Rabu, 15 Mac 2017

AMANAH TUDUH MENTERI PERTAHANAN BERBOHONG TENTANG SERANGAN KEATAS YAMAN...! ! !

Datuk Onn Jaafar mendahului zaman, sama seperti DAP dan Lim Kit Siang

Parlimen - Bahas Titah DiRaja - MP BN Setiu Vs MP PKR Pandan

Parlimen - Bahas Titah DiRaja - MP AMANAH Kuala Terengganu

Parlimen - Bahas Titah DiRaja - MP PBBM Pagoh

Amanah gesa MB Johor perjelas isu dokumen hilang

Kenyataan Hj Hadi Bukti Kerjasama PAS-UMNO

PAS tutup pintu rundingan dengan PPBM

'Logo, nama baharu Pakatan Harapan bincang nanti' - Salahuddin Ayub

Perbahasan dengan Nazri berbentuk wacana: Tun Mahathir

Hishammuddin jawab Mujahid, ATM tidak terlibat perang di Yemen

Perang Yaman: Mujahid kecewa Hishammuddin tidak jawab soalan di Parlimen

Perang Yaman: Mujahid putar belit fakta, kata Hishammuddin

AMANAH gesa IGP siasat dakwaan syarikat jual senjata haram Korea Utara

AMANAH berbesar hati hasrat BERSATU sertai Pakatan Harapan - Salahuddin

Kit Siang gesa Hadi 'lebih matang', tak sokong bukan bererti 'anti-Islam'

Pembangkang 'dengki' dengan Najib, kata Azeez Rahim

Usah berbelanja besar selamatkan Taman Ilmu - Rafizi Ramli

MP dakwa Putrajaya selamatkan hutang RM3.2b 1MDB

Annuar tidak 'dipecat' cuma 'direhatkan' dari MARA

"Apakah kita kini dijajah oleh Jepun," soal Annuar

Rafizi 'tak puas hati' MP UMNO@BN tak beri peluang mencelah

MENGHALAL YANG HARAM – TUN MAHATHIR


1.Cash is King atau Wang Tunai itu Raja bermakna kepercayaan bahawa sogokan wang; rasuah boleh menjayakan apa sahaja.
2.Inilah yang dipercayai oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya dia boleh berjaya melalui rasuah.
3.Ternampak ramai juga dari pemegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Malaysia sekarang yang percaya Cash is King. Sebab itu kita lihat sekarang bukan sahaja rasuah melibatkan ramai pegawai tinggi Kerajaan tetapi jumlah wang yang mereka kumpul juga amat besar; berpuluh bahkan beratus juta Ringgit. Cara hidup mereka juga mewah luar biasa.
4.Kesannya ialah peningkatan kos segala-galanya, hasil kerja berkualiti rendah dengan harga yang lebih tinggi kerana pemberi rasuah cuba mendapat balik wang yang dihulur untuk kelulusan dari pegawai.
5.Ramai pemimpin politik Kerajaan sudah menjadi begitu kaya kerana rasuah. Tidak ada segan silu lagi apabila menunjuk stail cara hidup mewah yang melebihi pendapatan yang halal. Jika orang ramai lihat perbelanjaan perkahwinan anak yang menelan berjuta ringgit, pemilikan rumah seperti mahligai, kereta mewah dan lain-lain, itu okay. Apa yang mereka boleh buat. Aku kebal, kata perasuah.
4.Jika pemimpin tertinggi jelas menerima rasuah dan percaya cash is king, kenapa mereka yang berada di bawah pemimpin perasuah ini tidak boleh terima bahagian mereka. Maka bertimbun-timbunlah kes rasuah yang dikesan oleh badan pencegah rasuah. Dan masyarakat pun tidak lagi hairan melihat kes-kes ini. Dia sudah jadi perkara biasa!
5.Jika dunia mendakwa negara Malaysia tinggi indeks korupsinya, itu pun okay. Apa yang mereka boleh buat. Kita ada kawan yang tidak peduli indeks apa pun.
6.Budaya masyarakat sudah berubah dan menerima Cash is King sebagai sebahagian dari budaya kita. Untuk apa sahaja, sogokan perlu diberi dengan wang rasuah yang meningkat. Dan kos sara hidup meningkat. Pembangunan pun tersekat, khidmat pun terlewat.
7.Apabila datang seorang menghulur duit untuk mendapat khidmat yang percuma, percayalah tujuannya ialah untuk membolehkannya kuasa dan peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Yang menerima sogokan akan menjadi rakan dalam jenayah yang akan dilakukan.
8.Demikian undi dalam PRU adalah percuma. Tidak ada bayaran apa-apa yang diperlukan. Jika sesiapa menghulur duit untuk mendapat undi, sebabnya tentulah kerana mempunyai niat yang tidak baik jika menang.
9.Perlakuan yang tidak baik oleh pemenang melalui rasuah tetap akan membawa kerosakan yang akhirnya akan dirasai oleh pengundi itu sendiri. Lebih dari itu jika pemenang mendiri Kerajaan, maka kuasa dan kewangan Kerajaan tetap akan disalahgunakan. Jika perlakuan sekarang dijadikan contoh, pencurian duit Kerajaan juga boleh berlaku.
10.Kenapa tidak. Untuk terus berkuasa sogokan perlu diberi lagi. Penipuan, pencurian mesti dilakukan lagi. Dengan menyalahguna wang Kerajaan, pentadbiran akan menghadapi masalah kewangan. Akhirnya negara akan jadi bankrap. Dengan ini rakyat, termasuk mereka yang menerima sogokan akan menderita.

Annuar: Tahniah Kit Siang, 50 tahun setanding Mugabe, Saddam

Sesi petang Dewan Rakyat kecoh apabila Annuar Musa sindir Lim Kit Siang, mengatakan pemimpin DAP itu bertahan 50 tahun dalam politik dengan hanya "retorik"
annuarmusa-limkitsiangKUALA LUMPUR: Selepas pertelingkahan sesi pagi, sesi petang Dewan Rakyat hangat lagi apabila Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) menyerang tokoh veteran DAP Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah).
Kit Siang yang berbahas sebelum Annuar menumpukan ucapannya berhubung “Malaysian Official 1”, isu derma RM2.6 bilion dan tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) berkaitan 1MDB.
Apabila tiba gilirannya, Annuar membuka ucapan dengan secara sinis mengucapkan tahniah kepada Kit Siang kerana bertahan lama dalam politik, setanding diktator Zimbabwe Presiden Robert Mugabe dan diktator Iraq Presiden Saddam Hussein.
“Gelang Patah 50 tahun dengan retorik politik, tahniah saya ucapkan,” katanya.
Tindakan Annuar menghalang Kit Siang mencelah menyebabkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengecamnya sebagai “pengecut” dan “pondan”.
Annuar memetik kata-kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada era 1990-an, yang menyifatkan Kit Siang sebagai “rasis”.
Teo Kok Seong (DAP-Rasah) kemudian bangun dan mendesak Annuar menarik balik kenyataan itu.
“Tun Mahathir yang kata, bodoh punya Rasah,” jawab Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) mencelah.
“Saya ulang kata-kata Dr Mahathir dan saya berpendapat dalam banyak perkara, masyarakat merasakan soal hal ehwal Islam tidak disokong Yang Berhormat (Lim Kit Siang),” kata Annuar lagi.
Meneruskan ucapannya, Annuar menempelak pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaburan China kerana tidak senang melihat negara menerima manfaat daripadanya.
“Apabila negara asing datang melabur, timbul cakap-cakap kita nak jual negara. Dahulu Malaysia antara penerima besar program Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) oleh Jepun, adakah kita dijajah mereka?”
Memetik laporan Bernama, Jepun antara negara pelabur utama di Malaysia sejak 1980an. Setakat 2015 sahaja, sejumlah 2,602 projek perusahaan dijalankan dengan penglibatan syarikat Jepun dengan nilai pelaburan RM85 bilion dan 342,837 peluang pekerjaan.

'Cerita' PAS, BERSATU selesai

Umpama kasih beralih arah, lalu PAS bagaikan tidak mungkin berpaling lagi.
Ekoran pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa partinya akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN), PAS menegaskan tidak lagi berminat berada sepentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata jika BERSATU sudah membuat keputusan rasmi, PAS menganggap mereka tidak lagi ada hubungan dengan parti berkenaan.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya dilapor Harakahdaily hari ini.
Mohd Amar yang juga naib presiden PAS ditemui media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan.
Semalam Malaysiakini melaporkan, BERSATU bakal mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai HARAPAN.
Mengumumkan perkara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU berkata, pihaknya berharap ada beberapa aspek perlu diubah suai, termasuk nama pakatan itu serta logo.
Masing-masing ada pendirian
Menurut Dr Mahahir, pemimpin HARAPAN sudah mengetahui niat BERSATU mahu menyertai gabungan berkenaan.
HARAPAN dibentuk oleh gabungan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sebelum ini PAS menyatakan pendirian mereka untuk tidak akan bekerjasama sama sekali dengan DAP dan AMANAH.
Justeru, kata Mohd Amar, PAS beranggapan tidak perlu lagi ada sebarang perbincangan untuk bersama-sama menghadapi pilihan raya diadakan di antara parti berkenaan dengan BERSATU.
"Ia dianggap sudah selesai,” katanya.

