarikh rayuan mereka.
Selagi rayuan mereka tidak didengarkan, mereka tidak tahu sama ada pensabitan mereka diringankan sekaligus membolehkan mereka bertanding nanti.
Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen selama 5 tahun jika beliau disabitkan suatu kesalahan dan dihukuman dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun atau denda RM2,000.
Mereka bertiga tidak akan dapat bertanding pada PRU14 kecuali mahkamah rayuan mengetepikan pensabitan atau mengurangkan denda kepada bawah RM2,000 dan tempoh pemenjaraan kurang daripada 1 tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
Peguam Rafizi, Chua Tsu Fae berkata hakim perbicaraan belum menyediakan penghakiman bertulis untuk kes anak guamnya.
Mengikut arahan mengenai amalan oleh ketua hakim, hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah perlu menyediakan penghakiman bertulis dalam masa 8 minggu selepas rayuan dibuat.
Mahkamah, pada 14 September tahun lepas, mendapati Rafizi bersalah dan dijatuhi hukuman 18 bulan penjara kerana mendedahkan laporan sulit audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau memfailkan rayuan dalam tempoh masa 14 hari yang ditetapkan.
Rafizi, yang juga naib presiden PKR, dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 sementara menunggu keputusan rayuannya.
Pada 19 Januari, Khalid didenda RM2,900 oleh mahkamah rendah syariah kerana mengajar Islam tanpa tauliah di suatu acara di sebuah surau di Kapar, Selangor, 6 tahun lalu.
Beliau memfailkan rayuan dengan segera selepas pensabitan itu tetapi Mahkamah Tinggi syariah tidak dapat menetapkan tarikh pendengaran rayuan kecuali ada penghakiman bertulis.
“Tarikh belum ditetapkan. Penghakiman bertulis juga belum ada,” kata Khalid kepada FMT melalui pesanan WhatsApp.
Peguam syariah Mohd Amir Shahril Bahari berkata hakim perbicaraan perlu menyediakan penghakiman bertulis dalam masa 1 bulan apabila rayuan difailkan.
Pada 9 Mac, Tian Chua didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mengaibkan pegawai polis DSP Glenn A Sinappah di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 14 April 2014.
Beliau didapati bersalah mengeluarkan perkataan kesat terhadap pegawai polis itu.
Tian Chua merayu pensabitan itu. Dalam kesnya, hakim perbicaraan masih mempunyai masa untuk mengemukakan penghakiman bertulis.

Ibrahim Ali: Kos sara hidup, bukan 1 lawan 1, penentu PRU-14

BN mengalami prestasi pilihan raya terburuk pada 2008 kerana kos sara hidup yang melampau ketika itu.
ibrahim-ali
KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup akan menjadi penentu parti mana yang akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukannya pertandingan 1 lawan 1 antara Barisan Nasional dan pembangkang, kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Perkasa mengambil contoh pengalaman Semangat 46 yang gagal memenangi PRU 1990 walaupun mereka lantang memperjuangkan isu rasuah. Katanya, rakyat tidak memandang serius isu itu.
“Pada waktu itu kos sara hidup tidak menjadi masalah dan rakyat menyerahkan mandat kepada parti pemerintah sedia ada,” katanya semasa sidang media di pejabatnya hari ini.
Bekas ketua pemuda Semangat 46 itu berkata, mereka mempunyai pakatan pilihan raya yang berasingan dengan DAP dan PAS pada waktu itu.
“Jadi kami kebanyakannya bertanding 1 lawan 1 antara pembangkang dan kerajaan,” katanya. “Ketika itu Semangat 46 lantang menentang masalah rasuah dan projek mega oleh parti pemerintah tetapi gagal, kerana kos sara hidup waktu itu masih terkawal dan dalam keadaan baik.”
Beliau mengulas isu itu apabila ditanya mengenai peluang parti pembangkang memenangi PRU-14 susulan kemasukan PPBM dalam Pakatan Harapan, sekaligus membolehkan pertandingan 1 lawan 1 yang lebih meluas.
Katanya, kebanyakan negara yang menyaksikan perubahan pemerintah dihimpit isu kos sara hidup walaupun ada isu lain yang lebih besar melibatkan urus tadbir kerajaan.
“Saya belajar politik global dan saya melihat di kebanyakan negara, perubahan dicapai melalui rampasan kuasa atau pilihan raya kerana mereka tidak puas hati terhadap kos sara hidup.”
Ibrahim memberi contoh prestasi pilihan raya terburuk BN pada 2008, pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, akibat kenaikan kos sara hidup yang melampau. Perbalahan kerajaan dan pembangkang ketika itu hanya faktor sampingan.
“Zaman itu, kempen ‘BN = Barang Naik’ sedang hangat dengan harga gula minyak petrol naik mendadak. Keadaan sama juga berlaku sekarang kerana rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup walaupun kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya.
“Apabila rakyat tidak berpuas hati mengenai kos sara hidup, mereka akan ubah pemerintah sedia ada. Mereka tidak peduli siapa yang menggantikan kerajaan.”
Dalam perkembangan lain Ibrahim berkata Perkasa akan menganjurkan persidangan meja bulat membincangkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Kata Ibrahim, isu UEC perlu dibincangkan kerana sistem pendidikan haruslah menjurus ke arah semangat nasionalisme.
“Persoalan desakan pihak tertentu yang mahu sijil UEC diiktiraf bukan setakat harus memenuhi kriteria kementerian pendidikan, tetapi mesti dilihat dalam perspektif sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu turut bimbang sekiranya terdapat tekanan politik dalam isu UEC.
“Kita kena hentikan apa sahaja isu berkaitan akademik, atau polisi ekonomi yang dibuat oleh pihak tertentu menggunakan pengaruh politik,” katanya.
Antara panel yang akan bersama dalam sesi tersebut adalah Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) Dr Saleeh Rahamad, Ketua Kluster Pendidikan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Teo Kok Seong dan tokoh perundangan Adnan Seman.

Kematian ke-4 dalam tahanan, Suaram gesa Zahid letak jawatan

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan isu kematian dalam tahanan.
Menurutnya, kes kematian terbaru adalah kali keempat berlaku bagi tahun ini walaupun Zahid telah berjanji untuk menangani perkara itu.
"Tidak akan ada lagi kompromi terhadap kes-kes kematian dalam tahanan kerana angkanya telah mencapai tahap membimbangkan.
"Tanpa usaha yang jelas oleh pihak berkuasa (untuk menangani isu ini), menteri dalam negeri perlu melepaskan jawatannya," kata Pengarah Eksekutif Suaram, D Sevan.
Sevan berkata kes kematian terkini membabitkan R Siva, 30, sehari sebelum lelaki itu dibebaskan dari penjara Tapah.
"Ini boleh dielakkan jika mangsa menerima rawatan awal untuk komplikasi beliau.
"Mangsa hanya dibawa ke Hospital Tapah selepas dia meninggal dunia," katanya mengulangi bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan tahanan.
Sevan berkata keluarga mangsa juga mengadu mereka tidak dimaklumkan mengenai kematian sebelum bedah siasat.
Hasil bedah siasat membuat kesimpulan bahawa lelaki itu mati akibat jangkitan dari luka di kakinya.

