Ahad, 5 Mac 2017

Wan Azizah: Pembangkang bersatu cerahkan peluang kemenangan

SEBERANG JAYA, 5 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru blok pembangkang untuk bersatu bagi mencerahkan peluang membawa perubahan di Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14.
Beliau berkata kemenangan itu penting demi memenuhi hasrat rakyat membawa perubahan.

“Janganlah kita berpecah. Sekarang kalau kita buat bancian, memang Perdana Menteri mendapat rating rendah tetapi kalau berpecah, habislah.
“Tidaklah bermaksud kita boleh menang kalau berpecah. Ingatlah pengorbanan Anwar Ibrahim demi rakyat, demi Malaysia, demi kita bersama di Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya P044 Parlimen Permatang Pauh.
Katanya, Pakatan bukan sahaja perlu menang di Permatang Pauh semata-mata jika mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.
“Kalau mahu Anwar dibebaskan bukan sahaja kita perlu menang di Permatang Pauh tetapi di Malaysia.
“Tidak ada maknanya mengubah Perdana Menteri semata-mata. Perdana Menteri sudah berubah tetapi telah banyak yang teruk terjadi,” katanya.

SPR MOST WANTED...!!!

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, mohon SPR kemuka asas kukuh berkenaan tindakan melupus 136,272 maklumat pemilih di Selangor termasuk alamat mereka.

Keputusan permohonan memanggil pengerusi SPR ditetapkan 9 Mac nanti.

BERANIKAH Pengerusi SPR & mana-mana pegawai SPR yg lain akan dtg ke mahkamah kelak?

APA PERANAN SEBENAR SPR?

SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya, atau..

SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat ?

Bila bermazhabkan Ameno beginilah jadinya..

TAHUKAH ANDA..
Harga gula naik 11 sen sekilogram BUKAN ISU BESAR, kata Menteri UMNO.

PULOK DAH.. mazhab Ameno kata..
Yang selalu naikkan harga itulah MEREKA YANG TAK PERCAYA PADA TUHAN..

PEMBOHONG.....BIG LIAR...!!!!

1) Apa beza menteri KPDNKK dahulu & sekarang ?

2) Apa syarat wajib nak jadi menteri Malaysia ?

Inilah satu-satunya Perdana Menteri Seluruh Alam Semesta Bima Sakti Tak Pernah Menipu..


Tiga bukti Pas, Abdul Hadi tidak kuat di Terengganu


Hasbie Muda berkemeja oren bersama YB Rafizi Ramli serta pimpinan AMK dan Armada Terengganu dalam satu program Pemuda Amanah negeri baru baru iniHasbie Muda berkemeja oren bersama YB Rafizi Ramli serta pimpinan AMK dan Armada Terengganu dalam satu program Pemuda Amanah negeri baru baru ini
Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda menjelaskan tiga fakta bagi menafikan dakwaan Pas dan presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi berpengaruh di negeri pantai timur itu.
Beliau berkata, tanggapan Pas kononnya kuat pada pilihan raya umum (PRU)  tahun 1959 tidak benar kerana berlaku perpecahan undi antara parti Perikatan (nama lama Barisan Nasional) dengan Parti Negara ketika itu.
"Dalam pilihan raya 1959, Pas hanya dapat 36 peratus sahaja undi popular. Perikatan dapat 35 peratus, pecah dua sebab 17 peratus undi Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar (bekas Presiden Umno pertama). Maknanya, bukan sebab Pas paling kuat," ujarnya.
Menurutnya, kemenangan besar Pas pada PRU tahun 1999 pula berkaitan dengan faktor pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia setahun sebelum itu.
"(PRU) 1999, sebab kes mata lebam Anwar Ibrahim. Itu fakta sebab tahun 1995, Pas hanya menang 43 peratus sahaja undi popular dalam keadaan seluruh orang Terengganu tidak mahu lagi Wan Mokhtar Wan Ahmad (bekas Menteri Besar, 1974 hingga 1999) tapi dia boleh menang lagi.
"Undi popular (Pas) daripada 43 bertambah 13 peratus jadi 56 peratus. Itu yang dapat 28 kerusi. Bukan sebab Pas kuat," tegasnya pada Ceramah Pakatan Harapan di Cabang Tiga, Kuala Terengganu kelmarin.
Berdasarkan keputusan PRU-13 lalu pula, Hasbie juga menolak andaian kononnya Pas hebat kerana faktor tokoh melalui kehadiran Abdul Hadi di Parlimen Marang.
"Kerusi Marang itu sendiri, undi popular di kawasan itu tidak besar mana pun. Biasa tokoh utama dalam parti politik macam Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh boleh dapat lebih besar undi majoriti.
"Tapi tokoh di Marang (Abdul Hadi) tak sampai 10,00 ribu pun. Paling banyak pada 1999. Sekarang hanya lebih 5,000 undi majoriti," tegasnya sambil menyifatkan kerusi itu memang sedia dimenangi Pas sejak dahulu lagi sekaligus menafikan persepsi Abdul Hadi kuat di kawasan tersebut.
Hasbie yang juga bekas Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Pas Pusat bagaimanapun tidak bermaksud mahu memperlekeh parti lamanya itu yang dipanggil sebagai 'parti rakan'.
"Saya sudah buat kajian. Dua buku dikeluarkan mengkaji kekuatan dan pencapaian Pas ini sejak 1959. Sebab itu, Pas jika dengan perangai sekarang yang tidak mahu berkawan dengan orang lain, memang kembali ke tahun 1986 dengan hanya menang satu kerusi di Pengkalan Chepa.
"Di Terengganu, tahun itu (1986), Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali, kini Pengarah Pilihan Raya Pas) beritahu, Pas berarak, yakin menang tapi hanya dua kerusi sahaja yang menang," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana parti politik tidak boleh bersendirian sebaliknya perlu bekerjasama serta berpolitik berasaskan fakta termasuk mengambil kira pengalaman juga sejarah lalu.
"Sebab itu, saya mahu mengajak orang muda di kawasan Dun Bandar dan Parlimen Kuala Terengganu, kita jangan takutlah. Nak duduk dalam Pas, silakan tetapi keputusan pimpinan parti tuan-tuan kalau rasa tak betul, mesti berani kritik.
"Takkan presiden cakap semua betul. RUU (Rang Undang-undang) 355, kita di Amanah dan Pakatan Harapan kritik sebab itu cek kosong. Eh, tak sampai tiga bulan, tiba-tiba dia sendiri (Abdul Hadi) pinda kepada ada jumlah tahun dan sebat," bidasnya.
Mengulas lanjut tentang sikap politik sebahagian anak muda yang dilihat masih bersama Pas, beliau menasihatkan supaya golongan tersebut mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih berusia selain banyak membaca.

DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya

Putrajaya bawah naungan Pakatan Rakyat akan bayar 20% royalti minyak serta pulangan 50% daripada semua cukai yang dikutip, termasuk cukai GST.
limguangeng-dap-sabahsarawakPETALING JAYA: DAP menggariskan rancangan autonomi untuk Sabah dan Sarawak selain berikrar untuk mengembalikan 50% hasil cukai yang dipungut di kedua-dua negeri itu jika Pakatan Harapan menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP komited untuk memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 jika Pakatan Harapan dan sekutunya membentuk kerajaan persekutuan.
“Ini termasuk autonomi penuh dalam pembiayaan dan pentadbiran penjagaan kesihatan dan pendidikan,” kata beliau kepada media sempena Persidangan Kepimpinan DAP Kebangsaan 2017 di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, autonomi dalam pendidikan masih tertakluk kepada kurikulum kebangsaan.
Mengenai isu komitmen kewangan kepada kedua-dua negeri itu, Guan Eng berkata, Putrajaya yang akan diterajui Pakatan Rakyat nanti akan membayar 20% royalti minyak dari hasil minyak minyak-masing serta pulangan 50% daripada semua cukai yang dikutip, termasuk cukai GST kepada negeri masing-masing.
Pada masa ini, Sabah dan Sarawak hanya menerima 5% royalti daripada hasil minyak mereka.
Di bawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sepatutnya menerima 40% daripada hasil negeri masing-masing dari Putrajaya.
Sejak kebelakangan ini, perkara ini menjadi isu kontroversi terutama di kalangan parti pembangkang di negara ini.
“Sabah dan Sarawak akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pentadbiran dan pembiayaan kesihatan dan pendidikan di negeri mereka.
“Mereka sepatutnya mempunyai dana yang mencukupi daripada peningkatan royalti minyak dan cukai yang dikembalikan,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Mereka yang mahukan autonomi, sila sokong DAP.”

