Jumaat, 17 Mac 2017

Pas anggap Kit Siang sakit jiwa dan fikiran?


Lim Kit SiangLim Kit SiangPengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Amzad Hashim tampil mengecam Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menganggap parti berlogokan roket itu semakin tertekan serta tidak tentu arah.
"Terbaru digesanya akar umbi Pas supaya menolak Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ternyata Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Kit Siang paling tersepit menghadapi banyak persimpangan di hadapan langkah diatur yang akan menjerumus dan memperosoknya.
"Sama ada tersembam menyembah realiti atau kehilangan pegangan sedang dimiliki," ujarnya.
Menurutnya, semua angkara kelakuan politik DAP yang gopoh, ego dan rakus seperti senjata makan tuan apabila akibatnya menimpa kembali parti itu.
"Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan.
"Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka," dakwanya.
Amzad juga menganggap kononnya DAP 'mengidam' jawatan Timbalan Perdana Menteri selain isu kleptokrasi yang berkaitan skandal mega 1MDB gagal mendapat sambutan rakyat.
"Cemasnya ketara saat umum dilihat menolak hasrat DAP yang mengidam kedudukan nombor dua negara.
"Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia," bidasnya.
Lebih sengsara, jelasnya, melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok yang sebenarnya merakam kedudukan penerimaan masyarakat terhadap Pas.
Turut mengaitkan Amanah yang hanya disebut Pan, Amzad menganggap Amanah  yang 'dikhadamkan' DAP semakin 'kartun serta gempita sahaja lebih.'
"Merasa Pas boleh 'dibeli' ketika itu melalui boneka-boneka tajaannya, ternyata meleset dan mereka itu ditunjuk jalan keluar.
"Walaupun menubuhkan PAN, sekali gus meminggir dan usaha mematikan Pas, tetapi perkembangan menunjukkan sebaliknya," kata beliau.

Kerajaan Umno@Bn akan bentang sendiri pindaan Akta 355 Pas.....

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan kerajaan memutuskan akan membentangkan sendiri pindaan Akta 355 dalam sidang Parlimen kali ini.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu-gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.
Beliau memberitahu, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan 'rakan baharu' yang pernah menjadi musuh politik untuk sama-sama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan kepentingan agama serta bangsa lain.
"Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir 'kawan' kita tapi kita akan dapat 'kawan baharu' yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita.
"'Kawan baharu' kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain," katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.
Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden Umno menyatakan perkara itu ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Umno Cawangan Peringkat Negeri Terengganu dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peringkat negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Penjenamaan semula Pakatan Harapan, ok ke?

Kemasukan Bersatu ke dalam  Pakatan Harapan perlu penjenamaan semula?Kemasukan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan perlu penjenamaan semula?

Setelah Pas setuju bergabung dengan PERIKATAN yang diterajui UMNO satu ketika lalu, maka PERIKATAN berlogo Kapal Layar diubah nama kepada BARISAN NASIONAL dan logo pula diubah kepada Dacing.
Pakatan Rakyat yang musnah setelah dikhianati oleh Pas dijenamakan semula dengan nama Pakatan Harapan dan sudah bergerak hampir 2 tahun.
Tiba-tiba muncul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipersada politik tanah air ingin bersama menumbangkan UMNO/BN yang berketuakan PM Najib 1MDB.
Oleh itu ada syor agar PAKATAN HARAPAN dijenamakan semula setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan secara rasmi menyertai PH dengan satu nama yang lain agar ianya mempunyai satu nilai tambah yang boleh menggerakkan sokongan rakyat yang sudah 52% memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu.
Tun Razak berani mengubah nama PERIKATAN kepada BARISAN NASIONAL dan ia ternyata berjaya dari segi penjenamaan semula tersebut sejak 1974 hingga 2013 (10 kali pilihanraya)
Apa kata anda semua terhadap syor di atas, Ya atau Tidak?
Jika setuju apakah nama yang paling sesuai untuk menyaingi BARISAN NASIONAL yang sudah rosak dari kepala hingga ke ekor sekarang ini?

Adakah sekatan modal China jejaskan Malaysia?

ADUN Pengkalan Rinting ADUN, Cheo Yee How mahu penjelasan mengenai dasar kawalan modal China dan maklumat yang bercanggah mengenai sekatan itu.
“Hal ini telah menunjukan percanggahan maklumat dari SAFE (China State Administration of Foreign Exchange) dengan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dan Menteri Besar Johor (Datuk Seri Khaled Nordin),” kata Cheo dalam satu kenyataan hari ini.
Huang dilaporkan berkata bahawa dasar kawalan modal China tidak akan menghalang rakyatnya daripada membuat pelaburan hartanah di luar negara.
Khaled pula berkata projek pembangunan Forest City tidak akan terjejas oleh dasar kawalan modal di China, kata Cheo.
Bagaimanapun, beliau berkata, mengikut peraturan baru pada borang yang disediakan oleh SAFE, mulai awal tahun 2017, ia menyatakan bahawa rakyat China tidak dibenarkan untuk membeli hartanah, sekuriti pelaburan, insuran hayat dan sebagainya yang belum dibenarkan.
Cheo juga menegaskan bahawa stesen televisyen rasmi China juga melaporkan mengenai dasar kawalan modal dan menyebut tentang sekatan terhadap membeli harta di luar negara.
Terdapat dua projek pembangunan berhampiran Pengkalan Rinting di Johor oleh syarikat-syarikat dari China, manakala pembangunan mega “Forest City” juga berada berdekatan.

KJ CABAR NAJIB?

Khairy Jamaluddin atau KJ mahu BN memperolehi sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular, selain majoriti undi elektoral dalam PRU 14 akan datang agar dapat mentadbir negara dengan mandat yang kukuh.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, langkah tersebut adalah perlu supaya tidak wujud pertikaian di Dewan Rakyat mengenai pihak mana yang lebih layak menubuhkan kerajaan dan mentadbir negara.

"Kita tahu dalam sistem demokrasi, parti yang mempunyai kerusi majoriti adalah berhak untuk menubuhkan kerajaan.

"Tetapi bagi saya, selain memperolehi kerusi majoriti, BN juga perlu kejar undi popular kerana tidak mahu ada yang pertikaikan kemenangan itu...jika kita boleh dapat 51 peratus undi popular, itu bermakna kita sudah menang," katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Saranan KJ itu sememangnya sesuatu yang logik dan relevan bagi mana-mana kerajaan. Sebelum ini undi elektoral yang dimenangi BN tidak pernah terpisah daripada undi popular, kecuali bagi pilihanraya 2013 yang lalu di mana BN buat pertama kalinya dipimpin oleh Najib Razak.

