Isnin, 13 Mac 2017

PARLIMEN MALAYSIA: Rafizi Ramli Londehkan Najib Razak Dlm Perbahasan Titah Diraja

Dr Zakir Naik tolak tawaran tanah di Terengganu

PAS tidak akan ada kerjasama politik dengan UMNO - Mohd Amar

Siar debat Mahathir-Nazri di TV3 atau RTM jika kerajaan telus soal 1MDB

Sesi debat adalah medium terbaik bagi kerajaan UMNO-Barisan Nasional menjelaskan mengenai isu skandal 1MDB kepada rakyat setelah gagal berbuat demikian di dalam sidang Parlimen sebelum ini.
Justeru, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyokong kesudian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkongsi pentas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bagi membincangkan skandal syarikat pelaburan milik negara itu.
“Malah, kami menggesa Kabinet mendesak agar TV3 dan RTM menyiarkan secara langsung sesi debat berkenaan jika benar kerajaan Persekutuan mengaku bahawa tiada apa untuk disorokkan (berhubung skandal 1MDB).
“Kerana ia adalah peluang terbaik bagi pentadbiran Najib untuk mematahkan segala tuduhan pembangkang terhadap 1MDB serta imejnya yang sedia ada tercalar kini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Nazri seperti dilaporkan Malaysiakini Sabtu lalu menegaskan bahawa dia tetap mahu berdebat dengan Dr. Mahathir.
“Mengapa saya perlu (menarik diri daripada berdebat)?
“Saya Nazri Aziz, kamu patut lebih tahu saya ni macam mana. Saya bukan (Abdul) Rahman Dahlan,” katanya dipetik laman portal berkenaan.
Rahman Dahlan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini lari daripada berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu tanah taman manggis meskipun sebelum itu beriya-iya mahu mengajak Setiausaha Agung DAP itu berdebat.

PKR tetap pertahan lapan kerusi di Kelantan

Ab Aziz Ab Kadir KOTA BHARU - Walaupun wujud gesaan secara tidak langsung untuk melepaskan kerusi yang diduduki, namun PKR Kelantan tidak sesekali beralah dan tetap mempertahankannya pada PRU14 nanti, kata Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir.
Menurutnya, sehingga kini, hubungan antara PKR dan Pas di Kelantan berjalan seperti biasa walaupun ada yang membayangkan ia akan berakhir pada Muktamar Pas, April ini.
“Kita tidak kisah apa gesaan yang timbul. Namun PKR tetap bertegas akan pertahankan kerusi yang kami ada sekarang iaitu tiga di parlimen dan lima di dun,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai isu usul yang dikemukakan Pas Cawangan Kelewek, Tanah Merah yang mahu kerusi itu dipulangkan kembali kepada Pas untuk PRU akan datang.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu keputusan rasmi mengenai sebarang kerjasama dengan mana-mana parti politik (PKR dan Bersatu) akan dimaklumkan selepas muktamar parti itu, April ini.
Mengulas perkara tersebut, Ab Aziz berkata, PKR Kelantan menerima dengan terbuka keputusan yang akan diumumkan, sama ada ia hubungan tersebut akan diteruskan mahupun sebarang keputusan lain diputuskan.
“Kita terima, tiada masalah kerana kita berada dalam satu blok pembangkang. Jika keputusan (menolak kerjasama) berlaku pun, kita tetap akan lawan (pertahan kerusi), buat masa ini kita tunggu keputusan muktamar,” katanya.

PAS tegaskan tiada kerjasama politik dengan Umno kata Mohd Amar

PAS menegaskan parti itu tetap menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti Islam itu.
Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS hanya akan bekerjasama dengan Umno BN dalam isu melibatkan kepentingan agama, negara dan masyarakat.
"Jika hal berkaitan kepentingan negara, Islam dan semua rakyat, memang kita akan bekerjasama tetapi ia hanya antara kerajaan, tiada kerjasama politik.
"Kita akan lawan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Taman Melewar, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan perdana menteri semalam yang menyatakan kerajaan persekutuan diterajui BN mendahulukan rakyat dalam sebarang bentuk kerjasama dengan PAS.
Najib juga berkata pemimpin PAS perlu mengetepikan idealogi politik sempit kepartian kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.
Sementara itu mengenai proses rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula, Mohd Amar berkata setakat ini ia masih lagi di peringkat perbincangan.
"Baru dengar dia cakap apa, kita cakap apa. Kita belum ada persetujuan sama ada nak buat kerjasama atau tak kerjasama, belum ada apa-apa lagi," tegasnya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan turut ditanya sama ada perlu atau tidak kerjasama politik berasaskan negeri antara parti-parti politik diwujudkan.
"Itu yang sedang dibincangkan. Kami sudah meminta negeri untuk melihat potensi keperluan untuk perkara itu dibuat.
"Selepas dikumpul, PAS Pusat akan menilai semula semua cadangan," katanya.

SPRM tahan 12 penguatkuasa lindungi premis urut

Suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.
sprm-2
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguatkuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan dalam operasi khas di sekitar Selangor hari ini.
SPRM dalam kenyataan media memaklumkan mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
“Kesemua 12 ditangkap lebih kurang jam 9.00 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan dalam operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM.
“Daripada hasil risikan yang dijalankan selama hampir 3 bulan, mereka didapati telah menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di 2 daerah di selangor,” katanya.
SPRM berkata suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.
SPRM juga merampas wang tunai RM25,000 daripada salah seorang inspektor tersebut di rumah dan pejabatnya.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Beliau berkata kesemua suspek yang berusia antara 26 dan 53 dijangka akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk direman.
Mengulas lanjut, SPRM difahamkan, penguatkuasa yang diamanahkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
“Ini dengan mengutip wang rasuah bagi melindungi pusat-pusat terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggajikan pendatang tanpa izin dan juga melanggar aspek keselamatan kebakaran,” katanya

PENYANGAK ‘RAMPAS’ TANAH DI JOHOR DIKESAN

JOHOR BAHRU: Satu sindiket yang mempunyai hubungan kukuh dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dan ‘orang dalam’ telah mengenal pasti plot tanah terbiar milik warga asing di bandar ini sebelum ‘menukar’ status pemilikan dan menjualnya bagi mendapatkan untung besar.
Sindiket itu, yang telah beroperasi dalam tempoh tertentu, setakat ini telah menjual beberapa plot tanah milik rakyat Singapura dan Indonesia dengan nilai lebih dari RM15 juta.
Bagaimanapun, polis Johor dapat mengesan aktiviti mereka dan setakat ini telah menahan tiga suspek berusia 30-an dan 50-an, termasuk seorang bekas pembantu pentadbiran PTG di Nusajaya, dalam satu siri serbuan beberapa hari lepas.
Sumber berkata, bekas pegawai itu, yang telah berkhidmat dengan PTG lebih dari 10 tahun, baru-baru ini telah dipindahkan ke agensi kerajaan lain.
 
Dua lagi suspek, yang didakwa sebagai broker tanah, adalah ahli kumpulan jenayah terkenal dan mempunyai rekod, termasuk dalam kes pembunuhan.
Kesemua suspek kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai siasatan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian hotline polis di 07-221 2999.
Difahamkan, polis telah merampas berpuluh-puluh dokumen, dipercayai telah dicuri, dari bilik kebal di pejabat PTG Nusajaya.
Sumber berkata, sindiket itu menggunakan kakitangan pejabat tanah untuk mengenal pasti plot tanah di sekitar bandar yang dimiliki orang asing dan telah ditinggalkan untuk beberapa ketika.
“Suspek kemudian menggunakan dokumen keselamatan untuk mencetak nama pemilik baharu bagi penukaran status hak milik sebelum memfailkan dokumen-dokumen di PTG.
“Dengan status pemilikan baharu, mereka akan cuba untuk menjualnya kepada pemilik yang berpotensi,” kata sumber.
Sindiket itu, menurut sumber, telah mengambil masa yang panjang untuk menjalankan kegiatan haram mereka, termasuk menunggu sehingga beberapa tahun bagi menukar beberapa butiran tanah.
Ia juga mengeluarkan nombor pasport palsu pemilik tanah, cop pesuruhjaya sumpah dan dokumen undang-undang untuk meyakinkan PTG dan bakal pembeli mereka, tambah sumber itu.
Penipuan mereka dikesan apabila seorang peguam yang bertindak bagi pihak anak guamnya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam penjualan sebidang tanah bernilai jutaan ringgit di Gelang Patah.

