Khamis, 16 Mac 2017

Tanpa sayap wanita, PPBM tiada peluang menang, kata Anina

PPBM harus jadikan BN sebagai contoh kerana mereka dapat mengekalkan kuasa tadbir negara kerana kekuatan sayap wanita mereka
anina-ppbm
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang sekiranya ia masih tidak membentuk sayap wanita, kata seorang pemimpin kanan parti itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin berkata kekuatan sesebuah parti bergantung kepada sayap wanitanya untuk berdepan dengan musuh politik terutamanya Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Sekiranya sayap srikandi wanita PPBM tidak dibentuk dengan segera, usaha parti menempuh pilihan raya boleh lumpuh.
“Jadi saya gesa sayap srikandi segera dibentuk,” Katanya kepada FMT.
Anina berkata, PPBM harus jadikan BN sebagai contoh kerana mereka dapat mengekalkan kuasa tadbir negara kerana kekuatan sayap wanita mereka.
“Kekuatan sebenar BN, khususnya Umno bukan terletak pada pemuda atau puterinya, tapi pada sayap wanita itu mereka.
“Sayap wanitalah yang memenangkan Umno memerintah Malaysia,” katanya.
Anina mahu PPBM sedar kepentingan membentuk sayap wanita untuk memperkasakan parti mereka.
Sehubungan itu, Anina mendesak PPBM supaya segera membentuk sayap wanita sebagai keutamaan berbanding isu-isu lain.

Skandal 1MDB: 'Bergantung pada Nazri sebab PM sekali mengelak' - Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar berkata pembangkang kini bergantung kepada Datuk Seri Nazri Aziz untuk menjawab isu berkaitan 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.
Ini, kata anggota parlimen Lembah Pantai, memandangkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sering mengelak menjawab dua isu itu.
“Saya jumpa Nazri semalam dan kita mahu wacana dikembangkan kerana kita lihat perdana menteri selalu mahu mengelak dari menghadiri sesi debat.
“(Oleh) kerana beliau (Najib) gagal menghadirkan diri, terpaksalah kita bergantung kepada menteri-menteri dalam kabinet perdana menteri,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri dijadual berdebat pada akhir bulan ini di kawasan diwakili Nazri, menteri pelancongan dan kebudayaan, di Padang Rengas, Perak.
Ia dianggap kubu kuat Nazri selepas beliau mewakili kawasan berkenaan sejak pilihan raya umum kesembilan pada 1995.
Perang mulut antara Nazri dan Dr Mahathir semakin panas selepas bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menjadi pengkritik keras kerajaan dan akhirnya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Dr Mahathir kini adalah pengerusi BERSATU.
Beliau sebelum ini mencabar Nazri berdebat mengenai isu 1MDB, skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang berlaku di bawah pentadbirannya dan dana RM2.6 bilion.

Nazri menerima cabaran berkenaan tanpa sebarang syarat.
Sementara itu, Nurul Izzah turut diminta mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir yang menasihati pembangkang yang tidak bergaduh sesama parti komponen sekiranya mahu menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Ia sudah disebut dalam komentar presiden (PKR). Kita akan adakan perbincangan dan alhamdulillah pertemuan baik dengan semua parti dan kita mahukan pembangkang dapat bersatu dalam menentang BN.

Lawatan Raja Salman lenyapkan tuduhan palsu sembang Najib

Perdana menteri berkata lawatan itu satu pengiktirafan, apatah lagi Malaysia menjadi negara pertama dalam siri lawatan Asia Raja Salman.
najib-king-salmanKUALA LUMPUR: Lawatan pemimpin tertinggi Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia menafikan negara berdepan pelbagai masalah dan menuju ke arah “negara gagal”, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata lawatan bersejarah itu merupakan pengiktirafan kepada Malaysia selaku negara pertama yang dikunjungi rombongan Arab Saudi dalam siri lawatan ke Asia bulan lalu.
“Jika ada pihak yang menidakkan kita, kononnya kita negara gagal dan ekonomi tidak stabil. (Sehingga) menyebabkan maklumat yang salah disampaikan kepada Arab Saudi, terutama soal Aramco.
“Ada yang kata kita tiada wang bayar gaji pegawai kerajaan, dan macam-macam (tuduhan lain). Lawatan ini melenyapkan segala tuduhan palsu yang dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN – Lenggong) yang memintanya menyatakan kesan dan kepentingan lawatan Raja Salman tempoh hari.
Memetik laporan Bernama 28 Februari lalu, sempena lawatan itu Petronas menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion, membolehkan syarikat Arab Saudi itu menguasai 50% ekuiti dalam aset kraker dan penapisan dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Sebelum itu, terdapat laporan Aramco akan menarik diri daripada melabur di sana, antaranya kerana merasakan ia tidak akan menjana keuntungan yang memadai.

Kisah pekebun sayur Melaka ditipu pemimpin politik Kelantan masuk parlimen

Sayuti Omar dedah di alam maya, MP Kota Melaka dedah di Parlimen.Sayuti Omar dedah di alam maya, MP Kota Melaka dedah di Parlimen.

