Rabu, 1 Mac 2017

Kerjasama politik, Pas umum keputusan muktamar ini - Mohd Amar


Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU – Pas akan menentukan keputusan kerjasama politiknya dengan parti lain pada Muktamar Tahunan kali ke-63 parti itu, April ini.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebarang keputusan akan dibincangkan dan diputuskan Majlis Syura Ulama pada muktamar nanti.
“Untuk kerjasama kita dengan PKR, pendirian masih sama, selagi Majlis Syura dan Muktamar tidak membuat keputusan, maka tahaluf itu masih kekal.
"Apa pun, tunggu muktamar, kita akan dengar suara akar umbi Pas. Kalau mereka mahu ia diteruskan, maka kita teruskan, kalau minta nilai semula, maka kita akan nilai semula,” katanya kepada media di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai masa depan hubungan Pas dan PKR dalam kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Rakyat bagi mendepani BN dalam PRU14 nanti.

Antara sokong dan bangkang RUU 355

Apabila kita sebut cadangan pindaan RUU 355, kita hendaklah tahu bahawa ia satu usul yang dibawa oleh sebuah parti politik. Usul itu telah dimainkan secara politik.
Parti politik berkenaan juga selama ini memperkatakan isu hudud sejak sekian lama terutama menjelang pilihanraya. Hasil dari isu hudud yang pernah dimainkan sejak dahulu pelbagai peristiwa permusuhan antara umat Islam telah berlaku.
Berlakunya kafir-mengkafir sejak sekian lama, dua imam, bercerai suami-isteri, enggan makan sembelihan sesama muslim, memutuskan silaturrahim antara keluarga dan tumpah darah sesama umat.
Dengan tidak dinafikan bahawa tindakan dan sikap parti lawan mereka juga ada yang tidak sewajarnya.
Demikian juga pendekatan aliran politik berkenaan, bukan sahaja tajam kepada musuh politik tradisi mereka, bahkan kepada rakan-rakan mereka yang keluar parti.
Istilah keluar jamaah cabut Islam bukan sesuatu yang asing. Bahkan sesiapa yang berbeza dengan mereka sekalipun dari kalangan yang bukan musuh tradisi mereka, juga menerima nasib yang tidak kurang buruknya seperti anti-ulama, anti-perjuangan Islam, musuh Islam, tali barut musuh Islam dan seumpamanya.
Mengapa hal ini dibangkitkan? Sebabnya, hal-hal ini kadang-kala boleh mempengaruhi sikap orang lain terhadap usul yang dibawa itu. Kadang-kala bukan kerana usul itu semata, sebaliknya apa yang ada berkait dengan pencadang usul tersebut.
Penyokong usul
Di sana ada pihak yang menyokong Usul Pindaan RUU 355 ini. Sokongan itu mungkin dibina atas beberapa perkara.
Antaranya ada pihak yang menyokong kerana usul meningkat jumlah dan nilai hukuman kepada 100 rotan, 30 tahun penjara dan 100k denda membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan. Iaitu 100 rotan untuk zina, 80 rotan qazaf dan 40 rotan untuk peminum arak.
Maka, menyokong usul ini bererti membolehkan hukum hudud yang diperjuangkan selama ini dilaksanakan. Ini bagi mereka adalah tanggungjawab agama.
Di satu sudut, seakan kumpulan ini menerima pandangan yang selama ini ditolak oleh mereka iaitu menyamakan hukuman zina yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin (muhsan). Pegangan umum mereka selama ini ialah penzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati.
Ada pihak yang menyokong kerana ingin memperlihatkan kesatuan politik parti-parti melayu muslim dan umat Islam secara umumnya. Ada yang menyokong kerana merasakan hukuman sedia ada untuk kesalahan jenayah (yang dikatakan) berkaitan syariat itu terlalu rendah. Gejala maksiat yang berleluasa memerlukan hukuman yang lebih tinggi.
Ada yang menyokong kerana ingin hukum hudud yang sepenuhnya dilaksanakan termasuk potong tangan, rejam penzina dan hukuman riddah iaitu membunuh orang yang murtad.
Difahamkan itulah cadangan asal parti berkenaan, namun pihak peguam negara telah meletakkan had kepada 100 rotan, 100k dan 30 tahun penjara. Hukuman mati, rejam sampai mati dan potong tangan belum diberikan ruang.
Ada pihak yang menyokong kerana ruang ini boleh digunakan untuk mengekang aliran yang berbeza dengan penguasa agama tempatan. Ini seperti aliran kaum muda, salafi, wahabi, fatwa yang tidak mengikut mufti negeri, tarekat yang berbeza, syiah, Islam liberal dan seumpamanya. Pindaan ini akan membolehkan kesalahan ini ditingkatkan hukuman penjara, ataupun denda yang lebih tinggi.
Ada yang menyokong untuk menaik taraf kedudukan hakim-hakim di mahkamah syariah supaya setaraf dengan mahkamah sivil khususnya dari segi grade pergajian dan seumpamanya.
Ada yang menyokong kerana itu keputusan partinya dan untuk memenangi hati pengundi menjelang pilihanraya umum yang akan datang.
Pembangkang usul 355
Di sana ada pihak yang tidak menyokong usul ini atas alasan yang pelbagai. Ada yang tidak menyokong sepenuhnya, ada yang menyokong sebahagiannya dan ada yang menentang sepenuhnya. Ada beberapa alasan golongan ini. Tidak bersetuju itu juga dilihat dari sisi yang berbeza antara mereka.

Selamatkan Proton, selamatkan Malaysia

Apa tanda sesebuah negara itu menjadi semakin miskin? Antara tandanya adalah apabila sesebuah negara itu mula menjual satu persatu aset, kepentingan bahkan wilayahnya kepada pihak luar.
Belum pun habis cerita mengenai sebuah wilayah di Selatan Semenanjung Malaysia yang sedang dijual secara besar-besaran kepada warga China, kita didatangkan pula dengan cerita penjualan saham Proton kepada syarikat luar.
Sekiranya berlaku tanpa disoal atau dihalang oleh rakyat Malaysia, maka penjualan unit-unit rumah di Forest City, Johor kelak akan jadi satu proses kemasukkan warga asing yang paling ramai di dalam sejarah Malaysia.
Jumlahnya yang boleh diukur dengan nisbah rumah yang sedang dijual adalah jauh lebih ramai berbanding ketika penjajah British membawa masuk pekerja lombang dari China di era sebelum merdeka dahulu.
Semua negara yang merdeka mahu menjaga kedaulatan dan maruah mereka. Hal ini adalah lumrah. Melakukan sesuatu yang akhirnya mencalar maruah negara dan bangsa itulah yang turut dikhuatiri oleh warga United Kingdom ketika membuat keputusan keluar daripada Kesatuan Eropah.
Sama jugalah ketika pengundi di Amerika Syarikat tempohari memenangkan Donald Trump yang berjanji menjaga kepentingan rakyatnya lebih daripada apa-apa idelogi politik sekalipun.
Negara ibarat rumah
Sesebuah negara adalah ibarat sebuah rumah. Tentulah tidak masuk akal untuk seseorang tuan rumah itu menginzinkan sesiapa pun masuk ke rumahnya. Keadaan ini berlaku hanya apabila tuan rumah itu semakin terdesak untuk mendapatkan wang sehingga perlu menyewa dan ‘menjual’ terus salah satu bilik di dalam rumah berkenaan kepada orang asing.
Kita tidak akan melihat ada orang kaya yang mahu menyewakan mana-mana bilik dalam rumahnya, lebih-lebih lagi apabila dia tidak tahu baik-jahatnya orang asing itu. Menjaga kesejahteraan anak-bini dan keluarga adalah tanggungjawab paling tinggi bagi seseorang ketua keluarga.
Hasrat menjual saham dan kepentingan syarikat pengeluar kereta nasional, Proton kepada syarikat luar tidak lain adalah satu daripada tindakan terdesak dan jalan mudah untuk keluar dari masalah.
Kita akui, Proton pernah berada dalam keadaan merosot selepas beberapa modelnya gagal atau tidak dapat sambutan di pasaran. Barang diingat, hampir semua syarikat pengeluar kereta pernah mengalami keadaan itu. Tidak kiralah sama ada syarikat berkenaan dari Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan mahupun Jepun sekalipun.
Jenama kereta seperti Volkswagen yang beberapa tahun lalu berminat membeli saham Proton juga dahulunya pernah tidak mengeluarkan model baharu untuk tempoh yang lama. Volkswagen adalah syarikat kereta Jerman yang ditubuhkan dua tahun menjelang Perang Dunia Ke-2 dan jauh lebih berpengalaman dalam pengeluaran kereta di era perang.
3 model Proton
Tahun lalu sahaja Proton melancarkan tiga modelnya. Pelancaran tiga model baharu dalam tempoh setahun adalah petanda positif pemulihan Proton. Model seperti Suprima S, Iriz, Persona dan Saga kini mulai dapat sambutan hangat dan mulai kembali merayap memenuhi jalan raya di negara ini.
Tidak ada lagi rungutan bahawa kereta Proton ada masalah tingkap automatik. Bahkan beberapa ciri “kereta pintar” daripada lampu LED, lampu dan wiper automatik mula dipasang di dalam model-model terkini Proton sebagai usaha mengembalikan keyakinan pengguna dan mengukuhkan jenamanya di pasaran.
Bagi model Suprima S yang diperkenalkan pada 2013, pada tahun itu juga sudah diperkenalkan lampu LED untuk siang hari, jauh sebelum banyak model lain mempunyai lampu sebegitu. Salut dan tabik hormat kita kepada jurutera-jurutera Proton yang berkerja keras memperkukuh model-model Proton!
Usaha keras Proton ini tentu akan sekali lagi terganggu apabila ada keputusan untuk menjual majoriti saham Proton kepada pihak asing. Keputusan perniagaan tersebut bukan sahaja akan menjejaskan semangat kakitangan Proton, tetapi dalam waktu sama Malaysia bakal kehilangan satu-satunya syarikat kereta yang pernah menjadi kebanggaan nasional.
Alasan Proton rugi bukanlah segala-galanya. Di sebalik jaya atau gagalnya Proton, apa yang tidak disedari ialah syarikat kereta nasional itu telah melatih sangat ramai jurutera dan pakar dalam bidang industri berat seperti automobil.
Peluang membuat kereta sendiri tidak pernah wujud dalam bangsa ini sehinggalah di era PM ke-4, Dr Mahathir Muhamad membuat keputusan menubuhkan Proton.
Usaja menjual Proton

BESORNYA CITA-CITA TERBARU PAS!!

