Ahad, 12 Mac 2017

Najib sayang rakyat Kelantan, tekad bawa pembaharuan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.
Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan kemudahan lain seperti hospital baharu di Kuala Krai bernilai lebih RM300 juta yang sedang dalam pembinaan.
"Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan," katanya ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat dan majlis pecah tanah Hospital Bachok di Kampung Bator, Jelawat hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Perdana menteri berkata bagi merealisasikan pembaharuan di Kelantan itu, kerajaan telah menambah peruntukan sehingga RM12.11 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
Beliau berkata ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding peruntukan dalam RMK-8 sebanyak RM3.37 bilion, diikuti RM6.9 bilion dalam RMK-9 dan RM5.6 bilion dalam RMK-10.
"Pemimpin terdahulu dari ambo, tak payah sebut nama, dia kata orang Kelantan ini patut kita dera, kurangkan peruntukan. Ambo tak percaya, ambo tak kurang, ambo tambah peruntukan untuk rakyat Kelantan," katanya.
Najib berkata bagi membela nasib rakyat, kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat miskin di negeri ini.
Beliau turut meluluskan peruntukan masing-masing RM56,000 untuk membina rumah baharu bagi menggantikan rumah usang yang diduduki tiga keluarga yang dilawatinya di sini.

RUU 355: Selepas perhimpunan protes, Bebas anjur debat

Kami menganjurkan debat ini kerana kami berharap ia akan menggalakkan perbincangan di kalangan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama mereka mengenai Akta 355.
bebas-hadi-1
PETALING JAYA: Badan bukan kerajaan, Bersih yang bulan lalu menganjurkan perhimpunan membantah rang undang-undang persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau yang dikenali sebagai RUU 355, bercadang untuk mengadakan debat mengenai perkara tersebut.
Pada 18 Februari lepas, Bebas telah mengadakan perhimpunan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya sebagai tindak balas terhadap perhimpunan anjuran PAS yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Perhimpunan itu mendapat perhatian banyak pihak meskipun bilangan mereka yang hadir tidak ramai seperti diharapkan, hanya kira-kira 200 orang yang hadir untuk mendengar ucapan yang telah disampaikan, antaranya oleh bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong. Amat ketara tiada Ahli Parlimen pembangkang yang hadir.
Susulan usaha itu, Bebas akan mengadakan debat di Studio, PJ Live Arts, kompleks komersial Jaya One di Petaling Jaya pada 17 Mac ini.
Debat dalam bahasa Inggeris ini memfokus “Wajarkah RUU 355 dijadikan undang-undang”.
Kenyataan Bebas dikeluarkan hari ini menyebut mereka yang menyokong tajuk itu adalah Aidil Khalid dari Concerned Lawyers for Justice (CLJ) dan Lukman Sheriff Alias, seorang peguam. Mereka yang menentang pula terdiri daripada Datuk Ambiga Sreenevasan dari Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia dan Haris Ibrahim, peguam dan aktivis.
“Kami menganjurkan debat ini kerana kami berharap ia akan menggalakkan perbincangan dalam kalangan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama mereka mengenai Akta 355.
“Setiap orang mempunyai hak untuk memberi pendapat mereka mengenai Akta 355 kerana ia adalah satu rang undang-undang yang akan diundi oleh Ahli Parlimen yang mewakili semua rakyat,” kata Azrul Mohd Khalid.
Pada bulan lalu, Bebas meminta semua wakil rakyat menolak usul rang undang-undang persendirian Hadi itu. Ia dijangka dibahaskan ketika sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.
Kata Bebas, ahli-ahli Parlimen tidak boleh mendiamkan diri dengan bersikap berkecuali atau tidak hadir ke Parlimen ketika pengundian dijalankan.

Armada: Tak jadi masalah jika Bersatu sokong RUU355

Syed Saddiq Syed Abd RahmanParti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mungkin berdepan dengan masalah dengan rakan Pakatan Harapan sekiranya menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah atau RUU355 yang dibawa oleh Pas.
Bukan hanya Bersatu, kata Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakan Pakatan lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga sedang mempertimbangkan tentang RUU tersebut.
"Rakan dalam Pakatan Harapan seperti Amanah dan PKR pun sedang mempertimbangkan perkara sama (RUU355) sama ada mereka mahu menyokong atau tidak.
“Saya kira buat masa ini mereka juga sedang memperincikan kandungan yang terdapat dalam RUU tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong cadangan RUU355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tuan Ibrahim berkata Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama Pas menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355 itu.

Najib mahu kerjasama BN-PAS dikekal, buang politik sempit

Najib berkata, kerjasama mestilah dikekalkan sebagaimana yang ditunjukkan sebelum ini dalam misi bantuan 'Food Flotilla For Myanmar', Perhimpunan RUU 355 serta ketika banjir.
najib-bn
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) mengutamakan langkah yang mendahulukan rakyat dalam sebarang kerjasamanya dengan PAS demi memastikan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, pemimpin parti berkenaan perlulah mengetepikan ideologi sempit politik kepartian dalam jalinan kerjasama sedemikian kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.
“Terima kasih, walaupun kita berbeza ‘baju’ dan ideologi tetapi demi kepentingan rakyat, demi kepentingan ummah, kita boleh bekerjasama.
“Dan inilah semangat yang perlu ada, bukan pemikiran yang sempit dan bukan keterlaluan (dalam) politik, tetapi rakyat mesti kita dahulukan,” katanya.
Bernama melaporkan Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan UTC Kelantan (Pusat Tranformasi Bandar) di Jalan Hamzah di sini, hari ini.
Najib, Pengerusi BN berkata, kerjasama itu mestilah dikekalkan sebagaimana yang ditunjukkan sebelum ini dalam misi bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’, Perhimpunan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (RUU355) serta ketika banjir.
“Ini bukan hari kita berpolitik (tapi) hari kita bekerjasama… hari kita kerjasama macam kita kerjasama untuk ‘Food Flotilla For Myanmar’, masa banjir kita kerjasama, masa RUU355 kita kerjasama dan sebagainya.
“Inilah yang terbaik… jadi kalau ada pentas janganlah kongsi dengan orang
lain,” katanya.
Najib, dalam nada sinis, turut mendakwa perdana menteri sebelum ini sering menganaktirikan Kelantan hanya kerana ia diperintah oleh PAS.

Kit Siang kecewa SPR enggan jumpa DAP bincang isu daftar pemilih

SPR seolah-olah menjadi institusi yang paling sibuk di negara ini, di mana mereka tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan ahli-ahli Parlimen dan parti-parti pembangkang.
kit-siang-2
PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang hari ini melahirkan kekecewaan dengan pendirian Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang didakwa telah menolak permintaan pihaknya untuk mengadakan perbincangan mengenai isu sistem pendaftaran pemilih.
“Saya mahu bertemu dengan Pengerusi SPR dan pegawai-pegawai untuk mengetahui mengapa SPR tidak boleh mempunyai satu sistem di mana pengundi boleh mengundi dalam tempoh seminggu atau paling lama satu bulan selepas mendaftar, dan bukannya enam bulan pada masa ini,” kata beliau dalam ucapannya di Bukit Gambir, Johor, hari ini.
Dengan nada sinis, Ahli Parlimen Gelang Patah ini berkata, pengerusi SPR sekarang merupakan ketua yang paling tidak bekerjasama dalam sejarah suruhanjaya itu memandangkan permintaan ahli-ahli Parlimen DAP untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beliau dan pegawai-pegawainya mengenai sistem pendaftaran pengundi ditolak.
“SPR seolah-olah menjadi institusi yang paling sibuk di negara ini, di mana mereka tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan ahli-ahli Parlimen dan parti-parti pembangkang.
“Saya tidak tahu sama ada Pengerusi SPR akan memberitahu perdana menteri atau menteri-menteri dan pemimpin Umno bahawa beliau terlalu sibuk untuk bertemu dengan mereka.”
Baru-baru ini, Hashim memberitahu, seramai 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lalu.
Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

DAH KENA KENCING AMENO MASIH LAGI NAK UNDI BN ??!

MASIH INGAT..

"Pembinaan hospital itu disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun disebabkan Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya umum lalu, peruntukan itu terpaksa diserahkan kepada kawasan yang menang" - Senator AMENO Awang Adek Hussin, 13/9/2012.

"Ada pemimpin terdahulu dera rakyat Kelantan, " - PM Najib

NAMPAK TAK 'GAME' MEREKA bila nak dekat pilihan raya.. !!!

Sejarah Tak Pernah Menipu..


Satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang TAK PERNAH MENIPU di abad ini..


Ternyata UMNO khianati Bangsa Johor


Oleh Ahmad Anwar Asyraf
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sepatutnya berani dan menggunakan kesempatan Mesyuarat Dewan Negeri untuk menjelaskan isu pelepasan unit kuota Bumiputera. Khaled tidak sepatutnya bersembunyi di sebalik Peraturan Mesyuarat sehingga menyebabkan Adun Pekan Nenas diarah keluar Dewan. 


Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong bertindak berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan untuk membawa satu rundingan tergempar supaya MB dapat memberi penjelasan mengenai dua kenyataan beliau yang bercanggah sebelum ini. Rundingan tergempar yang dibawa oleh Teo ini turut disokong oleh 10 Adun lain selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat.
Seperti kebiasaan dalam mana-mana amalan Dewan Legislatif, Speaker mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak sesuatu rundingan (usul) yang dibawakan oleh Ahli Dewan dan keputusan Speaker adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal. Saya tidak mempunyai masalah dengan kuasa Speaker dalam insiden ini.
Cuma yang menjadi persoalan saya adalah keengganan Menteri Besar untuk memberi penjelasan lanjut – sama ada 4,503 unit seperti yang dijawab oleh beliau dalam sesi Mesyuarat Dewan Negeri April 2016 atau 3,000 unit Bumiputera yang telah dilepaskan seperti yang dinyatakan kepada media pada bulan Mac 2017.
Masakan dalam tempoh kurang lebih setahun ini boleh terdapat dua statistik yang begitu kontra antara satu sama lain.
Kenapa Menteri Besar tidak mahu meminta kebenaran Speaker untuk menjelaskan perkara ini? Ia amat penting dan melibatkan kepentingan rakyat khusus Bumiputera. Apa lagi yang mahu disorokkan sebenarnya? Ruang penjelasan yang sebenarnya adalah di dalam Dewan Negeri Johor.
UMNO BN selama ini kononnya adalah jaguh dalam mempertahankan hak Melayu atau Bumiputera, tetapi bersikap acuh tak acuh dalam isu skandal penyelewengan pelepasan kuota Bumiputera ini. Skandal hartanah Johor juga bukan sekadar isu penyelewengan pelepasan kuota Bumiputera tetapi turut melibatkan skandal penipuan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Tinggi ujian kesabaran pemimpin Amanah

Parti Amanah Negara dilancarkan pada 16 September 2015 di IDCC, Shah Alam Parti Amanah Negara dilancarkan pada 16 September 2015 di IDCC, Shah Alam
Parti Amanah Negara (Amanah) memang parti baharu. Usia setahun jagung. Segalanya belum lengkap tersedia. Jaringan pengaruh tentu tidak merata lagi. Tetapi ia menghimpunkan segala potensi dan harapan yang besar.
Amanah, sebuah parti Islam, yang tegak berdada berdepan dengan pemerintah yang korup dan zalim. Sikap dan pegangan politiknya jelas serta tidak keliru; kerajaan "penyangak-pencuri, perompak" ini mesti ditukar. Tiada kompromi untuk menjatuhkan Umno-BN, yang jelas mengkhianati mandat rakyat sejak awal merdeka.
Dugaan besar sebagai parti pembangkang sudah diketahui umum. Itulah yang dihadapi oleh pembangkang yang lain. Dilayan bagai warganegara kelas kedua. Dinafikan hak untuk mengambil bahagian secara demokratik dalam arena siasah negara.
Itulah nasib Parti Melayu Semangat 46, yang ditubuhkan Tengku Razalegh Hamzah pada akhir 1980-an. Itulah juga nasib Parti Keadilan Nasional, yang muncul selepas Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan pada akhir 1990-an. Semua arif dan maklum, tidak mudah bagi mana-mana parti baharu untuk berkembang dan berpengaruh. Tunas muda itu akan sentiasa dipatahkan.
Begitulah juga halangan yang dihadapi Amanah. Namun, ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Cabaran Amanah lebih hebat lagi. Bukan sekadar menjadi musuh penguasa yang zalim dan rakus, tetapi juga dihimpit parti pembangkang sendiri, khususnya Pas.
Malah, Pas menjadikan Amanah umpama seteru paling utama yang mesti dimusnahkan. Lihat sahaja, label negatif-hodoh yang diberikan Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi Awang. Segala yang buruk dan negatif dilumurkan ke wajah pemimpin Amanah, antaranya dituduh pengkhianat dan khadam DAP.
Ia bukan baru bermula sebaik Amanah ditubuhkan. Keputusan pilihan raya 2008 memang mengejutkan. Empat negeri tumbang, selain Kelantan. Majoriti dua pertiga BN di Parlimen juga dinafikan. Parti-parti pembangkang dengan cepat bersatu dan membentuk kerajaan negeri atas nama Pakatan Rakyat.
Rupanya kesatuan yang "dipaksa" itu meninggalkan bibit perpecahan dalaman yang serius buat Pas. Ada usaha membentuk kerajaan Pas-Umno di Selangor dan Perak, tetapi gagal. Masih ada kewarasan kepada majoriti kepemimpinan Pas, terutama menyedari mandat pengundi adalah menolak dan menjatuhkan BN; masakan hendak mengkhianati aspirasi mereka jika terbentuk kerajaan campuran dengan Umno.
Pas menjadi ketua di Kelantan dan Kedah. Adunnya juga dilantik menjadi menteri besar Perak walaupun menjadi parti komponen terkecil berbanding KeADILan dan DAP di Perak. Di Selangor, juga sebagai sekutu Pakatan Rakyat paling sedikit bilangan Adun, tetapi menjadi rakan kongsi yang seimbang.
Pemimpin Pas yang berjiwa terbuka, memandang jauh ke hadapan, sering mengutamakan persepakatan sesama rakan pembangkang, mula dianggap duri dalam daging. Mereka digelar Anwarinas, parasit dan jebon. Kemuncaknya, dalam ucapan penggulungan presiden semasa muktamar di Batu Pahat, tuduhan menjadi "barua dan broker" ekoran isu penggantian menteri besar Selangor. Sebelum itu sudah meluas label "munafik haraki" dan lain-lain.

ALAMAKKK…RAHMAN DAHLAN PULA KENA SETEPEK DENGAN NAZRI

Nazri Aziz nampaknya bersungguh-sungguh benar mahu debatnya dengan Tun Mahathir Mohamad menjadi kenyataan dengan membayangkan  sama sekali tidak akan berundur diri atau membatalkannya di saat-saat akhir.
Malah kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, “kalau pun batal, ia disebabkan Mahathir, bukan saya.”
“Mengapa saya perlu (menarik diri daripada berdebat)?
“Saya Nazri Aziz, kamu patut lebih tahu saya ni macam mana. Saya bukan Rahman Dahlan,” katanya lagi.
Alamak, belum pun debat berlangsung, sebaliknya Rahman Dahlan yang selama ini kononnya hebat dengan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Komunikasi Strategik BN serta kerap mengeluarkan kenyataan politik pula yang kena setepek dengan Nazri.
Rujukan Nazri kepada Rahman Dahlan ialah berikutan debatnya yang dijadualkan dengan Lim Guan Eng tidak lama sebelum ini tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir.
Kenapa Rahman Dahlan dijadikan rujukan oleh Nazri?
Apa tujuan Nazri mahu memperlekeh rakan kabinetnya  itu?
Tidak malukah Rahman Dahlan diperlekeh sedemikian rupa yang bermakna beliau bukanlah pemimpin yang berani, sekurang-kurangnya di mata Nazri?
Adakah ini menunjukkan menteri-menteri dalam kabinet Najib Razak memang tidak sekata antara satu sama lain?
Apakah perlekehan kepada Rahman Dahlan itu menunjukkan Nazri tetap akan berkeras untuk berdebat dengan Tun Mahathir, biar pun jika sekiranya pihak polis menasihatkannya agar tidak meneruskan debat atas faktor keselamatan atau Najib sendiri tidak mahu ia diadakan berikutan kemungkinan debat itu lebih berupaya menjejaskan namanya dan imej UMNO serta BN?
Sama-samalah kita tunggu sejauh mana Nazri mampu bertahan dengan keberaniannya jika nanti MT UMNO atau kabinet membuat keputusan melarangnya berbuat demikian kerana seperti yang kita sedia maklum antara tajuk pilihan debat seperti skandal 1MDB, wang RM2,600 juta dan hutang RM55 bilion untuk membina keretapi pantai timur adalah tembakan-tembakan yang boleh disasarkan tepat ke dahi Perdana Menteri sendiri.
Adakah Nazri benar-benar berani atau beliau pun akan jadi seperti Rahman Dahlan juga?

Syarikat tempatan 'panas' dominasi pelabur China

Nasib rakyat terancam ekoran tindakan kerajaan Umno BN menggadai satu demi satu hartanah kepada pemodal asingNasib rakyat terancam ekoran tindakan kerajaan Umno BN menggadai satu demi satu hartanah kepada pemodal asing
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menyifatkan landskap semasa industri hartanah tempatan tidak lagi menyaksikan persaingan yang adil akibat berlakunya kemasukan besar-besaran pelabur China.
Presidennya, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata, syarikat tempatan tidak harus menjadi korban ketika negara berusaha membawa masuk pelaburan asing.
Dipetik dari satu akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, beliau menegaskan kerajaan perlu menangani isu ini pada kadar segera dengan mewujudkan parameter tertentu bagi mengawal kemasukan pelabur asing walaupun tidak menolak faedah apabila pasaran dibuka kepada pelabur berkenaan.
"Pemaju dan kontraktor asing diberi pelbagai insentif seperti pengecualian daripada kuota bumiputera dan rumah mampu milik, rebat cukai, pengecualian cukai lima tahun serta taraf perintis.
"Sebaliknya, pemaju tempatan dikenakan dengan senarai keperluan, kuota dan cukai," ujarnya dipetik dari laporan khas The Edge Malaysia Edisi 1153, 13 - 19 Mac ini.
Menurut Iskandar, pemaju China membangunkan projek pada skala besar-besaran sehingga menyebabkan berlakunya lebihan bekalan hartanah.