Laporan polis seorang pekebun sayor dari Melaka, Bong Fook Sin, 51, bahawa beliau ditipu oleh seorang pemimpin politik dari Kelantan kini masuk ke parlimen.
Ahli parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him yang mengumumkan keluar dari DAP baru-baru ini meminta satu siasatan yang serius dibuat ke atas isu ini.
Dalam media sosial, penulis yang juga blogger Mohd Sayuti Omar adalah pihak yang memainkan isu ini sejak beberapa hari lalu melalui pendedahan sedikit demi sedikitnya.
Pada 13 Mac lepas, Sayuti menulis dalam blognya satu posting bertajuk "Nomini seorang Exco terima RM448,300 dari pekebun sayur?"
Menurut beliau, ketika itu kisah ini masih belum terbongkar lagi dan masih ramai yang tidak terperasaan walaupun ceritanya ada disiarkan dalam sebuah media arus perdana.
"Kita tidak mahu membuat tuduhan dan hanya akan cuba mengupas terhadap apa yang berlaku atau dilaporkan itu. Itu sahaja. Sekiranya kisah ini tidak benar, atau merupakan andaian atau palsu anggaplah ia sampah. Syukur Alhamdulilah," tulis beliau.
Kisahnya begini, tulis Sayuti dalam blognya itu.
"Ohya kisah ini dipadankan daripada satu laporan polis ertinya ia bukan kisah kosong sebab laporan polis dianggap dokumen yang sah. Sesiapa yang membuat laporan polis palsu ia boleh dikenakan tindakan dibawah akta tertentu. Jangan main-main.
"Laporan polis itu dibuat oleh seorang pekebun, penanam sayur dari negeri Hang Tuah Melaka. Namanya saya rahsiakan untuk keselamatan dan maruahnnya," tulis Sayuti.
Namun apa yang cuba dirahsiakan beliau kini terburai di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen yang keluar dari DAP itu mendedahkannya di parlimen dan disiarkan oleh akhbar The Star.
Dalam laporan polis itu, kata Sayuti, beliau mengadu satu kejadian semacam "sendiket" yang menawarkan tanah kepadanya untuk dijalankan perusahaan menanam sayur.
Tanah yang dijanji itu seluas 500 ekar terletak dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Daerah di mana tertegaknya tugu banjir yang menjadi kontroversi baru-baru ini kerana tapak pembinaanya menjadi pertikaian.
Kata setengah kaul tapak itu kepunyaan masjid Jauhar, setengah kaul lain kata tanah itu rezab jalan. Kedua-dua kaul itu bukan Syiah. Hehe..
Menurut laporan polis tersebut penanam sayur itu telah didatangi oleh dua lelaki berbangsa Cina.
"Namanya ada dengan saya dan saya tidak menyebutnya di sini buat sementara. Alasannya seperti tadi juga lah. Bagaimana dalam laporan akhbar nama mereka ada disebut dengan jelas," katanya lagi.
Kedua-dua lelaki itu telah menemui penanam sayur budiman itu memberi tahu dia dapat membantu untuk mendapat tanah pajakan seluas 500 ekar bagi tujuan industeri penanaman sayur di Kelantan.
Penanam sayur itu kurang mempercayai tawaran itu. Maka itu kedua lelaki itu telah "menemuikannya" dengan seorang wakil rakyat sebagai saksi atau pun gerentor, dakwa Sayuti.
Disebabkan mempercayai kepada wakil rakyat berkenaan penanam sayur itu bersetuju dengan tawaran itu dan bersetuju dengan syarat dikenakan untuk mendapatkan tanah itu.
"Syaratnya, penanam sayur itu kena bagi sekian banyak derma untuk parti agama (Pas) Kelantan bagi tujuan perbelanjaan pilihan raya.
"Syarat ini standard sahaja seperti dalam lain-lain pakej untuk menggodam duit rakyat sebelum ini; semuanya untuk tabung kebajikan atau parti," tulisnya lagi.
Menurutnya, semasa Tokguru (Nik Abdul Aziz) masih hidup dulu beliau ada bercerita kepadanya setiap orang yang datang minta kawasan balak dengannya, mengatakan atau berjanji akan menyumbangkan sedikit kepada parti. Walhasil katanya tidak ada apa," tulis Sayuti lagi.
Penanam itu bersetuju, lantas itu beliau pada bulan-bulan tahun 2012 hingga Januari 2014 telah membuat tranksaksi melalui bank kepada salah seorang lelaki itu sebanyak RM582,000.00.

Idris tak berhajat campur tangan skandal Taman Ilmu

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, menafikan akan terlibat dalam usaha memajukan semula projek Taman Ilmu di Terengganu.
Bercakap kepada media di parlimen hari ini, Idris memberitahu, projek di Besut itu tidak ada kena mengena dengan kementeriannya.
Sebaliknya, kata Idris, ia adalah projek kerajaan negeri.
“Taman Ilmu tak ada kena mengena dengan bajet kementerian (saya). Jadi apa yang (dilaporkan) oleh Malay Mail (semalam) absolutely wrong (salah sama sekali) kerana tak ada kena mengena.
“Menteri besar (Terengganu) akan diserahkan (kepada) kementerian tapi kementerian belum dapat apa-apa formal acceptance (akuan rasmi) daripada kerajaan negeri.
“Jadi kementerian tak boleh campur tangan dalam projek kerajaan negeri dan saya tak berhajat nak campur tangan dalam projek kerajaan negeri,” katanya.
Semalam Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tidak meneruskan cadangan untuk memulihkan projek Taman Ilmu yang diilhamkan ketika Idris menjadi menteri besar Terengganu.
Pada 1 Februari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan berkata, rundingan sedang dijalankan dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meneruskan projek Taman Ilmu.
Kata Ahmad Razif, projek bernilai RM300 juta yang dimulakan pada 2004 itu dijangka siap Oktober ini.
Pembangunan Taman Ilmu tergendala apabila Datuk Seri Ahmad Said - yang juga seteru Idris dalam Umno - dilantik menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Untuk rekod, Idris adalah anggota parlimen Besut.

Skandal Tanah: Exco Johor bebas tahanan reman dengan jaminan RM200k.

JOHOR BAHRU - Exco Kerajaan Johor yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal dan penyelewengan hartanah di negeri ini dibebaskan mahkamah, sebentar tadi.
Bandi Penolong pendaftar, Saba'aton Daud membenarkan, Datuk Abd Latif Bandi dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM200,000 selepas selesai menjalani tempoh tahanan reman selama seminggu bermula 10 Mac lalu.
Beliau yang merupakan Adun Endau itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.10 pagi dengan lengkap berpakaian lokap  SPRM bewarna oren sebelum dibebaskan pada 15 minit selepas itu.
Terdahulu, mahkamah sebelum ini menetapkan tahanan reman selema tujuh bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan selepas beliau ditahan di Pejabat SPRM pada 9 Mac lalu.
Abd Latiff kemudiannya di bawa keluar dari pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru sambil diiringi pegawai SPRM bersama kakak dan penyokongnya.
Berhubung siasatan itu, SPRM turut bertindak merampas wang tunai berjumlah RM41,000, 150 beg tangan pelbagai jenama dan sebuah kereta jenis Toyota Velfire hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan di kediaman exco terbabit.