NOMINI SEORANG EXCO TERIMA RM448,300 DARI PEKEBUN SAYUR?


Kisah ini masih belum terbongkar lagi dan masih ramai yang tidak terperasaan walaupun ceritanya ada disiarkan dalam sebuah media arus perdana. Kita tidak mahu membuat tuduhan dan hanya akan cuba mengupas terhadap apa yang berlaku atau dilaporkan itu. Itu sahaja. Sekiranya kisah ini tidak benar, atau merupakan andaian atau palsu anggaplah ia sampah. Syukur Alhamdulilah.
Kisahnya begini. Ohya kisah ini dipadankan daripada satu laporan polis ertinya ia bukan kisah kosong sebab laporan polis dianggap dokumen yang sah. Sesiapa yang membuat laporan polis palsu ia boleh dikenakan tindakan dibawah akta tertentu. Jangan main-main.
Laporan polis itu dibuat oleh seorang pekebun, penanam sayur dari negeri Hang Tuah Melaka. Namanya saya rahsiakan untuk keselamatan dan maruahnnya. Dalam laporan polis itu beliau mengadu satu kejadian semacam “sendiket” yang menawarkan tanah kepadanya untuk dijalankan perusahaaan menanam sayur.
Tanah yang dijanji itu seluas 500 ekar terletak dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Daerah di mana tertegaknya tugu banjir yang menjadi kontroversi baru-baru ini kerana tapak pembinaanya menjadi pertikaian. Kata setengah kaul tapak itu kepunyaan masjid Jauhar, setengah kaul lain kata tanah itu rezab jalan. Kedua-dua kaul itu bukan Syiah. Hehe..
Menurut laporan polis tersebut penanam sayur itu telah didatangi oleh dua lelaki berbangsa Cina. Namanya ada dengan saya dan saya tidak menyebutnya di sini buat sementara. Alasannya seperti tadi juga lah. Bagaimana dalam laporan akhbar nama mereka ada disebut dengan jelas.
Kedua-dua lelaki itu telah menemui penanam sayur budiman itu memberi tahu dia dapat membantu untuk mendapat tanah pajakan seluas 500 ekar bagi tujuan industeri penanaman sayur di Kelantan.
Penanam sayur itu kurang mempercayai tawaran itu. Maka itu kedua lelaki itu telah “menemuikannya” dengan seorang wakil rakyat sebagai saksi atau pun gerentor. Disebabkan mempercayai kepada wakil rakyat berkenaan penanam sayur itu bersetuju dengan tawaran itu dan bersetuju dengan syarat dikenakan untuk mendapatkan tanah itu.
Syaratnya, penanam sayur itu kena bagi sekian banyak derma untuk parti agama (Pas) Kelantan bagi tujuan perbelanjaan pilihan raya. Syarat ini standard sahaja seperti dalam lain-lain pakej untuk menggodam duit rakyat sebelum ini; semuanya untuk tabung kebajikan atau parti. Semasa Tokguru masih hidup dulu beliau ada bercerita kepada saya setiap orang yang datang minta kawasan balak dengannya, mengatakan atau berjanji akan menyumbangkan sedikit kepada parti. Walhasil katanya tidak ada apa.
Penanam itu bersetuju, lantas itu beliau pada bulan-bulan tahun 2012 hingga Januari 2014 telah membuat tranksaksi melalui bank kepada salah seorang lelaki itu sebanyak RM582,000.00. Dan apa mengejutkan penanam sayur itu juga telah membuat tranksaksi kepada seorang lelaki Melayu beragama Islam (namanya ada pada saya) sebanyak RM448,300.00. Mengejutkan lagi lelaki ini dikatakan Ketua Pemuda Pas Cawangan Pasir Mas.
Nama jawatan itu sedikit mengelirukan, kerana jawatan sebegitu tidak ada dalam organisassi Pas, yang ada adalah Kawasan atau pun cawangan. Mungkin tersalah al maklumlah yang membuat laporan itu orang Cina yang tidak mengetahui mengenai terma dan hirearki dalam Pas.
Persoalan kini siapakah lelaki yang dikatakan (mengaku) Ketua Pemuda Pas di Pasir Mas itu? Wujud atau tidak. Yang pasti dia wujud kerana dia ada nama dan ada identiti. Lagi pun wang sebanyak RM448,300.00 itu dimasukkan ke dalam bank. Tentu ada slip. Cuma apakah benar dia adalah salah seorang anggota parti agama atau tidak?

Ceramah PAS semakin sarat dengan cercaan, kata Prof Agus

PAS perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus memerintah Kelantan
agus-pas
Seorang penganalisis politik berkata PAS perlu mengubah pendekatan politik mereka sekarang ini kerana ceramah anjuran mereka nampaknya sarat dengan cercaan.
“Dengan pendekatan politik PAS sekarang, saya tengok politik PAS seperti hilang arah,” kata Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff, pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“PAS perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus memerintah Kelantan,” katanya di Facebook hari ini.
“Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu besar kerajaan yang akan memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.”
Pertelagahan dalam Pakatan Rakyat akhirnya membawa kepada terkuburnya pakatan pembangkang itu, bahkan terbentuk parti serpihan PAS, iaitu Amanah.
Pada 20 Februari lalu, PAS mengadakan ceramah “Husam Lari Dari Debat Baiah” di Kota Bharu selepas mendakwa penasihat Amanah Kelantan itu “penakut” apabila gagal memberi tarikh debat mengenai isu baiah.
Suasana bertukar riuh apabila Husam tiba-tiba muncul di ceramah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV. Kehadirannya membawa kepada kata-kata tidak sopan dilemparkan beberapa hadirin.
Agus berkata pendekatan PAS berbeza dengan pendekatan Umno, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih lembut, memujuk dan kemas.

Dari celik mata sampai nak mati SEMUA KENA GST !!!

Yang miskin nak mati pon wajib bayar GST utk beli kayu papan kubur..

Tak puas2 nak menyamun & menyangak duit rakyat

SUDAH DIJANGKA kesudahannya.. jika melibatkan pemimpin2 tertinggi AMENO.

Inilah Tanahairku yg selamanya diperintah AMENO...

Selesai siasatan sahaja tidak cukup. Kita nak tahu, apa jadi pada kertas siasatan ini?

Kena dakwa atau tidak? Kalau tidak kena dakwa, apa sebabnya?

RASUAH PENJAWAT AWAM, JANGAN SAMPAI NEGARA DIGELAR 'MALAYSIA DARUL RASUAH'

Saya memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki yang memetik statistik Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM bahawa pada tahun 2016 sehingga Februari 2017 sahaja sebanyak 665 Kertas Siasatan telah dibuka melibatkan penjawat awam di negara ini.

Menurut beliau, seramai 548 penjawat awam telah pun ditangkap sepanjang tempoh itu dan sebanyak 63 kes telah dituduh di mahkamah. Bagi saya jumlah tersebut satu angka yang sangat besar kerana ia melibatkan penjawat awam yang sepatutnya berintegriti dan menjaga wang rakyat dengan sebaik-baiknya.

1. Gejala rasuah di kalangan penjawat awam ketika ini semakin membimbangkan, terutamanya melibatkan agensi seperti Jabatan Air, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan beberapa agensi lain. Hal ini harus dibendung segera kerana kita khuatir jumlah tersebut akan terus meningkat dari hari ke hari.

Kita juga melihat kemerosotan negara dalam indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) Malaysia baru-baru ini. Kedudukan negara jatuh dari tangga ke 54 kepada 55 daripada 176 buah negara, yang mana saya percaya ianya berpunca daripada gejala rasuah yang telah didedahkan, selain isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

2. Peningkatan persepsi rasuah dalam kalangan kakitangan awam ini saya lihat memberi impak yang sangat besar kepada rakyat, sekali gus akan menimbulkan kesangsian dan ketidakpercayaan mereka serta pelabur asing kepada agensi awam.

3. Perkara yang perlu dilakukan sekarang adalah SPRM harus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, yang menzahirkan rasa dukacita baginda ke atas penyelewengan, ketirisan, rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.

