Jumaat, 10 Mac 2017

Cawangan PAS dalam DUN MB Kelantan bertukar Amanah

Ketua cawangan Nordin Adam dikatakan kecewa dengan menteri besar yang didakwa gagal menyelesaikan isu kampung warisan.
Wan-Abdul-Rahim-amanahPAS Cawangan Kampung Laut, Tumpat yang terletak dalam kawasan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob terbubar selepas hilang kepercayaan daripada pimpinan akar umbi.
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata ketua cawangan Nordin Adam dan ahli jawatankuasanya bersepakat untuk membubarkan cawangan dan mengumumkan keluar parti.
“Semalam Nordin Aman umum keluar PAS dan membubarkan cawangan dan menggantikannya dengan cawangan Amanah Kampung Laut,” katanya kepada FMT.
“PAS cawangan tersebut telah lumpuh sebab semua AJK keluar parti dan menyertai Amanah. Keputusan dibuat hasil daripada usul tergempar yang dibawa pemuda kawasan tersebut menerusi mesyuarat agungnya dan semua bersetuju untuk bubar.”
PAS Kampung Laut antara cawangan parti Islam tertua di DUN Pasir Pekan, Tumpat, ditubuhkan lebih 60 tahun lalu. Menurut Wan Rahim, Nordin menyerahkan 50 borang keahlian kepada pimpinan Amanah Kelantan pada suatu ceramah di situ malam tadi.
“Mereka kecewa dengan sikap Adun Pasir Pekan. Pelbagai aduan dibuat PAS kawasan terbabit untuk menyelesaikan masalah rakyat melibatkan isu kampung warisan tetapi tidak dilayan,” kata Wan Rahim.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Datuk Mohd Asri Mat Daud bagaimanapun menepis perkembangan ini sebagai kejadian yang dibesar-besarkan.
Katanya, PAS kawasan tidak lumpuh dan pengumuman Nordin itu bukan keputusan rasmi PAS cawangan kerana dibuat secara individu.

Wabak Baru: Ungkit kehidupan bekas pemimpin tinggalkan Pas

Penyakit Pas kini ialah mengungkit kehidupan bekas-bekas pemimpin yang dianggap penderhaka dan pengkhianat kepada perjuangan parti itu kerana menyertai Parti Amanah Negara.
Hakikatnya, bekas-bekas pemimpin dan ahli yang keluar itu mempunyai kualiti tersendiri dan telah menyumbang kepada kemajuan Pas dalam tempoh masa berdekad-dekad lamanya. Janganlah sewenang-wenangnya diaibkan mereka seolah-olah tiada sedikit pun sumbangan mereka kepada Pas selama ini.
Tabiat buruk manusia seperti itu seolah-olah melampiaskan sakit hati bagi membalas dendam dan melepaskan geram kerana nekadnya bekas ketua atau kawan meninggalkan Pas.
Sesungguhnya tabiat seperti itu tidak wajar dilakukan oleh sebuah parti yang mengutamakan akhlak Islam.
Alasan tiada lagi ‘bocor’
Kononnya selepas keluarnya golongan profesional Pas maka kebocoran maklumat dalaman parti dan sebagainya telah berjaya diatasi.
Seolah-olah keluarnya Mat Sabu, Khalid Samad, Salahudin Ayub, Mazlan Aliman dan Dr Hatta maka rahsia-rahsia Pas tidak lagi disebarluaskan.
Ianya amatlah dangkal untuk dikatakan sebegitu sedangkan selama ini bukannya bocor minit-minit mesyuarat Pas akan tetapi apa yang dibincang dan diputuskan oleh Pas sememangnya telah dapat diteka oleh orang awam dan para ahli Pas umumnya.
Oleh itu, tidak wajar didakwa bekas-bekas pemimpin Pas itu terlibat membocorkan maklumat.
AJK Pas Pusat kurang pengalaman
Kini, selepas perginya pemimpin-pemimpin berwibawa, yang tinggal adalah AJK Pas Pusat yang sangat tidak berpengalaman dan banyak yang angguk kepala serta segan kepada mereka yang digelar ulama dalam parti itu.
Yang hafal Al Quran dan kitab-kitab muktabar sememangnya tidak ramai dalam AJK Pas Pusat. Bila ada perkara-perkara besar maka diserahkan kepada ulama tertinggi membuat keputusannya.
Maka tidak hairanlah ada beberapa keputusan merugikan parti seperti berbaik-baik dengan Umno tidak didebatkan secara mendalam dan akhirnya dipertikaikan oleh ahli bawahan sendiri akan rasional serta relevannya keputusan itu.
Pas kalah 10 kerusi di Selangor?
Baru-baru ini terdapat kajian dalam sebuah akhbar Cina menyatakan Pas bakal kalah 10 kerusi DUN Selangor. Namun maklum balas dari pengundi sebenarnya Pas akan hilang semua kerusi yang dimenangi dalam PRU 13 lalu. Pas akan kembali menjadi pembangkang di DUN Selangor sekiranya masuk PRU 14 secara bersendirian.

Mengapa 'alif tendang wau' jadi sarkas?

Oleh DR MUHAIMIN SULAM
Filem P Ramlee khususnya yang diterbitkan pada tahun 1950-an adalah gambaran tentang perkembangan tulisan Rumi dan Jawi. Dalam banyak-banyak filem P Ramlee, aku pilih filem Pendekar Bujang Lapok sebagai mauduk perbincangan
Filem itu ditayangkan pada 1959, dua tahun selepas Malaya merdeka. Filem itu dikeluarkan oleh Run Run Shaw, syarikat perfileman di Singapura. Seluruh kekuatan filem itu sebenarnya dicetuskan oleh kreativiti P Ramlee dan rakan-rakan senimannya.
Biarpun skrip asalnya ditulis oleh P Ramlee, namun pelakon lain khususnya - Aziz Satar dan S Shamsuddin - diberikan kebebasan membuat skrip spontan.
Ini kelebihan seniman waktu itu bagi memastikan lakonan mereka lebih hidup. Bukan dibuat-buat walaupun pada realitinya ia hanyalah lakonan.
Rencana ini bukan tulisan tentang P Ramlee, tetapi tentang bagaimana P Ramlee menggunakan elemen tulisan Rumi dan Jawi sebagai gambaran situasi pada masa itu.
P Ramlee sudah tiada, manakala Jawi pula hanya tinggal nyawa-nyawa ikan saja. Aku dibesarkan sewaktu P Ramlee di era kejatuhannya.
Pada hari P Ramlee meninggal dunia, aku ikut sedih. Aku tidak pernah menonton filem lakonan beliau ketika itu. Hanya lagu-lagunya yang kudengar di corong-corong radio.
Tragedi dan komedi Melayu
Tahun 1973, kampung aku tiada elektrik. Jarak antara rumah aku dengan pekan Teluk Intan tidak sampai pun 10 batu (16km) tetapi hanya dapat menikmati elektrik sekitar tahun awal 1980-an.
Aku belajar Jawi pula di madrasah ataupun sekolah Arab yang tidak jauh dari tangga rumah aku. Apabila berada di sekolah menengah, pelajaran Pengetahuan Agama Islam diajar melalui tulisan Rumi.
Aku pun lebih cekap menulis Rumi berbanding Jawi. Masuk ke universiti, nasib baik terpaksa ambil bahasa Arab, sempatlah simpan kemahiran menulis Jawi. Itupun seminggu hanya belajar tiga jam sahaja. Yang lain, aku belajar menggunakan tulisan Rumi.
P Ramlee, Jawi dan Rumi? Ahhh, seperti tiada relevan untuk digandingkan dalam artikel ini.
Barangkali tulisan ini akan sedikit berbaur drama dengan historis yang ada unsur tragedi dan komedi. Ya, ini mungkin kesan pengaruh daripada pembacaan aku pada falsafah Aristotle.
P Ramlee dan Jawi adalah tragedi dan komedi untuk orang Melayu. Inilah drama yang aku mahu ajak kalian berfikir sebentar.
Aristotle menyebutkan bahawa tragedi itu berkaitan spoudaia ataupun perkara yang serius. Manakala komedi memberi makna, sesuatu yang bertentangan dengan tragedi dan sesuatu yang kurang penting.
Tragedi dan komedi wujud dalam pentas yang sama. Pada drama yang sama.
Kritikan tajam, mengejut
Benarlah Shakespeare yang menyebut dalam dramanya - bertajuk As You Like It pada 1599. Katanya: "All the world’s a stage. All the men and women merely players. They have their exits and entrances."
Maksudnya, dunia ini pentas sandiwara. Kesemua lelaki dan perempuan adalah para pelakonnya. Masing-masing mempunyai (waktu) keluar dan masuknya.
Dalam komedi P Ramlee, ada makna tragedi yang hendak diselitkan oleh Seniman Agung itu pada penonton. Memang itulah kekuatan P Ramlee, iaitu mengarap unsur komedi untuk menyindir atau mengkritik hal-hal dalaman masyarakat secara terbuka.
Dalam ketawa, sambil-sambil mengena. Malangnya, penonton hanya merasai jenakanya semata-mata tanpa ingin memikirkan lebih jauh daripada itu.
Pada penonton, itu hanyalah lakonan dalam filem, tidak lebih daripada hiburan semata-mata. Tidak. Ia adalah kritikan yang sangat tajam dan mengejutkan.
Melalui Pendekar Bujang Lapok, sekurang-kurangnya ada tiga adegan yang menunjukkan tulisan Rumi. Pertama, pada adegan awal apabila sebuah papan tanda tertera ‘PENAMBANG KAMPONG SUNGAI KEMUNTING’ kelihatan tergantung di atas jeti.
Kedua, pada minit 60:32, ketika adegan Bujang Lapok pergi ke sebuah sekolah umum.
Dan yang terakhir, pada minit 52:53 yang menunjukkan papan tanda Rumi yang tertulis nama kampong sebagai ‘JALAN KG PINANG SEBATANG’.
Secara keseluruhannnya ia menunjukkan tulisan Rumi sudah meluas digunakan sebagai wadah komunikasi di tempat-tempat penting seperti sekolah, pusat komersil (jeti) dan juga papan tanda nama tempat (nama kampung).

