Ahad, 26 Februari 2017

Video Klip Khas Sempena Konvensyen Reformis Malaysia 2017

Tak dosa bersama DAP, Amanah - Mahfuz

Tak dosa bersama DAP, Amanah
Mahfuz (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan bola kepada pasukan bola sepak Parti Amanah dan Bersatu bagi kawasan Bukit Pinang, kelmarin.
POKOK SENA - "Tak berdosa pun kalau nak sokong atau bersama gabungan pakatan pembangkang demi untuk masa depan negara dan rakyat,” kata bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, beliau harap rakyat akan lebih rela kalau Pas buat u-turn untuk terima DAP dan Amanah.
"Walaupun orang anggap Pas buat u-turn, tetapi saya percaya rakyat akan melihat inilah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Pas.
“Saya rayu kepada Pas dan ahli-ahli Pas, ayuh mari bersama pembangkang, tak ada masalah," katanya pada ceramah perdana Pakatan Harapan dan Parti Bersatu di Pekan Bukit Pinang, di sini kelmarin.
Mahfuz berkata, Pas perlu buat pertimbangan untuk menerima semula DAP dan Amanah dalam gabungan pakatan pembangkang sebagai persiapan hadapi PRU14.
Katanya lagi, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh semua ahli dan kepimpinan parti demi masa depan negara, rakyat dan anak cucu.
“Selama ini saya berdiri adalah kerana rakyat, demi untuk negara dan kerana ALLAH. Walaupun ada orang cadang supaya saya keluar Pas, tetapi saya tetap sayang kepada parti kerana saya telah bina sekian lama dengan rakan-rakan lain yang telah pun keluar parti.
“Saya kesian dengan orang-orang bawah Pas yang telah bertungkus lumus membentuk parti ini untuk mengalahkan Umno/BN. Jadi sudah tentu saya tidak mahu melihat Pas terpinggir daripada arus perdana politik negara pada PRU14,” katanya.
Jelasnya lagi, keengganannya meninggalkan parti itu walaupun sering kelihatan bersama dalam program-program Pakatan Harapan adalah bertujuan untuk menyelamatkan Pas.
“Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada Timbalan Presiden Parti Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tidak putus asa walaupun ditolak pelawaan kerjasama dan sebagainya, tetapi masih mengharap dan berbincang bersama Pas. Kita nak supaya semua parti ini di bangun dalam satu pakatan pembangkang yang kuat pada PRU14.
 “Saya bukan tuhan yang boleh menentukan kalah menang, tetapi kita dalam politik ini diajar dan dalam Pas sendiri pun dididik untuk buat perkiraan boleh menang atau tidak. Di mana kita boleh menang, di situ kita bertanding,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga mengakui bahawa Pas adalah sebuah parti yang amat kuat dari sudut struktur parti termasuk ahli, jentera dan kewangannya berbanding PKR, Amanah, DAP dan Parti Bersatu.

'Apabila kelompok dipertikai rakyat, naik ke pentas RUU...'

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad  

Seperti lazim, sejurus selepas sesuatu perhimpunan besar, ramalan jumlah peserta menjadi tajuk hangat media. Begitu juga hal untuk perhimpunan RUU 355 tempoh hari yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur melaporkan jumlah kehadiran senagai 20,000 orang sementara portal Malaysiakini kata 50,000.

Utusan Malaysia sebut 15,000 sementara Harakah rekodkan 100,000.
Paling menarik, pengerusi perhimpunan iystihar 300,000 peserta. Setahu penulis, mengikut DBKL, padang itu hanya mampu memuatkan 50,000 orang, itupun jika ia melimpah.

Begitupun, tahniah! Jumlah itu pun cukup besar. Kalau PAS punggah 10 peratus ahlinya pun sudah 100,000 orang!

Namun apa di sebalik psikologi 300,00 kehadiran itu?

Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan mengambarkan segala-galanya. Beliau mengingatkan pengkritik RUU 355, dengan jumlah itu, 'sila tutup mulut'!

Beliau silap dan tersasar lagi.

Perbezaan pandangan terhadap RUU 355 itu tidak dapat dilenyapkan dengan himpunan raksasa. Bukan begitu caranya. Fahamkan yang dipertikaikan.

Sudah banyak penulisan tampil. Sama ada ilmuan lslam mahupun pengamal undang-undang, semuanya beri perspektif tersendiri yang terkadang-kali berbeza.

Cukup-cukuplah 'mentakfir'

Pendukung RUU 355 keliru tentang 'proses legislatif' atau 'at-taqnin'.

Ia semestinya tertakluk kepada perbahasan atau 'perdebatan sengit' (rigorous check and balance) bagi mencari dan menggubal yang terbaik untuk umat, rakyat seluruhnya dan negara.

Jangan hukum anti-Islam, kafir atau munafiq kepada golongan tidak bersetuju dengan pidaan RUU Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Fahamkan perbezaan antara 'Syariah wa Qanun' (Syariah dan Undang-undang).
Syariah itu sifatnya Quddus atau Sakral dan tidak harus dipertikaikan. Undang-undang pula seperti Enakmen Jenayah Kesalahan Syariah, EJKS atau Akta 355 itu adalah usaha manusia (human endeavours) untuk mengundang-undangkan Syariah.

Justeru penulis ingatkan, cukup-cukuplah 'mentakfir' golongan yang tidak bersetuju dengan cadangan kita.

Namun soal besar ialah: Apakah ini penyelesaian utama oleh sebuah parti politik Islam yang berusia 65 tahun, berdepan dengan rakyat dan negara yang kini dalam serba keberantakan?
Bagaimanakah RUU 355 ini akan mendepani dan mengatasi pelbagai kebejatan sosial dan kemungkaran penguasa politik di negara ini?

Lebih asas lagi, apakah didiagnosis penyakit atau sindromnya kritikal terlebih dahulu sehingga 'rawatan' pindaan RUU 355 dicadangkan?

‘Kelumpuhan intelek'

Merumuskan semua permasalahan masyarakat dengan rawatan pendekatan "Hukum dan Hukuman" adalah cara berfikir parti lslam di Malaysia ini bahkan sebahagian besar parti-parti Islam di negara majoriti umat lslam di dunia ini.

Ada ilmuan Islam yang mengistilahkan fenomena ini sebagai 'Intellectual Paralysis' atau ‘Kelumpuhan Intelek atau Berfikir’.

'Hukum dan Hukuman' (Legal Reductionism) adalah ciri dan 'obsession' utama kepimpinan Islam atau parti-parti politik Islam di negara-negara majoriti umat lslam seperti Sudan, Pakistan dan Afghanistan.

Malangnya negara mereka tidak dapat dijadikan contoh baik untuk umat Islam.

Saya cuba ringkaskan masalah besar rakyat dan negara kini sebegini.
Wujud pertentangan kaum dan perbalahan agama yang mengancam keamanan dan keharmonian negara.

Perseteruan agama

Api perkauman serta perseteruan agama sengaja dijadikan modal politik untuk sesetengah pihak meneruskan kuasa dengan cara 'pecah-perintah'.
Kedua, kebejatan tadbir-urus kewangan yang sarat rasuah, salah-guna kuasa, serta penyelwengan oleh penguasa politik.

Apabila ‘orang baik-baik’ membisu

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN  

Ketika merenung cucu-cucu yang hendak ke sekolah, saya sungguh-sungguh memikirkan ‘bagaimana nasib masa depan mereka’, melihatkan suasana sekarang yang begini rupa.

Di sinilah saya teringat akan kata-kata pejuang hak asasi manusia, Martin Luther King, Jr.:
I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin, but by the content of their character (kebolehan mereka).

Martin Luther King merujuk kepada suasana perjuangan hak-hak asasi manusia, terutama isu warna kulit di Barat.

Tetapi yang saya renung dengan rasa penuh kebimbangan akan masa depan cucu-cucu saya dan kanak-kanak segenerasinya ialah melihatkan suasana masa kini di tanah air kita.

Bukan saja isu extrimisme kaum dan agama, bahkan lebih-lebih lagi perihal krisis ekonomi yang melanda dengan serius, perlakuan rasuah yang kini semakin bersekala besar, isu pembaziran, salahguna kuasa, jurang miskin kaya yang semakin meluas, hutang negara – dalam dan luar negeri - semakin bertimbun dan pelbagai lagi.

Suasana yang sangat menengkam inilah yang sangat membimbangkan, yang saya kira ramai yang berkongsi kebimbangan ini, terutama rakyat prihatin.

Benar ajal maut, rezeki semuanya telah ditentukan Allah s.w.t. Tetapi persoalannya di sini pemerintah yang mentadbirkan negara, yang menyusun ekonomi negara serta pendidikan dan social, perlu melihat persoalan ini jauh ke depan. Ini adalah tanggungjawab mereka.