Umno Kelantan yang desak 'dera' rakyat Kelantan

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mendakwa Umno Kelantan yang mendesak kerajaan pusat agar 'mendera' rakyat negeri itu.
Menurut beliau, ini berikutan kekalahan Umno Kelantan dalam PRU pada 1990.
"Dalam pengetahuan saya, ia bukan keputusan seorang pemimpin saja. Sebaliknya ia keputusan dibuat Umno Kelantan selepas kalah dalam PRU 1990.
Datuk Kamarudin Jaafar "Mereka yang desak Umno pusat untuk mendera Kelantan kerana kalah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa ada pemimpin terdahulu yang mengatakan rakyat Kelantan perlu 'didera'.
"Pemimpin terdahulu dari ambo, tak payah sebut nama, dia kata orang Kelantan ini patut kita dera, kurangkan peruntukan. Ambo tak percaya, ambo tak kurang, ambo tambah peruntukan untuk rakyat Kelantan," kata Najib.
Walaupun tidak menyebut nama, Najib dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, Najib tidak perlu merujuk kepada mana-mana pemimpin terdahulu kerana beliau sendiri menjadi perdana menteri untuk tempoh agak panjang.
"Jadi beliau perlu beri tumpuan kepada pembangunan terutama luar bandar dan antara yang penting ialah projek infrastruktur," katanya.
Katanya, Najib perlu melaksanakan janji untuk membangunkan negara bukan saja di Kelantan malah seluruh negara.
"Walau apa yang dilakukan pemimpin terdahulu sebagai warganegara Malaysia khususnya rakyat Kelantan sudah tentu kita inginkan pembangunan diberikan sama rata," katanya.

SPR sekat hak pengundi kali pertama di Selangor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa cuba menafikan tanggungjawab dan hak pengundi pemilih kali pertama sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis mendakwa, SPR cuba memanipulasi hak pengundi Selangor menerusi bantahan pendaftaran alamat kediaman pemilih bagi Parlimen Sepang.

Jay Jay DenisKatanya, spekulasi negatif berhubung isu berkenaan juga timbul apabila hanya kaum Cina sahaja dipanggil bagi memberikan penerangan berkait maklumat kediaman pengundi.
“Saya tidak faham apa yang dilakukan SPR apabila mengemukakan bantahan membabitkan kaum tertentu. Adakah mereka menetapkan perbezaan itu mengikut kaum atau bantahan (alamat) dibuat merujuk kepada satu kaum sahaja yang majoritinya pengundi baru bagi kawasan ini.
“Saya minta SPR kalau mahu tipu rakyat, jangan buat begini dan keutamaannya jangan susahkan rakyat,” katanya selepas hadir pada Sesi Pendengaran Siasatan Awam yang turut dihadiri lebih 50 pengundi bagi Parlimen Sepang, di sini, hari ini.
Terdahulu, sesi pendengaran dibuat sebagai bantahan susulan timbulnya keraguan alamat kediaman pemilik yang didakwa SPR sebagai ‘alamat tidak dikenali’.
Mempertikai alasan itu, Jay menyifatkan kenyataan berkenaan tidak masuk akal selain berkait agenda tertentu parti kerajaan di peringkat persekutuan.
“Kalau tidak dikenali, bagaimana kiriman surat boleh dihantar kepada penerima sebelum ini? Ia alasan yang langsung tidak masuk akal.
“Tindakan SPR ini seolah-olah menampakkan suruhanjaya ini sudah bekerjasama dengan parti politik tertentu,” katanya.
Sesi pendengaran siasatan awam SPR dijalankan susulan timbulnya bantahan proses pendaftaran pemilih yang didakwa tidak bertepatan dengan prosuder suruhanjaya itu.
Antara pertikaian dibangkitkan termasuklah isu pendaftaran alamat pengundian dan status daftar pemilih pengundi PRU-14.

K’jaan belum memutuskan pengauditan semula 1MDB

Kerajaan belum membuat keputusan sama ada juruaudit baru 1MDB Parker Randall akan mengaudit semula penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 yang pengesahannya telah ditarik balik oleh bekas juruaudit Deloitte.
"Sebarang keputusan mengenai pengauditan semula penyata kewangan beraudit 1MDB yang lepas akan dibuat selepas perbincangan dengan juruaudit baru," kata Menteri Kewangan Datuk Najib Razak.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pua bertanya sama ada Parker Randall akan mengaudit semula penyata kewangan 1MDB untuk tahun 2013 dan 2014.
Parker Randall dilantik sebagai juruaudit 1MDB bulan lalu berikutan keputusan Deloitte untuk melepaskan tugas itu pada Julai tahun lalu.
Deloitte mengundurkan diri seminggu selepas Jabatan Keadilan (DOJ) mengumumkan saman pelucuthakan sivil yang bertujuan merampas dana dan aset yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.
Berikutan itu, Deloitte berkata bahawa penyata kewangan bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan.
Pua juga meminta menteri kewangan menyatakan bila 1MDB akan mengemukakan penyata kewangannya bagi tahun 2015 dan 2016.
Najib berkata bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melanjutkan masa sehingga 31 Mac untuk 1MDB mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan meluluskan penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan 2015 dan 2016.

Rafizi persoal pelaburan RM380 juta k’jaan di Langkawi

Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mempersoalkan pelaburan kerajaan pusat dalam dua projek "mewah" di Langkawi meskipun ketika negara mengamalkan langkah berjimat cermat.
Menurutnya, kerajaan melabur RM380 juta melalui geran, suntikan modal dan pinjaman dalam St Regis Hotel dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
“Saya nak ingatkan balik Dewan dalam keadaan kita pertahankan keputusan melupuskan subsidi minyak, Pekan (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) guna duit rakyat bina dua projek mewah di Langkawi,” kata Rafizi di Dewan Rakyat hari ini.
Kedua-dua St Regis dan LICC siap pada tahun 2015, dan adalah usaha sama antara kerajaan dan kumpulan Rajawali Indonesia.
Kerajaan memansuhkan subsidi petrol pada bulan Disember 2014 dan menurut pentadbiran Najib, langkah itu perlu kerana hasil minyak yang merudum.
Rafizi berkata, walaupun melabur RM380 juta dalam kedua-dua projek, kerajaan hanya mempunyai pegangan 60 peratus.

Kenapa RUU355 tidak dibahas di Parlimen, soal MP Amanah

Mansuhkan GST tanpa jejas BR1M, ucap Guan Eng di Parlimen

Rasuah 1MDB,Menteri Takut Nak Jawab Soalan Lim Guan Eng

Najib 'juara' belanja wang minyak negara, kata Rafizi

Najib belanjakan pendapatan petroleum lebih banyak dari PM lain

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membelanjakan lebih banyak pendapatan petroleum di negara ini berbanding pendahulunya sejak memegang jawatan itu pada tahun 2009, dakwa anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata Najib adalah 'jaguh antara jaguh' dan telah membelanjakan RM376 bilion pendapatan petroleum di antara 2009 dan 2016, atau purata sebanyak RM54 bilion setahun.
"(Tun) Mahathir (Mohamad), sepanjang 22 tahun jadi PM belanjakan RM163 bilion, RM8 bilion setahun," kata Rafizi kepada Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi berkata, angka itu berdasarkan data disediakan Jabatan Perbendaharaan atas dividen petroleum, royalti minyak dan hasil petroleum dari tahun 1970 sehingga 2016.
Rafizi berkata, pendahulu Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM204 bilion pendapatan petroleum, atau RM41 bilion setiap tahun dari 2003 hingga 2009; Tun Hussein Onn membelanjakan RM8 bilion, atau RM1.6 bilion setahun (1976-1981); dan Tun Razak Hussein membelanjakan RM1 bilion atau RM175 Juta setahun (1970-1976).
Disoal oleh Datuk Hasan Ariffin (BN-Rompin) mengenai harga minyak semasa pada era setiap perdana menteri itu, Rafizi menjawab bahawa dari zaman Tun Abdul Razak Hussein ke era Mahathir, harga minyak adalah kira-kira AS$ 20 hingga AS$ 30 setong.
Sementara itu, pada masa Abdullah, harga minyak naik kepada AS$ 120 setong sebelum jatuh kepada AS$ 60 setong, manakala pada masa Najib, harga setong turun naik antara AS$30 dan AS$70 serta kini pada AS $58 setong.
"Persoalan sekarnag kalau dapat durian runtuh bukan makna kita kena belanja semua. Patut masa dapat durian runtuh simpan untuk anak cucu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.
Dalam ucapannya, Rafizi bersetuju dengan langkah Putrajaya menetapkan harga bahan api pada setiap minggu bermula April.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa harga siling mestilah termasuk pemberian subsidi.
Beliau kemudian menekankan janji Pakatan Harapan, bahawa mereka akan memperkenalkan subsidi bahan api berasaskan penggunaan yang akan dikawal selia dengan penggunaan MyKad, sekiranya menang pilihan raya akan datang.
Ia katanya bagi memastikan hanya rakyat Malaysia mendapat bantuan itu.
Sementara itu, ketika ditemui Malaysiakini, Rafizi mengesahkan angka perbendaharaan itu tidak mengambil kira kadar inflasi dan perubahan dalam nilai mata wang.