BN menang sebab pembangkang tak bersatu - Tun M

BN menang sebab pembangkang tak bersatu
Tiga dari kiri, Tun M; Mohamad Sabu, Anthony Loke ketika menghadiri Bicara Desa di Felda Jelai, malam tadi.
GEMAS – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan BN berjaya memenangi setiap pilihanraya sehingga membentuk sebuah kerajaan disebabkan pihak pembangkang tidak pernah bersatu.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, parti pembangkang berlawan dengan BN dalam setiap pilihanraya sebagai parti masing-masing, menggunakan simbol masing-masing dan tidak mempunyai perpaduan yang rapat antara mereka.
“Saya fikir kalau kita boleh ada satu pakatan, satu gabungan yang kuat, maka bolehlah kita lawan dengan BN dengan harapan kita akan menang. Ini bukan mudah, mereka  (pembangkang) tak begitu terima saya sebagai pemimpin kerana saya daripada parti kerajaan yang kerap masukkan mereka dalam tahanan.
“Tapi yang peliknya apabila saya bercakap berkenaan Deklarasi Rakyat, mereka (pembangkang) menunjukkan minat untuk bekerjasama. Saya amat menghargainya, selepas saya buat u-turn saya bersama mereka (pembangkang),” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 tetamu yang hadir sempena Bicara Desa bersamanya di Felda Jelai, malam tadi.
Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke; Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Zulkifly Omar dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Amirudin Harun.
Mahathir berharap agar kesemua pihak pembangkang akan dapat ketepikan perbezaan pendapat antara satu sama lain kerana tidak ada satu pun parti dalam parti pembangkang yang boleh dengan sendirinya berjaya melawan BN.

Polis, SPRM digesa siasat projek Taman Ilmu yang masih terbengkalai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menyiasat mengenai projek Taman Ilmu oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang bernilai RM800 juta  didakwa pembangkang gagal disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.
Ahli Parlimen pembangkang dalam satu kenyataan bersama diwakili Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan Ahli Parlimen Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi.
"Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi meneliti kembali projek Taman Ilmu.
" Memohon siasatan dijalankan bagi mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk pembinaan Taman Ilmu ini serta jumlah kerosakan yang terpaksa ditanggung.
" Memohon siasatan dijalankan bagi mendapat pengesahan adakah terdapat unsur-unsur pecah amanah didalam urusan pemberian tender pembinaan Taman Ilmu ini," ujar kenyataan itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi serta kerajaan negeri Terengganu turut digesa mengambil langkah segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, dan pembaziran berterusan wang rakyat Terengganu serta mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab.
"Pihak kami telah menerima satu dokumen lengkap mengenai Projek Taman Ilmu di Tembila, Besut Terengganu.
Lakaran projek menunjukkan kawasan seluas 770 ekar untuk bina Taman Ilmu di Besut.Lakaran projek menunjukkan kawasan seluas 770 ekar untuk bina Taman Ilmu di Besut.
"Projek yang menelan belanja hampir RM800 juta itu mula dibangunkan pada tahun 2004 ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi meralisasikan hasrat meletakan enam buah institut pengajian tinggi (IPT) setempat.
"Perlaksanaan projek ini adalah di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan melibatkan kawasan seluas 770 ekar di mukim Temila Besut.
"Sejak dari mula pembinaan, projek Taman Ilmu ini telah beberapa kali terbantut perlaksanaaannya dan berada dalam keadaan yang sangat terbiar dan tidak menentu.
"Pada tahun 2012 projek ini disambung kembali dan sebahagian dari bangunan utama Taman Ilmu ini telah hampir siap dibina. Namun hingga hari ini tiada sebarang perlaksanaan atau pengambilan pelajar dibuat dan tiada pemakluman status terkini Taman ilmu ini.



"Paling mengejutkan kami adalah kedudukan terkini (Januari 2017) nasib Projek Taman Ilmu ini.
"Kami mendapat dokumen serta gambar-gambar kerosakan teruk yang berlaku kepada sebahagian besar bangunan-bangunan yang baru siap dibina di Taman ilmu ini."

13 tahun berlalu, mana Taman Ilmu di Terengganu, soal Rafizi

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pembinaan pusat pendidikan tinggi itu sepatutnya siap pada Mac 2009.
rafizi-tmn
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan perkembangan projek berusia 13 tahun di Terengganu yang dinamakan Taman Ilmu.
Rafizi berkata, projek yang diilhamkan pada era pentadbiran bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh itu melakukan upacara pecah tanah pada 2004 dan sepatutnya siap pada Mac 2009.
“Semakan saya menunjukkan setakat 1 Februari 2017, projek ini belum disiapkan seperti yang diakui Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,” katanya dalam satu kenyataan bersama Pakatan Harapan yang diedarkan di pusat media Dewan Rakyat hari ini.
Pada 2 Februari lalu, Razif dilaporkan berkata, projek itu dalam fasa terakhir dan ia dijangka memulakan operasi pada Oktober ini.
Bagaimanapun, Rafizi mendakwa semakan yang dilakukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi baru-baru ini mendapati projek itu bukan sahaja belum siap, malah terbengkalai dan banyak kelengkapan mengalami kerosakan.
Selain kerosakan dan kecurian di blok utama, katanya, bumbung dan kelengkapan di stadium, pendawaian serta kelengkapan janakuasa elektrik juga rosak sepenuhnya.
Rafizi berkata, lebih membimbangkan apabila Razif dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan Idris untuk memastikan pusat pendidikan tinggi itu dapat beroperasi.

Konvensyen warga FELDA: Permulaan sebuah pembaharuan

OLEH SYED IBRAHIM SYED NOH
Sebagaimana yang dimaklumkan lebih kurang tiga minggu lalu, satu Konvensyen Warga Felda akan diadakan pada 19 Mac 2017 di Shah Alam, Selangor.
Konvensyen yang bertemakan ‘Kelangsungan FELDA Melalui Pengupayaan & Pendidikan’ anjuran Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Pakatan Harapan.
Hari ini kami ingin memaklumkan perkembangan dan persediaan yang telah dilakukan.
Namun izinkan saya terlebih dahulu menjawab balas beberapa pandangan yang diberikan oleh pengkritik Konvensyen berkenaan.
Pertama, Pengarah Besar Felda iaitu Datuk Hanafi Suhada berkata penggunaan nama Felda boleh mengelirukan.
Sebagai mana jawapan Sdr Mazlan Aliman, lihatlah kepada inti atau substance dan bukan pada nama.
Tiada sebab Konvensyen boleh mengelirukan malah sebaliknya Konvensyen boleh memberi pencerahan utk warga peneroka dan semua pihak termasuk kerajaan, pengurusan Felda dan rakyat.
Sebab itu amat benar bahawa Felda sebenarnya milik semua dalam erti kata memastikan Felda berada di landasan yang betul.
Dalam konteks ini, Saudara Lim Kit Siang turut menyoal jika sekiranya pihak Felda dan kerajaan benar-benar prihatin akan masalah peneroka maka mereka juga patut hadir Konvensyen.
Kedua, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad berkata tujuan Konvensyen bermotif politik dan untuk menghasut serta membenci kerajaan. Malah Pengerusi Kami Anak FELDA Wilayah Kuantan menuduh Konvensyen didalangi DAP.
Kritikan begini menunjukkan sikap angkuh, sempit dan berbaur perkauman oleh kerajaan di bawah Umno BN. Bahkan lebih malang lagi ia seolah-olah memperkecilkan kebijaksanaan warga peneroka untuk menilai sendiri niat dan tujuan Konvensyen.
Bagaimanapun, saya sambut baik pandangan Timbalan Presiden PAS. Mereka alu-alukan penganjuran Konvensyen walaupun tidak akan turut serta.
Kerajaan Umno BN dan FELDA seharusnya berterima kasih dengan mana mana penganjuran yang dibuat, contohnya; Konvensyen Warga Felda ini akan melibatkan golongan profesional, pengamal undang – undang, pakar ekonomi, aktivis peneroka dan lain lain.
Antara agenda yang akan dibincangkan nanti termasuk hak peneroka, isu-isu perundangan, isu-isu tatakelola (FGV), perumahan generasi kedua, GSA, pendidikan), penceritaan permasalahan yang dihadapi oleh warga FELDA sekarang dan diakhiri dengan 10 resolusi Pakatan Harapan hasil dapatan daripada Konvensyen ini untuk FELDA.
Oleh yang demikian, Pakatan Harapan bersetuju bahawa perlu ada satu platform iaitu Konvensyen Warga FELDA.
Apa yang penting ialah suatu penyelesaian tuntas wajib dicari untuk mengembalikan Felda kepada idealisme dan tujuan asal kewujudannya.
Hadirlah ke Konvensyen Warga Felda 19 Mac 2017 (Ahad ini), bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam Selangor.

Ezam akan tubuh parti baharu?


