Selasa, 7 Mac 2017

Pastikan 11 rakyat Malaysia di Korea Utara selamat

Walau apa juga langkah diambil kerajaan, KEADILAN berharap 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, mampu pulang ke tanah air dengan selamat.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata ia adalah isu pokok yang harus diutamakan kerajaan dalam situasi dihadapi pada ketika ini.
“Walaupun apa jua, kita minta kerajaan memastikan keselamatan 11 rakyat Malysia di sana, bagi saya itu yang paling penting.
“Apa juga strategi (digunakan), apa sedang berlaku mesti dipastikan semua mereka ini dapat dikembalikan ke negara kita,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia masih mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Utara seharusnya menggunakan saluran sedia ada seperti melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagainya bagi penyelesaian isu berkenaan.
Berhubung tindakan sana dilakukan kerajaan terhadap warga Korea Utara, katanya, kemungkinan ada kewajaran dan sebab tertentu kerajaan dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, mengambil tindakan sebegitu.
“Kita di pihak pembangkang diketuai Ketua Pembangkang (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) akan meminta Speaker memanggil Menteri Luar dan Dalam Negeri bagi memberi penjelasan berhubung perkara ini.
“Perkara ini penting dan apa pun tindakan yang akan diambil kerajaan, perlu mendapat pandangan pembangkang kerana ini bukan soal politik tetapi keselamatan negara,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merikan Naina Merikan menjelaskan terdapat 11 rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara dengan tiga daripadanya adalah petugas di Kedutaan Malaysia.

ABIM: Solidariti untuk rakyat Malaysia di Korea Utara

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh kerajaan Korea Utara.
ABIM amat prihatin terhadap keputusan terkini Kerajaan Korea Utara yang menahan warganegara Malaysia dari meninggalkan negara tersebut.
Sesungguhnya keputusan diplomatik yang dikeluarkan kerajaan Korea Utara ini jelas hanya memburukkan keadaan dan sama sekali tidak akan menyelesaikan polemik membabitkan kes pembunuhan terhadap Kim Jong Nam.
Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara, tanpa mengkompromikan kedaulatan serta keselamatan negara.
Dalam keadaan ini; ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara. ABIM juga menganjurkan rakyat Malaysia untuk berdoa bagi keselamatan mereka. Umat Islam turut diseru untuk menganjurkan solat hajat sebagai ikhtiar bersama.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM,
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Keluarga rakyat Malaysia di Korea Utara gelisah

Ahli keluarga salah seorang dari 11 rakyat Malaysia yang terperangkap dalam perkelahian diplomatik dengan Korea Utara berkata tiada perkembangan terbaharu sejak 2 hari lalu.
north-korea-2
PETALING JAYA: Ahli keluarga kepada seorang kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara, antara 11 rakyat kita yang dihalang meninggalkan negara itu, berasa gelisah akan keselamatan mereka di sana.
Beliau yang tidak mahu dinamakan itu berkata tiada wakil kerajaan menghubungi mereka dengan berita terbaharu.
Beliau berkata sebelum ini keluarga sekurang-kurangnya akan terima 1 pesanan dari kakitangan tersebut.
“Kami tak dengar apa-apa sejak 2 hari lalu.
“Kami tak dapat bayangkan apa sedang berlaku. Kami harap kerajaan akan beritahu perkembangan mereka.”
Difahamkan 11 rakyat Malaysia di sana berada dalam bangunan kedutaan.
Ketegangan antara kedua negara meruncing hari ini, beberapa jam selepas kedua-dua negara menghantar pulang duta masing-masing dan mengisytiharkan mereka persona non grata.
Perkembangan itu berlaku 3 minggu selepas pembunuhan Kim Jon Nam, abang sebapa diktator Korea Utara, selepas beliau diserang 2 wanita di terminal klia2.
Korea Utara membantah siasatan Malaysia ke atas kematian Jong Nam, dan menafikan dakwaan ia dirancang Pyongyang.
Pihak berkuasa sudah mendakwa 2 wanita, seorang warga Vietnam dan seorang Indonesia, dengan pembunuhan itu. Polis juga mengenalpasti 8 warga Korea Utara untuk disoal siasat, salah seorang daripada mereka sudah dihantar pulang.

'Siasat angka bercanggah penukaran lot Bumiputera'

Ketua Pembangkang Johor, Gan Peck Cheng membuat laporan polis terhadap menteri besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung angka bercanggah mengenai lot tanah Bumiputera yang telah ditukar status.
Dalam laporan polisnya, Gan yang juga ADUN Penggaram, berkata Khaled baru-baru ini memberitahu 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di Johor telah ditukar status sejak 2013.
Khaled dilapor berkata kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan wang berkenaan dimasukkan ke Tabung Hartanah Bumiputera bagi digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).
Bagaimanapun Gan mendakwa angka ini bercanggah dengan apa yang diberitahu Mohamed Khaled dalam Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan April 2016.
Pada masa itu, Mohamed Khaled berkata 4,503 daripada 16,914 hartanah yang dibina antara 2013 hingga 2016 untuk dijual kepada Bumiputera, telah ditukar status.
Justeru Gan mahu polis menyiasat menteri besar berhubung angka bercanggah yang dikeluarkannya kerana menimbulkan kebimbangan mengenai penyalahgunaan dana dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang akan memberi kesan negatif terhadap rakyat Johor.
Gan berkata, walaupun Mohamed Khaled mungkin memberitahu Dewan Undangan Negeri yang ia melibatkan jenis hartanah lain, namun masih terdapat kebimbangan berhubung dana itu.
Penukaran hak milik tanah kepada status bukan Bumiputera di Johor mencuri tumpuan berikutan beberapa siri tangkapan melibatkan anak lelaki dan pegawai khas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi.

Nizar pula cabar Zambry, Exco isytihar harta

Datuk Seri Nizar JamaluddinDatuk Seri Nizar JamaluddinMenteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kader dan Exco Kerajaan Negeri Perak disarankan agar berani mengisytiharkan harta merekademi ketelusan dan mengelak perkara yang sama berlaku terhadap salah seorang Exco Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jaluddin.
"Dikhabarkan, Menteri Besar Negeri Johor serta semua Exco Kerajaan Negeri Johor akan mengisytiharkan harta mereka.
"Ini bagi mengelak perkara yang sama  berlaku terhadap salah seorang Exco Kerajaan Negeri Johor yang telah diheret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah.
"Amanah Perak menyambut baik sikap Menteri Besar Johor serta semua Exco Kerajaan Negeri Johor yang berani mengisytiharkan harta," ujarnya.
Amanah katanya lagi bukannya  mengambil sikap mencabar kepimpinan Kerajaan Negeri Perak bertindak mengisytiharkan harta, jika sekiranya  mereka adalah seorang yang ‘bersih’ yang tidak terjebak dengan unsur rasuah selama ini.
"Bagi Amanah Perak, kami bersama kepimpinan Pakatan Harapan (PH) jika diberikan mandat untuk memerintah Negeri Perak akan mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri Perak untuk mengisytiharkan harta untuk memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa ketelusan adalah penting untuk semua kepimpinan," ujarnya.
Desakan untuk Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled  Nordin dan barisan exco mengisytiharkan harta dicetuskan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dipetik berkata langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan pemimpin negeri bebas rasuah.
Kenyataan Salahuddin dibuat berikutan siasatan kes pecah amanah penukaran status hartanah bumiputera negeri Johor yang mana enam tertuduh untuk siasatan SPRM.

Kelantan perlu pembangunan menyeluruh, bukan hanya sekolah tahfiz

Walaupun Kelantan lahirkan ramai pelajar tahfiz tetapi ia antara negeri termiskin di Semenanjung
raja-bahrin-pas
KUALA LUMPUR: Amanah hari ini menasihatkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak mengutamakan pembangunan rohani semata-mata, selepas menteri besar mendakwa negeri itu mementingkan modal insan kerana berjaya melahirkan ramai tahfiz Al-Quran.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, pengurusan dan pentadbiran Kelantan haruslah menyeluruh dari segi ekonomi, kebajikan umum dan pengurusan harian rakyat, bukan hanya dari segi kerohanian.
“Islam sendiri mendidik penganutnya untuk mementingkan pembangunan rohani dan jasmani.
“Kelantan mempunyai banyak masalah antaranya isu alam sekitar yang selalu dibangkitkan dengan pembalakan yang tidak terkawal.
“Masalah banjir pada tahun 2014 sehingga hari ini masih belum diatasi sepenuhnya, sedangkan ia perlukan pembelaan dari kerajaan negeri,” katanya kepada FMT, di luar Dewan Rakyat hari ini.
PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990 sejak akhir-akhir ini berdepan kritikan gagal menjalankan tanggungjawab ekonomi, termasuk dalam isu hasil balak dan kekerasan terhadap penduduk Orang Asli di Gua Musang.
Pada Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menafikan tuduhan sesetengah pihak sambil menafikan dakwaan pentadbiran Kelantan gagal menjaga kebajikan rakyat.
Ahmad berkata, Kelantan mampu melahirkan golongan tahfiz di sekolah kelolaan negeri itu, yang menurutnya adalah bukti negeri itu mampu melahirkan ramai modal insan.
Raja Kamarul berkata, Kelantan tidak seharusnya menafikan hakikat bahawa penduduk di negeri itu merupakan antara penduduk yang termiskin di Semenanjung Malaysia.
“Di Kelantan, walaupun lahirkan ramai pelajar tahfiz, Kelantan antara negeri termiskin di Semenanjung,” katanya.