Dulu Pas hanya mahu bertanding 70 kerusi Parlimen sahaja dan menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripadanya. Mereka berkeras jumlah 70 kerusi itu tidak boleh dikacau oleh sesiapa.

Dengan kemampuan menang 40 kerusi, matlamat Pas sekadar memadai mahu jadi "king maker"  atau kuasa penentu di antara BN dan Pakatan Harapan.

Itu cita-cita dulu. Sekarang cita-cita Pas jauh lebih besar lagi daripafa sekadar menjadi kuasa penentu.

Menurut Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berdasarkan kajian, Pas kini bukan saja cerah untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan, bahkan tidak mustahil mampu menawan Putrajaya.

Bagi tujuan itu, Pas katanya, akan bertanding di semua kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang, selain sedia bergerak sendirian serta menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, tambah Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi.
Daripada "king maker", Pas kini ada cita-cita baru iaitu bertanding sendirian untuk menawan Putrajaya. 

Makanya, Bersatu yang masih ghairah mahu bekerjasama dengan Pas, baiklah lupakan saja hasrat itu.

Besornya cita-cita dan banyaknya modal kewangan Pas untuk bertanding di semua 222 kawasan Parlimen kali ini.

Tetapi, sebelum itu apa kata kita lihat fakta sejarah mengenai jumlah kemenangan yang mampu diraih Pas sama ada ketika bertanding sendirian atau bergabung dengan lain-lain parti.

Muat naik swafoto Raja Salman: Najib dibidas Mukhriz Mahathir FC


Seperti yang sudah dijangka, jentera propaganda Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dikalangan blogger dan Profesor Madya berbayar menyatakan lawatan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud sebagai suatu ikrar bahawa derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri sememangnya sumbangan oleh Raja Arab.
"Setiap foto yang diambil sepanjang lawatan empat hari Raja Salman di negara ini, Najib digambarkan mempunyai hubungan baik dengan Raja Salman.
"Najib tanpa malu mengambil peluang untuk berswafoto (selfie)  diluar protokol diRaja," ujar kenyataan yang dipetik menerusi facebook 'Berani Berubah' yang dikendalikan Mukhriz Mahathir FC (MMFC) yang mana kenyataan itu ditweet Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir petang ini.
Status dimuat naik itu dipercayai mengulas mengenai twitter Perdana Menteri pada Isnin, yang membuktikan keakraban beliau dengan pemimpin tertinggi Arab Saudi itu.
Najib memuat naik gambar selfie beliau bersama Raja Salman Abdulaziz al-Saud di dalam sebuah kenderaan.
"Selfie saya dengan Raja Salman, Custodian of the two Holy Mosques (penjaga dua kota suci)! Persahabatan yang amat akrab," kata Najib di akaun Twitter rasmi beliau.
Akaun Najib itu diikuti lebih 3.3 juta pengguna Twitter.
Menurut kenyataan itu, walaupun cuma sekeping gambar dimuatnaik di twitter perdana menteri dakwanya, tidak wajar bagi seorang ketua kerajaan untuk 'mengenakan' seorang raja semata-mata untuk membaiki imejnya yang amat rosak di mata rakyat negara ini.
"Walaupun Najib sangat sibuk mengeksploitasi kehadiran Raja Salman untuk kepentingan politik dan untuk menipu rakyat, persoalan yang berlegar dalam minda rakyat mengapa Raja Saudi tidak menyebut mengenai dana itu.
"Apa yang dianggap sebagai skandal rasuah dan pengubahan wang haram dalam sejarah dunia moden yang mana Najib sendiri telah secara langsung dikaitkan dengan kerajaan Arab Saudi.
"Adalah mustahil bahawa Raja Salman tidak menyedari keadaan yang luar biasa dan tuduhan jenayah yang serius.
"Sesungguhnya baginda memahami implikasi lawatan ini yang Najib terdesak untuk menggambarkan dengan adilnya," ujar status dimuatnaik itu.
Justeru dakwanya lagi, Najib dianggap tidak lebih daripada kleptokrat oleh sekutu besar Amerika Syarikat ini- Arab Saudi.
Oleh itu, adalah adil bahawa rakyat Malaysia menganggap jumlah wang yang diberikan kepada Najib adalah satu usaha untuk campur tangan Arab Saudi dalam hal ehwal negara.
"Ketiadaan apa-apa penjelasan mengenai dana tersebut oleh Raja Saudi menimbulkan persoalan menyebabkan Najib tidak dapat menolak tawaran kerajaan Arab Saudi.
"Terutama tidak mengatakan apa-apa kaitan dengan tindakan tentera Arab Saudi di Yaman? Apakah tahap penglibatan Malaysia dalam perang Arab yang dipimpin di Yaman?

Harga gula naik 11 sen sekilogram

Harga gula meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram, walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai dibuat.
Sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.
Ini telah disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.
Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej teks.
"Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi," kata Hong.
Beliau mengandaikan kerajaan mengelak untuk membuat pengumuman rasmi untuk mengelakkan peruncit dari menaikkan pemberitahuan dan pengguna daripada pembelian panik.
Hong menyifatkan kenaikan harga sebagai sederhana kerana kali terakhir harga barangan itu meningkat sebanyak RM0.20 sekilogram, memandangkan terdapat turun naik dalam harga gula global sejak kebelakangan ini.

“MANA WANG FELDA RM4.3 BILLION?”:


TAN SRI SHAHRIR SAMAD SEPATUTNYA CARI RM11.4 BILION WANG FELDA, BUKAN RM4.3 BILLION

Lebih kurang 2 minggu lalu, pada 11 Februari 2017, Tan Sri Shahrir Samad dalam satu temuramah eksklusif dengan Sinar Harian telah bertanyakan mengenai RM4.3 bilion yang seolah-olah beliau tidak pasti ke mana perginya wang itu hasil dari penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV). Kenyataan beliau itu menimbulkan kontroversi besar kerana ia seolah-olah pengesahan utama ada masalah kewangan yang meruncing di Felda.
Walaupun saya ingin memberi reaksi segera, saya juga ingin bersangka baik bahawa Tan Sri Shahrir Samad memang ikhlas untuk menyelesaikan penyelewengan yang berlaku di Felda. Saya berharap beberapa hari selepas itu, beliau sendiri akan membongkarkan ke mana sebenarnya wang RM4.3 bilion ini dibelanjakan supaya rakyat dapat menilai apakah ia berbaloi dengan hasilnya.
Namun itu tidak berlaku. Sebaliknya beliau mengubah kenyataan beliau beberapa hari selepas itu dengan menuduh ia telah diputarbelitkan.
Setelah lebih dua minggu menunggu, saya mengambil keputusan untuk menegur Tan Sri Shahrir Samad kerana penilaian beliau mengenai jumlah wang Felda yang telah dibelanjakan (apabila beliau bertanya “mana wang Felda RM4.3 bilion”) bukan sahaja tidak tepat, malah menyembunyikan angka yang sebenar.
Jumlah RM4.3 bilion yang beliau sebut hanya menyentuh hasil dari penjualan saham FGV kepada rakyat. Jumlah itu adalah sebahagian sahaja dari keseluruhan wang rakyat yang telah dikendalikan dan dibelanjakan Kumpulan Felda (baik sebagai pelaburan yang merugikan, projek yang terbengkalai, rasuah, ketirisan, perbelanjaan berboros, rasuah politik, perbelanjaan yang tinggi melebihi kos sebenarnya dan lain-lain) sejak tahun 2010 iaitu sejak Tan Sri Isa Samad mengambil alih kepimpinan Felda.
Oleh itu, saya bentangkan kira-kira yang lebih tepat yang menunjukkan bahawa jumlah sebenar yang sepatutnya dibentangkan kepada rakyat (wang rakyat yang telah dibelanjakan oleh kepimpinan dan pengurusan Felda sejak 2010) bukanlah RM4.3 bilion, tetapi berjumlah RM11.4 bilion seperti yang saya tunjukkan di bawah.
Rujuk Lampiran kira-kira yang disertakan bersama.
Jumlah wang rakyat yang dikendalikan oleh Kumpulan Felda sejak 2010 adalah jumlah keseluruhan dari bentuk sumber wang seperti berikut:
Baki wang yang ada ditangan Felda semasa Tan Sri Isa Samad mula-mula mengambil alih kepimpinan Felda pada hujung tahun 2010. Baki ini dilaburkan dalam bentuk pembelian saham, bon dan disimpan di bank
Pinjaman yang telah dibuat oleh Kumpulan Felda sejak tahun 2010 selepas Tan Sri Isa Samad mengambil alih
(Wang yang dijana dari hasil perniagaan akan ditunjukkan dalam bentuk baki akhir tunai iaitu wang terkini yang ada di tangan. Jika perniagaan untung, baki wang akan menjadi lebih tinggi. Jika baki wang lebih rendah, bermakna operasi perniagaan tidak menguntungkan atau banyak dalam bentuk hutang.)
Baki wang yang ada ditangan Felda pada hujung tahun 2010 boleh dikira berdasarkan angka-angka yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai pelanggaran had pelaburan Felda.

