Sabtu, 4 Mac 2017

Pakatan Harapan-Bersatu masih bincang isu agihan kerusi - Wan Azizah

BUKIT MERTAJAM - Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih dalam perbincangan bagi menentukan pengagihan kerusi yang dipertandingkan calon pakatan pembangkang pada PRU14.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua perkara yang diketengahkan dalam rundingan itu akan diambil kira bagi memastikan polisi 'satu lawan satu' di setiap kawasan yang ditandingi calon pakatan pembangkang.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail "Kita nak satu lawan satu tapi kita tidak boleh menyekat mana-mana individu atau parti mana yang nak bertanding. Itu adalah antara rundingan kita, kita nakkan supaya kita menang...itu polisinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Jentera PKR kawasan Penanti di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan PPBM yang meminta supaya perbincangan semula diadakan bagi pengagihan kerusi yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.
"Kesediaan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor daripada PPBM, termasuk usia penubuhan parti itu yang masih baharu. Kita juga sedang membincangkan perkara asas dalam kerjasama semua parti pembangkang, termasuk agihan kerusi," katanya.
Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui berlaku pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM, namun menyifatkan ia sebagai pertindihan yang minimum.

SEPAKAT PEMBANGKANG ADALAH ‘PAKATAN ALI BABA’ SEMBANG NAJIB

SIPITANG – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kesepakatan pembangkang di Malaysia seperti ‘pakatan Ali Baba’ kerana tidak mempunyai persefahaman untuk memilih siapa bakal perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.
Perdana Menteri juga menyifatkan pembangkang sebagai pelik kerana mereka hanya bersetuju untuk memilih timbalan perdana menteri, menjadi individu paling berkuasa, kerana dia yang akan menentukan siapa bakal perdana menteri.
“Yang paling peliknya timbalan perdana menteri yang akan memilih siapa yang akan jadi perdana menteri. Ini adalah ali baba, pembangkang adalah ‘ali baba’,” katanya ketika berucap merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di Sindumin dekat sini, Sabtu.
“Siapa yang akan jadi perdana menteri mereka belum tentukan. Siapa yang mahu jadi perdana menteri? (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail), Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusuf dan timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

MAP BUAT RAKYAT LEBIH SAYANGKAN DR MAHATHIR

TV3 sila terus maki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itulah permintaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid Mat Arif, masa berucap di malam mesra media anjuran PPBM Pulau Pinang pada 17 Februari lalu.
Kata Zahid, pada mulanya dia marah dan sangat benci kepada TV3 khususnya dan media massa arus perdana (MAP) amnya kerana hina Dr Mahathir.
Tapi bila dia bergaul dengan orang ramai, dia dapati bukan dia saja marah dan  benci kepada TV3 kerana hina Dr Mahathir malah mereka pun begitu juga.
Lagi teruk TV3 dan MAP hina Dr Mahathir, lagi orang ramai benci kepada mereka dan bersimpati dengan Dr Mahathir.
Ramai sudah tahu MAP dalam keadaan nazak sehingga terpaksa tutup kilang percetakan, mengemis kepada Umno untuk bayar bagi kakitangan dan rugi ratusan juta ringgit kerana ditolak oleh penonton, pembaca dan pendengar.
Contoh terbaru penolakan orang ramai terhadap MAP kerana hina Dr Mahathir adalah tindak balas mereka kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, (Datuk Seri) Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.
Dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu dia kata Dr Mahathir adalah harimau tua yang sama ada nyanyuk atau pembohong.
Di antara pukul 1:21 petang hari itu hingga 5:05 petang hari berikut, laporan Malaysiakini itu menarik 124 komen. Berita yang sama dalam Facebook mendapat 1,200 komen.
Kebanyakan komen pertahankan Dr Mahathir dan tutuk Tengku Sharifuddin. Memang teruk dia kena belasah.
 
Tengku Shariffudin kata Dr Mahathir Harimau Tua Nyanyuk
Contoh komen pembaca terhadap kenyataan Tengku Sharifuddin itu adalah seperti berikut:
Kasparov Cia: “Ya betul….. T Sariffudin ni kaki jilat….. Nak buat mcm mana semua yg di pilih Pak Jib pilih bodoh2…..”
Mohd Abu (University West London): “Kalau Mahathir menyanyi saya dengar nada penyampaiannya bukan serak parau loghat Kedahnya! Kalau Mahathir bercakap saya nilai kandungan logik cakapnya, rentak etika dan semangat penyampaiannya! Bila Najib berucap saya angkat kain kerana tak pakai seluar dalam utk tahan muntah dan sumbat telinga!”
Dua pembahas bagi tindak balas kepada hujah Mohd Abu.
Willian Cheng (Leeds Metropolitan University UK) berkata: “Sangat benar” dan Nab AB (bekerja di UTMIC) pula berkata: “Kahkahkah..najib klu tak cakap muhong bukan najib la tu….”
Hatta yang tak setuju dengan Mohd Abu pun tak pertahan Najib atau Tengku Sharifuddin sebaliknya mereka berbalah sesama sendiri.

Harga bahan api setiap minggu mulai April, lepas ni setiap hari lah...!!!

Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.
hamzah
LARUT: Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.
Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.
“Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.
“Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang kita hendak tetapkan ini,” kata beliau dipetik Bernama.
Hamzah yang juga ahli parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.
“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke
stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan harga gula pasir putih sambil meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang persepsi negatif berhubung keputusan itu.

Johor: 3,000 unit rumah mewah kuota bumiputera ditukar status lot antarabangsa

Kerajaan negeri peroleh RM600 juta daripada pemaju dan digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor.
Khaled-Nordin_johor_rumah_600
JOHOR BAHRU: Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota bumiputera di Johor ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pertukaran itu, kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan
dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).
Hasil itu merupakan bayaran pemaju kepada kerajaan negeri yang ditetapkan bagi pemohonan pertukaran status hartanah di negeri ini, katanya.
“Ia melibatkan rumah yang harganya lebih daripada rumah mampu milik tetapi kebanyakannya rumah mahal dan mewah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, hari ini.
Katanya lagi, pelepa

PRU14: Nazri cabar Dr M bertanding di Padang Rengas

Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nazri, juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, membuat cabaran itu selepas dimaklumkan Dr Mahathir akan turun ke Padang Rengas bagi menyertai siri jelajah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hujung bulan ini.
Katanya sekiranya Dr Mahathir enggan bertanding di Padang Rengas, cabaran tersebut dibuka kepada Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac ini dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac.
"Saya nak ucapkan selamat datang dan saya alu-alukan mereka tetapi jangan hanya datang...mereka mesti bertanding di Padang Rengas, lagi elok kalau Mahathir bertanding tapi kalau tak boleh biar Muhyiddin lawan saya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pemimpin bersama Ahli Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Padang Rengas di Dewan Pusat Khidmat Kampung Kubang Panjang, hari ini.