BR1M jelas alat politik Umno-BN

Awal Mac lalu, seluruh rakyat negara ini amat terkejut apabila ramai pemilik lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak dapat menerima pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sehubungan itu, pihak kerajaan segera menjelaskan bahawa mereka yang memiliki SSM sememangnya tidak akan diberikan bantuan itu kerana mereka dikatogarikan sebagai tidak layak menerima BR1M.
Amat aneh apa yang berlaku. Sedangkan sebelum ini tidak pun berlaku sedemikian.
Kenapa bagi pemberian BR1M 2017 yang bermula Februari lalu tiba-tiba begitu pula keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Sedangkan sebelum ini tidak pun disebut tentang pemilik SSM tidak layak menerima BR1M, sebaliknya dijelaskan bahawa mereka yang berpendapatan isi rumah RM4,000 layak menerima bantuan tersebut.
Selain itu, pemberian BR1M 2017 turut menyaksikan satu keanehan lain, apabila ia disampaikan secara manual menerusi pimpinan Umno-BN, berbanding sebelum ini yang disalurkan terus menerusi akaun-akaun bank para penerima.
Lebih menyedihkan, apabila pemberian secara manual itu bukan kelihatan lebih membantu dan menyenangkan para penerima, malah mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkannya, sehingga ada di antara mereka yang pengsan setelah menunggu sekian lama dan berada dalam keadaan berasak-asak pula.
Dengan kejadian yang berlaku itu, ternyata pemberian BR1M sebenarnya bukan untuk membantu rakyat yang susah, sebaliknya benarlah telahan PAS selama ini bahawa kewujudan bantuan tersebut lebih bermotif politik, bagi memancing undi.
Jika tidak bermotif politik, kenapa mereka yang memiliki SSM tiba-tiba tidak layak menerima bantuan itu tahun ini?
Apakah kerana pemilik SSM itu orang kaya? Sedangkan realitinya tidak semua pemilik SSM itu kaya, berada atau banyak wang. Sebaliknya ada di antara mereka yang hanya memiliki SSM, tetapi pendapatan mereka juga di bawah RM4,000 sebulan. Mereka mungkin sudah tidak berniaga lagi kerana ketiadaan modal dan sebagainya.
Apakah motif sebenar kerajaan tiba-tiba meletakkan syarat aneh mereka yang memiliki SSM tidak layak menerima BR1M. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membantu rakyat menerima pemberian itu, disebabkan kebocoran, penyelewengan, lantas diciptakan alasan untuk menyembunyikan perkara itu?

Jangan hanya sembang kencang, daftarlah sebagai pengundi

Ketidaktentuan harga petrol dan belanja dapur yang bila-bila masa boleh naik mendadak buatkan kita resah. Tekanan itu lebih jelas terasa bila teh tarik yang kita minum hari-hari nanti naik 10 sen atau 20 sen. Kegelisahan kita ini amat signifikan dengan apa yang kita hadapi sekarang.
Kenaikan harga teh tarik sekadar indikasi kepada kemelut ekonomi yang lebih besar. Namun, semua itu tidak bererti bagi kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang terus selesa amalkan ‘dasar’ kleptokrasi mereka. Yang ditangkap dua tiga kerat pegawai rasuah, tapi bapa rasuahnya masih berkeliaran.
Kejatuhan nilai ringgit, skandal 1MDB, jual tanah kepada syarikat China, skandal FELDA, Tabung Haji, isu KWSP, rasuah tanah Johor, skandal Jabatan Air Sabah, kenaikan harga bahan api, pengurusan konflik Malaysia-Korea Utara, percambahan puak fanatik agama dan bangsa, peningkatan inflasi, kemiskinan, pencerobohan sempadan negara, peningkatan bilangan pesakit mental; semua ini berkait rapat dengan kegagalan pengurusan kerajaan.
Apapun, kita nampaknya semakin berani menyuarakan segala resah gelisah ekonomi politik ini secara terbuka dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan mengirimkan luahan perasaan di group-group Whatsapp dengan aneka emoji mengejek dan sinis. Kita marah tapi terpaksa pasrah sebab kita rasa kita tidak mampu buat apa-apa
Apa jua cemuhan itu tidak sedikitpun merencatkan amalan rasuah BN. Mereka masih berkuasa tatkala setiap hari kita keluarkan sen untuk bayar cukai, berkorban masa, perah tenaga dan otak untuk bayar sewa rumah, kereta, hantaran kahwin, bil internet, hutang kad kredit, GST dan seumpamanya. Rintihan kita terhadap kemelut ini akan sia-sia tanpa penyertaan kita dalam salah satu proses demokrasi iaitu mengundi.

Sudahlah bajet pendidikan dipotong, sekarang mahu kenakan GST pula?

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Sektor pendidikan tidak wajar dilibatkan dalam dasar membebankan kerajaan UMNO-Barisan Nasional seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching.
Menurutnya, tindakan kerajaan yang tetap melaksanakan cukai itu ke atas salah satu aspek terpenting dalam pembangunan institusi awam negara seperti geran penyelidikan adalah bukti bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan kepentingan pendidikan negara.
“Kita mahu mempertingkatkan kedudukan universiti awam kita, tapi bajet untuk pengajian tinggi dipotong, dan sekarang kerajaan laksanakan pula GST ke atas geran penyelidikan.
“Walaupun kerajaan mungkin berhak untuk mengutip GST daripada sebahagian perkara dalam geran penyelidikan, tetapi kerajaan harus sedar bahawa ia akan turut menjejaskan kualiti penyelidikan itu sendiri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kulai kepada Roketkini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Malay Mail Online hari ini berhubung pelaksanaan GST ke atas geran penyelidikan bermula Ogos 2016 selepas diputuskan Kementerian Kewangan tahun lalu.
Portal berita atas talian itu turut melaporkan rungutan beberapa penyelidik antaranya Dekan Perubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Professor Dr. Adeeba Kamarulzaman.
Adeeba dipetik portal berkenaan sebagai berkata: “Ia (GST) menambah lagi kos untuk menjalankan penyelidikan dalam suasana yang sudah sedia ada sukar”.
Dalam bajet tahun ini, kerajaan telah memotong 19 peratus atau RM1.5 bilion bajet keseluruhan universiti awam di negara ini, dengan 10 daripada universiti berkenaan dikenakan pemotongan bajet sebanyak 10 hingga 31 peratus.

