Ahad, 19 Mac 2017

PH tawar 5 resolusi kembalikan hala tuju asal Felda

Resolusi melibatkan tadbir urus Felda, sara hidup peneroka, mekanisme perkongsian tanah warisan, pembangunan bandar baru dan penubuhan universiti kemahiran dan teknologi
rafizi-felda
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) hari ini menawarkan 5 resolusi kepada warga Felda, yang secara umumnya menyentuh tadbir urus Felda dan pendayaan para peneroka.
Matlamat utama resolusi ini, umum Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli selaku wakil PH, untuk mengembalikan Felda ke hala tuju asal penubuhannya.
Resolusi pertama yang diutarakan adalah mengukuhkan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu, antaranya melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat keseluruhan kerugian Felda ketika ia diketuai Tan Sri Isa Samad, bagi membuka laluan kepada pendakwaan salah guna kuasa dan ketirisan.
PH juga mahu membatalkan semua transaksi kontroversi termasuk membatalkan pelaburan dalam PT Eagle High Plan dan pinjaman wang dari Putra Star Investment.
“Kita juga akan mengkaji manfaat dan risiko mengembalikan kawalan majoriti Felda Holdings Berhad dari FGV kepada Koperasi Permodalan Felda,” katanya dalam Konvensyen Warga Felda, di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.
Resolusi ke-2 yang ditekankan adalah meringankan beban hutang dan kos sara hidup warga Felda, seperti meningkatkan wang sara hidup sehingga MR2000 bagi menampung kos tanaman peneroka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil, dan pembayaran semula wang tersebut dengan potongan minima RM800 sebulan sehingga selesai tanpa faedah.
“Selain itu, akan menubuhkan satu agensi pemantauan yang tidak berat sebelah untuk menyemak semula apa-apa aduan berkaitan Oil Extraction Rate (OER) supaya ia dinilai dengan telus dan peneroka akan dapat harga setimpal,” katanya.
Resolusi ke-3 mengenai mewujudkan mekanisme perkongsian tanah warisan.
“Ekoran anak waris (peneroka yang meninggal) dan Felda akan membuat Kontrak Perkongsian Pengeluaran, tanah tersebut akan diurus oleh Felda dan pendapatan akan dibahagikan.
“10% daripada pendapatan Felda akan dibayar sebagai bayaran loyalti kepada anak waris. Kemudian, baki pendapatan dibayar kepada Felda untuk menampung kos operasi.
“Jika terdapat keuntungan ia akan dikongsi bersama antara Felda dengan waris berdasarkan saiz tanah warisan,” katanya.

'Terima kasihlah Hadi'

Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan kenyataannya mengenai niat PAS menguasai lima negeri di semenanjung 'dihargai' Setiausaha Agung PKR hari ini.
Menurut Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan Abdul Hadi itu dapat memberikan gambaran sebenar bagaimana PAS meletakkan kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun beliau membayangkan kekeliruan mengenai kenyataan Abdul Hadi itu.
"Tapi kalau benar itu yang diucapkan (Abdul Hadi), saya ucapkan terima kasih kerana itu memberikan gambaran atau menunjukkan hasrat sebenar bagaimana PAS memposisikan dirinya dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.
Semalam Abdul Hadi menafikan beliau ada membuat kenyataan mengenai hasrat PAS memimpin lima negeri - Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor - manakala selebihnya terserah kepada Umno.
“Saya tak pernah buat kenyataan macam tu. Kita tak nampak (tak boleh tahu) masa depan. Sepuluh negeri ke, tiga negeri ke, satu negeri ke, itu keputusan PRU," katanya di Cyberjaya.
Kenyataan itu sekaligus bercanggah dengan rakaman ucapan anggota parlimen Marang itu yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Rakaman sepanjang kurang dari dua minit itu menunjukkan Abdul Hadi berceramah pada tarikh yang tidak dapat disahkan.
Dalam rakaman video yang disunting itu Abdul Hadi berkata: "Sebab itu bagi Terengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor - biar PAS memimpin. Negeri lain, Umno nak lagi, biar ke dia.
"Kalau boleh (PAS) nak (sapu) habis, tapi (kita) kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerluan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik islam.
"Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politk matang dan sejahtera yang kita lakukan hari ini. Orang Umno pun selesa. Mereka pun tak mahu berbalah lama, tak mahu keras, (nak) lembut."
Untuk rekod, daripada lima negeri yang disebutkan Abdul Hadi itu, satu daripadanya kini dipimpin oleh PKR iaitu Selangor, satu memang dikuasai PAS (Kelantan) manakala selebihnya ditadbir oleh BN.

'PAS ambil pandangan Hadi selaku pemimpin tertinggi'



Selepas kenyataan bercanggah di antara timbalan presiden dan presiden PAS mengenai hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), seorang lagi pemimpin PAS tampil menjelaskan kekeliruan.


Mesejnya adalah jelas: PAS hanya akan menerima pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti Islam itu. "Saya rujuk kepada kenyataan presiden semalam. Kita kena pakai kenyataan presiden. Tidak ada percanggahan," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
"Pandangan beliau kita kena ambil sebagai pandangan pimpinan tertinggi, (sebab) nanti (pada akhirnya) presiden akan beri taklimat kepada kita (dan ahli akar umbi).
"Presiden mesti sudah ada pendiriannya kerana kepimpinan dia selaku presiden parti.
"Kalau tidak, apa guna jadi presiden," kata Idris pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Titiwangsa ke-32 di auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai kenyataan Abdul Hadi dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat bercanggah berhubung kerjasama dengan BERSATU.
Menurut Idris, tidak timbul sebarang kekeliruan memandangkan kenyataan Tuan Ibrahim dikeluarkan sebelum kenyataan dibuat Hadi.
"Kenyataan Tuan Ibrahim adalah sebelum apa yang dikeluarkan oleh presiden. Pandangan presiden kita kena pakai sebab ada pemberat (kelebihan) sebagai pimpinan dan presiden parti.
"Sebagai prinsip kita, apa yang dikeluarkan oleh presiden ada kelebihan, tidak perlu kita pertikaikan.
"Sebab keputusan muktamad adalah di tangan PAS pusat," katanya.

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Semasa majlis Taklimat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, akhir Januari lalu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggariskan impian parti itu dalam PRU14. Pertama, mempertahankan Kelantan, selain kembali memerintah Terengganu dan Kedah, serta menerajui Selangor. Kedua, memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen.
Februari 2017, dalam majlis pelancaran jentera Pas di Alor Limbat di Marang, Terengganu, beliau menegaskan parti itu harus memerintah lima negeri, yakni penambahan satu lagi negeri berbanding penekanannya di Kota sarang Semut, Kedah.
"Sebab itu bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar Pas memimpin. Negeri lain Umno nak lagi biarkan dia. Biarkan dia. Kalau boleh (Pas) nak telan habis, telan habis.
"(Pas) kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting kita kena sedar," ujar Ustaz Hadi, dikutip dari rakaman video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial.
Hala tuju Pas PRU14
Sudah jelas hala tuju Pas dalam PRU14. Tiada kesamaran lagi. Presiden yang mempunyai kata pemutus dalam parti, telah menunjukkan destinasi yang mahu dituju. Sasarannya memimpin lima negeri dan menguasai 40 kerusi Parlimen, dengan restu Umno.
Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abd Aziz selepas himpunan RUU355 di Padang Merbok, turut mengakui kesediaan Umno untuk memberi laluan kepada Pas bagi memenangi 40 kerusi Parlimen itu, satu impian yang jauh lebih tinggi daripada prestasi terbaik semasa pilihan raya umum 1999, iaitu 27 kerusi.
Tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana parti politik untuk meletakkan apa jua target apabila menyertai pilihan raya. Maka, jika Pas mengimpikan untuk memimpin lima negeri -- Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor -- tentulah parti itu mempunyai pendekatan dan strategi yang khusus.
Itu pun, bagi Ustaz Hadi, sasaran itu dibuat selepas "diukur dengan saiz kita sendiri", maknanya "sudah ukur baju di badan sendiri". Lebih kurang maksudnya, sasaran lima negeri itu merupakan impian yang boleh dicapai -- realisitik -- bukannya hanya satu angan-angan.
Politik matang dan sejahtera
Namun, saya lebih tertarik dengan ungkapan beliau seterusnya: "Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan hari ini. Orang Umno pun selesa. Mereka pun tak mahu berbalah lama. (Umno) tak mahu (pendekatan politik) keras, mahu lembut. Lembut inilah kita boleh berbincang untuk mencari mana benar, mana salah."
Bukan lagi tersirat, Ustaz Hadi tidak berselindung lagi. Untuk menguasai lima negeri itu, dan juga menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen, Pas perlu mengadakan kerjasama "untuk mengekalkan kuasa politik Islam".
Beliau juga sering menekankan tentang survival kuasa politik "Melayu-Islam" dan dalam masa sama membangkitkan ancaman daripada DAP dan kuasa politik orang bukan Islam yang disifatkannya semakin meningkat.
Apa saja mengenai hubungan dengan parti-parti pembangkang, khususnya Amanah dan DAP, semuanya mustahil untuk dijalin, begitu juga dengan Bersatu. Walaupun masih ada kerjasama dengan KeADILan, tetapi "ada saja masalah yang timbul".

