Khamis, 2 Mac 2017

"..MASIH MURAH & RENDAH BERBANDING NEGARA-NEGARA LAIN..."

Mudah bukan jadi menteri.
Gaji & elaun ribu riban..
Skrip sudah disediakan...


Realitinya segala kenaikan harga rakyatlah kena tanggung bayar.

Cara naik harga gula...


2013: Umum 25 Okt; kuatkuasa 26 Okt

2017: Kuatkuasa 1 Mac; umum 2 Mac

Kini stail baru: "CEKIK DULU, UMUM KEMUDIAN".

Itupun dah viral kantoi. Agaknya jika tak viral senyap2 harga gula naik tanpa pengetahuan rakyat..

MANA ADA PEROMPAK NAK BAGITAU BILA NAK MEROMPAK !!

Adakah kencing AMENO semanis BR1M rasanya hinggakan berat di hati berpisah dari AMENO..

Dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO. Tapi masih gak nak bersetongkol berjuang sama2 AMENO..

Barah rasuah berleluasa, apa inisiatif kita?

Saya gemar menonton dokumentari Air Crash Investigation kerana di hujung episod pasti akan menunjukkan bagaimana NTSB akan mengeluarkan syor penambahbaikan, FAA (Federal Aviation Administration) akan menguatkuasakan peraturan baru dan industri kemudiannya bertindakbalas terhadap syor-syor dan peraturan tersebut. Inilah reaksi yang perlu diambil selepas berlakunya satu-satu tragedi.
Penambahbaikan terhadap kelemahan, loop hole atau kerenah birokrasi adalah sangat penting untuk mengelakkan berulangnya tragedi seumpamanya yang akan mengakibatkan kehilangan nyawa manusia dan kerugian-kerugian lain.

Begitulah reaksi NTSB, FAA dan industri penerbangan di Amerika Syarikat setiap kali berlakunya kemalangan pesawat komersial. Di Malaysia, saban tahun kita pasti akan mendengar kes-kes rasuah, salah urus tadbir dan penyelewengan dilaporkan.

Daripada Laporan Ketua Audit Negara sehinggalah kepada yang terkini penahanan beberapa individu oleh SPRM berkait skandal penyelewengan kuota bumiputera di Johor. Sayangnya kita tidak dapat melihat reaksi komprehensif daripada kerajaan.
Sepatutnya apabila terdedahnya skandal-skandal sebegini, kerajaan perlu melihat semula dasar-dasar mereka. Satu penilaian perlu dibuat untuk mencari di mana titik kelemahan yang berpotensi untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Ia bukan sekadar membiarkan pihak berkuasa dan mahkamah untuk menangkap dan menjatuhkan hukuman semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah kebertanggungjawaban kerajaan untuk memperbaiki kelemahan sebarang dasar untuk meminimakan potensi berlakunya penyelewengan.

Kita memang mempunyai Jabatan Audit Negara untuk membuat penilaian dan mengeluarkan syor tetapi berapa banyak syor mereka yang telah diambil tindakan pembaikan oleh kerajaan?

Selain Jabatan Audit Negara, kerajaan boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh masyarakat sivil untuk membuat penilaian dan menyemak semula semua dasar strategik negara seperti dasar pemilikan hartanah dan lain-lain. Dapatan kajian dan syor-syor jawatankuasa ini kemudiannya didedahkan kepada umum.

Jawatankuasa Pilihan Khas di peringkat Parlimen (legislatif) juga perlu ditubuhkan untuk menyemak reaksi kerajaan terhadap syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara atau Jawatankuasa Bebas. Ini masanya kita berikan kerja sebenar kepada anggota Parlimen yang telah dipilih rakyat.

Sampai bila anggota Parlimen sekadar menjadi pekerja pusat aduan dan pekerja kebajikan sahaja? Beri mereka kerja yang sepatutnya mereka lakukan. Sementelah, Parlimen sememangnya satu badan semak-dan-imbang terhadap jentera pentadbiran.

Rafizi: Sokongan Melayu terhadap Umno turun kepada 40%

NOW: Tangani rasuah & lindungi pemberi maklumat

DIALOG TERBUKA ISU SEMASA - KESAN NEGARA CHINA KEPADA EKONOMI MALAYSIA

Amanah desak MB Johor, exco istihar harta segera


Salahuddin Ayub

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak exco kerajaan Johor dan juga Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengisytiharkan harta.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan pemimpin di negeri itu bebas daripada rasuah.
"Berikutan siasatan kes pecah amanah penukaran status hartanah bumiputera negeri Johor saya menggesa agar siasatan perlu dijalankan terhadap exco kerajaan Johor dan Menteri Besar Johor dan bukan sahaja enam yang telah ditahan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) baru-baru ini, ini kerana kes yang melibatkan jutaan wang rakyat ini perlu kepada siasatan menyeluruh.
"Tindakan bobrok ini dilihat mencemarkan nilai integriti warga Johor dan nilai integriti ini perlu dipelihara bagi memastikan pentadbiran Johor bebas dari korupsi demi memastikan pembangunan negeri dan rakyat yang lebih sejahtera," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sambil menyifatkan isu ini sebagai bukti kegagalan pentadbiran BN, beliau dalam masa sama turut mempersoalkan kelemahan pentadbiran Johor yang seolah-olah mudah bagi individu tertentu untuk mengekspoitasi wang rakyat.
"Bagaimana kebocoran hasil penukaran status hartanah bumiputera berlaku tanpa disedari oleh menteri besar Johor serta exco kerajaan Johor?
"Tindakan rasuah skandal penukaran status hartanah Bumiputera adalah satu perbuatan jijik dan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno BN gagal mempertahankan hak bumiputera rakyat Johor.
"Bayangkan dengan wang yang begitu banyak bocor itu, kita boleh memanfaatkan wang tersebut kepada rakyat Johor dengan pelbagai projek dan bantuan kepada rakyat Johor," ujarnya.

