Sabtu, 11 Mac 2017

Konvensyen 19 Mac: Kit Siang ajak Felda hadir sama, usah takut jika benar

Felda seharusnya mengalu-alukan Konvensyen Felda Pakatan Harapan dan tidak takut untuk menghantar pegawai-pegawai tertinggi untuk menghadiri konvensyen bagi menjamin kedudukan 100,000 peneroka Felda adalah baik selari dengan slogan 'berani kerana benar'.
lim-kit-siang_felda_600
PETALING JAYA: Felda seharusnya tidak rasa takut dan bimbang dengan Konvensyen Felda anjuran Pakatan Harapan pada 19 Mac ini, sebaliknya pengurusan agensi itu wajar mengalu-alukan usaha pihak pembangkang itu jika mereka berada di landasan betul, kata Lim Kit Siang.
“Felda seharusnya mengalu-alukan Konvensyen Felda Pakatan Harapan dan tidak takut untuk menghantar pegawai-pegawai tertinggi untuk menghadiri konvensyen bagi menjamin kedudukan 100,000 peneroka Felda adalah baik selari dengan slogan ‘berani kerana benar’,” kata pemimpin kanan DAP ini hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, beliau juga rasa hairan dengan kenyataan Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada semalam bahawa pengurusan Felda menyuarakan bantahan dan menegaskan organisasi itu sama sekali tidak terlibat dengan penganjuran Konvensyen Felda oleh Pakatan Harapan.
“Saya rasa hairan apabila membaca berita Bernama bahawa pihak Felda tersinggung dengan Konvensyen Felda anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam pada Ahad, 19 Mac, dengan menyatakan bantahan sambil menegaskan Felda sama sekali tidak terlibat dalam Konvensyen Felda (dimaksudkan),” kata Kit Siang ketika berucap pada satu majlis Dewan Sri Cheeding selepas melawat Kg Jenjarom dan Kg Sri Cheeding ketika Jelajah Desa ke kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Datuk, Selangor hari ini.
Teks ucapan beliau diedarkan kepada media petang ini.
Di Johor Bahru hari ini, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dipetik Bernama, menyifatkan tindakan Pakatan Harapan itu hanya bermotifkan agenda politik yang ingin menghasut rakyat khususnya peneroka bagi membenci kerajaan.
Beliau berkata, pihak berkenaan seharusnya tidak perlu merumitkan keadaan sebaliknya membantu menyelesaikan masalah yang sedia wujud.
Hanapi dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, yang dipetik Bernama, berkata, pihaknya tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk menggunakan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut.
Kata beliau, kebelakangan ini terdapat pihak yang berusaha untuk mengganggu-gugat kesejahteraan dan keharmonian masyarakat peneroka. Yang terbaru, Pakatan Harapan dijadual mengadakan Konvensyen Felda, Kelangsungan Felda Melalui Pengupayaan dan Pendidikan.

'Lempang-melempangi' akan meletus pada pemilihan Pas?

Aksi Abdul Hadi menjulang replika keris gergasi pada muktamar Pas tahun laluAksi Abdul Hadi menjulang replika keris gergasi pada muktamar Pas tahun lalu
Menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-63 pada 28 April hingga 1 Mei depan, Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad seolah-olah memberi gambaran insiden 'lempang-melempangi' bakal tercetus pada pemilihan parti tersebut.
Tanpa menyebut secara khusus, empat status Facebook yang dimuat naik Pesuruhjaya Pas Selangor Rabu lalu dilihat konsisten merujuk kepada kemungkinan penyingkiran kumpulan tertentu pada pemilihan sempena himpunan tahunan itu.
Berturut-turutan pada 8 April lalu sehingga 9.41 malam, Iskandar memulakan kenyataan dengan menulis, "Tunjukkan kehebatan kita dengan apa yang telah kita lakukan bukan dengan menidakkan apa yang orang lain telah lakukan."
Ungkapan pada pukul 8.09 malam itu diikuti dengan pernyataan dalam bahasa Inggeris selang 15 minit kemudian.
"Berdasarkan posting FB, sesiapa sahaja dapat merasakan bahawa pemilihan parti semakin dekat. Jadi, boleh diramal," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka itu.
Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Negeri Selangor seterusnya secara jelas membayangkan pemilihan Pas yang diadakan setiap dua tahun sekali itu seperti situasi dalam panggung wayang.
"Start dah. Jom beli popcorn. 2 tahun sekali aje bro. Ha ha ha," tulisnya pada status Facebook yang dimuat naik pada pukul 8.31 malam.
Akhirnya, lebih sejam kemudian, beliau mengingatkan supaya tidak berlaku babak pertelagahan sekaligus menggambarkan kemungkinan berlakunya gelombang penyingkiran dan perpecahan Pas kali kedua dalam masa terdekat.
Status Facebook Iskandar kelmarin menggambarkan berlakunya penyingkiran kumpulan tertentu pada muktamar Pas bulan depanStatus Facebook Iskandar kelmarin menggambarkan berlakunya penyingkiran kumpulan tertentu pada muktamar Pas bulan depan"Lengkap melengkapi dan bukan lempang melempangi," tulis Iskandar ringkas pada 'posting' pukul 9.41 malam, 8 Mac lalu.
Difahamkan, Iskandar antara pemimpin Pas pusat yang disebut-sebut bakal 'dilempang' atau disingkirkan pada pemilihan parti itu bulan depan selain Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Muktamar Tahunan Pas yang akan berlangsung di Kedah nanti adalah pemilihan kali pertama selepas kumpulan pro Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menguasai parti pada pemilihan sempena Muktamar Pas Ke-61 pada 2015 lalu.
Tiga jawatan naib presiden serta ketiga-tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda dirampas oleh blok yang dilabel sebagai golongan ulamak pada pemilihan di Kuala Selangor itu.