Mampukah Malaysia hadapi ancaman Korea Utara?

Bagaimana sekiranya krisis diplomatik ini bertukar kepada sesuatu yang lebih drastik?
malaysia_korea_war_600
PETALING JAYA: Berdepan krisis diplomatik paling serius sejak era “Konfrontasi” dengan Indonesia pada 1963, persoalan yang bermain kini adalah bagaimana Malaysia menangani krisis dengan Korea Utara, sebuah negara yang secara terbuka menonjolkan keupayaan tenteranya kepada seluruh dunia.
Ia timbul kerana Korea Utara bukan seperti negara lain. Regim Pyongyang terkenal dengan tindak tanduknya yang kerap mencabar kuasa besar lain terutama Amerika Syarikat.
Hanya beberapa hari lalu, ia menunjukkan kekuatannya dengan melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke arah Laut Jepun, ketika musuh ketatnya Korea Selatan mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat.
Laporan Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) yang berpusat di London, Korea Utara mempunyai bilangan tentera aktif keseluruhan seramai 1,190,000, termasuk 60,000 tentera laut.
Menurut laporan itu, tentera Malaysia yang aktif berjumlah 109,000 dengan 80,000 tentera, 14,000 tentera laut dan 15,000 tentera udara, dan selebihnya separa tentera.
Teknologi peluru berpandu
Seorang penganalisis pertahanan bagaimanapun tidak menganggap negara yang digembar gemburkan memiliki senjata nuklear itu mendapat jalan mudah sekiranya perang mulut bertukar kepada sesuatu yang lebih drastik.
Katanya, Malaysia masih mampu menghadapi ancaman tentera konvensional Korea Utara.
Menurutnya, Korea Utara bukan merupakan negara tentera yang kuat walaupun ia mempunyai tentera darat yang kuat.
“Tapi tidak mungkin digunapakai untuk menyerang Malaysia. Tentera udara dan laut Korea Utara boleh diabaikan. Walaupun Korea Utara ada pelbagai jenis misil balistik, tetapi bukan semua boleh sampai Malaysia,” kata penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa), Lam Choong Wah.
Menurutnya, walaupun benar ia memiliki peluru berpandu jarak jauh, ia masih dibelenggu “ketepatan dan kemantapan teknologi yang rendah”.
Bagaimanapun, Lam mengakui apa yang perlu dibimbangi ialah serangan bukan konvensional seperti sabotaj, “dirty bomb” dan sebagainya.
Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.
Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.
Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan hari ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.
Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit Damansara.
Bantuan luar
Keyakinan Lam mengenai kesediaan pertahanan Malaysia juga disebabkan Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Menjelang tahun ke-19 reformasi : Mana anak muda?

September 1998 adalah detik peristiwa yang sangat bermakna. Sebuah arus perjuangan yang kuat dan gelombang yang tidak mampu ditahan telah bergelora di hati sanubari rakyat. Ia adalah satu bentuk kesedaran yang membangkitkan rakyat daripada alpa yang panjang.
Sebahagian yang melalui detik Reformasi 1998 adalah anak muda dan remaja yang berkocak hatinya, buas pemikirannya dan muda tenaganya, mereka cuba untuk merubah dan menumbang tembok-tembok pemisah yang memenjarakan antara kaum.
Dan tentu sekali yang paling utama adalah menukarkan regim Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu yang dilihat ataupun dinamakan sebagai watak antagonis yang paling dibenci.
Namun rentang masa 19 tahun bukan satu tempoh masa yang pendek. Jika dinisbahkan kepada seorang manusia, Reformasi sudah boleh masuk universiti. Namun apakah cita-cita pemuda ketika itu sudah tercapai?
Cita-cita misi reformasi
Entahlah. Jika ada pun hanyalah pertukaran beberapa kerajaan yang ternyata masih lagi muda dan perlukan masa untuk benar-benar menjayakan misi reformasi.
Ketika para politikus hanya memikirkan satu sahaja - menjatuhkan atau dijatuhkan, pertimbangan logika ketika itu adalah menang atau kalah. Sampai sahaja reformasi gagal mengisi apa yang akan berlaku jika menang dan apa pula yang akan dilakukan jika kalah.
Dek kerana suasana yang sangat terburu-buru, pemimpin yang ada saat itu tidak mempunyai banyak masa untuk mengisi persoalan tersebut. Namun dalam menegakkan nilai reformasi, kita tidak dapat lari dari keperluan kepada pemimpin berkualiti.
Maka, tinggalkan reformasi sebagai sebuah perjuangan yang terkontang kanting. Cumanya beberapa pimpinan yang ketika itu menyedari bahawa reformasi memerlukan satu hala tuju menggariskan hala tuju itu dalam beberapa ucapan yang boleh dikirakan lambat – tetapi lebih baik dari tiada.
Suasana hari ini
Hari ini selepas tsunami 2008, gelora politik Malaysia tidak tinggal diam, malah lebih bergelora. Tidak semena-mena watak antagonis yang paling dibenci oleh perjuang reformasi ketika itu – Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim - seteru politik yang tidak mungkin duduk semeja tetapi hari ini kembali berpaut kasih.

Pembangkang minta taklimat khas isu Korea Utara

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, beliau ada berjumpa dengan speaker Dewan Rakyat bagi meminta taklimat khas mengenai isu Malaysia-Korea Utara.
Menurut Wan Azizah, beliau bertemu dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi meminta agar taklimat kerajaan kepada pembangkang diadakan bagi mengetahui situasi sebenar.
"Kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Hubungan diplomatik telah menjadi tegang. Kita tak mahu bercakap tentang perkara itu tanpa sebarang maklumat.
"Kita mahu diberi taklimat sebagai seorang anggota parlimen, jadi kita tahu apa sebenar yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas sidang Parlimen hari ini.
Menurut anggota parlimen Permatang Pauh itu lagi, beliau bertemu dengan Pandikar bersama Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad.
Selain itu, Wan Azizah berkata, speaker maklum dengan cadangan itu tetapi belum memutuskan tarikh dan masa mengenai taklimat berkenaan.
"Speaker cakap OK tetapi menteri luar berada di luar negara. Kita mungkin minta timbalannya atau menteri dalam negeri (untuk beri taklimat).
"Kami juga fikir mungkin pihak polis juga boleh beri taklimat pada kita," kata presiden PKR itu lagi.

Ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat

Bahagian pertama teks ucapan Ketua Pembangkang yang disampaikan di Dewan Rakyat pada hari ini.
Bahagian kedua akan disampaikan pada pagi esok, Rabu 8 Mac 2017.
Teks Ucapan Membahaskan Usul Menjunjung Kasih Kebawah
Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Malaysia
Pada hari Selasa 7 Mac 2017