Hantaran, belanja tinggi akan matikan hasrat kahwin, nasihat Amanah

Pemuda Amanah menyarankan kerajaan negeri memikirkan bentuk insentif boleh diberikan kepada ibu bapa yang mengecualikan hantaran daripada bakal menantu mereka.
Shazni-Munir-Mohd-Ithnin_Mohd-Asri_6
PETALING JAYA: Pemuda Amanah menyambut baik saranan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar ibu bapa tidak menetapkan hantaran dan belanja kahwin tinggi bagi menggalakkan generasi muda berkahwin awal.
Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, belia kini tersepit dengan pendapatan semakin kecil akibat kenaikan kos sara hidup.
“Trend meletakkan hantaran tinggi seolah-olah tidak dapat dikawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima menunjukkan 56% responden lelaki dan 26% responden wanita menjadikan kekangan kewangan sebagai faktor tidak atau lambat berkahwin.
“Ibu bapa jangan terikut-ikut trend mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dan meletakkan hantaran tidak masuk akal.
“Ini akhirnya mematikan hasrat belia untuk berumah tangga,” katanya yang menasihatkan ibu bapa menghindari budaya menunjuk-nunjuk.
Beliau juga menyarankan kerajaan negeri memikirkan bentuk insentif boleh diberikan kepada ibu bapa yang mengecualikan hantaran daripada bakal menantu mereka.
“Polisi begini mampu membuka mata masyarakat untuk menghindarkan adat yang menyusahkan urusan agama.”
Beliau mengakui cadangan berkenaan akan menimbulkan kontroversi dan menyentuh persoalan status quo dalam hal ehwal adat, tetapi Pemuda Amanah sedia berdialog dengan mana-mana pihak.
“Setidak-tidaknya kita memulakan langkah pertama untuk menangani masalah ini dengan serius.”

Mengekang kelompok kleptokrasi tunggang ekonomi negara sebagai empayar bisnes peribadi

Mutakhir ini khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai cara MO1 Najib Razak dengan segala sekutunya termasuk pasukan cytro BN cuba meyakinkan rakyat bahawa ekonomi Malaysia semakin berkembang maju dan kukuh.
Ditambah dengan kehadiran Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, semakin gegak gempita wayang-wayang indah bergentayangan di hadapan mata rakyat yang disalur melalui pelbagai medium dan media.
Mereka yang mudah terpesona lantas terpedaya maka akan terpesona dan terpedaya lah.
Hakikatnya, kehadiran Raja Salman ini adalah bagi menyempurnakan siri lawatan rasminya ke negara-negara Asia Tenggara.
Malahan, jangan sama sekali diabaikan akan kenyataan bahawa kehadiran Raja Salman ini ke Kuala Lumpur adalah atas jemputan Duli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, seperti yang kerap kali dilaporkan di corong-corong media.
Saya percaya, perbelanjaannya sepanjang berada di sini bukan sedikit. Apatah lagi dengan kehadiran pakej 500 delegasi bersamanya. Sudah tentulah perbelanjaan itu sebahagian besarnya ditanggung oleh Kerajaan Malaysia (BACA RAKYAT).
Meski dilaporkan beberapa kerjasama khususnya dalam sektor ekonomi dan perdagangan telah dimeterai antara Malaysia – Saudi Arabia, saya cukup pasti yang penting nantinya adalah apakah hasil yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat khususnya dan negara amnya.
Itu ukuran dan penilaian yang wajib.
Untuk itu, saya lebih suka menunggu bagi melihat dan menilai kebaikan setiap kerjasama tersebut kepada rakyat dan negara selepas ini sama ada untuk jangka masa pendek mahupun jangkamasa panjang.

Hanya pemandu bodoh akan terus pandu, Dr M buat pusingan U

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat 'pusingan U' dengan menyebelahi pakatan pembangkang dan menggunakan analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan tersebut.
"Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.
"Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.
"Oleh itu, buat pusingan U," kata Dr Mahathir dalam catatan di blognya malam ini.
Tambah beliau, hanya orang 'bodoh atau rasuah' akan menyokong Najib dan mengabaikan kecaman antarabangsa berhubung dengan skandal 1MDB.
Mahathir turut memberi maklum balas kepada Pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menuduh bekas perdana menteri itu untuk merosakkan negara ini.
Mahathir menyenaraikan berjela-jela laporan berita antarabangsa yang menonjolkan rasuah yang serius di Malaysia sambil menekankan bukan beliau sahaja yang membangkitkan kebimbangan tersebut.
Tengku Sariffuddin sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir diibaratkan sebagai seekor 'harimau tua' yang digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk.
Kata Tengku Sariffuddin, bekas perdana menteri sepatutnya bersara sepenuhnya kerana rakyat tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.

ANTARA NAZRI AZIZ DAN PROTON, SIAPA GAJAH PUTIH?

