Selasa, 28 Februari 2017

SIAPA KATA LAWATAN RAJA SALMAN SUDAH MELENYAPKAN ISU WANG RM2,600 JUTA?

Sebagaimana yang dijangka, lawatan Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud, pemerintah Arab Saudi ke negara ini akan cuba dimanfaatkan sebaiknya, antara lain untuk mengambus isu wang RM2,600 juta yang diterima Najib Razak melalui akaun peribadinya.

Tidak saja penyokong dan pengampu Najib serta askar siber 6.6 peratus yang ghairah berbuat demikian, bahkan seorang profesor universiti juga bersikap sama.

Hujah mereka tidak lain ialah jika wang yang diterima Najib itu bukan benar-benar derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, tidak mungkin Raja Salman sanggup mencemar duli mengadakan lawatannya ke Malaysia ini.

Makna kata, hujah mereka ialah dengan datangnya Raja Salman itu ia dengan sendirinya mengesahkan wang yang diterima Najib itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Malah Profesor universiti yang tak pernah dikenali itu berkata lagi, kehadiran Raja Salman bukan saja mengesahkan wang itu datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, malah juga diberikan berdasarkan pencapaian dan usaha Najib memartabatkan Islam di negara ini dan juga di peringkat global.

Amboii...agak-agak lerr dan pandanglah kiri kanan dulu kalau ia pun nak mengampu Najib sampai begitu tinggi!!
Kalau Anwar Ibrahim tidak berada di penjara ketika ini, pastilah digelarnya profesor sedemikian itu sebagai "profesor kangkung" yang bukan saja mencemarkan nama universiti, tetapi juga ketamadunan ilmu dalam menilai sesuatu perkara.

Jika diimbas kembali, walaupun tidak dinamakan siapa kerabat Diraja Arab Saudi yang didakwa memberi wang kepada Najib itu, paling mungkin ia adalah Putera Turki Abdullah al-Saud, pemilik PetroSaudi yang diketahui ada urusniaga dengan 1MDB.

Kerabat-kerabat yang lain tidak mungkin boleh dikaitkan dengan derma kepada Najib kerana mereka tidak ada apa-apa urusniaga atau kepentingan untuk berbuat demikian.

Bak kata Tun Mahathir Mohamad, orang gila pun tak mungkin sedia menderma sebanyak itu tanpa apa-apa sebab, lebih-lebih lagi jika difahami perangai orang Arab itu sendiri.

Ayah Putera Turki, Raja Abdullah al-Saud adalah Raja Arab Saudi sebelum Raja Salman dan sudah meninggal dunia pada penghujung 2015 yang lalu.

Sebaik Raja Salman menaiki takhta, antara tindakan yang diambilnya ialah memecat Putera Turki sebagai Gabenor Riyadh untuk mengukuhkan lagi cengkaman kuasanya.  

Dalam konteks ini, jika pun ada yang masih mempercayai wang RM2,600 juta itu sebagai derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, Raja Salman jelas telah lama menjarakkan dirinya dengan perkara tersebut.

Dalam erti kata lain, lawatan beliau ke Malaysia tidak boleh lagi dikaitkan dengan mana-mana kerabat yang mungkin boleh dikaitkan dengan Najib.

Selain itu, harus juga difahami bahawa lawatan Raja Salman bukan saja ke Malaysia, tetapi juga ke Indonesia, Jepun dan juga China. Di Malaysia, singgahnya beliau hanya empat hari berbanding di Indonesia selama 10 hari, termasuk berehat di Bali selama enam hari.

Pas bakal 'kembali' di saat akhir

PAS diramal tetap kembali bersama pakatan pembangkang menjelang PRU14 bagi memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan.
Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang percaya Pas tidak mungkin akan bekerjasama dengan BN kerana kedua-dua parti menghadapi masalah dari segi pengagihan kerusi.
"Buat masa ini, krisis yang berlaku antara DAP dan Pas semata-mata untuk menjaga maruah masing-masing. Dari segi realitinya, Pakatan Harapan masih perlukan Pas sekiranya mahu benar-benar memberi tentangan kepada BN," kata Tian Chua seperti dilaporkan China Press.
Beliau berkata, kemunculan Bersatu turut menjadi satu faktor lagi kenapa Amanah ketika ini sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Pas.
"Sebelum ini, DAP dan Amanah yakin dengan kemampuan mereka untuk menggugat kekuatan Pas. Tetapi selepas Bersatu ditubuhkan, kekuatan Amanah agak terjejas dan harapan mereka untuk menggantikan Pas boleh dikatakan sudah tertutup.
"Amanah ketika ini perlu membahagi-bahagikan kerusi mereka dengan Bersatu. Oleh itu, tidaklah mustahil Amanah barangkali akan bekerjasama semula dengan Pas," jelas Tian Chua.

Sejarah tidak akan terpadam,namun manusia boleh berubah.


Oleh Mazlan Aliman
Alhamdulillah, Jelajah Semarak Kasih Felda di Felda Raja Alias, Jempol telah dapat dijayakan dengan baik. Berkesempatan bersembang dengan Tun Dr Mahathir mengenai Felda.
Tun cukup rapat dengan Tun Razak yang menggagaskan Felda. Beliau bercerita sejarah awal Felda dibangunkan dengan segala susah payah. Dia amat sedih, Felda yang suatu ketika menjadi kebanggaan negara, sedang ' diruntuhkan' oleh anaknya sendiri. Justeru, Tun Mahathir sendiri bersama dalam Jelajah Semarak Kasih Felda walaupun dalam usia melewati 90 tahun. Mengakui keletihan masuk felda di pedalaman dengan perjalanan yang agak jauh; dia kata kita mesti berjuang pertahankan Felda, Institusi orang melayu yang punya tanah paling luas di dunia!
Saya dan rakan2 ANAK berterimakasih atas komitment Tun Dr Mahathir. 4 Mac ini, Tun akan datang pula ke Bangi untuk Solidariti 4MA.
Kita ada sejarah lalu dengan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Mohd Taib dan ramai pemimpin UMNO. Sejarah tidak akan terpadam. Namun, manusia boleh berubah. Yang paling utama, kita meniti hari hari berikutnya untuk menjadi insan lebih baik atas kesilapan dan dosa masa lalu.
Tekad dan azam bersama SELAMATKAN MALAYSIA dengan menjatuhkan Kerajaan Korup Najib BN pada PRU 14. InshaAllah, Felda akan dikembalikan di landasan yang asal.