Harap SPRM tak kecewakan rakyat Malaysia - Saifuddin Nasution

 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengotakan janji untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah, khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan pengawal, pihak berkuasa negeri serta tempatan dalam masa tiga tahun. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, gejala rasuah yang berlaku di kalangan penjawat awam ketika ini semakin membimbangkan.
“Saya harap SPRM tidak akan mengecewakan rakyat Malaysia sehingga negara ini bebas rasuah sepenuhnya.
“Teruslah membanteras rasuah tanpa mengira pangkat dan kedudukan serta tidak hanya menangkap 'ikan bilis' tetapi melepaskan 'jerung' tanpa sebarang tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, SPRM harus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, yang menzahirkan rasa dukacita baginda ke atas penyelewengan, ketirisan, rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.
“Kes rasuah ini berlaku terutamanya melibatkan agensi seperti Jabatan Air, Felda, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan beberapa agensi lain.
“Hal ini harus dibendung segera kerana kita khuatir jumlah tersebut akan terus meningkat dari hari ke hari.
“Kita juga melihat kemerosotan negara dalam indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) Malaysia baru-baru ini.
Katanya, ekoran isu ini kedudukan  negara jatuh dari tangga ke 54 kepada 55 daripada 176 buah negara.
“Saya percaya ianya berpunca daripada gejala rasuah yang telah didedahkan, selain isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Usul Hadi: BN dan Asyraf Wajdi, berhentilah main wayang

Seruan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini mudah. Parti-parti komponen BN yang tidak setuju dengan pindaan undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 355, dibawa oleh Datuk Seri Hadi Awang dan turut pura-pura disokong oleh UMNO, perlu berhenti bermain wayang dan meletakkan jawatan.
Bukannya di hadapan segmen tertentu rakyat mereka katakan mereka bantah, namun di hadapan UMNO dan Datuk Seri Najib Razak mereka membisu bagai boneka.
Belum sempat rakyat melihat sama ada MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan berhenti bermain wayang, Datuk Asyraf Wajdi mewakili UMNO yang merupakan tok dalang pementasan, mula mencelah dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada DAP.
Oleh kerana dikhuatiri permainan mereka terbongkar, maka cabaran agar meletak jawatan jika parti-parti komponen BN tidak bersetuju dengan UMNO dikatakan sebagai berniat jahat dan anti-Islam. Menyuruh parti-parti komponen BN agar berhenti menipu rakyat bukanlah perbuatan anti-Islam. Saya percaya Asyraf Wajdi sudah cukup arif bahawa amalan lidah bercabang itulah yang ditolak Islam.
Dalam laporan Astro Awani, Asyraf Wajdi mengatakan cabaran itu merupakan, “satu kenyataan yang jahat, sebagai satu usaha menghasut dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia.”
Pada masa sama beliau mengaitkan tindakan menolak Pindaan Akta 355 sebagai anti-Islam. Ini menunjukkan bahawa Asyraf Wajdi, UMNO dan mana-mana kawan baru mereka itulah sebenarnya yang berusaha menghasut dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Mempergunakan agama untuk mengapi-apikan dan mengeruhkan lagi keadaan.
Pindaan kepada Akta 355 sudah dibawa masuk ke Parlimen maka tidak dapat dielak lagi dari dibahaskan baik di ruang Parlimen atau ruang awam. Maka sudah tentu akan ada yang setuju dan tidak bersetuju dengan suatu Rang Undang-Undang itu. Barangkali Asyraf Wajdi sudah terbiasa dengan budaya UMNO yang suka memaksa lulus (bulldoze) undang-undang seperti mana Rang Undang-Undang MKN, SOSMA dan lain-lain.
DAP pula terus memainkan peranan melihat setiap pindaan undang-undang dengan kritis. Ini penting dalam usaha mengelakkan sebarang masalah besar di masa hadapan yang seringkali pembawa usul Rang Undang-Undang terlepas pandang. Sesiapa saja boleh mendukung keselamatan negara tanpa perlu bersetuju dengan RUU SOSMA atau RUU MKN, sesiapa juga boleh menghormati Islam tanpa perlu bersetuju dengan RUU 355.

Difitnah seleweng dana YAWAS, Teresa Kok sedia saman Jamal

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menjadi mangsa terbaru siri fitnah yang kini semakin diperhebat oleh konco-konco UMNO Barisan Nasional.
Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus baru-baru ini menuduh Teresa sebagai kononnya menyeleweng wang ehsan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), sedangkan ia tidak benar sama sekali.
Malah, laporan portal berita BNBCC pada 9 Mac lalu bertajuk ‘Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS’ turut sengaja memutar belit fakta dengan tidak membentangkan penerangan sebenar beliau.
Kesal dengan apa yang berlaku, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap Jamal dan beberapa portal atas talian yang menyebarkan fitnah ke atasnya.
Menurutnya, YAWAS merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menguruskan semua tabung kebajikan termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Kuasa pemberian wang ehsan di bawah SMUE, katanya, diberi kepada Adun Pakatan Rakyat di Selangor dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan.
“Tujuan ia diperluas ke Kuala Lumpur adalah kerana ramai warga Selangor bermastautin di Kuala Lumpur. Lebih mudah bagi waris untuk membuat permohonan di pusat khidmat Ahli Parlimen,” jelasnya.
Teresa berkata, setiap wakil rakyat diberi satu kad ATM dengan akaun bank khas oleh Pejabat Daerah. Setiap akaun itu pula diperuntukkan sebanyak RM10,000 sebagai permulaan.
Pegawai di pejabat wakil rakyat bertanggungjawab menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM1,000 untuk diberi kepada setiap keluarga si mati yang memohon dana SMUE.
“Selepas ia habis, staf pegawai akan hantar semua dokumen pemohon kepada Pejabat Daerah untuk rekod agar RM10,000 dapat ditambah dan diagihkan kepada pemohon.”

Tahaluf siyasi dengan PKR jadi topik hangat muktamar ke 62

PARIT BUNTAR - Teka-teki tahaluf siyasi antara Pas dan PKR menjadi antara topik perbincangan utama dan bakal diputuskan dalam persidangan Muktamar Pas ke-62, April ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ketika ini, tahaluf siyasi dengan PKR masih kekal dan mengekalkan kondisi sama meskipun banyak pihak mengatakan kerjasama Pas dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan sebelum ini sudah terkubur.
Menurutnya, Muktamar Pas kali ini bakal menjadi platform utama ahli membincangkan isu tahaluf siyasi dengan PKR, selain perbincangan cadangan bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU14.
Pas “Buat masa ini, hubungan dengan PKR masih wujud, namun sebab muktamar kali ini memfokuskan kepada pemilihan calon dan rakan kerjasama bagi menghadapi PRU, kita akan putuskan hendak teruskan hubungan dengan PKR atau tidak.
“Jika ada perubahan mesti dibuat ikut proses Muktamar Pas,” katanya di sini.
Dalam perkembangan hubungan dengan Bersatu, beliau menegaskan setakat ini tiada kata putus dicapai dan kedua-dua parti masih di peringkat perbincangan.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob menafikan terdapat persetujuan antara Bersatu dan Pas dalam keputusan pembahagian kerusi pilihan raya turut dipersetujui pihaknya.
Mohd Amar berkata, Pas mengakui keperluan kerjasama dengan parti pembangkang dalam menumbangkan BN di setiap negeri.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tiada negeri boleh buat keputusan bekerjasama dengan Bersatu sebelum ada keputusan di peringkat Majlis Syura.

Amanah gesa PM perjelas isu Malaysia jual senjata Korea Utara

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Malaysia perlu memberi penjelasan kepada rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa bahawa terdapatnya syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.
salahuddin
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membuat penjelasan terperinci dengan segera mengenai dakwaan Malaysia terlibat menjual senjata dari Korea Utara.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Malaysia perlu memberi penjelasan kepada rakyat tempatan dan juga masyarakat antarabangsa bahawa terdapatnya syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, beliau berkata, Najib seharusnya memberikan penjelasan tentang keterlibatan penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS).
“Di bawah pentadbiran Perdana Menteri mana mungkin Najib boleh menafikan bahawa Malaysia telah menjadi destinasi penjualan senjata haram oleh negara Korea Utara yang bertentangan dengan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).”
Tegasnya, perkembangan terbaru ini telah membawa masalah dan reputasi Malaysia di mata badan dunia tersebut.
Dalam erti kata lain, kata Salahuddin, “kita sendiri yang membuka ruang untuk orang memasang jebak atau perangkap yang hari ini rakyat dan pegawai kita di Pyongyang yang menjadi taruhan.”
“Rakyat pula diminta bersembahyang hajat untuk menutup segalanya?” kata beliau.
Salahuddin menambah, masyarakat antarabangsa umumnya sedia maklum bahawa Korea Utara adalah di antara negara penyangak di mana hubungan diplomatik dan hubungan dagang harus ditangani dengan teliti dan cermat sesuai dengan beberapa konvensyen dan peraturan antarabangsa.
Tambahnya, apabila berlaku krisis Kuala Lumpur-Pyongyang ketika ini akibat pembunuhan politik abang tiri pemimpin Korea Utara, ada pihak termasuk Reuters telah dapat menimbulkan beberapa penemuan menarik yang semacam tersembunyi daripada pegetahuan umum sebelum ini seperti kemudahan Imigresen tanpa visa oleh rakyat Korea Utara ke negara ini.
“Terdapat syarikat yang beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang juga dimiliki oleh orang kuat sebuah parti politik di negara ini.
“Dikatakan Korea Utara dapat mewujudkan pusat penjualan senjata mereka di Kuala Lumpur,” katanya sambila perdana menteri seharusnya memberikan penjelasan tentang isu ini.
Akhir bulan lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa dalam proses membatalkan pendaftaran 2 syarikat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi risikan Korea Utara.
Katanya, 2 syarikat itu adalah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan Glocom.
Glocom ialah singkatan untuk Global Communications Co yang dikawal Biro Umum Peninjauan – agensi perisikan Korea Utara ditugaskan untuk operasi luar negara dan perolehan senjata yang dikenakan sekatan oleh PBB.