Bagaimana pula perkongsian Najib-Jho Low, tanya DAP

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengenai pembangkang yang disifatkan seperti perkongsian 'ali baba' menyebabkan tokoh pembangkang, Lim Kit Siang menggunakan istilah yang sama dalam menggambarkan hubungan perdana menteri dengan ahli perniagaan Jho Low.
"Najib sendiri yang bertanggungjawab mewujudkan perkongsian 'ali baba' terbesar dan paling jahat di Malaysia - 'Najib-Jho Low' berpaksikan konsep ali baba yang melonjakkan Malaysia kepada kleptokrasi global.
"(Ini terlibat) skandal kewangan terbesar di seluruh dunia sejak kebelakangan ini, skandal pengubahan wang haram antarabangsa 1MDB bernilai berbilion dolar," kata Lim dalam kenyataan, hari ini.
Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib, semalam, yang menyifatkan kesepakatan pembangkang di Malaysia seperti pakatan ali baba kerana tidak mempunyai persefahaman untuk memilih siapa bakal perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.
Najib juga menyifatkan pembangkang sebagai pelik kerana mereka hanya bersetuju untuk memilih Timbalan Perdana Menteri, menjadi individu paling berkuasa, kerana dia yang akan menentukan siapa bakal perdana menteri.
"Yang paling peliknya Timbalan Perdana Menteri yang akan memilih siapa yang akan jadi perdana menteri. Ini adalah ali baba, pembangkang adalah 'ali baba'," katanya ketika berucap merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di Sindumin dekat Sipitang.

Siapa untung tukar status rumah Bumiputera, soal DAP Johor

Menteri Besar Johor perlu jelaskan adakah pihak tertentu mengaut keuntungan peribadi daripada dasar membenarkan status rumah Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera
Yeo-Tung-Siong-dapPETALING JAYA: Menteri Besar Johor perlu menjelaskan sama ada pihak tertentu mengaut keuntungan peribadi daripada dasar kerajaan negeri membenarkan status rumah Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera, kata wakil rakyat DAP.
“Semua suspek yang terlibat dibekukan sebanyak RM15.5 juta dalam 45 akaun bank dan dirampas 21 kereta mewah, 5 motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing.
“Dari mana datangnya kekayaan suspek? Adakah kekayaan ini berpunca daripada penglibatan dalam skandal penyelewengan hartanah?” soal Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong dalam kenyataan hari ini.
Datuk Seri Khaled Nordin baru-baru ini berkata kerajaan negeri membenarkan pelepasan kuota rumah mewah berstatus Bumiputera dalam usaha mengurangkan lambakan kediaman mewah. Menurut beliau, sejumlah 3,000 unit rumah, kebanyakannya rumah mewah, ditukar status kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.
Menurut Khaled, hasil pertukaran status itu kerajaan negeri memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik.
Beliau berkata demikian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 6 lelaki, termasuk anak dan pegawai khas seorang exco negeri pada 24 Februari lalu. Suspek disyaki bersubahat dalam kes penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera, menyebabkan mereka yang layak tidak mampu membeli rumah, serta pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan.

TUN MAHATHIR SUDAH SAHUT CABARAN, NAZRI JANGAN LAGI BERI ALASAN MACAM-MACAM!!

Tun Mahathir Mohamad akhirnya melakukan tindakan "dua dalam satu"  iaitu menyahut cabaran Nazri Aziz untuk berlawan dalam PRU 14 akan datang dan dalam masa yang sama mencabar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu agar bertanding di Langkawi.

Kata Tun Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu bahaw beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas semata-mata.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.

“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja" tegas Pengerusi Bersatu itu lagi.
Selain menjadi Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir juga baru-baru ini diumumkan memegang jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Langkawi, Kedah.

Dengan menyahut cabaran Nazri dan kemudian mencabarnya untuk berlawan di Langkawi, ini adalah petunjuk yang amat jelas bahawa Tun Mahathir akan kembali bertanding sebagai Ahli Parlimen dan memilih Langkawi sebagai tempat barunya untuk bertapak.

Walaupun sudah lama bersara, tetapi demi menunjukkan kesungguhan untuk menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara, Tun Mahathir nampaknya tiada pilihan selain perlu bertanding semula dan cabarannya kepada Nazri agar datang ke Langkawi tentunya adalah khabar gembira bagi penantian sebuah perubahan yang semakin cerah cahayanya.

Langkawi sangat dekat di hati Tun Mahathir sejak  beliau mengisytiharkannya sebagai pulau bebas cukai yang kemudian menyaksikan pembangunannya menjadi rancak serta terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi percutian dan pelbagai acara peringkat antarabangsa seperti pameran, konvensyen dan sebagainya.

Dikhabarkan Tun Mahathir sangat popular, dikenali dan disukai oleh penduduk Langkawi atas jasa dan sumbangannya memajukan pulau tersebut, sekaligus menjadikan harapannya untuk menang adalah cerah jika bertanding di situ.

Tiga cabaran tentukan kekuatan Pakatan Harapan: DAP

Lim Guan EngDAP  menggariskan tiga cabaran untuk menentang Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Umno kini semakin terdesak untuk terus menang serta meletakkan persepsi jentera parti itu semakin sukar untuk bergerak.
“Saya tahu mereka terdesak. Di negeri-negeri mereka aktif, tahap intensiti kempen mereka adalah rendah.
“DAP yakin tsunami politik Malaysia yang baru akan berlaku, termasuk permintaan untuk perubahan di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Retreat Kepimpinan DAP menghimpunkan hampir 200 peserta termasuk ahli Parlimen, Adun, pemimpin jawatankuasa negeri, pemegang jawatan utama negeri, serta wakil-wakil Wanita dan Pemuda.
Katanya, antara agenda utama program selama tiga hari itu adalah mengenai tiga cabaran utama yang akan menentukan kekuatan Pakatan Harapan dan Bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Antaranya adakah kita mempunyai pemimpin yang berkualiti untuk membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi dan membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi, adakah pemimpin dan ahli Umno dan BN secara intensif berkempen dan apakah sambutan rakyat terhadap Umno dan BN?
“Cabaran ini akan menentukan sama ada pembangkang boleh memberi cabaran serius terhadap Umno-BN,” katanya.
Guan Eng turut berharap rakyat sudah boleh membuka mata dan bertindak di atas sikap mungkir janji BN yang pernah ditabur sebelum ini.
Sementara itu, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dalam ucapannya berkata,  untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan baru, DAP bekerjasama dengan parti-parti politik yang berkongsi aspirasi yang sama.

