Selasa, 14 Mac 2017

Kes forex: Pasukan petugas khas umum 6 anggota

Pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara sekitar tahun 1990-an hari ini mengumumkan pelantikan enam anggotanya.
Mereka adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Azam Baki, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah San dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Ranjit Ajit Singh.
Turut dilantik adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, Pengerusi Bersama, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) Tan Sri Saw Choo Boon dan peguam kanan Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang juga adalah rakan kongsi di Tetuan Jahaberdeen & Co.
Mengumumkan pelantikan itu, pengerusi pasukan petugas Tan Sri Mohd Sidek Hassan juga menamakan dinamakan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail sebagai setiausaha pasukan petugas itu.

SPR ‘sabotaj’ usaha Pakatan daftar pengundi baru?

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Keengganan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Selangor bekerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan dilihat cuba mensabotaj usaha mendaftar pengundi baru.
Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata pejabatnya telah mengemukakan cadangan untuk menganjurkan kempen pendaftaran pemilih bersama SPR sebanyak 12 kali sejak 2016.
Malangnya, sehingga kini hanya dua kali ia berjaya dianjurkan.
Menurutnya, SPR memberi seribu satu alasan termasuk kononnya telah merancang aktiviti lain lebih awal.
“Hal ini berlaku di seluruh negeri Selangor.
“Dengan penangguhan proses pendengaran awam cadangan persempadanan semula Selangor, SPR di sini sepatutnya ada banyak masa lapang berbanding negeri lain,” jelasnya kepada Roketkini.
Menurut Eddie, sikap ‘berat sebelah’ SPR itu semakin melampau sejak Datuk Seri Hisham Abdullah dilantik sebagai pengerusi baru SPR menggantikan Tan Sri Abdul Aziz pada Januari 2016.
“Saya melihat ia sebagai tindakan sabotaj kerana jika merujuk kepada corak mengundi dalam PRU 13, pengundi generasi X lebih memihak kepada pakatan pembangkang kerana hilang keyakinan terhadap UMNO BN.
“Hal ini membuktikan kegagalan dan ketidakcekapan SPR memikul tanggungjawab bagi memastikan warganegara yang layak mengundi didaftarkan sebagai pemilih,” katanya.
Badan pendesak pilihanraya, Bersih 2.0 baru-baru ini melaporkan lebih 4.4 juta individu yang layak mengundi masih belum mendaftar.
Timbalan Pengerusinya, Shahrul Mohd Aman Saari mendakwa SPR telah menyukarkan proses pendaftaran pengundi, sekaligus dianggap gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

AMANAH SAMBUT BAIK PENYERTAAN PPBM KE DALAM PAKATAN HARAPAN

1. Amanah menyambut baik penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan  (PH).

2. Kami yakin dan percaya langkah ini diambil setelah membuat pertimbangan yang tuntas Demi Negara.

3. Sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi usaha kita bersama untuk Menyelamatkan Negara dan Mensejahterakan Rakyat.

4. Kini masanya untuk kita melangkah gagah bersama merealisasikan Hasrat dan Harapan Rakyat.

Hidup Pakatan Harapan!
Hidup Rakyat!

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
14 Mac 2017

Tak faham bahasa, Dr M minta wakil rakyat Umno kembali ke sekolah

Dr Mahathir mempertahankan dakwaan kerajaan Johor menjual tanah hak milik kekal kepada orang asing asing menerusi projek Forest City.
mahathir-forest-city-umnoPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan dakwaan kerajaan Johor menjual tanah hak milik kekal kepada orang asing menerusi projek Forest City.
Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap yang mendakwa status pegangan kekal yang diberikan itu hanya untuk hak milik strata.
“Mungkin dia tidak faham bahasa Melayu. Semua orang tahu tanah tersebut bebas dan milik kekal. Jika dia tidak faham, dia mesti kembali ke sekolah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merujuk kepada iklan yang dilihat pada tiang lampu menawarkan hartanah milik kekal di Forest City.
Gambar di samping iklan itu, bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, sambil membuat isyarat tidak bagus menjadi tular di media sosial sejak minggu lepas.
Memetik laporan Bloomberg, Dr Mahathir sebelum ini mengkritik projek Forest City, yang beliau khuatiri akan menyaksikan warga China membeli kebanyakan hartanah yang dijual.
Seluas 13,86 hektar, Forest City dibina di atas 4 pulau buatan dalam wilayah Iskandar Malaysia. Menelan belanja RM100 bilion, ia dijangka siap dalam masa 20 tahun.
Dr Mahathir dalam catatan di blog hari ini berkata meskipun kerajaan mendakwa tanah yang dijual kepada warga China itu hanya pegangan pajak 99 tahun, iklan pula menunjukkan sebaliknya.
“Walaupun rakyat Malaysia boleh beli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara China,” kata Dr Mahathir.

Fitnah satu dosa, nanti masuk neraka, kata Teresa Kok

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, sebahagian pejabat ahli Parlimen di Kuala Lumpur dipertanggungjawabkan mengagihkan dana Yawas kerana ramai rakyat Selangor tinggal di ibu negara.
teressa-kokKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggunakan sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini bagi menepis dakwaan beliau dan wakil rakyat Pakatan Harapan di ibu negara menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
“Saya tidak pernah membuat penyelewengan dana Selangor. Jangan cuba lempar fitnah kepada saya dan rakan-rakan saya.
“Fitnah adalah satu dosa dan mereka (yang memfitnah) akan masuk neraka,” katanya yang disambut sorakan daripada ahli Parlimen lain.
Pada 16 Februari lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dilaporkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana Yawas berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
“Saya ada bukti surat dari Perbendaharaan Selangor meminta pengurus sebuah bank membuka akaun bagi SMUE atas nama 8 ahli Parlimen di sekitar Kuala Lumpur,” kata pengerusi Gabungan NGO Selangor itu yang turut mendakwa Kok menyeleweng dana Yawas sebanyak RM2 juta.
Kok yang juga adun Kinrara menjelaskan sebahagian pejabat ahli Parlimen di Kuala Lumpur dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan dana itu memandangkan ramai rakyat Selangor tinggal di ibu negara.
“Maka, lebih mudah mereka dan waris (bagi khairat kematian) membuat permohonan di pejabat wakil rakyat di sini berbanding di Selangor.”
Naib pengerusi DAP itu berkata, pemohon hanya mendapat RM1,000 manakala baki RM1,500 akan diserahkan pejabat daerah selepas pejabat wakil rakyat menghantar permohonan ke sana untuk tujuan rekod.
“Wakil rakyat diberi kad ATM dan akaun bank di bawah namanya oleh pejabat daerah, dengan nilai RM10,000. Selepas nilai itu habis, kami akan menghantar dokumen permohonan kepada pejabat daerah dan nilai RM10,000 akan ditambah semula,” katanya.
Semalam, Kok dilaporkan berkata, beliau sedang mempertimbangkan tindakan menyaman Jamal atas dakwaan itu.

150,000 pengundi bakal sesat waktu mengundi PRU14?

Sekitar 150,000 pengundi tidak mengetahui lokasi sebenar pusat pengundian masing-masing selepas lokasi pengundian mereka ditukar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU14), depan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata demikian merujuk kepada tindakan SPR membangkitkan bantahan pendaftaran pemilih membabitkan pengundi-pengundi baru di Malaysia.
“SPR menyebabkan 150,000 pengundi akan sesat sewaktu hari pengundian selepas mereka ditukar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen berlainan.
“Tidak mungkin kita akan merelakan apa yang mahu diteruskan ketika penipuan menjolok mata ini berlaku,” kata pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Nurul Izzah berkata, cubaan manipulasi SPR hanya akan menimbulkan keraguan terhadap integriti suruhanjaya itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ketagihan rasuah kini melanda sistem pilihan raya negara apabila Perdana Menteri merasuah sistem ini yang akhirnya menjejaskan kredibilitinya.
“Ini dibuktikan menerusi saman yang sedang berlangsung mengaitkan SPR,” kata Naib Presiden KEADILAN itu merujuk kes prosiding saman Kerajaan Selangor terhadap SPR.
Terdahulu, SPR memanggil individu pemilih baru bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya itu pada Sesi Pendengaran Siasatan Awam.
Mereka semua diminta hadir berkaitan pendaftaran semula alamat baru yang didakwa wujudnya ‘alamat tidak dikenali’ pengundi di kawasan terbabit.