GTP Najib kecewakan ketua pemuda Gerakan

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, semalam secara terbuka menyatakan rasa kecewanya kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Melalui Twitter, Tan berkata, dia tidak lagi mengikuti akaun rasmi GTP selepas melihat sendiri "wajah sebenar" agensi kerajaan berkenaan.
"Saya baru saja berhenti mengikuti @gtp_roadmap… Nasib baik saya dapat melihat wajah sebenar agensi ini. Terima kasih atas pencerahan. Salam!" kata Tan.
Tweet itu kemudian disusuli lagi: "Saya akan menyokong sebarang agensi kerajaan yang membantu semua rakyat Malaysia. Tetapi saya sangat menolak pihak yang hanya memenuhi cita rasa orang kaya."
Sementara itu ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan hari ini, Tan enggan memberi sebarang kenyataan lanjut.
"Saya cuma lebih suka untuk tidak mengikut (Twitter) mereka. Tak ada komen lain. Saya mahu biarkan begitu saja," katanya kepada Malaysiakini.
Semakan di Twitter mendapati, beberapa pengguna media sosial itu turut meminta Tan untuk memberi komen mengapa dia mengambil sikap sedemikian.
Untuk rekod, Gerakan adalah sebahagian daripada kerajaan. Memang menjadi kelaziman bagi anggota parti gabungan BN untuk memberikan sokongan kepada dasar dan pelaksanaan kerajaan.
GTP diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dilancarkan pada 28 Januari 2010 merangkui enam (kemudian menjadi tujuh) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Ia dilaksanakan bagi membantu Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

DAPSY dakwa Umno-BN sendiri khianat Bangsa Johor

Yeo kanan diarah keluar dewan setelah usul tergemparnya ditolak speaker Foto RoketkiniYeo kanan diarah keluar dewan setelah usul tergemparnya ditolak speaker Foto Roketkini
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sepatutnya berani dan menggunakan kesempatan Mesyuarat Dewan Negeri untuk memperjelaskan isu pelepasan unit kuota Bumiputera. Khaled tidak sepatutnya bersembunyi di sebalik Peraturan Mesyuarat sehingga menyebabkan Adun Pekan Nenas diarah keluar Dewan.
Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong bertindak berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan untuk membawakan satu rundingan tergempar supaya menteri besar memberikan penjelasan mengenai dua kenyataan beliau yang bercanggah sebelum ini. Rundingan tergempar yang dibawa oleh Yeo Tung Siong ini turut disokong oleh 10 Adun lain selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat.
Seperti kebiasaan dalam mana-mana amalan Dewan Legislatif, speaker mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak sesuatu rundingan (usul) yang dibawakan oleh Ahli Dewan dan keputusan Speaker adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan. Saya tidak mempunyai masalah dengan kuasa Speaker dalam insiden ini.
Cuma yang menjadi persoalan saya adalah keengganan Menteri Besar untuk memberikan penjelasan lanjut sama ada 4,503 unit seperti yang dijawab oleh beliau dalam sesi Mesyuarat Dewan Negeri April 2016 atau 3,000 unit Bumiputera telah dilepaskan seperti yang telah beliau nyatakan kepada media pada bulan Mac 2017. Masakan dalam tempoh kurang lebih setahun ini boleh terdapat dua statistik yang begitu kontra antara satu sama lain.
Kenapa menteri besar tidak mahu meminta kebenaran Speaker untuk menjelaskan perkara ini. Ia amat penting dan melibatkan kepentingan rakyat khusus Bumiputera? Apa lagi yang mahu disorokkan sebenarnya? Ruang penjelasan yang sebenarnya adalah di dalam Dewan Negeri Johor.

Bagaimana jika orang Arab dan Indonesia kuasai hartanah kita?

Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Isu pasaran hartanah yang berstatus pegangan bebas di Malaysia bukan persoalan agama atau perkauman sempit sebaliknya ia adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, membuka pintu negara tanpa batas kepada pemilikan kekal dan bebas oleh rakyat asing ke atas pasaran hartanah adalah mangkin kepada pelaku dan penagih rasuah di negara ini sepertimana khususnya yang sedang melanda pentadbiran Kerajaan Negeri Johor hari ini.
Menurut beliau, projek-projek mega di IRDA terutama Forest City adalah contoh terbaik dalam isu ini.
"Apabila pasaran hartanah kita dikuasai oleh orang-orang Cina dari tanah besar China khususnya di Forest City, ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan isu perkauman Cina. Isu yang cuba dimainkan ialah sentiman anti Cina yang jelas cuba dimanipulasi untuk kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
"Adaikata pasaran hartanah di Forest City atau mana-mana projek super mega yang berstatus 'free hold' di negara ini dikuasai oleh hartawan dari Negara Arab atau Indonesia, adakah kita akan bergembira atau bersetuju?
"Walaupun hartawan dari Arab adalah seagama dan jutawan dari Indonesia mungkin majoritinya bangsa serumpun dengan saya, saya sebagai rakyat di negara ini tidak mungkin akan bersetuju sama sekali kerana kepentingan rakyat dan keselamatan negara adalah segala-galanya," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru katanya, Amanah mengajak rakyat berani bangun untuk menyuarakan penentangan terhadap isu rasuah hartanah dan polisi memberikan status hak milik kekal secara berleluasa tanpa had yang memungkinkan berlakunya penjajahan baru yang mengancam hak dan keselamatan rakyat serta negara kita sendiri.
"Berpayungkan kepada Perlembagaan Negara dan Negeri- negeri, petualang rakyat dan negara ini mesti diperangi habis-habisan kerana mereka begitu rakus menjahanamkan masa depan negara.
"Mereka telah khianat kepada rakyat yang memberikan mereka mandat dalam pilihan raya yang lalu," katanya.

