Khamis, 9 Mac 2017

Dr Mahathir bimbang 4 juta anak muda tidak mengundi

Rugi jika tidak guna kuasa undi, kata bekas PM.
mahathir-daftarundiPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang seramai lebih 4 juta golongan muda masih belum mendaftar sebagai pengundi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan tahun depan.
Bekas perdana menteri itu berkata anak muda perlu disedarkan mengenai kepentingan mengundi kerana sekiranya tidak, rakyat rugi dan tidak mendapat kerajaan yang baik.
“Kalau mereka mula sedar akan kepentingan mengundi, mereka akan mengundi,” katanya pada program bicara bersama anak muda di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Ahad lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan kira-kira 4 juta lebih golongan muda masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata, sebanyak 45% daripada keseluruhan 30 juta lebih rakyat Malaysia terdiri daripada golongan muda.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata anak muda kini berdepan pelbagai masalah dan harus bertindak mengubah nasib mereka.
“Kerja tidak ada, dan kena naikkan cukai sebab tidak ada duit, dan duit yang ada dihabiskan ke tempat lain.
“Kalau mereka rasa terancam, masa itu mereka akan bertindak.
“Kita ada peluang ubah dan rugi kalau kita tak guna kuasa mengundi kita,” katanya.

Tangkapan Exco Johor tidak memadai bendung rasuah


Kompleks Pejabat Menteri Besar Johor di Nusa Jaya.Kompleks Pejabat Menteri Besar Johor di Nusa Jaya.
Penahanan ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan amalan rasuah semakin menular dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan menteri besar Datuk Mohammed Khaled Nordin.
Malah Parti Amanah Negara negeri Johor sudah menduga ianya akan berlaku ekoran penahanan anak serta pegawai exco terbabit atas dakwaan rasuah dan penyelewengan hartanah bumiputera di negeri ini.
Bagaimanapun Pengerusi Amanah negeri Aminolhuda Hassan mahu siasatan terhadap exco tersebut dilakukan secara telus dan komprehensif serta membabitkan anggota exco lain.
"Tangkapan seorang exco masih tidak mencukupi dibandingkan dengan rangkaian kerosakan yang telah berlaku.
"Isu rasuah ini dilihat berangkai seperti tangkapan semalam melibatkan Ketua Pemuda Umno Gelang Patah yang turut terbabit dalam isu skandal rasuah yang sama. Saya juga melihat hal ini perlu ditangani dengan segera," kata Aminolhuda yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Parit Yaani.
Dalam satu kenyataan media, beliau turut menggesa menteri besar, anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri mengisytiharkan harta masing-masing bagi mengelakkan amalan rasuah.
Skandal rasuah dan penyelewengan hartanah bumiputera ini juga, tambah Aminolhuda membuktikan kegagalan pentadbiran menteri besar BN menguruskan kepentingan rakyat.

Rasuah yang menular adalah dari kalangan pemimpin - Armada

Syed Saddiq Syed Abdul RahmanArmada Bersatu menyifatkan kebanyakan kes rasuah yang berlaku di negara ini adalah dari kalangan pemimpin.
Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, orang yang kononnya lantang memperjuangkan hak Melayu tetapi orang yang sama inilah menggadaikan hak-hak Melayu.
“Ini bukan kali pertama kes rasuah yang melibatkan individu-individu di dalam politik.
Sebelum ini kes-kes rasuah seperti penukaran status rumah Bumiputera.
“Kes-kes yang melibatkan hak-hak asas yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat untuk kesenangan dan kemudahan rakyat sendiri tetapi diselewengkan demi kepentingan duit poket sendiri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Syed Saddiq berkata demikian mengulas beberapa tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan beberapa pemimpin dan pegawai kerajaan.
Mengambil contoh bekalan air di Sabah, Syed Saddiq berkata, umum mengetahui betapa susahnya untuk mendapatkannya dan betapa sengsaranya anak-anak muda bergelut untuk membeli rumah mampu milik.
“Jika perkara-perkara asas seperti ini pun mampu diselewengkan, belum lagi projek-projek mahupun tender-tender besar yang berada di luar pengetahuan kita.
“Ini baru ikan kecil, belum yang besar lagi. Mahukah kita individu-individu yang sebati dengan budaya korupsi menjadi pemimpin kita pada masa hadapan?” katanya.