Akan ada pemimpin Umno minta jawatan PM dari Najib

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu terdesak sehingga terpaksa mendedahkan ada bekas menteri yang meminta jawatan Ketua Menteri daripada beliau, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, Najib yang juga Presiden Umno perlu mengawal emosi kerana akan ada dalam kalangan pemimpin kanan Umno yang meminta jawatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, walaupun Najib tidak menamakan bekas menteri itu namun ia dipercayai merujuk kepada bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Adalah dipercayai krisis dalam Umno tidak bernoktah walaupun telah berlaku penyingkiran kumpulan Tan Sri Muhyidin Yassin beberapa bulan yang lalu.
"Pembersihan tidak sepenuhnya berjaya, ada beberapa orang Menteri dan Menteri Besar yang pro Muhyudin mengambil jalan selamat langsung mendiamkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Najib mendedahkan seorang bekas menteri persekutuan pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.
Beliau menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu yang dipercayai merujuk kepada Shafie yang kini merupakan Presiden Parti Warisan Sabah.
Mohd Shafie hari ini bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dan beliau pernah menolak tawaran itu daripada Najib.

BN bimbang pengaruh Warisan di Sabah?

Kepimpinan Barisan Nasional tahu bahawa semakin mereka melewatkan keputusan memanggil PRU14 semakin ramai yang akan menyertai Parti Warisan Sabah.
shafie-afdal
PETALING JAYA: Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal membayangkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Sabah menunjukkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Barisan Nasional (BN) tahu bahawa semakin mereka melewatkan keputusan memanggil PRU14 semakin ramai yang akan menyertai Parti Warisan Sabah.
“Mereka tahu yang Warisan semakin popular dan jika mereka melewatkan pilihan raya, ramai akan menyertai Warisan,” kata Presiden Parti Warisan Sabah ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berada di Sabah semalam dan hari ini sempena lawatan kerja selama 2 hari.
Sebelum ini ada laporan yang menyebut kemungkinan pilihan raya umum negeri Sabah akan diadakan lebih awal bukan bersama Semenanjung sebelum ini. Mandat semasa hanya akan berakhir pertengahan tahun depan, tetapi spekulasi PRU14 semakin kedengaran.
Berucap pada satu majlis di Lahad Datu, Sabah hari ini, bekas menteri kerajaan pusat ini turut mempersoalkan langkah Putrajaya menerima pelaburan Arab Saudi bernilai RM31.1 bilion dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Jumlah itu bakal dijana menerusi kerjasama antara Saudi Aram­co dengan Petronas sebagai rakan pelaburan, kata Najib.
Najib memberitahu rundingan berhubung perkara itu telah dimuktamadkan, sekali gus disifatkan antara keputusan terbesar dicapai dalam lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia.

Ri Jong-chol dakwa polis ugut bunuh ahli keluarga

Pakar kimia warga Korea Utara yang dihantar pulang ke negara asalnya, semalam, mendakwa polis mengugut untuk membunuh ahli keluarganya kecuali beliau mengaku membunuh abang Kim Jong-un, dan menyifatkan ia plot untuk mencemarkan maruah negaranya.
Agensi Berita Antarabangsa AP melaporkan Ri Jong-chol berkata demikian kepada wartawan di Beijing, pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pyongyang.
Pihak berkuasa Malaysia menyatakan tiada bukti kukuh untuk mendakwa Jong-chol atas tuduhan membunuh Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Jong-chol ditahan empat hari selepas kejadian tetapi polis tidak pernah mendedahkan peranan beliau dalam kejadian itu.
Dua wanita, masing-masing warga Indonesia dan Vietnam, sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.
Polis mendakwa mereka “melumur” muka Jong-nam dengan agen saraf VX, yang dianggap senjata pemusnah yang dilarang penggunaannya.
Jong-chol berkata, beliau tidak berada di lapangan terbang itu ketika insiden pembunuhan Jong-nam, tetapi polis menuduhnya sebagai dalang utama dan mengemukakan “bukti palsu”.
Katanya, beliau kemudian ditunjukkan gambar isteri dan dua anaknya yang tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

Biar kami bantu SPR daftar pengundi, kata Bersih

Bersih 2.0 menghantar surat memohon status penolong pendaftar pemilih kepada SPR pada 28 Februari lalu
mandeep
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 bulan lepas memohon status penolong pendaftar pemilih (ARO) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan badan itu mendaftarkan rakyat sebagai pengundi.
Pengurus Sekretariat Bersih Mandeep Singh memaklumkan surat permohonan dihantar kepada SPR pada 28 Februari lalu.
“Kami boleh membantu SPR untuk mendaftarkan mereka yang layak sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita ketika kempen daftar mengundi anjuran NGO itu hari ini.
“Setakat ini belum ada maklum balas tetapi kita akan membuat susulan minggu depan,” katanya kepada FMT.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan setakat Februari lalu, sejumlah 4.1 juta warga Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi, dengan majoritinya golongan muda sekitar 21 tahun.
Beliau berkata, kenyataan tersebut memberikan lebih sebab kepada SPR untuk meluluskan permohonan Bersih.
“Kami boleh membuat mobilisasi di seluruh negara bagi proses pendaftaran,” katanya lagi.
Menurut laporan Sinar Harian Online hari ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain “memberi galakan” kepada mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi, walaupun layak berbuat demikian.

SATU UNDI UNTUK BARISAN NASIONAL ADALAH SATU UNDI UNTUK RASUAH

Bermula Isnin, 6 Mac 2017, INVOKE akan mula menggerakkan sukarelawan INVOKE di seluruh negara dengan tumpuan di kerusi-kerusi marginal untuk mendaftarkan pengundi secara besar-besaran.
Kaunter pendaftaran pengundi ini bersifat mudah alih, ringan dan senang dipasang untuk membolehkan sukarelawan INVOKE membuka kaunter-kaunter pendaftaran pengundi di tempat-tempat strategik di seluruh negara.
INVOKE telah berjaya mendapatkan persetujuan seramai 35 orang Penolong Pendaftar Bertauliah (ARO) dari seluruh negara untuk dijadualkan bersama dengan sukarelawan INVOKE mengendalikan kaunter-kaunter pendaftaran ini.
Ini akan membolehkan borang pendaftaran diproses segera dan lebih banyak kaunter dibuka di seluruh negara. Jumlah ARO yang menyertai kempen VRI INVOKE ini akan ditambah mengikut keperluan.
Mari bersama kita tentukan masa depan negara, daftar sekarang sebelum terlewat dan jangan lupa untuk Sponsor a VRI booth untuk bersama membantu inisiatif ini!
Sumbangan Sponsor a VRI booth boleh dibuat di link ini: http://bit.ly/SponsorVRI
#KuasaSatuUndi #INVOKEMalaysia