Bahasa, Melayu dan nasib hilang peta

Kita harus terima hakikat, suatu peta baru sudah dicipta untuk wilayah dan taman perumahan di Malaysia. Nama yang asalnya berbunyi Melayu dan Nusantara sudah terhapus. Peta baru wujud bersama simbol dan semangat baru di Malaysia.
Nama Melayu di kawasan separa tradisional seperti Kampung Baru, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat semakin dimodenkan dengan nama baru yang kononnya lebih bugar dan glokal.
Kampung Kerinchi yang dulunya kawasan setinggan dan wilayah penagih dadah sudah bergelar Bangsar South. Tidak jauh dari itu, ada pula Bangsar Village.
Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Pantai Dalam sudah lusuh dari peta moden. Kampung Baru juga diyakini akan hilang daripada sebutan awam apabila rangka pembangunan nasional yang bertujuan memodenkan kawasan tradisi sedang berjalan lancar.
Hari ini kaum pemodal dan kapitalis rakus menfaraidkan wilayah negara bersama penguasa politik. Mereka tidak peduli bahasa dan budaya Melayu. Mereka glokal dan globalisasi. Mereka rakus dan ganas.
Mereka lakukan apa saja kerana boleh pergunakan akta dan hukum kanun untuk mencapai hasrat dan tujuan.
Jangan terperanjat apabila nama asing wujud secara keterlaluan di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Mereka boleh membangunkan Forest City dengan sekelip mata dengan nama asing dan wajah asing.
Melayu dan bahasanya akan terus di belakang kerana yang berkuasa di Forest City adalah golongan yang tidak boleh dicabar. Lebih malang, orang asing dikatakan akan diberikan hak milik kekal dan pegangan bebas.
Syarikat misteri 1MDB dan pelabur China sedang sibuk menfaraidkan pembangunan di kawasan lapangan terbang Sungai Besi dan seluruh negara.
Kita tidak hairan tentang nilai pelaburan. Yang kita bimbang penguasaan asing akan membawa bencana terhadap kedaulatan bahasa dan budaya tempatan. Isu politik dan ekonomi bukan lagi menjadi rahsia umum.
Usaha merendahkan imej dan bahasa Melayu sudah lama berlaku. Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan dasar penswastaan dan korporat pada 1982, fungsi swasta dalam pembangunan nasional begitu ketara.
Bukan di London atau New York
Pelaburan mereka bermatlamatkan keuntungan. Pemodal yang juga kapitalis adalah sekutu setia politikus yang korup. Mereka mempergunakan kuasa untuk melabur dan melebur.
Kapitalis membangunkan sesuatu kawasan, tidak salah. Yang tak betul ialah apabila pembangunan mengabaikan kemajuan budaya dan bahasa. Jati diri tempatan diperlekeh ke tahap yang luar biasa.
Namun hari ini perbuatan mengaibkan bahasa sendiri bukan satu kesalahan. Undang-undang tidak meletakkan isu bahasa sebagai fakta kes. Bahasa hanya wujud dalam perlembagaan. Bahasa Melayu bahasa rasmi. Namun jika bahasa Melayu tidak dihormati dan diabaikan, ia bukan kesalahan di Malaysia.
Pendaulatan bahasa terus diketepikan. Justeru, wujud nama aneh dan asing untuk petempatan dan taman perumahan di Lembah Klang.
The Peak, Tivoli Villa, Atmosfera, Vista Millennium, Casa Prima dan Park Avenue itu wujudnya bukan di New York, London atau Toronto. Ia sebahagian daripada taman perumahan dan kondominium di Kuala Lumpur!
Jangan hairan jika ayah dan ibu dari kampung susah mahu menyebut nama sesetengah kawasan perumahan kerana lafaznya terlalu aneh untuk mereka, dan tidak mencerminkan identiti Melayu.
Kawasan urban dan elit lebih mesra menggunakan nama aneh, mungkin kerana keanehan cara berfikir penghuninya sendiri. Pemaju perumahan ghairah menggunakan nama asing untuk taman perumahan.
Mereka tidak membuat kesalahan kerana tiada peruntukan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang melarang penggunaan nama asing untuk kawasan kediaman. Pemaju hanya membina kediaman, sekali gus mengaut keuntungan.
Mereka tidak terikat mendaulatkan bahasa Melayu kerana tiada peruntukan berbuat demikian. PBT pula lebih selesa meluluskan projek, hatta di kawasan berisiko di lereng bukit dan tadahan air semata-mata atas nama pembangunan.
Tidak kisah premis nama Melayu atau tidak, asalkan pembangunan diteruskan.
Usaha meremehkan bahasa Melayu di taman perumahan berjalan lancar. Walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa, pewarisnya juga tetap mempunyai agenda yang sama.
Politik, ekonomi dan pembangunan perlu seiring. Politikus dan kapitalis seiring jalan membangunkan negara ketika budayawan, ahli bahasa dan sasterawan semakin diketepikan. Ustaz dan lebai pula sedang zuhud dan istiqamah dengan perjuangan hudud yang entah bila tercapai.
Pada 2000, ada segelintir pejuang bahasa Melayu yang melatah penggunaan perkataan "presint" yang diubah daripada "precinct" di Putrajaya.
Tiada budaya, citra di Malaysia
Mereka mencadangkan penggunaan nama yang lebih sesuai dengan budaya setempat. Namun apalah yang ada pada budayawan dan ahli bahasa, termasuk juga pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), kerana suara mereka tenggelam di sebalik keghairahan politik nasional yang lebih mencaturkan kerakusan kuasa dan agihan ekonomi.

Saifuddin: Kita tak mahu Malaysia 'Darul Rasuah'

Jangan biar negara ini terjebak dengan gelaran Darul Rasuah - itu permintaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ketika mengulas statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, data didedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, bahawa sebanyak 665 kertas siasatan dibuka membabitkan penjawat awam antara 2016 hingga Februari lalu, perlu dipandang serius.
Katanya, sepanjang tempoh itu juga 548 penjawat awam ditangkap dan 63 kes dituduh di mahkamah.
"Bagi saya jumlah tersebut satu angka yang sangat besar kerana ia melibatkan penjawat awam yang sepatutnya berintegriti dan menjaga wang rakyat dengan sebaik-baiknya," kata Saifuddin.
Ada beberapa kes rasuah berprofil tinggi didedahkan SPRM sejak beberapa bulan lalu, termasuk penahanan pegawai kanan Jabatan Air Sabah yang didakwa menyelewengkan dana bagi pembinaan infrastruktur di negeri itu.
Satu lagi kes yang menarik perhatian ramai ialah tangkapan membabitkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian dan anaknya.
Dalam serbuah di sebuah rumah di Subang Jaya, pegawai SPRM merampas wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.
Hal sangat memalukan
Terbaru, seorang exco di Johor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan pihak berkuasa atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan status tanah di negeri itu.
Saifuddin menjelaskan, gejala rasuah di kalangan penjawat awam ketika ini semakin membimbangkan, terutamanya apabila ia membabitkan beberapa jabatan kerajaan termasuk jabatan air, Felda dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Katanya, masalah itu harus dibendung segera kerana dikhuatiri kadar tersebut terus meningkat dari hari ke hari.
Rakyat juga, kata Saifuddin, menyaksikan kemerosotan negara dalam indeks persepsi rasuah dikeluarkan Transparency International - Malaysia baru-baru ini.