Dewan baharu tetapi pemikiran Speaker jauh ke belakang


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub Peranan seorang Speaker dewan amat penting dalam mempengerusikan sidang untuk mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan berintegriti ditahap optimum untuk dilihat sebaris dengan 'House Of Commons' seperti mana Parlimen di negara-negara Kesatuan Eropah dan Komenwel
"Kedudukan Speaker bukan hanya sekadar mempengerusikan sidang. Tetapi mesti juga mampu menjadi Pemimpin Perubahan, bersedia melakukan 'reform' dan pencetus idea besar bagi memacu ke hadapan Institusi Parlimen Malaysia," ujarTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut melahirkan rasa simpati dengan kekangan yang dihadapi pihak media ketetapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melarang wartawan daripada berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa semalam.
"Amat malang, hari ini mendengar berita daripada Parlimen kita.
"Isu besar negara dan dunia seperti 1MDB, M01 tidak diizinkan dibahas oleh Speaker atas alasan subjudis, kononnya.
"Paling terkini, pengamal media tidak dibenarkan berada di lobi Parlimen untuk membuat liputan persidangan dewan.
"Sedangkan di negara-negara lain, perbahasan sidang Parlimen disiarkan secara langsung. Betapa jauhnya Parlimen kita melangkah ke belakang," ujarnya,
Tan Sri Pandikar Amin MuliaTan Sri Pandikar Amin MuliaKata Salahuddin lagi, Parlimen harus bebas daripada campurtangan eksekutif.
"Campurtangan eksekutif yang melampau masih menjadi isu yang perlu ada keberanian.
"Untuk tujuan itu, Speakerlah orang yang paling layak mempeloporinya.
"Sekiranya kita berada di bangunan Parlimen hari ini, kita dapat menyaksikan betapa hebat dan mewahnya Dewan Persidangan setelah diubah suai dengan kos ratusan juta ringgit.
"Sayangnya, kita memiliki Speaker yang gagal mempamerkan pemikiran, wawasan dan perubahan yang mampu mengangkat nilai serta integriti Parlimen negara ini," ujar bekas wakil rakyat Kubang Kerian dua penggal ini.
Beliau ketika masih berkhidmat sebagai ahli parlimen pernah menganggotai penal jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan oleh Parlimen untuk membuat semakan dan kajian mengenai gaji serta elaun ahli Parlimen termasuk Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Beliau tidak menafikan bahawa skim gaji dan elaun Parlimen Malaysia adalah relatif rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, hatta Bangladesh.
"Sekarang ini bermula sejak 2014 lagi, ahli Parlimen dan Speaker kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah menikmati gaji serta elaun yang mencukupi serta memuaskan .
"Saya diberitahu, Speaker membawa pulang lebih kurang RM30 ribu sebulan.
"Pada hemat saya, kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen ini adalah suatu yang wajar. Sebagai bekas Wakil Rakyat, saya dapat memahami betapa besar dan beratnya beban yang tergalas di bahu mereka yang bekerja tiada had masa.

Enam beranak di Limbat Kelantan berteduh di bangsal buruk

Kelantan dakwa NGO haram 'main api' hasut Orang Asli

Teresa gelar 'menteri untuk pemaju', Ku Nan ancam mahu saman

SEBELUM INI KAMU BUAT APA !!


Terkini.. hutang luar negara Malaysia hampir RM1 trilion (RM1,000,000,000,000)


Itu tak termasuk lagi hutang 1MDB dan sebagainya..

JANGAN RISAU... "Saya Juga Boleh Pimpin Negara selama 22 Tahun", kata PM Najib Razak -(18/5/2015).

"Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB", kata PM Najib Razak (16/3/2015)

WSJ memetik sumber di Singapura berkata pasukan DOJ baru-baru ini selesai melakukan soal siasat di republik itu dalam persediaannya mendakwa Jho Low.

Pada 20 Julai, DoJ menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion (RM15.4b) dilencongkan daripada dana 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

TETAPI DI MALAYSIA..
"Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB", kata PM Najib Razak (16/3/2015)

Sama2 kita tunggu Jho Low & Najib bakal dibogelkan kebobrokan mereka dlm Skandal Kewangan Terbesar Dalam Sejarah Dunia..

ADAKAH SEJARAH BAKAL BERULANG ??!


Sebelum ini katanya, pelaksanaan GST 6% utk tampung bayar hutang negara..

TETAPI setelah kutip GST 6% hutang negara terus meningkat juga, KENAPA ??!

TAK MUSTAHIL jika tiba2 kadar GST juga bakal naik..

'Jika Pas ingin bersama Umno, putuslah dengan PKR'


GEORGETOWN - Pas perlu segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin kekal bersama Pakatan Harapan atau akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi kerana ia akan menyebabkan keyakinan pengundi terhadap Pakatan Harapan terganggu.
Menurutnya, tindakan Pas kini lebih condong ke arah ingin bekerjasama dengan Umno selepas mengumumkan putus hubungan dengan PKR di Pulau Pinang.
"Apabila mereka ingin bekerjasama dengan Umno dan BN, mereka perlu memutuskan hubungan dengan PKR. Mereka juga dilihat sedang membuat persediaan asas apabila  mengumumkan keputusan itu baru-baru ini.
"Bagaimanapun, apa yang kita boleh jangka, mereka (Pas) akhirnya akan bekerjasama dengan Umno dan BN selepas mula memutuskan hubungan dengan DAP dahulu," katanya kepada media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, berkemungkinan akan berlaku satu pakatan baharu iaitu 'BN+1 Pakatan' dalam PRU akan datang.
"Walau apa juga keputusan mereka, mereka perlu menyatakannya dengan jelas pendirian mereka itu.
"Ini bagi mengelakkan kehilangan pengundi kerana mereka akan keliru dengan pendirian Pakatan Harapan," katanya.
Ahad lalu, Pas Permatang Pauh meluluskan usul untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.
Mereka berkata, PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.
Selain Permatang Pauh, Pas Bayan Baru turut mengambil tindakan sama apabila mendapati PKR Pulau Pinang gagal membela dan mempertahankan Islam apabila secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa negeri.

Tanya kelayakan exco agama, saya dihalau dari dewan, kata Husam


Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa Naib presiden parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa yang dikeluarkan dari persidangan dewan negeri Kelantan hari ini, berkata, beliau menerima nasib seperti ini semata-mata kerana bertanyakan kelayakan exco agama di dewan berkenaan.
Selepas beliau dilarang untuk berbahas katanya beliau cuba mengikuti sesi penggulungan walaupun beliau beranggapan persidangan sudah bertukar menjadi kuliah oleh seorang exco agama.
"Itulah rutin dewan 'Kuliah' Undangan Negeri Kelantan kebelakangan ini," katanya.
Menurut beliau tidak ada enakmen baru berkaitan Islam yang dibentangkan.
"Tidak ada program baru, penyelesaian permasalahan ummat atau pembentangan prestasi portfolio agama yang diketuainya," katanya.
Menurut Husam terdapat pelbagai masalah yang belum selesai mengenai pentadbiran agama Islam di Kelantan.
"Misalnya di negeri lain, tanpa slogan Membangun Bersama Islam, Enakmen Wasiat dan Enakmen Wakaf telah lama diluluskan.
"Juga belum diluluskan di negeri Kelantan ialah Enakmen berkaitan urusan mal atau kewangan ummat Islam, yang juga penting.
"Mahkamah Syariah Jajahan masih berkongsi pejabat dengan Pendakwa Syariah.
"Malah Enakmen Pentadbiran Syariah kali terakhir disemak ialah pada 1998," katanya.
Syarahannya kata beliau, mengalahkan mufti dan profesor.
"Kuliahnya pagi ini mengenai gugurnya talak orang yang berbai'ah talak ta'lik.
"Tetapi apakah beliau layak memberi fatwa?
"Apa kelayakan beliau berfatwa sesenang hati?

Ini bukti Melayu, Islam terbela di Pulau Pinang, DAP jawab Shahrizat

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil nampaknya masih kabur dengan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Harapan membela nasib semua kaum, termasuk Melayu sepanjang memimpin Pulau Pinang.
Bekas menteri itu semalam menuduh kononnya orang Melayu dan bumiputera tidak ada tempat di Pulau Pinang sejak ditadbir DAP dan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, tuduhan jahat itu sama sekali tidak munasabah jika dibandingkan dengan segala pelaksanaan dasar yang telah dijayakan kerajaan negeri selama ini, kata Penolong Setiausaha Publsiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
Menurutnya, sejak 2008, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah memperkenalkan banyak program yang bertujuan untuk membantu rakyat, termasuk orang Melayu.
Salah satunya adalah melalui pelaksanaan sistem tender terbuka yang mampu menghentikan amalan kronisme dan memberi peluang kepada semua berdasarkan merit, kelayakan dan pengalaman.
Melalui pelaksanaan sistem tersebut, sekurang-kurangnya 70 peratus kontrak kerajaan telah dianugerahkan kepada syarikat Melayu dan bumiputera jelas Syerleena.
“Ini sama sekali bercanggah dengan tuduhan Shahrizat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Selain itu, kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang juga telah memperkenalkan banyak program bantuan kewangan termasuk Agenda Ekonomi Saksama yang berjaya membantu 1,375 keluarga bagi tahun 2016. 
“81 peratus penerima bantuan itu adalah dari kaum Melayu.
“Melalui program berkebajikan pro-rakyat ini, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar,” ujarmya.
Selain itu, antara pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang lain yang membela Melayu dan Islam adalah:

Majlis Presiden tak bincang hasrat parti Ezam

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak bincang perihal hasrat bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang  berazam ingin menjadi rakan gabungan itu sekiranya parti baharu yang dibentuk diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, meskipun cakap-cakap mengenai hal tersebut sampai ke pengetahuan para presiden, kesemua mereka bersepakat untuk menumpukan perkara utama dalam mesyuarat terlebih dahulu iaitu perbincangan mengenai logo dan manifesto baharu Pakatan Harapan.
"Saya tak sepatutnya komen mengenai hal ini, (tapi) kami tidak bincang mengenai parti mereka dalam mesyuarat baru-baru ini.
"Memang ada dengar tentang itu (hasrat parti baharu Ezam sertai Pakatan Harapan), tapi kami tak mahu komen dahulu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Menurutnya lagi, sekiranya benar parti baharu itu mahu bersama Pakatan Harapan, Khalid menasihatkan Datuk Mohamed Ezam dan Khairuddin mengikut saluran betul dengan mendaftarkan terlebih dahulu parti mereka kepada RoS sebelum mencari ahli baharu dan meluaskan pengaruh serta kuasa parti.
"Kita tak ada masalah jika mereka mahu jadi rakan kita dalam Pakatan Harapan. Kita memang mengalu-alukan mereka," katanya lagi.
Khairuddin pada kelmarin menyatakan hasrat ingin menjadi rakan kepada Pakatan Harapan sekiranya parti baharu yang dibentuk bersama Ezam diluluskan RoS.
Menyatakan itu merupakan langkah pertama diambil sekiranya partinya tertubuh, Khairudin berkata, agenda yang mahu dilaksanakan adalah untuk memantapkan Pakatan Harapan khususnya menarik seramai mungkin golongan muda untuk terus menyokong pembangkang secara konsisten, berterusan dan menyeluruh.