Kerajaan BN boleh tumbang serta-merta jika...

Jika 45 anggota Parlimen BN dari bukan Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan akan tumbang dengan serta-merta, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Beliau berkata, 45 ahli Parlimen BN bukan Umno perlu berbuat demikian memandangkan tentangan terhadap usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) disokong oleh Umno.
Parti-parti komponen BN perlu sedar sekarang bahawa semangat Umno dalam memudahkan Rang Undang-undang (RUU) persendirian oleh Abdul Hadi adalah percubaan untuk memansuhkan model konsensus BN, jelas Lim.
Walaupun 14 ahli Parlimen dari PAS membuat keputusan untuk menyokong Najib, ujar ahli Parlimen Gelang Patah itu, sokongan mereka bersama 86 ahli Parlimen Umno tidak akan cukup untuk membentuk kerajaan baru.
"Dengan tidak mendapat sokongan 25 ahli Parlimen BN Sarawak dan 20 ahli Parlimen BN yang lain, krisis politik dan Perlembagaan bakal tercetus di Malaysia.
"Penyelesaiannya adalah pembentukan kerajaan baru dan (melantik) perdana menteri baru yang menghormati prinsip konsensus serta menolak prinsip hegemoni Umno.
"Atau pilihan raya umum ke-14 diadakan lebih awal untuk menyelesaikan krisis Perlembagaan," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Muktamar PAS ke-63 di Kedah catur strategi PRU14

Muktamar PAS ke-63 yang bakal berlangsung di Kedah pada penghujung April akan menjadi platform penting mencatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
Bakal dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, beliau berkata muktamar itu merupakan medan terbaik meniupkan semangat dan motivasi untuk anggota bekerja keras menghadapi PRU14 khususnya dalam usaha merampas semula negeri tertentu termasuk Kedah.
"Antara topik menarik yang akan dibahaskan perwakilan ialah persediaan negeri-negeri tertentu untuk ditadbir oleh PAS jika diberikan kepercayaan dan mandat oleh rakyat termasuklah di negeri Kedah," katanya kepada Bernama.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei.
Tarikh ditetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama adalah 28 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop, Muktamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 April di Kompleks PAS Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27 hingga 28 April di Pusat Pengajian Darul Hadis, Kampung Tok Keling.
Ahmad Fakhruddin berkata PAS Kedah sebagai negeri yang mempunyai jumlah anggota tertinggi iaitu 176,000, berhasrat menawan kembali Kedah dan menyifatkan PAS negeri sudah bersedia menerima mandat daripada rakyat untuk mentadbir semula Kedah.
"PAS bersedia memikul tanggungjawab sebagai 'government in waiting' dalam PRU akan datang jadi segala persiapan kita rangka akan diterjemahkan mengikut masa-masa tertentu.
"Sebagai tuan rumah muktamar, kita cuba untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa Kedah boleh menyatukan semua ahli-ahli PAS di Kedah dan sebarang kata-kata yang boleh menggugat PAS tidak akan berlaku," katanya.
Agenda muktamar, katanya, pasti juga tertumpu kepada pemilihan parti dengan PAS dijangka akan mendapat kepimpinan baharu selewatnya 30 April ini melalui kaedah pemilihan secara 'e-voting'.
Bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 anggota jawatankuasa, manakala bagi peringkat sayap, ia melibatan ketua, timbalan dan naib.

Amanah 'Ahlan wa Sahlan' Pas bawa usul baiah ke mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin Mohamed Hanipa Maidin
Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-alukan mana-mana pihak khususnya Pas yang ingin membawa individu yang dianggap melanggar baiah ke Mahkamah Syariah kerana banyak kekeliruan mengenainya dapat diselesaikan.
Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Mohamed Hanipa Maidin berkata Amanah bersedia berjumpa pihak tersebut di Mahkamah Syariah pada bila-bila masa.
"Jika pembawa usul atau Pas bersungguh untuk bawa usul tersebut ke mahkamah syariah, jawapan Amanah adalah ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kami mengalu-alukan dan bersedia untuk berjumpa anda semua di mahkamah syariah bila bila masa Insya-Allah.
"Sebenarnya kami lagi seronok kerana kami percaya jika syariah betul-betul dilaksanakan di Mahkamah Syariah, banyak kekeliruan berkaitan baiah tersebut dapat diselesaikan Insya-Allah. Terima kasihlah kepada pembawa usul," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas Pas Kawasan Tanah Merah yang meluluskan usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di Mahkamah Syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.
Mengulas lanjut, Hanipa menegaskan adalah kesilapan besar jika ada pihak yang menganggap Amanah gentar terhadap usul tersebut.
"Saya ingin tegaskan bahawa jika pembawa usul itu atau sesiapa juga di belakang usul itu cuba berfikir yang pemimpin Amanah gentar dan bimbang dengan usul itu, mereka tersilap besar.
"Jika usul sebegitu digeruni atau ditakuti, maka sejak awal lagi parti Amanah tidak akan ditubuhkan," katanya yang juga ahli Parlimen Sepang.
Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat itu turut berkata, Pas juga harus bersedia untuk membawa isu 'smuggle' (menyeludup) baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Kota Damansara sebelum ini ke Mahkamah Syariah.
"Seperkara lagi, memandangkan isu baiah yang sedang tidur lena tiba tiba dikejutkan semula, kami juga harap pembawa usul dan Pas mesti juga bersedia untuk bawa isu "smuggle" baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Kota Damansara sebelum ini ke Mahkamah Syariah.
"Bukankah kerana 'smuggle' tersebut, ianya berakhir dengan Pas rela memenangkan calon BN di Dun tersebut?" soalnya.

Khaled Nordin tidak lagi kekal MB Johor - Salahuddin

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menjangkakan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak lagi kekal sebagai Menteri Besar Johor jika BN terus menguasai negeri itu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, bibit-bibit kepada kemungkinan itu telah berlaku serta beberapa orang perlu dikambing hitamkan dalam masa terdekat bagi menunjukkan imej bersih.
"Pembersihan akan berlaku. Khaled Nordin tidak akan jadi MB (Menteri Besar). Moral dia telah jatuh. Kalau (BN) menang lagi, Najib akan lantik MB dan kabinet baru yang diyakini pro kepada dia.
"Khaled Nordin cuba lari dari pelan rancangan rompakan yang besar. Dia cuba buat Team Johor kemudian melakukan satu rompakan di Johor. Team Johor itu kumpulan perompak sebenarnya," ujarnya dalam dialog 'Live Bongkar' bertajuk 'Rasuah: Najib lawan Khaled?' malam tadi.
Khaled yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor pada 14 Mei 2013 menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun sejak tahun 1995.
Salahuddin berpendapat hasil rompakan berkenaan diagihkan antara satu sama lain seperti pernah Seniman Negara, P. Ramlee gambarkan dalam filem 'Nujum Pak Belalang' yang diterbitkan pada 1959 dengan ejaan, 'Nujum Pa' Blalang'.
"Perompak-perompak ini nanti akan agihkan antara satu sama lain seperti babak filem P.Ramlee. Politik P. Ramlee masih relevan dengan politik Umno dengan memangggil Umno sebagai sarkas," jelasnya.
Mengulas skandal raksasa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau tidak menolak kemungkinan adanya campur tangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di sebalik penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara dan arahan perpindahan ke atas beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015.
Turut mengundang kontroversi pada tahun itu apabila bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Abdul Hamid Bador diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri ketika siasatan 1MDB hangat diperkatakan.

'Saya bukan terrorist' - Dr Zakir Naik

JERANTUT: Tun Mahathir-Najib Razak Percaya Rasuah Adalah Jalan Terbaik

SG.KELADI:Zaid Ibrahim - PAS Serupa UMNO,Bahaya Najib Razak Pada Negara

SG.KELADI:Husam Musa - Politik Menyerang Bukan Menerang.PAS Akan Jatuh

Umno, Pas akan bersatu - Annuar Musa

JERLUN - Umno menjangkakan bahawa parti itu akan bersatu dan bersama dengan Pas dalam soal Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.
Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun Umno dan parti Islam itu sering tidak sependapat, tetapi apabila tiba soal perhitungan agama khususnya RUU355 kedua-dua parti itu akan bersatu demi menjaga kepentingan serta kedaulatan agama.
Umno, Pas akan bersatu “Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.
“Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena siri jelajah penerangan Umno pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, kelmarin.
Menurutnya, apabila sampai pada soal agama, bangsa dan negara, maka kebergantungannya adalah kepada Umno.
“Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi, kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah,” katanya.
Jelasnya, politik itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan ibadah tidak boleh dibuat main-main dan tak boleh dibuat ikut perasaan. Ia bukan dilakukan kerana sayangkan kepada individu tertentu dan bukan soal jasa pemimpin tertentu.
Dalam perkembangan lain, Annuar mengakui kasih sayangnya dan rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berubah meskipun tokoh pemimpin itu kini tidak lagi berada dalam Umno.
“Jasa tetap saya kenang, tetapi dalam soal bicara bangsa dan masa depan negara kita adalah lebih besar daripada soal masa depan seorang individu.Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam ataupun Tun Abdullah Ahmad Badawi sampailah hari ini, soal peribadi individu dibandingkan dengan matlamat dan tanggungjawab kita pada agama, bangsa dan negara, soal individu itu terlalu kecil.
“Kita mesti melihat dari perspektif kepentingan bangsa dan negara. Orang yang sama apabila dia meninggalkan saf perjuangan parti yang kita dokong bersama, ia hanyalah seorang pemimpin biasa.