Pasca H355: DAP dan sekutunya panik

Oleh NASRUDIN HASSAN
1. Sehari dua ini suhu di pentas politik tanah air meningkat tinggi. DAP dan sekutu rapatnya PAN begitu aktif menyerang PAS dan kepimpinannya.

2. Tidak semena-mena mereka melipatganda serangan ke atas PAS.


Bermula kenyataan:

i- kononnya mereka boleh menghimpunkan lebih ramai rakyat berbanding H355 kalau mereka mahu.

ii- PAS bakal berpecah lagi,

iii- Kelantan akan jatuh ke tangan PAN

iv- dan terbaru mereka menganggap PAS hari ini tidak sama dengan PAS zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

3. Secara teliti jika kita perhatikan corak serangan mereka, jelas menggambarkan mereka sedang panik atau gabra berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat khasnya ummat Islam dari pelbagai latar bersama perjuangan PAS untuk memperjuangkan Islam di Malaysia.

4. Membandingkan PAS sekarang di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kononnya jauh berbeza dengan zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu contoh ketara betapa mereka mula panik dan serba tak kena dalam tindakan mereka.

5. Mereka lupa, zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu adalah zaman Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga sebagai Presiden PAS. Beliau menjadi Presiden PAS pada masa itu sehinggalah sekarang.

6. Tiada dasar dan prinsip perjuangan PAS yang berubah kecuali beberapa pendekatan diubahsuai berdasarkan keperluan dan tuntutan semasa.

7. Tahap mental dan kekejangan saraf DAP semakin parah. Mereka panik bila hasrat mereka mahu memecahkan PAS gagal. Meskipun berjaya membuatkan G18 meninggalkan PAS dan menubuhkan parti baru. Nyata DAP tidak yakin malah tidak berjaya menjadikan parti baru itu menggantikan tempat PAS.

Debat elak Khairuddin dilabel jaguh kampung

Penganalisis politik dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik, mencadangkan Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menerima cabaran debat seorang pensyarah universiti berhubung pindaan Akta 355.
Menurut Dr Maszlee, Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS perlu menerima pelawaan debat itu bagi memastikan beliau tidak digelar sebagai jaguh kampung.
Malah, katanya, medan debat itu juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat kredibiliti sebenar ulama PAS yang sebelum ini didakwa hanya berceramah politik sehala.
"Ceramah politik sehala biasanya menjadi medan para ulama PAS seperti Khairuddin dan lain-lain untuk mengutuk lawan mereka tanpa adanya akauntibiliti dan semak imbang.
"Para ulama PAS sewenangnya menghentam, mengugut, menghina mana-mana individu yang tidak sehaluan dan tidak sealiran dengan mereka terutamanya dalam isu rang undang-undang 355 dan juga hubungan rapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Tehran serta Umno.
"Ruang debat, dialog atau forum lebih sesuai untuk memastikan ketepatan fakta, integriti dan profesionalisme. Jika beliau (Khairuddin) melarikan diri daripada berdialog, ia hanya akan memberikan kesan buruk dan titik hitam dalam lipatan sejarah hidupnya kerana beliau akan dilihat hanya berani sebagai jaguh kampung sahaja," kata Dr Maszlee dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.
Sendiri lontar cabaran
Isu debat atau diskusi melibatkat Khaiduddin timbul selepas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle menyatakan kesediaannya menyambut 'tawaran' Khairuddin yang mempertikaikan sikap sesetengah pihak yang menolak cadangan pindaan Akta 355.
Rozaimi menyambut tawaran itu selepas tersebarnya klip video ceramah Khairuddin yang menyatakan kesediaannya untuk berhujah dengan sesiapa sahaja yang menganggap melakukan pindaan Akta 355 adalah tidak wajib.
Malah, dalam klip video ceramah sepanjang kira-kira 4.30 minit itu, Khairuddin turut mencadangkan supaya disekeh kepala mufti yang anggap pindaan Akta 355 itu bukan wajib.
Selain itu, pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh UPSI itu juga berkata, sekiranya Khairuddin bersetuju untuk berdebat, ia boleh dijadikan medan untuk dirinya membersihkan nama ekoran isu pembelian kereta Audi Q7 kepada isterinya menjadi tular di media sosial.
"Khairuddin boleh ambil peluang ini untuk membersihkan dirinya dari isu hangat pembelian Audi Q7 untuk isteri keduanya yang menjadi viral di media sosial dan menjadi perbualan netizen.

