Sabtu, 18 Mac 2017

Tak ada ruang bagi pihak menentang Pas - Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliTidak ada ruang untuk kerjasama dengan sesiapa yang bersama dengan pihak yang menentang agenda perjuangan Pas.
Ini kerana menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Pas tidak mahu merangka kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam.
"Pas sebagai parti politik Islam mempunyai kayu ukur dan neraca tersendiri dalam menentu dan menilai matlamat dan hala tuju perjuangan.
"Kayu ukurnya adalah Islam yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik lain. Dan silap jika ada ahli Pas yang mahu kami mengikut cara fikir, matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, Amanah, Bersatu sementelah lagi Umno," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.
”Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah sasaran dakwah Pas.
”Sebagai parti politik, Pas menyertai pilihan raya tanpa jemu sama ada menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga PRU13 selepas merdeka pada 2013.

PRU-14 sebagai referendum tolak BN di Johor

Rakyat Johor boleh berperanan memberi jalan keluar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor dengan menjadikan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sebagai sebuah referendum, bukan sekadar PRU yang biasa.
Referendum adalah satu konsep yang pada dasarnya menjadi kaedah apabila berlaku suatu keadaan luar biasa yang memerlukan satu pungutan suara yang segera dari rakyat bagi menentukan hala tuju sesebuah kerajaan.
Biasanya ia berkaitan dengan sesuatu kes yang melibatkan urusan perlembagaan atau dasar utama (major policy). Satu pungutan suara perlu dijalankan untuk mendapatkan sokongan ‘Ya’ atau ‘Tidak’, ‘Hitam’ atau ‘Putih’, ‘Sokong’ atau ‘Tolak’ daripada rakyat sepertimana yang terbaru, kes Brexit di UK.
Apa yang saya maksudkan dengan PRU-14 boleh menjadi sebuah referendum ialah dengan merujuk pada konsepnya iaitu apabila wujud satu keadaan luar biasa, yang memerlukan satu keputusan segera untuk memulihkan atau mengubah sesuatu keadaan.
Keluarbiasaan Korupsi
Di Johor hari ini, telah berlaku suatu keadaan yang luar biasa atau luar jangka yang meletakkan pentadbiran kerajaan BN Johor dalam krisis integriti yang cukup hebat.
Telah wujud keraguan dan hakisan kepercayaan rakyat yang meluas terhadap kerajaan negeri yang ditunjangi parti UMNO.
Krisis integriti ini muncul apabila kerajaan BN Johor telah gagal melaksanakan sistem pengurusan yang amanah, telus dan cekap.
Hal ini merujuk kepada skandal hartanah terbesar di Johor yang sedang dalam siasatan. Ya, kita tidak boleh menghukum kerajaan BN Johor sebelum mahkamah membuat keputusan, ini kita sedar.
Bagaimanapun, dengan terbongkarnya skandal ini, ia sudah memadai untuk menunjukkan bahawa adanya kelemahan politik sehingga berlaku ketirisan pentadbiran yang luar biasa.
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri telah menyita pelbagai bentuk harta kekayaan yang luar biasa banyaknya.
Menurut Menteri Besar Johor, sebanyak 3,000 unit rumah bumiputera telah ditukar milik sejak akhir tahun 2013 dengan hasil yang berjumlah RM600 juta. Ini adalah jumlah yang sangat luar biasa bagi sebuah negeri seperti Johor.
Keluarbiasaan Forest City
Satu lagi keadaan yang luar biasa melibatkan juga hal hartanah iaitu Forest City. Ini menjadi perhatian dan keluhan yang meluas dalam kalangan rakyat.
Isunya cukup asas, rakyat khususnya golongan B40 tidak dapat melihat apatah lagi merasai hasil daripada projek mega ini.
Yang digembar-gemburkan ialah keuntungan atau pulangan kepada negeri apabila gedung-gedung mewah ini dibeli atau disewa oleh orang kaya dari luar negeri.
Pulangan kepada negeri? Memandangkan integriti kerajaan BN Johor hari ini semakin diragui, maka pudarlah harapan rakyat untuk melihat pulangannya kepada mereka kelak.
Dalam projek Forest City ini, usahawan dan rakyat tempatan bukan pemain utama dalam projek mega ini. Nak kata mereka terlibat dalam industri hiliran Forest City, sukar juga kerana peluang rakyat biasa nak menjadi ‘Pak Guard’ pun belum tentu dapat.
Inilah yang berlaku dalam referendum Brexit. 52 peratus rakyat UK memilih untuk Brexit (keluar dari Kesatuan Eropah), secara umumnya rakyat UK memilih keluar berasaskan 2 sebab utama iaitu ekonomi dan kedaulatan.