PKR Johor: Mana lagi RM200 juta hasil pelepasan status Bumiputera

Angka hasil pungutan Tabung Hartanah Bumiputera Johor yang diumumkan menteri besar berbeza dengan angka yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.
johor-mcmcPETALING JAYA: PKR negeri menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan terhadap Tabung Hartanah Bumiputera Johor.
Ini kerana terdapat perbezaan antara angka yang diumumkan menteri besar Johor 2 Mac lepas dengan angka yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
“Kenyataan Khaled pada 2 Mac lalu menyatakan jumlah sumbangan yang diperolehi sejak 2013 yang dimasukkan ke dalam tabung perumahan Bumiputera adalah sebanyak RM600 juta.”
“Tetapi kenyataan itu berbeza dengan jawapan Khaled kepada Adun Bukit Batu (Jimmy Puah) pada sidang DUN April tahun lalu memaklumkan jumlah unit lot Bumiputera yang dilepaskan dari tahun 2013 sehingga April 2016 adalah 4,503 unit manakala jumlah pungutan pula lebih RM332 juta,” katanya kepada FMT.
Pada 2 Mac lepas, Khalid berkata kerajaan negeri membenarkan status rumah mewah Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera dalam usaha mengurangkan lambakan kediaman mewah.
Menurut Khalid, pelepasan status hanya terhad kepada rumah mewah, tidak membabitkan rumah kos rendah atau mampu milik dan menjadi amalan kerajaan negeri sejak dulu.
Hassan berkata angka yang diumumkan Khaled itu mengelirukan kerana kenyataan itu bukan daripada penyata perakaunan dan tidak disokong dokumen atau penyata bertulis.
“Bayangkan jurang jumlah yang dimaklumkan itu ada banyak perbezaan. Mana lagi RM200 juta lebih itu. Kalau ada tidak apa, tetapi kalau tidak ada, masuk ke tidak duit itu dan mesti disokong dengan penyata akaun rasmi.

MP Pas bersyukur, Pas kini sudah kendur

Datuk Mahfuz Omar bersyukur Pas kini sudah kendur.Datuk Mahfuz Omar bersyukur Pas kini sudah kendur.
Ahli parlimen Pas bersyukur dengan sikap parti itu yang semakin kendur dalam perundingan mereka dengan parti-parti pembangkang di negara ini.
Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya kepada Malaysia Dateline berkata, kesediaan Pas untuk berunding bagi pembahagian kerusi dengan Bersatu lambang sikap itu.
"Saya bersyukur kerana Pas sudah kendur dalam sikap keras tidak mahu berunding dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah serta keras tidak mahu berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kesediaan Pas berunding dengan Bersatu bermakna Pas kini sedia berunding dengan parti pimpinan Tun dan parti yang menjalinkan hubungan rasmi dengan DAP dan Amanah," kata Mahfuz, ahli parlimen Pokok Sena itu.
Bagi Mahfuz, sikap Pas ini adalah menunjukkan satu sikap politik matang.
"Bagi saya, ini adalah anak tangga untuk Pas kembali kepada Pakatan Harapan bersama Bersatu, PKR, Amanah dan DAP," kata bekas naib presiden Pas itu.
Sebelum ini, pemimpin Pas menegaskan, partinya tidak akan berunding dengan mana-mana pihak yang mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah.
Pemimpinnya juga berkata, Pas sekali-kali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menyedari bekas Perdana Menteri itu tidak akan pernah berubah sikap.
Namun pada 8 Mac lalu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas kini bersedia berunding dengan partinya berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum akan datang
"Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama-sama Pas namun, kini mereka (Pas) telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Bersatu di Kuala Lumpur 8 Mac lalu, lapor Bernama.
Namun, Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menafikan dakwaan parti itu bersetuju berunding mengagih kerusi pilihan raya umum dengan Bersatu.

Mahasiswa PH desak Idris Jusuh dedah jumlah sebenar pensyarah diberhentikan


Mahasiswa Pakatan HarapanMahasiswa Pakatan Harapan
Datuk Seri Idris Jusuh digesa menjelaskan jumlah sebenar pemberhentian perkhidmatan disebabkan potongan Bajet 2017oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap 2,000 pensyarah dan profesor di beberapa universti awam negara.
Mahasiswa Pakatan Harapan yang merangkumi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Mahasiswa Amanah, dan DAP Varsity dalam satu kenyataan mengecam sikap KPT yang seolah-olah berbangga menyatakan bahawa hanya 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan dan bukanlah 6,000 seperti yang didakwa oleh Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin.
Awal minggu ini,negara dikejutkan dengan satu pendedahan yang dibuat di dalam surat khabar Berita Harian. Kongres Persatuan Akademik Malaysia dalam satu temu bual bersama Berita Harian mendedahkan bahawa 6,000 orang pensyarah telah dihentikan perkhidmatan disebabkan pemotongan bajet pendidikan tinggi dalam Bajet 2017 yang diumumkan oleh keajaan.
Justeru itu, Mahasiswa Pakatan Harapan yang merangkumi Mahasiswa Keadilan Malaysia, Mahasiswa AMANAH, dan DAP Varsity ingin menzahirkan kekecewaan kami terhadap pendedahan yang dibuat sekaligus mengesahkan bahawasanya Universiti Awam (UA) benar-benar terjejas teruk akibat pemotongan bajet ini!
"Apa yang lebih kami kesali di peringkat Mahasiswa Pakatan Harapan ialah respon Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani isu ini. Sebaik sahaja pendedahan ini dibuat, satu kenyataan balas telah dikeluarkan oleh pihak KPT. Kami dengan ini mengecam sikap KPT yang seolah-olah berbangga menyatakan bahawa HANYA 2,000 pensyarah yang telah diberhentikan dan bukanlah 6,000 seperti yang didakwa oleh
Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin mendedahkan  sejumlah 6,000 pensyarah telah ditamatkan kontrak dan diberhentikan. Bagaimanapun KPT dalam kenyataan balas oleh Idris menjelaskan ia hanya membabitkan 2,000 orang sahaja.
“Mahasiswa Pakatan Harapan ingin mengingatkan KPT dan Kerajaan Malaysia secara umumnya bahawa kehilangan 2,000 posisi pekerjaan adalah suatu jumlah yang amat besar, yang mana ianya lebih kurang 1/3 dari jumlah posisi pekerjaan yang telah dimansuhkan ketika krisis kewangan Malaysia Airlines pada bulan Jun 2015 yang lalu. Hal ini hakikatnya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Jika pemberhentian perkhidmatan 2,000 pensyarah ini dianggap sebagai suatu perkara yang amat kecil bagi KPT, Mahasiswa Pakatan Harapan dengan ini mendesak Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri untuk mendedahkan dengan segera kepada rakyat secara umumnya dan mahasiswa secara khasnya jumlah sebenar pensyarah yang telah diberhentikan dari tahun 2014 hingga awal tahun 2017,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan menyebut pendedahan tersebut harus merangkumi angka-angka peratusan punca kepada berlakunya perkara ini bukan sekadar menyatakan jumlah 2,000 ini termasuklah para pensyarah yang pencen, tidak mencapai KPI dan dihentikan perkhidmatan.
Jawapan yang diberikan oleh pihak KPT dalam kenyataan sebelum ini , dakwa Mahasiswa Pakatan Harapan seolah-olah melepaskan batuk di tangga.
Hal ini adalah fundamental dan penting kerana kepelbagaian punca kepada pemberhentian 2,000 pensyarah yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi gagal diakses dan diperiksa dengan lebih teliti oleh mahasiswa dan masyarakat umum oleh kerana impotensi Kerajaan dalam menyediakan maklumat-maklumat terperinci berkenaan dengan perkara tersebut.
Disiarkan kenyataan penuh Mahasiswa Pakatan Harapan:
Satu persoalan yang hangat diperkatakan masyarakat dan harus diperjelaskan oleh KPT adalah sama ada pemberhentian 2,000 pensyarah ini adalah disebabkan oleh kekangan wang dari pihak Universiti Awam seperti yang telah dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datuk Dr Musa Ahmad pada 8hb Mac 2017 yang lalu.

Tak perlu buang masa, Nazri bukan ‘level’ Dr M

Seorang pemimpin PPBM mahu melihat debat isu 1MDB, dana RM2.6 bilion dan skandal BMF antara Dr Mahathir dan Najib Razak.
Kamarudin-Md-Nor_mahathir_nazri-aziz_6
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berpendapat debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz hanya membuang masa kerana menteri Umno tersebut bukan saingan pengerusinya.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor mahu melihat debat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Razak.
“Dr Mahathir tidak perlu buang masa dengan Nazri. Nazri tak sama ‘level’ dari segi kematangan dan pengalaman. Ia seperti pensyarah universiti berdebat dengan cikgu sekolah,” katanya kepada FMT.
“Kalau nak debat dengan perdana menteri tidak apa,” tambahnya.
Semalam, Dr Mahathir menolak cabaran bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas, Perak dan mengajak Nazri berdebat mengenai 3 perkara tersebut.
Menteri pelancongan dan kebudayaan, yang kini dalam lawatan kerja ke Berlin, Jerman, menyahut cabaran itu dan meminta Dr Mahathir melakukan persediaan sepatutnya.
Nazri dijangka pulang ke tanahair 13 Mac ini.

