Isnin, 6 Mac 2017

Wang Negara Milik BN@UMNO...???

Pasal apa ada logo BN..?? BR1M sepatutnya guna 'Urusan Seri Paduka Baginda' bukannya logo BN...

Siapa yang lebih berkuasa skrg ini ??!

Apa keperluan ada logo BN itu ??!

PRU14 dah nak semakin hampir ka ??!


Satu-persatu bala rakyat terima sejak Najib Razak Razak urus tadbir negara dgn jayanya..

Ringgit jatuh..
Salah FAKTOR LUAR

Minyak naik..
Salah FAKTOR LUAR

Gula naik 11 sen..
Salah FAKTOR LUAR

6,000 pensyarah diberhentikan SALAH FAKTOR LUAR JUGA KA !!!

TAHUKAH ANDA!!.. 3 Tahun Berturut-turut bajet Universiti Awam DIPOTONG. Malah peratusan dipotong BERTAMBAH SETIAP TAHUN.

Bajet 2018: ( ? )
Bajet 2017: (-19.23%)
Bajet 2016: (-16.48%)
Bajet 2015: (-12.36%)

Diplomasi martabak

Oleh Al-Abror Mohd Yusuf 
Kita mungkin tidak dapat menyalahkan seseorang yang terasa atau terhina apabila ada mana-mana individu yang tiba-tiba berkata: "Mampus kau dikoyak-koyak sepi".
Bagi sesiapa yang kurang cakna dengan sastera - apa lagi sajak - ungkapan itu dibatasi garis sempadan sangat kabur untuk membezakannya antara kata-kata puisi dan mengeji.

Ia adalah ayat terakhir pada sajak Chairi Anwar pada 1943 berjudul Sia-sia. Mengikut seorang "lelaki romantis" yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang bahasa Melayu, ayat "mampus kau dikoyak-koyak sepi" itu adalah suatu pernyataan perasaan. Ia adalah ayat hiperbola kalau dibincangkan mengikut disiplin seni dan sastera.
Walaupun dia hanya memiliki sebuah kereta Nissan Almera, saya tetap yakin dengan kata-katanya. "Mampus kau dikoyak-koyak sepi" itu adalah ayat hiperbola.
Membaca ayat itu tanpa memahami konteksnya akan menyebabkan seseorang terkeliru.
Ia kira-kira sama macam kita mendengar seorang pemimpin parti mahu "menyekeh" kepala seorang mufti. Ia berbunyi kasar, keras dan seakan menghina.
Ia sempat mencetuskan debaran kepada ramai orang beberapa hari selepas ungkapan itu dilafazkan dalam ceramah PAS. Bersama kata "sekeh" itu, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga - dengan penuh semangat - menyatakan kesediaannya untuk berdebat atau berhujah dengan sesiapa saja yang menganggap usaha PAS meminda Akta 355 bukan suatu kewajipan.
Pertemuan penuh ukhuwah
Kemudian Dr Rozaimi Ramle pun menyambutlah. Bukan dengan kata-kata saja, malah dengan surat rasmi kepada PAS. Beliau bersedia berbalas hujah dengan ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu.
Secara logik, memang baguslah kalau kedua-dua mereka dapat bersemuka atas apa nama sekali pun, sama ada debat, muzakarah, diskusi atau polemik.
Pedulilah jika Khairuddin dan Rozaimi mahu bersemuka melalui majlis berbalas pantun pun, asalkan ada manfaat dapat dikongsi bersama oleh masyarakat.
Kemudian mufti yang dimaksudkan oleh Khairuddin itu - Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin - berkata beliau mahu berdialog dengan orang yang bertanggungjawab membawa usul pindaan Akta 355 itu ke parlimen. Orang itu Datuk Seri Abdul Hadi Awanglah.
Ketika debaran semakin kencang, kita kemudian akhirnya dikhabarkan betapa Khairuddin dan Asri tiba-tiba bersemuka dalam suasana penuh "ukhuwwah".
Terima kasih kepada martabak.
Ia menjadi saksi kepada pertemuan dua tokoh yang masing-masing bergelar "Datuk" dan memiliki ijazah doktor falsafah (PhD). Kedua-duanya adalah ulama. Cuma salah seorang itu dibezakan dengan kedudukannya yang "pening" dan disarankan untuk "disekeh".
Itu namanya diplomasi martabak. Jika sebelum ini kita membenarkan negara berbelanja lebih RM30 juta untuk tiga ekor panda China atas prinsip diplomasi, apa salahnya dua tokoh bergelar "Datuk" dan ada PhD dipertemukan atas dasar diplomasi martabak?

Nazri Aziz tepis Zam: Kamu ahli politik yang gagal

Menteri menepis ejeken 'Pondan Padang Rengas' dan gembira kerana dapat menimbulkan kemarahan Zainudin Maidin.
nazri-aziz-zamPETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz tidak terkesan dengan kenyataan bekas menteri Tan Sri Zainudin Maidin dan menggelarnya seorang ahli politik yang gagal.
“Dia kalah pilihan raya di tangan kawan saya, Datuk Johari Abdul daripada PKR pada 2008. Dia tak wakili sesiapa pun kecuali dirinya sahaja.
“Jadi saya tak kisah langsung sebab dia ahli politik tersingkir,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan ketika dihubungi FMT.
Awal hari ini, Zainudin, juga dikenali sebagai Zam, membuat beberapa twit mempertahankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertikam lidah dengan Nazri hujung minggu lalu.
Zam menggelar Nazri “pondan Padang Rengas”, dan menambah “Nazri sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri. Masih muda pun pengecut nak keluar kampung lawan orang tua nyanyuk”.
Ahli Parlimen Padang Rengas bagaimanapun seronok dapat menimbulkan kemarahan Zam.
“Memang saya berniat mahu menyakiti hati Mahathir dan penyokongnya. Jelas sekali, Zainuddin sakit hati apabila dia menjawab dan saya sangat gembira sebenarnya.
“Kesimpulannya, saya berada di sini bukan untuk menggembirakan mereka. Saya di sini hanya untuk melakukan kerja saya.”

ZAM LABEL MENTERI UMNO ‘PONDAN PADANG RENGAS’


Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana menolak cabaran untuk bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya akan datang.
Merujuk kepada laporan berita yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa beliau hanya bersedia untuk bertarung dengan Mahathir di kubunya sendiri, Zainuddin, menulis di tweet: “Pondan Padang Rengas”.
Padang Rengas adalah kawasan Parlimen Nazri di Perak.
Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri.Masih muda pun pengecut nak keluar kg utk lawan orang tua nyanyuk.Poraah
“Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri. Masih muda pun pengecut nak keluar kampung untuk lawan orang tua nyanyuk,” kata bekas menteri Umno itu yang lebih dikenali sebagai Zam.
Pengkritik Mahathir lazimnya membidas negarawan berusia 92 tahun itu sebagai nyanyuk kerana sering menukar pendirian dan pendapatnya, malah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menyebutnya dalam ucapan baginda, baru-baru ini.
Menurut Nazri, beliau tidak boleh bertanding dengan Mahathir di Langkawi kerana sistem pengagihan kerusi Umno tidak membenarkannya untuk meninggalkan Padang Rengas.
“Mahathir sepatutnya lebih tahu. Beliau adalah presiden BN selama bertahun-tahun dan saya tidak perlu mengajarnya. Beliau tahu bagaimana sistem ini berfungsi,” katanya yang dipetik FMT.
Nazri mencetuskan perbalahan apabila beliau mencabar bekas perdana menteri dan presiden Umno itu untuk bertanding menentangnya di Padang Rengas.
Semalam, Mahathir membuat cabaran balas dengan ‘menjemput’ menteri itu untuk bertanding menentangnya di Langkawi.