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terang dan yang tersembunyi dalam hati-hati manusia.
Salam Selawat kepada Junjungan Besar Rasullullah dan Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, yang menjadi tauladan membawa Rahmat ke seluruh Alam.
Tan Sri Yang DiPertua,
Terlebih dahulu saya ingin merafakkan sembah tahniah di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang disampaikan dalam dewan yang mulia ini pada hari semalam.
Ia merupakan titah ulung baginda merasmikan pembukaan majlis mesyuarat Dewan Rakyat.
Bagi pihak saya dan anggota pembangkang, kami melahirkan rasa terharu dan terkesan atas titah baginda yang menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan rakyat dan negara.
Saya mengamati secara umumnya baginda telah menyentuh perihal kedaulatan dan keselamatan negara, cabaran-cabaran terhadap ekonomi dan kewangan negara, permasalahan bebanan kehidupan yang dipikul rakyat, pembangunan negara, di samping isu-isu yang menyentuh wanita, alam sekitar, kesihatan, pendidikan dan isu-isu antarabangsa.
Di samping itu juga, baginda melahirkan rasa dukacita atas penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat peringkat kerajaan oleh penjawat dan bekas penjawat awam.
Tan Sri Yang DiPertua,
Saya ingin memulakan ucapan membahaskan usul menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan satu peringatan untuk diri saya dan semua yang hadir di dalam Dewan Mulia ini tentang Kemulian seperti firman Allah SWT mafhumnya;
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.”(Surah al Maa-idah ayat 2)
Tan Sri Yang DiPertua,
Seminggu sebelum sidang ini bermula kita dikejutkan dengan kenaikan harga gula. Harga gula naik dari RM 2.84 kepada RM 2.95 sekilogram. Kenaikan ini berlaku sebaik sahaja kenaikan 5 sen harga diesel dari RM 2.15 kepada RM 2.20 seliter.
Menurut data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang disiarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Rabu 22 Februari 2017, inflasi pada kadar 3.2 peratus sepanjang tempoh Januari 2016 sehingga Januari 2017.
IHP keseluruhan meningkat 3.2 peratus pada bulan Januari 2017 kepada 118.2 daripada 114.5 pada bulan yang sama tahun 2016. Kenaikan IHP begitu ketara melibatkan barangan makanan antaranya Kobis Bulat (49.6 peratus), Minyak Masak (47.2 peratus), Sotong (10.7 peratus), Udang (8.6 peratus), Ikan kembong (8.5 peratus), Ikan tenggiri (6.6 peratus) dan Ikan Merah (3.7 peratus).
Peningkatan inflasi sebanyak 3.2 peratus yang disiarkan pada 22 Februari 2017 itu belum mengambil kira kenaikan harga gula dan diesel baru-baru ini.
4. Jelas bahawa kos sara hidup rakyat kini meningkat.
Ini belum mengambil kira impak kenaikan kos yang menimpa para pelajar universiti kesan daripada Bajet 2017 yang mengurangkan peruntukan untuk Universiti Awam daripada RM 7.6 bilion untuk tahun 2016 kepada RM 6.1 bilion untuk tahun 2017, iaitu pengurangan sebanyak RM 1.4 bilion.
Berikutan daripada pengurangan ini, pihak saya telah menerima maklum balas berupa aduan dan permasalahan akademik yang menjejaskan para pelajar, antaranya:
a) Yuran akademik
b) Pengenaan bayaran parkir
c) Pengurangan tenaga akademik atau pensyarah
d) Biaya penyelidikan akademik berkurangan
e) Yuran aktiviti dikenakan sehingga menjejaskan aktiviti Persatuan-persatuan mahasiswa
Kita belum mengambil kira kesan domino akibat kenaikan harga gula terbaru ini, yang tentunya akan menaikkan harga makanan dan minuman, dan kenaikan pasti akan berlaku sebagaimana pengalaman kenaikan-kenaikan harga sebelum ini.
Bebanan kos yang dipindahkan kepada rakyat bukan sahaja disebabkan oleh kenaikan harga komoditi antarabangsa, kejatuhan nilai matawang negara dan peningkatan permintaan, malah ia juga akibat peningkatan kos Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% yang berkuatkuasa sejak 1 April 2015.
Tan Sri Yang DiPertua,

Projek Malaysia-China wujudkan 10,000 kerja, bukan semua untuk orang tempatan

Timbalan menteri berkata peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia salah satu syarat untuk beberapa projek itu.
Chua-Tee-Yong-azizah-job2KUALA LUMPUR: Projek usahasama dengan China akan menghasilkan lebih 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia tetapi tak semuanya untuk orang tempatan.
Menjawab soalan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata pekerjaan itu akan diwujudkan melalui 33 projek yang syarikat berpangkalan di China labur di Malaysia.
Apabila Wan Azizah meminta beliau menyatakan sama ada 10,000 atau lebih pekerjaan itu untuk rakyat Malaysia, Tee Yong memberi contoh projek besi keluli di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), di mana separuh daripada pekerjaan untuk orang tempatan.
Syarikat itu, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, milik penuh anak syarikat China, Guangxi Beibu Gulf Iron and Steel Investment Co Ltd.
“Projek itu, contohnya, akan menghasilkan 3,648 peluang pekerjaan. Dianggarkan 53% daripada pekerjaan itu akan diwujudkan khusus untuk rakyat Malaysia,” kata Tee Yong.
Beliau menjelaskan peluang pekerjaan untuk rakyat merupakan salah satu syarat untuk “beberapa” projek itu, terutamanya yang memohon insentif kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan tahun lepas Malaysia menyertai 14 perjanjian dan memorandum persefahaman dengan China untuk perniagaan dengan nilai keseluruhan RM144 bilion.

Najib tidak mahu terperangkap dalam negara berpendapatan pertengahan

Ketika Najib mahu menuju negara berpendapatan tinggi, hutang isi rumah Malaysia tertinggi dan jurang ekonomi semakin melebar. Sumber: InternetKetika Najib mahu menuju negara berpendapatan tinggi, hutang isi rumah Malaysia tertinggi dan jurang ekonomi semakin melebar. Sumber: Internet
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu media Arab Saudi bahawa Malaysia melakukan pendekatan baharu ekonomi bagi keluar daripada perangkap negara berpendapatan pertengahan.
Ditemubual stesen al-Arabiya News Channel baru-baru ini, Presiden Umno berkenaan berkata, transformasi tersebut dibuat sebaik dirinya menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009.
"Satu daripada cabaran yang saya hadapi ialah Malaysia terjerumus ke dalam perangkap apa yang dipanggil sebagai negara berpendapatan pertengahan.
"Jadi, kami memerlukan satu model baharu ekonomi untuk membawa kami keluar dari perangkap itu dan untuk membolehkan kami menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, sebuah negara yang maju sepenuhnya serta sebuah negara yang maju dari segi ekonomi.
"Saya kemukakan pelan transformasi nasional yang merangkumi aspek ekonomi serta pentadbiran dan kami menolak apa yang dipanggil inertia dan monotoni perniagaan," ujarnya dipetik dari Sinar Harian hari ini.
Najib dalam slot sempena lawatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia itu berkata, hasil pelaksanaan pelan tersebut menjadikan pergantungan Malaysia terhadap hasil minyak berkurang daripada 41 peratus pada tahun 2009 kepada 14 peratus pada masa ini.
"Kalaulah kami tidak lakukan transformasi itu, hari ini kami akan menderita akibat daripada kejatuhan teruk dan mendadak harga minyak, yang mungkin juga akan menjejaskan hasil kerajaan yang begitu banyak bergantung terhadapnya.
"Di samping itu, kami ambil keputusan mengenakan cukai terhadap barang dan perkhidmatan serta merasionalisasikan sokongan kerajaan," jelasnya ketika ditemubual Pengurus Besar al-Arabiya Turki, Aldakhil.
Ditanya tentang rekod kurang daripada satu peratus kadar kemiskinan di negara ini, Najib menjawab pencapaian itu sebagai angka yang lebih mengagumkan.

Biarlah Parlimen bertindak ke atas penyerang Khalid Samad, kata Pandikar

Parlimen gamat apabila Teresa Kok tanya derma Raja Salman

MP BN bahas rungutan 'tak dapat BR1M sebab ada SSM'

Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%

Malaysia tak takut kuasa besar, kata timbalan menteri Umno

Reezal Merican berkata kerajaan tidak tunduk atau biarkan kuasa besar tentukan siapa kawan kita
reezal-merica_dewan-rakyat_600
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican nafi kerajaan Malaysia takut negara besar seperti Amerika Syarikat.
“Tak benar dakwaan kita takut negara besar. Contohnya resolusi 2334 yang dicapai di Majlis Keselamatan PBB,” katanya.
Sebelum Presiden AS Donald Trump mengangkat sumpah jawatan, Reezal berkata pasukan peralihan mereka cuba memujuk Malaysia menggugurkan draf resolusi mengecam penempatan haram Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis timur.
“Pertama kali dalam sejarah AS mengambil keputusan untuk berkecuali dalam pengundian. Ada usaha daripada AS untuk menghubungi kita dan memujuk kita untuk tidak meneruskan resolusi itu.
“Tetapi kita tidak mengalah kerana kita percaya resolusi itu langkah yang betul. Ini menunjukkan kita tidak tunduk, atau membiarkan kuasa besar menentukan siapa kawan kita,” katanya.
Reezal, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, menjawab soalan Kamaruddin Jaafar (PKR-Tumpat) di Dewan Rakyat Rakyat hari ini.
Kamaruddin ditanya adakah kerajaan akan mengkaji semula dasar luar negara supaya Malaysia tidak dipengaruhi oleh kuasa besar Barat dan Timur.
Menjawab soalan itu, Reezal berkata walaupun Malaysia tidak bersetuju dengan beberapa dasar AS, ia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan mengenai dasar luar negara.
Ini kereana kerajaan menghormati hak setiap negara untuk membuat dasar yang dirasakan sesuai untuk warganegara mereka, tambah beliau.
Beliau juga merujuk kepada larangan perjalanan ke atas 7 negara Islam, yang digantung mahkamah persekutuan AS.