Ke mana agaknya arah tuju PAS?

Saya dapat membayangkan bagaimana rentan dan berkecamuknya hati penyokong tegar PAS apabila dikhabarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang atau mungkin telah membahagi-bahagikan negeri untuk diperintah antara parti Islam itu dan seteru (lama?) iaitu UMNO yang kini di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Hadi Awang di hadapan podium dengan penuh yakin dan ‘tawaduk’ berkata:
“Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar PAS memimpin. Negeri lain UMNO nak lagi biarkan dia. Biarkan dia,” ujar Hadi Awang yang ketika itu berserban dan berjubah putih dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS di Alor Limbat dekat Marang.
Mungkin hadirin yang mendengar ucapan Hadi Awang ketika itu ada yang tersedak atau tercekik kuih, atau terus membatalkan niat untuk meneguk air atau tak kurang juga yang mungkin menarik nafas lega memanjatkan syukur ke hadrat ilahi atas kurnian rezeki kerana impian untuk menyatukan umat Islam-Melayu akhirnya menjadi kenyataan.
Bagi yang percaya dan menyokong Hadi Awang, kisah penyatuan PAS-UMNO ini seolah-olah syurga dunia yang tidak boleh ditepis lagi, di hujung mata terlihat buah anggur melambai-lambai.
Dalam bayangan itu, segala skandal yang lahir dari perut UMNO seperti 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Haji dan banyak lagi yang melibatkan institusi Melayu bukan lagi satu isu ‘panas’ bagi PAS. Kerana matlamat yang lebih penting adalah untuk menyatukan umat Islam-Melayu yang terpisah sejak sekian lama.
Tapi dipisahkan oleh apa? Ideologi? Politik? Ini yang sering gagal dijawab ‘puak penyatu’ dengan tuntas dan secara saintifik malah penuh bertamadun.
Namun saya percaya, masih ada penyokong PAS yang waras dan sedar tentang permainan Hadi Awang yang sememangnya dilihat seolah-olah ‘gila kuasa’ apabila cuba membahagi-bahagikan negeri seperti dialog dua penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang karya Allahyarham P. Ramlee: “Satu untuk kau, satu untuk aku” ketika membahagikan hasil curian mereka di sebuah gua.

NAJIB MUNGKIN KEKAL DI PEKAN, TAPI PUTRAJAYA?


Seorang daripada ulama terkenal mazhab Shafie, Imam Ibnu Hajar al-Haitami – dalam kitabnya, Fath al-Mubin li Syarh al-Arba’in – menulis: “Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika berkuasa dengan kata-kata atau perbuatan, (nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya. Maka orang yang reda kepada maksiat dikira bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu”.
Ia adalah sebahagian syarah beliau bersabit hadis sahih Rasullulah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim, bermaksud: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman.”
Menurut Ibnu Hajar, mereka yang menyokong pemerintah yang membenarkan maksiat pun, termasuk dalam golongan yang beliau sebutkan ini.
Lalu untuk apa BN begitu khayal melihat Lim Kit Siang yang akhir-akhir ini segar mendampingi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSSATU) terutama Tun Dr Mahthir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin?
Adakah kerana mereka menjangka Lim akan lebih mengutamakan dendam peribadinya terhadap kedua-dua bekas pemimpin Umno tersebut? Ini kerana mereka sedar, apabila hilangnya perseteruan antara Lim dan Dr Mahathir, maka akan semakin merosotlah hayat Umno dan BN.
Allah merakamkan dalam al-Quran melalui Surah al-Anfal ayat 61 yang bermaksud: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Lim telah menghulur salam pendamaian kepada Dr Mahathir biarpun terdapat ahli dan pimpinan parti meragui tindakannya. Dan semacam selari dengan tuntutan ayat di atas, sesiapa saja – termasuk Dr Mahthir – mengetahui salam pendamaian ini wajar disambut gembira.
Larang jadi penasihat subahat
Maslahat yang lebih besar telah menolak ke tepi segala perbezaan di antara kedua mereka. BN dan Umno nampaknya tidak mempunyai pemimpin yang pernah belajar dari ayat-ayat Allah ini.
Maka, kita tentu mudah memahami mengapa akal pemimpin BN dan Umno sekadar mampu melampias dendam kesumat demi perut dan hawa nafsu semata-mata. Inilah kegagalan daya fikir pemimpin-pemimpin Umno dan BN keseluruhannya.

