Rabu, 8 Mac 2017

'Perang mulut' Loke-Shahidan hangatkan Dewan Rakyat

Wong Chen: Bank Negara tak lagi pantau bekas pegawai 1MDB

PAS jemput BERSATU bincang pembahagian kerusi, kata Muhyiddin

Muhyiddin: Jangan jadikan 'drama' Korea Utara mainan politik

PARLIMEN MALAYSIA 2017:Wan Azizah-Sambungan Perbahasan Titah Diraja Yang Dipertuan AGONG

'Orang Pagoh masih sayangkan saya' - TSMY

ADAKAH NAJIB TAKUT? DEWAN TOLAK SOALAN JIKA RM2.6BIL ADALAH ‘DERMA ARAB’


Dewan Rakyat hari ini menolak soalan seorang ahli parlimen yang meminta Datuk Seri Najib Razak menyatakan jika Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih berpegang pada pendirian bahawa dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung AS$681 juta yang dimasukkan akaun bank peribadinya oleh seorang “penderma” Arab.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengemukakan soalan bertulis itu kepada perdana menteri.
Walau bagaimanapun, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dalam surat kepada Pua berkata soalan berkenaan ditolak kerana ia hanya ‘sangkaan’. Huruf perkataan ‘sangkaan’ itu dicetak dengan huruf tebal.
“Soalan saya telahpun ditolak atas alasan bahawa ia merupakan sangkaan.
“Kita masih ingat pada Januari tahun lalu, AG (peguam negara) memang buat sidang media yang beliau umum bahawa PM (najib) tak salah.
“Wang yang masuk dalam akaun PM merupakan sumbangan derma dari Arab Saudi,” kata Pua kepada wartawan di bangunan Parlimen hari ini.
Oleh itu, Pua mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dapat dirakamkan di Parlimen.
“Adakah AG masih lagi memegang pendirian bahawa wang itu datang dari derma atau dah tukar fikiran dan tak nak jawab soalan saya.
“Kenapa PM sendiri tak berani datang parlimen untuk nafikan wang ini datangnya dari 1MBD dan berpunca dari derma kerabat diraja (Arab Saudi),” katanya.
Pua berkata, setakat ini, hanya konco-konco Najib yang bercakap bagi pihaknya berhubung perkara itu.
“Beliau sendiri tak pernah datang ke parlimen untuk jawab soalan yang penting ini yang telah jatuhkan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa dan Malaysia ekarang dikenali sebagai global kleptokrasi,” kata pemimpin DAP itu.
Dana AS$681 juta itu itu dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit pertama didedahkan pada bulan Julai 2015.

MP BN bidas Timb Menteri Kesihatan, jawapan 'kong kali kong'

Pembangkang bersedia lantik wanita jadi PM selepas PRU14

Kalau Jamal berada dalam DAP, dah lama dia dipecat, kata Teresa

Bekas Pegawai Tinggi tentera mahu ada demo balas jika...

Kecewa cara negara tangani isu 1MDB

Veteran tentera khuatir Cina M'sia berisiko hilang identiti asal jika diserap Cina-China

Dewan tolak soalan jika RM2.6b adalah 'derma Arab'

DAP tak pernah kempen untuk kurangkan kakitangan kerajaan seperti didakwa Menteri Umno

11 rakyat M'sia di Korea Utara tak dikurung, kata Najib

Najib: TN50 bukan tolak Wawasan 2020

Zahid yakin Korea Utara rasional tangani konflik

Selangor catat kes individu bankrap tertinggi

‘Islam tiada sistem khusus perintah negara, demokrasi masih pilihan’