Pas Gelang Patah sokong putus hubungan dengan DAP

DAP
JOHOR BAHRU - Kelantangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyuarakan hasratnya untuk memutuskan hubungan dengan DAP terus mendapat sokongan akar umbi parti termasuk dari Johor.
Ini dapat dilihat melalui perhimpunan aman yang diadakan oleh kira-kira 100 ahli Pas Gelang Patah di luar pekarangan Masjid Jamek Gelang Patah di sini,  selepas selesai solat Jumaat.
Wakil kumpulan itu, Hairy Rizwan berkata walaupun pernah bersama dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini pihaknya sudah tidak ada lagi keperluan untuk bekerjasama dengan DAP yang secara jelas menolak pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Beliau berkata pihaknya turut kesal membantu Pakatan Rakyat berkempen dalam PRU13 lalu sehingga memenangkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di kawasan Gelang Patah.
"Hari ini jelas, Kit Siang membelakangkan kami sebagai orang Melayu malah menikam Pas dari belakang. Untuk itu, kami menyokong sepenuhnya keputusan presiden untuk memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.  
"Bukan itu sahaja, kami bersetuju dengan tindakan untuk memutuskan hubungan dengan parti-parti yang ada kaitan dengan DAP.

SIAPA – NAJIB? KINI MASA UNTUK BURU ‘BAPAK PERASUAH’


Selepas membuat serbuan dan tangkapan suspek, kini masa untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu “bapak perasuah” yang cuba berselindung di sebalik imej yang kononnya bersih.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub, berkata orang ramai berdiri teguh menyokong ketegasan SPRM berkenaan memburu pelaku raruah terbabit dan penyokong.
Pada masa sama Salahuddin menyatakan, individu terbabit mungkin cuba meraih simpati dengan pihak istana.
“Kita sebagai rakyat Johor akan berdiri teguh menyokong ketegasan SPRM untuk terus memburu bapak perasuah dan konco-konconya walaupun mungkin mereka ini akan bergayut di pagar istana untuk mencari simpati,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Pagi tadi, SPRM mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang exco Johor selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes skandal tanah di negeri itu.
Datuk Abd Latiff Bandi ditahan selepas hadir di pejabat SPRM Johor semalam dan dibawa ke mahkamah majistret sebentar tadi.
Semalam, SPRM juga merampas wang bernilai RM42,000, kereta Toyota Vellfire dan 150 beg tangan ketika membuat serbuan di rumahnya.
ADUN Endau itu diiringi lapan pegawai SPRM ke bilik mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi.
Perlu diberi penghargaan
Beliau turut disambut lebih 10 penyokong dan seorang daripada mereka dilihat memeluknya.
Pada 5 Mac lalu Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, membayangkan akan ada perkembangan menarik di Johor dalam tempoh terdekat.
Kata Azmi, tindakan itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk istana dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Skandal tanah di negeri itu mula terbongkar selepas SPRM menahan enam lelaki, termasuk seorang anak exco pada 25 Februari lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah dan penyelewengan harta tanah di Johor.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek berusia antara 25 dan 50 tahun membabitkan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri, dua pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

Johor perlu kerajaan baru

Skandal penjualan rumah kuota Melayu-Bumiputera di Johor bukanlah tuduhan yang dibuat oleh parti pembangkang. Skandal berkenaan terdedah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap beberapa individu, termasuklah exco berkenaan.
Pihak parti pembangkang tidak terlibat langsung sekiranya mahu disebut sebagai usaha memburukkan pimpinan atau kerajaan Johor. Tangkapan demi tangkapan menunjukkan seolah-olah rasuah atau penyalahgunaan kuasa sebenarnya hanya “isu tepi”.

Semua kelakuan tidak bertanggungjawab seperti yang terjadi sepanjang seminggu lalu wujud apabila dasar kerajaan negeri Johor sendiri yang memang mahu melepaskan kuota rumah Melayu-Bumiputera kepada bangsa lain. Konon ceritanya, dasar berkenaan dibuat bertujuan mengumpul tabung dana untuk membina rumah mampu milik yang akhirnya juga akan dijual kepada orang Melayu.
Dasar walhasil balik asal ini samalah seperti bidalan orang tua-tua, “gali lubang timbus lubang”. Masalah orang Melayu yang tidak mampu membeli rumah akan tetap berterusan. Apakah ertinya harta yang bernilai tinggi digadai untuk menyediakan atau membeli harta baharu yang bernilai rendah?
Kerajaan Johor dilaporkan sudah menabung hasil sebanyak RM600 juta hasil gadaian kuota rumah Melayu-Bumiputera sebelum skandal berkenaan terdedah.
Penduduk negeri Johor tidaklah sepadat populasi di Lembah Klang. Saiz negeri Johor yang jauh lebih besar berbanding Selangor dan Pulau Pinang, misalnya, menjadikan persoalan tanah bukanlah masalah yang terlalu mencabar bagi membina rumah untuk rakyat. Rumah tidak akan boleh dibina tanpa tanah.
Cabaran di Selangor dan Pulau Pinang adalah lebih berat apabila kedua kerajaan ini ditadbir oleh parti yang berbeza dengan Putrajaya. Mustahil untuk Selangor dan Pulau Pinang untuk mendapat sokongan Putrajaya termasuk bantuan dana sepertimana yang boleh diperoleh Johor.
Atas alasan inilah, rakyat tertanya-tanya untuk apa kerajaan Johor bersusah payah mahu mempunyai dana khusus untuk kononnya membina rumah untuk rakyat, sedangkan antara Johor dan Putrajaya diperintah oleh parti yang sama.

Lebih tidak munasabah apabila bajet negeri Johor bukanlah terlalu besar iaitu hanya sekitar RM1 bilion sahaja berbanding Selangor yang membentangkan belanjawan lebih tiga kali ganda iaitu sekitar RM3.4 bilion.
Menteri besar Johor mengeluarkan kenyataan dan cuba mempertahan dasar pindah milik hartanah Melayu-Bumiputera juga wujud di negeri lain. Dia sebutkan secara khusus nama Selangor.
Memang di Selangor pun ada dasar pindah milik hartanah Bumiputera kepada bukan Bumiputera. Barang diingat, perbezaan ketara antara Selangor dan Johor ialah pelaksanaan dasar berkenaan sangat ketat. Kelulusan tidak akan berlaku hanya di peringkat exco, sepertimana di Johor.

Senja industri minyak
Skandal pindah milik rumah kuota Melayu-Bumiputera dalam sehari dua ini satu babak daripada realiti besar akan nasib Melayu khususnya, dan rakyat Johor amnya. Sebelum ini satu negara mendengar bagaimana penjualan hartanah dan unit kediaman besar-besaran kepada orang asing juga terjadi di bandar tengah laut Forest City. Nilai hartanah juga khabarnya di luar kemampuan warga Johor apabila kerajaan membangunkan Nusajaya di bawah projek Koridor Selatan.

Perlis benarkan hasil zakat diedarkan kepada bukan Islam

Mufti Perlis berkata bukan Islam boleh dikategorikan salah satu 8 asnaf zakat.
Mohd-Asri-Zainul-Abidin_zakat
PETALING JAYA: Perlis mengambil ketetapan membenarkan hasil pungutan zakat diedarkan kepada bukan Islam, negeri pertama yang mengambil pendirian sedemikian.
Ia diumumkan Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, susulan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 Feb lalu.
Mesyuarat itu antara lain berpandangan bukan Islam tergolong sebagai salah satu daripada 8 asnaf (golongan layak menerima zakat).
Menurutnya, bukan Muslim boleh dikategorikan sebagai “muallafah qulubuhum” atau golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.
“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” menurut kenyataan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang dimuat naik Asri hari ini.
Zakat merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam.
Lapan asnaf zakat ialah golongan fakir, miskin, petugas pungutan zakat, muallaf, riqab (mereka yang terbelenggu di bawah suatu kuasa), gharimin (penghutang yang tidak dapat membayar hutang), fisabilillah (mereka yang berjuang menegakkan agama Allah), dan Ibnus Sabil (mereka yang terputus bekalan dalam pengembaraan).