Laporan siasatan PBB: Dakwaan Msia cabuli hak asasi manusia, jenayah perang


Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahDatuk Raja Kamarul Bahrin ShahAhli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah sekali lagi menegaskan kepada kerajaan, Parti Amanah Negara (Amanah) tidak membuat tuduhan melulu  mengenai  penglibatan Malaysia dalam serangan ke atas Yaman sebenarnya merujuk laporan siasatan PBB.
Beliau merujuk kepada kenyataan balas Kementerian Pertahanan Malaysia melalui kenyataan akhbar pada 4 Mac lalu, yang menafikan dakwaan yang di buat oleh pembangkang dalam sesi Parlimen.
"Malahan kenyataan tersebut menuduh kami "berniat jahat, tuduhan tidak berasas dan memburukkan Kementerian Pertahanan dan Malaysia." ujarnya.
Raja Baharin berkata, di atas tuduhan tersebut beliau sebagai Ahli Parlimen ingin memberi jawapan terperinci mengenai isu tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah berkata, pendedahannya itu bersandarkan kepada Laporan Rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan laporan media yang dirujuk seperti BBC, NGO Antarabangsa dan rakyat Malaysia yang terlibat.
Amanah katanya, mahukan kerajaan berterus terang mengenai sama ada wujud penglibatan Malaysia dalam serangan ke atas Yaman.
"Parlimen patut di maklumkan fakta sebenarnya kerana Parlimen meluluskan bajet Kementerian dan rakyat mesti mengetahui penglibatan Malaysia kerana cukai yang mereka bayar membiayai bajet Negara," ujarnya yang mendakwa kerajaan mengelak daripada menjawab persoalan itu dalam beberapa sesi Parlimen diadakan.
Kenyataan penafian yang dibuat secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan.Kenyataan penafian yang dibuat secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan.
Disiarkan kenyataan penuh Ahli Parlimen Kuala Terengganu:
Laporan oleh Panel Pakar Ehwal Yamantelah di kemukakan kepada Presiden Security Council U.N.- (Jawatankuasa Keselamatan P.B.B.), pada 11 Januari 2017 dan di terima pakai oleh Jawatankuasa tersebut pada 27 Januari 2017, dimana penglibatan Malaysia di sebut beberapa kali dalam lapuran tersebut.
Malaysia tidak boleh mendakwa tidak mengetahui dan tidak mengiktirafkan lapuran Panel ini kerana Malaysia juga menjadi ahli Jawantankuasa P.B.B. tersebut. Ahli dan Panel Pakar yang menandatangani lapuran tersebut terdiri dari Ahmed Himmiche, Dakshinie Gunaratne, Gregory Johnsen dan Adrian Wilkenson. Lapuran ini di edarkan kepada umum pada 31 Januari 2017. Kerajaan dan Mentri Pertahanan Malaysia tidak boleh menolak kesahihan dan pengetahuan lapuran ini. Penafian melalui Kenyataan Akhbar oleh Kementerian Pertahanan pada 3 Mac 2017 adalah cubaan menutup kebenaran penglibatan Malaysia di Yaman. Ini adalah perbuatan tidak bertanggung jawab menyeleweng fakta lapuran P.B.B.

Tawanan Antarabangsa: MKN adakan mesyuarat tergempar petang ini

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini berhubung tindakan Korea Utara
menyekat rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.
Sumber memberitahu Bernama mesyuarat tertutup itu akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pangkalan Udara TUDM Subang pukul 6 petang ini, sebaik pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) di Jakarta.
Mesyuarat dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, MKN dan agensi-agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara.
Najib dalam kenyataan hari ini mengarahkan MKN mengadakan
mesyuarat tergempar berhubung tindakan Korea Utara itu.
Perdana menteri juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya menghalang semua rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia daripada meninggalkan negara ini.
Malaysia sebelum ini mengambil tindakan mengusir Duta Korea Utara Kang Chol dan duta berkenaan meninggalkan negara ini Isnin.
Kang Chol dilaporkan membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Februari.
Sabtu lalu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengisytiharkan Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata' dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia.

'Siapa patut bertindak ke atas penyerang Khalid Samad?'

Parlimen masih belum bertindak berhubung serangan ke atas Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) di perkarangannya November lalu - kerana ketidak-pastian sama ada Parlimen atau polis yang perlu mengambil tindakan.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata sebuah jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk membincangkan perkara itu menimbulkan kebimbangan sama ada akan berlaku sebarang implikasi jika kedua-dua institusi bertindak ke atas kes sama.
Oleh itu, Pandikar berkata, jawatankuasa itu sedang memikirkan perkara berkenaan.
"Pendapat peribadi saya, biarlah Parlimen bertindak. Tidak perlu untuk kita melibatkan pihak luar seperti polis," katanya.
Undang-undang mensyaratkan bahawa polis perlu mendapatkan kebenaran daripada speaker sebelum memasuki kawasan Parlimen, termasuk untuk menjalankan siasatan.
Parlimen juga diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan dalam perkarangannya.
Pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan penyokong dari Pasir Salak, Perak.
Ia berikutan pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antara Khalid dengan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) selepas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu melabelkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Tajuddin juga adalah ketua bahagian Umno Pasir Salak.
Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.
Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.
Selepas penjelasan Pandikar hari ini, Khalid memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau percaya polis perlu bertindak terhadap penyerangnya, kerana mereka bukannya ahli parlimen.
Ini, kata Khalid, adalah kerana polis bantuan Parlimen turut cedera dalam serangan itu.

Zaman Pelik...Nak Pilihanraya Lah Tue...!!!

Susulan keputusan Malaysia mengusir duta Korea Utara, Pyongyang kini melarang rakyat Malaysia di sana meninggalkan negara itu.

PELIK TAPI BENAR...
Asal aja nak dekat Pilihanraya Umnum (PRU) pasti akan timbul insiden2/ peristiwa pelik.

Dulu menjelang PRU13, tup2 timbul kes Lahad Datu yg mana Zahid Hamidi menuduh 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu. HAMPIR 4 TAHUN BERLALU hingga kini Zahid tidak berani dedahkan nama 3 pemimpin pembangkang tersebut.. KENAPA ?

KENAPA tercetusnya isu 'North Korea' ini isu2 skandal 1MDB, minyak naik, gula naik, rasuah, penculikan terus jadi sepi skrg ini??!

Dadah Baru: Nampak tak permainan pengurusan BR1M 2017?

SEDARKAH ANDA.. ramai penerima BR1M 2017 yang lain merungut apabila permohonan mereka tidak lulus atas sebab setelah mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedangkan perolehan daripada perniagaan mereka tidaklah besar mana pun. Pendaftan SSM perniagaan mereka cumalah untuk melengkapkan syarat yang diminta oleh kerajaan.

Nampak tak permainan pengurusan BR1M 2017?
Menggesa peniaga kecil-kecilan untuk mendaftar perniagaan dengan SSM, lepas tu… krik krik krik…

#KenapaBR1MRamaiTakLulus
#BR1MSSM

DADAH BARU: PULOK DAH !!!..

Pelbagai alasan menteri jika rakyat mahukan BR1M dari KERAjaan Barisan Nasional.

SEBAB ITULAH Najib pilih menteri sebegini rupa supaya rakyat diperbodohkan Dulu, Kini dan Selamanya..

DAP dan Amanah lebih fokus jatuhkan BN

 DAP dan Amanah parti yang realistik dan rasional yang lebih menyakinkan rakyat daripada PPBM dan juga PKR. DAP dan Amanah parti yang realistik dan rasional yang lebih menyakinkan rakyat daripada PPBM dan juga PKR.
Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.
Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (Pas) sudah boleh di ignore.
Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrek untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.
Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.
Dan PAS pula sudah boleh dianggap terbatal? Faham ke maksud terbatal? Tindak tanduk dan strategi yang diaturkan parti itu di bawah kepimpinan al ulama seratus peratus, menunjukkan ia bukan parti yang mukalaf.
Mengapa DAP dan Amanah dikatakan sudah kemas dan jelas dalam keputusan mereka, kerana keduanya dalam perhatian saya tidak memikirkan perkara yang remeh temeh yang boleh menjadikan mereka bertelagah sesama sendiri. Mereka tidak memikir apakah yang ada dalam tidur, mimpi. Sebaliknya mereka memfokuskan kepada tujuan asas yang besar yakitu untuk menumbangkan kerajaan UBN. Mereka mencari idea dan kekuatan untuk bergerak ke arah itu.

Di celah-celah usaha itu mereka tidak menjempilkan angan-angan lain. DAP dan Amanah tidak bertindak sambil menyelam minum air. Mereka benar-benar meletakkan harapan rakyat yang mahu melihat kerajaan Malaysia bertukar tangan, tanpa mengambil kesempatan memperjuangkan hak peribadi pemimpin parti masing-masing. DAP dan Amanah bukan 'selffish'.
DAP tidak mempunyai cita-cita untuk meletakkan pemimpin mereka sebagai PM. Mereka sedar dan insaf kedudukan mereka, tahu mengukur baju dibadan sendiri. Perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan parti pemerintah yang memerintah secara kleptokrasi. Hanya musuhnya sahaja melaung-laung dan menjualkan cerita basi yang konon DAP hendak jadi PM. Mereka sendiri tidak pernah mengimpikan itu walaupun secara senyap.
Setakat ini DAP hanya bercita-cita untuk mengekalkan kerajaannya di Pulau Pinang sahaja di samping menambah beberapa kerusi parlimen. Itulah cita-cita peribadi terbesar DAP yang tidak dapat disembunyikan oleh parti berkenaan.
Jajaan modal oleh musuhnya itu tidak mudah mempersonakan DAP kerana beberapa faktor yang jelas dan mereka arif dengan hambatannya. DAP parti dominan Cina yang bukan mudah untuk diterima oleh rakyat Malaysia sekiranya wakil mereka diuar-uarkan untuk jadi PM. Hakikat ini disedari oleh DAP. Bahkah Umno juga sedar akan perkara ini. Ada pun kenapa mereka menjual kononnya Lim Kit Siang hendak jadi PM adalah propoganda semata-mata untuk menimbulkan kebencian orang Melayu sekolah rendah kepada DAP.
Orang Melayu yang menyertai DAP kemudian keluar kerana kelemahan diri sendiri untuk menguasi "chauvenis" Cina membuat lelocon kononnya Lim Kit Siang hendak jadi perdana menteri.
Bagi orang Cina yang bijak berpolitik mereka tidak obses mengenai kedudukan dan pangkat, apa yang lebih penting mereka dapat merealisasikan cita-cita kaum dan prinsip mereka. DAP mahu melaksanakan sosialisme di negara ini. Kedudukan muasir ini dengan percaturan politik yang dimainkan, DAP sudah berjaya meletakkan masyarakat Cina dan golongan sosialis ditempat terbaik dalam gelanggang kenegaraan ini. Melayu liberal tidak segan silu menyertai DAP.
DAP umpama taukeh Cina yang sedia menyewa bangunan dan gendung milik Melayu untuk berniaga. Mereka tidak gah memilik gedung tetapi lebih gembira kalau perniagaan mereka laris dan maju. Pemilik gedung itu juga sebenarnya bergantung kepada aktiviti perniagaannya. Begitulah cara DAP berpolitik jauh bezanya dengan Melayu yang suka bergaya walaupu papa.