Datuk Mohamad Ezam Mohd NorDatuk Mohamad Ezam Mohd NorBekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor merancang untuk kembali aktif dalam politik dengan menubuhkan parti baharu.
Menurut sumber yang dipetik dari portal Beritadaily semalam, menyebut sumber yang tidak dinamakan itu berkata, bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu bercadang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu khusus menentang rasuah.
Ezam juga dikatakan mahu bertanding di kawasan Parlimen Pekan kerusi yang disandang oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ezam tahun lalu telah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan alasan untuk membabitkan diri dalam NGO yang dianggotainya.
Menurut sumber itu lagi,bersama-sama dengan beberapa individu yang dinamakan  seperti Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bekas ahli Bersatu merangkap  pegawai kanan kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk sebuah parti baharu, yang akan menggunakan perjuangan untuk rasuah sebagai platformnya.
Malaysia Dateline menghubungi Ezam hari ini untuk mendapatkan kepastian tentang sumber diperoleh dan dilaporkan portal media itu.
"Maaf saya diluar kawasan. Ya ..saya sedang usahakan dengan kawan-kawan seperjuangan. InsyaAllah dalam waktu terdekat saya akan buat kenyataan mengenai hal itu, saya akan maklumkan," ujarnya menerusi whatapps kepada Malaysia Dateline.
Khairuddin hari ini turut memberikan respon sama mengenai sumber yang diperoleh media terbabit melalui satu kenyataan apabila namanya dikaitkan.

Tsunami pengundi Cina bertukar tsunami pengundi Islam..??

Oleh AZIZ MUDA
Episod drama cabar-mencabar di antara DAP, Gerakan dan MCA bagi menunjukkan siapa paling anti syariah Islam di kalangan mereka, diyakini akan menyebabkan tsunami pengundi Cina pada PRU ke-13 lalu akan bertukar ganti menjadi tsunami pengundi Islam pada PRU ke-14 nanti.


Seperti yang telah ditulis oleh seorang ahli akademik, Dr Iskandar Tan Abdullah, konspirasi seperti itu akan menjana tsunami Islam untuk memastikan pihak yang anti syariah Islam akan tersungkur dalam PRU ke-14 akan datang. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sekiranya tanggapan ramai itu tepat, konspirasi ketigatiga parti politik terbabit itu dan NGO yang terlibat sebenar nya boleh menjejaskan integrasi nasional.
Menurutnya, tindakan manamana pihak berkonspirasi untuk menghalang umat Islam di negara ini untuk memenuhi hak asasi mereka bernaung di bawah Undang-undang Syariah, hanya akan memburukkan hubungan harmoni sesama rakyat Malaysia.
Katanya, terkini, ketiga- tiga parti terbabit saling cabar mencabar menunjukkan siapa yang paling anti syariah Islam, manakala NGO tertentu pula langsung tiada toleransi terhadap usaha umat Islam untuk memperolehi hak asasi mereka bernaung di bawah Undang-undang Syariah.
“PPP melihat episod drama seperti ini memperkukuhkan lagi hipotesis umum dan boleh menjadi jawapan, benarkah selama ini DAP, Gerakan dan MCA bermain opera di belakang tabir?” katanya dalam kenyataannya kepada Harakah, 10 Mac lalu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP, Gerakan dan MCA seminggu dua ini yang mengulangi lagi episod drama cabar-mencabar sesama mereka menjelang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) persendirian meminda Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Seperti biasa, DAP memulakannya dengan mencabar menteri MCA dan Gerakan meletak jawatan, manakala pihak MCA pula mencabar DAP menyingkirkan PAS dari Kerajaan Negeri Selangor.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Mohd Zuhdi berkata, sebelum ini, orang ramai sering memperkatakan bahawa ketiga-tiga parti itu hanya bergaduh di depan khalayak, tetapi mereka di belakang sebenarnya mengatur agenda tertentu untuk kepentingan sempit parti mereka.
Golongan yang dominan untuk mengatur agenda-agenda itu, menurut beliau, bukan pimpinan politik ketiga-tiga parti itu, tetapi pihak ketiga iaitu pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan (NGOs).
Manakala ketiga-tiga parti itu pula, menurut beliau lagi, dikatakan sebagai pelaksana termasuklah berperanan sebagai golong an pendesak dan golongan yang didesak.

MENJELANG RUU 355 MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN DISOAL TAK HUKUM PEMIMPIN PAS ENGKAR BAIAH

HADI BERSUBHAT DENGAN UMNO NAK TUTUP KEMUNGKARANNYA
Seorang penyokong PAS yang terkejut dengan desakan saya supaya Presiden Pas Haji Hadi pelopori jalani hukuman sebat,telah menuduh saya rosak akidah tetapi reaksi ramai mewajarkan hukuman itu kerana Mahkamah Syariah Kelantan yang mempunyai kuasa pun tidak menjalankan hukuman baiah keatas ahlinya sebaliknya disepikan sahaja hingga ke hari ini.
Bukan kerana itu sahaja mereka mahu Haji Hadi disebat tetapi juga kerana mencemarkan pendirian Islam Pas yang berubah-ubah dari perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan kemudian sekarang mahu melindungi kegagalannya dengan pindaan Akta 355.Bacalah komen-komen di bawah ini dan juga di bawah tajuk posting terdahulu ” SEBAT DULU HAJI HADI 100 ROTAN………..”
MEMBEKUKAN AKAL FIKIRAN WARAS
Nick Bagan15 March 2017 at 05:00
Janganlah ketaksuban pada tokoh tertentu mengkaburkan pandangan mata serta membekukan akal fikiran waras kita. Berpuluh-puluh tahun mengkafirkan golongan tertentu hingga memecahbelahkan masyarakat, keluarga dan mencemarkan kemuliaan mimbar masjid2 dengan mengadakan solat berjemaah 2 imam. Kenapakah tiba2 saja “mereka” boleh pula berpakaian sedondon berpegangan tangan kononnya demi bangsa dan agama.??? Apakah akal fikiran yang waras yang diberikan kepada kita tidak dapat memikirkan ‘eh..eh.. apa dah jadi ni..?
Apakah amanat yang ditinggalkan oleh Lukman Hakim kepada anaknya? Apakah yang dipesan oleh Allah SWT kepada nabi Muhamad supaya manusia serta umatnya tidak tergolong dalam golongan yang kerugian?
Berkata Lukman Hakim…”Wahai anak-anak ku. Janganlah kamu membuat itu ini…”. Allah berfirman “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali…..”.
Kalau di dalam Al-Quran kesemua itu disebut sebagai ‘berpesan, berpesan pesan dengan kesabaran’. Di zaman ini ia perlulah difahami sebagai pendidikan, mendidik dan memberi tunjuk ajar akan baik dan buruk sesuatu perkara itu ‘dengan kesabaran’ yang membawa erti dengan penuh kelembutan dan keikhlasan. Ayat2 itu tidaklah menganjurkan kita membuat pesanan atau pendidikan secara kekerasan dengan meningkatkan hukuman bermatlamat menakutkan.
Jika benar hukuman keras yang menakutkan dapat membentuk akhlak manusia mejadi lebih baik maka tak perlulah lagi diadakan segala polis, tentera dan juga penjara didunia ini. Bukankah disetiap negara ada undang-undangnya sendiri tetapi apakah hasilnya..?
RUU355 ini bukanlah penyelesaian atau penawar kepada keruntuhan akhlak orang Islam di Malaysia. Mereka yang memperjuangkan akta ini pun tahu kebenarannya tetapi RUU355 ini hanyalah satu lagi produk yang berteraskan agama yang dicipta untuk diraih keuntungannya seperti juga produk kismis doa dan air minuman yang diperkuatkan dengan bacaan 30 juz Al-Quran.
Sekali lagi, janganlah ketabsuban kepada tokoh tertentu membekukan akal fikiran kita. RUU355 ini hanyalah satu modal politik demi survival mereka ( PAS & ditumpangi oleh UMNO ) dalam menghadapi PRU14 tidak lama lagi. Dipergunakan untuk mengalihkan perhatian orang Melayu & Islam daripada perkara lain yang lebih penting lagi demi masa depan negara ini. Tidak lebih dari itu, kerana itulah “mereka” boleh melupakan soal amanat yang mengkafirkan dahulu dan bergandingan tangan hari ini. Modal mereka adalah memanipulasikan ketabsuban pengikut mereka dengan RUU355 sebagai modal serta sedikit dedak sebagai pengerasnya… .
BAIAH PAS BUKAN CALANG -CALANG
Anonymous15 March 2017 at 01:05
Hukum Islam ada 3 ia-itu Hudud,Qisas dan Takzir. Hukum Baiah boleh diketogerikan ke dalam hukum takzir. Bekas pemimpin PAS yang telah engkar pada Baiah itu boleh disabitkan ke Mahkamah Syariah Kelantan. Baiah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu bukan calang-calang Baiah kerana disusun sedemikian rupa agar para pemimpinnya tidak melompat ke parti lain.

Beratur atau masuk akaun? Wakil rakyat gaduh fasal BR1M

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan kaedah pengagihan BR1M diputuskan menerusi mesyuarat Kabinet, bukan keputusan “bawah pokok”.
parliment_br1m_600
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung isu rakyat yang perlu beratur bagi mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ia bermula apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling) menyindir Ngeh Koo Ham (DAP – Beruas) kerana mempersoalkan keputusan kerajaan berhubung cara pengagihan terbaru BR1M ketika berbahas sebelum sidang rehat tengah hari.
“Mula-mula (pembangkang) kata BR1M rasuah, tetapi tadi Beruas cakap masukkan terus ke dalam akaun. Ini maknanya terima (program BR1M).
“Sebab jika bagi terus ke akaun, orang tidak tahu…mereka akan cakap dalam ceramah ‘kami bagi duit bantu rakyat’,” katanya.
“BR1M duit siapa? Duit rakyat atau Umno?” soal Nga Kor Ming (DAP – Taiping).
Azeez kemudian meneruskan perbahasannya berkaitan harga getah, namun sekali lagi mengundang sorakan ahli Parlimen apabila menyentuh soal BR1M.