Monopoli kekang pertumbuhan ekonomi, titah Sultan Nazrin

Sikap memonopoli dalam ekonomi sesebuah negara boleh mengekang pertumbuhan ekonomi negara berkenaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah apabila syarikat-syarikat mula menunjukkan sikap monopoli, pengguna yang menjadi mangsanya.
"Bahayanya sikap sedemikian diperakui Adam Smith, yang dikenali sebagai bapa ekonomi, dalam bukunya 'Wealth of Nations' di mana beliau menyatakan bahawa monopoli yang diberi kepada individu atau syarikat perdagangan mempunyai kesan sama seperti rahsia dalam perdagangan dan pembuatan.
"Beliau seterusnya menyatakan bahawa apabila golongan dalam bidang sama bertemu, ia selalunya berakhir dengan konspirasi terhadap orang awam, atau dalam sesetengah keadaan menyebabkan berlakunya peningkatan harga," titah Sultan Nazrin semasa merasmikan Persidangan Persaingan Malaysia 2017, hari ini.
Baginda bertitah walaupun pertemuan itu tidak dapat dielakkan, namun adalah menjadi tugas pembuat dasar untuk mengurus dan mengawal selia hasil mereka.
"Bagi Malaysia, MyCC memainkan peranan penting dan mencabar melalui pelaksanaan Akta Persaingan 2010," titah baginda.
Bagaimanapun, Sultan Nazrin bertitah daripada perspektif ekonomi, persoalan mengawal selia kuasa monopoli melibatkan perbandingan kos dan manfaat.
"Hujah ekonomi boleh mewajarkan keperluan operasi berskala besar bukan berdaya saing bagi beberapa keadaan termasuklah apa yang dikenali sebagai monopoli semulajadi.
"Ini merujuk kepada keadaan dengan kos tetap dan ekonomi skala tinggi, yang memerlukan pelaburan besar untuk mencapai paras pengeluaran optimum," titah baginda sambil memberitahu bahawa ini mungkin mewajarkan kewujudan pemain pasaran yang dominan.
Dalam kes sedemikian, Sultan Nazrin bertitah daripada menguatkuasakan dasar persaingan, kerajaan boleh menerima pakai dasar yang menggalakkan atau melindungi terutamanya bagi sektor yang mempunyai kepentingan nasional atau
strategik.
Sultan Nazrin juga menggesa para pembuat dasar supaya merangka definisi jelas di antara 'antipersaingan' dan 'sikap adil' memandangkan ekonomi global kini berkembang mengikut interaksi canggih dan berasaskan perkongsian.
Baginda khuatir syarikat-syarikat yang berpengaruh dengan kedudukan dominan akan mengambil kesempatan untuk mengaburkan kedua-dua istilah itu berdasarkan kepada Penyelidikan dan Pembangunan canggih mereka.
"Dengan cara ini, keseimbangan mungkin boleh dicapai di antara kecenderungan ekonomi terhadap monopoli, syarat khas bagi monopoli semula jadi dan strategi pembangunan negara serta kebajikan pengguna dan manfaat pertumbuhan persaingan," titah baginda.

Umno lancar program dedah kegagalan Pas tadbir Kelantan


Umno tetap menganggap Pas sebagai musuh tradisi walaupun sehaluan berkaitan RUU 355Umno tetap menganggap Pas sebagai musuh tradisi walaupun sehaluan berkaitan RUU 355
Umno Kelantan kini melancarkan program menerangkan kegagalan Pas mentadbir Kelantan sebagai persiapan berdepan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Pengerusi badan perhubungan Umno negeri Mustapa Mohamed berkata pihaknya mendapati ceramah-caramah Pas sekarang sedang giat menghentam Umno.
"Kita akan gerakkan jentera memberi penerangan termasuk isu berkaitan air bersih, tanah, pembalakan dan masyarakat Orang Asli," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Menurutnya Umno tetap menganggap Pas sebagai musuh tradisi dan akan berusaha menjatuhkan parti itu di Kelantan.
"Umno Kelantan menegaskan Pas tetap musuh walaupun terdapat kerjasama yang membabitkan pindaan RUU 355," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin kanan pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Kelantan.
Turut hadir, timbalan pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Jazlan Yaakob dan 1500 peserta.
Katanya, kini lebih 40 peratus pengundi adalah golongan muda dan mereka pertama kali mengundi.
"Bagaimanapun kita akui berdepan cabaran besar termasuk 150,000 pengundi di luar Kelantan dan akan merancang program yang memenuh citarasa anak muda," katanya.

Rasuah letak imej buruk pada negara

Isu penyelewengan dan rasuah yang berlaku secara berleluasa ketika ini memberi imej buruk kepada negara ekoran dakwaan pentadbiran kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diurus secara bertanggungjawab.
shamsul-iskandar-mohd-akinAhli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, teguran dilakukan DYMM Yang Dipertuan Agong sesungguhnya tidak menghairankan kerana isu terbabit kini menarik perhatian rakyat kerana pelbagai masalah yang membelenggu pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Ia meletakkan negara pada kedudukan buruk dengan imej parah. Mengikut laporan Tranperensi Antarabangsa, contohnya kedudukan negara meningkat kepada lebih buruk.
“Isu ini pasti berkait dengan pentadbiran Najib dan kita semua maklum di peringkat dunia iaitu hampir semua negara yang mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memulakan siasatan,” katanya kepada SelangorKini di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Naib Presiden KEADILAN itu mengulas titah ucapan dibuat Yang Dipertuan Agong berhubung perkara itu dalam Isitadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-13 itu.
Beliau seterusnya berkata, teguran baginda berkenaan pembabitan golongan wanita diperkasakan Kerajaan Selangor di bawah pimpinan PAKATAN diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali.
“Ia selaras dengan apa dilakukan dalam Kerajaan Selangor, ramai pemimpin wanita diberikan peluang dan diposisikan di beberapa kedudukan penting seperti Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

BR1M: Mengapa kerajaan susahkan rakyat?


Terpaksa mengerah keringat yang ada demi sekeping baucer BR1MTerpaksa mengerah keringat yang ada demi sekeping baucer BR1M
Pemuda Amanah Negeri Perak mempersoal tindakan kerajaan mengagihkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) secara manual dan dilihat dimanipulasi demi kepentingan politik.
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak Muhammad Faeez Azahar berkata, pihak kerajaan boleh menyerahkannya melalui sistem pos seperti yang pernah dilaksanakan seperti ini.
"Pemberian berbaur politik ini telah menyebabkan seluruh rakyat menanggung beban berganda demi mendapatkan bantuan tersebut.
"Kami berharap sistem pemberian seperti ini dihentikan dan laksanakan pemberian yang lebih efisyen iaitu memasukkan terus bantuan itu ke dalam akaun penerima.
"Sistem seperti itu dapat mengelak daripada mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dan memudahkan masyarakat iaitu penerima BR1M," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Di Batu Gajah, demi mendapat 'manfaat' daripadanya, satu majlis diadakan untuk menyerahkan baucer bantuan tersebut.
Pembayaran BR1M diadakan di Dewan Datuk Wira Yusoff Kasim milik Umno BahagianPembayaran BR1M diadakan di Dewan Datuk Wira Yusoff Kasim milik Umno Bahagian
Hasil pemantauan Pemuda Amanah Perak katanya, majlis itu berlangsung dalam suasana kucar-kacir dan kecoh apabila pemberiannya dijalankan secara tidak bersistematik dan teratur. Ditambah lagi dengan bilangan yang hadir tidak mampu ditampung oleh bilangan urusetia yang bertugas.
Tidak kurang juga berlaku kekecohan apabila masing-masing berebut untuk mengambil baucer tersebut hingga ada yang pengsan akibat suasana yang kurang selesa. Ramai yang tidak mampu menahan kemarahan disebabkan sistem pemberian yang sangat mengecewakan.
Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Yusoff Kassim mengagihkan baucer kepada orang ramai yang bersesak sesakKetua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Yusoff Kassim mengagihkan baucer kepada orang ramai yang bersesak sesak
Golongan warga emas dan kurang upaya terpaksa berpanas berjam-jam hanya untuk mendapatkan baucer tersebut. Suasana di majlis itu juga tidak ubah seperti pasar malam disebabkan tindakan tidak profesional pihak penganjur.