PH, Bersatu kena seiring kukuhkan ikatan


Husam merasmikan upacara naik bendera Amanah KeterehHusam merasmikan upacara naik bendera Amanah Ketereh
Parti-parti dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu diberi peluang melaksanakan peranan masing-masing sehingga kerajaan sekarang benar-benar dapat ditumbangkan.
"Pacak bendera kita kalau rendah sama rendah, kalau tinggi biarlah sama tinggi," kata Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis perasmian kibar bendera Amanah peringkat kawasan Ketereh hari ini.
Menurutnya parti-parti yang telah sama-sama berjanji untuk sepakat ini tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bantu-membantu bagi menjadikan cita-cita menjadi realiti.
"Dalam hal bendera di simpang Ketereh ni kita mahu semua parti yang bersama kita ada, kalau boleh biar dekat-dekat.
"Tadi bila sampai nampak bendera parti Pas sebelah tiang kita lusuh dan koyak, ini pun saya kurang senang kerana nanti kata kita nak ambil kesempatan," katanya.
Bagaimanapun beliau bersyukur kerana pihak Pas telah diberitahu mengenainya.
Beliau kemudian memanggil ketua pemuda Amanah Ketereh, Mohd Asri Mohd Zain untuk membuat pengesahan mengenai hal tersebut.
Ketua pemuda Ketereh Mohd Asri Mohd Zain memberitahu Pas telah diminta menukar benderanya yang sudah lusuh dan koyakKetua pemuda Ketereh Mohd Asri Mohd Zain memberitahu Pas telah diminta menukar benderanya yang sudah lusuh dan koyak
"Ni saudara Asri jadi saksi pihak kita telah beritahu mereka," katanya sambil meminta Asri membuat pengakuan.
"Saya mengaku telah memberitahu penghulu supaya tukar bendera baru tapi dia kata biarlah dulu," kata Asri.
Tiang bendera Amanah setinggi 65 kaki didirikan di simpang empat berhadapan balai polis Ketereh.
"Paling menarik simpang empat Ketereh ini menjadi tempat semua parti-parti politik menaikkan bendera masing-masing di sini," kata Husam.
Pada musim perayaan menurutnya simpang empat Ketereh sangat dikenal anak-anak perantau yang pulang berhari raya.
"Simpang ini paling teruk menghadapi kesesakan yang menyebabkan masa menunggu hingga beberapa jam.
"Inilah antara sebab mengapa arwah Tok Guru mengambil keputusan untuk membina lebuh raya rakyat Kota Bharu Kuala Krai," katanya.
Malangnya kata Husam ketiadaan Nik Aziz telah menjadikan pembinaan lebuh raya menjadi beban kepada kerajaan dan rakyat Kelantan.
"Minggu lalu mahkamah memutuskan untuk menerima tuntutan syarikat Dae Hanguru yang ditamatkan kontrak secara tidak sah oleh kerajaan.
"Dalam mesyuarat exco terbaru pula saya difahamkan syarikat yang menggantikan Dae Hanguru pula ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri.
"Pihak kerajaan akan mengalami kerugian yang besar berkaitan penamatan syarikat-syarikat ini," katanya.
Menceritakan kembali usaha Nik Aziz untuk merealisasikan lebuh raya rakyat itu, Husam berkata beliau pernah diarahkan untuk memberi taklimat kepada Islamic Development Bank (IDB) di Jeddah.
"Malangnya ada exco yang hadir sama di majlis itu awal-awal lagi memberi gambaran tentang kesukaran membawa balik wang ke Malaysia.

PAS mahu pelanggar baiah diheret ke mahkamah

PAS kawasan Tanah Merah meluluskan usul supaya mana-mana bekas pemimpin parti itu didakwa di mahkamah syariah jika melanggar sumpah taklik dan baiah yang dilafaz sebelum ini.
Usul dibawa perwakilan PAS Cawangan Klewek itu mendesak PAS Pusat atau Badan Perhubungan PAS Kelantan bertindak segera kepada mana-mana individu yang melanggar sumpah berkenaan.
Menurut laporan Harakahdaily, perbuatan individu terbabit sangat memalukan serta seolah-olah mempermainkan sumpah tersebut.
"Sumpah dan baiah dibuat mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mengelakkan wakil rakyat PAS melompat parti dan membawa lari kerusi PAS.
"Kami mendesak bawa mereka ini ke mahkamah syariah sebab hakim kata (perbuatan itu) ada kes (boleh didakwa) tetapi kita masih berdiam diri," katanya dipetik portal berita PAS itu.
Mesyuarat berkenaan dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Lafaz taklik dan sumpah baiah dimestikan kepada semua calon yang diturunkan mewakili PAS dalam pilihan raya di Kelantan.
Ia diperkenalkan ketika PAS bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.
Melalui lafaz itu, perkahwinan seseorang wakil rakyat dianggap terbubar dengan talak tiga jika mereka meninggalkan PAS.
Minta semula kerusi Tanah Merah
Isu itu kembali menjadi panas apabila beberapa pemimpin keluar dari parti selepas muktamar tahunan PAS 2015 di Selangor.
Antara wakil rakyat yang dikaitkan dengan isu itu ialah Dr Hatta Ramli (Anggota Parlimen Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan terbaru Datuk Husam Musa (ADUN Salor).
Sebelum ini, pada Oktober 2015 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu, parti itu tidak menolak kemungkinan akan memansuhkan syarat lafaz taklik cerai talak tiga kepada wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Pekeliling Jabatan Penerangan: PRU14 makin dekat?