Singapura sekat bekas pengarah bank berkaitan skandal 1MDB

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengharamkan bekas pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner daripada berurusniaga di negara ini berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS mengeluarkan perintah larangan 10 tahun terhadap Leissner kerana pelanggaran berkaitan 1MDB.
Menurut MAS, Leissner pada Jun 2015 mengeluarkan surat tanpa kebenaran kepada sebuah institusi kewangan di Luxembourg dan membuat kenyataan palsu bagi pihak Goldman Sachs (Asia) tanpa pengetahuan syarikat.
Berikutan itu, Leissner dihalang daripada menjalankan sebarang aktiviti yang dikawal selia oleh Akta Niaga Hadapan dan Sekuriti Singapura atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana firma perkhidmatan pasaran di republik itu.
Leissner dilaporkan seorang tokoh utama dalam usaha Goldman Sach meningkatkan AS$ 6.5 bilion menerusi penjualan tiga bon pada tahun 2012 dan 2013.
Goldman Sachs dilaporkan meraih AS$ 593 juta komisen melalui perjanjian itu.
Leissner (foto) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merupakan ketua panel penasihat 1MDB bergambar bersama-sama di San Francisco pada September 2013 ketika perdana menteri merasmikan Khazanah Americas Incorporated (KAI).

2 pemimpin Umno persoal Annuar kaitkan tindakan Mara dengan UEC

Mereka berkata Annuar digantung tidak ada kena mengena dengan kenyataannya menyokong UEC.
annuar-musaKUALA LUMPUR: Dua pemimpin Umno hari ini mempersoalkan dakwaan Tan Sri Annuar Musa yang beliau digantung daripada jawatan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana mengeluarkan kenyataan menyokong Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah Cina.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau sendiri seorang penyokong kuat UEC tetapi tidak berdepan dengan sebarang tindakan.
“Saya mahu tahu siapa yang mendiskriminasi dia, adakah kabinet?
“Saya sendiri menyokong UEC, walaupun Muhyiddin waktu menjadi menteri dia tidak bersetuju dengan UEC,” kata Nazri merujuk bekas menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Annuar, yang juga ketua penerangan Umno, dipetik sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini sebagai berkata sokongannya terhadap UEC adalah punca utama beliau digantung jawatan pengerusi Mara.
Seminggu selepas digantung jawatan pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) dalam mesyuarat khas Mara, Annuar bertemu wakil Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 7 Februari lalu dan menyeru isu pengiktirafan UEC diselesaikan secara baik.

Agih negeri, lagi bukti kerjasama Pas-Umno?

Pas dan Umno
Kerjasama Pas-Umno dilihat semakin jelas melalui ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang hanya mahu partinya menguasai negeri tertentu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang Menurutnya, parti itu harus memerintah di lima negeri dalam satu majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas di Alor Limbat di Marang, Terengganu yang difahamkan berlangsung bulan lalu.
Rakaman video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial itu juga menyaksikan penegasan Hadi sebanyak dua kali bahawa negeri-negeri lain biarlah dikuasai Umno-BN.
"Sebab itu bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar Pas memimpin. Negeri lain Umno nak lagi biarkan dia. Biarkan dia. Kalau boleh (Pas) nak telan habis, telan habis," ujarnya yang ketika itu berjubah dan berserban putih.
Ini bermakna Hadi tidak mempedulikan sama ada BN akan menguasai atau tidak lapan negeri lain iaitu Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Tanpa menyebut pihak tertentu, beliau selanjutnya berkata, pentingnya Pas menjalin satu kerjasama politik.
Menyedari kemampuan Pas terhad untuk menguasai semua negeri, Hadi menyifatkan kerjasama itu bertujuan bagi mengelak kuasa politik Islam lenyap.
"(Pas) kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting kita kena sedar," ujarnya.

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?


Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang
Seorang pengamat dan kolumnis terkenal mengakui, pendekatan politik matang dan sejahtera Pas bukan saja tidak difahami secara mendalam oleh orang ramai, malah Presiden Umno, Najib Razak sendiri mungkin keliru untuk mantafsirkannya.
Saya juga berjumpa dan bertemu ramai orang, termasuk sarjana sains politik, bertanyakan hal sama, iaitu tentang pendekatan Pas yang semakin payah dihadam umum. Jawabnya juga hampir tidak berbeda.
Mereka agak keliru dengan gaya berpolitik Pas, yang disifatkan idea tersendiri-mutlak presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, dan tidak lagi melalui proses semak dan imbang dalam parti.
Yakin dengan Tok Guru 
"Kami yakin dengan buah fikiran dan ilham Tok Guru (Haji Hadi). Walaupun kadang-kadang agak susah nak faham apa hikmahnya, tetapi kami percaya idea Tok Guru dipandu wahyu dan petunjuk Allah. Lama kelamaan nanti kita akan mengerti juga mengapa Pas memilih jalannya tersendiri," kata seorang aktivis Parti Islam itu ketika ditanya mengapa Pas memilih pendekatan berbeda dengan parti pembangkang lain.
"Tok Guru Haji Hadi ulama terkemuka dunia, takkan dia nak bawa kita masuk neraka. Ada perkara yang dia nampak, tapi kita tak nampak. Yang penting, jangan sangsi atau bersangka buruk. Cara dan gaya berpolitik orang alim berbeda dengan stail pemimpin sekular pembangkang," seorang penyokong kuat Pas memberi komentar apabila diajukan adakah beliau bersetuju dengan sikap parti itu yang dilihat tidak lagi bertegang urat dengan seteru tradisi, Umno.
bendera pasbendera pas
Meneliti respons kenalan-kenalan saya dalam facebook, saya juga dapat menangkap mesej yang sama. Penyokong Pas memberi reaksi hampir seragam, sebahagiannya tidak dapat menyembunyikan emosi mereka yang sarat dengan nada marah dan terkilan terhadap posting saya. Ada yang menganggap saya sengaja mengumpan provokasi sedangkan saya sebenarnya ingin meneliti realiti Pas pada peringkat akar umbi.
Perubahan drastik 
Walaupun tidak pernah mengenali dari dekat personaliti kenalan di media sosial itu, saya melihat perubahan drastik tanggapan mereka terhadap saya hanya kerana memilih jalan berbeda. Kritikan dan kecaman sambung-menyambung. Malah, ada yang mendoakan penamat buruk buat kehidupan saya, terutama selepas dikaitkan dengan keuzuran berpanjangan.
Ketika Parti Amanah Negara belum ada tanda-tanda untuk ditubuhkan, malah Pas sendiri belum terbelah dua, dalam kemaskini FB, saya memuatkan gambar bertemu Dr Haron Din, Mursyidul Am di kediamannya, di Bangi. Seorang pengunjung seolah-olah mengherdik: "Nak mati baru ingat ulama ke?"
Konvensyen AmanahKonvensyen Amanah
Waktu itu siri kritikan bertalu-talu dihalakan kepada sidang editorial Harakah, termasuk saya, yang didakwa mengabaikan laporan tentang kepemimpinan ulama dan lebih memihak kepada Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim. Hal ini acap kali ditimbulkan dalam mesyuarat, dan kami menyanggah keras tohmahan itu, sambil meminta bukti dakwaan tersebut.
Apa pun, semua itu mengasuh saya supaya lebih sabar dan cermat, di samping menginsafi bahawa tidak mudah mempengaruhi orang lain dengan pandangan kita. Lebih malang, roh dan semangat kewartawanan sering disalah-tafsir oleh orang politik. Dan sememangnya setiap orang mempunyai pendirian tersendiri, berdasarkan sejarah dan latar belakang yang berbeda.
Sokongan moral 
Minggu lalu, seorang kawan kebetulan singgah di kediaman saya semata-mata untuk memberikan sokongan moral apabila beliau sering membaca komentar negatif dalam FB saya. "Tak tertekan ke perasaan Lutfi bila baca respons penyokong tegar Pas itu?" tanyanya.