8 realiti mengapa kerajaan Malaysia wajar biayai pendidikan tinggi

Oleh Anas Alam Faizli
PENUBUHAN institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal.


Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan; sebagai pusat penyelidikan, penyampaian idea, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan.

Realitinya, hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.

Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut:

'Rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua.'

Aristotle turut mencadangkan bahawa “Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua.”

Rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan, hasil pembangunan modal insan. - Shutterstock
Rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan, hasil pembangunan modal insan. - Shutterstock

Sesebuah sistem yang mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi bakal menatijahkan ketidakseimbangan dalam kualiti modal insan dan tenaga kerja yang bakal menjadi tulang belakang sesebuah masyarakat. Kedua-dua hujah di atas ialah tesis utama artikel ini.

Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia.

Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang.

Berikut terdapat beberapa realiti tentang Malaysia yang disingkap dan disampaikan di sini untuk memahami peri pentingnya untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya;

Realiti #1: Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat

Nilai positif sebenar sesebuah masyarakat yang berpendidikan itu sukar diukur dari segi kuantitatif semata-mata. Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, pendidikan tinggi menjadi resipi utama dalam membentuk masyarakat berkesedaran sivik, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan nilai modal insan serta hasil keluaran negara yang kompetitif.

Tidak dinafikan pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, tetapi jika kita lalai dalam pelaburan ini, masa depan negara yang bakal “terkorban”. Walter W. McMahon (pakar ekonomi University of Illinois) telah menggariskan manfaat individu berkelulusan ijazah seperti kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta pembangunan kognitif yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka.

Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, penurunan kadar dan kos jenayah seperti kos penjara adalah antara manfaat lain yang disumbangkan oleh individu berpendidikan kepada masyarakat.

Realiti #2: Terperangkap di tengah-tengah

Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur, dan peluang pendidikan merupakan salah satu faktor utama penyebab keadaan ini. Hujah Robert Reich, mantan Setiausaha (Menteri) Tenaga Buruh dan Profesor di UC Berkeley, boleh dianggap cocok untuk menerangkan belenggu yang sedang dihadapi oleh Malaysia kini.

Untuk menarik pelaburan modal dan kontrak asing, sesebuah negara itu mempunyai dua pilihan; sama ada menawarkan kepada para pelabur asing sebuah ekonomi yang bersaing melalui harga yang rendah dengan mengenakan cukai dan gaji pekerja yang rendah, ataupun ekonomi yang menawarkan modal kerja dan infrastruktur berkualiti tinggi hasil pelaburan kerajaan yang tinggi.

Di Malaysia, pertumbuhan gaji hanya setanding dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990-an. Sejak 1996 pula, kita terperangkap dalam middle-income trap, di mana majoriti isi-isi rumah Malaysia berpendapatan sederhana-tinggi, menurut definisi World Bank.

Malah, Malaysia mengalami pertumbuhan gaji riil (real) yang negatif secara puratanya sejak 10 tahun lepas; pertumbuhan gaji di Malaysia negatif jika tidak kerana inflasi. Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah? Majoriti pekerja Malaysia dikategorikan sebagai kurang mahir yang mana tidak akan memungkinkan mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Realiti #3: Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi

Dalam konteks pelaburan asing secara langsung (FDI) pula, Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang mampu menarik minat pelabur asing secara komersial. Permasalahannya berlaku, sekali lagi di mana Malaysia berada di tengah-tengah; tenaga kerja Malaysia tidak murah namun tidak juga berkemahiran tinggi.

Justeru, nilai komersial yang ditawarkan oleh Malaysia kepada bisnes-bisnes asing tampak kerdil berbanding negara-negara seperti Vietnam, yang tenaga buruhnya murah atau Singapura, yang tenaga kerjanya mahal tetapi berkemahiran tinggi.

Bolehkan Mahathir dipercayai selepas tumbangkan Najib ?


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sejak dua tahun mutakhir ini, saya cukup memilih untuk hadir mana-mana majlis keramaian, terutama yang jauh jaraknya dari kediaman. Banyak pertemuan, hatta anjuran keluarga dan rakan terdekat, termasuk majlis perkahwinan, terpaksa dilupakan.


Apatah lagi program politik; misalnya, walaupun begitu teruja untuk mengikuti dari dekat perkembangan Konvensyen Tahunan Parti Amanah Negara pada 10-11 Disemberlalu, dan sahabat karib sudahpun datang menjemput di depan pintu, saya hanya mampu melayari media baru sambil bermalas-malasan di ruang tamu.
Namun begitu, ada pengecualiannnya. Hmpunan Bersih 4.0 jatuh ketika kegagalan ginjal sampai tahap yang cukup serius tetapi saya masih enggan mengikuti hemodialisis. Saya sibuk mencari rawatan alternatif tetapi tidak berkesan.
Dalam keadaan toksik penuh berkumpul dalam badan, dan jalan pun terhuyung-hayang, saya gagahi juga, dengan berpimpin-tangan anak, menyusur Jalan Tun Perak, berdekatan Dataran Merdeka, bersama puluhan ribu hadirin. Begitu juga dengan perarakan Bersih 5.0, walaupun sekadar menonton dari tangga hotel di sekitar Pudu Sentral.
Konvensyen reformis 
Apabila mendapat undangan Rozan Azen Mat Rasip, untuk hadir ke Konvensyen Reformis di Shah Alam, 25 Februari, saya tidak terus menolaknya meskipun Sabtu adalah hari rutin rawatan. Saya merancang untuk menukar jadual hemodialisis.
Pertemuan para reformis yang diketuai Saari Sungip itu, bagi saya, ada kelainan dan keunikan. Pak Abu (Saari) sendiri merupakan tokoh yang istimewa di hati saya. Mengenali dari jauh semenjak zaman kampus, era awal 80-an, yang popular dengan buku Risalah Usrah. Bekas Presiden JIM ini dikurung ISA sebanyak dua kali, pada zaman Dr Mahathir Mohamad.
Namun menjelang program bersejarah itu, tahap kesihatan saya tambah merosot. Malah saya dikehendaki jalani proses transfusi darah di hospital ekoran bacaan hemoglobin yang terlalu rendah. Justeru, tengahari Sabtu itu, saya terpaksa berehat selama empat jam di atas kerusi dialisis, tingkat 6, HUKM (dan dikenakan bayaran dua kali ganda kerana rawatan di luar waktu pejabat!).
Saya bukanlah antara golongan reformis awal yang bersama mencetuskan gelombang protes besar-besaran pada awal September 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat Dr Mahathir daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Umno.
Cuma, saya antara saksi mata melihat dari dekat penunjuk perasaan bertempiaran lari disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata, dibalun belantan, disepak-terajang, sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, sekitar Masjid Kampung Baru dan Dataran Merdeka.
Lengkap bersenjata berat 
Sehingga bekas Timbalan Perdana Menteri yang diaibkan itu ditangkap secara ganas sepasukan polis bertopeng lengkap bersenjata berat, selepas dipecahkan pintu rumahnya di Bukit Damansara, di bawah ISA pada 20 September 1998. saya sekadar pemerhati, dan sesekali masih mengkritiknya. Sejurus sebelum itu, saya menulis buku 'Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?', yang turut memperpersoalkan kewibawaan beliau untuk menerajui perubahan.
Saya tidak menunggu lama untuk beraksi proaktif menentang kezaliman Dr Mahathir apabila Anwar dipukul hampir mati, dibogelkan dan seluruh sumber, jentera serta kemudahan kerajaan diperalatkan demi mempertahankan kuasa sang perdana menteri. Segala adab dan pantang larang ketimuran diketepikan.
Para demonstran yang memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman digempur, dibalun, diganasi dan ditangkap. Saya menerbitkan buku politik popular (antaranya Skandal Seks atau Konspirasi Politik, Malaysia Tanpa Anwar), majalah Detik dan Wasilah (kemudiannya diharamkan KDN), terbitan khas isu (Siapa yang Dibicarakan: Anwar, PM atau Polis Cawangan Khas, Pantang Undur: dari Bukit Damansara ke Penjara, Misteri Lebam Mata Anwar Terbongkar), makalah kartun dan komik reformasi, seterusnya deretan tabloid tidak berkala, tanpa permit.
Majalah diulang cetak 
Majalah Tamadun yang saya terajui meletup apabila menjadikan kes pemecatan Anwar sebagai cover dan fokus khas untuk keluaran September 1998. Ia diulang cetak sebanyak tiga kali, mencecah hampir 150,000 naskhah keseluruhannya untuk terbitan bulan itu sahaja. Para demonstran menggunakan gambar berwarna di muka tengah majalah tersebut sebagai poster pembakar semangat semasa menunjuk perasaan.
Sebenarnya episod menjadi pengkritik tegar Dr Mahathir bermula lebih awal. Saya mula menjadi karyawan Harakah sejak keluaran sulung Mac 1987. Bersama organ pembangkang tidak semestinya secara automatik harus menentang apa saja tindakan elit pemerintah.
Tragedi berdarah Memali, 19 November 1985 menjadi turning point. Ia merumuskan kesimpulan mudah, Umno mampu melakukan apa saja demi kuasa, walaupun terpaksa membunuh ulama di ceruk kampung. Saya terlibat dalam dua penerbitan khas mengenai peristiwa hitam ini.
Berikutan kemenangan tipis Dr Mahathir dalam pemilihan Umno, April 1987, belang kediktatorannya menyerlah. Operasi Lalang, yang menyumbat lebih 100 aktivis ke dalam perangkap ISA adalah mercu tandanya. Saya merakamnya khas dalam makalah Demokrasi Zaman Mahathir. Ia dikuti penggantungan permit beberapa akhbar, Melayu-Cina-Inggeris. Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Polis dan ISA menyusul. Peranan semakan kehakiman dihilangkan.
Pengharaman Umno (seperti dikehendaki Dr Mahathir sendiri) dan kes rayuan untuk memulihkan parti itu di mahkamah lebih mencolok mata. Kebebasan badan kehakiman musnah teruk. Bukan saja Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua hakim Mahkamah Agung -- Tan Sri wan Sulaiman Pawah Teh dan Datuk George Seah -- dipecat tetapi perjalanan kes rayuan Umno itu juga menyaksikan seluruh struktur kehakiman peringkat tertinggi dicabuli.
 Serangan berbisa
Saya menyusun pengalaman buruk itu dalam buku Islam, Kehakiman dan Kediktatoran: Kes Tun Salleh Abas. Era gelap 1987-88 itu mungkin lebih gelita daripada tahun-tahun 1998-99.
Walau bagaimanapun, sejarah lampau Dr Mahathir tidak menghalang saya untuk mengikuti siri ceramahnya apabila bekas Perdana Menteri itu melancarkan serangan berbisa terhadap penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.
Sekurang-kurangnya saya hadir di Taman Melawati, Alor Setar, Kota Bharu dan Damansara. Saya turut terkena tempias bahang seumpama semburan pedih cili, serangan kepada Dr Mahathir di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan. Faktor Dr Mahathir juga sedikit sebanyak membantu menjatuhkan prestasi BN dalam PRU2008. BN hilang majoriti dua pertiga di dewan rakyat dan lima negeri tumbang.
Apabila Dr Mahathir mengetuai kempen Selamatkan Malaysia dan berusaha keras mengutip lebih sejuta tanda tangan Deklarasi Rakyat, saya kira usahanya menentang pemerintahan Najib Razak, adalah serius. Mulanya hanya Najib menjadi sasaran, tetapi kemudian bertukar untuk menjatuhkan regim Umno-BN seluruhnya. Penjelasannya mengenai skandal mega 1MDB -- yang begitu kompleks -- agak mudah difahami. Beliau turut mempopularkan Umno sebagai kleptokrasi pimpinan "penyangak dan pencuri".