Rasuah dan UMNO macam kembar siam

Skandal demi skandal dan tangkapan yang dilakukan oleh SPRM terhadap pegawai, anak beranak dan Exco kerajaan negeri Johor menjadi bukti bahawa UMNO telah rosak sehingga ke akarnya.
Pun begitu, saya tidaklah terlalu terkejut kerana presiden parti itu sendiri pun terpalit dengan skandal 1MDB yang menjadikan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara kleptokrat di mata dunia.
Hal ini sepatutnya menjadi jawapan kepada sikap sesetengah orang Melayu yang masih berharap ada harapan untuk UMNO berubah. Bagi saya, harapan sebegini hanyalah ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
Kalau pun masih ada saki baki harapan bahawa UMNO di Johor masih bersih, ia tidak lebih saya sifatkan sebagai ‘banyak auta daripada fakta’.
Dalam isu di Johor kali ini, jelas sekali bahawa apa juga slogan yang cuba dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hakikatnya tidak memberi makna apa-apa.
Saya melihat trend politik UMNO Johor pimpinan Khaled sedikit sebanyak dilihat cuba menjarakkan diri dari bayangan presiden partinya Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal mega 1MDB.
Namun apa yang berlaku sekarang ini tergambar jelas bahawa kelakuan parti ras Melayu ini yang tidak boleh lari lagi dari penyakit salah guna kuasa. Ia tak mampu dicabut lagi.
Rasuah dan salah guna kuasa dalam UMNO ibarat kudis. Walaupun diketahui ia satu penyakit, tapi lagi digaru lagi sedap jadinya!
Hal ini sudah mendarah daging. Bagaimana UMNO rosak di peringkat persekutuan, begitulah rosaknya mereka di peringkat negeri hatta di peringkat lebih kecil dari itu seperti PBT dan JKK.
Kini orang menyindir bahawa UMNO dan rasuah ibarat kembar siam. Di mana ada UMNO, di situ ada rasuah!
Melayu gadai Melayu?
Menurut sumber, skandal hartanah di Johor turut melibatkan penukaran status Bumiputera kepada antarabangsa. Rujuk http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kes-hartanah-johor-suspek-terlibat-penukaran-status-1.634703
Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri diterajui UMNO yang kononnya berjuang atas nama Melayu hakikatnya telah menggadaikan kepentingan orang Melayu. Bumiputera kini merujuk kepada kroni dan suku sakat mereka sahaja. Bumiputera dalam kamus UMNO adalah ‘bumi’ ini untuk ‘putera-putera’ UMNO!
Jika tidak, masakan anak pegawai kerajaan Johor boleh dicekup?
Daftar undi segera untuk hentikan rasuah
Sudah tiba masanya untuk rakyat tanpa mengira apa juga latar belakang, menggembleng tenaga untuk ‘mencabut’ UMNO yang rosak ini sehingga ke akarnya.
Isu di Johor kini secara langsung memberi kesan besar kepada anak muda. Apatah lagi skandal yang timbul turut memperlihatkan penglibatan anak-anak muda dari UMNO seperti anak, pegawai-pegawai dan pimpinan pemuda UMNO.
Sebenarnya juga, anak-anak muda kita samada yang baru menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi mahupun tidak, yang baru membina keluarga dan memulakan kerjaya, adalah kelompok penerima kesan besar dalam skandal serupa berlaku di Johor ini.
Cukup sinikal; yang menyamun golongan muda, yang menerima kesan juga anak-anak muda.
Rumah adalah suatu keperluan. Dengan kos sara hidup yang amat menekan sekarang ini dan skandal melibatkan perumahan sebegini, masa hadapan anak muda menjadi bertambah kelam dan suram.
Kita terfikir, apakah anda yang salah guna kuasa di atas sana tidak berhati perut menggemukkan tembolok sedangkan ramai anak muda di bawah ini terpaksa berhempas pulas separuh mati untuk survival hidup?

Benarkah Tengku Adnan, DBKL jual tanah rizab kepada pemaju?

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Benarkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menjual tanah bukan miliknya kepada pemaju?
Jika ya, bagaimana ia boleh berlaku? Adakah terdapat tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan tersebut?
Persoalan itu dilontarkan peguam, Zulhazmi Shariff yang mendakwa DBKL telah membatalkan rizab tanah lot 55121 Mukim Kuala Lumpur yang sepatutnya di bawah kawalan Ketua Setiausaha Negara.
Menurutnya, kawasan itu telah dirizabkan sebagai kawasan lapang sejak 30 September 2005 dan menjadi padang bola sepak Jalan Jujur.
Namun, dedah beliau, DBKL pada 4 November 2015 telah membuat permohonan pembatalan rizab tanah itu dengan persetujuan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum dijual kepada pemaju.
Penjualan kepada Tetuan Sinerjuta Sdn. Bhd itu kononnya adalah bagi membina rumah gantian kepada 640 unit rumah pangsa Seri Labuan di Bandar Tun Razak.
Akhirnya, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan telah mewartakan pembatalan tersebut pada 9 Januari 2017.
“Sekarang tanah Lot 55121 Mukim Kuala Lumpur sudah menjadi tanah kosong yang akan diserahmilik kepada DBKL dan kemudiannya dijual kepada Tetuan Sinerjuta Sdn Bhd,” ujar Zulhazmi.
Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah itu berkata, alasan tanah itu dijual bagi pembangunan rumah gantian adalah langsung tidak munasabah.
“Baru saja pada 24 Januari lalu, DBKL menyatakan belum ada keputusan rasmi terhadap cadangan pembangunan semula Perumahan Awam Seri Labuan.
“Jika belum ada perancangan, bagaimana jabatan yang sama pada 5 Oktober 2015 menyatakan penjualan tanah itu adalah untuk pembangunan membina rumah gantian bagi rumah pangsa Seri Labuan?” soalnya.

Skandal tanah: Bekas Adun Umno Johor sudah jangka

Osman SapianOsman Sapian
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Datuk Osman Sapian tidak terkejut berkenaan kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri berkenaan.
Bekas Adun Kempas selama tiga penggal itu berkata apa yang berlaku pada kerajaan negeri Johor hari ini sudah dapat diagak kerana terdapat banyak kelemahan dan ruang yang menyumbang kepada rasuah.
Menurut beliau, isu Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ) yang mewujudkan kouta penyokong kerajaan selama ini juga tidak diketahui umum.
"Terdapat banyak ruang yang membolehkan berlakunya rasuah dalam hartanah di negeri Johor ini kerana ia melibatkan banyak agensi serta jabatan terbabit yang dipanggil sebagai panel selama ini.
"Ramai mungkin tidak tahu bahawa wujudnya kuota penyokong kerajaan pada RMMJ yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan kuota ini diberikan kepada ahli UMNO serta kepimpinan UMNO bahagian dan juga cawangan," kata Osman dalam program 'Live Bongkar' anjuran Media amanah Negeri Johor kelmarin.
Selain itu Osman juga menafikan kewujudan rasuah ini berlaku tanpa pengetahuan pihak Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana pengesahan yang terakhir dan tertinggi adalah daripada pihak menteri besar.
Mengulas lanjut, Osman berkata kelulusan pelepas kuota bumi ini adalah di bawah pemerhatian menteri besar dan beliau juga yakin kemungkinan menteri besar akan dikaitkan dalam isu rasuah ini.
"Menteri Besar tak boleh elak dari menjawab isu ini kerana jika mengikut prosuder menteri besar adalah individu yang tertinggi dalam meluluskan pelepasan kuota bumiputera ini dan mana mungkin dia tidak tahu.

Hanya satu contoh untuk 1 Exco, belum lagi Menteri, TPM & PM dlm BN.

Indahnya Malaysiaku....Negara Rasuah..!!!

Kenapa kita terikat dengan perang Saudi?