Dalam pilihanraya tersebut, walaupun BN menang 133 kerusi Parlimen mengalahkan Pakatan Rakyat yang mendapat 89 kerusi, tetapi undi popularnya hanyalah 47 peratus berbanding 52 peratus oleh pihak lawan.

Ia mencetuskan tanggapan bahawa rakyat atau pengundi pada pilihanraya 2013 lalu memang ingin menolak dan menyingkirkan Najib, UMNO dan BN, cuma ia terhalang oleh sistem pilihanraya yang negara kita amalkan.

Lanjutan daripada itu, sebelum Anwar di penjara dahulu, beliau ada mengingatkan bahawa sekiranya pakatan pembangkang mahu menumbangkan UMNO dan BN, perolehan undi popular mesti ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 60 peratus yang sekaligus memungkinkan jumlah kerusi yang mencukupi bagi pembentukan sebuah kerajaan baru.

Amanah Negeri Sembilan mahu gabungan telus, jujur

Kesepakatan yang lebih bersifat holistik inilah yang didambakan oleh rakyat.Kesepakatan yang lebih bersifat holistik inilah yang didambakan oleh rakyat.
Amanah Negeri Sembilan mengingatkan perlunya gabungan parti pembangkang yang telus dan jujur menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Komunikasinya, Azrin Amran berkata, matlamat tersebut penting dan tidak akan tercapai secara bersendirian.
"Kesepakatan yang lebih bersifat holistik inilah yang didambakan oleh rakyat, bukan retorik seperti pemerintah yang sedia ada," tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas pembahagian kerusi bagi PRU14, beliau berkata, beberapa sesi rundingan sebelum ini berkenaan berjalan lancar.
"Semangat permuafakatan Pakatan Harapan secara dasarnya bersetuju Amanah bertanding di semua kerusi Pas termasuk Dun (Dewan Undangan Negeri) Labu," ujarnya.
Beliau memberitahu, kawasan tersebut bakal ditandingi oleh Pengerusi Amanah  Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.
"Cuma tidak dinafikan ada pertindihan. Ini termasuk di Dun Ampangan.
"Bagaimanapun, dengan kehadiran PPBM dalam Pakatan Harapan, perbincangan ini akan berlaku semula untuk memberi laluan kepada parti komponen baru ini," ujarnya.
Jelas Azrin, parti komponen sedia ada perlu memberikan sejumlah kerusi yang mereka tandingi kepada PPBM pada PRU14 kali ini.
"Amanah ingin menegaskan dan menasihatkan bahawa sebarang perbincangan perlu melalui meja rundingan Pakatan Harapan," ujarnya lagi.
Untuk rekod, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menyaksikan blok pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat hanya menang di tiga kerusi Parlimen iaitu Rasah, Seremban dan Telok Kemang.
Kesemua kerusi terbabit mempunyai lebih 50 peratus pengundi bukan Melayu.
Bahkan, prestasi DAP di Negeri Sembilan ketika itu adalah paling memberangsangkan apabila menang di kesemua dua kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dun yang ditandingi.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat tewas di semua lima kerusi Parlimen majoriti Melayu iaitu Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Jelebu.

Amanah saran kerajaan tiru sistem ‘pertuduhan pemecatan’ Korea Selatan

Mohamed Hanipa Maidin berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Perintah Tetap Parlimen boleh dipinda bagi memasukkan peruntukan itu.
Mohamed-Hanipa-Maidin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin hari ini mencadangkan Malaysia mencontohi sistem “pertuduhan pemecatan” yang diguna pakai beberapa negara lain, termasuk Korea Selatan.
Peguam itu berkata, Perlembagaan Persekutuan atau Perintah Tetap Parlimen boleh dipinda bagi memasukkan peruntukan itu.
“Ada banyak negara yang boleh ditiru, seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
“Pertuduhan pemecatan” adalah proses pendakwaan terhadap pemimpin tertinggi negara melalui undi ahli Parlimen, sebelum dibawa ke mahkamah khusus.
Lazimnya, pemimpin ke-2 tertinggi akan mengambil alih kedudukan pemimpin negara yang dipecat, berbeza dengan undi tidak percaya yang memberi peluang mana-mana pemimpin yang meraih sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Hanipa memberi contoh sistem di Korea Selatan yang menyaksikan pemecatan Park Geun Hye daripada jawatan presiden selepas terpalit skandal rasuah.
“Beliau masih diberi peluang membela diri dan membuat periksa balas terhadap saksi yang memberikan keterangan.

Siapa peduli apa dalam beg Rosmah

Seorang lagi wakil rakyat pembangkang tampil mengasak isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam isu program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA yang dinaunginya.
Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad mengucapkan terima kasih atas tawaran untuk memeriksa beg tangannya bagi membuktikan tiada dana PERMATA disalah guna.
“Bagaimanapun rakyat tidak kisah apa yang ada dalam beg tangan Rosmah, tetapi apa yang rakyat ingin tahu, bagaimana wang rakyat telah dibelanjakan,” kata pemimpin pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.
Rosmah pada 14 Mac lalu berkata beliau tidak dapat memahami mengapa sesetengah pihak masih banyak bertanya mengenai program PERMATA walaupun banyak penjelasan mengenainya dibuat.
Beliau juga menegaskan tidak pernah mengambil wang yang diperuntukkan kepada PERMATA untuk kegunaan peribadi dan bersedia “poket dan beg tangannya” diperiksa.

Isteri Datuk Seri Najib Razak juga berkata, sesiapa yang ingin mengetahui mengenai perbelanjaan PERMATA, boleh bertanya kepada Pengerusi Jawatankuasa PERMATA Datuk Seri Siti Azizah Abod.
'Penafian kosong'

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata perbelanjaan PERMATA penting didedahkan memandangkan peruntukan badan itu telah dinaikkan lebih dua kali ganda sejak 2011.
Sedangkan, katanya lagi, bajet pendidikan tinggi dipotong sebanyak 20 peratus.
Justeru, katanya, “penafian kosong” Rosmah dalam isu itu tidak akan diterima oleh rakyat.