CALON PRU14 : UMNO KEDAH MULA BERGADUH SESAMA SENDIRI, PARTI DILANDA RIBUT ??

‘Ribut dimusim kemarau’ itulah yang boleh digambarkan dengan keadaan politik Barisan Nasional Kedah setelah tersebar diseluruh pelosok negeri mengenai senarai Calon BN Kedah untuk PRU14.
Panas kian membara apabila dikhabarkan ramai penyokong-penyokong pemimpin yang tidak tersenarai mula meluahkan perasaan marah mereka terhadap kepimpinan BN Kedah.
Difacebook boleh cari tajuk ‘Calon BN Kedah’, pastinya anda akan menemui rintihan dan keluhan mereka.
Manakala dikampung-kampung juga telah riuh mengenai senarai calon ini yang mereka baca di akhbar tempatan….
Episod kerat mengerat, sindir menyindir sesama ahli parti mula panas terutama penyokong pemimpin yang tidak tersenarai.
Kita akan terus dipertontonkan mengenai perangai Umno yang suka boikot parti sendiri, cantas mencantas terutama ketika hampir pilihanraya….
Dibawah adalah artikel yang dikeluarkan oleh sinar harian mengenai senarai calon bn kedah..
ALOR SETAR – Senarai awal calon BN Kedah bagi PRU14 kini tersebar di laman sosial dan tular sejak kelmarin.
Senarai nama itu memaparkan 15 calon parlimen dan 36 calon bagi kerusi Dun Kedah, namun beberapa kerusi Dun masih dibiarkan kosong dengan meletakkan cadangan akan dipilih Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Kerusi Dun yang masih tidak dinamakan calon ialah Lunas, Bayu, Bakar Arang, Bukit Selambau dan Anak Bukit.
Berdasarkan kepada senarai calon itu, berlaku rombakan lebih 50 peratus bagi kerusi parlimen Kedah, di mana lapan muka baharu dipertaruhkan dengan menampilkan calon muda, di Parlimen Langkawi (Nor Saidi Nanyan), Pokok Sena (Kamarol Salleh), Alor Setar (Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa), Kuala Kedah (Dr Heazar Ismail), Sik (Datuk Mohd Tajuddin Abdullah), Merbok (Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin), Sungai Petani (Datuk Shahanim Mohd Yusoff), Kulim/Bandar Baharu (Datuk Norsabrina Mohd Noor).

Manakala muka-muka lama yang dikekalkan adalah kalangan menteri kabinet dan yang memiliki pengaruh di kawasan masing-masing.
Mereka adalah Datuk Othman Aziz (Jerlun), Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Pendang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Heng Seai Ke (Padang Serai).
Tiga anggota Exco Kedah yang di canang digugurkan sebagai calon, adalah Adun Sungai Tiang (Datuk Suraya Yaacob), Adun Jitra (Datuk Aminuddin Omar) dan Adun Tanjung Dawai (Datuk Tajul Urus Mat Zain).
Beberapa kawasan dijangka berlaku kejutan, antaranya Pokok Sena apabila nama besar seperti Datuk Ahmad Lebai Sudin digantikan dengan muka baharu, Haris Che Mat bagi Dun Bukit Lada.
Kawasan Sik menyaksikan calon sedia ada bertukar kerusi, antara Datuk Tajuddin Abdullah dengan Dr Mansor Abdul Rahman, bagi Dun Belantek.
Di Pendang, calon muka baharu yang disebut-sebut adalah, Khairul Asri Pubin bagi Sungai Tiang dan Mohamad Noor Azam Ismail (Tokai).
Beberapa kawasan lain turut menyaksikan perubahan dengan menampilkan calon lebih segar, dari kalangan Pemuda dan Puteri.
Perubahan besar ini mungkin antara strategi yang dilihat berkesan untuk pastikan BN terus kekal kuasa di Kedah, dengan ‘mencantas’ lebih awal calon-calon yang difikirkan bukan calon boleh menang.

Rosmah jadi penaung Permata kerana dia isteri PM, kata Adun DAP

Adun Damansara Utama berkata jika tidak ada individu lain lebih layak daripada Rosmah untuk jawatan itu, maka ia penghinaan besar terhadap perkhidmatan awam di Malaysia.
Yeo-Bee-Yin
PETALING JAYA: Satu-satunya sebab Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung program Permata ialah kerana beliau isteri perdana menteri, bukan sebab kelayakan akademiknya, kata Adun Damansara Utama.
Yeo Bee Yin berkata apabila pegawai khas Datuk Rizal Mansor berkata kelayakan akademik membolehkan Rosmah menjadi penaung, adakah ia bermakna tidak ada dalam kalangan penjawat awam di kementerian berkenaan yang ada kelayakan akademik.
Katanya, jika tidak ada individu lain lebih layak daripada Rosmah untuk jawatan itu, maka ia penghinaan besar terhadap perkhidmatan awam di Malaysia.
“Untuk seseorang jadi penaung Permata, tidak perlukan sangat kelayakan akademik, tetapi yang penting ialah keyakinan masyarakat terhadapnya dan kredibiliti. Rosmah tidak ada ciri itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rizal dalam mempertahankan Rosmah selepas DAP mempersoalkan kelayakan beliau menaungi Permata berkata isteri perdana menteri itu layak memegang jawatan itu kerana beliau lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi dan juga pemegang Sarjana Bidang Sosiologi.
“Pastinya kepakaran beliau dalam bidang sosiologi itu sudah menggambarkan kemampuan Rosmah untuk membawa Permata ke arah kecemerlangan,” kata Rizal.
Yeo berkata sepatutnya tidak perlu timbul persoalan siapa yang selayaknya menjadi penaung Permata kerana tidak ada keperluan sesebuah agensi kerajaan mempunyai penaung.
Katanya, negara yang mempunyai sistem pendidikan awal kanak-kanak bertaraf dunia seperti Finland, Sweden dan Singapura juga tidak ada penaung bagi program pembangunan pendidikan itu.
Yeo dalam kenyataan medianya semalam mencadangkan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak diletakkan di bawah kementerian penuh seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah kerana ada peralatan lebih lengkap dan individu berpengalaman dalam bidang itu.