Gerakan Islam sebelum ini menyeru mengembalikan sistem khalifah, tetapi ia hanya reaksi terhadap penjajahan.
Dr-Rozaimi-Ramle
KUALA LUMPUR: Islam bersifat fleksibel dan tidak mewajibkan umatnya mendirikan sistem pemerintahan khusus, misalnya sistem “khilafah” seperti yang dibawa sesetengah gerakan Islam politik, kata 2 agamawan.
Mereka berkata, demokrasi yang diamalkan secara meluas pada masa ini tidak menyalahi agama, malah ia paling sesuai dengan tuntutan zaman.
Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris Dr Rozaimi Ramle berkata, Islam lebih mengutamakan “roh” pemerintahan berbanding bentuk atau istilah sesuatu sistem.
“Dari aspek pemerintahan, Islam fleksibel. Bukan seperti akidah dan ibadah yang ada garis panduan khusus,” katanya pada forum “Islam, Jihad dan Demokrasi” anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) hujung minggu lalu.
Beliau memberi contoh perbezaan corak pemerintahan khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab yang memperkenalkan pembaharuan politik dan lantikan jawatan, berbanding ketika zaman Nabi Muhammad di mana baginda mengendalikan hampir semua aspek.
Pada 2014, kumpulan militan IS mengumumkan penubuhan “khilafah”. Seruan mengembalikan corak pemerintahan ini mendapat sokongan sebahagian umat Islam termasuk di Asia Tenggara, menerusi beberapa pertubuhan yang dianggap militan.
Beberapa tahun sebelum itu, ulama ternama Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menyatakan demokrasi mirip sistem syura dalam aspek hak rakyat memilih pemimpin, maka tidak bertentangan dengan Islam.
“Ada pihak, seperti segelintir agamawan di Arab Saudi, yang mengkritik demokrasi mengikut majoriti, bukannya nas dan dalil agama. Tetapi dalam sistem monarki, ada juga keputusan raja yang bertentangan dengan dalil,” kata Rozaimi.
“Akhirnya ia kembali kepada setiap individu, sama ada mereka mahu memilih pemimpin yang mengikut agama atau tidak. Pada masa ini, sistem sedia ada inilah yang terbaik.”
Kebanyakan gerakan Islam yang memiliki matlamat “khilafah” wujud sebagai reaksi kepada penjajahan kuasa Barat selepas kejatuhan empayar terakhir Islam, iaitu Uthmaniah, pada awal abad ke-20.
Namun keadaan mula berubah apabila ada yang mula menerima demokrasi sebagai sistem, bukan lagi hanya sebagai jalan menuju “negara Islam”.
Misalnya, pemimpin Parti Ennahda Tunisia, Rached Ghannouchi mengisytiharkan dirinya “demokrat Muslim” dan berkata tiada lagi ruang untuk “political Islam” dalam sistem negara itu.
“Kami meninggalkan ‘political Islam’ dan memasuki Islam demokratik. Kami adalah demokrat Muslim yang tidak lagi mendakwa mewakili Islam politik,” kata tokoh gerakan Islam dipetik jurnal Middle East Eye, tahun lalu.
“Apa yang dianjurkan Islam bukan bentuk atau struktur, tetapi ‘zat’ (substance) dan maqasid (matlamat),” kata Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) Indonesia, Dr Syafiq Hasyim.

INGAT TAK SEBELUM INI, belajar dari sejarah. Sejarah Tak Pernah Menipu.

Alhamdulillah, SEKALI LAGI Usul Hadi Tersenarai Dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat wpon tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam aturan urusan mesyuarat kali ini.

Kami  menyokong sangat2 usul tersebut dibentangkan ke dalam dewan, BUKANNYA HANYA SEMATA2 tersenarai pada kertas dalam aturan urusan mesyuarat shj.

Usul tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat tidak menjanjikan ia 'AKAN' dibentangkan sebagaimana ia telah berlaku pada tahun lepas..

BAKINYA MASUK TANG MANA ??!

GST kutip RM41.2 bilion tapi beri BR1M RM5.41 bilion sahaja ??!.. Tak sampai suku langsung..

BAKINYA MASUK TANG MANA ??!

Tiba-tiba bini kpd penyokong tegar Najib yg juga Ketua Umno Kepong dilantik jadi Ketua Audit Negara...

NAMPAK TAK !!! Cilik piem kita mengatur segala2nya...