NAZRI LANGGAR DISPLIN PARTI DEBAT MUNGKIN TAK JADI


Saya percaya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ,Datuk Nazri Aziz tidak akan mengecewakan parti dan kerajaan dalam perdebatan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pada 25 Mac ini berasaskan kepada keupayaannya menghadapi pembangkang di Parlimen.
Bagaimanapun besar kemungkinan debat ini tidak akan berlangsung kerana Nazri tidak menghormati tatatertib parti.
Tidak mengejutkan bila Annuar Musa tidak merastukan Nazri sebagai mewakili parti kerana Nazri telah mengambil tanggungjawab yang sepatut dilakukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani pula tidak meanggap Nazri mewakili kerajaan kerana beliau mungkin bimbang Nazri tidak dapat memberikan jawapan yang dapat melindungi kerajaan dalam isu IMDB.
Mungkin kesilapan Nazri adalah tidak meminta keizinan dari parti lebih dahulu khususnya dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Saya sendiri mempunyai pengalaman panas dalam pekara yang hampir sama apabila” memandai-mandai” menjadi orang tengah ketika menjadi Menteri Penerangan untuk mendamaikan Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan Tun Dr.Mahathir.
Saya telah ditegur oleh Datuk Abdullah Badawi kerana didakwa saya tidak memaklumkan kepada parti untuk mengatur pertemuan damai beliau dengan Tun .
Oleh kerana tekanan dari budak budak berhingus tingkat empat dan seorang penghasut dari NST yang tidak mahu pertemuan ini terjadi, maka Abdullah telah lupa saya meminta izin lebih dahulu darinya untuk menguruskan pekara itu atas kapasiti peribadi sebelum beliau bercuti ke Perth.
Datuk Seri Najib telah memanggil saya kerumahnya untuk memberikan penjelasan menerusi talipon kepada Abdullah di Australia malah saya memberitahunya saya sanggup meletak jawatan jika saya melakukan kesilapan besar.Bagaimanapun akhirnya pertemuan itu tidak berlaku atas sabotaj dari orang sekeliling dan bukan dari parti.
Saya percaya Debat Besar yang ditunggu -tunggu ini tidak akan berlaku kerana tindakan sendirian Nazri itu telah memperkecilkan keupayaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa yang akan terlihat sebagai hanya berani menikam Mahathir dari belakang kerana menghormatinya atau kerana takut.
Nazri tetap akan terlihat sebagai mewakilI parti dan kerajaan, tidak sahaja oleh pembangkang tetapi juga rakyat pada keseluruhannya kerana beliau adalah anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga anggota kabinet.

Debat Tun M-Nazri: Umno Padang Rengas kena mohon permit


Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Umno Bahagian Padang Rengas diarah membuat permohonan polis bagi mendapatkan permit untuk majlis perdebatan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual minggu depan.
Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, beliau mengarahkan Setiausaha Umno Bahagian Padang Rengas bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa hari ini.
Selain itu, Mohamed Nazri berkata majlis debat itu tidak ada kena mengena dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) kerana penganjurannya adalah untuk tujuan wacana.
"Program ini tidak ada kena mengena dengan Akta Perhimpunan Aman kerana kita bukan adakan demonstrasi.
"Saya yang bentang akta ini (APA 2012) saya tahu...apa yang kita nak adakan ini wacana bukan demonstrasi. Kalau demonstrasi memang di bawah Akta Perhimpunan Aman," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan di Tapak Perang Dunia Kedua "Battel of Kampar" dihari ini.
Pemangku Ketua Polis Negeri Datuk Hasnan Hassan sebelum itu berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar 25 Mac ini.
"Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)," katanya dalam kenyataan pagi tadi sambil menambah bahawa sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.
Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas meminta penyokong Barisan Nasional supaya tidak menghadiri wacana itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

NAJIB HARUS BANGGA DENGAN KEBERANIAN NAZRI, SEGERA UMUMKANNYA MEWAKILI UMNO, KERAJAAN

Sebagai menteri kanan dan telah menganggotai kabinet sejak era Tun Mahathir Mohamad lagi, kekecewaan Nazri Aziz tentunya dapat difahami apabila UMNO dan kerajaan seperti mahu menjarakkan diri daripada dikaitkan dengan debat yang disertainya pada 25 Mac depan nanti.
Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, beliau pun keliru apabila UMNO dan kerajaan mengatakan beliau tidak mewakili mereka sedangkan pembangkang menganggapnya mewakili kerajaan.
Senang saja, saya mewakili pengundi Padang Rengas kerana saya adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, kata Nazri seakan-akan memilih jalan tengah.
Debat antara Nazri Aziz dengan Tun Mahathir, jika tidak dibatalkan pada saat-saat akhir, akan diadakan pada 25 Mac ini, jam 3.00 petang di MRSM Sultan Azlan Shah, Padang Rengas, Perak.
Meskipun tajuk dan isi perdebatan ialah berkaitan isu-isu yang melingkari Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan seperti 1MDB, dana RM2,600 juta, hutang RM55 bilion untuk landasan keretapi Pantai Timur, skandal BMF dan lain-lain, keberanian Nazri menyahut cabaran Tun Mahathir untuk berdebat nampaknya langsung tidak dihargai.
Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani awal-awal lagi mengatakan penyertaan Nazri dalam debat itu tidak mewakili kerajaan.
Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa juga menolak Nazri sebagai mewakili UMNO dalam debat tersebut dengan alasan ia tidak pernah dibincangkan di peringkat parti.
Kata Annuar lagi, penglibatan Nazri adalah atas kapasiti peribadinya.
Daripada satu segi, meskipun tidak dianggap mewakili UMNO dan kerajaan, Nazri adalah satu-satunya pemimpin UMNO dan menteri yang berani berdebat dengan Tun Mahathir.
Yang lain-lain seperti Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Azalina Othman Said atau Tengku Adnan Tengku Mansor, walaupun mereka juga kerap mengeluarkan kenyataan mengkritik Tun Mahathir, tetapi keberanian mereka hanyalah sekadar berani bercakap di depan mikrofon yang dihadiri media atau penyokong sendiri saja.
Mereka itu sama saja seperti Najib, kalau bercakap secara sehala bukan main lagi lagaknya, tetapi langsung tidak berani memunculkan diri dalam program NothingToHide, meskipun ia diadakan di PWTC yang merupakan bangunan milik UMNO sendiri.
Sebab itu, keberanian Nazri untuk berdebat dengan Tun Mahathir sekurang-kurangnya haruslah dihargai kerana beliau satu-satunya pemimpin UMNO dan kerajan yang berani tampil secara berdepan dengan musuh utama Najib semata-mata untuk mempertahankan Perdana Menteri.

BERSIH 2.0 minta SPR henti beri alasan

spr BERSIH 2.0 mendakwa alasan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kerana bimbang akan dipersalahkan jika timbul masalah selepas perubahan sistem dilaksanakan hanya membuktikan ketidakcekapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataannya berkata, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sepatutnya menjelaskan kesukaran proses pendaftaran pengundi automatik dan bukannya bersembunyi di sebalik jawapan kabur jika pihaknya serius melaksanakannya.