Tukar mayat Jong Nam dengan 9 rakyat Malaysia di Korea Utara..??

Timbalan perdana menteri berkata Putrajaya tidak menolak kemungkinan itu pada masa ini kerana rundingan sedang dibuat dengan Pyongyang untuk membawa pulang rakyat Malaysia dengan selamat.
zahid-kim-jong-nam
KUALA LUMPUR: Ada kemungkinan Putrajaya akan menyerahkan mayat Kim Jong Nam bagi memastikan 9 rakyat Malaysia yang terperangkap di Korea Utara dapat pulang dengan selamat, lapor The Star.
Ketika ditanya akhbar itu adakah Putrajaya akan mempertimbangkan untuk menukar mayat Jong Nam demi keselamatan rakyat Malaysia di sana, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata: “Kami melihat kepada semua kemungkinan.”
Zahid berkata rundingan rasmi di bahagian ketua setiausaha bermula pada Isnin untuk pembebasan rakyat Malaysia di sana.
“Kami sedang meneliti untuk membawa mereka keluar dari Pyongyang,” katanya selepas melancarkan fasiliti baharu VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Zahid yang juga menteri dalam negeri sebelum itu memberitahu wartawan di luar Parlimen yang mayat Jong Nam, dipercayai dibunuh menerusi operasi diterajui Korea Utara, sudah diawetkan dan boleh bertahan lebih lama.
Pembunuhan itu dan cubaan Malaysia untuk menyiasat 3 warga Korea Utara yang dipercayai bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di sini, mencetuskan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.
Korea Utara melarang 3 diplomat Malaysia dan 6 ahli keluarga mereka daripada meninggalkan negara itu. Malaysia bertindak balas dengan berkata warga Korea Utara di Malaysia juga tidak dibenarkan kembali ke sana.
The Star melaporkan Zahid menolak kenyataan Korea Utara yang mayat itu bukan Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

Selepas umum sertai Pakatan, Tun Mahathir ke Kampung laut


Tun Mahathir diberikan penerangan tentang proses membuat serunding di Kg Laut.Tun Mahathir diberikan penerangan tentang proses membuat serunding di Kg Laut.
Selepas mengumumkan penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Kelantan dan berada dua hari di negeri yang diperintah oleh Pas itu.
Sebaik sampai, Tun Mahathir bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa melawat Kampung Laut, Tumpat yang terletak di seberang sungai Kelantan yang memisahkan kampung itu dengan bandar Kota Bharu.
Tun Mahathir mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Laut.Tun Mahathir mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Laut.Kampung tradisi yang terkenal dengan serunding (sambal daging) dan dodol Kelantan ini penuh meriah apabila bekas perdana menteri selama 22 tahun ini berkunjung ke kampung mereka.
Baru beberapa hari lepas Kampung Laut, yang terletak di bawah DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh MB Kelantan, bergegar sehingga ke media sosial apabila Pas cawangan kampung itu dibubarkan dalam mesyuarat agung cawangan itu.
Selepas itu, mereka menubuhkan Amanah dengan ketua cawangan Pas bersama dengan AJK dan ahlinya menyertai Amanah.
Semalam, sekali lagi Kampung Laut bergegar dan mencatat sejarah apabila Tun Mahathir melawat kampung mereka selepas mengumumkan Bersatu menyertai Pakatan Harapan.

Penyertaan Bersatu secara rasmi ke dalam Pakatan Harapan dan bakal menggunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon, seolah-olah memutuskan hubungannya bersama Pas yang memerintah negeri Kelantan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi parti itu (Bersatu), Pas menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.

YANG INI ADIL KA ??

"Tuhan perintah kita kalau jadi pemimpin, hukum dengan adil" - PM Najib Razak, 12/3/2017

YANG INI ADIL KA ??

Bagi BR1M bersyarat..
Bukan semua rakyat dapat..

TAPI cukai GST..
Semua rakyat wajib bayar..
Tanpa syarat..

KENAPA SELEPAS AS TARIK DIRI DARI TPPA, baru skrg cakap tak minat pulok?

Ketika rakyat bangkit menentang TPPA dahulu, kenapa kerajaan tidak mahu pertimbangkan tuntutan rakyat menolak TPPA ??!

Nak jadi barua & telunjuk penyokong No.1 Israel-Amerika ka !!!

"SAHABAT SEJATI ISLAM"


Sejak Bila AMENO Tak Pernah Menipu ?

Apa pertalian AMENO dgn kenceng ??

HIDUP UMNO !!!..

KENAPA syarikat gergasi negara kita PETRONAS sendiri tidak saja beli saja saham/ ambil alih syarikat penapisan tersebut ??!..

ATAU PETRONAS sendiri juga bermasalah & terima bala skrg ini ??!!

APA NAK HERAN, MACAMANA NAK BERKAT...sebabnya PETRONAS sendiri TIDAK PERNAH bayar zakat perniagaan w'pon kaut untung beratus2 bilion ringgit selama ini.

Satu persatu syarikat tempatan mahupun aset negara yg lain 'tergadai' selama Umno/Bn memerintah negara..

‘Semakin lama Najib di Putrajaya, semakin banyak jenayah’ – Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri mahu mencuri lebih banyak wang selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan sebanyak RM42 bilion lesap.
Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencecah kos jauh lebih tinggi melalui cara berhutang dengan China.
“Dia (Najib) nak curi duit lagi banyak. Dia tahu negara China kaya dengan itu dia membuat cadangan kononnya hendak bina landasan kereta api di pantai timur.
'Semakin lama Najib di Putrajaya, semakin banyak jenayah' - Tun M“Belanja yang diperlukan RM55 bilion walaupun kiraan pakar-pakar meletakkan nilai RM30 bilion,” ujar bekas Perdana Menteri selama 21 tahun itu.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Najib sudah terikat dengan kuasa besar ekonomi tersebut manakala usaha untuk melaporkan penyelewengan yang berlaku hanya akan ditangkap.
“Apabila kita hutang dengan orang, kita sebenarnya terikat dengan pihak yang memberi hutang. Sekarang ini Najib hutang lagi RM55 bilion. Dia sudah tidak bebas.
“Semakin lama Najib di situ (Putrajaya), semakin banyak jenayah akan wujud. Kalau kita lapor berkenaan kecurian, orang yang lapor itu pula ditangkap. Ini undang-undang Najib,” selarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu malam tadi.
Mengulas lanjut, Mahathir memberitahu Najib pernah dinasihatkannya supaya tidak lagi menarik sokongan rakyat dengan menggunakan wang.
“Dia (Najib) percaya wang tunai itu adalah raja. Itulah yang dia sembah dan dia percaya orang lain sembah yang dia sembah.