MCA tak puas hati dilabel cawangan duta China

MCA kesal diplomat veteran Dennis Ignatius cuba merosakkan hubungan 2 hala dengan mengkritik duta China, kata Ti Lian Ker
ti-lian-kerr
PETALING JAYA: MCA mengkritik bekas duta Datuk Dennis Ignatius yang mempertikaikan usaha parti mengadakan hubungan 2 hala dengan China tetapi mengabaikan usaha pembangkang melakukan perkara yang sama.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Ti Lian Ker kesal Dennis cuba merosakkan hubungan 2 hala itu dengan mengkritik Duta China Huang Huikang.
“Sebagai bekas duta, dan penjawat awam, lebih baik jika beliau tidak terlibat dalam politik, bukannnya bermain politik, apatah lagi di peringkat antarabangsa,” kata Lian Ker.
Dennis semalam berkata Huikang meletakkan dirinya sebagai ‘pelindung’ masyarakat Cina Malaysia yang giat mengembara ke seluruh negara, ditemani ahli politik MCA dan Umno, melawat sekolah Cina dan mengagihkan ratusan ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa.
Lian Ker berkata Ignatius patut mengalu-alukan dana dari kerajaan China kerana ia menunjukkan China meyakini sistem pendidikan negara dan melihat potensi modal insan dan bakat yang ada di Malaysia.
“Datuk Dennis bersikap hipokrit kerana mengabaikan kerajaan lain turut menawarkan biasiswa kepada rakyat atau menaja program pertukaran antarabangsa.
“Jepun menawarkan biasiswa Monbukagakusho, United Kingdom mempunyai biasiswa Chevening manakala rakyat juga terima manfaat daripada biasiswa Asean dari Singapura.”
Lian Ker berkata Dennis bersikap hipokrit kerana mengabaikan delegasi Cina daripada DAP yang membuat kunjungan hormat kepada Huikang baru-baru ini, di mana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan sokongan kepada inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (Obor) China.
Lian Ker berkata Naib Presiden PKR Tian Chua beberapa bulan lalu juga mengetuai delegasi Cina parti itu menemui Huikang.
“Dennis menunjukkan sikap dwi-standard kerana tidak mengecam usaha pembangkang membina hubungan 2 hala dengan China, tetapi memarahi Huikang, MCA dan Umno melakukan perkara yang sama.
“Kenyataan beliau menunjukkan dia mempunyai agenda politik tersendiri untuk mencemar imej Huikang, MCA dan Umno.”

Felda tak akan ditutup, akan ditambah baik - DAP

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan ditamatkan operasinya jika Pakatan Harapan (HARAPAN) dan sekutunya membentuk kerajaan Persekutuan pasca pilihan raya umum akan datang.
Dalam memberi jaminan tersebut, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sebaliknya, gabungan itu berhasrat untuk menjadikan Felda lebih baik daripada hari ini.
"DAP tidak mahu Felda ditutup tetapi sebaliknya, kita mahu satu program khas untuk mengukuhkan Felda supaya peneroka Felda dan generasi baru di Felda mendapat keadilan dan kemakmuran di Malaysia," kata Lim.
Lim berkata demikian semasa berucap di Bangi, Selangor malam tadi dalam acara pengumpulan dana untuk Mazlan Aliman, aktivis Parti Amanah Negara (AMANAH) yang pakar dalam isu-isu Felda.
Mazlan kini berhutang RM350,000 dengan Felda ekoran saman fitnah ke atas beliau.
Lim berkata politik perkauman, kebencian dan pembohongan telah mencapai tahap yang baru, memetik bagaimana Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan tiga "pembohongan besar ala Nazi".

'Syarikat RM2' ajak orang awam teliti projek ECRL

Orang ramai dialu alukan memberi maklum balas termasuk bantahan terhadap projek ECRL yang kontroversiOrang ramai dialu alukan memberi maklum balas termasuk bantahan terhadap projek ECRL yang kontroversi
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang dilantik oleh kerajaan sebagai pemilik aset dan pengendali Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 600 kilometer mengajak orang ramai meneliti cadangan projek dari Kelantan ke Selangor itu.
Anak syarikat yang didakwa milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) itu memaklumkan Sesi Penelitian Awam berlangsung mulai 8 Mac ini hingga 6 Jun depan di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) beralamat di Aras 5, Blok 5, Platinum Sentral dekat KL Sentral.
Notis Penelitian Awam yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia hari ini memberitahu pameran sama turut diadakan di pejabat MRL beralamat di Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas di ibu negara serta 15 pejabat daerah tempatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Orang awam dijemput untuk meneliti projek ini. Maklum balas boleh dihantar kepada MRL selewat-lewatnya 5 Jun 2017. Kakitangan MRL akan sedia membantu di lokasi-lokasi berkenaan," dipetik dari notis itu.
Empat Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada November tahun lalu mempersoal kewajaran MRL mewakili kerajaan Malaysia dalam perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC).
Mereka yang diketuai Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendedahkan MRL ditubuhkan pada 26 September 2016 sebagai syarikat yang bermodal RM2 sekaligus menyangkal dakwaan kerajaan kononnya milik MOF Inc.
"Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementerian Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet," dipetik daripada kenyataan bersama itu lagi.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan peruntukan untuk pembangunan ECRL mencecah RM55 bilion.

Tun Hamid: Rukun Negara tak wajar jadi mukadimah Perlembagaan

Mukadimah digubal pakar perundangan dengan tujuan untuk menjadikannya mukadimah kepada Perlembagaan. Rukun Negara tidak semestinya digubal pakar perundangan dan ia untuk tujuan politik negara.
tun-hamid
KUALA LUMPUR: Rukun Negara diwujudkan atas sebab keadaan politik negara justeru tidak sesuai dijadikan mukadimah Perlembagaan Persekutuan, kata bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
Beliau menyuarakan kebimbangan jika Rukun Negara dijadikan mukadimah yang mempunyai kuasa undang-undang dan hakim perlu menggunakannya untuk mentafsir perlembagaan, ia berisiko mewujudkan penghakiman yang bertentangan dengan peruntukan sedia ada.
Beliau berkata demikian dalam perutusan khas Sidang Meja Bulat Perkasa: Rukun Negara Dijadikan Mukadimah Perlembagaan Persekutuan? yang dibacakan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, hari ini.
Program itu susulan kempen sekumpulan aktivis melalui gerakan Rukunegara sebagai Mukadimah Perlembagaan agar Rukun Negara dijadikan mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.
Gerakan itu akan mendapatkan sokongan tokoh-tokoh ternama dan orang ramai sebelum dibawa kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Mukadimah adalah kenyataan pengenalan yang menyatakan prinsip dan panduan bagi perlembagaan sesebuah negara. Perlembagaan Persekutan Malaysia tidak memiliki mukadimah.
“Mukadimah digubal pakar perundangan dengan tujuan untuk menjadikannya mukadimah kepada Perlembagaan.
Rukun Negara tidak semestinya digubal pakar perundangan dan ia untuk tujuan politik negara, bagaimana hendak dijadikan mukadimah?” kata Abdul Hamid.
Rukun Negara mempunyai 5 prinsip diperkenalkan susulan peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

‘U-turn’ Mahathir, demi Malaysia sejahtera

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menganggap pusingan U-turn bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dibuat demi kesejahteraan pembinaan Malaysia yang bebas korupsi.
NAJIB MALAYSIABeliau berkata, masyarakat sewajarnya menilai kelemahan urus tadbir negara di peringkat Persekutuan ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tindakan Mahathir itu saya tidak anggap ia sebagai u-turn untuk (kepentingan) peribadi. Sebaliknya tindakan itu demi memacu ke arah pembangunan Malaysia.
“Keutamaannya kini kita adalah untuk keluar daripada kota pemikiran lama sama ada parti politik, badan bukan kerajaan atau individu tertentu.
“Tetapi saya fikir tumpuan ke arah pembangunan negara kini menjadi keutamaan dan memerlukan penglibatan semua parti politik untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Mohamed Azmin bercakap kepada pemberita selepas hadir merasmikan Malaysia Women Marathon (MWM) di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini.
Dalam tulisan di blognya terdahulu, Tun Mahathir mengakui beliau kini membuat pusingan menyebelahi pakatan pembangkang dengan menggunakan analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan itu.
“Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.
“Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dituduh mencuri berbilion wang ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.
“Oleh itu saya buat pusingan U,” tulisnya dalam catatan blognya.

