Selasa, 21 Mac 2017

Pas tiada hak letak syarat

Najib Memang Perompak - Sanusi Junid

Musuh politik Pas sudah muflis isu - PJ Kedah

Musuh politik Pas kelihatan muflis isu apabila berterusan membangkitkan kisah dongeng Pas akan bersekongkol dengan Umno dalam PRU14 nanti.
Sedangkan hakikatnya, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Syeikh Fakhrurazi berkata,  Pas telah berdepan dengan Umno sebagai seteru politik sejak sekian lama lantaran perbezaan ideologi perjuangan.
"Pas menggunakan sepenuhnya ruang amalan demokrasi berparlimen dalam negara ini untuk memperkenalkan amalan 'good governance' berpaksikan Islam dalam pentadbiran negara.
Pas "Sedangkan Umno sebagai parti sekular yang bertunjangkan nasionalisme sempit telah banyak mengharu-birukan negara akibat pelbagai kegagalan dan penyelewengan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Fakruddin dalam masa sama turut yakin ahli Pas dan juga rakyat tidak akan termakan dakyah golongan muflis politik yang begitu istiqamah  sekali melontarkan fitnah terkutuk bahawa partinya akan bekerjasama dengan Umno pada PRU14 nanti.
"Kami dalam kajian untuk meneroka beberapa lagi kerusi berpotensi, di mana pengundi Melayu melebihi 60 peratus; untuk diletakkan calon bagi merealisasikan sasaran Pas memperolehi 40 kerusi Parlimen.
"Di samping Pas tidak pernah menggugurkan tekad untuk kembali merampas pentadbiran Kedah dari tangan BN," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau turut yakin yang Pas Kedah bersedia berdepan BN dan Pakatan Harapan menjelang PRU14.

Firma udang kaut RM55j dengan tuntutan berganda - PAC

Syarikat tempatan menjana lebih RM55 juta menerusi tuntutan berganda ke atas projek ternakan udang yang sama, dedah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Hannan Corporation Sdn. Bhd. (HCSB) memperoleh pembiayaian dua projek akuakultur di Kerian, Perak daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (NKEA).
Ladang-ladang ternakan udang tersebut, masing-masing dikenali sebagai Kompleks Akuakultur Selinsing (KAS) dan Kompleks Akuakultur Pulau Gula (KAPG).
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, HCSB telah memaklumkan kepada NCIA bahawa kos projeknya adalah RM150 juta dan menyertai kontrak pada bulan Januari 2011.
Kemudian, pada Oktober 2011, syarikat itu memeterai perjanjian dengan NKEA dengan menyatakan projek-projek tersebut menelan belanja RM353 juta.
"Didapati syarikat itu membuat tuntutan untuk beberapa komponen yang sama dari NCIA dan NKEA," kata Hasan dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehingga kini, jelas beliau, HCSB telah menerima sejumlah RM25 juta daripada NCIA dan RM31 juta daripada NKEA.
Bagaimanapun, kata Hasan, syarikat itu tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman yang berkaitan dengan industri perikanan.

NUJ kecam tindakan Pandikar halang media

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata, larangan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini adalah halangan kepada wartawan dalam mendapatkan maklumat secara bebas di Parlimen.
"NUJ menerima laporan tentang larangan terbaru yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada wartawan dan berpendapat ia satu cara untuk menghalang tugas wartawan daripada bebas mendapatkan maklumat di Parlimen.
"Selagi wartawan tidak melanggar peraturan Parlimen, larangan tersebut boleh dianggap satu penindasan kepada tugas wartawan untuk mendapatkan berita yang diperlukan.
"NUJ mengecam larangan seumpama ini yang boleh menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan media yang sepatutnya apatah lagi ia berlaku di Parlimen yang menjadi lambang demokrasi di negara ini," katanya dalam kenyataan.
Pandikar membuat ketetapan tidak membenarkan wakil media berkumpul di luar ruang legar dewan persidangan atau lobi parlimen setelah mengambil kira aduan diterima daripada ahli-ahli Parlimen yang menzahirkan rasa kurang selesa dengan tindakan pihak media menyerbu untuk mendapatkan komen berkenaan sesuatu isu.
Keputusan itu berkuat kuasa serta-merta, kata Pandikar.

Masa Nazri sampai tengah hari esok: Tun M

Nazri Aziz bertegas debat diteruskan

Nazri buat 'perangkap' supaya Mahfuz bangun mencelah isu debat

Peruntukan RM50 juta untuk SJKC didakwa tidak diterima

Akhirnya Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
PAS menutup pintu rundingannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan semalam.
 Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu dibuat selaras dengan syarat PAS kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya iaitu tidak menjalin sebarang hubungan dengan seteru politiknya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"...kira tutup bukulah. Sebab itu pendirian parti, daripada awal pun memang jelas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Semalam, Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota terbaharu gabungan itu selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara tersebut dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai pertemuan dengan PPBM sebelum ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ia hanya berkisar mengenai pandangan parti itu terhadap beberapa perkara.
"Sebelum ini kita lebih kepada berbincang, tak ada rundingan betul lagi. Kita hanya berbincang idea-idea, isu-isu...itu sahaja. Tapi belum sampai ke peringkat serius dan muktamad.
"Kita di peringkat pusat pun, memang asas berunding masa itu ialah selagi PPBM tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Itu yang kita boleh runding. Bila dia (PPBM) sudah rasmi (sertai Pakatan Harapan), jadi putuslah (hubungan)," katanya.

Kesatuan wartawan: Tindakan speaker ganggu kebebasan media

Selagi wartawan tidak melanggar peraturan Parlimen, larangan tersebut boleh dianggap penindasan kepada wartawan yang mendapatkan berita
media_nuj_600
Arahan melarang media berada di ruang legar Parlimen mengganggu kebebasan media mendapatkan maklumat, kata Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ).
“Selagi wartawan tidak melanggar peraturan Parlimen, larangan tersebut boleh dianggap satu penindasan kepada wartawan untuk mendapatkan berita,” kata Presiden NUJ Mohd Taufek Razak sebagai respon terhadap arahan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.
Taufek dalam kenyataan hari ini mengecam larangan seumpama itu, kerana ia menunjukkan Malaysia tidak mengamalkan kebebasan media seperti yang sepatutnya, apatah lagi ia berlaku di Parlimen yang menjadi lambang demokrasi.
Sebelum ini FMT melaporkan sidang media Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah Raja Ahmad yang sedang berlangsung terpaksa dihentikan tiba-tiba dan polis mengarahkan pengamal media beredar dari ruang legar.
Ruang lobi blok utama Parlimen adalah ruang biasa pengamal media menanti untuk mendapatkan reaksi ahli politik mengenai isu semasa dan berkepentingan.
Raja Bahrin khuatir kerajaan cuba menyekat kebebasan media dan menekan pengamalnya.

'Kadang-kadang kuota Bumiputera tak boleh pakai' - Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menganggap pelaksanaan kuota Bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik di seluruh negeri itu akan menghalang kewujudan bangunan yang canggih.
Dalam satu sesi wawancara khas bersama agensi media di bawah Media Prima, Sultan Ibrahim juga tidak peduli siapa yang akan membeli unit hartanah mewah di negeri itu.
"Kadang-kadang kuota Bumiputera ini tak boleh pakai, saya bagi satu contoh. Memang kuota Bumiputera ini untuk orang Melayu, jikalau semua sekali kuota Bumiputera rumah mampu milik seluruh Johor, Johor tak akan ada bangunan yang canggih.
"Contoh katakan di Johor Bahru nak buat hotel lima bintang, tujuh bintang, kondominium lima dan tujuh bintang, selepas itu awak kenakan kuota Bumiputera.
"Matilah pemaju tak boleh jual. Dia sebelum buat dia dah fikir nak jual kepada siapa dan pada saya... saya tak kisah siapa nak beli," dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.
Titah baginda, syarat Bumiputera tersebut perlu dilonggarkan memandangkan Bumiputera tidak mampu untuk memiliki unit yang menjadi bangunan ikonik jika dibina di ibu negeri itu.
"Awak rasa Bumiputera mampu? Tak. Macam mana nak mampu, hotel tujuh bintang pun dia tak boleh masuk," titahnya ketika ditemubual di Istana Flinstone, Mersing.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengakui tentang status hak milik kekal di Forest City yang menyaksikan kerajaan menerima kira-kira RM200 juta bagi menukar status tanah projek raksasa itu.
"Bukan sahaja untuk orang di negara China sekarang tetapi konsep kita dah tukar kita menuju tahap antarabangsa. Pasal nama Johor dah terkenal di mata dunia," titahnya lagi dalam temubual sempena Hari Keputeraan baginda, 23 Mac ini.