SPR: Tidak daftar pengundi enggan undi, itu hak mereka

Hashim berkata, "kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar dan keluar mengundi."
Hashim-Abdullah_spr_undi_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai pengundi mahupun terhadap mereka yang tidak keluar mengundi ketika pilihan raya.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata itu merupakan hak individu terbabit di bawah undang-undang negara.
“Tidak daftar mengundi dan tidak keluar mengundi ketika pilihan raya adalah hak mereka. Kita (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa, termasuk mengheret ke mahkamah kerana itu adalah hak mereka,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.
Hashim berkata, “kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar dan keluar mengundi.”
Namun menurut Hashim, selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga pendaftaran pemilih, SPR perlu menggiatkan usaha menarik lebih ramai khususnya orang muda untuk mendaftar.
Seramai 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lalu.
Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Sistem daftar pengundi SPR ketinggalan zaman, perlu berubah

SUBANG JAYA, 4 MAC: DAP sekali lagi menegaskan keperluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR setidak-tidaknya perlu memastikan mereka yang berdaftar sebulan atau seminggu sebelum hari pembuangan undi diberi peluang untuk menjadi pengundi pada hari tersebut.
“Di bawah sistem IT kuno SPR, hanya 27 hari sahaja tinggal dalam bulan Mac ini untuk orang ramai mendaftarkan diri sebagai pengundi dan layak mengundi jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dilaksanakan pada Julai atau September tahun ini.
“Kerana dengan sistem sekarang, hanya mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pilihan raya dibenarkan mengundi pada PRU yang seterusnya,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, negara lain sudah tidak mengguna pakai sistem ketinggalan zaman seperti SPR itu sebalinya memproses segera pendaftaran pengundi.
“Di negara-negara lain mereka ada sistem di mana pengundi yang mendaftarkan diri pada hari ini boleh mengundi keesokannya.
“Bilalah agaknya SPR akan mengekor kemajuan arus masa kini khususnya melibatkan pendaftaran pemilih?” soalnya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah seperti dilaporkan media semalam yang mendedahkan bahawa terdapat 4.1 juta rakyat negara ini yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat bulan lalu.

Najib akan diminta lepas jawatan PM, dakwa AMANAH

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub mendedahkan Datuk Seri Najib Razak akan diminta untuk melepaskan jawatan perdana menteri dalam masa terdekat.
Justeru, kata Salahuddin, presiden Umno itu harus mengawal emosinya daripada begitu terdesak sehingga terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan ketua menteri.
"Najib perlu belajar mengawal emosinya kerana akan ada pula di kalangan pimpinan kanan Umno yang meminta jawatan Perdana Menteri daripada beliau dalam tempoh waktu terdekat.
"Nampaknya Seri Najib begitu terdesak apabila terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan ketua menteri daripada beliau yang pastinya diketahui umum merujuk kepada bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya dalam kenyataan.
Awal hari ini, Mohd Shafie yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi ketua menteri Sabah dan beliau pernah menolak tawaran itu dari Najib.
Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna berkata, beliau akan bertanding di kerusi negeri jika beliau mahu menjadi ketua menteri Sabah, dan bukan di kerusi parlimen.
Semalam, Najib dilaporkan berkata, seorang bekas menteri persekutuan, yang kini mengetuai sebuah parti pembangkang, telah meminta jawatan ketua menteri Sabah dan menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri itu.
Walaupun beliau tidak menyebut nama, tapi Najib dipercayai merujuk kepada Shafie.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, krisis dalam Umno tidak bernoktah walaupun selepas penyingkiran kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa bulan yang lalu.
"Pembersihan tidak sepenuhnya berjaya, ada beberapa menteri dan menteri besar yang pro Muhyiddin mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.

Bekas pemimpin pelajar didakwa rasuah buka mata mahasiswa


Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah universiti di utara tanah air antara yang ditahan terlibat skandal hartanah di JohorBekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah universiti di utara tanah air antara yang ditahan terlibat skandal hartanah di Johor
Skandal rasuah hartanah di Johor membabitkan pembekuan 45 akaun bank mencecah RM15.5 juta baru-baru ini dikatakan turut mengheret bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah universiti di utara tanah air.
Pembabitan individu itu sebagai pegawai khas Exco kerajaan negeri Johor serta tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anak Exco berkenaan dilihat membuka mata mahasiswa tentang nilai integriti dan sifat amanah golongan pemimpin pelajar yang pro-Umno.
Mengulas kes yang juga menyaksikan rampasan 21 kereta mewah, lima motosikal kuasa tinggi dan wang tunai RM500,000 itu, aktivis Serikat Mahasiswa, Jefry Musa menyifatkan bekas pemimpin Aspirasi itu sebagai mangsa salah guna kuasa pihak atasan.
Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, dakwaan seorang wakil rakyat di Johor kononnya anak Exco terbabit tidak bersalah dalam penyelewengan penukaran status rumah untuk Bumiputera tersebut merupakan pengakhiran tragis bagi penyokong tegar Umno di kampus.
Menurutnya, desas-desus tentang adanya pertubuhan mahasiswa di universiti tersebut yang telah merasuah melibatkan hartanah bagi mempercepat projek keusahawanan mereka di Johor telah kedengaran sejak tahun lalu lagi.
"Berita ini saya dapat daripada orang yang terlibat dalam organisasi itu sendiri dan disebabkan hal tersebut juga beberapa orang daripada ahli pertubuhan itu menarik diri.

TUN M TERUS MEMBUAT NAJIB SESAK NAFAS....

Malam tadi, Tun Mahathir Mohamad mengadakan program ceramah di Johor Bahru dan melalui gambar-gambar yang bertebaran di media sosial, terbukti bahawa kedatangan beliau mendapat sambutan hangat daripada orang-orang Johor.

Di sebalik adanya laporan polis yang dibuat oleh beberapa NGO yang cuba menghalang kedatangan bekas Perdana Menteri itu, bukan saja Tun Mahathir yang tidak rasa terganggu, bahkan orang-orang Johor sendiri menjadi lebih bersemangat untuk menghadirinya.

Nanpaknya laporan polis itu tidak ubah seperti "promosi percuma" kepada kedatangan Tun Mahathir.

Dari sudut yang lain, kita juga tentunya hairan dan tertanya-tanya bagaimana NGO-NGO tersebut boleh cuba menghalang kedatangannya kerana Tun Mahathir adalah seorang negarawan, selain Bersatu yang dipengerusikannya adalah sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang.

Pagi ini pula, Tun Mahathir meluangkan masa meninjau-ninjau sekitar Forest City yang kerapkali dibangkitkannya sebelum ini.