Tetapi jika dikaitkan Pas dengan Umno, maka akan dicari segala argumen yang positif, yang memungkinkan terbentuknya hubungan baik demi kesatuan ummah. Dalam masa sama, isu-isu berkaitan skandal raksasa pemerintahan Umno-Najib Razak, tidak lagi menjadi agenda besar.
Umno tidak lagi keras
Lihat istilah yang digunakan Ustaz Hadi; Umno tidak keras lagi, lembut, boleh berbincang, tidak mahu berbalah. Usah lupa istilah yang dirujuk kepada sebahagian pemimpin Pas semasa muktamar di Batu Pahat. Apa lagi gelaran buat tokoh-tokoh yang menubuhkan Parti Amanah Negara!

Sistem pendaftaran pengundi kita efisien? Pandainya SPR bergurau

Oleh Lim Yi Wei
Kenyataan terbaru Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kononnya Malaysia masih belum bersedia untuk sistem pendaftaran pengundi secara automatik hanyalah satu alasan lapuk bagi menghalang mereka yang layak keluar mengundi.
“Ada perkara yang kadang-kadang kita rasa tidak begitu serius tapi diambil serius oleh pihak tertentu. Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak sedia dengan pembaharuan dan kita buat, maka banyak isu boleh timbul,” katanya.
Banyak parti politik termasuk DAP dan NGO seperti Bersih telah menggesa pendaftaran pengundi secara automatik sejak 2012. Lima tahun sudah berlalu, dan amat jelas bahawa SPR tidak peduli pun untuk meneliti kemungkinan dan hal-hal teknikal dalam melaksanakannya.
Malah, saya membayangkan proses itu tidaklah serumit mana. SPR boleh sahaja  bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu apabila seorang warganegara melepasi umur 21 tahun, dia secara automatik boleh dimasukkan ke daftar pemilih.
Lagipun, sistem pendaftaran secara automatik akan meningkatkan ketepatan daftar pemilih memandangkan pengundi akan didaftarkan mengikut alamat terkini.
Saya juga ingin mengingatkan Pengerusi SPR tentang betapa sukarnya agensi itu untuk bekerjasama dalam pengurusan pendaftaran pengundi.
Sejak 2013, SPR tidak lagi memperbaharui status Penolong Pegawai Pendaftar parti-parti politik, dan memaksa mereka untuk bergantung kepada pegawai SPR dalam pendaftaran. Beberapa syarat juga dikenakan – contohnya tidak lagi boleh diadakan di kawasan luar seperti pasar pagi/malam, pada waktu malam, dan lain-lain.
Jadi parti politik mematuhi syarat dengan menyediakan kaunter pendaftaran di kompleks membeli-belah pada hujung minggu. Semasa pendaftaran pula, walaupun telah berkali-kali diingatkan supaya membawa borang mencukupi, pegawai SPR tidak berbuat demikian.
Akhirnya, ratusan orang awam terpaksa beratur di kaunter-kaunter pendaftaran tanpa borang dan tidak boleh mendaftar. Adakah ini apa yang Pengerusi SPR katakan sebagai efisien?
Terbaru, pada 3 Mac lalu, berdasarkan kemaskini Facebook oleh Adun Kuala Kubu Baru, YB Lee Kee Hiong, ketua Pembangunan Kampung Kg Pasir Kerling dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan, Yusoff Stak serta rakannya di Ampang Pecah, Rihajuddin Anwarkhan @ Tajol telah meminta 1,000 borang dari pejabat SPR Selangor. Tetapi mereka hanya diberikan 100 borang seorang, iaitu 10 peratus daripada permintaan!
Daftar sekarang, putuskan kemudian

Konvensyen Warga Felda: Tutup projek ikan sturgeon RM160j

Konvensyen Warga Felda: Basmi kleptokrasi jika mahu selamatkan Felda

Konvensyen Warga Felda: Tukar kerajaan jika mahu siasat Felda

10 butang ‘reset’ yang harus ditekan bagi menyelamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Selepas 60 tahun, Malaysia masih lagi terhumban ke dalam kancah politik kotor yang memainkan isu kaum dan agama, sedangkan perpaduan dan toleransi telah menjadi aspirasi negara sejak awal kemerdekaan lagi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi menjalankan operasi ‘Malaysia Reset’, di mana sebarang dasar kerajaan yang baik dikekalkan, manakala semua dasar yang merugikan negara diubah ke arah yang lebih baik.
Terdapat 10 butang ‘reset’ yang harus ditekan bagi menyelamatkan negara ini, iaitu:
  1. Pakatan parti politik yang membentuk kerajaan haruslah berdasarkan persetujuan dan keputusan bersama, bukannya sebuah gabungan yang berdasarkan hubungan ‘tuan-hamba’.
Menurut Kit Siang, pakatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan suatu ketika dulu amat mementingkan persetujuan bersama dalam segenap hal.
“Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional pada awal 1970-an, iaitu Tun Razak, Tan Siew Sin, Sambanthan dan Dr. Lim Chong Eu.
“Tapi, Barisan Nasional pada hari ini amat berbeza. Ia telah berubah menjadi sebuah gabungan yang dikawal hegemoni UMNO dalam setiap keputusan dasar,” ujarnya.
2. Malaysia harus menjadi negara demokratik yang sebenar, di mana pengundi boleh secara aman dan demokratik menukar kerajaan Persekutuan melalui peti undi tanpa perlu takut kepada sebarang ancaman dan ugutan.
“Pengundi tidak boleh diugut dengan kekacauan, pergolakan atau sebarang cara kuku besi untuk menggagalkan usaha demokratik rakyat dalam pilihan raya, seperti di Malaysia hari ini,” kata Kit Siang.
3. Parlimen mesti dipulihkan menjadi badan perundangan tertinggi negara, selaras dengan doktrin pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Pada hari ini, kata Kit Siang, parlimen dikuasai eksekutif, dengan beberapa isu nasional dihalang daripada dibahas, seperti skandal 1MDB.
4. Pemulihan kebebasan dan profesionalisme badan kehakiman, seperti di negara-negara maju lain seperti Korea Selatan.
Menurut Kit Siang, lapan hakim di Mahkamah Persekutuan Korea Selatan telah mendakwa presidennya atas kesalahan rasuah dan kronisme.
“Adakah perkara sebegitu boleh dijalankan di Malaysia hari ini? Itu saja sudah menunjukkan tahap kebebasan badan kehakiman kita,” ujarnya.
5. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas, tidak berat sebelah dan efisien.
Kit Siang menjelaskan, tahap kecekapan SPR yang ada pada hari ini mesti dipersoal, memandangkan masih ada 4.4 juta individu yang layak mengundi masih belum mendaftar.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk parti pembangkang dan NGO seperti Bersih turut mendakwa SPR bersikap berat sebelah dalam proses pilihan raya, termasuk persempadanan semula yang tidak adil dan enggan menjalankan sistem pendaftaran secara automatik.
6. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal antarabangsa, 1MDB yang menyebabkan reputasi Malaysia terjejas teruk di seluruh dunia.
7. Memerangi habis-habisan kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, negara jiran Indonesia juga sudah mula menentang penyalahgunaan kuasa dengan memastikan semua pegawai awam memberi laporan tentang sebarang hadiah yang diterima.
Ia termasuklah hadiah dari delegasi Arab Saudi bernilai berjuta ringgit kepada pegawai awam Indonesia semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Jakarta baru-baru ini.
“Mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan perkara sama kepada semua pegawai Malaysia yang mendapat hadiah dari delegasi Arab Saudi?” soalnya.
8. Ke arah negara di mana potensi, bakat dan kepakaran rakyat dapat digunakan sepenuhnya agar negara dapat membangun dalam segenap aspek.
Kit Siang sekali lagi membandingkan situasi Malaysia pada hari ini dengan Korea Selatan.
Ujarnya, 60 tahun lalu, Korea Selatan jauh ketinggalan berbanding Malaysia dari segi politik dan ekonomi, namun hari ini negara itu telah berkembang pesat.
“Malah, hak asasi dan demokrasi di negara itu telah mencapai tahap tinggi apabila presidennya dapat diturunkan kerana penyalahgunaan kuasa,” katanya.