RUU355: " ARTICLE NOT FOUND - 404 "

Kenapa berita ini di portal harakah tiba-tiba telah dighaibkan drpd pengetahuan rakyat ??!.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

" ARTICLE NOT FOUND - 404 "

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43320-ruu-355-pas-sedia-bentang-bila-bila-masa

Nazri: Raja Salman tak akan ke M'sia jika 'ragui' skandal RM2.6b

'Proton gagal, gajah putih Dr M' - Nazri Aziz

Dana Felda 'lesap': Mungkin lebih dari RM4.3b, kata Rafizi

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Harakah dakwa proses kematangan Pas kini mengecut terbantut

Reaksi segera Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap tempoh masa sebulan yang diberikan Dr Mahathir Mohamad memang sudah dijangka. Ia juga dapat ditelah daripada sikap sebahagian besar pimpinan tertinggi Parti Islam kepada penasihat parti Bersatu itu, walaupun semasa proses rundingan masih berlangsung.
Ketika Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pengarah Pilihan Raya, Mustafa Ali dan Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Pas selangor, Iskandar Abd Samad menunjukkan pendirian lebih terbuka dan bersedia untuk bertolak-ansur, Ustaz Hadi dan Mursyidul Am, Ustaz Hashim Jasin sudah lama menunjukkan mesej berbeda.
Kedua-dua pemimpin ulung pas itu seringkali menjelaskan bentuk dan syarat tahaluf yang boleh diterima, iaitu pastikan Pas yang memimpin, bukan dipimpin; Pas yang mendominasi bukan sekadar mengikuti. Kerjasama politik sebelum ini dianggap gagal disebabkan parti lain yang menguasai dan Pas terpaksa banyak berkorban.
Usah dikira kenyataan atau posting facebook yang dibuat oleh pimpinan lain yang dilihat mendukung kuat pendekatan politik ustaz Hadi, misalnya Naib Presiden, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Ketua Penerangan, Nasrudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abd Aziz, Ketua Ulama, Dr Mahfodz Mohamed dan orang yang dilihat strategis baru Pas, Dr Zuhdi Marzuki. Kalau mahu diambil kira pandangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat misalnya Razman Zakaria dan Ustaz Mokhtar Senik, tidak tergambar bahawa Pas berminat untuk bekerjasama lagi dengan parti seperti PKR.
Malah, apabila berulang kali ditekankan syarat ketat dan mengikat, iaitu tiada hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai persefahaman dengan DAP dan Amanah, sudah jelas terbayang isi hati dan kecenderungan sebenar Pas.
“Parti yang jelas tidak mampunyai hubungan sama sekali dengan DAP dan Amanah, hanyalah Umno-BN.” kata seorang pemerhati politik, dengan nada sinis. “Soalnya, PKR yang ada hubungan rasmi dengan kedua-dua parti seteru Pas itu boleh pula terus bekerjasama. Sepatutnya keputusan sudah dibuat, tidak perlu tunggu muktamar lagi, untuk putuskan kerjasama dengan PKR.”
Dirujuk perkembangan Pas, terutama selepas bermulanya era kepimpinan ulama pada 1983, pengalaman dan eksperimen politiknya menunjukkan satu proses kematangan, meningkat tahap ke tahap yang membanggakan. Dan tidak mustahil bila sampai masanya, Pas boleh menjadi parti paling berpengaruh di antara parti-parti pembangkang, khususnya selepas mendapat kepercayaan majoriti masyarakat Melayu.
Dalam pilihan raya umum 1986, Pas membuka pintu rundingan serta menjalin hubungan dengan parti-parti kecil- PRM, Nasma dan SDP – dalam pakatan yang dinamakan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) sekali gus menunjukkan kesediannya untuk berkongsi kuasa, walaupun dilihat hanya terbatas dengan parti yang kurang menyerlah.
Sebelum itu, ditubuhkan Majlis Perunding Cina (CCC), khusus buat mendekatkan Pas dengan masyarakat Tionghua. Pimpinan Pas masuk-keluar premis tokong Cina dan mengadakan dialog secara terbuka tentang konsep Negara Islam dan yang berkaitan dengannya. Benteng yang memisahkan Pas dengan golongan bukan Islam berjaya ditembusi ketika Parti Islam itu dilanda pelbagai tohmahan negatif.
Walaupun hanya menang satu kerusi tunggal di Parlimen, iaitu Pengkalan Chepa (dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun tewas di Bachok), pada pilihan raya pertama di bawah era kepimpinan ulama, namun Pas bingkas bangun. Muktamar di Rusila, Terengganu, 1987, agak panas dan bergelegal dengan kritikan tajam terhadap kepimpinan parti tetapi semangat dan komitmen ahli tidak pudar.
Team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah ketika penubuhan Semangat 46 turut disokong Musa Hitam dan Abdullah Badawi,
Sebaliknya Umno menghadapi masalah dalaman yang serius sehingga terbentuk Team A dan Team B, susulan proses pemilihan parti pada april 1987, yang kemudiannya menyebabkan Umno diisytihar haram oleh mahkamah. Pas tidak menunggu lama untuk memanfaatkan peluang yang ada, mendekatkan diri dengan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah, yang seterusnya membentuk Parti Semangat 46.
Tidak mudah juga untuk Ustaz Fadzil Mohd Noor mengadakan kerjasama dengan Ku Li, arkitek Umno Kelantan yang merampas negeri itu daripada Pas pada 1978. Saya berpeluang menziarahi dua tokoh muda Pas, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar di rumah masing-masing, di Shah Alam dan Alor Setar, ketika mereka baru dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting ekoran tahanan ISA di bawah Operasi Lalang 1987. Kedua-duanya kuat menentang idea tahaluf tetapi kebijaksanaan dan kesabaran Ustaz Fadzil mampu menjinakkan mereka untuk menerima eksperimen politiknya.

Tok Khatib cuba kelirukan jemaah masjid isu RUU 355 kononnya ada kaitan dengan hukum Allah

Agak malang bila jemaah masjid cuba dikelirukan bahawa RUU 355 ada kaitannya dgn hukum Allah, penolakannya boleh membawa kpd syirik. Ketahuilah bahawa;
RUU 355 tidak ada kaitan dengan undang undang jenayah mengikut syariah Islam. Ianya hanya sekadar untuk menambah hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah.
RUU 355 juga tidak ada kaitan dengan Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 yg diluluskan dalam Dun Kelantan pada 19/3/2015, ianya dikemukakan bagi membolehkan hukuman dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 boleh dinaikkan sehingga 30 thn penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebat.
Hukuman sebat 100 kali, walaupun ada asasnya dalam Islam, namun cadangannya yang hanya untuk dikenakan ke atas kesalahan zina, minum arak dan qazaf adalah tidak menepati kehendak Islam kerana hukuman sebat dlm Islam tidak dikhususkan kepada kesalahan tersebut sahaja.
Hukuman denda yang dinaikkan sehingga RM100,000 dan penjara 30 thn bukan berasal daripada hukum syarak. Ianya hanya kuasa pemerintah berdasarkan kehendak dan kepentingan semasa. Tidak ada apa apa dalil samada Al quran, al Hadis, Ijma’, Qias atau ijtihad mana mana ulama yang menunjukkan sedemikian.
Negara yang nak dilaksanakan hukuman Islam itu sendiri tidak beramal dengan syariah Islam, Mahkamah Syariah itu pun tidak ditubuhkan berasaskan syariah Islam, Kanun Jenayah Syariah 1985 pula tidak digubal berasaskan hukum jenayah Islam, tiba tiba kita bersungguh sungguh untuk menjatuhkan hukuman mengikut syariah Islam.