Dalam usia sepertinya, beliau boleh saja memilih untuk berehat dan menikmati kehidupan tenang bersama keluaga dan anak cucu, tetapi demi sayangkan kepada bangsa dan negara, beliau sanggup mengenepikan semua keselesaan itu dan memilih untuk terus berjuang selagi hayat dikandung badan.

Memang Tun Mahathir seorang yang hebat....



Gambar-gambar di atas membuktikan kata-katanya selama ini adalah benar belaka dan menolak seratus-peratus kenyataan Najib bahawa pembangunan di Forest City hanya pajakan selama 99 tahun.

Peguam mohon pembebasan Anwar, desak k'jaan terima gesaan PBB

Peguam bagi mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menulis kepada kerajaan meminta pembebasan awal selepas beliau menjalani pemanjaraan selama dua tahun bagi sabitan tuduhan liwat.
"Dalam permohonan kami, kami telah menyatakan sebab utama mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti dibebaskan serta-merta.
"Antara sebab-sebab itu adalah bahawa kumpulan kerja PBB mengenai penahanan arbitrari pada 15 September 2015 telah mengisytiharkan penahanannya sebagai tidak sah dan menggesa pembebasannya.
"Oleh itu, pemenjaraannya yang berterusan mencemarkan imej dan reputasi negara kita di mata masyarakat antarabangsa.
"Malaysia adalah negara anggota PBB, dan tidak boleh mengabaikan dapatan mutlak sebuah badan PBB," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua mereka secara rasmi menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara semalam meminta pembebasan Anwar di bawah seksyen 43 Akta Penjara 1995.

Kenapa anak muda tidak berminat jadi pengundi?

Anak muda dikatakan tidak mahu mendaftar sebagai pemilih kerana benci dengan politik yang berkecamuk.Anak muda dikatakan tidak mahu mendaftar sebagai pemilih kerana benci dengan politik yang berkecamuk.
Bagi orang politik, bahang pilihan raya sudah berasap. Panasnya mula membakar. Tempiasnya terasa di mana-mana. Ceramah dan pidato isu-isu semasa dianjurkan di merata tempat. Cabar-mencabar, tuduh-menuduh menghangatkan suasana.
Isu-isu kontroversi, tak payah cakap lagi; melambak-lambak. Seperti kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu: "Sampai nak termuntah-muntah banyaknya." Bukan saja skandal raksasa 1MDB yang terkenal seantero dunia itu, ditambah rantaian kes-kes korupsi mega, bukan berkarung duit tapi berlori banyaknya. Belum kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, jongkong emas, berang perhiasan, kondominium mahal, pegawai awam berbelanja bagai jutawan.
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba menggambarkan berapa banyak duit tunai RM42,000 juta yang lesap dalam skandal 1MDB. Jumaat lalu, di Johor, dalam ceramahnya bersama Pakatan Harapan, beliau berkata: "Saya pun tak pernah tengok duit sebanyak itu, apatah lagi tuan-tuan. Kalau duit RM1 juta itu terdiri daripada not RM1, maka duit RM1 juta itu boleh muat satu lori kecik. Jadi duit RM42 bilion itu kena muat dalam 42,000 lori kecik. Begitulah banyaknya."
Kempen daftar pemilih yang dibuat oleh parti politik sangat aktif menjelang pilihan raya, namun apakah ia boleh menarik anak muda?Kempen daftar pemilih yang dibuat oleh parti politik sangat aktif menjelang pilihan raya, namun apakah ia boleh menarik anak muda?Apa pun isunya bukan nak cerita panjang soal korupsi besar-besaran di bawah kleptokrasi Najib Razak dan konco-konconya. Dalam keadaan negara dihimpit pelbagai krisis kronik, beban kos sara hidup tambah berat, peluang pekerjaan makin kecil. Barangan keperluan naik mendadak, statistik jenayah terus meningkat, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman bahawa masih ramai warga Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pemilih.
Sana-sini orang politik bercakap soal perubahan mesti dilakukan segera untuk menyelamatkan tanah air kita. Mahathir sendiri mengakui, bukan sahaja perdana menteri wajib ditukar, malah partinya Umno-BN juga harus ditumbangkan. Umno jelas mengkhianati mandat rakyat dan kepercayaan majoriti orang Melayu. Ia wajar direhatkan daripada menjadi kerajaan. Rasai pula posisi sebagai pembangkang.
Dalam sistem demokrasi, pertukaran kerajaan boleh dilakukan secara aman melalui proses pilihan raya. Benar, sistem dan pelaksanaan pilihan raya kita masih banyak ketempangannya. Sebab itu Bersih tidak jemu-jemu mendesak dan menuntut penambahbaikan agar ia benar-benar telus, adil dan bersih. Namun, inilah satu-satunya cara untuk menyingkirkan kerajaan yang korup, zalim dan menindas rakyat.
Sembanglah berdegar-degar sekalipun, baik tentang Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz, 1MDB, salah guna kuasa di institusi strategik Malayu seperti MARA-Felda-Tabung Haji, negara digadaikan kepada China, dan macam-macam lagi. Masalahnya, melepaskan amarah di media sosial dan kedai kopi tidak membawa kita ke mana-mana jika tanggungjawab sebagai pengundi pun masih belum ditunaikan. Sayang (sebenarnya malang) sekali!
Bernama, 3 Mac, melaporkan Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.
Kunci kata, anak muda. Golongan muda-belia sepatutnya mempunyai idealisme tinggi untuk menyelamatkan negara. Mengapa mereka tidak berminat untuk membolehkan diri menjadi penentu siapa yang mengemudi kerajaan nanti? Sedangkan mereka diketahui umum sering menjadikan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk melepaskan geram dan amarah kepada penguasa.
Saya teringat pengalaman seorang kawan dari Amerika Syarikat yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Beliau seorang pengamat politik dan media Malaysia. Katanya, beberapa kali dia menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar. Diambilnya kesempatan untuk berbual-bual dengan pemandu. Peliknya, cerita beliau, ada pemandu yang langsung tidak tahu-menahu tentang kegawatan politik Malaysia. "Apakah mereka tidak membaca internet dan melayari laman web seperti Malaysiakini, sedangkan dunia pun heboh tentang politik Malaysia?"