Salah silap Felda langsung tak boleh ditegur?

Oleh Datuk Mohd Ariff Sabri
Saya mahu beri komen sedikit mengenai bantahan Felda ke atas konvensyen Felda yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan. Bantahan tersebut dibuat oleh Ketua Eksekutif Felda – Hanapi Suhada. Kononnya, konvensyen ini mengacau keharmonian dan kebajikan warga Felda. Warga Felda akan berbalah sesama sendiri, pendapatan mereka akan diambil oleh penganjur konvensyen. Agaknya, demikianlah naratifnya.

Saya meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanapi Suhada. Tidak ada pun menyebut keberadaan Lim Kit Siang atau DAP sebagai musuh hakiki. Ini pasti tambahan dari macai pemberita dan pasukan propaganda UMNO dan kerajaan yang memerintah. Konvensyen ini dimulakan oleh beberapa ahli parlimen parti pembangkang – terdiri dari Ahli-ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Amanah dan DAP. Ia disertai juga oleh pertubuhan anak Felda – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Invoke pimpinan Rafizi Ramli. Malah Invoke dan Rafizi lah pencetus idea konvensyen ini.
Kebetulan, ANAK mempunyai lebih legitimasi dari pertubuhan yang dibentuk oleh ahli-ahli UMNO – Kami Anak Felda atau KAF. Timbalan pengerusi KAF ialah Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz, bekas EXCO negeri Pahang. Berlainan dengan ANAK, KAF lebih berbentuk organisasi di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang diketepikan berteduh dan berkelana untuk kekal relevan. Warga Felda lebih berbaloi menyertai ANAK berbanding KAF.
Saya sudah menjawab perkara-perkara kurang rasional dan berbaur perkauman oleh Datuk Mohd Sahfri. Mari kita beri beberapa instruksi kepada Hanapi Suhada pula.
Hanapi Suhada mesti sedar bahawa ahli-ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab bercakap dan membangkitkan isu-isu yang melanda institusi yang dibentuk oleh kerajaan. Secara teknikal ahli Parlimen pembangkang pun ahli kerajaan – kerajaan menanti dan akan mengganti. Di samping itu, Hanapi Suhada mesti faham konsep kerajaan yang memerintah. Secara implikasinya, yang tidak memerintah pun sebahagian daripada institusi kerajaan. Ia memberi kita hak untuk bercakap ke atas segala institusi di bawah jagaan kerajaan.
Semua institusi yang diwujudkan oleh kerajaan tertakluk kepada prinsip akauntabiliti. Semuanya menjawab kepada kerajaan yang memerintah, kerajaan yang menanti dan kepada semua anggota masyarakat yang mahu menyatakan sesuatu mengenai institusi-institusi tersebut. Mereka tidak menanti mendapat kebenaran dari Felda. Selagi Felda itu dibiayai oleh wang rakyat melalui kerajaan yang memerintah, ia tertakluk kepada prinsip akauntabiliti, atau kebertanggungjwaban. Kebertanggungjawaban kepada rakyat adalah sekatan yang mujarrab keatas perbuatan salah laku.
Felda tidak terkecuali dari prinsip akauntabiliti ini. Banyak isu yang melanda Felda kalau tidak dibangkitkan oleh parti pembangkang, akan didiamkan malah disembunyikan. Maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab parti pembangkang membawa isu Felda kepada perhatian rakyat.
Atas autoriti apa Felda mahu membantah dikritik oleh orang awam apatah lagi oleh ahli-ahli Parlimen? Jangan beritahu kita, kita tidak boleh bercakap mengenai Felda kerana Felda rasa tidak suka?
Jika demikian, tidak ada orang boleh membongkar isu 1MDB kerana 1MDB pun tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa untuk membongkar salah laku yang berlaku dalam 1MDB. Demikian juga, tidak ada orang boleh bercakap mengenai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana MAS pun tidak memberi kebenaran kepada sesiapa membongkar salah laku dalam MAS. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) pun demikian juga.
Jika Hanapi Suhada mahu tahu, pemberi kuasa kepada pembangkang untuk bercakap dan mengkritik Felda, ialah prinsip pertanggungjawaban. Prinsip ini bukan hak milik Felda.
Bagaimana kita mahu tahu jika Felda ada melakukan keburukan, rasuah, pencurian wang, jika percakapan mengenai perkara-perkara ini dihalang?

PKR mengalu-alukan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: PKR mengalu-alukan kenyataan pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan hasrat PPBM menyertai Pakatan Harapan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi dan nilai-nilai demokrasi.
"Kini Pakatan Harapan dibina bersama untuk menjadi sebuah kesatuan politik yang padu, progresif serta ampuh yang boleh membela nasib dan menegakkan hak rakyat.