BUKAN SEMUA KAYA MACAM KUOK

BARU-baru ini seorang penggiat Facebook sindir saya. Dia seolah-olah kata saya tak faham ekonomi atau sengaja burukkan kerajaan dengan menulis berkenaan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat jelata.
Saya akui saya bukanlah pakar ekonomi yang ada bertimbun-timbun ijazah. Saya tak mengaji universiti pun. Masa saya dulu ada sebuah saja universiti di Malaysia iaitu University of Malaya. Nama pun dalam bahasa orang putih.
Tapi saya belajar prinsip ekonomi sejak tingkatan enam tahun 1967 dan mulai 1972 saya jadi wartawan ekonomi di Bernama, kemudian di Business Times. Jadi taklah bodoh sangat hal ekonomi.
Saya yakin sebahagian besar pembaca setuju dengan saya pasal mereka sendiri rasa kesempitan hidup sejak tiga, empat tahun kebelakangan ini.
Peserta Facebook itu seolah-olah kata saya bohong. Dia kata ekonomi kita tak ada masalah dan ada rakyat jelata yang jadi tambah kaya.
Dia bagi contoh hasil kajian majalah perdagangan Amerika Forbes yang pada 1 Mac lalu kata, ada hartawan Malaysia yang jadi lebih kaya tahun ini.
Betul. Memang Forbes kata macam itu. Tapi yang penggiat Facebook itu tak sebut ialah Forbes sendiri mengaku yang kekayaan hartawan kita itu naik dalam suasana ekonomi yang sedang hadapi bermacam rintangan.
Kata Forbes: “Sektor Perniagaan Malaysia menghadapi banyak rintangan. Bulan Januari ringgit jatuh kepada RM4.50 sedolar, paras paling rendah sejak krisis kewangan (Asia) 1997-98. Dan tuduhan bahawa Perdana Menteri Malaysia terlibat dengan skandal antarabangsa berkaitan 1MDB terus menggugat keyakinan pelabur. Tapi hartawan dalam senarai tahun ini tidak menghiraukan hal itu….”
Maksudnya, Forbes akui ekonomi kita alami banyak halangan. Lagipun kalau kita kenal 50 hartawan dalam senarai Forbes itu kita tak akan terkejut dengan kejayaan mereka.
Ramai daripada mereka berniaga bukan saja di Malaysia tetapi di merata dunia dan dalam bidang yang tidak mudah dilanda kemerosotan ekonomi macam judi, arak, telekomunikasi dan bank. Jadi, perniagaan mereka tak terjejas terlalu teruk oleh kejatuhan kadar tukaran ringgit atau oleh kemerosotan permintaan dalam negara.
Sebenarnya inilah salah satu masalah besar ekonomi Malaysia yang cuba kita atasi sekian lama tapi tak begitu berjaya, iaitu jurang kekayaan di antara golongan miskin yang ramai dengan golongan kaya yang sedikit.
Orang paling kaya dalam senarai Forbes ialah ‘raja gula’ Robert Kuok Hock Nien. Harta dia dianggar bernilai RM51.3 bilion sedangkan pendapatan kasar isi rumah bagi 40 peratus rakyat jelata paling bawah hanyalah RM2,500 sebulan.
Jadi, peningkatan kekayaan 50 hartawan itu tak bermakna ekonomi kita kukuh dan rakyat jelata hidup senang-lenang.
Banyak kajian termasuk kajian definitif oleh ahli ekonomi dan penyelidik Dr Muhammed Abdul Khalid dapati, jurang pendapatan di antara rakyat jelata miskin dengan kaya dan di antara bandar dengan luar bandar serta di antara kaum tambah meluas.
Kejayaan kita kurangkan kemiskinan dan sempitkan jurang pendapatan hasil pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula terbantut bila krisis kewangan Asia berlaku pada tahun 1997/98.
Nisbah pendapatan luar bandar dan bandar sejak 2009 lebih teruk daripada keadaan 20 tahun dalu. Maksudnya sudah lebih tujuh tahun jurang di antara bandar dengan luar bandar dan di antara kaum tak catat sebarang kemajuan.
Keadaan jadi tambah buruk akibat pertumbuhan ekonomi yang lembap, kejatuhan nilai ringgit, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), penghapusan subsidi dan kewangan kerajaan yang lemah.

Urut & judi: Jamal Yunos minta SPRM siasat PBT Selangor

Jamal minta pihak berwajib menyiasat penglibatan PBT, bukan hanya kepada polis, bomba dan penguatkuasa agensi lain.
jamal-sprmAMPANG: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan siasatan ke atas penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aktiviti perniagaan tidak bermoral di Selangor.
Beliau berkata berkata SPRM wajar meluaskan pencarian mereka kepada PBT yang membiarkan penyalahgunaan lesen, seperti rumah urut haram dan pusat judi haram, dijalankan di negeri itu.
“Saya minta pihak berwajib menyiasat penglibatan PBT, bukan hanya kepada polis, bomba dan penguatkuasa agensi lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Jamal mengulas penangkapan 12 individu daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Selangor oleh SPRM semalam.
Mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
SPRM berkata suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.
Siasatan SPRM juga menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab anggota penguatkuasa yang terlibat kerana bukan setakat mengutip wang rasuah tetapi mengalakkan perkembangan aktiviti tidak bermoral di premis itu.

Permohonan Mukhriz soal siasat setiausaha Najib jadi tumpuan

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu permohonan oleh bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyoal siasat setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad adalah tidak relevan dengan saman fitnah yang difailkan ke atas Tengku Sharifuddin.
Peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos mewakili Tengku Sharifuddin berkata permohonan untuk menyemak dan mengesahkan fakta-fakta yang nyatakan oleh anak guamnya bukan satu keperluan dalam saman dan ia dilakukan dengan niat untuk melengahkan perbicaraan.
"Plaintif (Mukhriz) tidak memilih untuk mengemukakan soalan bertulis sebelum penggulungan hujah yang boleh dilakukannya.
“Tetapi plaintif memfailkan permohonan pada 2 Sept, 2016, dua bulan selepas penggulungan hujah," kata beliau semasa berhujah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz berkata soalan bertulis itu adalah relevan untuk memastikan penghakiman yang adil dan saksama sebelum perkara itu diputuskan dalam perbicaraan.
Beliau berkata soalan bertulis itu didraf susulan kenyataan defendan dan/atau dakwaan dalam kenyataan pembelaan bertarikh 13 Jun, 2016 yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai kesahihan fakta.
Kenyataan pembelaan mengandungi dakwaan berhubung plaintif yang bukan dalam pengetahuan plaintif pada masa itu," kata beliau.
Mahkamah menetapkan 6 April untuk membuat keputusan mengenai permohonan Mukhriz.
Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei tahun lepas kerana mendakwa Tengku Sharifuddin telah mengeluarkan empat kenyataan berbuar fitnah terhadapnya pada 15, 20,23 dan 26 April.
Kenyataan-kenyataan itu dikeluarkan di bawah tajuk, "Prime Minister's Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister", "Prime Minister's Press Secretary Statement on Former DPM's Reuters Interview", "Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister's Press Secretary", dan "Prime Minister's Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamad and Mukhriz Mahathir".

Pendapatan PETRONAS merosot kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion

Pendapatan PETRONAS berakhir 31 Disember 2016 merosot sebanyak 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion pada tahun sebelumnya.
Keuntungan sebelum cukai dalam tempoh kajian adalah RM33.7 bilion, merosot 8.0 peratus berbanding RM36.7 bilion pada 2015.
Namun PETRONAS mencatat keuntungan bersih RM23.5 bilion pada 2016, naik 12 peratus berbanding RM20.9 bilion pada 2015.
PETRONAS dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan aliran kewangan daripada kegiatan aktiviti Kumpulan menurun daripada RM69.6 bilion pada 2015 kepada RM53.8 bilion.
Penurunan pendapatan itu adalah berikutan purata minyak mentah yang lebih rendah sejajar corak menurun harganya di peringkat global khususnya pada permulaan tahun lalu.
Ia diburukkan lagi dengan impak jumlah jualan yang lebih lemah. Namun begitu, langkah mengurangkan kos yang dilaksana PETRONAS memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan seperti yang dicerminkan pada peningkatan keuntungan bersih kumpulan.
Langkah berkenaan menyumbangkan penjimatan lapan peratus atau RM4.1 bilion penurunan dalam kos boleh kawal kepada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bilion pada 2015.
Jumlah aset dan ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM603.3 bilion dan RM380.3 bilion, disumbangkan oleh kesan kelemahan Ringgit berbanding kadar pertukaran dolar AS dan pergerakan yang baik ke atas nilai saksama aset kewangan sedia untuk dijual.
Sementara itu, keuntungan suku keempat PETRONAS mencatatkan 85 peratus peningkatan PAT kepada RM11.3 bilion daripada RM6.1 bilion yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Peningkatan RM5.2 bilion didorong terutamanya oleh harga purata yang lebih tinggi menyedari produk dan jumlah jualan terutamanya daripada LNG dan gas diproses serta kesan kadar pertukaran yang memihak sebahagiannya diimbangi oleh cukai yang lebih tinggi.
Perolehan meningkat sebanyak 20 peratus kepada RM58.6 bilion daripada RM48.7 bilion pada suku sebelumnya.
EBITDA bagi suku juga meningkat sebanyak 44 peratus kepada RM21.9 bilion selaras dengan keuntungan yang lebih tinggi Kumpulan.