Justru pemimpin adalah pemegang amanah dan berkewajipan melindungi kepentingan rakyat, merancang masa depan generasi akan datang di samping masa kini.

Semuanya ini kini seperti tidak kelihatan. Di mana rancangan peduli rakyat yang sepatutnya menjadi agenda utama pemimpin yang berkuasa? Sepatutnya sudah dilihat perancangan konkrit yang memberi jaminan kepada rakyat pelbagai kaum bahawa rakyat – sejak ia lahir hingga kehari tua dan uzur mereka – terbela, mempunyai masa depan yang tidak membimbangkan.

Tokoh besar ahli sains sosial Islam, Ibnu Khaldun dalam kitabnya ‘Muqaddimah Ibnu Khaldun’ telah menggariskan bahawa pemerintah sesebuah negara wajib baginya memikirkan kepentingan rakyatnya. Ia mesti merancang negara menjadi sebuah negara berkebajikan hingga rakyatnya tidak bimbang dengan kehidupan mereka, kata Ibnu Khaldun.

Tetapi dengan suasana yang ada di tanah air kita sekarang, adakaan pesan-pesan Ibnu Khaldun ini wujud.

Skandal hartanah Johor: Suspek disyaki tukar status rumah bumiputera

Menurut sumber, modus operandi pemaju ialah menyorokkan hampir 30% kuota disediakan untuk pembeli bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja berstatus bumiputera.
tukar-nama-bumiputera
KUALA LUMPUR: Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor yang ditahan semalam kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu, dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.
Menurut sumber, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga menyebabkan mereka yang layak mendapat rumah status bumiputera tidak mampu membeli rumah.
“Penukaran status itu dilakukan kerana apabila rumah-rumah berstatus bumiputera ditukar kepada bukan bumiputera, harga sesebuah rumah itu akan meningkat beberapa kali ganda daripada harga asal.
“Ini sekaligus akan menguntungkan pihak pemaju dan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sumber berkata, apabila penukaran status diluluskan dan dilaksanakan, mereka yang berstatus bumiputera dan masyarakat berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Menurut sumber, modus operandi pemaju terbabit adalah menyorokkan hampir 30% kuota disediakan untuk pembeli bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status bumiputera.
Katanya, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar rumah berstatus bumiputera kepada bukan bumiputera dengan alasan rumah itu tidak berjaya dijual.
“Walhal apabila ditanya pembeli, pemaju akan memberi alasan rumah-rumah berstatus bumiputera sudah habis dijual.
“Menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu dan (wang denda) sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan,” katanya.
Sumber itu berkata, hanya sebahagian daripada keseluruhan jumlah wang denda itu dimasukkan ke dalam tabung khusus itu, manakala bakinya disyaki diseleweng.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Barnama mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status bumiputera kepada bukan bumiputera.
“Ketika ini, SPRM masih dalam proses menggeledah pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen-dokumen bagi membantu pasukan siasatan mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan tersebut.

Umno perlu ambil kesempatan rampas Kelantan - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah GUA MUSANG - Umno Kelantan perlu mengambil kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Pas memandangkan parti berkenaan sedang berdepan dengan isu perpecahan dalaman.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perpecahan itu mungkin disebabkan ahlinya tidak berpuas hati dengan pemimpin sedia ada.
"Umno patut ambil kesempatan dalam politik. Mereka (Pas) berdepan dengan pebagai konflik terutamanya dalam pimpinan yang ada.
"Kita perlu bergerak untuk rakyat dalam membantu menumbangkan kerajaan Pas. Jika kita tak bawa semangat rakyat, parti kita sia-sia.
"Saya yakin, rakyat sudah jemu dengan pimpinan kerajaan yang tidak memberi faedah kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, di sini, kelmarin.
Tambah Tengku Razaleigh, Umno Kelantan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bergerak menumbangkan kerajaan sedia ada mengikut kehendak rakyat.
"Bila tiba masa, kita tiup wisel, Insya-ALLAH, dengan kerjasama banyak pihak, kita boleh merampas Kelantan. Saya ada sedikit pngalaman dalam hal ini.
"Nampkanya orang bawah setuju sangat kita bergerak.ke arah itu walaupun gaya di peringkat atasan seolah tidak merestui gerakan kita untuk tukar kerajaan.
"Tapi ini kehendak rakyat dan Umno berjuang untuk rakyat. Sekiranya rakyat jemu dengan kerajaaan yang tidak beri faedah, Umno perlu mengamil inisiatif membantu rakyat tukar kerajaan," katanya lagi.

Umno makin kuat, Pas nak tawan Terengganu?

Umno makin kuat, Pas nak tawan Terengganu?Peristiwa kunjungan MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman ke majlis kenduri bekas MB Ahmad Said di Telok Kalong, Kijal beberapa hari lalu menambahkan keyakinan Umno negeri untuk menang besar dan terus menguasai Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke 14.
Kedua-dua ahli politik utama Umno Terengganu yang pernah ‘berkelahi’ pada 2014 itu kelihatan mesra dan berpelukan disaksikan hadirin dan pemimpin Umno setempat.
Bertentangan dengan senario itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah memberi amaran partinya akan merampas Terengganu pada PRU depan berdasarkan sambutan hangat penduduk Besut pada program dua hari Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU 3.5) yang berkahir semalam.
Beliau berharap pengundi di Besut akan membuat perubahan agar parlimen dan seluruh DUN jatuh ke tangan Pas sekali gus mengakhiri majoriti satu kerusi yang membenarkan Umno memerintah sejak PRU 2013.
Bagaimanapun, beberapa veteran Pas Terengganu sangsi dengan kenyataan Mohd Nor itu berdasarkan kelesuan semangat penyokong Pas sejak kebelakangan ini, terutama selepas perpecahan pada 2015 lalu.
Katanya, kekuatan Pas di tiga DUN parlimen Besut tidaklah seberapa kerana kerusi-kerusi di situ hanya berjaya dirampas pada PRU 1999 sahaja.
“Pas Besut banyak retorik. Hanya pada 1999 mereka dapat tewaskan Umno di kesemua 4 DUN. Tapi itu kerana gelombang Anwar.
“Hakikatnya PAS Besut sentiasa bergolak dan berpecah sejak 1970an lagi. Pada zaman bekas Adun Jerteh Ustaz Abdul Latif Mohamad, hinggalah Husin Awang dan kini Ustaz Azhar Ahmad mengetuai Pas Besut. Itupun masih ada masalah dalaman terutama bila tiba masa menentukan calon pilihan raya,” katanya yang enggan nama disiarkan.
Menurut beliau, meskipun Besut bersempadan dengan Kelantan, di pinggir daerah Pasir Puteh, tetapi kemenangan Pas tidak mengalir ke kawasan itu. Pas hanya menang pada PRU 1999 dan 1974 ketika bergabung dengan BN
“Masyarakat nelayan di Besut mengharapkan sentuhan Umno untuk membela nasib mereka berbanding dengan retorik Pas untuk buat perubahan itu dan ini.
“Buktinya PRK Kuala Besut pada Julai 2013 dulu yang menyaksikan calon terbaik Pas kecundang untuk merampas DUN itu ketika nyawa Umno di hujung tanduk.