Saya beli ketiga-tiga model Proton, kata Tun M

Tun M menganggap cabaran Nazri agar beliau bertanding di Padang rengas adalah cabaran kosong Tun M menganggap cabaran Nazri agar beliau bertanding di Padang rengas adalah cabaran kosong
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Proton dapat mengumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion semasa diterajui beliau.
Menurut beliau, Proton membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman bank atau bantuan kerajaan malah pada yang sama Proton membayar RM18 billion cukai kepada kerajaan.
"Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.
"Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.
"Demikian juga dengan kereta buatan Korea dan Jepun. Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin milo. Sekarang tidak siapa berani fitnah," tulisnya di blog.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri bahawa Proton adalah seekor gajah putih.
Terdahulu, beliau mengucapkan tahniah kepada Nazri yang juga ahli Parlimen padang Rengas kerana mencabarnya untuk bertanding di kawasan itu.
Namun Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa cabaran Nazri itu adalah cabaran kosong kerana Nazri tahu beliau tidak berhasrat untuk bertanding.
"Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat," katanya.
Mengulas lanjut mengenai Protong, Mahathir berkata kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton dan cukai kereta adalah suatu punca dana kerajaan.
"Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.
"Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun.
"Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.
Menurut beliau juga, kerajaan biasanya membiayai dana untuk kajian pemnbangunan dalam industri pembuatan.
"Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton," jelasnya.
Mahathir juga mengakui beliau membeli ketiga-tiga model baru Proton dan tidak menghadapi masalah menggunakannya.

Benarkah orang Melayu tidak akan berubah?

Ada kalangan pemimpin politik, termasuk pembangkang, menganggap orang Melayu sukar mengubah fikiran. Kerana itu sukar untuk Melayu mengundi ubah kerajaan. Kata mereka, orang Melayu hanya minat hal-hal agama dan kaum sahaja, dan orang Melayu sangat takut hilang kuasa.
Banyak pemimpin Melayu sendiri mengandaikan orang Melayu tidak faham skandal mega 1MDB, Felda dan Mara. Asalkan peneraju kerajaan itu adalah Melayu, sudah cukup, kata mereka. Otak pengundi Melayu dikatakan jumud dan tidak dapat memahami makna dan amalan demokrasi, kebebasan, kesaksamaan, atau apa-apa idea progresif.
Oleh itu, banyak pemimpin politik pembangkang cuba mencari jalan pintas menawan hati pengundi Melayu. Cara mereka mudah sahaja. Jika UMNO menggula-gulakan Melayu dengan politik kaum dan agama, maka pembangkang juga harus lakukan perkara yang sama.
Sebenarnya di kalangan akademik dan pencinta budaya Melayu, sudah lama wujud usaha mahu membebaskan minda Melayu daripada cengkaman sesuatu. Namun “sesuatu” itu sering berubah maknanya mengikut masa, keadaan dan tempat.
Dulu dan sekarang
Sebagai contoh, zaman sebelum 1970-an, amat jarang ditemui wanita Melayu – yang biasanya Islam dan dianggap Muslim oleh Perlembagaan Persekutuan – yang memakai tudung. Malah, sekitar 1970-an, wanita yang bertudung malah berpurdah telah menjadi cemuhan masyarakat Melayu. Lebih buruk lagi, ia dikaitkan dengan ajaran sesat atau aliran agama yang ekstrem.
Hari ini suasana berubah. Wanita Melayu tidak bertudung pula yang dipandang hina, dianggap bakal ke neraka. Tidak pasti sama ada orang yang membuat tuduhan ini menganggap ibu, nenek dan moyang mereka telah berdosa besar  berbanding wanita hari ini.
Begitu juga era sebelum 1970-an bila mana lebai merupakan istilah biasa-biasa yang kadang-kadang menjadi ejekan. Orang yang dipanggil lebai biasanya sering memakai ketayap putih berkain pelikat, sering berada di masjid atau surau tetapi ilmunya hampir tiada. Setidak-tidaknya itu satu daripada persepsi tentang lebai, seperti kisah-kisah lebai malang yang betul bendul dan tamak haloba.
Hari ini lebai yang berketayap putih sudah mendapat gelaran ulamak, berceramah dengan bayaran besar di masjid dan TV. Malah semakin ramai telah kaya dengan pelbagai bisnis. Mungkin sudah ada lebai yang menjadi jutawan dengan rumah-rumah dan kereta-kereta mewah.
Dalam hal undang-undang pula, sejak Merdeka sehingga penubuhan Malaysia pada 1963 dan di awal dekad 1980-an, campur tangan kerajaan dalam hal-hal agama Islam adalah terhad, iaitu hanya kepada undang-undang keluarga dan harta pusaka, serta beberapa kesalahan yang ditakrifkan sebagai jenayah walaupun ia bukan jenayah dalam definisi undang-undang sivil. Itu merupakan sebahagian daripada kontrak sosial.
Kini perluasan kuasa undang-undang agama membimbangkan banyak pihak kerana ia tidak lagi menumpukan kepada matlamat atau maqasid undang-undang itu sendiri, iaitu keadilan. Ia mahu dilihat lebih hebat dari segi harfiyah dengan nama dan label, serta hukuman berat tanpa mengira nilai kesalahan terhadap mudarat awam.
Mampu berubah
Catatan ini tidak berniat menghakimi sesiapa. Contoh-contoh di atas hanya anekdot, sekadar cuba menjelaskan pemikiran Melayu memang telah berubah dari semasa ke semasa. Maksudnya amalan, budaya dan tradisi Melayu tidak pernah statik. Ia berubah mengikut zaman. Ia bukan sejak azali. Ia adalah gubahan sosial atau social construction.
Islamisme yang menjadi amalan seharian kebanyakan Melayu hari ini lebih ketat dan tidak sebebas era sebelum 1970-an. Mungkin ini adalah kesan pantulan daripada usaha penerapan nilai-nilai Islam sejak Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1981.
Sejak akhir dekad 1970-an, pertandingan siapa-lebih-kelihatan-Islam semakin menjadi-jadi di pihak Mahathir yang dibantu oleh Anwar Ibrahim, dengan pihak Abdul Hadi Awang yang membawa suara radikal PAS. Namun, hasilnya hari ini, bukan nilai-nilai Islam yang menjadi pegangan dan amalan, sebaliknya label serta penjualan agama dan keghairahan menghukum orang lain pula yang menjadi pilihan.
Adakah fenomena ini akan kekal atau bakal berubah mengikut masa dan keadaan seperti perubahan-perubahan yang pernah berlaku dalam masyarakat Melayu sebelum ini? Apakah kesannya kepada parti-parti politik di Malaysia, khususnya yang kini berhadapan dengan pilihanraya umum akan datang?
Dua persoalan
Dari segi politik, dua persoalan asas perlu difikirkan:

ANAK gesa MP kemuka usul tergempar siasat kerugian Felda

Mazlan Aliman
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa mana-mana ahli parlimen mengemukakan usul tergempar mengenai Felda pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.
Presiden Anak, Mazlan Aliman mencadangkan usul tersebut mengandungi gesaan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) mengenai kehilangan berbilion wang felda khususnya pada zaman Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
Selain itu katanya, kerajaan perlu digesa menjalankan siasatan menyeluruh sebab kerugian besar Felda seperti dalam Laporan Tahunan Felda pada 2013 dan 2014 dan kajian semula kedudukan FGV dalam Bursa Malaysia yang menjejaskan kestabilan Felda ketika ini.
"Felda dibangunkan di bawah Group Settlement Act 1960(GSA) selaras dengan peruntukan di bawah Artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah GSA, Felda bertindak sebagai Agen Pengurusan yang berkuasa di bawah Ordinan Pembangunan Tanah 1956 yang menyelenggara kebun peneroka dan diikat dengan perjanjian tertentu.
"Jika penubuhan Felda bermula di Parlimen, Anak berpandangan, parlimen jugalah medan terbaik membincangkan situasi Felda yang sedang parah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keluarga MB dan exco Johor juga perlu isytihar harta, kata Amanah