“Pendaftaran pengundi automatik bermakna bahawa rakyat Malaysia secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mereka mencapai umur 21.
“Ini mempercepatkan proses pendaftaran dan membuang halangan yang tidak perlu untuk melaksanakan hak demokratik asas seseorang mengundi.
“Pendaftaran pengundi dihubungkan secara elektronik kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menghapuskan kekurangan alamat, salinan penyertaan, dan mengeluarkan orang yang telah mati dan meragukan daripada daftar pemilih. Pendaftaran pengundi automatik adalah proses pembersihan untuk membetulkan daftar pemilih,” katanya.
Menurut kenyataan itu, sepatutnya tidak wujud masalah pendaftaran pengundi terhadap empat juta rakyat Malaysia yang layak jika sistem sedia ada dirasakan cukup cekap.
Sebaliknya NGO seperti BERSIH 2.0 dan parti politik terpaksa membuka gerai pendaftaran pengundi kepada orang awam mendaftar sebagai pengundi bagi mengisi kekurangan itu.

Belum sedia laksana daftar automatik kerana skop tugas SPR sensitif

SPR tidak mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung pembaharuan berkaitan pendaftaran pengundi.
Hashim-Abdullah_spr_undi_600KUALA LUMPUR: Skop tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang begitu ‘sensitif’ menyebabkan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya tidak mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung pembaharuan berkaitan pendaftaran pengundi.
“Terdapat perkara kadang-kadang kita rasa tidak begitu serius tetapi diambil serius oleh pihak tertentu. Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak bersedia dengan pembaharuan…kita buat, maka banyak perkara yang boleh timbul,” katanya.
Mohd Hashim berkata demikian ketika menjadi tetamu Slot Khas Ekspresi terbitan Bernama Radio bertajuk “Mengundi dan Tanggungjawab Sebagai Warganegara” di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun terdapat gesaan supaya SPR menjalankan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, pihaknya yakin sistem pendaftaran pengundi sedia ada masih efisien.
Dalam pada itu, katanya SPR sentiasa berusaha memudahkan proses pendaftaran pengundi termasuk turun ke kawasan pedalaman menggunakan pacuan 4 roda sejak 2 tahun lepas.
Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Mohd Hashim berkata SPR hanya mengambil kira bantahan terhadap persempadanan semula yang relevan, iaitu dikemukakan pengundi sesuatu kawasan terlibat dalam cadangan persempadanan semula itu.
“SPR akan lihat secara keseluruhan dan akan klasifikasikan dari aspek sama ada bantahan itu relevan atau tidak. Kalau ia dibantah kepada satu-satu kawasan yang tidak disentuh, jadi dia bantah untuk apa, ini kita tolak,” katanya.
Beliau berkata selain bantahan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, pihak ke-3 yang boleh membuat bantahan ialah sekurang-kurangnya 100 pengundi bagi setiap kawasan terlibat boleh mengemukakan bantahan secara rasmi.

PAS bukan ancaman Muhyiddin di Pagoh, kata AMANAH

Kehadiran PAS di Johor bukan satu ancama besar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk di kerusi parlimen yang dipegangnya di Pagoh, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.
Beliau yang juga adalah bekas pesuruhjaya PAS Johor berkata, pembabitannya bersama parti itu selama lebih 30 tahun menjadikan beliau lebih arif mengenai kekuatan dan perjalanan sebenar PAS berbanding Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
"Orang Johor lebih tahu apa yang berlaku di Johor daripada Khairuddin. Dia orang Terengganu dan dia tak tahu kekuatan PAS (Johor) maknanya dia orang yang tak tahu perjalanan PAS di Johor.
"Saya terlibat lebih 30 tahun menguruskan PAS di Johor, jadi saya lebih mengetahui kekuatan PAS di Johor ini," kata bekas pesuruhjaya PAS Johor itu kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Khairuddin semalam yang mendakwa Muhyiddin selaku presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin harus ingat bahawa pengundi Pagoh juga untuk menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa oleh PAS.
Malah, Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, BERSATU juga amat memerlukan sokongan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata RUU bagi meminda akta berkenaan merupakan hasrat semua pihak termasuk pengundi parlimen Pagoh, namun ia harus bergantung kepada situasi semasa.
"Kami berada dalam PAS dulu pun, itu antara perkara yang kami hasratkan, maknanya inginkan keadilan dengan apa yang diperintahkan.
"Cuma dalam masa yang sama kita juga kena tengok realiti dan juga perkara semasa yang berlaku. Maksudnya apakah (pindaan) itu satu keutamaan yang perlu diutamakan pada hari ini," kata Aminolhuda.

Tun M ajak semua rakyat tukar kerajaan melalui PRU

Tun M ajak semua rakyat tukar kerajaan melalui PRU
Tun M menerima ciuman daripada salah seorang penyokong yang turut menghadiahkan cenderahati berupa sekeping gambar.
HULU TERENGGANU - Bersatu mengajak rakyat bersama parti itu bagi memulihkan semula negara dengan cara menukar kerajaan melalui PRU akan datang.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, barisan pemimpin Bersatu serta rakan-rakan lain dalam gabungan parti lawan mempunyai pengalaman serta kebolehan bagi mentadbir dan memajukan negara sekaligus dapat menyelamatkan Malaysia.
Menurutnya,  Malaysia mempunyai potensi cukup besar untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, namun, pada hari ini pencapaian negara dipandang sinis selain dicop sebagai negara rasuah.
"Hasrat kami adalah untuk memulihkan semula negara bertuah ini, oleh itu kita perlukan sokongan daripada rakyat yang cintakan kepada bangsa dan mempunyai  semangat kebangsaan. Bantulah gabungan parti lawan telah kami tubuhkan dan yang akan bertanding nanti.
“Hanya satu cara dapat dilakukan iaitu melalui pilihanraya umum, jadi kita pakat tukarlah kerajaan pada PRU 14 nanti. Saya yang dulu Presiden Umno sendiripun telah keluar parti berkenaan dan kita harap rakyat yang sayangkan Malaysia juga dapat lalukan tindakan sama, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir  di Pekan Ajil, di sini, malam tadi yang turut disertai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.
Tambahnya, dengan barisan pemimpin yang ada dalam Bersatu dan gabungan parti lawan beliau yakin dapat mentadbir negara dengan baik sekaligus menepis pelbagai persepsi buruk negara-negara luar terhadap Malaysia sebagaimana terjadi kini.

Anwar: Segerakan rundingan dengan BERSATU

Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan melalui pilihanraya umum akan datang.

Dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada PRU 13 yang lalu, yang diperlukan untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan. Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.

Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti FELDA, Tabung Haji dan MARA yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.

Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan BERSATU dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama.