MP dakwa Putrajaya selamatkan hutang RM3.2b 1MDB

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Putrajaya telah menyelamatkan 1MDB dengan mengambil alih hutang bernilai RM3.2 bilion daripada firma dana pelaburan negara itu.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak enggan memberi jawapan secara langsung dalam jawapan bertulis Parlimen mengenai status pinjaman RM800 juta Tun Razak Exchange (TRX) yang diambil daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan RM2.4 bilion dalam sukuk bon oleh Bandar Malaysia.
"Saya bertanya, adakah Kementerian Kewangan mengambil alih pinjaman yang berkaitan dengan aset-aset ini, termasuk RM800 juta daripada Perkeso dan RM2.4 bilion dalam bon sukuk.
"Soalan ini hanya diperlukan jawapan mudah 'ya atau tidak' dengan jumlah pinjaman yang diandaikan oleh Kementerian Kewangan, jika ada.
"Apa yang saya terima adalah cerita panjang lebar yang tidak berkaitan, cubaan jelas untuk mengelak daripada menjawab," katanya.
Menurut jawapan bertulis itu, aset 1MDB, iaitu TRX, Bandar Malaysia, tanah di Air Itam dan Pulau Indah, hendaklah diserahkan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti syor laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB .
Pua berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan itu, tetapi apabila hutang RM3.6 bilion ditimbulkan, jawapan bertulis juga bersandarkan kepada laporan PAC dengan merujuk kepada halaman 81 laporannya.
"Kenyataan di halaman 81 sebenarnya cadangan yang dikemukakan oleh 1MDB kepada PAC dan bukan cadangan oleh PAC," katanya.

Pas tidak akan sepentas dengan Bersatu

PAS tidak lagi berminat berada sepentas dengan Parti Pribumi Persatu Malaysia (Bersatu) sekiranya benar keputusan parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi parti itu, PAS menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini seperti dilapor lidah rasmi parti Harakah.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan partinya menyertai Pakatan Harapan.
“Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan Bersatu.
“Kerana itu tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia dianggap sudah selesai,” ujarnya.
Bagaimanapun Mohd Amar berkata, beliau menghormati pendirian yang dibuat parti itumenyertai Pakatan Harapan.
Menurut beliau semua pihak boleh membuat keputusan sendiri.
“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” tambahnya.
Beliau memberitahu PAS sudah membentuk blok ketiga yang dikenali Gagasan Sejahtera.
Kata beliau gerakan itu akan dilancar secara rasminya pada muktamar tahun ini.

SIASATAN SEGERA TERHADAP PROJEK TAMAN ILMU BERNILAI RM800 JUTA DI BESUT TERENGGANU – TERBENGKALAI & TERBIAR

Pihak kami telah menerima satu dokumen lengkap mengenai Projek Taman Ilmu di Tembila, Besut Terengganu.

Projek yang menelan belanja hampir RM800 juta itu mula dibangunkan pada tahun 2004 ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh. bagi meralisasikan hasrat meletakan  enam buah institut pengajian tinggi (IPT) setempat. Perlaksanaan projek ini adalah di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan melibatkan  kawasan seluas 770 ekar di mukim Temila Besut. 

Sejak dari mula pembinaan, projek Taman Ilmu ini telah beberapa kali terbantut perlaksanaaannya dan berada dalam keadaan yang sangat terbiar dan tidak menentu. Pada tahun 2012 projek ini  disambung kembali dan sebahagian dari bangunan utama Taman Ilmu ini telah hampir siap dibina. Namun hingga hari ini tiada sebarang perlaksanaan atau pengambilan pelajar dibuat dan tiada pemakluman status terkini  Taman ilmu ini.

Paling mengejutkan kami adalah kedudukan terkini (Januari 2017) nasib Projek Taman Ilmu ini. Kami mendapat dokumen serta gambar-gambar kerosakan teruk yang berlaku kepada sebahagian besar bangunan-bangunan yang baru siap dibina di Taman ilmu ini.

Di antara bangunan utama yang mengalami kerosakan yang amat teruk akibat berlakunya penyelewengan, sabotaj serta kecurian tanpa kawalan adalah;

1.    Peralatan dan kabel Sewarage Treatment Plant (STP) dan District Cooling System (DCS)
2.    Bilik-bilik dan kelengkapan asrama pelajar
3.    Komplek Pusat Pelajar
4.    Dewan konvokasyen
5.    Komplek Sukan dan Mini stadium

Kami juga dimaklumkan bahawa bangunan pentadbiran utama yang telah hampir siap di bina dengan kos RM38 juta terpaksa dirobohkan kerana didapati tidak selamat untuk diduduki.
 Kami juga telah dimaklumkan bahawa kos untuk membaik pulih segala kerosakan yang telah berlaku ini sahaja adalah dianggarkan melebihi RM230 juta. Ini merupakan suatu pembaziran berskala besar di waktu peruntukan pendidikan di seluruh negara kita terpaksa dikurangkan dengan drastiknya. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang terpaksa menanggung kos kehidupan yang kian meningkat serta tekanan  pembayaran pinjaman PTPTN yang  sangat membebankan para graduan terutama yang menggangur dan pihak  ibubapa.

Sehubungan itu, kami menggesa  tindakan segera dilakukan  sebagai butiran berikut:

Debat Tun M-Nazri: Tidak guna berdebat jika Nazri tidak wakili BN


Tony Pua Tony Pua Tiada relevan untuk Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berdebat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasiti peribadi.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Nazri merupakan menteri senior dalam kerajaan sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN) yang dijangkakan akan tampil dengan mengemukakan fakta untuk berbahas dengan Dr Mahathir.
“Mana boleh (perbahasan atas kapasiti peribadi), jadi bahas itu untuk apa? Kalau perbahasan beliau hanya peribadi dan tidak tunjuk fakta-fakta kerajaan apa gunanya? Hanya tuduhan-tuduhan liar, berikan fakta palsu… Tak boleh.
“Dan dia (Nazri) adalah menteri senior, dia bukan junior yang mewakili kerajaan Malaysia dan juga Umno,” ujarnya dalam kenyataan.
Semalam Ketua Penerangan Umno Annuar Musa menyifatkan debat yang bakal berlangsung di antara Dr Mahathir dan Nazri tidak dibincangkan di peringkat parti sebaliknya ia merupakan pendirian peribadi pemimpin parti itu.
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas baru-baru ini mengesahkan beliau bersedia berdebat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) serta persoalan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Tony sementara itu berharap agar Nazri mampu untuk merungkai persoalan mengenai wang berbilion ringgit masuk ke akaun Najib, kerana isu tersebut sehingga kini masih gagal dijawab sama ada di peringkat Umno mahupun kerajaan.
“Apa sahaja soalan yang dia jawab, dia jawab bagi pihak kerajaan BN jadi kita kena terima. Kalau dia jawab salah itu dia punya pasal bukan kita punya pasal.
“Jadi saya harap dia akan datang dengan bersedia dengan fakta yang kita minta fakta-fakta diluar dan jawab kenapa begitu besar kerugian dan dimana perginya berbilion-bilion ringgit yang telahpun diselewengkan,” ujarnya.

PROJEK HOTEL ST REGIS LANGKAWI DAN LICC: TAN SRI PETER SONDAKH SUNTIK 10% DANA UNTUK PEGANGAN 40%, RAKYAT TERDEDAH RISIKO KERUGIAN RM379 JUTA

Saya telah mendedahkan semalam bagaimana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak membelanjakan wang rakyat dalam satu projek mewah usahasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Tan Sri Peter Sondakh, sahabat beliau yang turut mengheret Felda ke kancah kemelut kewangan akibat pembelian saham-saham dari Tan Sri Peter Sondakh pada harga yang 3 kali ganda lebih tinggi.

Hari ini, saya tampilkan bukti-bukti bagaimana projek usahasama ini adalah satu projek ala Ali Baba kerana Kerajaan Malaysia yang menyuntik dana modal terbesar sehingga 90% dari jumlah dana untuk pegangan yang kecil iaitu 60%. Selain dari pegangan 40% bagi suntikan modal 10% sahaja, saya dimaklumkan oleh pemberi maklumat bahawa Tan Sri Peter Sondakh juga mendapat pendapatan melalui yuran pengurusan yang dibayar kepada syarikat beliau.

Saya sertakan dokumen-dokumen berikut: (Lampiran boleh didapati di blog saya: http://rafiziramli.com/)

1. Penyata maklumat korporat dan perbandingan kewangan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Integrated Nautical Sdn Bhd, iaitu syarikat usahasama yang ditubuhkan untuk membina dan mengendalikan Hotel St Regis Langkawi

2. Penyata maklumat korporat dan perbandingan kewangan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Garuda Suci Sdn Bhd, iaitu syarikat usahasama yang ditubuhkan untuk membina dan mengendalikan Langkawi International Convention Centre (LICC)

Dari penyata maklumat korporat dan perbandingan kewangan bagi kedua-dua syarikat ini, saya simpulkan kesemua maklumat di dalam jadual yang saya sertakan bersama untuk menunjukkan jumlah suntikan dana oleh Kerajaan Malaysia berbanding Tan Sri Peter Sondakh yang membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia telah menyuntik sebanyak RM379,238,996 bagi 60% pegangan di dalam kedua-dua projek, berbanding suntikan sebanyak RM41,803,965 oleh Tan Sri Peter Sondakh bagi 40% pegangan.