PAKATAN KEARAH TSUNAMI MELAYU: PAS SANGGAH UMNO YANG MAHU KEHADAPAN KEMUKA RUU 355


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berjaya menangkap imiginasi kearah perpaduan Melayu dan Islam bila beliau mengistiharkan Kerajaan BN akan mengambil tanggungjawab untuk bentang sendiri Rang Undang-Undang 355 dalam sidang Parlimen kali ini.
Kenyataan ini mempastikan pembentanganya tidak lagi akan ditangguhkan dan menampakan UMNO nikad untuk berkerjasama dengan Pas walaupun mahal harga yang terpaksa dibayar untuk membangunkan ombak Tsunami Melayu.
Kata Zahid bersadur emosi: ” Untuk kita menyatukan orang-orang Melayu ,biarlah kita kehilangan segelintir kawan kita ,tapi kita akan dapat kawan baharu yang kumpulannya lebih besar bersama-sama kita”
Sesiapapun akan memahami dengan mudah kenyataan itu sebagai Zahid bermaksud biarlah UMNO berpisah dengan MCA ,MIC atau lain-lain parti komponen yang menentang RUU 355 asalkan dapat bekerjasama dengan PAS.
Bayangkan sebelum ini dengan ketakutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengulangi ungkapan Tsunami China setelah dibantah oleh orang-orang China kerana menuduh mereka bertanggungjawab atas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu.
Dan sekarang UMNO sanggup korbankan kawan lamanya sejak sebelum merdeka demi kerjasama dengan Pas yang menjadi pencabar utama UMNO sejak sebelum merdeka dan pernah meanggap UMNO sebagai kafir.
Bagaimanapun penerimaan Pas tidak seperti yang diimiginasi oleh Najib atau Zahid. Presiden Pas Seri Abdul Hadi Awang serta merta membuat kenyataan yang menampakan ketidakselesaan Pas untuk UMNO kehadapan yang memperkecilkan peranan utama Pas dalam menuntut hukuman lebih berat keatas orang Islam dibawah kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Takut tukar kerajaan macam nak kiamat, kata Mat Sabu

Sedangkan rakyat sedar kerajaan dibelenggu dakwaan masalah integriti, kata presiden Amanah.
mat-sabu
SHAH ALAM: Presiden Amanah Mohamad Sabu mempersoalkan sikap rakyat termasuk warga Felda yang takut melihat perubahan termasuk kemahuan untuk menukar kerajaan.
Katanya, walaupun kerajaan dibelenggu dakwaan masalah integriti tetapi mereka tetap mahu kerajaan diperintah Barisan Nasional (BN).
“Di Malaysia ini nak tukar kerajaan macam nak kiamat….ini pemikiran kuno,” katanya di Konvensyen Warga Felda di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.
“Masalah di Malaysia adalah integriti…jika diselidik, banyak badan agensi melakukan masalah ini termasuklah Felda,” katanya, dan menambah langkah membetulkan urus tadbir negara perlu diambil pada pilihan raya akan datang.
Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 5 individu termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda bagi kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
“Pandangan saya, kita perlu tukar pemerintah untuk selamatkan peneroka Felda,” katanya.
Sementara itu, dalam pentas yang sama, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menolak budaya kleptokrasi yang dilihat kian menular.
Kleptokrasi gabungan perkataan Yunani iaitu ‘kleptes’ (pencuri) dan ‘kratos’ (kuasa), yang membawa erti pemerintahkan oleh pemerintah korup.
Katanya, sudah tiba masanya untuk kembalikan dasar negara kepada nilai asal.
“Ada dasar baik dan ada yang tidak baik. Dasar yang baik kita teruskan, manakala yang tidak baik kita akan hentikan…bukan sahaja dalam dalam Felda, tapi semua aspek dalam negara.
“Oleh kerana budaya kleptokrasi ini wujud, kita perlu basmikan budaya ini. Kita perlu mula semula supaya kita lebih baik,” katanya

Ucapan Rafizi Ramli PKR Di Konvensyen Warga FELDA

Ucapan Lim Kit Siang DAP Di Konvensyen Warga FELDA

Anak: Wujud Universiti Felda jika Pakatan Harapan memerintah

Saifuddin: 'Kalau benar, terima kasihlah Hadi'

Rafizi: 'Pukul sampai tempang' syarat nak lawan Najib

Pakatan Harapan Sarawak selesai runding kerusi PRU14

Pakatan Harapan Sarawak mengadakan sidang media bersama di Kuching hari iniPakatan Harapan Sarawak mengadakan sidang media bersama di Kuching hari ini
Pakatan Harapan Sarawak hari ini mengumumkan persetujuan mengenai pembahagian kerusi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Melalui kenyataan bersama hari ini, mereka berkata, PKR dan DAP akan bertanding di kawasan parlimen yang sama seperti PRU13 lalu.
Sementara Parti Amanah Negara (Amanah)akan bertanding di kerusi ditandingi Pas pada 2013.
"Mungkin akan ada beberapa perubahan tetapi ia tertakluk kepada persetujuan bersama antara parti terbabit.
"Kegagalan persetujuan mengikut perjanjian bersama, kami akan kembali kepada ketetapan bahawa parti yang bertanding di sesebuah kerusi pada PRU ke-13 akan bertanding di kerusi sama pada PRU ke-14," kata kenyataan berkenaan.
Ia ditandatangani Ketua PKR Sarawak, Baru Bian; Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Ketua Amanah Sarawaknegeri itu, Fidzuan Zaidi.

Ahmad Said akan serah sendiri senarai calon Umno PRU14

Ahmad (tengah) menyerahkan sumbangan dan hadiah kepada pelajar cemerlang Sijil Persekolan Tinggi Mal
KEMAMAN - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan menyerahkan sendiri senarai nama calon PRU14 untuk Umno Bahagian Kemaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, senarai berkenaan akan diputuskan Umno Bahagian Kemaman menerusi perbincangan yang akan dibuat dan selepas itu beliau sendiri akan berjumpa dengan Najib untuk berbincang mengenainya.
"Bila kita dapatkan senarai itu daripada perbincangan kita, saya akan berusaha untuk bertemu perdana menteri sendiri dan serahkannya.
"Saya tak nak orang buat spekulasi (mengenai senarai calon), buat pilihan macam-macam dan akhirnya ia akan menjejaskan parti apatah lagi dalam keadaan politik ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat berkelompok cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kemaman di Pejabat Umno Bahagian Kemaman, malam tadi.
Bagaimanapun setakat ini, Ahmad berkata, senarai nama calon itu masih belum dibincangkan jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding lagi dalam PRU14 nanti, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Saya tak mahu komen apa-apa...tapi apa-apa boleh terjadi, dalam politik tak ada perkara mustahil," katanya.

RUU 355: Sikap Umno boleh mengundang padah - MCA

Sebarang tindakan sepihak oleh Umno berhubung cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan mengundang padah, kata MCA hari ini.
Ketua biro keharmonian agama parti itu, Ti Lian Ker, berkata pihaknya memang tidak akan membuat sebarang spekulasi terhadap usul berkenaan.
"Kami akan menunggu maklumat lanjut sebelum memberikan komen," katanya.
Bagaimanapun, kata Ti, sebarang perbezaan pandangan mesti ditangani mengikut semangat kesepakata BN, kecuali ada pihak atau Umno tidak berpegang kepadannya lagi.
"Jika begitu keadaannnya, ia akan mengundang bencana kepada keharmonian masa depan negara," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mahu undang-undang sivil
Cadangan meminda undang-undang yang turut dikenali sebagai Akta 355 itu dimulakan oleh PAS melalui usul persendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku anggota parlimen Marang.
Bagaimanapun pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen kali ini.
Kata Ahmad Zahid, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.
"Insya-Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir 'kawan' kita tapi kita akan dapat 'kawan baru' yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita.
"Kawan baru kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain," katanya.
Sebelum ini parti komponen BN - termasuk MCA, MIC dan parti dari Sarawak - menyatakan secara terbuka untuk menolak cadangan berkenaan.
Dianggap sebagai permulaan kepada pelaksanaan hudud oleh sesetengah pihak, PAS bertegas mendakwa cadangan berkenaan adalah untuk meningkatkan hukuman maksimum bagi orang Islam yang melakukan kesalahan syariah.

Pas Permatang Pauh pula putus hubungan dengan PKR

Omar HassanOmar Hassan
Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini sebulat suara membatalkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR melalui usul dalam mesyuarat agung tahunan kawasan itu.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata usul itu dibuat kerana PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menyerang Pas dan pimpinan parti Islam itu.
Beliau juga mendakwa PKR dengan sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik mereka tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli Pas bahawa PKR meminta ahli Pas berkenaan keluar daripada Pas dan sertai PKR bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan.
"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan Pas," katanya dalam usul tersebut.
Menurut beliau lagi, PKR gagal membela dan mempertahankan Islam di Pulau Pinang apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan pemfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri itu.
"Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan dan ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Tindakan tidak bertanggungjawab exco agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam. Pas tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini," tegasnya.