(Sumber : MOF)
3,242,048 pemohon terima RM1,200
291,918 pemohon terima RM900
2,786,803 pemohon terima RM450

MH370: Mengapa tidak mahu telus

Julian Tan dan Steven Sim masih menunggu jawapan mengapa pesawat tidak dikesan dan tidak dipintas oleh tentera dan pihak berkuasa penerbangan
julian-steven-sim
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP mengkritik kerajaan yang dituduh bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak telus menangani krisis MH370.
Hampir 3 tahun selepas kehilangan pesawat itu, Ahli Parlimen Stampin Julian Tan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata kerajaan sehingga hari ini tidak menjawab soalan yang mereka ajukan.
Antaranya mengenai kecuaian kerajaan kerana tidak memintas pesawat, yang diajukan Steven di Parlimen Jun 2014. Seorang menteri menepis soalan Steven dengan alasan “rahsia”.
Julian dalam perbahasannya di Parlimen November 2016 meminta kerajaan menyediakan laporan terperinci mengenai kecuaian Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) dan tentera dalam mengesan dan tidak memintas pesawat.
Tiada laporan diberikan sehingga kini, kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.
Isu kritikal lain yang belum terjawab berkenaan penumpang yang menggunakan pasport curi, percanggahan dalam dokumen kargo, dan ketiadaan respon selepas radar tentera mengesan objek terbang yang tidak dikenal pasti di ruang udara Malaysia selama hampir setengah jam, kata mereka.
Mereka mendakwa sekurang-kurangnya seorang penyelia ATC tertidur semasa syif dan perlu dikejutkan oleh kakitangan bawahan beberapa jam selepas terputus hubungan dengan MH370.
Isu pada skala antarabangsa termasuk pelanggaran persetujuan antara Jabatan Penerbangan Awam dan pengurusan trafik udara Vietnam oleh Ho Chi Minh.
Mereka berkata Ho Chi Minh gagal mematuhi peraturan 5 iaitu mereka perlu memaklumkan unit serahan sekiranya mereka gagal menghubungi pesawat. Mereka menambah Ho Chi Minh hanya memaklumkan Kuala Lumpur 20 minit kemudian.
Selain itu terdapatnya kelewatan membuat panggilan kecemasan, yang sepatutnya dibuat dalam masa 1 jam selepas terputus hubungan dengan MH370 tetapi dikeluarkan lebih 5 jam kemudian.
Julian dan Steven berkata mereka diberitahu pada 2016 laporan mengenai pelanggaran protokol antarabangsa melibatkan Vietnam akan dikeluarkan. Bagaimanapun, tiada laporan diberikan sehingga kini.

Perihal hukum Tuhan, ulama dan akal

Umat Islam di Malaysia berdepan dengan golongan bergelar 'ulama' yang lemah logik dalam menjawab hujah.
hudud-ulama
Salah satu daripada bantahan sering saya terima apabila membincangkan soal agama ialah tentang penggunaan akal.
Saya diberitahu saya tak sepatutnya menggunakan akal saya yang cetek dan lebih baik saya menyerahkan tanggungjawab berfikir kepada pihak agamawan sahaja kerana mereka membina rangkai kerja (framework) untuk berfikir.
Inilah mentaliti yang melumpuhkan umat Islam kerana majoriti daripada mereka memandang ulama sebagai “pewaris nabi” (berdasarkan hadis, “al-ulama warith al-anbiyaa”).
Maka menurut hujah mereka, maklumat tentang agama sewajarnya daripada mereka.
Kalaupun hadis ini sahih, kita masih perlu menanyakan soalan ini – siapa sebenarnya “ulama” yang dimaksudkan?
Tahap retorik agama dalam dunia Islam cukup jelas. Ia kerana umat Islam taksub kepada pihak berkuasa agama dan tidak diminta berfikir tentang masalah serius.
Contoh yang mutakhir ialah apabila muncul seorang yang dikatakan bekas penyelidik Jakim, yang menolak usul PAS untuk meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah lalu menganggapnya bertentangan dengan Islam.
Dia juga memberi dalil daripada Al-Quran, yang Nabi Muhammad adalah rahmat kepada sekelian alam.
Tetapi respon pihak berkuasa agama ialah lelaki itu bukanlah dilantik secara “rasmi”. Tidak ada langsung ayat menjawab hujahnya.
Mengapa ini terjadi? Ia adalah kerana mereka tidak ada akauntibiliti dari segi prestasi kerja.
PAS juga tidak ketinggalan dalam tahap rendah penggunaan akal dalam kehidupan beragama. Saya terkejut melihat retorik mereka di Padang Merbok bulan lepas.
Beberapa ulama “superstar” hadir pada hari itu termasuklah pemimpin PAS. Apa yang menghairankan, betapa mudahnya mereka boleh mengeluarkan kenyataan tanpa dipersoalkan dengan kritis.
Umpamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata menentang rang undang-undang persendiriannya (RUU 355) adalah menentang hukum Tuhan.