Dalam tulisan di blognya pada April 2016 iaitu sejurus selepas mengundurkan diri sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad ada menyenaraikan pemberian kerajaan kepada syarikat kereta nasional itu serta perbandingan dengan sumbangan Proton kepada kerajaan.
Pemberian kerajaan kepada Proton  ialah:-
– RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.
– RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.
– RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif
– secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah sebanyak RM14,631.4 juta.
Sumbangan Proton kepada kerajaan pula ialah:-
– duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.
– cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.
– cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.
– duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1,403 juta.
– cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.
– secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah sejumlah RM24,095 juta.
Bermakna, sumbangan Proton kepada kerajaan ialah RM24,095 juta berbanding pemberian kerajaan kepada Proton sebanyak RM14,631.4 juta.
Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi dalam tulisan di blognya itu, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 lagi secara tidak langsung kepada rakyat Malaysia.
Berbanding Nazri Aziz, sejak beliau berada dalam kerajaan bermula ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang, berapa banyakkah pemberian kerajaan dari segi gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain kepadanya?
Apa pula sumbangan Nazri kepada kerajaan yang boleh rakyat ingati sehingga sekarang?
Agak-agak antara pemberian kerajaan kepada Nazri dengan sumbangannya kepada kerajaan sebagai menteri, mana satu yang lebih besar?
Antara Nazri dengan Proton yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, siapa sebenarnya gajah putih?

Malaysia lubuk misteri? Dulu MH370, kini Jong Nam

Ramai tertanya-tanya, mengapa pula Malaysia jadi tumpuan bila berlaku sesuatu yang pelik?
kimjongnam-mh370KUALA LUMPUR: Berikutan pembunuhan ala perang dingin Kim Jong Nam menggunakan agen saraf VX, Malaysia sekali menjadi perhatian dunia dengan drama, spekulasi dan teori aneh.
Tiga tahun lalu, ia pernah menjadi tumpuan dunia selepas kehilangan pesawat MH370, kes misteri paling lama bertahan dalam industri penerbangan.
Sekarang timbul pula kes pembunuhan Jong Nam yang menyerupai sebuah drama sensasi yang menampilkan jalan cerita yang kompleks dan memberi kesan mendalam kepada rakyatnya.
Februari lalu, abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un terbunuh dipercayai akibat diserang agen saraf VX yang sebenarnya digunakan dalam perang kimia.
Beliau diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), dan Pyongyang dikatakan bertanggungjawab terhadap kes ini.
Tetapi selepas 4 daripada suspek utama melarikan diri ke Korea Utara dan mendapat perlindungan di sebalik kekebalan diplomatik negara itu, polis Malaysia bakal menghadapi masalah menutup kes itu seperti mana yang berlaku ketika insiden MH370.
Rakyat Malaysia semakin letih dengan tumpuan media terhadap negara mereka dan bimbang reputasinya tercalar lagi.
“Dulu jarang kita dengar Malaysia terlibat dengan isu antarabangsa atau diplomatik tapi sekarang ia perkara biasa dan tidak dapat dikawal,” kata pemandu teksi, S.Jaganathan, 68.
“Terlalu banyak berita sensasi di Malaysia jadi saya tidak terkejut mendengar berita pembunuhan ini, ia sering berlaku dan ia seperti isu biasa”.
Dua wanita didakwa dalam siri pembunuhan Jong Nam tetapi dalang di sebalik perbunuhan itu masih belum terjawab.
Ada yang mengatakan Kim Jong Un tidak terlibat dalam pembunuhan itu tetapi dilakukan pihak tertentu dalam kerajaan Korea Utara untuk menggembirakan perhatian pemimpin diktator itu sempenah ulangtahun kelahiran bapanya, Kim Jong Il yang meninggal dunia pada 2011.
Terdapat juga spekulasi yang mengaitkan Jong Nam terlibat dengan masalah hutang judi di Macau, China.
Amir Zaini, 27, berkata beliau tidak percaya Malaysia sekali lagi terlibat dengan cerita yang pelik.
“Tidak masuk akal apabila semua cerita yang pelik-pelik berlaku di Malaysia,” katanya.
Malaysia mula menjadi perhatian dunia dengan cerita misteri apabila penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada Mac 2014.
Tidak diketahui status penerbangan yang hilang itu sehingga menimbulkan pelbagai teori spekulasi, antaranya rampasan Taliban, kejadian meteor atau lencongan oleh CIA.
Malaysia mengalami perkembangan yang pesat sejak merdeka dengan ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara.
Pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang menggabungkan seni bina moden yang menarik, infrastruktur lengkap, bangunan kolonial yang dipulihkan, taman negara dan pantai yang bersih menjadi daya tarikan pelancongan yang popular.
Walaupun kemiskinan luar bandar yang sudah berakar umbi, namun rakyat Malaysia masih mempertahankan imej Malaysia sebagai sebuah negara berjaya, walaupun imej itu sikit demi sedikit terhakis.