Nik Abduh, Khalil tidak pertahan jawatan dalam Muktamar 63

asdasd CYBERJAYA - Ketua Pemuda Pas,  Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan tidak mempertahankan jawatannya pada Muktamar Pas yang berlangsung hujung April ini.
Katanya, keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada kepimpinan pemuda Pas yang lain untuk meneruskan perjuangan sayap itu.
“Saya sudah sebut dalam Parlimen tempoh hari, saya tidak pertahankan. Biarlah mereka yang lain bertanding,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Profesional Malaysia, hari ini.
Sementara itu, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut membuat keputusan tidak mempertahankan jawatannya dan mahu berundur daripada Pemuda Pas.
“Saya sendiri rasa saya pun mahu berundur di peringkat Pemuda Pas. Peluang akan dibuka kepada calon lain yang layak.
“Saya yakin dengan pengunduran saya dan Ketua Pemuda sendiri, Pemuda Pas tidak akan ketandusan kepimpinan. Insya-ALLAH kita mempunyai ramai tokoh-tokoh yang mampu meneruskan agenda yang diperjuangkan  Pas,” ujarnya.
Muktamar Pas kali ke-63 akan diadakan dari 29 April hingga 1 Mei, 2017 di Alor Setar, Kedah, dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan.

JIKA BUKAN MENGETUAI KERAJAAN SELANGOR, ADAKAH PAS AKAN TUNGGU MUKTAMAR JUGA UNTUK TENTUKAN HUBUNGAN DENGAN PKR?

Berikutan keputusan Bersatu untuk menyertai Pakatan Harapan di tengah-tengah parti itu turut mengadakan rundingan mencari titik pertemuan ke arah kerjasama dengan Pas, hubungan kedua-dua parti itu sekarang ini bolehlah dianggap sudah berakhir.

Presiden Pas, Hadi Awang berkata, berakhirnya hubungan dengan Bersatu itu berikutan pendirian Pas tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
Secara rasminya bermakna tiada lagi kerjasama jika itulah keputusan Bersatu (menyertai Pakatan Harapan), tegas beliau.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula memberitahu, kedudukan parti itu berhubung kerjasama dengan Bersatu akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan sebelum Muktamar Pas yang dijadual pada April depan.
Bermakna, sebelum Muktamar Pas yang akan diadakan di Kedah pada 28 April nanti, segala-galanya mengenai hubungan parti itu dengan Bersatu akan diletakkan titik muktamadnya.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya berkenaan hubungan Pas dengan PKR. Meskipun PKR sudah lama menyertai Pakatan Harapan yang bermakna parti itu lebih dulu ada hubungan dengan DAP dan Amanah berbanding Bersatu, tetapi Pas hanya akan menentukan hubungannya dengan PKR dalam muktamarnya nanti.

Itu pun, dalam muktamar itu nanti, belum tentu Pas akan memutuskan terus hubungannya  dengan PKR, boleh jadi juga hubungan akan diteruskan dengan alasan menghormati mandat rakyat yang dibuat  pilihanraya 2013 lalu.

Kenapa dengan Bersatu, Pas begitu cepat mahu meletakkan kata putus, manakala dengan PKR seperti cuba dilambat-lambatkan.