Saya mengaku tak akan undi Umno-BN PRU14 - Nakhaei


Nakhaei AhmadNakhaei Ahmad
Bekas ahli Umno Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menegaskan, tiada alasan kukuh yang boleh dijadikan sandaran untuk beliau terus mengundi BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang keluar daripada Pas dan menyertai Umno pada tahun 1989 itu berkata, Umno-BN sudah hilang integriti khususnya selepas dakwaan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi perhatian antarabangsa.
"Dengan jujur saya mengaku tidak akan memberi undi kepada Umno-BN dalam PRU14. Sebabnya saya cukup tak puas hati bagaimana isu 1MDB dikendalikan oleh kerajaan.

"Propagandis kerajaan kelihatan merapu dalam memberi penjelasan mengenai isu ini. Hasil-hasil kajian mengenainya diletak di bawah kawalan OSA, pegawai penyiasat ditamat perkhidmatan, ditukar, tindakan yang kelihatan rahsia nengenai 1MDB hendak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.
"Di luar negara isu ini disenaraikan sebagai skandal rasuah yang memalukan negara," tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau berkata, kerajaan langsung tidak membuat sesuatu untuk membersihkan nama mereka demi maruah negara sekaligus memberi isyarat seolah-olah skandal itu benar berlaku dan rakyat terpaksa menanggung beban daripada hutang akibat kerugian 1MDB.
"Rakyat sudahlah dibebankan dengan cukai GST yang kononnya untuk kepentingan rakyat. Yang pastinya, rakyat membayar lebih dalam semua barangan dan perkhidmatan melainkan harga kangkung.

Kekalahan Nik Abduh – cara ahli PAS ajar pemimpin mesra Umno?

Sumber yang rapat dengan parti Islam itu berkata tidak menjadi isu sama ada anak Nik Aziz itu serius atau tidak dalam bertanding di Pengkalan Chepa.
Nik-Mohamad_pas_600
PETALING JAYA: Kekalahan teruk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, anak kepada pemimpin yang satu masa dulu paling berpengaruh dalam PAS, dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini menunjukkan suara akar umbi PAS yang tidak selesa dengan pemimpin yang dilihat mesra dengan Umno, menurut sumber dalaman parti.
Sumber yang rapat dengan pimpinan kanan parti Islam itu berkata, sama ada ketua Pemuda PAS itu “serius” atau tidak dalam menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa itu adalah tidak relevan.
“Kekalahan beliau merupakan petanda pemimpin parti yang rapat dengan Barisan Nasional akan ditolak,” katanya kepada FMT.
“Akar umbi PAS mempunyai cara tersendiri menyatakan pandangan mereka kepada saf kepimpinan,” katanya.
Sabtu lalu, Nik Abduh meraih 37 undi, tewas kepada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin yang memperoleh 207 undi dan mempertahankan jawatan timbalan yang dipertua PAS Pengkalan Chepa.
PAS Pengkalan Chepa diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Nik Abduh bagaimanapun dilaporkan berkata beliau menerima pencalonan itu “sekadar suka-suka”.
“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya sekejap,” katanya mengenai dakwaan kekalahan itu beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi.
Nik Abduh, 47, anak ke-5 Nik Aziz, merupakan antara tokoh Pemuda PAS yang paling lantang bersuara mengkritik parti pembangkang lain seperti DAP dan Amanah.
“Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini (ketua Pemuda PAS) pun sudah tidak larat hendak pikul,” kata Nik Abduh dipetik Utusan Malaysia.
Senario muktamar
Sementara itu, seorang pemimpin PAS di Pengkalan Chepa mempertahankan Nik Abduh, dan berkata keputusan pemilihan di kawasan itu membuktikan PAS terbuka dan “berani” mengadakan pengundian.
Menurutnya, apa yang berlaku ialah ahli PAS terpaksa memilih antara “2 calon yang mereka sayangi”.
“Akar umbi PAS Pengkalan Chepa ini sayang kedua-dua calon dan tuduhan mengatakan akar umbi menolak Nik Abduh tidak benar sama sekali sebab akar umbi terpaksa membuat pilihan melibatkan dua calon yang mereka sayang, maka mereka lebih selesa menerima calon sedia ada (Izani) untuk kekal jawatan,” kata Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa, Mohd Ariff Abdullah.
Bagaimanapun, pemerhati memberitahu, apa yang berlaku di Pengkalan Chepa boleh memberikan gambaran tentang apa yang bakal berlaku pada Muktamar PAS di Kedah bulan depan, yang buat pertama kali akan menyaksikan pemilihan parti buat pertama kali selepas penyingkiran pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

Kami tidak akan layan ugutan PAS, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri berkata, langkah seterusnya ialah Pakatan Harapan mendaftar gabungan itu di bawah 1 logo bagi menentang BN pada PRU14.
mahathir_pas_600
PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan melayan ugutan PAS untuk memutuskan hubungan dengannya jika mereka menyertai Pakatan Harapan (PH), kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi PPBM itu berkata, PAS tiada hak mengugut.
“PAS tak ada hak meletakkan syarat untuk gabungan kami.
“Gabungan kami sudah dibentuk. Sesiapa yang nak masuk boleh, tak ada syarat,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan tiada lagi hubungan dengan PPBM, selepas parti itu menjadi ahli terbaru PH.
Beliau berkata, perkara itu akan dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat PAS Pusat.
Semalam, Majlis Presiden PH sebulat suara menerima permohonan PPBM sebagai parti komponen ke-4 dan bersetuju mendaftarkan gabungan itu.
Pada 14 Mac lalu, Dr Mahathir mengumumkan ahli PPBM sebulat suara bersetuju membentuk sekutu dengan PH dan semua parti komponennya dicadang menggunakan logo dan manifesto sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

3 memo kepada PM tak terjawab, teksi demo lagi, temui pembangkang

Pemandu teksi sudah 3 kali menghantar memorandum ke pejabat perdana menteri berkenaan isu itu tetapi hingga sekarang tiada jawapan
uber-grab-teksi
KUALA LUMPUR: Pengusaha dan pemandu teksi sekali lagi berhimpun membantah perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab, kali ini di Parlimen selepas 3 memorandum kepada perdana menteri tidak terjawab.
Kira-kira 200 orang pemandu menunjuk perasaan hari ini, memenuhi laluan pejalan di kiri dan kanan jambatan menuju ke pintu gerbang Parlimen, yang boleh disaksikan dari bangunan menara yang menempatkan pejabat perdana menteri, timbalan perdana menteri dan ketua pembangkang.
Undang-undang berkaitan perkhidmatan perkongsian kenderaan – di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) – dijangka dibentangkan tahun ini.
“Dalam akta tersebut menyebut mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai lesen pengendali tidak boleh beroperasi sebagai kenderaan pengangkutan awam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin.
“Kenapa kerajaan membiarkan perkara ini berlaku?” tambahnya. “Seandainya undang-undang negara dipatuhi, saya yakin masalah ini tidak akan timbul.”
Pada perhimpunan ini, mereka menyerahkan memorandum yang pernah dimaksudkan untuk perdana menteri kepada Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, yang juga aktivis anti-rasuah; Abdullah Sani, yang juga aktivis buruh dan Tian Chua, serta kepada Ahli Parlimen PAS Idris Ahmad.
Tunjuk perasaan hari ini merupakan yang ke-2 selepas demo yang lebih kecil pada November 2015, di Padang Merbok, ibu negara.