RUU 355: Bersatu muktamadkan pendirian selepas dibahaskan di Dewan Rakyat

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan memuktamadkan pendirian parti itu sama ada menyokong cadangan pindaan Rang Undang-Undang 355 setelah ia dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu belum membuat keputusan rasmi mengenai pendirian parti itu terhadap usul pindaan RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Usul ini tidak begitu jelas dan kita tidak boleh buat sebarang keputusan lagi.
"Sehingga kini saya sebagai Ahli Parlimen Pagoh tidak mengetahui kedudukan mutakhir yang akan dibincang dan di bahaskan di parlimen.
"Kita susah untuk buat keputusan muktamad kita akan tunggu dan lihat bagaimana format akhir yang akan dibentangkan MP Marang atau kerajaan sendiri," ujarnya.
Beliau ditanya media akan pendirian Bersatu terhadap RUU 355 yang dibentangkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Pada Ahad lalu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, Bersatu menyokong cadangan pindaan RUU 355.
Tuan Ibrahim berkata, Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355 itu.
Bagaimanapun ketika ditanya media, Muhyiddin sebaliknya menafikan pihaknya benar-benar menyokong RUU 355.
"Ini kerana beberapa kenyataan di buat oleh pihak lain, bukan saya... walaupun saya telah jelaskan sehingga perkara itu dbentangkan semula oleh Abdul Hadi atau Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagaimana sudah disebutkan dalam sesi Parlimen lalu yang mana kerajaan akan mengkaji dengan teliti.
"Kenyataan dia (Tuan Ibrahim) tidak berapa tepat - kita nak melihat tetapi setengah pihak mengandaikan kita sudah bersetuju.
"Kita (Bersatu) sendiri pun belum lagi jelas tentang usul yang dibawa oleh ahli parlimen marang itu.
"Apakah nanti kerajaan akan bawa perkara itu atau Hadi akan membawa usul itu kerana ini bersangkutan urusan teknikal di Parlimen.
"Kita tidak boleh buat komitmen awal (untuk bersetuju) sebelum kita buat keputusan muktamad.
"Tunggu dibentangkan di Parlimen nanti," ujarnya.

Misi tentera ala ‘Argo’ antara 3 pilihan Najib berdepan Korea Utara

Antara pilihannya, kata pakar, termasuk melakukan operasi serang hendap seperti yang pernah dilakukan Amerika Syarikat untuk menyelamatkan rakyatnya di Iran.
malaysia_korea_war_6001
PETALING JAYA: Pakar diplomasi antarabangsa menganggap Malaysia kini “tersangkut” dalam kemelutnya dengan Pyongyang, dan berkata tidak banyak yang boleh dilakukan untuk membawa pulang 9 rakyatnya yang kini tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
“Setakat ini, tidak ada pilihan baik,” CNN memetik Prof Ming Wan yang mengajar bidang pentadbiran dan politik di George Mason University, Virginia.
“Mereka (rakyat Malaysia) tersangkut.”
Empat keluarga staf kedutaan Malaysia di Pyongyang kini terkandas selepas Pyongyang mengarahkan mereka dilarang keluar. Ia susulan kedua-dua negara bertikam lidah mengenai kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong Un, bulan lepas.
Selepas Kedutaan Korea Utara enggan bekerjasama dengan polis Malaysia, Putrajaya bertindak mengusir duta besarnya, Kang Chol. Pyongyang membalas tindakan itu dengan melarang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. Dua daripada mereka bagaimanapun dibenarkan pulang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia kini masih berunding dengan Korea Utara untuk memastikan semua rakyatnya pulang.
Situasi rumit dihadapi Najib
Bagaimanapun, pemerhati berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berdepan situasi “yang tidak pernah dihadapi mana-mana pemimpin Malaysia”.
“Tidak pernah berlaku kes di mana diplomat Malaysia terperangkap dalam pertelingkahan dengan negara lain,” kata pakar politik Malaysia, Yang Razali dari S. Rajaratnam School of International Studies, Singapura.
CNN turut menyenaraikan 3 pilihan yang ada bagi membawa pulang diplomat Malaysia, termasuk menghantar misi serangan khas ke Pyongyang, seperti mana dilakukan Washington ketika krisis tebusan 444 hari melibatkan 52 warga Amerika Syarikat di kedutaannya di Tehran, berikutan Revolusi Islam Iran.
Dalam peristiwa itu yang turut diceritakan dalam filem Hollywood “Argo” dibintangi Ben Affleck, misi tentera AS pada 1980 gagal menyelamatkan stafnya yang ditahan aktivis revolusi Iran, selepas helikopter tempur yang dihantar AS mengalami kerosakan dan juga terhempas, mengakibatkan kematian 8 askar AS.
Seorang bekas agen perisikan AS, Steve Hall, berkata misi seumpama itu mustahil dilakukan oleh Malaysia.
Hall berkata Korea Utara lebih berpeluang bawa pulang rakyatnya kerana negara itu sukar diduga tindakannya.
“Dengan Pyongyang, anda tidak boleh menolak apa-apa kemungkinan,” kata Hall. “Sukar menduga apa tindakan Korea Utara seterusnya.”
Faktor pilihan raya

PAS: Banyak lagi agenda dari bincang pasal baiah Husam

Guan Eng: Orang Umno pun rasa Labuan mundur

Kemarahan ahli Parlimen Kalabakan menunjukkan pengambilan tanah negeri menjadi wilayah persekutuan bukan idea yang bagus
guan-eng-labuan-1
GEORGE TOWN: Kemarahan seorang wakil rakyat Sabah berkenaan status “kurang membangun” Labuan menunjukkan pengambilan tanah negeri menjadi wilayah persekutuan bukan idea yang bagus, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.
Guan Eng berkata aduan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh semasa sidang Dewan Rakyat dikongsi beliau.
“Kami dengar Ghapur mempersoalkan mengapa kerajaan persekutuan tidak menunaikan janji membangunkan Labuan. Mengapa semua janji tidak dipenuhi?” soal ahli Parlimen Bagan pada sidang media di pejabatnya hari ini.
“Ghapur kata kerajaan ‘janji bulan dan langit’ tetapi tiada apa yang dilakukan.”
Menurut Guan Eng, Ghapur mengadu mengenai ketiadaan pembangunan di Labuan sejak dijadikan wilayah persekutuan. Sabah menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan pada 1984.
“Bahaya menjadikan satu-satu kawasan menjadi wilayah persekutuan sangat jelas dan nyata. Ia mungkin akan menjadi kawasan yang mundur dan miskin, katanya.
Pada 31 Januari, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemubual stesen radio BFM89.9 berkata beliau berhasrat menjadikan Langkawi, sebahagian Melaka dan Pulau Pinang sebahagian wilayah persekutuan sekiranya diberi peluang. Beliau kemudian memasukkan Pulau Tioman dalam senarai hasrat itu.
Tengku Adnan berkata ia akan memastikan pembiayaan, pembangunan dan perumahan mencukupi dari kerajaan persekutuan untuk kawasan tersebut.

Jamal mahu sambut saman Teresa dengan 'kenduri'

Rafizi tumpu ke atas ‘kerugian’ hotel mewah di Langkawi, alibaba cara Najib

Teresa: Melayu masuk Seputeh mesti suka saya

Isu PPR: Noh 'bertelagah' dengan Azmin

Sertai HARAPAN, BERSATU mahu nama dan logo baru - Tun M

SELASA TAK TIBA TAPI RAMAI KAWAN NAJIB-ROSMAH TANGGUNG BALA

ALTANTUYA, Alantantuya
Ayah Pin Abu Ya
Najib kata nak saman Selasa
Tapi Selasa tak tiba-tiba.
Hari ini, Selasa 14 Mac 2017. Adakah sesuatu yang dinanti-nanti akan berlaku?
Atau ia akan berlalu sunyi dan kelu kerana Selasa tidak wujud dalam takwim kleptokrat dunia nombor satu?
Rasanya banyak orang sudah lupa. Pada 5 Julai 2015, akhbar The Star dan stesen TV Astro Awani melaporkan yang Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak akan kemukakan saman terhadap surat khabar Amerika Wall Street Journal (WSJ) pada hari Selasa 7 Julai 2015. (Baca di sini)
Maka media masa milik Umno dan prokerajaan pun berlawan-lawan siar berita itu. Utusan Malaysia begitu seronok sehingga membuat tajuk berita “PM Saman WSJ”.
Sampai hari ini orang dungu yang percaya kepada Utusan percaya Najib sudah saman WSJ.
 