Pesara brigedier jeneral berkata beliau bimbang keadaan itu akan menjadi ancaman kepada keselamatan Malaysia.
saudi-arabia-tentera-malaysiaKUALA LUMPUR: Pesara brigedier jeneral Datuk Mohd Arshad Raji mendesak semakan semula terhadap keputusan kerajaan menghantar tentera Malaysia ke Arab Saudi, berkata ia mungkin memberi kesan pada keselamatan negara.
Arshad yang juga bekas ketua staf am Markas Medan Tentera Darat berkata beliau bimbang pembabitan Malaysia dalam kempen perang diketuai Arab Saudi terhadap Yaman boleh mencetuskan reaksi daripada pihak yang tidak bersetuju dengan kempen itu.
“Kita perlu berhati-hati dalam pembabitan tentera kita di luar negara. Jika ia atas alasan kemanusiaan dan misi pengaman, tak mengapa.
“Tetapi saya tidak tahu mengapa kita menghantar tentera ke sana. Saya fikir kita sendiri sudah cukup masalah di rantau ini,” katanya kepada FMT.
Kempen perang itu bermula dari Mac 2015 dengan Arab Saudi menyokong Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi menentang pemberontak Houthi yang merampas ibu kota Sanaa dan bahagian lain di negara itu.
Pakatan diketuai Arab Saudi itu termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu dengan sokongan Mesir, Jordan, Maghribi dan Sudan.
Tetapi, laporan terkini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Amerika Syarikat menawarkan sokongan logistik dan risikan dengan pegawai dari Britain, Perancis dan Malaysia juga bekerja di ibu pejabat pakatan itu di Riyadh.
Arshad berkata Malaysia perlu mengikut contoh Britain dalam penghantaran tentera.
Beliau berkata sebarang cadangan untuk menghantar tentera Britain ke negara lain akan dibahaskan di Parlimen supaya rakyat tahu mengenainya.
“Seorang tentera ialah anak atau bapa atau adik, abang pada seseorang yang lain. Masyarakat umum ada hak untuk tahu di mana tentera kita dihantar dan mengapa,” katanya.
Baru-baru ini, selepas laporan PBB dikeluarkan, Amanah meminta Putrajaya menjelaskan sama ada Malaysia menyertai kempen tentera diketuai Arab Saudi di Yaman.

Elak terlalu bergantung pada China, kata bekas pemimpin tentera

Veteran tentera turut mempersoalkan apa keperluan projek Melaka Gateway yang bernilai RM43 bilion menerusi kerjasama syarikat Malaysia dan China dilaksanakan.
arshad-raji-china2KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Arshad Raji, pesara brigedier jeneral berkata veteran tentera gusar Malaysia mungkin akan jadi seperti Cambodia, iaitu terlalu bergantung pada China.
Beliau yang mengetuai kontinjen Malaysia bagi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Cambodia dari 1992 hingga 1993 berkata, China datang ke negara itu dengan cara besar-besaran selepas berakhirnya perang saudara, dan membina jalan serta jambatan.
Katanya, pada masa ini kebanyakan peralatan ketenteraan Cambodia datang dari China.
“Di situlah wang sebenarnya,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata China akan “beri anda sedikit sekarang, tetapi tidak ada benda percuma”.
Bagaimanapun, Arshad yang kali terakhir berkhidmat sebagai ketua staf am Markas Medan Tentera Darat itu berkata beliau tidak menentang China, tetapi bimbang dengan pelaburan asing yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
“Saya bukan anti kerajaan. Saya hanya mahu kerajaan melaksanakan langkah berhati-hati dalam membuat keputusan supaya tidak ada kuasa asing boleh ada terlalu banyak pengaruh di negara ini,” katanya.
Katanya, beliau sangat bimbang dengan projek Melaka Gateway bernilai RM43 bilion yang dibangunkan secara bersama oleh syarikat Malaysia KAJ Developments dan PowerChina International dari China.
Beliau mempersoalkan sama ada Malaysia akan ada kawalan penuh terhadap pelabuhan itu dan membuat keputusan akhir terhadap rekaan dan pengurusannya.
“Melaka benar-benar perlukan pelabuhan sebesar itu? Kita tidak mahu ada situasi di mana pelabuhan itu digunakan untuk tujuan lain,” katanya.
Baru-baru ini, Straits Times Singapura memetik analisis dari S Rajaratnam School of International Studies sebagai berkata ada elemen strategik dalam projek Melaka Gateway.

Usul pelanggar baiah dihadap ke mahkamah: Husam cabar MB Kelantan bertindak segera

Husam MusaHusam Musa
Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa mencabar Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengambil tindakan segera berhubung usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di mahkamah syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Pas Kawasan Tanah Merah yang meluluskan usul tersebut, Husam berkata Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob perlu menetapkan tempoh masa bagi proses pendakwaan ini.
Menurutnya beliau yang kini merupakan penasihat Amanah Kelantan, bekas ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali harus menjadi orang pertama didakwa kerana keluar dari kumpulan Pas di Dewan Rakyat.
"Saya mencabar menteri besar Datuk Ahmad Yakob segera bertindak atas perkara ini dan menetapkan tempoh masa proses pendakwaan ini hendak dilakukan.
"Kita mahu pendakwaan dilakukan terhadap (Datuk) Ibrahim Ali sebagai orang yang pertama keluar dari kumpulan Pas di Dewan Rakyat.
"Hal saya ini sepatutnya tidak ada kena mengena kerana saya dipecat, bukannya saya keluar parti," katanya ketika menyampaikan ceramah di majlis 'selamat tinggal Umno dan selamat jalan Pas' di belakang kilang (gesek) mancis di Sungai Keladi Kota Bharu malam tadi.
Semalam, Pas kawasan Tanah Merah dalam mesyuarat agung mereka meluluskan usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di mahkamah syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.
Usul dibawa perwakilan Pas Cawangan Klewek itu mendesak Pas Pusat atau Badan Perhubungan Pas Kelantan bertindak segera kepada mana-mana individu yang melanggar sumpah berkenaan.
Menurut laporan Harakahdaily, perbuatan individu terbabit sangat memalukan serta seolah-olah mempermainkan sumpah tersebut.
"Sumpah dan baiah dibuat mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mengelakkan wakil rakyat PAS melompat parti dan membawa lari kerusi Pas.

Muafakat baharu pembangkang tanpa Anwar?

Dengarnya ada cadangan mengadakan gabungan pembangkang baharu hadapi PRU14 diketuai PPBM dan Dr Mahathir menerusi mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan PPBM.
mahathir-pakatan-1
Oleh Timmy Say
Kenyataan balas Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbunyi “Bukan DAP saja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri)” terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke yang Pakatan Harapan bersedia melantik wanita sebagai perdana menteri amat menarik perhatian.
Pemimpin yang dimaksudkan Loke, dan dipersoalkan Dr Mahathir tidak lain tidak bukan ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Susulan itu, kedengaran timbulnya satu cadangan untuk mengadakan satu gabungan pembangkang yang baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diketuai PPBM dan Dr Mahathir di dalam satu mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan PPBM.
“Lebih menarik hanya team Azmin yang mewakili PKR di mesyuarat itu. Team Rafizi langsung tidak kelihatan,” kata satu sumber yang hadir di mesyuarat tersebut.
Antara isi penting muafakat baharu ini, kata sumber itu ialah cadangan agar tidak menggunakan nama Pakatan, sebaliknya satu nama baharu yang akan dicadangkan bagi menghadapi PRU14.
Menarik lagi katanya ialah muafakat ini tidak melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah ia seolah-olah dicadangkan untuk membolehkan Dr Mahathir dapat mengambil-alih tempat Anwar di dalam pembangkang secara sah.
Yang mengejutkan semua pihak ialah cadangan muafakat baharu ini “boleh” diterima oleh sebuah parti terkuat di dalam Pakatan Harapan.
Sekiranya maklumat daripada sumber ini tepat, ini bermakna Dr Mahathir memulakan langkahnya untuk mengetuai pembangkang, dan sekiranya beliau mendapat sokongan penuh DAP untuk menubuhkan muafakat ini, maka beliau akan berjaya membebaskan diri daripada bayangan Anwar selepas ini dalam soal menentukan hala tuju pembangkang.
Dr Mahathir sebagai pakar politik sudah tentunya memahami kelemahan utama Pakatan Harapan kini ialah hakikat dan persepsi ia dikuasai ahli Parlimen bukan Islam dan tidak diketuai sebuah parti tunjang orang Melayu apabila tiadanya PAS.
Kelemahan itu menyebabkan Pakatan Harapan tidak akan dapat bersaing dengan Umno di kawasan kubu Umno yang menjadi nadi kerajaan BN.

'Saya masih ingat kata Tok Guru Johor akan jadi kubur Umno'

Mazlan Aliman bergambar bersama Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa dan penggerak parti selepas menaikkan bendera Amanah di simpang empat KeterehMazlan Aliman bergambar bersama Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa dan penggerak parti selepas menaikkan bendera Amanah di simpang empat Ketereh
Perkembangan politik negeri Johor yang menyaksikan Umno kini diasak dari pelbagai penjuru dan sasaran kebencian rakyat membawa suatu nostalgia kepada presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.
"Ketika saya menjadi Ketua Pemuda Pas Johor, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat datang berceramah di Benut dan kerana kedatangan hadirin tidak ramai saya memberitahu Tok Guru Johor ini kubu Umno.
"Tok Guru kemudian berbisik kepada saya katanya sekarang memang kubu Umno, Insya-Allah akan datang Johor ini akan jadi kubur Umno," cerita Mazlan di majlis pelancaran menaikkan bendera Amanah peringkat kawasan Ketereh yang dirasmikan oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa semalam.
Kerajaan Johor menurutnya kini berhadapan dengan keadaan paling tenat apabila pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sedang terbongkar satu demi satu.
"Seorang exco ditahan, sepatutnya bukan seorang tetapi semua sekali termasuk menteri besar," katanya mengulas penahanan Datuk Abdul Latif Bandi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu.
Keadaan di Johor kini menurutnya sama dengan keadaan di Kelantan sebelum pilihan raya 1990 apabila program-program anjuran gabungan pembangkang mendapat sambutan luar biasa.
"Kini rakyat Johor berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Amanah dan kelihatan telah sangat bersedia untuk menukar kerajaan dalam piihan raya akan datang," katanya.
Mazlan mengimbau kembali suasana di negeri Kelantan sebelum Barisan Nasional (BN) jatuh dan pentadbiran Kelantan diambil alih oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
"Saya sentiasa mengikuti ceramah bersama Tok Guru dan merasai begitu ramai penyokong dari pelbagai parti bergabung menjatuhkan BN.
"Waktu itu saya mendapat begitu ramai teman-teman rapat untuk bersama menentang kezaliman, namun agak malang sikit sebahagian mereka nampak rapat dengan BN dan tidak lagi bersama kita," katanya.
Mengulas keadaan di kawasan-kawasan Felda beliau berkata perubahan mendadak dapat dilihat di mana-mana.
"Dulu bila saya nak datang ke kawasan Felda, pelbagai ugutan dan ancaman dibuat oleh pihak Felda dan polis.