Ada yang tak ambil BR1M kerana 'terlalu jauh'

Seorang wanita warga emas dari Sitiawan, Perak, telah memutuskan untuk tidak pergi mengambil baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas dia diberitahu untuk pergi mengambilnya di Ipoh, kira-kira 80km dari tempat tinggalnya.
Chan Gan, 73, menerima notis dari MCA bahagian Ipoh Timur yang memaklumkan kepadanya bahawa dia perlu pergi mengambil baucar BR1M beliau di Dewan Tow Boh Keong di Ipoh pada pukul 9 pagi 17 Mac. Malaysiakini telah melihat notis itu.
Jika Chan hendak pergi ke Ipoh, ia akan membabitkan perjalanan menaiki bas yang lama.
Chan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah membuat keputusan untuk tidak pergi mengambil pembayaran BR1M tahun ini kerana dia sakit kaki dan tidak berupaya untuk berbuat demikian.
"Nak berdiri pun susah. Kamu mahu saya beratur (untuk mendapatkan baucar BR1M)?" katanya.
Pada tahun-tahun sebelum ini, wang BR1M dimasukkan terus ke dalam akaun bank Chan, di tempat dia tinggal.
"Mengapa susah sangat kali ini?" tanya beliau.
Ketika dihubungi, seorang petugas di MCA bahagian Ipoh Timur berkata beliau hairan dengan urusan pembayaran BR1M tahun ini.
Beliau mendakwa bahawa senarai penerima itu telah diedarkan oleh Umno.
Katanya, BR1M akan diagihkan dalam bentuk baucar yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bahagian iitu akan cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Seorang lagi petugas MCA bahagian Ipoh Timur berkata bahawa mereka telah menerima aduan dari penerima BR1M yang tidak menetap di Ipoh.
Beliau berkata bahagian itu akan cuba untuk menyelesaikan perkara itu kemudian.
"Kami akan menggunakan cara terbaik untuk memenuhi permintaan seramai yang kami boleh," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su mengkritik MCA kerana menjadi sebahagian daripada skim itu dan menuduh parti BN menggunakan kesempatan itu menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Wanita perlu selamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi

Selamat menyambut Hari Wanita daripada Pemuda Amanah NasionalSelamat menyambut Hari Wanita daripada Pemuda Amanah Nasional
Pemuda Amanah Nasional terpanggil mengingatkan kepada masyarakat Malaysia bahawa Hari Wanita Sedunia adalah hari yang cukup bermakna buat kita semua tanpa mengira jantina. Sejarah telah merakamkan betapa pentingnya wanita dalam memainkan peranan membangunkan negara dalam segenap aspek.
Sany HamzanSany HamzanApabila berlaku Perang Dunia di Eropah di awal abad ke-20 yang menyaksikan puluhan juta lelaki terbunuh dan cacat kekal akibat perang, golongan wanita akhirnya berjaya membuktikan bahawa mereka mampu keluar dari peranan tradisi di dalam rumah dan keluar mencari nafkah untuk keluarga.
Ketika wilayah Garissa dan Hadeno di utara Kenya dilanda kemarau dan kebuluran terburuk pada tahun 2011, kaum wanita di sana menjadi penyelamat memastikan komuniti mereka terus hidup dengan menjadi pembantu kepada kaum lelaki menyelesaikan masalah harian mereka.
Sejarah Islam juga menunjukkan para wanita Muslim turut sama berada di medan juang samada ketika berhijrah ke Habshah, hijrah ke Madinah, dan termasuk juga ketika berperang mempertahankan Madinah dari serangan musuh. Golongan wanita sentiasa tahu dan mampu menjadi penyelamat kepada sesuatu keadaan yang kritikal.
Oleh kerana negara kita juga sekarang ini berada dalam keadaan yang sangat kritikal, adalah menjadi harapan besar rakyat agar golongan wanita bangkit menyelamatkan negara ini dari terus dirosakkan oleh amalan kleptokrasi melampau yang telah menghancurkan masa depan negara.
Golongan wanita adalah separuh dari keseluruhan pengundi yang berdaftar dan sikap politik mereka dalam pilihan raya umum akan datang akan menentukan hala tuju dan masa depan negara.
Sikap skeptikal segelintir masyarakat perlu diubah demi memastikan bahawa agenda membangunkan wanita dalam era pembangunan negara dapat dibangunkan. Martabat dan aspirasi golongan wanita perlu diperjuangkan oleh kita secara bersama dalam konteks bernegara dan bermasyarakat.
Akhirnya, walaupun sambutan ini khusus buat wanita, tidak bermakna wanita sahaja yang perlu meraikannya sebaliknya tanpa mengira jantina, kita perlu memastikan bahawa sambutan ini terus kekal dan relevan kerana dibelakang hari sambutan ini hadirnya sebuah perjuangan yang belum selesai!