"Oleh yang demikian, saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Pakatan Harapan mengenai usaha dan langkah untuk memperkukuhkan kesatuan politik ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pimpinan PPBM akan dijemput untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut

BN ‘seksa’ rakyat sejak dahulu - PAS Terengganu

Oleh SUHAIMI TAIB
BARISAN Nasional, dilihat menindas rakyat sejak merampas pemerintahan kerajaan Terengganu dari tangan PAS dalam pilihan raya umum ke-11 (PRU 11) pada tahun 2004.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Dr. Haji Alias Razak berkata, sejak itu tanah yang dianugerahkan kepada rakyat dirampas semula oleh kerajaan BN negeri berkenaan selepas mengambilalih tampuk pemerintahan dari PAS apabila memenangi PRU tersebut. Serentak itu beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan  kononnya lima tawaran awal manifesto PAS negeri itu meniru manifesto BN negeri tersebut.
“Saya tidak nampak lima tawaran manifesto PAS meniru BN, parti itu tiru PAS adalah,” katanya.
Beliau berkata demikifan ketika diwawancara dalam Segmen Bualbicara Bersama Harap TV di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di sini pada Selasa.
Dalam wawancara tersebut beliau mengupas lima tawaran awal PAS negeri itu kepada rakyat jika menang dan memerintah Terengganu semula selepas PRU 14 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Ini termasuk, pemberian satu lot tanah bergeran kekal untuk tapak rumah kepada rakyat negeri itu, mengurniakan rumah mampu milik kepada rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, khususnya kepada mereka yang sudah berkahwin, bayaran wad percuma untuk kelas ketiga di hospital kerajaan dan karnival perkahwinan kali pertama percuma kepada pengantin baru.
Dr Haji Alias berkata, BN tidak pernah menawarkan satu lot tanah bergeran kekal kepada rakyat Terengganu seperti yang ditawarkan PAS tetapi kerajaan parti itu telah merampas pemberian tanah oleh kerajaan PAS kepada rakyat negeri itu sebelum ini.
“Saya telah melantik surveyer kanan untuk mengenal pasti tanah kosong milik kerajaan, Di seluruh negeri.

Dibayangi DAP punca Bersatu tidak beri kata putus mengenai RUU 355 kata Umno


Tan Sri Annuar MusaTan Sri Annuar MusaParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum memberi kata putus sokongan terhadap usul Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kerana dipercayai ingin menjaga hubungan dalam pakatan pembangkang.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata kegagalan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian parti itu mungkin kerana dibayangi oleh keputusan pembangkang yang dikuasai oleh DAP, yang secara terang-terangan menolak RUU itu.
"Itu satu permuafakatan dalam saf pembangkang, walaupun secara individu ramai yang menyokong tapi mereka terpaksa mengikut apa yang ditentukan oleh pakatan mereka.
"Sebab itu kita dengar pemimpin PAS yang hampir separuh hayat mereka berjuang tentang perkara ini, bila bertukar parti, tidak lagi berada dalam PAS, kita tengok nada mereka pun sudah berubah walaupun menyentuh soal agama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Annuar turut menyifatkan tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang secara semberono menentang usul pindaan RUU355 itu sebagai tidak menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Menurut Annuar perkara yang menyentuh mengenai agama Islam perlu dibincangkan secara tertib oleh mana-mana kaum sebagai menghormati kedudukan agama itu.

Kit Siang jawab tiga ‘fitnah ala Nazi’ UMNO terhadap DAP

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini tampil menjelaskan tiga penipuan besar ala Nazi (“Big Nazi Lies”) dan berita palsu yang diucapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada 30 November lalu.
Tiga fitnah itu menurut Kit Siang antara lain menuduh bahawa DAP kononnya anti-Melayu dan anti-Islam; menyatakan bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan menjadi pertandingan antara DAP dan UMNO; dan kehilangan kuasa Melayu sekiranya UMNO tumbang.
“Inilah tiga ‘Big Lies’ yang sesuai dengan definisi Hitler/Goebbels bahawa jika anda memberitahu satu pembohongan cukup besar dan terus mengulanginya, orang akhirnya akan mempercayainya,” katanya dalam ucapan di Parlimen, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa PRU-14 bukanlah medan pertempuran antara UMNO dan DAP sebaliknya antara Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO dan Pakatan Harapan bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Pertempuran itu adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi dengan mempertahankan prinsip-prinsip asas Perlembagaan yang demokratik, adil serta sebuah negara yang majmuk dan bersatu,” katanya.
Malah, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, DAP bukanlah anti-Melayu atau anti-Islam dan tidak pernah menjadi parti Cina sejak penubuhannya 50 tahun yang lalu.
“Kami komited kepada prinsip dan visi sebagai sebuah parti Malaysia yang diketuai oleh rakyat Malaysia dan berkhidmat demi kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah,” katanya.
Beliau berkata, orang Melayu tidak akan berhadapan “mimpi ngeri” sekiranya UMNO hilang kuasa dalam PRU-14 akan datang.
“Kerana Najib hanyalah mahu mewujudkan ketakutan dan rasa panik di kalangan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa politik kepada orang Cina.
“Jika Najib tewas dalam PRU-14, Perdana Menteri akan kekal Melayu dan beragama Islam dan bukannya seorang bukan-Islam atau bukan-Melayu,” tegasnya.

Lupakan Hadi, mari tawan akar umbi PAS

Pemimpin DAP percaya ahli biasa PAS dan Umno tidak mahu melihat negara ini musnah.
limkitsiang-hadi-pasSUBANG JAYA: Pembangkang boleh memenangi pilihan raya umum akan datang tanpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mereka mampu menawan penyokong akar umbi PAS, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Saya fikir ahli biasa PAS, jika mereka faham isu negara, mereka tidak akan mahu melihat Malaysia hancur.
“Kita mesti capai ahli biasa PAS, tak perlu pedulikan Hadi,” katnaya pada sesi teh tarik bersama belia di sini malam tadi.
Lim juga mendakwa Hadi tidak berminat untuk membanteras rasuah, yang membuatnya tidak faham kerana tidak ada agama yang boleh bertolak ansur dengan perbuatan seperti itu.
Mereka yang pernah bersekutu, PAS dan DAP kini bermusuhan selepas tidak bersetuju dengan rancangan Hadi untuk memperkenalkan hukuman syariah lebih ketat di negara ini.
Lim berkata memenangi kawasan pilihan raya PAS ialah satu daripada 5 sasaran yang perlu dicapai pembangkang jika mahu memenangi pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata pembangkang juga perlu memenangi lebih 3.5 juta pengundi Umno.
“Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak boleh pegang pemimpin Umno di peringkat negara, negeri dan bahagian, tetapi dia tidak boleh capai 3.5 juta ahli Umno.
“Kita boleh capai mereka jika kita beri penjelasan yang di bawah pentadbiran Najib, negara akan musnah akibat kleptokrasi, GST dan rasuah,” katanya.