Tun M: RASUAH

1. Rasuah sudah jadi sebahagian dari budaya warga Malaysia. Ia bermula dengan kesedaran di kalangan ahli UMNO bahawa melalui sogokan duit seseorang boleh mendapat tempat dalam parti sehingga menjadi menteri dalam Kerajaan. Apabila mendapat tempat maka peluang menjual apa juga kuasa boleh menjadi seseorang itu kaya.
2. Maka Kerajaan pun menubuh badan-badan pencegah rasuah untuk membendung amalan yang buruk ini. Masyarakat sedar bahawa rasuah adalah jenayah yang buruk dan agama Islam melarangnya. Sedikit sebanyak badan-badan pencegah rasuah berjaya membendung amalan jenayah ini.
3. Sesungguhnya tidak ada masyarakat yang berjaya membendung rasuah seratus-peratus. Tetapi apabila pemimpin tertinggi menggalak amalan ini dan terlibat secara terbuka dengan rasuah, maka rasuah lebih menjadi-jadi apabila pengikut ambil iktibar dari amalan pemimpin.
4. Inilah yang sedang kita lihat di Malaysia. Kita bangga dengan kejayaan badan pencegah rasuah membuat penangkapan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang telah kumpul berjuta-juta Ringgit melalui rasuah. Mungkin ini disebabkan pencegah rasuah lebih cekap mengesan jenayah ini. Mungkin juga kerana hari ini lebih ramai pegawai tinggi yang bersedia menerima duit rasuah kerana percaya cash is king.
5. Rasuah di peringkat bawahan dan kecilan mungkin dipandang enteng. Apalah sangat sogokan ratusan atau ribuan Ringgit kepada pengundi dalam pilihanraya. Sedikit sebanyak wang sogokan yang sedikit boleh meringan tekanan kehidupan si miskin.
6. Tetapi yang harus disedari ialah sogokan kecil-kecilan ini boleh membawa malapetaka yang amat besar.
7. Perlu diingat bahawa sogokan dibuat kerana niatnya ialah bagi menjayakan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang salah yang akan membawa malapetaka dan kerosakan. Mereka yang berniat baik dan menghormati institusi pilihanraya dan kebebasan rakyat tidak akan menghulur wang atau lain-lain untuk mendapat undi pengundi.
8. Dan sesungguhnya yang menghulur wang rasuah dalam pilihanraya umum berhajat untuk menyalahguna kuasa sebagai PM, Menteri dan lain-lain jawatan yang diperolehi. Kita sedang lihat bagaimana pemimpin yang kita pilih dituduh melesapkan berbillion Ringgit, mengagihkan wang Kerajaan secara salah hanya kerana ingin menjadi popular supaya menang lagi dalam pilihanraya.
9. Kita lihat kerosakan negara, kejatuhan teruk nilai Ringgit, kekurangan duit Kerajaan yang terpaksa potong budget 30%, tidak cukup duit untuk biasiswa, terpaksa perah duit rakyat miskin dan kaya melalui GST dan bermacam lagi kerana memilih pemimpin yang mengguna sogokan untuk menang. Kita lihat bagaimana duit Kerajaan (rakyat) dimasukkan dalam akaun peribadi pemimpin yang dipilih kerana sogokan.

Air Sabah: Mengapa bukan rasuah tapi pengubahan wang haram, soal Shafie

Shafie Apdal turut mengecam usaha mengaitkan dirinya kepada skandal itu kerana Kementerian Kewangan yang mempunyai kata putus dalam setiap kontrak yang diberikan.
Shafie-Apdal-airsabahKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mempersoalkan mengapa suspek skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram dan bukannya rasuah.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika mencelah jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
“Saya tahu ia masih disiasat tetapi mengapa apabila masuk ke mahkamah, dakwaan berhubung kes pengubahan wang haram, bukan rasuah?
“Persoalannya, duit itu dijumpa di rumah (suspek). Ini yang saya ingin bangkitkan,” katanya.
Razali sebelum itu, ketika ditanya mengenai status siasatan kes dan tindakan yang diambil kerajaan oleh Ahli Parlimen Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja), berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta SPRM 2009 masih lagi berjalan.
Tahun lalu, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM52 juta di rumah 2 pegawai kanan JANS, selain wang di bank dan aset lain, dalam tangkapan terbesar yang pernah dibuat badan itu.
Skandal itu dilaporkan berkait dengan penggelapan dana untuk pembangunan prasarana.
Pada 29 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu menjatuhkan 37 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, kepada bekas pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut dan bekas timbalan pengarah JANS Lim Lam Beng.
Mereka mengaku tidak bersalah dan kes akan mula perbicaraan 4 Julai ini.
Menjawab celahan Shafie, Razali berkata terdapat beberapa pendakwaan lain yang boleh dibuat, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada siasatan.
“Salah satu dakwaan yang boleh dikenakan adalah pecah amanah, ada juga melibatkan dakwaan rasuah.