Ini bersamaan dengan nisbah suntikan sebanyak 90% oleh Kerajaan Malaysia dan 10% oleh Tan Sri Peter Sondakh, seperti yang saya dakwa di dalam Parlimen semalam.

Akibat dari susunan pegangan korporat begini, Kerajaan Malaysia terdedah kepada tanggungan hutang sebanyak RM379 juta (belum dicampur faedah dari hutang-hutang bank) sekiranya kedua-dua projek ini tidak menguntungkan.

Saya telah menyemak prestasi kedua-dua syarikat ini sejak ditubuhkan sehingga ke penyata kewangan terkini yang diaudit, yang menunjukkan kedua-dua syarikat ini menanggung kerugian semasa dan terkumpul seperti berikut:

Integrated Nautical Sdn Bhd (Hotel St Regis)
Kerugian semasa - RM3 Juta (31 Disember 2015)
Kerugian terkumpul - RM8 Juta Sejak ditubuhkan 2013

Garuda Suci Sdn Bhd (LICC)
Kerugian semasa - RM2 Juta (31 Disember 2015)
Kerugian terkumpul - RM4 Juta Sejak ditubuhkan 2013

Kedua-dua projek ini tidak pernah menunjukkan keuntungan sejak ditubuhkan 3 tahun lalu dan ada kemungkinan ia akan berterusan mengalami kerugian seperti yang telah ditunjukkan di dalam penyata perbandingan kewangan.

Pemuda Pakatan Harapan-Armada lancar jentera perangi fitnah perkauman UMNO



SHAH ALAM, 15 MAC: Sayap pemuda Pakatan Harapan dan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) Selangor dalam satu sidang media baru-baru ini melancarkan kempen bagi memerangi budaya perkauman yang semakin menular di negara ini. Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Selangor, Eric Teh Hoong Keat yang dihubungi Roketkini bagi mengulas mengenai perkara itu berkata, kempen itu dilaksanakan bagi menangkis fitnah berunsur perkauman yang sering dilemparkan unit propaganda UMNO.
“Kami (Pakatan Harapan-Bersatu) akan masuk ke kawasan kampung dan pedalaman di sekitar negeri Selangor bagi memperjelaskan kepada rakyat mengenai fitnah yang dilemparkan UMNO terhadap kami.
“UMNO menggunakan taktik kotor dengan menuduh DAP yang juga parti komponen Pakatan Harapan kononnya ingin menguasai negara, dan kononnya Lim Kit Siang ingin dijadikan perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan-Bersatu menang pilihan raya.
“Segala fitnah ini kami akan jelaskan kepada rakyat dalam kempen itu yang akan dijalankan dari sekarang sehingga tiba hari pilihan raya nanti,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media di sini semalam, Ketua Pemuda Amanah negeri, Abbas Salimmi Azmi ketika membacakan kenyataan bersama berkata, label seperti “anti-Islam”, “anti-Melayu, “pro-Yahudi” digunakan UMNO semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.
“Akibatnya, pada hari ini kita melihat banyak situasi atau insiden yang berlaku dalam masyarakat dimana warna kulit dijadikan asas menghakimi orang lain.
“Malah, tidak ganjil untuk kita melihat kanak-kanak, seawal umur persekolahan lagi, sudah pun pandai ‘mengasah’ sikap perkauman sempit ini.
“Kami di Pakatan Harapan-Bersatu, khuatir jika amalan ini tidak dibendung, ia akan membiakkan gejala ekstremisme di negara kita,” katanya.
Abbas berkata, antara sentimen perkauman yang dimainkan UMNO adalah tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya DAP akan mengambil alih negara jika Pakatan Harapan-Bersatu menangi pilihan raya.
“Pemuda Pakatan Harapan-Bersatu Negeri Selangor menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak membangkitkan sentimen perkauman.