Menjadi kelaziman juga surat pekeliling ini dikeluarkan setahun sebelum tamat tempoh Parlimen bagi mengingatkan seluruh anggota JaPen agar bersiap sedia menghadapi PRU apabila diisytiharkan kelak, kata Ketua Pengarah.
Ibrahim-Abdul-Rahman_jepen_600
PETALING JAYA: Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin dekat ekoran penularan surat pekeliling Jabatan Penerangan (JaPen), Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman menjelaskan, makluman itu hanya satu peringatan rutin supaya kakitangannya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.
Ketika timbul tanggapan dan andaian banyak pihak terutama di kalangan kakitangan awam bahawa pekeliling itu sekali gus menandakan PRU14 tidak lama lagi, tegas beliau, kandungannya tidak merangkumi anggota perkhidmatan agensi-agensi lain.
Ibrahim mengakui pekeliling dalaman yang dimaksudkan dikeluarkan oleh beliau sendiri.
“Gambar surat pekeliling yang sedang tular di media sosial adalah pekeliling dalaman yang saya keluarkan khas kepada anggota JaPen mengenai cuti persendirian atau urusan peribadi ke luar negara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” kata beliau.
Tambah beliau, surat pekeliling tersebut memerlukan semua anggota kerajaan memohon kelulusan untuk ke luar negara sama ada tugas rasmi atau pun bercuti persendirian atau urusan peribadi.
Surat pekeliling dalaman JaPen bertarikh 28 Februari 2017 adalah peringatan cuti ke luar negara persendirian atau urusan peribadi bagi mengelakkan anggota agensi itu menempah tiket penerbangan untuk ke luar negara dalam waktu kakitangannya diperlukan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti jabatan dan program rasmi kerajaan, jelas beliau.
Katanya lagi, JaPen, salah satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, terlibat dalam aktiviti utama negara seperti perayaan Hari Kebangsaan, Sukan SEA, pertabalan Yang di-Pertuan Agong serta aktiviti advokasi, keterlibatan serta pemasaran maklumat dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.
Oleh itu kata beliau, adalah tanggungjawab JaPen sejak dahulu membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan demokrasi berjalan lancar melalui kempen keluar mengundi, pendidikan tatacara dan kaedah mengundi dalam media dan komunikasi bersemuka menjelang PRU14.
Di samping itu, ujar Ibrahim, tanggungjawab hakiki JaPen untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan juga dibuat secara berterusan.
“Menjadi kelaziman juga surat pekeliling ini dikeluarkan setahun sebelum tamat tempoh Parlimen bagi mengingatkan seluruh anggota JaPen agar bersiap sedia menghadapi PRU apabila diisytiharkan kelak,” katanya lagi.

SPR SUKARKAN PEMBANGKANG, AKAN MENANGKAN BN DI TERENGGANU...

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada satu majlis di Kuala Terengganu kelmarin (8 Mac 2017).

"...kebimbangan PAS bahawa ia akan terjejas teruk di Terengganu kini semakin menjadi kenyataan apabila parti itu dijangka akan kehilangan banyak kerusi termasuk di DUN dalam kawasan Parlimen Marang diwakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang."
Akhirnya Badan Perhubungan UMNO Terengganu juga yang boleh menarik nafas lega apabila mendapat habuan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Bendera Barisan Nasional (BN) akan berkibar megah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana SPR membantu mereka.
Semua pihak boleh menyemak pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri selain  boleh disemak mulai kelmarin (8 Mac 2017)  hingga 7 April ini di Pejabat Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan/Pejabat SPR/Pejabat Tanah dan Jajahan serta dewan serbaguna atau pejabat kerajaan yang disahkan.
Memanglah SPR memberikan ruang untuk sebarang representasi kepada syor-syor yang dicadangkan olehnya dikemukakan kepada SPR dalam masa satu bulan selepas notis ini dipamerkan mulai semalam. 
Namun apakah bantahan akan berjaya?
Kelak, segala bantahan pembangkang TETAP TIDAK AKAN menjadi penghalang untuk SPR ‘memenangkan Barisan Nasional (BN) Terengganu’ pada pilihan raya umum akan datang.
UMNO yang ketika ini tiada kuasa majority  2/3 di DUN dan amat tahu akan kalah pada PRU14 nanti, akan berusaha berusaha bersunguh-sungguh bagi menggunakan kuasa SPR bagi mengubah sempadan DUN-DUN yang dimenangi oleh pembangkang, khususnya PAS dengan sebegitu rupa.
SPR memaklumkan sebelum ini, cadangan persempadanan semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Memanglah BN khususnya UMNO Terengganu turut membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula membabitkan beberapa kawasan sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di negeri ini.
Namun ia hanya wayang semata-mata dan pastinya Pengerusi BN yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman kini tersenyum panjang apabila SPR tidak melayan bantahan pembangkang.
Penolakan UMNO negeri mengenai  cadangan penamaan semula kawasan pilihan raya seperti Telemong kepada Sekayu dan Teluk Pasu kepada Buluh Gading bukan isu besar.
Walaupun Ahmad Razif mengatakan bantahan BN itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPRM akan untungkan BN, yang pasti Menteri Besar Terengganulah yang memiliki ‘the last laugh’.
"Di Terengganu banyak juga kawasan yang terbabit dengan cadangan persempadanan semula dan kita akan buat bantahan antaranya termasuk penukaran nama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telemong dan Teluk Pasu.
Sedangkan kebimbangan PAS bahawa ia akan terjejas teruk di Terengganu kini semakin menjadi kenyataan apabila parti itu dijangka akan kehilangan banyak kerusi termasuk di DUN dalam kawasan Parlimen Marang diwakili Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Contohnya bagi DUN Alor Limbat dalam Parlimen Marang yang diwakili Hadi, melalui persempadanan baru peti undi Gelugor di Alor Limbat yang sebelum ini dimenangi PAS dipindahkan ke DUN Wakaf Krai yang memang PAS sudah memang besar.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Oktober lalu, Langkah itu dipercayai akan menyebabkan PAS hanya memenangi satu sahaja kerusi di salah satu kawasan berkenaan, dan tidak seperti sebelumnya pada pilihan raya 2013 di mana PAS mendapat majoriti besar di kedua-dua kawasan itu.

KG LAUT: Ustaz Wan Ji - PAS Parti Islam Yang Senang Mengkafirkan Orang Lain

KG.LAUT: Wan Rahim - Gandingan BERSATU & AMANAH Akan Ganti PAS Di Kelantan

So Apa Cita Minggu Ni?Ep.8: Bersama Tan Kar Hing,Faiz Fadzil,Abas Azmi

TG PIAI: Mukhriz Tun Mahathir - Najib Razak Tak Fikir Rakyat Cuma Poketnya Sendiri

Lim Kit Siang: Bersatu Tumbangkan Kleptokarasi Najib Razak

RUU 355: PAS akan dijemput forum seterusnya kata MCA

Panel beri amaran 'bahaya' RUU 355 di forum MCA

RUU 355: Penganjur dakwa ustaz 'ditekan' tidak hadir ke forum MCA

TG PIAI:Salahuddin Ayub -Najib Razak & Khaled Nordin Bertanggungjawab Jual Forest City Kpd CHINA