Husam tenang, Nassuruddin garang tak bertempat: Unit Amal hilang kawalan

Husam hadir ke ceramah 'Husam lari debat bai'ah'Husam hadir ke ceramah 'Husam lari debat bai'ah'
Terpekik melolong Datuk Nassuruddin Daud (DND) ketika berceramah isu baiah. Suaranya bertempik ketika membaca ayat suci Al-Quran sambil mencerca dan menghina. Tindak tanduk beliau memalukan rakyat negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan Universiti Politik Terbuka Malaysia. DSD memperlihatkan kemarahannya dan emosi yang jelas tidak terkawal, sedangkan isu baiah ini satu isu perdebatan ilmiah yang memerlukan rasional dan pertimbangan yang tinggi.
Walau diasak kuat, Datuk Husam Musa (DHM) tenang mendengar provokasi-provokasi ceramah tidak beretika yang menyerang peribadi DHM dengan menjaja pelbagai fakta yang salah. DHM telah meminta sedikit masa untuk memperbetulkan beberapa tuduhan salah dalam ceramah tersebut, malangnya ruang demokrasi seakan-akan sudah mati di dalam Pas.
Saya sendiri telah memohon kepada pihak penganjur untuk membenarkan DHM berucap walaupun sekejap. Namun, pihak penganjur pula meminta kebenaran daripada DND. Malangnya, singa pada malam itu sudah hilang kejantanannya. DSN 'TAKUT' dan tidak memberi peluang untuk DHM berucap walau tajuk ceramah Pas itu jelas dan nyata mencabar DHM.
DND menyerang DHM kononnya beliau takut untuk berdebat. Para penyokong yang 'totok' pula bertali arus terpekik terlolong memaki hamun, sebagai manifestasi akhlak pejuang Pas barangkali. DND bersama para penyokong yang 'totok' itu terus membuat provokasi. Namun, DHM tetap tenang dan tersenyum melihat telatah pihak yang konon mengaku sebagai membawa budaya politik matang dan sejahtera itu.
Secara tiba-tiba, seorang penonton menerpa ke depan pentas dan melaungkan supaya debat itu terus diadakan. Ini kerana DHM sudah pun berada di pentas. Manakala, DND bagaikan bertih jagung menuduh DHM takut untuk berdebat. Tindakan DND ini tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik bapanya dengan mencabar orang untuk 'ggocoh' namun takut untuk berdepan sebagai anak jantan.
Tindakan penonton tersebut menyebabkan beliau telah dipukul oleh seseorang yang dipercayai anggota Unit Amal. Bahkan, ketika unit pengiring dari Pemuda Amanah Kelantan tiba bagi mengiringi DHM, mereka menghalang kami menjaga keselamatan dan membuat rakaman secara langsung bagi pihak DHM.
Dengan bodohnya mereka meminta kami berundur 100 meter ke belakang dari pentas. Maknanya, kami tidak boleh berada di kawasan ceramah.
Apabila penonton itu telah dipukul, sekumpulan Unit Amal terus menyerbu dan menolak penonton tersebut, bahkan bergelut sesama sendiri. Kami bimbang akan keselamatan penonton tersebut dan membawa beliau keluar dari kepungan Unit Amal yang terus menerkam penonton tersebut.
Anggota Unit Amal dan samseng upahan telah menghalau kami. Saya sendiri dikepung 9 orang anggota Unit Amal sambil mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan ada yang mencabar untuk bertumbuk.

Kami tak paksa ahli Parlimen Islam undi RUU Hadi, kata PAS

Mohamed Fadzli Hassan berkata, umat Islam perlu undi menyokong meningkatkan hukuman syariah seperti dicadangkan, tetapi mereka tidak boleh dipaksa berbuat demikian.
fadzil-hassan
GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PAS memberi jaminan ahli Parlimen Islam dari pelbagai parti tidak akan ditakut-takutkan atau dipaksa mengundi rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan parti itu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, parti itu mematuhi proses undang-undang dan perlembagaan dalam mempromosikan RUU persendirian yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, tahun lalu.
Beliau menafikan keperluan segera untuk memastikan majoriti mudah bagi membolehkan pindaan itu diluluskan adalah punca PAS memberi tekanan tidak wajar kepada ahli Parlimen Islam untuk mengundi atas dasar agama mereka.
RUU 355 Hadi dijangka dibentangkan untuk undian apabila Parlimen bersidang semula bulan depan.
Fadzli turut menolak dakwaan yang ahli Parlimen tidak menyokong RUU itu diancam dengan stigma sosial.
“Mereka sepatutnya mengundi memihak kepada (RUU 355), tetapi kita tidak boleh memaksa mereka.
“Kami mempunyai demokrasi, Parlimen, kebebasan memilih dan sebagainya. Kami hormatinya,” katanya selepas berucap pada forum bertajuk “Hudud atau tiada hudud?” yang diadakan di dewan YMCA, malam tadi.
Turut hadir ialah ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud, Ahmad Jailani Abdul Ghani, ahli dan penyokong PAS serta kira-kira 12 orang bukan Islam.
Exco Kelantan itu berkata, forum itu diadakan untuk membolehkan orang ramai menghargai langkah diambil PAS.
“Mudah-mudahan apabila mereka faham, mereka akan undi memihak kepada (RUU),” katanya yang menekankan strategi PAS meyakinkan orang ramai dan wakil rakyat melalui dialog.
Mengenai kritikan ahli PAS terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak menyokong RUU 355, beliau berkata, mungkin ada beberapa epal rosak.
“Apabila mempunyai ratusan ribu pengikut, pasti ada orang seperti itu,” katanya.
Pada 22 April 2015, Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan adalah salah seorang pengkritik yang mahu Dr Wan Azizah memohon maaf kepada PAS kerana menolak hudud.
Dalam satu kenyataan pada 10 Februari lalu, Dr Wan Azizah berkata, PKR menerima dan mengiktiraf hak Hadi untuk mengemukakan RUU 355 walaupun bimbang dengannya.
“Sekiranya berlaku perdebatan mengenai usul itu, dan sebelum kita beralih untuk membuat keputusan seterusnya, kami akan tunggu penjelasan Hadi,” katannya.
Mengenai kenyataan Hadi yang umat Islam wajib menyokong RUU 355, Fadzli berkata: “Umat Islam perlu menyokong hudud kerana ia adalah undang-undang daripada Allah. Tetapi, jika mereka tidak sokong, apa kita boleh buat?”

PAS gesa k'jaan batalkan GST

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.
"Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST," katanya dalam kenyataan.
Beberapa hari yang lalu, RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.
"Kadar inflasi naik kepada 3.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2017, daripada +1.8 peratus pada Disember dan November 2016. Ini disebabkan pemulihan dalam kos pengangkutan," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa, iaitu tiga peratus pada 2017.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, ini bermakna harga barangan akan terus meningkat dan rakyat yang merana terpaksa lagi membayar lebih di bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan pengguna.
"Apapun, kerajaan perlu beringat bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi di realiti.
"Kadar inflasi purata tidak menggambarkan keadaan sebenar yang dirasai rakyat marhaen kerana para peniaga tidak menaikkan harga barangan mengikut peratusan sebaliknya mengikut nilai sen," ujarnya.
Umpamanya, kata beliau, nasi lemak yang dijual pada harga RM2.00 tidak mungkin dinaikkan ke kadar RM2.08 mengikut kadar inflasi empat peratus, sebaliknya, akan dinaikkan harga 10 atau 20 sen yang bersamaan dengan lima peratus dan 10 peratus di sudut inflasi.
"Barangkali ini bukan berita buruk bagi kerajaan BN.
"Ini kerana harga barangan yang lebih tinggi bermaksud pungitan hasil GST juga akan meningkat.
"Sekiranya rakyat perlu membayar 6 sen untuk GST untuk harga satu barangan bernilai RM1.00 di pasaran, rakyat kini perlu membayar 7 sen, jika harga barangan itu dinaikkan ke RM1.15 di pasaran," tambahnya.

MB perlu bertanggungjawab kes seleweng hartanah, kata Amanah Johor


Dzulkefly AhmadDzulkefly AhmadMenteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu bertanggungjawab dalam kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, hal ini kerana ia melibatkan anak exco, agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dan Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) yang terletak di bawah portfolio menteri besar sendiri.
"Menteri Besar perlu tampil dengan penjelasan kenapa ketirisan dan penyelewengan serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan Johor berlaku secara terbuka akhir-akhir ini. Isu ini telah menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri ini.
"Saya tidak mahu komen, biar SPRM siasat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penahanan enam lelaki termasuk anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri Johor yang dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri itu.
Enam lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Turut ditahan dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.
Mengikut kenyataan SPRM yang dikeluarkan semalam, maklumat awal menunjukkan kesemua suspek disyaki telah bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di negeri Johor.
Turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Justeru Dzulkifli berkata, Amanah Negeri Johor mendesak supaya pihak SPRM membuat siasatan secara telus dan pendakwaan perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan dan rakyat menerima hukuman yang setimpal.

PRU14: Hanya gelombang rakyat boleh jatuhkan BN, kata DAP

PETALING JAYA: Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melalui gelombang rakyat pelbagai kaum, kata pengerusi DAP Johor.