Datuk Onn, seperti DAP, jauh mendahului zaman

Ucapan perbahasan Titah Diraja oleh Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu 15 Mac 2017.
Datuk Onn Jaafar 66 tahun mendahului zaman, DAP pula 51 tahun mendahului zaman, saya ditahan ISA sewaktu Operasi Lalang 30 tahun lalu kerana terlalu melampaui zaman – bukankah kini masanya rakyat Malaysia bersatu sebagai sebuah bangsa?
Ketika Yang di Pertuan Agong melahirkan rasa tidak senang terhadap penjawat awam yang rasuah dalam titah baginda, berapa ramai Menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang terfikir tentang “Malaysian Official 1” dan penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global?
Saya benar-benar terkejut bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim boleh memutarbelit kedudukan kedua paling teruk bagi Malaysia sepanjang 22 tahun yang lalu dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) – diletakkan kedudukan 55 dengan skor 49 daripada 100 – beliau mendakwa bahawa kedudukan Malaysia adalah “baik” dan negara ini masih dalam kumpulan yang terbaik dalam TI CPI 2016, berada dalam “kumpulan satu pertiga terbaik” daripada 176 negara yang terlibat dalam kajian ini.
Saya ingin mengingatkan Razali bahawa apabila Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-54 kepada tempat ke-53 dalam CPI TI 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) ketika itu, Datuk Seri Idris Jala begitu gembira sekali dan mengisytiharkan bahawa Pemandu mensasarkan Malaysia untuk berada dalam kedudukan 30 teratas menjelang tahun 2020.
Kini Malaysia telah jatuh ke tempat ke-55, dan sasaran Malaysia untuk berada dalam senarai 30 negara teratas dalam CPI TI dalam masa empat tahun menjelang 2020 nampaknya kian malap.
Putar belit Razali untuk menunjukkan bahawa kedudukan dan skor Malaysia dalam CPI TI yang terbaru ini sebagai “baik” bagi Malaysia adalah bukti ranap dan gagalnya harapan kerajaan untuk negara ini – dari mensasarkan untuk berada di kedudukan 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2020, sehingga berasa selesa, leka dan malah berbangga apabila negara berada di kedudukan ke-55 pada tahun 2016!
Malaysia sepatutnya menjadi antara 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2008, tetapi sepertimana kita gagal dalam Pelan Integriti Nasional bagi Malaysia untuk menjadi antara 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2008, sehingga menjunam ke kedudukan 60 dalam CPI TI bagi tahun 2011, kita nampaknya akan gagal buat kali kedua dalam mencapai kedudukan 30 negara teratas pada tahun 2020.
Sesungguhnya ini adalah kali pertama Kerajaan telah hadir ke Parlimen untuk bermegah dengan pencapaian CPI TI mereka.
Razali langsung tidak sedar tentang ulasan buruk dalam CPI TI mengenai masalah rasuah di Asia Pasifik dan Malaysia yang menyebut:
“Malaysia’s Prime Minister has long been embroiled in the 1MBD corruption scandal with an unexplainable US$700 million in his personal bank account, contributing to the country’s lacklustre score of 49 out of 100. The Prime Minister’s deficient response, and what role this will play in upcoming elections, is something to watch in 2017.”
Transparency International menggambarkan CPI Malaysia 2016 sebagai “suram” tetapi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh ke hulu-ke hilir mendakwa semuanya “baik”!
Kerajaan juga langsung tidak sedar tentang kaji selidik TI yang mendapati rakyat Malaysia dan Vietnam melihat negara masing-masing sebagai mempunyai masalah rasuah yang paling teruk.
Kaji selidik tersebut, yang dijalankan antara 15 Julai 2015 hingga Januari tahun ini, telah mendapat maklum balas daripada lebih 20,000 rakyat di 16 negara Asia Pasifik.
Soalan yang dikemukakan termasuklah jika rakyat menganggap tahap rasuah telah berubah, bagaimana kerajaan memerangi rasuah, bagaimana keadaan rasuah dalam kalangan pihak polis dan sama ada orang ramai merasa berdaya untuk memerangi rasuah.
Kaji selidik itu, yang diberi tajuk “People and Corruption: Asia Pacific”, juga bertanya kepada responden sama ada mereka sendiri telah pernah memberi rasuah.
Menurut kaji selidik itu, Malaysia dan Vietnam menunjukkan pencapaian yang paling teruk, dengan tidak ada satu pun penarafan positif terhadap soalan-soalan tersebut.
“In these countries, the governments were rated poorly in their fight against corruption, people saw widespread corruption among the police, and many thought that corruption is on the rise.
“Fifty-nine percent of Malaysians think that the corruption level has increased,” kata TI dalam laporannya.
Saya mengakui bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bergerak aktif dalam tempoh enam bulan yang lalu, (sesuatu yang bukan yang luar biasa dalam musim menunggu pilihanraya umum, kerana rakyat Malaysia masih ingat janji untuk menjerat 18 “jerung “sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2004, namun akhirnya terlepas begitu sahaja ke Laut China Selatan), dengan membuat banyak tangkapan dan mendedahkan timbunan hasil rompakan daripada dana awam, sama ada di Sabah atau Johor.
Tetapi soalan yang masih berlegar dalam fikiran rakyat Malaysia, dan khususnya perkhidmatan awam seramai 1.6 juta orang ialah: Di mana jerung-jerungnya – terutama sekali, di manakah MO1?
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Perumahan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu menentukan sama ada Akta SPRM telah dilanggar ekoran suatu laporan yang dibuat kepada SPRM terhadapnya.
Adakah Abdul Rahman telah mengambil alih SPRM dan boleh membuat keputusan akhir sama ada terdapat kes rasuah terhadapnya?
Minggu lepas, SPRM mendedahkan bahawa 54 peratus daripada penjawat awam yang didapati bersalah kerana rasuah adalah di bawah umur 40 tahun, manakala penjawat awam berusia muda lebih mudah terdedah kepada rasuah, bagi memenuhi tuntutan gaya hidup mereka.
Pegawai kerajaan yang baru berkhidmat dan kerani-kerani membeli iPhone model terbaru, memandu kereta mahal walaupun “gaya hidup mewah mereka tidak sepadan gaji mereka sebagai pegawai muda dan pembantu tadbir di bawah skala gaji kerajaan”.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki berkata 548 orang penjawat awam ditahan kerana rasuah pada Februari tahun ini sahaja.
Tahun lepas, seramai 665 penjawat awam ditahan atas kesalahan berkaitan rasuah.
Azam berkata SPRM telah menetapkan sasaran tiga tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam.
Adakah ini boleh dicapai?
Saya bersetuju dengan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, bahawa ini mustahil untuk dicapai, kecuali jika kita menjenayahkan kekayaan dan pendapatan yang tidak seimbang dan tidak boleh diperjelaskan, bukan sahaja dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik.
Saya sebenarnya telah pada awal tahun tujuh puluhan, mencadangkan di Parlimen sebuah rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda kemudian Akta Pencegahan Rasuah 1975 dan menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana pegawai awam seperti Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Menteri, Menteri-menteri Besar, ahli Exco, Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau penjawat awam yang telah mengumpulkan harta atau sumber kewangan yang tidak seimbang dengan sumber-sumber pendapatan yang diketahui, dan menyediakan kuasa bagi pelucuthakan harta itu atau nilai sumber kewangan tersebut sekirannya sumber kekayaan atau pendapatan yang tidak seimbang tersebut seperti tidak dapat dibuktikan sah.
Malaysia akan menjadi antara bukan hanya 30 negara teratas, tetapi mungkin 10 teratas dalam CPI TI tahunan sejak ia bermula pada tahun 1995 sekiranya undang-undang sedemikian telah diterima pakai sejak tahun tujuh puluhan!
Malaysia tidak akan keluar daripada perangkap kehinaan sebagai sebuah kleptokrasi global melainkan kita boleh mendamaikan momok skandal kleptokrasi pengubahan wang haram antarabangsa berbilion dolar 1MDB.
Menteri-menteri dan pemimpin UMNO telah cuba untuk mengeksploitasi lawatan empat hari Raja Salman dari Arab Saudi ke Malaysia sebagai bukti bahawa tidak ada sesuatu yang tidak betul tentang dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam 2013, dan malah mendakwa bahawa sikap berdiam diri Raja Salman adalah pengesahan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib telah datang dari dalam kalangan kerabat diraja Arab Saudi.
Tuntutan ini sudah tentu tidak masuk akal dan tidak munasabah.
Perkara yang paling penting tentang lawatan Raja Salman ke Malaysia bukanlah apa yang telah disebut atau dilakukan oleh rombongan Saudi itu, termasuk majlis menandatangani perjanjian AS$ 7 bilion (RM31 bilion) dengan Saudi Aramco untuk 50 peratus pegangan dalam projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) milik Petronas di Pengerang; bahkan sebenarnya apa yang penting ialah segala yang tidak disebut tentang ‘derma’ RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Saya tidak terkejut bahawa seorang pemimpin UMNO berkata bahawa ini adalah yang kenyataan saya yang paling “dungu” setakat ini, kerana apa sangatlah keupayaan intelek yang boleh diharapkan daripada kepimpinan UMNO apabila Menteri UMNO pun boleh memberitahu sepuluh pembohongan dalam kenyataan lima perenggan yang singkat, manakala Ketua Penerangan UMNO boleh memberitahu lebih daripada lapan penipuan dalam kenyataan ringkas yang lain, dan kedua-dua mereka tidak berani menerima cabaran saya untuk hadir ke sidang media bersama supaya saya boleh mendededahkan pembohongan mereka satu demi satu?
Pemimpin UMNO yang mendakwa lawatan Raja Salman dari Arab Saudi ke Malaysia adalah satu bentuk usaha mempertahankan nama baik Najib dalam skandal derma RM2.6 bilion memandang rendah terhadap kedua-dua Raja Salman dan rakyat Malaysia.
Mustahil Raja Arab Saudi tidak menyedari bahawa skandal derma RM2.6 bilion dan skandal RM52 bilion 1MDB adalah tumit Achilles terbesar bagi Najib. Hanya buat carian Google terhadap “1MDB” dan anda akan mendapat 3.6 juta hasil dalam 4.5 saat.
Sebab mengapa Raja Salman tidak boleh berkata bahawa RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib sebagai derma oleh pihak beliau adalah sangat mudah – Raja Arab Saudi tahu bahawa tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) untuk menyita aset terkait 1MDB bernilai AS$ 1 bilion, adalah suatu dokumen awam secara hitam putih, dan ia telah mengesan secara terperinci jejak wang ‘derma’ RM2.6 bilion ini, dan mewujudkan di luar bayangan keraguan bahawa ia bukanlah derma dari lingkaran diraja Arab Saudi.
Sebagai contoh, dalam mukasurat 6 – 8 dan Perenggan 8 – 11 daripada dokumen tindakan undang-undang DOJ setebal 126 muka surat dengan 512 perenggan bagi penyitaan sebanyak aset terkait 1MDB bernilai AS$ 1 bilion di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland, menggariskan tiga “fasa” daripada “kelakuan jenayah” pengubahan wang haram antarabangsa berbilion dolar 1MDB:
(i)              the “Good Star” phase where the “fraudulent diversion of funds from 1MDB began approximately Sept. 2009, soon after 1MDB’s creation” involving more than US$1 billion;
(ii)             the “Aabar-BVI” phase in 2012 where “1MDB officials and others misappropriated and fraudulently diverted a substantial portion of the proceeds that 1MDB raised through two separate bond offerings arranged and underwritten by Goldman Sachs International”– approximately $1.367 billion, a sum equivalent to more than forty per cent of the total net proceeds raised.
(iii)            the “Tanore” phase in   2013, where “several individuals, including 1MDB officials, diverted more than $1.26 billion out of a total of $3 billion in principal that 1MDB raised through a third bond offering arranged by Goldman in March 2013”
Mukasurat 67 saman DOJ tentang “IV. THE TANORE PHASE: MORE THAN $1.26 BILLION IS MISAPPRORIATED FROM 1MDB”, dalam “A. EXECUTIVE SUMMARY OF THE TANORE PHASE”, seperti berikut:
229. Funds transferred to the Tanore Account were distributed for the benefit of at least one public official associated with 1MDB. More particularly, very shortly after the bond offering closed, between approximately March 21, 2013 and March 25, 2013, $681,000,000 was transferred from the Tanore account to an account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1. Of this amount, approximately $620 million was returned to the Tanore Account on or about August 26, 2013.”
Kemudian kita sampai ke mukasurat 75 saman DOJ tentang “D. $681 MILLION WAS TRANSFERRED FROM THE TANORE ACCOUNT TO AN ACCOUNT BELONGING TO MALAYSIAN OFFICIAL 1”, yang menyebut:
259.Shortly after proceeds of the 2013 bond sale were diverted to the Tanore Account, $681,000,000 was sent from the Tanore Account to a bank account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1.
260. On or about March 21, 2013, Tanore transferred $620,000,000 into an account in AmBank in Malaysia, whose beneficiary was listed as “AMPRIVATE BANKING-MR.”. On or about March 25, 2013, an additional $61,000,000 was wired from the Tanore Account to the same account at AmBank, for a total of $681,000,000.
261. This account belonged to MALAYSIAN OFFICIAL 1 and is the same account that in 2011 received $20 million from the PETROSAUDI CO-FOUNDER that was traceable to the Good Star Account, as set forth in Section II.G. It is also the same account that in 2012 received at least $30 million from the Blackstone Account that was traceable to the Aabar-BVI Swiss Account and the 2012 bond proceeds, as set forth in Section III.E.3.
262. On or about August 26, 2013, $620,010,715 was wired from a different account at AmBank to the Tanore Account. This AmBank account also belonged to MALAYSIAN OFFICIAL 1, and the transfer represented funds from $681 million payments that were being returned to Tanore.”
Dua perenggan berikutnya lebih menarik lagi, iaitu:
263. The Attorney-General of Malaysia publicly stated that he conducted an inquiry into the $681 million in payments. In a press release issued on January 26, 2016, the Malaysian Attorney-General confirmed that, “the sum of USD681 was transferred into the personal account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 between 22.3.2013 and 10.04.2013,” and that, “in August 2013, a sum of USD620 million was returned by MALAYSIAN OFFICIAL 1…” The Malaysian Attorney-General ultimately characterized the payment of $681 million as a “personal donation to MALAYSIAN OFFICIAL 1 from the Saudi royal family which was given to him without consideration.”
264. Bank records associated with Tanore Account show that TAN was the beneficial owner of the Tanore account, from which the $681,000,000 payments to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1 were made, and that 1MDB OFFICER 3 was added as an authorized signor of the Tanore Account roughly one day before the first wire of $620,000,000 was sent from the Tanore Account to the account of MALAYSIAN OFFICIAL 1.”
1MDB OFFICER 3” dinyatakan dalam tuntutan mahkamah DOJ itu sebagai “seorang rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai peguam am 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan untuk tempoh sekurang-kurangnya, 2012 dan 2013” (“a Malaysian national who served as 1MDB’s general counsel and executive director of group strategy during at a minimum, 2012 and 2013”) telah dikenal pasti sebagai Jasmine Loo – yang seperti Jho Low, seorang lagi pelarian antarabangsa dari keadilan untuk kleptokrasi.
Tiada yang lebih jelas, secara hitam putih!
DOJ telah mendedahkan pembohongan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali bahawa kononnya AS$ 681 juta dalam akaun peribadi Najib adalah “derma dari keluarga diraja Arab diberikan tanpa balasan”, apabila DOJ telah mengesan secara terperinci jejak wang ‘derma’ RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur itu, dari punca akaun di mana wang AS$ 681 juta itu masuk ke akaun Najib, dan ke mana kemudiannya AS$ 621 juta telah dikembalikan.
AS$ 681 juta datang daripada akaun Tanore pada Mac 2013 dan AS$ 620 juta telah dipindahkan semula ke akaun Tanore pada bulan Ogos 2013, yang langsung tidak ada kena mengena dengan mana-mana kerabat diraja Saudi.
Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 248 (halaman 73) saman DOJ, akaun Tanore di Singapura dibuka oleh TAN (ERIC Tan Kim Loong) pada atau sekitar November 2, 2012 dan TAN pada asalnya penandatangan tunggal yang diberi kuasa.
Tanore adalah salah satu daripada pelbagai syarikat yang digunakan Jho Low untuk “rompakan abad ini” dalam skandal pengubahan wang haram antarabangsa berbilion dolar 1MDB.
Ke mana perginya wang AS$ 620 juta dalam akaun Ambank Najib di Kuala Lumpur yang telah dikembalikan kepada akaun Tanore pada bulan Ogos 2013, kerana jelas bahawa wang itu tidak kembali kepada mana-mana kerabat diraja Arab Saudi kerana ia tidak pernah berpunca dari Arab Saudi pun sebenarnya.
Adakah Raja Salman begitu bodoh untuk mengakui bahawa baginda telah mendermakan AS$ 681 juta kepada Najib, yang kemudiannya mengembalikan AS$ 620 juta kepada beliau, sedangkan semua ini hanyalah cerita rekaan untuk untuk menyembunyikan jejak wang daripada jumlah asal AS$ 681 dan seterusnya pemindahan AS$ 620 juta ke akaun Tanore?
Tiada siapa yang akan percaya bahawa Raja Salman Arab Saudi begitu bodoh sekali untuk bertanggungjawab ke atas skandal pengubahan wang kleptokratik 1MDB bagi pihak Najib sedangkan tidak ada bukti bahawa keluarga diraja Saudi terlibat dalam skandal kleptokratik 1MDB dalam apa cara sekalipun.
Lebih tujuh bulan telah berlalu sejak tindakan mahkamah DOJ mengesan jejak wang skandal pengubahan wang haram kleptokratik 1MDB, termasuk apa yang disebut sebagai sebagai “derma” ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi Najib mahupun Apandi masih belum mampu mencabar kebenaran dakwaan DOJ tentang aliran wang 1MDB itu.
Najib dan Apandi tidak boleh terus berlari dan bersembunyi – kerana tidak ada tempat di dunia ini untuk mereka lari dan bersembunyi. Satu-satunya pilihan yang mereka ada ialah untuk berkata benar, dan hanya yang benar belaka skandal kleptokratik global 1MDB.
Mungkin mereka berharap bahawa mereka akan diselamatkan oleh Presiden Trump dan tindakan undang-undang DOJ ke atas 1MDB akan terhenti berikutan tindakan Trump pada 10 Mac lalu memecat 46 orang peguam negara Amerika.
Sama ada Trump akan menyelamatkan Najib dan membantutkan tindakan undang-undang DOJ, kita hanya perlu tunggu dan lihat. Namun perkembangan 1MDB yang sedang membikin gelombang dan menjadi tajuk utama di seluruh dunia tidak akan berhenti, sama ada pemenjaraan dan pendakwaan jenayah terhadap bekas pegawai bank yang terlibat dalam pengubahan wang haram 1MDB , atau penutupan bank dan denda berat di negara-negara asing berikutan penglibatan dalam pengubahan wang haram 1MDB, atau perkembangan terbaru termasuk:
  1. Tindakan Singapura menghalang bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner untuk 10 tahun ekoran aktiviti pengubahan wang haram 1MDB;
  2. Tindakan Singapura menyita jet Bombardier Global 5000 dari taikun Malaysia Jho Low di tengah-tengah skandal 1MDB;
  3. Tindakan pihak berkuasa Swiss memerintahkan bank swasta, Coutts, untuk membayar kembali SFr6.5 juta dari keuntungan daripada 1MDB memandangkan begitu banyak transaksi “berisiko tinggi” 1MDBdiproses melalui akaun Coutts, termasuk penggunaan AS$ 35 juta untuk kunjungan ke kasino dan pebiayaan khidmat layanan mewah seperti penyewaan kapal pesiar.
  4. Jho Low sedang meningkatkan usaha untuk mendapatkan kembali aset seperti Hotel Park Lane di New York dan sebuah karya seni Van Gogh. Pemegang amanah yang baru dilantik nampaknya memberi nada yang lebih berani berbanding penyandang sebelumnya, bank Swiss Rothschild.
  5. Mahkamah Amerika Syarikat memberikan persetujuan untuk jualan hotel Jho Low di New York.
  6. Buntunya perbincangan oleh UAE untuk mendapatkan AS$ 6.5 bilion daripada 1MDB – syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) yang didanai Abu Dhabi telah membawa kesnya ke Mahkamah Timbangtara Antarabangs London a (LCIA) Jun lalu tetapi kedua-dua syarikat pelaburan milik kerajaan itu telah cuba untuk membincangkan penyelesaian di luar mahkamah sejak itu, kata sumber.
Kita bakal meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-60, tetapi Malaysia tidak tidak boleh berbangga dengan pencapaian Perdana Menteri keenam selama lapan tahun beliau berkhidmat,  yang tidak mampu dilakukan lima perdana menteri sebelum ini, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah; sepanjang 52 tahun lampau – menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global.
Saya telah bertanya dalam sidang Parlimen ini, meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tentang apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk membersihkan dan memulihkan nama baik dan reputasi di Malaysia daripada dianggap sebagai kleptokrasi global.
Malangnya, daripada menjawab salah satu soalan yang paling penting yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini, soalan saya telah ditolak oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai melanggar Peraturan Mesyuarat 23 (1) (c) yang menyatakan bahawa “sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmah, puji atau keji atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh.”
Saya tidak bersetuju dengan Speaker kerana soalan saya tentang apa langkah yang telah diambil kerajaan untuk membersihkan dan memulihkan nama baik dan reputasi Malaysia hasil tanggapan dunia sebagai sebuah “kleptokrasi global” adalah soalan yang sah dan penting – kerana ini adalah sebab mengapa rakyat Malaysia di luar negara berasa malu untuk menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia apabila ditanya dari negara mana mereka datang. Ia bukanlah satu penghujahan, menyakitkan hati atau mengarut, tetapi merupakan soalan yang ditanyakan oleh 31 juta rakyat Malaysia, sama ada di luar atau dalam negara.

BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN sembang PAS

Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pernah memberitahu pucuk pimpinan PAS bahawa mereka sukar bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Ia kerana, kata setiausaha agung PAS itu, sekiranya BERSATU menyertai HARAPAN, parti itu menjadi parti termuda dan sukar menentukan sebarang keputusan.
"Kalau mereka buat keputusan hendak sertai HARAPAN sebagai salah satu komponen, saya rasa itu kita teliti balik (kerjasama politik).
"Tetapi perjumpaan dengan beberapa pemimpin BERSATU, mereka katakan bahawa agak sukar apabila bersama HARAPAN, itu yang diberitahu kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas persidangan berkaitan isu Rohingya di sebuah hotel di Putrajaya malam tadi.
Semalam Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan membuat permohonan rasmi menyertai HARAPAN.
Mahathir juga mencadangkan nama HARAPAN ditukar serta satu lambang diperkenal bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata PAS masih belum dimaklumkan mengenai hasrat BERSATU untuk membentuk gabungan dengan parti-parti dalam HARAPAN.

Bagaimanapun Takiyuddin menegaskan syarat PAS untuk bekerjasama dengan BERSATU.
"Kita telah letakkan beberapa syarat, antaranya mereka (BERSATU) tidak boleh bersama dengan HARAPAN untuk menyerang PAS. Itu antara prasyarat.
"Sama ada dia (BERSATU) nak adakan hubungan dengan HARAPAN, itu hak mereka. Tapi jangan bersama HARAPAN untuk menyerang kita," katanya.