Peneroka Felda harus berani buat keputusan politik dalam PRU14

Usah bimbang kehidupan orang Felda, peneroka Felda dan institusi Felda tidak akan hilang, kata beliau.
ariff
SHAH ALAM: Warga peneroka Felda harus mengetepikan kepentingan diri sendiri, sebaliknya perlu berani melakukan perubahan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk membantu orang Melayu dan negara, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Anggota Dewan Rakyat penggal pertama dari DAP ini berkata, sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan peneroka Felda penyebab Umno masih mempunyai pengaruh kuat ke atas mereka.
“Mereka (warga Felda) mempunyai segala-galanya, mereka mempunyai 10 ekar tanah untuk membina sebuah rumah dan boleh membina sebuah banglo, walaupun penduduk bandar orang tidak boleh membina sebuah banglo,” kata beliau di Konvensyen Warga Felda di sini hari ini.
Raub merupakan salah satu kerusi Parlimen yang terletak di kawasan Felda.
Mohd Ariff, bekas ahli Umno mengetengahkan pendirian ini ketika timbul hujah sesetengah pihak bahawa nasib peneroka Felda dan orang Melayu akan terjejas jika Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP mengambil alih Putrajaya dalam PRU14.
Beliau juga berkata, para peneroka, yang majoritinya merupakan orang Melayu tidak perlu bimbang kerajaan nasib mereka dan institusi bernama Felda tetap akan terpelihara jika kerajaan Barisan Nasional (BN) digantikan oleh Pakatan Harapan.
“Usah bimbang kehidupan orang Felda, peneroka Felda dan institusi Felda tidak akan hilang,” tambah beliau.
Malah katanya: “Kita tukar kerajaan pada PRU-14 nanti. Dunia orang Melayu takkan tamat.”
Sehubungan itu, Ariff meminta warga Felda untuk menolak momokan kononnya pembangkang, orang Cina dan DAP mahu mengancam institusi Felda, yang kini katanya dilanda kemelut wang, kerana lebih baik untuk semua jika Felda diperbetulkan.
“Itu yang kita nak buat. Usah takut. Kita takkan memusnahkan institusi-institusi yang membantu orang Melayu,” katanya.
Konvensyen Warga Felda yang dianjurkan Pakatan Harapan.

'Pukul sampai tempang' syarat nak lawan Najib

Calon terbaik pembangkang untuk mencabar Datuk Seri Najib Razak di Pekan mestilah seseorang yang paling kuat menjejaskan perdana menteri itu, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ditanya pendapatnya mengenai hasrat Datuk Ezam Mohd Nor mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya umum akan datang, Rafizi berkata persoalan parti mana diturunkan mewakili pembangkang bukanlah persoalan utama.
Ketika isu terpenting kini ialah memperjuangkan nasib rakyat, Rafizi berkata, calon terbaik yang perlu diletakkan di Pekan ialah individu yang mampu memberikan "pukulan paling kuat" kepada Najib.
"Orang yang paling kuat melawan Najib dan berjaya melemahkan Najib, maka sudah tentu dia dilihat sebagai orang paling layak melawan Najib," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.
Rafizi ditemui pada majlis Konvensyen Felda anjuran Pakatan Harapan.
Beliau yang juga anggota parlimen Pandan berkata jika Ezam berhasrat untuk bertanding mencabar Najib nanti, bekas ketua pemuda PKR itu mestilah diyakini benar-benar mampu mencabar perdana menteri.
"Pada masa ini, kalau hasrat Ezam nak lawan Najib, dia kena jadi orang yang paling kuat pukul Najib sampai Najib tempang. Kemudian saya rasa ttak ada masalah untuk orang itu melawan Najib atau parti mana pun.
"Saya alu-alukan kalau ada orang yang (mampu) pukul Najib sampai Najib tempang, sampai dia goyang di Pekan. Itu tak perlu menunggu keputusan parti mana yang bertanding di situ," katanya lagi.
Pentas mana tak kisah
Kelmarin, Ezam menyatakan niatnya menubuhkan parti baru dengan matlamat tunggal iaitu melawan rasuah, dengan menyasarkan Kementerian Kewangan yang disifatkannya sebagai "lubuk kejahatan".
Untuk rekod sebelum meninggalkan Umno buat kali kedua, Ezam pernah dilantik sebagai pengarah komunikasi di kementerian berkenaan. Najib adalah menteri kewangan pertama ketika ini.
Ezam juga menyatakan niatnya untuk berdepan dengan Najib di mana saja anak bekas perdana menteri itu bertanding.

Pas tidak lagi lantang londeh kepincangan Umno


Wan Mohd Shahrir Wan Abd JalilWan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil
Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Pas tidak lagi lantang melondehkan kepincangan Umno-BN.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil berkata sikap Pas mutakhir ini tidak banyak membantu usaha rakyat untuk menumbangkan parti penindas itu.
"Saya pun tidak pasti apa sebenarnya pendirian kepimpinan Pas pada masa ini.
"Tapi secara peribadi, saya melihat Pas tidak lagi lantang bercakap tentang kepincangan Umno-BN.
"Kalau dulu dalam isu Felda, Pas ada Mazlan Aliman (Pengerusi Anak) tapi beliau kini sudah menyertai Amanah.
"Walhal, dalam keadaan sekarang, mana-mana (parti) yang tidak bersama Pakatan Harapan dan Bersatu, maka dia tentunya sudah sebelah sana (BN)," tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline pada Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari ini.
Saifuddin Nasution Ismail (kiri) menerangkan sesuatu kepada Mazlan Aliman (tengah) dan Wan Mohd Shahrir di Konvensyen Warga Felda, Shah Alam hari iniSaifuddin Nasution Ismail (kiri) menerangkan sesuatu kepada Mazlan Aliman (tengah) dan Wan Mohd Shahrir di Konvensyen Warga Felda, Shah Alam hari ini
Mengulas keputusan 37 undi yang diperoleh Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa semalam, beliau berkata, itu satu isyarat dari akar umbi parti tersebut terhadap pemimpin mereka.
"Kita boleh anggap ahli-ahli Pas sudah jelas menyampaikan mesej penting menolak pemimpin mereka yang mesra Umno-BN," ujarnya.

Azimi akui 40 tahun derita di bawah Umno ikut telunjuk diktator

Datuk Azimi Daim ketika berucap pada Siri ceramah Bicara Rakyat dan Perasmian Pejabat Bersatu di Kulim Bandar Baru semalam.Datuk Azimi Daim ketika berucap pada Siri ceramah Bicara Rakyat dan Perasmian Pejabat Bersatu di Kulim Bandar Baru semalam.
Datuk Azimi Daim mengakui selama lima penggal Kulim Bandar Baru dipimpin Umno beliau menderita kerana terpaksa mengikut telunjuk bekas ahli Parlimennya yang disandang oleh dua adik beradik.
"Saya terpaksa ikut telunjuk. Menderita kena ikut telunjuk seorang diktator. Selama 30 tahun perintah Kulim dari 1978-2008.
"Jika sampai hari ini destinasi abang hingga adik ini sudah 40 tahun kuasai Kulim Bandar Baharu.
"Biar pi la kat depa. Bukan nak marah mereka atas sifat individu atau dinasti keluarga, tetapi kali ini kita mahu berjuang bersungguh-sungguh tanpa tabur duit dan dedak kita perlu bangkit untuk kita lenyapkan pemerintahan Umno-BN dari bumi Malaysia ini," ujarnya dalam Siri ceramah Bicara Rakyat dan Perasmian Pejabat Bersatu di Kulim Bandar Baru semalam.
Azimi  selaku Ketua Penaja Bahagian Kulim Bandar Baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), walaupun  tidak menyebut nama, namun dipercayai merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang menjadi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Kedah selama 5 penggal .
Beliau menjadi ahli parlimen kawasan itu dari tahun1978 hingga 2008 dan pada PRU12  beliau tidak bertanding serta menyatakan hasrat untuk berundur dari politik.
Kerusinya itu kemudian ditandingi adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada 2008 tetapi kalah di tangan Zulkifli Nordin dari PKR dan beliau kembali bertanding pada 2013 mengalahkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga dari PKR.
Abdul Kadir pada 2015 telah menubuhkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang kemudiannya pada 2016 bersedia menjadi rakan politik bersama Pas untuk membentuk blok ketiga Gagasan Sejahtera.