Jadikan Mac bulan daftar pemilih untuk ubah pemerintahan negara

Pemuda Pakatan Harapan dan PPBM Perak menyeru anak muda mendaftar diri sebagai pemilih.Pemuda Pakatan Harapan dan PPBM Perak menyeru anak muda mendaftar diri sebagai pemilih.
Anak muda diseru mendaftar diri sebagai pengundi bagi melakukan perubahan politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sehubungan itu, sayap pemuda Amanah, Keadilan, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak menyokong penuh kempen 'Bulan Mac Bulan Daftar Mengundi" anjuran Bersih 2.0.
"Diharap kempen ini dapat disemarakkan lagi oleh semua pihak bagi memberi kesedaran kepada golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi," ujar kenyataan media yang dikeluarkan bersama Ketua Pemuda Amanah Perak Hasnul Zulkarnain, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak Tan Kar Hing, Exco Pemuda DAP (Dapsy) Negeri Perak Dan Adriel dan Ketua Penyelas Pemuda PPBM (Armada) Negeri Perak Mubin Salleh.
Mereka turut mengadakan 'flash mob' di Pejabat Pos Besar Ipoh pagi tadi bagi menarik minat golongan muda mendaftar sebagai pemilih.
"Suasana politik dan pemerintahan negara ketika ini menuntut kepada satu perubahan besar tampuk pemerintahan negara. Kebejatan ekonomi angkara urus tadbir yang lemah dan tidak amanah telah membawa Malaysia ke satu tahap yang mencemaskan.
"Golongan muda adalah penentu kepada pemerintahan negara, sekiranya sokongan orang muda menyebelahi pembangkang maka usaha untuk mengubah pemerintahan negara yang telah berpuluh tahun dicengkam oleh BN akan dapat direalisasikan," kenyataan media itu dipetik.
Mereka yakin hasrat dan aspirasi rakyat untuk melakukan perubahan akan 'terkandas' sekiranya golongan muda tidak mendaftar sebagai pengundi.
Oleh itu Pemuda Pakatan Harapan + Armada PPBM Perak mengajak seluruh anak muda yang berumur 21 tahun ke atas agar segera mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih.
"Kami juga mengajak rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang berada di luar negara agar segera pulang mendaftar undi seterusnya menunaikan tanggungnyawab anda pada pilihan raya yang akan datang. Walau satu undi, ia adalah sangat berharga kepada negara!" tegas kenyataan itu.

NAJIB BOHONG LAGI....

Makin dekat nak PRU14, semakin kerap Najib berbohong, KENAPA ??!

NAK BENTERAS RASUAH WAJIB HAPUSKAN AMENO DI MALAYSIA..


Anggaplah AMENO sebagai mazhab sesat dan wajib dijauhi.. selamat dunia akhirat.. #TakNakBN

ITU BARU RUMAH EXCO.. BELUM LAGI ISTANA KAYANGAN DI 'PUTAR JAYA' !!

TU DIA.. Sejumlah 150 beg tangan mewah antara barangan yang dirampas oleh SPRM dalam satu serbuan di rumah Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi.

AKTA BANKRAP LEBIH PENTING BERBANDING AKTA 355, NAK KENA SEKEH KE BERANI CAKAP MACAM TU?

Aduhh...apa lagi ni Cik Aza?

Adakah ini satu lagi sandiwara yang mahu dipertontonkan kepada orangrmai?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen, Azalina Othman Said berkata, ada dua rang undang-undang kerajaan yang lebih penting dan perlu diutamakan dalam sessi Parlimen kali ini berbanding pindaan Akta 355.