Umno bakal berbalah kerana kes rasuah

Siasatan kes rasuah yang membabitkan pertukaran status hartanah bumiputera kepada bukan bumiputera di Johor, baru-baru ini dikatakan bakal menjadi pembuka tirai dalam perbalahan beberapa pihak dalam Umno, dakwa pembangkang.
Namun ini disangkal oleh beberapa pemimpin akar-umbi Umno Johor.
Menurut Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Pua, exco kerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi, yang anak dan pegawai khasnya ditangkap berhubung siasatan itu, adalah rapat dengan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin.
Beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menggunakan kes berkenaan untuk menukar Khaled, menteri besar yang telah berkhidmat selama sepenggal.
"Saya fikir pertarungan antara kepimpinan Umno dan Umno Johor akan berlaku.
“Semua orang tahu bahawa Khaled ada dua orang kanan dalam kabinet, dan Abdul Latif adalah salah seorang daripadanya," katanya kepada Malaysiakini.
Pembangkang mendakwa hubungan Khaled dan Najib tidak seakrab seperti yang sepatutnya sejak menteri besar itu gagal hadir memberikan sokongan kepada perdana menteri berhubung kes 1MDB.
Menjadi mangsa
Turut bersetuju dengan perkembangan semasa itu adalah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub (bawah, kiri), yang berasal dari Johor.
"Saya tidak tolak bahawa siasatan rasuah itu mungkin membawa kepada perebutan kuasa antara kepimpinan Umno pusat dan Umno Johor."
"Khaled dan rakyat Johor akan menjadi mangsa jika ini menjadi kenyataan," katanya.
Sebaliknya, Setiausaha Publisiti DAP Johor Wong Shu Qi membuat spekulasi bahawa Khaled mungkin terpaksa mencari ‘kambing hitam’ bagi mengekalkan cengkaman kuasanya.
"Khaled banyak berusaha menaikkan imejnya. Beliau tidak akan membiarkan Abd Latif merosakkan segala-galanya," kata Wong yang juga adalah ADUN Senai.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap menafikan segala desas-desus kononnya bakal berlaku perbalahan dalam Umno Johor.
"Pembangkang dah tak ada isu di Johor. Kerajaan Johor (bukan) disukai rakyat (sahaja) malah Raja (juga).
Pemimpin Umno itu seterusnya mencabar pembangkang untuk medesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang bakal dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah, untuk mencontohi tindakan Abd Latifi.
"Saya nak sarankan Jimmy Pua nasihatkan Guan Eng belajar (dari) exco itu. Bukan dia, tapi anak dia terpalit (tapi Abd Latif) yang berehat. DAP perlu belajar (daripadanya)"
"Ketandusan idea oleh pembangkang dan mereka sengaja mengapi-apikan isu sedangkan perkara itu tak berlaku... kes (Abd Latif) itu rehat bukan letak jawatan," katanya.
Turut menyangkal spekulasi pembangkang itu, adalah setiausaha akhbar Khaled, Mohd Asri Kalbi.
Beliau ketika dihubungi merujuk kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini supaya tidak mencampuri urusan pihak lain.
Mohd Asri enggan mengulas lanjut.
Minat media arus perdana

Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah


Negara perlu diselamatkan daripada barah rasuah.Negara perlu diselamatkan daripada barah rasuah.
Rakyat khususnya para pengundi di negara ini perlu memastikan negara bebas daripada belenggu rasuah dengan memilih kerajaan baru yang lebih berintergriti kerana satu undi yang diberikan kepada BN bermakna satu undi untuk rasuah.
Dalam satu kenyataan bersama, parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang makin berleluasa di bawah pentadbiran Najib Razak.
"Barometer Korupsi Global Transperancy International (Asia Pasifik) bagi tahun 2016 telah mendedahkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa tahap rasuah negara ini semakin teruk dengan pertambahan dua kali ganda berbanding 30 peratus pada tahun 2014.
"Kenyataan ini disokong oleh kajian Barometer Edelmen Trust Malaysia 2017 yang menyatakan bahawa seramai 52 peratus rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada institusi dan sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial manakala 83 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa rasuah sebagai punca utama," ujar kenyataan bersama Datuk Raja Kamarul Bahrin (AMANAH), Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP).
Kenyataan itu menambah, majalah Time keluaran Mac 2016 telah menempatkan Malaysia sebagai negara kedua paling korup di dunia selepas Brazil manakala The Economist’s Crony Capitalism Index 2016 meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Rusia.
Negara ujar kenyataan itu, sekali lagi telah dimalukan di seluruh dunia apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia mengamalkan kleptokrasi akibat skandal penyelewengan dana 1MDB.
Pada tahun 2015, Global Financial Integrity (GFI) menempatkan Malaysia dalam senarai lima negara utama di dunia yang mengamalkan aliran tunai keluar secara haram dengan jumlah terkumpul bersamaan RM1.8 trilion antara tahun 2004 dengan 2013.

HARAPAN depani PRU14 dengan 3 tawaran baru

Pakatan Harapan (HARAPAN) menawarkan permulaan baru kepada rakyat negara ini jika menang pada pilihan raya umum akan datang dengan menyenaraikan tiga tawaran baru.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin dari
Parti Amanah Negara (AMANAH), Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP), dengan tiga tawaran itu, HARAPAN mahu membendung amalan rasuah yang kian berleluasa di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pertama ialah memastikan tiada campur tangan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi pelaburan dan khazanah negara.
"Yang kedua pula melantik seseorang yang berwibawa untuk menjadi peguam negara yang diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas siasatan terhadap sesiapa sahaja mengikut Perlembagaan.
"Manakala yang ketiga memastikan kebebasan media, termasuk agensi-agensi berita dan penyiaran berita milik rakyat yang dibenarkan berfungsi secara bebas dan saksama," kata mereka.
Justeru, HARAPAN menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang menentang rasuah dan inginkan perubahan agar segera mendaftar dan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang, katanya.
Sebelum ini, HARAPAN turut dilaporkan memberi jaminan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika menang pilihan raya umum akan datang.
UEC merupakan akronim kepada Unified Examinations Certificate (UEC) — sejenis peperiksaan yang dikendalikan oleh Dong Jiao Zong, atau Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia dalam mengakreditasi pelajar-pelajar mereka di negara ini.
Ia mula dilaksanakan sejak 1975 dan diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi di England, Amerika Syarikat, Australia, China dan Taiwan.
Bagaimanapun kecuali universiti swasta, universiti-universiti awam di Malaysia tidak mengiktiraf dan menerima pakai sijil ini.

Parti komponen Pakatan diberi peluang pertahan kerusi

Parti komponen Pakatan diberi peluang pertahan kerusi dimenangiMENJELANG PRU14, semua parti komponen dalam Pakatan Harapan akan diberi peluang mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi mereka pada PRU lalu.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, seperti parti-parti lain, DAP akan terus bertanding di kawasan sama yang dimenangi pada PRU13.
"Selain DAP, parti-parti lain seperti PKR dan Amanah juga mengambil keputusan sama.
"Mereka akan meletakkan calon mereka untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU lalu," katanya kepada Oriental Daily.
Pada PRU 2003, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas memperoleh 89 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, sementara BN menang 133 kerusi, 88 daripadanya dimiliki Umno.
Pakatan Rakyat menghadapi perpecahan apabila tujuh ahli parlimen Pas meninggalkan parti untuk menyertai Amanah, menyebabkan Pas mempunyai 14 ahli parlimen ketika ini.