Kerajaan Umno@Bn Bakal Bentang RUU355, DMPM Rakam Tahniah


Oleh USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan terbaru beliau mengumumkan kerajaan akan membentang sendiri Usul Rang Undang-Undang 355 di Parlimen.

Respon positif dari pihak kerajaan ini patut dipuji dan kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan tahniah atas kesedaran semua pihak untuk sama-sama memartabatkan undang-undang syariah Islam di Malaysia.
Isu ini mestilah dilihat dalam kaca mata persefahaman demi agama rasmi negara Malaysia, iaitu agama Islam. Polimik yang masih berlegar dengan respon-respon negatif mengenai usul ini sewajarnya dihentikan.
Himpunan 355 pada Februari lalu membuktikan seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh pindaan ini. Siri Jelajah di peringkat egeri seluruh negara juga berjaya diadakan bukti PAS begitu menekankan kefahaman terhadap usul yang bakal dibentangkan.
Semoga usul RUU 355 berjaya dibentangkan dan diluluskan di Parlimen nanti. Kami tanpa henti menyeru semua Ahli Parlimen supaya membuka mata dan menyokong usaha pemerkasaan undang-undang Islam ini tanpa mengira bangsa dan agama.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107 bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu hai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat yakni (bagi semesta alam) manusia dan jin melalui kerasulanmu.”
Sesungguhnya Islam begitu menekankan keadilan dan menolak kezaliman dalam apa jua urusan. Oleh itu, kalangan bukan Islam usahlah bimbang. Ayuh teruskan berdoa semoga segala urusan dipermudahkan serta diberi hidayah kepada mereka yang masih lagi ragu terhadap usaha ini.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 Jamadil Akhir 1438
22 Mac 2017

Tok Lebai kalah tersungkur: Pemuda Pas kecam Azmin


Hanafi ZulkapliHanafi ZulkapliDewan Pemuda PAS Kawasan Subang  mengecam tindakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kekalahan Ketua Dewan Pemuda Pas Nik Muhammad Abduh Nik Aziz dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini.
"Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan meyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja Pilihanraya," ujar Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli.
Semalam Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilaporkan berkata, PKR tidak campurtangan dalam urusan dalaman PAS. Azmin dilapor turut menyindir seorang "tok lebai misteri" tanpa menamakan secara langsung individu disebutkan itu kononnya bercita-cita untuk menawan Selangor.
"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," ujar Azmin seperti dipetik.
Hanapi berkata, Pemuda Subang ingin mengingatkan menteri besar itu kerusi yang disandangnya itu adalah ihsan PAS bukan daripada PKR.
"Bahawasanya keberadaan YB Azmin di kerusi Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada ihsan PAS, bukan daripada parti YB sendiri dan kemenangan YB Azmin di Parlimen Gombak juga adalah hasil daripada kekuatan gerak kerja daripada jentera-jentera PAS yang ramai dan sanggup bekerja atas arahan pimpinan.
"YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi," tegasnya.
Justeru beliau berkata kenyataan sinis Azmin itu seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun.
Justeru, Pemuda Subang ujarnya, ingin menyeru kepada semua perwakilan PAS di Muktamar Kawasan masing-masing agar usul memutuskan hubungan politik antara PAS dan PKR mendapat sokongan seluruh perwakilan yang ada.
"Di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, kami dengan segala kekuatan jentera yang ada bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang, Kota Damansara dan Paya Jaras pada PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
"Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten meyambut seruan YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekaligus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin daripada pejabat Menteri Besar dan menyingkirkan YB Azmin daripada kerusi Parlimen Gombak," tegasnya.

'Wartawan bekerja, bukan berkelah di parlimen' - Nurul Izzah

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini membidas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melarang pemberita melakukan tugas di ruang legar parlimen.
Beliau berkata pemberita berkumpul di lobi parlimen bukan untuk "berkelah" seperti yang yang didakwa speaker, tetapi untuk melakukan tugas mereka sebagai wartawan.
"Saya kecewa dengan tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab Pandikar bahawa media telah menukar ruang legar menjadi 'tempat berkelah'.
"Pemberita berada di parlimen setiap hari persidangan, tanpa mengira perbahasan undang-undang atau berkenaan sesuatu isu.
"Petugas media menghabiskan waktu kerja mereka di koridor dan bukan di pusat media yang disediakan, menunjukkan betapa tidak praktikal dan tidak berkesannya kemudahan semasa di parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Pandikar semalam mengenakan larangan itu dengan alasan bahawa pemberita mengganggu anggota-anggota parlimen dengan soalan-soalan yang tidak diingini dan 'berkelah' di lobi parlimen.
Petugas media hanya dibenarkan berada di bilik media untuk mengikuti persidangan secara langsung, atau membuat liputan sidang akhbar di kawasan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, Nurul Izzah berkata jarak yang jauh antara pusat media yang baru dan ruang duduk parlimen mengurangkan peluang wartawan untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota parlimen dan menteri-menteri.
Akses terus kepada sumber adalah penting supaya mereka dapat mengesahkan maklumat dan melaporkan berita yang boleh dipercayai, katanya.
"Begitu juga, sebagai seorang anggota parlimen, adalah menyusahkan dan membuang masa untuk berjalan di lokasi yang jauh untuk memenuhi kedua-dua tanggungjawab kami menghadiri sidang parlimen dan membuat sidang akhbar.

BELANJAWAN TAMBAHAN BAGI GAMBARAN WANG LEBIH, SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK SUBSIDI MINYAK

Saya merujuk kepada ucapan penggulungan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Johari Ghani pada hari Isnin lalu yang secara jelas mengesahkan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berhasrat untuk mengembalikan subsidi minyak walaupun Kerajaan Persekutuan bakal mendapat pendapatan luar jangka apabila harga minyak mentah dalam bulan Januari dan Februari lebih tinggi dari harga yang digunapakai semasa menyediakan Bajet2017 iaitu USD45 setong.

Saya juga ingin menarik perhatian rakyat kepada tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib yang akan membentangkan satu belanjawan tambahan untuk mendapat kelulusan perbelanjaan lebih yang telah dibelanjakan di dalam tahun 2016 tanpa peruntukan (dan kelulusan Parlimen). Rang Undang-undang Belanjawan Tambahan itu akan dibentangkan untuk kelulusan dewan minggu depan dan intipati perbelanjaan adalah seperti berikut:

1. Jumlah keseluruham adalah RM3.08 bilion

2. Jumlah terbesar adalah pindahan dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2,248,437,560 bagi membiayai perbelanjaan di bawah kategori “pembangunan” yang telah dibelanjakan dalam tahun 2016


3. Baki (sekitar RM830 juta) ialah untuk perbelanjaan mengurus yang telah dibelanjakan dalam tahun 2016 tanpa peruntukan


Saya ingin mengulangi kritikan saya sebelum ini bahawa amalan Kerajaan Persekutuan membelanjakan terlebih dahulu wang rakyat tanpa peruntukan dan hanya membentangkan permohonan belanjawan tambahan selepas dibelanjakan; adalah satu penghinaan kepada rakyat dan Dewan Rakyat.