Menurut beliau, rang undang-undang berkenaan adalah Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak.
"Kita dapat banyak usul, tetapi bagi saya, saya mahu selesaikan dua akta ini terlebih dahulu.

"Jika dua akta itu tidak dapat dibentangkan dalam sessi Parlimen kali ini, saya perlu tunggu lagi dan ia akan mengakibatkan ramai orang terjejas disebabkannya," ujar Azalina lagi.

Sebagai penganut Islam, apakah Azalina tidak dapat melihat bahawa Akta 355 juga sama pentingnya kepada orangramai, kalau pun tidak lebih penting berbanding Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang mahu didahulukannya itu?
Jika tidak penting, mana mungkin Pas sanggup mengadakan perhimpunan awam di Padang Merbok, memberi cuti umum di Kelantan untuk mengerah penyokong mereka menghadirinya, menteri UMNO, Jamil Khir Baharom turut hadir perhimpunan tersebut, Najib Razak mengirim salam kepada mereka yang berhimpun, memberi penerangan sambil minum teh tarik sehingga ke London dan ada pemimpin Pas sampai mahu menyekeh kepala mufti yang mempertikaikan Akta 355 itu?

UMNO BAKAL TUMBANG DI JOHOR?

Belum pun habis rasa terkejut orangramai mengenai tangkapan anak lelaki dan pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan  penukaran status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah mampu milik.
Kali ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.
Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.
Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?
Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.
Dalam konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa “kotornya”  imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.
Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Warisan: Umno gelisah hilang sokongan di Sabah

Peruntukan RM13 bilion untuk Sabah dan Sarawak tidak cukup untuk basmi kemiskinan
aziz-warisan
PETALING JAYA: Serangan bertali arus terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal menunjukkan Umno mula sedar mereka kehilangan sokongan di negeri “deposit tetap”, Sabah.
Ini kerana partinya mendapat sambutan luar biasa daripada akar umbi dalam tempoh singkat sejak ditubuhkan, kata Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman.
Beliau juga mendakwa Warisan berjaya menarik sokongan puluhan ribu penyokong Barisan Nasional (BN).
“Justeru, amat ketara kegusaran mereka ini melihat kepada isu yang sudah tandus dihidupkan semula seperti tuduhan bahawa Shafie gagal membangunkan Sabah semasa menjawat menteri kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun perbuatan pemimpin BN hanya menonjolkan kegagalan kerajaan BN di Sabah, diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kata Azis.
“Ini juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pemimpin Umno dan beberapa menteri kabinet ini amat cetek dalam soal tadbir urus sesebuah kementerian.”
Beliau menjawab kenyataan pimpinan Umno Sabah yang berkata KKLW di bawah pentadbiran Shafie gagal menyelesaikan masalah prasarana asas di pedalaman Sabah, walaupun kementerian terima RM20 bilion untuk tempoh 5 tahun.
Azis berkata peruntukan itu bukan sahaja untuk memperbaiki bekalan air, elektrik dan jalan raya, tetapi juga biasiswa, pinjaman melalui Mara dan bantuan rumah.
Beliau berkata negeri yang besar seperi Sabah memerlukan peruntukan yang besar. Biarpun peruntukan RM20 bilion dibelanjakan untuk membangunkan negeri, jumlah itu masih belum mencukupi untuk membasmi kemiskinan.

Hubungan Umno-Pas berkembang setapak lagi


Hubungan Umno dan Pas berkembang setapak lagi apabila pemimpin Umno kini dijemput masuk ke pejabat lidah rasmi parti itu, Harakah hari ini.
Slot Bicara Harakah yang diadakan setiap minggu pada hari Khamis itu membicarakan pelbagai sudut berkaitan pasca Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang dibentangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
Buat pertama kali pimpinan Umno dijemput hadir ke pejabat rasmi Harakah untuk berdiskusi mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 dengan tajuk: "Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera."
Panelis dari Umno yang dijemput ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Selain bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan Tantawi.
Manakala moderator oleh Pengarah Komunikasi Korporat Pas Roslan Shahir Mohd Shahir.
Dalam RUU 355 Umno-Pas pernah bersama dipentas ceramah dalam himpunan `ungu'  RUU 355 yang diadakan di Padang Merbok pada 18 Februari lalu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan  Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohd Al-Bakri.
Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap RUU 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
Pas dilihat semakin mengeratkan hubungan kerjasama berkaitan isu keagamaan dan kemanusiaan bersama pimpinan Umno setelah menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam isu sama.
Sebelum ini Umno-Pas telah bekerjasama dalam dua misi kemanusiaan Rohingya dengan mengadakan Solidariti Ummah Rohingya pada Disember tahun lalu di Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa.
Kemudian disusuli dengan penyerahan bantuan kemanusiaan menerusi pelayaran kapal Nautical Aliya dalam misi "Food Flotilla for Myanmar" pada 2 Februari lalu.