Jangan tumpang sekaki kejayaan Petronas

Saya merujuk kepada kempen patriotik terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Intipati kempen yang diberi nama 'Negaraku' itu disimpulkan di dalam ucapan yang disiarkan di blog beliau di www.najibrazak.com seperti berikut:
1. Pembangkang adalah pengkhianat yang disamakan dengan pengkhianat yang mengakibatkan serangan pencerobohan Lahad Datu.
2. Kritikan terhadap pengurusan ekonomi di bawah kepimpinan beliau adalah sama dengan usaha mengkhianati dan mensabotaj ekonomi negara.
3. Isu-isu berkaitan gejala rasuah, kegagalan pentadbiran ekonomi dan masalah kewangan negara meruncing yang dibawa oleh pembangkang hampir mensabotaj pelaburan asing ke negara ini.
Saya mengutuk keras cubaan terang-terangan Najib menyamakan diri beliau dengan negara dan tanahair. Intipati kempen Negaraku yang ditulis sendiri oleh Najib cuba mengaitkan bahawa sebarang kritikan terhadap kelemahan dan kegagalan beliau sebagai perdana menteri adalah serangan sabotaj terhadap negara Malaysia.
Adalah sangat menjijikkan apabila menyamakan Malaysia dengan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pelaburan Arab Saudi
Malah, dakwaan beliau kononnya kritikan terhadap kepimpinan beliau bersabit masalah kewangan negara yang meruncing telah membawa kesan kepada pelaburan Arab Saudi (dan pelaburan-pelaburan asing lain) ke negara ini juga adalah tidak benar.

Pelaburan RM32 billion yang diwar-warkan oleh Najib adalah usahasama projek petrokimia di antara syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi dengan Petronas di kompleks petrokimia Pengerang (RAPID).
Saya menghabiskan dua pertiga dari kerjaya di Petronas dalam sektor perniagaan petrokimia, bermula di peringkat operasi dan kewangan di kilang petrokimia dan berakhir di pengurusan korporat di bahagian perniagaan petrokimia yang menguruskan keseluruhan operasi Petronas dalam bidang petrokimia di seluruh dunia.
Saya sertakan petikan-petikan dari laporan tahunan Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) yang mengumpulkan semua anak syarikat operasi petrokimia Petronas yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

NAZRI ADA MASA SAMPAI TENGAHARI ESOK – MAHATHIR


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai masa sehingga tengah hari esok untuk mengatur debat bersama beliau.
Debat yang dinanti-nantikan banyak pihak itu dijadualkan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Sabtu ini.
Mahathir, dalam sidang akhbar hari ini berkata, beliau mencadangkan debat tersebut diadakan di Padang Rengas, tetapi bukan Nazri yang memilih MRSM yang dipersetujuinya.
“Saya mahu teruskan debat itu, tidak seperti forum ‘Nothing to Hide’ dan saya bersedia berdebat mengenai apa-apa isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka, termasuk skandal BMF.
“Saya beri Nazri sehingga esok untuk menguruskannya kerana beliau telah aturkan. Saya tidak ke sana semata-mata berjumpa beliau tetapi untuk berdebat. Jika beliau mahu berjumpa dengan saya, beliau boleh membuat temu janji,” kata Mahathir.
Persoalan berlegar-legar mengenai nasib debat tersebut setelah polis negeri Perak menegaskan tidak akan membiarkan debat tersebut diteruskan, tetapi Nazri berkata, beliau akan hadir di tempat berkenaan pada hari Sabtu ini kerana Malaysia bukan ‘negara polis’.

Pua mahu Ketua Audit Negara siasat SRC International

Bila SRC International mahu umum penyata kewangan?

RUU355: Berapa lama lagi kena tunggu untuk dibentang

Dialog: Macam la saya pengganas, komunis - Nazri

Kelantan akui silap di Lembah Sireh, kata Mohd Amar

Tiada Permit: Nazri akan datang berdialog dengan Mahathir

Mahfuz dakwa ada pihak luar gagalkan dialog Tun M - Nazri

Kerajaan digesa jelaskan pembelian aset, senjata dari China

Tony Pua persoal masih tiada juruaudit SRC selepas Deloitte

Ahli Parlimen DAP itu mempersoalkan sama ada benar terdapat perkara yang tak boleh dilaporkan dalam syarikat SRC.
tony-pua-src-deloitteKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan masih belum melantik juruaudit baru selepas Deloitte Malaysia mengundur diri daripada mengaudit SRC International Sdn Bhd sejak lebih setahun yang lalu.
Pua pada masa sama mempersoalkan sama ada kerajaan serius melantik juruaudit baru bagi menggantikan Deloitte.
“Tak ada syarikat juruaudit yang layak ke?” tanya beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mempersoalkan sama ada benar juruaudit bimbang terdapat perkara yang tak boleh dikemukakan atau dilaporkan dalam syarikat SRC.
“Kita tak tahu.”
SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diselubungi kontroversi.
Semalam, Putrajaya memaklumkan SRC masih mencari juruaudit baru bagi menggantikan Deloitte.
Kementerian Kewangan berkata, Deloitte menyatakan hasrat meletak jawatan tetapi akan meneruskan perkhidmatannya sehingga juruaudit baru dilantik.

'Ketirisan Felda boleh bina rumah untuk peneroka'

Kerugian yang dialami oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh digunakan untuk membina rumah bagi peneroka generasi kedua, kata ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat Felda mengalami kerugian tidak nyata sebanyak RM1.21 bilion hasil pegangan 33.8 peratus saham dalam Felda Global Ventures Bhd (FGV), tetapi ini direkodkan sebagai pelaburan kerana FGV adalah sebuah syarikat bersekutu.
“Jika tidak kerana ketirisan yang berlaku, mungkin kini rumah Program Perumahan Generasi Kedua Felda (PGKF) dapat dinikmati oleh warga Felda khususnya di Negeri Sembilan ini dan bukan hanya memacak papan tanda apabila menjelang pilihanraya,” katanya.
Beliau berkata atas sebab itu, Pakatan Harapan menawarkan resolusi, termasuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membuat siasatan menyeluruh mengenai kerugian dan penyelewengan berbilion ringgit yang berlaku sepanjang pengurusan Felda.
Menjawab soalan bertulis, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), Razali berkata kerugian tidak nyata direkodkan sebagai pelaburan dalam penyata kewangan Felda itu mematuhi piawaian laporan kewangan negara.
Timbalan Menteri berkata Felda menyokong penuh pelan perniagaan FGV untuk menstabilkan harga saham dan aliran tunai syarikat itu.
"Seperti pegangan saham lain yang dimiliki oleh Felda, Felda tiada hak untuk mencampuri urus tadbir syarikat.
"Ini memandangkan syarikat ini merupakan syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti," katanya.

Dr Mahathir: PAS tidak ada hak letak syarat


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan PAS bahawa parti itu tidak mempunyai hak untuk meletakkan syarat ke atas mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.
"PAS tidak ada hak untuk meletakkan sebarang syarat (kepada ahli dalam Pakatan Harapan).
“Gabungan dah dibentuk siapa nak masuk boleh – tak ada syarat,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan PAS untuk membincangkan isu memutuskan hubungan dengan PKR pada mesyuarat agung atau muktamar parti itu pada bulan depan.
Sebelum ini, PAS Permatang Pauh, Bayan Baru di Pulau Pinang mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan secara rasmi menerima BERSATU sebagai ahli terbarunya, dan bersetuju dengan cadangan Mahathir bahawa gabungan itu perlu didaftarkan.