KERJASAMA DENGAN PPBM - SIAPA MOHD AMAR BUAT KEPUTUSAN UNTUK PAS?


Suara siapa jadi penentu dalam PAS ketika ini?
PAS sudah bagaikan tiada nakhoda apabila ramai yang berebut-rebut untuk membuat ulasan dalam konteks kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Apakah nakhoda kapal PAS – Datuk Seri Abdul Hadi Awang – kini tidak ada lagi kuasa untuk mengemudikan partinya?
Atau beliau lebih pening memikirkan soal RUU 355 dan saman RM90 juta terhadap Sarawak Report berbanding isu kerjasama dengan PPBM dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN) khususnya di Kelantan dan Terengganu?
Apakah kapal PAS kini benar-benar terumbang ambing di lautan dan hanya menunggu masa untuk tenggelam? 
Reaksi spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam menggambarkan suasana ini.
Mohd Amar dilihat memotong kuasa Hadi apabila memberikan reaksi cepat mengenai kenyataan PPBM sebelumnya.
Kenapa wujud kegairahan sedemikian? Bolehkah kenyataan Mohd Amar menggambarkan akan tertutup sama sekali pintu rundingan ke arah kerjasama PAS-PPBM yang diusahakan sebelum ini?
Mohd Amar ‘melompat sepantas kilat’ terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hasrat PPBM akan menyertai PH.

Mohd Amar menegaskan PAS tidak lagi berminat berada sepentas dengan PPBM.
Anehnya, Mohd  Amar hanya Naib Presiden dan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Namun beliau  membuat keputusan rasmi itu seolah-olah mempunyai kata pemutus apabila mengatakan PAS tidak lagi ada hubungan dengan parti berkenaan.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai PH,” katanya seperti dilapor Harakahdaily semalam.
‘Kelancangan’ Mohd Amar dibuat pada ketika PPBM dalam keadaan bakal mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai PH dengan harapan ada beberapa aspek perlu diubah suai, termasuk nama pakatan itu serta logo.
Tindakan Mohd Amar kini menyerlahkan lagi betapa PAS menegaskan pendiriannya untuk tidak akan bekerjasama sama sekali dengan DAP dan AMANAH.
Persoalannya apakah Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju dengan pendirian Mohd Amar bahawa PAS beranggapan tidak perlu lagi ada sebarang perbincangan untuk bersama-sama menghadapi pilihan raya diadakan di antara parti berkenaan dengan PPBM?

Apa pendirian pemimpin PAS lain dalam isu ini?
Apakah Hadi akan akur dengan kenyataan Mohd Amar ini yang menggambarkan mana-mana pemimpin PAS kini boleh membuat kenyataan apa sahaja, walaupun ia menampakkan ciri-ciri kenegerian yang amat sangat.

Ceramah PH di Kota Bharu semalam.
Apakah Mohd Amar membuat kenyataan itu berasaskan kepentingan kerjasama PAS dengan PPBM umpamanya di Terengganu dan Selangor?

Apakah Mohd Amar hanya menunjukkan kebimbangannya yang amat sangat mengenai kedudukan PAS dalam kerajaan Kelantan yang disifatkan dalam keadaan ‘ telur di hujung tanduk’ akibat asakan UMNO Kelantan dan AMANAH?
Mohd Amar merajuk kerana melihat PPBM kini mesra dengan ‘musuh no 1’ PAS iaitu AMANAH di Kelantan yang dilihat sangat bertenaga melalui kepimpinan Datuk Husam Musa?
Bagaimana pula di Terengganu? Apakah PAS boleh bersendirian untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN)?

KOTA BHARU:Saifuddin Nasution-Selamatkan Malaysia Daripada Najib Razak

Bersatu, Pakatan Harapan lebih ‘padu’ bersama

Kesediaan parti Bersatu menyertai Pakatan Harapan dilihat akan menjadi sebuah kesatuan politik yang padu, progresif serta ampuh yang boleh membela nasib dan menegakkan hak rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan tidak lama lagi akan memperkukuh kesatuan politik yang sedia ada.
Wan Azizah “Ini amat penting bukan sahaja demi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tetapi juga dalam usaha membina Malaysia baru yang kita impikan bersama.
“Saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Pakatan Harapan mengenai usaha dan langkah untuk memperkukuhkan kesatuan politik ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, dalam pertemuan itu nanti, pimpinan utama Bersatu turut akan di undang untuk duduk bersama dan membincangkan strategi kesatuan politik yang akan menjayakan usaha menyelamatkan Malaysia dari rejim kleptokrasi yang ada sekarang.
“Kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi dan nilai-nilai demokrasi. Perjuangan reformasi demi menyelamatkan Malaysia adalah perjuangan Pakatan Harapan.
“Nilai-nilai demokrasi dan permuafakatan adalah nilai yang diangkat dan dipegang teguh oleh Pakatan Harapan,” ujarnya.
Tambahnya, dengan pelbagai pengalaman dilalui bersama di dalam perjalanan permuafakatan politik parti-parti pembangkang, banyak kejayaan telah diraih.

LUPAKAN SAJA HASRAT MAHU TUBUH PARTI BARU.....

Kedua-dua mereka ini, Ezam Mohd Nor dan Khairuddin Abu Hassan pernah menyertai Bersatu sebelum ini, tetapi tidak lama kemudian bertindak keluar daripada parti itu.

Ezam memberi alasan berbuat demikian kerana ingin menumpukan kepada NGO anti rasuah yang sedang diterajuinya iaitu Hisbah Centre For Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Khairuddin pula memberi alasan kerana ingin menumpukan perhatian menyelesaikan beberapa kes mahkamah yang melibatkan dirinya dan tidak mahu kes-kes itu menjejaskan nama baik Bersatu jika dibicarakan nanti.