AMBOI…DAH ADA KAWAN BAHARU, SAMPAI TAK KISAH HILANG KAWAN LAMA


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memutuskan untuk membentangkan sendiri pindaan Akta 355 pada sidang Parlimen kali ini.
Kata beliau, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan ‘rakan baharu’ yang pernah menjadi musuh politik untuk sama-sama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan kepentingan agama serta bangsa lain.
“Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu, biarlah  kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita tapi kita akan dapat ‘kawan baharu’ yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita.
“‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain,” ujarnya lagi.
Amboi…UMNO dan BN sampai dah tak kisah hilang kawan lama semata-mata kerana sudah ada ‘kawan baharu’ yang mahu bersamanya.
Dengan Zahid membuat perakuan bahawa ‘kawan baharu’ itu lebih besar kumpulannya, sudah  tentu hubungan itu akan dimanfaatkan tidak sekadar untuk Akta 355 saja, bahkan juga untuk perhitungan mengekalkan kuasa dalam pilihanraya.
Dalam hal ini, tidaklah sukar sebenarnya untuk mengenalpasti siapa ‘kawan baharu’ yang dimaksudkan Zahid Hamidi itu. 
Ia tentunya tidak lain ialah Pas yang sebelum ini diberi laluan membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Akta 355, meskipun mengikut amalan biasa, sebarang pindaan berkaitan apa juga rang undang-undang akan dibawa sendiri oleh wakil kerajaan yang sedang memerintah.
Secara tidak langsung Zahid mengesahkan Pas kini adalah ‘rakan baharu’  bagi UMNO dan BN.
Umpama kata pepatah, “sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi,” UMNO dan kerajaan kini seperti tidak kisah lagi dengan kehilangan kawan lama yang tidak setuju dengan pindaan Akta 355 itu.
Ini kerana seperti yang yang disebut Zahid, “biarlah kita kehilangan segelintir kawan kita, tetapi kita akan dapat ‘kawan baharu’ yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita.”
Sekali lagi, tidaklah juga sukar menelah siapa kawan lama yang bakal ditinggalkan itu. Ia tentunya antara lain ialah MCA, MIC, Gerakan dan komponen dari Sarawak yang terang-terang menentang Akta 355 kerana beranggapan ia laluan awal kepada perlaksanaan hudud, selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hadi: Saya tak pernah kata PAS hanya mahu kuasai negeri tertentu

Cuma pada dasarnya PAS mahu mencapai kemenangan di 40 kerusi dan PAS akan menjadi satu penentu dalam arena politik negara.
hadi-awang_umno_pas_6new_00
CYBERJAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal berita yang tular di media sosial yang menyatakan beliau mengeluarkan kenyataan yang partinya hanya mahu menguasai negeri tertentu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan selebihnya diberikan kepada Umno.
“Saya tidak pernah buat kenyataan seperti itu… perkara yang akan datang, kita tidak tahu sama ada 10 negeri atau tiga negeri itu keputusan pilihan raya, kita tidak boleh buat keputusan sebelum pilihan raya,” katanya dipetik Bernama.
“Cuma pada dasarnya PAS mahu mencapai (kemenangan) untuk 40 buah kerusi dan PAS akan menjadi satu penentu dalam arena politik negara… itu yang sangat penting,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.
Kini, PAS mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin sejak PRU 1990. Di Dewan Rakyat, PAS mempunyai 14 kerusi pada masa sekarang. PAS juga sebahagian daripada barisan kerajaan negeri Selangor.

Rundingan Pas-Bersatu: Hadi, Mohd Amar senada, Tuan Ibrahim berbeza


Rundingan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berakhir sebaik sahaja parti itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan, tegas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pas-Bersatu"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya seperti dipetik portal Sinar Harian pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.
Abdul Hadi dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di Cyberjaya hari ini berkata demikian mengulas mengenai status kerjasama Pas dengan Bersatu selepas parti baharu itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan 14 Mac lalu.
Kenyataan Abdul Hadi ini dilihat senada dengan naib presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 15 Mac lalu.
Mohd Amar seperti dilaporkan media berkata, Pas menganggap mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan Bersatu ekoran keputusan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan.
Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, Pas juga tidak lagi berminat berada sepentas dengan Bersatu
“Ini kerana Pas sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam kelihatan mempunyai pandangan berbeza apabila beliau mengatakan kenyataan Mohd Amar itu adalah bersifat peribadi, bukan pendirian rasmi parti.

Batal rundingan: PPBM bidas PAS dan alasan mereka

PAS sudah tahu PPBM mahu bawa mereka sertai pakatan pembangkang, kata ketua penerangan.
Kamarudin-awanghadiPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa PAS sengaja mencari alasan untuk tidak menyertai gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS sebenarnya sudah mengetahui lebih awal tentang hasrat PPBM membawa mereka menyertai gabungan untuk pilihan raya umum akan datang.
“PAS pun sudah tahu,,,jadi tidak menjadi suatu yang baru,” katanya kepada FMT. “Ini sengaja nak jadikan alasan saja. Di PPBM kita tidak ada masalah.”
Beliau menjawab kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, yang berkata rundingan kerjasama politik antara kedua-dua parti berakhir apabila Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad umum menyertai PH.
Menurut Hadi, keputusan diambil kerana PAS tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.
“PAS pilih tak kerjasama itu nasib dia,” kata Kamarudin. “Sambutan terhadap PPBM dan parti pembangkang yang bersama PH juga luar biasa.” Ini semua petanda rakyaat sedia ubah kerajaan.”
PH merupakan gabungan tak rasmi antara parti politik pembangkang, mengulangi formula Pakatan Rakyat yang terbubar akibat pergadungan antara DAP dan PAS.
Ditubuhkan pada 22 September 2015, PH terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.
Sementara PAS kini membentuk pakatan Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Nik Abduh kecundang di Pengkalan Chepa

Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dilaporkan kalah teruk dalam pemilihan pimpinan peringkat kawasan di Pengkalan Chepa hari ini. Pemilihan itu adalah untuk tempoh sehingga 2019.
Ketua Pemuda PAS itu tewas kepada Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin.
Dr Izani adalah penyandang jawatan berkenaan pada penggal lepas.
Menurut sumber, Dr Izani memperoleh 207 undi berbanding anak bekas menteri besar Kelantan itu yang hanya mengumpul 37 undi. Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan secara bebas.
PAS Pengkalan Chepa kini diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Kawasan Pengkalan Chepa dilihat signifikan kerana ia dikenali sebagai satu daripada kubu terkuat PAS di Kelantan.
Kerusi kawasan parlimen itu pernah diwakili dua tokoh kanan PAS, iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad yang juga bapa kepada Mohd Amar.
Kemenangan itu disahkan Dr Izani kepada Malaysiakini sebentar tadi.
Bagaimanapun beliau enggan memberikan komen lanjut, sebaliknya menegaskan mereka perlu bekerjasama "untuk Islam".
"Maaf deh. No comment. (Kita) kena ppakat bekerja untuk lslam," katanya.
Sementara itu cubaan Malaysiakini mendapatkan komen daripada Nik Abduh belum berjaya setakat ini.

Hadi: Tiada kerjasama rasmi dengan BERSATU

PAS menyatakan, mereka itu tidak mengadakan kerjasama rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pendirian itu dibuat ekoran tindakan BERSATU yang akan menyertai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu pemberita mengenainya di Cyberjaya hari ini.
Ditanya mengenai pendirian PAS, beliau berkata: “Secara rasmi kita tak ada kerjasama, kalau begitu rasminya BERSATU (menyertai) HARAPAN.”
Abdul Hadi ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Profesional Malaysia di Cyberjaya hari ini.
Beliau sebelum itu diminta mengulas mengenai kemyataan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan parti berkenaan akan membuat permohonan rasmi menyertai HARAPAN.
Mahathir juga mencadangkan nama HARAPAN ditukar serta satu lambang diperkenal bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
HARAPAN buat masa ini dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Sebelum ini beberapa pemimpin PAS sudah membuat kenyataan mengenai hubungan parti berkenaan dengan BERSATU.
Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan PAS menganggap mereka tidak ada lagi hubungan dengan BERSATU jika parti berkenaan menyertai HARAPAN.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya dilapor Harakahdaily pada 15 Mac lalu.
"Ia dianggap sudah selesai,” kata Mohd Amar lagi yang juga timbalan menteri besar Kelantan.
Bagaimanapun semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kenyataan Mohd Amar itu bersifat peribadi.

Pas mahu lihat draf RUU 355 sebelum BN bentang di parlimen


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merasmikan Konvensyen Profesional Malaysia di Cyberjaya hari iniPresiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merasmikan Konvensyen Profesional Malaysia di Cyberjaya hari ini
Pas tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dan memberi laluan kepada  kerajaan Barisan Nasional (BN) membentangkan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di sidang Parlimen kali ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya mahu BN memberi peluang kepada parti itu untuk meneliti terlebih dahulu draf RUU 355 berkenaan sebelum dibentangkan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa BN akan membentangkan RUU 355 pada sidang Parlimen kali ini sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.
"Kita perlu lihat dulu apa dia (draf) yang ingin dibentangkan dan kita tidak mahu ia bertindih atau berlawan," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Profesional Malaysia, di Cyberjaya, hari ini.
"Malah kita mahu satu kerjasama yang baik dalam perkara ini bagi kepentingan umat Islam dan Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan orang bukan Islam...itu pendekatan yang kita mahu," katanya.
Dalam perkara lain, Abdul Hadi juga menolak berita yang tular di media sosial yang menyatakan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang partinya hanya mahu menguasai negeri tertentu selepas pilihan raya umum ke-14 dan selebihnya diberikan kepada Umno.