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi


Mahathir HadiMahathir Hadi
Teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 hangat diperkatakan. Ada yang menjangkakan ia mungkin diadakan seawal September ini, ketika bahang sambutan hari kemerdekaan ke-60 masih terasa. Acara Sukan SEA 2017 juga bakal berlangsung di Kuala Lumpur, bermula 19 hingga 31 Ogos, turut dianggap faktor penentu pembubaran Parlimen.
Perdana Menteri Najib Razak berdepan pelbagai cabaran besar untuk menentukan kesesuaian waktu bagi memperolehi mandat baru rakyat. Kesilapan taktikal yang kecil mungkin boleh menamatkan era pemerintahan BN-Perikatan sejak merdeka. Saingan pembangkang kali ini dilihat paling sengit pernah dihadapi kerajaan, ditambah deretan skandal kewangan mega, yang masih tidak mampu ditangani dengan baik.
Benar, bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim, yang menjadi faktor utama kebangkitan rakyat sejak 1999-2013, kini berada dalam penjara. Namun, muncul pula negarawan ulung, Dr Mahathir Mohamad, yang melancarkan serangan "berani mati" terhadap Najib, berkempen ke seluruh pelosok negara, siang dan malam, bercerita tentang kleptokrasi, negara "pencuri, penyamun dan penyangak".
Benar, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sudah berkubur, dan salah satu komponen utamanya, Pas seakan-akan condong kepada Umno-Najib, atau sekurang-kurangnya menghalakan lebih serangan terhadap oposisi sendiri. Namun, Umno juga berdepan krisis dalaman yang parah apabila tertubuhnya parti baru Bersatu yang mendapat sokongan mengejutkan daripada bekas ahli Umno. Amanah pula dikatakan menampung penghijrahan atau sokongan senyap hampir satu pertiga ahli-ahli Pas.
"Grand coalition" baharu
Malah, pembentukan "grand coalition" baru, Pakatan Harapan bersama Bersatu, mungkin menampilkan kesatuan yang lebih mantap, dan lebih diyakini khususnya oleh pengundi Melayu di kawasan kampung tradisi dan penempatan Felda, yang selama ini dianggap kubu Umno. Peranan proaktif Dr Mahathir kelihatan begitu menonjol dan menyerlah sekali.
"Mahathir memberi keyakinan baru bahawa Umno-BN boleh dikalahkan. Mahathir datang ketika pembangkang nampak bercelaru dan hilang fokus," ulas seorang wartawan kanan yang banyak menulis isu-isu politik. "Dia seperti mengambil alih fungsi Anwar sebagai pemersatu pembangkang walaupun tidak dinafikan ada pihak mengambil sikap berbelah bagi terhadap masa silamnya. Tapi perlahan-lahan peranannya semakin dihormati," tambahnya.
Agus YusoffAgus YusoffWalaupun saya pernah menulis tentang gelombang Tsunami Hadi (merujuk faktor Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi Awang) bakal menggegarkan PRU14, saya turut tertarik dengan istilah Tsunami Mahathir seperti disebut penganalisis politik, Prof Madya Dr Agus Yusoff.
Sebenarnya kedua-dua faktor ini saling melengkapi, bukannya bercanggah antara sama satu lain. Tsunami Hadi berbeda dengan faktor Anwar sebelumnya, atau Tsunami Cina pada PRU13, yang memberi banyak kelebihan dan lonjakan kepada pembangkang. Tsunami Hadi mungkin menyumbang kemerosotan teruk kepada prestasi Pas dalam PRU14.
"Flip-flop" presiden Pas
Pendirian politik dan sikap berdolak-dalik atau "flip-flop" Presiden Pas itu bukan saja menimbulkan kesangsian dan kecurigaan pengundi, terutama masyarakat bukan Islam, tetapi meninggalkan kesan negatif kepada penyokong parti Islam itu sendiri. Di peringkat akar umbi, mereka menjadi keliru dan kecewa apabila Pas tidak lagi berada dalam "grand coalition" pembangkang dan gagal memperjuangkan isu-isu kritikal rakyat, sebaliknya dilihat lebih dekat dengan Umno.
Dr Agus dalam kemaskini FB mencatatkan: "Tokoh yang menentukan gelombang politik Malaysia seterusnya adalah di tangan tiga pemimpin, Najib Razak yang memimpin BN, Dr Mahathir yang berada dalam Pakatan Harapan, dan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang menerajui Pas."
Setelah meneliti ceramah oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut, dalam tiga majlis berasingan, sekitar Februari dan Mac lalu, Dr Agus membuat pertanyaan penting: "Mungkinkah yang muncul dalam PRU14 nanti ialah Tsunami Mahathir?"
Bersatu di Kedah
Pensyarah kanan Perdana School, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali, berpendapat, Dr Mahathir secara bersendirian memang tidak boleh mencetuskan satu gelombang besar, tetapi hari ini satu-satunya kemampuan yang beliau miliki adalah sikap yang jelas dalam hala tuju politiknya -- untuk mengalahkan BN -- dan ia adalah syarat utama untuk mengemblengkan serta menyatukan pembangkang sebagai satu tenaga anti-BN yang kuat.
"Dr Mahathir tidak perlu menarik undi bukan Melayu kerana 85 peratus sokongan bukan Melayu sudah berada dalam genggaman Pakatan Harapan. Beliau hanya perlu mengalihkakn antara 13 hingga 15 peratus sahaja undi Melayu kepada Pakatan Harapan, dan jika ia berjaya direalisasikan, negara ini bakal menyaksikan pembentukan kerajaan baru pasca PRU14," jelas Dr Mazlan.

Sejarah buktikan bersendirian tak akan menang besar

PAS hanya boleh menang besar dalam pilihan raya jika bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan, kata Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu berkata, rekod menunjukkan, jika PAS memasuki gelanggang secara bersendirian, parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen.

Sebaliknya, kata Lim, PAS menang paling banyak kerusi parlimen apabila bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk DAP.
“Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1959, paling banyak kerusi dimenangi PAS apabila bersendirian ialah 13 kerusi,” katanya dalam kenyataan.
“PAS menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999, 2008 dan 2103, apabila menjadi sebahagian daripada Barisan Alternatif pada 1999, mengelakkan tiga penjuru dengan DAP dan PKR pada 2008 dan menjadi anggota Pakatan Rakyat pada 2013.”
Menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada September tahun depan, Lim berkata rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membasmi amalan kleptokrasi.
Bagaimanapun, dakwa Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin mempunyai agenda lain.

Boleh hilang Kelantan
Lim mendakwa Hadi hanya mahu memang di lima negeri dan 40 kerusi parlimen untuk membolehkannya menjadi kuasa penentu untuk nasib Pakatan Harapan atau BN.

'PAS sendirian tanding semua kerusi di Terengganu' - Subky Latif.

PAS layak bertanding semua kerusi di negeri Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata wartawan veteran Subky Latif.
“PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal, yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya.
“Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” Subky dipetik sebagai berkata oleh Buletin Online.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang empat daripada 8 kerusi parlimen. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, parti itu berjaya di 14 daripada 32 kerusi keseluruhan.

Terengganu antara lima negeri sasaran utama PAS dalam pilihan raya umum depan, selain Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor.
Dalam satu wawancara pada Ahad, Subky dilaporkan berpendapat sebarang perbincangan dengan parti lain yang tidak bersedia menerima syarat PAS hanya membuang masa.
“Sepatutnya PAS bertanding semua… dulu pun, dua tiga PRU yang lepas sepatutnya, PAS bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita bahagi-bahagikan kerusi.
“Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersendirian… maka pilihan kita tidak ada, sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada dasar ‘PAS ganti Umno’,” jelasnya.