'Ahli politik sibuk berlawan, tiada masa untuk rakyat’ kata TI-M

Akhbar Satar berkata, Malaysia memerlukan negarawan, bukannya ahli politik untuk memerangi rasuah.
akhbar2
KUALA LUMPUR: Ahli politik Malaysia terlalu sibuk melawan satu sama lain untuk menumpukan perhatian terhadap kesejahteraan rakyat, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).
Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada tahap tinggi rasuah di Malaysia.
“Ahli politik bimbang tentang pilihan raya umum (PRU) akan datang, manakala negarawan risau generasi akan datang.
“Ketika ini, kita sedang berdepan kemarau negarawan dan kebanjiran ahli politik. Tetapi, rasuah hanya dapat ditangani negarawan, bukan ahli politik,” katanya pada pelancaran Barometer Rasuah Global TI-M (Asia Pasifik) 2017 hari ini.
Kenyataan Akhbar itu susulan hasil kajian membabitkan 1,009 rakyat Malaysia antara November 2016 hingga Januari lalu.
Dalam hasil kajian itu, 14% responden berkata tindakan mengundi pemimpin politik bersih adalah cara ke-2 paling berkesan untuk membasmi rasuah; 22% berpendapat tiada apa yang rakyat boleh lakukan untuk memerangi rasuah dan 17% percaya rasuah boleh dihapuskan melalui keengganan memberi suapan.
“Orang ramai tidak bodoh. Ahli politik perlu bersih dan dilihat sebagai bersih.
“Keutamaan perlu diberikan kepada rakyat. Tetapi, ahli politik sekarang terlalu sibuk berlawan dan tiada masa untuk rakyat.
“Tambahan, sesetengah ahli politik ini juga terbabit dalam rasuah,” katanya sambil menambah ini adalah sebab beliau percaya kepada kepentingan mengundi calon tepat untuk memimpin negara ini.
Cara lain yang dirasakan berkesan untuk menentang rasuah ialah dengan melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak berkuasa (12%); memberitahu rakan atau saudara-mara tentang masalah ini (7%) dan bercakap mengenainya (7%).
Responden turut menyokong tindakan menandatangani petisyen bagi menggesa usaha lebih gigih dalam membasmi rasuah (6%); penyertaan dalam demonstrasi (3%) dan memboikot perniagaan yang didapati bersalah mengamalkan rasuah (2%).

Pas teliti cadangan tanding 20 Dun, 4 Parlimen di Sabah

Mustafa AliMustafa Ali
Pas sedang meneliti cadangan Pas Sabah untuk bertanding lebih 20 kerusi Dun dan sekurang-kurangnya empat Parlimen pada Pilihan Raya negeri itu yang dijangka diadakan lebih awal dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Pengarahnya Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, beliau bersama Pengarah-pengarah Pilihan Raya Pas Negeri telah membuat tinjauan ke Sabah antaranya di Kundasang dan Keningau bagi mengikuti perkembangan politik dan persiapan terhadap jangkaan tersebut.
Menurut beliau, hasil pertemuan dan perbincangan dengan Pas kawasan-kawasan di Sabah, beliau menegaskan bahawa parti itu masih belum mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik di negeri itu sebagaimana penggal yang lalu.
“Walau bagaimanapun pun kita bersedia untuk bincang dengan mana-mana parti politik yang sekiranya bersedia untuk bincang dan menghadapi pilihan raya. Kalau tidak, maka kita akan hadapi pilihan raya ini secara bersendirian.
“Dan apabila kita bersendirian, kita bebas untuk bertanding di mana-mana sekalipun, tidak terikat, dulu nak bertanding ini kawan-kawan kata ini tempat yang sesuai bagi mereka ini. Sekarang ini kita tak terikat, dalam perbincangan kami dengan pimpinan Pas Sabah pun tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
“Pihak Pilihan Raya Pusat akan mengkaji kemunasabahan yang dicadangkan itu. Mungkin kurang mungkin lebih daripada yang dicadangkan, boleh jadi juga, kita tengok perkembangan-perkembangan yang berlaku sekarang ini,” ujarnya seperti dipetik Harakahdaily.

Felda lantik firma asing nilai aset untuk dijual

Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningktkan aliran tunai
Shahrir-Samad_felda_6002KUALA LUMPUR: Felda melantik sebuah firma berpusat di London untuk membuat penilaian bagi penjualan asetnya di ibu kota Britain itu.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata firma itu kini dalam peringkat awal menilai aset yang akan dijual seperti diumum sebelum ini.
“Apabila penilaian telah dibuat, kita akan balik semula kepada lembaga dan tawaran akan dibuat secara tender terbuka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan Open University Malaysia (OUM) di sini hari ini.
Sebelum ini Shahrir berkata Felda memutuskan untuk menjual aset di luar negara yang tidak menjana keuntungan bagi meningkatkan aliran tunai.
Antaranya aset yang akan dijual ialah hotel di London kerana nilainya dikatakan mengalami penyusutan mendadak.

Dr M: Mungkin lebih baik kita kekal jadi jajahan Inggeris

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mencadangkan bahawa adalah lebih baik Malaysia kekal sebagai tanah jajahan Eropah.
Beliau berkata demikian dalam blognya hari ini yang mempertahankan syarikat kereta nasional Proton Holdings yang sedang dijual oleh pemiliknya DRB-Hicom kepada rakan kongsi asing.
"Terus terang, Malaysia akan menjadi negara lebih baik jika kita kekal sebagai tanah jajahan Eropah atau negara maju lain.
"Mereka jelas tahu lebih baik daripada kami mengenai tadbir urus dan pembangunan negara.
"Dan mereka akan menghasilkan kereta lebih baik, menjadikan kita berbangga dengan teknologi kita," kata Mahathir yang adalah perdana menteri yang merintis pembuatan kereta tempatan melalui penubuhan Proton pada tahun 1983.
Kenyataan Mahathir itu dibuat ketika pengeluar kereta Perancis PSA Group mengesahkan bahawa ia telah mengemukakan tawaran untuk membeli kepentingan dalam Proton.
Syarikat Geely yang berpangkalan di China juga dilaporkan membuat tawaran untuk membeli kepentingan majoriti dalam Proton tetapi masih belum mengesahkannya secara umum.
Pada sekitar 1980-an, Proton mengawal sebahagian besar daripada kereta baru di negara ini. Ia mencatatkan penguasaan 73 peratus daripada semua kereta baru yang dijual di negara ini pada tahun 1988.
Bagaimanpun, sepanjang tahun-tahun berikutnya, terdapat pelbagai aduan tentang kualiti dan pasarannya menjunam secara mendadak.
Tahun lalu, Proton hanya menguasai 14 peratus pasaran kereta baru. Ia ketinggalan kepada pesaing tempatan Perodua yang menguasai 40.3 peratus dan pembuat kereta Jepun Honda yang menguasai 17.8 peratus.
Bagaimanapun, Mahathir menegaskan bahawa mutu kereta Proton telah meningkat dengan ketara.
“Mereka yang membidas kereta Proton kerana ia tidak mempunyai standard yang sama seperti kereta asing. Saya cadangkan mereka memandu uji Saga baru dan Persona.
"Saya dapati banyak perbezaan antara yang Proton lama dan Proton baru.
Mahathir berkata, beliau memiliki beberapa kereta Proton lama dan baru dan telah memandu kedua-duanya.