Saya yakin Pakatan Harapan (jika berkuasa di Putrajaya) akan melaksanakan satu proses pembentangan berkala kepada Jawatankuasa Terpilih (Select Committee) untuk memastikan prestasi perbelanjaan dan kewangan Kerajaan Persekutuan akan dipantau setiap 3 bulan. Apabila ada tanda-tanda bahawa belanjawan tambahan diperlukan, Menteri Kewangan perlu membentangkan permohonan itu dengan lebih awal dan bukannya setelah dibelanjakan seperti amalan sekarang.

Lebih dari itu, keputusan Dato’ Seri Najib memindahkan sejumlah RM2.25 bilion dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai projek-projek pembangunan yang tidak pun ada peruntukan sebelum ini membayangkan Kerajaan Persekutuan ada hasil tambahan kebelakangan ini.

Saya telah bertanya berkali-kali berapakah hasil tambahan Kerajaan Persekutuan dari kutipan cukai, royalti dan dividen tambahan apabila harga minyak mentah dunia lebih tinggi dari USD45 setong. Soalan ini enggan dijawab oleh mana-mana menteri.

Apabila Kerajaan Persekutuan telah terlebih belanja tanpa peruntukan, ada kaedah melalui Peruntukan Luar Jangka agar perbelanjaan mendesak seperti menguruskan bencana alam dapat ditanggung tanpa perlu menunggu kelulusan peruntukan.

Kenyataan Media Husam Sejurus Dihalau Keluar Dari Dewan

PERKASA cari solusi kontroversi iktiraf Sijil UEC

'Baik siram pokok bunga dekat rumah dari debat' - Tok Him

Harga petrol, diesel mingguan diumum setiap Rabu - menteri

Perlu ada prinsip konsensus, jelas Kit Siang

Ambil alih RUU355 didakwa keputusan Umno, bukan BN

Bajet Tambahan: Minta bajet tambahan 'lepas belanja' satu penghinaan

Pembangunan semula Kg Baru buntu

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengakui menghadapi halangan dalam membangunkan semula Kampong Baru kerana ia hanya mendapat kebenaran 18 pemilik tanah daripada 1,530 lot.
Walaupun telah berusaha keras selama setahun, PKB perlu mengesan setiap waris pemilik tanah asal untuk mendapatkan persetujuan mereka.
Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari berkata perbadanan itu terpaksa berhadapan dengan 5,000 pemilik tanah, termasuk beberapa pemilik yang tidak diketahui, sebelum mereka boleh mendapatkan geran untuk membangunkan semula 121.9 hektar tanah Kampung Baru.
"50 tahun lepas daftar (pemilikan tanah), kalau ada 4 orang anak, anak ni ada empat orang anak, berpuluh-puluh waris, itulah cabarannya," katanya.
Menurut Affendi, sehingga 2015, PKB telah merekodkan sebanyak 5,000 pemilik tanah.
Beliau berkata PKB menangani masalah itu dengan mengadakan klinik dua kali sebulan bersama-sama Pejabat Tanah dan Amanah Raya Berhad untuk menyelesaikan isu-isu hak milik.
Dalam pada itu, beliau berkata, mereka mula membangunkan semula Kampong Baru sedikit demi sedikit, menurut Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari 2015.
Dilaporkan juga bahawa Kampong Baru akan menjalani kerja pembangunan bernilai RM43 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang, dari 2015.
"Kampung Baru ni nak kata ada target 20 tahun nak buat, tak ada macam itu.
"Sebab tanah jadi penentu, kamu tak boleh dapatkan geran bersih, kamu tak boleh bangunkan," kata Affendi menjawab soalan jika perkara itu memberi kesan kepada tempoh sasaran ia dapat disiapkan.

Kemudahan Kewangan: FGV sedang mencari rakan kongsi, kata CEO

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sedang berunding dengan beberapa syarikat, termasuk firma-firma China bagi menjalinkan perkongsian bertujuan mengembangkan rangkaian pengedaran dan kemudahan kewangan.
Memetik laporan Reuters, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, pihak mencari rakan kongsi untuk tujuan itu dan bukannya pelabur.
Zakaria yang tidak menamakan mana-mana syarikat yang terlibat dalam perundingan tersebut menambah, keputusan mengenai perkongsian itu akan dimuktamadkan dalam masa sebulan dua lagi.
"Kami mencari rakan kongsi perniagaan untuk kerjasama jangka panjang. Bagaimanapun, jika rakan kongsi mahu membeli kepentingan dalam pasaran terbuka, tiada apa yang boleh saya lakukan," kata Zakaria, memetik laporan yang sama.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (Cofco) serta Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dikatakan berminat untuk membeli kepentingan dalam FGV.
Laporan tersebut menyebabkan harga saham FGV melonjak 14 peratus.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata, FGV buat masa ini sedang berunding dengan beberapa firma dari China dan dalam masa yang sama, turut meninjau peluang yang sama dengan syarikat lain dari India, Timur Tengah dan Africa Utara.

PAS diramal sertai BN+1, kata Guan Eng

Pemimpin DAP berkata PAS perlu buat keputusan yang jelas mengenai siapa yang mereka sokong, atau hilang keyakinan pengundi
lim-guan-eng_pas_pas_bn_600
GEORGE TOWN: Ancaman PAS memutuskan hubungan dengan PKR mungkin disebabkan oleh rancangan perikatan BN+1 untuk pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.
Mengambil maklum 2 PAS kawasan di Pulau Pinang – Permatang Pauh dan Bayan Baru – baru-baru ini meluluskan usul menghentikan kerjasama dengan PKR, Guan Eng berkata langkah seperti itu bertujuan meletakkan asas kepada kerjasama antara PAS dan Umno dan BN.
Guan Eng berkata PAS patut mempunyai arah yang “jelas” mengenai siapa yang akan mereka sokong, atau kehilangan keyakinan pengundi. Beliau berkata perkembangan politik di Pulau Pinang berlawanan dengan keadaan di Selangor di mana PAS menyokong kerajaan PKR.
Tetapi, katanya, keadaan itu juga akan berubah.
“Ia hanya menunggu masa. Mereka akan tinggalkan PKR untuk bekerjasama dengan Umno dan BN. Ia adalah hak mereka, tetapi mereka mesti mempunyai hala tuju yang jelas,” katanya pada sidang media di Komtar di sini hari ini.
“Apabila mereka bekerjasama dengan Umno, mereka perlu berpisah dari PKR,” katanya, sambil menambah langkah itu dalam jangkaan DAP. “Akhirnya mereka akan bekerjasama dengan Umno.”
Guan Eng berkata PAS juga meletakkan asas terlebih dahulu sebelum berpisah dari DAP pada 2015.
“Jika jika biarkan PAS menangguhkan perkara ini, ia akan memberi kesan kepada keyakinan pengundi (terhadap kerjasama pembangkang), kerana orang tertanya-tanya kedudukan kita.”
Ditanya mengenai perbincangan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS, Guan Eng tidak yakin ia akan berhasil.
Katanya PAS sangat jelas tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.

Husam dihalau keluar Dewan kerana takut pendedahannya

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan ke lima penggal ke 13 yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 23 Mac berakhir menjelang Zohor hari ini.

Persidangan kali ini dianggap sebagai persidangan terakhir untuk parlimen ke 13. Sebab itu beberapa orang Adun dari BN seakan mengucap sayornara kepada Dun Kelantan, dengan memohon kemaafan jika selama menjadi wakil dan berada dalam Dun itu melakukan salah dan silap.


Permohonan itu mungkin merasakan mereka tidak lagi akan bertanding dalam Piraum akan datang dan tidak lagi berada dalam dewan berkenaan. Setengahnya sudah lima hingga enam penggal berada dalam Dun berkenaan. Piraum ke-14 dijangka akan diadakan pada tahun ini. Manakala parlimen ke 13 genap pada Mei tahun depan.

Berbeza dengan Adun dari kerajaan (Pas), tidak ada seorang pun menyuarakan nada apologetik walaupun ada setengahnnya sudah empat penggal. Seolah-olah mereka yakin dalam sidang akan datang mereka masih akan memasuki Dun berkenaan. Optimis bahawa parti mereka masih menguasai Kelantan.

Apapun sidang Dun terakhir ini mencatat sejarah dan membawa signifkan tersendiri. Sejak 27 tahun lalu Pas menguasai dewan berkenaan, dengan tiga orang Speaker, bermula dengan Allahyarham Omar Mohamad, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, kemudian terkini Abdullah Yakob, pada sidang kali ini menyaksikan seorang Adun dihalau keluar dibawah peraturan Dewan.

Abdullah Yaakob asalnya Imam Kampung.
Speaker Abdullah Yaakob telah memerintah bentara membawa Adun Salor, Husam Musa (Amanah) keluar apabila Husam enggan patuh arahan Speaker Abdullah Yaakob supaya duduk apabila permintaannya untuk mencelah semasa Adun Pasir Pekan (Ahmad Yakob) (Pas yang juga MB) menggulung perbahasan enggan memberi laluan.