Dr M tawar tempat lain untuk debat dengan Nazri

Jika Nazri Aziz gagal mencari tempat sesuai, bekas perdana menteri itu menawarkan Shah Alam dan lokasi lain yang tidak memerlukan kebenaran polis untuk berdebat.
mahathir-nazri
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad masih membuka pintu untuk berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz mengenai skandal 1MDB dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF), sekalipun polis menghalang acara itu diadakan Sabtu ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sudah bersiap sedia dan akan meneruskan debat itu walaupun terpaksa mengubah lokasi dan tarikh.
“Kita boleh tawar untuk debat di Shah Alam atau tempat lain supaya ada debat di tempat yang tak perlu kebenaran polis,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Debat itu pada asalnya dijadualkan berlangsung di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, pada Sabtu ini.
Ia selepas Nazri menyahut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat mengenai skandal 1MDB dan BMF yang berlaku pada era 1980-an di bawah pentadbiran pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.
Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan hari ini berkata, permohonan penganjur tidak menepati Akta Perhimpunan Aman (APA), selain permohonan lewat dihantar serta Dewan MRSM tidak sesuai kerana ia kawasan sekolah dan melanggar APA.
“Pihak polis juga menerima bantahan secara bertulis, iaitu sebanyak 8 laporan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan yang bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga,” kata Hasnan.
Pun begitu, Nazri bertegas akan meneruskan debat dengan Dr Mahathir.
Dr Mahathir mempersoalkan keputusan polis itu kerana acara itu ialah debat, bukannya perhimpunan jalanan.
“Saya ada perasaan ada orang takut sebab (debat ini) berkenaan orang itu dan dia berkuasa…Apa takut sangat nak debat? Kita dedah semua, kalau dia tak salah, apa nak takut. Kita negara demokratik, semua patut secara terbuka.”
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu memberi masa sehingga petang esok untuk Nazri membuat semua persediaan bagi memastikan debat itu akan diadakan.
“Kita bagi masa sehingga petang esok, kalau boleh bagi jaminan. Kalau jumpa seorang sahaja tak ada makna, macam sembunyi dari rakyat.
“Kalau tak boleh bagi, dia seorang nak pergi situ buat apa. Nak suruh saya pergi sama, saya tengok dia, dia tengok saya?” soalnya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan Nazri semalam yang menggesa ahli Umno dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu menghadiri debat itu menunjukkan menteri pelancongan dan kebudayaan itu takut kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Hakikatnya ialah mereka tidak mahu orang Umno mendengar apa-apa mengenai 1MDB dan salah laku Najib. Jadi, dia cuba pastikan Umno tidak mendengarnya. Dia takut kepada bosnya dan takut didedahkan.”

Pandikar Amin: Petugas media dilarang berkumpul di lobi parlimen



Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membuat ketetapan melarang petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa serta merta dan hanya dibenarkan berada di pusat media yang telah disediakan.
Beliau membuat keputusan itu berikutan rungutan yang diterima daripada anggota Parlimen yang kurang selesa dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.
Pandikar Amin Mulia"Saya sendiri kurang selesa kerana saya rasa ada media di merata-rata seolah-olah ruang di luar sana (lobi Parlimen) adalah tempat berkelah.
Sehubungan itu, saya membuat ketetapan bahawa wakil media massa yang hadir di Parlimen hendaklah membuat liputan sesi persidangan Dewan Rakyat atau sidang media anggota Parlimen hanya di pusat media. Berkuat kuasa serta merta," katanya sejurus selepas sesi soal jawab lisan tamat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pandikar Amin berkata Peraturan 94, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memberikan kebenaran kepada wakil media massa untuk membuat liputan di Parlimen.
Selepas membuat peraturan tersebut, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) bangun untuk meminta penjelasan daripada Pandikar Amin bahawa Parlimen perlu mengambil kira jarak pusat media dengan lobi Parlimen yang menyukarkan petugas media untuk melakukan tugas mereka terutama dalam memantau pergerakan anggota Parlimen dan menteri Kabinet.
Katanya faktor itu memaksa petugas media berkumpul di lobi Parlimen bagi mendapatkan respons atau maklumat balas segera daripada mana-mana anggota Parlimen dan menteri Kabinet berhubung isu dan perkara tertentu.

Pemandu teksi turun protes, kerajaan gagal selesai isu Uber

SRC International Pantang Dibincang? Sampai Ucapan Penangguhan Ahli Parlimen pun Tidak Boleh

Ariff Sabri:Di Mana Perginya Belanja Berbilion untuk Keselamatan Negara

“Ini bukan negara polis, ini Malaysia,” kata Nazri dengan nada kecewa

Pandikar tegur media di Parlimen

Mahfuz, Loke minta Pandikar pertimbang larangan media di lobi Parlimen

MP pembangkang, media dilarang berada di lobi Parlimen

Sejak bila Malaysia jadi negara polis, soal Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz kesal dengan tindakan polis yang menolak permohonan penganjur bagi perbahasan antaranya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu ini.
Katanya, tidak ada alasan bagi polis untuk menolak permohonan itu kerana perbahasan itu bukan perhimpunan awam tetapi adalah wacana.
“Sejak bila kita jadi police state? Sejak bila hak individu boleh dihalang oleh orang lain.
“Ini bukan negara polis, ini Malaysia,” katanya dengan nada marah, kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Debat berkenaan dijadualkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar dan bakal menyentuh isu berbangkit dalam negara seperti skandal 1MDB dan Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
“Saya agak terganggu. “Saya minta kepada Sinar Harian sebagai penganjur untuk teruskan perbahasan ini.
“25 hari bulan saya datang juga, saya tidak mahu negara ini menjadi negara polis. Saya akan datang,” katanya.
Nazri juga menolak alasan perbahasan itu akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, sebagai seorang menteri, beliau bukan mahu menghasut mana-mana pihak bagi menimbulkan pergaduhan.
“Saya menteri, kalau pembangkang nak menghasut...
“Saya menteri , Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri,” katanya sambil memberi jaminan tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Nazri yang terkenal dengan kelantangannya yang ada kala dianggap celupar oleh pihak lawan juga berikrar dirinya tidak akan bertindak kurang ajar ke atas bekas perdana menteri itu.
“Sebab itu saya ada cakap dengan orang Umno, jangan datang...
“Saya beri jaminan tidak ada benda yang tidak diingini akan berlaku. Saya bukan nak bertinju dengan Mahathir.