KRISIS DIPLOMATIK MALAYSIA & KOREA UTARA - PANDANGAN PEGUAM

1. Sejak tercetusnya isu  kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 pada 13.02.2017, Rakyat Malaysia telah pada kadar harian,  disajikan dengan pelbagai laporan, antara lain, berkaitan siasatan, punca kematian, penglibatan suspek, serta respons dan tuntutan pihak KOREA UTARA berkaitan mayat si-mati serta cabaran terhadap bedah siasat mayat si-mati, sehinggalah pertuduhan 2 wanita di Mahkamah berkaitan kematian ini yang telah diklasifikasikan oleh pihak berkuasa MALAYSIA, sebagai kes BUNUH DENGAN NIAT di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

2. Lanjutan daripada itu, MALAYSIAKINI pada 05.03.2017 telah melaporkan di bawah tajuk "Malaysia usir Duta Korea Utara" bahawa :

"Wisma Putra mengusir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.
Tindakan tersebut diambil selepas beliau gagal hadir ke Wisma Putra pada pukul 6 petang, semalam (04.03.2017) walaupun dipanggil untuk menjelaskan kenyataan beliau terhadap Malaysia sebelum ini."

3. Laporan media massa lanjut, telah mengesahkan bahawa Duta Korea Utara itu telah meninggalkan Malaysia sebelum tamat tempoh masa yang diberi Malaysia, pada hari Isnin, 06.03.2017.

4. Sebagai reaksi balas, MALAYSIAKINI pada 07.03.2017 telah melaporkan di bawah tajuk "Korea Utara larang rakyat Malaysia tinggalkan negara" telah menyatakan :

"Pyongyang mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia.", dan

"Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui oleh pemberita di lobi parlimen berkata terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara."

5. Pada hari yang sama, 07.03.2017, MALAYSIAKINI telah melaporkan di bawah tajuk "Najib arah sekat warga Korea Utara keluar Malaysia", dengan memetik Perdana Menteri NAJIB RAZAK sebagai berkata :

"Saya juga mengarahkan ketua polis negara melarang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini sehingga kita dapat memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara ... "

6. Daripada petikan-petikan di atas, apa yang nampaknya jelas adalah perhubungan diplomatik antara MALAYSIA - KOREA UTARA sedang melalui keadaan yang tegang, dan ditambah pula dengan keselamatan 11 warga MALAYSIA di Pyongyang menjadi isu penting yang perlu diambilkira.

7. Di tahap ini, sebagai Rakyat Malaysia, saya percaya kesemua pihak terbabit tidak seharusnya mula menuding jari mencari "kambing hitam" untuk dipersalahkan berhubung permasalahan antarabangsa ini, kerana perkara yang jauh lebih penting adalah untuk cuba memberi ruang kepada kesemua pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian sebenar, untuk memelihara KEDAULATAN negara tercinta ini, serta KESELAMATAN kesemua warga MALAYSIA di sana, dan di sini !! 

8. Pada masa yang sama, pihak berkuasa negara juga hendaklah mengambil pendirian terbuka untuk menerima CADANGAN-CADANGAN  yang MATANG daripada mana-mana sektor Rakyat, tanpa mengambilkira pegangan politik mahupun pendirian peribadi pihak tersebut, supaya jalan penyelesaian yang terbaik dapat dikenalpasti !!