Nik Abduh: Kerajaan tidak bersungguh hapus ‘industri dosa’

Ketua Pemuda PAS itu turut mengakui Kelantan turut berdepan isu gejala sosial yang teruk.
nik-abduh
KUALA LUMPUR: Tiada jalan lain bagi kerajaan mengekang gejala sosial di negara ini melainkan menghapuskan ‘industri dosa’ yang menjadi punca masalah itu, kata Ahli Parlimen Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas).
Malangnya, beliau berkata, setiap usaha yang dijalankan kerajaan sebelum ini hanyalah bersifat “melepaskan batuk di tangga”.
“Dadah masuk dengan begitu mudah, kita gagal selesaikan. Begitu juga judi dan pelacuran.
“Kerajaan tidak mahu dan tidak mampu ke isu sebenar, iaitu memastikan (pengedaran dadah, pusat judi dan pelacuran) ditutup sepenuhnya,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengambil contoh negeri yang berdekatan sempadan, iaitu Kelantan, Perlis dan Kedah, yang menurutnya dimasuki dadah dengan begitu mudah.
“Kita akui Kelantan juga berhadapan isu gejala sosial yang teruk.
“Maka kerajaan mesti memerangi pengedaran dadah di kawasan kampung, kerana inilah yang menyukarkan sejumlah anak muda di sana sukar keluar daripada gejala dadah,” katanya lagi.
Memetik Sinar Harian 28 Februari lalu, jumlah penagih dadah pada 2016 meningkat pada angka 30,847 pada tahun lepas berbanding 26,668 pada 2015.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Sujat berkata usaha memerangi dadah sukar memandangkan bekalannya boleh diperolehi melalui negara jiran.

Azmin: Jangan biar wilayah integriti Malaysia diceroboh

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri perlu memberikan penjelasan berhubung laporan terdapat aset ketenteraaan kuasa besar asing di dalam wilayah perairan negara.
Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penjelasan itu penting kerana ia membabitkan keselamatan dan geo-politik negara.

azmin-parlimen“Kerajaan perlu memberikan penjelasan adakah benar kehadiran aset ketenteraan kuasa besar asing ini dan apakah kehadirannya sah sebagai sekutu strategik Malaysia?” katanya.
Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika menyertai sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam ucapan sama, beliau turut mendesak Kerajaan Persekutuan menyatakan status sebenar Kepulauan Spratley yang disebut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa ia dalam wilayah Malaysia.
“Pada hari ini, Kerajaan Persekutuan menyepikan diri mengenai status pulau ini. Apakah kita mahu negara China memasuki Malaysia, maka kita sanggup mengorbankan kedaulatan wilayah yang dipertahankan sejak sekian lama.
“Sekali lagi, kementerian bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan negara termasuk Pulau Spratley kerana ia wilayah integriti Malaysia,” katanya.