Ezam beri penjelasan tubuh parti baharu

Ezam
MINGGU lalu, bekas Senator, Datuk Ezam Mohd Nor membuat kejutan dengan mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti politik baharu bertujuan membongkar salah guna kuasa dan penyelewengan rasuah di negara ini.
Difahamkan, parti anti rasuah itu akan dipelopori Ezam bersama bekas anggota Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa orang lagi aktivis yang pernah masuk penjara dalam usaha memerangi rasuah.
Namun begitu, timbul desas-desus mengatakan parti baharu ditubuhkan kerana kekecewaan Ezam dan Khairuddin yang sebelum ini tidak mendapat tempat dalam Bersatu.
Bagi mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan Ezam dan Khairuddin berhubung isu berkenaan.
Ikuti wawancara khas yang dikendalikan oleh wartawan Noor Azura Shahril dan Asyraf Muhammad bersama jurufoto, Asril Aswandi Shukor, semalam.
Boleh jelaskan apakah asas penubuhan parti baru itu?
Ezam :  Parti baru ini memang ramai yang terkejut dan kenapa saya tubuhkan parti baru? Saya pun terkejut. Saya pun tak rancang untuk tubuh parti baru. Memang lepas saya tinggalkan Kementerian Kewangan (MOF), saya tumpu kepada NGO Hisbah.
Tak timbul soal politik dan saya yakin bahawa saya akan menyumbang kepada negara melalui apa yang saya boleh lakukan berdasarkan pengalaman saya melalui Hisbah. (Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad selepas itu, panggil saya dan ajak saya masuk Bersatu untuk bantu beliau. Saya sahut undangan beliau dan serah borang jadi ahli. Lepas tiga bulan, saya rasa itu bukan tempat saya.
Bersatu ini ditubuhkan sebagai sebuah parti besar yang akan memerintah dan memimpin negara. Itu OK tapi tak sesuai dengan saya kerana saya hanya nak fokus pada isu rasuah. Dan bila you masuk parti besar, you tak lari daripada percaturan politik, politiking, perebutan jawatan dan sebagainya. Kebanyakan ahli Bersatu datang daripada Umno dan mereka masih terbawa-bawa lagi cara dan budaya Umno.
Kalau tanya saya, hanya Tun Mahathir yang dah really transform dan reform. Memang dia macam (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun mereka lama memimpin Umno, sekali menjadi pembangkang, mereka pembangkang terus. Saya tengok ramai dalam Bersatu tak begitu, termasuk pimpinannya.
Mereka masih dalam kelompok dan kepompong Umno. Jadi susah dan saya rasa saya tak boleh bergerak banyak.
Maka saya buat keputusan untuk keluar dengan cara baik dan masih kekalkan hubungan dengan Bersatu dan tumpukan kepada NGO Hisbah. Sehinggalah Datuk Seri Khairudin dan beberapa kawan datang bertemu saya dan berbincang dengan saya dengan mengatakan saya tidak boleh hanya berada di pinggiran dengan NGO. Mereka kata, saya perlu adalam dalam mainstream.
Parti memang banyak tapi fokus kepada rasuah semakin lama semakin pudar disebabkan oleh persiapan-persiapan lain. Bila dekat PRU, fokus parti kepada kerusi, siapa nak bertanding, siapa calon perdana menteri dan disebabkan itu isu 1MDB dan SRC International semakin pudar.
Mereka (Khairuddin dan rakan-rakan) rasa perlu tubuhkan parti baru. Saya boleh bergerak bawah NGO Hisbah tapi impaknya minima. Media sendiri pun kalau parti politik minat nak dengar dan laporkan tapi kalau setakat NGO, impak dia adalah minima. Jadi ada beberapa opsyen. Opsyen pertama adalah saya boleh masuk mana-mana parti politik sedia ada dalam Pakatan Harapan, termasuk Bersatu.
Tapi bagi kami, untuk meneruskan agenda reform dengan Bersatu susah. Jadi, lebih selesa rasanya kalau agenda reform ini dimainkan dalam parti-parti Pakatan Harapan yang sedia ada dan dah lama dalam agenda reform. Kita mula bercakap dengan mereka.
Saya sendiri jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Harapan dan bincang tentang idea macam mana nak memperkukuhkan dan peranan kami dalam ruang yang mereka ada. Tapi akhirnya kita buat keputusan lebih baik jika kita tubuhkan satu parti politik sendiri dan fokus kepada isu rasuah.

SEPERTI YANG DIJANGKAAAAAA.....DEBAT BATAL..!!!

Seperti yang dijangka, debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz pada 25 Mac ini, tidak menjadi kenyataan akhirya.

Meskipun ramai yang mengharapkan ia dapat diadakan, seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, malah blog ini juga meragui debat itu akan diberikan permit oleh kerajaan berikutan isu-isu yang diperdebatkan adalah peluru-peluru yang secara khusus akan menembak tepat ke dahi Najib Razak, semua jangkaan adalah benar belaka.

Pihak polis menolak permit bagi debat tersebut dengan beberapa alasan seperti kenyataan di bawah:-

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PERAK
BERTARIKH 21 MAC 2017

Permohonan Perhimpunan Perbahasan Antara Tun Mahathir Bin Mohamed dan Dato' Seri Mohamad  Nazri Bin Abdul Aziz.

1. Pihak polis telah menerima permohonan berkenaan daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf.

2. Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan antara Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) dan Tun Mahathir Bin Mohamad akan diadakan pada 25/3/2017 jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar.

3. Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar selaku Pegawai yang Menjaga Daerah Polis Kuala Kangsar telah menerima permohonan tersebut pada 20/3/2017 jam 3 petang daripada penganjur diatas mengikut peruntukan dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

4. Setelah dikaji dan ditimbang sebab-sebab perhimpunan tersebut akan diadakan dan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (ACP Ahmad Termizi bin Hj Abd Haq) telah menolak permohonan tersebut dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserahkan kepada pemohon pada hari ini. Penolakan ini telah dimaklum kepada penganjur semalam iaitu 20/03/2017.

5. Alasan-alasan penolakan permohanan tersebut adalah seperti berikut:-

5.1 Kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 9(1) APA 2012 iaitu pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis iaitu Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan.

2.2 Tempat perhimpunan yang dipilih iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ianya merupakan satu tempat larangan di dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012).

2.3 Pihak polis telah menerima bantahan - bantahan secara bertulis iaitu 8 laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Ini merupakan bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dalam APA 2012.

2.4 Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan / dialog seperti ini tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan.

3. Pihak polis mengalu-mengalukan semua pihak supaya akur kepada arahan KPD ini dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ianya diteruskan.

DATO' PAHLAWAN DCP HASNAN BIN HASSAN
PEMANGKU KETUA POLIS PERAK
21  MAC  2017.
Jadi, dengan pembatalan tersebut, apa maknanya kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamad yang sebelum ini mengatakan permit untuk debat itu sudah diluluskan?

Satu logo mudahkan pembangkang: Pakar

Penggunaan satu logo bakal memberikan kelebihan kepada pakatan pembangkang untuk memudahkan pengundi mengenali Pakatan Harapan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, cara itu akan memperlihatkan kesatuan jitu pakatan pembangkang.
Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod "Saya melihat penggunaan satu logo dalam Pakatan Harapan memberi keuntungan kepada parti baru dan lama yang menganggotainya.
"Parti-parti baru akan mendapat sokongan logistik daripada parti lama dan ini memberi kelebihan buat mereka (parti baru)," katanya.
Sebelum ini pakatan pembangkang tidak menggunakan satu logo pada PRU dan PRK, sebaliknya menggunakan lambang parti pada calon-calon mereka.
Mengenai hasrat dua bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menubuhkan sebuah parti baru, Nik Ahmad Kamal berkata: "Satu langkah bijak sekiranya mereka bergabung dalam pakatan pembangkang. Hanya dengan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan mereka akan menjadi kukuh."
Malah beliau turut positif dengan teras perjuangan parti baharu itu iaitu mahu membanteras rasuah.
"Setiap parti politik perlu komprehensif, Jadi isu rasuah adalah sesuatu yang sesuai digunakan sebagai tarikan kepada rakyat pada masa ini.
"Sama ada ia dapat meraih sokongan pengundi, kita lihat nanti PRU14," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, pelbagai isu yang melanda pembangkang ketika ini menyukarkan mereka bergerak atas satu pakatan.
"Apa yang berlaku hanya lebih kepada satu ikatan longgar dan masing-masing cuba untuk membawa wadah perjuangan parti masing-masing," katanya.

KERAJAAN DIGESA TINGKATKAN BAJET ASET KETENTERAAN UNTUK KESELAMATAN RAKYAT

Saya mengambil maklum mengenai kenyataan bekas bridiger jeneral iaitu Datuk Mohd Arshad Raji mengenai kekurangan peruntukan aset TUDM, sehingga mengakibatkan penangguhan pembelian aset dan keterpaksaan mengoptimumkan keupayaan aset ketenteraan yang sudah lapuk.