Pas Terengganu tidak kisah manifesto ditiru

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak bimbang sekiranya lima manifesto yang diumumkan ketika program parti itu di Besut diciplak pihak lawan.
Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman menjelaskan, lima manifesto terbabit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan manifesto Pas yang bakal ditawarkan kepada rakyat pada PRU14.
 Ariffin Deraman Sekiranya lima manifesto itu ditiru pihak lain, pihaknya optimis bahawa semua manifesto ditawarkan parti politik kepada rakyat bertujuan memberi kebaikan kepada rakyat.
“Kita hanya ‘tembak’ lima sahaja tetapi manifesto kita banyak lagi. (Kalau parti lain tiru) kita ambil sikap dan prinsip bahawa mereka tiru untuk kebaikan dan kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata sebagai mengulas laporan Sinar Harian mengenai Pas Terengganu umumkan lima perkara dari kandungan manifesto bagi hadapi PRU14 sempena program Pas Harapan Semua (Harap) Pas Ganti Umno (PGU) 3.5 di Kampung Raja, Sabtu lepas.
Tawaran Pas kepada rakyat Terengganu dengan moto ‘Maju, Berkat, Sejahtera’ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat pada program itu.
Lima tawaran awal manifesto Terengganu itu ialah satu lot tapak rumah bagi setiap rakyat, pemberian geran tanah kekal, caj percuma rawatan di wad kelas 3 di semua hospital kerajaan, peruntukkan RM300 untuk golongan muda mendapatkan lesen motosikal dan karnival kahwin kali pertama di setiap Dun.
Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut memberitahu bahawa pengumuman itu turut menggambarkan bahawa negara bakal berhadapan PRU14 yang bakal mencapai tempoh matang pada Jun tahun depan.

Najib Razak Menyebabkan Sebahagian Daripada Negara Hilang - Tun M

TSMY: Najib Razak Perompak,Kalau Tak Betul Samanlah Saya Dan Tun Mahathir

RUU355 Hadi: Situasi kem pembangkang dijangka panaskan dewan

RUU355
KUALA LUMPUR - Persidangan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 mulai Isnin ini, jelas bukan hanya tertumpu kepada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Malah, tumpuan pasti juga kepada kedudukan kem pembangkang yang dilihat goyang dan kehilangan hala tuju.
Persidangan selama 20 hari hingga 6 April ini akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dengan penuh istiadat di bangunan utama Parlimen, yang sebelum ini menjalani proses pengubahsuaian dan penambahbaikan secara berperingkat sejak 2012.
Persidangan dijadual bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih selama tujuh hari sebelum diwarnai dengan sesi soal jawab kementerian, sesi kamar khas dan perbahasan pelbagai rang undang-undang (RUU).
Pembentangan beberapa rang undang-undang dan pindaan dijangka menarik perhatian persidangan kali ini.
Mengharapkan persidangan berjalan lancar dan teratur, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata: "Kerajaan akan memberi tumpuan dan fokus yang lebih kepada isu-isu dalam RUU.
"Ini termasuk Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) dan undang-undang mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak selain beberapa pindaan lain.
"Kemungkinan akan ada lagi beberapa RUU daripada kementerian-kementerian lain. Semua senarai ini mungkin berubah dan tertakluk kepada Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat," katanya kepada Bernama.
Azalina berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menambah baik Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) dengan antara perkara yang diberi perhatian adalah mereka yang menjadi penjamin khususnya penjamin sosial kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman.
"Kerajaan berpendapat golongan ini tidak sepatutnya dibebankan untuk menjelaskan pinjaman yang diambil pihak lain," katanya.
Bagi cadangan penggubalan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak, Azalina sebelum ini berkata ia akan dibawa ke Parlimen pada sidang Mac untuk bacaan pertama dan kedua selepas Kabinet meluluskan usul berkenaan.
Kertas cadangan itu kini dalam proses draf oleh Pejabat Peguam Negara dan Kabinet juga bersetuju menubuhkan mahkamah khas bagi menangani kes melibatkan akta berkenaan, sekali gus menyelesaikan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak dengan segera.  

Sidang Dewan Rakyat bermula 6 Mac dirasmi Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR 4 MAC: Persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin ini hingga 6 April selama 20 hari yang bakal dirasmikan dalam upacara penuh adat istiadat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Persidangan bermula dengan perbahasan usul menjunjung kasih selama tujuh hari diikuti dengan perbahasan dan penggulungan usul itu selain sesi khas pertanyaan menteri, soal jawab lisan, sesi kamar khas dan pembentangan rang undang-undang (RUU).
Selepas selesai persidangan Dewan Rakyat, tumpuan akan teralih kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari bermula 17 April hingga 27 April.
Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 kali ini kembali bersidang di bangunan utama Parlimen yang selesai menjalani proses pengubahsuaian dan penambahbaikan sejak 2012.
Bilik sidang media kini ditempatkan di sebelah kiri dewan persidangan khusus untuk sidang akhbar anggota Kabinet dan bilik rehat tetamu dan Anggota Parlimen pula ditempatkan di sebelah kanan dewan.
Dewan persidangan juga kini lebih canggih dan moden dihiasi kerusi dan meja baharu termasuk ukiran kayu di meja hasil tangan anak tempatan, selain lantai beralas permaidani biru yang menambah seri dewan tersebut.
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan bangunan Parlimen juga telah siap ditambah baik seperti dewan serba guna, bumbung Blok Utama yang sebelum ini bocor dan tempat letak kereta bawah tanah.
Proses membaik pulih dan mengubah suai kompleks bangunan Parlimen dilaksanakan mengikut pelbagai fasa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 melibatkan anggaran kos RM520 juta.

Umno akan cuba elak konflik Khaled-Najib menjelang PRU

Pengulas politik Wan Saiful Wan Jan tidak percaya bahawa pemimpin dalam Umno akan memburukkan lagi hubungan kerja mereka sebelum pilihan raya umum akan datang.
Pemerhatian beliau itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan pembangkang bahawa kes rasuah yang melibatkan hal-hal tanah di Johor boleh menjadi pelopor (pencetus/penyumbang) kepada 'perang dalaman' dalam parti pemerintah itu.
Sambil menegaskan bahawa Exco kerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi - yang anaknya telah ditahan berkaitan dengan kes itu - rapat dengan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, ADUN PKR, Jimmy Puah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menggunakan kes itu untuk melakar langkah terhadap Khaled .
Pembangkang percaya Khaled dan Najib tidak pada halaman yang sama sejak menteri besar itu dilihat seolah-olah seperti tidak menyokong perdana menteri dalam kes 1MDB.
Bagaimanapun, Wan Saiful tidak fikir Najib dan Khaled mahu keadaan itu menjadi tidak terkawal.
"Saya tidak akan memanggilnya sebagai perang. Lagipun, Khaled diletakkan di tempat itu oleh Najib," kata Wan Saiful, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), kepada Malaysiakini.
"Walau apa pun, kita harus ingat bahawa Najib boleh menentukan mengenai siapa jadi menteri besar mana-mana negeri, dan beliau boleh membuat pelantikan itu selepas pilihan raya umum.
"Jadi tidak ada keperluan untuk berperang sebelum (itu)," katanya.
Satu lagi yang menarik perhatian Wan Saiful ialah poster Khaled boleh dilihat di seluruh Johor.
"Malah menteri besar juga mempunyai penjenamaan dan slogan sendiri, 'Muafakat', seolah-olah melakar imej tersendiri yang berasingan daripada perdana menteri.
"Jadi saya tidak akan terkejut jika kedua-dua mereka mempunyai strategi yang berbeza ketika mereka bersiap siaga untuk pilihan raya umum ke-14.
"Lagipun, Johor mungkin menghadapi cabaran sebenar dari pasukan (presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disokong oleh Parti Amanah Negara.
'Khaled mesti jawab pada rakyat'
Sementara itu, Profesor Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia berkata, Khaled juga turut tercalit dalam kes itu, walaupun secara tidak langsung, kerana kedudukan beliau sebagai menteri besar Johor.
"Apabila isu ini timbul, rakyat ingin tahu apakah peranan menteri besar dalam hal ini," katanya.
Atory juga menegaskan bahawa tiada sebarang maklum balas dari menteri besar berhubung perkara itu. Khaled, katanya, juga perlu menjelaskan perkara itu kepada Najib kerana isu itu mempunyai implikasi politik.
"Jika isu ini tidak diselesaikan, maka sokongan rakyat kepada Umno boleh terjejas. Najib mempunyai hak untuk bertanya kepada menteri besar Johor tentang perkara ini, kerana walaupun jika Najib tidak campur tangan, rakyat akan bertanya."