200 saksi akan beri keterangan kes rasuah Jabatan Air Sabah

Wang tunai yang dirampas dipercayai dimiliki secara salah oleh bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Wang tunai yang dirampas dipercayai dimiliki secara salah oleh bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah
Kira-kira 200 saksi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.48 juta.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Husmaruddin Hussin memberitahu Hakim Abu Bakar Manat pada prosiding hari ini, terdapat kemungkinan tidak semua saksi dipanggil memberi keterangan.
Beliau juga berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan kepada pihak pembelaan dokumen berkaitan dalam bentuk cakera padat (CD) dan menjemput peguam bela tertuduh untuk hadir ke pejabat SPRM Sabah sekiranya mereka mahu memeriksa dokumen asal.
Peguam PJ Pereira dan Baldev Singh membuat permohonan untuk meneliti dokumen berkenaan di pejabat SPRM, dua bulan sebelum perbicaraan bermula.
Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan bermula 4 Julai hingga 28 Julai dan 8 Ogos hingga 25 Ogos.
Abu Bakar berkata sebarang perubahan tarikh perbicaraan boleh dibuat pada hari terakhir pengurusan kes iaitu 4 Mei, susulan permohonan pihak pembelaan untuk meneliti dokumen sebenar dua bulan sebelum tarikh perbicaraan.
Pada 29 Disember tahun lepas, bekas pengarah JANS itu, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.
Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas, manakala Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Ketua Audit Negara ahli Umno Kepong

Sekali lagi Ketua Audit Negar Tan Sri Dr Madinah Mohamad menjadi tumpuan hanya beberapa hari selepas pelantikannya diumum kerajaan.
Kali ini, seorang pemimpin PKR mendakwa Madinah adalah seorang anggota Umnno.
Menuntut supaya maklumat itu dinafikan, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata mengikut maklumat diterimanya, Madinah menjadi anggota Umno Kepong.
Bahagian itu kini diketuai suami Madinah, Datuk Rizuan Abdul Hamid.
Kata Fahmi berdasarkan maklumat diterimanya, Madinah didaftarkan sebagai anggota Umno cawangan Kampung Melayu Kepong.
"Saya turut difahamkan beliau telah menjadi seorang ahli Umno sejak 1989.
Saya menggesa Madinah untuk segera menafikan maklumat ini," katanya hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan pelantikan Madinah pada 20 Februari lalu bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatannya.
Sebelum ini Madinah ialah ketua setiausaha Kementerian.
Kata Fahmi, jika maklumat diperolehinya itu benar, nasihat Datuk Seri Najib Razak kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Madinah tidak membantu mengukuhkan institusi demokrasi di Malaysia.
"Ini kerana jawatan Ketua Audit Negara merupakan antara jawatan terpenting dalam sistem demokrasi terutama proses semak dan imbangan pengurusan kerajaan.
"Persepsi umum adalah seorang Ketua Audit Negara bukan sahaja perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi juga perlu dilihat sebagai bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian," katanya.
Sementara itu semakan Malaysiakini di Ibu Pejabat Umno mendapati Madinah didaftarkan di Umno Kepong.
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang mempertahankan integriti Madinah juga didaftarkan di bahagian Umno sama.
Rizuan juga sebelum ini pernah dilaporkan berkata, beliau sedia "mati untuk Najib" pada 2015.
Sementara itu apabila dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu, Razuan memberitahu isterinya seorang wanita yang berprinsip.
"PKR tak perlu mempertikaikan integriti isteri saya. Tanyalah sesiapa saja mengenai Kementerian Pendikan. Ketua setiausaha lain pun takut," katanya.

KALAU TUN MAHATHIR NYANYUK, KENAPA PULA BELIAU DIMINTA BERSARA? BUKANKAH LEBIH MUDAH NAJIB MENANG PILIHANRAYA?

Nyanyuk adalah istilah paling popular yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad sejak akhir-akhir ini.

Dari pemimpin UMNO, menteri hinggalah kepada pencacai dan blogger 6.6 peratus, istilah nyanyuk  sangat kerap diguna untuk memperlekeh bekas Perdana Menteri yang sudah berusia 92 tahun itu.

Mengikut  Kamus Dewan, istilah nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak, tidak berapa betul atau bercakap yang bukan-bukan.

Dalam konteks Tun Mahathir sekarang dan beberapa siri kritikannya kepada Najib, bolehkah beliau dianggap sebagai nyanyuk?

Apakah pandangan,  kritikan atau kata-kata Tun Mahathir kepada Najib yang boleh dianggap sebagai nyanyuk?

Adakah label nyanyuk itu kerana Tun Mahathir benar-benar sudah nyanyuk atau kerana Najib dan pengampunya tidak mampu berhujah balas dengan beliau yang sudah berusia 92 tahun?
Apabila Tun Mahathir menarik sokongan kepada Najib kerana skandal 1MDB dan disebabkan ada wang RM2,600 juta disahkan masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, adakah beliau dianggap sudah nyanyuk?

Apabila Tun Mahathir keluar UMNO, menubuhkan Bersatu dan kini terus berusaha keras untuk menjatuhkan Najib, nyanyukkah beliau?

Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih - Saifuddin

Hanya PAS tolak GST, kata MP PAS

'Tahan 30 tahun, tapi penjara tak patuh syariah'

AMANAH usul panggil AG ke Parlimen jawab tentang RM2.6b

'Tolong jangan sakiti hati mereka lagi, Najib'- Nurul Izzah

Pakatan Harapan guna formula agih kerusi tanpa Pas - Saifuddin

Bersatu minta tangguh bincang kerusi - Saifuddin

Harga RON95 Sepatutnya Kekal RM2.30 Seliter, Kerajaan Persekutuan Untung RM18 Juta Sehari Dari Kenaikan Harga Minyak Mentah Dalam Januari Dan Februari 2017

Saya rujuk Lampiran A yang saya sertakan bersama iaitu jadual harga purata RON95 seperti yang didagangkan di pasaran terbuka di Singapura sepanjang Februari 2017 (yang dilaporkan oleh Platts di dalam laporan MOPS) iaitu harga rujukan untuk menentukan harga RON95 bagi Mac 2017.


Oleh kerana tiada perubahan ketara dari segi harga minyak mentah dunia iaitu stabil sekitar USD56 setong bagi Februari, dan kadar tukaran matawang Ringgit:USD yang berubah pada nilai yang kecil (lihat carta di bawah):


Harga RON95 sewajarnya kekal pada harga RM2.30 seliter mengikut formula yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti di dalam Lampiran A.
Pun begitu, saya mengulangi desakan sebelum ini supaya harga siling pada nilai harga maksima RM2.00 seliter bagi RON95 diperkenalkan secepat mungkin kerana Kerajaan Persekutuan mampu menanggung subsidi minyak yang sewajarnya dikembalikan kepada rakyat.
Semasa harga minyak mentah turun mendadak dalam tahun 2014, Kerajaan Persekutuan tidak menurunkan harga petrol dan diesel yang dijual kepada rakyat. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengutip cukai dari rakyat biasa secara diam-diam tanpa dimaklumkan kepada rakyat. Apabila saya membongkarkan perkara ini dalam tahun 2014 mengenai cukai yang dikutip secara senyap (iaitu dianggarkan berjumlah RM633 juta bagi bulan Disember 2014 sahaja, rujuk http://rafiziramli.com/2015/01/cukai-minyak-rm633-juta-perlu-diasingkan-sebagai-tabung-pengimbang-harga-minyak/), barulah pentadbiran Dato’ Seri Najib menukar kaedah penetapan harga minyak.
Walau bagaimana pun, helah Dato’ Seri Najib adalah licik apabila beliau mengambil kesempatan kejatuhan harga minyak mentah dunia dalam tahun 2014 dan 2015 itu untuk menghapuskan terus subsidi minyak yang diberikan kepada rakyat selama berdekad lamanya. Alat propaganda beliau menaburkan fitnah kononnya saya yang mendesak Kerajaan Persekutuan mengapungkan harga minyak mengikut pasaran dunia, sedangkan tuntutan saya selama bertahun-tahun ialah:
1. Mengekalkan subsidi melalui kaedah harga siling supaya apabila harga melepasi satu paras yang membebankan, Kerajaan Persekutuan menggunakan keuntungan dari hasil minyak negara yang jika tidak dikembalikan sebagai subsidi, hanya akan mengkayakan Kerajaan Persekutuan yang boleh berbelanja lebih boros
2. Memastikan harga melalui kaedah penetapan harga minyak automatik terkawal (automatic pricing mechanism atau APM) menjadi lebih telus dengan menterjemahkan kejatuhan harga minyak mentah dunia kepada harga petrol yang lebih rendah kepada pengguna (bukannya tidak menurunkan harga petrol dan diesel walaupun harga minyak mentah dunia telah jatuh)
Malaysia masih lagi menjana pendapatan yang tinggi dari hasil minyak dan gas. Bagi setiap tong minyak atau gas (bersamaan satu tong) yang dijual, Kerajaan Persekutuan mengutip dua jenis pendapatan lumayan seperti berikut:
1. Pendapatan langsung (“income derived directly from the crude oil or natural gas”) dalam bentuk royalti minyak, lesen, permit, GST, duti dan cukai keuntungan petroleum pada 38% (atau “petroleum income tax, PITA”)
2. Pendapatan tidak langsung (“income derived indirectly from the crude oil or natural gas through downstream manufacturing or processing or business activities from downstream”) dalam bentuk GST, lesen, duti dan cukai keuntungan korporat

Polis masih dilihat paling korup, lapor tinjauan

Agamawan turut dianggap korup oleh 31% responden dalam tinjauan Transparency International-Malaysia.
akhbar-satar2KUALA LUMPUR: Polis nampaknya masih lagi dilihat sebagai institusi paling korup di negara ini.
Kira-kira 57% dari 1,009 peserta tinjauan barometer korupsi global Transparency International-Malaysia (TI-M) merasakan pasukan itu paling korup.
Tinjauan menunjukkan 13% dari responden pernah merasuah kakitangan polis.
Namun Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar sendiri meragui angka tersebut: “Masalahnya sesetengah rakyat takut mengatakan mereka pernah merasuah atau cuba merasuah kakitangan kerajaan.
“Mereka mahu tunjukkan mereka ada integriti.”
Akhbar berkata demikian pada penerbitan hasil tinjauan di sini.
Responden ditanya berapa ramai dalam orang/institusi berikut yang mereka fikir terlibat dalam korupsi.
Mereka juga diminta menyatakan pernahkah mereka merasuah, antara lain, kepada polis, kakitangan mahkamah dan institusi rawatan kesihatan awam.
Bagaimanapun, tinjauan tahun ini menunjukkan peratusan orang yang merasakan polis paling korup berkurangan berbanding tinjauan 2013. Dalam tinjuan sebelum ini, 3/4 atau 76% dari 1,000 responden melihat pasukan itu sebagai paling korup.
Institusi lain yang dilihat korup adalah “kakitangan percukaian” seperti Kementerian Kewangan dan pengutip cukai pihak berkuasa tempatan (48%), ahli majlis pihak berkuasa tempatan (48%), eksekutif perniagaan (46%) dan kakitangan kerajaan (45%).