Utusan Seronok Sampai “Tipu” Tajuk Berita
Hakikatnya sampai hari ini Najib tak saman dan tak mungkin dia berani saman pasal sejak itu bukti penipuan 1MDB makin banyak.
Contohnya makin ramai kawan Najib-Rosmah dan kawan kepada kawan Najib-Rosmah kena tindakan undang-undang pasal terlibat dengan skandal penipuan 1MDB.
Yang terbaru kena tindakan seorang kawan baik Najib-Rosmah bernama Tim Leissner, bekas pengarah Goldman Sachs. Semalam, 13 Mac, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) haramkan dia daripada terlibat dengan sebarang kegiatan kewangan di republik itu selama 10 tahun.
 
(Dari kiri) Leissner, isterinya Kimora Lee, Najib dan Azman Mokhtar (Khazanah)
Dia adalah antara eksekutif kewangan yang kena tindakan kerana terlibat dengan skandal kecurian dan pengubahan duit haram (money laundering) 1MDB.
Najib adalah pengerusi lembaga penasihat antarabangsa 1MDB dan berkuasa ke atas 1MDB sebagai Menteri Kewangan. 1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan.
Selain Leissner, Singapura telah bicara dan jatuhkan hukum penjara serta denda ke atas lima orang yang lain.
Singapura juga tutup cawangan dua buah bank Swiss (Falcon Private Bank dan BSI) dan denda dua buah yang lain – UBS (Switzerland) dan DBS (Singapura) – kerana kesalahan yang sama.
Berbilion-bilion ringgit duit yang dicuri daripada 1MDB cuba “dibersihkan” di Singapura oleh Jho Low, sahabat akrab Najib-Rosmah.
 
Jho Low (kiri sekali) macam adik dengan abang.
Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat dah dan sedang ambil tindakan.
Di Amerika, Jabatan Kehakiman (DoJ) kata Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah dengan suami lama), guna AS$1 bilion (kira-kira RM4.5 bilion pada kadar tukaran sekarang) duit 1MDB untuk beli harta, buat filem separuh lucah dan berfoya-foya.
DoJ kata orang yang berkuasa ke atas 1MDB adalah MO1 (Malaysian Official 1). Kita agak-agak saja siapa MO1. Tapi (Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan bagi tahu British Broadcasting Corporation (BBC) yang MO1 itu adalah Najib. Abdul Rahman ini orang Sabah kepercayaan Najib. Pengarah Strategik Barisan Nasional.

Tony Pua terkejut pengerusi, lembaga 1MDB abai tugas

Irwan Siregar dan 2 ahli lembaga pengarah 1MDB dikritik kerana tidak bersidang sekurang-kurangnya sejak 9 bulan lalu
tony-pua
PETALING JAYA: Tony Pua terkejut lembaga pengarah 3 ahli 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipengerusikan Tan Sri Irwan Siregar, tidak bersidang sejak Julai tahun lalu, walaupun dengan apa yang berlaku di serata dunia berkaitan syarikat itu.
Meurujuk kepada soalannya mengenai audit semula akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 di Dewan Rakyat minggu lepas, Tony berkata menteri kewangan sebelum ini berkata lembaga pengarah akan membuat keputusan “selepas perbincangan lanjut dengan juruaudit baharu”.
“Jawapan menteri juga menyatakan kali terakhir lembaga pengarah bertemu untuk membincangkan implikasi tindakan undang-undang sita aset oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah sebelum 26 Julai 2016, apabila 1MDB mengeluarkan kenyataan media.”
“Irwan Siregar mesti menjawab mengapa beliau dan ahli lembaga lain lambat dalam membuat keputusan yang penting mengenai audit kewangan 1MDB yang terpalit skandal,” kata setiausaha publisiti DAP kebangsaan dalam kenyataan hari ini.
Tony berkata Irwan Siregar tidak boleh mengambil mudah memandangkan pendakwaan mahkamah sedang berjalan sejak 6 bulan lepas di Singapura dan Switzerland terhadap bank yang memudahkan transaksi pengubahan wang yang dikaitkan kepada AS$5 bilion (RM22.24 bilion) yang didakwa digelapkan dari 1MDB.
“Rakyat terkejut kerana selepas hampir setahun Irwan Siregar mengambil alih jawatan pengerusi dari Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, lembaga pengarah tidak berbuat apa-apa dan menunjukkan sedikit atau tiada tindakan segera ke atas kemelut 1MDB.
“Ketua Setiausaha Perbendaharaan kita, penjawat awam paling kanan yang bertanggungjawab untuk menguruskan ratusan bilion ringgit hasil cukai tahunan memaparkan sikap acuh tak acuh terhadap terhadap skandal itu,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Tony berkata keperluan undang-undang di bawah Akta Syarikat memerlukan penyata kewangan tahunan yang disahkan oleh juruaudit luaran diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
“Penyata kewangan teraudit terakhir yang difailkan oleh 1MDB adalah bagi akaun tahun berakhir Mac 2014. 1MDB gagal memfailkan penyata akaun mereka selama 2 tahun berturut-turut, iaitu tahun kewangan berakhir Mac 2015 dan Mac 2016 yang masing-masing perlu diserahkan pada Oktober 2015 dan 2016.

Biar rakyat nilai debat saya dan Nazri, kata Dr M

Dr Mahathir berkata, pihaknya akan memastikan debat itu diadakan dalam keadaan aman dan menasihatkan hadirin mematuhi tertib.
mahathir-nazri
PETALING JAYA: Terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana keberkesanan debat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz, kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata demikian susulan kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kelmarin yang Nazri berdebat atas kapasiti peribadi, bukannya mewakili kerajaan.
“Saya terimalah kerana dia berminat dengan cadangan debat saya…boleh kita debat berkenaan isu 1MDB, RM2.6 bilion dalam akuan Datuk Seri Najib Razak, isu skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) juga kita boleh bahas.
“Ia bukan saja berbentuk debat tapi wacana, maknanya dia cakap, saya cakap, orang lain boleh tanya.
“Saya percaya Nazri berani, dia akan pergi, tapi dia tidak bertanggungjawab kepada kerajaan, pasal kerajaan awal-awal dah tolak, kerajaan kata kesediaan Nazri wakil peribadi, kita dengar Johari kata tidak ada kaitan dengan kerajaan, jadi terserah kepada rakyat untuk menilai,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.
Ahad lalu, Johari dilaporkan berkata, perdebatan antara Nazri dan Dr Mahathir mengenai isu 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan kerana ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara sudah menyediakan laporan mengenai 1MDB serta ia sudah dibincang secara meluas dengan soalan dijawab di Parlimen.
Awal minggu ini, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM mencabar menteri pelancongan dan kebudayaan itu berbahas beberapa isu termasuk 1MDB, skandal BMF dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.
Mereka bersetuju berdebat di kawasan Parlimen Nazri di Padang Rengas, Perak.
Bekas perdana menteri itu turut memberi jaminan perdebatan itu akan berlangsung dalam keadaan aman, walaupun diadakan di kawasan Parlimen Nazri.

Bersatu sertai PH, guna satu logo, manifesto, calon dalam PRU14


Tun Dr Mahathir MohamedTun Dr Mahathir MohamedParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan akan mengunakan satu logo, satu calon  dan manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyertaan parti itu dalam satu gabungan telah pun dipersetujui oleh parti- parti dalam Pakatan Harapan.
"Kita bersetuju pada prinsipnya perlu adakan nama dan logo baru untuk pilihan raya dengan mengunakan satu manifesto dan bersetuju akan meletakkan hanya satu calon mewakili gabungan ini kelak," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.
Menurut Dr. Mahathir lagi, perkara ini sudah dimaklumi oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan.
"Kepimpinan setiap parti  (Pakatan Harapan) akan memberikan maklumat, tentang persetujuan (gabungan) kita secara rasmi nanti," ujarnya.
Dr Mahathir berkata,pihaknya akan menghantar surat rasmi mengenai gabungan ini kepada Pakatan Harapan.
Ditanya mengapa kini parti itu mahu mengadakan gabungan setelah satu perjanjian kerjasama ditandatangani dengan Pakatan Harapan
pada Disember tahun lalu.
"Dulu hanya perjanjian kerjasama sahaja ia bukan satu keputusan muktamad untuk mengadakan gabungan.