Liew Chin Tong ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan dan PPBM di Parlimen Kulai hari ini berkata, untuk mewujudkan gelombang itu, pakatan pembangkang perlu mempunyai satu matlamat bersama yang dapat diterjemahkan dalam bentuk dasar, mesej dan kempen bersama di seluruh negara untuk meyakinkan semua lapisan rakyat.
“Perlu saya ingatkan di sini, satu lagi pengajaran daripada PRU13 ialah walaupun kerjasama Pakatan Rakyat di peringkat pusat pada masa itu agak baik, jentera parti masing-masing di peringkat negeri dan kawasan Parlimen gagal digabungkan sepenuhnya dengan cekap dan berkesan.
“Sehubungan itu, saya harap Konvensyen Kawasan Kulai hari ini akan memberi kita peluang untuk menjana kempen bersepadu di Kulai dan menjadi contoh serta teladan untuk kawasan lain dalam persediaan menuju PRU14,” katanya dalam teks ucapan yang diemel kepada FMT.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata, rakyat kelas pertengahan yang tinggal di kawasan bandar menyokong Pakatan Rakyat pada PRU lalu disebabkan janji menurunkan harga minyak dan kereta, melupuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta memansuhkan bayaran tol.
Bagaimanapun, katanya, janji Pakatan Rakyat itu tidak mampu menarik sokongan masyarakat di pinggir bandar dan luar bandar kerana lebih ramai memiliki motosikal berbanding kereta dan bukan semua yang tinggal di Lembah Klang dengan plaza tol banyak dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti.
“Untuk menghadapi PRU akan datang, gabungan politik Pakatan Harapan dan PPBM memerlukan dasar kebangsaan serta negeri yang benar-benar memahami dan akur tentang kehidupan serta keperluan pengundi kawasan separa bandar dan luar bandar.
“Oleh itu, dasar bersama yang kita akan gubal nanti perlu lebih mendalam, meyakinkan dan benar-benar memahami keadaan serta aspirasi rakyat.”
Beliau memberi contoh wakil rakyat Pakatan Harapan mengeluarkan wang sendiri untuk memberi minyak percuma kepada penunggang motosikal.
“Usaha ini juga memberi peluang kepada kita untuk menjelaskan kepada orang ramai yang Umno sebagai kerajaan perlu menyediakan pengangkutan awam lebih baik agar rakyat tidak perlu bergantung kepada kenderaan sendiri, terutamanya motosikal yang amat membahayakan nyawa penunggang dan pemboncengnya.”
Liew berkata, dengan adanya dasar serta kempen bersama, tidak mustahil pembangkang dapat merampas kawasan Parlimen yang menjadi kubu kuat BN seperti Pasir Gudang, Pulai, Tebrau dan Johor Bahru.
Tambahan, katanya, mereka juga akan memfokuskan kerusi marginal BN di pinggir bandar seluruh negara pada PRU14.
“Di Johor, kawasan Parlimen Labis (undi diperolehi BN ialah 49.5%), Segamat (50.3%), Ledang (50.7%), Muar (51%), Sekijang (53.2%), Tanjong Piai (55%) dan Pagoh adalah kerusi marginal BN yang bakal ditumbang.”

Lukisan Anwar dibida RM11,000 dalam Konvensyen Reformis 2017

'Tapi mereka datang bukan kerana persahabatan...' - Tun M

'Graduan sekarang guna SPM cari kerja, jadi kerani pun jadilah...' - Lim Guan Eng

Sinar TV: Mahu bersara walaupun Pakatan tak menang

Tun Mahathir: Di Konvensyen Otai Reformasi

Husam Mus-PAS Adalah Parti AUDI Semalaysia

Allah Tidak Akan Lindungi Mereka Yang Zalim-Saifuddin Nasution

 - 

Muhyiddin tulis warkah terbuka buat Sultan Johor


Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
Terlebih dahulu patik merafak sembah memohon jutaan keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik terpaksa menjawab secara terbuka titah Tuanku mengenai patik yang telah dibuat secara terbuka dan pada hemat patik telah sedikit sebanyak mencemar nama baik patik. Walaupun Tuanku tidak menamakan patik secara khusus dalam titah tersebut, tetapi ramai pihak mentafsir bahawa patiklah yang Tuanku maksudkan. 
 
Bukanlah niat patik untuk menderhaka kepada Tuanku dengan menulis warkah ini secara terbuka. Niat patik hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah oleh Tuanku.
 
Tuanku sendiri tahu bahawa patik tidak pernah bersikap angkuh dan sombong terhadap Tuanku. Ketika patik menjadi Menteri Besar Johor dan Tuanku adalah Pemangku Raja, hubungan kita amat akrab. Banyak hal-hal berkaitan pemerintahan negeri yang Tuanku kongsikan dengan patik dan patik telah mengurus Negeri Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia waktu itu. Hal ini telah diketahui umum dan tercatat dalam rekod negara. 
 
Seingat patik, tidak pernah berlaku di zaman patik menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri Johor tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam. Perbelanjaan diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam utk membayar gaji.
 
Sebaliknya patik telah menubuhkan Tabung Amanah Warisan Johor di mana wang pampasan pembinaan Empangan Linggui berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor telah dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan generasi akan datang. Kerajaan negeri Johor sebenarnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor juga adalah antara perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang paling berjaya. 
 
Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada kadar purata 6.7% dari tahun 1991-1995. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat dari
RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8% kepada 3.1%. Ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Johor telah menikmati kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi Menteri Besar.
 
Patik juga telah menangani masalah perpecahan Melayu Johor dengan menganjurkan perhimpunan Melayu Johor. Krisis pindaan perlembagaan tahun 1993 yang melibatkan soal imuniti Raja-Raja Melayu juga ditangani dengan baik. 
 
Ketika patik menjadi Menteri Besar, patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan rakyat. Urusan negeri dijalankan tanpa campurtangan dari pihak luar termasuk Istana. Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan Kerajaan Negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan. Patik jalankan semua urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat. 
 

Amanah Kelantan perkemas jentera siber hadapi PRU14


Wan Abdul Rahim AbdullahWan Abdul Rahim Abdullah
Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan sedang memperkemas jentera bagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi siber dalam persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusinya Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata bagi tujuan itu, petugas-petugas teknologi maklumat (IT) peringkat negeri, kawasan dan Dun di seluruh Kelantan akan diberi latihan dari semasa ke semasa.
"Alhamdulillah hari ini satu kursus khas e-voters diadakan bagi meningkatkan kemahiran petugas-petugas parti menjalankan kerja-kerja berkaitan pengundi.
"Kursus ini dikendalikan terus oleh bahagian IT Amanah Nasional yang telah membangunkan perisian khas untuk petugas-petugas pilihanraya Amanah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan seminar e-voters di pejabat Amanah kawasan Kubang Kerian semalam.
Kursus yang dihadiri 100 orang peserta dari seluruh Kelantan itu berlangsung sehari.
Beliau bersyukur kerana hampir seluruh peserta yang hadir trerdiri dari golongan muda yang memang mempunyai kemahiran tinggi dan cekap dalam bidang IT.
"Kesungguhan golongan muda ini menunjukkan parti Amanah mempunyai masa depan yang cerah kerana dunia masa depan akan semakin bergantung kepada teknologi maklumat yang semakin canggih.
"Apa yang menarik, petugas-petugas nasional yang hadir saya dapati hampir seratus peratus bekas petugas parti lama saya yang kini bersama Amanah.
"Mereka ini saya sudah kenal lama semasa menjadi pengurus pilihanraya parti lama," katanya.

Pas dakwa berjaya pujuk Umno pinda Akta 355

Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Pas mendakwa parti Islam itu berjaya memujuk Umno untuk menerima undang-undang Islam khususnya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu kejayaan yang dicapai Pas walaupun ada orang Islam termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mahu melaksanakan syariat Islam.
"Sehingga hari ini kita berjaya memujuk Umno. Umno ini orang Melayu, orang Islam dulu tak tahu fasal undang-undang Islam kesan penjajahan.
"Zaman dulu tahun 1955, 1959 dan 1960-an banyak orang kata kalau buat undnag-undnag Islam ramai orang kudung. Ada seorang dua sahaja hari ini begitu. Banyak orang Umno dah diam dan menreka menyokong RUU 355. Ini perubahan baru yang kita kena sedar.
"Jangan kita ingat manusia tak berubah. Manusia boleh berubah. Yang kafir jadi Islam, yang Islam jadi kafir. Yang baik jadi jahat yang jahat jadi baik.
"Bila RUU 355 nak dibawa ke parlimen kita melihat bagaimana puak-puak bukan Islam bersatu untuk lawan. Puak-puak Islam sebahagiannya bersatu sebahagian lagi tak mahu ikut. PAN (Amanah), beberapa puak lagi tak setuju syariat Islam," katanya di Himpunan Harapan Semua Pas Ganti Umno (HARAP-PGU 3.5) di Kampung Raja, Besut semalam.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, jika RUU 355 diluluskan, Terenganu dan Kelantan akan terlebih dahulu dapat melaksanakannya.
Justeru katanya, Pas mesti memerintah semula di dua negeri itu bagi memastikan tertegaknya undang-undang Islam.
"Sekiranya RUU 355 ini berjaya makan Kelantan dan Terengganu sebahagiannya berjaya dilaksanakan. Apa yang penting bagi Terengganu Pas mesti memerintah sekali lagi. Nak memerintah Terengganu kita mesti ambil balik Besut.