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan menyerahkan memorandum berkaitan isu rasuah ke pejabat menteri besar Johor di NusajayaPengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan menyerahkan memorandum berkaitan isu rasuah ke pejabat menteri besar Johor di Nusajaya
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor menyarankan ahli keluarga Menteri Besar Johor dan exco turut mengisytiharkan harta mereka ekoran kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri berkenaan.
Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, semakan perlu dilakukan secara menyeluruh kerana ia dikhuatiri melibatkan pihak ketiga dalam penyelewengan yang dilakukan seperti yang berlaku terhadap anak Exco kerajaan Johor.
"Kami dari pihak Parti Amanah Negara ingin menyarankan agar penisytiharan harta ini dibuat secara menyeluruh termasuk pada pihak keluarga exco dan menteri besar agar ia lebih telus serta tidak ada ruang untuk penyelewengan ini berlaku.
"Kami juga berharap saranan ini disambut baik oleh pihak Menteri Besar jika ia betul-betul menyambut suara rakyat yang mula mempertikaikan soal rasuah yang berlaku di Johor hari ini," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum ke pejabat menteri besar di Nusajaya hari ini.
Menurut Adun Parit Yaani itu lagi, berkenaan isu pertembungan antara perdana Menteri dan menteri besar, Aminolhuda meramalkan bahawa kemungkinan akan ada perundingan antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang akan diadakan dalam isu rasuah ini.
Beliau juga tidak menafikan bahawa kebarangkalian wujudnya isu pertembungan itu dan sekaligus ia mencacatkan pemerintahan Khaled yang sebelum ini dilihat bersih dari tempelak rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya meramalkan kemungkinan akan ada pertemuan antara nama yang disebut yakni perdana menteri dan menteri besar Johor untuk berunding berkenaan masalah rasuah yang sedang berlaku ini.
"Saya tidak menafikan bahawa wujudnya pertembungan tersebut dan hasilnya kita lihat hari ini, tempelak rasuah besar 1MDB kini telah terpalit pada batang tubuh pemerintahan Khaled di Johor," katanya.
Baru-baru ini enam lelaki termasuk anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri Johor ditahan dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri itu.
Lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM.

Pembangkang gesa sidang parlimen sekurang-kurangnya 80 hari

Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Ching Tong menggesa parlimen bersidang sekurang-kurangnya 80 hari dalam setahun.
Liew berkata, sudah tiba masanya kerajaan setuju dengan jumlah hari persidangan tersebut memandangkan parlimen telah selesai menjalani kerja-kerja pengubahsuaian dalam tempoh tiga tahun lalu.
Menurutnya, alasan persidangan yang lebih pendek sebelum ini adalah bagi kerja pengubahsuaian sementara untuk memenuhi keperluan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
"Sekarang parlimen memiliki kemudahan berasingan bagi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, saya menyeru menteri yang bertanggungjawab bagi parlimen, (Datuk Seri) Azalina Othman Said dan speaker (Tan Sri) Pandikar Amin Mulia untuk memulakan sidang parlimen sekurang-kurangnya 80 hari dalam setahun.
"Ini bagi memberi masa yang mencukupi untuk anggota parlimen membahaskan dan membincangkan perkara-perkara yang penting kepada negara dan untuk mengurangkan persidangan sehingga malam dan lewat malam yang tidak kondusif," kata Liew.
Pemimpin DAP itu menunjukkan rekod parlimen bersidang selama 79 hari pada tahun 2008, 72 hari pada 2009, 83 hari pada tahun 2010, 63 hari pada tahun 2011, 70 hari pada tahun 2012, 51 hari pada tahun 2013, 57 hari pada tahun 2014, 61 hari pada tahun 2015 dan 53 hari pada 2016.
Bagi tahun ini, katanya, Dewan Rakyat dijadual bersidang selama 57 hari.
Liew membandingkan parlimen Australia dan United Kingdom, yang biasanya bersidang sekurang-kurangnya 150 hari dalam setahun.
Parlimen, pada April tahun lepas, menolak usul tergempar yang dibawa ahli parlimen PKR Sim Tze Tzin, yang enggan membincangkan keperluan melanjutkan hari persidangan.
Usul itu ditolak oleh Pandikar "kerana ia tidak melibatkan kepentingan awam dan hanya kepentingan penggubal undang-undang".
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata anggota parlimen tidak boleh hanya bergantung kepada elaun mereka sebagai anggota parlimen semata-mata untuk menyara keluarga.

Tunggu dan lihat, kata pegawai kedutaan Korea Utara

Beliau bersama seorang lagi kakitangan serta individu yang dipercayai kaunselor kedutaan Kim Yu Song dilihat meninggalkan kedutaan selepas bangunan itu tidak lagi ditutup polis.
kang-chol-2KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Kedutaan Korea Utara hari ini enggan mengulas panjang berhubung ketegangan yang semakin meruncing antara kedua-dua negara.
Beliau bersama seorang lagi kakitangan serta individu yang dipercayai kaunselor kedutaan Kim Yu Song dilihat meninggalkan kedutaan selepas bangunan itu tidak lagi ditutup polis.
“Benar (saya yang memandu tadi),” katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Kim, ketika dihubungi FMT.
“Kita tunggu dan lihat saja,” katanya ketika diminta mengulas ketegangan antara kedua-dua negara.
Beliau juga enggan menjawab ketika ditanya destinasi mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Muhammad tadi berkata polis melarang sesiapa dari bangunan kedutaan daripada keluar, untuk menentukan bilangan pegawai di sana.
Sebuah kereta polis yang mengadang pintu pagar kedutaan sejak 11.30 pagi mula beredar 2 jam kemudian.
Ia selepas Nur Jazlan bercakap kepada pemberita dan meninggalkan kawasan kedutaan.
Hubungan antara 2 negara kian tegang selepas rejim Korea Utara melarang warga Malaysia di sana daripada meninggalkan negara itu.
Malaysia membalasnya dengan mengeluarkan arahan sama terhadap kakitangan kedutaan di sini.

Kedutaan Korea Utara ditutup, Najib panggil mesyuarat MKN

Perdana menteri mengecam langkah terkini Korea Utara yang melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu sebagai “hina” dan bertentangan dengan semua norma diplomatik.
najib_north-korea_un_60012KUALA LUMPUR: Perdana menteri memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN), sementara polis menutup Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, sebagai tindakan balas balik terhadap keputusan Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara komunis itu.
“Perbuatan hina ini, menahan rakyat kita sebagai tebusan, adalah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan bernada paling keras setakat ini sejak berlaku krisis diplomatik dengan Pyongyang susulan pembunuhan Kim Jong Nam bulan lalu di klia2.
Najib berkata keutamaannya sekarang ialah melindungi rakyat negara ini di Korea Utara dan Malaysia “tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam”.
“Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya,” katanya.
Hubungan diplomatik antara dua negara ini semakin tegang hari ini, 3 minggu selepas kematian Jong Nam akibat serangan agen saraf, dipercayai dilakukan 2 wanita yang diupah rejim Korea Utara.
Korea Utara sebentar tadi menerusi pegawai media kawalan kerajaan Korea Central News Korea berkata semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang buat sementara waktu meninggalkan negara itu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik.
Bertindak balas, tidak lama selepas itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN menerusi Jabatan Imigresen tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.
Pada Sabtu, Malaysia mengisytiharkan duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai pesona non grata. Beliau pulang ke Korea Utara semalam.
Tetapi polis Malaysia percaya suspek dalam kes pembunuhan itu masih bersembunyi di Kedutaan Korea Utara.
Ketegangan tercetus selepas Pyongyang membantah bedah siasat polis Malaysia terhadap mayat Kim Jong Nam, abang sebapa diktator Korea Utara yang dipercayai dibunuh di terminal klia2 pada 13 Februari.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan yang menunggu di luar rumah banglo yang menempatkan Kedutaan Korea Utara hari ini, pihak berkuasa sedang cuba mengenal pasti kakitangan kedutaan.