Muhyiddin, bukan PAS perlu nyatakan pendirian BERSATU

Kebanyakan pemimpin DAP memilih untuk kekal membisu berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) 1965.
Mereka yang dihubungi Malaysiakini memilih untuk tidak mengulas sama ada ini boleh menjejaskan hubungan DAP-BERSATU.
Ketika ditemui di lobi Parlimen petang ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata Muhyiddin perlu menyatakan pendirian parti itu mengenai isu kontroversi berkenaan.
"Pendirian BERSATU perlu dijawab oleh Muhiddyin, bukan oleh Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu bagi pihak BERSATU," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi penyokong Muhyiddin sejak hujung minggu lalu dan masih menunggu jawapan mereka.Tuan Ibrahim mendakwa Muhyiddin pada dasarnya, bersetuju dengan pindaan itu semasa bermesyuarat dengan PAS.

Skandal Mara: SPRM selesai siasat Annuar Musa, kata menteri

Paul Low berkata, kertas siasatan kes itu sudah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya.
Datuk-Paul-Low-Seng-Kuan
KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa sudah selesai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, kertas siasatan kes itu sudah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta perdana menteri menyatakan status penyiasatan kes SPRM melibatkan pengerusi Mara itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Hanipa juga bertanya sama ada saksi utama kes berkenaan, iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipanggil memberi keterangan kepada SPRM.
Low berkata, siasatan SPRM mendapati tiada keperluan untuk memanggil Tunku Ismail memberi keterangan dalam kes tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan Annuar digantung tugas sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta-merta pada 31 Januari lalu, berikutan dakwaan berhubung penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Janji PRU-13 tak ditunai, Najib dah tabur janji baru

Rakyat diingatkan supaya tidak mudah termakan janji pemimpin munafik seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini ekoran sudah banyak bukti menunjukkan beliau bukanlah seorang yang jujur, amanah dan menepati janji.
NAJIBPengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata Najib sebelum ini gagal menunaikan janji menangani kos sara hidup rakyat yang merupakan perkara utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu.

“Niat Perdana Menteri turun padang dan tabur janji adalah untuk cuba tenggelamkan persepsi umum terhadap pentadbiran beliau yang dilihat semakin lemah dan dipenuhi pelbagai masalah, termasuk isu rasuah dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Mutakhir kita lihat beliau ke Kelantan menabur janji untuk cuba meraih sokongan rakyat di sana tetapi bila kita lihat kembali manifesto BN pada PRU-13, dalam hal pertama pun iaitu menangani kos sara hidup, kita saksikan kegagalan beliau,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, sepanjang empat tahun selepas PRU-13 berlalu, tiada sebarang usaha atau tindakan konkrit diambil Najib menangani kos sara hidup rakyat sekaligus membuktikan beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menunaikan janji.
Katanya, sebaliknya kos sara hidup rakyat terus meningkat disebabkan beberapa keputusan pentadbiran Najib yang tidak mengambil kira tekanan hidup yang dihadapi rakyat.
Antaranya, keputusan pentadbiran Najib yang beberapa kali dikesan menaikan harga bahan mentah dengan tidak selaras dengan harga pasaran minyak antarabangsa yang sepatutnya berada di paras rendah.

Zaid tegur pemimpin politik diam isu agama

Mungkin mereka takut kerjaya mereka tidak bertahan lama, kata Zaid
zaid-ibrahimPETALING JAYA: Pemimpin politik yang berdiam diri berkaitan isu agama Islam yang diketengahkan menunjukkan ketakutan mereka kepada pihak berkuasa lain, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata menteri besar dan wakil rakyat dipilih untuk membuat keputusan terhadap dasar awam tetapi mereka takut kepada majlis agama dan raja berpelembagaan.
“Mungkin mereka takut kerjaya mereka tidak bertahan lama,” menurut kenyataan di dalam blognya.
Komen beliau dipercayai ditujukan kepada kerajaan negeri Selangor yang berdiam diri terhadap isu fatwa oleh majlis fatwa dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan Sisters In Islam (SIS) sebagai sesat.
“Mereka tidak nampak keperluan untuk menarik perhatian Sultan yang fatwa itu tidak baik dari segi undang-undang dan pencerahan terhadap prinsip piawaian Islam.”
Zaid yang menyertai DAP bulan lalu berkata walaupun agama rasmi negara adalah Islam tetapi polisi awam masih tertakluk di bawah wakil rakyat dan pemimpin bukan agama.
“Jika polisi awam ditentukan oleh sekumpulan pegawai tidak dipilih seperti majlis fatwa, mengapa kita perlukan semua wakil rakyat ini? Tanya saja pada ‘penjaga agama Islam’ yang melantik dirinya sendiri untuk mengeluarkan fatwa mengenai apa saja yang mereka rasakan betul.
“Walaupun pemerintah itu ketua agama Islam dalam negerinya, mereka harus bertindak mengikut nasihat menteri besar.” kata Zaid.

Melayu perlu perintah kerana kita majoriti, kata Hadi

Presiden PAS berkata orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana politik Islam melarang pemimpin bersikap zalim terhadap mereka.
hadi-awangKUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya Malaysia perlu diperintah orang Melayu kerana mereka membentuk majoriti di negara ini, lapor Sinar Harian semalam.
Beliau berkata budaya politik di Malaysia sewajarnya didominasi dan dikuasai orang Melayu supaya dapat memimpin negara ini.
“Mengikut politik Islam, kaum yang berpengaruh akan menguasai sesebuah negara dan oleh kerana orang Melayu merupakan majoriti di negara ini maka mereka perlu menjadi pemimpin,” katanya mengikut laporan itu.
Merujuk kepada statistik 65% penduduk di negara ini adalah orang Islam, beliau berkata: “Orang bukan Islam jangan pula terasa hati kerana kita harus mengikut pecahan penduduk demi memelihara keharmonian negara.”
“Mereka juga tidak perlu bimbang kerana politik Islam melarang pemimpin untuk bersikap zalim kepada orang bukan Islam,” tambahnya.
Hadi dilaporkan berkata demikian pada dialog politik di satu majlis makan malam di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa, pada Sabtu.
Beliau juga berkata sudah sampai masanya masyarakat Islam mengamalkan budaya politik bersaudara kerana sudah lama mengamalkan budaya politik benci-membenci dan bermusuhan, katanya.

Bukan seorang saja mahu 'dera' Kelantan

Anggota parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar mendakwa Umno telah “mendera” negeri Kelantan kerana membalas dendam ekoran kalah pada pilihan raya umum (PRU) 1990.
Beliau kurang selesa dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyalahkan “pemimpin terdahulu” kerana tidak membawa pembangunan ke negeri pantai timur itu.

“Kalau ada apa-apa keputusan yang mengatakan pemimpin terdahulu yang dirujuk, dulu membuat dasar mendera Kelantan, (pada) pengetahuan saya ia bukan keputusan seorang pemimpin sahaja.

“Malah kalau (tak salah) ingatan saya, ia adalah keputusan yang dibuat oleh Umno Kelantan selepas kalah pada tahun 1990 yang lalu.
“Yang mendesak adalah Umno Pusat Malaysia untuk mendera kerana kalah pada PRU tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Semalam Najib berkata pihaknya bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.
Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Selain itu Najib turut menyalahkan pemimpin terdahulu yang mengurangkan peruntukan dan gagal membangunkan negeri itu.
Kamarudin bagaimanapun berkata Najib tidak seharusnya merujuk kepada mana-mana individu memandangkan beliau sudah menjadi perdana menteri.

“Saya rasa beliau tak perlu merujuk keputusan pemimpin-pemimpin sebelum ini sebab beliau sudah pun menjadi perdana menteri dalam tempoh yang agak panjang.

“Jadi oleh itu tumpuannya adalah pembangunan luar bandar dan projek infrastruktur,” katanya.