Rafizi: Jelaskan jika deposit RM654 juta FGV sudah dikembali

Felda Global Ventures Holdings (FGV) diminta untuk menjelaskan jika bayaran AS$174.5 juta yang dibayar kepada Kumpulan Rajawali Group pada 2015 telah dikembalikan.
Ini ditimbulkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berikutan pembatalan perjanjian FGV untuk mengambil alih kepentingan 37 peratus dalam kepentingan Eagle High Plantations Tbk daripada kumpulan itu.
FGV dikehendaki membayar AS$174.5 juta kepada Rajawali sebagai deposit dan jumlah wang itu, termasuk faedah, hendaklah dibayar balik jika perjanjian itu terbatal.
Angka yang berjumlah RM654 juta (AS$1= RM3.70) adalah berdasarkan kadar pertukaran ketika perjanjian awal dimeterai pada bulan Jun 2015.
“Pengesahan bahawa rancangan jual beli saham itu ditamatkan dibuat oleh FGV dalam satu notis kepada Bursa Malaysia bertarikh 23 Disember 2016.
“Oleh kerana perkara ini berlaku dihujung tahun 2016 dan laporan keputusan kewangan FGV bagi suku keempat 2016 belum dikeluarkan, sehingga kini tidak ada maklumat mengenai deposit berjumlah RM654 juta ini,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau, yang juga adalah ahli parlimen Pandan, meminta FGV menjelaskan jika sememangnya bayaran deposit seperti yang digariskan dalam perjanjian muka sudah dikembalikan, FGV perlu menyatakan bila tarikhnya.
Rafizi berkata langkah-langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk memastikan bahawa deposit itu tidak akan disalahgunakan.
FGV pada Jun 2015 mengumumkan ia merancang untuk membeli kepentingan 37 peratus dalam Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.
FGV, sebuah syarikat senarai awam, dibidas berhubung perjanjian itu yang dilihat sebagai terlalu mahal.

'Kalau diurus dengan baik, Kelantan memang kaya' - Tengku Tan Sri Mahaleel

Tengku Mahaleel berdialog dengan penduduk Kota Bharu Tengku Mahaleel berdialog dengan penduduk Kota Bharu
Bekas peneraju Proton Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff  yakin pengurusan ekonomi yang baik sehingga dapat menyediakan peluang pekerjaan di Kelantan mampu menangani penghijrahan ramai golongan muda negeri itu.
Bekas Ketua Pegawai Operasi Proton Holdings itu memberitahu terdapat kira-kira 300,000 anak Kelantan pada masa ini yang terpaksa meninggalkan negeri tersebut bagi mengelak daripada menjadi penganggur.
"Adakah saudara-saudari tahu 300,000 orang Kelantan lari dah. Bermakna orang muda lari pasal di sini (Kelantan) tiada kerja. Apa akibatnya? Orang tua, ibu bapa tinggal (di kampung). Siapa nak jaga (mereka)?
"Saya nak cerita bukan politik, cerita cara orang Kelantan. Orang Kelantan ini bijak. Kalau kita tengok banyak orang Kelantan di pelbagai kementerian. Kalau orang Kelantan di KL itu, semua tinggi-tinggi (jawatan). Saya dulu di Proton, Nestle.
"Kenapa budak-budak kita keluar negeri meninggalkan Kelantan? Puncanya Kelantan ini kalau betul-betul diurus dengan baik memang kaya. Kita ada air minum, padi, getah, emas, macam-macam, ada budaya," ujarnya dalam dialog ketika program sarapan di Kota Bharu anjuran Amanah Kelantan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menekankan pentingnya pendidikan kemahiran diberi perhatian serius memandangkan bidang tersebut semakin diperlukan pada masa akan datang.
Mahaleel, 71, yang disahkan tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam pemilihan pada April ini berkata, hasrat tersebut boleh dicapai dengan pembinaan sekolah vokasional hasil sumbangan anak Kelantan yang bekerja di perantauan.
"Kita boleh cari duit 'free'. Kita ada 300,000 orang Kelantan (bekerja di luar negeri terutama di Kuala Lumpur). Kalau mereka semua dipaksa hantar RM100, letak dalam satu tabung. (Boleh dapat) RM30 juta sebulan.
"Setahun sudah RM360 juta. Boleh buat apa? 300,000 itu ada banyak kemahiran. Kita panggil 30,000 buat sekolah vokasional," sarannya di kedai kopi Seli Pokjen, Jalan Kubang Tuman, Tanjung Chat dekat Kota Bharu.
Beliau menyifatkan bidang kemahiran seperti membaiki penghawa dingin dan motorsikal berpotensi memberi pendapatan yang lumayan kepada golongan muda khususnya di Kelantan.
"Dunia masa depan mahu orang begini (menguasai kemahiran). Sekarang ini 200,000 graduan tiada kerja. (Angka ini) akan naik lagi sebab ekonomi kita telah menurun.
"(Pertumbuhan) ekonomi kita tahun 1997 dulu meningkat 9 peratus setahun tetapi tahun lepas 4.2 peratus. (Jatuh) lebih daripada setengah.
"Tol, (tarif) elektrik sudah naik. Hutang (negara) kita sekarang ini berapa? RM860 bilion, tak kira hutang Khazanah, duit yang diseludup lebih dari RM1 trilion," tegasnya dalam program yang turut dihadiri Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa.

Wang Haram No.1 Dalam Dunia...!!!!