HARGA SILING MINGGUAN TANPA SUBSIDI MAKIN MEMBEBANKAN RAKYAT, CUBAAN “CUCI TANGAN” KENAIKAN HARGA MINYAK


Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) beberapa hari lalu mengenai tata cara pengumuman harga minya yang baru bermula 1 April 2017 ini. Setakat ini, pengumuman tersebut tidak memberi banyak maklumat kecuali perkara-perkara berikut:
1. Harga minyak siling akan ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan setiap minggu
2. Stesen minyak di seluruh negara diberi kebebasan menetapkan harga minyak tertakluk kepada harga siling itu
3. Persatuan Pengendali Stesen Minyak (PDAM) membuat permohonan untuk menyemak kembali nilai jaminan kos dan keuntungan bagi setiap liter yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan
Sebelum ini, saya telah menyuarakan kebimbangan bahawa harga petrol dan diesel akan terus meningkat naik dan boleh mencecah RM2.70 seliter menjelang Jun 2017 sekiranya tindakan segera diambil untuk menetapkan harga siling dan mengembalikan subsidi minyak. Dalam tahun 2014, saya juga pernah menyatakan bahawa harga minyak yang ditetapkan setiap minggu adalah lebih baik tertakluk kepada subsidi minyak dikembalikan.
Dari pengumuman setakat ini, jelas pentadbiran Dato’ Seri Najib hanya berhasrat untuk memperkenalkan harga siling yang disemak setiap minggu tetapi tidak mengembalikan subsidi. Tidak ada satu kenyataan pun merujuk kepada pengembalian subsidi walaupun dalam suasana harga minyak mentah dunia dijangka akan kekal di antara paras USD55 ke USD60 tahun ini (jika tidak lebih tinggi).
Saya telah huraikan minggu lalu bagaimana pada harga minyak mentah dunia USD55 se-tong, Kerajaan Persekutuan mendapat hasil langsung sebanyak RM18 juta sehari dan dijangka mengumpul tambahan hasil RM9 bilion setahun berbanding anggaran pendapatan Kerajaan Persekutuan yang diluluskan di dalam Bajet 2017. Rujuk http://rafiziramli.com/…/harga-ron95-sepatutnya-kekal-rm2-…/
Jika benar pentadbiran Dato’ Seri Najib bercadang memperkenalkan harga siling yang disemak setiap minggu tanpa mengembalikan subsidi, ini adalah satu percubaan nakal untuk mencuci tangan apabila harga petrol dan diesel kekal tinggi dalam beberapa bulan akan datang. Saya berpendapat Dato’ Seri Najib bercadang memberi alasan-alasan berikut apabila harga petrol dan diesel diumumkan naik dalam bulan-bulan akan datang:
1. Harga petrol dan diesel tidak ditetapkan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib tetapi ditetapkan oleh syarikat minyak seperti PETRONAS, Shell, Petron, BHP, Caltex dan pengendali stesen minyak sendiri
2. Kenaikan harga petrol dan diesel setiap minggu (jika berlaku) adalah seperti yang dituntut oleh pembangkang sendiri kerana saya pernah menyuarakan perkara ini
Mekanisme harga siling dan semakan harga setiap minggu hanya akan berjaya menjaga kebajikan rakyat sekiranya ia dilaksanakan dengan pengembalian subsidi minyak untuk menentukan harga minyak tidak melepasi sesuatu harga yang difikirkan membebankan rakyat. Ia berfungsi begini:
i. Dalam suasana harga minyak mentah dunia naik (seperti sekarang), harga yang dikira mengikut formula hanya boleh mencapai harga siling, misalnya RM2 seliter bagi RON95. Sekiranya harga mengikut formula melepasi harga siling, Kerajaan Persekutuan yang mengutip hasil minyak mentah akan memberikan subsidi untuk mengekalkannya di paras harga siling
ii. Dalam suasana harga minyak mentah dunia turun (seperti 2014), harga yang disemak setiap minggu memastikan Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencukai rakyat secara sembunyi (iaitu apabila harga yang dibayar oleh rakyat lebih tinggi dari harga yang ditetapkan formula kerana formula lambat disemak)

RAKYAT MALAYSIA TETAP UNDI UMNO@BN UNTUK KEHIDUPAN LEBIH SUSAH!!!