'Saya akan terus sokong Umno' - Ahmad Said

KEMAMAN - Selepas tiga tahun, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akhirnya kembali untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan berkelompok Umno Bahagian Kemaman di sini, malam tadi.     Ahmad, selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman, sebelum ini hanya mewakilkan kepada timbalannya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu.  
Ahmad Said Ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu, beliau melahirkan  kesyukuran kerana masih mendapat sokongan kuat daripada perwakilan berkelompok yang masih mahu beliau menerajui bahagian itu.  
Beliau turut menegaskan akan terus bekerja keras memastikan kemenangan Umno di negeri itu khususnya di Parlimen Kemaman pada PRU14 akan datang.  
"Ketika berucap tadi, saya tanya ahli Umno Kemaman, mahu saya masih berada dalam Umno atau di pihak pembangkang, ternyata mereka masih mahu saya memimpin Umno Bahagian Kemaman.   
"Inilah amanah dan suara perwakilan untuk kita memastikan Umno tidak kalah lagi pada pilihan raya akan datang," katanya yang juga Adun Kijal.  
Ditanya mengenai pujian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai dirinya yang terus menyokong kepimpinan Umno Terengganu yang kini dipengerusikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham sebelum ini, beliau berkata:  

Dosa-dosa Umno pada bahasa Melayu

Dulu, kini dan selamanya Umno sentiasa berdosa terhadap bahasa Melayu. Walaupun mendakwa memperjuangkan kedudukan bangsa Melayu, sejarah dosa mereka terhadap bahasa Melayu tak pernah pudar.
Bukan sekadar kesalahan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mahu kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), ramai lagi pemimpin parti itu cenderung untuk memperlekehkan bahasa Melayu.
Annuar bukan bersendirian dalam isu ini. Annuar bercakap bukan mewakili pandangan individu. Tentunya ada suara yang lebih tinggi mahukan UEC diiktiraf kononnya setaraf dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Annuar dilihat hanya jurucakap kepada pihak lain yang lebih berkuasa.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sehingga kini membisu isu UEC. Mustahil dia tidak tahu pentingnya UEC bagi menjalin hubungan lebih akrab dengan China yang kini pelabur mega di Malaysia terutama di Forest City.
UEC kini mendapat pengiktirafan beberapa universiti di Taiwan dan tak mustahil juga China akan mengiktirafnya bagi mengimbangi proses pengambilan pelajar dari Malaysia.
Kita tahu China dan Taiwan bersaing secara terbuka dalam pentas politik antarabangsa Pascaperang Dunia Kedua dan era Perang Dingin. Taiwan - sekutu kuat AS dan Britain di Asia Timur - sentiasa menjadi seteru sepanjang zaman China yang kini kuasa ekonomi terbesar selepas Washington. Menjelang 2025 China dijangka menjadi kuasa ekonomi utama dunia mengatasi gabungan AS dan Kesatuan Eropah.
BN boleh hilang kuasa
Perluasan wilayah China menjadi kewajipan kepada Beijing untuk mereka menyaingi AS dan sekutu Eropah. Mereka sedang memperluaskan wilayah dengan menambak Laut China Selatan. Kewujudan pulau buatan manusia hanya mengukuhkan lagi China di Asia Tenggara. Malaysia pula di bawah pimpinan Najib terpaksa rapat dengan China selepas Barat semakin kritikal terhadap isu 1MDB.
Najib juga masih ingat tsunami Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 yang hampir menumbangkan kerajaan BN pimpinannya. BN hanya menang 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. Merosot tujuh kerusi petanda merosotnya sokongan terhadap Najib.
Kawasan bandar besar yang majoriti didiami pengundi Cina dimenangi DAP. Daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, BN hanya raih undi popular 5,237,699 berbanding Pakatan Rakyat yang meraih 5,623,984. Najib tahu undi popular BN merosot dengan hanya 47.38 peratus berbanding pembangkang 50.87 peratus.
Jika keadaan berterusan, BN boleh hilang kuasa pada PRU ke-14. Justeru pelbagai langkah bidan terjun terpaksa dilakukan. Keadaan rakyat yang terdesak dengan peningkatan kos hidup, krisis keyakinan dan skandal rasuah menjadikan BN terpaksa memperalatkan isu bahasa bagi meraih sokongan.
Kecenderungan pengundi Cina terhadap pembangkang semakin meningkat. Mimpi Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, untuk meminda Akta 355 yang kononnya direstui Umno tidak membantu sokongan pengundi Cina.
PAS boleh berfantasi dengan politik matang dan hudud. Namun keteledoran lidah beberapa pemimpin baru mereka sukar diterima oleh pengundi atas pagar dan kaum lain. Hasrat kerjasama Umno dan PAS belum menjamin kepentingan politik.
Justeru, UEC menjadi alat untuk menarik sokongan Cina terhadap BN walaupun ia meneruskan dosa Umno terhadap kedaulatan bahasa Melayu yang diperakui sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Utamakan jati diri bahasa
Di Malaysia, tidak ada peraturan yang melarang dan menghukum pihak yang mengaibkan bahasa Melayu. Tidak pernah mana-mana individu dan kumpulan yang enggan menggunakan bahasa Melayu dibawa ke mahkamah sivil. Justeru, bahasa akan terus menjadi mangsa mainan orang politik di negara ini.
Indonesia dan Thailand mendaulatkan bahasa ibunda mereka secara total. Perlembagaan diamalkan secara budaya hidup seharian. Pancasila di Indonesia bukan saja mengutamakan bahasa Indonesia dalam perlembagaan dan urusan harian, bahkan kaum lain terpaksa menggunakan nama tempatan untuk jati diri.
Ardi Wiranata, Hendrawan dan Rudi Hartono adalah di antara bintang badminton Indonesia bertaraf dunia keturunan Cina namun bernama tempatan.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang mentadbir negara Gajah Putih itu di antara 2001 hingga 2006 adalah ahli politik keturunan Cina yang menggunakan nama tempatan. Thailand - seperti juga Indonesia - sentiasa mengutamakan jati diri bahasa dan budayanya.

Anwar: Felda perlu rombakan besar bukan hanya tukar pengurusan

Bekas ketua pembangkang menyeru perubahan pada dasar Felda menyentuh 3 perkara iaitu kemiskinan, darjat peneroka dan pembelaan nasib mereka.
Anwar-Ibrahim
SHAH ALAM: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masalah dalam Felda tidak akan selesai dengan hanya menukar barisan pengurusan.
Sebaliknya tegas beliau, perubahan perlu dilakukan pada dasar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan menyentuh 3 perkara iaitu kemiskinan, mengangkat darjat peneroka dan membela nasib mereka.
“Selagi matlamat itu belum tercapai, projek mega seperti stadium dan gedung mewah yang menghirup hasil peneroka mesti dihentikan,” kata Anwar dalam amanat kepada warga Felda yang disampaikan melalui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini, hari ini.
Di sebalik pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kebelakangan ini, Felda menyaksikan perubahan dalam barisan kepimpinan dan pengurusan termasuk pengerusinya ditukar. Ia kini diketuai oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Amanat Anwar itu dibacakan di Konvensyen Warga Felda, yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara Sungai Buloh.
Dalam amanatnya, bekas timbalan perdana menteri itu turut mendakwa Felda tidak menghebahkan keuntungan sebenar lembaga itu kepada peneroka.
Beliau menegaskan, keuntungan Felda harus dinikmati bersama keluarga Felda dan bukannya orang atasan atau tokoh politik tertentu.
“Peneroka generasi pertama telah membanting tulang menjarah hutan belantara dan merupakan tenaga utama mengangkat Felda sebagai gergasi di dunia korporat.

Kerana DAP setitik rosak pembangkang sebelanga - Idris Ahmad

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, DAP telah menjadi "masa depan yang gelap" untuk keseluruhan pembangkang di negara ini.
Menurut Idris, ini kerana, beberapa kenyataan yang dikeluarkan DAP - terutamanya oleh Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, memberi peluang kepada BN untuk menyerang parti pembangkang.
"Gelagat yang ditunjuk DAP merupakan masa depan gelap untuk pembangkang.
"Ia memberikan keyakinan lagi pada Umno dan BN dengan tindakan Chong yang bercakap tentang menyekat kemasukan guru agama Islam semenanjung ke Sarawak.
"Yang beri umpan pada Umno dan BN ialah DAP. Itu tindakan tak cerdik," katanya hari ini.
Idris bercakap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Titiwangsa di Ampang Jaya, Selangor.
Beliau mengulas ucapan Chong di Dewan Rakyat beberapa hari lalu yang meminta kerajaan membatalkan rancangan menghantar lebih 400 orang guru Pendidikan Islam ke Sarawak.
Kata Chong, langkah itu akan mengancam keharmonian serta persefahaman penduduk pelbagai agama serta kaum di negeri berkenaan.
Mengulas lanjut, Idris berkata, walaupun pembangkang terjejas dengan pendirian anggota parlimen itu, PAS berada dalam keadaan lebih baik.
"Tapi PAS hari ini dah lepaskan diri (daripada terpalit dengan isu itu). Kita tak tanggung beban liabiliti yang dibawa DAP," katanya.
Sehubungan itu, Idris yang merupakan anggota parlimen Bukit Gantang berharap agar rakyat terutamanya kaum Melayu dapat membei peluang kepada PAS untuk memerintah.
"Sebab itu kita nak beritahu orang Melayu di negara ini, biar PAS yang jaga mereka pula," katanya lagi.
PAS tak apalah
Berucap di Dewan Rakyat pada 15 Mac lalu Chong menyuarakan bantahannya semasa berucap membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Kata pengerusi DAP Sarawak itu, kerajaan tidak wajar mencemar pemikiran enerasi baru Sawarak atau membawa falsafah dan pemikiran yang sempit agama dari semenajung ke Sarawak.
Menjelaskan lebih lanjut kenyataan itu, Chong berkata ada ramai Muslim tempatan yang layak menjadi guru Pendidikan Islam di sekolah Sarawak.
"Apabila Jabatan Agama Islam Sarawak mengiklankan kekosongan dua jawatan guru pada Januari 2017, mereka menerima lebih daripada 4,400 permohonan.