KERAGUAN TERHADAP TINDAKAN SPRM BERSIHKAN KERAJAAN NAJIB

Bagaimanakah penerimaan rakyat terhadap kegigihan tindakan SPRM untuk bersihkan kerajaan Najib dari rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa.
Adakah rakyat menerimanya secara negatif atau positif.
Tidakkah tindakan ini akan terbatas atau terhenti bila berlaku tekanan dari dalam parti UMNO sendiri yang melihatnya sebagai memburukkan lagi imej UMNO yang sudah pun teruk bila ia melibatkan pimpinan UMNO sendiri.
Tidakkah tindakan menahan dan menghadapkan ke mahkamah Exco Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri telah mendedahkan kemewahan hidupnya dan keluarganya memiliki kereta mewah, beg tangan berjenama mahal adalah menggambarkan style hidup ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang lain?.
Tidakkah ini menyinggung perasaan Menteri Besar Johor, Datuk Mohd Khalid Noordin,menggelapkan lagi masa depan UMNO dan kerajaan BN di Johor.
Rakyat pada umum bergembira dan berbangga dengan tindakan tegas dan berani SPRM sejak akhir-akhir ini tanpa memilih bulu yang meliputi pegawai tinggi kerajaan,anggota polis,imigresen dan terkini terhadap anak seorang anggota Exco kerajaan negeri Johor dan disusuli dengan tindakan terhadap bapanya sendiri (Exco) .
Rakyat telah lama berpendapat bahawa jika tindakan basmi rasuah diambil terhadap orang kerajaan sendiri termasuk pemimpin parti, ia tidak akan memburukkan lagi imej kerajaan sebaliknya menampakkan keikhlasan pimpinan kerajaan untuk pembersihan.
Apakah ini merupakan arahan dari Datuk Seri Najib yang dilanda dengan berbagai tuduhan terhadapnya yang mahu membuktikan kepada rakyat beliau terpisah dari semua tuduhan itu dan berani kerana benar
Oleh kerana kegigihan tindakan basmi rasuah yang bertubi-tubi itu berlaku setelah kerajaan sendiri terpalit dengan berbagai prasangka buruk,maka persoalan timbul mengapa jerong-jerong besar masih bebas?.
Mengapa kes rasuah di Sabah yang beratus juta ringgit lewat siasatannya? mengapa kes 8 remaja mati dilanggar di pagi buta di Johor yang amat simple, hingga ini yang terlibat belum dihadapkan di mahkamah. Adakah SPRM tidak dapat menciumi prasangka rakyat dalam hal ini?.
Jika berterusan kelemahan-kelemahan yang menampakkan pilihkasih kepada rakyat, maka kebebasan SPRM akan terus dipersoalkan disebalik tangkapan yang bertalu-talu.
Lebih dari itu kita dapat menjangkakan tekanan dari dalam parti sendiri akan berlaku ke atas Datuk Seri Najib jika tindakan terus melibatkan orang parti sendiri.
Tindakan terhadap Exco Johor tentulah menampakan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri Johor khususnya MB kerana hanya berlaku setelah SPRM mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Menteri Besar Johor jelas tersinggung dengan tindakan ini sehingga beliau enggan untuk mengulas.
Dengan kedudukan UMNO seluruh negara yang goyang sekarang dan masa depan BN yang belum pasti, adakah tindakan SPRM ini akan membantu memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO dan kepimpinan Najib atau ini merupakan tikaman dari belakang?.

MENGAPA MELAYU PERLU DAP?

Zaid Ibrahim

Pemukiman selama tiga hari bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP pada hujung minggu lepas memberi sedikit pengalaman kepada saya.
Saya berasa amat dialu-alukan dan saya gembira melihat aktiviti-aktiviti pemimpin muda menjalankan pelbagai kerja kemasyarakatan yang mampu menawarkan penyelesaian praktikal kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Mereka terlihat amat berdedikasi dan sebahagiannya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda Melayu.
Saya gembira, walaupun telah ditawarkan untuk menyertai DAP sejak lapan tahun lalu dan menolaknya, akhirnya telah membuat pilihan yang tepat. Seperti Steve Jobs pernah berkata, kita tidak perlu takut untuk terus menimba dan meneroka kerana apabila kita mengikut suara hati, kita akan menemui apa yang benar-benar kita mahukan.
Melayu hari ini sangat memerlukan  kepimpinan baru untuk membantu mereka agar setanding dengan bangsa-bangsa lain.
Selepas 60 tahun merdeka, Melayu lebih mempunyai pemimpin agama yang tidak mampu mengajar nilai-nilai berguna untuk membantu mereka dalam mempertingkatkan kehidupan. Mereka hanya diberitahu apa hukuman yang menanti apabila mereka mati atau mungkin mendatangkan rasa malu dalam kehidupan.
Dengan menggunakan hanya beberapa contoh, pemimpin-pemimpin agama terbukti tidak melakukan apa-apa untuk membantu menghentikan penyebaran HIV dan lain-lain penyakit kelamin. Mereka juga tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah yang berleluasa dalam masyarakat.  Malah mereka tidak melakukan sebarang usaha untuk membantu beribu-ribu ibu tunggal. Mereka tidak menyelesaikan masalah. Mereka hanya tahu berdakwah dan mengajar.
Pemimpin politik Melayu secara umumnya adalah tidak berguna dan hipokrit. Mereka selalu melaungkan  “Pertahankan Raja-Raja Melayu,” tetapi mereka tidak pernah memberitahu orang Melayu apa sumbangan besar dan baik yang Raja-Raja telah lakukan selama ini.
Mereka menggesa orang Melayu untuk “mempertahankan Islam” tetapi mereka tidak peduli tentang ramai orang Melayu yang tidak boleh memberitahu perkara yang mudah selain betul atau  salah, baik atau buruk atau bagaimana penggubahan wang haram boleh bermula dengan sumbangan atau derma.
Mereka juga bercakap tentang “hak Melayu” tetapi kuota Bumiputera banyak dialihkan kepada yang tidak layak dan  tanah rezab Melayu pula dicuri  sepanjang masa.
Beberapa hari lalu, kira-kira 30 atau lebih peguam Melayu dan intelektual di bawah naungan Perkasa memutuskan bahawa adalah berbahaya bagi Perlembagaan Persekutuan untuk meletakkan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai mukaddimahnya.
Orang Melayu seperti  hidup dalam dunia fantasi. Mereka tidak melihat  apa-apa di dunia nyata. Mereka teruja mengenai bahaya Rukun Negara, namun mereka tidak melihat bahayanya apabila kleptokrat sedang mentadbir negara.