Komponen pembangkang mesti tumpu Reformasi ekonomi negara

Reformasi ekonomi negara kekal positif perlu didukung komponen pembangkang dalam memacu kesejahteraan Malaysia.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tumpuan tersebut wajar diberi perhatian tanpa mengambil kira sentimen perbezaan pandangan komponen parti pembangkang kini.

“Sebagai pemimpin kita harus duduk dan berbincang demi kepentingan rakyat dan negara. Ia perlu menjadi keutamaan dan mengenepikan sentimen perbezaan pandangan.
“Saya pasti semua parti politik bersetuju untuk melawan korupsi dalam negara dan sebaiknya kita bekerja ke arah itu.
“Tumpu ke arah Reformasi ekonomi yang lebih stabil dan lebih banyak lagi isu lain yang boleh kita beri perhatian untuk bekerja bersama,” katanya pemberita pada Program Larian Marathon Wanita di Stadium Shah Alam, hari ini.
Timbalan Presiden KEADILAN itu diminta mengulas perbezaan pandangan komponen pembangkang di peringkat Persekutuan ketika bahang Pilihan Raya Umum 14 (PRU 14) semakin dirasai.

Kerjasama ketenteraan China-Malaysia boleh undang serangan AS, dakwa Tun M

Jika kita membina sebuah pangkalan tentera laut dengan China, ia akan menarik perhatian AS dan berkemungkinan AS akan menyerang kita.
mahathir
BANGI: Kerjasama ketenteraan China dan Malaysia boleh menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi diserang pada masa akan datang, dakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan beliau ke Beijing pada November lalu, di mana kedua-dua negara bersetuju akan mengadakan lebih banyak kerjasama ketenteraan di Laut China Selatan.
Bercakap pada ceramah yang diadakan oleh PAS, Dr Mahathir menjelaskan dalam perjanjian itu, sebuah pangkalan tentera laut diperlukan bagi kemudahan kapal perang yang membuat rondaan di kawasan itu.
“Jika kita membina sebuah pangkalan tentera laut dengan China, ia akan menarik perhatian AS dan berkemungkinan AS akan menyerang kita.
“Ia hanya pendapat saya, tetapi ada kemungkinan kita diheret ke dalam perang antara China dan AS.”
Dengan mengambil contoh Libya, katanya, AS pernah beberapa kali menyerang kilang penapis minyak yang dibina oleh China.
“Apabila China membina beberapa kilang penapis minyak di Libya, AS mengebom kerana mereka tidak mahu melihat tentera China berada di sana.”
Beliau berkata, Najib seharusnya mengambil pendekatan tidak berpihak kepada mana-mana negara dalam dasar luar negara kerana ia menjadi dasar negara sejak mencapai kemerdekaan.

Lawan saya di Langkawi, Dr M cabar Nazri pula...

Nazri seharusnya lebih tahu beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas
nazri
BANGI: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir Mohamad pula mencabar Datuk Seri Nazri Aziz supaya beliau bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau pada sidang media.
Kata Dr Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas.
“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja.”
Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mencabar bekas Dr. Mahathir selepas mendapat tahu bekas Perdana Menteri itu akan menyertai lawatan PPBM ke Padang Rengas lewat bulan ini.
Nazri berkata, cabaran itu akan diberikan kepada Presiden PPBM, Datuk Seri Muhyiddin Yassin jika Dr. Mahathir enggan berbuat demikian.
“Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac.
“Lawatan itu melambangkan betapa hebatnya saya sebagai seorang ahli politik kerana mereka perlu datang ke sini untuk mengalahkan saya, maka lebih mudah untuk mereka menjatuhkan Umno.
“Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka, tapi jangan datang saja tapi bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya akan datang.”

NAJIB GUNAKAN PERBINCANGAN PERIBADI MENYERANG PENENTANGNYA?


"Apakah Dr Mahathir pernah mendedahkan perbincangan sulit dengan menteri atau pemimpin partinya dalam perkara seperti memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalannya, bukan Najib Razak sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat?"
Berhati-hatilah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang lain.
Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menggunakan perbincangan peribadi atau yang dianggap rahsia untuk menyerang seseorang demi kedudukannya.
Apakah Perdana Menteri sebelum Najib menggunakan taktik serangan peribadi sebegini untuk menjatuhkan mereka yang menentangnnya?
Apakah bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendedahkan perbincangan sulit dengan menteri atau pemimpin partinya umpamanya dalam perkara seperti memilih Timbalan Perdana Menteri?
Apakah diberitahu kepada rakyat kenapa Dr Mahathir memilih Abdullah Ahmad Badawi (Tun), bukan Najib sebagai timbalannya mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Anwat dipecat?
Walaupun ada pertelingkahan dengan kedua-duanya, Dr Mahathir tidak pernah mendedahkan sebarangan perbincangan antara mereka sehingga sekarang.
Ada yang tahu rahsia itu tetapi oleh kerana Dr Mahathir sendiri tidak bercakap mengenainya, mereka yang tahu mengenai perkara itu turut menyimpan rahsia parti.
Dengan Najib melakukan pendedahan perbincangannya dengan Datuk Seri Shafie Afdal kelmarin, perlakukan sebegini turut menimbulkan persoalan, apa ruang atau peluang yang ada untuk seseorang bekas menteri mempertahankan dirinya daripada tuduhan sedemikian.
Bagaikan sudah habis modal untuk diceritakan kepada rakyat Sabah, Najib hari ini membuat serangan peribadi ke atas seorang bekas menteri persekutuan dari Sabah.
Menggunakan rahsia perbincangan dan hubungan intim selama ini dengan bekas seorang menteri persekutuan dari Sabah Najib untuk meyakinkan rakyat Sabah dan menyerang menteri berkenaan untuk menunjukkan kononnya beliau berjuang untuk rakyat,  adalah perbuatan memalukan.

Inikan cara terbaik untuk mengajak rakyat Sabah menyokong BN?
Tidak adil mendedahkan hasil perbincangan seorang menteri dengan  beliau, malah ‘suasana akrab dan manis’ yang kini menjadi ‘muram dan masam’,  tidak wajar didedahkan kepada rakyat.
Jelas Perdana Menteri semakin muflis idea dan modal untuk mengkritik pemimpin lawan serta mengajak rakyat menyokong BN, terutamanya di Sabah.
Dengan mendedahkan kononnya seorang bekas menteri persekutuan yang kini presiden parti pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi ketua menteri Sabah adalah perbuatan tidak beretika.
Apa lagi pendedahan yang  menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu, sangat menjijikkan.
Tidakkah perbincangan sulit dan peribadi antara ketua sebuah parti dengan pemimpin dalam partinya adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan?
Walau apa juga keadaannya, sebagai pemimpin utama – apa lagi perbincangan yang bersifat peribadi seperti ini kalaupun benar – sama sekali tidak wajar didedahkan kepada umum walaupun orang berkenaan mungkin mengatakan sedemikian.
Jika beginilah bentuk kepimpinan pemimpin utama parti, maka berhati-hatilah pemimpin UMNO dan BN.
Ini  kerana mungkin Najib boleh dan akan menggunakan sebarang perbincangan ‘dari hati ke hati’ sebagai senjata atau untuk ‘mengugut seseorang’ kemudian hari.
Kata Najib: “Bagi saya, cita-cita peribadi tidak boleh mengatasi perjuangan untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi semalam.
Sambil itu Najib berkata mana boleh sebuah parti politik ditubuhkan atas cita-cita peribadi, dan parti seperti itu tidak akan bertahan lama.
Walaupun tidak menamakan pemimpin terbabit, Najib jelas merujuk kepada bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga ahli Parlimen Semporna dan presiden Parti Warisan Sabah.