Ustaz Che Ibrahim Mohamad
Masjid Sultan Ismail Putra
Kubang Kerian

Exco Johor bercuti selepas anak, pegawai ditangkap SPRM

Permohonan cuti Abd Latif Bandi diluluskan menteri besar selepas pertemuan pagi tadi
Datuk-Abd-Latif-Bandi
JOHOR BAHRU: Exco kerajaan Johor, yang juga bapa dan ketua kepada 2 yang ditahan dalam siasatan rasuah dan penyelewengan hartanah baru-baru ini, bercuti berkuat kuasa hari ini selepas pertemuan dengan menteri besar.
Maklumat itu disahkan Exco Datuk Md Jais Sarday ketika dihubungi FMT hari ini.
Menurut Jais, Datuk Abd Latif Bandi bertemu Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabatnya pada 9.30 pagi hari ini.
Katanya, Latif memohon cuti untuk menyelesaikan perkara yang melibatkan ahli keluarga dan pegawainya. Beliau akan bercuti sehingga tempoh yang tidak diberitahu.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan memohon cuti selepas tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 6 individu, termasuk anaknya – Ahmad Fauzan Hatim, 25 – dan pegawai khasnya – Muhammad Idzuan Jamalludin – pada Jumaat dalam skandal RM15.5 juta.
Bernama melaporkan sumber sebagai berkata mereka dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera dan dipercayai dibuat sejak tahun 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor.
Aktiviti penukaran status itu menyebabkan mereka yang layak mendapat rumah status Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

SPRM teliti dakwaan ahli MT Umno seleweng dana sebuah yayasan




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek pembangunan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semalam.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata laporan itu diterima daripada Polis Diraja Malaysia yang mendapat satu aduan daripada orang awam.
"SPRM akan meneliti laporan yang telah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.
"Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan," kata kenyataan itu.
SPRM juga akan bekerjasama dengan MCMC bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut, kata kenyataan itu.
Sebuah portal berita tempatan sebelum ini melaporkan sebuah syarikat membuat laporan polis mendakwa sebuah yayasan milik seorang anggota MT UMNO melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan polis itu.
bagaimanapun dalam perkembangan sama hari ini FMT melaporkan Pengarah pemasaran syarikat menarik semula laporan polis dan kenyataan terhadap sebuah yayasan milik seorang pemimpin kanan Umno.
Pengarah pemasaran yang enggan namanya didedahkan dipetik berkata, penarikan semula kenyataan dan laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Amanah: Akta 1954 pinggir Orang Asli

Tidak masuk akal jika seorang menteri menentukan urusan cara hidup Orang Asli sedangkan Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia sudah wujud sejak 1999
wan-ibrahim-orang-asliPETALING JAYA: Akta Orang Asli 1954 atau Akta 134 sepatutnya memberi banyak keistimewaan kepada kaum minoriti ini tetapi mereka seakan-akan dipinggirkan.
Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim banyak kelemahan yang boleh dilihat dalam akta tersebut.
“Berbeza dengan kaum lain yang boleh menukar status menjadi ‘Melayu’ tetapi Orang Asli masih dikekalkan status sebagai ‘Orang Asli’ walaupun mereka menukar agama atau kepercayaan.
“Malah Orang Asli yang mengambil hasil hutan di dalam kawasan mereka pun perlu mendapatkan kebenaran daripada menteri,” kata Wan Anwar dipetik dari kenyataannya semalam.
Kata Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah itu, menteri boleh sesuka hati memilih dan memecat ketua bagi komuniti Orang Asli.
“Menteri juga berhak memutuskan sama ada seseorang itu Orang Asli atau tidak,” kata Wan Anwar yang mengakui Akta 134 itu sebenarnya mencengkam dan mengawal hala tuju Orang Asli.
Menurutnya lagi, mana-mana kawasan yang diwartakan sebagai rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu.
“Malah sesiapa yang didapati menghalang Orang Asli dari bersekolah dianggap melakukan kesalahan quasi-jenayah dan boleh didenda maksimum RM500.”
Atas rasa ketidakadilan itulah Amanah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Khas Orang Asli Dan Alam Sekitar bagi menangani krisis Orang Asli dan alam sekitar.
Wan Anwar berpandangan Akta 134 tidak boleh digunakan untuk mengawal gerak-geri Orang Asli kerana ia bertentangan dengan hak kaum minoriti tersebut.
Kesan daripada kegagalan Akta 134 itulah sebenarnya yang menyebabkan krisis yang berlaku sekarang di Gua Musang, Kelantan selain di Johor, Perak dan Pahang.
“Lebih rumit lagi apabila tauke balak yang menjejaskan kepentingan Orang Asli itu seolah-olah dilindungi oleh pihak berkuasa.
“Sedangkan peruntukan undang-undang memberikan kuasa kepada menteri dan pihak berkuasa untuk menghalau mereka keluar dari kawasan Orang Asli itu.
“Jadi di mana keperkasaan dan kemandirian Orang Asli itu pada kaca mata undang-undang?” soal Wan Anwar.

Bagai tikus baiki labu kerajaan gagal atasi kenaikan kadar inflasi, kata Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik AzizNik Mohamad Abduh Nik AzizPeningkatan kadar inflasi sehingga ke paras 3.2 peratus pada Januari 2017 menunjukkan betapa peritnya kos sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat,kata Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Beliau dalam satu kenyataan berkata,walaupun tidak dinafikan faktor semasa yang mendorong peningkatan kadar tersebut berpunca dari peningkatan mendadak harga bahan api dalam negara selain penyusutan nilai ringgit yang berterusan, namun impaknya amat terkesan kepada rakyat.
"Disebalik pelbagai janji yang sering diulang-ulang pihak kerajaan terutamanya menjelang pembentangan bajet setiap tahun, masalah kos sara hidup nampaknya tidak kelihatan semakin reda.
"Apa yang dilaksanakan pemerintah tidak pernah memperbaiki kesejahteraan rakyat ibaratkan 'tikus membaiki labu'," ujarnya seperti status dimuat naik di facebooknya hari ini.
Justeru, ujarnya, peningkatan mendadak kadar inflasi pada Januari ini seharusnya menjadi suatu indikator kepada kerajaan supaya memperhalusi semula polisi-polisi yang membebankan rakyat terutamanya sistem cukai GST.
Tidak menjadi suatu kesalahan jika kerajaan mengambil suatu pendirian melaksanakan kajian penilaian impak (impact evaluation) mahupun penilaian terhadap sejaumana relevennya GST (relevance evaluation) untuk dilaksanakan.
"Pertimbangan kerajaan terhadap GST merupakan langkah yang tepat pada masanya memandangkan peningkatan harga minyak mentah dunia yang stabil pada paras USD56 per barel ketika ini berbanding USD52 per barel pada 2015, malah lebih tinggi jika dibandingkan ketika semakan Bajet 2016 yang dilaksanakan pada Januari 2016 iaitu sekitar anggaran USD48-30 per barel.
"Peningkatan harga minyak mentah dunia itu seharusnya meningkatkan pendapatan kerajaan terutamanya berkaitan dengan hasil minyak (oil-related revenue).
"Tahun lalu, jumlah pendapatan daripada keseluruhan hasil minyak hanya mencapai 14.6 peratus dan dengan jangkaan harga semasa minyak mentah dunia, pendapatan negara sudah pasti akan melonjak.
11. Maka, sebaiknya kerajaan melaksanakan 'revision' terhadap aspek perlaksanaan GST yang sebelum ini dikatakan sebagai 'offset' bagi menyerap pendapatan yang rendah dari hasil minyak.

Umno, BN jadi pembangkang pasca PRU14 - DAP

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, kajian pihaknya mendapati 'tsunami' politik mungkin terus berlaku dengan Barisan Nasional (BN) bakal menjadi pembangkang buat pertama kali pasca pilihan raya umum ke-14.
"Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan BN kalah dalam pilihan raya, sekaligus mencipta sejarah menjadi pembangkang buat pertama kali di peringkat Persekutuan.
"Strategi ‘ketuanan Melayu’ Umno tanpa menghiraukan sensitiviti parti komponen BN lain antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan teruk MCA, MIC dan Gerakan dalam PRU 2008 dan 2013.
"Ia ditambah dengan kegagalan Umno memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sejak 2013 sehingga dilihat terpaksa bekerjasama dengan PAS bagi mewujudkan pola penentangan antara Melayu dan bukan Melayu," jelas Chin Tong yang juga ahli Parlimen Kluang dalam blognya.
Justeru, tidak mustahil ‘tsunami politik’ yang melanda negara sehingga menyaksikan kemenangan besar pakatan pembangkang dalam dua pilihan raya umum yang lalu mampu berulang lagi, jelasnya.
Terdahulu, memetik analisis akhbar harian Cina, Oriental Daily, PAS Selangor dilaporkan dalam keadaan goyah berikutan keputusan parti itu yang enggan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya umum akan datang.
Daripada 21 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi PAS pada pilihan raya ke-13, parti itu memenangi15 kerusi dengan lapan kerusi berkenaan atas sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, jelasnya.
Kelapan-lapan kerusi DUN itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat, menurut analisa tersebut.
Mengulas lanjut, Chin Tong yang juga pengerusi DAP Johor berkata, BN turut berharap gabungan Umno dengan PAS akan memenangi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan akan datang.
Bagaimanapun, ujarnya, tindakan Umno itu menimbulkan masalah lain dengan pengundi bukan Melayu dari semenanjung termasuk majoriti di Sabah dan Sarawak mula menjarakkan diri dari parti itu.

AKAN RAMPAS MALAYSIA ??!


UMNO Dan Penyangak Tiada Bezanya..

"Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah?" - Noh Omar, 6/11/2015

"Ahli UMNO tidak amal rasuah" - Bung Moktar, 12/11/2015

"UMNO parti rasuah" - Tengku Razaleigh Hamzah, 4/8/2008

Di Mana Najib Razak ??!!


RM TERUS BOROS...RM TIDAK LAKU..!!!

FAKTA..

Peniaga Thailand tak mahu terima Ringgit Malaysia.

Peniaga jual kuih guna matawang Yuan (China) di Forest City.

Pengurup Wang Tokyo tak mahu terima matawang RM.

Pengurup wang di UAE tak mahu berurusan matawang RM (urusan TT ke M'sia). Hanya guna USD dolar shj.