Zairil tak faham Islam, PAS jawab gelaran ‘tabligh’

PAS mempertahankan dasar kepimpinan semasanya dan berkata ia masih sama seperti era Nik Aziz.
khairudinaman-Zairil-KhirPETALING JAYA: PAS menganggap Zairil Khir Johari tidak faham Islam, selepas pemimpin kanan DAP Pulau Pinang itu menyifatkan PAS umpama jemaah tabligh kerana tidak berminat memenangi pilihan raya.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ahli Parlimen Bukit Bendera itu memperjuangkan idea sosialis dan tidak memahami perjuangan PAS.
“Zairil pemimpin beragama Islam yang tak faham prinsip dan dasar Islam dalam berpolitik,” kata Khairuddin kepada FMT.
“Zairil kena belajar lebih banyak tentang Islam, bukan hanya belajar ilmu sosialis.”
Semalam, Zairil dalam penulisannya mempersoalkan haluan perjuangan PAS yang kini lebih mementingkan perjuangan agama berbanding meraih sokongan politik.
Naib pengerusi DAP Pulau Pinang itu turut menuduh PAS lari daripada perjuangan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata dasar Nik Aziz dan pimpinan lain parti itu masih sama, iaitu bekerjasama dengan DAP selagi mana DAP tidak menentang agenda Islam yang dibawa PAS.
“Apabila DAP mula menyerang Islam dan agenda politik PAS, maka PAS mesti putuskan kerjasama dengan DAP. DAP adalah punca kerosakan Pakatan Rakyat dengan agenda mereka yang merosakkan,” katanya.
Menurutnya, PAS merupakan parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangan.
“Negara mesti ditadbir berdasarkan prinsip Islam yang akan memberi kemakmuran dan kebaikan kepada semua rakyat.
“Ia terbukti sepanjang ratusan tahun khilafah Islam memerintah sebahagian besar dunia ia memberi kemakmuran bagi semua,” katanya.

KOS SARA HIDUP TERUS MENINGKAT DENGAN KENAIKAN GULA

Sementara angin Pilihan Raya Umum terus bertiup kencang dengan ‘jelajah’ Datuk Seri Najib ke Sarawak dan Sabah serta cabar mencabar politik berlaku antara pemimpin pembangkang dan Umno BN, kos sara hidup yang dihadapi rakyat dibimbangi terus meningkat.

Pada 1 Mac lalu, meskipun harga petrol RON 95 kekal pada kadar RM2.30 seliter dan hanya harga minyak diesel naik 5 sen, namun harga gula pasir putih bertapis kasar telah naik 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dibuat pada 2 Mac (sehari selepas kenaikan), harga baharu tersebut susulan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia. "Bagaimanapun, kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara-negara lain," kata kementerian itu.

Malah, Menteri berkenan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, "Dalam perkiraan kita, kenaikan harga gula sebanyak 11 sen bukanlah satu isu besar, dan tidak patut menjadi satu isu kerana setiap orang tidak akan guna 1kg gula dalam sebulan". Katanya, kementerian telah mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum menaikkan harga gula. Faktor-faktor itu termasuk keuntungan pembekal dan pemborong, kos pengangkutan, serta perbelanjaan lain termasuk sama ada kenaikan 11 sen ini akan menyebabkan peningkatan harga pada barangan lain.

Dengan erti kata lain, parti pemerintah yakin kenaikan itu tidak membebankan rakyat kerana rakyat tidak mengguna banyak gula, peniaga tidak rugi dan harga barangan lain tidak akan meningkat.

Persoalannya, bolehkah jaminan ini dipercayai sedangkan kenaikan barangan asas seperti gula dan minyak panjang mata rantainya? Bolehkah rakyat percaya dalam keadaan pengurusan ekonomi oleh parti pemerintah diselubungi kepincangan akibat tata kelola yang lemah, hutang yang melampau, ketirisan dan dakwaan penyelewengan, salahguna kuasa serta rasuah? Pada masa yang sama, hawa perniagaan dan ekonomi tidak sebaik mana sebagaimana keluhan ramai peniaga kecil dan sederhana.

Sekadar mengingatkan semula, hakikatnya sebelum ini subsidi tepung, beras, gula, elektrik, minyak dan minyak masak telah dihapuskan oleh parti pemerintah. Apa yang parti pemerintah telah lakukan dengan penjimatan subsidi berkenaan?

Dalam keadaan kenaikan gaji yang lembap, kos sara hidup yang melambung dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang masih belum ditangani pentadbiran Datuk Seri Najib, kenaikan yang berturut-turut sama ada minyak atau gula, merupakan satu beban yang semakin menekan kepada rakyat terbanyak.

Apatah lagi kerana kenaikan harga petrol, diesel dan gula di Malaysia juga berpunca dari kejatuhan nilai ringgit yang lebih teruk berbanding matawang lain, bukannya disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan gula mentah dunia semata-mata.

Justeru, apa yang sewajibnya dilakukan ialah untuk parti pemerintah menghentikan sebarang kenaikan harga barangan dan menumpu kepada pengembalian hasil mahsul negara kepada rakyat. Penjelasan yang terperinci wajib diberikan tentang manfaat yang diperolehi oleh rakyat hasil daripada pelbagai penjimatan subsidi dan kutipan cukai khususnya GST.

Contohnya, menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, sumbangan hasil minyak dijangkakan sebanyak RM13 bilion untuk 2017, berasaskan andaian harga minyak mentah Brent pada USD45 setong. Walau bagaimanapun, harga berkenaan telah meningkat kepada purata USD56 setong pada awal tahun ini. Menurut Akhbar kewangan dunia Bloomberg dalam rencana bertarikh 2 Februari 2017 (https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-02-02/oil-halts-advance-near-three-week-high-as-u-s-stockpiles-expand), harga USD56 setong itu masih dikira rendah dan dijangka akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang. Maka hasil yang diperolehi sudah tentu bertambah.