Anwar Ibrahim

17 Mac 2017

Parti Bebas Rasuah: Ezam nak 'buru' Najib di mana saja

Baru saja mengumumkan penubuhan parti baru, Datuk Ezam Mohd Nor berkata, beliau akan mengetuai 'perjuangan' itu dengan mendepani Datuk Seri Najib Razak di mana saja perdana menteri itu bertanding.
Katanya, beliau dan pimpinan 'Parti Bebas Rasuah' itu enggan termasuk dalam golongan yang berdosa kerana tidak bertanggungjawab melawan penyelewengan.
"Maka kami bertekad menjadi kelompok yang akan memerangi pihak melakukan kejahatan.
"Saya sendiri akan mengetuai perjuangan ini berdepan dengan Najib di mana sahaja beliau bertanding," katanya melalui kenyataan hari ini.
Beliau hari ini mengesahkan akan menubuhkan sebuah parti baru dengan membawa matlamat tunggal iaitu melawan rasuah.
Mengakui ia adalah sebuah parti kecil, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata matlamat mereka bukanlah untuk mendapatkan kuasa.
Ezam juga mengumumkan fokus utama parti itu ialah Kementerian Kewangan yang didakwanya menjadi "lubuk kejahatan".
Semasa menganggotai semula Umno, Ezam pernah dilantik sebagai pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia.
Untuk makluman, Najib adalah menteri kewangan pertama, sekali gus pihak yang berkaitan secara langsung ke atas 1MDB.
Pembangkang mengaitkan perdana menteri dengan salah laku membabitkan syarikat pelaburan negara itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah mengesahkan tiada salah laku atau penyelewengan dilakukan oleh beliau.
Jika kenyataan Ezam itu direalisasikan, beliau kemungkinan besar akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di kawasan parlimen Pekan yang diwakili Najib sejak 1986.
Kata Ezam, bekas naib ketua Umno Batu Kawan - yang kini menjadi pengkritik tegas Najib - Datuk Seri Khairudin Abu Hassan sudah menyatakan persetujuannya bersama dengan kempimpinan parti baru itu.
Setakat ini Ezam belum menjelaskan bagaimana 'Parti Bebas Rasuah' itu akan dibentuk atau bila permohonan pendaftarannya akan dikemukakan.

Mohd Amar kata selesai, Tuan Ibrahim kata belum

Dua hari selepas naib presiden PAS membuat kenyataan berhubung hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini seorang pemimpin yang lebih tinggi memberi pencerahan.
Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pandangan diberikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 15 lalu bukanlah pendirian rasmi parti, sebaliknya bersifat peribadi.
Kata Tuan Ibrahim, setakat ini PAS belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama parti itu dengan BERSATU.
"PAS akan mengadakan mesyuarat parti yang bakal diadakan pada April depan sebelum muktamar bermula," katanya.
Beliau yang dipilih ahli PAS sebagai timbalan presiden parti itu berkata, sebarang keputusan sama ada mereka menyertai HARAPAN atau mengadakan persefahaman politik akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan memerhatian bagaimana BERSATU mengendalikan beberapa isu, termasuk pendirian parti serpihan Umno itu ke atas Kelantan.
"Kalau dia (BERSATU) mengambil keputusan menyerang Kelantan, kita akan bertindak," katanya.
Dah buat keputusan
Rabu lalu, Mohd Amar berkata, PAS menganggap mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan BERSATU ekoran keputusan parti berkenaan menyertai HARAPAN.
Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, PAS juga tidak lagi berminat berada sepentas dengan BERSATU.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya.
HARAPAN buat masa ini dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Dukacita perangai lama Umno dibawa masuk dalam parti, kata KP Bersatu


Datuk Kamarudin Md Nor Datuk Kamarudin Md Nor Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md Nor meluahkan rasa dukacita dengan keputusan 13 ahli parti itu di Bahagian Baling yang bertindak mengumumkan keluar parti semalam.
"Ini baru peringkat penaja dan kita rasa dukacita jika perangai lama dalam Umno di bawa masuk dalam parti...patutnya sebagai ahli dalam  parti baharu kita ada semangat, akhlak dan nilai baharu.
"Soal tiada jawatan perlu ditolak ke tepi masalah parti lama begitulah dulu berjuang untuk merebut jawatan.
"Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk lawan Umno tapi jangan pula kita jadi macam Umno.
"Jadi saya nasihatkan kepada semua ahli kembali kepada asas dan tujuan kita dalam pembentukan parti baharu ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas laporan 13 ahli parti itu di Bahagian Baling mengumumkan secara rasmi keluar parti ekoran tidak berpuashati dengan watikah pelantikan ketua penaja bahagian itu yang diumuman secara rasmi pada Februari lalu.
Bekas Pengerusi Bahagian Baling Ali Ahmad dipetik berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak parti itu yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.
"Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini," katanya dalam sidang media pengumuman keluar parti yang diadakan di Dewan Baling Inn semalam.
Kamarudin yang juga Ketua Penaja Bahagian Pasir Puteh berkata, parti di peringkat pusat mempunyai kriteria tertentu untuk memilih wakil penaja bahagian di setiap negeri.
"Ada beberapa kriteria yang ditentukan untuk memilih dan ia tidak kekal dan muktamad bagi semua orang dan ada pertimbangan lain yang kita ambil maklum.
"Kriteria ini sebagai panduan pimpinan pusat untuk buat keputusan.
"Apapun kita sukar dan tidak perlu untuk memuaskan hati semua orang kerana ia hanya jawatan 'penaja' sahaja," terangnya.

Jangan jadikan Bank Rakyat seperti FGV

Bank Rakyat adalah bank koperasi negara yang berkembang pesat.Bank Rakyat adalah bank koperasi negara yang berkembang pesat.
Kerajaan diingatkan agar pengalaman pahit yang dialami Felda selepas diambil alih dan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia tidak berulang kepada Bank Rakyat ekoran desas-desus pengambilalihan bank koperasi itu bertiup kencang, tegas Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
"Benar kita tidak harus negatif, tetapi pengalaman dan sejarah terdekat, cukup mengajar rakyat dan sewajarnya mereka harus cemas dan curiga.
"Kisah sedih dan pahit nasib peneroka Felda dan langkah pensenaraian FGV amat mengajar rakyat. Mereka  menaggung hutang sementara harga saham terus menjunam berbanding semasa disenaraikan dahulu.
"Kekayaan yang diagih kepada rakyat, kembali dimiliki oleh pihak korporat atau kapitalis baru," katanya mengulas spekulasi Bank Rakyat akan diambil alih oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Menurut beliau, PNB sememang punya banyak syarikat besar seperti Maybank dan Sime Darby.

"Namun yang penting adalah prestasi. Maybank contohnya tidaklah sehebat saingan setara dengannya seperti CIMB. Begitu juga Sime Darby kalau diukur atau di'benchmark' dengan yang sama liga dengannya seperti IOI contohnya," kata Dzulkefly.
Beliau mempersoalkan, bagaimanakah Bank Rakyat akan dapat ditambah nilai setelah digabungkan oleh PNB dengan mana-mana syarikat PNB?
"Lebih dikhuatiri adalah langkah penggabungan seperti ini hanya mengizinkan PNB atau sesiapa pun yang mengambil alih Bank Rakyat ini, untuk mewujudkan pelbagai jawatan lantikan seperti menjadi ahli Lembaga Pengarah atau Pengerusi dan sebagainya dengan tidak menambah nilai, sebaliknya membebankan syarikat dengan kos pengurusan," katanya.
Cakap-cakap dalam pasaran kewangan tentang konsolidasi sektor kewangan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bakal menyaksikan pengambilalihan Bank Rakyat oleh PNB.