Letak jawatanlah, Mahfuz desak PAS Pokok Sena

Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi 'duri dalam daging' dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS.
Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata anggota parlimen pokok sena itu tidak perlu terikat dengan sumpah bai'ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi anggota PAS.
"Menurut Fasal 11 (4) perlembagaan PAS, mana-mana ahli mestilah patuh pada perlembagaan parti dari semasa ke semasa. Justeru mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli PAS walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli," katanya dalam sidang media, hari ini.
Mahfuz yang merupakan YDP PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Feb hingga 30 Okt 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.
Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini.
Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai Anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti, kononnya mendapat mandat dan mewakili golongan bawahan.
"Dia cakap janganlah retorik, sebenarnya dia bertopeng saja, walau dia anggota pimpinan dan bekas pimpinan parti, syarat ahli mesti mematuhi perlembagaan PAS dan mestilah mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.

PAS "MENIPU" ORANG KAMPUNG ATAU "MENIPU" DIRI SENDIRI?

Kebelakangan ini Pas seolah-olah ada dua wajah dan  juga dua jalur perjuangan.

Pertama, di kampung-kampung dan kawasan pedalaman, Pas tetap mengatakan musuh sebenar mereka adalah UMNO dan Pas mampu menjadi pengganti UMNO.

Sebab itu, di kalangan pengikut bawahan, terutama mereka yang sudah disebatikan dengan keyakinan agar jangan membaca Utusan atau menonton TV3, sentimen anti UMNO dan BN masih masih lagi kelihatan menebal dan sama seperti dahulu.

Dalam masa yang sama, selain bertegas untuk terus mempertahankan Kelantan dengan cuba mengadu-domba kononnya ada pakatan sulit antara Amanah dengan UMNO, Pas juga mengimpikan untuk menawan kembali Terengganu dan Kedah.
Kedua, dalam masa yang sama terlihat seakan ada keghairahan yang tak mampu ditahan-tahan lagi untuk Pas terus meletakkan Najib Razak dan UMNO kekal berkuasa di negara ini.

Ia bukan saja tergambar melalui hubungan baik dan mesra pemimpin Pas dengan pemimpin UMNO, bahkan juga melalui kenyataan-kenyataan  seperti Pas tidak mahu berebut kuasa, Pas hanya ingin jadi penasihat saja dan bukan matlamat Pas untuk menjatuhkan UMNO, sebaliknya untuk memperkukuh ummah semata-mata.

Jika dicari dalam youtube pula, dulu Hadi Awang pernah berkata, kalau UMNO jatuh sekalipun tidak mungkin DAP yang berkuasa kerana jumlah kerusi minima yang parti itu miliki, tetapi kini ditakut-takutkan bahawa jika UMNO jatuh, kuasa Melayu akan turut jatuh dan DAP yang akan mengambil-alihnya.

SIAPA ANWAR DI PILIHANRAYA UMUM KE-14?


Ianya adalah perkara biasa apabila parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya untuk menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan berikutan kemenangan mereka. Beliau yang mengetuai pilihan raya, membawa visi dan komitmen untuk Partinya dan beliau juga bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar mengikut janji pilihanraya. Oleh itu, penting bagi pengundi tahu hasratnya, sebelum PRU14 siapa yang akan memimpin negara sekiranya parti pembangkang memenanginya, di mana beliau yang akan menentukan nasib rakyat di masa hadapan.
Persoalannya, siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon Perdana Menteri, namun Parti-Parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan. DAP dan Amanah telah mengisytiharkan secara terbuka untuk memberikan sokongan kuat kepada Anwar sebagai  calon Perdana Menteri  di Konvensyen Pakatan Harapan 2016 yang lalu. Keputusan dibuat secara teliti selepas mengambilkira sentimen penyokong masing-masing.
Sentimen Majoriti
19 tahun yang lalu, pada tahun 1998, Anwar mengasaskan Gerakan Reformasi dan kepimpinan beliau kekal utuh sehingga ke hari ini. Gerakan Reformasi telah memberikan momentum luar biasa meskipun beliau dipenjarakan secara tidak adil. Di bawah kepimpinan Anwar;
PRU 2008 – Pembangkang memenangi 5 kerajaan negeri – Tidak pernah dilihat lagi dalam mana-mana Pilihan Raya Malaysia!
PRU 2013 – Pembangkang memenangi 52% undi popular – Negara ini boleh menjadi milik kita!
Justeru untuk memenangi pada PRU 14, pakatan pembangkang perlu terus mendapatkan sejumlah besar besar pengundi yang mahu melihat perubahan dalam negara ini. Anwar merupakan ikon Gerakan Reformasi.
Beliau merupakan suara di sebalik cita-cita, benteng utama sebuah negara yang mahukan perubahan dan pembaharuan institusi dan kerajaan. Penjara bukan penghalang bagi beliau untuk menjadi pemimpin ikonik kami.
Gerakan reformasi sudah matang dan bersedia untuk menempa satu kejayaan walaupun tanpa Anwar hadir secara fizikal pada PRU-14 nanti. Sememangnya beliau amat penting tetapi kami tahu beliau akan terus memantau, memberi inspirasi dan yang paling penting adalah dengan memberikan sokongan di setiap kempen pembangkang dalam pilihanraya bagi mencapai kemenangan.
Contoh Terdahulu PM Interim

Dengan PRU14 semakin hampir, persoalan praktikal timbul: dengan Anwar masih di dalam penjara, siapa yang akan menjadi PM sekiranya pembangkang menang?
Ini bukan sesuatu yang abnormal apabila kerajaan yang memerintah akan meletakkan pemimpin pembangkang yang dominan dalam keadaan politik yang tidak menguntungkan. Walau bagaimanapun, apabila pembangkang mula berkuasa, pelantikan seorang pemangku PM boleh mengawal situasi secara cekap seperti yang ditunjukkan dalam contoh berikut:
Sebagai contoh, apabila AKP yang diasaskan oleh Endorgan menang besar pada pilihanraya Turki 2002, Endorgan tidak dapat menjadi PM kerana dia telah diharamkan daripada jawatan politik oleh rejim sebelumnya. Bagi menyelesaikan masalah ini, pengasas bersama AKP, Abdullah Gul telah dilantik sebagai PM sementara sehingga kerajaan baru ini menggubalkan larangan Endorgan daripada menyertai politik. Selepas itu, Endorgan menang dalam pilihanraya kecil dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri setahun kemudian.
Di Myanmar, Aung San Suu Kyi, pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang menang pada 2015 dilarang oleh Perlembagaan Myanmar untuk menjadi Presiden kerana anak-anaknya adalah warga asing. Bagi menyelesaikan masalah ini, orang kepercayaan beliau Htin Kyaw  telah dilantik sebagai Presiden manakala Aung kekal sebagai pemimpin ‘de facto’ dengan gelaran rasmi ‘State Counsellor’. Beliau telah berjanji untuk meminda perlembagaan tidak demokratik yang telah digubal oleh tentera junta. Ia menjangka bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Presiden apabila perlembagaan dan larangan pengharaman beliau dipinda.
Wan Azizah: Faktor Jaminan
Di Malaysia, Wan Azizah, merupakan Ketua Pembangkang yang mengetuai Gerakan Reformasi dan Pakatan Harapan semasa ketiadaan Anwar, beliau mengadakan perundingan dan penyelesaian yang wajar dan praktikal untuk menjadi seorang Perdana Menteri sementara. Beliau yang menjadi kubu, pengundi-pengundi boleh diberi jaminan bahawa kerajaan baru tidak akan menyimpang daripada agenda Reformasi.

Dr M, Muhyiddin berbeza nada mengenai PAS

Dalam ucapan malam tadi, Dr Mahathir menekankan gandingan PPBM dan PH sementara Muhyiddin meminta pembangkang ketepikan perbezaan masing-masing.
mahathir-muhyidin-pasSUNGAI BULOH: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi dilihat berbeza nada mengenai keperluan menjalinkan kerjasama dengan PAS.
Dalam ucapan mereka di majlis kenduri rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Paya Jaras malam tadi, Dr Mahathir menekankan gandingan PPBM, PKR, DAP dan Amanah sementara Muhyiddin meminta pembangkang ketepikan perbezaan masing-masing.
Muhyiddin, yang berucap sebelum Dr Mahathir memaklumkan kepada hadirin akan usaha yang sedang dijalankan untuk membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan dan PAS.
Presiden PPBM menegaskan sasaran untuk berjaya PRU akan tercapai jika PH, PAS dan PPBM bersedia untuk mengetepikan perbezaan antara mereka.
“Kita sudah mulakan rundingan dengan PH baru-baru ini, telah ada permulaan untuk berbincang di peringkat jawatankuasa untuk kerusi yang harus kita perolehi.
“Kita juga sudah berunding dengan PAS untuk menentukan kalau semua parti ini boleh mengetepikan perbezaan dan mewujudkan kerjasama baru, di mana semuanya dapat dipersetujui atas dasar musyawarah dan semangat setiakawan untuk meletakkan kepentingan rakyat mengatasi yang lain-lain,” katanya.