Skandal 1MDB: Kerajaan fail permohonan batal saman Tony Pua

Ahli Parlimen DAP itu memfailkan saman terhadap perdana menteri dan kerajaan pada 16 Januari lalu atas dakwaan salah laku pentadbiran awam dan kerajaan, membabitkan dana 1MDB.
tony-pua_1mdb_600KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memohon untuk membatalkan saman difailkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom yang mewakili kerajaan selaku defendan kedua dalam kes saman itu memohon untuk membatalkan saman itu pada 2 Mac lalu atas alasan Pua tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.
“Tuntutan saman plaintif (Pua) juga tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan saman itu juga suatu yang remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara hari ini.
Sementara itu, peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Datuk Seri Najib Razak selaku defendan pertama dalam saman berkenaan berkata mahkamah menetapkan 22 Mei untuk mendengar permohonan perdana menteri dan kerajaan bagi membatalkan saman Pua.
Najib memohon untuk membatalkan saman itu pada 14 Februari lalu atas alasan beliau bukan penjawat awam seperti didakwa Pua dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya.
Turut hadir dalam prosiding itu peguam Joanne Chua mewakili Pua.
Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan, membabitkan dana 1MDB dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dana tiris - Johari nak lihat bukti audit negara

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menuntut pengkritik menunjukkan bukti bahawa perbelanjaan kerajaan banyak yang hilang akibat ketirisan.
Berhujah dengan Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Johari berkata beliau juga akan membuat semakan terhadap tuduhan berkenaan.
"Saya nak semak dengan Ketua Audit Negara, saya nak suruh dia tunjuk saya maklumat bahawa 20 peratus perbelanjaan kerajaan adalah tiris," katanya di parlimen hari ini.
Sebelum itu Ngeh bertanya mengenai jumlah dana yang hilang daripada kerajaan akibat ketirisan dan salah urus tadbir.
Memetik kenyataan bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ngeh menndakwa ada antara 10 hingga 30 peratus dana kerajaan hilang kerana masalah berkenaan.
Ngeh juga mendakwa ada kontrak kerajaan diberikan jauh lebih tinggi berbanding nilai pasaran.
Menjelang persaraannya pada Januari lalu, Ambrin memberitahu suatu forum bahawa antara 10 hingga 30 peratus pelaburan kerajaan dalam projek awam mungkin hilang akibat salah pengurusan.
Tambahnnnya, kira-kira 20 hingga 30 peratus nilai projek juga hilang kerana amalan rasuah.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kemudian mengarahkan Johari dan Ngeh berhenti berbalas hujah kerana mengganggu perjalanan sidang.

Sempatkah RUU 355 dibentang?


Usul Hadi di kedudukan ketujuh mungkin ditangguh lagi memandangkan sidang Dewan Rakyat hanya berlangsung sehingga 6 April iniUsul Hadi di kedudukan ketujuh mungkin ditangguh lagi memandangkan sidang Dewan Rakyat hanya berlangsung sehingga 6 April ini
Hanya tersenarai pada perkara ketujuh dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Itu kedudukan usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya, empat RUU lain melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan berada di kedudukan ketiga hingga keenam dalam senarai tersebut.
Usul-usul yang akan melalui bacaan kedua dan ketiga adalah RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016; RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016; RUU Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016; dan RUU Setem (Pindaan) 2016.
Untuk rekod, tempoh sidang Dewan Rakyat penggal kelima kali ini yang bermula semalam akan berlangsung sehingga 6 April ini.
Notis usul Hadi berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 Akta 355 bagi menggantikan perkataan, "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali".
Ungkapan tersebut disyor pinda kepada "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah".

RUU 355: Insya-Allah kata Hadi....

Presiden PAS, Datuk Seri Abdu Hadi Awang, hadir ke parlimen hari ini walaupun keadaan kesihatannya kurang memuaskan.
Dalam keadaan begitu pun, beliau yang juga anggota parlimen Marang tetap yakin rang undang-undang persendiriannya akan dibacakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ditanya media mengenai usul beliau untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, itu Abdul Hadi hanya berkata sambil tersenyum: "Insya-Allah, insya-Allah."
Beliau kemudian berlalu untuk menaiki kenderaannya.
Tidak seperti selalu Abdul Hadi kelihatan bersama dua individu lain yang memimpinnya ketika berjalan.
Beliau tidak hadir pada majlis pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima parlimen ke-13 yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam, kerana tidak sihat.
Pada November lalu Abdul Hadi membawa usul untuk meminda akta berkenaan yang turut dikenali sebagai Akta 355 dengan mencadangkan agar had hukuman kesalahan di mahkamah syariah dinaikkan menjadi 30 tahun penjara, denda M100,000 dan maksimun 100 kali sebatan.
Hukuman syariah buat masa ini terhad kepada penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam kali sebatan.
Rang undang-undang Abdul Hadi itu dipinda pada sesi parlimen lalu selepas diadakan mesyuarat bersama dengan anggota parlimen BN yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

BERANIKAH NAZRI?

Antara petikan daripada tulisan terbaru Tun Mahathir dalam blognya yang bertajuk Nazri Aziz ialah:-
"Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.
"Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.
"Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.
"Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat."
Hakikatnya inilah peluang terbaik Nazri untuk menunjukkan keberanian dan kejantanannya setelah dituduh penakut, pengecut dan pondan berikutan keengganannya menyahut cabaran Tun Mahathir untuk bertanding di Langkawi sebelum ini.
Ahhh...beranikah Nazri?

Pas tak bimbang andaian hilang kerusi di Selangor

SHAH ALAM – Pas hari ini menegaskan tidak bimbang dengan andaian yang parti itu bakal kehilangan hingga 10 kerusi pada PRU akan datang.
Tidak bimbang dengan dakwaan tersebut, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya sudah merangka strategi tersendiri yang membolehkan Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga PRU akan datang.
Pas Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk strategi dan jumlah kerusi yang bakal ditumpukan Pas pada PRU nanti.
“Kami sudah ada strategi kami sendiri untuk memenangi PRU depan. Apa yang penting adalah bagaimana kita (Pas) akan kekal dalam kerajaan Selangor selepas PRU nanti,” katanya kepada Sinar Online.
Kedudukan Pas Selangor kini goyah setelah parti itu bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah pada PRU akan datang.
Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.
Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.
Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily mendapati, pada PRU lalu, daripada 21 Dun yang dipertandingkan Pas, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

BR1M: 'Jangan kita dilayan seperti monyet menunggu pisang'

Rakyat patut menuntut kerajaan memastikan urus tadbir yang baik bukannya terlalu bergantung pada agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan mulai 18 Februari lepas.
Ketua Pemuda Amanah Melaka, Muhammad Syafiq Azmi berkata, bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah itu sebenarnya tidak diperlukan jika pelbagai aspek kesejahteraan rakyat tercapai.
"Pada hemat saya, rakyat haruslah berani melakukan perubahan. Benar BR1M itu hak kita, tapi janganlah pula kita ini sampai dilayan seperti monyet yang menunggu pisang.
"Yang patut kita harap daripada kerajaan adalah kos sara hidup yang tidak menekan, pemborosan dan ketirisan melibatkan dana awam. BR1M itu tidak perlu bila segalanya benar-benar mensejahterakan rakyat," ujarnya.
Mengulas rungutan orang ramai yang tidak diluluskan permohonan BR1M mereka lantaran berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), beliau menganggap reaksi tersebut bukti rakyat semakin terbeban sehingga memaksa mereka berniaga kecil-kecilan.
Beliau turut menyifatkan tujuan Umno-BN menjadikan rakyat terlalu bergantung dengan kerajaan melalui pemberian BR1M sejak 2012 itu mula terlaksana.
"Persoalannya, apakah BR1M kini mula jadi satu bentuk 'dadah' baru kepada masyarakat? Jika ya, maka ini membuktikan maqasid pelaksanaannya mula membuahkan hasil bagi pihak kerajaan Barisan Nasional," tegasnya.
Syafiq dipetik daripada catatannya di Facebook hari ini juga menceritakan pengalaman permohonan isterinya untuk BR1M ditolak tahun lalu kerana terkait dengan SSM.
"Bila ditanya kepada pegawai yang bertanggungjawab, jawapannya isteri saya telah mendaftat SSM yang memerlukan prosedur yang agak leceh jika tetap mahu mendapatkannya. Maka, kami hanya membiarkan semua itu berlalu.
"Atas sebab itu juga bila saya mengetahui SSM itu akan jadi halangan kepada BR1M maka saya daftar sebuah lagi syarikat.
"Bukanlah untuk mencabar tetapi mahu membuktikan saya sudah menerima sepenuhnya yang lebih penting bukan sekadar RM1,200, tetapi negara ini perlu dibetulkan semula untuk generasi hari ini dan akan datang," ujar Syafiq lagi.
Perlu pengesahan
Sementara itu, terdapat pemohon BR1M 2016 berkongsikan semakan terhadap status bantuan tersebut berserta alasan penolakan permohonan mereka.
"Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM)," dipetik daripada paparan tertera yang tular di media sosial.
Difahamkan rata-rata pengusaha perniagaan secara dalam talian (online) yang mendaftar dengan SSM tidak diluluskan permohonan mereka untuk menerima BR1M.
Tahun lalu, kerajaan menegaskan peniaga online wajib mendaftarkan perniagaan masing-masing dengan SSM bagi mengelak berdepan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Hasilnya, kira-kira 18,000 peniaga dalam talian telah berdaftar dengan SSM setakat Julai 2016 berbanding hanya 6,000 golongan peniaga itu berbuat demikian iaitu peningkatan 300 peratus berbanding tahun sebelumnya.