Jadi PM gaji tak banyak bukan boleh kaya, cerita Mahathir

Tun Mahathir-Tinggalkanlah UMNO,Najib Razak Tu Perompak Duit Rakyat

Nazri: 'Lawan tetap lawan' vs 'menang tetap menang'

"Populariti Najib kini jatuh sehingga 20%," kata Nurul Izzah

“Saya jumpa Nazri semalam," cerita Nurul Izzah

Guan Eng: Jangan bandingkan saya dengan Rosmah

Kaji balik harga gula, kata Tony Pua

RUU355 apa sebenarnya, soal Wan Azizah

Felda milik rakyat bukan hak mutlak sesiapa


Konvensyen Warga Felda anjuran Pakatan Harapan berlangsung di Shah Alam 19 Mac ini.Konvensyen Warga Felda anjuran Pakatan Harapan berlangsung di Shah Alam 19 Mac ini.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyeru semua pihak agar prihatin dan sensitif dengan situasi kritikal yang sedang dihadapi Felda dan tidak menimbulkan perkara-perkara remeh seperti hak penggunaan nama Felda.
Sehubungan itu, Presidennya Mazlan Aliman menyifatkan kenyataan Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada kononnya pihak lain tidak boleh menggunakan nama Felda atas alasan mengelirukan adalah tidak berasas.
"Sejak bila Felda jadi hak mutlak mereka sahaja?" soal beliau.
Menurut Mazlan, Anak telah mengadakan pelbagai program sama ada konvensyen, seminar, dialog dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu berkaitan Felda sejak sekian lama.
"Penganjuran seperti ini bukan perkara baru. Misalnya Konvensyen Hala tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda telah dibuat pada 12 April 2012 di Unisel Shah Alam. Tiada isu pun," tegasnya.
Hanapi baru-baru ini menyentuh penganjuran Konvensyen Warga Felda yang bakal berlangsung di Shah Alam, 19 Mac ini.
Konvensyen bertemakan 'Kelangsungan Felda melalui pengupayaan dan pendididikan' itu dianjurkan Pakatan Harapan dengan kerjasama Anak.
Mengulas lanjut Mazlan berkata, kerajaan dan Felda seharusnya berterimakasih dengan penganjuran program seumpama itu malah Konvensyen Warga Felda 19 Mac ini melibatkan profesional, pengamal undang-undang, pakar ekonomi dan aktivis peneroka.
"Rumusan dan resolusi akan dibuat sebagai usaha penyelesaian demi masa hadapan Felda. Jika ia langkah proaktif Pakatan Harapan sebagai tawaran mereka terhadap warga Felda, inilah harapan yang ditunggu-tunggu!," ujarnya.
Tambah beliau, menimbulkan soal penggunaan perkataan Felda adalah isu remeh yang cuba untuk mengalih perhatian terhadap persoalan pokok yang sedang hangat diperkatakan.
"Kedudukan FGV yang terumbang ambing, Felda yang sarat dengan masalah, nasib buruk peneroka, rumah generasi baharu yang terbengkalai, rezab tunai Felda yang hampir habis, adalah contoh kebobrokan yang tidak boleh disembunyikan," tegas beliau lagi.

Pakatan Harapan bincang cadangan Tun M

Pakatan Harapan akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan pembaharuan yang akan dilakukan gabungan itu.
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, mesyuarat itu diadakan susulan cadangan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memanggil semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk mengadakan mesyuarat.
"Mesyuarat itu akan dihadiri seluruh kepimpinan dalam pakatan. Ia akan diadakan dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Online.
Parti Bersatu secara rasmi awal minggu ini mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Mahathir Mohamad bagaimanapun mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan.
Bersatu juga dalam masa sama mencadangkan agar gabungan menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya.
Ditanya lanjut berkenaan mesyuarat itu, Saifuddin bagaimanapun berkata, tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenainya.
"Tempat dan masa akan diputuskan oleh pihak sekretariat Pakatan Harapan. Yang saya tahu, mesyuarat itu memang akan berlangsung dalam masa terdekat," katanya lagi.

Ceramah sulung BERSATU tanpa PAS di T'ganu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan ceramah sulungnya di Terengganu malam tadi, yang ketara tanpa kehadiran pemimpin pemimpin PAS.
Sebelum ini, BERSATU telah memilih untuk berkongsi pentas dengan PAS apabila ia datang berceramah di negeri itu.
Apa yang ketara, ialah kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Parti Amanah Negara, sebuah parti serpihan PAS dan musuh ketat parti itu.
Dalam ucapan pembukaan dalam ceramah di Ajil, Hulu Terengganu malam tadi, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesyukurannya kerana buat pertama kalinya, berada di majlis anjuran BERSATU di bumi Terengganu.
Dalam ucapannya, Muhyiddin membangkitkan perkara yang sama ketika berucap di ceramah PAS sebelum ini di Terengganu, menyentuh tentang asal-usul 1MDB di negeri itu ketika ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Beliau juga bercakap panjang lebar mengenai sejarah pembabitannya dalam Umno, dengan menegaskan bahawa parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.
Katanya, semasa masih dalam kerajaan, beliau memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa yang terbaik dilakukan ialah mengaudit (1MDB) supaya rakyat boleh tahu kisah sebenar.
Pada hari berikutnya, kata beliau, Najib mengumumkan keputusan kabinet supaya Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB dan berkata rakyat boleh mengetahuinya sendiri apabila ia selesai dilakukan.
Ceramah itu disiarkan secara langsung di Facebook.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata apabila laporan itu selesai, ia telah diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Muhyiddin juga membangkitkan tentang tindakan Jabatan Kehakiman AS untuk merampas kira-kira AS$1 bilion dalam aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.
Beliau juga tidak menyentuh tentang rundingan agihan kerusi dengan PAS.

Hubungan Pas, Umno semakin erat

Zahid berpimpin tangan dengan Tuan Ibrahim selepas selesai seminar antarabangsa mengenai Rohingya di Hotel Marriott, Putrajaya semalam.Zahid berpimpin tangan dengan Tuan Ibrahim selepas selesai seminar antarabangsa mengenai Rohingya di Hotel Marriott, Putrajaya semalam.