Rakyat juga tak mahu terima lagi keborosan RM Rosmah Mansor..

Disaran tutup mulut, MP bidas 'pasukan tragik' BN

Anggota Parlimen Kuala Terengganu membidas Pasukan Komunikasi Strategik BN yang menyarankan beliau 'tutup mulut' berikutan kritikan terhadap kenyataan perdana menteri yang membandingkan harga minyak di Malaysia dan Arab Saudi.
Menegaskan perbandingan tersebut tidak munasabah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, Arab Saudi jauh lebih kaya berbanding Malaysia yang masih merupakan negara membangun.
"Adakah Pasukan Strategik BN mengesyorkan kerajaan menutup mulut pembangkang dan mengubah sistem negara ke arah kuasa mutlak yang dipelajari daripada Arab Saudi.
"Kalau begitu "Pasukan Strategik" ini patut dipanggil "Pasukan Tragik" kerana tidak faham konsep demokrasi berparlimen tapi mereka lebih mendekati konsep kuku besi yang ingin tutup mulut lawan," kata Raja Kamarul menerusi kenyataan media.
Semalam Pasukan Komunikasi Strategik BN berkata Raja Kamarul dan Naib Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub wajar mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya meraih pelaburan besar bagi menjadikan Malaysia sebuah hub minyak dan gas di rantau ini.
Ini berikutan kritikan mereka terhadap kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus tetapi di Malaysia akan menjadi riuh rendah jika bahan api itu naik 10 sen atau 20 sen.

3 dekad Malaysia sia-sia peluang bangunkan biodiesel - Prof Jomo Sundaram

Idea membangunkan tenaga bio diesel daripada kelapa sawit mula dibicarakan sejak 30 tahun lalu, tetapi tidak ada komitmen penyelidikan menyebabkan ia gagal dicapai.
Prof-Jomo-Kwame-Sundaram.
KUALA LUMPUR: Walaupun sudah 3 dekad dalam industri kelapa sawit, penyelidikan yang kurang menyebabkan Malaysia gagal membangunkan tenaga biodiesel daripada sumber itu, kata pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata tenaga biodiesel yang boleh terhasil daripada kelapa sawit sudah dibincangkan sejak 30 tahun lalu, tetapi usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlalu sederhana.
“Malaysia dalam kedudukan yang baik (sebagai pengeluar utama dulu) tetapi malangnya usaha penyelidikan, pembangunan serta perbincangan berkaitan perkara ini masih tidak mencapai tahap sepatutnya,” katanya.
Prof-Jomo-Kwame-Sundaram.
Beliau berkata demikian pada program syarahan umum “Pembangunan Mapan di Malaysia?” anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS) hari ini.
Jomo berkata negara tidak meletakkan asas yang cukup kuat untuk membangunkan tenaga biodiesel daripada minyak sawit.
Beliau membandingkan kegagalan itu dengan beberapa negara antaranya Cuba, Brazil dan Amerika Syarikat yang mempunyai dasar khusus bagi membangunkan tenaga itu, seperti biodiesel daripada minyak soya dan bioethanol daripada tebu.
Pada era 1960-an, negara beralih daripada pengeluaran getah kepada perladangan sawit, seterusnya menjadi pengeluar utama dunia sebelum dipintasi negara jiran, Indonesia.
Beliau berkata negara pasti dapat berdepan kritikan terhadap industri kelapa sawit jika dapat menyumbang bukan saja dalam tenaga boleh diperbaharui, tetapi juga dalam aspek pembangunan mapan.
“Saya berharap isu pembangunan mapan ini bukan saja membangkitkan tentang permasalahan, tetapi juga peluang besar kepada negara dan untuk masa depan,” katanya.
Kritikan terhadap perladangan kelapa sawit biasanya berhubung kesannya ke atas alam sekitar, seperti penebangan hutan, mengancam hidupan liar dan pencemaran karbon.
Pertubuhan alam sekitar antarabangsa Greenpeace sebelum ini lantang membangkitkan isu kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.

Prinsip agihan kerusi: Formula terbaik PH-Bersatu tambah kerusi


 Mohd Anuar TahirMohd Anuar TahirSetiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir berpandang rundingan agihan kerusi Pakatan Harapan pusingan pertama yang dibentangkan semalam, adalah formula yang terbaik untuk pakatan pembangkang.
Beliau berkata, kesediaan semua parti terdiri dari PKR, DAP dan Amanah untuk mempertahankan kerusi yang pernah ditandingi pada  Pilihan Raya Umum ke-13 lalu akan dapat disepakati bersama.
"Pusingan pertama semalam Pakatan Harapan mengemukakan proposal parti masing-masing dan kawasan yang bakal mereka tandingi pada
PRU14.
, "Prinsipnya dalam pembahagian kerusi ini kelak Pakatan Harapan  dan Bersatu pertahankan kawasan yang pernah dimenangi dalam PRU13 lalu, tidak timbul lagilah bagi kami soal perebutan kerusi," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Ditanya bagaimana dengan kerusi yang mungkin diberikan kepada Bersatu  terutama bagi kawasan pengundi Melayu yang menjadi sasaran parti serpihan Umno itu.
Anuar berkata Bersatu boleh meletakkan calon di kerusi BN atau Pas.
"Bersatu boleh letak calon di kawasan yang dipegang BN dan kawasan tidak dipegang tiga parti ini (PKR-DAP-Amanah) kita akan bincang siapa yang akan duduk di mana.
"Siapa yang punya peluang paling cerah untuk kalahkan BN akan menduduki kerusi itu.
"Kita akan sepakati begitu yang  mana kita berharap tiada kepentingan peribadi atau kepentingan PAS mengatasi objektif utama untuk membentuk kerajaan baharu dalam pilihan raya akan datang, Ini adalah formula terbaik untuk pembangkang.
"Kita tahu bahawa Pas cuba nak ajak orang lain (Bersatu) untuk masuk kepada blok pakatan pembangkang ketiga.
"Janganlah mengharap guruh di langit air di tempayan di curah," ujarnya
Katanya lagi, pusingan pertama rundingan pembahagian itu sudah mencapai kata sepakat, setiakawan dan perjuangan bersama dalam
Pakatan Harapan.
"Pembahagian kerusi antara PKR,DAP dan Amanah sudah 90 peratus selesai dan menunggu Bersatu pula menyatakan proposal mereka," ujarnya.
Justeru katanya, dengan keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan pertandingan tiga penjuru pasti berlaku dalam PRU 14 kelak.
"Tiga penjuru bukan baru berlaku. Tiap kali pilihan raya pasti ada tiga penjuru,  macam sudah menjadi 'hukum alam'.
"Tetapi kali ini dengan formula Pakatan Harapan dan Bersatu diyakini akan dapat menambah kerusi pembangkang," ujarnya.

SPRM digesa siasat 7 syarikat projek air RM2.44 bilion di Sabah

Adun Likas berkata syarikat itu membabitkan 6 projek konsesi dengan setiap kontrak bernilai RM122 juta setahun dan mereka dipercayai diberikan tempoh 20 tahun.
sabah-sprmPUTRAJAYA: Susulan skandal penyelewengan projek air di Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat 7 syarikat yang didakwa terbabit dalam projek penyelenggaraan air di Sabah melibatkan RM2.44 bilion.
Adun Likas Junz Wong berkata penyelewengan itu melibatkan 6 projek yang diberikan kepada 7 syarikat konsesi air terbabit yang terdiri daripada 4 kontraktor utama dan 3 sub kontraktor.
“Semua syarikat ini dengan 6 projek konsesi dengan setiap kontrak bernilai RM122 juta setahun, dipercayai diberikan tempoh 20 tahun atau RM2.44 bilion untuk keseluruhan bagi bekalan air Sabah termasuk penyelenggaraan.
“Perkara ini amat membimbangkan dan tiada bekalan air berkualiti di Sabah,” katanya pada sidang media di depan pejabat SPRM di sini hari ini.
Wong berkata secara kebetulan pengarah semua syarikat itu mempunyai nama “Teo” yang berbeza sebagai kontraktor utama dan sub kontraktor.
“Terdapat beberapa syarikat di bawah ahli lembaga pengarah dan pemilik saham dengan nama Teo yang berbeza sebagai kontraktor utama dan sub kontraktor.
“Tiga syarikatnya didaftarkan di bangunan yang sama tetapi mungkin unit berbeza. Ada banyak nama Teo dan ada juga yang bukan nama Teo di alamat sama tetapi tidak pasti sama ada mempunyai pertalian antara mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM menyiasat perkara itu.
“Ini kerana ia melibatkan wang, tanggungjawab terutama berkaitan dengan isu kualiti bekalan air di Sabah.
“Kita tidak membuat tuduhan tetapi kita mahu SPRM menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Kita menyediakan maklumat ini bagi memudahkan SPRM menyiasat suspek.