Negara PATI: Peluang kerja anak ‘Nogori’ semakin tertutup

Pada pemerhatian saya baru-baru ini menunjukkan bahawa rata-ratanya anak muda Negeri Sembilan sukar mendapat perkerjaan di negeri kelahiran sendiri. Akibat tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan barangan mentah seperti minyak petrol dan gula, rakyat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih relevan dengan situasi semasa.
Pembangunan industri yang semakin rancak di Kuala Lumpur dan Selangor menyebabkan anak muda lebih berminat mencari pekerjaan di sana.
Sama ada mereka menetap di kawasan tersebut mahupun sanggup berulang-alik setiap hari, sudah tentu mereka sanggup menghadapinya, memandangkan perkembangan ekonomi di negeri jiran lebih rancak berbanding di negeri kelahiran.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian Investment Development Authority, kerajaan negeri Selangor berjaya membawa pelaburan masuk sebanyak RM7.8 bilion pada tahun 2016.
Manakala pada tahun yang sama hanya RM1.9 bilion yang berjaya dilabur masuk ke Negeri Sembilan, iaitu RM288 juta merupakan pelaburan domestik, manakala bakinya RM1.68 bilion merupakan pelaburan asing langsung.
Data yang ditujukkan ini menimbulkan pelbagai persoalan – bagaimana sebuah negeri yang berhampiran dengan pusat pentadbiran, ibu negara dan juga negeri Selangor tidak mampu berkembang pesat seperti kawasan jiran untuk tempoh yang lama?
Adakah disebabkan kerajaan negeri kurang mementingkan pembangunan industri dan sosioekonomi sebelum ini? Atau peruntukan dan sumber pendapatan kerajaan negeri kurang diagihkan semula pada projek pembangunan?
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh Umno BN, saya menganggap sudah tentu kerajaan persekutuan yang ditadbir parti yang sama sepatutnya saling bantu membantu dalam membangunkan Negeri Sembilan.
Hakikatnya, Negeri Sembilan yang ada pada hari ini tidak mampu bersaing dengan sebuah negeri jiran yang diperintah oleh Pakatan Harapan. Walhal kita sudah sedia maklum, Negeri Sembilan ini kaya dengan gudang perindustrian serta tempat-tempat pelancongan pantai yang menarik.
Jika keadaan ini berterusan, saya khuatir anak-anak muda ‘Nogori’ akan meninggalkan kampung halaman dan berpindah ke negeri-negeri berdekatan dan menyebabkan ekonomi industri dikuasai oleh warga asing.

Dewan Rakyat tolak soalan siapa bayar #RespectMyPM

Status Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sering dibanjiri dengan beribu-ribu komen #RespectMyPM.
Pembangkang justeru mengesyaki terdapat kempen terancang digerakkan pasukan siber yang mungkin menggunakan dana awam.
Soalan itu dibangkitkan oleh anggota parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin di Dewan Rakyat.
Beliau bagaimanapun kesal apabila ia ditolak atas alasan soalan dewan tidak boleh berdasarkan sangkaan.
"Dewan Rakyat telah menolak soalan saya. Saya minta perdana menteri nyatakan jumlah perbelanjaan untuk mendanai pasukan siber #RespectMyPM.
"Alasan ditolak kerana pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah sangkaan. Jadi saya nak nyatakan kekesalan saya.
"Kita sedia maklum setiap posting perdana menteri ada beribu komen #RespectMyPM dan semestinya ia dilakukan oleh kumpulan yang diupah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
Shamsul berkata beliau membangkitkan perkara itu kerana bimbang wang rakyat yang membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) digunakan.
"Pada saya tindakan pasukan siber ini memalukan Malaysia.
"Sebagai wakil rakyat saya nak tanya adakah benar duit rakyat yang telah bayar GST diguna? Jika benar, berapa jumlahnya?" katanya lagi.

PKR, BERSATU akan bekerjasama dengan PAS kata Azmin

RUU355 bukan 'ubat mujarab' selesai semua masalah - Dr Asyraf Wajdi

RUU 355: Tidak timbul Umno peralat PAS, kata Nasarudin

PAS nafi dakwaan Muhyiddin

Isu dana MARA: Siasatan terhadap Annuar Musa di fasa terakhir

Ketua Wanita Umno Bhgn terima dana RM5 juta dari MARA - Ismail Sabri

"Tak payahlah karpet merah," kata Tun M pada Nazri

'Malaysia tak begitu cekap tangani Korea Utara' - Tun M

Tun M imbas isu minyak masa jadi PM dulu

Skandal air Sabah: Shafie salahkan Kementerian Kewangan

Azmin sifatkan demo bawa van jenazah 'sakit otak'

Orang gaji RM12,000 pun ada yang mohon BR1M kata Menteri Umno

Warga emas antara 8 anggota polis dituduh rasuah

Pemilik lot bantah roboh Ampang Park

Tian Chua bersalah hina anggota polis dan didenda RM3,000

Mahkamah tolak permohonan S'gor soal balas pengerusi SPR

PAS Hampir Lemas Di K'tan, Terpaksa Minta Bantuan PPBM