Hanya 40 peratus Melayu sokong Umno


Umno hanya mampu meraih 40 peratus sokongan Melayu buat masa ini, berdasarkan tiga kaji selidik dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI), sejak Disember lalu.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kajian itu dilakukan bagi mengenal pasti sokongan ke atas setiap parti dalam konteks pertandingan tiga penjuru dan calon perdana menteri.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Umno berjaya memenangi 58 peratus undi Melayu apabila berdepan calon PAS dan mendapat antara 60 hingga 63 peratus undi Melayu ketika berdepan calon KEADILAN.
“Umno juga mendapat sokongan Melayu lebih tinggi iaitu 70 peratus apabila berdepan calon DAP,” katanya.
Rafizi berkata, kaji selidik terbaru itu menunjukkan sokongan kepada Umno menurun 20 peratus.
“Sokongan pengundi Melayu kepada Umno di seluruh negara kekal rendah, pada tahap 40 peratus secara purata.
“Saya tidak ragu-ragu sekarang sokongan terhadap Umno sudah berpecah,” katanya.

Jogho Kelate - dari Umno kepada BERSATU

Kamarudin Mohd Kasim atau lebih dikenali sebagai Jogho Kelate, memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu kerana bersama Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah peneraju Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) dan mantan setiausaha penerangan Umno Kelantan selain mengetuai pasukan media maya dan teknologi maklumat (IT) Umno negeri berkenaan.
"Setelah meninggalkan Umno, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan saya mahu meruntuhkan kerajaan Islam pada PRU13.
"Sekarang saya menghambakan diri untuk bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi mengekalkan Kelantan di bawah PAS. Saya sekarang juga Setiausaha Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)," katanya, memetik laporan Harakah Daily.
Ditanya mengapa menyertai BERSATU, Kamarudin berkata, jawapan paling ringkas ialah beliau tidak mahu berkongsi dosa selagi berada dalam Umno.
"Bahkan saya merasakan ada kebenarannya. Kita melihat terlalu banyak dosa dilakukan kerajaan BN termasuk isu 1MDB, rasuah, songlap duit rakyat, GST, nilai ringgit jatuh dan banyak lagi isu yang membelenggu rakyat.
"Malangnya Umno seperti tidak menghirau apa yang dideritai rakyat," katanya lagi.
Mengenai peranan beliau semasa bersama Umno menghadapi PRU13, jelasnya, beliau memulakan gerakan Tukar pada tahun 2010.
Ia merupakan inisiatif sendiri melalui badan bukan kerajaan yang ditubuhkan, katanya.
"NGO itu ditubuh menjelang PRU13 bagi melihat sokongan rakyat terhadap Umno. Malangnya menjelang hari mengundi anak-anak muda di perantauan meranapkan gerakan yang saya bina selama tiga tahun.

Skandal RM47.6 juta Felda: Isa Samad juga perlu disiasat

Isa SamadIsa Samad
Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad perlu disiasat ekoran dakwaan rasuah dua pegawai kanan Felda membabitkan kes pecah amanah RM47.6 juta.
Pengerusi Biro Parlimen Felda DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, dakwaan salah laku itu berlaku semasa tempoh perkhidmatan Isa sebagai pengerusi Felda.
"Tan Sri Isa Samad perlu pikul tanggungjawab ke atas pertuduhan pecah amanah dua pegawainya.
"Pertuduhan salah laku ini terjadi ketika dibawah jagaan beliau. Malah pegawai-pegawai yang dituduh dilihat sebagai pilihan Tan Sri Isa.
"Maka SPRM mesti siasat adakah salah laku ini berlaku dengan pengetahuan Tan Sri Isa," tegas Ahli Parlimen Raub itu kepada Roketkini.
Siasatan juga, tambah beliau untuk memastikan sama ada Isa lalai berfungsi sebagai pemimpin Felda dan Felda Global Ventures (FGV).
Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya Muhammad Sufi Mahbub menghadapi tuduhan pecah amanah dan bersubahat bagi kesalahan yang dilakukan pada tahun 2014 di Bangunan Wisma Felda Kuala Lumpur melibatkan kelulusan projek penternakan ikan Sturgeon.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam dan sebutan semula kes akan dibuat pada 27 April 2017.

'Bolehkah Madinah audit Kementerian Pendidikan?'