Muktamar bukan tempat PAS berpecah kata Hadi

Pemuda Pas Tumpat lulus usul putus dengan PKR

PAS tidak akan ada hubungan dengan BERSATU jika bersama PH

PAS mahu lihat draf RUU355 kerajaan, anggap belum muktamad kata Hadi

Kluk-Klik: Hadi nafi keluar kenyataan mahu perintah 5 negeri, selebihnya serah Umno

Husam : PAS Kalah, AMANAH Berdosa Kata Nik Amar

Mukhriz: Annuar Musa & Najib Razak Buat Buat Lupa Jasa Tun Mahathir(Tun M)

Tganu-Mukhriz: Nak Majukan Negara Najib Razak & BN Mesti Disingkirkan

RUU 355: Mungkin perlu berhimpun depan Tugu Negara?


Biarpun ceramah menyokong Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu turut menyaksikan penglibatan pemimpin Umno-BN, tetapi usul pindaan akta itu masih belum diketahui bila akan dibentangkan di Parlimen.
Peguam Zulhazmi Shariff memberitahu semakannya mendapati kerajaan telah memasukkan dua lagi RUU seperti yang jelas kelihatan pada Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat semalam.
RUU 355Menurutnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri akan memasukkan untuk Bacaan Kali Pertama suatu RUU Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017 manakala Menteri Pendidikan Tinggi bakal memasukkan RUU Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 bagi Bacaan Kali Pertama.
Ini bermakna, jelasnya, bilangan RUU bertambah kepada tujuh selain RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016, RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016, RUU Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dan RUU Setem (Pindaan) 2016 serta RUU Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017.
"Selepas ini kemungkinan besar Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 pula akan dimasukkan. Mungkin minggu depan akan dimasukkan RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.
"Usul kawan tu apa nak jadi la gamaknya. Mungkin kena berhimpun depan Tugu Negara pulak lepas ni. Nasib badan la...," dipetik dari status Facebook Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah itu.
Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 7 Mac lalu hanya tersenarai pada perkara ketujuh dalam AUM.
Usul Hadi itu bertujuan meminda Seksyen 2 Akta 355 bagi menggantikan perkataan, "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali".
Ungkapan tersebut disyor pinda kepada "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah".
Tempoh sidang Dewan Rakyat penggal kelima kali ini yang bermula 6 Mac lalu akan berlangsung sehingga 6 April depan.

Mesej Dr Mahathir: Pakat tukarlah kerajaan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat Malaysia yang cintakan kepada bangsa dan mempunyai semangat kebangsaan supaya menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata barisan pemimpin parti itu serta rakan-rakan lain dalam gabungan parti lawan mempunyai pengalaman serta kebolehan bagi mentadbir dan memajukan negara sekaligus dapat menyelamatkan Malaysia.
Katanya, beliau yakin mereka mampu mentadbir negara dengan baik sekaligus menepis pelbagai persepsi buruk negara-negara luar terhadap Malaysia sebagaimana terjadi hari ini.
"Hasrat kami adalah untuk memulihkan semula negara bertuah ini, oleh itu kita perlukan sokongan daripada rakyat yang cintakan kepada bangsa dan mempunyai semangat kebangsaan. Bantulah gabungan parti lawan telah kami tubuhkan dan yang akan bertanding nanti.
“Hanya satu cara dapat dilakukan iaitu melalui pilihanraya umum, jadi kita pakat tukarlah kerajaan pada PRU 14 nanti.
“Saya yang dulu Presiden Umno sendiripun telah keluar parti berkenaan dan kita harap rakyat yang sayangkan Malaysia juga dapat lalukan tindakan sama, katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.
Mahathir berkata demikian ketika berucap di Pekan Ajil, Terengganu malam semalam.
Turut hadir ialah Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, yang juga adalah timbalan presiden parti itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian juga memetik Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution sebagai berkata Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cadangan Mahathir.
Selasa lalu, Mahathir mengumumkan hasrat BERSATU untuk menyertai HARAPAN, tetapi mencadangkan supaya nama gabungan pembangkang itu diubah.
Beliau juga mencadangkan satu logo baru, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya.

TGANU-TSMY: Najib Razak BACUL,PENGECUT,LANUN,KLEPET,PENAKUT