Merujuk pada Bajet 2017, Kementerian Pertahanan hanya memperoleh anggaran RM3.37 billion untuk tujuan pembangunan, iaitu berkurangan sebanyak RM473 juta berbanding Belanjawan 2016 yang asal.

Disebabkan faktor geopolitik yang semakin mencabar, ditambah lagi dengan aktiviti terorisme yang semakin menular, Malaysia memerlukan aset ketenteraan yang mencukupi dan berfungsi dengan baik bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi musuh yang tidak terjangka.

Kerajaan Persekutuan seharusnya melabur dalam industri persenjataan dan menaiktaraf teknologi kenderaan Angkatan Tentera Malaysia yang sedia ada. Pembangunan ketenteraan seharusnya berada pada tahap yang optimum, bukannya dipandang sepi oleh sesetengah pihak pemerintah. Insiden Lahad Datu telah membuktikan keperluan untuk menyediakan logistik yang mencukupi, serta ditempatkan di kedua-kedua belah Semenanjung dan Borneo dalam jumlah aset yang mencukupi.

Tambahan pula, kejadian dua orang tentera yang terjatuh di Pulau Perak pada bulan Oktober lepas menunjukkan bahawa kerajaan seharusnya mengutamakan pembangunan infrastruktur demi keselamatan tentera yang mengawal di sempadan negara. Saya mempertanggungjawabkan kepada kementerian atas kejadian ini oleh sebab infrastruktur yang ada di kepulauan tersebut masih tidak cukup, khusunya bekalan air, elektrik dan juga kemudahan-kemudahan komunikasi.

KEADILAN YAKIN PERTAHANKAN PERMATANG PAUH, AJAK TUMPU BELA RAKYAT


Saya mengambil maklum usul yang diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Permatang Pauh semalam untuk memutuskan kerjasama dengan KEADILAN di Permatang Pauh.

Sementara saya menghormati keputusan itu yang dibuat oleh perwakilan PAS Permatang Pauh, saya juga menghargai sokongan ribuan lagi ahli PAS di Permatang Pauh yang telah sebati dengan perjuangan bersama sejak tahun 1998 lagi.

Bagi pihak KEADILAN, saya ingin merakamkan rasa terhutang budi kepada ahli-ahli PAS biasa seperti ini dan kami akan terus mengukuhkan semangat persahabatan yang telah dibina sekian lama.

Keputusan untuk tidak membantu KEADILAN di dalam pilihanraya pernah berlaku sebelum ini pun semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dalam tahun 2015 lalu. Malah, ada segelintir ahli PAS yang menunjuk perasaan membantah KEADILAN semasa kempen itu tetapi ia tidak melunturkan semangat kerjasama di antara ahli biasa KEADILAN dan ahli biasa PAS di bawah. Akhirnya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada margin yang sama dengan kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 2013.

Oleh yang demikian, saya memohon supaya ahli-ahli KEADILAN terus mendekati rakyat dan membela rakyat biasa di Permatang Pauh. Saya yakin prinsip membela rakyat seperti ini yang telah dizahirkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekian lama telah memenangi hati rakyat Permatang Pauh, walaupun pelbagai gelora politik melanda sejak 1999 kerana Umno sangat menginginkan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada kala rakyat seluruh negara dibebankan dengan pelbagai masalah harian, adalah menjadi keutamaan kita untuk meletakkan kepentingan rakyat mengatasi pertimbangan politik kepartian.

Oleh itu, saya memohon supaya KEADILAN Permatang Pauh khususnya dan KEADILAN di seluruh negara amnya untuk memperbanyakkan lagi program-program yang membela rakyat dan tidak terlalu memberi perhatian kepada pelbagai polemik politik kepartian yang mengalihkan tumpuan kita dari membela rakyat.

RISIKO APA MENANTI UMNO, BN SELEPAS DAPAT `TEMAN BARU'???

Pada Jumaat lalu (17 Mac 017) diumumkan secara rasmi di Kuala Terengganu bahawa UMNO akan mendapat teman baru.
UMNO menyifatkan ia mendapat teman baru hasil doanya yang mahu menyatukan orang Melayu.
Ia disifatkan berlaku di sebalik kehilangan segelintir kawan sementara kawan baru itu adalah kumpulan yang lebih besar daripada kawan yang meninggalkan UMNO.
Pada ketika UMNO menyambut baik kedatangan kawan barunya, pembangkang juga bersorak gembira dengan pemergian kawan mereka ke pangkuan UMNO.
Kedua-duanya kumpulan bersorak gembira kerana sebab masing-masing. Ia berkaitan dengan kesan jangka panjang dan kesan dalam pilihan raya umum akan datang - Pilihan  Raya Umum ke-14 (PRU14),
Malah kesan kedatangan dan pemergian yang disifatkan sebagai ‘kawan ‘ itu akan pastinya terjawab pada PRU14 nanti.
“InsyaAllah, dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu, biar kita kehilangan kawan segelintir,
InsyaAllah kita akan mendapat kawan baru yang akan bersama-sama dengan kita yang kumpulannya lebih besar daripada yang telah keluar itu.”
Demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Jumaat lalu.
Kehadirannya sehari selepas 3M – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Munyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai program `Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad - `BERANI BERUBAH’ DI Ajil pada malam Khamis.
Program itu dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Terengganu secara solo dan dihadiri lebih 3,500 orang.

Walaupun tidak disebut oleh Dr Ahmad Zahid siapa kawan baru itu, ia tidak mungkin PKR atau AMANAH, sebaliknya yang dimaksudkan ialah PAS.
Memang ketika ini PAS dilihat kuat apabila memiliki 14 kerusi Parlimen (selepas 6 menyeberang ke  AMANAH dan seorang ke PKR) selain memerintah Kelantan (32 kerusi selepas seorang dipecat), serta mempunyai 13                                                                                                                                              (daripada 15 kerusi  Dewan Undangan Negeri)di Selangor dan 14 kerusi DUN di Terengganu.
PAS juga ada kerusi DUN di Kedah (8 daripada 9), Perak (5) Pulau Pinang (1), Melaka (1), Perlis (1), Pahang ( daripada 3) dan Johor (3 daripada 4).
Sementara itu siapa pula kawan segelintir yang kini tidak lagi menjadi kawan UMNO dan BN?
Sudah tentu ia dirujuk kepada PPBM  yang mana kini menjadi pesaing paling kuat kepada UMNO.
Ia juga mungkin akan menjadi pesaing yang hebat kepada BN walaupun ketika ini hanya mempunyai  satu kerusi Parlimen (Johor) dan dua kerusi DUN sahaja (Kedah dan Johor).
Di Terengganu pula PPBM kini sudah mempunyai lapan Ketua Bahagian dan jenteranya mulai aktif sejak dua bulan lalu.
Dr Ahmad Zahid pada Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Jumaat.
Dr Ahmad Zahid menegaskan, orang Melayu masih memerlukan UMNO dan BN  kerana pada PRU13, daripada  5.2 juta pengundi Melayu  4.1 juta daripadanya mengundi BN.


Baginya, perkembangan positif  itu membuktikan terdapat kira-kira 78.7 peratus orang Melayu masih sayangkan UMNO dan BN.
Malah menurutnya, iaitu sasaran UMNO dan inilah simpanan tetap politik UMNO, sebaliknya ada yang cuba memecahkan kekuatan orang Melayu yang berasal daripada organisasi kita, tetapi `ketam-ketam batu’ ini UMNO ketepikan.