FGV undang bencana kepada peneroka


Mazlan Aliman membentangkan kertas kerja di Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari iniMazlan Aliman membentangkan kertas kerja di Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari ini
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyifatkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membawa bala kepada peneroka.
"Saya sejak awal bantah cadangan penyenaraian FGV tapi bila berlaku juga pada 28 Jun 2012, Felda hilang dua punca pendapatan utama.
"Ladang Felda seluas 360, 000 hektar hilang kepada FGV dan KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd) dijual kepada FGV.
"Malangnya, FGV gagal meraih untung hingga mengundang malapetaka kepada peneroka," tegasnya dalam Konvensyen Warga Felda bertemakan 'Kelansungan Felda melalui pengupayaan dan pendidikan' di Shah Alam hari ini.
Akibatnya, beliau yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor berkata, Felda mengalami masalah kewangan kritikal sekaligus menjejaskan pendapatan peneroka.
Mengulas tentang isu perumahan kepada generasi kedua peneroka, Mazlan menegaskan kerajaan pusat bertanggungjwab untuk menyelesaikannya.
"Bukan Felda yang kena siapkan sebaliknya kerajaan pusat perlu sediakan peruntukan untuk selesaikan masalah rumah generasi peneroka kedua yang terbengkalai.
"Projek rumah Felda paling bermasalah adalah di Pahang. Projek Sentuhan Kasih di tiga kawasan juga bermasalah. RM120 juta duit peneroka lebur tapi tiada hasil.

APA DAH JADI dgn Malaysia ??..

Mengapa PM di belakang Rosmah ketika upacara rasmi kerajaan? Siapa PM ??

Satu-satunya perdana Menteri Malaysia yg 'TAK PERNAH MENIPU' rakyatnya..

Rakyat Malaysia sungguh bertuah...

7 TAHUN, LEBIH 70 TRAGEDI - SANGGUPKAH JIKA LEBIH BANYAK MENIMPA KITA?

Tidak tahu siapa yang begitu rajin menyenaraikan perkara-perkara di bawah ini. Tetapi ia memang menjadi tular di media sosial dan grup Whatsapp sejak semalam lagi.

Namun, hakikatnya inilah senarai tragedi yang berlaku dalam negara sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Terima kasih kepada mereka yang rajin menyenaraikannya, juga tidak lupa menyebarkannya bagi memberi kesedaran yang lebih meluas kepada pengundi semua.

Bermakna, hanya dalam tempoh 7 tahun Najib berkuasa, lebih 70 tragedi berlaku di depan mata kita.

1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30tahun
6. Cuaca panas( Elnino)
7. Jerebu terburuk dalam sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Orkim Harmony dirampas
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes pembunuhan Kevin Morais
14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion )
15. Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru )
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi
19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan.
20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak Kilang tutup dan berpindah.
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak Mampu berbuat sesuatu ketika ringgit jatuh terok 
26. Menaikkan Harga Minyak 
27. Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga Mencecah RM847Billion
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi
29. Isu projek ‘Global Strategic Communication Campaign’ 
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan.
33. Kes Pembunuhan Altantuya dan Pembunohnya terlepas ke luar negara
34. Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )
35. Isu Felda Global Venture (FGV )
36. MAS Bangkrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan Biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat 
40. Helikoter yang membawa DS JJ terhempas bersama Yg lain
41. Helikopter yang membawa MP k,kangsar & MP sg besar dn VIP terhempas semasa Kempen PRN sarawak
42. Isteri PM ( Rosmah Mansor ) terlalu Boros
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak
44. Pemecatan TImbalan Perdana Menteri
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Muhriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )
50. Tukar Timbalan Pengarah SB 
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC ( Ahli PAC lama d naikkan Pangkat Timb Menteri )
53. Menangkap Dato khairudin ( kerana membuat laporan )
54. Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas (Menurut laporan bekas MB Terengganu)
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia
59. Menjual Aset Negara kepada Negara China
60. IPIC mengheret 1Mdb ke mahkamah Timbang Tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat malaysia di tipu Pada skala besar  dan bakal merampas segala aset milik anak tiri PM dan Jho low
62. Singapura menyiasat dan merampas aset milik Jho low ( Kroni Najib ) dan Menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang bersubahat dengan Jho Low.
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1mdb.
64. Membuat hutang Baru dengan kerajaan Negara china.
65. KWAP, LTAT, KWSP , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan
66. Felda Semakin Tenat.
67. Pejabat tourism Malaysia negeri ditutup.
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru.
69. Proton dijual.
70. Cawagan bank banyak di tutup.
71. Tidak Mampu membeli Mesin Semak SPM
72. Isu Korea Utara

Senarai di atas pasti tiada penghujungnya jika Najib terus berada di singgahsana kuasa. Sanggupkan kita melihat lebih banyak tragedi berlaku di Malaysia ini?

Selamatkan  Malaysia dan sama-samalah kita singkirkan Najib, UMNO dan BN dalam piliharaya umum akan datang sebagaimana yang sudah ditekankan banyak kali oleh Tun Mahathir Mohamad.

CERAMAH PERDANA DI CHERANG BELUM CUKUP GUGATKAN PAS?


MSO

Tiga hari saya balik ke Kelantan, bermula 15 hingga 17 Mac 2017. Balik khusus untuk meninjau dan melihat sendiri suasana politik di negeriku yang terkenal dengan minat dan gila politik yang tiada tolak bandingnya. Kebetulan pula pada tarikh itu kunjungan Dr Mahathir Mohamad ke Kelantan, selepas 73 jam Najib Razak ke Kelantan.
Najib semasa di Kelantan mengumum atau merasmikan beberapa projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan. Duduk bersama dengan Najib, Ahmad Yakob dalam satu majlis perasmian UTC di Kelantan yang digambarkan sebagai tercanggih di Malaysia.
Yang di luar melihat kunjungan Najib itu sebagai biasa, tetapi saya melihat ia bukan biasa. Apa lagi apabila mendengar kenyataan Najib yang berlunak dengan kerajaan Kelantan dan juga Pas. Najib tidak pun membayangkan Umno akan berlawan bermati-matian dengan Pas dalam Piraum akan datang. Kenyataan itu cukup memberi mesej jelas bagi yang memahami gerak badan politik.
Bahkan Najib tidak mahu menggunakan konotasi “rampas Kelantan”, walaupun sejak 27 tahun lalu itulah konotasi yang berlegar dalam kepada orang Umno Kelantan. Dalam konvensyen Umno Kelantan tahun lalu bergema slogan “PRU 14, Milikkkkk Kita”. Berulang kali slogan itu bergema dalam dewan persidangan.
Bererti Umno optimis akan menjadi kerajaan di Kelantan dalam Piraum akan datang. Beberapa faktor kenapa Umno optimis sudah dijelaskan sebelum ini. Salah satu ialah dengan ketiadaan Nik Aziz.
Bagaimana pun apabila Najib berlunak dengan Pas, menjatuhkan semula pendang yang dihunus, menyarungkan semula keris ke dalam sarung yang kesekian lama sudah ditarik keluar, ia memberi senario lain di Kelantan. Sedikit sebanyak kelembutan berstrategi Najib tunjukkan itu melemahkan semangat pejuang Umno. Mungkin Mustapa Mohamed sendiri jadi “terkanyal”.
Sikap lunak Najib itu menyebabkan tuduhan dan telahan yang dilempar selama ini yang Pas akan bekerjasama dengan Umno menjadi nyata. Pentafsiran politik yang tidak ada kepentingan dan muslihat politik sangat memahami aksi Najib dan Ahmad Yakob itu.