Akta 355: Pendirian PKR tak berubah - Azmin

PKR terus mengambil jalan selamat berhubung sokongan anggota parlimennya kepada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata PKR kekal dengan pendirian mereka sebelum ini walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) didakwa bersetuju menyokong usul pindaan berkenaan.
"Saya tak boleh cakap untuk pihak BERSATU.
"PKR sudah membuat pendirian yang panjang lebar. Kami kekal dengan pendirian sebelum ini," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Oktober tahun lalu PKR menyatakan, sokongan mereka kepada usul meminda Akta 355 dibawa PAS itu hanya boleh ditentukan setelah penjelasan terperinci mengenainya dibuat.
PKR juga menegaskan bahawa perdana menteri mesti memberi jaminan bahawa semua hak yang termaktub dalam perlembagaan, akan dilindungi.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti memenuhi prinsip murni keadilan dan kesaksamaan Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat perlembagaan dan Perjanjian Malaysia.
Sabtu lalu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa BERSATU telah pun bersetuju dengan cadangan rang undang-undang persendirian dibawa Abdul Hadi itu.
Tuan Ibrahim berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dan ia dipersetujui Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun tengah hari tadi, Muhyiddin menafikan beliau bersetuju dengan cadangan pindaan berkenaan.

Muhyiddin nafi bersetuju dengan pindaan Akta 355

Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
"Sehingga kini, saya sebagai Ahli Parlimen Pagoh, masih tidak tahu kedudukan akhir (pindaan yang dicadangkan) yang akan dibahaskan di Parlimen, jadi adalah sukar untuk membuat keputusan.
"Kami akan tunggu dan lihat bentuk akhir yang akan dibentangkan terlebih dahulu," katanya pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya tengah hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata Muhyiddin pada dasarnya bersetuju dengan usaha parti itu untuk meminda Akta 355.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kenyataan pemimpin PAS itu tidak sepenuhnya tepat.
"Pendirian saya adalah bahawa kita mahu melihat keadaan dahulu tetapi ada orang anggap bahawa kita telah bersetuju.
"Bagaimana kita boleh bersetuju apabila kita masih tidak jelas (mengenai pindaan yang dicadangkan)?" soalnya.

Hakmilik Kekal: 'Pergi sekolah balik kalau tak faham' kata Tun M

Dengan gayanya yang biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan jawapan tajam kepada anggota parlimen Umno berhubung isu pemilikan kekal harta tanah di Forest City.
Bercakap kepada media di Petaling Jaya hari ini, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Manap, mungkin tidak memahami maksud bahasa Melayu.
"Pada mata semua orang, tanah itu hak milik kekal. Ia (papan tanda) menyatakannya dengan jelas.
"Tapi kalau dia tak faham (bahasa Melayu), dia mesti pergi sekolah semula (untuk belajar)," katanya pada sidabg media yang diadakan di Ibu Pejabat BERSATU hari ini.
Pagi tadi Anuar menyangkal dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan Johor memberikan hak milik kekal tanah negeri berkenaan kepada orang asing dalam projek pembangunan Forest City.
Kata Anuar, status pegangan kekal adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.
“Memanglah hak milik kekal sebab kerajaan bukan luluskan tanah tetapi hak pemilikan strata.
Tidak ada seinci pun tanah Johor yang dimaksudkan adalah hak milik kekal,” katanya kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas tindakan Dr Mahathir bergambar dengan papan tanda mengiklankan harta tanah hak milik kekal di projek kediaman Gelang Patah untuk membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan BN Johor menjual tanah kepada rakyat asing.
Sementara itu Timbalan Ketua PKR Johor, Jimmy Puah, mendakwa Anuar terkeliru dengan isu berkenaan.
Puah yang juga seorang peguam dan sering menguruskan jual beli harta tanah berkata, hanya tanah dengan status hak milik kekal boleh mengeluarkan hak pemilikan strata kekal.

‘Tidak ada seinci tanah Johor diberikan sebagai hak kekal’ sembang MP Umno

Seorang ahli parlimen Umno Johor menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan negeri memberikan tanah milik kekal kepada orang asing dalam pembangunan Forest City.
Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap berkata status pegangan kekal adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.
“Memanglah hak milik kekal sebab kerajaan bukan luluskan tanah tetapi hak pemilikan strata.
“Tidak ada seinci pun tanah Johor yang dimaksudkan hak milik kekal ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas tindakan Mahathir bergambar dengan papan tanda yang mengiklankan hartanah hak milik kekal di projek kediaman Gelang Patah, untuk membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan BN Johor menjual tanah kepada rakyat asing.
Sementara itu, Anuar berkata projek Forest City yang dibangunkan atas tanah tambak dengan pemaju membayar 30 sen bagi setiap kaki persegi tanah sebagai bayaran pampasan kepada nelayan yang terjejas.
“Tiada kaitan dengan tanah Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP kerana tanah PTP milik mereka sendiri dan PTP bukan milik kerajaan,” katanya.
Beliau menuduh Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba untuk memprovokasi rakyat yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang isu itu.
“Dah tak ada isu dah geng-geng ini,” katanya.

RM90 Juta: PAS nak kumpul dana saman SR, Husam

PAS akan melancarkan tabung mengutip derma untuk membiayai kos guaman yang diperlukan parti itu menyaman dua pihak yang mengaitkan mereka dengan dana RM90 juta - portal Sarawak Report serta Datuk Husam Musa.
Mengingatkan orang ramai bahawa satu daripada saman berkenaan akan difailkan di London, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, setakat ini parti itu sudah menyerahkan bayaran £13,000 (RM70,200) untuk membolehkan peguam di sana melakukan proses selanjutnya.
“Kita (PAS) akan lancarkan tabung di kalangan ahli untuk dapatkan derma pembiayaan.
"Setakat hari ini kita sudah serahkan £13,000 dan itu sumbangan ahli PAS,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Ditanya mengapa PAS mengambil masa begitu lama untuk memulakan saman tersebut, Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata: “Nak saman memang lama. Nak bawa lari kerusi (lompat parti) yang sekejap. Mahkamah sana bukan macam mahkamah Londang, Melaka, tapi London,” katanya.
Tujuh bulan lalu portal yang sering membuat pendedahan kontroversi, Sarawak Report - berdasarkan "kecurigaan meluas" - mendakwa Datuk Seri Najib Razak menawarkan RM90 juta kepada PAS selepas melihat sikap ketara parti berkenaan kepada perdana menteri.
Ekoran laporan berkenaan, pada 13 Ogos 2016 Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata, PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report "dalam masa sebulan ini".
Kata presiden PAS itu mereka membuat keputusan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana difahamkan Sarawak Report berpusat di sana.
"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini," katanya.
Nak segera juga

Bai’ah cerai isteri antara ‘kita dan Allah’, kata PAS

Naib presiden PAS mempertahankan sumpah wakil rakyat PAS untuk menceraikan isteri sekiranya tinggalkan parti.
idris-ahmad-1
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi peringatan kepada wakil rakyatnya mengambil serius bai’ah “talak” yang dibuat ketika bertanding pilihan raya, dengan berkata ia perkara yang tidak boleh dipandang ringan.
“Saya takut dengan bai’ah, kamu pernah dengar bai’ah tu? Memang menggerunkan saya. Bagi saya bukan soal talak, cerai. Soal bercerai bukan benda biaasa tapi yang paling takut antara kita dengan Allah,” kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad di luar Dewan Rakyat hari ini.
Idris yang juga naib presiden PAS, mengulas cabaran bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa supaya PAS membiarkan mahkamah syariah menentukan status perkahwinannya kerana meninggalkan perjuangan PAS.
Husam, yang dilucutkan keahliannya daripada PAS tahun lalu, menawarkan diri menjadi kes ujian terhadap bai’ah PAS itu, selepas mesyuarat agung PAS Tanah Merah meluluskan sebulat suara usul membawa wakil rakyat parti yang melanggar sumpah taklik dan bai’ah ke mahkamah syariah.
“Biar mahkamah syariah meneliti dan memutuskan kes ini berbanding pemimpin tanpa kelayakan untuk memfatwakannya,” kata Husam.
Sumpah bai’ah yang wajib dilafazkan calon PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2013 antara lain menghendaki mereka yang menang kerusi DUN atau Parlimen kekal dengan parti, jika tidak, jatuh talak tiga dengan isteri.