Ketika Bersatu mengumumkan penyertaannya ke dalam Pakatan Harapan, hubungan antara Umno dan Pas diperkemaskan lagi menjelang pilihan raya umum ke 14 ini.
Semalam, kedua-dua timbalan presiden Umno dan Pas berpimpin tangan di majlis penutup seminar antarabangsa Rohingya di Hotel Marriott, Putrajaya.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat ucapan penutup di majlis itu turun dari pentas dengan berpimpin tangan dengan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut menyertai seminar itu.
Dalam majlis itu, Ahmad Zahid Hamidi telah menerima resolusi seminar daripada Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail.
Yayasan Amal Malaysia adalah sebuah badan yang terletak di bawah naungan Pas.
Seminar selama tiga hari itu berlangsung dari 14 hingga 16 Mac 2017 anjuran bersama Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), International Federation for Relief & Development (IFRD) dan Yayasan Amal Malaysia.

Wan Azizah desak SPR dedah pakar persempadanan semula

Beliau tidak teragak membawa perkara ini ke perhatian Agong jika SPR tidak dedahkan siapa mereka.
azizah-sprKUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail desak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan identiti 2 pakar topografi dan demografi yang akan menjadi penasihat kepada badan itu untuk proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan datang.
Ini kerana nasihat 2 pakar tersebut mempunyai pengetahuan mengenai proses persempadanan semula.
“Saya minta kerajaan dedahkan identiti mereka seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 115 dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Bagi tujuan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mahu proses persempadanan semula ditangguhkan sehingga identiti 2 penasihat tersebut didedahkan.
Beliau berkata, sebagai ketua pembangkang, beliau tidak teragak-agak membawa perkara ini ke perhatian Yang di-Pertuan Agong jika SPR tidak dedahkan siapa mereka.
Mengikut Perkara 115(2) Perlembagaan Persekutuan, 2 pakar itu di bawah lantikan Agong untuk menjadi penasihat kepada SPR dalam proses persempadanan semula itu.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya dicadangkan oleh SPR tahun lalu dikecam Barisan Nasional (BN) dan pemimpin pembangkang kerana ia dilihat tidak adil.
Sesetengah wakil rakyat berkata persempadanan akan mewujudkan lebih banyak kawasan majoriti Melayu, sementara yang lain pula berkata kawasan mereka akan dikecilkan.

Kerajaan tidak ambil alih hutang 1MDB, kata Menteri Umnoi

1MDB syarikat pelaburan kedua negara yang dirundung pelbagai masalah.1MDB syarikat pelaburan kedua negara yang dirundung pelbagai masalah.
Pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) tidak akan mengambil alih hutang-hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Malah, katanya, Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah menjelaskan bahawa hutang-hutang yang kekal dalam lembaran imbangan 1MDB adalah sukuk RM5 bilion, bon US$3.0 bilion serta bon International Petroleum Investment Co (IPIC) sebanyak US$3.5 bilion.
Pembayaran hutang-hutang itu akan dibuat menerusi aliran tunai seperti mana dinyatakan dalam Laporan PAC berkenaan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bertulis bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengenai 1MDB.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen kelmarin, Pua mendakwa Putrajaya telah 'menyelamatkan' 1MDB dengan mengambil alih hutang bernilai lebih RM3.2 bilion.
Johari menjelaskan, walaupun MKD tidak akan mengambil alih hutang-hutang 1MDB, asas surat sokongan dan jaminan kerajaan masih kekal, sebagaimana dijelaskan Laporan PAC berkenaan.
Menurutnya, wujud perbezaan ketara antara hutang-hutang 1MDB yang tidak akan diambilalih oleh MKD serta hutang operasi syarikat projek Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) dan TRX City Sdn Bhd (TRXC).
Tegasnya, hutang operasi syarikat BMSB dan TRCX adalah sebahagian daripada aset serta liabiliti yang akan dibayar daripada aliran tunai projek itu.
Sambil menyuarakan kekesalannya terhadap dakwaan itu, Johari berkata Pua yang juga anggota PAC, bertindak memberi gambaran salah mengenai fakta sebenar dan mahu mengelirukan orang ramai biarpun hakikatnya perkara itu adalah "jelas, mudah dan dijelaskan secara umum," sepertimana dibuktikan dalam muka surat 81 Laporan PAC mengenai 1MDB.
Menurut Johari, tanah-tanah (projek) TRX dan Bandar Malaysia adalah milik asal kerajaan yang kemudiannya memutuskan untuk menjualnya pada 2010 dan 2013, masing-masing kepada 1MDB yang juga syarikat pegangan 100 peratus milik MKD.
1MDB pula bertindak memiliki tanah itu menerusi pegangan ekuiti 100 peratus dalam dua anak syarikat, TRXC dan BMSB, katanya.
"Berdasarkan transaksi itu, jelas sekali bahawa pemilikan kerajaan terhadap tanah-tanah itu berpindah daripada langsung kepada tidak langsung, menerusi MKD dengan pemilik mutlaknya adalah 1MDB dan anak-anak syarikatnya," katanya.
Menurut Johari, walaupun tanah Bandar Malaysia dijual pada jumlah nominal kepada BMSB, wujud tanggungjawab untuk membina dan menaik taraf enam pangkalan Tentera Udara DIraja Malaysia (TUDM) dan dua pangkalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kos pembangunan berjumlah RM2.7 bilion dan 1MDB telah menyumbang sebanyak RM1.6 bilion.
"Walaupun tanah TRX itu dijual pada jumlah nominal kepada TRX, ada tanggungjawab untuk membina infrastruktur tidak hanya dalam TRX tetapi juga kawasan sekitar, termasuk sebuah terowong di bawah Jalan Tun Razak pada jumlah keseluruhan kira-kira RM3 bilion," katanya.

Bersatu mungkin guna plan B

Bersatu mungkin guna plan B
KOTA BHARU - Parti Bersatu tidak menolak kemungkinan saingan tiga penjuru berlaku jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara dua parti itu, kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor.
Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan bukanlah satu perkara baharu, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.
"Kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan ni bukannya baharu.. tetapi saya baca kenyataan Datuk Mohd Amar seperti dia menggunakan itu sebagai alasan untuk menjauhkan Pas dari Bersatu.
"Kita pada awalnya mengharapkan dapat bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) tapi suasana sekarang ini kita terpaksa menggunakan plan 'B' iaitu lebih dari dua penjuru," katanya selepas ceramah Perdana Pakatan Harapan kelmarin.
Turut hadir Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan pemimpin tertinggi gabungan Pakatan Harapan.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang memberi gambaran awal tiada sebarang kerjasama dan perbincangan akan dilakukan dengan Bersatu selepas parti itu mengumumkan secara rasminya menyertai Pakatan Harapan.
Kamarudin berkata, walau apa pun keputusan Pas, namun Bersatu tetap meneruskan usaha kerjasama dalam blok pembangkang yang ada kini, selari dengan hasrat parti itu yang mahu bertanding di semua negeri di semenanjung Malaysia.