9. Untuk perkara ini, saya cadangkan dengan penuh objektif DEMI NEGARA TERCINTA bahawa, satu proses MEDIASI dengan KOREA UTARA perlu diambil, supaya ketegangan ini dapat diselesaikan dalam keadaan " 'WIN-WIN' situation " untuk kesemua pihak, cadangan yang mana adalah seperti berikut :

(a) Kerajaan MALAYSIA hendaklah menghubungi Kerajaan KOREA UTARA. samada secara sendiri, melalui pihak yang dipercayai berwibawa, ataupun sesepihak orang tengah dari negara pihak ketiga yang mempunyai hubungan baik dengan KOREA UTARA, untuk menjemput pengadaan proses MEDIASI pada kadar segera di satu tempat rundingan neutral dengan pihak lantikan KOREA UTARA.

ZAM: KESILAPAN BESAR MALAYSIA TAK TANGKAP DUTA KOREA UTARA

    Kerana pemikiran traditional, orthodox,conservative,jumud dan tidak ada kemampuan untuk berfikir di luar kotak,maka Malaysia hanya menghalau keluar Duta Korea Utara, Kang Chol pulang setelah negaranya terlibat  melakukan pembunuhan politik yang  dahsyat di Malaysia dengan menggunakan racun yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.
    Tidaklah boleh dinafikan bahawa kejadian ini walaupun sukar untuk di kawal tetapi menimbulkan persoalan yang besar terhadap keupayaan keselamatan Malaysia terutama kerana tersebar video mengenainya dengan bagitu pantas di luar negara.

    Saya cukup memahami norma  hubungan deplomatik antarabangsa tetapi kerana kepentingan diri dan maruah, negara-negara besar sendiri seperti Amerika Syarikat dan sekutunya telah menceroboh negara asing untuk menangkap orang yang dikehendakinya atau membunuh pemimpin  yang mereka tidak suka  tetapi Menteri Luar Malaysia ,pegawai-pegawai Wisma Putra  dan Duta -Duta kita masih berkhayal untuk menjadi English Gentleman in The East.
    Apa yang dilakukan oleh negara pariah itu terhadap kita bukan sahaja tidak menghormati Deplomatic Decorum tetapi telah memijak muka kita.
    Sekarang negara itu  menjadikan rakyat kita sebagai tebusan,menjadikan negaranya sebagai penjara kepada rakyat Malaysia yang  masih ada disana.Sesiapa yang pernah berada di Korea Utara tentulah tahu negara itu sendiri merupakan penjara. Betapa azabnya rakyat kita  yang ditahan di sana tetapi rakyat Korea Utara yang di tahan di Malaysia akan bersyukur jika di tahan lebih lama disini kerana ini negara surga bagi mereka.
    Di bawah ini saya siarkan posting di tweet saya sejak semalam meminta supaya kerajaan Malaysia menangkap Duta Korea Utara  dan bukannya menghalau dan melepaskannya balik.
    Biar dunia gempar dengan tindakan kita walaupun di tahan hanya sehari dua dan dunia akan bersimpati dengan kita sekalipun tindakan itu diluar norma deplomatik dan amalan antarabangsa.
    Dengan itu juga,kita akan dapat menebus maruah Malaysia  yang sedang runtuh sekarang tetapi sayang semuanya  telah terlambat sekarang.
    Tweets
    1. Kesilapan besar Malaysia tak tangkap Duta Korea Utrara dan sekarang negara itu memenjarakan rakyat Malaysia sebagai tebusan politik.