Alibaba Ala Najib: Rafizi tumpu ke atas ‘kerugian’ hotel mewah di Langkawi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan keupayaan dua projek mewah yang disokong kerajaan di Langkawi, terutamanya Hotel St Regis, untuk menjana keuntungan.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau mampu menguruskan hotel dengan lebih menguntungkan.
Walau bagaimanapun, butiran mengenai prestasi kewangan hotel itu sejak dibuka pada 2016 masih belum diperolehi.
Rafizi mendakwa St Regis Langkawi, yang menurutnya, menerima pelaburan Putrajaya lebih RM300 juta, mengalami kerugian berterusan sejak majlis pecah tanah hotel itu pada tahun 2013.
"Saya juga boleh membuat perniagaan hotel seperti ini, saya fikir ia akan menjadi lebih menguntungkan.
"Saya boleh membuat keuntungan berbanding kerugian berterusan (oleh St Regis Langkawi)," katanya pada sidang media di bilik media Parlimen petang ini.
St Regis Langkawi adalah usaha sama antara kerajaan pusat dengan kumpulan Rajawali Indonesia.
Menurut jawapan bertulis Parlimen Kementerian Kewangan minggu lalu, hotel itu disiapkan pada Oktober 2015, dan laporan berita menyatakan ia dibuka pada April tahun lalu.
Penyata kewangan daripada Suruhanjaya Syarikat yang dibekalkan oleh Rafizi untuk Intergrated Nautical Resort Sdn Bhd - syarikat usaha sama yang menguruskan St Regis Langkawi - menyatakan bahawa pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015, hotel itu tidak menjana sebarang pendapatan.
Sebaliknya, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.7 juta pada tahun 2015, dan kerugian bersih sebanyak RM3.7 juta pada tahun 2014.
Laporan kewangan 2015 telah dibentangkan pada bulan Jun 2016.
Rafizi berkata "laskar siber Umno" mungkin akan mendakwa bahawa hotel itu belum beroperasi sepenuhnya.
"Tetapi jika St Regis Langkawi belum beroperasi sepenuhnya, ini menimbulkan soalan sama ada mereka boleh menjana pendapatan yang cukup untuk membayar pinjaman dan hutang mereka," katanya.
Rafizi berkata St Regis Langkawi telah menerima pinjaman RM247 juta daripada Bank Pembangunan.
Sementara itu, Rafizi juga membidas projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), yang juga adalah usaha sama antara Putrajaya dan kumpulan Rajawali.

KALAU TAK MENIPU BUKAN UMNO NAMANYA...

Apa beza menteri KPDNKK dahulu & sekarang ?

Kebodohan Pemimpin UMNO@ BN Punca Ikan Kembung Naik.

Saban hari menteri2 lantikan Najib tak serik2 menipu rakyatnya..

Kos operasi ikan tu guna apa, minyak ka air ketum ??!!

YANG PASTI.. wpon menteri2 dilantik sememangnya bodoh2 belaka TAPI RAKYAT TETAP UNDI MEREKA & BN !!!

NASIHAT PERCUMA DAN IKHLAS UNTUK PAS, BERGABUNG DENGAN UMNO ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK

Dalam usaha mengekalkan kuasanya, Najib Razak jelas kepingin benar untuk menjalin kerjasama dengan Pas dalam PRU 14 akan datang ini.

Selain menunjukkan banyak sikap lunak, tidak bermusuh, bekerjasama dalam beberapa program dan berkompromi berkaitan Akta 355, dalam lawatan ke Kelantan baru-baru ini, Najib juga mengatakan tidak mustahil wujud kerjasama antara UMNO dan Pas.

Kata beliau, segala kemungkinan boleh berlaku dalam hubungan antara Pas dengan UMNO, namun setakat ini kedua-dua parti akan meneruskan kerja masing-masing tanpa ada kerjasama.

Najib juga dilihat amat berhati-hati dalam mengulas usaha UMNO untuk merampas kembali Kelantan, sebaliknya hanya berkata, "kita akan menampilkan UMNO sebagai parti yang penuh bertanggungjawab dan terbaik supaya rakyat Kelantan akhirnya dapat membuat penilaian."

Bagaimanapun, kenyataan Najib itu segera dipangkah oleh Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dengan menegaskan, UMNO tetap akan mereka lawan dalam pilihanraya akan datang nanti.

Kata beliau, kerjasama UMNO dengan Pas hanya berkaitan isu agama, negara serta masyarakat dan  bukan melibatkan kerjasama politik.

Dalam pilihanraya, memang kita tetap akan lawan UMNO, tambahnya lagi.

Tetapi itu kata Naib Presiden Pas, lain pula kata-kata yang dilafazkan oleh Presiden Pas sendiri, Hadi Awang.

Dalam video yang kini viral di media sosial yang didakwa diucapkan bulan lalu di Terengganu, Hadi antara lain  membayangkan perlunya kerjasama antara UMNO dengan Pas bagi membolehkan "sifir politik menang-menang" dapat dicapai.

"Sebab itu bagi Terengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor,  biar PAS memimpin. Negeri lain UMNO nak lagi bagi ke dia. 

"Kalau boleh nak perintah habis, nak telan habis. Tapi mulut kita luas mana nak telan habis? Kita kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam.

"Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini. Orang UMNO pun selesa. Mereka pun tak mahu tegang, tak mahu berbalah lama. Tak mahu keras. Lembut. 

"Lembut inilah kita boleh berdialog. Kita boleh berbincang untuk mencari mana benar, mana salah. Kalau silap kena perbetul..."demikian antara kata-kata Hadi dalam video tersebut.

Lalu, apa pilihan terbaik buat Pas? Ikut seperti kata Hadi atau Mohd Amar?

Dalam konteks Hadi, beliau jelas ingin bekerjasama dengan UMNO dan mengimpikan lima negeri sebagai bayangan untuk digenggam. Mohd Amar pun tentunya akan setuju dengan kerjasama itu jika ia akhirnya memudahkan lagi Pas berkuasa di Kelantan dan beliau boleh kekal lagi sebagai Timbalan Menteri Besar atau akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Besar.

Pendirian Hadi memang tidak jauh berbeza dengan Najib yang menyatakan segala kemungkinan boleh berlaku dalam hubungan kedua-dua parti. Najib tentunya tidak sukar untuk bersetuju jika melalui kerjasama itu, beliau lebih mudah lagi mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri dan sekaligus menyingkirkan musuh utamanya, Tun Mahathir Mohamad dalam perhitungan hidup mati PRU 14 akan datang nanti.

Bagi Najib, apalah sangat kuasa di lima negeri itu jika diserahkan kepada Pas melalui formula kerjasama antara kedua parti  kerana yang lebih penting baginya ialah kuasa di pusat dapat dipertahankan dan sekaligus membolehkan ruang bicara di mahkamah dan kamar penjara dapat dielakkannya.

Biar pun Najib dikenali di seluruh dunia sebagai pemimpin kleptokrasi manakala Pas memperjuangkan agama, Pas juga seharusnya sedar mereka adalah parti politik dan pemimpin-pemimpinnya pula adalah orang politik yang tidak terkecuali daripada dahagakan kuasa.

Maka, bekerjasama dengan UMNO adalah pilihan terbaik buat Pas. Lupakanlah Bersatu, PKR atau Pakatan Harapan. Lupakanlah juga untuk bertanding secara sendirian dan menggembleng tenaga dalam perebuatan tiga penjuru.