Hebat rakyat Malaysia... Setakat naik 11 sen rakyat tak terkesan pon. Tak kira mahal ke murah rakyat tetap beli..

SEBABNYA.. "Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda" - Najib Razak.

TAK HERAN LEPAS NI jika k'jaan naikkan apa saja yg ada di muka bumi Malaysia SEBAB RAKYAT MALAYSIA TETAP UNDI BN !!!

PPBM, PKR tak faham permainan PAS, kata Amanah Kelantan

Amanah Kelantan tekad bertanding di 32 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen di Kelantan untuk menumbangkan kerajaan negeri PAS.
hussin-amanah-pasAmanah Kelantan tidak panik dengan pendirian pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR untuk mempertahankan kerajaan Islam PAS di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussin berkata pendirian pemimpin PPBM dan PKR ingin mempertahankan kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih belum faham dengan mendalam taktik parti Islam itu.
“Saya rasa PPBM dan PKR tidak faham sangat dengan PAS, kami pernah berada dalam PAS dan kami sudah masak dengan permainan parti itu.
“Kita tidak panik dan tidak kisah dengan kenyataan pemimpin PPBM dan PKR untuk pertahankan kerajaan PAS Kelantan.
“Amanah Kelantan sedang giat mempersiapkan parti untuk mengambil alih kerajaan PAS negeri dan Amanah akan bertanding di sini tidak kira berapa penjuru pun,” katanya kepada FMT.
Setakat ini, katanya Amanah akan bertanding di 32 kerusi DUN dengan paling minimum dan 7 atau 8 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU akan datang.
Hussin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang parti itu akan turut mempertahankan kerajaan negeri Kelantan yang ada sekarang.
“Kita hendak bantu pertahankan Kelantan dengan semampu yang boleh. Kita akan pastikan Umno tidak boleh menawan negeri ini pada PRU14 nanti,” katanya pada program Ceramah Mega Anak Muda Pertahan Kelantan di perkarangan Pasar Wakaf Bharu Jumaat lepas.
Nada sama disuarakan Ketua Pemuda PKR Kelantan Dr Hafiz Rizal yang berkata tiada sebab rakyat Kelantan hendak menukar kerajaan negeri sekarang kepada kerajaan dipimpin parti lain.
Katanya, PKR terus menjalinkan tahaluf siyasi dengan PAS di Kelantan bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara parti itu komited untuk bersama dengan PAS sekali gus mengekalkan kerajaan sedia ada.

Felda diperkukuh, nasib peneroka terbela jika Pakatan menang pilihan raya

Tuduhan konco-konco UMNO kononnya DAP akan menutup Felda jika Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan adalah satu penipuan yang tidak berasas.
Ia kerana DAP tidak akan menutup Felda jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang.
Sebaliknya, DAP mahu sebuah program khas dilaksanakan agar Felda dapat diperkukuh supaya peneroka dan generasi baru Felda mendapat keadilan dan kemakmuran, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Tuduhan kononnya DAP akan menutup semua agensi membantu bumiputera termasuklah Felda hanya tohmahan yang tidak benar sama sekali.
“Sejak kebelakangan ini politik ketakutan dan penipuan semakin diperhebat oleh sesetengah pihak.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri terlibat dalam siri memfitnah DAP dengan menuduh kita dengan penipuan tak berasas seperti itu,” katanya semasa berucap di Malam Semarak Kasih bersama Solidariti Wira Mazlan Aliman anjuran Amanah, malam tadi.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib ketika Perhimpunan Agung UMNO pada 30 November lalu yang menuduh kononnya semua agensi membantu bumiputera seperti Felda, MARA, RISDA dan FELCRA akan lenyap jika Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

BR1M: Rakyat beratur lama untuk terima duit sendiri, BN sengaja cari publisiti murahan

Negara kecoh baru-baru ini apabila rakyat Perlis dilapor terpaksa menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual, sedangkan lebih mudah jika wang itu disalurkan terus ke akaun penerima.
Terbaru, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mendedahkan bahawa situasi sama berlaku di negeri itu apabila rakyat diminta mengambil baucer bantuan BR1M secara manual di beberapa kawasan Parlimen.
Dalam posting twitternya, Ahli Parlimen Taiping itu mempersoal kaedah pengedaran tersebut yang dianggap menyusahkan rakyat kerana terpaksa beratur panjang bagi menerima bantuan.
“BR1M adalah duit rakyat tetapi BN sengaja minta rakyat berhimpun dan beratur lama, hanya untuk cari publisiti murahan. Mengapa tak boleh
(terus) masuk ke akaun?” soalnya.
Perkara sama turut dilontarkan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitter yang menyatakan BN Perak telah menyukarkan proses penerimaan BR1M hanya semata-mata demi kepentingan politik.
“Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir susahkan rakyat demi kepentingan politik. SUK Perak minta jangan masuk akaun penerima, mesti berkumpul dapat BR1M dari BN,” ujarnya.

Gula naik: Beri lampu hijau bagi beban pada rakyat kata PAS

Memberi lampu hijau kepada peniaga dengan mengumumkan peningkatan harga gula sebanyak 11 sen bukanlah satu langkah 'bijak' oleh kerajaan.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kerajaan sebaliknya harus memikirkan suatu langkah bagi menyerap kenaikan harga barangan keperluan daripada melepaskan bebanan kepada rakyat.
"Pas kesal dengan 'lampu hijau' yang diberikan kerajaan supaya menaikkan harga gula 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram berkuatkuasa 1 Mac yag lalu.
"Perkara tersebut jelas memperlihatkan kerajaan tidak mempertimbangkan sesuatu polisi dengan melihat kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau dalam masa sama turut kesal dengan sikap kerajaan yang dilihat lebih mengutamakan keuntungan pihak tertentu berbanding melihat kepada penguncupan kuasa beli di kalangan pengguna.
Tindakan kerajaan katanya lagi, telah menyebabkan pendapatan rakyat juga semakin berkurang.
"Kuasa beli yang melemah juga sudah pasti akan memberi kesan tidak langsung kepada sektor peruncitan.
"Tidakkah kerajaan sedar kesan inflasi yang telah berkembang kepada 3.2 peratus pada Januari yang lalu hasil daripada polisi-polisi tempang pihak kerajaan?" soalnya lagi.

Azalina enggan mengulas samada Akta 355 akan dibentangkan dalam sidang parlimen kali ini

KUALA LUMPUR: Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Azalina Othman Said enggan mengulas sama ada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan dibentangkan pada persidangan kali ini yang bermula hari ini, Isnin 6 Mac, lapor Bernama.
Persidangan selama 20 hari hingga 6 April ini akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dengan penuh istiadat di bangunan utama Parlimen, yang sebelum ini menjalani proses pengubahsuaian dan penambahbaikan secara berperingkat sejak 2012.
Cadangan meminda Akta 355 buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca oleh Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang pada 24 November tahun lepas dan usul pindaan itu dijangka dihuraikan lebih lanjut pada sesi persidangan kali ini.
Pembentangan beberapa rang undang-undang dan pindaan lain juga dijangka menarik perhatian persidangan kali ini.
Azalina mengharapkan persidangan berjalan lancar dan teratur dengan kerajaan akan memberi tumpuan dan fokus yang lebih kepada isu-isu dalam RUU.
“Ini termasuk Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) dan undang-undang mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak selain beberapa pindaan lain.
“Kemungkinan akan ada lagi beberapa RUU daripada kementerian-kementerian lain. Semua senarai ini mungkin berubah dan tertakluk kepada Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat,” katanya kepada Bernama.
Persidangan dijadual bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih selama 7 hari sebelum diwarnai dengan sesi soal jawab kementerian, sesi kamar khas dan perbahasan pelbagai rang undang-undang (RUU).
Dalam pada itu, Azalina berharap setiap ahli Parlimen memanfaatkan peluang dan ruang diberikan ketika persidangan dengan penuh rasa tanggungjawab kepada rakyat.