Matlamat utama Pas bukan jatuhkan Umno tapi kukuhkan ummah - Nik Abduh

Nik Abduh Nik AzizNik Abduh Nik Aziz
Matlamat utama Pas bukan untuk menjatuhkan Umno namun lebih kepada memperkukuh ummah, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa parti itu kini lebih mementingkan konsep pengukuhan ummah dari segi perpaduan di kalangan umat Islam yang semakin lemah.
“Kita bukan bermatlamat utamanya bukan meruntuhkan Umno tapi matlamat utama kukuhkan ummah dan mereka tahu sendiri pemimpin mana yang nak pilih.
“Zaman sekarang orang sudah tidak bergantung kepada suara kerajaan. Mereka fikir sendiri untuk dapat maklumat daripada mana,” katanya ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Tokoh Haron Din di ibu negara semalam, seperti dipetik MalaysiaGazette.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengakui pendekatan Pas dalam mempamerkan BPMS yang menganjurkan amalan budaya politik matang berdasarkan fakta dan bukan berasaskan emosi memberikan kesan kepada parti itu.
Jelasnya, langkah Pas untuk mengamalkan politik bukan emosi mengakibatkan parti itu berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).
“Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dipraktikkan Pas kini diperkenalkan semasa berlaku pergoncangan dalam Pas.
“Dalam membina strategi politik dan membina polisi yang mengakibatkan Pas bergoncang dan serpih sudah banyak kali, tapi yang kekal adalah istiqomah dan golongan inilah yang membina satu amalan politik yang matang sepertimana yang dikenali,” katanya lagi.

Cakap kurang, kerja lebih: Abby Abadi puji sikap pemimpin DAP

Status facebook artis Abby Abadi baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi luahan perasaannya setelah tidak lagi bersama PAS yang disertainya pada tahun 2012 lalu.
Perkongsian itu antara lain mendedahkan dugaan yang terpaksa dilaluinya yang kini berjuang dengan Parti Amanah Negara.
Tindakkannya itu jelas Abby, telah mengundang ‘serangan’ dari pengikut-pengikut PAS sendiri  dengan pelbagai cercaan dan kata-kata nista.
Ada pengikut PAS katanya, mencerca dan menuduh beliau  sebagai ‘tidak betul’, ‘cium bont*t DAP, ‘khadam DAP’ dan sebagainya apabila menjauhkan diri dari perjuangan PAS.
“Bila saya makin lama makin menjauh (dari PAS)… ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, orang PAS pulak yang maki hamun saya, konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya,” luah Abby.
Namun, segala cercaan pengikut PAS terhadapnya tidak mampu menafikan sikap profesionalisme yang ditonjolkan pemimpin-pemimpin DAP dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga amanah rakyat di Penang.
“Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus,” katanya.
Jelas Abby, banyak perkara yang dipelajarinya mengenai agama dan pentadbiran negara sewaktu PAS dipimpin Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
“Allah bagi saya faham jelas berkaitan agama-Dia. Waktu tu saya ada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja,” luah Abby.
Pada waktu itu katanya, beliau amat berbangga dengan imej PAS dan tidak gentar walaupun diserang habis-habisan oleh tentera siber UMNO-BN ketika itu sehingga digam dari siaran televisyen dan menghadiri majlis rasmi kerajaan.
“Semua kerana bersama dengan perjuangan PAS.
“Alih-alih lepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, segalanya berubah,” katanya.
Abby menulis statusnya di facebook sebagai respon kepada status twitter @tmjdtfc pada 18 Februari baru-baru ini yang menyebut: “Malang bg sesetangah pihak terutamanya artis yg ingin mencari Islam tetapi terjumpa PAS.”

PRU14: Pemimpin BN mulakan ceramah rakyat

Pemimpin BN mulakan ceramah rakyat
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (tiga, kiri) bersama Tan Sri Noh Omar (empat, kiri) bersemangat pada Program Ceramah Rakyat Hulu Selangor bertajuk Negaraku Generasiku di Tapak Pasar Malam Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, malam tadi. Turut kelihatan Datuk Seri Mah Siew Keong (empat, kanan), Datuk SK Devamany (dua, kanan) dan Datuk P. Kamalanathan (tiga, kanan). - Foto Bernama
HULU SELANGOR - Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno malam ini mengorak langkah memulakan siri Ceramah Rakyat bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa termasuk yang dibangkitkan pembangkang.
Sesi pertama yang berlangsung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turun padang.
Turut berbuat demikian Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K. Devamany.
Antara perkara yang disentuh Abdul Rahman ialah sabotaj ekonomi yang cuba dilakukan pihak tertentu termasuk dengan melempar tuduhan terhadap syarikat berkaitan kerajaan, selain usaha menjatuhkan kerajaan.
"Saya mahu ingatkan pembangkang jangan sabotaj ekonomi negara kerana akhirnya ia akan merugikan rakyat," katanya pada Ceramah Rakyat bertema 'Negaraku, Generasiku' itu.
Abdul Rahman menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara yang menurutnya boleh memudaratkan negara dan rakyat.

Dr Mahathir bukan reformis, isytihar penyokong reformasi

Rayuan bekas perdana menteri itu supaya penyokong reformasi melupakan kejadian silam terbukti tidak berjaya.
mahathir_refomasi_600
SHAH ALAM: Cubaan Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik-baik dengan bekas pengkritiknya yang juga penyokong reformasi hari ini terbukti gagal, apabila namanya turut dimasukkan dalam resolusi mereka pada Konvensyen Reformis Malaysia, petang tadi.
Resolusi ke-6 konvensyen itu menyatakan bekas perdana menteri itu bukan seorang reformis.
“Dan konvensyen ini bukan sebuah forum meminta pandangan beliau mengenai agenda reformasi,” kata kumpulan reformis itu sejurus sebelum konvensyen berkenaan berakhir.
Sembilan resolusi dicadangkan. Berikut ialah kenyataan “semangat dan intelektualisme daripada reformis 1998 yang masih segar” dan menjadi inspirasi belia.
Reformasi ialah gerakan yang diketuai bekas ketua pembangkang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembaharuan politik dan menyingkirkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir, susulan pemecatan dramatik Anwar daripada Kabinet pada September 1998.
Pemecatan itu turut mencetuskan beberapa protes besar-besaran anti-kerajaan di Malaysia sejak negara merdeka, dengan sejumlah penunjuk perasaan ditahan dalam perhimpunan hujung minggu mereka di Kuala Lumpur.
Ucapan Dr Mahathir di Konvensyen Reformis Malaysia bukan sebahagian daripada program penganjur petang tadi.
Saari Sungib yang mengetuai sekumpulan bekas aktivis reformasi dipanggil Otai Reformis, memberitahu portal berita Malaysiakini yang Dr Mahathir sendiri meminta untuk menghadiri acara berkenaan.
“…saya ingin tekankan di sini akan pentingnya kita lupakan yang lama,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu pada Konvensyen Reformis Malaysia yang dihadiri kira-kira 200 orang.
Namun, ucapannya mendapat pelbagai respons dengan ada yang melaungkan: “Tak boleh lupa Tun. 18 tahun Tun!”
Mereka merujuk masa yang dihabiskan gerakan reformasi untuk memastikan Anwar mendapat “keadilan”.