Zam: Sebat Hadi dulu kerana gagal laksanakan baiah

Apakah yang menyebabkan timbulnya bantahan bukan Islam terhadap rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 yang dikemukakan oleh PAS dengan sokongan Umno?
Bantahan ini tidak sahaja daripada DAP tetapi juga MCA – parti komponen BN sendiri yang bersetiakawan dengan Umno sekian lama.
Sejak merdeka, orang bukan Islam tidak mempunyai prasangka yang buruk terhadap perundangan Islam, sebaliknya memberikan kerjasama dan menyokong peruntukan-peruntukan untuk pembangunan Islam dan penubuhan institusi-institusi agama yang memerlukan kelulusan parlimen.
Mungkin tidak ada negara Islam lain di dunia yang demokratik, yang urusan agama Islam dibawa ke parlimen dan diluluskan dengan sokongan bukan Islam.
Parti parti komponen BN dan juga pembangkang memberikan sokongan ini kerana menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan penghormatan kepada kuasanya di tangan raja-raja Melayu dan juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Keberanian dan ketegasan Umno dalam menentang pendekatan Islam ekstrim PAS yang bersifat ortodoks, jumud, sempit, bengis, kolot dan keras sejak sebelum dan sesudah merdeka telah memperkukuhkan lagi keyakinan bukan Islam terhadap keikhlasan Umno yang tidak mahu mengganggu kebebasan budaya dan agama bukan Islam di negara ini.
Inilah pendekatan yang dipelopori oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, kemudian oleh Tun Abdul Razak, Tun Mahathir Mohamad sehingga kepada Tun Abdullah Badawi. Inilah juga yang memisahkan Umno dan PAS.
Ancaman Islam PAS kepada bukan Islam dapat dirasakan oleh orang bukan Islam di Selangor
bila sahaja menubuhkan kerajaan bersama dengan PKR di Selangor, terdapat percubaan untuk mengharamkan penjualan arak termasuk di kedai bukan Islam dan mahu memisahkan penonton lelaki dan perempuan di panggung wayang.
Kebijaksanaan dan kehalusan pendekatan Tun Razak membolehkan pemindahan perkuburan Kristian di sebelah Masjid Negara ke tempat lain untuk mendirikan Pusat Islam tanpa menimbulkan sebarang kekecohan.
Tunku Abdul Rahman lebih banyak mengislamkan bukan Islam berbanding pemimpin Islam lain di negara ini dengan melambangkan Islam sebagai agama yang tidak menyusahkan.
Bila orang bukan Islam memberitahu Tunku bahawa sukar untuk mereka memeluk Islam kerana tak boleh minum arak, Tunku memberitahu mereka:
"Orang Islam pun ada yang minum arak, masuklah Islam dulu, minumlah dulu, lama-lama tinggalkanlah."
Di awal kemerdekaan ketika negara masih dalam kesempitan kewangan,Tunku sanggup menerima wang loteri kebajikan masyarakat untuk pembinaan Masjid Negara.

Amanah dan Pakatan Harapan yang ‘cerca’ kami, kata PAS

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS berkata, parti Islam itu tidak pernah mencerca atau menghina seseorang individu, sebaliknya mereka hanya menjawab tuduhan yang dilemparkan.
Mohd-Khairuddin-Aman-Razali_pas_600PETALING JAYA: PAS hari ini berkata, kritikan terhadap sesetengah individu pada ceramah bukan bersifat “cercaan”, sebaliknya mereka sekadar menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada parti Islam itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, partinya tidak pernah mencerca atau menghina seseorang individu.
“Yang jahat dibalas dengan cara sama. Mungkin ada 1 atau 2 individu di dalam PAS yang terlajak, tetapi bukan keseluruhan.
“Tak boleh ukur PAS dengan 1 orang atau 2 di dalam PAS, tetapi perlu lihat PAS secara keseluruhannya. Kalau ada cerca di dalam ceramah PAS, itu bukan polisi PAS,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas nasihat penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff semalam supaya PAS mengubah pendekatan mereka, iaitu ceramah yang sarat dengan cercaan, jika mahu terus kekal memerintah Kelantan.
Agus berkata, pendekatan PAS berbeza dengan Umno, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih lembut, kemas dan bersifat pujukan.
Khairuddin berkata, PAS menerima pandangan Agus dengan hati terbuka, tetapi beranggapan pensyarah kanan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mungkin menerima maklumat salah.
“Yang kritik, hentam dan buat macam-macam angkara terhadap kerajaan PAS dan PAS Kelantan itu Amanah dan Pakatan Harapan (PH).
“Lihat PH yang saban hari cerca PAS, tuduhan pakat dengan Umno, sokong Umno, jadi tongkat Umno, sokong rasuah Umno dan panjangkan hayat Umno.
“PAS Kelantan jalan macam biasa dan kita bawa pendekatan politik matang dan sejahtera,” katanya.

Pas buka '25 jam sehari' untuk siasat isu RM90 juta - Idris Ahmad


Pas memaklumkan saman kepada portal Sarawak Report berhubung dakwaan kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berjalan.
Manakala saman kepada Datuk Husam Musa sedang diteliti oleh pasukan peguam Pas, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.
Idris Ahmad"Mereka yang bermusuh dengan Pas perli, kenapa lambat sangat, saya jawab proses saman memang lambat, yang cepatnya bawa lari kerusi," katanya seperti disiarkan Harakahdaily hari ini.
Bagaimanapun Sarawak Report pada Februari lalu menafikan bahawa Pas telah memulakan tindakan undang-undang terhadap laman web itu.
Husam yang merupakan bekas Naib Presiden Pas menerusi satu klip video ceramahnya bulan lalu mendakwa Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.
Idris berkata, Pas membuka pintu 25 jam sehari kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat dakwaan tersebut.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low telah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti atas tuduhan ini maka jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat," katanya.
Menurut beliau juga, Pas bersetuju dengan SPRM yang mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendaklah melaporkannya kepada pihak SPRM.
"Pihak Bank Negara juga boleh menyiasat atas transaksi wang yang didakwa masuk ke dalam akaun Pas," katanya yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

'Saya bukan macai Dr M, begitu juga dia bukan balaci saya' - LKS

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu pemimpin Umno dan BN untuk membuat keputusan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Beliau berkata walaupun Umno mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai macainya, pemimpin MCA dan Gerakan berhujah sebaliknya.
"Bolehkah Umno / BN menetapkan fikiran mereka mengenai siapa yang macai dan siapa pula yang menjadi balaci," katanya dalam satu kenyataan.
Pada hakikatnya, Lim berkata Mahathir bukan macai beliau dan beliau pula tidak menari mengikut rentak bekas perdana menteri itu.
"Mahathir sudah berusia lebih 91 tahun dan menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Apa gunanya beliau menjadi macai saya? Dan bagaimana secara tiba-tiba saya begitu berkuasa?” soalnya.
"Saya berusia 76 tahun, dan 51 tahun terbabit secara aktif dalam politik kerana cinta saya kepada negara untuk memastikan Malaysia menjadi negara makmur, demokratik yang majmuk ...
"Saya telah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, diheret ke mahkamah berulang-kali atas tuduhan yang direka-reka.
“Anak saya, Guan Eng pula pernah ditahan di bawah ISA dan dihumban ke penjara serta hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen kerana membela seorang gadis bawah umur.
“Mengapa saya perlu jadi macai Mahathir?" katanya.
Makan bayi untuk sarapan
Sambil menekankan bahawa Dr Mahathir dan dirinya mempunyai pandangan dan pendapat yang kukuh, Lim berkata mereka bekerjasama sebagai rakyat Malaysia yang patriotik untuk menyelamatkan negara daripada menjadi sebuah negara gagal.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, para pemimpin Umno dan BN masa kini gagal untuk memahami bahawa dalam politik, ada peranan lain selain daripada menjadi tali barut atau boneka.
Lim juga mendakwa bahawa mula terdapat perubahan dalam dasar berdekad-dekad lamanya media arus perdana yang menyenarai-hitamkannya.

Debat Tun M dan Nazri hal peribadi - Annuar

'Nak saman memang lambat, bawa lari kerusi memang cepat' - Idris Ahmad

Cuaca punca ikan kembung mahal lebong menteri umno..Tganu dah 15 tahun kembung lebih RM 12 sekilo..!!!


50 rakyat Korea Utara di Sarawak akan dihantar pulang, visa tamat tempoh...??