PKR Terengganu kata manifesto Pas jangka pendek

KUALA TERENGGANU - Manifesto awal Pas Terengganu yang diumumkan di Kampung Raja, Besut minggu lepas disifatkan seolah-olah menyamai janji Pas untuk melunaskan janji kepada rakyat pada PRU 1999.
Azan Ismail Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, lima manifesto tersebut juga lebih bersifat fokus kecil dan tertumpu penyelesaian jangka pendek dan berpendapat, ia boleh diperbaiki ke arah mewujudkan skop lebih besar selari dengan status Terengganu sebagai sebuah negeri yang pernah menjadi negeri terkaya dalam negara sebelum ini.
“Saya harap pimpinan Pas akan mengeluarkan satu manifesto yang lebih besar skopnya daripada apa yang telah diumumkan sebab lima perkara yang diumumkan nampaknya seolah-olah manifesto yang diletak semula untuk menunjukkan kesungguhan Pas untuk laksanakan janji tahun 1999 dulu.
“Kalau mengambil kira keperluan baru di zaman tahun 2017-2027, saya rasa keperluan di negeri Terengganu adalah berbeza,” katanya, di sini.
Pas Terengganu mendedahkan lima manifesto awal dalam usaha menawan negeri itu pada PRU14 antaranya pemberian satu lot tapak rumah bagi setiap rakyat, pemberian geran tanah kekal, caj percuma rawatan di wad kelas tiga di semua hospital kerajaan, peruntukkan RM300 untuk golongan muda mendapatkan lesen motosikal dan karnival kahwin kali pertama secara percuma di setiap Dun.
Azan bagaimanapun tidak menolak lima manifesto awal itu berkemungkinan strategi Pas untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan rakyat, namun menggambarkan tindakan itu tidak sesuai berikutan Pas pernah menjadi kerajaan yang sudah tentu arif terhadap keperluan dan kehendak rakyat.
“Parti-parti yang lain itu bolehlah kata menunggu respons daripada awam untuk membentuk manifesto tetapi parti-parti besar tidak perlu menunggu pandangan orang ramai terutama yang pernah jadi kerajaan atau kerajaan sekarang.
“BN adalah kerajaan, sepatutnya tidak perlu menunggu respons awam dan Pas yang pernah jadi kerajaan sepatutnya ada mekanisme untuk memahaminya,” katanya
Mengulas lanjut, Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun turut mencadangkan kerajaan mahupun pembangkang menawarkan manifesto yang boleh memberi penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah yang sedang berkembang di negeri ini sejak 10 tahun lalu.
Paling mustahak katanya, semua pihak perlu melihat kepada kedudukan ekonomi secara menyeluruh apatah lagi dengan peratusan agak tinggi rakyat Terengganu bermasalah dalam pengurusan kewangan rumah tangga.
Beliau berkata, keadaan itu turut mempengaruhi masalah kuasa beli sangat rendah sehingga produk di negeri ini tidak dapat dijual dengan baik dengan kadar untung yang baik, selain aktiviti harian yang turut menekan harga menjadi mahal, kos perkhidmatan meningkat, tiada mekanisme kawalan hartanah dan jurang pengangguran semakin besar.

Harga minyak mingguan jejas pengusaha luar bandar

Rafizi Ramli berkata umum harga baharu minyak setiap minggu akan menyebabkan pengusaha stesen minyak luar bandar “gulung tikar”.
rafizi-minyakPETALING JAYA: Pengumuman harga siling bahan api setiap minggu mulai bulan depan akan menjejaskan pendapatan pengusaha stesen minyak di luar bandar, kata Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata pengusaha minyak di luar bandar tidak mampu untuk menurunkan harga yang lebih rendah berbanding harga siling.
“Mereka dibayar mengikut jumlah liter petrol dan diesel yang dijual setiap bulan. Di kawasan luar bandar jumlah isi padu jualannya lebih rendah kerana jumlah penduduk yang kurang padat.
“Pengusaha stesen minyak mungkin dituduh mengambil untung berlebihan apabila mereka tidak menurunkan harga minyak di bawah harga siling yang akan memburukkan lagi pendapatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainuddin berkata harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan.
Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.
Katanya, kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar itu melebihi harga sepatutnya di pasaran.
Rafizi berkata tindakan kerajaan itu juga boleh menyebabkan pengusaha stesen minyak di luar bandar “gulung tikar” kerana penjualan minyak yang tidak menguntungkan.
Katanya, harga minyak akan tetap tinggi kerana harga siling tidak berfungsi untuk mengekang kenaikan harga minyak tanpa mekanisme subsidi.
“Syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak melihat operasi stesen minyak di luar bandar tidak menguntungkan.
“Ini menimbulkan risiko syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak elak membuka lebih banyak stesen di luar bandar atau mungkin akan menjalankan rasionalisasi untuk menutup stesen di luar bandar yang tidak menguntungkan,” katanya.

Jelaskan dana 2 projek di Langkawi, kata PKR

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu pembinaan hotel St. Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) yang dikatakan menelan belanja sehingga RM400 juta.
Kedua-dua projek itu dikendalikan oleh syarikat dikawal oleh Tan Sri Peter Sondakh yang merupakan sahabat baik kepada Najib, dakwa Rafizi.
"Sondakh menyatakan bahawa pihaknya memerlukan bantuan dari kerajaan negeri, kerajaan pusat, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Kementerian Kewangan.
"Sebab itu saya mahu mendesak Najib memaklumkan kepada orang ramai, dari jumlah RM400 juta yang dianggarkan dibelanjakan, berapa yang dibiayai oleh wang rakyat," katanya dalam kenyataan.
Sekitar bulan November yang lalu, Najib menunjukkan komitmen untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi.
Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, Langkawi memerlukan pelaburan dan jenama besar bagi menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi.
Kedua-dua kemudahan itu, apabila siap kelak, akan digunakan pada sidang kemuncak Asean 2015 yang dijangka berlangsung pada April 2015, jelasnya.
Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis pecah tanah Hotel St. Regis Langkawi dan LICC.
Turut berada di majlis berkenaan ialah Sondakh yang merupakan pengerusi Kumpulan Rajawali dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau secara konsisten menyebut Najib ada hubungan persabahatan yang baik dengan Sondakh yang menjual saham di dalam PT Eagle High Plantations kepada Felda.
"Saya tahu kedua-dua projek itu dibina menggunakan juga wang rakyat dalam keadaan rakyat membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Sebarang bantuan kewangan yang diberikan kepada Sondakh samalah seperti mengutip cukai GST dari orang miskin untuk diberikan kepada hartawan asing yang merupakan sahabat perdana menteri," jelasnya lagi.

Gadai Negara: Hishammuddin tak mahu layan Dr M

Dulu dituduh gadai negara kepada AS, sekarang dituduh jual negara kepada China, kata menteri pertahanan.
hishamudin-drMKUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak mahu melayan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kerjasama antara tentera China dan Malaysia boleh mengundang kemarahan Amerika Syarikat.
Menepis dakwaan itu sebagai lapuk, Hishammuddin berkata dakwaan seperti itu timbul apabila negara menjalin kerjasama ketenteraan dengan negara kuasa besar.
Hakikatnya, kata menteri, Malaysia mempunyai fokus dan matlamat tersendiri dalam kerjasama ketenteraan seperti itu.
“Ada negara hendak bekerjasama dengan kita, yang penting ia dilakukan untuk kepentingan negara sendiri,” katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
“Saya dengar tuduhan ini sejak kita beli helikopter tempur ringan jenis MD-530G daripada syarikat Mcdonnell Douglas. Dulu kita dituduh menjual dan menggadaikan negara kepada Amerika Syarikat.
“Bila kita dan China membuat keputusan untuk bina kapal misi pesisir (LMS), kita dituduh menjual negara kepada China pula.
“Isu ini tidak akan habis,” katanya.
Hishammuddin berharap kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini tidak berdepan dakwaan yang sama.