Husam yang dinafikan haknya untuk mengambil peluang membahas titah ucapan Pemangku Sultan semalam dan pagi ini, mencuri peluang semasa Ahmnad menggulung perbahasan, dengan harapan ada ehsan dari MB itu tetapi gagal. Lebih dua kali Husam merayu meminta peluang kepada Ahmad tetapi tidak diendahkan. Entah macam mana kali ini Ahmad tidak jadi pemurah mungkin kerana terkesan dengan isu pembubaran Cawangan Pas Kampung Laut yang terletak dalam kawasannya.

Husam respons untuk mendapat peluang itu apabila Ahmnad diawal penggulungan lunak merdu membaca ayat Quran menjelaskan Islam membenarkan perundingan dan menyatakan kehadiran setiap anggota Dewan untuk berbincang dan berunding demi kepentingan rakyat dan negeri, tetapi Ahmad tidak sedia menuruti apa yang dibaca seperti dimaksud ayat Quran itu.

Memandangkan Husam enggan duduk, Speaker yang sebelum ini menggunakan kuasa veto untuk menghalang Husam daripada berbahas selepas Dewan berhenti rihat, dengan angkuh menggunakan kuasa vetonya sekali lagi untuk memerintah Husam diiring keluar.

SYED SADDIQ PERTIMBANG ANTARA POLITIK DAN OXFORD

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mempertimbangkan untuk berhenti aktif dalam politik dan menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Oxford.
Ketika dihubungi, Syed Saddiq berkata beliau berasa sangat bersalah meninggalkan Ijazah Sarjana Dasar Awam yang dijadual bermula September depan, serentak dengan khabar angin kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya belum buat sebarang keputusan. Ia pasti bukan satu keputusan mudah.
“Langkah seterusnya sekarang adalah untuk cakap dengan (Pengerusi BERSATU) Tun Mahathir (Mohamad) dan (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin (Yassin),” katanya.
Syed Saddiq berkata kepimpinan tertinggi BERSATU sebelum ini berkata beliau hampir pasti akan menjadi calon dalam PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata adalah terlalu awal untuk mendedahkan maklumat lanjut.
Dalam catatan Facebook semalam, Syed Saddiq berkongsi salinan surat tawaran yang diterimanya dari Oxford, menyifatkannya sebagai tawaran yang diimpikan selama ini.
“Daripada komen mengenai saya di Facebook, Instagram dan Twitter, sebahagian besar daripada mereka menggalakkan saya untuk tinggalkan (dan menerima tawaran itu).
“Tetapi saya tak fikir mereka tahu banyak yang saya telah lalui dan telah saya korbankan untuk menyertai politik,” katanya kepada Malaysiakini.

Speaker Dun Kelantan halau Husam keluar Dewan

"Malulah saya," luah Sultan Johor

Sultan Johor dedah ada agen nak bagi RM2 juta satu 'Tan Sri'

Hannah nasihat pada Jamal jika serius ingin lapor rasuah

ADUN DAP dedah dokumen SMUE, nafi dakwaan Jamal

Sikap pengecut kerajaan Kelantan semakin ketara, kata Husam

Husam MusaHusam Musa
Wakil tunggal Amanah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Datuk Husam Musa yang tidak diberi peluang berucap sebelum tamat persidangan semalam menganggap kerajaan Kelantan bersikap pengecut.
"Apa yang ditakutkan, jika tiada kelemahan ketara cuba disembunyikan," soal beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya ini satu yang mendukacitakan kerana menurut amalan biasa Dun, sebelum sesi perbahasan ditutup, Speaker akan memberitahu Dewan atau bertanya bilangan Adun yang masih ingin berucap.
"Ini tidak berlaku. Jam 4.30 semalam, selepas Adun Selising habis berucap, saya bangun untuk berucap tetapi Timbalan Speaker terus menutup persidangan dan tidak pula memberi notis sesi perbahasan telah tamat.
"Pada jam 4.30 petang masih awal untuk ditutup. Ia boleh berlangsung paling kurang, sampai jam 5 petang. Bahkan, Parlimen ada masanya berbahas sampai malam," katanya.
Menurutnya sebagai Adun Amanah tunggal dalam Dewan Undangan Kelantan, peluang perlu diberikan.
"Untuk hanya Adun tunggal Amanah pun tidak berani diberikan, sedapat mungkin kerana saya percaya persidangan Dun Kelantan kali ini akan ditamatkan tengah hari ini.
"Pada hal, lazimnya Dun atau Parlimen bersidang sampai petang," katanya.
Beliau mengecam sikap speaker yang dianggap tidak berbaloi menuntut elaun sehari penuh untuk persidangan dewan.

Speaker PAS Dun Kelantan halau Husam

KOTA BHARU - Sidang Dun Kelantan hari ini kecoh  apabila  Speker Dun, Datuk Abdullah Yakob mengarahkan Datuk Husam Musa (Amanah-Salor) dihalau dari dewan.
Ia berlaku ketika mana Husam memohon mencelah semasa sesi penggulungan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Speaker Dun Kelantan halau Husam Abdullah terdahulu melarang Husam daripada mengganggu ucapan Ahmad, namun tindakan Adun Salor terus bangkit menyebabkan beliau mengarahkan bentara membawa  Husam keluar dewan.
Husam ketika ditemui di luar dewan kecewa dengan tindakan Speaker yang disifatkan tidak menjalankan amanah dengan sewajarnya.
"Saya hanya ingin tanya kelayakan Exco agama  yang terdahulu mengeluarkan  isu Fekah , (baiah) tindakan itu tidak wajar tetapi saya bangga," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata, Husam sepatutnya menggunakan peluang untuk membahaskan isu semalam.
"Setiap ahli kena pengikut peraturan,  kita sudah bekalkan buku.
"Bagaimanapun kita perlu menghormati keputusan speaker," katanya.

'Wanita' itu dangkal mindanya, bidas Mufti Perlis

Mufti Perlis hari ini meneruskan kritikannya terhadap seorang bomoh sambil turut menempelak seorang wanita yang disifatkan sebagai mempunyai keupayaan akal yang dangkal.
Datuk Dr Asri Zainul Abidin pernah menyasarkan kritikan kepada 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin sebelum ini manakala wanita yang dimaksudkan beliau dipercayai adalah peguam yang juga aktivis liberal, Siti Kassim.
"Dukacita apabila media mengutip berita 'bomoh' yang penuh khurafat dan memalukan masyarakat bertamadun, dan seorang wanita dangkal minda yang entah apa latarnya.
"Seorang membuat 'kerja' yang melambang masalah akal yang serius. Seorang pula membuat kenyataan tentang agama, tuhan dan pelbagai lagi yang juga melambangkan kedangkalan pengetahuan dan ketandusan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan," katanya dalam catatan di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Asri mengkritik keras aksi terbaru Ibrahim yang 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, hususnya Korea Utara dengan menyifatkannya sebagai khurafat dan memalukan akal.
“Padahal perbuatannya itu merupakan kebodohan yang tiada bertebing,” katanya.
Di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, Ibrahim mengadakan upacara untuk “melindungi” Malaysia di tepi pantai dengan beliau dan pengikutnya menggunakan buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh untuk upacara itu.

Halau pengamal media, menteri takut jawab soalan wartawan?

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Alasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghalau pengamal media daripada menjalankan tugas di lobi Parlimen kononnya atas faktor keselamatan dipandang sinis seorang Adun DAP.
Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam kemas kini status di laman sosial, Facebook semalam berkata, faktor keselamatan tidak menjadi isu kerana wartawan dan jurugambar diberikan kad media selepas menjalani pemeriksaan keselamatan.
Justeru beliau berpandangan keputusan Pandikar itu adalah disebabkan oleh rasa tidak selesa menteri ketika disoal wartawan di luar pintu Parlimen.
“Nampak sepertinya menteri-menteri tidak selesa menghadap soalan dan penelitian (pengamal media) di luar pintu Parlimen.
“Berdasarkan rakaman video sesi soal jawab Gobind Singh (Ahli Parlimen Puchong) dua hari lalu, menteri seolah-olah tidak selesa menjawab soalan meskipun berada di dalam Parlimen.
“Sepatutnya menteri-menteri harus biasakan diri dengan penelitian awam,” katanya yang juga Naib Ketua Wanita DAP.
Hannah yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor berkata, menteri harus bersedia dengan jawapan terhadap soalan yang dibangkitkan tidak kira di luar atau di dalam Parlimen kerana gaji mereka didanai oleh wang pembayar cukai di negara ini.
Bermula semalam, pengamal media tidak lagi dibenarkan untuk berada di lobi Parlimen dan hanya dibenarkan untuk berada di bilik media di tingkat bawah Dewan Rakyat.
Pandikar berkata beliau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan itu sambil mengambarkan wartawan yang berkumpul dan berlegar-legar di luar pintu Parlimen sebagai ‘picnic’.