Kelantan kalah kes di mahkamah dua hari berturut-turut

Husam mempertikaikan adakah kerajaan negeri Kelantan yang ada mampu mentadbir negeri itu selepas kalah di mahkamah dua hari berturut-turut.Husam mempertikaikan adakah kerajaan negeri Kelantan yang ada mampu mentadbir negeri itu selepas kalah di mahkamah dua hari berturut-turut.
Adakah kerajaan negeri Kelantan mampu mentadbir negeri itu dengan sempurna atau tidak kini menjadi persoalan selepas kalah kes mereka di mahkamah untuk dua hari berturut-turut.
Semalam, anak syarikat kerajaan negeri, Baldah kalah dalam kes saman projek Lebuhraya Rakyat manakala hari ini mahkamah yang sama membenarkan permohonan peniaga pasar besar Pasir Puteh menghalang perpindahan mereka ke pasar baru.
Menurut bekas exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Kerajaan Kelantan masih goyang kaki dengan kekalahan dua kes di mahkamah.
"Samada kepimpinan Kerajaan Kelantan kini mampu mentadbir Kelantan dengan sempurna, boleh dinilai melalui kes-kes Mahkamah yang sedang berjalan kini," kata Husam yang kini penasihat Amanah Kelantan dalam satu kenyataannya.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan menyebelahi Dae Hang Guru dalam samannya ke atas anak syarikat kerajaan negeri - Baldah.
Penamatan kontrak sepihak yang dibuat oleh kerajaan megeri melalui Baldah diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar kontrak atas ikatan yang sah dan telah termetrai.
Jumlah bayaran pampasan akan ditaksirkan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu kemudian.
Hari ini, Mahkamah Tinggi yang sama membenarkan permohonan peniaga-peniaga Pasar Besar Pasir Puteh menghalang arahan berpindah ke pasar baru yang tidak memuaskan hati mereka.
Pendengaran penuh akan berlaku pada 26 Mac 2017 ini.
Selain kedua-dua kes itu, menurut Husam, ada banyak lagi kes lain yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.
Antara permohonan 348 peneroka Felcra Bukit Tandak terhadap kerajaan negeri.
Selain itu, kerajaan negeri atau Pas negeri juga terlibat dengan saman berikut:
a. Saman ke atas Kijang Kuari
b. Saman balas ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK)
c. Saman ke atas dua pimpinan Pas berkait sebidang tanah di Rantau Panjang
d. Saman oleh Encik Ya’akob bin Awang ke atas Baldah dan pengurusnya
e. Saman Orang Asli ke atas Kerajaan Negeri dan beberapa agensi
"Sepanjang saya di mahkamah, saya tidak melihat adanya mana-mana pimpinan Kerajaan Negeri memantau perbicaran kes-kes terbabit," kata Husam.
Bagi beliau, tindakan ini agak berbeza dari zaman Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri besar dahulu.
"Apa punca banyaknya kes-kes di bawa ke mahkamah? Kecekapan Kerajaan Negeri atau kelemahannya?" soal Husam dalam kenyataan itu.

Masalah kewangan pelajar tempatan di Mesir kian meruncing

Kejatuhan nilai ringgit dan masalah isu setempat di Mesir menyebabkan pelajar mengalami masalah kewangan yang meruncing
pelajar
PETALING JAYA: Pelajar tempatan ke Mesir berdepan masalah kewangan sejak 3 tahun kebelakangan ini, kata seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir.
Nurul Filzah Ayuni Rohaizat berkata masalah itu berlaku sejak 2014 berikutan tindakan kerajaan tidak lagi memberi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada pelajar-pelajar tempatan yang menyambung pelajaran di Mesir.
Penuntut tahun ke-5 dalam bidang perubatan itu berkata, antara yang terjejas teruk adalah pelajar jurusan sains kesihatan berikutan kejatuhan nilai ringgit menyebabkan mereka terpaksa membayar yuran yang tinggi.
“Pembayaran yuran jurusan sains kesihatan adalah dalam bentuk USD dan ketidakstabilan ringgit sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah kewangan,” katanya kepada FMT.
“Isu tunggakan yuran dan masalah kewangan bukanlah perkara asing bagi pelajar selain kenaikan kos sara hidup,” katanya.
Ketika ditanya mengenai tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak lagi memberi penajaan baru kepada pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir, dia menjelaskan itulah punca berkurangnya pelajar baru ke sana.
Isnin lalu, Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata KPT masih meneruskan tajaan kepada tenaga pengajar yang menyambung pengajian mereka di beberapa universiti terkemuka di dunia.
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Mesir, Idris berkata mereka berhak berbuat demikian secara persendirian.
Kata Filzah, isu itu sangat sensitif kerana bukan hanya melibatkan pelajar baru yang akan datang, tetapi pelajar yang sedia ada di Mesir.
“Semenjak 2012, ramai pelajar datang ke Mesir dengan bayangan pinjaman biasiswa JPA dan Mara boleh dipohon sekiranya mendapatkan keputusan cemerlang.

Racun lama yang masih berbisa

Lim Kit Siang menunjukkan poster memburukkan DAP sewaktu menghadiri Konvensyen Amanah Disember tahun laluLim Kit Siang menunjukkan poster memburukkan DAP sewaktu menghadiri Konvensyen Amanah Disember tahun lalu
Hati nurani saya tidak gemar untuk mengulas isu ini. Tema yang sentiasa diulang-ulang oleh jentera propagandis Umno -- didukung aparat pemerintah -- untuk mengekalkan kuasa. Ia bukan sesuatu yang real tetapi begitulah lazimnya politik Malaysia.
Isu yang sering dikitar semula adalah imaginasi palsu yang diwariskan sejak zaman berzaman, tapi malangnya masih berkesan untuk menakutkan pengundi, khususnya orang Melayu. Sekurang-kurangnya bertujuan mengelirukan rakyat yang menyebabkan mereka bimbang dengan peralihan kerajaan, lalu mengekalkan regim yang ada.
Apa lagi kalau bukan isu perkauman yang dipakejkan bagi menyamarkan krisis besar yang melanda negara agar majoriti rakyat tertumpu kepada polemik "jadi-jadian". Maka selesalah elit pemerintah di singgahsana kuasa walaupun penuh berlumuran dengan skandal demi skandal, pembohongan demi pembohongan, kejahatan demi kejahatan.
Era langit terbuka 
Walaupun berada di zaman globalisasi dan era langit terbuka yang memecahkan semua sempadan fizikal, serta terdedah dengan proses rancak pendemokrasian, manakala maklumat hanya di hujung jari, namun kita masih terkurung dan terkongkong dengan budaya politik lama yang usang. Kita masih berputar di tempat yang sama; sukar untuk maju ke hadapan.
Setandan isu yang membelit maruah negara boleh dilupakan begitu saja apabila api perkauman dinyalakan dan emosi keagamaan sempit dicuit. Anehnya, golongan menengah dan yang berpendidikan tinggi, khususnya masyarakat Melayu, termasuk pemegang jawatan tinggi dan strategik dalam kerajaan, turut tersilau dan terpedaya dengan dakyah yang direka-reka itu. Apatah lagi dengan masyarakat di pedalaman, penempatan tanah rancangan atau komuniti nelayan yang sibuk membanting tulang mencari sesuap nasi.
Menyedari kedudukan Umno begitu genting dalam PRU14, Pengerusi BN, Najib Razak kembali menayangkan filem lama, dengan mendakwa jika parti yang diterajuinya kalah, maka Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri. Maksudnya, bukan lagi pemimpin Melayu yang menggantikan Najib, tetapi tokoh Cina yang digambarkan sebagai cauvinis, rasis dan pelampau menunggu peluang.
Dalih Najib, DAP sekarang ini mempunyai kerusi Parlimen dan Dun yang paling banyak di kalangan parti pembangkang. Dalam Twitter, Najib menulis: "Lim Kit Siang ialah Ketua Umum Pakatan Harapan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu.” Ya, pedulikan benar atau salahnya, persetankan berapalah sangat jumlah kerusi parlimen DAP itu -- juga kerusi majoriti Cina yang ditawarkan -- yang penting dan mahu dipasakkan ke dalam minda pengundi, survival orang Melayu bakal terancam jika Umno dikalahkan.
Tweet Najib Razak menyebarkan propaganda DAP akan kuasai MalaysiaTweet Najib Razak menyebarkan propaganda DAP akan kuasai Malaysia
Pembohongan ini turut disebarkan, hatta di negeri-negeri yang langsung tidak ditandingi DAP, misalnya Terengganu. Pemimpin kanan Pas sendiri pernah mengakui jentera kempen Umno terutama yang bergerak dari rumah ke rumah membisikkan pemimpin DAP boleh menjadi menteri besar negeri itu jika Umno kalah, walhal satu kerusi pun tidak ditandinginya. Kepelikan bertindih-tindan apabila ada kelompok yang percaya dakyah itu!
Proses pembodohan 
Sebenarnya proses pembodohan ini disuburkan dalam tempoh yang panjang. Saya masih ingat, sejak belajar di sekolah menengah, pada akhir tahun 1970-an, kami diasak dengan doktrinisasi bahawa orang Cina adalah musuh yang berbahaya dan menggugat kedudukan orang Melayu. Ditanam kebencian melulu -- oleh penceramah yang dijemput khas -- terhadap masyarakat Tionghoa yang didakwa bakal menguasai negara ini.
Peliknya, sasaran bukan hanya ditujukan kepada Lim Kit siang dan pemimpin DAP tetapi dilemparkan secara umum, kepada semua yang berkaitan dengan bangsa Cina. Malah sebaran atau surat berantai yang mengecam pemerintah di Pulau Pinang, diterajui Gerakan-BN. diedarkan secara meluas. Digambarkan bahawa seluruh parti Cina, tidak kira sama ada dalam kerajaan ataupun pembangkang, bergabung untuk memusnahkan ketuanan Melayu. Orang Melayu-Islam Pulau Pinang didakwa telah dihalau keluar Tanjong secara halus melalui perancangan strategik, termasuk dengan membiarkan sekumpulan babi berkeliaran di kawasan penempatan Melayu.
Dalam bilik yang ditutup lampu, masih terbayang bagaimana penceramah -- sebahagiannya adalah guru-guru kami sendiri -- bijak mencuit emosi dengan mengolah kisah tragis Peristiwa 13 Mei, yang kemudiannya baru saya tahu ia direkayasa semata-mata untuk menimbulkan kesangsian terhadap orang Cina. Mudah sekali Lim Kit siang dipaparkan dengan wajah bengis, apatah lagi memang pembawaan pemimpin DAP ini jarang tersenyum dan sering berpidato dengan intonasi keras!
Ya, berapa ramai individu Melayu -- di pelbagai peringkat, daripada pelajar sekolah, belia di kampung, mahasiswa di universiti, kakitangan awam, guru-guru di institusi pendidikan, pelajar yang bakal keluar negara -- yang telah direkrut oleh Biro Tatanegara (BTN) dengan semangat asobiyah dan mitos palsu yang dianyam rapi itu? Sentimen perkauman itu juga mudah meresap dan mempengaruhi, antara lain, mungkin difaktorkan oleh psikologi Melayu yang memang sentiasa rasa terancam, justeru mahu terus dilindungi.
Pendekatan kaum atau kelas 
Sedangkan elit politik pemerintah, yang terdiri daripada pelbagai kaum, terus berpakat dan bersenang-lenang menikmati sumber yang mewah yang diagihkan sesama mereka, hasil manipulasi isu-isu perkauman yang didandan khusus itu. Rakyat bawahan yang dikelirukan, juga daripada pelbagai ras, tetap terkepung dengan rantaian masalah seharian "hanya sekadar untuk hidup" dan berjaya dialpakan daripada kes real kebobrokan penguasa rakus dan tamak. Polisi yang menindas, kekayaan negara yang dirompak, korupsi yang berleluasa, cukai yang menekan, pemborosan yang bakal memufliskan; semuanya tidak dipedulikan.
Saya tertarik dengan tulisan Dr Nidzamuddin Sulaiman, "Kaum dan Kelas: Pendekatan Popular Melihat Politik Gabungan Malaysia" (1999), yang cuba memaparkan realiti dihadapi rakyat yang dikuasai elit politik yang menggunakan pendekatan perkauman: "Perbezaan kelas tetap wujud, miskin kaya tetap berleluasa malah menjadi semakin meluas. Kelas bawahan sentiasa mengeluh tentang makanan yang tidak mencukupi, sewa rumah yang semakin tinggi dan belanja sekolah anak yang perlu dibiaya.
"Sentimen dan keperitan ini ditanggung oleh semua tanpa mengira kaum kerana penderitaan tidak mengenal kaum, kemiskinan tidak mengenal keturunan dan perut anak yang lapar tidak akan bertahan lama. Semua ini dikongsi sama oleh kelas bawahan tetapi mereka tetap tidak sedar. Mereka tidak sedar bahawa mereka berada bersama-sama di dalam satu kelas, satu kedudukan, satu perasaan dan satu sentimen."
Sudah beberapa kali, pertukaran kerajaan gagal berlaku disebabkan rakyat pelbagai bangsa tidak sederap langkah mempunyai keazaman untuk berubah. Misalnya, dalam pilihan raya umum 1999, ekoran semangat reformasi, sebahagian besar pengundi Melayu sudah bersedia untuk mengangkat kerajaan baru, tetapi pemilih Cina pula menjadi faktor utama menyelamatkan kedudukan BN.
Reformasi 1999Reformasi 1999
Ketika Tsunami Cina melanda negara pada tahun 2008 dan gelombangnya membadai dengan lebih dahsyat lima tahun kemudian, masyarakat Melayu pula, terutama di luar bandar, kelihatan seperti teragak-agak untuk menamatkan era pemerintah yang dipusakai sejak merdeka.
Saya tidak rasa proses peralihan kerajaan itu terbantut hanya disebabkan orang Melayu bimbang dengan "dominasi" DAP, yang mungkin dilihat sebagai "abang besar" dalam barisan pembangkang. Ia memerlukan sedikit masa lagi, serta mesti diiringi dengan projek intensif mencerdaskan minda politik Melayu yang sebahagiannya agak keliru.
Bukan faktor ekonomi semata 