PRU14: BERSATU bertegas PAS setuju berunding

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, PAS telah bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan pihaknya dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Adalah dijelaskan bahawa kenyataan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) adalah merujuk kepada persetujuan PAS untuk mengadakan rundingan kerusi dengan BERSATU yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bersama antara kedua-dua parti pada 2 Februari yang lalu.
"Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan susulan mengenainya. BERSATU juga mengambil maklum mengenai keputusan jawatankuasa kerja PAS Pusat pada 17 Februari 2017 bahawa parti itu bersedia untuk meneruskan rundingan dengannya.
"Malah, sepertimana yang dilaporkan oleh media, jawatankuasa perundingan PAS Pusat telah diwujudkan untuk meneliti pemuafakatan dengan BERSATU," kata beliau dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang menafikan dakwaan parti itu bersetuju berunding mengagih kerusi pilihan raya umum dengan BERSATU.
Portal Utusan Malaysia Online memetiknya sebagai berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau arahan pun mengenai perkara itu sambil menegaskan keputusan untuk mengagih kerusi adalah hak mutlak Pesuruhjaya PAS negeri.
“Tidak ada, setakat ini kita tidak ada maklumat bahawa PAS ajak BERSATU untuk pengagihan kerusi.

AHMAD YAKOB MALU BESAR DI KG LAUT


Sekiranya Ahmad Yakob tidak mengamalkan “sunnah” politik Najib Razak, politik tidak bermaruah dan tidak ada air muka, serta jika beliau berpegang kepada saksiah Islam yang dilaung-laungkan pasti apa yang berlaku di Kampung Laut, Kelantan malam tadi sudah cukup untuk beliau berfikir banyak kali dan mengambil keputusan berihat dari berpolitik.
Ini kerana peristiwa semalam cukup memalu dan mengaibkannya sebagai MB dan juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan.
Malam tadi sebuah cawangan Pas menjadi korban gara-gara sikap dan stail politik Ahmad yang tidak profesional atau bersikap lembu kenyang. Cawangan Pas Kampung Laut merupakan antara cawangan Pas tertua dalam kawasan itu telah selamat dibubarkan. Paling memalu dan mengaibkan cawangan itu diganti dengan cawangan Parti Amanah Negara.
Nordin serah borang keahlian Amanah kepada Husam.
Pembubaran cawangan Pas yang berusia lebih 60 tahun itu memberi pukulan maut kepada Ahmad bukan sahaja untuknya secara peribadi tetapi kepada seluruh Pas Kelantan. Pembubaran itu menggambarkan Ahmad tidak popular.
Dalam suasana Amanah digambarkan sebagai parti serpihan yang nyawanya tidak sampai tiga bulan, atau lebih nakal lagi ada menyifatkan Amanah cacat sejak dari telor lagi, kini berkembang pesat sehingga dapat merobohkan kubu Pas di Pasir Pekan yang dikuasai Menteri Besar.
Cawangan Pas Kampung Laut itu berada dalam kawasan diwakili oleh Ahmad sebagai Adun dan juga sebagai Yang diPertua Pas jajahan Tumpat. Ini bermakna pembubaran itu memberi gambaran bahawa orang di keliling rumah Ahmad sendiri sudah hilang kepercayaan kepadanya.
Kenapa ia dinilai begitu kerana, Ahmad ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan, dia juga merangkap timbalan Mursyidul Pas Malaysia. Apabila terdapat ahli memperotesnya, sampai cawangan Pas yang dianggap tertua di situ dibubarkan ia sesuatu mengaibkan. Ahmad seharus berasa malu dengan apa yang terjadi malam tadi. Ia memberi pukulan berat kepadanya atas sifat sebagai pemimpin parti agama yang dikultuskan sebagai Ustaz Dato’ Menteri Besar.
Menyedihkan juga semalam maruah beliau sebagai orang bergelar Ustaz juga ditelanjangkan tanpa kompromi lagi. Apa didedahkan semalam mengenai kelemahan daya kepimpinnya, menggambarkan beliau seorang MB tidak tahu mengenai hal ehwal pentadbiran dan boleh diperkotak katikkan begitu sahaja. Lebih buruk lagi beliau “diselawatkan” sebagai seorang yang berbohong. Bohong merupakan salah satu daripada tiga tanda utama orang munafik yang mana perkara ini diarifi oleh beliau.
Cerita mengenai kelemahan Ahmad itu menunjukkan beliau bukan pewaris kepimpinan yang ditinggalkan oleh arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat kepadanya yang dibuat secara tektikal. Harapan orang ramai beliau akan menjadi mata rantai penyambung perjuangan, saksiah dan profesionalisme politik Nik Aziz meleset sama sekali.

BR1M: Jangan susahkan penerima

Akmal NasirTindakan kerajaan yang mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara baucar dilihat sangat menyusahkan rakyat, terutama bagi golongan uzur, warga emas dan orang kelainan upaya.
Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata, pemberian baucar serta penerima perlu beratur panjang hanyalah proses yang sudah terkebelakang.
“Kerajaan tidak perlu mendera rakyat dengan meminta mereka untuk beratur panjang, bersesak-sesak demi mendapatkan baucar tersebut.
“Kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme dalam pemberian kepada penerima BR1M ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, AMK turut mendesak supaya pemberian BR1M ini kembali kepada kaedah sebelum ini dengan mendebitkan BR1M ini ke dalam akaun penerima.
“Kaedah ini dilihat lebih menyenangkan di mana penerima tidak perlu beratur panjang dan berdiri lama semata-mata untuk mendapatkan baucar.
“Saya juga mahu kerajaan berbalik semula kepada tujuan utama mereka dalam menghulurkan BR1M ini kepada rakyat di mana inisiatif ini adalah untuk meringankan beban sara hidup mereka.
“Namun jika berlaku kesulitan untuk mendapatkan bantuan berkenaan, ia kembali menyusahkan rakyat,” katanya.

NAZRI SETUJU DEBAT DENGAN TUN M…TAPI ADAKAH NAJIB AKAN MENGIZINKANNYA?

Setelah dua kali dicabar oleh Tun Mahathir Mohamad untuk berdebat, Nazri Aziz akhirnya bersetuju menyahut cabaran bekas Perdana Menteri itu.
Dipetik oleh portal FMT, Nazri berkata, beliau setuju dengan cabaran itu dan sedia untuk berdebat dengan Tun Mahathir sekembalinya dari lawatan kerja ke Berlin pada 13 Mac ini.
“Okay, saya setuju. Saya akan kembali pada 13 Mac,  jadi Tun Mahathir sudah boleh membuat persediaan atau jika beliau setuju, pihak saya akan mengaturkannya,” kata Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Woww…ini sudah perkembangan menarik.
Dalam tulisan di blognya pada 6 Mac lalu, Tun Mahathir antara lain menyebut, “Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.”
Semalam pula, ketika bercakap dengan media, Tun Mahathir sekali lagi mengajak Nazri untuk berdebat dengannya.
“Kalau dia mahu berbahas dengan saya depan orangramai, silakan, kata bekas Perdana Menter itu yang sekaligus menolak untuk kembali bertanding semula dalam pilihanraya.
Jika debat ini menjadi kenyataan, ia akan mengulangi debat mengenai harga minyak antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek yang diadakan beberapa tahun sebelum ini.
Debat secara umumnya adalah baik untuk mempertahankan pendirian masing-masing, malah di negara-negara maju, bahkan di Indonesia sekali pun, debat terbuka ketika pemilihan Presiden negara masing-masing adalah detik yang amat dinanti-nantikan oleh semua.