IGP: Suspek pembunuhan masih di kedutaan Korea Utara

Dua suspek rakyat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan dengan pembunuhan abang ppemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Nam, sedang bersembunyi
di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Berapa lama lagi mereka mahu bersembunyi di kedutaan... mereka akan keluar juga,” katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang, hari ini.
Menurut Khalid berkata, pihak berkuasa Korea Utara enggan bekerjasama membantu siasatan.
Kim dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) pada 13 Februari oleh suspek yang dipercayai menggunakan agen saraf VX yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai senjata pemusnah besar-besaran

Tawanan Antarabangsa: Malaysia pula sekat pekerja kedutaan Korea keluar negara

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Imigresen tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan kedutaan Korea Utara keluar dari negara ini.
"KDN melalui Jabatan Imigresen dah keluarkan arahan serta merta, tak ada mana-mana pegawai atau kakitangan yang ada di kedutaan Korea Utara yang dibenarkan untuk keluar dari negara ini.
"Arahan ini dikuat kuasa serta merta pada semua pintu keluar Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negara," kata Zahid pada sidang media khas di Parlimen.
Sebelum ini, Korea Utara telah mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu atas alasan untuk memastikan keselamatan diplomat dan rakyatnya di Malaysia.
Keputusan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua negara makin memuncak susulan kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un.

Tawanan Antarabangsa: Korea Utara larang rakyat Malaysia tinggalkan negara

Korea Utara mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.
Keputusan itu dibuat ketika isu pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara Kim
Jong Un dilaporkan semakin memuncak.
Reuters memetik agensi KCNA melaporkan Kementerian Luar Korea Utara telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu.
Mereka berkata Korea Utara berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil.
Sementara itu, Bernama yang memetik sumber berkata terdapat sembilan rakyat Malaysia yang dipercayai berada di Korea Utara.
Daripada jumlah itu, tiga adalah kakitangan kedutaan Malaysia manakala enam lagi adalah ahli keluarga mereka.
Semalam, Korea Utara mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke negara itu, Mohamad Nizan Mohamad sebagai ‘persona non grata’ dan perlu meninggalkan Pyongyang dalam tempoh 48 jam bermula pukul 10 pagi waktu tempatan.

PEMBOLOSAN DI SEMPADAN DAN TINDAKAN TIDAK KONSISTEN KERAJAAN - PUNCA KES DADAH MENINGKAT?

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berhubung peningkatan kes penagihan dadah di Malaysia pada tahun lalu amat mengejutkan.

Peningkatan sebanyak 14 peratus, iaitu 30,847 kes berbanding 26,668 kes pada 2015 amat membimbangkan dan wajar diberi perhatian yang serius.

1. Hasil semakan saya mendapati, usaha untuk menangani penagihan dadah pernah menunjukkan hasil yang baik di antara tahun 2010 hingga 2012, namun ianya kembali mencatatkan peningkatan yang membimbangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mengapa kes penagihan dadah tiba-tiba meningkat sehingga usaha menjadikan Malaysia bebas dadah pada tahun 2015 gagal dan terbantut?

2. Merujuk kepada pertambahan kes penagihan baru daripada 20,281 pada 2015 kepada 22,925 pada tahun lalu seperti dinyatakan oleh menteri dalam kenyataan yang sama, saya berpendapat ia sebenarnya berpunca daripada sikap tidak serius kerajaan dalam membendung masalah ini.

3. Wajar saya tekankan bahawa, masalah berkaitan dadah adalah antara punca kepada kes-kes jenayah lain seperti pembunuhan, rompakan dan ragut, justeru ia memerlukan usaha pencegahan yang berterusan dan konsisten.

4. Saya mendesak kerajaan memperbanyak kempen-kempen untuk memberi kesedaran mengenai bahayanya dadah. Golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah, remaja dan belia luar bandar WAJIB diberi kesedaran berhubung kesan buruk penyalahgunaan dadah.

5. Agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, pihak polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu memain peranan proaktif dalam membendung isu yang telah berlarutan ini.

Ia termasuk dengan memperketatkan lagi kawalan di sempadan bagi memastikan bekalan dadah dari negara jiran tidak dibawa masuk dengan mudah ke dalam negara.

6. Saya menggesa kerajaan mengemukakan laporan penilaian terhadap Program Projek Perintis Rawatan Terapi Gantian (RTG) menggunakan Methadone yang telah dimulakan sejak November 2007.

Setelah sekian banyak wang rakyat telah dibelanjakan bagi program tersebut, kita ingin tahu apakah terapi methadone ini telah dapat mengurangkan serta menghapuskan penggunaan dadah berbahaya, efektif daripada segi kos dan berjaya mengurangkan jenayah di kalangan penagih?

BERAPA WANG RAKYAT YANG DISALURKAN KEPADA TAN SRI PETER SONDAKH, PEMILIK PT RAJAWALI UNTUK MEMBINA HOTEL DAN PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA DI LANGKAWI?


Sejak tercetusnya kontroversi pembelian saham PT Eagle High Plantations oleh Felda pada harga yang 3 kali lebih tinggi dari harga pasaran oleh Felda, saya telah berkali-kali menanyakan sama ada Dato’ Seri Najib Tun Razak ada mengeluarkan arahan (rasmi atau tidak rasmi) agar urusniaga itu diteruskan.
Saya juga secara konsisten menyebut bahawa Dato’ Seri Najib ada hubungan persabahatan yang baik dengan Tan Sri Peter Sondakh, pemilik kumpulan PT Rajawali yang menjual saham di dalam PT Eagle High Plantations kepada Felda. Kenyataan-kenyataan saya itu tidak pun dijawab di dalam media atau melalui saman, walaupun ia memberi gambaran ada pertembungan kepentingan (“conflict of interest”) yang mempersoalkan kewajaran pembelian oleh Felda.
Saya yakin membuat kenyataan-kenyataan itu kerana hubungan baik di antara Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Peter Sondakh telah pun dipamerkan sebelum ini.
Pada 10 November 2013, Dato’ Seri Najib sendiri yang menyempurnakan upacara pecah tanah hotel mewah St Regis dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) yang dikendalikan syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Peter Sondakh.
Perkara ini dilaporkan oleh Bernama yang turut disiarkan oleh The Malaymail Online di capaian berikut:
http://www.themalaymailonline.com/…/langkawi-to-have-two-ne…
Laporan Bernama itu menyebut:
1. Dato’ Seri Najib mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka diadakan pada April 2015 akan diadakan di LICC
2. Pembinaan Hotel St Regis dan LICC (bagi tujuan Sidang Kemuncak ASEAN 2015) dikendalikan oleh Kumpulan Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh dan bakal disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh pecah tanah

3. Tan Sri Peter Sondakh menyatakan bahawa pihaknya memerlukan bantuan dari Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Kementerian Kewangan

4. Projek untuk membina Hotel St Regis dan LICC itu dianggarkan menelan belanja RM400 juta

Saya tahu bahawa kedua-dua projek itu dibina menggunakan juga wang rakyat dalam keadaan rakyat membayar cukai GST. Sebarang bantuan kewangan yang diberikan kepada Tan Sri Peter Sondakh samalah seperti mengutip cukai GST dari orang miskin untuk diberikan kepada hartawan asing yang merupakan sahabat Perdana Menteri.
Sebab itu saya mahu memulakan isu ini dengan mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada orang ramai dari jumlah RM400 juta yang dianggarkan dibelanjakan, berapa yang dibiayai oleh wang rakyat?
Saya akan menyambung isu ini esok untuk menunjukkan bagaimana wang rakyat telah digunakan untuk projek ini semasa kerajaan mengutip cukai GST dan kenaikan kos sara hidup rakyat makin membebankan.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Umat Islam perlu bongkar apa sebenarnya tuntutan PAS

Jurucakap Bebas berkata umat Islam jangan tertipu dengan pemikiran yang mereka diwajibkan menyokong RUU dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Azrul-Mohd-Khalib_pas_law_6001
PETALING JAYA: Sebuah NGO mendesak umat Islam yang mengharapkan Malaysia sederhana menunjukkan perkara sebenar berhubung tanggapan yang mereka perlu mematuhi agama dengan menyokong cadangan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
Jurucakap Bebas Azrul Mohd Khalib berkata beliau kecewa apabila PAS berjaya mempengaruhi sejumlah besar umat Islam untuk percaya yang agama meminta mereka menyokong rang undang-undang (RUU) pindaan akta yang akan dibentangkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.
Azrul menuduh PAS “membodohkan umat Islam biasa”.
Beliau berkata ramai Muslim biasa yang tidak melihat kepada “perkara paling penting” dalam pindaan yang dicadangkan itu.
“Apa yang mereka dengar ialah ia undang-undang Tuhan, ini Islam maka tidak ada pilihan lain. Itulah sebabnya orang macam saya dan orang lain yang mahukan Malaysia lebih adil dan sederhana akan menyoal dan mencabar Hadi,” katanya kepada FMT.
Beliau ditemui di luar ibu pejabat polis Petaling Jaya semalam selepas polis menyoal siasatnya berhubung himpunan Bebas pada 18 Februari, hari yang sama penyokong PAS berhimpun menyokong RUU itu yang sering dirujuk sebagai RUU 355.
“Polis hendak memastikan kami beroperasi mengikut undang-undang, dan kami memang patuhinya kerana memberi notis 10 hari sebelum himpunan dan memaklumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk berhimpun secara aman di Tasik Taman Jaya,” katanya.