Dr M beri 'petunjuk jelas' kembali ke parlimen

Hampir 15 tahun bersara, di usia emas 91 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin membuat kejutan dengan kembali ke parlimen.
Facebook penyokong anaknya, Datuk Seri Mukhriz, melaporkan beliau mengajak menteri Umno Datuk Nazri Aziz yang mencabarnya untuk berentap di Langkawi.
“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja," beliau dipetik sebagai berkata di Facebook Mukhriz Mahathir FC.
Selain menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Mahathir baru-baru ini turut diumumkan sebagai ketua BERSATU untuk bahagian Langkawi, Kedah.
Setiausaha agung BERSATU Datuk Sharuddin Md Salleh ketika dihubungi Malaysiakini hari ini menjelaskan:
"Tak ada cerita soal bertanding buat masa ini, Tun Mahathir hanya dilantik sebagai ketua penaja BERSATU Langkawi."
Bagaimanapun Mukhriz Mahathir FC melihat perkara itu sebagai “petunjuk jelas” Mahathir akan kembali bertanding sebagai anggota parlimen dan memilih Langkawi sebagai tempat baru untuk bertapak.
Mahathir, perdana menteri 22 tahun, amat sinonim dengan pembangunan pulau pelancongan terkenal di utara semenanjung Malaysia itu.
Dalam pilihan raya umum lalu, calon Umno Datuk Nawawi Ahmad menang dengan majoriti 11,861 undi di kawasan parlimen majoriti Melayu itu.

Beliau mendapat 21,407 undi dengan mengalahkan Ahmad Abdullah (PKR) dengan 9,546 undi dan Marina Hussein (bebas) yang mendapat 180 undi.
Langkawi mempunyai 37,536 pemilih dalam pilihan raya umum lalu. Ia juga mempunyai dua dewan undangan negeri (DUN), iaitu Ayer Hangat dan Kuah.

AMANAH sokong titah bebaskan Johor daripada rasuah

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu menjadikan negeri Johor bebas dan bersih daripada amalan rasuah, kata timbalan presiden parti itu, Salahuddin Ayub.
“Kenyataan tegas Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Iskandar yang memberikan dukungan sepenuhnya kepada SPRM Johor untuk bertindak dengan lebih drastik terhadap isu rasuah hartanah yang melibatkan pentadbiran Datuk Seri Khalid Nordin adalah merupakan satu sikap sangat bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan mengamalkan urus tadbir yang baik dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, ketegasan dan komitmen SPRM akan lebih berkesan apabila baginda sendiri sebagai payung negeri dan rakyat turut bersama memberikan iltizam untuk menjadikan pentadbiran negeri Johor besih dan bebas dari gejala rasuah.
“AMANAH akan sentiasa memberikan komitmen untuk mendidik masyarakat untuk bersama bangun menentang budaya rasuah sekaligus memperjuangkan sebuah negara yang mengamalkan 'good governance' dan bebas rasuah,” katanya.
Salahuddin turut meminta rakyat Johor untuk menjadi menjadi benteng dan berani memerangi "virus kleptokrasi" pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar tidak menular di Johor.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias dilaporkan berkata tindakan drastik akan diambil tidak lama lagi bagi membersihkan negeri itu daripada rasuah kerana ia sudah lama terbiar.

YDP Agong kecewa kakitangan, bekas penjawat awam terlibat rasuah

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan, rasuah dan pembocoran maklumat dalam di kalangan kakitangan awam dan bekas penjawat awam.
Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
"Justeru, beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah baginda ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
Titah baginda lagi, walaupun dilakukan oleh segelintir namun ia menghakis kepercayaan rakyat.
Selain itu, Yang Dipertuan Agong menyokong inisiatif yang dilaksanakan agar sebarang unsur penghinaan terhadap agama Islam dan institusinya di negara ini ditangani dengan kebijaksanaan dan ketegasan.
“Beta berharap langkah-langkah yang dilaksanakan dalam menangani penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media massa dan laman web terus dipertingkatkan termasuklah meneruskan pemerkasaan undang-undang pentadbiran agama Islam.
“Pada masa yang sama, kesepakatan pemimpin-pemimpin Islam utama di negara ini adalah suatu yang amat baik dan dialu-alukan sebagaimana dalam menangani isu Rohingya di Myanmar,” titah baginda.
Seri Paduka juga mengambil kesempatan melahirkan rasa sukacitanya dengan kunjungan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia baru-baru ini.
Baginda juga menaruh harapan besar melalui Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatuan yang akan digubal berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara akan dapat menyatukan rakyat.

Rafizi Ramli: Hubungan Najib Razak & Peter Sondakh,Harga Minyak Setiap Minggu

Agong: Tangani penyebaran ajaran menyeleweng dari Islam

Agong dukacita rasuah, maklumat bocor terus berlaku

Agong: Biar berbeza tapi tetap berpadu

Hadi tak sihat, PAS harap RUU355 dibentang - Idris Ahmad

Amanah saran rakyat perangi 'virus kleptokrasi'


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub Rakyat Johor khususnya disaran wajar mengambil sikap untuk memerangi "virus kleptokrasi" di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak agar tidak menular ke dalam negeri Johor, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, parti itu komitmen untuk mendidik masyarakat bersama menentang budaya rasuah dalam masyarakat.
"Amanah akan sentiasa memberikan komitmen untuk mendidik masyarakat untuk bersama bangun menentang budaya rasuah sekaligus memperjuangkan sebuah negara yang mengamalkan _"good governance"_ dan bebas rasuah.
"Ketegasan dan komitmen SPRM negeri Johor akan lebih berkesan untuk bertindak terhadap penagih dan pelaku rasuah apabila Tuanku Sultan sendiri sebagai payung negeri dan rakyat turut bersama memberikan iltizam untuk menjadikan pentadbiran negeri Johor besih dan bebas dari gejala rasuah," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Salahuddin merujuk kepada titah baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini yang mahu negeri Johor bersih dan bebas daripada rasuah dan menjadi model terbaik dalam menangani gejala tersebut.
Perkara itu ditegaskan oleh baginda semasa bertemu dengan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias.
Salauddin berkata Amanah menyanjung tinggi sikap Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu menjadikan negeri Johor bebas dan bersih daripada amalan rasuah.
"Kenyataan tegas Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Iskandar yang memberikan dukungan sepenuhnya kepada SPRM Johor untuk bertindak dengan lebih drastik terhadap isu rasuah hartanah yang melibatkan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Khalid Nordin adalah merupakan satu sikap sangat bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan mengamalkan urus tadbir yang baik dan berintegrit," ujarnya.

Abang Din dapat 'coretan ukhuwwah' PAS

Seorang pemimpin PAS menulis kepada Salahuddin Ayub untuk mengingatkan beliau megenai "kasih sayang" ahli parti itu kepadanya.
Melalui surat terbuka itu, Dr Riduan Mohamad Nor bercerita bagaimana pimpinan Dewan Pemuda PAS mencadangkan timbalan presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu bertanding di kerusi selamat pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.
Kata Riduan, Salahuddin dinamakan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian supaya boleh menjadi jurubicara ummah yang berkesan.
"Mengapa saya bangkitkan isu pencalonan ini? Kerana saya mahu Abang Din tak lupa kasih sayang kami pada Abang Din yang seakan melupakan sejarah ini," katanya melalui kemas kini statusnya di Facebook semalam.
Salahuddin yang lahir di Pontian, Johor, pernah dilantik ke jawatan naib presiden PAS sebelum diketepikan beramai-ramai oleh perwakilan pada pemilihan parti itu pada 2015.
Turut tersingkir pada pemilihan yang menyaksikan kumpulan konservatif menguasai PAS ialah Mohamad Sabu yang sebelum itu berjawatan timbalan presiden.
Bersama beberapa pimpinan lain, Mohamad Sabu serta Salahuddin kemudian menubuhkan AMANAH yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.
Berdarah likat Umno
PAS pula yang sebelum itu bekerjasama dengan kedua-dua parti terbabit membawa haluan sendiri dan setakat ini belum menampakkan bersedia kembali bekerjasama dengan parti pembangkang lain.
Riduan yang kini menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS berkata Salahuddin menikmati keadaan yang selesa sebagai anggota parlimen selepas memenangi kerusi Kubang Kerian tetapi sebahagian daripada exco Dewan Pemuda PAS "hidup sebagai orang miskin".
"Ada yang dimarahi dalam mesyuarat kerana terlewat hadir (selepas) menghadiri kuliah dhuha.
"Semua anak buah Abang Din tak pernah berasa kecil hati ditegur walaupun kehidupan mereka ala kadar.
"Ustaz Azli Toliban (Norazli Musa) semenjak muda sehingga tua tetap berdengkur dalam bas ekspres, menyambangi keseluruh negara berdakwah, bermesyuarat, menghadiri program-program parti," katanya.
Kata Riduan, dia menulis surat terbuka itu kerana mendapati Salahuddin "semakin galak menyerang PAS", malah "menista" parti berkenaan.
Sikap Salahuddin juga, kata Riduan, agak menghairankan kerana menyerang PAS secara berterusan sejak meninggalkan PAS, termasuk menggelar parti itu sebagai gerakan takfiri (mengkafirkan orang lain).
Riduan secara bersahaja turut menyatakan bagaimana Salahuddin sebenarnya menyertai PAS pada 1980-an daripada keluarga "berdarah likat Umno".
Riduan juga menjelaskan Salahuddin pernah berasa bimbang dengan sebahagian pemimpin muda yang memiliki kereta hebat.