Pakatan Harapan mula proses pendaftaran gabungan, JK Teknikal mula mesyuarat

Jawatankuasa Teknikal Bersama Pakatan Harapan bermesyuarat di pejabat ketua pembangkang semalam dengan disertai sama Bersatu.Jawatankuasa Teknikal Bersama Pakatan Harapan bermesyuarat di pejabat ketua pembangkang semalam dengan disertai sama Bersatu.
Selepas penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi ke dalam Pakatan Harapan Isnin lalu, gabungan itu memulakan perbincangan mengenai pembentukan jawatankuasa perundingan kerusi dan jawatankuasa manifesto.
Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, gabungan itu juga memulakan usaha pendaftaran rasmi gabungan baharu itu.
"Ini selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam (Isnin) yang telah menerima hasrat PPBM sebagai anggota Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan semalam.
Jawatankuasa Teknikal Bersama Pakatan Harapan-Bersatu mengadakan pertemuan di parlimen semalam.
PKR diwakili Sim Tze Tzin; Teresa Kok (DAP), Dr Hatta Ramli (Amanah) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bersatu).
Pada 14 Mac lalu Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan dan akan mengunakan satu logo, calon dan manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita bersetuju pada prinsipnya perlu adakan nama dan logo baru untuk pilihan raya dengan mengunakan satu manifesto dan bersetuju akan meletakkan hanya satu calon mewakili gabungan ini kelak," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabat parti itu di Petaling Jaya.

‘Jangan sengaja menangkan BN’ - Tun M

PUTRAJAYA - Penubuhan parti baharu akan memberi kesan kepada gabungan pembangkang sekiranya silap percaturan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, sekiranya sesebuah parti baharu itu bercita-cita bertanding bukan atas tiket gabungan, ia seolah-olah sengaja memberi kemenangan kepada BN.
Mahathir Mohamad Beberapa hari lalu, bekas Senator, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor dan bekas ahli  Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan penubuhan sebuah parti parti baharu yang memfokuskan kepada satu matlamat iaitu memerangi rasuah.
"Saya tak pasti apa sebab dia (Khairuddin) nak tubuh parti baharu, kalau dia bertanding bukan mewakili gabungan, dia seperti mensabotaj parti gabungan," katanya pada satu sidang media, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.
Difahamkan, parti yang diasaskan oleh Mohamed Ezam dan Khairuddin itu akan membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) dalam masa terdekat.  Sejurus pengumuman itu, mereka juga menyatakan pendirian untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, yang kini dianggotai PKR, Amanah dan Bersatu.
Khairuddin sebelum ini menafikan desas-desus yang mengaitkan tindakannya keluar Bersatu disebabkan berlaku konflik bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya pengunduran itu bagi menyelesaikan kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Berambus – Sultan Johor beritahu ejen tawar RM2 juta beli ‘Tan Sri’

Sultan Ibrahim berkata pingat dan darjah kebesaran di Johor diberikan atas jasa seseorang semata-mata dan bukan dijual beli.
Sultan-Ibrahim
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata darjah kebesaran yang dikurniakan di negeri itu tidak boleh dijual beli, dan mendedahkan bagaimana orang tengah cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepadanya untuk menganugerahkan gelaran kebesaran kepada orang tertentu.
“Nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi namakan nanti dia malu… saya kata pergi berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,” katanya dalam wawancara khas bersama Berita Harian sempena Hari Keputeraan Sultan Johor esok.
Sultan Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas sekiranya darjah dan pingat diraja dijual beli di negeri lain.
“Itu bukan hak saya untuk komen pun. Negeri lain terpulang kepada negeri masing-masing bukan hal saya, saya tengok Johor sahaja,” katanya.
Menurutnya, ramai “ejen-ejen penipu” menawarkan gelaran kebesaran akan muncul menjelang Hari Keputeraan.
“Pada mereka yang mudah tertipu, itu nasib awaklah. Pesanan saya sekarang… ingat datuk Johor, pingat, darjah kebesaran Johor tak boleh dibeli.”
Sultan Ibrahim berkata mereka yang bakal menerima darjah kebesaran akan dimaklumkan baginda sendiri.
“Contoh tahun ni, mungkin satu dua datuk. Nilai pingat saya dah sama macam datuk. Bermakna… betul-betul orang yang patut layak menerima atas jasa dia baru saya bagi.

Kerjasama dengan PKR kekal buat masa ini, kata PAS P Pinang

Nasib kerjasama dengan parti Anwar Ibrahim akan ditentukan Majlis Syura Ulama melalui muktamar parti tidak lama lagi
afnan-pas
PETALING JAYA: Kerjasama dengan PKR di Pulau Pinang kekal sehingga diputuskan oleh Majlis Syura Ulama melalui muktamar parti, yang dijangka diadakan pada 29 April hingga 1 Mei.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamuddeen menjelaskan usul putus hubungan dengan parti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan di peringkat kawasan akan ditentukan perlu melepasi muktamar PAS Pusat terlebih dahulu, dan sekiranya lulus, akan diangkat ke majlis syura.
“Keputusan akhir terletak pada Majlis Syura Ulama PAS, kerana hubungan politik ini menggunakan hukum politik Islam dalam bab tahaluf siyasi. Oleh itu, bab hukum-hakam hanya majlis syura yang ada kuasa menentukan,” katanya kepada FMT.
Afnan berkata keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini juga melalui proses yang sama. PAS mengambil keputusan itu pada 2015 selepas pertelingkahan dengan rakan Pakatan Rakyat antara lain mengenai pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan.
Afnan dihubungi selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru pada Ahad meluluskan usul menggesa parti memutuskan hubungan dengan PKR, yang antara lain didakwa memujuk ahli keluar parti dan mencampuri urusan penfatwaan di Pulau Pinang.
Sekiranya usul diterima di peringkat pusat, ia dijangka membuka ruang kepada pertembungan antara PAS dan PKR di Permatang Pauh – kubu kuat Anwar – atau ahli PAS menyokong calon Umno menentang PKR.
“Saya tahu isu itu (cubaan pujuk ahli keluar parti),” kata Afnan. “Kita pernah tegur secara bersemuka dengan cara baik kepada pemimpin PKR negeri sebelum ini.”

Buang masa bincang dengan parti lain, kata veteran Pas


Subky Abdul LatifSubky Abdul Latif
Tokoh wartawan dan veteran Pas, Subky Abdul Latif menyifatkan berbincang dengan parti-parti lain sebagai membuang masa kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan Pas.
Beliau yang dipetik dari Harakahdaily berkata, Pas sepatutnya bertanding di semua kerusi di Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
“Dulu pun, dua tiga PRU (pilihan raya umum) yang lepas sepatutnya, Pas bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi.
“Parti-parti yang ada itu memaksa Pas untuk bersendirian, maka pilihan kita tiada. Sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno, mereka mengikut Pas kerana Pas telah ada dasar ‘Pas Ganti Umno’,” jelasnya.
Menurut Subky yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, partinya itu diyakini akan menjadi pembangkang yang kuat walapun pada masa sama mengakui Pas tiada banyak pilihan pada masa ini.
“Pas akan menjadi pembangkang tunggal yang kuat kerana Pas dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya.
“Mungkin pada masa ini Pas tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya Pas akan menjadi kuat,” jelas Subky lagi pada temubual dengan Harap TV di Kuala Terengganu, kelmarin.
Untuk rekod, Pas di Terengganu hanya memerintah satu penggal selepas Pilihan Raya Umum pada 1999 dan sebelum itu pada 1959.
Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda baru-baru ini menyifatkan Pas dan presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidaklah benar-benar berpengaruh di negeri itu.
Menurutnya, tanggapan Pas kononnya kuat pada PRU 1959 tidak benar ekoran wujudnya perpecahan undi antara parti Perikatan iaitu nama lama Barisan Nasional dengan Parti Negara ketika itu.