Mungkin ramai pemimpin PKR tidak dapat tanding PRU14

Beberapa pemimpin PKR dikhuatiri tidak dapat bertanding PRU14 akan datang selepas kebanyakan daripada mereka  dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai dakwaan.
Mungkin ramai pemimpin PKR tidak dapat tanding PRU14 Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, terdapat lebih 20 orang pimpinan PKR yang hampir kesemua mereka dituduh di bawah Akta Hasutan atau Akta Perhimpunan Aman.
Katanya, daripada jumlah ini, 11 merupakan ahli Parlimen ataupun Adun."Ini bermakna, sekiranya mereka didapati bersalah dan dihukum denda lebih RM2,000 atau dipenjara lebih setahun maka ada kemungkinan ramai pimpinan PKR akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRU14.
"Ini bukanlah perkembangan yang baik buat demokrasi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kala negara dibelenggu pelbagai krisis kewangan, tata kelola, rasuah, politik dan kepimpinan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan kesat dan boleh mengaibkan seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Kami selamatkan NGO Umno daripada makan Maggi, kata PAS

PAS yang menganggotai misi flotilla dilancarkan Najib bulan lalu mempersoalkan cara pemberitaan yang cuba memperkecilkan peranan parti itu.
Muhammad-Sanusi_kp1m_600
PETALING JAYA: PAS yang menyertai flotilla membantu penduduk Rohingya di Myanmar membidas laporan media yang menurutnya memperkecilkan penglibatan PAS sebaliknya hanya cuba menonjolkan sebuah pertubuhan berkait Umno dalam misi bantuan itu.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Muhammad Sanusi Md Nor mempertikaikan laporan sebuah akhbar tempatan yang menurutnya tidak menunjukkan situasi sebenar, tetapi hanya menampilkan peranan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) “seolah-olah tiada apa-apa selain usaha berterusan pihak KP1M”.
“Saya rasa ini adalah kerja pemberitaan yang memalukan KP1M, lebih memalukan lagi jika KP1M sendiri yang meminta demikian,” kata Sanusi merujuk laporan Harian Metro pada Isnin berkenaan sebuah program kem pelarian di Sittwe, ibu negeri wilayah Rakhine (Arakan) di Myanmar.
Sanusi berkata dengan merujuk sukarelawan PAS sekadar “turut serta” dalam program itu dan “tidak sepatah pun menyebut PAS dan aktiviti PAS”, ia seolah-olah menunjukkan program itu disusun KP1M.
“Kenapa mereka mengatakan ekor itu adalah kepala? Kenapa perlu dihilangkan PAS dalam pemberitaan dalam situasi sebenar yang sama-sama diketahui?
“Kenapa perlu ada sikap tidak jujur seperti itu dalam misi kemanusiaan atau sebetulnya mereka sudah diresapi sifat ganas ‘Myanmarism’,” soalnya.
Misi “Food Flotilla For Myanmar” yang membawa sebanyak 2,200 tan makanan dan perubatan berlepas dari Malaysia pada 4 Feb lalu, dalam upacara dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan yang turut dihadiri pemimpin kanan PAS.
Selain KP1M dan PAS, ia juga disertai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melibatkan lebih 200 sukarelawan, menyahut seruan membantu penduduk Islam Rohingya yang diusir penduduk setempat.
Maggi dalam hotel

Agihan kerusi: Taklimat akan didengar Pas pada Isnin depan


Nasrudin Hassan Tantawi Nasrudin Hassan Tantawi Pas dijangka akan menetapkan keputusan sama ada untuk meneruskan rundingan pembahagian kerusi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas mendengar taklimat yang akan dibentangkan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man pada Isnin depan.
Perkara ini dimaklumkan Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan Tantawi ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, parti itu akan meneruskan rundingan dengan Pas mengenai pembahagian kerusi.
Nasrudin menjelaskan, Mesyuarat Pas Pusat akan diadakan pada Isnin depan bagi mendengar taklimat yang akan dibawa oleh Jawatankuasa Perundingan Pas-Bersatu  yang mana Pas  diketuai Timbalan Presiden Pas  itu.
"Saya tidak dapat apa-apa maklumat lagi sehinggalah pada hari Isnin depan.Pasukan itu yang diketuai Tuan Ibrahim sebagai pengerusinya.
"Sebab kita tidak pasti berapa kali pertemuan yang telah dibuat oleh mereka, nanti mereka akan bagi taklimat dalam mesyuarat Pas Pusat," ujarnya ketika ditemui media selepas menjadi panelis jemputan dalam Slot Bicara Harakah semalam.
Bagaimanapun ketika ditanya, siapa yang akan mewakili Pas dalam pertemuan dengan Bersatu sekiranya Pas setuju rundingan
pembahagian kerusi itu berlansung kelak.
Nasruddin berkata,"jika ada persetujuan (meneruskan rundingan) siapa yang akan bersama, itu kita tidak boleh buat lagi andaian.

KONVENSYEN FELDA


KAF bantah konvensyen Felda PH

SHAH ALAM – Kami Anak Felda (KAF) membantah Konvensyen Felda yang akan dilangsungkan 19 Mac dan menyifatkan ia hanyalah sebagai agenda politik pembangkang.
Timbalan presidennya, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap penganjur ini kerana dikatakan telah menyalahgunakan nama Felda untuk mengelirukan rakyat dan warga Felda.
Mohamad Sahfri Ab Aziz “Umum mengetahui kawasan Felda didiami majoritinya oleh bangsa Melayu. Tindakan mengadakan konvensyen ini menunjukkan kerakusan parti DAP menggunakan pemimpin Melayu dari kalangan pembangkang untuk merosakkan perpaduan dan keutuhan silaturahim di kalangan warga peneroka yang telah lama wujud di kawasan tanah rancangan itu.
“Penglibatan DAP yang diketuai Lim Kit Siang dengan menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Mohamad Sabu untuk masuk ke kawasan Felda jelas menunjukkan pakatan koperasi ‘Ali Baba’ mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, konvensyen yang bakal diadakan tidak lain menutup kontroversi dan skandal kewangan yang membelenggu parti itu sendiri.
“Selesaikan hal dalaman mereka dahulu sebelum sibuk mencampuri urusan Felda. Usaha mereka ini umpama seperti tikus membaiki labu,” katanya.
Jelasnya, sebagai generasi penerus Legasi Felda, segala kepercayaan diberikan kepada  Tan Sri Shahrir Samad selaku Pengerusi Felda dan pihak pengurusannya untuk melakukan transformasi terbaik untuk kemajuan Felda dan warganya.

Siapa Ketua Wanita Umno Bahagian dapat dana MARA RM5 juta?

Banner wanitaBanner wanitaMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memberitahu terdapat seorang Ketua Wanita Umno Bahagian yang menerima dana pelaburan MARA yang dipanggil 'The Baron'.
Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu enggan menyebut nama pemimpin wanita yang dikatakan memperoleh peruntukan di bawah MARA mencecah RM5 juta itu.
"Saya nak maklumkan, tak perlu saya namakan seorang Ketua Umno Wanita Bahagian telah mendapat dana RM 5 juta untuk perniagaan wanita tersebut," katanya ketika berucap dalam pelancaran Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNita), di ibu negara semalam.
Semakan Malaysia Dateline mendapati The Baron adalah antara program pembiayaan perniagaan MARA bagi usahawan bumiputera di peringkat menengah selain Program Peruncitan, Program Smart Auto dan Kedai Hardware.
Menurut Ismail, program pinjaman khusus untuk kontraktor itu terbuka kepada semua lelaki dan perempuan.
Turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno.
Selain itu, Pengerusi Sementara MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) Datuk Dr. Yusof Yacob dan juga Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Dalam majlis berkenaan juga, Ismail memberitahu Mara memperuntukkan sejumlah RM35 juta menerusi program pembangunan usahawan DanaNita bagi menggalakkan penglibatan secara aktif wanita dalam bidang perniagaan.
Tambahnya lagi, DanaNita yang dilancarkan itu bertujuan melahirkan usahawan wanita yang baharu sebagai pelapis kepada kepimpinan masa depan serta membantu usahawan sedia ada supaya lebih berdaya saing.

RISIKO PEMBINAAN INFRASTRUKTUR NUKLEAR TIDAK BERBALOI

Pakatan Harapan membantah keras cadangan kerajaan Umno BN berkaitan pembinaan infrastruktur nuklear di negara ini kerana kos dan risikonya terlalu besar.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang menyatakan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk nuklear itu disifatkan sebagai suatu langkah regresif. Malah, negara luar seperti Jerman juga sudah melupakan cadangan sedemikian selepas tragedi nuklear Fukushima, sebaliknya beralih kepada tenaga kincir angin.

Pembinaan infrastruktur nuklear juga berbahaya jika berlaku gempa bumi. Sekalipun Malaysia tidak tergolong dalam negara di garis gempa bumi tetapi kajian menunjukkan garisan itu sudah berubah sejak kejadian gempa di Gunung Kinabalu, Sabah.

Daripada segi kos pula, Ucsusa.com menyatakan dalam perbelanjaan pembinaan generator dan penyelenggaraannya amat tinggi iaitu antara $2 hingga $4 bilion, malah boleh mencecah $9 bilion (RM40.5 bilion). Kos kilowatt per hour juga tinggi. (rujukan:
http://www.ucsusa.org/nuclear-power/cost-nuclear-power#.WL-9XNKGO1)

Pakatan Harapan khuatir kos semahal itu akhirnya terpaksa ditanggung rakyat apabila harga pelbagai barangan naik akibat kesan domino. Sedangkan, rakyat sedia kala terhimpit dengan bebanan pelbagai kenaikan harga.