Aliran Wang Haram, 2004-2013 berbanding Jumlah Kumulatif Per Kapita (2013):

1) Malaysia: USD13,991
2) Russia: USD7,305
3) Mexico: USD4,270
4) China: USD1,023
5) India: USD405

MALAYSIA NO.1 DUNIA !!!.. #MalaysiaBoleh

Itu blom masuk lagi ALIRAN WANG HARAM 2014-2017 termasuklah 2.6 bilion !!!

Anda nilaikanlah sendiri...Hanya mereka tolak GST..!!!


APA DAH JADI SAMAN NAJIB ITU !!

Hari ini genap 86 minggu (1 tahun 7 bulan 21 hari) Najib kata nak SAMAN WSJ HARI SELASA..

APA DAH JADI SAMAN NAJIB ITU !!

Bila Najib sembang, sampai terlupa atau buat2 lupa esok hari Selasa bhwsanya beliaulah BAPAK SEGALA HIPOKRIT 1 MALAYSIA.

Saya yakin tidak bersalah jumpa di mahkamah, kata Khalid

Khalid SamadKhalid Samad
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman disifatkan sebagai memalukan diri sendiri apabila menggunakan kata-kata carut terhadap seorang ahli Parlimen wanita dan memperlekehkan wakil rakyat lain, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Pada sidang medianya Khalid mempertahankan perkataan “sial” terhadap Tajuddin.
“Dia menggunakan kata-kata mencarut dan memperlekehkan ahli Parlimen lain tanpa menunjukkan penyesalan, kemudian memfitnah saya menjatuhkan air mukanya padahal dia menjatuhkan air mukanya sendiri.
“Tidak kira kita dari parti mana, walaupun ahli Parlimen BN sekalipun, kita tidak boleh layan wanita begitu,” katanya.
Pada 21 November lalu Tajuddin telah mengatakan Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh sebagai satu-satunya wanita yang namanya mempunyai perkataan “Kok”.
Tajuddin dalam writ saman semalam berkata kenyataan Khalid menggambarkan beliau sebagai munafik, melanggar perintah Allah dan akan masuk neraka.
Bagaimanapun Khalid berpandangan Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terhadapnya sesuatu yang melucukan.
"“Saya nak tunjuk betapa kelakarnya saman ini. Antara lain dia kata saya tuduh dia tak ikut perintah-perintah Allah, kutuk dia akan pergi neraka, tua yang tak layak jadi MP, bukan Muslim yang baik, plaintif adalah munafik.
“Kita tahu dia mempunyai banyak wang dan masa untuk melibatkan mahkamah dalam perkara ini tapi saya yakin tidak bersalah dan saya akan jumpanya di mahkamah,” katanya.
Selain Khalid, Tajuddin turut menyaman NST, KiniTV kerana menyiarkan kenyataan dan menyiarkan rakaman sidang media Khalid selepas beliau diserang sekumpuan ahli Umno Pasir Salak di kawasan Parlimen pada 24 November tahun lalu.

Tajuddin malukan diri sendiri tapi orang lain yang kena, kata Khalid Samad

Khalid pertahan perkataan 'sial' terhadap Tajuddin dan sedia berjumpa di mahkamah
khalid-samad-tajuddinSHAH ALAM: Datuk Tajuddin Abdul Rahman memalukan diri sendiri apabila menggunakan kata-kata carut terhadap ahli Parlimen wanita dan memperlekehkan wakil rakyat lain, kata Khalid Samad hari ini.
Pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertahankan perkataan “sial” terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak dan bersedia berjumpa beliau di mahkamah.
“Dia menggunakan kata-kata mencarut dan memperlekehkan ahli Parlimen lain tanpa menunjukkan penyesalan, kemudian memfitnah saya menjatuhkan air mukanya padahal dia menjatuhkan air mukanya sendiri.
“Tidak kira kita dari parti mana, walaupun ahli Parlimen BN sekalipun, kita tidak boleh layan wanita begitu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Khalid menyifatkan Tajuddin “sial” pada 21 November lepas apabila timbalan menteri Umno itu berkata Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh, sebagai perempuan yang mempunyai perkataan “Kok”.
Tajuddin dalam writ saman semalam berkata kenyataan Khalid menggambarkan beliau sebagai munafik, melanggar perintah Allah dan akan masuk neraka.
“Kita tahu dia mempunyai banyak wang dan masa untuk melibatkan mahkamah dalam perkara ini tapi saya yakin tidak bersalah dan saya akan jumpanya di mahkamah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
Selain Khalid, Tajuddin turut menyaman NST kerana menyiarkan kenyataan pemimpin Amanah itu.
Tajuddin juga menyaman KiniTV kerana menyiarkan rakaman sidang media Khalid selepas itu pada 24 November tahun lepas.
Khalid mengadakan sidang media selepas diserang dalam kawasan Parlimen oleh sekumpulan orang dari Pasir Salak, termasuk anak lelaki Tajuddin, Faisal.

Pusingan pertama agihan kerusi HARAPAN tanpa BERSATU

Pakatan Harapan hari ini menjalankan pusingan pertama mesyuarat agihan kerusi tanpa kehadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya.
“Oleh kerana homework ataupun kajjian kerusi mana yang (mahu) ditandingi itu belum lagi selesai dan mereka perlukan lagi masa dan kami membuat ketetapan untuk teruskan dengan parti-parti yang telah bersedia.
“Kami akan mengadakan mesyuarat pada pusingan seterusnya," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya) sepatutnya menyertai mesyuarat seperti yang dirancang, katanya.
“Dalam komunikasi terakhir antara saya dan Mukhriz, berbeza dengan kami tiga parti yang sudah selesaikan homework kami, beliau memaklumkan saya BERSATU perlukan sedikit lagi masa.
“Sebab tugas untuk mengenalpasti kerusi-kerusi yang BERSATU akan bertanding dimanahkan kepada Abdul Rashid.
“Saya difahamkan homework itu belum selesai manakala PKR, DAP dan AMANAH kami dah pun bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut,” katanya.
Beliau berkata HARAPAN memutuskan untuk meneruskan rundingan kerusi antara parti yang telah menjalankan kajian mereka dan telah mencapai beberapa kemajuan.
Saifuddin berkata beliau yakin BERSATU tidak ada masalah menyertai mesyuarat rundiingan kerusi pusingan kedua HARAPAN.
Beliau berkata pertindihan tuntutan kerusi pada mesyuarat hari ini adalah minimum.