Melayu hanya keliru dengan dakyah dominasi DAP, kata penulis


Dominasi DAP ke atas pembangkang telah ditanamkan Umno sejak Pas bersama pembangkang lagi.Dominasi DAP ke atas pembangkang telah ditanamkan Umno sejak Pas bersama pembangkang lagi.

Penulis politik, Ahmad Lutfi Othman berkata, proses peralihan kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan dan gabungan mereka tidak terbantut hanya kerana orang Melayu bimbang dengan dominasi DAP yang sedang dicadangkan oleh Umno dan Pas.
Bagi beliau, dakyah ini hanya termakan kerana orang Melayu keliru dengan dakwaan ini dan ia boleh dibaiki dengan sedikit masa.
"Saya tidak rasa proses peralihan kerajaan itu terbantut hanya disebabkan orang Melayu bimbang dengan "dominasi" DAP, yang mungkin dilihat sebagai "abang besar" dalam barisan pembangkang.
"Ia memerlukan sedikit masa lagi, serta mesti diiringi dengan projek intensif mencerdaskan minda politik Melayu yang sebahagiannya agak keliru," kata beliau dalam satu tulisannya.

Skandal tanah: Exco Johor disoal siasat, sultan 'murka'

Seorang anggota exco kerajaan negeri Johor telah disoalsiasat selama empat jam berbung siasatan rasuah skandal penukaran status hartanah bumiputera lapor The Star.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang "murka" berhubung perkara itu, juga menitahkan exco untuk untuk ‘menghadap’ baginda Selasa lalu, kata seorang sumber kepada The New Straits Times.
Bernama pula melaporkan berikutan skandal rasuah dan seleweng hartanah di Johor itu, exco berkenaan diarahkan bercuti mulai hari ini.
Jumaat lalu, anak exco berkenaan dan pegawai khasnya ditangkap atas dakwaan menerima sogokan untuk menukar lot perumahan bumiputera kepada bukan bumiputera supaya boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.
"Ahli exco yang dikaitkan dengan mereka yang ditangkap itu dititahkan menghadap dengan baginda, pagi tadi.
"Baginda (Sultan Ibrahim) murka tetapi saya fikir menteri besar (Datuk Seri Khaled Nordin) lebih berang," lapor NST yang memetik sumber yang tidak dinamakan.
Pemimpin pembangkang telah menggesa Khaled menjelaskan siri tangkapan itu, tetapi menteri besar berkata beliau tidak akan mengulas sehingga siasatan selesai.
SPRM menyoal siasat exco berkenaan sehari selepas mereka menangkap dan menahan reman seorang pemaju berhubung kes itu.
Sejumlah tujuh suspek termasuk seorang peguam dan dua pemaju lain, telah ditangkap dan wang RM15 juta daripada 45 akaun bank dibekukan dalam kes itu.
Jumaat lalu, SPRM turut merampas 21 kereta mewah dan lima buah motosikal berkuasa tinggi dalam serbuan yang berkaitan dengan kes itu.

Khaled Nordin dinasihat perangi rasuah di Johor, jangan jadi negeri kleptokrasi

GELANG PATAH, 1 MAC: Kerajaan Negeri Johor dinasihatkan supaya tidak dilihat seperti bersaing dalam soal kleptokrasi seperti Sabah yang melalui skandal rasuah mega melibatkan agensi bekalan air negeri itu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang justeru menggesa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar membuat usul khas di persidangan Dewan Negeri akan datang bagi mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu negeri berkenaan.
Usul itu, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, harus disertakan dengan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan Johor bagi menangani skandal rasuah hartanah yang menggemparkan negeri itu baru-baru ini.
“Khaled harus ingat bahawa Johor telah melahirkan dua pemimpin tegar penentang amalan rasuah dalam sejarah negara – yang pertama adalah Presiden UMNO yang ketiga, Datuk Onn Jaafar dan anaknya, Tun Hussein Onn.
“Adalah menyedihkan bagi negeri Johor, yang mana telah melahirkan dua tokoh penting sebegitu, jika ia akhirnya menjadi negeri kleptokrasi seperti Sabah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas keengganan Khaled untuk melakukan siasatan dalaman berhubung kes skandal rasuah hartanah yang melibatkan anak kepada pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan Johor yang telah ditahan pihak berkuasa Sabtu lalu.
Turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dua orang pemaju, seorang peguam, dan seorang orang awam.