Putrajaya sepatutnya menangguhkan pelantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai ketua audit negara yang baru sehingga Kementerian Pendidikan memberi pengesahan kelayakan, kata seorang bekas pegawai kanan kerajaan.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini beliau berkata Madinah sebelum ini bertugas sebagai ketua setiausaha di kementerian berkenaan.
Jawatan terbabit, kata bekas pegawai kanan yang enggan didedahkan identitinya itu, bermakna Madinah bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan kementerian berkenaan.
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan belanjawan terbesar di kalangan kementerian lain dalam kerajaan.
"Apakah kemungkinan tindakan diambil (sebagai ketua audit negara) jika didapati ia perlu dilakukan pada kementerian itu semasa beliau berkhidmat di situ?
"Tentu janggal jika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara perlu memanggil ketua audit negara untuk disoal (jika berlalu sesuatu yang tidak kena pada akaun kementerian pendidikan)," kata pesara itu.
Madinah diumum sebagai ketua audit negara yang baru pada 20 Februari lalu oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang bersara mulai 22 Februari.
Pelantikan itu menjadi perhatian sesetengah pihak kerana suami Madinah adalah Ketua Umno Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid.
Jangan ulangi kesilapan
Rizuan dilaporkan pada Ogos 2015 pernah menyatakan kesediaannya berjuang bersama Datuk Seri Najib Razak hingga ke nafas terakhir.
Berucap pada mesyuarat tahunan Umno Kepong, Rizuan dilaporkan berkata beliau sanggup "mati untuk Najib" dan mengingatkan supaya jangan ada sesiapa "sentuh" presiden partinya itu.
Semakan juga mendapati Madinah menjadi anggota Umno Cawangan Kampung Melayu Kepong. Turut menjadi ahli di bahagian berkenaan ialah Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagaimanapun menjelaskan pelantikan Madinah kepada Malaysiakini, Rizuan berkata isteri beliau seorang yang berprinsip teguh.
Menurut bekas pegawai kanan kerajaan itu, mengikut amalan sepatutnya, pelantikan seseorang ketua audit negara hanya dibuat selepas semakan ke atas kementerian yang pernah diketuai itu menunjukkan rekod yang baik.
"Hanya selepas itu Madinah boleh dilantik. Ini sepatutnya menjadi hujah utama bagi membantah pelantikan beliau," katanya.

RUU 355: Kesilapan teknikal punca usul asal Hadi di Peraturan Mesyuarat

Kesilapan teknikal adalah sebab di sebalik versi tanpa pindaan rang undang-undang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau yang bertanggungjawab menyelia hal-ehwal Parlimen, berkata kesilapan itu akan diperbetulkan dengan pihak Parlimen menggantikan usul berkenaan dengan usul baru sebagaimana dipinda oleh Abdul Hadi pada November lalu.
“Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Dewan Rakyat (Datuk Rosmee Hamzah) bertarikh 2 Mac 2017 di mana beliau telah memohon maaf (berhubung kesilapan itu).
“Beliau menjelaskan bahawa ini adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan oleh Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat dan pihak Parlimen akan menggantikan usul itu dengan usul baru,” kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, dilaporkan bahawa versi asal usul Abdul Hadi bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) dicetak dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen, tanpa sebarang pindaan.
Ini adalah versi yang mana Abdul Hadi berusaha untuk mengeluarkan had maksimum bagi hukuman kesalahan syariah, kecuali hukuman mati.

RUU 355: AJK PAS harap Hadi tak sambut cabaran mufti

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti tidak akan setuju dengan cabaran debat yang ditawarkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin, bagi membincangkan sama ada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 wajib dipinda ada tidak.
Ahli Jawatankuasa PAS Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata Asri tidak seharusnya menjatuhkan satu sama lain, sebaliknya sebagai agamawan, beliau harus menyokong pindaan akta tersebut.
“Sebagai mufti yang kerjanya untuk agama, mempertahankan agama, inilah masanya (menyokong) dan bukannya untuk menjatuhkan satu sama lain dan menunjukkan pandangan kita (dia) yang betul dan orang lain tak betul.
“Saya tak setuju dengan pendekatan tersebut dan saya yakin Hadi pun tak setuju dengan kaedah itu. Saya rasa tak perlu untuk berdebat dan kalau betul pun Dr Asri nak ajak berdebat, saya nasihatkan kepada Hadi, jangan disambut cabaran itu,” katanya.
Mohamed Fadzli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas forum Pasca Himpunan 355 di Bazar Harakah di ibu negara hari ini.

Lawatan Raja Saudi gagal selesaikan skandal RM2.6 bilion ke akaun Najib

Lawatan King Saudi ke  Malaysia gagal bantu Najib selesaikan isu R2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.Lawatan King Saudi ke Malaysia gagal bantu Najib selesaikan isu R2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.
Lawatan Raja Saudi, King Salman gagal menyelesaikan masalah utama yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak iaitu adakah benar beliau memberikan derma RM2.6 bilion kepada Najib.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, perkara paling utama yang patut diperolehi oleh Najib melalui kunjungan ini adalah pengesahan Salman mengenai, namun ia tidak berlaku.
Bagi beliau, kenyataan seorang profesor kononnya kedatangan Salman ke Malaysia mengesahkan beliau tidak terasa difitnah oleh Najib dalam isu ini tidak boleh diterima akal.
"Hujjah bahawa Raja Salman tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia jika Najib 'memfitnahnya' tidak boleh diterima akal.
"Ini kerana, bagaimana King Salman boleh mengenepikan sebuah negara OIC seperti Malaysia dalam siri lawatannya ke negara Asian yang meliputi enam negara, Indonesia, Brunei, Japan, China, Maldives dan Jordan," katanya.
Najib sebelum ini mendakwa wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun pribadi beliau adalah derma dari pemimpin negara Arab.
Beliau juga kemudiannya berkata, ia telah diserahkan kembali sebahagian besarnya.
Namun, Peguam Negara Amerika dalam penjelasan ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika bertindak ke atas 1MDB di negara itu, wang yang masuk ke akaun Najib adalah dari 1MDB.