Okay, kita memang menghormati dan mengkagumi pendirian mereka itu. Nampak macam ada pendirian dan begitu mementingkan kewibawaan.
Alih-alih kini dikhabarkan kedua-duanya sedang merancang untuk menubuhkan sebuah parti baru dan mahu bertanding dalam pilihanraya akan datang ini.

Ezam dilaporkan mahu bertanding di Pekan, Pahang yang kini diwakili oleh Najib Razak, sementara Khairuddin menyasarkan mahu bertanding di Titiwangsa yang sekarang Ahli Parlimennya adalah Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Kedua.

Apa cerita ni beb, belum pun parti lulus lagi tapi siang-siang dah berani sebut kawasan mana mahu bertanding?

Apa agenda sebenarnya ni?

Kepada Ezam, kenapa sekarang mahu tubuh parti baru dan bertanding dalam pilihanraya sedangkan sebelum ini keluar Bersatu kerana ingin menumpukan kepada agenda melawan rasuah?

Sudah selesaikan agenda memerangi rasuah bersama Hisbah?

Begitu juga kepada Khairuddin, sudah selesaikah segala kes-kes yang sedang dihadapi di mahkamah, maka tiba-tiba mahu menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihanraya?

Usul Hadi: Ahli Parlimen Sarawak ikut arahan ketua menteri

Jika pimpinan BN Sarawak kata tak sokong, kita akan tolak rang undang-undang itu, kata Wan Junaidi.
wan-junaidi-syariahcourt1KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Sarawak akan menyokong usul Hadi jika ketua menteri baharu menyokong cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 itu.
“Kalau pimpinan BN Sarawak kata tak sokong, kita akan tolak rang undang-undang itu,” kata Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar (BN-Santubong) kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
“Kalau mereka kata sokong, kita semua akan sokong rang undang-undang itu.”
Beliau ditanya apakah ahli Parlimen Sarawak sudah membuat pendirian mengenai Akta 355, terutamanya ketua menteri terdahulu, Tan Sri Adenan Satem, mengambil pendirian menolak.
Wan Junaidi berkata pendirian mereka terletak pada ketua menteri baharu.
“Memandangkan kita ada ketua menteri baharu, saya yakin beliau sudah berbincang dengan perdana menteri,” katanya.
“Pendirian kita berdasarkan kepada pendirian di Sarawak.”
Datuk Abang Johari Abang Openg menggantikan Adenan, yang meninggal dunia Januari tahun lepas, sebagai ketua menteri.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada Mei 2016, selepas kerajaan membenarkan rang undang-undang persendiriannya didahulukan daripada RUU kerajaan.
Bagaimanapun, Hadi menangguhkan perbahasan rang undang-undang tersebut, dan membentangkan versi baharu pada November tahun lepas selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat.
Usul Hadi perkara ke-7 dalam aturan urusan mesyuarat kali ini.

'Najib mahu curi duit lagi banyak' - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri mahu mencuri lebih banyak wang selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan sebanyak RM42 bilion lesap.
Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencecah kos jauh lebih tinggi melalui cara berhutang dengan China.
"Dia (Najib) nak curi duit lagi banyak. Dia tahu negara China kaya dengan itu dia membuat cadangan kononnya hendak bina landasan kereta api di pantai timur.
"Belanja yang diperlukan RM55 bilion walaupun kiraan pakar-pakar meletakkan nilai RM30 bilion," ujar bekas Perdana Menteri selama 21 tahun itu.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Najib sudah terikat dengan kuasa besar ekonomi tersebut manakala usaha untuk melaporkan penyelewengan yang berlaku hanya akan ditangkap.
"Apabila kita hutang dengan orang, kita sebenarnya terikat dengan pihak yang memberi hutang. Sekarang ini Najib hutang lagi RM55 bilion. Dia sudah tidak bebas.
"Semakin lama Najib di situ (Putrajaya), semakin banyak jenayah akan wujud. Kalau kita lapor berkenaan kecurian, orang yang lapor itu pula ditangkap. Ini undang-undang Najib," selarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu malam tadi.
Mengulas lanjut, Mahathir memberitahu Najib pernah dinasihatkannya supaya tidak lagi menarik sokongan rakyat dengan menggunakan wang.
"Dia (Najib) percaya wang tunai itu adalah raja. Itulah yang dia sembah dan dia percaya orang lain sembah yang dia sembah.
"Dia nak curi duit. Kita tahu RM42 bilion hilang. RM2.6 pula bilion masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib. Perdana Menteri mencuri. Apabila sampai ke tahap itu, saya tidak boleh bersama Najib," ujarnya.

Tun M: Kalau Pas tidak mahu, biaq pi laa....

KOTA BHARU - Bersatu tetap membuka pintu kepada Pas untuk bekerjasama walaupun parti itu sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Pakatan Harapan.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan sudah berada dalam sistem politik negara dan Bersatu hanya menyertai untuk melengkapi blok pembangkang itu.
"Pakatan Harapan sudah ada, kita sekarang bersetuju bersatu dengan menyertai pakatan supaya kita menjadi satu posisi yang sama.
"Kalau dia (Pas) tidak mahu, saya tidak boleh kata apa, bagaimanapun pintu kita terbuka, bukan sahaja Pas, mana-mana parti yang nak masuk pun boleh," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu hari ini sebelum mengadakan ceramah Perdana Pakatan Harapan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar yang menjelaskan pintu rundingan Pas dan Bersatu sudah tertutup apabila parti itu mengesahkan menyertai Pakatan Harapan.
Dalam pada itu ditanya kenyataan Mohd Amar yang menyatakan parti itu tidak lagi bersama Bersatu dalam pentas ceramah, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menyerahkan kepada Pas untuk membuat keputusan.
"Kalau Pas nak (sepentas)  tak apa, tetapi kalau dia tidak nak pun saya tidak kisah," katanya.

UMNO FELDA dalam RADAR BERSATU!!! Saifuddin DEDAH Perbualan TERBARU Perancangan Mahathir & Anwar!

KOTA BHARU: Tun Mahathir-Selamatkan Malaysia Daripada Najib Razak

CERAMAH PAKATAN HARAPAN - KOTA BHARU, KELANTAN