KONVENSYEN FELDA, 19 MARCH 2017, DEWAN JUBILEE PERAK SULTAN ABDUL AZIZ, SHAH ALAM

Saya mahu beri komen sedikit mengenai bantahan FELDA keatas konvensyen FELDA yang dianjurkan oleh pakatan harapan pada hujung minggu ini. Datanglah beramai ramai ke dewan Jubilee Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di Shah Alam Selagor. Pada 19hb March ini. Dengar jangan tak dengar. Ini konvensyen mengenai isu2 yang berkaitan FELDA.
Bantahan tersebut dibuat oleh pengarah urusan/ketua eksekutif FELDA- Hanapi Suhada. Kononnya, konvensyen ini akan mengacau keharmonian dan kebajikan warga FELDA. Warga Felda akan berbalah sesama sendiri, pendapatan mereka akan diambil oleh penganjur konvensyen. Agaknya, demikian lah naratif nya.
Saya meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanapi Suhada. Tidak ada pun menyebut keberadaan Lim Kit Siang atau DAP sebagai musuh hakiki. Ini pasti tambahan dari macai pemberita dan team propaganda UMNO dan kerajaan yang memerintah.
Konvensyen ini di mulakan oleh beberapa ahli parlimen parti pembangkang- terdiri dari MP2 dari PPBM, PKR, Amanah dan DAP. Ia disertai juga oleh pertubuhan anak FELDA- ANAK dan INVOKE pimpinan YB Rafizi Ramli. Malah INVOKE dan YB Rafizi lah pencetus idea konvensyen ini. Publict spiritedness nya tidak luntur.
Kebetulan, ANAK mempunyai lebih legitimasi dari pertubuhan yang dibentuk oleh ahli2 UMNO- kami anak FELDA atau KAF. Timbalan pengerusi KAF ialah Dato Mohd Sahfri Abdul Aziz, bekas exco negeri Pahang. Berlainan dengan ANAK- KAF lebih berbentuk organisasi dimana pemimpin2 UMNO yang diketepikan berteduh dan berkelana untuk kekal relevan. Warga FELDA lebih berbaloi menyertai ANAK dari KAF.
Saya sudah menjawab perkara2 kurang rasional dan berbaur rasis oleh Dato Mohd Sahfri. Mari kita beri beberapa instruksi kepada Hanapi Suhada pula.
Hanapi Suhada mesti sedar bahawa MP mempunyi tanggungjawab bercakap dan membangkitkan isiu2 yang melanda institusi yang dibentuk oleh kerajaan. Secara teknikal MP pembangkang pun ahli kerajaan- kerajaan menanti dan akan mengganti. Disamping itu, Hanapi Suhada mesti faham konsep kerajaan yang memerintah. Secara implikasi nya, yang tidak memerintah pun sebahagian dari institusi kerajaan. Ia nya memberi kita hak untuk bercakap keatas segala institusi dibawah jagaan kerajaan.
Semua institusi yang diujudkan oleh kerajaan tertakluk kepada prinsip accountability. Semua nya menjawab kepada kerajaan yang memerintah, kerajaan yang menanti dan kepada semua anggota masyarakat yang public spirited yang mahu menyatakan sesuatu mengenai institusi2 tersebut. Mereka tidak menanti mendapat kebenaran dari FELDA. Selagi FELDA itu dibiayai oleh wang rakyat melalui kerajaan yang memerintah, ia tertakluk kepada prinsip accountability. Public accountability ada sekatan yang mujarrab keatas perbuatan salah laku.
FELDA tidak terkecuali dari prinsip akauntabiliti ini. Banyak isiu yang melanda FELDA kalau tidak dibangkitkan oleh parti pembangkang akan didiamkan malah disembunyikan. Maka adalah menjadi tugas dan tanggung jawab parti pembangkang membawa isiu FELDA kepada perhatian rakyat.
Atas otoriti apa FELDA mahu membantah diperkata oleh orang awam apatah lagi oleh MP2? Jangan beritahu kita, kita tidak boleh bercakap mengenai FELDA kerana FELDA rasa tidak suka?
Jika demikian, tidak ada orang boleh membongkar isiu 1MDB kerana 1MDB pun tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa untuk membongkar salah laku yang berlaku dalam 1MDB. Demikian juga, tidak ada orang boleh bercakap mengenai MAS kerana MAS pun tidak memberi kebenaran kepada sesiapa membongkar salah laku dalam MAS. PKFZ pun demikian juga.
Jika Hanapi Suhada mahu tahu, pemberi kuasa kepada pembangkang atau MP2 atau mana2 public spirited individual untuk bercakap dan mengkritik FELDA, ialah prinsip pertanggung-jawaban. Prinsip ini bukan hak milik FELDA.