Ketua Hakim tolak dakwaan keyakinan masyarakat 'tersangat rendah'

Tun Arifin Zakaria memberi keutamaan paling tinggi dalam memulihkan semula keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman apabila beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara ke-13 pada 2011.
Bakal bersara pada hujung bulan ini, keutamaan beliau itu tidak berubah.
Dalam wawancara di pejabatnya, beliau mengimbas semula krisis perlembagaan pada 1988 yang meninggalkan kesan amat mendalam, apabila krisis itu berakhir dengan penyingkiran Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara.
"Banyak yang berpendapat keyakinan umum terhadap badan kehakiman berada di tahap paling rendah susulan krisis itu, dan masih ada mereka yang bertegas bahawa tahap itu tetap rendah," kata Arifin.
"Tetapi bagi saya, keadaan semakin bertambah baik sejak tahun-tahun kebelakangan ini di bawah pendahulu saya," katanya, dan menyebut secara khusus, Tun Zaki Azmi dan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.
"Namun, saya mahu membawa badan kehakiman ke peringkat lebih tinggi untuk memulihkan sepenuhnya keyakinan masyarakat," katanya.
Tugas sebagai hakim
Arifin percaya bahawa sebuah badan kehakiman yang bebas adalah penting bagi demokrasi, dan keyakinan masyarakat juga perlu bagi sistem keadilan yang berkesan.
"Sebagai hakim, menjadi tugas kami untuk melaksanakan keadilan dengan sebaik-baiknya, dan sebagai ketua hakim negara, matlamat utama saya adalah untuk mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman," katanya.
Beliau menolak dakwaan bahawa keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman tersangat rendah.
"Orang masih datang ke mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian... mereka yang mengkritik mahkamah sebagai tidak adil, tidak saksama, berat sebelah.. orang seperti inilah yang datang ke mahkamah.
"Pembangkang membawa banyak kes ke mahkamah untuk menentang kerajaan. Jika mereka tiada keyakinan terhadap badan kehakiman, saya pasti mereka tidak akan datang ke mahkamah," kata Arifin.
Arifin menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai undang-undang di Jabatan Perdana Menteri kira-kira 42 tahun yang lalu sebelum menjadi majistret pada 1976.
Beliau merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 1988 dan kemudian menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 dan Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994.
Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002, Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005 dan Hakim Besar Malaya pada 2008.
Kenangan paling indah
Ditanya tentang kenangan paling indah dalam kerjayanya, Arifin, yang mencecah usia 67 tahun pada Oktober ini, sekadar berkata: "Saya suka mendengar kes dan menulis penghakiman."
"Apabila saya menulis penghakiman, saya lakukannya dengan sepenuh jiwa raga. Apabila anda mendengar sesuatu kes, lebih-lebih lagi kes yang rumit, dan anda kemukakan penghakiman yang pada anda adalah penghakiman terbaik yang telah anda tulis, anda akan rasa amat puas hati.
"Paling manis adalah apabila anda benar-benar yakin bahawa anda telah berlaku adil terhadap sesuatu kes," katanya.
Arifin, yang berasal dari Kelantan, ketawa kecil apabila diminta menggambarkan tentang dirinya sendiri. "Saya agak terbuka kepada media dan masyarakat serta agak mudah didekati," katanya.
"Ia penting bagi kami (hakim) untuk mendampingi masyarakat menerusi media supaya kami boleh memperjelaskan perkara berkaitan badan kehakiman dan tentang fungsi kami. Lagipun, tiada apa untuk saya sembunyikan."

Sambut Najib, NGO minta Kelantan tegas tuntut royalti petroleum

Datuk Wan Rahim menyerahkan borang permohonan Amanah cawangan Sg Keladi kepada Datuk Husam Musa dalam ceramah malam tadiDatuk Wan Rahim menyerahkan borang permohonan Amanah cawangan Sg Keladi kepada Datuk Husam Musa dalam ceramah malam tadi
Sempena kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan yang akan disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, rakyat terus mendesak tuntutan royalti petroleum diteruskan.
Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa mengucapkan tahniah kepada pertubuhan menuntut royalti Kelantan (R) yang mahu pihak kerajaan negeri menjadikan agenda tuntutan royalti sebagai perkara utama dalam pertemuan antara ketua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri hari ini.
"Tahniah presiden R saudara Nazri Deraman yang menunjukkan sikap tegas berkaitan tuntutan royalti," kata Husam ketika menyampaikan ceramah di majlis 'selamat tinggal Umno dan selamat jalan Pas' di belakang kilang (gesek) mancis di Sungai Keladi Kota Bharu malam tadi.
Beliau difahamkan pihak R telah menghantar surat kepada menteri besar supaya pimpinan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan memakai baju berwarna merah ketika hadir bersama-sama menyambut perdana menteri hari ini.
"Tindakan R ini melambangkan pihak pertubuhan itu masih bersama-sama rakyat dalam menghadapi penindasan dan kezaliman yang telah menjadikan negeri Kelantan terpinggir dari arus pembangunan negara.
"Kita tidak mahu kerajaan negeri yang dipilih rakyat untuk menentang kezaliman telah berubah menjadi rakan karib kepada Najib yang masih meneruskan penganiayaan terhadap rakyat ini," katanya.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah pihak kerajaan negeri membuat kerahan besar-besaran untuk bersama-sama menyambut kedatangan presiden Umno ke negeri Kelantan.
"Saya ditunjukkan surat-surat kerahan ini yang ditujukan kepada kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan seluruh penghulu negeri Kelantan untuk hadir sama meraikan kedatangan Najib," katanya.
Penyelewengan dalam pengurusan wang negara khususnya berkaitan petroleum katanya telah menyebabkan penderitaan rakyat yang luar biasa.

Nik Abduh, jangan jadi tongkat Najib

Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz bahawa skandal rasuah dan pembaziran yang berlaku hari ini adalah kesakitan lama seolah-olah satu tindakan melindungi rasuah dan pembaziran berbilion ringgit yang sedang dilakukan oleh pentadbiran negara hari ini pimpinan kleptokrat global Datuk Seri Najib Razak.
Negara hari ini berhadapan krisis korupsi global yang amat kritikal bilamana skandal 1MDB menjadi subjek siasatan autoriti beberapa buah negara sehinggakan DOJ Amerika Syarikat mendedahkan Perdana Menteri adalah MO1 yang telah mencuri RM2.6 bilion.
Di samping itu, pendedahan SPRM bahawa terdapat 63 penjawat awam yang dituduh untuk tempoh 2016 hingga Februari tahun ini adalah satu angka yang besar dan begitu membimbangkan, apatah lagi lebih 60 peratus kes rasuah melibatkan pegawai muda bawah 40 tahun.
Tangkapan pegawai kanan Kerajaan termasuk dalam kes pegawai di Jabatan Air Sabah, Kementerian Belia dan Sukan dan EXCO Johor yang melibatkan rampasan jutaan ringgit wang tunai dan barangan mewah menunjukkan gejala rasuah adalah penyakit negara yang sudah membarah.
Persepsi rasuah negara
Indeks persepsi rasuah negara yang merosot dari tangga 54 ke 55 yang dikeluarkan oleh Transparency International amat memalukan negara.
Jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin negara dan penjawat awam hari ini tidak boleh lagi dibiarkan dan rakyat harus bersatu melawan gejala ini daripada terus menghancurkan negara.
Kemajuan negara dan pembangunan insan tidak akan tercapai jika negara dicemari dengan gejala rasuah kerana integriti adalah teras sesuatu kejayaan.
Nik Abduh tidak seharusnya terus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan kes-kes rasuah terutama yang melibatkan Perdana Menteri.

Debat Nazri-Mahathir tak ada kaitan dengan kerajaan, kata Johari

Menteri kewangan kedua berkata semua soalan mengenai 1MDB sudah pun dijawab di Parlimen.
johari-mahathir-nazri-debatKUALA LUMPUR: Perdebatan yang ditunggu-tunggu antara Datuk Seri Nazri Aziz dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu 1MDB tidak ada kena mengena dengan kerajaan, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Menteri kewangan kedua ketika ditanya mengenai debat itu pada program kemasyarakatan di Jelatek pagi tadi berkata beliau tidak mahu mengulas kerana kementeriannya sudah membahaskan isu itu di Parlimen.
Beliau berkata laporan sudah pun disediakan oleh ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengenai 1MDB, dan ia sudah pun dibincangkan secara meluas dengan soalan dijawab di Parlimen.
“Jika mereka hendak berbahas, ia di luar bidang kuasa saya, ia bahas peribadi dan tidak ada kaitan dengan kerajaan,” katanya.
Awal minggu ini, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mencabar menteri pelancongan dan kebudayaan untuk berbahas mengenai beberapa isu termasuk 1MDB, skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka bersetuju untuk berdebat di kawasan Nazri di Padang Rengas, Perak.