Namun, beliau seakan lupa bahawa itu sebelum wujudnya berbagai isu yang berkisar sekitar Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden UMNO (memangku) itu lupa bahawa senario politik sudah banyak berubah sejak dua tahun kebelakangan ini.
Dengan isu seperti hutang, kehilangan dana, kecurian, penyelwengan, pecah amanah dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu kegelisahan rakyat kerana kenaikan harga barang, GST, pengagguran, pembaziran kerajaan dan sebagainya, BN kini benar-benar tertekan.
Dengan bernostalgia dengan sokongan hasil PRU13, Dr Ahmad Zahid lupa bahawa BN kini semakin terancam kedudukannya, malah keputusan PRU13 sebenarnya lebih buruk daripada keputusan PRU12.
Kemenangan Najib pada PRU13 adalah sokongan semua pihak, termasuk Dr Mahathir Mohamad.
Namun dengan pemecatan beberapa pemimpin penting UMNO -Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi – selain beberapa yang lain, apakah senario selepas PRU13 masih serupa?
Tidakkan ‘ketam-ketam’ batu itu akan merubah pantai dan laut yang kian bergelora?
Berbalik kepada kawan baru yang sangat dinanti dann dialu-alukan oleh Dr Ahmad Zahid itu, apakah mereka rakan sepermainan UMNO sebelum ini?
Memanglah PAS pernah menjadi rakan BN ketika ia mula dibentuk sekitar 1973 dan sama-sama bertanding menggunakan logo dacing pada PRU 1974. Namun hubungan tidak kekal lama kerana pada 1977-1978, PAS terpaksa tinggalkan UMNO dan BN.

Wayang Tinggi...Wayang Kontot..!!!

Bahang PRU14 makin dekat.. masing2 nak tonjolkan kehidupan mereka spt rakyat yg lain..

CHINA-KOMUNIS: HIDUP MELAYU !!.. HIDUP UMNO !!

Dlm keadaan saham FGV dilaporkan semakin tenat & tanggung kerugian, KENAPA Isa Samad boleh dilantik semula atas nasihat Najib sbg Pengerusi FGV yg baru wpon pada asalnya sudah tamat tempohnya..?

JANGAN RISAU geng2 komunis-China berminat nak beli pegangan saham2 FGVH..

Inilah Negaraku.. Malaysia Boleh !!!

24/06/2005:
Isa Samad didapati bersalah terlibat dalam rasuah (politik wang). DAN digantung jawatan & keahliannya selama 6 tahun.

1/1/2011:
Setelah tamat 6 tahun digantung, Isa Samad terus dilantik atas nasihat Najib jadi Pengerusi FELDA & Pengerusi FGV.

6/1/2017:
Isa Samad tamat Pengerusi FELDA, TETAPI Najib masih kekalkan Isa Samad Pengerusi FGV ??!

DAH DISABIT RASUAH BOLEH DILANTIK JADI PENGERUSI FELDA & FGV ??!!

Masih ingat skandal di 'PORT DICKSON'... Siapa MB Negeri Sembilan ketika itu...

INGAT TAK SEBELUM INI, tipu helah UMNO. Belajar dari sejarah. Sejarah Tak Pernah Menipu.


KENAPA Najib tak berani nak dedahkan mengenai kemerosotan rizab BNM tersebut ??!

FAKTA rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yg terus susut setiap tahun cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat..

Terkorban kerana 1MDB

MEREKA YANG TERKORBAN
 
1. Antara tokoh yang telahterkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir dari Kedah.
 
2. Tokoh yang DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.
 
3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor. Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.
 
4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang diPECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT dari jawatan Menteri Besar Teengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Terengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang pelantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Terengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.  
 
5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan juga telah MELETAK JAWATAN kerana kecewa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan :-
 
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAK.
 
MENTERI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWA
 
6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik di peringkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Husni Hanadzlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.
 
7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN II, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana: - 
 
HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB
 
8. Dengan sendirinya :-
 
PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA
 
KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB.
 
INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB
 
9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.
 
10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.
 
KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI
 
11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.
 
KITA BAYAR 'R'IBA' YANG TERLALU TINGGI
 
12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.
 
PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET
 
13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.
 
14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?
 
PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN
 
15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruaudit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis DiRaja Malaysia danSuruhanjaya Pencegah Rasuah.
 
16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu seolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.
 
17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi. Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita  tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan 'fitnah' yang dilemparkan. Soalnya ialah, 'Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.'
 
18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.
 
19. Pihak Polis DiRaja Malaysia dihalanguntuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.
 
DIMANA LETAKNYA PERANAN RAJA?
 
20. Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.
 
21. Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan.  
 
MELAYU MENGAMUK
 
BILA KERAJAAN SUDAH LATAH  INILAH FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN 
 
TIA JADI 1MDB
 
22. Penubuhan 1MDB adalah akibat dari gagalnya rencana awal untuk meminjam wang atas nama Terengganu Investment Authority (TIA) sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu yang ditubuhkan untuk mengendalikan dana yang diterima dari PETRONAS sebagai hasil premium konsesi minyak di Terengganu.
 
23. Untuk meminjam wang ini perlulah dicagarkan konsesi minyak Terengganu. Rancangan ini dihalang oleh Menteri Besar dan Sultan Terengganu di waktu itu. Tujuan ini telah gagal dilaksanakan sehingga menjadi sebab untuk mendapat jaminan Menteri Kewangan sebagai cagaran dan TIA diubah menjadi 1MDB sementara saham kerajaan Terengganu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.
 
24. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Parlimen. Semuanya di luar bajet negara.
 
TENTANGAN AWAL OLEH PEMBANGKANG
 
25. Tun Dr. Mahathir berterusan menyedarkan pemimpin kerajaan untuk membetulkan pentadbiran kewangan tanpa berhasil. Di peringkat awal hanya Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang menimbulkan perkara penyelewengan ini. Apabila keadaan semakin melaraat Tun Dr. Mahathir telah berhubungan beberapa kali dengan Dato' Seri Najib untuk membuat teguran. Tetapi ianya seperti menyimbah air ke atas daun keladi.
 
HARAPAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN JUGA HAMPA
 
26. Seterusnya rakyat mengharapkan Ketua-Ketua berbagai Jabatan dan agensi Kerajaan akan bertindak, dengan kuasa yang ada pada mereka untuk membetulkan keadaan. Tetapi harapan ini juga hanya tinggal harapan..
 
PEMIMPIN UMNO JUGA MEMBISU
 
27. Lepas itu kita menaruh harapan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya bertindak, dengan bersuara dalam Perhimpunan Agong UMNO dan dalam pemilihan pemimpin, tetapi mereka juga gagal berbuat demikian dan Perhimpunan Agong yang berpeluang menukar pemimpin juga telah ditunda sehingga selepas PRU 14. Seterusnya pemimpin UMNO di semua peringkat juga membisu seribu bahasa.
 
PARLIMEN JUGA LUMPUH
 
28. Apabila penderitaan rakyat semakin bertambah maka pihak pembangkang bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk bertindak bersama supaya diadakan undi tidak percaya di dalam Parlimen, tetapi ianya telah gagal kerana dihalang oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Wakil-wakil rakyat juga berada dalam 'siege' dan ketakutan kerana ancaman terhadap habuan dan kedudukan setelah melihat apa yang boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengingkarinya - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi contoh akibatnya. 
 
SUARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN
 
29. Usaha berikut telah dibuat untuk mendapatkan pandangan rakyat dengan memperkenalkan DEKLARASI RAKYAT untuk ditandatangai oleh rakyat yang bebas dari ikatan dengan kerajaan melalui jawatan atau hutang.
 
RAJA TIDAK BERKUASA UNTUK BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT
 
30. Tandatangan sekitar 1.5. juta rakyat juga tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan. Pihak Majlis Raja-Raja Melayu juga telah tidak dapat berbuat apa-apa setelah DEKLARASI RAKYAT diserah kepada mereka.
 
AKIBAT LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KERANA SKANDAL 1MDB
 
31. Akibat dari skandal 1MDB dan salahguna wang hutang yang begitu banyak dan membebankan maka perkara-perkara berikut telah berlaku:-