'...saya berfikir untuk Malaysia secara umumnya' - Dr Maza

Banyak pihak bertanya tentang kunjungan (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ke kediaman saya. Apakah isi yang dibincangkan.
Beliau sebagai sahabat secara peribadi memohon maaf atas perkataan yang kurang sesuai. Katanya, ia ketika dalam satu 'suasana'.
Saya menegaskan, seperti yang saya jelaskan dalam artikel sejak sekian lama, bukan isu sebat zina, qazaf dan arak. Isu yang dibangkitkan ialah 30 tahun dan 100k denda.
Ini kerana di bawah mahkamah syariah kesalahannya terbatas. Sebahagiannya bersifat undang-undang yang boleh dipolemikkan dan boleh bersifat sektarian.
Ini seperti poligami tanpa izin, ceramah tanpa tauliah, pandangan agama yang menyanggahi fatwa negeri dll. Banyak lagi undang-undang baru yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa agama.
Setiap negeri ada kuasa tersendiri dan tidak seragam. Di beberapa sudut, ia tidak sama dengan cara parlimen menggubal undang-undang.
Hal ini boleh disalahgunakan jika tidak berhati-hati. Maka, kenapa jika betul nak buat hukum yang ada secara jelas dalam Quran dan hadis; perlu ditambah 30 tahun penjara dan RM100,000 denda?
YB Dr Khairuddin secara umum bersetuju hak mengkritik dalam hal tersebut.
Saya jelaskan kepadanya jika hanya untuk kepentingan peribadi, saya suka dengan pindaan itu secara yang PAS cadangkan. Ia boleh menambahkan kuasa saya di sudut undang-undang. Namun saya berfikir untuk Malaysia secara umumnya.
Soal debat saya dengan beliau tidak timbul seperti yang beliau sebutkan. Namun beliau bersetuju secara umum meneruskan dialog ataupun muzakarah dengan Dr Rozaimi jika perlu.
Diolog saya dengan Presiden PAS tidak dibincangkan. Pertemuan dalam suasana sahabat dan ukhuwwah.

DATUK DR ASRI ZAINUL ABIDIN

2 anak perempuan Taib Mahmud antara wanita terkaya di Malaysia

Dua anak perempuan Taib Mahmud mempunyai jumlah kekayaan mencecah RM595 jutaDua anak perempuan Taib Mahmud mempunyai jumlah kekayaan mencecah RM595 juta
Akhbar mingguan perniagaan, Focus Malaysia menyenaraikan dua anak perempuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam kumpulan 25 wanita terkaya di Malaysia bagi tahun ini.
Kedua-dua anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1981 sehingga 2014 sekaligus paling lama menerajui negeri itu ialah Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree dan Jamilah Hamidah Taib.
Masing-masing di tangga ke sembilan dan ke-11 dengan jumlah keseluruhan kekayaan mereka dilapor mencecah RM595 juta.
Hanifah, 45, memiliki pegangan saham sebanyak 6.76 peratus manakala Jamilah, 57, menguasai 6.27 peratus saham dalam Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), lapor akhbar Edisi 221, 25 Februari-3 Mac itu lagi.
Mereka antara empat wanita beragama Islam yang termasuk dalam senarai berkenaan menurut sumber Bursa Malaysia dan Bloombergh.
Gabungan kekayaan kesemua 25 wanita terkaya itu meningkat sebanyak RM200 juta atau dua peratus daripada RM9.5 bilion pada 2015 kepada RM9.7 bilion tahun ini.

Ekonomi teruk, wanita diseru guna kuasa undi tukar kerajaan

Normala menyampaikan kata kata motivasi di pertemuan wanita Pasir PutehNormala menyampaikan kata kata motivasi di pertemuan wanita Pasir Puteh
Golongan wanita yang mengalami kesan langsung akibat kenaikan harga barang dan kesukaran ekonomi lain perlu bangkit membuat perubahan melalui peti undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan Normala Mohd Nadzar berkata sebagai pengurus harian perbelanjaan rumah tangga, kini golongan wanita paling tertekan.
"Kalau dulu dengan wang RM50 kita boleh pergi ke pasar dengan senang hati, sekarang dengan wang sebanyak itu merimaskan apa yang perlu dibeli untuk menampung keperluan dapur.
"Bagi keluarga yang masih ramai anak bersekolah setiap pagi keresahan dirasai untuk memastikan belanja anak-anak cukup," katanya di majlis pertemuan wanita di dewan orang ramai Dalam Kemunting Pasir Puteh semalam.
Golongan wanita katanya perlu sedar situasi ekonomi buruk sekarang adalah akibat pengurusan kewangan negara cara Barisan Nasional (BN) yang dipenuhi rasuah dan salah guna kuasa.
"Negara ini yang kaya raya tidak ada apa-apa sebab yang menjadikan rakyat kini begitu terbeban dengan kenaikan pelbagai cukai dan pemansuhan pelbagai subsidi dan bantuan.
"Kini semua sektor sedang merasai akibat pengecutan belanjawan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Beliau mengambil contoh suasana pelajar-pelajar di universiti yang kini dipotong pelbagai kemudahan menjalani kehidupan yang begitu menyiksakan.
"Anak saya sendiri yang masih menuntut di IPT memberitahu mereka terpaksa berpuasa sekurang-kurangnya dua hari seminggu untuk memastikan wang perbelanjaan mencukupi.
"Itupun hampir setiap hari hanya makan maggi saja," katanya.
Di universiti tertentu katanya, staf di bahagian akademik dikurangkan kerana kekurangan peruntukan untuk membayar gaji.
"Bila staf akademik berkurangan, peluang kemasukan pelajar terpaksa dikurangkan dan ini tentulah akan menimbulkan pelbagai masalah kepada golongan belia dan masyarakat keseluruhannya pada masa depan," katanya.
Menurutnya golongan wanita adalah kumpulan paling hadapan merasai kemelut dan kesukaran akibat pengurusan ekonomi yang khianat seperti ini.
"Bila anak-anak tidak cukup belanja mereka beritahu emak bukan ayah.