Dr Mahathir minta penyokong reformasi ‘lupakan yang lama’

Bekas perdana menteri itu yang dipersalahkan atas penahanan timbalannya, Anwar pada 1998 berkata, tumpuan sekarang ialah menjatuhkan kerajaan BN.
mahathir_anwar_prote_600
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi punca demonstrasi jalanan di ibu negara kira-kira 2 dekad lalu hari ini menghadiri sebuah acara bekas pengkritiknya dan menasihatkan mereka melupakan kejadian silam.
“…saya ingin tekankan di sini akan pentingnya kita lupakan yang lama,” katanya pada Konvensyen Reformis Malaysia yang dihadiri kira-kira 200 penyokong “reformasi” hari ini.
Reformasi ialah gerakan yang diketuai bekas ketua pembangkang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembaharuan politik dan menyingkirkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir, susulan pemecatan dramatik Anwar daripada Kabinet pada September 1998.
Ia kemudiannya mencetuskan beberapa protes besar-besaran anti-kerajaan di Malaysia sejak negara merdeka, dengan sejumlah penunjuk perasaan ditahan dalam perhimpunan hujung minggu mereka di Kuala Lumpur.
“Inilah sebabnya saya hadir pada hari ini,” kata Dr Mahathir kepada hadirin.
Namun, ucapannya mendapat pelbagai respons dengan ada yang melaungkan: “Tak boleh lupa Tun. 18 tahun Tun!”
Difahamkan, ucapan Dr Mahathir bukan sebahagian daripada program hari ini. Saari Sungib yang mengetuai sekumpulan bekas aktivis reformasi dipanggil Otai Reformis, memberitahu portal berita Malaysiakini yang bekas perdana menteri itu sendiri meminta untuk menghadiri acara berkenaan.
Di tengah-tengah laungan “Reformasi” dan “Bebas Anwar”, Dr Mahathir mengakui bukan semua orang yang suka beliau.
“Saya bukanlah orang yang disukai semua orang. Banyak yang masih tak suka,” katanya yang disusuli sorokan dan laungan “Betul, betul” daripada hadirin.
“Orang politik mesti terima hakikat dia tak akan disukai semua orang…yang lain nak kata saya Mahafiraun ke, mahazalim ke, itu dia boleh kata,” katanya merujuk label yang diberikan pengkritiknya.

Selesai agensi bertindih sebelum buang orang, tegur Amanah

Mengapa tak terfikir untuk membetulkan struktur kerajaan terlebih dahulu, soal Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.
Salahuddin-Ayub
PETALING JAYA: Pertindihan peranan dan tugas pelbagai agensi dan jabatan kerajaan perlu dibetulkan sebelum mengambil langkah membuang kakitangan awam, kata Amanah.
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub menyeru pengurusan audit dilaksanakan bagi membetulkan struktur kerajaan sekaligus menghasilkan penjimatan.
“Sebelum isu ini memangsakan anggota perkhidmatan awam, mengapa kita tidak berfikir untuk menstrukturkan semula isu pertindihan beberapa jabatan dan agensi,” katanya dalam kenyatan semalam.
“Kita lihat situasi hari ini di mana wujudnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kemudian diadakan pula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Apa perlunya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) setelah adanya Majlis Amanah Rakyat (Mara). Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindih dengan Perbadanan PR1MA Malaysia. Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) pula ditubuhkan setelah adanya Unit Perancang Ekonomi,” soalnya.
SPAD, Teraju, PR1MA, Pemandu dan Unit Perancang Ekonomi terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
SPAD berperanan merancang, menyelia, dan menguatkuasakan semua perkara berkaitan dengan pengangkutan awam darat di Malaysia Timur; Teraju menerajui, menyelaras dan memacu agenda Bumiputera; dan PR1MA merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan untuk penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Pemandu pula menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong dan memacu kemajuan program transformasi kerajaan dan ekonomi; manakala Unit Perancang Ekonomi diberi misi untuk mengurus pembangunan sosio ekonomi negara.
JPJ terletak di bawah Kementerian Pengangkutan untuk mengawal selia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan; Mara di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera; manakala SPNB milik Kementerian Kewangan Diperbadankan memastikan penyediaan rumah mampu milik.

TUN M YANG MENGKAGUMKAN...

Dalam menjangkau usia 92 tahun, Tun Mahathir Mohamad bukan saja masih sihat, tetapi juga terus bersemangat dalam menikmati kehidupan.

Di usia 92 tahun juga, beliau bukan saja masih boleh berfikir dengan baik, ketawa, berjalan ke sana sini, bahkan tetap gagah memandu kereta dan menunggang kuda.

Dengan  nikmat hidup sedemikian, jika kepentingan diri dan keluarga yang difikirkannya, tentulah lebih baik beliau diam-diam saja atau mengiakan saja segala apa yang sedang berlaku dalam negara. 

Dengan nama besarnya pula, di sebalik comotnya Najib Razak menguruskan negara, kiranya Tun Mahathir hanya bersikap menyokong dan tidak membantah apa-apa, nescaya mewahlah  "dedak"  yang diterimanya.

Tetapi, dalam usia tua dan sudah bersara, Tun Mahathir nampaknya memilih jalan sukar untuk dilaluinya. Segala-galanya adalah demi negara dan kita semua.
Semua orang, selagi mereka dapat membezakan antara hitam dengan putih, pasti menyedari kerosakan besar yang diakibatkan oleh Najib kepada rakyat dan negara. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, hampir tidak ada yang menjadi bertambah baik. Kehidupan rakyat, hubungan kaum, agama, ekonomi, kos hidup, peluang kerja, harta negara, dividen saham dan segala-galanya bertambah buruk.

Cuma, tidak semua orang berani bersuara. Sayang kepada jawatan, kedudukan, kemewahan dan harapan kepada "dedak"  percuma menyebabkan ramai orang, termasuk pejuang-pejuang agama, jadi kelabu mata  dan membutakan pandangan terhadap segala kemungkaran yang berlaku di depan mata.

Mujur masih ada Tun Mahathir. Jika tidak, mungkin lebih dahsyat daripada 1MDB, TRX, Bandar Malaysia atau dua tiga Jho Low yang muncul mencatur segala-galanya dalam negara.

Sejak Tun Mahathir menyatakan perlunya Najib disingkirkan untuk menyelamatkan negara, macam-macam usaha luar biasa dilakukannya. Beliau tidak saja sanggup berbaik dengan Lim Kit Siang dan mengunjungi Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya, bahkan berusaha gigih menyatukan hati-hati yang pernah dilukainya ketika berkuasa dahulu.

Salah satu kumpulan yang terluka dengan Tun Mahathir ialah gerakan reformasi yang muncul setelah Anwar dipecat pada 1998 dahulu. Selama bertahun-tahun kumpulan tersebut memusuhi beliau dan semangat mereka tidak pernah pudar, meskipun setelah Tun Mahathir dan Anwar sudah berbaik kembali.

Pada satu ketika, kumpulan reformis ini pernah menyuarakan agar Tun Mahathir meminta maaf kepada Anwar dan keluarganya atas apa yang pernah dilakukannya dahulu. Kumpulan ini seperti tidak sedia menerima Tun Mahathir.

Hari ini, Tun Mahathir secara mengejut hadir di Konvensyen Reformis di Shah Alam iaitu kumpulan paling tegar menentangnya. Meskipun beliau sedar, kumpulan tersebut tidak menyukainya dan terdedah untuk diejek atau dihambur kata-kata nista, keberanian dan jiwa besar telah membawa langkah kakinya ke situ.

Tidak ramai yang ada keberanian dan jiwa besar seperti itu. Kiranya kesanggupan bersahabat serta memulihkan hubungan dengan Lim Kit Siang dan Anwar sudah dikira sudah cukup membuatkan ramai yang tergamam, keberanian dan jiwa besar Tun Mahathir untuk  berdepan dengan pengkritik tegarnya sejak bertahun-tahun lalu jauh lebih mengkagumkan.

USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA ‘PRODUK POLITIK’, PERLUKAH TERUS DISOKONG?

KUALA LUMPUR 18 FEBRUARY 2017.Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan pada Himpunan Rang Undang-Undang 355(RUU 355) di Padang Merbok,Kuala Lumpur. NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN
Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.
Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.
“Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.
Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.
Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam.
Meskipun sesuatu undang-undang Islam digubal berdasarkan tafsiran Al-Quran dan Sunnah, Nurul berkata pelaksanaannya tidak boleh mengenepikan aspek “manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan”.
Beliau memetik gambaran Al-Quran mengenai Nabi Muhammad sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.
“Berdasarkan gambaran itu, dan banyak sumber kitab yang lain, boleh diandaikan bahawa rahmah merupakan matlamat keseluruhan syariah. Atas sebab itulah, pakar undang-undang Islam, untuk semua tujuan dan maksud, meletakkan syariah seiring dengan maslahah awam.
“Oleh kerana rahmah merupakan pemicu kepada hukum syarak, jelas ia tidak akan tercapai jika orang Islam yang menguatkuasakannya tidak disemaikan dengan sifat penting itu,” kata Nurul.