POLITIK KELANTAN: MENGGOREK HARAPAN UMNO TERAJUI KELANTAN


Tiga persoalan yang terpendam dalam minda umum apabila menjengok atau “merasar” (menganalisa sambil membayangkan) politik di Kelantan hari ini. Lebih tepat lagi mencari jawaban apa yang akan berlaku dalam Piraum ke-14 nanti. Persoalan paling popular ialah apakah Pas masih mampu mempertahankan kerajaan yang ditinggalkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sehubungan itu apakah Umno pula berjaya
menubuhkan kerajaan di Kelantan setelah diratah Pas 27 tahun. Sementara persoalan yang tidak kurang menjadi perhatian ialah sejauh manakah kemampuan Parti Amanah Negara (Amanah) memainkan peranan atau menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya itu nanti dan membawa politik baharu di negeri Cik Siti Wan Kembang
Dalam hal ini saya tidak mudah untuk meletakkan Amanah bakal menjadi peneraju kerajaan baharu di Kelantan atas beberapa faktor yang ada kepada parti tersebut. Bagi saya Amanah memiliki keistimewaan dan keunikan lagi.
Sebelum itu saya hendak beri sedikit pandangan dan mendedahkan analisa hasil hipotesis yang saya buat terhadap kemampuan Umno. Selepas ini baru akan mencongak kejutan bakal dilakukan oleh Amanah dan juga nasib bakal dialami Pas yang dianggap ampuh di Kelantan.
Atas kertas Umno berpeluang
Atas kertas, dengan mengikut sunnah dan sejarah politik yang pernah berlaku di Kelantan sebelum ini, Umno berpeluang besar untuk membentuk kerajaan berbanding dengan Pas dan Amanah. Perpecahan dalam Pas dengan wujudnya Amanah, adalah peluang besar untuk Umno menjulang piala dalam Piraum ke 14 nanti di Kelantan. Itu yang dilihat oleh semua dan andaian ini saya rasakan ia sekata.
Dengan mengambil dua sejarah lampau, di mana perpecahan parti utama memberi keuntungan kepada parti lawan, teori itu boleh digunapakai dalam penilaian ini dan ia memberi kelebihan kepada Umno.
Dalam tahun 1978 apabila parti Pas berpecah sehingga wujud Berjasa, kerajaan Pas 18 tahun gugur dan syahid. Tahun 1990 pula, apabila Umno Kelantan berpecah sehingga tertubuhnya Semangat 45, kerajaan Umno berusia 12 tahun tumbang tanpa memenangi walaupun satu kerusi, baik Dun dan Parlimen.
Jadi kali ini Pas yang menguasai Kelantan 27 tahun berpecah dua ia telah membuka senario baharu di Kelanan. Kemalangan ini akan memberi potensi besar kepada Umno. Persoalannya apakah perpecahan dalam Pas itu berjaya diambil kesempatan oleh Umno untuk menang di Kelantan seperti mana tahun 1978 dulu. Sejauh manakah kebijaksanaan Umno untuk memasang lukah dipergentingan kali ini. Inilah yang menarik untuk ditinjau.
Hari ini Umno memiliki 12 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.  Kerusi DUN menjadi milik Umno ialah di 1. Pengkalan Kubur (Tumpat), 2. Kok Lanas (Ketereh), 3. Gual Ipoh (Tanah Merah), 4. Selising, 5. Semerak (Pasir Puteh), 6. Bukit Bunga, 7. Air Lanas, 8. Kuala Balah (Jeli), 9. Dabong, 10. Nenggeri, 11. Paloh dan 12. Galas (Gua Musang).
Manakala kerusi parlimen ialah Jeli, Ketereh, Machang dan Tanah Merah.
Dari segi jumlah, Umno merlukan sekitar 10 hingga 15 kerusi lagi untuk menang dengan majoriti mudah. Sekiranya Umno berjaya tambah 15 kerusi dalam Piraum akan datang dan mengekalkan kerusi yang ada, bermakna Umno akan ada 27 kerusi, di mana jumlah itu sudah cukup membolehkan Umno membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Diperhatikan kepada majoriti diraih Pas dalam pilihan raya lalu, terdapat 10 kerusi marginal dimana Pas menang dengan majoriti dibawah 1,000. Kerusi ini berpotensi untuk diraih oleh Umno dengan mudah dengan memperkirakan perpercahan dalam Pas, apa lagi jika berlaku pertandingan tiga penjuru, Pas – Umno dan Amanah, Umno dijangka mudah menguasai kerusi-kerusi berkenaan.
Persoalan kini apakah petunjuk dan indikator yang Umno boleh menambah kerusi dan mengekalkan kerusi yang ada. Apakah lonjakan yang berlaku dalam Umno serta kemajuan terbaharunya yang boleh dikira parti itu sudah berada dalam keadaan siap sedia dan kondusif waktu ini?
Perpecahan Pas bukan faktor utama
Untuk melihat keadaan ini secara realistik, kita jangan melihat perpechan dalam Pas sebagai faktor utama menguntungkan Umno. Umno perlu mengenepikan faktor itu sebagai membuka peluang kepadanya dan tidak menjadikan parti itu over confident. Perlu ada perkembangan dan perubahan lain dalam Umno untuk menjadikan kejayaanya nanti rasional. Perpecahan dalam Pas hanya sebahagian bonos sahaja kepada Umno.
Yang perlu diinsafi, persepsi dan suasan politik di Kelantan hari ini sudah berbeza. Persepsi rakyat kepada politik bukan seperti dahulu lagi. Kalau dahulu rakyat terpesona dan ghairah dengan agama, tetapi keghairahan itu sudah berkurangan. Ini berlaku kerana perubahan sikap dan budaya dalam Pas itu sendiri sejak parti itu menjadi kerajaan.
Setelah 27 tahun Pas memerintah rakyat sudah dapat mengenali politik dan hati budi politik pemimpinnya. Sikap berkerjaan dan memiliki kuasa menyebabkan Pas tidak lagi menjadi parti humble lagi. Beberapa kelemahan kerajaan Pas apa lagi setelah empat tahun persalinan MB sangat menjelaskan akan perbezaan itu. Walaupun perubahan itu dari satu sudut positif tetapi dalam sudut pentadbiran dan perpaduan Pas ia sangat negatif.
Keadaan dan kesedaran ini ditambah oleh kesedaran pengundi. Kehadiran pengundi muda yang lebih terbuka, waras dan tidak mudah terikat dengan dogma-dogma bangsa dan agama, merubah suasana dan tanggapan politik. Jadi jangan hairan kalau dogma agama dan fahaman politik “animinsme” bangsa yang dijadikan daya tarikan tidak dipedulikan oleh orang muda. Mereka tidak mudah respons kepada fenomena itu seterusnya menyokong mana-mana parti yang galak menggunakan elemen berkenaan.
Semua pihak perlu mengetahui tarikan golongan muda untuk menyokong sesebuah parti politik tidak sangat berpegang kepada idealisme tetapi mereka berpolitik mengikut trend.
Orang muda ada pilihan sendiri dan mereka juga ada hisab sendiri. Apakah pilihan orang muda? Salah satu ialah sesuatu yang ada kepentingan langsung dengan kehidupan mereka, yang mereka boleh lihat dan rasa. Misalnya peluang perkajaan dan kemudahan prasarana dan pembangunan untuk negerinya.
Mereka akan senantiasa membuat ukuran dengan perkembangan dan pembangunan di negeri lain dengan negeri mereka. Apakah dalam perbandingan itu nanti mereka temui perubahannya. Perubahan atau akidah politik begini adalah realistik.
Apakah dalam soal menyediakan peluang pekerjaan ini telah dilakukan oleh Umno sebaik mungkin di Kelantan. Berapa banyakkah pengangguran di Kelantan dapat dikurangkan. Kita tidak pernah medengar atau diberikan statistik unjuran atau pun kajian dibentangkan oleh Umno mengenai perkara ini. Berapa pengurangan jumlah pengangguran berlaku ekoran pembangunan dibawa ke Kelantan?
Tidak dinafikan dalam aspek lain, dari segi pendidikan Umno berjaya meletakkan Kelantan setanding dengan negeri-negeri lain. Boleh dikatakan semua bentuk dan kelas institusi pendidikan wujud di Kelantan. Dari kolej komuniti IPTA dan IPTS hingga kepada penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tetapi itu bukan sesuatu yang membantu Umno kerana generasi muda dan pengundi berpendidikan sedar itu adalah tanggungjawab sosial mana-mana kerajaan.
Ertinya kalau Umno tidak dapat membentangkan pencapaian-percapaian itu orang muda tidak akan tertarik dengan Umno. Mereka akan menganggap Umno dua kali lima sahaja dengan kerajaan Pas. Sementara itu kekurangan jumlah dan nilai pembangunan di Kelantan pula akan dianggap ia kesalahan Umno yang selama ini mendiskriminasikan Kelantan.
Makanya pembangunan yang ada akan dianggap suatu gantian (qodha) oleh Umno yang menganiayai Kelantan selama ini. Bahkan jika dibangktikan mengenai pembangunan sebagai modal pilihan raya, kononnya Umno banyak membawa pembangunan di Kelantan mereka akan marahkan Umno.
Jadi pembangunan itu tidak akan membantu sangat Umno kerana ia tidak merujakan rakyat.
Pun begitu perlu juga ditinjau apakah pembangunan untuk Kelantan yang dibawa oleh Umno. Ini penting untuk dilihat sejauh mana ia dapat menarik minat orang muda. Sejauh manakah dalam hal ini Umno ada nilai tambah dan daya tarikan tersendiri. Perubahan polisi dan uslub politik diambil Mustapa Mohamed berlaku anjakan paradigma dalam politik di Kelantan. Umno sudah tidak lagi meneruskan dasar “apartheid” di Kelantan seperti di zaman Annuar Musa.
Penerima dan sikap kerajaan Pusat terhadap Kelantan akhir-akhir ini tidak seperti beberapa dekad sebelum ini. Inilah rahmat dan kebaikan Umno dibawah Mustapa Mohamed dan Pas dibawah Ahmad Yakob yang mempraktikan politik wasatiyyah.
Beberapa projek mega sangat diperlukan oleh Kelantan telah dibawa dan setengahnya sudah pun dilaksanakan di Kelantan. Ini termasuk yang telah menjadi kenyataan pembinaan lebuh raya, Kota Bharu – Kadok, pembesaran lapangan terbangan Tuanku Islam Petra Pengkalan Chepa serta janji-janji industeri Petroleum dan pembinaan pelabuhan Suplly Base di Tok Bali. Pembangunan kesihatan juga tidak diabaikan apabila terbinanya hospital Kuala Krai yang bernilai RM288 juta yang kini hampir siap.

Pas Terengganu jalin kerjasama dengan Bersatu?

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak menolak kemungkinan usul dan perbincangan mengenai Bersatu yang berhasrat jalin pakatan pilihan raya bersama Pas menjadi perkara yang dibangkitkan perwakilan sempena mesyuarat agung Pas peringkat kawasan yang sedang berlangsung ketika ini.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, kemungkinan perkara itu akan diusulkan kerana masih belum ada keputusan di peringkat parti walaupun beberapa pertemuan telah pun dibuat antara kedua-dua parti di peringkat Pusat.
“Sudah ada jawatankuasa pemandu yang telah mengadakan tiga kali pertemuan dengan Bersatu tetapi belum ada apa-apa keputusan... Tanpa apa-apa keputusan, tunggulah. Boleh jadi (peringkat kawasan usulkan dalam mesyuarat agung kawasan),” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Menurutnya, Pas Kemaman merupakan kawasan pertama yang selesai mesyuarat agung pada 5 Mac lalu dan kesemua kawasan dijangka selesai bermesyuarat pada 25 Mac ini.
Ia kemudian diikuti muktamar Pas dan sayap-sayap peringkat negeri pada April depan sebelum menjelang Muktamar Tahunan Pas yang turut memperlihatkan pemilihan yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah, bermula 29 April hingga 1 Mei depan.
Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, Pas peringkat kawasan bebas mengusulkan sebarang cadangan yang difikirkan perlu untuk kepentingan parti.
Sementara itu, mengulas lanjut hasrat Bersatu itu katanya, Pas adalah parti politik yang sentiasa terbuka dalam usaha mengukuhkan kedudukan pembangkang bagi memastikan berlakunya perubahan pada PRU14.
Bagaimanapun, pihaknya tidak akan melanggar mana-mana keputusan yang telah menjadi dasar parti khususnya berhubung ketetapan Pas memutuskan kerjasama dengan DAP dan Amanah.

BAGAIMANA ANCAMAN LUAR MEMENANGKAN PARTI PEMERINTAH MALAYSIA???

Kini heboh diperkatakan mengenai Korea Utara (KU) yang seolah-olah mengancam rakyat dan negara ini.