Nur Jazlan akan hilang undi, kata keluarga mangsa tragedi basikal


Ibu bapa remaja yang maut dalam tragedi basikal Februari lalu Zulkifli Sarkam dan isterinya Fatimah Nasir bersama anak anak ketika ditemui di rumahnya di Taman Sinaran Kempas baru baru iniIbu bapa remaja yang maut dalam tragedi basikal Februari lalu Zulkifli Sarkam dan isterinya Fatimah Nasir bersama anak anak ketika ditemui di rumahnya di Taman Sinaran Kempas baru baru ini
Tindakan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan ibu bapa mangsa remaja tragedi basikal Februari mendatangkan reaksi yang kurang senang pada tanggapan umum.
Bapa Allahyarham Azrie Danish Zulkefli SarkamBapa Allahyarham Azrie Danish Zulkefli SarkamZulkefli Sarkam, bapa kepada Mohamad Azrie Danish Zulkifli, 14 salah seorang daripada lapan mangsa yang maut ketika ditemui, meluahkan rasa kurang senang dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Nur Jazlan.
Beliau menyifatkan kenyataan itu Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Menurutnya lagi, tuduhan seolah-olah menyalahkan pihak ibu bapa semata-mata adalah suatu kenyataan yang tidak munasabah tanpa Nur Jazlan sendiri turun padang bagi melihat situasi atau keadaan di penempatan mereka.
"Saya kecewa dengan kenyataan Datuk Nur Jazlan yang kata kesalahan sehingga berlakunya tragedi basikal ini adalah disebabkan kelalaian ibu bapa semata-mata dan ini suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Dia (Nur Jazlan) hanya tengok dari atas lepas tu menuduh salahkan ibu bapa tanpa dia turun padang melihat sendiri keadaan di sini bagaimana remaja menjalani kehidupan seharian mereka dengan suasana yang terhad dan padat," kata Zulkefli yang ditemui di rumahnya di Taman Sinaran Kempas.
Nur Jazlan pada hari kemalangan maut tersebut berkata, peristiwa itu “menyedihkan tetapi tidak tragik”.
Nur Jazlan berkata remaja seperti itu tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu, untuk berlumba.
Katanya, perlumbaan seperti itu berlaku sejak lebih 10 tahun lalu dan polis mengambil tindakan secara berkala.

Muhyiddin sudah bersetuju dengan RUU 355 atas dasar prinsip kata Timb Presiden PAS

Salahuddin Ayub: Kisah Sebenar Rasuah Melibatkan Najib Razak Dan MB JOHOR Khaled Nordin

ISU 136,272 PENGUNDI TIADA ALAMAT DI SELANGOR, HASHIM KENA BERTANGGUNGJAWAB


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah tidak boleh berasa dia tidak bersalah berhubung kes 136,272 pengundi di Selangor yang tidak mempunyai alamat, apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menyoal balasnya berkaitan perkara itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar rayuan semakan keputusan dibuat kerajaan Selangor memberi alasan untuk tidak membenarkan permohonan kerajaan Selangor memanggil Hashim, kerana Hashim tidak ada maklumat mengenai perkara itu.
Alasan itu betul, tetapi senario yang berlaku dalam daftar pemilih di Selangor itu jelas tempang menunjukkan kelemahan SPR dibawah tanggungjawab Hashim selaku pengerusi di mana atas maruahnya sebagai seorang suruhanjaya bebas beliau kena bertanggungjawab.
Juteru Hashim kena bertanggungjawab dari segi moral dan integriti SPR ke atas ketempangan itu kerana ia akan terus dipersoalkan umum. Ketempangan itu juga akan ditafsirkan dengan berbagai unsur yang menjurus kepada ketidakadilan SPR dalam mengendalikan urusan pilihan raya di negara ini.
Perintah atau keputusan Hakim itu tidak boleh dijadikan lalang untuk melindungi maruahnya.
Ketempangan itu juga menyebabkan minda umum menerima dakwaan Bersih selama ini yang pilihan raya di negara ini tidak dijalankan dengan adil dan saksama serta bias yang jelas. Benarlah desakan mereka agar daftar pemilih terlebih dahulu disucikan sebelum mengakui SPR sebagai bebas dan adil.
Sebagai pengerusi sepatutnya sebelum melaksanakan penyempadanan semula beliau meneliti dan memastikan perkara itu tidak akan berlaku apa lagi sehingga dibawa ke mahkamah. Kalau pun pihaknya ada niat tertentu tetapi janganlah sampai tektik itu terdedah.
Kerana seperti mana dipersoalkan macam mana SPR boleh melakukan penyempadanan semula kawasan dalam keadaan pemilihan tidak diketahui di mana tempat tinggal mereka? Bukankah dengan cara itu menyebabkan pengundi tidak berada dalam lokaliti sepatutnya.
Bukankah pengubahan mereka dengan tidak ada identiti (alamat) itu maka mereka akan diletakkan dalam lokaliti yang tidak sepatutnya, menyebabkan mereka akan memilih calon yang bukan mereka kehendaki. Cara itu juga menyusahkan mereka dan boleh dianggap SPR ada agenda tersendiri?
Yang perlu dimalui oleh Hashim juga, apabila kes 136,272 pengundi yang tidak jelas identiti atau hilang alamat itu, sehinggakan kes itu dibawa ke mahkamah oleh kerajaan Selangor. Tindakan mahkamah itu telah mencabar kredibalitinya sebagai pengerusi SPR yang perlu dilihat adil dan berwibawa.

BERSATU PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA ADALAH WAJIB, BERSATU SINGKIRKAN NAJIB JUGA WAJIB

Berdepan krisis diplomatik dengan Korea Utara berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, rakyat Malaysia ketika ini diseru agar bersatu hati bersama kerajaan tanpa mengira ideologi politik bagi memastikan segala-galanya berakhir dengan baik.

Yang lebih diutamakan tentunya ialah agar 9 rakyat Malaysia yang masih berada di Pyongyang dapat diselamatkan dan dibawa balik dengan seberapa segera, juga dalam keadaan selamat pastinya.

Lagi lama krisis ini berpanjangan, lagi ia membimbangkan, apatah lagi dengan adanya laporan berita yang mengatakan makanan halal untuk keperluan mereka hanya mampu bertahan untuk tempoh seminggu saja lagi dan mereka juga dinasihatkan tidak keluar ke mana-mana, melainkan kekal berada di dalam kawasan kedutaan atas faktor bahaya yang tak dijangka mungkin akan menimpa.

Secara umumnya, rakyat tidaklah begitu daif tentang keperluan bersatu dalam hal ini. Mereka tahu kerajaan yang sedang memerintah adalah BN dan Perdana Menteri ialah Najib Razak. Oleh itu, demi keselamatan 9 rakyat Malaysia yang sedang berada di Korea Utara itu, sokongan dan dokongan mereka kepada kerajaan ialah agar krisis diplomatik ini segera berakhir dan mereka yang bagai tebusan di Pyongyang ketika ini dapat dibawa pulang dengan selamat.

Sebab itu, nampak sedikit janggal apabila Najib sendiri membuat rayuan agar seluruh rakyat bersatu dan memberi sokongan kepada kerajaan yang sedang dipimpinnya dalam menangani krisis dengan Korea Utara itu.

Najib tidak perlu membuat rayuan secara terbuka kerana tindakan demikian lebih menampakkan beliau ingin mengaut sokongan politik untuk kepentingannya dan masa depan UMNO serta BN semata-mata. Lebih-lebih lagi tarikh pilihanraya mungkin diadakan pada bila-bila masa dan Najib sendiri sedang bergelut untuk memenanginya.

Sepatutnya biarlah pihak lain yang berkecuali yang membuat rayuan sedemikian, manakala Najib dan kerajaan dalam masa yang sama hanya perlu memperlihatkan tindakan atau langkah-langkah konkrit sedang diambilnya untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Selagi Najib memperlihatkan usaha ke arah menamatkan krisis dan membawa pulang 9 rakyatnya Malaysia itu, seluruh rakyat memang memberi sokongan kepada kerajaan, walaupun tanpa beliau membuat rayuan secara terbuka mengenainya.

Dalam apa juga keadaan, apabila bertembung dengan negara lain, rakyat secara semulajadinya akan memihak kepada negara sendiri. Itulah namanya sayangkan negara dan mengutamakan kedaulatan negara.

Dalam konteks menamatkan krisis dengan Korea Utara, keperluan untuk rakyat bersatu memberi sokongan kepada kerajaan adalah suatu kewajipan sebenarnya. Sokongan itu lebih kerana BN adalah kerajaan yang sah sedang berkuasa dan menguruskan pentadbiran negara.

Tetapi, sokongan itu bukanlah mengenai masa depan UMNO dan BN atau perhitungan kalah menang dalam pilihanraya, sebaliknya kerana ada 9 nyawa yang perlu diselamatkan, selain untuk mempertahankan maruah serta nama baik negara.