Brig Jen bersara bantah eksploitasi politik tentera veteran

Seorang brigadier-jeneral yang bersara mempersoalkan motif di sebalik rancangan yang dikatakan untuk menggerakkan 100,000 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) pada bulan Julai.
Dalam surat terbuka kepada presiden PVATM, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, yang disiarkan dalam akaun Facebooknya pada 20 Februari, Datuk Mohd Arshad Raji membantah eksploitasi politik terhadap anggota veteran itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Arshad berkata beliau mendapat tahu mengenai rancangan itu dari mereka yang menghadiri sidang meja bulat pada 11 Februari, di mana rancangan mengenai perhimpunan itu dikatakan telah diumumkan.
"Nampaknya seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan sesuatu kepada kami (kemudian).
“Tetapi saya tak tahu apa yang beliau akan beritahu kami," katanya.
Mohd Arshad berkata, ada veteran tentera yang merancang untuk membantah perhimpunan tersebut.
"Kami akan adakan sidang akhbar pada 8 Mac," katanya.
Agak luar biasa
Malaysiakini telah menghantar e-mel kepada Mohd Anwar, yang juga seorang senator Umno, dan sedang menunggu respons beliau.
Dalam suratnya, Mohd Arshad melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan besar-besaran akan mempunyai agenda politik untuk mempengaruhi veteran untuk menyokong pentadbiran semasa.
"Saya tidak tahu apakah tujuan perhimpunan itu di adakan, tapi mendapati bahawa kehadirannya agak luar biasa ramainya. Saya mula menyoal akan diri saya, apakah tujuan perhimpunan sebesar ini di adakan?
"Lantas terfikir pada diri saya mengenai berita yang tersebar yang mengatakan kemungkinan PRU14 akan berlangsung pada hujung tahun ini.
"Saya percaya Tan Sri (Mohd Anwar) tidak membuat pengumum ini mengikut kehendak diri sendiri, tapi saya percaya pengumuman ini dibuat atas kehendak seorang yang tinggi dalam ‘hierarchy’ kepimpinan politik negara, yang mempunyai kepentingan agenda politik tersendiri.
“Saya hanya boleh beranggapan, iaitu perhimpunan tersebut adalah bagi mempengaruh minda veteran supaya menyokong regim yang ada sekarang," katanya.
Mohd Arshad juga bimbang bahawa Malaysia di mana para veteran ntelah mempertahankannya dengan nyawa mereka kehilangan kedaulatan, jika kerajaan hari ini kurang bijak dalam menangani tiga isu.
“Pertama, bebanan hutang negara yang kian meningkat; kedua, penjualan hartanah sebegitu luas kepada pemilik negara asing atas alasan pembangunan bersama dengan syarikat negara asing.
“Ketiga, kesediaan kita membenarkan syarikat negara asing membangunkan pelabuhan Kuantan dan Melaka atas alasan bagi memudah dan memajukan perusahaan pekapalan.
“Sekarang, nyatakan kepada saya siapakah yang akan membiayai semua projek ini bila mana kita tahu kerajaan tidak mempunyai kemampuan kewangan,” katanya.
Siapa dalangnya?

Jaminan ‘tak paksa’ sokong usul Hadi tiada makna, kata Amanah

Khalid Samad mempersoalkan jaminan PAS itu dengan berkata hujah wajib sokong sudah memadai sebagai usaha menakut-nakutkan semua umat Islam.
Khalid-Samad_law_600
SHAH ALAM: Amanah mempersoalkan jaminan PAS baru-baru ini yang parti itu tidak akan menakut-nakutkan wakil rakyat Islam untuk menyokong rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 apabila dibawa untuk pengundian di Dewan Rakyat kelak.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata usaha menakut-nakut menggunakan sentimen agama sudah pun dilakukan dengan cara lain.
“Sekiranya mereka katakan seseorang Islam wajib menyokong pindaan itu dan mempertikaikan keimanan umat Islam yang tidak menyokong pindaan itu, maka ia merupakan satu bentuk intimidasi, tidak kira seseorang itu wakil rakyat atau tidak,” kata bekas pemimpin PAS yang kini pengarah komunikasi Amanah, kepada FMT.
Sabtu lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memberi jaminan yang ahli Parlimen Islam daripada parti lain tidak akan ditakut-takutkan atau dipaksa mengundi RUU yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Fadzli menolak dakwaan yang wakil rakyat Islam yang tidak menyokong RUU itu diancam dengan stigma sosial.
“Mereka sepatutnya mengundi memihak kepada (RUU 355), tetapi kita tidak boleh memaksa mereka. Kami mempunyai demokrasi, Parlimen, kebebasan memilih dan sebagainya. Kami hormatinya,” katanya selepas forum bertajuk “Hudud atau tiada hudud?” di George Town.
RUU 355 Hadi dijangka dibentangkan untuk undian apabila Parlimen bersidang semula bulan depan.
Pada 7 April 2015, Hadi dilaporkan berkata, umat Islam sama ada daripada PAS, Barisan Nasional atau parti pembangkang lain, mempunyai kewajipan menyokong RUU 355.
Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
Mengulas lanjut mengenai RUU itu, Khalid berkata sistem keadilan mahkamah syariah tidak seharusnya mementingkan hukuman lebih berat, sebaliknya perlu melihat proses keadilan keseluruhannya.

Industri agama untuk orang kaya Islam

Kalau dulu ustaz mengajar dari rumah mereka dan tidak mengharapkan bayaran, kini mereka membahagi-bahagikan murid mereka mengikut kelas sosio-ekonomi.
ustaz
Bila saya memikirkannya, kenapa saya patut terkejut? Saya dikongsikan sebuah video memaparkan seorang wanita Islam menjalankan kelas pengajian Al-Quran di langit.
Dia dan beberapa rakan lain menaiki sebuah kapal terbang persendirian dan menceritakan tentang program mereka: berlepas ke awan biru sambil mengadakan kelas mengaji Al-Quran.
Wanita ini mengundang orang ramai yang “mampu” untuk bersamanya. Dan pelanggan yang sudah ada 100 mata markah penerbangan boleh mendapat pengalaman ini dengan percuma!
Adakah perkhidmatan mengajar mengaji Al-Quran ini satu perkhidmatan yang percuma yang diberi kepada segenap lapisan masyarakat? Ia menelan belanja yang banyak.
Sebenarnya, perkhidmatan yang bercirikan agama bukanlah perkara baru. Semasa zaman remaja, saya pernah menghadiri kursus ibadah haji diajar ustaz yang agak terkenal.
Ustaz ini membawa bakal haji ke Mekah dan memberi perkhidmatan ala “tour guide” dan juga tukang baca doa. Kerana kepakarannya dalam ilmu Islam, peluang mendapat haji mabrur (iaitu haji yang diterima Allah) dijamin.
Ini bukan perkhidmatan percuma dan hanya untuk mereka yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit di atas kos haji sendiri.
Jika anda terpaksa mengumpul duit berdekad-dekad untuk menunaikan ibadat haji, memang anda tak mampu membeli haji mabrur!
Itu dulu. Kini, ada pula pakej pelayaran Islam. Pakej ini bernilai antara RM3,000 dan RM4,500 setiap orang. Banyak aktiviti Islam yang dijalankan, termasuk sesi soal jawab agama dengan ustaz “selebriti”.
Inilah secebis kisah daripada industri agama di Malaysia. Kalau dulu ustaz mengajar dari rumah mereka, mempunyai kerja tetap dan mengajar agama secara sambilan tanpa bayaran (seperti dipaparkan karya Lat “Kampong Boy”), sekarang ini pula mereka membahagi-bahagikan murid mereka mengikut kelas sosio-ekonomi.
Adakah ini akan membawa peningkatan dalam penghayatan Islam?

‘PAS akan hilang 10 kerusi DUN Selangor’

PAS Selangor dilaporkan dalam keadaan goyah berikutan keputusan parti itu yang enggan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut analisis oleh akhbar harian Cina, Oriental Daily daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi PAS pada pilihan raya ke-13, parti itu memenangi15 kerusi dengan lapan kerusi berkenaan atas sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina.
Kelapan-lapan kerusi DUN itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus.
“Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan pengundi Cina, adalah sukar bagi PAS untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar berkenaan.
Selain itu katanya, dua kerusi kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat yang dimenangi PAS dengan majoriti kurang 1,000 undi juga dilihat sukar untuk dipertahankan.
"Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, PAS kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 DUN di Selangor pada PRU14," katanya.
Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.
DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

Mustapha Ya'kub mengaku terlibat dengan syarikat Korea Utara


Mustapha Yaakub Mustapha Yaakub
Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya'akub mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan 'Syarikat Glocom', sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.
Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi semalam, beliau berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai 'Madam Ryang' dan 'Madam Pyon' bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.
Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.
"Saya tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Hubungan kami adalah atas perniagaan semata-mata. Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara... menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia," katanya.
Mustapha berkata beliau bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.
Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.
"Bagaimanapun setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kami putuskan untuk menutup syarikat IGS.
"Selepas itu, saya dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu kami tutup syarikat tersebut," katanya.
Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.
Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.
Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Malaysia naik ke tangga ke- 23 RAKYAT DAPAT APA !!

ADAKAH kos sara hidup makin turun?

ADAKAH harga minyak makin turun?

ADAKAH dpt kembalikan semula subsidi rakyat?

ADAKAH Najib akan berhenti menipu rakyat?

ADAKAH Rosmah buang tabiat borosnya?

TERGADAI LAGI: ADAKAH INI AKAN MENGURANGKAN HUTANG KERAJAAN/ NEGARA mahupun hutang2 1MDB ??!

Inilah kebanggaan rakyat M'sia bila Raja Saudi tiba di negara kita..

Satu persatu kepentingan/ aset negara tergadai hasil kelicikan Perdana Menteri Malaysia yang paling ulung, bijak urus tadbir pentadbiran serta kewangan negara.

KINI SEPARUH pegangan Petronas pada RAPID Pengerang yang bernilai USD27 bilion dah jadi hak milik orang asing.

Satu demi satu harta negara tergadai. Semua hanya kerana nak memuaskan nafsu seorang kleptokrat yang tak kenal puas.