Amanah: Jangan jadikan Malaysia tempat pertarungan kuasa besar

Mohamad SabuMohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mengingatkan Perdana Menteri agar tidak menjadikan Malaysia sebagai tempat pertarungan kuasa-kuasa besar, dan tidak mengulangi kesilapan yang berlaku di Afghanistan, Syria, Iraq serta Yaman yang boleh dilihat secara jelas didalangi pelbagai proksi.
“Ada kumpulan yang disokong oleh Perancis di Syria. Ada kumpulan yang disokong oleh Britain, Amerika, Saudi, Qatar dan Turki. Ada kumpulan yang disokong oleh Iran, akhirnya berlaku pertarungan proksi di bumi Syria, dan di bumi Iraq yang menyebabkan rakyat bergelimpangan mati dan jutaan menjadi pelarian,” katanya kepada Amanahdaily.
Mohamad Sabu berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan Datuk Seri Najib Razak membawa Malaysia ke arah negara yang memihak kepada suatu negara atau kuasa besar.
Baru-baru ini PBB katanya, telah membuktikan Malaysia terlibat bersama dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan sekutunya untuk menyerang sebuah negara arab yang miskin.
Terbaru pula kata Mohamad, berlaku rondaan laut antara Tentera Malaysia dan China yang mengundang Tentera Amerika Syarikat membuat rondaan yang sama di kawasan perairan Laut China Selatan.
“Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan keamanan namun sekarang sedang berada dalam kancah pertarungan kuasa-kuasa besar untuk merebut perairan di kawasan ini.
“Najib bertanggungjawab terhadap keadaan yang berlaku ini.
“Rakyat Malaysia hendaklah bekerja keras untuk menolak rejim Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib yang membawa negara ke arah yang tidak selesa pada masa yang akan datang,” tegas beliau.
Menurut Mohamad juga, beliau telah beberapa kali mengingatkan Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri supaya berusaha mengekalkan Malaysia sebagai juara dalam perjuangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Tarik pelabur asing jangan sampai gadai negara


Salahudin Ayub Salahudin Ayub
Pakatan Harapan tidak bersikap anti-perniagaan dan mahu negara memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.
Walau bagaimanapun Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, polisi kerajaan sedia ada yang membenarkan pelabur asing membeli hartanah berstatus pegangan bebas dibimbangi menjejaskan rakyat Malaysia.
"Jika pegangan beas terus dilaksanakan tanpa kawalan jangka panjang, ini akan menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar wilayah," katanya.
Mengulas mengenai kemasukan pelabur Cina ke negara ini, Salahuddin berkata, isu penguasaan China dalam beberapa sektor penting di Malaysia bukan isu perkauman namun ruang yang dibuka seluas-luasnya kepada pelabur dari negara itu menyebabkan mereka dilihat cuba mengambil kesempatan.
"Keadaan diburukkan lagi dengan kelompangan beberapa dasar atau polisi negara kita selain situasi sosio-ekonomi Malaysia yang tidak menentu," katanya kepada akhbar mingguan Amanah baru-baru ini.
Wawancara penuh bersama beliau boleh diikuti dalam akhbar mingguan Amanah keluaran terbaharu.

Dana RM90j: Tuduhan Husam tak masuk akal, kata PAS

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Husam Musa berhubung parti itu menerima dana RM90 juta dari Umno sebagai tidak logik.
Ia tidak logik kerana gambar cek RM90 juta itu yang berlegar-legar di internet sejak tahun 2012 tidak mempunyai tandatangan yang menjadi salah satu syarat wajib untuk mana-mana bank menerimanya, jelas beliau.
"Bagaimana cek yang tidak ditanda tangani boleh digunakan untuk memasukkan duit ke dalam mana-mana akaun, tak masuk akal.
"Bodoh benarlah kalau ada bank yang mahu cek yang tidak ditanda tangani," katanya.
Beliau berkata demikian pada ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu baru-baru ini.
Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.
Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.
Mengulas lanjut, Mohd Amar turut menzahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pimpinan PKR yang percaya dengan dakwaan tersebut sedangkan PAS tidak mempercayai dua sabitan kes mahkamah yang dilemparkan terhadap bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kes liwat babitkan Anwar dua kali disabitkan di mahkamah tetapi PAS tak percaya, tiba-tiba PKR boleh percaya PAS ambil duit RM90 juta tanpa ada bukti," katanya lagi.

Husam Musa: PAS & UMNO Dah Macam Isi Dengan Kuku Tunggu Masa Nak Tentu Hari Saja

FELDA JEMPOL:Anthony Loke-Elaun Isa Samad 2 Juta Setahun.Tanah Habis Dia Sapu

FELDA JEMPOL:Tun Mahathir - Najib Razak Pencuri Duit Peneroka FELDA

Mat Sabu-3 Penjuru PAS Akan Kalah D iSemua Tempat

Tun Mahathir (Tun M) Terkini 2017 Di Konvensyen Otai Reformasi

Hishamuddin Rais Terkini 2017 Di Konvensyen Otai Reformasi

Mat Sabu AMANAH Terkini 2017 Di Konvensyen Otai Reformasi

Maria Chin Abdullah BRSIH 5.0 Terkini 2017 Di Konvensyen Otai Reformasi