Tambahan pula, reputasi kerajaan Umno BN berdasarkan rekod pembinaan projek-projek mega/besar di negara kurang memuaskan, seumpama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu runtuh pada 2013.

Kami turut khuatir tragedi sedemikian berulang akibat kesilapan atau kecuaian ketika pembinaan dan operasi, selain kemungkinan juga wujud unsur rasuah.

Pakatan Harapan berpendapat, kerajaan Umno BN sepatutnya mempergiatkan lagi penyelidikan dan penggunaan teknologi hijau dan tenaga boleh baharu (TBB), bukannya mengembangkan pembangunaan infrastruktur nuklear yang berisiko besar.

Umpamanya, Malaysia harus mengoptimumkan upaya teknologi solar, lebih-lebih lagi negara ini memiliki kelebihan kerana menerima cahaya matahari sepanjang tahun.

Malaysia juga boleh meneruskan kajian R&D berkaitan tenaga ombak yang pernah dijalankan universiti di negara ini. Malah, kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk mengkomersilkannya.

Malaysia juga ada pilihan lain yang lebih baik dengan mengutamakan teknologi biomass. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan mampu menjana tenaga elektrik. Secara tidak langsung, ia juga boleh mengurangkan masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia.

Sehubungan isu kecekapan penggunaan tenaga dari Bakun dan kabel dasar laut untuk Semenanjung Malaysia, Hansard Dewan Rakyat masih boleh dirujuk tentang jawapan mantan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sedikit waktu dahulu. 'Analisis yang dilaksanakan menunjukkan bahawa kos untuk mendapatkan bekalan elektrik dari Hidro Bakun bagi tempoh jangka panjang adalah lebih rendah daripada kos mendapatkan bekalan elektrik daripada loji-loji janakuasa gas dan arang batu', serta pastinya lebih murah daripada penjana nuklear.

Debat: Dr Mahathir lantik Nazri jadi tuan rumah

Aturan sedang dibuat agar debat itu diadakan di Padang Rengas apabila Dr Mahathir dijadualkan berkunjung ke sana 25 Mac ini.
mahathir-nazriPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak berpatah balik daripada cabaran debat yang dibuatnya kepada Datuk Seri Nazri Aziz, selepas ia disambut ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Malah, pasukannya kini sedang mengaturkan agar debat terbuka itu dibuat di Padang Rengas, iaitu kawasan Parlimen Nazri sendiri.
“Dr Mahathir mengalu-alukan kesediaan Nazri untuk berdebat dengannya berkaitan isu-isu negara,” kata seorang pembantu bekas perdana menteri itu kepada FMT.
“Aturan sedang dibuat agar debat itu dibuat di Padang Rengas, Perak, apabila Dr Mahathir dijadualkan berkunjung ke sana.”
Kata pembantu itu lagi, butiran debat akan dihantar ke pejabat Nazri sedikit masa lagi untuk pengesahan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bakal ke Padang Rengas pada 25 Mac ini bagi menghadiri program di sana.
Terdahulu, Dr Mahathir mencabar Nazri untuk berdebat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF), dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam responnya kepada FMT, Nazri menyatakan kesediaannya apabila pulang ke Malaysia daripada lawatan kerja di Berlin, Jerman, Isnin ini.
“Baik, saya setuju. Saya pulang 13 Mac, jadi beliau sudah boleh buat persediaan,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.
Perbualan mengenai skandal BMF hidup kembali selepas Agensi Perisikan Pusat AS mendedahkan dokumen yang mengaitkan pentadbiran Dr Mahathir kepada kerugian AS$1 bilion pada 1980an.
Sementara itu, tahun lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku berkenaan deposit RM2.6 bilion, dan berkata beliau berpuas hati wang itu merupakan derma peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Penganalisis: Debat Dr M-Nazri boleh tentukan jatuh bangun parti.

Prof Madya Awang Azman Awang Pawi jangka debat akan dibatalkan oleh campur tangan pihak ketiga.
awangpawi-debateKUALA LUMPUR: Debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri Datuk Seri Nazri Aziz boleh menjadi punca kebangkitan atau kejatuhan parti dan personaliti individu terlibat, kata seorang penganalisis politik.
Ini kerana ia akan memberi kesan kepada persepsi terhadap parti politik peserta pada pilihan raya umum akan datang, kata Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.
“Debat menyebabkan imej dan kewibawaan tokoh dan parti melonjak naik melangit atau boleh sahaja menjunam atau berkecai.
“Ini akan mempengaruhi persepsi rakyat terhadap parti politik seterusnya kredibiliti sesebuah parti pada PRU akan datang,” katanya.
Dr Mahathir semalam mencabar Nazri berdebat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nazri menyahut cabaran itu malam tadi, dan berkata beliau bersedia untuk berdebat apabila pulang ke tanahair dari lawatan kerja di Berlin Isnin ini.
Awang Azman berkata debat seperti itu pasti memberikan “epik politik besar”, mengingatkan debat antara ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri Datuk Seri Shabery Cheek pada 2008.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran perdebatan semata-mata sebenarnya kurang memberi impak.
“Debat mampu memberikan pencerahan terhadap isu yg mereka bahaskan namun tak dapat menyelesaikan masalah tersebut selagi tak ada ‘political will’ atau tindakan konkrit,” katanya kepada FMT.
Awang Azman mencadangkan debat diadakan secara telus, disiarkan secara langsung di televisyen. Beliau menambah isi perbincangan tidak harus bersifat kritikan peribadi dan bersifat emosi.
“Perdebatan harus tentang idea dan hujah,” katanya.
Bagaimanapun, beliau jangka debat akan dibatalkan oleh campur tangan pihak ketiga. Ini kerana mungkin ada pihak tidak mahu imej parti tertentu tercemar, atau sekiranya debat didominasi satu pihak sahaja.
Perbualan mengenai skandal BMF hidup kembali selepas Agensi Perisikan Pusat AS mendedahkan dokumen yang mengaitkan pentadbiran Dr Mahathir kepada kerugian AS$1 bilion pada 1980an.
Sementara itu, tahun lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku berkenaan deposit RM2.6 bilion, dan berkata beliau berpuas hati wang itu merupakan derma peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Nik Abduh dakwa Najib warisi rasuah era Mahathir


Nik Mohamad Abduh Nik AzizNik Mohamad Abduh Nik AzizNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) mendakwa Perdana Menteri terpaksa menanggung masalah pembaziran wang negara, rasuah dan politik wang yang merupakan 'kesakitan lama' diwarisi sejak zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut Ketua Pemuda Pas itu, kenikmatan ketika negara dikurniakan kemewahan pada era 1990-an tidak disyukuri, sebaliknya segala kegiatan tidak bermoral itu tumbuh begitu cepat dengan politik wang begitu berleluasa dan akhirnya merosakkan negara.
Beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada sidang Dewan Rakyat semalam menyifatkan segala masalah itu terus ‘membengkak’ selepas peralihan pentadbiran kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seterusnya, jelas beliau, ‘kesakitan lama’ tersebut kemudiannya perlu ditanggung Datuk Seri Najib Razak pada masa ini.
“Kita mewah di zaman Dr. Mahathir dan kita bermasalah di zaman Pak Lah (Abdullah) dan hari ini kita terus bermasalah di zaman Yang Berhormat Pekan (Najib)," ujarnya.
Sehubungan itu, Nik Abduh yang pernah mengaku matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah pada Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu menyeru supaya mengambil penyelesaian mengikut Islam.
"Kita terpaksa menanggung kesakitan lama, maka janganlah semasa kita berdepan tempoh yang susah ini, kita ambil jalan penyelesaian yang Allah tidak mahukan,” ujarnya lagi.