Harga minyak, pening bulanan kini bertukar mingguan?

Sanggupkah stesen minyak bertarung harga dengan wujudnya harga siling? Pastinya mereka akan mengekalkan harga sama.
petrol-hike-1
Harga petrol, terutama RON95, kini masalah rumit bagi kerajaan. Pada harga RM2.30 seliter hari ini, sebarang kenaikan harga minyak akan disifatkan sebagai melampau bagi rakyat biasa.
Berdepan dengan situasi ini, kerajaan kini dalam proses memperkenalkan harga siling kepada harga bahan api.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan berbanding apa yang dilakukan sekarang iaitu sebulan sekali.
Strategi itu diambil oleh kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar tidak melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.
“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif,” katanya.
Malangnya, inisiatif kerajaan ini bukanlah jawapan yang diharapkan rakyat biasa.
Rakyat sebenarnya mengharapkan harga bahan api tidak akan naik lagi, dan bukannya sekadar harga bahan api tidak boleh melepasi harga siling yang ditetapkan kerajaan.
Bagi rakyat, apa gunanya kalau ada harga siling jika harga minyak terus naik dan menjadi pemangkin kepada lonjaknya inflasi segala jenis barangan konsumer?
Bertarung harga?
Bukan itu sahaja, sudah sekian lama semua stesen minyak di Malaysia mengamalkan penjualan bahan api pada harga yang sama, susah dibayangkan ada stesen minyak yang sanggup menjual bahan api kurang daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.
Sekiranya stesen minyak sanggup saling bertarung harga, yang ruginya ialah mereka.
Umpamanya, sekiranya stesen Shell di kawasan rehat Temerloh sanggup menjual harga minyak pada paras lebih rendah, sudah pasti ini akan memaksa stesen Petronas di kawasan rehat Gambang dan Karak untuk menurunkan harga, yang mengakibatkan keuntungan mereka berkurangan sedangkan jumlah pengguna lebuhraya tersebut tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengisi minyak kereta mereka.
Menyedari hakikat ini, sudah pastinya stesen minyak akan mengekalkan harga yang sama mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan.
Meskipun para pengusaha stesen minyak sanggup bertarung harga, rakyat tetap terbeban sekiranya harga bahan api seperti RON95 melebihi paras RM2.30 seperti yang ada hari ini.
Sistem hari ini

Pilihan raya mengejut Sabah kelebihan untuk BN?

Spekulasi meramalkan 13 April sebagai tarikh kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah. Ia memetik penganalisis politik yang mengatakan hari penamaan calon akan diadakan 21 April manakala pengundian pula 5 Mei.
arnold-puyok
PETALING JAYA: Penganalisis politik meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa di Sabah sekiranya pilihan raya negeri mengejut yang disebut-sebut diadakan dalam waktu terdekat.
Arnold Puyok dari Fakulti Sains Sosial dan Jeniri Amir dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak berkata, BN mempunyai kelebihan besar ekoran perpecahan dalam pembangkang sekarang.
Bagaimanapun, sumber dalaman Umno memberitahu FMT pilihan raya mengejut adalah berisiko untuk BN di mana salah seorang daripada mereka meletakkan “bukan hanya pembangkang yang kucar-kacir.”
Sumber Umno Sabah berkata, parti itu masih terasa bahang kehilangan Datuk Seri Shafie Apdal, bekas naib presiden Umno yang meninggalkan parti itu tahun lalu selepas keahliannya digantung.
Puyok berpandangan bahawa BN “agak stabil berbanding pembangkang, terutamanya dengan kemunculan parti-parti baharu, yang akan memberi manfaat kepada BN dan melemahkan pembangkang.”
Jeniri bersetuju dengan berkata pembangkang di Sabah masih tidak selaras.
“Semua orang mahu menjadi wira, semua orang mahu menjadi pemimpin,” kata beliau.
“Jadi ia adalah sukar untuk tampil dengan bersatu tenaga untuk menghadapi BN.”
Laporan Borneo Today baru-baru ini menyebut lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Sabah boleh menjadi pelopor kepada pilihan raya negeri lebih awal di mana selaku Pengerusi BN beliau mahu melihat sendiri sejauh mana BN Sabah telah bersedia untuk memanggil pilihan raya mengejut.
Spekulasi meramalkan 13 April sebagai tarikh kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah. Ia memetik penganalisis politik yang mengatakan hari penamaan calon akan diadakan 21 April manakala pengundian pula 5 Mei.
Jeniri berkata, BN telah menjalankan banyak penyelidikan. “Mereka cuba untuk mengumpul maklum balas daripada pelbagai sumber melalui pelbagai kaedah, termasuk soal selidik.”
“Jika ada sokongan sebenar untuk BN berdasarkan kajian ini, maka saya percaya mereka akan membuat keputusan muktamad untuk mengadakan pilihan raya mengejut.”
Beliau berkata, BN akan mengkaji kemenangan di Sabah sebagai rangsangan moral yang diperlukan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Bagaimanapun terdapat kebimbangan dalam Umno bukan sahaja kerana rasa tidak puas hati dengan isu Shafie, tetapi juga susulan skandal rasuah melibatkan Jabatan Air Sabah.
Satu sumber Umno berkata, “sekiranya BN menang dengan meyakinkan, maka ia akan menjadi baik, tetapi ia kehilangan walaupun lima atau enam lagi kerusi, ia boleh membuktikan satu masalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana pembangkang boleh menggunakan penurunan itu bagi mengatakan Sabah bukan depositi tetap seperti sebelum ini.”
Aktivis belia terkenal Sabah, Jufazli Shi Ahmad telah pun meramalkan penyingkiran BN jika pun pilihan raya mengejut diadakan.
Beliau berkata peluang BN untuk menang “hampir tidak wujud.”
Katanya, rakyat Sabah sudah “bosan dengan janji-janji palsu.”
“Selama lima penggal dan lebih 20 tahun BN telah gagal untuk menunaikan manifesto mahu menjadikan Sabah sebuah negeri maju,” katanya kepada FMT.
“Jalan-jalan berada dalam keadaan yang teruk dan kita tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air di kebanyakan tempat.”

Pakatan Harapan utamakan polisi ‘satu lawan satu’

Semua perkara yang diketengahkan dalam rundingan akan diambil kira bagi memastikan polisi 'satu lawan satu' di setiap kawasan yang ditandingi calon pakatan pembangkang
wan-azizahBUKIT MERTAJAM: Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih dalam perbincangan bagi menentukan pengagihan kerusi yang dipertandingkan calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua perkara yang diketengahkan dalam rundingan itu akan diambil kira bagi memastikan polisi ‘satu lawan satu’ di setiap kawasan yang ditandingi calon pakatan pembangkang.
“Kita nak satu lawan satu tapi kita tidak boleh menyekat mana-mana individu atau parti mana yang nak bertanding. Itu adalah antara rundingan kita, kita nakkan supaya kita menang…itu polisinya,” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan Latihan Jentera PKR kawasan Penanti di sini.
Dr Wan Azizah berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan PPBM yang meminta supaya perbincangan semula diadakan bagi pengagihan kerusi yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.
“Kesediaan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor daripada PPBM, termasuk usia penubuhan parti itu yang masih baharu. Kita juga sedang membincangkan perkara asas dalam kerjasama semua parti pembangkang, termasuk agihan kerusi,” katanya.
Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui berlaku pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM, namun menyifatkan ia sebagai pertindihan yang minimum.