Apakah keamanan dan kedaulatan negara kita tergugat akibat kes pembunuhan rakyat Korea yang dikaitkan dengan pemimpin negara itu di KLIA2?
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac lalu berkata kekuatan sesebuah negara boleh diukur dengan melihat kepada kebersatuan rakyat ketika menghadapi krisis atau ancaman dari luar.
"Sekiranya kita bersatu-padu ketika menghadapi sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhkan segala yang kita bina selama ini," katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com.
Malah, tersangat kelakarlah apabila Datuk Ibrahim Mat Zin (bomoh) bersama pengikutnya mengadakan upacara untuk melindungi Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya KU. Antara peralatan berkenaan berupa buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh.
Apakah ancaman KU lebih hebat daripada ancaman China yang membina pangkalan tentera dan kehadiran berpuluh-puluh kapal selam di Laut China Selatan yang lebih dekat dengan sempadan negara?
Kapal selam KU sudah hampir dengan perairan kita?
Pemimpin kerajaan menggambarkan ancaman KU ini sangat dibimbangi dan boleh menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
Benarkah demikian?
Apakah ini suatu taktik menakut-nakutkan rakyat ketika pilihan raya umum (PRU) semakin hampir? Bukankah ‘ancaman KU’ mahu dijadikan faktor ke arah ‘penyatuan’ rakyat menggunakan external threats?
Sama ada ancaman luar ini asli atau dibuat-buat tetapi ia akan tetap menjadi suatu strategi penting dan propaganda yang akan menjadikan rakyat, terutamanya yang tidak tahu kejadian sebenar untuk membuta tuli menyokong kerajaan.
Lebih hebat, apabila solat sunat diadakan di seluruh negara yang menggambarkan betapa negara sedang dalam kedudukan ‘bahaya digugat dari luar’ dan rakyat perlu menyokong kerajaan mempertahankan negara.

Penulis tidak mengatakan solat sunat itu tidak baik tetapi apakah ancaman KU seperti ancaman bah, kemarau, banjir atau tekanan ekonomi yang memerlukan yang memang menggugat kesejahteraan, keamanan dan kestabilan negara?
Ada ulasan menarik mengenai Konfrontasi.
Apakah Barisan Nasional (BN) boleh menggunakan isu ini dengan berkesan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang?
Lantas penulis teringat kepada kejadian pada 1964 di mana Konfrontasi adalah kejadian sebenar - bukan yang diada-adakan -  malah  mampu memberikan kemenangan besar kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) ketika itu.
Peristiwa sejarah ini perlu kita toleh kembali di mana pada ketika PRU 1964 ini diadakan, negara sedang diancam oleh Indonesia dan kerajaan mengenakan undang-undang darurat yang membolehkan penangkapan pemimpin pembangkang tanpa bicara.
Peristiwa ini digarapkan dalam beberapa buku antaranya oleh Allahyarham Asri Muda (bekas Presiden PAS) iaitu ‘Memoir POLITIK ASRI, Meniti Arus (UKM 1993).
Tan Sri Asri melalui memoirnya itu mengakui bahawa konfrontasi menjadi ‘faktor penting’ membantu Perikatan memenangni PRU1964.

 
Malah, Gordon P Means, melalui bukunya MALAYSIAN POLITICS, Hodder and Stroughton Limited, London (1970) pada mukasurat 335-338 turut memperkatakan mengenai faktor Konfrontasi dalam perkara Malaysian Eelections of 1964.
Soal Konfrontasi yang turut mempengaruhi pilihan raya 1964 turut diperkatakan oleh Harold Crouch melalui bukunya GOVERNMENT & SOCIETY IN MALAYSIA, Cornell University Press (1996).
Sebagai rekod, PRU 1964 merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan dengan menggunakan isu Konmfrontasi, Parti Perikatan menang besar.
Isu ancaman luar daripada Insonesia membolehkan Perikatan berjaya mengekalkan majority besar di Dewan rakyat yang ketika itu bilangan kerusi keseluruhannya 104.
Parti Perikatan memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat yang merupakan  majoriti sebanyak 85.6% walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi.
Ia kenaikan  yang amat besar, iaitu sebanyak 20.3% berbanding PRU 1959. Pencapaian 85.6% ini melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan.
Sementara parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 1959.
Selepas 35 tahun, pada PRU 1999, sekali lagi faktor luaran menjadi pembantu kepada parti pemerintah untuk menang dengan selesa.

Projek hartanah dijangka terbengkalai jika China hentikan modal

Pembeli luar negara atau tempatan dilihat tidak akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan pembeli warga China.
hookeping-house-developerPETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan berlaku lambakan projek hartanah terbengkalai di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang susulan tindakan keras China terhadap pengeluaran modal.
Penganalisis Dr Hoo Ke Ping berkata langkah agresif China terhadap modal akan menjejaskan pemaju hartanah – tempatan dan antarabangsa – yang menyediakan rumah untuk pembeli dari China.
“Warga China yang membeli rumah tetapi belum habis membayarnya mungkin tidak dapat berbuat menyelesaikan bayaran,” katanya, dan menambah bank pusat China mungkin memaksa sesiapa yang membeli rumah di luar China perlu menghabiskan pinjaman.
“Malah jika pembeli China diperlukan membayar 20% daripada projek itu dan mereka tidak dapat terus membayar ansuran dan tunggakan, pemaju akan berdepan masalah aliran tunai.
“Apa yang pasti ialah tidak akan ada jualan baharu. Jadi ada kemungkinan besar projek yang menyediakan rumah untuk warga China akan akhirnya terbengkalai,” katanya.
Hoo berkata walaupun pemaju China seperti Country Garden – yang membangunkan projek besar Forest City di Johor – mencari pembeli luar negara lagi untuk mengisi kelompangan ditinggalkan warga China, ia akan menjadi satu tugas sukar.
“Mereka dari Timur Tengah tidak mungkin akan mengisi kekosongan itu memandangkan harga minyak semasa yang rendah sementara warga Eropah dan Australia tidak menunjukkan minat untuk ke Malaysia secara besar-besaran, selama ini,” katanya.
Hoo berkata rakyat tempatan juga tidak akan membeli rumah.
“Rumah ini dibina untuk pasaran China. Kosnya melebihi RM1 juta. Berapa ramai orang tempatan mampu membelinya?
“Jadi sekarang pemaju perlu menurunkan harga untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi jika mereka kurangkan harga sehingga 20% pun, tidak ramai yang akan mampu membeli,” katanya.

Menteri UMNO jangan putar belit, bila masa 1MDB dibahas di Parlimen?

KUALA LUMPUR, 13 MAC: DAP menempelak kenyataan seorang menteri UMNO kononnya isu skandal 1MDB telah dibincangkan secara meluas di Parlimen.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berasa hairan bagaimana mungkin menteri tersebut berkata begitu sedangkan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan sebarang soalan diajukan berhubung siasatan terhadap 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
“Dalam masa yang sama, Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) yang baru, Datuk Hasan Arifin membuat pembetulan terhadap laporan PAC (berhubung 1MDB) tanpa merujuk ahli-ahli PAC dan enggan menyiasat perkaitan antara skandal itu dan perdana menteri.
“Lebih teruk lagi, jika semua soalan 1MDB didakwa sudah dijawab secara keseluruhannya, mengapa Kabinet meletakkan laporan Ketua Audit Negara (berhubung 1MDB) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani seperti dilaporkan media semalam mendakwa bahawa skandal melibatkan 1MDB telah dibincangkan secara meluas di Parlimen.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan lain menegaskan bahawa Parlimen Malaysia tidak pernah sekali pun membenarkan persoalan mengenai 1MDB dibangkitkan dalam persidangan dewan.
“Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB telah diklasifikasikan di bawah OSA malah semua anggota Parlimen, kecuali ahli PAC, tidak dibenarkan membaca laporan berkenaan.
“Tambahan pula, cadangan PAC berdasarkan prosedur siasatan terhadap skandal 1MDB telah diabaikan sepanjang tahun – dan pengerusi PAC sendiri tidak berani untuk membangkitkan perkara itu. Mengapa?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Dalam persidangan Dewan Rakyat pada Oktober tahun lalu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan sebarang persoalan mengenai 1MDB dibangkitkan di Parlimen atas alasan subjudis dan tidak mahu menggangu siasatan DOJ.
Ia membangkitkan kemarahan pihak pembangkang yang menuntut jawapan mengenai skandal syarikat pelaburan milik negara itu.