"Kenaikan harga gula disebabkan kejatuhan nilai ringgit" - Menteri KPDNKK

Pemuda: Umno terap 'perkauman' untuk alih isu nasional

Azmin sokong usaha SPRM tahan 12 anggota penguat kuasa majlis

PARLIMEN MALAYSIA : Batu Kawan - Bahas Titah Diraja Yg DIpertuan Agong

PARLIMEN MALAYSIA: Lim Guan Eng - Bahas Titah Diraja YG Dipertuan AGONG

PARLIMEN MALAYSIA: Wong Chen - Isu Rasuah

MELAKA: Mahfuz Omar - Mengaku Dari Dulu Perkauman Jadi Senjata UMNO

Khalil sahkan kenyataan Nik Abduh sokong Najib


Faiz FadzilFaiz Fadzil
Tindakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Mohd Khalil Abdul Hadi menyokong ketuanya Nik Abduh Nik Aziz bahawa skandal rasuah dan pembaziran adalah kesakitan lama yang berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah petanda jelas parti Islam itu menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata kenyataan Khalil itu menunjukkan kekeliruan beliau mengenai musuh politik sebenar yang harus ditentang.
"Dakwaan beliau bahawa Pas bukan menentang individu (Najib Razak) tetapi sistem adalah bercanggah dengan logik akal dan syarak.
"Untuk mengubah sistem, kepala sistem itu perlu ditentang dan dijatuhkan, tanpanya sistem pemerintahan negara yang korup dan zalim ini akan terus kekal.
"Begitulah perjuangan Rasulullah SAW dahulu yang menentang pemimpin Arab yang zalim seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dalam dakwah bagi mengubah sistem akidah dan urusan hidup," katanya dalam kenyataan hari ini.
Faiz menegaskan, mengekalkan Najib bermaksud mengekalkan GST, melindungi skandal korupsi global 1MDB, mengekalkan rasuah yang kian membarah, menyokong subsidi pendidikan dan kesihatan terus dipotong dan mengekalkan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagaimana hendak mengubah sistem jika kepala dan pengatur sistem ini tidak ditukar?" soalnya.
Beliau juga mempersoal tindakan Pas yang mahu bertanding 40 kerusi parlimen tanpa bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Bersatu tetapi berhasrat mengubah sistem pemerintahan negara.
"Sistem yang korup dan zalim ini hanya boleh diubah jika kerajaan baru dibentuk.
"Jika Pas menang kesemua kerusi tersebut sekalipun, Pas tidak mampu untuk membentuk kerajaan dan sebab itu, agenda Pas sekarang jelas menyokong Najib Razak untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri dengan kenyataan Nik Abduh tersebut," tegasnya.

Presiden Pas dakwa Melayu perlu perintah Malaysia kerana mereka majoriti dalam negara ini

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya Malaysia perlu diperintah oleh orang Melayu kerana mereka membentuk majoriti di negara ini, lapor Sinar Harian semalam.
Beliau berkata budaya politik di Malaysia sewajarnya didominasi dan dikuasai orang Melayu supaya dapat memimpin negara ini.
“Mengikut politik Islam, kaum yang berpengaruh akan menguasai sesebuah negara dan oleh kerana orang Melayu merupakan majoriti di negara ini maka mereka perlu menjadi pemimpin,” katanya mengikut laporan itu.
Merujuk kepada statistik 65 penduduk penduduk di negara ini adalah orang Islam, beliau berkata: “Orang bukan Islam jangan pula terasa hati kerana kita harus mengikut pecahan penduduk demi memelihara keharmonian negara.”
“Mereka juga tidak perlu bimbang kerana politik Islam melarang pemimpin untuk bersikap zalim kepada orang bukan Islam,” tambahnya.
Hadi dilaporkan berkata demikian pada dialog politik di satu majlis makan malam di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa, pada Sabtu.
Beliau juga berkata, sudah sampai masanya masyarakat Islam mengamalkan budaya politik bersaudara kerana sudah lama mengamalkan budaya politik benci-membenci dan bermusuhan, katanya.
Laporan itu juga memetik Hadi sebagai berkata, tidak seperti yang didakwa oleh pihak tertentu, cadangan pindaan syariah di Parlimen bukannya hudud atau pun qisas.
Hadi, melalui rang undang-undang peribadi yang dibentangkan tahun lepas, mahu mencadangkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih keras ke atas pesalah syariah.
Hukuman yang dicadangkan termasuk menaikkan hukuman maksimum seperti penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Isu rasuah Selangor: Kenapa tak tangkap ‘ikan besar’, soal wakil rakyat

Adun Bandar Baru Bangi Shafie Ngah hairan kenapa bukan PDRM yang melakukan penangkapan sedangkan aktiviti itu dalam kategori jenayah berat.
shafie-bangi
PETALING JAYA: PAS hari ini memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 12 individu disyaki terlibat menerima rasuah dalam melindungi aktiviti judi haram, rumah urut dan pelacuran di Selangor.
Bagaimanapun, Adun Bandar Baru Bangi Shafie Ngah mempersoalkan mengapa dalang sebenar di sebalik aktiviti itu masih tidak diambil tindakan.
“Mengapa ‘ikan-ikan kecil’ yang menjadi keutamaan penangkapan, bukannya ‘ikan-ikan besar’ di sebalik aktiviti itu,” soal beliau.
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan 12 individu daripada pelbagai agensi penguatkuasa ditahan SPRM selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah bagi melindungi pusat urut haram di sekitar Selangor.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor yang juga merupakan ketua balai polis di negeri terbabit selain 3 anggota berpangkat sarjan, koperal, lans koperal dan konstabel.
Turut ditahan ialah 4 anggota bomba dan penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
“Penangkapan itu menampakkan kesungguhan SPRM membenteras aktiviti jelek dan memahami sensitiviti masyarakat namun saya hairan kenapa bukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan penangkapan itu?
“Aktiviti tersebut adalah dalam kategori jenayah berat yang sepatutnya dalam bidang kuasa PDRM,” soal beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga merayu dan mendesak PDRM bertindak tegas membanteras aktiviti judi dan pelacuran itu dalam apa cara sekalipun.

Skandal hartanah: Bilik kebal pula bolos, integriti Khaled dipertikai

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin gagal dalam menyelia dan memantau agensi-agensi di bawah beliau daripada terlibat dalam skandal penipuan dan rasuah melibatkan hartanah di negeri itu.
Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad berkata, kegagalan itu jelas terbukti apabila dokumen penting seperti geran atau suratan hak milik yang disimpan dalam 'bilik kebal' boleh diseludup keluar.
Dzulkifly Ahmad"Skandal yang terbaharu ini semakin melunturkan integriti dan kepercayaan rakyat Johor kepada kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin. Bagaimana Pejabat Tanah dan Galian Johor, salah satu agensi penting di bawah portfolio MB Johor selaku Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi telah terlibat dengan beberapa skandal rasuah sebelum ini boleh sekali lagi terlepas pandang oleh beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kes bekas kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG) yang ditahan polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) kerana terlibat dalam memalsukan nama pemilik tanah.
Mereka terlibat dalam memalsukan nama pemilik tanah yang terletak disekitar Johor Bahru milik warga Singapura dan Indonesia dan kemudian menjual hartanah tersebut kepada pihak lain. Setakat ini mereka telah menjual beberapa plot tanah dengan nilai lebih daripada RM15 juta.
"Isunya adalah kumpulan ini disyaki mempunyai 'orang dalam' di PTG yang bersubahat kerana PDRM telah merampas berpuluh-puluh dokumen yang dipercayai telsh dicuri dari Bilik Kebal di PTG Johor," katanya.
Beliau berkata, sikap Khalid yang seolah-oleh tidak berasa bersalah terhadap semua skandal hartanah yang berlaku ini memperlihatkan tahap kredibiliti dan sikap kebertanggungjawaban beliau yang sangat rendah sebagai seorang ketua kerajaan.
"Saya yakin seperti kes-kes skandal sebelum ini MB Johor akan mengeluarkan kenyataan 'kita serahkan kepada PDRM untuk buat siasatan dan kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya'.
"Ini adalah satu 'escapism' untuk MB Johor lari daripada mengambil tanggungjawab atau akauntabiliti sebagai ketua kerajaan negeri Johor," katanya.

Dasar baru China: Johor didakwa bakal hadapi lambakan projek terbengkalai

Salahudin bimbang nasib Forest City selepas China buat dasar baru kewangannya.Salahudin bimbang nasib Forest City selepas China buat dasar baru kewangannya.
Berikutan tindakan drastik Kerajaan China mengawal pengaliran keluar modal, ramai pakar ekonomi meramalkan berlakunya lambakan projek hartanah terbengkalai khususnya di negeri Johor.
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya berkata, adalah difahamkan projek super mega Forest City yang hampir keseluruhannya mensasarkan pasaran dari negara China akan paling awal terkesan.
Ia adalah akibat daripada dasar Bank Pusat China yang menekan rakyatnya yang membeli hartanah di luar China supaya menghabiskan pinjamannya atau membayarnya di dalam negara China sahaja.
Sebagai bukti jelas, katanya, syarikat pemaju China iaitu Country Garden yang membangunkan projek Forest City telah pun menutup semua pusat jualannya di China.
Ini bermakna, tidak akan ada jualan baru dan padahnya adalah cukup besar untuk mengisi saiz projek Forest City yang luasnya 1,385 hektar, katanya.
"Adakah Kerajaan Negeri Johor di bawah Team Johor pimpinan Datuk Seri Khalid Nordin tidak meneliti Kajian Kemungkinan (feasibility study) terhadap projek Forest City?