Ke mana pergi ratusan ribu penyokong RUU 355?

Suasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusatSuasana dewan di Kompleks Sukan Pandamaran lengang walaupun Ceramah Perdana Pas itu dihadiri pemimpin peringkat pusat
Lebih banyak kerusi kosong kelihatan walaupun dihadiri pemimpin Pas Pusat. Itu situasi yang berlaku dalam Ceramah Perdana Pas di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang di Selangor malam tadi.
Beberapa foto program itu yang difahamkan setakat pukul 10.30 malam turut tular di media sosial manakala semakan Malaysia Dateline pagi ini di laman rasmi Facebook Pas Kawasan Klang mendapati tiada langsung foto hadirin dimuat naik.
Hanya wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan berjumlah tujuh foto kesemuanya disiarkan walaupun poster program turut memaklumkan kehadiran Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.
Walaupun Pas sebelum ini menguar-uarkan ratusan ribu pengikutnya hadir pada himpunan menyokong Rang Undang-undang (RUU) 355 di Kuala Lumpur bulan lalu tetapi sokongan yang sama dilihat tidak wujud pada program Pas di negeri Pakatan Harapan itu.
Pada hari yang sama, suasana Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Selangor di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pula dilihat jauh berbeza.
Dihadiri ahli dan penyokong Amanah berbilang kaum sesuai dengan demografi pilihan raya di kawasan tersebut, dewan di Jalan Pandamaran Jaya 7 pada pagi semalam dibanjiri warna jingga dalam program yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Turut hadir Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim; Pengarah Pilihan Raya Amanah Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin serta para pemimpin Amanah negeri berkenaan.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir bakal menyaksikan penampilan sulung Amanah sebagai parti Islam menggantikan Pas dalam gabungan Pakatan Harapan menentang Umno-BN dan mana-mana parti yang bersekongkol dengan rejim kleptokrat itu.
Amanah sebelum ini memutuskan akan meletakkan calonnya di semua kerusi Pas tandingi pada PRU-14 memandangkan kedudukan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bukan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Pas yang secara terbuka turut memusuhi DAP dalam reaksinya pula mengecam pendirian Amanah itu dengan menganggap kerusi yang ditandinginya sebelum ini sebagai "kerusi tradisi" walaupun kalah.
Di Selangor, kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan Pakatan Harapan (PKR-Amanah-DAP) menguasai 30 kerusi manakala Pas 13, BN 12 dan Bebas 1 kerusi.

Kerajaan tutup subahat kekejaman perang dalam dan luar parlimen?

Raja Bahrin ShahRaja Bahrin Shah
Saya membaca dengan hairan putar belit fakta serta pembohongan kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia tentang penglibatan Malaysia dalam serangan ke atas negara Yaman dan perbuatan bersekongkol dengan Arab Saudi serta sekutu barat mereka
Alasan bahawa anggota tentera Malaysia berada di Arab Saudi untuk bersedia memindahkan rakyat kita tidak masuk akal kerana satu operasi pemindahan pelajar dan rakyat kita telah dilakukan lebih setahun dahulu. Lagi pun jika situasi di Yaman yang telah belarutan begitu lama dianggap berbahaya arahan rasmi patut dikeluarkan untuk rakyat dibawa pulang dan kerajaan tidak lagi bertangungjawab atas keselamatan mereka. Tidak ada negara lain pun yang mempunyai pelajar dan rakyat di Yaman meletakan tentera mereka di Arab Saudi dengan belanja yang begitu besar. Berapa buruk lagi kita hendak menunggu situasi di Yaman sebelum hendak bertindak bawa rakyat keluar dengan laporan badan antarabangsa menyebut 18 juta rakyat dewasa dan 2.1 juta anak kecil menghadapi kebuluran di Yaman.
Alasan tentera kita masih di sana kerana latihan tentera "Northern Thunder" di Arab Saudi yang berakhir pada Februari 2016 juga tidak masuk akal. Dua puluh negara Arab, Afrika dan serantau yang mengambil bahagian telah lama pulang setahun dahulu jadi mengapa kita masih di sana? Soal mengapa Malaysia yang jauh terpisah dari negara anggota lain dari Arab dan Afrika telah lama saya persoalkan. Indonesia negara dengan rakyat umat Islam teramai pun tidak mengambil bahagian.
Saya percaya Kerajaan tidak bercakap benar tentang sebab utama anggota tentera Malaysia berada di Arab Saudi dan saya juga percaya Malaysia terlibat dalam serangan Arab Saudi keatas Yaman bersama sekutunya dari Amerika.
Kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia yang disiarkan oleh NST pada 4 Mac bahawa tuduhan di atas "tidak benar, berniat jahat, tidak berasas dan dengan niat tidak baik untuk memburukan nama Kementerian Pertahanan, angkatan Tentera dan Malaysia" adalah cubaan terdesak untuk menafikan situasi yang tidak boleh diselindungi lagi.

Kuasa Najib & Rosmah.....

Sejak Najib jadi kepala besar pentadbiran negara macam-macam kejadian yang tak masuk akal berlaku dlm negara kita.

Orang meletop C4 lain..

Kapal tak selam2 lain..

Pesawat MH370 lesap lain..

Masuk 2.6 bilion akaun Najib lain..

Masuk 2 juta akaun Rosmah lain..

Aset negara tergadai lain..

Ringgit terus jatuh lain..

Ringgit tak laku di luar negara lain..

BR1M 500 cukup makan setahun lain..

BR1M ikut syariat Islam lain..

TERKINI .. Malaysia usir duta Korea Utara pula.

KENAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA KERAP SANGAT BERBOHONG...??!

Najib dgn nada tegasnya #ForestCity 'leasehold' (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja. Tapi bersepah2 papan tanda di Forest City itu tertulis terpampang 'HAK MILIK KEKAL'.

TAHUKAH ANDA.. pada laman sesawang Forest City juga ada mengatakan 'Forest City freehold property rights'...