Tugas saya minta PM beri penjelasan, kata Salahuddin


Salahuddn AyubSalahuddn Ayub
Pasukan Komunikasi Strategik BN disarankan agar lebih banyak membuat "homework" dan tidak terlalu bergantung kepada seorang perdana menteri untuk menyelamatkan kepentingan diri masing-masing, kata Timbalan Presiden Amanah  Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, adalah menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk mendapatkan penjelasan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri di negara ini selepas media melaporkan sesuatu mengenainya.
"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai rakyat negara ini untuk meminta penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Naji Razak sekiranya, terdapat isu atau perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.
"Pasukan Komunikasi Strategik BN sepatutnya mengambil lebih masa untuk membuat "homework" tentang sikap flip-flop syarikat-syarikat besar Arab yang gemar membuat riuh rendah pelaburan di Iskandar Malaysia tahun 2006 dan projek Arab City di Melaka tetapi akhirnya tidak mencapai KPI yang diharapkan.
"Janganlah hanya tahu bergayut di tali leher Najib untuk mencari talian hayat periuk nasi masing-masing semata-mata," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Aramco menandatangani MoU dengan Petronas ketika lawatan King Salman ke Malaysia baru-baru ini.Aramco menandatangani MoU dengan Petronas ketika lawatan King Salman ke Malaysia baru-baru ini.Salahuddin mengulas mengenai ulasan yang ditulis Pasukan Komunikasi Strategik BN di kolum Ulasan di portal Malaysiakini pada 28 Februari lalu.
Antara lain pasukan itu membidas kenyataan dua orang pemimpin Amanah Salahuddin dan Pengerusi Biro Antarabangsa Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkaitan dengan kunjungan dan pelaburan Raja Arab Saudi ke Malaysia.
Pasukan itu mendakwa kononnya pemimpin Amanah mempunyai perangai mengeluarkan kenyataan tidak berfaedah bersandarkan khabar angin dan pemikiran sempit semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
Menurut Salahuddin lagi, beliau terpanggil mengeluarkan kenyataan umum setelah membaca laporan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Edge pada 25 Januari lalu.
"Laporan penuh akhbar The Edge bertarikh 25 Januari 2017 yang menyiarkan berita Wall Street Journal (WSJ) melaporkan "Aramco ends talks with Petronas for RM89b project in Pengerang".
"Laporan daripada WSJ itu juga menyatakan penarikan diri Aramco adalah daripada satu Kajian Kesesuaian (feasibility study) yang dibuat oleh pihak Aramco sendiri.
"Antara sebab utama dapatan Kajian Kesesuaian tersebut menyatakan bahawa pihak Aramco bercadang untuk menarik diri daripada projek meganya di Pengerang kerana "not generate sufficient returns" kepada pelaburan Aramco.

Akta 355: Asri cadang debat dengan Hadi

Selepas seorang anggota parlimen mempertikaikan pendirian Mufti Perlis berhubung cadangan pindaan Akta 355, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau hanya akan berdebat mengenai hal itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Itu pun, kata mufti berkenaan, jika Abdul Hadi mahu berbalas hujah dengannya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Asri berkata beliau tidaklah mencabar anggota parlimen yang bulan lalu berceramah dan mencadangkan supaya kepalanya disekeh kerana mempertikaikan cadangan pindaan akta berkenaan.
"Saya tidak mencabar beliau (Datuk Dr Khairuddin Aman Razali).
"Jika PAS teringin hendak saya berdialog, saya cadangkan presiden PAS berdialog dengan saya mengenai hal ini," katanya semalam.
Asri berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Kata Kamarul Zaman, debat mengenai pindaan Akta 355 itu patut berlangsung antara Khairuddin - yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS - dan Asri.
Terdahulu, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle 'menyambut tawaran' Khairuddin untuk berdebat mengenai keperluan Akta 355 dipinda.
"Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.
"Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.
"(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
"Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?" katanya (gambar).
Ceramah itu dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.
Menurut Rozaimi beliau "dengan rendah hati" menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.
"Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini," kata Rozaimi pada 25 Februari lalu.
Jangan bagi alasan
Semalam Rozaimi yang juga pensyarah Jabatan Fikah dan Usul Fiqh UPSI menyatakan secara rasmi kesediaannya berhujah dengan Khairuddin.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, bagi pihak Rozaimi, melalui sepucuk surat rasmi yang disampaikan melalui serahan tangan di pejabat dewan itu di Kuala Lumpur.
Kamarul Zaman dalam satu kenyataan semalam berkata ahli-ahli akademik berbeza pandangan berkaitan cadangan debat Akta 355.
Oleh demikian debat itu patut berlangsung antara Khairuddin dan Asri.
Kenyataan itu juga dikeluarkan sebagai reaksi kepada cadangan penganalisis politik Dr Maszlee Malik supaya Khairuddin menerima cabaran debat Rozaimi.

Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara


Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.
Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara negara.
“Tetapi kita boleh kaji semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara.
“Itupun kalau kita tukar kerajaan yang ada ini kerana kerajaan Umno-BN tidak akan berubah.
“Ataupun mungkin apa yang kita bangkitkan selama ini menimbulkan kesedaran di kalangan sesetengah pemimpin Umno-BN yang diharapkan berani untuk melakukan sesuatu demi kedaulatan negara.
“Ini bukan isu menakut-nakutkan orang Melayu atau isu anti Cina ini soal kepentingan negara.
“Kita boleh tidur lena hari ini sebab kita tidak tahu apa-apa kesan jangka panjang. Jika kita tahu, kita tidak boleh tidur lena kerana takut bila rumah terbakar,kita tidak jumpa kunci rumah,” ujarnya dalam temubual eksklusif dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.
 Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.
Beliau diminta pandangan mengenai Pelaburan Lansung Asing (FDI) China ke Malaysia antaranya sebahagian perjanjanjian yang dimeterai itu, membabitkan perjanjian pemilikan dalam hartanah, penempatan dan bandar merangkumi pemeteraian perjanjian pembangunan Forest City dengan kos RM175bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion serta Keretapi Laju Kuala Lumpur -Singapura (HSR) sejumlah RM60bilion selain mempertaruhkan kedaulatan Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan pembinaan Kompleks Pelabuhan Melaka bernilai RM43bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berpandangan dengan Pelaburan Lansung Asing ke Malaysia, negara boleh menjadi gerbang China ke Asean.
Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan mengenai jenis FDI dari China ke Malaysia sebagai ancaman besar kepada Malaysia dari segi perdagangan dua hala dan kedaulatan negara.
Dalam pertikaian ini, Kadir menjelaskan sejak 1990-an apabila Malaysia memulakan dasar perindustrian telah bergantung kepada FDI.
“Pada satu peringkat negara menolak FDI dan tidak mahu industri tertentu dibuka di negara ini terutama industri yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
“Dalam tempoh itu juga Malaysia tidak pernah kekurangan pelabur asing kerana negara sentiasa ada pilihan.
“Natijahnya mana-mana negara masuk ke negara ini, kita boleh menentukan industri mana mereka boleh melabur kerana salah satu sebabnya tidak mahu kedaulatan negara kita terjejas. Kita juga tidak mahu peluang pelabur tempatan dirampas oleh pelabur asing,” ujarnya.
Kata beliau lagi, sekiranya Malaysia memberi keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi maka tidak timbul dakwaan di mana pelaburan China akan bersaing dengan pelabur tempatan.
Amat perlu negara memberikan keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi yang mana rakyatnya memiliki kepakaran khusus mengenainya dalam sektor tertentu di negara ini.
“Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan bandar baru, perumahan, dan kompleks membeli belah sewajarnya tidak perlu diberikan kepada pelabur asing.
“Tetapi apa yang berlaku dalam pelaburan China mereka masuk ke bidang yang mana mereka bersaing dengan pemodal tempatan.
“Implikasinya persaingan antara pelabur tempatan dan pelabur asing dalam sektor tertentu akan memberi kesan buruk pada negara,’ ujarnya.

Pas akui tidak mudah berunding pembahagian kerusi dengan PKR, DAP


Khairuddin Aman razaliKhairuddin Aman razaliPas tidak menaruh keyakinan mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan akan menyelesaikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali mendakwa bukan suatu yang mudah untuk berunding dengan PKR dan DAP yang sangat bertegas mempertahankan kuota kerusi mereka.
“Pertama sekali Bersatu ini memang dia nak mengharap kerusi daripada Pas, sebab DAP dan PKR akan pertahankan kuota kerusi dia, tidak mudah.
“Pengalaman kita dalam Pakatan Rakyat, dua parti ini sangat tegas dalam bab kerusi mereka punya. Jadi tinggal lagi kerusi nak ‘difaraidkan’ kerusi Pas dan Amanah pun nak bertanding semua kerusi Pas,” kata Khairuddin seperti dilapor MalaysiaGazette hari ini.
Khairuddin mengulas berhubung mesyuarat Pakatan Harapan baru-baru ini yang berlangsung tanpa wakil Bersatu disebabkan mereka masih cuba berunding dengan Pas secara harmoni.
“Bersatu pun nak kerusi Pas juga tapi dengan cara harmoni, dengan cara bincang jadi dia terpaksa bincang dengan Pas tapi bagi Pas, kita akan terus dengan agenda kita,” kata Khairuddin yang mengatakan Pas tidak perlu lagi melayan usaha memujuk Bersatu.
Berhubung pertembungan tiga penjuru, Khairuddin berkata perkara bukan lagi fantasi malah sebaliknya realiti yang bakal berlaku dalam pilihan raya nanti.
“Sebab semua akan bertanding di kerusi Pas, siapa yang bertanding kerusi itu mereka yang pengacau menimbulkan tiga penjuru.
“Jadi tiga penjuru ini bukan lagi fantasi itu realiti. Ia bertujuan mewajarkan kewujudan Amanah, kalau tak di mana Amanah nak bertanding dan tak wujud lah Amanah,” katanya.

Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

4 pemimpin dan wakil rakyat Terengganu menunjukkan salinan repot polis mereka kepada media selepas membuat laporan polis.4 pemimpin dan wakil rakyat Terengganu menunjukkan salinan repot polis mereka kepada media selepas membuat laporan polis.
Kemanakah hilangnya dua buah bas amfibia berharga RM6 juta yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu sejak tahun 2014 lagi kini menjadi isu di Terengganu.
Hari ini, tiga wakil rakyat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Azan Ismail (Adun Bandar) dan Datuk Raja Bahrin Shah (MP Kuala Terengganu) membuat laporan polis berkaitan dengannya. Turut serta adalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hin.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis IPK Kuala Terengganu pagi ini.
Laporan media pembelian 2 buah bas amfibia oleh kerajaan negeri Terengganu 2 tahun lalu.Laporan media pembelian 2 buah bas amfibia oleh kerajaan negeri Terengganu 2 tahun lalu.Dalam laporan polis tiga wakil rakyat itu, mereka menuntut polis menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang.
Yang kedua, mereka meminta polis menyiasat berapakah jumlah sebenar harga bas itu.
Yang ketiga, mereka meminta polis menyiasat apakah ada unsur-unsur pecah amanah dalam pembelian itu.
Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Said ketika itu membuat keputusan membeli dua buah bas amfibia dari Malta.
Bas yang mempunyai pelbagai fungsi itu, dikatakan akan memberikan manafaat kepada rakyat Terengganu.
Menurut laporan media juga, Ahmad Said telah mengesahkan pembelian itu dengan membuat bayaran tempahan 50% dari harga bas itu iaitu 600,000 Euro setiap koc.
Bas itu dijangka akan tiba di Terengganu pada bulan Mei 2015, namun sehingga kini ia belum diketahui statusnya.
Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Seri Ahamd Razif Abdul Rahman juga mengesahkan dalam satu kenyataan, bas itu akan beroperasi mulai 2015.