Patuhi prosedur elak gejala rasuah

SHAH ALAM, 4 MAC: Penjawat awam terutama di bahagian perolehan diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan berlakunya gejala rasuah.
Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, tangkapan penjawat awam didakwa melakukan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilaporkan media mutakhir ini perlu dijadikan iktibar supaya nama baik agensi serta jabatan dipelihara.

“Sejak kebelakangan ini semakin banyak berita tangkapan penjawat awam oleh SPRM. Walaupun kebanyakkannnya masih di peringkat siasatan dan proses pendakwaan mahkamah namun sedikit sebanyak imej penjawat awam tercalar akibat persepsi negatif rakyat.
“Dinasihatkan anda berhati-hati terutama berkaitan bidang perolehan di jabatan masing-masing. Perlu mengikuti tatacara kewangan ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Hotel Sama-Sama semalam.
Menurutnya, agensi Kerajaan Negeri juga perlu mengambil teguran Ketua Audit Negara setiap tahun secara serius dengan memperbaiki kesilapan supaya tatacara kerja lebih teratur.
Katanya, semakan dilakukan Ketua Audit Negera bukan bertujuan untuk mencari kesalahan sebaliknya membantu bagi memastikan segala urusan jabatan terutama dari segi perolehan dan pelaksanaan program berjalan dengan betul.

SPRM teruskan siasatan kes berkaitan MT Umno

Azam Baki SPRM menegaskan pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung kes seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dikatakan melakukan penyelewengan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, walaupun pihak terlibat menarik semula laporan polis yang dibuat, suruhanjaya itu tetap akan menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan memanggil saksi-saksi boleh membantu siasatan.
“SPRM akan tetap meneruskan siasatan dan saksi-saksi yang boleh membantu akan turut dipanggil,” jawabnya ringkas kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp, semalam.
Sebelum ini, seorang pengarah pemasaran sebuah syarikat mendakwa, yayasan milik seorang ahli MT Umno melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Namun begitu, pihak terlibat  menarik balik laporan polis dan kenyataan yang dibuat terhadap yayasan berkenaan, kelmarin.
Dalam pada itu, Azam memberitahu kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Rabu lalu, SPRM melalui kenyataannya memaklumkan, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan tersebut dan akan menelitinya sebelum membuka kertas siasatan.

PERBINCANGAN SULIT HADI DENGAN ORANG NAJIB? PERJANJIAN ‘BANGKOK II’ BELUM TERMETERAI

Saya ke Bangkok selepas dua hari presiden parti agama (Pas) Abdul Hadi Awang ke negara Gajah Putih itu pada 20 Februrari lalu. Saya ke Bagkok pada 23 Februari, bukan untuk menjejaki langkah dan perjalanannya, jauh sekali untuk mengintip apa yang beliau lakukan di Bangkok.
Tidak ada apa-apa keperluan pun untuk saya berbuat demikian. Apakah ada perjanjian Bangkok ke- II atau tidak?
Hendaknya jangan salah anggap dan politikan saya ke Bangkok, kalau saya mengisahkan sedikit apa yang berlaku di sana pada masa dan tarikh Hadi ke sana atau pun apabila saya mengkhulasahkan sedikit tentang suasana di sebuah hotel penginapannya.
Saya ke Bangkok dua tujuan; melancong membawa anak isteri dan menghadiri majlis Sharing Power merupakan program atau Expo Perdagangan untuk mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk Muslim setempat di Kampung Khlong Nueng utara Bangkok. Majlis itu anjuran Ikhwah Global Fundation dengan kerjasama beberapa Ngo dan pihak berkuasa tempatan di Thailand.
Saya menerima undangan ini sejak setahun lepas, semasa saya ke kampung tersebut untuk melaksanakan korban bagi menjamu anak-anak yatim piatu di sebuah sekolah tahfiz di kampung itu.
Saya dan famili hadir majlis di Khlong Neng, Bangkok.
Jadi saya tidak ada tahu langsung akan kedatangan Abdul Hadi itu sebelum ini sehinggalah saya sampai ke Bangkok. Pengetahuan itu lebih terbuka lagi apabila seorang delegasi bersama Hadi ke Bangkok ada menulis mengenainya.
Delegasi itu yang juga merupakan pegawai Hadi menjelaskan kedatangan “Tuang Presideng” itu adalah dalam rangka untuk membela nasib umat Islam baik di Selatan Thailand dan juga nasib umat Islam Rohingya.
Kedatangan itu sangat sesuai dengan kedudukan Hadi sebagai Timbalan Presiden Ulama sedunia untuk mempedulikan nasib umat Islam yang ditekan oleh mana-mana kuasa atau pun teraniaya seperti di Rohingya itu.
Lebih lanjut pegawai Hadi itu menjelaskan dalam satu kenayatan, Hadi turut sama berjumpa dengan beberapa individu berpengaruh beragama Islam di Thailand dalam rangka berkenaan. Hadi juga berbincang dengan bekas menteri luar Thailand Surin Pitsuwan yang bergama Islam. Kenyataan itu sebenarnya biasa sahaja, tetapi ia menjadi sedikit musykil apabila pegawai itu melahirkan rasa kesal di atas penularan gambar Hadi yang sedang minum kopi dengan seorang peguam Muslim Jalaluddin Sarawoot.
Mengenai kujungan Hadi itu tidak ada sesiapa pun ketahui sebelum ini sehinggalah tersiarnya gambar itu dan dengan penjelasan oleh pegawai Hadi itu yang gelap menjadi lebih nyata. Ia juga tidak diketahui apakah tujuan kunjungan Hadi ke Bangkok itu. Dengan siapa Hadi berjumpa kecuali menyebut beberapa nama, khasnya Ramli Musa. Saya juga pelik kenapa pegawai Hadi itu membuat kenyataan itu, seolah-olah mahu menafikan apa yang berlaku sebalik niat dan matlamat asal kunjungan Hadi itu.
Sepatutnya beliau lebih berani dan telus menceritakan apakah insiden-inseden lain yang berlaku pada kunjungan itu. Dunia hari ini kita tidak dapat melindungi apa sahaja yang kita lakukan kerana ia bersifat terbuka. Tidak ada apa-apa yang perlu dirahsiakan lagi kerana lambat laung ia akan terburai juga. Berterus terang itu lebih baik dari segala-galanya.
Sepatutnya kalau tidak ada mengada (sesuatu yang lebih pelik), beliau tidak perlu membuat kenyataan seumpama itu yang sekaligus menggambarkan ada perkara pelik (rahsia) yang dibincang oleh Hadi di Bangkok, selain daripada membincang mengenai nasib umat Islam tertindas di Selatan Thai dan nasib Rohingya.

UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?

Secara tiba-tiba pada 1 Mac lalu, tersebar berita mengenai pengarah pemasaran sebuah syarikat membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin kanan UMNO yang mendakwa melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta melibatkan yayasan yang diterajuinya.

Dana tersebut dikatakan adalah geran untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM.

Laporan polis yang dibuat pada Isnin, 27 Februari itu kemudian dipanjangkan SPRM untuk tindakan seterusnya.

Ketika itu, semua orang berteka-teki siapakah pemimpin kanan UMNO tersebut, tambahan lagi apabila SPRM pada 2 Mac turut mengeluarkan kenyataan akan menyiasat "Ahli MT UMNO" tersebut, meskipun dilaporkan laporan polis itu sudah ditarik balik.
Dalam kenyataannya kepada media, pengarah pemasaran itu mengatakan beliau menarik balik laporan polisnya kerana menganggap kes yang dibangkitkannya sudah selesai.

Walaupun demikian, di media sosial khususnya, masih ramai yang tertanya-tanya siapakah "Ahli MT UMNO"  yang dikaitkan itu dan benarkan dakwaan yang ditujukan terhadapnya?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa SPRM terlalu cepat memberi kenyataan dan dengan berani pula menyebut pemimpin berkenaan sebagai "Ahli MT UMNO"?

Segala-galanya hanya terdedah apabila Annuar Musa yang sedang berada di Mekah memberi respon agak panjang mengenai perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

"Kita terpinga-pinga dibuatnya berikutan adanya laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kemudian dengar pula laporan polis ditarik balik kerana sudah selesai cara baik,” kata Annuar dalam tulisannya di laman sosial itu.
Selain menafikan segala tuduhan yang ditujukan terhadapnya, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Pengerusi Mara turut menyifatkan, segala dakwaan terhadapnya dan melibatkan yayasan yang diterajuinya, adalah fitnah dan palsu.
“Apakah aduan palsu dan memberi maklumat palsu tidak perlu disiasat atau ‘tangan ghaib ini’ cukup berkuasa dan boleh mengatur segalanya mengikut selera mereka?
“Cukuplah saya membiarkan pihak tertentu bebas dengan tindakan mereka. Apakah undang-undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan tuduhan atau aduan untuk diviral sehingga pihak tidak bersalah menjadi mangsa fitnah demi fitnah.
“Apakah ini senjata peras ugut apabila kehendak seseorang atau taiko di belakangnya tidak ditunaikan atau bila lagi perniagaan seseorang tidak menjadi?” soal beliau lagi.
Sehubungan itu, Annuar kini menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa telah memfitnahnya.

MCA kini macam cawangan kedutaan China

Seorang diplomat veteran menceritakan bagaimana duta besar China kini lebih intim dengan ahli politik Malaysia khususnya daripada MCA dan Umno.
china_mca_6001
PETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, menurut seorang diplomat veteran, yang memberi peringatan akan kesannya terhadap kedaulatan negara.
“Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa,” bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius menulis dalam FMT hari ini.
Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.
Dennis berkata MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.
“Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR,” kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau.
Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.
“Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini,” katanya.
Katanya, dasar “pro-China” yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.
Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 3 dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.
Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan DUN Paloh.
Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.
“Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia,” kata Dennis.
November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.
Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

'Umno cukup gembira dengar ucapan Nik Abduh'


Nik Abduh Nik Abdul AzizNik Abduh Nik Abdul Aziz
Pengakuan terbuka Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz bahawa Pas pada masa ini mengamalkan pendekatan ke arah perpaduan dan kesatuan umat Islam diyakini cukup menggembirakan Umno, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Menurutnya, pendekatan Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu sekaligus menyerlahkan sifat Nik Abduh yang dilihat 'tidak berjiwa pejuang dan pembangkang' seperti dimiliki Almarhum ayahnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya yakin Umno cukup gembira mendengar ucapan Nik Abduh yang sebegini rupa. Yang paling ditakuti Umno adalah kehilangan pemerintahan. "Maka selagi mana Pas tidak mencabar kedudukan Umno, tiada sebab untuk ditakuti Pas walau betapa pedas kritikannya," tegas beliau dipetik dari artikelnya di akhbar mingguan Amanah keluaran terbaharu.
Nik Abduh dalam Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu lebih bersetuju dengan pendekatan Dr Haron Din berbanding cara ayahnya yang berpanjangan bersengketa dengan Umno bagi tujuan menggantikan rejim tersebut.
Bahkan, beliau dalam ucapannya di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur itu turut menjelaskan matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, pendekatan yang dipersetujui Nik Abduh itu cenderung mewujudkan suasana adu-domba yang eksklusif dan mengkotak-katikkan masyarakat.

Zahid: Rampas kembali 6 kerusi Parlimen di Felda

Warga Felda diminta terus yakin dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan usaha merampas semula enam kerusi Parlimen dimenangi pembangkang yang mempunyai penempatan Felda dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain sokongan itu, BN juga perlu mengatur strategi yang lebih sistematik supaya dapat memenangi semula kerusi Parlimen berkenaan.

"Kita memerlukan sokongan semua. Kita rampas kembali enam kawasan yang terlepas ke tangan orang lain. Kita ada 54 (Parlimen mempunyai penempatan Felda), kita kecundang enam," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-7 Majlis Belia Felda Malaysia di ibunegara semalam.

Mengenai Felda sebagai sebuah agensi yang menjadi aset negara, beliau berkata Felda juga tidak terlepas daripada ditohmah pihak tertentu.

"Sebagai sebuah organisasi, tentu ada kekangan yang dihadapi kerana kita bukan maksum. Dalam keadaan itu, dengan adanya Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi Felda, saya amat yakin beliau akan dapat melakukan transformasi terbaik untuk Felda," katanya.
Ahmad Zahid berkata Felda telah melalui proses urbanisasi yang menjadi antara contoh terbaik kepada dunia.

4.1 juta rakyat Malaysia layak mengundi belum berdaftar


Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.
Gambar hiasan Disebabkan itu, katanya SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.
"Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.
"Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di Shah Alam semalam.
Jelas Mohd Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu beliau berkata kempen selama tiga bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.
"SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.
Mohd Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar supaya lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Ceramah Anak Muda: Selamatkan Malaysia Daripada Umno

CERAMAH PAKATAN HARAPAN - CABANG TIGA, KUALA TERENGGANU