Skandal hartanah Johor dan pekung kerajaan pimpinan Khaled Nordin

Siasatan kes penyelewengan dalam skandal hartanah di Johor membabitkan enam individu termasuk anak dan seorang pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini dilihat membuka lebih banyak pekung tersembunyi kerajaan negeri pimpinan UMNO.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini mengakui bahawa sememangnya kerajaan negeri membenarkan penukaran status rumah bumiputera kepada status bukan bumiputera. Alasan yang diberikan adalah bahawa ia merupakan usaha untuk mengurangkan lambakan kediaman mewah.
Khaled Nordin ketika ucapan penggulungan perbahasan belanjawan negeri tahun lepas memfitnah DAP tidak menjaga kepentingan bumiputera. Cuba bermain retorik bahawa diri dan kerajaan pimpinannya wira bumiputera. Adalah melucukan apabila dasar kerajaan negeri yang dibincangkan ini menunjukkan sebaliknya. Tindakan menukar status bumiputera perumahan-perumahan itu tidak lain hanya bertujuan menguntungkan pemaju, bukannya rakyat Malaysia tidak kira bumiputera atau bukan bumiputera.
Ketua Eksekutif Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim di dalam satu laporan The Malay Mail Online menyebut tentang kurangnya perumahan dalam lingkungan harga yang mampu dimiliki oleh 50 peratus populasi di Johor, iaitu sekitar RM150,000 hingga RM450,000.
Ini memberikan petunjuk bahawa pemaju-pemaju di Johor selama ini lebih berminat membina rumah-rumah mewah mampu tengok berbanding rumah mampu milik. Tidak sukar memahami logik kepada tindakan pemaju. Semuanya atas nama keuntungan. Pemaju dapat membuat untung berlipat ganda melalui pembinaan rumah mewah berbanding rumah-rumah mampu milik untuk rakyat.
Apabila pemaju-pemaju yang sekadar memikirkan keuntungan ini berdepan dengan masalah akibat daripada permintaan rendah untuk rumah-rumah mewah, berbanding membiarkan pasaran menghukum sifat tamak mereka, kerajaan negeri UMNO di Johor cuba menyelamatkan mereka dengan membenarkan penukaran status-status perumahan bumiputera.
Dengan adanya kerajaan negeri selaku penyelamat, pemaju-pemaju kini boleh terus membina rumah mewah demi mengaut lebih banyak keuntungan tanpa perlu berdepan dengan risiko kurangnya permintaan.
Pro-Pemaju Merugikan Rakyat Malaysia
Ramai sudah maklum berkenaan peningkatan mendadak pemilikan warga asing terhadap hartanah di Johor berdasarkan jawapan kerajaan negeri kepada pertanyaan Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Senai, Wong Shu Qi bertarikh 12 Februari 2015.
Tiada masalah untuk menggalakkan pelabur asing atau membuka ruang kepada orang luar membeli hartanah-hartanah kita. Namun perlu wujud keseimbangan dan bukannya ke tahap kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.
Tindakan kerajaan negeri yang hanya mementingkan keuntungan pemaju akan menyebabkan masalah ini semakin membarah.
Rumah-rumah mewah ini terlalu mahal untuk dibeli oleh warga Malaysia, pada masa sama kebanyakkan berada pada paras siling yang dibenarkan pemilikannya kepada warga-warga asing. Menjadikan penetapan harga siling untuk pemilikan warga asing ibarat sekadar acah-acah bahawa kononnya kerajaan memandang serius isu ini.
Data menunjukkan untuk pembinaan jangka masa sederhana, rumah mampu milik yang sedang dalam pembinaan untuk tempoh 2013 hingga 2016 hanyalah sebanyak 11,600 unit saja sedangkan pemaju telah menjual sebanyak 21,797 unit rumah kepada warga asing (2009 hingga 2014).
Kerjasama kerajaan negeri UMNO di Johor dan pemaju membuatkan pemaju makin rancak membina rumah-rumah mewah. Ini menarik minat dan membuka lebih peluang kepada warga asing yang sememangnya menanti untuk menerkam hartanah-hartanah dalam negara. Dan tindakan kerajaan negeri Johor yang pro-pemaju menggangu keseimbangan itu lalu membiarkan rakyat, baik bumiputera mahupun bukan bumiputera terkapai-kapai dalam masalah pemilikan rumah.

3 petanda aras tentukan kekuatan Pakatan Harapan, Bersatu hadapi PRU14

PETALING JAYA, 4 MAC: Seramai kira-kira 200 pemimpin DAP semua peringkat dari seluruh negara menghadiri Retreat Kepimpinan Kebangsaan 2017 yang bermula semalam dan akan berakhir esok.
Perjumpaan tertutup ini memberi tumpuan kepada persediaan parti berhadapan pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan perasmiannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan tiga petanda aras yang boleh menentukan kekuatan Pakatan Harapan dan Bersatu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia katanya merupakan petunjuk terhadap kemampuan pembangkang untuk memberikan saingan sengit kepada UMNO-BN.
“Adakah kita memiliki pemimpin yang berkualiti untuk memimpin Malaysia keluar dari krisis ekonomi dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi?
“Adakah pemimpin UMO-BN dan ahli-ahlinya berkempen secara agresif di peringkat akar umbi sebagaimana mereka lakukan dalam pilihanraya lalu?
“Apakah respon rakyat terhadap UMNO dan BN?” soalnya dihadapan kira-kira 200 pimpinan DAP seluruh negara.
Menurut Guan Eng, apa yang berlaku saat ini kepada UMNO berbeza dengan persediaan mereka berhadapan pilihan raya umum lalu.
“Apa yang saya lihat, jentera UMNO tak bergerak. Saya tahu sekarang ini mereka terdesak. Malah di negeri yang mereka aktif, tahap intensiti kempen mereka amat rendah,” tambah beliau.
Ahli Parlimen Bagan itu menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia akan dilanda tsunami politik dan ini katanya akan melibatkan tuntutasn untuk perubahan di Sabah dan Sarawak.
“Sudah sampai masanya rakyat bertindak terhadap segala janji-janji palsu BN yang telah merosakkan negara kita,” katanya.
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menegaskan, untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan baru, DAP perlu bekerjasama dengan parti-parti politik yang berkongsi aspirasi perjuangan yang sama.
“Ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan prinsip. Kita tetap sebuah parti Malaysian Malaysia. Kita masih sebuah parti sosial demokrasi.
“Kita sedang bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih yang berpegang kepada keadilan dan kesaksamaan,” tegasnya.
Ahli Parlimen Cheras itu mengulangi pendirian parti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menentang segala ancaman terhadap keluruhan perlembagaan sewaktu mengulas usul persendirian untuk meminda akta Mahkamah Syariah 1965.

Daftar undi automatik, Malaysia sudah boleh mula

Kerajaan boleh mengambil pendekatan dengan membuat pendaftaran mengundi secara automatik terhadap setiap remaja yang menginjak usia 21 tahun.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Malaysia sudah ada kemampuan untuk ke arah itu dan mengikut jejak beberapa negara yang sudah melakukannya.
Hadir MengundiMenurutnya, dengan cara ini ia dapat mengurangkan angka golongan muda yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh merealisasikan perkara ini.
“Kita tahu, mengundi adalah tanggungjawab semua, namun jika kita hanya menunggu, dikhuatiri akan lebih ramai tidak mahu mendaftar memandangkan ada beberapa faktor yang saya kira mengapa golongan muda ini tidak mahu mendaftar,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata, sungguhpun ia mungkin dianggap satu perubahan drastik, namun ia boleh dijadikan percubaan untuk ke arah lebih baik.
“Sudah pasti akan ada pro dan kontranya. Tetapi, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi?
“Jumlah 4.1 juta yang masih belum berdaftar dan majoriti adalah golongan muda, ia tidak boleh dipandang ringan.
“Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu mendaftar adalah kurang sikap ingin mengambil tahu kepentingan mengundi serta tiada pendedahan khusus mengenai tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.
Katanya lagi,  ada juga segelintir golongan muda ini merasakan, mendaftar atau tidak, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan terhadap sistem yang ada sekarang.
“Pandangan itu silap. Dengan kefahaman yang betul, jumlah ini akan dapat dikurangkan dan lebih ramai golongan muda akan mula mendaftar.

MENANG 2,000 UNDI PUN ADA HATI NAK CABAR TUN MAHATHIR...

Rasanya ini sudah kali kedua Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz melontarkan cabaran kepada Tun Mahathir untuk berdepan dengannya di Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang.

Cabaran kali kedua ini dilontarkan berikutan Tun Mahathir akan turun berceramah di Padang Rengas, hujung bulan ini.

Sekiranya bukan Tun Mahathir, Nazri juga dilaporkan mencabar Muhyiddin Yassin untuk berdepan dengannya susulan Presiden Bersatu itu akan turut datang ke Padang Rengas selang dua hari daripada kedatangan Tun Mahathir.

Muhyiddin akan menghadiri satu program di Padang Rengas pada 23 Mac, diikuti Tun Mahathir pada 25 Mac.
Tentunya ramai yang tergelak dan senyum sinis dengan cabaran Nazri itu kerana dalam pilihanraya 2013 lalu beliau hanya mampu menang dengan majoriti 2,230 undi saja.

Itu pun lawannya ketika itu seorang yang tidaklah seorang yang cukup dikenali ramai iaitu Meor Ahmad Isharra Ishak.

Bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang lawannya adalah seorang lebih terkenal atau bertaraf nasional.