MENTERI KEWANGAN MENGENAI CASEY TANG DAN JASMINE LOO

Semalam, saya telah menerima jawapan daripada Menteri Kewangan Najib Razak bagi soalan Parlimen saya iaitu sama ada Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan masih dalam senarai amatan Bank Negara. Laman web Bank Negara jelas menunjukkan mereka masih tersenarai. Namun, jawapan yang telah saya terima menjelaskan bahawa mereka tidak lagi bawah pemantauan Bank Negara, dan siasatan oleh pihak Bank Negara atas 1MDB telah selesai setelah 1MDB membayar kompaun kepada Bank Negara. Jumlah kompaun tersebut tidak diketahui.

Jelas bahawa kedua-dua individu ini, yang telah dirujuk sebagai 1MDB Officer 1 (Casey Tang) dan 1MDB Officer 3 (Jasmine Loo) oleh Bloomberg dan Malaysiakini berdasarkan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, kini tidak dinamakan sebagai orang berkepentingan walaupun masih dianggap sebegitu di Amerika Syarikat (AS).

Khususnya, 1MDB Officer 3 (Jasmine Loo) masih merupakah individu penting dalam siasatan AS atas US$5 juta yang telah diperoleh untuk 1MDB sebelum dipindahkan ke akaun bank peribadinya di Switzerland melalui syarikat-syarikat kosong (shell companies). Menurut Bloomberg, beliau juga telah memindahkan wang berjumlah enam angka kira kepada akaun Tim Leissner daripada Goldman Sach jurubank utama bagi jualan bon 1MDB.

Seperti biasa, jawapan Najib tidak mengandungi sebarang butir. Oleh itu, kami ingin menujukan soalan-soalan berikut kepada Gabenor Bank Negara:

1. Berapakah jumlah kompaun yang telah dibayar kepada Bank Negara yang telah menyebabkan Casey Tang dan Jasmine Loo disingkirkan daripada senarai amatan Bank Negara?

2. Pernahkah pihak Bank Negara menemu bual individu-individu tersebut semasa siasatan mereka?

3. Merujuk kepada Jasmine Loo, adakah Bank Negara bersetuju untuk menyenaraikan Jasmine Loo dalam senarai amatan dan memulakan siasatan atas pemindahan US$5 juta itu?

Nasrudin: Saya maafkan mereka jahil perjuangan PAS

Secara peribadi, saya maafkan mereka, justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masa kini
Nasrudin
Oleh Nasrudin Hassan
Masih terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.
Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh dan Tarikat Sufi.
Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut, justeru “Jamaah Tabligh dan Kumpulan Tarekat adalah sahabat PAS di pentas dakwah Islam dan Amal Islami.”
Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan dipentas politik.
Memahami seni politik matang dan sejahtera
Secara peribadi, saya maafkan mereka, justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masa kini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa:
i. Dasar perjuangan PAS adalah “Islam”. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke-3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt.
ii. PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-5.

Di Terengganu, lelaki jadi pilihan, kata exco

Seorang exco negeri berkata pemimpin Terengganu dipilih 'berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat Terengganu sendiri'.
Ghazali-Taib-terengganu-excoKetiadaan pemimpin wanita dalam pentadbiran dan politik di Terengganu bukan disebabkan ia ketandusan calon kaum hawa, tetapi faktor budaya dan agama, kata exco kanan Kerajaan Terangganu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata Terengganu merupakan negeri yang berpegang teguh kepada Islam dan kepimpinan lelaki menjadi pilihan masyarakat berdasarkan sejarah negeri itu.
“Terengganu ini negeri yang berpegang kepada Islam dari segi konsepnya, sebab itu kita tengok kesesuaian untuk meletakkan pemimpin wanita, mungkin tempat tertentu agak sukar nak terima kerana keterbatasan dalam agama dan sebagainya dan mungkin juga setengah tempat menerima pemimpin wanita,” kata Ghazali.
Baru-baru ini, FMT melaporkan Terengganu langsung tidak ada wakil wanita dalam pentadbiran dan politik, manakala Selangor paling ramai mempunyai wanita.
Tinjauan juga mendapati, jawatan exco kerajaan negeri Terengganu yang bertanggungjawab hal ehwal wanita juga disandang seorang lelaki, Roslee Daud.
Ghazali berkata pemimpin negeri dipilih “berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat Terengganu sendiri”.
“Budaya kita berbeza dengan negeri lain dan setakat ini sejarahnya begitu. Kita tidak boleh letak calon sebarangan sebab matlamat parti nak bertanding. Kita nak menang pilihan raya, misalnya masyarakat memilih pemimpin lelaki yang boleh bergerak tanpa ada halangan,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, trend masa kini menujukkan wanita diperlukan dalam pentadbiran kerajaan dan ia bersesuaian dengan penerimaan masyarakat Terengganu.
“Terpulang kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat untuk mengkaji sekiranya perkara itu sesuai dan sama ada rakyat Terengganu sudah boleh menerima pemimpin wanita… boleh difikirkan untuk meletakkan pemimpin wanita di tempat yang sesuai yang boleh rakyat terima,” katanya.
Hak wanita
Ghazali berkata, walaupun Terengganu tidak mempunyai pemimpin wanita dalam pentadbiran, hak dan keistimewaan wanita sentiasa diangkat, dan menambah wanita antara yang paling berjaya dalam sektor perniagaan negeri itu.

Felda bantah 'konvensyan Felda' anjuran Pakatan Harapan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyuarakan bantahan dan menegaskan bahawa organisasi itu sama sekali tidak terlibat dengan penganjuran 'Konvensyen Felda" oleh Pakatan Harapan Sabtu depan.

Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada dalam kenyataan semalam berkata organisasi itu juga tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk menggunakan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut.

"Kebelakangan ini terdapat pihak yang berusaha untuk mengganggu-gugat kesejahteraan dan keharmonian masyarakat peneroka. Yang terbaru, Pakatan Harapan dijadual mengadakan 'Konvensyen Felda, Kelangsungan Felda Melalui Pengupayaan dan Pendidikan' di Shah Alam pada 19 Mac ini.

"Penggunaan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut akan mengelirukan peneroka dan masyarakat awam amnya," katanya.

Beliau berkata Felda memandang berat perkara itu kerana kemungkinan terdapat pembentangan yang tidak tepat dan dikhuatiri akan mengganggu-gugat keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di rancangan-rancangan Felda.

Menurut kenyataan itu, sejak ditubuhkan pada 1956, Felda tidak pernah lari daripada objektif utamanya bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka di 317 rancangan di seluruh negara.