Apakah PRU 14 'Tsunami Mahathir', tanya pengkaji politik


Prof Agus meramalkan 'Tsunami Mahathir' dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan kelmarin.Prof Agus meramalkan 'Tsunami Mahathir' dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan kelmarin.
Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin kebelakangan ini, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof meramalkan kemungkinan berlakunya "Tsunami Mahathir" dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
Dalam satu tulisan di Facebook beliau, Agus berkata, beliau telah mengikuti tiga ceramah awal bulan ini.
Pada 3 Februari 2017, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.
Pada 13 Mac 2017, Datuk Seri Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.
Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ceramah di Cherang, Kelantan.
Orang ramai memenuhi padang bola tempat ceramah Dr Mahathir di Kelantan yang membawa andaian 'Tsunami Dr M' dalam PRU 14 nanti.Orang ramai memenuhi padang bola tempat ceramah Dr Mahathir di Kelantan yang membawa andaian 'Tsunami Dr M' dalam PRU 14 nanti."Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU 14 nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian," tulis Agus yang sebelum ini meramalkan kemungkinan kerajaan Pas Kelantan akan jatuh.
Menurut Agus, dalam PRU 1999, biarpun di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menggoncang politik Malaysia.
"Ketika itu, goncangan ini kita panggil gerakan Reformasi," katanya.
Dalam PRU 2008, DSAI yang sudah di luar penjara memimpin pakatan pembangkang dan berjaya menafikan kemenangan dua pertiga majoriti BN.
"Ketika itu, kebangkitan rakyat ini kita panggil tsunami politik," katanya lagi.
Dalam PRU 2013, BN sekali lagi gagal memenangi pilihan raya dengan dua pertiga majoriti.
"Ketika itu, kita panggil tsunami Cina," kata saintis politik itu.
Sehubungan itu, beliau membangkitkan apakah akan berlaku dalam PRU 14 nanti.
"Tsunami apa pula yang akan muncul?" katanya.
Bagi beliau, tsunami DSAI tidak mungkin dalam keadaannya sekarang (berada di penjara) kecuali mendapat pengampunan diraja.
"Maka, tokoh yang menentukan gelombang politik Malaysia seterusnya adalah di tangan tiga pemimpin ini — DS Najib Razak yang memimpin BN, Tun Dr Mahathir yang berada dalam PH (Pakatan Harapan) dan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang menerajui Pas," tulis beliau.

Politik Terengganu kembali panas, ribuan sambut kedatangan Tun Mahathir


Dr Mahathir disambut oleh orang ramai ketika datang berceramah di Ajil, Terengganu malam tadi.Dr Mahathir disambut oleh orang ramai ketika datang berceramah di Ajil, Terengganu malam tadi.

Politik Terengganu yang sejuk sejak beberapa tahun ini menjadi panas malam tadi apabila ribuan turun untuk menyertai ceramah politik yang dianjurkan oleh Bersatu di Ajil, Hulu Terengganu malam tadi.
Orang ramai memenuhi padang tempat ceramah itu bagi mengikuti ucapan para pemimpin Bersatu yang menampilkan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden Tan Sri Muhyidin Yassin.
Ini adalah program besar pertama yang dianjurkan Bersatu di Terengganu.
Orang ramai memenuhi ceramah Tun Mahathir ketika politik Terengganu sejuk dan tidak ada harapan untuk kalahkan BN.Orang ramai memenuhi ceramah Tun Mahathir ketika politik Terengganu sejuk dan tidak ada harapan untuk kalahkan BN.Ketika sampai di lapangan terbang lagi, Tun Mahathir sudah berkata, negeri Terengganu akan menjadi sasaran partinya dalam pilihan raya umum nanti.
Sehubungan dengan itu, beliau mengajak semua pemimpin Umno yang ada di negeri itu agar meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu.
"Semua bekas pemimpin Umno keluarlah dari Umno...kerana Umno telah jadi pagar yang makan padi dan dedak," kata Tun Mahathir dengan disambut tepukan gemuroh orang ramai yang hadir.
Turut bersama di pentas adalah Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Baharin Shah yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.
Muhyidin yang turut berucap di majlis itu berkata, angin perubahan makin kuat bertiup di negara ini termasuk di Terengganu.
"Ini kerana dalam keadaan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup..pemimpin Umno terus merompak dan mengadaikan harta negara.
"Ini adalah masa yang terbaik bagi ahli Umno dan penyokong BN bersama gerakan rakyat menumbangkan kerajaan yang korup dan zalim ini," kata beliau dalam majlis itu.
Sebelum menyertai ceramah itu, Muhyidin bersama timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melawat pasar malam Pak Tuyu di Kuala Nerus yang terletak di kejiranan pelbagai pusat pengajian tinggi.
Orang ramai khasnya remaja berebut-rebut untuk bergambar dengan mereka.
Orang ramai mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Muhyidin dan Mukhriz ketika mereka turun ke sebuah pasar malam di Terengganu petang semalam.Orang ramai mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Muhyidin dan Mukhriz ketika mereka turun ke sebuah pasar malam di Terengganu petang semalam.

Selepas Kelantan Tun Mahathir gempur Terengganu

Tun Mahathir disambut para pemimpin PPBM Terengganu sejurus tiba di lapangan terbang.Tun Mahathir disambut para pemimpin PPBM Terengganu sejurus tiba di lapangan terbang.
Setelah dua hari bermukim di Kelantan dengan jadual padat, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad singgah pula ke Terengganu.
Ketibaan Tun Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu disambut Ketua Bahagian PPBM  Kuala Terengganu Datuk Zul, Ketua Bahagian PPBM Hulu Terengganu Kapten (Laut) Husairi dan peneraju Armada Negeri Terengganu.
Tun Mahathir kini mensasarkan Terengganu sebagai salah satu negeri tumpuan PPBM dan Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Gerak kerja PPBM dan Pakatan Harapan di Terengganu turut dibincangkan dalam pertemuan tertutup di Kota Bharu, pagi tadi.
Tun Mahathir mensasarkan Terengganu sebagai negeri yang bakal memiliki kerajaan baru selepas PRU ke-14.
Dalam jadual lawatan beliau hari ini, pemimpin veteran berusia 92 tahun itu mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua bahagian PPBM Terengganu di rumah Datuk Razali Idris sejurus tiba di lapangan terbang.
Petang tadi, Tun Mahathir turun di pasar malam Pak Tuyu, Kuala Nerus bersama Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Malam ini, beliau menghadiri ceramah mega di Pekan Ajil, Hulu Terengganu.








PEKAN AJIL: BICARA NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR - BERANI BERUBAH - Bhg 1 & Bhg 2


Bahagian 1

Bahagian 2