Beliau menambah, pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tuntutan syarak tersebut.
Katanya, sikap tergesa-gesa mengenakan dan meningkatkan hukuman tidak selari dengan “rahmat Tuhan.”
“Oleh itu, pindaan kepada Akta 355 yang mahu mengenakan hukuman yang lebih berat adalah bertentangan dengan syarak.”
Beliau berkata, sekiranya syariah diperakui sebagai manifestasi rahmah dan keadilan, cadangan Hadi untuk menghadkan skop undang-undang kepada orang Islam menunjukkan sikap hipokrit.
“PAS dan Hadi mahu menjadikan orang Islam mangsa demi kepentingan politik mereka.
“Mereka tidak telus dengan kepercayaan mereka. Ini kerana skop syariah, yang berdasarkan kepada ‘keadilan’, tidak mengecualikan orang bukan Islam dan tidak pernah terhad kepada orang Islam sahaja.”
Beliau berkata ciri utama undang-undang Islam yang sering diperkatakan – mengutamakan kepentingan awam – menunjukkan syariah bukan sekadar berdasarkan keimanan Islam tetapi juga nilai murni yang diamalkan bukan Islam.

Apa hubungan UMNO dengan parti pemerintah Korea Utara?

Saya memuji usaha rakan-rakan yang pergi membantah kenyataan Korea Utara berhubung dengan sikap dutanya yang cuba merosakkan nama dan reputasi Malaysia berikutan siasatan kes kematian Kim Jong-nam yang masih sedang dijalankan.
Usaha itu digerakkan oleh Pemuda UMNO yang diwakili oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan disertai oleh pemimpin parti Barisan Nasional yang lain.
Namun demikian, beliau seharusnya lebih peka dan sedar diri sebelum membuat bantahan ini kerana parti beliau sendiri iaitu UMNO telah dan mempunyai hubungan rasmi yang rapat dengan parti Workers’ Party of North Korea (WPK). 
Malah wakil UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin hubungan rapat dengan parti tersebut. Acara MoU ini juga telah dilaporkan oleh Utusan sendiri, dan juga BERNAMA pada 26 November 2014. Pautan berita http://m.utusan.com.my/berita/politik/umno-jalin-hubungan-dengan-parti-politik-sri-lanka-korea-utara-1.29409
Ini bukan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G to G), tetapi melibatkan hubungan antara parti politik yang memerintah (Malaysia) dengan satu parti politik (yang memerintah Korea Utara).
Parti WPK ini dipimpin oleh Kim Jong-un, adik tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam yang dipercayai dibunuh 10 hari lalu di KLIA2.  WPK adalah sebuah parti komunis yang memerintah Korea Utara secara kuku besi melebihi 60 tahun. Kim Jong-Un, pemimpin tertinggi WPK pula, dilihat dunia sebagai seorang yang kejam dan tidak berperikemanusian.  Bukan sahaja jutaan rakyat Korea Utara sengsara di bawah rejim WPK, malah rantau Asia sentiasa mengalami ketidakstabilan dan pergolakan akibat perangai Kim yang suka mengugut dengan ujian senjata nuklear.  
Jadi, persoalan yang harus kita tanya pada hari ini, apakah isi kandungan MoU yang ditandatangani oleh UMNO dan WPK ini? Kerjasama yang bagaimana? Dalam bentuk apa?
Saya fikir, ahli-ahli UMNO sendiri tidak tahu hubungan ini berbentuk apa. Sekurang-kurangnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mewakili UMNO semasa menandatangai MoU tersebut, boleh menerangkan kepada ahli-ahli mereka.
Soalan kedua yang wajar dijelaskan, adakah MoU ini masih sah? Hanya ahli-ahli UMNO boleh bertanya kepada pemimpin mereka.
Saya ingin menasihatkan Khairul Azwan, jika beliau benar-benar patriotik, beliau harus mendesak agar UMNO iaitu partinya, segera membatalkan terus hubungan rapat dengan Workers’ Party of North Korea (WPK).

Wanita DAP bidas UMNO perkecil penglibatan wanita dalam politik

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman hari ini membidas sikap UMNO yang disifatkannya telah memperkecilkan peranan dan penglibatan wanita dalam politik tanah air.
Beliau merujuk kepada sebuah tulisan yang di facebook Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pemimpin Wanita DAP Bak Melukut Di Tepi Gantang, Seperti Kerbau Dicucuk Hidung’ yang disiarkan pada 22 Februari lalu.
Menurut Rara, ia bukan sahaja telah memperkecil penglibatan wanita dalam DAP malah secara tidak langsung memperkecil penglibatan wanita dalam politik Malaysia.
“Umno seperti menutup mata tentang sumbangan wanita dalam politik Malaysia. Wanita Malaysia terutamanya Wanita DAP sangat lantang dalam menengahkan isu-isu penting dalam negara.
“Wakil-wakil rakyat Wanita DAP merupakan wakil rakyat wanita yang paling lantang bersuara sama ada di Parlimen atau Dewan Negeri.
“Jika diukur melalui liputan berita oleh media yang dikuasai oleh UMNO, sudah pastilah suara wanita DAP dipinggirkan begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Pandangan UMNO itu katanya cukup sempit jika sekadar mengukur sumbangan wanita dalam politik dengan hanya berdasarkan kelantangan bersuara semata-mata kerana gerak kerja politik juga melibatkan peringkat akar umbi.

Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim

Pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tema kerahmatan yang menjadi matlamat utama syarak, katanya.
Nurul-Haq-Shahrir_Abdul-Hadi-Awang_law_islam_6001
PETALING JAYA: Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.
Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.
“Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.
Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.
Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam.
Meskipun sesuatu undang-undang Islam digubal berdasarkan tafsiran Al-Quran dan Sunnah, Nurul berkata pelaksanaannya tidak boleh mengenepikan aspek “manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan”.
Beliau memetik gambaran Al-Quran mengenai Nabi Muhammad sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.
“Berdasarkan gambaran itu, dan banyak sumber kitab yang lain, boleh diandaikan bahawa rahmah merupakan matlamat keseluruhan syariah. Atas sebab itulah, pakar undang-undang Islam, untuk semua tujuan dan maksud, meletakkan syariah seiring dengan maslahah awam.
“Oleh kerana rahmah merupakan pemicu kepada hukum syarak, jelas ia tidak akan tercapai jika orang Islam yang menguatkuasakannya tidak disemaikan dengan sifat penting itu,” kata Nurul.
Beliau menambah, pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tuntutan syarak tersebut.
Katanya, sikap tergesa-gesa mengenakan dan meningkatkan hukuman tidak selari dengan “rahmat Tuhan”.
“Oleh itu, pindaan kepada Akta 355 yang mahu mengenakan hukuman yang lebih berat adalah bertentangan dengan roh syarak.”

Pensyarah hadis sedia berhujah dengan ulamak Pas Akta 355

Rozaimi RamleRozaimi Ramle
Pensyarah Hadis Dr Rozaimi Ramle menerima ajakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Khairuddin Aman Razali untuk berdiskusi mengenai kewajipan menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau Akta 355.
Beliau berkata, mungkin ada perkara baharu yang boleh dipelajari beliau melalui diskusi atau wacana yang dianjurkan.
"Dengan rendah hati, saya menerima tawaran beliau untuk berdiskusi atau berwacana. Mungkin ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu maka saya boleh belajar dari beliau melalui diskusi ini.
"Penganjur, format dan lokasi diskusi akan ditentukan kemudian. Moga Allah menunjukkan kita kebenaran," tulis Rozaimi di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas ceramah Khairuddin pada 12 Februari yang lalu yang mengajak mana-mana pihak untuk berhujah mengenai Akta 255 yang disifatkan sebagai wajib dilaksanakan.
khairuddin aman razalikhairuddin aman razaliKhairuddin dalam ceramahnya di Kelantan itu mengecam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoal cadangan pindaan Akta 355 itu.
"Kalau ada tok peti (mufti) yang kata sunat (pindaan Akta 3555) saya nak sekeh kepala dia. Saya nak ajak berhujah. Siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 harus, sunat ke makruh ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.
"Saya berani berhujah pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus apatah lagi makruh atau haram. Wajib disokong. Kenapa? Dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam dapat dihukum megikut al Quran dan sunnah. Takkanlah perkara macam ini Mufti Perlis tak boleh faham. Hujah ikut mana lagi? Melainkan tutup mata, tutup telinga," kata Khairuddin dalam ceramah yang rakamannya turut dikongsikan Rozaimi di Facebooknya hari ini.
Rozaimi berkata, beliau terkejut dengan bahasa yang digunakan Khairuddin itu.
"Seorang sahabat memberikan potongan rakaman ini. Setelah menontonnya saya terkejut dengan bahasa yang digunakan sehingga nak sekeh kepala mufti.
"Di dalam video ini juga beliau mencabar mana-mana pihak untuk berhujah dengan beliau tentang isu kewajipan menyokong RUU 355 yang dibawa oleh MP Marang," katanya.
Khairuddin turut mendakwa Asri menjadi modal kepada golongan liberal untuk menentang pindaan Akta 355.