Menteri UMNO terancam jika selera pengundi Felda berubah

Pembangkang diketahui berusaha gigih untuk memenangi hati pengundi di kawasan Felda dengan harapan majoriti penyokong BN di 55 kerusi parlimen beralih arah sekali gus memungkinkan Putrajaya ditawan.
Bagaimanapun, sejauh mana gerakan itu memberi kesan?
Ketika perubahan ketara dirasakan sukar berlaku, sesetengah peneroka menunjukkan sokongan mereka kepada BN bukanlah membuta tuli.
Ada kemungkinan mereka memberikan undi kepada pembangkang jika kepentingan masyarakat terbabit dirasakan terjejas.
Pada pilihan raya kecil parlimen Rompin (Mei 2015), hampir 10 peratus undi di beberapa kawasan Felda beralih arah dari BN kepada pembangkang.
Ia berlaku kira-kira setahun selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara ini.
Perubahan itu didapati lebih besar berbanding pola pengundi bukan peneroka yang mencatatkan kadar peralihan antara tiga dan enam peratus.
Dengan andaian berlaku persaingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang, peralihan 10 peratus sokongan pengundi Felda di tiga kerusi BN dijangka memadai untuk pembangkang menguasai kerusi Bentong, Bera dan Labis.
Ketiga-tiga kerusi itu dianggap penting kerana ketika ini diwakili tiga tokoh berprofil tinggi.
Bentong dimenangi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, manakala Bera diwakili anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerusi Labis buat masa ini diwakili anak bekas presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Masing-masing adalah menteri pengangkutan, menteri kemajuan luar bandar dan wilayah serta timbalan menteri perdagangan antarabagsa dan industri.
Pada masa sama, perubahan lima peratus sokongan di kalangan pengundi bukan peneroka boleh memberikan lebih banyak kerusi kepada pembangkang.
Namun perlu diakui peluang untuk pembangkang memperoleh sokongan lebih besar daripada mereka sebenarnya adalah sukar.
Ia dapat dilihat daripada keputusan dua pilihan raya umum lalu.
Dengan usaha ditumpukan pada pengundi bandar dan separa bandar di luar petempatan Felda, pembangkang memperoleh sokongan besar pada 2008 berbanding 2004 dengan perbezaan hampir 14 peratus.

HAHAHAHA.....AKHIRNYA NAZRI ANGKAT TANGAN...!!!!

Nazri Aziz akhirnya secara rasmi menolak cabaran Tun Mahathir Mohamad untuk berentap di Langkawi dan mengatakan beliau hanya sedia bertempur dengan bekas Perdana Menteri itu kawasannya, Padang Rengas saja.

Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, sistem pengagihan kerusi yang diamalkan oleh UMNO tidak membenarkannya berpindah dari Padang Rengas ke Langkawi.

Sehubungan itu, kata Nazri lagi, sesiapa yang ingin mengalahkannya dalam pilihanraya ialah dengan bertanding di Padang Rengas yang sedang diwakilinya.

Tun Mahathir seharusnya lebih tahu mengenai sistem dalam UMNO, beliau pernah menjadi Presiden UMNO selama bertahun-tahun. Saya tidak perlu mengajarnya mengenai perkara itu, tambah Nazri lagi.

Akhirnya terbuktilah siapa anak jantan dan siapa tidak.

Apakah tidak boleh Nazri menyahut terlebih dahulu cabaran Tun Mahathir itu sambil mengatakan akan cuba memujuk Najib Razak untuk membenarkannya bertanding di Langkawi?

Tidak bolehkah beliau berkata sedia menyahut cabaran Tun Mahathir itu jika UMNO memberi kebenaran kepadanya berpindah ke Langkawi?

Mengapa awal-awal lagi sudah menolak cabaran Tun Mahathir dengan berselindung di sebalik sistem yang menjadi amalan dalam UMNO?

Apakah sistem dalam UMNO sesuatu yang tidak boleh diubah langsung seperti Al-Quran?

Hahahaha....mari kita ketawakan Nazri!!

Pelajar dihantar pulang rayu bantuan tamatkan pengajian...pemimpin negara terus bermewah dengan harta rakyat..!!!

Nur Afiqah Elia Mohd Nazim berkata beliau dan pelajar lain memohon visa sejak Disember namun masih belum terima sebarang jawapan
pelajar-mesirSEPANG: Seorang daripada penuntut program pengajian al-Quran di Mesir yang dihantar pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai visa, merayu bantuan semua pihak untuk membolehkannya menamatkan pengajian tahfiznya.
Pelajar perempuan Nur Afiqah Elia Mohd Nazim, 21, berasal dari Shah Alam berkata, beliau sudah setahun 2 bulan berada di Mesir dan pada tahun pertama pengajiannya, beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan visa.
“Saya dan pelajar lain sudahpun memohon visa sejak Disember, namun masih belum menerima sebarang jawapan. Saya harap pihak yang berkenaan dapat membantu saya dan pelajar lain mendapatkan visa dan pulang ke Mesir.
“Kasihanilah kami. Kami ingin menuntut ilmu hingga tamat,” katanya kepada pemberita sambil menangis ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Nur Afiqah Elia merupakan seorang daripada 19 pelajar kumpulan pertama daripada 104 pelajar Markaz Tahfiz Makkah AlMukaramah yang terpaksa pulang kerana masalah visa.
Sementara itu, pengasas markaz berkenaan, Nor Anisah Abdul Malek ketika ditemui berkata daripada 19 pelajar yang pulang hari ini, 17 merupakan pelajar wanita dan selebihnya merupakan pelajar lelaki. Kesemua mereka berusia 10 hingga 23 tahun.
Pelajar yang lain akan pulang secara berperingkat dan berkumpulan esok. Program di markaz ini sudah berjalan selama 19 tahun dan selama ini kami tidak pernah ada masalah mengenai visa seperti yang timbul baru-baru ini, katanya lagi.
Baru-baru ini Bernama melaporkan seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di AlSharqia Mesir ditahan polis negara itu pada 27 Februari lalu berhubung kesalahan visa pelajar.

Salahuddin Ayub: Sikap PAS Tak Menang PRU Tak Apa Janji ALLAH Redha

Lim Kit Siang: Najib Razak 1MDB Ibu Segala Skandal

Husam Musa: Ketamakan Najib Razak & Pemimpin BN Yang Tak Peduli Dosa Pahala

Tun Mahathir: Najib Razak Buat Muka Tak Malu Mencuri & Berbohong Sentiasa

Salahuddin Ayub: Keluarga Najib Razak Tak Kenal Rakyat Yang Susah