Azmin tempelak Pas, mahu tawan Selangor, kawasan sendiri kalah


Tanpa menyebut nama, Azmin menyindir seorang 'tok lebai' ditwitternya Tanpa menyebut nama, Azmin menyindir seorang 'tok lebai' ditwitternya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menempelak seorang 'tok lebai' yang berhasrat menawan Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Ada tok lebai nak tawan Selangor.Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” tulis Azmin di Twitter semalam.
Beliau tidak menamakan individu 'tok lebai' itu namun dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Pas Nik Mphd Abduh Nik Abdul Aziz yang kalah teruk pada pemilihan Pas peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.
Nik Abduh yang juga ahli Parlimen Pasir Mas hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin dengan 207 undi bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua kawasan.
Isnin lalu, Nik Abduh berkata, Pas mahu menawan Selangor pada PRU14 walaupun selepas PRU13 parti itu bersetuju PKR memimpin negeri itu.
Namun katanya, keputusan itu tidak selamanya kekal.

Lepas amanah kita bersatu, kata Adun Umno di sidang Dun Kelantan

Kemunculan parti Amanah negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mendapat perhatian dalam perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang sedang berlangsung.
Abdul Aziz DerasidAbdul Aziz DerasidAdun BN Kuala Balah Abdul Aziz Derasid berkata politik Kelantan semakin meriah apabila semakin banyak parti muncul untuk menjadi pilihan rakyat di negeri Kelantan.
"Dalam kawasan saya yang dulunya hanya ada bendera BN, Pas dan PKR, kini telah kelihatan muncul parti baru PAN (Amanah) dan Bersatu," katanya ketika mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih titah ucapan pemangku Raja Kelantan petang semalam.
Di sekitar Kota Bharu pula kata beliau, bendera Amanah berwarna oren kelihatan semakin banyak menggantikan bendera Pas berwarna hijau di kebanyakan tempat.
"Dekat rumah saya di Cherang begitu banyak bendera oren dan bendera hijau semakin hilang," katanya.
Pihak Pas menurut beliau apabila ditanya tentang parti baru ini sentiasa membuat penafian kononnya tiada penyokong.
"Yang naik bendera banyak tu siapa, kalau bukan penyokong mereka.
"Kambinglah agaknya," katanya menjadikan dewan riuh seketika.
Abdul Aziz yang mencadangkan ahli-ahli politik tidak menggunakan kata-kata kesat dan membanyakkan tolak ansur mahu perkembangan seperti ini dilihat secara positif.
"Saya ucap tahniah kepada Datuk Husam. Memang patut kita semua beramanah.

Hubungan baik Umno-Pas turut dirasai di DUN Kelantan

Norzula mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Yakub dan turut minta maaf, lapor Harakahdaily.Norzula mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Yakub dan turut minta maaf, lapor Harakahdaily.

Hubungan baik antara Umno dan Pas mula terasa sehingga ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila permohonan maaf dan puji-pujian serta terima kasih berlaku.
Media rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan, Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah memohon maaf di atas segala kesalahan beliau kepada kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.
Beliau juga merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah kerana menziarahinya ketika terlantar sakit.
Katanya, beliau begitu terharu di atas kesudian pimpinan kerajaan negeri termasuk wakil-wakil rakyat datang menziarahi beliau.
“Terima kasih banyak di atas kesudian itu dan hari ini saya memohon banyak kemaafan di atas semua kesalahan saya,” katanya ketika membahas titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan Dun di Kota Bharu petang semalam.
Ucapan Nozula yang juga Ketua Pembangkang membuatkan sidang Dun gamat seketika, lapor Harakahdaily.
Bagaimanapun beliau mempertikai kerajaan negeri tidak meletakkan nama projek kerajaan pusat pada program pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan PBT.
“Suka hati diaaa jeeeeee,” ujarnya sehingga membuatkan dewan menjadi riuh lagi.

'Bekas pemimpin' bohong tentang Malaysia, dakwa Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa seorang 'bekas pemimpin' menyebarkan pembohongan mengenai Malaysia, yang katanya hampir menggagalkan perjanjian bernilai AS$ 7 bilion (RM31.1 bilion) antara Petronas dan Saudi Aramco.
Dalam serangan disasar kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri, Najib kesal kerana pembangkang lebih suka mencipta propaganda palsu berbanding fakta.
"Perjanjian Aramco hampir rosak oleh berita palsu tersebut.
"Ramai tidak menyangka bekas pemimpin itu bercakap bohong mengenai negaranya. Oleh itu, apabila beliau memberitahu rakyat bahawa Malaysia sedang menghadapi kebankrapan, sesetengah percaya kepadanya.
"Malah, dia tahu dia berbohong," katanya kepada hadirin di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Forum Transformasi Global, yang menampilkan penceramah terkemuka dan peserta dari seluruh dunia.

ANAK bimbang kepentingan peneroka lenyap jika syarikat asing beli saham FGV


Felda FGVFelda FGV
Ramalan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bahawa risiko kepentingan Felda Global Ventures (FGV)  tergadai kepada syarikat asing atau individu hampir pasti menjadi kenayataan, kata presidennya Mazlan Aliman.
Beliau berkata, ini berikutan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, seperti dilaporkan The Edge Markets, bahawa firma Kerajaan Cina, China National Cereals, Oil & Foodstuff Corporation dan jutawan Syed Mokhtar Al Bukhari berminat membeli kepentingan dalam FGV.
Ia berkaitan situasi kritikal yang sedang dialami FGV, apatah lagi pelabur Institusi seperti PNB, KWSP, KWAP dan Tabung Haji mula melepaskan pegangan saham mereka dalam FGV.
"Anak pernah menyuarakan kebimbangan, akan tiba suatu ketika, pelabur asing yang tidak ada kena mengena langsung dengan usaha menukar hutan belantara kepada ladang yang terbentang luas, yang tidak pernah menumpahkan hatta setitik keringat pun, dengan mudah boleh mengambil alih ladang-ladang berkenaan melalui pembelian saham FGV di Bursa Malaysia.
"Jika syarikat asing ini menjadi pelabur majoriti, mereka membolot saham FGV di pasaran, lalu mengambil alih pemilikan dan kuasa pengurusan serta pengawalan syarikat, apa yang tinggal kepada Felda? soalnya dalam kenyataan.
Justeru Anak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri yang menjaga kepentingan Felda agar membuat penjelasan segera mengenai kebarangkalian pembelian saham FGV oleh syarikat asing ini.
"Jika ternyata benar, Kerajaan wajib campur tangan agar ia tidak berlaku sama sekali. Barang diingat, antara aset paling bernilai dalam FGV adalah tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar dan sekurang kurangnya 10 anak syarikat di bawah Felda Holding termasuk Felda Technoplant yang mengurus kebun peneroka dan Felda Palm Industries di mana hasil Buah Tandan Segar(BTS)di hantar ke situ," katanya.

Skandal 1MDB: AS sedia dakwa Jho Low

Sepasukan dari Jabatan Kehakiman AS sudah selesai menemuramah beberapa pihak di Singapura baru-baru ini, lapor WSJ.
jho-low-dojs
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bersedia mendakwa Low Taek Jho, atau Jho Low, jutawan rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tahun lalu dalam kertas siasatan salah guna wang 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
WSJ memetik sumber di Singapura berkata pasukan DOJ baru-baru ini selesai melakukan soal siasat di republik itu dalam persediaannya mendakwa Jho Low.
Pada 20 Julai, DoJ menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion dilencongkan daripada dana 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.
DoJ memfailkan saman sivil di Los Angeles untuk merampas sejumlah AS$1.2 bilion aset yang dibeli dengan dana didakwa digelapkan daripada 1MDB dan dipindahkan ke AS menggunakan syarikat kosong, dan menamakan beberapa individu.
Selain Jho Low, saman itu turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
DOJ baru-baru ini berusaha memasukkan beberapa harta milik keluarga Jho Low ke dalam senarai aset yang mahu disitanya.
Ia termasuk kapal layar mewahnya, Equanimity, bernilai AS$165 juta (RM730 juta). Ahli keluarganya kini terlibat dalam proses mahkamah melawan tindakan DOJ itu.