Amanah: Jelaskan penglibatan Malaysia dalam perang Yaman

Raja Bahrin berkata laporan panel pakar kepada Majlis Keselamatan PBB menyebut Malaysia terlibat dalam kempen ketenteraan Arab Saudi
bahrin
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa berterus terang tentang penglibatan Malaysia dalam kempen ketenteraan Arab Saudi di Yaman susulan pendedahan laporan PBB baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah berkata pembabitan Malaysia disebutkan dalam dokumen Panel Pakar Ehwal Yaman kepada Majlis Keselamatan PBB pada 11 Januari dan diterima pakai pada 27 Januari.
“Malaysia tidak boleh mendakwa tidak mengetahui dan tidak mengiktirafkan laporan panel ini kerana Malaysia juga menjadi ahli jawatankuasa (PBB) tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kementerian pertahanan sebelum ini nafi Angkatan Tentera Malaysia terlibat, menyifatkan dakwaan itu sebagai “berniat jahat, tuduhan tidak berasas dan memburukkan kementerian dan Malaysia.”
Ia berkata penghantaran kakitangan ATM ke Arab Saudi pertama sekali untuk mempersiapkan mereka berdepan sebarang kemungkinan, termasuk memindahkan rakyat Malaysia yang berada di Yaman, sekiranya perlu.
Kementerian menambah ATM dijemput Arab Saudi untuk mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan “Northern Thunder”, bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan negara Islam, bukan tertumpu kepada operasi ketenteraan di Yaman.
Menurut laporan PBB, operasi udara di Yaman berada di bawah kawalan operasi sebuah ibu pejabat bersama, diketuai Arab Saudi dan berpangkalan di Riyadh, dan bertanggungjawab dalam perancangan, memutuskan atau melaksanakan serangan udara.
“Amerika Syarikat juga turut bersama memberi sokongan logistik dan aktiviti perisikan,” menurut laporan PBB itu.
“Ketua operasi bersama yang diketuai Arab Saudi menyatakan pegawai dari Perancis, Malaysia dan United Kingdom bertempat di ibu pejabat bersama,” tambahnya.

PBB bantu bawa keluar 2 rakyat Malaysia dari Korea Utara

Mereka di bawah pengurusan PBB dan dihantar menjalani kursus.
north-korea-2
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan membantu melicinkan proses membawa keluar 2 petugas rakyat Malaysia di Korea Utara.
Sumber PBB memberitahu Bernama, pihaknya di New York menghubungi kedua-dua wanita rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 30-an itu sebaik sahaja notis sekatan keluar oleh Pyongyang dilaporkan media antarabangsa.
“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan selamat. Mereka bukan staf atau pegawai Kedutaan Malaysia.
“Mereka adalah staf kami (PBB) yang dihantar ke Korea Utara untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia (WFP),” katanya.
Beliau berkata PBB akan menghantar wakil bagi melicinkan proses membawa keluar kedua-dua wanita tersebut dalam masa terdekat.
Dua wanita itu adalah antara 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pada ketika ini selain 3 kakitangan kedutaan dan 6 anggota keluarga kakitangan kedutaan.
Media rasmi Korea Utara, KCNA semalam melaporkan tindakan Pyongyang menghalang semua rakyat Malaysia dari meninggalkan Korea Utara selagi pembunuhan Kim Jong Nam di Kuala Lumpur tidak diselesaikan dengan baik.

Wanita Amanah kutuk tindakan Korea Utara sekat rakyat Malaysia

Dr Siti Mariah MahmudDr Siti Mariah Mahmud
Wanita Angkatan Amanah Nasional (Awan) menggesa kerajaan Malaysia menggunakan semua saluran diplomasi bagi memastikan Korea Utara membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.
Sambil menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di sana, Ketua Awan Nasional Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tindakan Korea Utara itu wajar dikutuk oleh seluruh dunia.
"Saya menyifatkan tindakan Kerajaan Korea Utara yang melarang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Sikap biadab dan tidak berdiplomasi Korea Utara itu patut dikutuk oleh seluruh dunia kerana menjadikan rakyat asing yang bertugas di negara berkenaan seperti tebusan.
"Apa yang saya khuatir adalah soal keselamatan nyawa mereka di sana yang terdedah kepada sebarang ancaman yang sukar diduga," katanya dalam kenyataan.
Isnin lalu, kerajaan Korea pimpinana Kim Jong-un telah mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara.
Reuters melaporkan tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan mereka tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk berikuran pembunuhan Kim Jong-Nam di Kuala Lumpur.
Ianya juga sebagai cara untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.
“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara akan dilarang buat sementara waktu daripada meninggalkan negara ini sehingga peristiwa yang berlaku di Malaysia diselesaikan secara teratur,” menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea yang memetik kenyataan kementerian luaar negara itu.
Pihak Kementerian Luar Korea Utara juga telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu di mana mereka berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil.

Perbahasan Titah DiRaja - YB Ketua Pembangkang (Bahagian 1)