Agak-agaknya nak gebang besar mencabar orang lain...lainlah kalau menang dengan majoriti 20,000 undi.

Maka, untuk PRU 14 akan datang, di samping UMNO dan BN makin terbeban dengan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta dalam akaun Najib Razak, dengan dua tiga kali Tun Mahathir dan Muhyiddin datang ke Padang Rengas saja sudah memadai untuk mengoyak-rabakkan kedudukan Nazri.

Tidak perlu Tun Mahathir atau Muhyiddin menyahut cabaran bertanding di Padang Rengas kerana mereka bukan sekadar untuk mengalahkan Nazri sebagai Ahli Parlimen, tetapi lebih penting ialah untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Jika UMNO dan BN dapat ditumbangkan, bukan saja Nazri akan kalah sama, malah kalau  beliau menang sekali pun, kecundanglah segala nikmat kehidupannya selama ini.

Polis nafi paksa warga Korea Utara buat pengakuan

Polis berkata ia hanya menjalankan tugas dalam menyiasat segala aspek kes Jong Nam, susulan tuduhan Jong Chol di Beijing semalam.
noor-rashid-1
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menafikan dakwaan rakyat Korea Utara Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan dalam siasatan terhadap pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, kononnya beliau menjadi mangsa pakatan yang didakwa untuk merosakkan kehormatan negaranya.
Timbalan Ketua Polis Negara. Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis hanya menjalankan tugas dalam menyiasat segala aspek kes itu.
Jong Chol, 47, ditahan bagi memudahkan siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong Nam pada 13 Feb di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) tetapi dihantar pulang semalam kerana kekurangan bukti.
“Dia (Jong-Chol) boleh buat apa sahaja kenyataan tetapi polis buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah membebaskan beliau kerana tiada bukti kukuh,” katanya kepada Bernama bila dihubungi malam tadi.
Bercakap di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara, Jong-Chol dilaporkan menuduh penyiasat Malaysia menggunakan tekanan bagi memaksanya membuat pengakuan. Noor Rashid menafikan ini.

Laporan AS tonjol pencabulan hak asasi akibat skandal 1MDB

Pelbagai pencabulan hak asasi manusia yang berlaku ekoran percubaan membendung skandal 1MDB telah dibangkitkan dalam Jabatan Negara Amerika Syarikat menerusi Laporan Negara AS Mengenai Amalan Hak Asasi Manusia 2016.
"Ekoran skandal kewangan kerajaan pada 2014, pemberi maklumat dan pengkritik berdepan penapisan, ugutan polis, siasatan dan tuduhan jenayah.
"Akhbar dan stesen media penyiaran menapis terlebih dahulu liputan berita mengenai skandal tersebut.
"Media atas talian menawarkan perspektif lebih bebas dan kritis, tetapi sering menjadi sasaran tindakan undang-undang dan gangguan dengan menyebabkan sebuah portal ditutup," kata laporan itu.
Laporan yang dikeluarkan di Amerika Syarikat awal hari ini mencetuskan kontroversi sendiri apabila Setiausaha Negara AS Rex Tillerson memecah tradisi dengan tidak hadir.
Antara lain, laporan itu menekankan pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan sekatan ke atas Medium.com dan The Malaysian Insider, yang semuanya terkait dengan skandal 1MDB.

Individu menyamar TKM 1 P. Pinang di FB, tipu duit rakan

Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon (kiri)  membuat laporan polis berhubung namanya digunakan untuk menipu duit rakan di FacebookDatuk Seri Mohd Rashid Hasnon (kiri) membuat laporan polis berhubung namanya digunakan untuk menipu duit rakan di Facebook
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, menjadi mangsa kepada individu yang menyamar dirinya melalui akaun Facebook palsu dan menipu rakannya untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan.
Sehubungan itu, Mohd Rashid meminta orang ramai agar tidak tertipu dengan tindakan individu tersebut kerana dua rakannya telah ditipu.
"Individu itu menghantar mesej melalui akaun Facebook dengan alasan saya kesempitan wang. Apa yang dikesali, dua rakan saya telah tertipu dan masing-masing memasukkan RM100 dan RM780 ke dalam akaun seperti yang diminta," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd Rashid, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakannya semalam yang mahu tahu mengapa beliau meminta sejumlah wang daripada mereka melalui Facebook.
"Saya amat terkejut kerana saya tidak pernah berbuat demikian termasuk meminta wang sumbangan dari rakan-rakan saya. Menyedari ada yang tidak kena, saya kemudiannya memeriksa akaun terbabit.
"Memang benar, individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama dan hampir kesemua gambar saya bagi menipu mangsa yang terdiri daripada rakan-rakan saya," katanya yang menjelaskan laporan polis telah dibuat semalam.
Katanya individu itu meminta kakitangan dan rakan-rakannya memasukkan wang ke dalam dua akaun bank dan akaun Facebook tersebut didapati telah dipadamkan tengah hari semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis telah mengenal pasti suspek tersebut dan sedang berusaha menjejakinya.
Mior Faridalathrash berkata Mohd Rashid membuat laporan polis semalam selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kakitangannya kira-kira pukul 9 pagi ketika menghadiri Mesyuarat Exco di Komtar.

Malaysia usir duta Korea Utara

Malaysia sebelum ini memanggil pulang dutanya ke Pyongyang sebagai jawapan kepada dakwaan Korea Utara yang menggugat hubungan diplomatik antara kedua negara
Kang-Chol
PETALING JAYA: Duta Korea Utara Kang Chol diisytiharkan “persona non grata” dan dijangka meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam bermula 6.00 petang ini.
Pengumuman Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman hari ini membuka babak baru dalam hubungan antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan “Kim Chol” atau Kim Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, 13 Februari lalu.
“Pengusiran duta Korea Utara menyusuli keputusan kerajaan Malaysia, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu berkuat kuasa 6 Mac 2017 semua warga Korea Utara perlu memohon visa untuk memasuki Malaysia.
“Ini merupakan petanda kerajaan bimbang Malaysia digunakan untuk aktiviti haram. Langkah ini sebahagian daripada proses kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungannya dengan Korea Utara,” kata Anifah dalam kenyataan hari ini.
“Persona non grata” bererti “orang yang tidak diingini” dan merupakan penolakan paling serius sesebuah negara terhadap diplomat asing dan juga sebagai penyataan rasa tidak senang terhadap kelakuan atau dasar negara diplomat itu.
Pada 28 Februari, para pegawai Wisma Putra diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Raja Nurshirwan Zainal Abidin menemui delegasi Korea Utara meminta permohonan maaf daripada Pyongyang di atas tuduhan yang dilemparkan oleh duta mereka.
“Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penghinaan terhadapnya atau sebarang cubaan untuk mencemar reputasinya,” kata Anifah, dan menambah Pyongyang diberi masa sehingga jam 10.00 malam hari yang sama untuk menjawab permohonan itu.
“Hampir 4 hari berlalu sejak tarikh akhir itu. Tiada permohonan maaf diberikan, tiada petanda ia akan diberikan. Atas sebab ini, duta diisytiharkan ‘persona non grata’.”
Korea Utara sehingga hari ini enggan mengesahkan identiti si mati, membantah bedah siasat yang dijalankan dalam siasatan pembunuhan itu, dan mendakwa Malaysia berpakat dengan negara musuh.
Dakwaan Korea Utara menggugat hubungan diplomatik antara kedua negara, mendorong Malaysia memanggil pulang duta ke Pyongyang dan memansuhkan lawatan bebas visa dengan Korea Utara.
Analisis awal ke atas bahan yang diambil dari muka si mati menemui kesan VX, kimia sintetik yang sangat mudarat ia dikelaskan sebagai senjata pemusnah.

Malaysia usir Duta Besar Korea Utara