Polis tidak diberi kuasa tolak sebarang perhimpunan

Zulhazmi Shariff Zulhazmi Shariff Peguam Zulhazmi Shariff menegaskan peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 tidak memberikan sebarang kuasa kepada pihak polis untuk menolak sebarang perhimpunan.
Menurutnya, APA 2012 menghendaki pihak polis memudahkan dan mengawal perhimpunan yang hendak dianjurkan seperti peruntukan Seksyen 8 berkaitan tanggungjawab polis iaitu mengambil apa-apa langkah bagi memastikan perhimpunan teratur.
"Pihak polis hanya boleh mengenakan sekatan di bawah Seksyen 15 APA 2012. Itu pun setelah semua proses lain dipenuhi. Apa prosesnya? Selepas menerima makluman dari penganjur di bawah Seksyen 9 (1), pihak polis hendaklah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 12 (1).
"Pihak-pihak yang berkepentingan boleh membuat bantahan bertulis dan pihak polis boleh mempertimbangkan bantahan yang dibuat untuk membuat sekatan di bawah Seksyen 15," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ahmad Termizi Abd Haq yang menolak permohonan penganjur program perdebatan antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz pada 25 Mac ini.
Terdahulu, Ahmad Termizi dilapor berkata, keputusan berkenaan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
Sehubungan itu, Zulhazmi berpendapat dakwaan bahawa pihak polis telah menerima bantahan secara bertulis dan laporan polis oleh orang awam bukan alasan untuk menolak perhimpunan.
"Bantahan dan laporan polis boleh diambil kira untuk sekatan dibuat bukan menolak perhimpunan. Bantahan juga setelah notis Seksyen 12 dikeluarkan.
"Notis belum keluar dah ada bantahan, bantahan adalah pra matang yang tak wajar diambil kira. Kelewatan makluman juga bukan alasan menolak perhimpunan.
"Jika makluman tidak cukup 10 hari, pihak polis tidak wajar menolak atau memberhentikan perhimpunan sebaliknya berjumpa penganjur seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 APA 2012.
"Bincang dan kemukakan cadangan bukan mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah dengan undang undang," kata beliau.
Langgar APA 2012 
Menurutnya, penganjur tidak melanggar APA 2012 sebaliknya pihak polis sehingga kenyataan tersebut dikeluarkan terlebih dahulu berbuat demikian kerana telah melampaui bidang tugas yang diberikan.
Pada masa sama, Zulhazmi menyifatkan ungkapan 'menolak permohonan' yang polis gunakan merujuk kepada program yang dirancang bertempat di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar itu adalah bercanggah dengan APA 2012.

JADI ATAU TAK JADI?

Setelah debat di Padang Rengas tidak menjadi kenyataan berikutan pihak polis tidak meluluskan permitnya, tarikh baru bagi perdebatan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz kini ditetapkan pada 7 April depan.

Kedua-dua pendebat dilaporkan bersetuju untuk ia diadakan pada tarikh tersebut, jam 9.30 malam di Auditorium Karangkraf, Shah Alam iaitu di lokasi yang menjadi milik penerbit akhbar Sinar Harian.

Kata Nazri, kawasan itu merupakan milik persendirian,  jadi tidak perlu untuk memohon permit dengan pihak polis.

Dalam masa yang sama, berikutan tempat yang agak terhad, Sinar Harian selaku penganjur juga akan membuat siaran secara live debat itu melalui SinarTV.

Lebih menarik, atas permintaan Nazri, beliau mahukan Ahli Parlimen Shah Alam daripada Amanah, Khalid Samad  sebagai moderator bagi mengendalikan debat tersebut.
Hmmm....Nampak macam tiada masalah lagi untuk debat tersebut menjadi kenyataan pada tarikh baru yang dipilih itu.

Cuma, oleh kerana tajuk debat itu banyak yang berkait secara langsung berkenaan Najib Razak,  antaranya tentang 1MDB, duit RM2,600 juta, hutang RM55 bilion untuk landasan keretapi pantai timur  dan lain-lainnya, kebimbangan ia mungkin  dibatalkan di saat-saat akhir tetap ada.

Apakah kita boleh benar-benar yakin Najib begitu rasional, terbuka dan tidak akan berbuat sesuatu dengan merelakan saja dirinya disasar dan ditembak sesuka hati serta semahunya pada acara debat itu oleh musuh utamanya, Tun Mahathir?

Lebih dari itu, debat itu juga akan disiarkan secara live melalui SinarTV yang bermakna jutaan rakyat dan pengundi dapat menontonnya secara bebas.

Sekali lagi, apakah Najib akan membenarkan ia berlaku di saat-saat beliau amat memerlukan kepercayaan rakyat bagi menghadapi PRU 14?

Meskipun seperti kata Nazri, tiada permit polis diperlukan kerana ia diadakan di kawasan milik persendirian, apakah Najib tidak ada cara lain untuk menghalangnya?

BARU NAZRI SEDAR TERUKNYA NEGARA INI....SEKARANG MARAHLAH PADA NAJIB ATAU ZAHID HAMID!!

Marah benar Nazri Aziz dengan keputusan pihak polis yang tidak semena-mena tidak membenarkan debat antara beliau dengan Tun Mahathir Mohamad diadakan pada 25 Mac ini.

Macam-macam perkataan yang keluar daripada mulutnya - kenapa polis tidak membenarkannya, sejak bila hak individu boleh dihalang oleh pihak lain, negara ini adalah negara demokrasi dan bukan negara polis, tindakan polis tidak betul, debat itu adalah berbentuk wacana, bukan perhimpunan aman, kenapa polis lebih memihak kepada NGO yang membuat laporan berbanding dirinya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas , saya sebagai menteri bukan mahu menghasut dan macam-macam lagi.

Sebagai pemimpin yang terkenal dengan sifat lantang dan berani, Nazri memang berhak meluahkan rasa marahnya ketika ini. Mungkin beliau memang mahu berdebat dengan Tun Mahathir, tetapi sekarang cubaannya untuk menunjukkan keberanian seperti dihalang oleh pihak polis.

Tetapi, sabarlah Chief...jangan marah kepada pihak polis. Pihak polis hanya menjalankan tugas dan jika mahu marah juga kerana tidak dibenarkan berdebat, orang yang sepatutnya Nazri marah ialah Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.

Meskipun sebelum ini Zahid Hamidi dan Nur Jazlan Mohamed dilaporkan sudah membenarkan debat itu untuk diadakan, pihak polis mungkin mendapat arahan lain daripada Menteri Dalam Negeri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri itu agar permit polis tidak dikeluarkan.

Tidak mungkin pihak polis pandai-pandai sendiri berbuat demikian tanpa merujuk kepada sesiapa. Kemungkinan besar ada arahan atasan yang diterima mereka.

Alasan keselamatan, menganggangu ketenteraman awam dan tempoh memohon permit kurang daripada 10 hari barangkali hanyalah ciptaan semata-mata.

Jika pun itu antara alasan pihak polis tidak mengeluarkan permit, tetapi andainya Zahid selaku TPM dan Menteri Dalam Negeri benar-benar mahu debat itu diadakan, beliau tentu boleh campurtangan untuk mempermudahkannya.

Kalau perkara sekecil permit pun menteri tidak boleh selesaikan, macam mana mahu berjuang membantu rakyat dalam hal-hal lain yang lebih besar?

Kalau faktor keselamatan pula, keselamatan  apa yang dibimbangkan sangat oleh pihak polis terhadap debat itu sedangkan muatan dewan hanya 800 orang saja? 

Himpunan Bersih di Dataran Merdeka yang dihadiri ratusan ribu manusia lagi dapat dikawal oleh polis, apalah sangat dengan hanya 800 orang atau sekali ganda daripada jumlah itu?

Soalnya, adakah Zahid campurtangan dan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri atau beliau lebih mahu menjaga nama dan imej Najib semata-mata?

Jadi, yang patut Nazri belasah ialah rakannya sendiri iaitu Zahid Hamidi kerana jika beliau mahu campurtangan, pasti debat itu akan menjadi kenyataan. Apa yang berlaku sekarang seolah-olah Zahid tidak mahu menggunakan kuasanya.

Kalau Nazri berani lagi, beliau juga patut belasah Najib sendiri. Kepercayaan umum mengatakan Najib adalah paling tidak gembira dengan debat itu kerana isu-isu yang dibahaskan adalah secara langsung berkaitan dirinya.

Lebih membimbangkan Najib kerana lawan Nazri berdebat itu ialah Tun Mahathir. Beliau mungkin dapat mengagak Nazri hanya menjadi "makanan"  saja kepada Tun Mahathir dalam debat itu dan akhirnya jika ia diadakan pasti lebih memburukkan lagi namanya di mata rakyat.

Maka, untuk mengelakkan semua itu, ada kemungkinan Najib sendiri yang meminta Zahid agar jangan memberikan permit kepada debat itu. Zahid pula, disebabkan ingin menjaga hati bossnya dan mahu dilihat timbalan yang setia, lantas tanpa banyak soal bersetuju saja dengannya.

Kemungkinan lain ialah Najib juga boleh menyampaikan kebimbangannya itu kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan arahan seterusnya disampaikan terus kepada Polis Perak.

Secara mudahnya, jika Nazri benar-benar ingin marah....marahlah kepada Najib atau Zahid Hamidi atau kedua-duanya sekali. Mereka inilah yang boleh menjadikan debat itu menjadi kenyataan atau sebaliknya.