Selain daripada sikap lunak dan manis ditunjukkan Najib itu, celaan Najib kepada Dr Mahathir yang menuduh bekas PM itu mendera Kelantan selama ini saya kira menarik dan ini menyebabkan kunjungan Dr Mahathir ke Kelantan itu akan menjawab celaan Najib itu.
Bagi saya kedatangan Dr Mahathir ke Kelantan 15 hingga 16 Mac lalu masa tepat dan relevan untuk menilai gelora politik Kelantan hari ini di mana Piraum kini benar-benar berada di ambangnya.
Kebetulan juga kedatangan Dr Mahathir bersama Siti Hasmah Mohd Ali, sebaik beliau mengesahkan bahawa PBBM menyertai Pakatan Harapan. Jadi ceramah perdana melibatkan beliau di padang bola Chabang 4, Cherang malam itu adalah perasmian PBBM bersama Pakatan Harapan.
Walaupun ceramah Perdana Malam itu tidak melibatkan sebuah lagi parti dalam Pakatan Harapan (PKR Kelantan), namun penyertaan Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung PKR dianggap mewakili PKR. Saya juga terheran sendiri kenapa tiada pemimpin PKR Kelantan dibawah khemah Vvip?
Kerana senario dan tempoh itu ceramah tersebut menjadi perhatian umum. Para pemerhati ternanti-nanti untuk melihat dan mengetahui sambutan kepada ceramah berkenaan. Dalam politik salah satu indikaktor untuk melihat apakah parti itu kuat atau disenangi rakyat ialah kehadiran pendengar. Saya sendiri pula akan membuat ukuran awal apakah sudah ada getar rasa rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan. Di ceramah itu nanti akan memberi gambaran awal apakah ada gelombang baharu di Kelantan?
Sebelum balik saya menulis dalam Facebook, mensasarkan ceramah perdana berkenaan dikira berjaya kalau kehadirannya mencecah 5,000. Jumlah itu sudah mencukupi di peringkat permulaan ini, sebagai pembuka tali air untuk arus deras mengalir selepas ini.
Sebelum ini rata-rata ceramah di Kelantan, baik anjuran Amanah, PBBM atau PKR sekitar 1,000 hingga 2,000 orang sahaja. Kalau yang dianjurkan oleh Pas, kehadirannya sangat ketara sekali kurangnya, di bawah 1,000. Kecuali ceramah di perkarangan stadium khalayak agak ramai sedikit itu pun kerana menumpang nama Husam Musa.
Justeru cukup bagi saya mensasarkan angka berkenaan pada ceramah perdana di Cherang itu.
Berada ruang tersudut.

Saya tiba ke tempat ceramah malam itu pukul 9:45 malam. Saya mengambil tempat agak tersudut, ke belakang. Saya berada kira-kira 60 meter dari pentas utama berhadapan skrin gergasi. Saya sengaja mencari posisi begitu.
Selalunya saya suka berada berhampiran pentas utama untuk sempat bersalaman dengan penceramah yang hadir dimana semuanya saya kenal dan mereka mengenali saya.
Tetapi tidak kali ini. Saya lebih selesa berada di kejauhan… mahu menjadi pemerhati yang benar dan jujur, liberal tanpa bias untuk memberi kesimpulan yang tepat terhadap apa yang berlaku. Rakyat dan juga semua parti perlu mendapat maklumat yang benar untuk memudahkan mereka melakukan tindakan susulan untuk kebaikan masing-masing daripada gambaran saya berikan. Kita jangan tertipu dengan laporan atau gambaran yang terlalu bias sehingga merugikan.
Dari posisi itu saya mahu melihat ke seluruhan suasana ceramah malam tadi. Mahu melihat gelagat mereka yang hadir. Mahu melihat wajah mereka dan juga mendengar apakah komen-komen spontan mereka setiap kali mendengar hujah dari penceramah.
Selalunya orang ramai akan memberi reaksi dan ulasan spontan. Mereka juga akan berbisik-bisik menambah atau membantah apa-apa yang diucapkan penceramah ketika itu juga. Tepokkan, sorakkan dan takbir menunjukkan mereka tersentuh dengan hujah disampaikan.
Dari sini kita dapat mengenali atau mengetahui keadaan sebenar. Apa yang sedang berladum dan bergolak dalam diri orang ramai. Ini sebab kenapa saya suka turun ke lapangan untuk membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa.
Bulan merangkak
Kebetulan dari tempat duduk saya nampak jelas dari arah Timur bulan sedang merangkak keluar dari kelambunya. Perlahan-lahan bulan merangkak naik seakan-akan mahu sama meraikan majlis itu. Sebatang pokok besar dan redang seakan cuba menghalang cahayanya memijar ke seluruh ruang. Keadaan ketika itu menjadi berbalam-balam.
Seluruh kawasan padang bola tidak berpagar yang dihiasi dengan lampu kalimatan sedarahana cahayanya, berbaur dengan cahaya bulan menjadikan keadaanya indah dan harmonis sekali. Sekali pandang suasana macam sebuah pesta seperti di zaman kanak-kanak dulu. Di sekeliling padang bola itu, dipenuhi dengan gerai peniaga yang menjual pelbagai barangan. Inilah suasana di tempat ceramah-ceramah Pas di Kelantan sejak berdekad lalu. Ceramah Pas menjadi buruan peniaga kerana orang ramai. Terlintas dijati apakah peniaga juga sudah berhijrah ke ceramah Amanah?
Untuk memenuhi keperluan orang ramai sebuah kelir besar di pasang di sebelah kiri pentas. Sekali melihat kepada kelir gergasi itu mengenangkan saya pada tahun-tahun 70an dulu sewaktu persembahan wayang pacak diadakan. Dulu wayang pacak, atau wayang “public relation” ini sangat popular. Setiap kali wayang ini diadakan, padang atau lokasi terbuka akan dipenuhi dengan orang ramai. Wayang pacak ini juga menjadi alat hiburan orang kampung yang ketika itu belum ada kemudahan telivisyen. Nampaknya peralatan lama ini muncul kembali.

'Kawan baharu' BN hanya umpan politik, kata Husam

Husam melihat  replika meriam di upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian petang semalamHusam melihat replika meriam di upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian petang semalam
Dakwaan timbalan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) kini mendapat kawan baharu yang jumlahnya lebih besar dan tidak hairan kehilangan kawan-kawan lama hanyalah satu umpan politik.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid Jumaat lalu.
"Ini hanya umpan untuk memerangkap Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis menaikkan bendera Amanah di cabang 4 Binjai, Kubang Kerian, petang semalam.
Menurutnya pendirian tidak menentu pasti lamanya itu mengundang pelbagai spekulasi daripada pihak luar dan menyebabkan keresahan dalam kalangan ahli mereka sendiri.
"Ketika presiden Pas begitu berkeras tidak mahu menyertai gabungan parti-parti pembangkang dan dilihat begitu mesra dengan Umno, pendirian ahli-ahli parti mereka semakin celaru.
"Masing-masing bertegas kononnya tiada hubungan dan tiada cadangan untuk bersama Umno," kata bekas naib presiden Pas itu.
Dengan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), gabungan pembangkang kini semakin mantap.
"Kehadiran begitu ramai di majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis ceramah umum di Cherang dua hari lalu memberi isyarat jelas penerimaan rakyat.
"Sebelum ini walaupun rakyat benar-benar tidak tahan dengan kezaliman kerajaan Najib, mereka masih ragu dengan pasukan pengganti.
"Kini gabungan mantap Bersatu, PKR, DAP dan Amanah, rakyat semakin berkeyakinan penuh untuk membina masa depan negara tanpa BN," katanya.
Ahli Pas tak rela bersama BN
Ditanya sama ada Pas masih ada harapan bersama gabungan pembangkang, beliau berkata sepatutnya itulah yang paling baik.
"Demi membela rakyat sepatutnya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru kali ini.
"Tetapi kalau Pas berkeras untuk bersendirian, mereka tentu akan dilihat janggal dan ditolak rakyat.
"Saya yakin di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli Pas sendiri mereka tidak rela bersama BN dan mahu bersama gabungan pembangkang," katanya.
Menurutrnya, parti Amanah sebagai parti yang terbuka dan sentiasa positif untuk membela nasib rakyat, tidak menolak sesiapapun jika mereka mahu bersama menentang BN.
"Tetapi pihak Pas kelihatan begitu berharap untuk bersama Umno dan sentiasa mengadakan syarat-syarat pelik untuk menyertai gabungan pembangkang," katanya.
Sebelum itu dalam ucapannya, Husam mahu parti-parti dalam pakatan harapan mengadakan strategi rentas sempadan untuk melebarkan pengaruh.
"Saya sebagai ketua Amanah kena berziarah ke rumah-rumah orang Umno.
"Cikgu Pin (Arifin) sebagai ketua Bersatu pula perlu berziarah ke rumah orang Pas untuk sama-sama menerangkan kepada mereka kepentingan menjatuhkan kerajaan Najib," katanya.

Zahid: UMNO sedia bekerjasama dengan musuh politik hadapi PRU14


UMNO sedia bekerjasama dengan musuh politik hadapi PRU14 - TPM Zahid
KUALA TERENGGANU: UMNO membayangkan bakal bekerjasama dengan parti yang mempunyai asas perjuangan yang hampir sama dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) termasuk bekas musuh politiknya.

Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkembangan berkenaan membuktikan bahawa tiada rakan atau musuh yang kekal dalam arena politik.

Tanpa menamakan parti berkenaan, beliau berkata parti itu mempunyai pengaruh dan kewibawaan tersendiri berbanding kelompok ‘ketam batu’ yang meninggalkan parti  untuk  memperjuangkan agenda peribadi masing masing.
“Kawan baru ini mungkin dulu adalah musuh politik kita, tetapi mereka telah 'ta'awun', mereka telah 'tabbayun', mereka telah memahami, mereka telah melakukan ‘crystallisation’ terhadap permasalah yang kita tangani bersama dengan tidak ada anggapan lain,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Berkelompok Persidangan UMNO cawangan peringkat negeri Terengganu dan penyampaian hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) peringkat negeri di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pendekatan UMNO dan Barisan Nasional berbeza dengan pembangkang yang bekerjasama dalam keadaan terdesak untuk menumbangkan kerajaan.

Sebaliknya UMNO meletakkan kepentingan agama dan bangsa tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain dalam menentukan hala tujunya.

“Kita bukan berhasrat untuk mengadakan 'tahaluf siyasi' secara semberono, ‘political callibration’ secara mendadak tetapi InsyaAllah pendekatan kita penuh dengan kebijaksanaan dan persefahaman di kalangan kita,” katanya lagi.

Pemuda Pas dakwa DAP parti cauvinis, biadab

Pas menjadikan lidah rasmi parti itu, Harakah untuk menyerang DAPPas menjadikan lidah rasmi parti itu, Harakah untuk menyerang DAP
Menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kedah pada April nanti, Pemuda parti itu secara terbuka menyerang DAP.
Sikap sayap parti Islam berkenaan dapat dilihat pada paparan muka depan Harakah keluaran terbaharu.
Naib Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Dewan Penerangannya,  Ahmad Fadhli Shaari mengambil tempat di halaman hadapan lidah rasmi parti itu.
Khairil yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menganggap DAP semakin biadab dan menggelarnya sebagai parti cauvinis.
Sementara itu, Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan menuduh DAP mempunyai motif terselindung terhadap agama Islam.
Akhbar tersebut tampil dengan tajuk utama 'Semakin biadab!' dengan mendakwa DAP sebagai mencampuri isu umat Islam.
Reaksi berang Pas itu ekoran dakwaan DAP menentang pindaan Akta 355 dan campur tangan dalam isu penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.
Dua halaman berikutnya turut memaparkan pendirian dua lagi pemimpin muda parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Mereka adalah Ketua Pemuda Pas Sarawak, Arifiriazul Paiji dan Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim yang berasal dari Terengganu.

Mampukah Dr M melepasi saringan Karpal Singh?

Apakah DAP akan bekerjasama dengan Dr Mahathir sekiranya Karpal masih hidup?
mahathir-karpal
18 Mei 2016:
“Bekerjasama dengan Tun Mahathir akan menghakis keyakinan awam terhadap pembangkang. Pada pendapat saya, beliau ialah orang terakhir yang kita patut mengadakan kerjasama…”
Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, memberi amaran mengenai bahayanya bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
10 Feb 2017:
“Saya mendapati sangat pelik apabila Zaid sebagai ahli DAP memilih untuk membuat pengumuman tersebut tanpa berbincang dengan pemimpin parti. Dia patutnya lebih tahu.”
Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, membidas ahli DAP yang baru Datuk Zaid Ibrahim kerana menamakan Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang.
18 Feb 2017:
“Rakyat perlu diyakinkan bahawa pakatan pembangkang bukan hanya untuk mencapai matlamat jangka pendek tetapi dilihat terus kekal dan mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik. Kita harus jelas dalam apa yang kita mahukan dan apa hala tuju yang akan diambil sebelum PRU-14 bermula. Tanpa itu, cadangan mewujudkan satu logo malah pakatan pembangkang itu sendiri akan kehilangan tarikan­nya kerana rakyat mera­gui kemampuan kita da­lam jangka masa panjang.”
Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, membidas cadangan Dr Mahathir agar pembangkang bertanding menggunakan logo yang sama.
Umum mengetahui, Ramkarpal dan Gobind adalah anak kepada bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.
Susah dinafikan hubungan DAP dengan Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedikit sebanyak melahirkan ketegangan di dalam DAP.
Selain komen Ramkarpal dan Gobind yang bernada negatif terhadap Dr Mahathir, DAP juga berdepan dengan letupan yang dilakukan oleh bekas wakil DAP daripada Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind dan juga pemberontakan di DAP Melaka.
Shamster, seorang pensyarah kriminologi dan undang-undang, mendakwa beliau disokong majoriti ahli ketika melancarkan kritikan terhadap DAP di konvesyen parti atas isu kerjasama dengan Dr Mahathir. Shamster mengisytiharkan keluar parti 2 minggu selepas itu atas alasan hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.
Susulan letupan Shamster, DAP bergoyah sekali lagi apabila 4 wakil rakyatnya di Melaka pula keluar parti.

Sultan Perak: Hakim perlu bebas, berani

Baginda bertitah walaupun tidak dapat disangkal, pendapat sebulat suara amat bernilai, namun adalah kritikal untuk hakim-hakim memberikan pendapat yang bertentangan jika perlu.
Sultan-Nazrin-hakimKUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah hakim perlu bebas dan berani untuk memberikan alasan dalam penghakiman yang mereka fikir sesuai meskipun tidak bersetuju dengan keputusan majoriti.
Titah baginda, untuk Kedaulatan Undang-Undang terus subur, mahkamah dan peserta mereka perlu dibenarkan untuk menyuarakan pelbagai idea dan prinsip.
Baginda yang terkenal dengan ucapan-ucapan menyentuh perundangan dan sistem kehakiman bertitah, penghakiman yang dibuat hakim sebenarnya yang menentukan keputusan yang dibuat mereka.
“Setiap hakim perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian sepenuhnya, malah walaupun keputusan majoriti yang menentukan keputusannya.
“Kebebasan badan kehakiman sebenarnya, membantu dalam menjamin Kedaulatan Undang-Undang didukung sepenuhnya.
“Pematuhan terhadap Kedaulatan Undang-Undang perlu menjadi teras dan pegangan semua hakim dalam menghakimi semua perkara di hadapan mereka — tidak kira isu apa pun, tidak kira kepentingan siapa yang mereka perlu buat keputusan. Ini bagi memastikan bahawa keadilan sentiasa terpelihara,” titah baginda.
Sultan Perak bertitah demikian pada majlis pelancaran buku bertajuk ‘Justice Above All, Selected Judgments of Tun Arifin Zakaria With Commentaries’ di sebuah hotel di sini, hari ini.
Baginda juga menggesa hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan untuk menulis penghakiman bertentangan jika mereka tidak bersetuju dengan majoriti panel hakim.
Hakim yang bimbang, membisu
Baginda bertitah walaupun tidak dapat disangkal, pendapat sebulat suara amat bernilai, namun adalah kritikal untuk hakim-hakim memberikan pendapat yang bertentangan jika perlu.
“Satu kes klasik adalah Brown lwn Lembaga Pendidikan 347 US 483 (1954) apabila Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberi perhatian terhadap suara Hakim Harlan yang memberikan pendapat bertentangan dalam kes Plessy lwn Ferguson 163 U.S. 537 (1896).”
Ada kalangan hakim mungkin berpegang teguh pada sabitan di sisi undang-undang dan moral, titah baginda, namun gagal memberikan pertimbangan sewajarnya berhubung kebimbangan mereka dalam penghakiman mereka.
“Dan, mereka mungkin kekal membisu apabila tidak bersetuju dengan penghakiman hakim lain; bimbang bahawa komen mereka mungkin diketepikan; atau mungkin tersalah anggap bahawa apa yang mungkin mereka ingin katakan adalah tidak penting,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, bagaimanapun panel hakim dan proses membuat keputusan badan kehakiman boleh dengan mudah mengendalikan sebarang pendapat yang berbeza bagi mana-mana isu.
“Kadang-kadang suara bertentangan yang berani diterjemahkan menjadi undang-undang.
“Hasilnya, dalam penghakiman bersejarah itu, Ketua Hakim Negara Warren pada ketika itu memutuskan bahawa pemisahan kaum di sekolah-sekolah awam adalah pencabulan terhadap perlembagaan Amerika Syarikat yang menjamin hak sama rata,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah karakter, kualiti dan kebebasan hakim sendiri turut berperanan dalam mengekalkan keyakinan awam terhadap mahkamah kerana hakim bukan berada di situ sekadar untuk membuat keputusan terhadap sesuatu kes tetapi untuk membuat keputusan terhadap kes secara adil dan saksama.
Ketelusan dan akauntabiliti