Kes rasuah, jangan perangi 'ikan bilis'

Kim Chol memang Kim Jong-nam, kata IGP

Pas mahu rakyat bersatu sokong kerajaan Umno@BN

Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu - Timbalan Mursyidul Am

Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu KOTA BHARU - Pas menafikan bersedia berunding dengan Bersatu berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini  parti itu tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara yang diperkatakan.
“Setakat ini tiada maklumat bahawa Pas mengajak Bersatu agihkan kerusi, cuma diberi laluan untuk bersama atas satu pentas bagi menyatakan perjuangan masing-masing.
“Kita nyatakan dasar perjuangan Pas dan sedia bersama sesiapa sahaja apabila tidak menyentuh dasar dan perjuangan kita,” katanya kepada media.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemukiman Menteri Besar bersama pimpinan kerajaan negeri besama rakyat di Parlimen Ketereh.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya  ada kepeluan pembahagian kerusi itu berlaku,  keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Persuruhjaya Pas negeri masing-masing.
Terdahulu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Pas kini bersedia dengan parti itu berhubung pembahagian kerusi bagi PRU14.
Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata Bersatu akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 itu nanti.

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi jemaah tabligh atau tarekat sufi, sekiranya ia tidak berminat dengan kuasa politik?
zairilhir-pasOleh Zairil Khir Johari
P. Ramlee pernah menggunakan ungkapan “pelik bin ajaib” bagi menggambarkan keadaan yang amat menghairankan. Begitulah yang saya rasa apabila melihat kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini.
Apakah PAS kini hilang arah tujuannya?
Ambil sebagai contoh kata-kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang baru-baru ini menegaskan parti tersebut tidak meletakkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat utama perjuangan.
Beliau dipetik sebagai berkata: “Mencapai kemenangan yang dihitung semata-mata dengan memenangi pilihan raya ertinya matlamat perjuangan kita sangat singkat dan terhenti di pelabuhan dunia… Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan atau kemenangan sekiranya kita tidak dapat melaksanakan dasar dan tujuan sebenar kewujudan parti kita, apatah lagi tujuan penciptaan kita!”
Hashim turut menambah, “Untuk apa sesebuah parti politik menguasai Putrajaya jika mereka tidak dapat menegakkan ideologi yang menjadi dasar mereka?”
Kenyataan ini sangat membingungkan, kerana bagaimanakah sesebuah parti ingin menegakkan ideologi dan menterjemahkannya kepada dasar kerajaan jika tidak memenangi pilihan raya terlebih dahulu? Pada masa yang sama, ia juga tidak mencerminkan realiti sejarah dan perjuangan PAS selama ini.
Kerjasama dengan parti ‘liberal dan sekular’
Hashim juga menyatakan PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular. Walaupun tidak disebut, jelas kenyataan itu merujuk kepada parti-parti pembangkang lain yang pernah menjadi rakan kongsi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebelumnya dalam Barisan Alternatif.
Kenyataan ini juga menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kerana jika DAP dengan prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik, kenapa boleh PAS berganding bahu dengan DAP, bukan seketika tetapi selama 10 tahun dalam dua gabungan berbeza? Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri boleh memuji dan pertahankan DAP pada ketika itu?
Sudah lupakah Hadi dengan kenyataannya dalam Muktamar PAS ke-59 pada 2013 yang mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP serta memuji kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ketika itu yang sentiasa memberi ruang kepada PAS meskipun PAS hanya menang satu kerusi di negeri itu.
Malah, sebelum itu lagi, Hadi sendiri beberapa kali membangkitkan fakta bahawa DAP sentiasa konsisten untuk berdialog dan bermuzakarah dengan PAS dalam semua isu berbanding Umno yang jelas menolak untuk berunding? Kini, Umno dipuji dan DAP pula yang dimomokkan.
Nik Aziz sendiri ketika hayatnya berkali-kali mempertahankan kerjasama dengan DAP. Kini, setelah pemergian Nik Aziz, Hadi menjadi penghadang paling keras terhadap permuafakatan dengan DAP kononnya atas alasan prinsip – apakah prinsipnya berbeza dengan Nik Aziz? Atau mungkin soalan yang lebih tepat, siapa sebenarnya yang lebih mengutamakan permainan politik berbanding prinsip?
Bagaimana pula PAS boleh mempertahankan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan parti sekular dan liberal atas dasar prinsip apabila PAS sehingga kini masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai DAP?
Pada masa yang sama, ahli tunggal PAS Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pula lantang menyuarakan sokongannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut. Adakah pendirian ini juga atas dasar prinsip?
Apakah benar menegakkan Islam?
Lebih mencurigakan lagi, jika benar mahu berpegang kepada prinsip Islam, mengapa Hadi melindungi dan mempertahankan Najib dalam skandal kewangan 1MDB apabila sudah sah berlaku penyelewengan berskala besar? Sedangkan umum mengetahui rasuah adalah salah satu perlakuan yang paling keji dalam Islam.

PEMAKAN DEDAK MASIH SOKONG AMENO KEPARAT..

Siapa sangka bila Najib urus tadbir negara kehidupan rakyat semakin terbela dgn kenaikan kos sara hidup yag tinggi, pengangguran makin bertambah, banyak subsidi rakyat dihapuskan, pelajar terpaksa berhutang PTPTN utk belajar, puok2 pemimpin AMENO bertambah kaya terpalit rasuah berjuta2 ringgit, dapat 'derma 2.6 bilion', aset2 negara tergadai..

RM305 JUTA WANG RAKYAT MEMBIAYAI PROJEK HOTEL MEWAH DAN PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA LANGKAWI (LICC) MILIK TAN SRI PETER SONDAKH


Awal minggu ini, saya telah mengajukan satu soalan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk membina hotel mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) milik Tan Sri Peter Sondakh.
Saya telah nenunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib sendiri yang menyempurnakan upacara pecah tanah hotel mewah St Regis dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) itu sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.
Perkara ini dilaporkan oleh Bernama yang turut disiarkan oleh The Malaymail Online di capaian berikut:
http://www.themalaymailonline.com/…/langkawi-to-have-two-ne…
Merujuk kepada laporan Bernama mengenai perkara ini, butiran mengenai kedua-dua projek itu adalah seperti berikut:
1. Dato’ Seri Najib mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka diadakan pada April 2015 akan diadakan di LICC
2. Pembinaan Hotel St Regis dan LICC (bagi tujuan Sidang Kemuncak ASEAN 2015) dikendalikan oleh Kumpulan Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh dan bakal disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh pecah tanah
3. Tan Sri Peter Sondakh menyatakan bahawa pihaknya memerlukan bantuan dari Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Kementerian Kewangan
4. Projek untuk membina Hotel St Regis dan LICC itu dianggarkan menelan belanja RM400 juta

Hari ini, saya ingin membongkarkan lagi beberapa fakta penting yang menunjukkan bagaimana hotel mewah St Regis Hotel dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) ini dibiayai oleh rakyat walaupun ia dimiliki oleh Tan Sri Peter Sondakh, sahabat Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya sertakan laporan Bernama yang bertarikh 30 Mei 2016 bertajuk “St Regis Langkawi seen as a boost” yang turut disiarkan oleh The Edge Property di capaian http://www.theedgeproperty.com.my/…/st-regis-langkawi-seen-…
Berita itu melaporkan temuramah ringkas Bernama dengan Dato’ Seri Najib selepas beliau sendiri melawat persiapan Hotel St Regis Langkawi sebelum ia dibuka secara rasmi oleh DYMM SBP Agong. Ia menunjukkan bagaimana projek hotel mewah milik Tan Sri Peter Sondakh ini cukup istimewa kepada Dato’ Seri Najib sehingga beliau sendiri yang menyemak persiapan perasmian hotel tersebut.
Laporan Bernama itu juga melaporkan bahawa Hotel St Regis Langkawi ini ialah satu projek usahasama di antara Kementerian Kewangan dan Kumpulan Rajawali (yang dimiliki Tan Sri Peter Sondakh).
Sementara laporan itu mengesahkan kenyataan saya sebelum ini mengenai penglibatan kerajaan dalam projek swasta milik Tan Sri Peter Sondakh, saya yakin rakyat akan lebih terkejut apabila mengetahui jumlah wang rakyat yang terlibat membiayai projek swasta ini.
Projek St Regis Hotel Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) dibangunkan dan dimiliki melalui dua syarikat swasta yang berbeza, seperti berikut:

i. Hotel St Regis Langkawi – dimiliki oleh syarikat Integrated Nautical Resort Sdn Bhd yang ditubuhkan khusus untuk membina, memiliki dan menjalankan perniagaan Hotel St Regis seperti terkandung di dalam penyata maklumat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii. Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) – dimiliki oleh syarikat Garuda Suci Sdn Bhd yang ditubuhkan khusus untuk membina, memiliki dan menjalankan perniagaan Pusat Persidangan Antabangsa Langkawi (LICC) seperti terkandung di dalam penyata maklumat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)