K’jaan dijangka dapat tambahan RM9b hasil minyak - Rafizi

Kerajaan dijangka mendapat sekurang-kurangnya tambahan RM9 bilion menerusi hasil minyak tahun ini, yang tidak dikira dalam Bajet 2017, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Bajet 2017 digubal dengan jangkaan bahawa harga minyak mentah akan berada pada AS$45 setong.
Bagaimanapun, Rafizi berkata, harga minyak telah meningkat dan kini berlegar antara AS$56 hingga AS$58 setong, dan ini dijangka naik kepada sekurang-kurangnya AS$60 setong.
Tambahan pula, ahli parlimen PKR itu menjelaskan bahawa nilai ringgit juga terus susut kepada kira-kira RM4.1 berbanding satu dolar, kepada kira-kira RM4.5 berbanding dolar AS.
"Kerajaan akan mendapatkan pendapatan tambahan setiap bulan," kata Rafizi pada sidang media di bilik media Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Rafizi, Rabu lalu, Kementerian Kewangan enggan menyatakan unjuran bagi hasil minyak tambahan.
"Dalam ekonomi global yang tidak menentu sekarang, agak sukar untuk meramalkan bahawa harga minyak (AS$55 setong) akan kekal pada tahap ini sepanjang tahun.
"Oleh itu kerajaan masih menggunakan unjuran yang diumumkan dalam Bajet 2017 di mana harga minyak mentah dijangka berada pada AS$45 setong," kata kementerian itu.
Rafizi dalam satu kenyataan akhbar dua minggu lalu, menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana wang tambahan RM9 bilion itu akan digunakan.
"Ini adalah tahun pilihan raya, dan saya amat bimbang bahawa ini (hasil minyak tambahan) akan disalahgunakan dalam kempen untuk memastikan Umno / BN berkuasa," katanya.

Mapim: Kenapa baru sekarang Malaysia tak minat TPPA

Presiden Mapim mempersoalkan mengapa tindakan menghentikan TPPA tidak dibuat ketika rakyat Malaysia bangkit membantah pelaksanaan perjanjian perkongsian itu, sebelum ini.
tppa-azmihamid
PETALING JAYA : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini mempersoalkan mengapa baru sekarang Malaysia tidak berminat meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), selepas penarikan diri Amerika Syarikat (AS) daripada perjanjian itu.
Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid berkata kenapa tidak dari dulu lagi kerajaan hentikan rundingan TPPA, apabila ramai golongan rakyat yang membantah perkongsian itu.
“Ketika rakyat bangkit menentang TPPA, kenapa kerajaan tidak mahu mempertimbangkan tuntutan rakyat menolak TPPA.
“Mengapa petunjuk untuk tidak meneruskannya harus ditunggu dari AS.
“Sekarang bila Malaysia sudah menandatangani TPPA, kerajaan perlu dengan rasmi mengisytiharkan pula menarik diri daripada TPPA dan semua langkah ratifikasi perlu dihentikan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata rakyat mendesak supaya kerajaan tidak hanya sekadar mengumumkan tidak berminat dengan TPPA, dan ingin menarik diri, tetapi keputusan itu perlu dibentangkan dengan jelas di Parlimen.
Azmi berkata berkata demikian ai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan Malaysia kurang berminat untuk meneruskan TPPA selepas penarikan AS daripada perjanjian itu.
Katanya, Malaysia serta negara seperti Vietnam, Singapura dan Brunei menyertai TPPA dengan tujuan utama untuk mendapatkan akses pasaran lebih baik terutamanya ke AS.
Azmi berkata pihaknya berkali-kali menegaskan TPPA adalah wahana penjajahan AS yang sentiasa melakukan sesuatu melalui mekanisme agenda ekonomi dunia melalui pelbagai perjanjian.
“Kami mengingatkan kerajaan Malaysia mengikat diri dengan perjanjian yang berisiko seperti TPPA akan membawa implikasi besar kepada kedaulatan negara ini sendiri.

Kini masa untuk melangkah gagah bersama: Amanah

Salahuddin AyubParti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan akan memperkukuhkan lagi usaha pembangkang untuk menyelamatkan negara dan rakyat.
"Kami yakin dan percaya langkah ini diambil setelah membuat pertimbangan yang tuntas.

"Sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi usaha kita bersama untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat. Kini masanya untuk kita melangkah gagah bersama merealisasikan hasrat dan harapan rakyat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bersatu secara rasmi semalam mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan.
Menurutnya, kepimpinan Bersatu akan memaklumkan hasrat tersebut kepada Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

'Logo, nama baru HARAPAN kita bincang kemudian'

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub hari ini mengalu-alukan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).
Namun, untuk pertukaran lain dicadangkan Pengerusi Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad, Salahuddin berkata perkara itu boleh dibincangkan kemudian.
"AMANAH mengalu-alukan hasrat Tun Mahathir yang mewakili BERSATU yang mahu menjadi sebahagian Pakatan Harapan.
"Kita alukan hasrat itu. Tentang logo, manifesto, nama, itu boleh bincang nanti di peringkat Majlis Presiden.
"Bagi saya, kita menerima hasrat BERSATU untuk bersama HARAPAN kerana mudah bagi rakyat buat pilihan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Bukit Aman.
Semalam, Malaysiakini melaporkan, BERSATU akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan HARAPAN tetapi meminta nama itu ditukar.
BERSATU juga menegaskan keperluan menggunakan satu logo pembangkang untuk berdepan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, DAP juga berkongsi nada dengan AMANAH.
“Bagi kita ini Cuma cadangan yang kita sambut baik.
“Kita perlu bincang dalam mesyuarat Pakatann Harapan dan buat keputusan tersebut,” katanya di lobi perlimen.

Kumpulan anti-bahan lucah persoal pemimpin PAS

Isu ketagihan pornografi, zina, kehamilan anak luar nikah berlaku kerana masyarakat kurang kesedaran mengenai kepentingan pendidikan reproduktif
fadli
PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan ibu yang menentang penyebaran bahan lucah hari ini mempersoalkan seorang pemimpin PAS yang menolak pendidikan seks sebagai jalan membendung seks di luar nikah di kalangan remaja.
Sebaliknya, kumpulan Mothers Against Pornography berkata pendidikan seks termasuk reproduktif adalah penting supaya pelajar dibekalkan ilmu mengikut peredaran zaman.
“Pendidikan awal seks kepada kanak kanak ini dijamin dapat menurunkan statistik kehamilan anak luar nikah,” kata jurucakap Mothers Against Pornography, Fadhli Othman.
Fadhli mengulas kenyataan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan, yang semalam mendakwa pendidikan seks bukan penyelesaian kepada masalah industri “zina dan pelacuran”.
Nasrudin, yang juga ketua penerangan PAS, berkata pendidikan seks di sekolah mungkin mampu mencegah kehamilan luar nikah tetapi bukan mencegah zina.
Fadhli berkata gejala zina, sumbang mahram, kelahiran dan anak luar nikah sebenarnya bermula daripada sentuhan secara rela atau paksaan.
“Isu ketagihan pornografi, zina, kehamilan anak luar nikah berlaku kerana masyarakat kurang kesedaran mengenai kepentingan pendidikan reproduktif.”
Menurut Fadhli, jenayah seksual berpunca daripada kurang pendedahan mengenai ilmu Pendidikan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang diperkenal Kementerian Pendidikan kepada murid sekolah rendah.
Fadhli menjelaskan subjek tersebut diajar seawal darjah 1 sehingga darjah 6 mengikut aras yang berbeza-beza.
“Murid didedahkan dengan ilmu reproduktif dan sosial di mana mereka diajar agar cakna dengan kewujudan aset diri mereka.

Fitnah: Utusan minta maaf pada Guan Eng di mahkamah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd susulan artikel di Utusan Malaysia pada 20 Ogos tahun lalu.
Utusan memohon maaf dalam penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang hari ini susulan penyiaran artikel bertajuk "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein".

Akhbar Umno itu juga akan memberikan pampasan kepada Lim, yang jumlahnya tidak didedahkan, susulan penyiaran artikel yang didakwa “diputar belit” itu.

Pegawai undang-undang Utusan Siti Norzulaikah Ibrahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah.
Permohonan maaf itu menyebut Lim telah menarik balik saman terhadap Shaik Hussein Mydin tiga tahun lalu selepas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu sedia menarik balik dakwaan rasuah terhadapnya tanpa syarat.
Utusan meminta maaf atas kesilapan fakta dalam laporan itu.

Shaik Hussein mendakwa Lim terlibat amalan rasuah dalam satu rundingan tanah yang dinafikan keras setiausaha agung DAP itu.

Peguam Lim, Simon Murali, berkata permohonan maaf itu akan disiarkan di halaman kedua Utusan Malaysia dalam tempoh tujuh hari.
Lim sebelum ini tidak berpuas hati dengan laporan Utusan yang menyebut beliau menarik balik saman terhadap Shaik Hussein tanpa syarat.
“Sebenarnya saya lakukan tindakan itu selepas dia tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya,” kata Lim kepada pemberita di luar mahkamah.
“Apabila Shaik Hussein tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya, ia tidak dilaporkan Utusan Malaysia, saya gembira dapat bersihkan nama saya daripada dakwaan rasuah oleh pemimpin Umno.”